PENULISAN SEJARAH

26
1.0 PENYATAAN MASALAH Melaka merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan tempat-tempat bersejarah. Tempat-tempat sejarah ini dijadikan sebagai sumber pendapatan kepada negara kita. Antara tempat tempat sejarah yang terkenal di Melaka Ialah Kota A famosa , Christ Church, Perigi Hang Li Poh , Kota St.John dan juga Bangunan Merah. Bangunan Merah ini hanya dikenali sebagai tempat sejarah tetapi ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Permasalahan yang wujud apabila penyelidik ingin melaksanakan penyelidikan tentang bangunan sejarah di Melaka bagi penulisan sejarah ialah orang tempatan hanya mengenal bangunan Merah sahaja. Sebenarnya bangunan Merah itu mempunyai nama yang tersendiri. Namanya ialah Bangunan Stadthuys. Dalam kajian ini, penyelidik menerangkan tentang sejarah Bangunan Stadthuys, seni bina, cara pembinaan dan sebagainya. Bangunan Stadthuys ini terletak di Jalan Kota Melaka Tengah yang berhampiran dengan Gereja St.Paul. bangunan ini mempunyai keistimewan yang tersendirinya yang dapat menjadi tempat pelancongan utama di Melaka. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Penyelidik diminta untuk membuat satu penyelidikan bagi penulisan sejarah. Tajuk kajian yang telah dipilih adalah bangunan Sejarah di Melaka. Penngaji tertarik kepada Bangunan Merah di Melaka. Oleh itu penyelidik membuat kajian tentang bangunan tersebut. Nama bangunannya ialah Bangunan Stadthuys. Kajian ini merangkumi objektif-objektif tertentu. Antaranya ialah seperti berikut : mengenal pasti tentang sejarah Bangunan Stadthuys SJH 3103 PENULISAN SEJARAH Page 1

description

bangunan stadthuys

Transcript of PENULISAN SEJARAH

1.0 PENYATAAN MASALAH Melaka merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan tempat-tempat bersejarah. Tempat-tempat sejarah ini dijadikan sebagai sumber pendapatan kepada negara kita. Antara tempat tempat sejarah yang terkenal di Melaka Ialah Kota A famosa , Christ Church, Perigi Hang Li Poh , Kota St.John dan juga Bangunan Merah. Bangunan Merah ini hanya dikenali sebagai tempat sejarah tetapi ia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Permasalahan yang wujud apabila penyelidik ingin melaksanakan penyelidikan tentang bangunan sejarah di Melaka bagi penulisan sejarah ialah orang tempatan hanya mengenal bangunan Merah sahaja. Sebenarnya bangunan Merah itu mempunyai nama yang tersendiri. Namanya ialah Bangunan Stadthuys. Dalam kajian ini, penyelidik menerangkan tentang sejarah Bangunan Stadthuys, seni bina, cara pembinaan dan sebagainya. Bangunan Stadthuys ini terletak di Jalan Kota Melaka Tengah yang berhampiran dengan Gereja St.Paul. bangunan ini mempunyai keistimewan yang tersendirinya yang dapat menjadi tempat pelancongan utama di Melaka. 2.0 OBJEKTIF KAJIANPenyelidik diminta untuk membuat satu penyelidikan bagi penulisan sejarah. Tajuk kajian yang telah dipilih adalah bangunan Sejarah di Melaka. Penngaji tertarik kepada Bangunan Merah di Melaka. Oleh itu penyelidik membuat kajian tentang bangunan tersebut. Nama bangunannya ialah Bangunan Stadthuys. Kajian ini merangkumi objektif-objektif tertentu. Antaranya ialah seperti berikut :

mengenal pasti tentang sejarah Bangunan Stadthuys mendapatkan bahan sumber pertama tentang Bangunan Stadthuys. menambah pengetahuan tentang bangunan sejarah di Melaka mengenal pasti seni bina , cara pembinaan dan reka bentuk bangunan Stadthuys. menanam semangat patriotik dalam diri.

