PENULISAN KARANGAN SPM-ISU WARGA EMAS

7

Click here to load reader

Transcript of PENULISAN KARANGAN SPM-ISU WARGA EMAS

Page 1: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU WARGA EMAS

WARGA EMASISU PENJAGAAN WARGA TUA

Ramai yang telah memperkatakan peningkatan kualiti hidup diserata dunia, dan ini termasuklah bagi negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Peningkatan pada perkhidmatan kesihatan telah banyak mempengaruhi peningkatan umur dan dalam masa dua dekat banyak pengaruh daripada perkhidmatan kesihatan telah menjamin akan hayat yang lebih daripada dahulunya.

Kajian terdahulu menunjukkan bahawa trend warga tua telah meningkat dari satu masa ke satu masa, contohnya di Malaysia sendiri, peratus warga tua kepada keseluruhan populasi yang melebihi tahap umur 65 semakin meningkat dari masa ke masa. United Nation (1987) telah membuat perjangkaan bahawa peratusan warga tua di Malaysia akan meningkat daripada 3.3 peratus pada tahun 1980 sehingga 7.4 peratus pada tahun 2020. Peningkatan ini adalah lebih daripada sekali ganda dalam masa 40 tahun.

Peningatan ini boleh dikatakan agak signifikan walaupun agak rendah jika berbanding dengan negara-negara yang lain, seperti Singapura dan Jepun. Warga tua adalah satu golongan yang istimewa yang pernah menjanakan tenaga mereka dalam membimbing generasi kini dengan jayanya. Maka tidak perlu dinafikan lagi bahawa pertolongan kepada golongan tersebut perlu digiatkan.

Dengan jangkaan peningkatan populasi warga tua nanti, sudah tentu akan memberi sedikit tekanan kepada masyarakat secara umumnya bagi menyediakan kemudahan, seperti penjagaan, rawatan dan sebagainya. Penyediaan kemudahan kepada warga tua nanti sudah semestinya akan mengunakan sumber kewangan yang dijanakan daripada kutipan kerajaan atas masyarakat dan juga daripada sumber kewangan peribadi atau persendirian. Masyarakat sekarang harus menanam semangat bertanggungjawab kepada semua warga tua. Perancangan yang sempurna perlu diadakan untuk menangani masalah yang akan dihadapi oleh warga tua.

Ramai telah memperkatakan usaha-usaha ke arah penjagaan warga tua dalam masyarakat sekarang. Konsep penjagaan warga tua masih lagi dianggap tidak mempunyai ketentuan yang tetap iaitu masyarakat dan pihak berkuasa seolah-olah beraggapan bahawa penjagaan warga tua hanya perlu dilakukan kepada aspek fizikal sahaja tanpa menitikberatkan aspek emosi mereka. Masyarakat dan pihak berkuasa seharusnya perlu lebih peka terhadap konsep penjagaan warga tua dengan menyediakan program penjagaan yang lebih sempurna dalam semua aspek baik fizikal mahupun spiritual kerana hakikat bahawa manusia tercipta daripada dua unsur tersebut tidak dapat diketepikan sama sekali. Dan ini bermakna program penjagaan yang komprehensif dan menyeluruh sifatnya perlu disediakan untuk mereka.

Masyarakat di kawasan Asia masih lagi mengamalkan keutuhan konsep kekeluargaan di kalangan ahlinya.Walaupun begitu, didapati bahawa konsep kekeluargaan ini semakin pudar ditelan zaman. Ramai

Page 2: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU WARGA EMAS

di kalangan anak yang tidak sanggup untuk memelihara ibu-bapa yang telah tua. Ada kala warga tua itu sendiri yang tidak mahu tinggal bersama keluarga dan anak-anak mereka dengan alasan akan menyusahkan keluarga dan anak-anak mereka sendiri. Sebaliknya mereka lebih rela tinggal di rumah-rumah penjagaan warga tua. Satu kajian dan tinjauan telah dilakukan oleh ASEAN Ageing Survey pada tahun 1986 mendapati bahawa kebanyakan (91.6 peratus) warga tua di Malaysia masih tinggal sama ada bersama pasangan atau ahli keluarga mereka. Ini menunjukkan anak-anak dan saudara- mara masih lagi menjadi tempat pergantungan utama warga tua di Malaysia buat masa sekarang. Persoalannya, adakah konsep pergantungan kepada keluarga akan terus menjadi teras utama di dalam isu 'penjagaan warga tua' pada masa akan datang? Telah diperkatakan terdahulu tadi diaggarkan bahawa Malaysia mempunyai tigapuluh hingga empatpuluh tahun lagi untuk melakukan perancangan untuk menyediakan program-program yang terbaik di dalam aspek penjagaan warga tua. Anggaran ini dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berdasarkan peningkatan tahap mutu kesihatan yang baik di Malaysia dengan mengambil kira faktor-faktor kadar kelahiran yang meningkat dan kadar kematian yang semakin menurun.  

