PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

21
1 PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus tatabahasa tatabahasa tetapi juga perlu mengintegrasikan mekanik bahasa dengan aspek sosial dan budaya bahasa. Untuk tujuan ini, seseorang pengguna bahasa mestilah dapat menguasai aspek kesopanan dan kesantunan berbahasa, iaitu menggunakan neka bahasa. MINGGU 12

description

PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN. Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus tatabahasa tatabahasa tetapi juga perlu mengintegrasikan mekanik bahasa dengan aspek sosial dan budaya bahasa. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

Page 1: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

1

PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

Penguasaan bahasa Melayu tidak hanya dilihat dari segi kemampuan seseorang pengguna bahasa menguasai rumus-rumus tatabahasa tatabahasa tetapi juga perlu mengintegrasikan mekanik bahasa dengan aspek sosial dan budaya bahasa.

Untuk tujuan ini, seseorang pengguna bahasa mestilah dapat menguasai aspek kesopanan dan kesantunan berbahasa, iaitu menggunakan neka bahasa.

MINGGU 12

Page 2: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

2

Kesopanan Berkomunikasi Berdasarkan Neka Bahasa

Neka Bahasa

Mengikut Abdullah Hassan (1997:237), neka bahasa ialah jenis-jenis gaya bahasa yang digunakan mengikut taraf penggunaan bahasa dan penuturnya. Jenis bahasa ini dikenali sebagai laras sosial.

Neka bahasa juga merujuk kepada penggunaan bahasa menurut konteksnya, seperti bahasa formal, bahasa tak formal, bahasa halus, bahasa istana, dan lain-lain (Marzuki Nyak Abdullah, 1993: 155).

Page 3: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

3

Jenis-jenis Neka Bahasa

Abdullah Hassan (1997: 237) membahagikan neka bahasa kepada jenis yang berikut:

1. Neka Baku

2. Neka Istana

3. Neka Tempatan (Dialek)

4. Neka Basahan

5. Neka Sopan

6. Neka Mesra

7. Neka Remaja

8. Neka Manja

9. Neka Kasar

10. Neka Pasar

Page 4: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

4

Pengelasan Bahasa Mengikut Neka

Pengelasan neka bahasa mengikut taraf penggunaannya boleh dibuat berdasarkan:

• Kegunaan rasmi: neka baku dan neka istana.

• Kegunaan tidak rasmi: neka tempatan (dialek), neka basahan, neka sopan, neka mesra, neka manja, neka remaja, neka kasar, dan neka pasar.

Page 5: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

5

Pemilihan Neka

Pemilihan neka bergantung kepada keadaan, sama ada rasmi (formal) atau tidak rasmi (tidak formal). Sesuatu keadaan itu dianggap formal jika mempunyai ciri yang berikut:

• Tempat yang rasmi

• Upacara yang rasmi

• Kehadiran rasmi

• Tujuan rasmi

Page 6: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

6

Penentuan Neka

Penggunaan neka yang betul amat perlu diberikan perhatian. Hal ini disebabkan kesilapan memilih atau menggunakan neka yang betul untuk keadaan tertentu dianggap melakukan kesilapan yang serius daripada kesilapan tatabahasa. Dengan kata lain, kesalahan ini berlaku disebabkan pengguna tidak tahu menggunakan tatabahasa sosial (social grammar).

Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, pengguna bahasa Melayu perlulah:

1. Mengenal pasti neka bahasa Melayu.

2. Mengetahui peraturan tentang masa dan tempat yang sesuai untuk menggunakan sesuatu neka bahasa.

Page 7: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

7

Peraturan Pemilihan Neka Bahasa

Kata Ganti Penggunaannya

Nama

Saya i. Bersifat rasmi – secara lisan

ii. Bersifat rasmi – secara tulisan

iii. Bercakap dengan orang yang

lebih tua atau muda tetapi

dimuliakan

iv. Bercakap dengan orang yang

tidak dikenali

Aku, kamu i. Bercakap dengan rakan sebaya

awak, engkau atau rakan yang akrab.

ii. Bercakap dengan orang yang

lebih muda atau lebih rendah

tarafnya.

