PENULISAN MEKANIS

29
PENULISAN MEKANIS KEMAHIRAN BERBAHASA-kemahiran menulis KEMAHIRAN MENULIS 1. Konsep Menulis - Menulis merupakan aktiviti menghasilkan bahan-bahan bertulis. - Menulis merupakan hasil kerja penulis-sebarang perkara diluahkan dalam bentuk huruf dan alphabet. - Menulis merupakan huruf atau simbol bagi menggambarkan sesuatu makna. - Menulis merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi mempersembahkan idea dan pendapat. - Membolehkan kanak-kanak menulis dengan kemas, cantik dan tersusun. - Kanak-kanak dapat mempelajari cara dan teknik penulisan dengan betul. - Kanak-kanak dapat memahami apa yang ditulis mereka. - Kanak-kanak dapat membaca apa yang ditulis. 2. Tujuan Menulis i.Tujuan Serta-Merta a) Mendirikan asas menulis yang kukuh b) Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat dengan betul c) Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk penulisan d) Menyuburkan minat suka menulis dan mengarang e) Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata,perkembangan bahasa dan tulisan ii.Tujuan Lanjut : a) Meluaskan pengetahuan,pengalaman,perhubungan dan matlamat menerusi penulisan b) Memberi kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan c) Menyediakan mereka dengan pengetahuan supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat 3.fungsi menulis -merangsang n melahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata, n perasaan. -br peluang pljar teroka bdg bhs. -perluaskn pengetahuan, lahirkn idea, n gunakn sluruh anggota mekanis9mata,tgn, akal) untuk rgsg pmbljrn. 4. Peringkat Kemahiran Menulis peringkat 1-(Pra menulis/persediaan) Definisi:

description

baca

Transcript of PENULISAN MEKANIS

PENULISAN MEKANISKEMAHIRAN BERBAHASA-kemahiran menulisKEMAHIRAN MENULIS

1. Konsep Menulis- Menulis merupakan aktiviti menghasilkan bahan-bahan bertulis.- Menulis merupakan hasil kerja penulis-sebarang perkara diluahkan dalam bentuk huruf dan alphabet.- Menulis merupakan huruf atau simbol bagi menggambarkan sesuatu makna.- Menulis merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi mempersembahkan idea dan pendapat.- Membolehkan kanak-kanak menulis dengan kemas, cantik dan tersusun.- Kanak-kanak dapat mempelajari cara dan teknik penulisan dengan betul.- Kanak-kanak dapat memahami apa yang ditulis mereka.- Kanak-kanak dapat membaca apa yang ditulis.

2. Tujuan Menulis

i.Tujuan Serta-Mertaa) Mendirikan asas menulis yang kukuhb) Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat dengan betulc) Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk penulisand) Menyuburkan minat suka menulis dan mengarange) Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata,perkembangan bahasa dan tulisanii.Tujuan Lanjut :a) Meluaskan pengetahuan,pengalaman,perhubungan dan matlamat menerusi penulisanb) Memberi kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaanc) Menyediakan mereka dengan pengetahuan supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat

3.fungsi menulis-merangsang n melahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata, n perasaan.-br peluang pljar teroka bdg bhs.-perluaskn pengetahuan, lahirkn idea, n gunakn sluruh anggota mekanis9mata,tgn, akal) untuk rgsg pmbljrn.

4. Peringkat Kemahiran Menulis

peringkat 1-(Pra menulis/persediaan)

Definisi:- Tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul- Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan tumpuan.- Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran membentuk lambang huruf yang betul dan tepat, latihan menulis hendaklah dirancang secara sistematik dan bebas agar tidak menimbulkan rasa bosan.

Latihan2/aktiviti2nya: Latihan pergerakan tangan mengikut arah yang betul Gerak tangan bebas mengikut bentuk huruf Latihan pergerakan mata melalui aktiviti menulis huruf di udara atau di atas meja Latihan koordinasi tangan dan mata dalam membentuk corak campuran garisan lurus dan bulatan Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir atau di rumputtanpa menggunakan alat tulis

peringkat 2 - (Mendirikan asas)

Definisi:- Membentuk lambang-lambang tulisan secara bebas di atas kertas kosong yang tiada sebarang garisan- Kemudian, menulis dan membentuk huruf pada halaman buku bergaris empat- Penekanan diberikan dari segi kawalan tulisan yang bertujuan.