Berdasarkan faktor-faktor ini, sudah sampai masanya masyarakat dan pihak berkuasa di Malaysia menyusun program-program dan dasar-dasar yang lebih realistik untuk berhadapan dan seterusnya menangani situasi ini dengan cara yang terbaik. Daripada pengalaman negara-negara yang telah menjalankan program ini, berbagai cara yang baik dapat dilaksanakan. Contoh program daripada pihak kerajaan yang berjalan lancar di negara membangun adalah seperti keterlibatan oleh pihak kerajaan di dalam perkhidmat kesihatan dan peruntukan pendapatan saraan yang munasabah untuk warga tua. Manakala masyarakat pula boleh memberikan sumbangan mereka menerusi kerja-kerja amal yang dilakukan tanpa memikirkan sebarang bentuk balasan. Amalan-amalan yang berbentuk altruistik ini perlu dititikberatkan agar berbudaya di dalam masyarakt Malaysia. Ini bersesuaian dengan seruan kerajaan ke arah mewujudkan masyarakat penyayang. Dengan lain perkataan, sumbangan yang diberikan bukan kerana kebimbangan suatu hari nanti kita akan memerlukan program penjagaan kepada kita akan tetapi kita melaksanakan program tersebut kerana nerupakan budaya dan tanggungjawab masyarakat kita untuk membela mereka yang pernah berjasa kepada nusa dan bangsa.  

Didalam melaksanakan perancangan program penjagaan warga tua, aktiviti-aktiviti tertentu perlulah digarapkan sekali agar warga tua dapat menghabiskan umur tua dalam keadaan yang boleh dianggap berjaya, setidak-tidaknya pada diri sendiri. Aktiviti-aktiviti seperti pendedahan dan pengamalan penjagaan kesihatan yang dapat menjauhkan diri daripada penyakit perlu sekali diberi keutamaan. Selain daripada itu aktiviti-aktiviti yang dapat menjayakan diri sendiri seperti memupuk semangat warga tua untuk terus hidup serta kesedaran mengenai kemampuan kapasiti fungsi fizikal mereka

Page 3: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU WARGA EMAS

membolehkan warga tua terus bergiat aktif menyertai pelbagai kegiatan luar yang bersangkutan dengan 'moral boosting' (Rowe and Kahn, 1987).  

Bercakap mengenai penjagaan warga tua sudah sememangnya penjagaan terhadap kesihatan mereka merupakan agenda utama dalam perlaksanaannya. Gregg (1987) menyarankan bahawa penjagaan kesihatan terhadapt warga tua adalah elemen utama dalam segala program untuk warga tua. Tetapi, pada masa kini teknologi yang digunakan dalam aspek kesihatan telah terkedepan dan kos yang mahal perlu ditanggung untuk mendapatkan perkhimatan kesihatan. Beliau mencadangkan agar pihak kerajaan perlulah mengambil insiatif dengan memberi bantuan pada peringkat awal perlaksanaan sistem penjagaan warga tua. Satu sistem yang lebih sempurna perlulah diperincikan selepas itu bagi membolehkan warga tua atau mana-mana agensi menanggung kos kesihatan mereka sendiri.  