3.0 KAEAH KAJIANBagi menjalankan kajian ini penyelidik telah menggunakan beberap kaedah untuk mendapatkan maklumat tentang Bangunan Stadthuys ini. Antarnya ialah: Melayari internetPenyelidik menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan gambaran awal tentang bangunan ini. Hal ini keran ia membantu penyelidik untuk lebih mendalami tentang bangunan yang bersejarah ini. Maklumat yang terdapat dalam internet telah memupuk semangat inkuiri penemuan dalam diri penyelidik sehingga mula mencari maklumat dengan lebih banyak dari pelbagai sumber. Bulu ilmiah Penyelidik juga mendapatkan maklumat daripada buku-buku yang terdapat di perpustakaan awam Jasin. Terdapat banyak maklumat tentang bangunan Stadthuys ini.

Lawatan Penyelidik telah melawat bangunan Stadthuys ini. Penyelidik juga telah membuat lawatan ke bangunan ini untuk mendapat maklumat daripada pegawai-pegawai di sana. Pengalaman lawatan ini merupakan satu pengalaman yang menarik bagi penyelidik kerana penyelidik mengambil kesempatan ini untuk mengetahui lebih mendalam tentang tempat-tempat bersejarah di Melaka.

Temu bualPenyelidik juga telah menemubual dengan beberapa orang di sana untuk mendapatkan maklumat secara lisan. Penyelidik juga menemubual dengan pegawai-pegawai yang bertugas disana. Mereka telah memberi kerjasama yang sangat baik dan memberi tunjuk ajar.

4.0 SOALAN KAJIANPenyelidik telah merangka beberapa soalan untuk mendapatkan maklumat tentang bangunan Stadthuys ini. Dalam proses mendapatkan jawapan bagi soalan ini, penyelidik dapat menyempurnkan penulisan sejarah dengan lebih sempurna. Soalan-soalan ini merupakan kerangka bagi penulisan sejarah yang disiapkan ini. Antara soalan-soalan yang ditanya untuk mendapat maklumat ialah : Apakan nama sebenar bagi bangunan merah yang sangat kenal di Melaka? Siapakah pengasas bagi bangunan ini? Apakah tujuan bagi pembinaan bangunan ini? Adakah bangunan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri? Apakah bahan-bahan yang digunakan untuk membina bangunan merah ini? Apakah kegunaan bangunan ini pada zaman dahulu dan kini?

5.0 PENULISAN KAJIAN

5.1 LATAR BELAKANG BANGUNAN STADTHUYS Bangunan ini merupakan bangunan yang tertua di Melaka yang telah dibina oleh pemerintah Belanda di Melaka. Bangunan ini juga dikenali sebagai bangunan yang tertua binaan penjajah Belanda di rantau Asia Tenggara. Stadthuys dalam bahasa Belanda yang bermaksud State House (dewasan Bandaran). Bangunan Stadthuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara jam. Bangunan ini juga terletak berdekatan dan bersebelah dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor. Bangunan Stadthuys pada zaman Belanda mempunyai dua tingkat. Bahagian hadapan tiga tingkat dan bahagian belakang mempunyai dua tingat. Kedudukan di lereng bukit menjadikan bangunan ini kelihatan bertingkat-tingkat. Bangunan ini telah menjadi kediaman Gabenor Belanda hingga awal kurun ke 18 dan pusat pentadbiran Belanda. Bangunan ini terkenal dengan warna merah tetapi asalnya ia berwarna putih pada tahun 1961 bangunan ini dijadikan sebagai pusat pentadbiran negeri. Bangunan Stadthuys ini juga telah dikenali sebagai Dutch Square dalam kalangan pelancong terutamanya pelancong dari Belanda.

5.1.1 ASAL USUL BANGUNAN STADTHUYSBangunan ini merupakan salah satu tempat sejarah di Melaka yang dikenali sebagai bangunan merah. Bangunan ini diberi nama sebagai Bangunan Stadthuys. Stadthuys dalam bahasa Belanda ialah bermaksud Dewan Bandaran. Manakala dalam Bahasa Inggeris pula, Stadthuys , State Building yang bermaksud perbandaran. Bangunan ini merupakan tempat kediaman Gabenor Belanda hingga awal kurun ke-18 dan juga menjadi pusat pentadbiran Belanda. Struktur pembangunan ini melambangkan seni reka bentuk Belanda yang halus. Dalam bidang pendidikan, bangunan ini mempunyai satu catatan dimana pada abag ke-19 ketika pemerintahan Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai MALACCA FREE SCHOOL dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu, pendidikan sekolah diberikan secara percuma oleh pihak Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar sekolah ini terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya. Catatan sejarah juga menunujukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkna sebuah sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja ,Encik. J.Humprey, J.W. Overee dan A.W.Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik. T.H Moore. Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajarnya bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari 2 petang hingga 4 petang. Bilangan pelajar Melayu yang dihantar ke sekolah ini tidak ramai dan berkurangan. Hal ini kerana, kebanyak ibu bapa menghantar anak-anaknya ke sekolah Melayu atau sekolah agama. Walaupun bahasa penghantarnya Bahasa Inggeris tetapi mereka juga diberi peluang untuk belajar bahasa-bahasa asing seperti Bahasa Melayu, Bahasa Portugis dan Bahasa Cina. Pada bulan Ogos 1878, Kerajaan British mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut daripada gologan paderi dan menamakannya MALACCA HIGH SCHOOL atau Sekolah Tinggi Melaka. Pengetua barunya ialah Encik.A.Armstrong. Pada tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang. Bangunan ini kini menempatkan sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi dan Muzium Yang Di-Pertua Negeri.

5.1.2 PENGASAS DAN TARIKH PEMBINAAN BANGUNAN STADTHUYSPengasas bangunan Stadthuys ialah pemerintah Belanda pada tahun 1650. Pemerintahan Belanda membinanya setelah mengambil alih Melaka dari Portugis pada tahun 1641. Tiada sebarang rekod yang menyatakan tarikh tepat bangunan ini dibina. Menurut padangan orang, bangunan ini telah dibina pada tahun 1641 hingga 1656. Ada juga yang menyebut bangunan ini telah dibina pada tahun 1650an. Oleh itu, bangunan ini tidak mempunyai sebarang rekod yang menyatakan tarikh yang tepat bangunan ini siap dibina.

5.1.3 LOKASI BANGUNAN STADTHUYSBangunan Stadthuys ini terletak di Jalan Kota Melaka Tengah yang berhampiran dengan Gereja St.Paul. lokasi bangunan ini lebih dijelaskan lagi dalam penerangan yang dipetik dalam sebuah lukisan yang dilukis pada tahun 1870 iaitu The two plate of Malacca engraved for the eight volume of Pinkertones generak collection of vogayes published in 1811 from a scetch made by E.H Locker in 1807. Bangunan Stadthuys yang asaslnya dibina pada zaman belanda yang belum ditokoktambah. Kedudukan Locker melukisnya dianggarkan bertentangan dengan Gereja Christ yang melukiskan bahagian sisi hadapan bangunan Stadthuys dilukis dengan lebih jelas.Bangunan ini juga dipercayai merupakan bangunan yang dibina pada zaman Belanda dan telah diubahsuai menjadi dua tingkat pada zaman pemerintahan Inggeris. Terdapat juga beberapa kemungkinan yang dibuat menyatakan bahawa semasa lukisan dibuat Kota Melaka belum lagi diruntuhkan oleh pemerintahan Inggeris. Menurut Munshi Abdullah bentuk pintu kota yang terdapat di sebelah Bandar Hilir yang masih wujud hingga sekarang ini sama seperti pintu utama di hadapan Sungai Melaka. Perbezaan kecil yang dapat dikesan antara kedua-dua pintu ini ialah tempat berkawal di pintu kota utama terdapat juga di bahagian belakang pintu kota manakala di pintu Kota Santiago (Bandar Hilir) terdapat tempat askar berkawal. Pintu kota dari Sungai Melaka merupakan pintu kota utama yang menjadi tumpuan setiap pedagang yang berurusan di Melaka yang berhampiran pula dengan pusat pentadbiran Bangunan Stadthuys. Selain itu, terdapat juga jambatan gantung yang dibina merentangi Sungai Melaka bertentangan dengan pintu kota utama dan juga berhampiran dengan bangunan Stadthuys. Jambatan ini merupakan satu binaan yang menarik di Belanda dan dibawa ke Melaka. Pada zaman Belanda terdapat dua jambatan gantung di Sungai Melaka dan di ruang bertentangan dengan Kota Santiago. Jambatan gantung di Sungai Melaka dibina lebih besar dan boleh diangkat dan diturunkan di tebing sebelah kiri dan kanan sungai manakala jambatan di arah Bandar Hilir diangkat pada waktu senja supaya tiada orang yang melaluinya pada waktu malam. Jambatan gantung yang berdekatan dengan Stadthuys ini memudahkan kapal keluar masuk untuk memunggah barang dagangan. Kesimpulannya bangunan ini terletak berhampiran dengan simpang Jalan Kota dan Jalan Gereja Christ.

