Penulisan Jurnal Minggu Ketiga

3
PENULISAN JURNAL MINGGU KETIGA NAMA : NOR HIDAYATUL ZIANA BINTI JAHARI TARIKH : 15 FEBRUARI 2015 19 FEBRUARI 2015 TAJUK : MASALAH KAWALAN KELAS TAHUN 2A2 PERMASALAHAN Masalah yang saya hadapi minggu ini adalah masalah kawalan kelas bagi murid-murid Tahun 2A2. Tempoh waktu sesi pengajaran dan pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi bagi murid tahap 1 hanya satu jam seminggu. Justeru, saya hanya mengajar murid-murid ini satu masa dalam seminggu dan menyebabkan saya kurang berinteraksi dengan mereka. Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan saya sukar untuk mengawal kelas kerana masih belum dapat mengenal murid-murid ini dengan baik. Masalah yang saya hadapi adalah murid-murid tidak mendengar arahan dan lebih suka membuat kerja sendiri berbanding melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Selain itu, saya juga dapat mengenalpasti beberapa orang murid yang bersikap sambil lewa apabila saya memberi arahan untuk menjawab soalan pada lembaran kerja. Murid-murid tersebut hanya akan membuka buku dan tidak terus menjawab soalan. Saya perlu sentiasa memeriksa setiap murid dan memastikan mereka menjawab soalan. Keadaan ini menyebabkan sesuatu aktiviti ringkas yang dijalankan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan. Ianya mengganggu rancangan pengajaran yang telah saya rancang dengan masa yang sesuai. ANALISIS Bagi mengenalpasti punca kepada masalah tersebut, saya telah mengadakan tinjauan terhadap murid-murid Tahun 2A2. Saya dapati sebahagian daripada murid-murid tersebut masih belum boleh membaca dan menyebabkan mereka sukar untuk melaksanakan aktiviti yang melibatkan penulisan. Selain itu, pada minggu ini merupakan pertama kali murid-murid tersebut menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di makmal sains. Ini menyebabkan mereka merasa teruja dan tidak memberi perhatian semasa saya mengajar. Walaubagaimanapun, mereka mengatakan bahawa mereka lebih suka dan selesa belajar di makmal

description

jurnal praktikum

Transcript of Penulisan Jurnal Minggu Ketiga

PENULISAN JURNAL MINGGU KETIGANAMA : NOR HIDAYATUL ZIANA BINTI JAHARITARIKH : 15 FEBRUARI 2015 19 FEBRUARI 2015TAJUK : MASALAH KAWALAN KELAS TAHUN 2A2PERMASALAHAN Masalah yang saya hadapi minggu ini adalah masalah kawalan kelas bagi murid-murid Tahun 2A2. Tempoh waktu sesi pengajaran dan pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi bagi murid tahap 1 hanya satu jam seminggu. Justeru, saya hanya mengajar murid-murid ini satu masa dalam seminggu dan menyebabkan saya kurang berinteraksi dengan mereka. Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan saya sukar untuk mengawal kelas kerana masih belum dapat mengenal murid-murid ini dengan baik. Masalah yang saya hadapi adalah murid-murid tidak mendengar arahan dan lebih suka membuat kerja sendiri berbanding melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Selain itu, saya juga dapat mengenalpasti beberapa orang murid yang bersikap sambil lewa apabila saya memberi arahan untuk menjawab soalan pada lembaran kerja. Murid-murid tersebut hanya akan membuka buku dan tidak terus menjawab soalan. Saya perlu sentiasa memeriksa setiap murid dan memastikan mereka menjawab soalan. Keadaan ini menyebabkan sesuatu aktiviti ringkas yang dijalankan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan. Ianya mengganggu rancangan pengajaran yang telah saya rancang dengan masa yang sesuai. ANALISISBagi mengenalpasti punca kepada masalah tersebut, saya telah mengadakan tinjauan terhadap murid-murid Tahun 2A2. Saya dapati sebahagian daripada murid-murid tersebut masih belum boleh membaca dan menyebabkan mereka sukar untuk melaksanakan aktiviti yang melibatkan penulisan. Selain itu, pada minggu ini merupakan pertama kali murid-murid tersebut menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di makmal sains. Ini menyebabkan mereka merasa teruja dan tidak memberi perhatian semasa saya mengajar. Walaubagaimanapun, mereka mengatakan bahawa mereka lebih suka dan selesa belajar di makmal sains berbanding dengan belajar di dalam kelas seperti biasa. Di samping itu, saya juga telah berjumpa dan membuat perbincangan dengan guru asal yang mengajar mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi mereka. Menurutnya, murid-murid Tahun 2A2 memang memerlukan perhatian yang lebih terutamanya murid-murid yang tidak boleh membaca. Saya disarankan untuk membimbing mereka secara kumpulan kecil atau secara individu jika berkesempatan. Ini kerana, penerangan secara umum tidak dapat membantu mereka untuk memahami sesuatu perkara dengan baik kerana mereka sering berkhayal dan tidak memberi perhatian.CADANGANBagi mengelakkan masalah kawalan kelas ini berterusan, saya telah membuat sedikit perancangan untuk membantu mengurangkan masalah tersebut. Antara perancangan yang akan saya lakukan adalah :1. Memberi arahan dan penerangan yang jelas serta penggunaan bahasa yang ringkas kepada murid-murid untuk supaya mereka tidak keliru dengan arahan yang diberikan.2. Menggunakan suara yang lebih kuat dan tegas supaya murid tidak berani untuk bermain dan lebih fokus.3. Membuat rujukan dan panduan daripada guru pembimbing dan guru-guru lain mengenai cara untuk mengatasi masalah kawalan kelas.4. Sentiasa mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran di makmal sains untuk menarik minat murid supaya seronok belajar.TEMPOH PENYELESAIAN22 Februari 2015 30 April 2015 ( sepanjang tempoh praktikum )TINDAKAN SUSULANSelain perancangan tersebut, saya juga akan mengaplikasikan Teori Pembelajaran Tingkah Laku untuk membantu saya membentuk dan mengawal murid-murid tersebut. Saya akan menggunakan peneguhan dengan memberikan ganjaran atau hukuman kepada murid mengikut kesesuaian situasi. Ini dapat membantu saya agar murid-murid lebih peka dan fokus semasa sesi pengajaran dan pembelajara.KESIMPULANKesimpulannya, saya perlu mengkaji semula apa kesilapan dan strategi yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Langkah yang terbaik adalah dengan berbincang dan meminta pandangan daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing agar mendapat tips yang berguna untuk diaplikasikan.Disemak oleh guru pembimbing

Tandatangan :Nama :Tarikh :

Disemak oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan :Nama :Tarikh :