Penulisan Akademik

download Penulisan Akademik

of 38

description

Penulisan Akademik

Transcript of Penulisan Akademik

  • GWP1092WACANA PENULISANTopik 5:Penulisan Akademik

    Pensyarah:Dr. Sajap Maswan

    Jabatan Penyelidikan Inovasi Profesionalisme KeguruanIPG Kampus Tuanku BainunPulau pinang

  • Perkara yang akan dibincangkan5.1 Pengenalan kepada penulisan akademik Pengertian penulisan akademikJenis penulisan akademik merangkumi tesis, artikel jurnal, kertas projek, abstrak/ ringkasan eksekutif dan lain-lain.

    5.2 Kejelasan dan Gaya PenulisanPengertian/ KonsepPenggunaan bahasa formalPenulisan secara objektifPenulisan ayat yang jelasPerkembangan idea secara logik: koheren dan kohesifLangkah-langkah dalam penulisan

  • PengenalanDalam penulisan atau pengucapan ada yang dikatogerikan sebagai formal dan tidak tidak formal. Ciri utama dalam penulisan akademik adalah formal, dan bersifat objektif. (Jordan, 1999)Penulisan akademik adalah penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau saintifik. (bukannya khayalan atau rekaan) Pengenalan kepada penulisan akademik

  • PengenalanPenulisan akademik melibatkan kajian secara teratur dan teliti pada setiap persoalan yang dibincangkan.Jenis-jenis penulisan akademik merangkumi tesis, artikal, kertas kerja, abstrak, ringkasan eksekutif, dan lain-lain. Pengenalan kepada penulisan akademik

  • Ciri-ciri penulisan akademikAntaranya ialah;Menyampaikan fakta secara sistematik atau mengemukakan hukum alam kepada situasi yang spesifik.Penulisannya cermat, tepat, benar dan tidak membuat andaian.Tidak menulis untuk memenuhi kehendak golongan-golongan tertentu. Pengenalan kepada penulisan akademik

  • Ciri-ciri penulisan akademikAntaranya ialah;Penulis hanya menulis untuk memaklumkan tentang sesuatu dan tidak bersifat prejudis.Penulisan menggunakan bahasa formal, tatabahasa yang betul, ilmiah dan jelas.Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti. Pengenalan kepada penulisan akademik

  • Ciri-ciri penulisan akademikAntaranya ialah;Penulis tidak akan melebih-lebihkan sesuatu kerana ia akan menunjukkan motif penulis yang mementingkan diri sendiri.Penulisan akademik selalunya disertakan sumber rujukan daripada penulis lain yang mempunyai autoriti dalam bidang yang dibincangkan. Pengenalan kepada penulisan akademik

  • Proses menghasilkan penulisan akademikAntara langkah-langkahnya ialah;Pengumpulan data dan faktaPengamatan data dan faktaPemilihan data dan faktaPenggolongan data dan faktaPenafsiran data dan faktaMembuat kesimpulan umum

    Pengenalan kepada penulisan akademik

  • Proses menghasilkan penulisan akademikAntara langkah-langkahnya ialah;Membuat hipotesisPengujian terhadap hipotesis melalui kajian dan percubaan empirisPenilaian; menerima atau menolak hipotesisPerumusan teori ilmu pengetahuanPerumusan dalil atau hukum ilmu pengetahuan

    Pengenalan kepada penulisan akademik

  • Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiahAntaranya ialah;esei ilmiahkertas kerjalaporan kajianabstrak/ringkasan eksekutif/tesis/disertasi Pengenalan kepada penulisan akademik

  • Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiahEsei ilmiahmerujuk karangan ilmiah yang pendek tentang topik atau permasalahan berdasarkan data yang diperolehi melalui rujukan perpustakaan dan / atau kerja lapangan. Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan objektif. Pengenalan kepada penulisan akademik

  • Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiahKertas kerjaialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta atau permasalahan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan. Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta bersifat rasional-empiris dan objektif. Kertas kerja biasanya ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti seminar, bengkel, konvensyen dan sebagainya Pengenalan kepada penulisan akademik

  • Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiahLaporan kajianLaporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan ilmiah yang menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada pihak lain. Penghuraiannya juga bersandarkan kepada metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan. Pengenalan kepada penulisan akademik

  • Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiahTesisTesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih mendalam. Mengungkapkan pengetahuan baru yang diperoleh daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri. Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran. Tesis biasanya ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda dan peringkat Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel. viva-voc. Pengenalan kepada penulisan akademik

  • Jenis-jenis penulisan akademik/ilmiahDisertasiDisertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki pancapaian akademik, iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.D).Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci. Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di hadapan panel atau lembaga viva-voc Pengenalan kepada penulisan akademik

  • Sebagai pelajar di pusat pengajian tinggi anda tidak terlepas daripada membuat tugasan akademik sama ada dalam bentuk esei, kertas kerja, kertas projek dan tesis. Apakah pesamaan dan perbezaan antara bentuk-bentuk tugasan tersebut. Perbincangan

  • Kejelasan Dan Gaya PenulisanApakah konsep kejelasan?

  • Konsep Kejelasan (Clarity)Jelas bererti mudah difahami, mudah dibaca, tidak memberi ruang untuk disalahtafsirkan, tidak bersifat samar-samar dan tidak kabur,.Menggunakan kata-kata yang pendek, ringkas, tajam, daripada kata-kata yang berbelit, dan panjang.

  • Gaya PenulisanPenulisan akademik merangkumi ciri-ciri berikut:penggunaan bahasa formal yang tepat,bergaya formal dan bukan peribadi,pembinaan ayat yang jelas dan tepat,berhati-hati dengan pengunaan kata singkatan dan akronim, danperkembangan idea / hujah secara logik dan sistematik.

  • Bahasa FormalDalam penulisan akademik kita menggunakan bahasa formal, dan elakkan diri daripada mengguna slanga atau bahasa sehari-hari.

    Penulisan akademik yang mempunyai kejelasan akan menggunakan bahasa formal untuk menerangkan pendapat sendiri dengan merujuk kepada pandangan orang lain.

  • Bahasa FormalContoh:Informal: Pekerja sosial membaca sejarah pelanggan untuk mengetahui sama ada tindakan sebelumnya telah dilaksanakan atau tidak.

    Formal : Pekerja sosial mengkaji sejarah pelanggan untuk menentukan sama ada intervensi yang sebelumnya telah dilaksanakan atau tidak.

  • Bahasa FormalSecara umum, dalam penulisan akademik perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:Meminimumkan penggunaan perkataan saya dalam teks. Pendek kata, perlu elak daripada menulis "Apabila saya melihatnya semula, saya tidak berfikir ini adalah pendekatan yang boleh terima . kecuali dalam pendekatan kualitatif yang menggunakan gaya naratif....

  • Bahasa Formal

    Menggunakan kata kerja formal, dan kurangkan penggunaan frasa kata kerja seperti mempertimbangkan daripada melihat kepadaMenggunakan ekspresi impersonal seperti Ini menimbulkan....

  • Bahasa FormalMenggunakan lebih banyak kata nama daripada kata kerja seperti keprihatinan daripada membimbangkanJangan mengguna ekspresi emosional, seperti Itu begitu jelas (lebih baik menggunakan nampaknya), atau hanya kerana (lebih baik menggunakan diberikan berdasarkan)

  • Bahasa FormalMenggunakan kata ringkas yang tepat dan padat serta jelas maksudnya terutamanya ekspresi abstrak, seperti perkataan gender digunakan, daripada lelaki atau perempuan.

  • Bahasa Formal*

    InformalFormal Dengan begitu banyak doktor meletak jawatan di wad kecemasan, saya bimbang tentang rawatan pesakit di wad tersebut kelakDengan kadar perletakan jawatan doktor yang semakin tinggi, terdapat kebimbangan tentang kapasiti hospital untuk memelihara nisbah doktor-pesakit yang mencukupi.Sangat jelas bahawa pekerjaan telah ditawarkan kepada pemohon berdasarkan sama ada mereka adalah lelaki atau perempuan. Saya berfikir bahawa pendekatan ini tidak boleh diterima bahkan ia melanggar undang-undang. Adalah jelas bahawa terdapat beberapa kes di mana pemilihan pekerja adalah berdasarkan gender. Dengan wujudnya undang-undang anti-diskriminasi gender, keadaan ini menimbulkan kebimbangan serius.