Latihan2nya: Latih tubi secara berterusan Menulis perkataan dalam buku latihan bergaris empat Menulis perkataan dengan memberikan tumpuan pada bentuk, saiz dan jarak yang betul Melukis gambar dan menulis frasa berdasarkan gambar

Aktiviti2nya: Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan. Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan. Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan bermakna. Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang kosong Menyalin perkataan yang mudah. Menyalin ayat-ayat yang mudah.

peringkat 3- (peringkat untuk pelahiran)

Definisi:- Peringkat pelahiran merupakan latihan menulis sebenar- Melahirkan fikiran secara bertulis- Murid telah menguasai kemahiran menulis setiap huruf / abjad dan seterusnya menulis ayat-ayat.- Murid menulis ayat-ayat yang dicontohkan oleh guru dan selanjutnya digalakkan untuk menghasilkan ayat mereka sendiri.

Latihan2nya:-Latihan bermula secara terkawal melalui penggunaan bahan rangsangan seperti gambar atau perkataan.-murid menulis dan membina ayat berdasarkan bahan rangsangan tersebut.

Aktiviti2nya :- Membina ayat bagi melengkapkan cerita.- Meluaskan ayat dengan menambahkan frasa yang sesuai- Menulis jawapan bagi soalan kefahaman- Menulis rencana yang dibacakan oleh guru- Menulis karangan berdasarkan tajuk yang disediakan- Menyusun semula ayat dan perenggan

5.Peringkat-peringkat penulisan juga boleh diperincikan seperti yang berikut :1. Persediaan2. Percubaan3. Prakomunikasi4. Suku kata5. Menulis ayat6. Memperluas dan menambah maklumat

6.Lima Kategori Penulisan Karangan Penulisan ringkas Penulisan untuk majlis rasmi Surat Penulisan untuk papan kenyataan

7.Jenis-jenis penulisana. TerkawalDefinisi: Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru,bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.Contoh: Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang disediakan. Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan lengkap.

b. Separa terkawalDefinisi: Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan.Contoh: Menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan dengan perkataan lain yang telah disediakan.

c. BerpanduDefinisi: Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan berdasarkan panduan guru.

Contoh: Menulis semula cerita/petikan yang dibaca. Menulis karangan berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk. Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan atau sebaliknya.

d.BebasDefinisi:- Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiriContoh/bentuk:

Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan. Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan. Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan. Kreatif: puisi, cerpen, drama Imaginatif: pengalaman.

8.kesalahan2 biasa dalam tulisan

- Kesalahan pelajar dalam menghasilkan sesuatu penulisan biasanya berdasarkan tiga faktor yang berikut:

1. isi2. bahasa3. tulisan- Faktor-faktor ini berlaku kerana masalah yang terdapat dalam p&p BM itu sendiri. Akibat kurangnya penguasan pelajar-pelajar terhadap pelbagai jenis ayat bahasa Melayu maka berlakulah pelbagai kesalahan dalam penulisan4.kesalahan ejaan- Kesalahan ini biasa dilakukan tanpa disedari pelajar- Ini kerana mereka kurang pengetahuan atau pun terlalu terikat dengan dialek atau loghat mereka.

5.kesalahan tatabahasa- Kesalahan ini biasanya berlaku kerana kurangnya ilmu tentang penguasaan dan penggunaan dalam tatabahasa.- Boleh juga berlaku jika kurang latihan dan perhatian dari pelajar.

9.jenis penulisan secara mentalis/penglahiran

Dikuasai setelah kanak-kanak memperoleh kemahiran menulis mekanis. Banyak melibatkan mental. Latihan yang dijalankan untuk mendapatkan kemahiran menulis ini ialah :I. Latihan pernyataan fikiran atau pendapatII. Latihan pernyataan perasaan.III. Latihan pernyataan kehendak.IV. Latihan mengeluarkan pendapat yang tulen dan asli.

