Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

37
OUM HBHE PENDAHULUAN: Dekad ini berbagai-bagai jenis penyakit baru yang muncul malah kadang-kadang yang amat jarang didengar. Adakah penyebaran penyakit berjangkit yang baru dan jarang didengar ini adalah berpunca dari penghijrahan pendatang- pendatang asing yang berkerja disini atau pun tahap kesihatan dinegara ini semakin berkurangan? Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu penyakit yang tidak kurang barunya iaitu Demam Chikugunya. Ketahui fakta Demam Chikungunya dan cegahlah ia sebelum menjangkiti diri dan orang-orang yang kita sayang. INSIDEN-INSIDEN: 1. Jumaat, 23 Mei 2008 | 09:20 WIB DUNIA kesihatan kembali gempar ketika beberapa minggu lalu, China melaporkan 28 anak meninggal kerana diserang penyakit tangan, kaki, dan mulut. Sementara itu, sebanyak 15.799 orang dilaporkan diserang penyakit tersebut. 2. dikirim pada 18-3-2008 07:26 AM Profil Ruang Peribadi Laman P.M. Sahabat 20 pelajar universiti diserang penyakit HFMD KOTA SAMARAHAN 17 Mac – Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) kembali menular di Sarawak apabila hampir 20 pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini disahkan menghidap penyakit berkenaan minggu lalu. Apakah faktor-faktor yang menyumbangkan kepada penyakit- penyakit ini? 1

Transcript of Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

Page 1: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

PENDAHULUAN:

Dekad ini berbagai-bagai jenis penyakit baru yang muncul malah kadang-

kadang yang amat jarang didengar. Adakah penyebaran penyakit berjangkit

yang baru dan jarang didengar ini adalah berpunca dari penghijrahan

pendatang-pendatang asing yang berkerja disini atau pun tahap kesihatan

dinegara ini semakin berkurangan?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu penyakit yang tidak kurang barunya

iaitu Demam Chikugunya. Ketahui fakta Demam Chikungunya dan cegahlah

ia sebelum menjangkiti diri dan orang-orang yang kita sayang.

INSIDEN-INSIDEN:

1. Jumaat, 23 Mei 2008 | 09:20 WIB

DUNIA kesihatan kembali gempar ketika beberapa minggu lalu, China melaporkan 28 anak meninggal kerana diserang penyakit tangan, kaki, dan mulut. Sementara itu, sebanyak 15.799 orang dilaporkan diserang penyakit tersebut.

2. dikirim pada 18-3-2008 07:26 AM Profil Ruang Peribadi Laman P.M. Sahabat

20 pelajar universiti diserang penyakit HFMD

KOTA SAMARAHAN 17 Mac – Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) kembali menular di Sarawak apabila hampir 20 pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini disahkan menghidap penyakit berkenaan minggu lalu.

Apakah faktor-faktor yang menyumbangkan kepada penyakit-penyakit

ini?

Apakah peranan individu, keluarga, sekolah, komuniti dan masyarakat

dalam membantu mencegah dan membendung penyebaran wabak-

wabak ini?

1

Page 2: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

Di atas adalah paparan dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM) tentang kadar penyakit berjangkit dan kadar kematian per 100,000

penduduk dalam tahun 2006. Jadual di atas di susun menurut abjad dan

bukan mengikut urutan kadar insiden dan kematian. Kadar insiden berlakunya

penyakit per 100,000 penduduk ialah :

2

Page 3: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

Jenis Penyakit .. Kadar berlaku setiap.. Kadar Kematian……………………

100,000 penduduk

1. Demam Dengue .. 64.37 .. 0.01

2.Tuberculosis (TB).. 62.56 .. 5.37

3.Keracunan

Makanan .. 26.04 .. 0.00

4. HIV (semua

jenis) .. 21.88 .. 1.43

5. Malaria .. 19.87 .. 0.08

6. Penyakit Tangan

Kaki & Mulut (HFMD) 19.30 ..0.02

7. Hepatitis Virus

(viral hepatitis) .. 9.37 .. 0.18

8. AIDS (semua jenis) .. 6.91 .. 3.66

9. Demam Dengue

Berdarah (DHF) .. 4.10 .. 0.25

10. Siflis (semua jenis) .. 3.06 .. 0.01

Daripada statistik di atas agak jelas kepada kita bahawa wujud dua (2)

kumpulan besar penyakit berjangkit yang kadar berlaku (insiden) di Malaysia

begitu tinggi iaitu yang merebak melalui nyamuk .

