penulisan ilmiah (peranan grafik)

6
8/14/2019 penulisan ilmiah (peranan grafik) http://slidepdf.com/reader/full/penulisan-ilmiah-peranan-grafik 1/6 Peranan Grafik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abstrak  Tujuan pendidikan termasuklah untuk mengoptimalkan kemampuan anak didik dan membantu mengembangkan kemampuan yang sempurna secara fizik., intelektual dan emosi. DePorter (Jamalludin & Zaidatul, 2005) dalam teorinya “Quantum learning menyatakan bahawa manusia memiliki potensi untuk berkembang (  potential to growth ) hampir tidak terbatas. Namun kita hanya memanfaatkan sebahagian kecil sahaja kemampuan tersebut “we live only a small part of the life we are given ”. Ini disebabkan kerana kita tidak mempunyai kaedah dan media yang tepat untuk mengembangkan kemampuan tersebut. Pada akhir-akhir ini, perkembangan media sangat memberangsangkan dengan kemunculannya teknologi multimedia. Menurut Gagne ( Nik Ramelah, 2004) menjelaskan bahawa media pengajaran meliputi berbagai-bagai jenis alat yang dapat memberi rangsangan untuk belajar. Penggunaan teknologi multimedia merupakan alternatif yang tepat saat ini kerana multimedia dapat menyentuh seluruh media pendidikan dalam satu perisian. Pengenalan Teknologi pendidikan adalah penggunaan prinsip-prinsip saintifik untuk merancang dan melaksanakan sistem pengajaran dengan penekanan kepada pencapaian objektif  pendidikan dengan tepat dan boleh diukur, pemusatan kepada pelajar bukan  berorientasikan mata pelajaran, lebih bergantung pada teori pendidikan, kesahihan,  penemuan hasil kajian pendidikan menerusi analisis emprikal dan penggunaan alat  pandang dengar yang meluas. Menurut Zuraidah (Nik Ramelah, 2004) perkataan media  berasal dari “medium” yang bererti perantara atau pengantar. Perantara adalah pembawa mesej yang hendak disampaikan oleh seseorang kepada orang lain. Mesej pula merupakan apa sahaja maklumat yang akan disampaikan oleh seseorang samada dalam  bentuk verbal, visual atau isyarat melalui sesuatu media kepada pendengar. 1

Transcript of penulisan ilmiah (peranan grafik)

Page 1: penulisan ilmiah (peranan grafik)

8/14/2019 penulisan ilmiah (peranan grafik)

http://slidepdf.com/reader/full/penulisan-ilmiah-peranan-grafik 1/6

Peranan Grafik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Abstrak 

 

Tujuan pendidikan termasuklah untuk mengoptimalkan kemampuan anak didik dan

membantu mengembangkan kemampuan yang sempurna secara fizik., intelektual dan

emosi. DePorter (Jamalludin & Zaidatul, 2005) dalam teorinya “Quantum learning ”

menyatakan bahawa manusia memiliki potensi untuk berkembang ( potential to growth)

hampir tidak terbatas. Namun kita hanya memanfaatkan sebahagian kecil sahaja

kemampuan tersebut “we live only a small part of the life we are given ”. Ini disebabkan

kerana kita tidak mempunyai kaedah dan media yang tepat untuk mengembangkan

kemampuan tersebut. Pada akhir-akhir ini, perkembangan media sangat

memberangsangkan dengan kemunculannya teknologi multimedia. Menurut Gagne ( Nik 

Ramelah, 2004) menjelaskan bahawa media pengajaran meliputi berbagai-bagai jenis alat

yang dapat memberi rangsangan untuk belajar. Penggunaan teknologi multimedia

merupakan alternatif yang tepat saat ini kerana multimedia dapat menyentuh seluruh

media pendidikan dalam satu perisian.

Pengenalan

Teknologi pendidikan adalah penggunaan prinsip-prinsip saintifik untuk merancang dan

melaksanakan sistem pengajaran dengan penekanan kepada pencapaian objektif 

  pendidikan dengan tepat dan boleh diukur, pemusatan kepada pelajar bukan

  berorientasikan mata pelajaran, lebih bergantung pada teori pendidikan, kesahihan,

  penemuan hasil kajian pendidikan menerusi analisis emprikal dan penggunaan alat

 pandang dengar yang meluas. Menurut Zuraidah (Nik Ramelah, 2004) perkataan media

 berasal dari “medium” yang bererti perantara atau pengantar. Perantara adalah pembawa

mesej yang hendak disampaikan oleh seseorang kepada orang lain. Mesej pula

merupakan apa sahaja maklumat yang akan disampaikan oleh seseorang samada dalam

 bentuk verbal, visual atau isyarat melalui sesuatu media kepada pendengar.