Malaysia boleh mengikut jejak langkah yang telah dijalankan oleh negara membangun dalam penjagaan warga tua. Amerika Syarikat misalnya, adalah sebuah negara yang menyediakan bantuan sepenuhnya terhadap kepentingan dan keselesaan warga tua. Dengan kekayaan yang ada Amerika mampu untuk menyara warga tua mereka yang berumur lebih dari 65 tahun keatas, bantuan yang diberi adalah d ibawah peruntukan 'Social Security Act'. Berbagai akta lagi telah diperuntukan bagi warga tua, antaranya seperti 1) Akta Warga Tua Amerika 1965; di bawah akta ini berbagai agensi dilantik bagi memastikan keberkesanaan program saraan warga tua Amerika berjalan dengan baik, 2) Akta Penjagaan Kesihatan 1965; yang menyara semua pembelanjaan kesihatan warga tua Amerika and 3) Diskreminasi Umur dalam Akta Pekerjaan 1967; akta ini menamatkan umur pesaraan bagi semua rakyat Amerika dan mengharamkan pemberian kerja berasaskan umur. Walau bagaimana pun Amerika Syarikat bukanlah antara negara yang mula-mula melaksanakan program bagi warga tua. Antara negara yang telah terdahulu dan berjaya dalam perlaksanaan program penjagaan warga tua adalah Great Britain (Cockerham, 1997). Malaysia mampu menjayakan program penjagaan warga tua ini dengan melihat akan program-program yang telah dijalankan oleh negara yang telah berjaya dalam perlaksanaannya tetapi mestilah mengikut acuan kita sendiri.  

Great Britain mempunyai sejarah yang banyak dalam perlaksanaan program penjagaan warga tua. Pada mulanya penumpuan cuma diberikan dari segi kewangan dimana pada 1908 Akta Pencen diadakan bagi pembuat penyedian penyaraan pada masa tua. Pada tahun 1995, lelaki yang berumur 65 dan perempuan yang berumur 60 boleh mendapatkan sumbangan pencen sebanyak $355 sebulan dengan syarat mereka tidak mempuyai pergantungan lain (Cockerham, 1987). Elemen kesihatan mula timbul dalam penjagaan warga tua dalam Akta Perkhidmatan Kebangsaan 1948 dimana pihak kerajaan menjadi pemilik kepada semua hospital. Dari situ semua perkhidmatan kesihatan yang diperuntukan kepada warga tua diberi percuma.  

Banyak lagi negara yang telah menjalankan pelbagai program penjagaan warga tua yang telah berjaya menghasilkan keselesaan dan

Page 4: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU WARGA EMAS

kepuasan kepada warga tua. Berdasarkan sejarah, kebanyakan daripada negara ini juga melakukan kesilapan dalam pelaksanaan program-program tersebut tetapi dapat dimantapkan dari masa ke masa. Contohnya negara Sweden yang pada mulanya memberi bantuan kepada semua lapisan masyarakat dengan harapan dapat menolong mereka yang miskin dan juga warga tua. Tetapi selepas didapati tidak berkesan selepas beberapa lama dan program bantuan itu diubah suai dengan peruntukan kepada mereka yang betul-betul memerlukannya seperti warga tua dilebihkan. Dan warga tua telah menjadi penerima utama dalam program bantuan rakyat.  

Kebanyakan negara juga mengadakan institusi bagi warga tua yang tidak mempunyai tempat untuk tinggal. Malaysia juga telah mempunyai beberapa institusi untuk warga tua. Memang telah diakui bahawa dalam perancangan untuk menubuhkan institusi warga tua sangat rumit. Pelbagai perkhidmatan terpaksa di adakan bagi membolehkan mereka tinggal dengan selesa, walau bagaimana terancangnya penubuhan institusi warga tua sudah pasti tidak akan bertepatan dengan kehendak penghuninya. Tidak ada satu jenis perkhidmatan yang sesuai untuk semua jenis orang. Sesuatu yang perlu ditekankan adalah kualiti yang bagus pada keselamatan dan kesihatan penghuni. Kart dan Manard (1979) ada menyarankan beberapa langkah yang perlu diambil bagi mengatasi masalah kemudahan perkhidmatan yang tidak sesuai bagi semua penghuni. Mereka berpendapat bahawa institusi warga tua paling elok jika dapat di segregasikan menurut faktor-faktor tertentu yang ada pada penghuni itu. Elemen yang pertama adalah tuan punya institusi tersebut dan siapa yang menguruskannya, elemen ini juga menjadi faktor yang agak ketara di dalam penyediaan perkhidmatan yang bersesuaian. Keduanya faktor saiz. Dari segi psikologi, saiz rumah penjagaan yang kecil tidak mampu untuk menyediakan perkhimatan yang sesuai dan sudah tentu akan mengalami kesesakan kepada penghuni. Ketiga adalah status sosioekonomi. Status sosioekonomi juga boleh menentukan jenis perkhimatan yang bersesuai .Jika kebanyakan penghuninya adalah dari golongan sosioekonomi yang tinggi, kemudahan dan perkhidmatan yang diberi adalah jauh lebih baik daripada yang lainnya dan institusi ini boleh bergantung kepada sumber kewangan yang lebih berbanding dengan cuma bergantung kepada bantuan daripada pihak berkuasa. Keempat adalah faktor integrasi sosial. Penghuni yang tinggal harus mempuyai takat integrasi sosial yang dapat membolehkan mereka bergaul dengan penghuni yang lain dan pergaulan mereka juga tidak berhenti hanya dengan penghuni yang lain tetapi juga dengan pekerja dan juga masyarakat. Yang akhir sekali ialah tahap profesionalisme. Di sini pihak berkuasa harus mengambil inisiatif awal di dalam mengadakan latihan kepada pekerja institusi agar dapat melayan semua penghuni dengan baik. Mereka ini boleh dilatih dengan mengadakan satu pusat latihan khas atau mendapat latihan sambil bekerja dengan diperhati dan ditunjukajar oleh pekerja yang telah cekap.