3

Page 4: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

CHIKUNGUNYA

Gambar Nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk.   Chikungunya

pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953.

Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia

berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah.   Ia endemik (selalu

berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara,

Indonesia dan Filipina.  Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui

puncanya.

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada

genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.  Virus Chikungunya

berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang

membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit

demam denggi. Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari

3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.    

4

Page 5: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

SELSEMA BURUNG

Avian Influenza atau lebih dikenali sebagai selsema burung merupakan

penyakit selsema yang diakibatkan oleh virus selsema yang menyerang

burung. Penyakit ini mudah merebak, dan wabak ini telah melanda dunia

dengan begitu pantas. Semua virus selsema burung yang diketahui

merupakan jenis Influenzavirus A.

Gambar mikrograf virus selsema burung dalam tahap akhir.

(Sumber: Dr. Erskine Palmer, Centers for Disease Control and Prevention

Public Health Image Library)

Lebih seabad, selsema burung hanya beredar di kalangan unggas

sahaja, terutamanya ayam ternakan. Bagaimanapun, penyakit ini mula

dikenali Avian Influenza apabila beberapa jenis virusnya menjangkitinya

manusia. Virusnya pula semakin bertambah kuat dan tegar, malah bermutasi

(berlaku perubahan genetik sesuatu organisma seperti tumbuhan, haiwan,

dan sebagainya yang mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma

tersebut) pula. Ia kini berjangkit dari unggas kepada manusia.

Pada 1997, terbukti selsema burung memang membawa maut apabila ada

penduduk Hong Kong mati kerananya. Ketika para saintis sedang bergelut

mengenal pasti jenis-jenis virus berbahaya dan mencari pencegah wabak

membawa maut ini, wabak selsema burung ini terus berjangkit merentas

dunia dari sebuah negara ke sebuah negara lain.

5

Page 6: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT ( HEMD )

RUAM bersama lepuh pada tangan.

Penyakit ini, sesuai dengan namanya, penyakit tangan, kaki, dan mulut

(hand, foot, mouth disease/HFMD) adalah penyakit yang memiliki tanda

utama bercak kemerahan dan lepuh pada lidah, gusi, dan bagian dalam pipi,

serta telapak tangan dan kaki, kadang-kadang di daerah bokong dan lipatan

paha.

Dengan gejala yang mirip penyakit ”flu”, yaitu demam, nyeri tenggorok, sakit

kepala, lesu, dan hilangnya nafsu makan, penyakit ini lebih banyak

menyerang anak-anak, terutama usia di bawah sepuluh tahun.

Munculnya HFMD disebabkan beberapa jenis virus. Virus yang paling sering

adalah coxsackievirus A16; tetapi juga dapat disebabkan oleh enterovirus 71

(EV71), atau coxsackieviruses A5, A9, A10, B2, dan B5.

Daripada tiga jenis penyakit yang disebutkan di atas , boleh dikatakan

penyakit-penyakit ini adalah penyakit berjangkit. Golongan sasaran penyakit-

penyakit ini adalah majoriti kepada kanak-kanak bawah 12 tahun . Mari kita

tinjau apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada penyakit-penyakit

( Chikugunya , selsema burung dan penyakit tangan,kaki dan mulut).

6

Page 7: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

1. FAKTOR-FAKTOR PENYAKIT CHIKUGUNYA

Tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya ialah ( Demam panas

mengejut , Sakit teruk pada sendi , Ruam pada badan , Sakit kepala  

Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari  (kebiasaannya 5

hari). Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi

kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

 Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh

menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit

mengalami gejala yang berpanjangan.   Pesakit yang berumur boleh

mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau

tahun.

Penyakit Chikungunya disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang

khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami

oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan

rawatan pesakit luar sahaja.   Tiada vaksin bagi penyakit ini.