Peringkat mengajar menulis mental:Menyalin dan meniru. Bahan yang diberi untuk ditiru oleh murid mestilah didahului oleh karangan-karanagn lisan atau perbincangan dalam kelas dan akhirnya ditiru dalam buku masing-masing. Bahan yang ditiru menarik minat dan bermakna buat murid. Contoh : seni kata lagu, resipi masakan, sajak dan kata-kata hikmat.Menghasilkan semula Murid menghasilkan semula tulisan tanpa bahan tulisan yang dicontohkan. Guru menyuruh murid menghafaznya atau memperdengarkan satu bahan mudah kepada murid.Menggabungkan Latihan yang dibuat adalah bahan-bahan yang telah dipelajari. Apabila murid menulisnya, mereka melakukan ubah suai bila perlu. Contoh : latihan menggantikan perkataan, latihan tranformasi ayat.Penulisan berpandu Murid diberi sedikit kebebasan untuk memilih unit leksikal dan bentuk ayat tetapi dengan bahan isi yang dikawal. Contoh : menyudahkan cerita, diberikan perenggan-perenggan, ayat-ayat mudah dan latihan diperluaskan dengan ayat itu. Memerlukan murid bertindak balas secara individu.Penulisan bebas Murid membuat pemilihan perkara dengan mencipta ayat-ayat sendiri. Hasil kerja murid lebih panjang dan murid menghasilkan karangan yang lebih kompleks.

BM Literasi - Konsep PenulisanDefinisi dan Konsep Penulisan

Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun menjadi ayat. Ayat yang disusun ada kalanya panjang dan ada kalanya pendek berdasarkan beberapa urutan yang bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan bercetak.Takrif lain menyebutkan menulis sebagai suatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud penghasilan wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulis secara mekanis, iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-simbol tulisan tidak selesai pada peringkat itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktiviti mengarang yang memerlukan penggemblengan aspek psikologi dan kognitif. Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan penulisan sebagai pelahiran perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik itu disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.Rumusannya, kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang paling tinggi dan penting berbanding kemahiran bahasa lain, untuk dikuasai oleh murid-murid bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk beberapa mata pelajaran lain.

3.1.2 Fungsi Menulis

Ada lapan fungsi menulis kepada murid-murid dan guru, iaitu:1 Memotivasi atau merangsang idea dan perasaan untuk diterjemahkan dalam bentuk tulisan.2 Menjadikan diri mahir dalam penguasaan tatabahasa dan perbendaharaan kata.3 Murid-murid berpeluang untuk menerokai pelbagai bidang bahasa.4 Memperluaskan pengetahuan dan melahirkan idea dalam bentuk penulisan.5 Menggunakan seluruh anggota mekanis iaitu mata, tangan, akal dan lain-lain untuk merangsang pembelajaran.6 Melatih murid mengeluarkan pendapat dan idea dalam bentuk tulisan.7 Melatih murid menyusun huruf supaya menjadi suku kata, perkataan dan ayat.8 Kepuasan diri kerana boleh mengemukakan idea secara bertulis untuk bacaan generasi akan datang.

3.1.3 Tujuan Menulis

Ada dua tujuan menulis, iaitu serta-merta dan lanjutan. Walau bagaimanapun, tujuan seseorang itu menulis harus dilihat dari aspek kenapa seseorang itu perlu menulis.

Tujuan Serta-merta

1 Mendirikan asas menulis yang cukup kukuh untuk membolehkan murid-murid menulis dengan baik, cekap dan pantas.2 Membolehkan murid-murid mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembacanya.3 Kanak-kanak mengulangi pelajaran dengan membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannya.4 Membolehkan murid-murid melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisan.5 Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang.6 Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisan.7 Menyediakan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.

Tujuan Lanjutan

1 Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisan.2 Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan.3 Menyediakan murid-murid dengan pengetahuan supaya mereka dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden, terutamanya untuk kepentingan diri sendiri dan masyarakat umum.

3.1.4 Jenis Kemahiran Menulis

Terdapat dua jenis kemahiran menulis, iaitu kemahiran menulis secara mekanis dan kedua, kemahiran menulis untuk pelahiran (mental).

1 Kemahiran menulis mekanisMerupakan kemahiran yang dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. Antara aktiviti jenis ini termasuklah membuat corak, menekap dan membentuk huruf.