Page 8: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

8

Anda i. Bersifat rasmi – secara lisan

ii. Bersifat rasmi – secara tulisan

iii. Khalayaknya banyak

Beliau i. Bersifat rasmi – secara tulisan

ii. Bersifat rasmi – secara lisan

iii. Orang yang dirujuk lebih tua atau

muda tetapi dihormati

Dia i. Bersifat rasmi – secara tulisan

ii. Bersifat rasmi – secara lisan

iii. Orang yang dirujuk dianggap

sama taraf atau lebih rendah

Saudara, i. Bersifat rasmi – secara lisan

Saudari ii. Bersifat rasmi – secara tulisan

iii. Orang yang dirujuk masih muda

dan dimuliakan

iv. Orang yang dirujuk sebaya atau

lebih tua

Page 9: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

9

Jenis-jenis Neka Bahasa

Neka bahasa yang diklasifikasikan mengikut taraf penggunaan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Mengikut Abdullah Hassan (1997: 240-247), neka bahasa dibahagikan kepada:

1. Neka Baku

2. Neka Istana

3. Neka Tempatan

4. Neka Basahan

5. Neka Sopan

6. Neka Mesra

7. Neka Remaja

8. Neka Manja

9. Neka Kasar

10. Neka Pasar

Page 10: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

10

Neka Baku

• Dikenali sebagai bahasa sekolah, bahasa buku atau bahasa standard

• Digunakan dalam situasi formal (rasmi)

• Ditandai oleh penggunaan tatabahasa yang betul

• Sejenis bahasa yang dipelajari melalui proses pendidikan formal kerana neka baku tidak mempunyai penutur jati atau tidak ada penutur yang menuturkan neka baku sebagai bahasa ibunda

Page 11: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

11

Neka Istana

• Sejenis bahasa yang digunakan dalam istana atau oleh kerabat diraja dalam upacara seperti pertabalan. Di luar istana, seseorang sultan akan menggunakan neka istana dalam majlis formal atau rasmi.

• Kerabat diraja boleh membuat pilihan, sama ada hendak menggunakan neka istana atau tidak apabila berkomunikasi dengan rakyat. Bagaimanapun, rakyat perlu menggunakan neka istana apabila berkomunikasi dengan golongan raja.

• Neka istana ditandai oleh kata tertentu yang bersifat khusus, contohnya:

beta bersiram santap beradu

istana titah kurnia murka

gering mangkat dirgahayu perkenan

Page 12: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

12

Neka Tempatan

• Bentuk penggunaan bahasa berdasarkan negeri atau daerah, dan digunakan dalam kalangan anggota dialek yang serupa.

• Anggota dialek yang sama boleh menggunakan neka dialek untuk tujuan rasmi (bukan keadaan rasmi).

• Neka dialek juga digunakan dalam keadaan tidak rasmi, misalnya di kedai kopi, pasar, rumah atau di padang bola.

• Apabila dua orang yang menuturkan dialek yang berbeza berkomunikasi, mereka akan menggunakan neka basahan apabila berkomunikasi dalam situasi tidak rasmi. Dalam keadaan rasmi, mereka menggunakan neka baku.

Page 13: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

13

Neka Basahan

Neka bahasa yang digunakan dalam keadaan tidak rasmi. Dalam keadaan rasmi, neka bahasa tidak boleh digunakan. Neka basahan tidak digunakan dalam bentuk tulisan tetapi hanya dalam wacana lisan.

Ciri-ciri neka basahan:

• Tidak menggunakan peraturan tatabahasa yang lengkap.

• Imbuhan yang biasa digugurkan dalam neka basahan ialah imbuhan aktif –me.

• Imbuhan pasif di- dan ter- banyak digunakan dalam neka basahan.