5.1.4 TUJUAN PEMBINAAN BANGUNAN STADTHUYSBangunan ini dibina bagi tujuan buat penempatan bagi tempat pentadbiran pemerintahan Belanda dan juga sebagai tempat kediaman bagi Gabenor Belanda di Melaka. Bangunan merah ini juga merupakan tempat pembesar-pembesar dan tentera-tentera Belanda terkumpul. Bangunan ini juga mempunyai satu tempat yang khas untuk hamba abdi yang disebut sebagai Misericordia. Pada zaman pemerintahn Inggeris bangunan ini tidak lagi digunakan sebagai pusat pentadbiran. Hal ini kerana , mereka telah membina sebuah kediaman khas untuk Gabenornya di puncak bukit berhampiran dengan Gereja St.Paul yang tidak jauh dari bangunan Stadthuys. Selepas kemerdekaan juga, bangunan tersebut masih digunakan sebagai pusat pentadbiran kerajaan negeri dan persekutuan sejak tahun 1957 hingga 1980. Selepas tahun 1980an bangunan baru dibina untuk kegunaan pentadbirannya. Perasmian bangunan ini pada zaman Belanda tidak dinyatakan dengan begitu tepat. Bangunan Stadthuys yang telah dijadikan sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri yang keempat Dr.Mahathir Mohammad pada tahun 1993. Bangunan Stadthuys ini telah dibiayai oleh pihak Belanda yang telah menjadi pengasas kepada bangunan ini pada masa itu.

5.2 REKA BENTUK PLAN BANGUNAN STADTHUYSPada zaman pemerintahan Belanda bangunan Stadthuys ini mempunyai tiga bahagian utama. Terdapat 11 ruang pada bahagian ini yang ukurannya berbeza antara satu sama lain. Tembok belakang ruang-ruang ini merupakan tembok penahan lereng Bukit St.Paul yang atasnya merupakan satu ruang yang gelap. Ruang tersebut dijadikan sebagai bilik kurungan bagi hamba abdi yang dipanggil sebagai Misericordia. Hal ini disebabkan tingkap pada tembok dan pintu bahagian dalam diperbuat daripada besi palang yang kuku. Pada tingkat satu ruang utama dipercayai digunakan sebagai pejabat pentadbiran dan diikuti dengan ruang pejabat Gabenor Belanda. Ruang ini dianggap sebagai istimewa kerana bahagian sylilingnya dibuat daripada kayu jati yang dihias dengan bingkai berukir. Pada bahagian belakang bangunan ini dikatakan sebagai dapur atau kantin untuk pembesar-pembesar dan tentera-tentera Belanda berehat. Terdapat juga anjung kecil yang dibuat bertentangan dengan kedudukan anatara dua tangga adalah dipercayai berperanan sebagai tempat Gabenor memberi ucapan dan tabik hormat pada hari-hari perbarisan. Dua banguanan kiri dan kanan dari ruang utama dan di antaranya pula merupakan taman. Hanya ruang yang paling atas dikatakan sebagai tempat penginapan Gabenor sebelum kediaman rasminya dibina. Kaligrafi China juga dilukis pada sekeliling tembok. Dalam bangunana Stadthuys ini juga terdapat sebuah pergi yang disusun empat persegi dengan menggunakan batu laterit telah ditemui di antara dua bahagian sambungan ruang taman. Perigi ini ditemui semasa kerja-kerja menyediakan pelan bangunan Stadthuys pada akhir tahun 1979 hingga 1980an. Perigi ini dipercayai perigi yang digali pada zaman pemerintahan Portugis. Hal ini kerana binaannya terdapat batu latenit dan semasa dikesan perigi ini telah ditimbus padat. Terdapat juga anggapan yang menyatakan bahawa dua tangga naik yang terdapat pada bahagian hadapan bangunan ini (berhadapan dengan pancutan air dan Jam besar daripada perubaha sekarang) asalnya merupakan tanggan yang dibina tegak telah diubah menjadi separuh tegak. Tangga ini telah diubah semasa pemerintahan Inggeris.

5.2.1 BAHAN BINAN BANGUNAN STADTHUYSAsas dan bahan binaan bangunan Stadthuys ini berbeza dengan bangunan masa kini. Keseluruhan bahagian asas dan tembok dasar terletak di tanah keras dan bongkahan batu laterit. Ukuran tembok yang diperbuat daripada batu laterit telah dibina berbentuk empat persegi bujur tidak menetu. Bahagian atas tembok bangunan ini disusun bercampur-campur dengan batu laterit dan juga batu-bata pada zaman Belanda. Tembok asas dibina agak tebal iaitu 3 kaki dan mengecilkan sedikit dibahagian atas. Oleh kerana bangunan merah ini mempunyai tembok yang tebal ia memberi kekuatan kepada bangunan ini untuk terus kekal sehingga kini. Plaster yang digunakan pada bangunan ini menggunakan motor kapur yang dipercayai sukar untuk dibuat. Lantai bangunan Stadthuys ini terdiri daripasa 3 bahan utama iaitu tarakota, granit dan kayu. Lantai tarakota dan granit merupakan lantai yang tidak berasaskan tanah dan lereng bukit. Lantai tarakota ini ditempatkan di anjung bertentangan dengan jam besar dan di verandah bahagian belakang bangunan yang bertentangan dengan tembok penaha dan banguanan lama di lereng bukit St.Paul. Lantai granit pula digunakan hampir dengan keseluruhan ruang dan veranda iringan yang bertentangan dengan batu asas pembinaan Muzium Sejarah. Bahagian dalam bangunan Stadthuys ini juga menggunakan lantai tarakota dan lantai yang disusun batu-bata zaman Belanda. Penggunaan lantai yang berbeza dan tidak seragam di tingkat satu menjadikan bangunan ini bangunan yang unik yang pernah dibina pada zaman pemeritahan Belanda di Melaka. Tambahan pula, bangunan ini juga diperbuat daripada kayu-kayu. Kayu-kayu yang digunakan dalam pembinaan bangunan Stadthuys ini sebahagian besar dari jenis kayu jati yang merupakan kayu yang terbaik di negara kita pada zaman tersebut. Pengunaan kayu dihadkan pada zaman tersebut kerana negara kita kekurangan kayu jati. Siling bahagian utama bangunan Stadthuys in merupakan siling dua lapis. Manakala siling di bahagian belakang merupakan siling selapis yang disusun mengikut curam bumbung. Bangunan merah ini juga telah menggunakan genting China dan genting Inida. Hal ini kerana beberapa bahagian dari bangunan ini merupakan bangunan tambahan yang dibuat pada zaman Inggeris. Tingkap-tingkap yang terdapat di bangunan utama ini merupakan tingkap empat petak dan merupakan tingkap dua lapis. Pada bahagian luar ,tingkapnya diperbuat daripada kayu dan ruang tingkap ini merupakan tingkap kayu nako yang boleh digerakkan ke atas dan bawah. Terdapat juga tingkap cermin di bahagian dalam banguan ini.

5.2.2 CARA PEMBINAANCara pembinaan Bangunan Stadthuys ini tidak mempunyai sebarang catatan. Sudah pastinya bangunan ini mempunyai cara binaan yang tersendiri mengikut pemerintahan Belanda. Hal ini kerana, bangunan ini dibina oleh orang Belanda untuk dijadikan sebagai pusat pentadbiran Belanda. Bangunan Stadthuys ini dikelilingi dengan tembok-temnok besar yang dijadikan bangunan ini kukuh sehingga kini. Tembok-tembok asal bangunan ini dibina agak tebal iaitu 3 kak persegi dan mengecil sedikit bahagian atas. Plaster yang digunakan pada keseluruhan bangunan ini menggunkan motor kapur iaitu kulit kerang yang direndam dan dihancurkan serta dicampurkan dengan pasir, air dan bahan-bahan pelekat iaitu madu dan putih telur. Lantai pada bangunan ini terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu, tarakota, granit dan kayu. Kayu-kayu yang digunakan merupakan kayu jati. Kayu kekuda yang digunakan berukuran 10 inci x 10 inci. Kayu lantai pula antar 10 hingga 12 inci dengan ketebalan hampir 2 inchi.Orang Belanda di Melaka membina bangunan merah ini dengan menggunakan ciri-ciri dan teknik-teknik seperti bangunan di negara Belanda. Bumbung yang dibina curam memudahkan saiji larut ke bawah dan tidak berkumpul di atas bumbung yang akan menambah beban tanggungan yang memungkinkan bumbung runtuh. Warna sebenar bangunan Stadthuys ialah warna putih namun ia telah ditukar warna kepada merah oleh pemerintah Inggeris pada 1980. Menurut kepercayaan masyarakat tempatan. Ia bertujuan untuk menambahkan kehebatannya supaya mudah dikenali manakala warna putih mudah kelihatan kotor jika berbanding dengan warna merah. Ada juga andaian-andaian bahawa penoreh-penoreh getah yang berbangsa India yang dibawa masuk suka meludah air pinang yang berwarna merah ke dinding Stadthuys. Jadi untuk menyelesaiakan masalah meludah ini, pihak Inggeris bertukar warnanya ke merah supaya air pinang itu tidak kelihatan. Walau bagaimanapun ia dikatakan sebagai andaian sahaja dan ia tidak mempunyai rekod yang membuktikan andaian tersebut. Tiada catatan yang menyatakan sebab-sebab yang munasabah yang menjadi punca pertukaran warna bagi bangunan merah yang bersejarah ini.

5.2.3 PENGUBAHSUAIAN BANGUAN STADTHUYSPelan bangunan Stadthuys ini telah direkbentuk oleh seorang jurutera yang pakar mengenai bangunanbangunan lama di Belanda iaitu Laurens Vis yang telah diundang khas. Pengubahasuain hanya dapat dilakukan pada pertengahan tahun disebabkan oleh beberapa masalah. Kerja-kerja pembaharuan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya dan belanjaannya ditangguh sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Melaka. Kerja-kerja pengubahsuaian telah dibahagi kepada dua fasa. Antaranya ialah : Fasa PertamaHanya melakukan kerja-kerja bahagian atas dan luar bangunan Fasa KeduaKerja-kerja dalam bangunan.

Kerja Pengubahsuaian Fasa Pertama Kerja pengubasuaian telah dilakukan pada pertengahan tahun 1986. Kerjanya dimulakan dengan memecahkan dan membersihkan binaan-binaan tambahan baru terutamanya binaan-binaan berbentuk sementara seperti tandas dan sector yang dibina di ruang halaman bahagian belakang dan juga di ruang yang terbuka. Antara kerja-kerja fasa pertama ialah meruntuhkan bangunan bangunan binaan baru dan membersihkan kawasan tersebut. Seterunya membuka atap genting Belanda dicuci dan digunakan semula. Manakala atap genting China dan India ditukarkan kepada corak asal Belanda. Kerja kayu juga telah dilakukan. Merawat kerja kayu yang masih boleh digunakan dan mengantikan kayu-kayu yang rosak. Kerja pengubahsuaian yang terakhir bagi fasa pertama ialah menguat dan membaikpulih beberapa bahagian bangunan yang retak dan plaster yang tidak boleh digunakan ditanggalkan dan diplaster semula dengan menggunakan bahan yang sesuai. Kerja-kerja pengubahsuaian ini tamat pada tahun1988.

Kerja Pengubahsuain Fasa Kedua Kerja kerja fasa dua mula dilakukan pada bulan Ogos 1988. Pertukaran dan pengubahsuaian dilakukan dari bahagian dalaman, lantai dan keseluruhan bahagian luar bangunan Stadthuys ini. Antara kerja yang dilakukan adalah membersihkan bangunan tambahan yang baru di bangunan ini. Seterunya kerja baihpulih tembok-tembok ruangan dalam menggunakan bahan jenis yang seakan sama dengan bahan binaan asal dilakukan. Meruntuhkan dan membersihkan binaan tambahan baru di ruang terbuka dilakuakn. Pintu dan tingkap buatan baru yang serupa dengan bentuk pintu zaman Belanda ditukarkan semula. Walaupun kerja pengubahsuaian dilakukan bentuk dan rupa banguan Stadthuys dikekalkan sebagai memori negeri Melaka. Terdapat temuan yang paling istimewa iaitu temuan perigi yang merupakan larian tembok bangunan yang terletak berhampiran dengan jalan naik ke rumah kediaman Gabenor. Penemuan ini ditemukan semasa kerja-kerja fasa kedua dijalankan. Semua temuan temuan dikekalkan dalam bentuk asal tanpa mengubahnya. Banguanan Stadthuys yang kini dikenali dengan Muzium Sejarah dan Ethnografi akan dapat melihat semua peninggalan yang ditemui semasa kerja-kerja pembaharuan dijalankan. Antaranya ialah sistem perparitan yang ditemui telah dibina semasa zaman Portugis yang terletak di ruang utama berhampiran dengan pintu masuk. Kesan peninggalan lama dalam banggunan Stadthuys ialah terdapat di ruang terbuka bahagian belakan bangunan merah ini. Kerja-kerja pengubahsuaian fasa kedua disiapkan pada tahun 1990. Pihak pengurus bangunan ini masih melakukan kerja penjagaan bangunan ini dengan sebaik mungkin untuk mengekalkan peninggalan-peninggalan yang sejarah ini di Melaka.

5.3 KEGUNAAN DAHULU DAN SEKARANG BANGUNAN STADTHUYS5.3.1 KEGUNAAN DAHULU BANGUNAN STADTHUYSBangunan Stadthuys ini merupakan pusat pentadbiran semasa pemerintahan Belanda. Ia juga merupakan tempat kediaman Gabenor Belanda. Tentera-tentera dan pembesar-pembesar Belanda juga berkumpul di bangunan merah ini. Misericordia yang lebih dikenali sebagai hamba abdi Belanda dikurungkan di sini. Pada zaman pemerintahan Inggeris pula bangunan ini hanya digunakan sebagai pusat pentadiran dan ia tidak digunakan sebagai tempat kediaman Gabenor. Hal ini kerana, tempat kediaman Gabenor ditukarkan ke tempat yang khas di puncak bukit yang berhampiran dengan Gereja St.Paul. Disamping itu, bangunan ini juga mempunyai catatan bahawa ia digunakan sebagai sekolah yang memberikan pendidikan percuma oleh Inggeris. Pengunaan bangunan ini sebagai sekolah bermula pada tahun 1825 hingga ke 1931. Selepas kemerdekaan juga bangunan Stadthuys masih digunakan sebagai pusat pentadbiran negeri. Jabatan yang menduduki bangunan ini ialah Pejabat Ketua Menteri Melaka, Jabatan Pentadbiran Negeri, Pejabat Tanah dan Daerah, Jabatan Buruh , Pendaftaran dan lain-lain. Pada tahun 1979, jabatan-jabatan di bangunan ini dipindahkan. Walaubagaimanapun bangunan ini tetap tidak dibiarkan kosaong, Pejabat Antikuiti Wilayah Selatang yang dikenali sebagai Arkeologi Zon Selatang berpindah ke tingkat atas yang terdapat lukisan kaligrafi China pada tahun 1980. Seterusnya, Ketua Menteri Melaka Datuk Sri Abdul Rahim Tamby Chik berusaha menjadikan ruang utama banguan Stadthuys ini sebagai Muzium Sejarah Melaka dalam bentuk sementara. Selepas kerja-kerja pemulihan yang dimulakan dan diterajui oleh JKR Melaka disiapkan pada tahun 1990. Pada tahun 1991 bangunan yang dikenali sebagai Muzium Sejarah Melaka ditukarkan kepada Muzium Sejarah dan Ethnografi. Datuk Dr. Mahatir bin Muhammad membuat perasmian semula kepada bangunan ini pada tahun 1993.

5.3.2 KEGUNAAN SEKARANG BANGUNAN STADTHUYSBangunan Stadthuys kini dikenali sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi. Muzium Sejarah terletak di aras 2 dan Muzium Ethnografi terletak di aras 1 Bangunan Stadthuys. Muzium Ethnografi ini memberi penekanan kepada corak hidup masyarakat Melayu,Cina, India, Baba Nyonya ,Chetti dan juga Portugis. Dalam muzium ini terdapt juga gambaran berkaitan dengan adat istiadat perkahwinan, cara hidup seharian, peralatan yang digunakan, peralatan muzik. Terdapat juga senjata-senjata , matawang zaman Belanda dalam koleksi muzium ini. Manakala dalam muzium Sejarah pula, lukisan dan artifak yang berkaitan dengan sejarah. Sejarah Melaka dari penubuhannya pada tahun 1400-1957 juga dipaperkan disini. Melalui ini sejarah Melaka masih dikekalkan untuk pengetahuan orang ramai di Melaka.

6.0 RUMUSAN Kesimpulannya, bangunan Stadthuys ini perlu dikekalkan selama-lamanya untuk menjadikan sebagai sumber utama tentang penjajahan Belanda di Melaka. Walaupun negara kita mencapai kemerdekaan tetapi bangunan yang dibina oleh penjajah tetap membantu negara kita dari segi ekonomi dan juga pendidikan. Pihak kerajaan seharusnya memelihara dan memulihara bangunan-bangunan sejarah seperti ini dan tidak dipersia-siakan begitu sahaja. Bangunan Stadthuys masih digunakan sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi yang mengalakan bilangan pelancong untuk berkunjung ke negeri Melaka. Bersyukur ke hadrat tuhan kerana dengan limpah kurniaNYA dapat saya sempurnakan kerja kursus ini bagi mata pelajaran SJH 3103 PENULISAN SEJARAH. Saya ialah Gokiladevi A/P Chandrakumar dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP Semester 5 2015 ). Sekalung terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu EN. MOHD NOOR BIN CHIN diatas tunjuk ajarnya. Beliau telah banyak mendorong dan memberi pendedahan yang jelas tentang tugasan ini. Selain itu, rakan-rakan juga telah memberi banyak galakan untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.Saya telah menghadapi beberapa kesulitan dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Pada mulanya , saya berasa agak kabur mengenai tugasan ini kerana taklimat yang diberikan pada peringkat awal tidak berapa jelas dan sukar bagi saya untuk memahaminya. Tambahan pula, saya merasakan tugasan kali ini agak berat dan rumit kerana memerlukan persediaan dan pengetahuan yang mendalam dalam penulisan sejarah. Selain itu , kesulitan untuk mencari maklumat yang tepat berdasarkan fakta melalui sumber sumber yang boleh dipercayai. Namun demikian , saya amat berterima kasih kepada rakan saya yang sudi membantu saya. Bimbingan pensyarah dan perbincangan yang dijalankan bersama rakan rakan yang lain membantu memudahkan saya melaksanakan tugasan ini. Walaupun buku yang terdapat di perpustakaan amat terhad saya mencari jalan penyelesaian dengan melawat tempat bersejarah di Melaka untuk mendapatkan maklumat melalui sumber pertama.. Banyak pengajaran yang saya perolehi dari tugasan ini. Antaranya , menjadi lebih sabar dan berdisiplin di mana kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk mencari maklumat dan menyiapkannya pada tempoh yang diberikan. Saya juga berjaya menjadi seorang yang menepati masa di mana saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masa yang ditetapkan juga lebih komited terhadap kerja yang diberi dan berjaya menjadi orang yang fleksibel untuk berada dalam apa jua keadaan.Namun begitu, saya amat menyedari bahawa semua ini merupakan latihan awal untuk saya terus menjadi lebih matang dan mampu menguruskan masa dengan baik kelak. Tidak dinafikan terdapat juga tekanan emosi ataupun stress yang saya alami semasa penghasilan kerja projek ini, tetapi atas sokongan dan nasihat daripada sahabat-sahabat saya , saya dapat menyempurnakannya. Hal ini juga melatih saya supaya tidak mencampur adukkan emosi saya dengan kerja yang saya lakukan supaya hasil kerja yang berkualiti sentiasa dapat diwujudkan. Jadi, di sini saya dapat menyedari bahawa ketahanan mental merupakan salah satu kriteria yang amat penting pada seorang guru. Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih semangat untuk mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah saya yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang pengajaran ini. Tugasan ini mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti di sekolah nanti. Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak yang bertugas di bangunan Stahdthuys yang kini dikenali sebagai Muzium Sejarah dan Ethnografi atas kerjasama yang diberikan kepada saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali,saya berasa sangat bertuah kerana dengan adanya tugasan ini ianya dapat membantu saya sedikit sebanyak menambah pengetahuan saya. Apabila ditempatkan di sekolah nanti, saya akan mencuba untuk mengaplikasikan ilmu ini di sekolah nanti agar generasi pelajar mendapat manfaat.

7.0 RUJUKAN

(2013 Mac 8 ), Bangunan Stahdthuys. Wikipedia, diperoleh pada 30 Mac 2015 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Stadthuys(2010 february 21), Bangunan Bersejarah Di Melaka , diperoleh pada 30 Mac 2015 dari http://afamosa-nuraliasaqinamy.blogspot.comFairus (2012 September 15), Bangunan Stadthuys, diperoleh pada 30 Mac 2012 http://fairusmamat.blogspot.com/2012/09/bangunan-stadthuys.html

8.0 LAMPIRAN

SJH 3103 PENULISAN SEJARAHPage 17