2 Kemahiran menulis untuk pelahiran (mental)Merupakan kemahiran menulis yang bertujuan pelahiran. Biasanya dikuasai setelah kanak-kanak memperoleh kemahiran menulis mekanis. Kemahiran ini banyak melibatkan mental dan terbahagi kepada empat bahagian, iaitu penyataan fikiran atau pendapat, pernyataan perasaan, pernyataan kehendak dan terakhir mengeluarkan pendapat yang asli.

3.1.5 Aktiviti Kemahiran Menulis

1 Kemahiran menulis mekanis(a) Latihan menulis berdasarkan beberapa bentuk geometri dan garisan yang ada mirip bentuk-bentuk huruf. Contohnya bulat (huruf O,D), segi empat sama (huruf H,L), segi tiga (A,V,W), garisan bengkok (S) dan lain-lain.

(b) Latihan menulis huruf daripada gambar. Contohnya bola sepak (O), payung (J), bumbung rumah (A), tangga (H), roti (D), tongkat (T) dan lain-lain.

(c) Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang berlubang atau huruf untuk nombor plat kenderaan.

(d) Menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus.

(e) Latihan menulis huruf dalam bentuk suku mudah, iaitu seperti KV atau KVK.

(f) Latihan menamakan gambar secara terkawal. Contohnya A __ A M untuk gambar ayam, B __ L A untuk gambar bola, atau __ U K __ untuk gambar buku.

(g) Latihan menamakan gambar secara bebas, iaitu gambar dan eja.

(h) Latihan menyalin ayat atau frasa.

(i) Latihan menyalin ayat daripada buku teks.

2 Kemahiran menulis untuk pelahiran (mental)

(a) Aktiviti menyalin dan meniru lirik lagu, pantun, resipi masakan, sajak dan lain-lain.

(b) Aktiviti menghasilkan semula tulisan tanpa bahan berbentuk tulisan. Ini boleh dilaksanakan dengan memperdengarkan satu bahan mudah secara lisan menerusi pita rakaman, kemudian meminta murid menulis semula mengikut persepsi ayat sendiri sendiri.

(c) Aktiviti menggabungkan beberapa latihan. Caranya murid dikehendaki menggantikan beberapa perkataan tertentu, frasa atau perenggan dalam cerita yang diperdengarkan. Hal ini bermakna, murid menulis semula cerita atau puisi yang diperdengarkan dengan sedikit pengubahsuaian.

(d) Penulisan berpandu, iaitu murid diminta untuk menyudahkan cerita, memperluaskan perenggan atau ayat mudah dan sebagainya. Latihan pada peringkat ini memerlukan murid untuk bertindak balas secara individu.

(e) Aktiviti penulisan bebas dengan memberikan kebebasan kepada murid-murid mencipta ayat sendiri bagi melahirkan pendapat. Pada peringkat ini, hasil kerja murid lebih panjang dan murid menghasilkan karangan yang lebih kompleks.

3.1.6 Prinsip Pemilihan dan Penyesuaian Bahan Pengajaran Penulisan

Sebelum sesuatu bahan pengajaran dibina, seseorang guru perlu mengambil kira prinsip-prinsip pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran. Secara umumnya prinsip-prinsip yang dimaksudkan itu ialah:1 Ketetapan maklumat kandungan2 Ketepatan bahasa dan gaya3 Sesuai dengan umur, tahap, dan keupayaan murid4 Sesuai dengan masyarakat, agama dan budaya5 Sesuai dengan objektif pengajaran6 Sesuai dengan masa pengajaran7 Mudah diguna dan dikendalikan

Dalam pengajaran kemahiran menulis, bahan-bahan rangsangan seperti gambar, petikan, rakaman audio (ceramah, ucapan, perbahasan dan sebagainya), rakaman video dan filem sangat sesuai dijadikan bahan pengajaran.

3.2 Aktiviti Pratulisan

Pratulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh murid-murid bagi menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi yang khusus dan boleh diterima oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat ini, aktiviti contengan dilakukan atas permukaan benda sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. Peringkat contengan ini berkembang dari membuat contengan bebas hingga peringkat contengan terkawal.

3.2.1 Takrif Pratulisan

Merupakan suatu kemahiran di mana murid-murid telah mempunyai keupayaan menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan untuk membentuk huruf. Oleh itu, penguasaan kemahiran pratulisan bermaksud seseorang murid itu telah bersedia dari segi fizikal dan mentalnya untuk memulakan penulisan secara mekanis.

NOTA BMM 3104 KEMAHIRAN BM (KEMAHIRAN MENULIS)

KEMAHIRAN MENULIS

Konsep Menulis

1) Menulis ialah proses merakam atau menghasilkan bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau dengan diri sendiri.

2) Kamarudin Hj. Hj. Husin (1988;178)Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika tulisan itu dibunyikan semua dikatakan bahasa. Tulisan ialah alat untuk melahirkan fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai kata dan ayat-ayat.

3) Asas menulis ialah pembentukan simbol-simbol tulisan dalam bahasa. Oleh itu kemahiran asas dalam penulisan berkait rapat dengan kebolehan murid menulis dalam bentuk tulisan yang terang, jelas dan lengkap.

4) Juriah Long dan rakan-rakan (1990)Menulis adalah satu proses menyampaikan buah fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentuk grafik

5) Raminah Hj. Sabran (1985 : 183)Penulisan ialah bentuk penglahiran perasaan, fikiran dan idea ke dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun hingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.

6) Don Bryne (1979:1)Kita menggunakan simbol-simbol grafik semasa menulis, iaitu penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang-lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap

7) Rumusan

TUJUAN KEMAHIRAN MENULIS

a) Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baikb) Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembacac) Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji pelajarannya dengan cara membaca bahan-bahan bacaand) Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk tulisane) Menyuburkan minat suka menulis atau mengarangf) Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisang) Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan

Secara amnya terdapat dua tujuan kemahiran menulis

Tujuan serta merta

a) Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak menulis dengan baik, cekap dan pantasb) Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan dengan pantas dan menyusun ayat-ayat dengan betul dan boleh difahami oleh pembacac) Kanak-kanak dapat mengulangkaji pelajarannya dengan cara membaca tulisan-tulisan yang tercatat atau membaca buku-buku luar untuk menambah lagi isi bacaannyad) Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk penulisane) Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang.f) Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan bahasa dan tulisang) Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan

Tujuan Lanjut

a) Meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat menerusi penulisanb) Memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan. Misalnya penulis melaporkan sesuatu yang telah berlaku, mendedahkan perkara-perkara semasa yang sedang berlaku, membuat ramalan-ramalan peristiwa masa depanc) Menyediakan mereka dengan pengetahuan ini supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat moden khasnya bagi kepentingan diri sendiri dan untuk orang ramai umumnya.

Jenis-jenis kemahiran menulis

a) Kemahiran menulis secara mekanis- Peringkat awal- Hasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca- Menekap, buat corak, bentuk huruf- Bertujuan memberi latihan dan pengalaman asas sebelum tulis huruf- Latihan mekanikal yang boleh dijalankan untuk mendapatkan kemahiran tersebut ialah :

1. Latihan pergerakan tangan, otot, jari dan membentuk garisan, bulatan, segi-segi, bentuk awan larat dan sebagainya.2. Tunjukkan cara pergerakan tangan, tulis di awangan, di pasir, di papan tulis dan sebagainya3. Bermain dengan benda-benda seperti plastisin dan melatih menulis unsur-unsur huruf dan perkataan4. Melatih atau tunjukkan cara membentuk huruf, menulis perkataan dan ayat.5. Mengawasi tulisan murid tentang bentuk, saiz, tegak atau condong, jarak6. Melatih menulis cepat, jelas dan senang dibaca7. Melatih menulis cantik

Kemahiran Menulis untuk Pelahiran (Mental)

Diajar setelah kanak-kanak menguasai kemahiran mekanis.

a) Latihan pernyataan fikiran atau pendapatb) Latihan pernyataan perasaanc) Latihan pernyataan kehendakd) Latihan mengeluarkan pendapat-pendapat yang tulen dan asli

Kemahiran Dalam Penulisan

Terdapat 6 peringkat dalam kemahiran menulis

a) Kemahiran mekanis- kemahiran membentuk huruf- dilatih guna tanda baca- selepas latihan huruf cerai, murid diasah dengan kemahiran huruf sambungb) Kemahiran mengeja- disepadukan dengan kemahiran membaca- Proses pembinaan konsepc) Kemahiran menulis perkataan dan Kemahiran tatabahasa- menggunakan tatabahasa dengan tepat dan berkesan dalam menulis- menggunakan pelbagai jenis kata dalam pelbagai konteks- membina frasa dan ayat dengan tepat, indah dan jelas dalam penulisan d) Kemahiran mengumpul, memilih da menyusun isi- dapat menyusun fakta dengan berkesan- dapat memilih dan mentusun pengalaman sendiri- membuat rangka untuk tujuan penulisane) Kemahiran menggunakan gaya bahasa- aspek pemilihan perkataan, kesesuaian dan kegunaan bahan yang ditulis- kesesuaian bahasa yang digunakan dalam penulisanf) Kemahiran membuat pertimbangan- kebolehan murid menentukan penggunaan laras bahasa yang sesuai untuk jenis-jenis penulisan yang berlainan

Panduan merancang Kemahiran Menulis

Semasa merancang kemahiran menulis guru perlu memberi perhatian terhadap beberapa perkara :

a) Murid menghasilkan penulisan yang lebih baik dalam persekitaran yang tidak formalb) Murid sekolah rendah lebih selesa menulis pengalaman sendiri, hal-hal keluarga dan kawan-kawanc) Proses menulis dibahagi kepada tiga peringkat iaitu pramenulis, menulis dan menyemakd) Menulis dilakukan untuk beberapa tujuane) Murid perlu memastikan pembaca mereka apabila menulisf) Kualiti penulisan murid akan meningkat melalui latihan yang kerap dan banyak

Peringkat-peringkat Pengajaran Kemahiran Menulis a) Peringkat Pramenulisb) Peringkat Mendirikan Asasc) Peringkat untuk Pelahiran

Peringkat Pramenulis

-Tempoh masa murid disediakan dengan aktiviti menulis-Latihan pergerakan tangan-Menguasai gerak tangan yang bebas-Latihan pergerakan mata-Latihan kordinasi tangan dan mata

Aktiviti-aktiviti Latihan Pramenulis

a) Latihan mengikut garisan rajah dari kiri ke kananb) Latihan mewarna dari kiri ke kanan atau sebaliknyac) Latihan membentuk bulatan tanpa menggunakan alat tulisd) Latihan gerak jarie) Latihan membentuk garisan lurusf) Latihan membentuk corak campurang) Latihan melukis gambar yang ada garisan lurus dan bulatan

Panduan Mengajar Peringkat Pramenulis

Guru mengajar tiga peringkat perkembangan menulis- mengenal huruf dan bentuk-bentuk huruf- peringkat model (peniruan)- peringkat menghafal dan latih tubi (nama sendiri)

Guru mengajar cara kedudukan badan, kertas dan pensil- duduk dengan selesa, siku di atas meja- letakkan kertas di atas meja- Pensil dipegang dengan mengambil kira keadaan jari

Guru mengajar teknik dan prinsip asas menulis huruf - menyalin model huruf- menulis huruf di atas garis lurus- huruf berbentuk lurus ditulis dari atas- huruf bebentuk bulatan ditulis pusingan lawan jam- semasa menulis, mulakan dari kiri ke kanan- ruang huruf berbenuk bulat didekatkan- ruang huruf yang lurus hendaklah dijauhkan- ruang antara perkataan dijarakkan satu jari- menulis di atas garisan

Guru menolong pelajar mengenal pasti kesalahan mereka semasa menulis- Kesalahan dari segi bentuk huruf- Kesalahan dari segi ruang, perlu jarak atau rapat- Kesalahan dari segi saiz- Kesalahan dari segi susunan

Guru perlu sedia pelbagai alat untuk memperkembangkan kemahiran menulis pelajar

Peringkat Mendirikan Asas

Setelah murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu memegang pensil, duduk dengan betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan.

- Peringkat awal murid diajar membentuk huruf di atas kertas kosong.- Jika guru berpuas hati, ajar menggunakan halaman bergaris- Langkah berikut perlu diambil kiraa) latihan membentuk bulatan dan garis lurus di atas garisanb) latihan menulis huruf di atas kertas garis tigac) latihan menulis huruf di atas kertas garis duad) latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul dan seragam serta mudah dibaca

Semasa menyampaikan kemahiran tersebut perkara berikut perlu diambil kira.

a) Murid harus diperkenalkan dengan lambang huruf menggunakan gambarb) Sebelum latihan menulis , beri latihan bebas unuk membetulkan urat-urat dagingc) Kanak-kanak menulis sambil mengeja atau menyebut nama hurufd) Menggunakan kertas dahulu, kemudian barulah guna buku yang bergarise) Setelah murid boleh menggunakan alat dengan baik, barulah dilatih menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai

Aktivti-aktiviti yang dicadangkan

a) Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkanb) Menulis huruf mengikut urutanc) Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang bermaknad) Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkane) Menyalin perkataan yang mudahf) Menyalin ayat-ayat yang mudah dan sebagainya.

Peringkat Latihan Menulis (Imlak)

a) Ejaan- Guru perlu pilih perkataan yang sesuai- Berlandaskan perbendaharaan kata mereka- Perkataan yang pernah didengar- Peringkatkan. Bermula yang mudah kepada yang lebih susah- Jumlah perkataan jangan terlalu banyak- Boleh gunakan aktiviti mengeja selepas aktiviti bacaan- Harus dilakukan secara lisan , kemudian dilakukan secara bertulis- Sebaik-baiknya guru dedahkan dahulu perkataan tersebut- Guru sebut dua kali barulah murid menulis- Perkataan yang ditulis haruslah diperiksa oleh guru atau secara berpasangan

b) Rencana- Satu cara untuk memperkukuh kemahiran membaca dan menulis- Tujuan supaya murid mahir mendengar mengeja dan menulis- Bahan-bahan rencana hendaklah berkait rapat dengan aspek-aspek bahasa yang hendak dipelajari- Beri juga perhatian terhadap tanda baca

Aktiviti rencana1. Guru edar bahan daripada buku teks,majalah, petikan dan sebagainya. Murid diminta membaca, mengecam dan menulis semula2. meminta murid menulis sama ada daripada lisan atau rakaman3. menukar karangan pendek atau petikan bercetak dari tulisan jawi ke dalam tulisan rumi

Cara Menjalankan- Murid diberi petikan dan diminta membaca- Guru pilih bahagian-bahagian tertentu untuk direncanakan- Guru sebut ayat-ayat sama ada secara lisan atau rakaman dan murid diminta menulis- Unsur yang dilihat dalam rencana ialah ketepatan ejaan, penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda baca- Periksa kerja murid. Beri markah. Setiap kesalahan perlu dibincangkan- Sebaik-baiknya dilakukan selepas aktiviti lisan atau bacaan

Peringkat Untuk Pelahiran

Setelah menguasai peringkat pramenulis dan mendirikan asas murid-murid hendaklah digalakkan melahirkan fikiran secara bertulis.Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah ;a) Mengisi silang katab) Mengisi tempat kosong dalam ayatc) Melengkapkan ayatd) Menulis ayat berdasarkan perkataane) Memanjangkan ayat dengan menambah rangkai kataf) Membentuk ayat bagi menyudahkan ceritag) Menulis ayat berdasarkan gambarh) Menulis jawapan pemahamani) Menulis rencana bagi bahan yang diperlihatkanj) Menulis karangan daripada tajuk yang disediakank) Menulis cerital) Mencipta puisi

Langkah-langkah dalam mengajar tulisan

a) Motivasi- beri kesedaran kepada murid tentang tujuan penulisanb) Persediaan- Pastikan murid sudah bersedia untuk menulis, peralatan dan sebagainyac) Persembahand) Tunjukkan peringkat atau langkah menulis kepada murid. Sila dapatkan perhatian muride) Pelaksanaan-Guru perlu beri bimbingan semasa mereka menulisf) Penilaian- Pilih kerja terbaik dan beri peneguhan. Tunjukkan kepada rakan-rakan yang lain

JENIS-JENIS PENULISAN

Terbahagi kepada 5 jenis iaitu

a) Terkawalb) Separa terkawalc) Berpandud) Separa berpandue) Bebas

Terkawal

- Karangan peringkat asas.- Isi dan bahasa dikawal oleh guru- Susunan dikawal ketat- Hampir menyerupai peringkat menyalin- Tujuan untuk kurangkan kesilapan- Kelancaran dalam penggunaan bahasa sangat penting - Peringkat meniru dan menyalin- Murid diberi banyak latihan meniru dan menyalin tulisan daripada bahan ransangan- Semasa murid menyalin mereka melihat perkataan dengan cermat dan menyalin dengan betul.- Dapat mempelajari dan mengukuh ejaan dan struktur ayat- Bahan untuk menyalin perlu dipilih untuk kesesuaian umur- Contoh latihan peringkat inii- menyalin ayat mudah dalam perenggan pendek atau rangkap puisi dan prosaii- meniru dan menyalin karangan dengan membuat pertukaran keciliii- menyalin karangan berformat dengan tujuan memberi pendedahan tentang format

