Penulisan Jurnal Minggu Yang Pertama

4
PENULISAN JURNAL MINGGU YANG PERTAMA NAMA : AMIRA HAFIZA BINTI MOHAMAD TARIKH : 1 FEB 2015 – 5 FEB 2015 TAJUK : PROSES MENYESUAIKAN DIRI DENGAN PERSEKITARAN BARU PERMASALAHAN Minggu ini merupakan minggu pertama saya dan rakan-rakan menjalani praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Tempinis, 22020 Jerteh, Terengganu. Oleh kerana ini adalah minggu pertama, masalah yang saya hadapi ialah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru iaitu suasana sekolah, murid-murid, guru- guru dan staff dalam masa yang singkat. ANALISIS Saya dan rakan-rakan telah melaporkan diri di pejabat Guru Besar setelah perhimpunan mingguan selesai pada hari pertama. Kami diberi sedikit taklimat ringkas oleh Guru Besar dan kami juga ada berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk mendapatkan jadual waktu, Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk mendapatkan maklumat mengenai aktiviti kokurikulum dan juga guru pembimbing. Antara perkara yang dibincangkan dalam taklimat ringkas itu ialah berkenaan aktiviti kokurikulum dan waktu pengajaran yang diperuntukkan iaitu jadual mengajar harian kami. Selain itu, kami membincangkan sedikit mengenai hal-hal yang berkaitan dengan penyeliaan praktikum dan Guru Besar memberi kami sedikit nasihat supaya menimba ilmu sebanyak mungkin sepanjang tempoh tiga bulan berada di sini.

description

jurnal

Transcript of Penulisan Jurnal Minggu Yang Pertama

PENULISAN JURNAL MINGGU YANG PERTAMA

NAMA: AMIRA HAFIZA BINTI MOHAMADTARIKH: 1 FEB 2015 5 FEB 2015TAJUK: PROSES MENYESUAIKAN DIRI DENGAN PERSEKITARAN BARU

PERMASALAHANMinggu ini merupakan minggu pertama saya dan rakan-rakan menjalani praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Tempinis, 22020 Jerteh, Terengganu. Oleh kerana ini adalah minggu pertama, masalah yang saya hadapi ialah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru iaitu suasana sekolah, murid-murid, guru-guru dan staff dalam masa yang singkat.

ANALISISSaya dan rakan-rakan telah melaporkan diri di pejabat Guru Besar setelah perhimpunan mingguan selesai pada hari pertama. Kami diberi sedikit taklimat ringkas oleh Guru Besar dan kami juga ada berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk mendapatkan jadual waktu, Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk mendapatkan maklumat mengenai aktiviti kokurikulum dan juga guru pembimbing. Antara perkara yang dibincangkan dalam taklimat ringkas itu ialah berkenaan aktiviti kokurikulum dan waktu pengajaran yang diperuntukkan iaitu jadual mengajar harian kami. Selain itu, kami membincangkan sedikit mengenai hal-hal yang berkaitan dengan penyeliaan praktikum dan Guru Besar memberi kami sedikit nasihat supaya menimba ilmu sebanyak mungkin sepanjang tempoh tiga bulan berada di sini.Selain itu, kami telah menerima jadual waktu daripada guru pembimbing masing-masing. Waktu mengajar saya ialah 10 masa seminggu. 10 masa seminggu waktu mengajar saya melibatkan 6 masa untuk Matematik Tahun 5 dan 4 masa untuk Sains Tahun 5,. .Di sekolah ini, kami ditempatkan di bilik guru bersama-sama guru-guru lain. Hal ini kerana supaya kami mudah dapat bergaul dengan guru-guru di sekolah ini. Oleh kerana saya bukanlah seorang yang sangat peramah atau cepat dapat mengadapatasi dengan suasana baru, justeru agak sukar bagi saya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di sekolah ini Walaubagaimanapun, guru-guru di sini peramah dan mesra dan sentiasa tersenyum atau bertanya khabar kami apabila bertembung.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN1. Bagi mengatasi masalah ini, saya sepatutnya memulakan perbualan terlebih dahulu dengan guru-guru lain dan cuba menghilangkan rasa kekok ketika berbual dengan mereka. Saya sepatutnya bersikap lebih mesra dengan mereka supaya komunikasi antara kami menjadi bertambah baik dan saya boleh bergaul dengan lebih selesa bersama mereka.

2. Selain itu, saya perlu membuang perasaan malu dan gugup serta perlu lebih mempraktikkan cara untuk berkomunikasi dengan betul dan berkesan agar dapat menyesuaikan diri dengan cepat dalam persekitaran yang baru di sekolah ini.

TEMPOH MASASaya memerlukan masa dalam meningkatkan keyakinan diri ketika berkomunikasi dnegna orang lain namun syaa akan cuba menguasai kemahiran berkomunikasi terutama ketika berdepan dengan para guru dan juga murid-murid. Selain itu, saya juga akan berusaha untuk menyesuaikan diri dalam suasana persekitaran baru dalam tempoh kurang dari satu minggu untuk merapatkan hubungan dengan guru-guru di sekolah ini.

PENILAIAN KEJAYAANSaya akan muhasabah diri saya samada berlakunya perubahan dalam cara saya menyesuaikan diri dengan orang lain dan juga menanyakan komen daripada rakan praktikum mengenai pergaulan saya dengan kakitangan di sekolah ini. Di samping itu, saya juga menilai diri sendiri dalam melakukan sesuatu tindakan agar sentiasa terdapat perubahan positif dalam kemahiran berkomunikasi saya.

TINDAKAN SUSULANSaya perlu meningkatkan keyakinan dalam diri apabila berkomunikasi dengan orang lain di samping memantapkan lagi cara berkomunikasi bagi mewujudkan suasana persekitaran yang selesa dan baik. Saya juga berpendapat jika saya sentiasa memulakan perbualan dengan guru-guru lain, hubungan antara saya dan guru-guru lain akan bertambah rapat.

KESIMPULANSecara keseluruhan, saya berpendapat bahawa untuk menyesuaikan diri di tempat baru adalah tidak sukar asalkan kita berusaha dalam memperbaiki diri dan sentiasa menambah baik kekurangan diri agar berjaya menjadi guru yang cemerlang terhadap sekolah dan murid.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan:

Nama:

Tarikh:Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan:

Nama:

Tarikh: