Penulisan Jurnal Minggu Keenam

download Penulisan Jurnal Minggu Keenam

of 4

description

Jurnal praktikum

Transcript of Penulisan Jurnal Minggu Keenam

PENULISAN JURNAL MINGGU KEENAM

( 08 MAC 12 MAC 2015 )

Bilangan jurnal : 6 / 12Nama : Ali Bin AbuNo. kad pengenalan : 9211111-11-1111Kursus : PISMPOpsyen : engenering

MASALAH YANG DIFOKUSKAN :Murid tidak mendengar arahan guru

Minggu ini merupakan minggu terkahir sebelum cuti pertengahan penggal bermula. Jadi pelbagai aktiviti sekolah yang perlu diselesaikan. Antaranya ialah persiapan untuk menghadapi kejohanan sukan balapan dan padang sekolah. Oleh sebab itu, kebanyakan masa saya dikekang oleh persiapan untuk kejohanan itu.Kelas yang terganggu hanyalah kelas pemulihan. ketika berada di kelas aliran perdana iaitu pada hari isnin dan selasa. Kebanyakan kelas saya berkisarkan masalah yang sama iaitu murid tidak mendengar arahan guru. Masalah ini sering berlaku ketika saya mengajar kelas aliran perdana. Murid-murid masih mendengar arahan saya tetapi mereka tidak menghiraukannya. Akibatnya kawalan kelas punah sama sekali.

ANALISIS MASALAH

Berdasarkan pemerhatian dan muhasabah yang saya lakukan, saya dapati murid tahun 3 jurutera mudah dikawal dan tidak banyak masalah. Saya juga ada bertanyakan dengan rakan-rakan guru praktikum dan guru-guru senior berkenaan hal ini. Majoriti dari mereka berkata hal yang sama. Oleh kerana bilangannya yang sedikit dan tahap kematangan ahli kelasnya boleh dikatakan agak tinggi, mustahil untuk seorang guru itu hilang kawalan terhadap kelas terbabit.. Masalah ini amat mengganggu saya kerana apabila arahan guru tidak dapat murid ikuti, kelas menjadi tidak terkawal. Hal ini memberi kesukaran kepada guru untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

CADANGAN

Sepanjang pengajian saya selama hampir lima tahun ini, kebanyakan masalah yang difokuyskan adalah kawalan kelas. Kebanyakan guru-guru yang telah berada di lapangan kerjaya juga menghadapi masalah yang sama. Menurut teori-teori yang saya pelajari ketika berada di institut, banyak sebenarnya jalan penyelesaian yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini.Antara kaedah yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini ialah penggunaan ekonomi token. Menurut Ang Jit Eng(2007), Sistem ekonomi token adalah pendekatan untuk mengubah tingkah laku sejumlah besar murid dalam masa yang singkat. Sistem ini mengamdungi tiga unsur utama. Antaranya ialah satu senarai peraturan bertulis yang mengandungi tingkah laku atau tindakan yang diberi ganjaran atau peneguhan oleh guru, satu sistem untuk memberikan token atau tanda simbolik kepada murid yang melakukan tingkah laku atau tindakan seperti yang dinyatakan dalam senarai peraturan dan sistem untuk menukarkan token-token yang diperoleh dengan hadiah, ganjaran atau peluang untuk mengikuti sesuatu aktiviti.Selain itu, untuk keberkesanan sistem ekonomi token yang lebih efektif, saya boleh mempraktikkan aktiviti berkumpulan bagi memudahkan lagi pembahagian token.MenurutMenurut Effandi Zakaria (1998),pengajaran yang dikenali sebagai pengajaran koperatif ini memegang konsep di mana murid-murid membantu antara satu sama lain dalam kumpulan kecil. Oleh itu, guru boleh memberi latihan kepada kumpulan sementara guru mengajar kumpulan yang lain. Melalui cara ini, tidak ada murid yang hanya duduk diam dan menunggu rakan yang sedang mengikuti pengajaran. Mereka akan melakukan aktiviti yang diberikan oleh guru.

TEMPOH PENYELESAIAN

8 Mac hingga 30 April 2015.

TINDAKAN SUSULAN

Pembahagian ekonomi token akan diberi berdasarkan kumpulan kecil yang akan dibentuk minggu hadapan. Memandangkan murid dari kelas pemulihan berada di kelas aliran perdana, saya perlu lebih berhati-hati dalam membahagikan kumpulan. Kesemua pelaksanaan ini akan saya jalankan pada minggu hadapan.

KESIMPULAN.

Saya berharap dengan pertolongan dari setiap mereka yang pakar dapat membantu saya menangani masalah-masalah yang timbul dengan tenang dan sukses. Di samping itu, saya berdoa agar murid-murid yang saya ajar dapat mengikuti pengajaran saya dengan baik dan memahami topik yang saya ajar sesempurna mungkin insyaAllah.

Pandangan / komen guru pembimbing........................................................................................................................................................................................................................................................................................... ..........................................................................................................................................................Tarikh : ............................................. Tandatangan : .............................................Nama : .........................................................

Pandangan / komen pensyarah pembimbing.......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................Tarikh : .............................................. Tandatangan : ..............................................Nama : ........................................................