  • Ekspresi/ Pernyataan Pendapat

    PeribadiPenulisan ObjektifMenurut pendapat saya... Saya percaya bahawa... Dalam pandangan saya ...

    Telah dikatakan bahawa... Beberapa penulis mendakwa ...Jelasnya, ...Jelas bahawa ...Tidak ada sedikit keraguan pun bahawa ...

  • PENULISAN OBJEKTIF

    *

    Agen atau PelakuBukan Agen atau PelakuSaya melakukan kajian ... Kajian ini dilakukan ... Saya mencadangkan untuk ... Dicadangkan untuk ... Dalam esei ini saya akan membahas ...Tulisan ini membahas ...

  • Penulisan Ayat Yang Jelas

    Untuk kejelasan isi yang dihuraikan, adalah penting untuk menyemak semula panjang-pendek ayat. Jika ayat terlalu pendek, penulisan anda akan nampak terlalu mudah dan bertahap rendah dan jika ayat terlalu panjang, pembaca akan kehilangan fokus.Ayat pendek boleh membantu koheren (kesinambungan) sementara ayat panjang membantu kohesi (kekuatan tarikan) dalam penulisan.

    *

  • Perkembangan Idea Secara Logik KoherenDalam penulisan yang koheren. idea-idea dieskpresi/ dihuraikan dengan jelas dan dalam urutan logik, serta disokong dengan bukti dan contoh.

    Faktor-faktor ini memudahkan pembaca untuk mengikuti hujah dan tujuan penulis dalam menulis artikel itu.

    *

  • Perkembangan Idea Secara Logik KohesiDalam penulisan yang kohesif, terdapat kesinambungan idea di mana satu idea telah dihubungkan dengan idea lain secara mantap pada: Tahap ayat Tahap perenggan Tahap keseluruhan teks

    *

  • Perkembangan Idea Secara Logik KohesiCiri-ciri penulisan kohesif adalah seperti berikut: berbagai-bagai struktur ayat menggunakan tanda baca dengan betul perenggan dibina dengan baik penggunaan kata-kata kesinambungan dengan berkesan peralihan antara perenggan-perenggan dan bahagian-bahagian lain adalah licin.*

  • Penggunaan Akronim Dan Kata Singkatan

    Jelaskan SEMUA terminologi yang tidak difahami atau diketahui oleh pembaca.Selalu menulis nama penuh pada kali pertama, tidak kira nama singkatan adalah terkenal atau patut diketahui oleh pembaca. Kata singkatan standard bagi kata nama khas boleh digunakan dalam penulisan akademik. Untuk rujukan pertama, istilah penuh harus digunakan dalam teks dengan kata singkatan yang diletak dalam kurungan.

    *

  • Penggunaan Akronim Dan Kata SingkatanSelepas ini kata singkatan boleh digunakan dalam seluruh teks. Walau bagaimanapun, kata singkatan tidak boleh digunakan dalam abstrak atau dalam tajuk.

    Where the patient exhibits these symptoms it is appropriate for the doctor to request an electrocardiagram (ECG). An ECG may help to establish

    Adapted from Peat, J et al, (2002)Scientific writing, London: BMJ.*

  • Kata singkatan kependekan perkataan yang tidak dibenarkan

    *

    Kata Singkatan Kependekan PerkataanBentuk Penuhmaumahudlmdalamdgn dengandrdaridrpdaripadadlldan lain-lainkpd kepadapdpadasbg sebagaisptsepertiyg yang

  • Langkah-langkah Dalam PenulisanPemilihan masalah / topik penulisanMengumpul maklumat atau data untuk penulisanMenyusun / mengorganisasi data untuk menghasilkan penulisan yang baikMeneliti hasil penulisan dengan membuat penambahbaikanMenyemak hasil penulisan untuk memastikan tiada kesalahan tatabahasa dan kesalahan teknikal

  • SekianTerima Kasih

  • Penghargaan

    Zairinah Mohd Shukur Jabatan PIPK IPG Kampus Raja MelewarNorhayati Ayit Jabatan PM IPG Kampus Pulau PinangNurulhidayah Lucy Bt Abdullah Jabatan PIPK IPG Kampus PerlisSajap Maswan Jabatan PIPK IPG Kampus Tuanku Bainun