1

Page 2: penulisan ilmiah (peranan grafik)

8/14/2019 penulisan ilmiah (peranan grafik)

http://slidepdf.com/reader/full/penulisan-ilmiah-peranan-grafik 2/6

Menurut Yusuf (Nik Ramelah, 2004) media juga sebagai suatu alat yang

mempunyai peranan untuk memperkembangkan intelektual pelajar. Briggs (Nik 

Ramelah, 2004) pula berpendapat bahawa media sebagai alat fizikal atau suatu yang

dapat menyediakan maklumat untuk merangsang pelajar dalam pembelajarannya seperti

kaset, perisian komputer, gambar, carta dan sebagainya. Pada hakikatnya, teks, grafik ,

audio, animasi dan video sudah lama digunakan untuk mempersembahkan sesuatu

konsep atau topik dalam sesuatu mata pelajaran. Secara ringkas, teknologi media

ditakrifkan sebagai suatu alat bagi menyampaian pengajaran bukan semata-mata

menggunakan penerangan lisan. Ini termasuklah penggunaan media pengajaran seperti

  pita rakaman gambar bergerak, peta, glob, projektor overhed (OHP) dan trasperansi,

televisyen dan komputer.

Definisi Grafik 

Grafik komputer adalah salah satu cabang disiplin ilmu informatika yang mempelajari

 pembuatan gambar dengan menggunakan komputer . Menurut kamus Dewan Bahasa dan

Pustaka edisi keempat, grafik membawa maksud perkara berkenaan lukisan, ukiran dan

gambar rajah. Bahan grafik digunakan bagi membantu seseorang menyampaikan

informasi dengan cara yang paling ringkas, tepat dan efektif. Ia juga digunakan bagi

memudahkan pemahaman terhadap sesuatu konsep. Menurut Brown (Muhamad Hasan,

2000) grafik digunakan bagi mendapatkan kesesuaian idea yang tepat serta menjimatkan

masa. Sebagai contoh ‘kartun’ adalah satu daripada bahan grafik ia digunakan sebagai

satu daya tarikan kepada pelajar dan bagi menyampaikan mesej dengan cepat dan tepat.

Menurut Wittich dan Schuller (Muhamad Hasan, 2000) menerangkan bahawa grafik 

adalah terdiri daripada bahan visual yang meringkaskan penerangan dan penilaian

tertentu menerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan, lambang, dan gambar-

gambar. Grafik juga merupakan alat, kaedah, dan pendekatan yang digunakan untuk 

membuatkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan

 pembelajaran lebih berkesan. Kanak-kanak biasanya tertarik kepada bahan grafik yang

ditunjukkan dan mereka sentiasa ingin tahu mengenai keadaan sekeliling dunia.

2

Page 3: penulisan ilmiah (peranan grafik)

8/14/2019 penulisan ilmiah (peranan grafik)

http://slidepdf.com/reader/full/penulisan-ilmiah-peranan-grafik 3/6

Panduan Menggunakan Grafik dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Apabila grafik digunakan dalam membina sesuatu persembahan dalam pengajaran dan

  pembelajaran, tujuan utamanya ialah bagi menyediakan satu persekitaran yang lebih

cantik dan mampu menarik perhatian pelajar dan seterusnya dapat melahirkan naluri

ingin tahu pelajar. Selain itu, apa yang paling penting dalam mengaplikasi grafik ialah

mampu menyampaikan maklumat atau mesej dengan tepat dan tidak mengelirukan.

Terdapat beberapa garis panduan yang perlu diberi perhatian oleh guru semasa

mengaplikasikan media grafik dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya (a)

memilih grafik yang bersesuian dengan kumpulan sasaran, (b) memilih grafik yang tidak 

menyentuh sensitiviti kaum atau agama, (c) memilih kategori grafik yang sesuai dengan

keperluan tugas, (d) memilih kedalaman warna yang bersesuaian dengan keperluan

aplikasi, dan (e) menggunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah

 pada sistem berkeupayaan rendah. Dengan panduan tersebut, guru dapat menghasilkan

media grafik yang sesuai dan dapat menyampaikan informasi dengan cara yang paling

ringkas, tepat, dan efektif.