Walaupun terdapat kebarangkalian untuk membangunkan program penjagaan warga tua sebagai satu tanda perhargaan kita terhadap

Page 5: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU WARGA EMAS

mereka yang telah terlebih dahulu menyumbangkan jasa mereka di dalam proses pembangunan agama, bangsa dan negara sehingga kita sampai ke tahap sekarang, kita juga perlu berhati-hati di dalam memberikan saranan ke arah pembentukan program penyaraan dan institusi penjagaan warga tua. Tidak semua prgram dan institusi yang disarankan boleh berjaya. Perancangannya sudah tentu akan mengambil masa yang agak lama, tidak terkecuali juga tenaga dan komitmen yang jitu amat diperlukan sekali.  

Bakal penghuni selalu akan menanyakan institusi mana yang paling bagus apabila mereka ingin menyertainya. Jawapannya mudah, institusi yang mempunyai perkhidmatan yang canggih, tidak begitu besar, sumber kewangan yang mantap, suasana sosial yang baik dan pekerja yang cekap mengendalikan institusi tersebut sudah pasti akan menjadi pilihan yang utama.  

Tetapi perlu juga diingat bahawa tiada suatu program atau institusi yang dapat memberi kepuasan kepada seluruh penghuninya. Yang paling penting ialah untuk mengenal pasti bahawa perkhidmatan keselamatan dan kesihatan adalah unsur yang perlu sekali diutamakan.

CONTOH RUMAH UNTUK WARGA TUA [RUMAH EHSAN, TERENGGANU]

Rumah Ehsan terletak di Bandar Al-Muktafibillah Shah di dalam Wilayah KETENGAH dan dihubungkan melalui Lebuh Raya Jerangau - Jabor sejauh 100km dari Kuala Terengganu dan 115km dari Kuantan. Institusi ini dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu dan telah beroperasi sejak 1 November 1999.

OBJEKTIF Memberi jagaan, rawatan dan perlindungan kepada warga tua yang

uzur, daif dan tidak berwaris dalam suasana yang selesa dan tenteram.

Memberi perkhidmatan kepada seramai 100 orang penghuni KUMPULAN SASAR Pesakit melarat yang memerlukan rawatan berterusan tetapi tidak intensif.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN Kes-kes pesakit melarat yang diterima kemasukannya adalah mereka

yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan sebagai pesakit melarat;

Tidak menghidap penyakit berjangkit;

Page 6: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU WARGA EMAS

Tidak mempunyai keluarga/penjaga atau keluarga/penjaga tidak dapat dikesan/ tidak berupaya menjaga mereka;

Tidak ada sumber pendapatan atau tidak boleh menyara diri sendiri; Berumur 60 tahun ke atas.

CARA KEMASUKAN Semua permohonan kemasukan hendaklah melalui Pegawai Kebajikan

Masyarakat Daerah (PKMD) dengan menggunakan borang yang disediakan dan kemudiannya dimajukan kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN) untuk semakan dan sokongan.