• Pengguguran imbuhan transitif –i dan per-

Page 14: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

14

Perbezaan Neka Baku dengan Neka Basahan

Dari segi kosa kata, terdapat tiga perbezaan antara neka baku dengan neka basahan, iaitu:

• Perbezaan kata yang berbeza untuk makna yang serupa

Neka Baku Neka Basahan

beliau dia

ibu emak

guru cikgu

anda awak

bagaimana macam mana

mengapa kenapa

oleh sebab sebab

daripada dari

minat suka

sila jemput

sedang tengah

Page 15: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

15

• Bentuk kependekan perkataan

Neka Baku Neka Basahan

hendak nak

sudah dah

ini ni

mahu mau

• Perubahan bunyi

Neka Baku Neka Basahan

kecil kecik

kah ke

biji bijik

nasi nasik

bawa bawak

bapa bapak

juga jugak

pula pulak

Page 16: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

16

Neka Sopan

• Digunakan dalam bentuk tulisan dan lisan. Ciri neka sopan yang paling ketara dapat dilihat dari segi penggunaan kata ganti diri.

• Digunakan apabila seseorang penutur atau pengguna bahasa bercakap atau menulis kepada orang yang lebih tinggi tarafnya.

• Dalam masyarakat Melayu, kebiasaan kata ganti nama diri kedua digantikan dengan panggilan khas mengikut kedudukan atau taraf sosial.

• Kata panggilan yang bersifat kekeluargaan tidak boleh digunakan dalam komunikasi formal yang melibatkan bukan anggota keluarga.

Page 17: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

17

Neka Mesra

• Neka yang digunakan oleh orang yang mempunyai ikatan hubungan persahabatan yang rapat.

• Kata ganti nama yang digunakan dalam neka mesra ialah seperti aku, engkau, atau dalam bentuk dialek seperti hang, demo, dan lain-lain.

• Kata ganti nama orang kedua digantikan dengan panggilan khas mengikut usia, seperti kakak, abang, pak cik, along dan sebagainya.

• Panggilan khas mengikut usia bagi orang yang tidak dikenali tidak boleh digunakan kerana dianggap sebagai biadap.

• Panggilan khas mengikut usia seperti kakak, pak cik, mak ngah hanya boleh digunakan untuk orang yang ada hubungan rapat dengan penyapa, misalnya orang sekampung atau yang sangat dikenali.

Page 18: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

18

Neka Remaja

• Dikenali juga sebagai neka kutu.• Mengandungi kata dan perkataan yang

mempunyai makna tersendiri, contohnya:

bergetah

mambang

awek

cun

mengancam

tangkap cintan

cinabeng

• Perkataan yang digunakan berstatus rendah• Kata dan frasa berubah mengikut generasi

Page 19: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

19

Neka Manja

• Digunakan dalam kalangan anggota dalam sesebuah keluarga untuk memperlihatkan kemanjaan.

• Ciri utama neka manja ialah penggantian kata ganti nama orang pertama dengan nama diri, misalnya Fatimah akan membahasakan dirinya Mah atau Timah.

• Penggunaan neka ini dalam kalangan penghibur atau artis dalam wawancara atau temu bual di khalayak ramai dianggap perbuatan mengada-ngada kerana mereka bukan bercakap dengan anggota keluarga mereka.

Page 20: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

Neka Kasar

Neka kasar digunakan dalam suasana emosi yang negatif seperti marah, benci atau tersinggung, iaitu apabila hilang rasa hormat kepada orang yang disapa. Dua ciri utama neka kasar ialah:

1. Penggunaan kata ganti diri seperti aku, kamu, awak, dan engkau.

2. Pemilihan atau penggunaan kata yang kasar, misalnya:

otak untuk fikiran

jantan lelaki

betina

binatang

pelesit

nak mampus

Page 21: PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN

21

Neka Pasar

Neka pasar atau bahasa pasar digunakan apabila salah seorang penuturnya bukan penutur bahasa Melayu jati.

Neka pasar juga digunakan apabila kedua-dua penutur bukan penutur jati bahasa Melayu.

Neka pasar digunakan untuk tujuan tidak formal.

Neka pasar mempunyai ciri tatabahasa dan kosa kata yang dipengaruhi oleh unsur bahasa asing, seperti bahasa Cina atau bahasa Tamil, contohnya:

1. Lu mana mau pigi?

2. Ibu besar punya rumah, siapa punya?