Separa TerkawalPada peringkat ini murid masih diberi kawalan walaupun tidak sepenuhnyaMurid-murid diberi peluang menggunakan sedikit daya pemikiran mereka.Terdapat 2 peringkat iaitu :a) Peringkat mengingat kembali- menggunakan daya ingatan untuk mengingat kembali apa yang ditulis, didengar dan dilihat.- Contoh latihani) Guru perdengarkan sesuatu bahan, kemudian murid tulis semula.ii) guru padam bahan yang ditulis minta murid tulis semulaiii)Guru perlihatkan gambar, minta murid tulis semula apa yang dilihat b) Peringkat menggabung- Pada peringkat ini, murid bukan sahaja menggunakan daya ingatan tetapi juga pemikiran- Contoh latihani) Guru susun kad ikut urutan cerita di papan tulis. Murid baca cerita. Kad ditanggal dan dicampuradukkan. Murid susun semula kad kemudian menulis mengikut urutan.ii) Melengkapkan baris-baris puisi yang telah diberi pilihan jawapaniii) Menyesuaikan ayat-ayat dengan gambar yang diberi lalu menyusun semula menjadi sebuah cerita lengkapiv) Menggabungkan rangkaikata supaya menjadi ayat yang lengkap.

Berpandu

Penulisan jenis ini memerlukan bahan ransangan untuk membantu murid menulis. Contohnya ntuk menulis ayat mereka diberi gambar-gambar yang berkaitan. Murid perlu menulis ayat berdasarkan gambar tersebut.Contoh bahan ransangan seperti bahan grafik, gambar tunggal, gambar bersiri, peta, iklan, rajah, jadual dan sebagainya.

Hasil penulisan murid hanya bergantung kepada bahan ransangan tersebut. Murid-murid akan membina ayat-ayat berdasarkan apa yang terdapat dalam bahan tersebut.Penulisan jenis ini paling sesuai untuk mengajar asas karangan.

Separa Berpandu

Penulisan jenis ini memerlukan bahan ransangan juga untuk membantu murid menulis. Namun tidak semua hasil penulisan murid begantung kepada bahan ransangan tersebut. Murid hanya menjadikan bahan tersebut sebagai panduan untuk atau gambaran untuk mendapatkan idea-idea untuk menulis.

Penulisan murid hanyalah berdasarkan tema atau tajuk yang diberi pada bahan ransangan tersebut. Maksud yang tersirat boleh diambil daripada bahan ransangan. Contoh bahan ransangan ialah gambar kemalangan : Murid-murid boleh membina ayat-ayat atau menulis karangan berkaitan Kesan-kesan kemalangan atau Punca-punca kemalangan

Bebas

Penulisan bebas atau karangan bebas hanya dapat dijalankan setelah murid-murid sudah mula boleh menguasai bahasa yang diajar dengan baik. Pada peringkat ini murid-murid diberi tajuk-tajuk umum dan mereka diminta untuk terus menumpukan perhatian kepada apa yang hendak ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulis.

Oleh kerana murid-murid ini telah mempunyai kemahiran tatabahasa dan kemahiran mekanikal yang mencukupi, maka guru hanya perlu menumpukan kepada isi-isi dan kesilapan bahasa yang dilakukan.

Jenis-jenis penulisan bebas seperti bentuk cerita, laporan, rencana, surat, bahan puisi, karangan fakta dan sebagainya. Terdapat juga karangan jenis deskriptif iaitu merangkumi gambaran suasana, peristiwa, benda dan perwatakan

Pada peringkat awal mengajar penulisan bebas guru perlu membimbing murid untuk mendapatkan idea-idea untuk menulis. Contohnya bersoaljawab atau membuat rangka karangan