Selain itu, terdapat juga prinsip-prinsip am grafik yang perlu diberi perhatian

dalam penghasilan bahan grafik antaranya perancangan yang teliti perlu dibuat sebelum

menghasilkan media pengajaran supaya ia berkesan iaitu penentuan saiz yang perlu

dibuat berdasarkan kesesuaian pengguna. Seterusnya, susunan perlu dibuat sebelum

sesuatu bahan grafik dilaksanakan begitu juga dengan rekabentuk yang perlu dibuat lebih

awal. Rekabentuk hendaklah mudah supaya tidak mengelirukan pelajar dan bersifat

 penyatuan yang berkait antara satu sama lain serta ditegaskan kepada satu idea sahaja

untuk memusatkan pemerhatian pelajar. Dalam perancangan perimbangan pula aspek 

 penting termasuklah pewarnaan, penghurufan, dan idea-idea yang hendak disampaikan.

Begitu juga dengan perancangan ilustrasi, warna, roda warna yang perlu diberi perhatian.

Seterusnya alat-alat mewarna seperti pen felt, pensel warna, kapur warna, kertas warna,

lut sinar dan cat air. Prinsip penghurufan termasuklah dari segi saiz, bentuk, alat-alat

  penghurufan dan cara menggunakan merupakan aspek yang begitu penting diberi

 perhatian.

3

Page 4: penulisan ilmiah (peranan grafik)

8/14/2019 penulisan ilmiah (peranan grafik)

http://slidepdf.com/reader/full/penulisan-ilmiah-peranan-grafik 4/6

Peranan Grafik dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Grafik sememangnya telah digunakan di dalam kehidupan manusia sejak dahulu dan

kepentingannya memang tidak dapat disangkal lagi. Samada bagi tujuan hiburan ataupun

  pendidikan, grafik dikatakan mampu bertindak sebagai media penyampai mesej atau

maklumat yang amat berkesan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, komunikasi

  bukan hanya memerlukan suara, kata-kata dan isyarat semata-mata, tetapi juga

memerlukan alat dan bahan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan

dan sampai mesejnya serta mendapat sambutan dari pelajar. Dalam proses ini, pelajar 

  perlu disediakan oleh guru dengan pelbagai punca penanggapan. Semakin banyak 

  pancaindera yang digunakan maka semakin berkesan pembelajaran itu. Ini

memandangkan segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui pancaindera

 penglihatan mereka dapat diterima dengan lebih terperinci dan ini menyebabkan ianya

mudah difahami dan seterusnya dikekalkan di dalam ingatan. Grafik juga dikatakan

mampu menyediakn visual bagi menerangkan sesuatu konsep yang sukar diterangkan

menerusi penggunaan teks semata-mata. Ianya juga mampu menambahkan daya tarikan

dan seterusnya menarik perhatian pelajar dengan lebih mudah. Penggunaan grafik juga

dapat mempercepatkan proses penyampaian sesuatu maklumat dan ia juga dapat

menyediakan maklumat yang jelas, tepat, dan konsisten diantara individu yang berbeza.

Sememangnya grafik memainkan peranan yang penting dalam pendidikan

(pengajaran dan pembelajaran). Rancangan kartun yang merupakan satu bentuk grafik 

kegemaran kanak-kanak yang boleh digunakan secara berkesan untuk membantu proses

 pengajaran guru di bilik darjah. Keberkesanan penggunaan grafik dalam menarik minat

  pelajar memfokus perhatian terhadap pengajaran terbukti apabila satu kajian

  penyelidikan media teknologi mendapati 83 peratus proses pembelajaran pelajar 

dilakukan melalui penglihatan. Menurut Maizurah Omar (Nik Azis Nik Pa, 1989)

gambaran grafik di televisyen atau komputer yang memaparkan keadaan dunia sebenar 

  boleh memberi pengalaman konkrit bagi memudahkan proses pengajaran dan

 pembelajaran. Program televisyen terutamanya yang berbentuk pendidikan merupakan

rangsangan kepada perubahan proses pengajaran berbanding kaedah pengajaran tradisi.

4

Page 5: penulisan ilmiah (peranan grafik)

8/14/2019 penulisan ilmiah (peranan grafik)

http://slidepdf.com/reader/full/penulisan-ilmiah-peranan-grafik 5/6

Grafik juga berperanan besar dalam pendidikan sebagai penerangan, alat

 pendorong dan pemberitahuan. Grafik digunakan untuk menerangkan konsep, idea dan

 proses, serta digunakan untuk merangsang minat dan memberi maklumat. Terdapat

 banyak lagi fungsi grafik seperti meningkatkan ketahanan ingatan, menimbulkan respons

emosi, memperkayakan pembacaan dan sebagai bahan demonstrasi. Pendek kata,

  penggunaan grafik dapat diaplikasikan untuk menyampaikan pelbagai maklumat dalam

 pendidikan. Program televisyen menyediakan grafik-grafik yang boleh digunakan oleh

guru untuk mencapai fungsi-fungsi tersebut. Oleh itu para pendidik perlu mengambil

langkah-langkah tertentu untuk memastikan grafik yang digunakan mempunyai nilai

  pendidikan yang maksimum. Guru-guru perlu memilih format dan jenis grafik yang

  bersesuaian dengan sesuatu aktiviti. Ini kerana objektif sesuatu pelajaran akan

mempengaruhi jenis dan tahap grafik yang digunakan. Sebagai contoh, penggunaan

grafik untuk kelas kesusasteraan Melayu tentunya berlainan daripada grafik untuk 

menerangkan konsep yang abstrak.