Selepas itu borang-borang tersebut dikemukakan kepada Ketua Pengarah untuk kelulusan.  

PEMBEBASAN Penghuni yang telah berupaya menyara dan menjaga dirinya boleh

dikeluarkan dari institusi pada bila-bila masa yang sesuai dan telah disahkan oleh Pegawai Perubatan atau mempunyai keluarga/penjaga atau waris yang sanggup menerimanya.  

LEMBAGA PELAWAT Institusi ini mempunyai sebuah Lembaga Pelawat yang dilantik oleh

Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat bagi tempoh tiga tahun. Lembaga ini mengandungi tidak kurang daripada tujuh orang ahli dan sekurang-kurangnya dua lelaki dan dua orang perempuan.

Tanggungjawab utama Lembaga ialah untuk memastikan institusi ditadbirkan mengukut Kaedah-Kaedah Bagi Pengurusan rumah Pesakit Melarat 1978 demi faktor kesejahteraan dan kebajikan penghuni dilaksanakan.

Lembaga menyediakan kemudahan tambahan bagi penghuni serta mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan lagi kesedaran masyarakat terhadap keperluan penghuni-penghuni di institusi ini.

PERANAN MASYARAKAT Jabatan Kebajikan Masyarakat menggalakkan sanak-saudara dan

masyarakat setempat memberi perhatian dan sumbangan kepada pesakit melarat yang ditempatkan di institusi.

Aktiviti-aktiviti seeprti hari terbuka dan perayaan hari kebesaran diadakan bagi memberi peluang kepada anggota masyarakat melawat dan mengenali penghuni serta berinteraksi dengan mereka.

Pertubuhan sukarela dan pihak swasta juga boleh memberi sumbangan tenaga dan masa bermesra dan meraikan penghuni-penghuni ini supaya mereka tidak merasa tersisih dan kesepian, selaras dengan semangat jitu masyarakat penyayang.

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN Rumah Ehsan telah menyediakan berbagai perkhidmatan, kemudahan

dan kegiatan untuk penghuni-penghuni seperti berikut:

Page 7: PENULISAN KARANGAN SPM-ISU WARGA EMAS

Jagaan dan Perlindungan: Perkhidmatan ini menyediakan keperluan asas yang mencukupi bagi penghuni seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Hidangan makanan harian adalah berdasarkan kepada skala imbangan makanan yang telah diperakui oleh Kementerian Kesihatan. Makanan disediakan enam (6) kali sehari mengikut menu yang disediakan oleh Pengetua dengan kelulusan daripada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Rawatan Perubatan dan Jagaan Kesihatan: Penghuni-penghuni diberi rawatan dan jagaan kesihatan yang baik oleh Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih dan Penolong Jururawat. Kes-kes penghuni yang memerlukan rawatan intensif dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut

Bimbingan dan Kaunseling: Perkhidmatan ini adalah untuk menolong penghuni-penghuni mengatasi masalah emosi dan psikologi mereka. Pengetua dan Pembantu Pembangunan Masyarakat di institusi selalu mengadakan kaunseling individu dan kelompok serta perbincangan kes.

Perkhidmatan Fisioterapi: Unit ini adalah memastikan setiap penghuni dapat menggunakan keupayaan potensi yang ada pada dirinya dalam usaha mendapatkan keselesaan hidup di institusi. Pemulihan fisioterapi amat penting bagi menguatkan otot-otot penghuni yang uzur. Dengan bantuan pemulihan fisioterapi ada kemungkinan mereka boleh menguruskan aktiviti-aktiviti harian tanpa banyak bantuan daripada orang lain.

Bimbingan Agama dan Kemudahan Beribadat: Penghuni-penghuni digalakkan untuk mengamalkan ajaran agama mengikut kepercayaan masing-masing. Guru-guru yang berkenaan datang ke institusi untuk memberi pengajaran dan bimbingan kepada penghuni-penghuni.

Rekreasi dan Cara pulih Kerja: Penghuni-penghuni digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti yang sesuai dengan kesihatan, kemampuan dan minat mereka. Kemudahan-kemudahan disediakan untuk penghuni-penghuni memenuhi masa lapang mereka dengan menonton televisyen dan video, mambaca akhbar dan sebagainya.