Peranan lain adalah melalui grafik membolehkan pelajar mempelajari ilmu yang

ada di dalamnya yang sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan dan

emosinya. Kemampuan grafik memberi pengajaran secara persendirian (melalui sistem

tutor peribadi) bukan bererti tiada pengajaran secara langsung daripada guru (orang

dewasa). Pengajaran langsung daripada guru tetap dikekalkan tetapi grafik boleh

menyenangkan dan mempermudah pengajaran guru terutamanya guru tidak perlu

mengulang penerangan jika pelajar tidak faham. Pakej boleh dilihat berulangkali

sehingga pelajar faham. Namun, untuk kesan yang lebih baik, guru harus sentiasa

menjadi pembimbing kepada murid. Selain daripada itu grafik juga memberikan motivasi

untuk belajar, memberikan penjelasan yang lebih berkesan dan lengkap terhadap sesuatu

  permasalahan. Ia juga memudahkan pelajar mengulangkaji , mengadakan latihan dan

mengukur kemampuan kerana grafik membolehkan pelajar untuk berinteraksi dengan

 bahan grafik. Oleh itu kehadiran gafik dalam proses pembelajaran sangat dirasakan

manfaatnya. Bagi perancang bahan grafik perlu mendalami rekabentuk pembelajaran agar 

 bahan grafik yang dibina lebih terarah dan terancang sesuai dengan objektif pengajaran

yang telah ditetapkan.

5

Page 6: penulisan ilmiah (peranan grafik)

8/14/2019 penulisan ilmiah (peranan grafik)

http://slidepdf.com/reader/full/penulisan-ilmiah-peranan-grafik 6/6

Penggunaan grafik dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat

menyediakan asas yang kuat kepada pelajar dalam memahami dan mengamati sesuatu

konsep yang sedang dipelajari di mana pelajar dapat menggunakan pancaindera

  pendengaran dan penglihatan dalam menghayati bahan. Seterusnya menghasilkan

 pembelajaran yang kekal dan berkesan kepada pelajar berbanding belajar menggunakan

teks sahaja. Hal ini, secara langsung dapat merangsang murid untuk belajar dan berminat

untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Walaubagaimanapun penggunaan teknologi untuk penambahan nilai kepada

sesuatu bahan sumber memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi. Tidak 

dinafikan, faktor masa mungkin menjadi kekangan kepada guru menyediakan bahan-

 bahan ini. Selain daripada faktor peluang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Di

samping itu juga, guru juga perlu mahir menggunakan bahan-bahan yang dikenal pasti

itu dengan optimum untuk mencapai kesan yang baik.

Kesimpulan

Walaupun grafik berperanan dalam proses pembelajaran bukan bermakna bahawa grafik 

adalah penentu keberhasilan pembelajaran kerana masih banyak faktor yang menentukan

keberhasilan pembelajaran antaranya, keadaan motivasi belajar, keadaan sosial, ekonomi

dan pendidikan keluarga, situasi pada saat pembelajaran, kurikulum dan guru. Dalam

  penggunaan grafik, apabila seseorang pelajar faham dan cekap maka aktiviti akan

 berjalan dengan baik dan menguasai bahan pelajaran sedangkan apabila sebaliknya, maka

grafik tersebut bukannya untuk mempermudah bahkan mungkin akan menghambat

keberhasilan. Oleh itu, seseorang guru mesti mempunyai pengetahuan asas grafik untuk 

membuat persediaan ‘Bahan Bantu Mangajar’ (BBM) asas. Pemahaman asas grafik 

membolehkan seseorang guru menghasilkan BBM yang sistematik dan efektif. Mengikut

Kemp (Muhamad Hasan, 2000) seseorang itu tidak semestinya mempunyai pengetahuan

dan latar belakang seni yang tinggi bagi membentuk sesuatu BBM, memadailah jika

mempunyai pengetahuan asas grafik. Hal ini kerana media grafik memainkan peranan

 penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

6