2. FAKTOR-FAKTOR PENYAKIT SELSEMA BURUNG

Selsema burung berjangkit melalui virus selsema burung yang dibawa di

dalam usus unggas liar dan tidak berbahaya. Namun virus ini mula

menyesuaikan diri mengikut keadaan dan bermutasi menjadi virus yang

paling berbahaya sehingga menyerang manusia.

Avian Influenza boleh berjangkit melalui air liur, lelehan hidung, dan najis

burung. Burung-burung lain yang menyentuh cairan itu membawa virus

tersebut ke tempat lain pula. Begitulah seterusnya. Keadaan ini sukar

dibendung kerana unggas liar ini berhijrah dari satu negara ke negara lain.

Virus Avian Influenza merebak di dalam udara dan baja serta hidup lebih

lama di dalam udara sejuk. Ia juga boleh dipindahkan melalui air dan

makanan tercemar, peralatan serta pakaian. Tempoh pengeraman ialah

antara tiga hingga lima hari. Virus berbahaya seperti H5N1 boleh membunuh

dalam masa beberapa hari sahaja.

7

Page 8: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

3. FAKTOR-FAKTOR PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT ( HFMD )

Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan HFMD dengan virus yang

biasa adalah Coxsackie A16, yang mencetuskan endemik di Malaysia dan

biasanya berlaku pada tahap yang sederhana. Kadangkala, terdapat jenis

kuman virus lain seperti virus coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh

mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu jenis virus

yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus

seperti virus polio, virus coxsackie dan echovirus.

HFMD merupakan penyakit berjangkit sederhana. Ia merebak melalui

sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak

atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Selepas seseorang itu

dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara dua

hingga enam hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut

biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang

pada hari kelima hingga ketujuh tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan,

kaki akan hanya hilang dalam tempoh 10 hari. Faktor-faktor risiko ialah

penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja

tanpa mengira kawasan geografi.

Gejala-gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:

- Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 390C

- Sakit tekak

- Ulser pada tekak dan mulut

- Sakit kepala

- Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin.

PERANAN INDIVIDU, KELUARGA, SEKOLAH, KOMUNITI DAN

MASYARAKAT DALAM MEMBANTU MENCEGAH DAN

MEMBENDUNG PENYEBARAN WABAK-WABAK INI.

8

Page 9: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

A) Cara pencegahan penyakit Chikungunya

Satu-satunya cara menghindari penyakit ini adalah membasmi nyamuk

pembawa virus iaitu NYAMUK AEDES. Nyamuk ini membiak di dalam

takungan yang mengandungi air jernih dan biasanya berada di dalam rumah

dan di sekeliling luar rumah.

PASTIKAN KAWASAN DALAM RUMAH DAN SEKELILING RUMAH

BEBAS DARI TAKUNGAN-TAKUNGAN AIR JERNIH YANG BOLEH

MEMBIAK AEDES

 1·   Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada

tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti

gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-

kawasan yang melakukan gotong- royong.  

2·  Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali

untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

3·  Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan

sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

Cara-Cara Kawalan Di Dalam Rumah

Basuhlah tempayan dengan memberus sehingga bersih tiap-tiap

minggu sebelum mengisi air yang baru.

Buang air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan

gosok hingga bersih.

Tutup semua bekas simpanan air dengan rapat.

Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut.

Masukkan ubat Abate pembunuh jentik-jentik ke dalam kolah air 3

bulan sekali mengikut sukatannya.'

Cara-Cara Kawalan Di Luar Rumah

9

Page 10: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

Tanam semua benda buruk/bekas yang boleh menakung air hujan

seperti botol, tin kosong, plastik-plastik, tayar buruk dan sebagainya

Bersihkan saluran hujan pada bumbung rumah seminggu sekali.

Tutup lubang saluran udara ("air vent") di tangki najis dengan jaring

untuk mencegah nyamuk masuk.

B) CARA MEMBENDUNG DAN MENCEGAH PENYAKIT SELSEMA BURUNG

Sehingga kini, belum ada penawar yang dapat mengubati unggas mahupun

manusia. Apa yang dapat dilakukan ialah membunuh semua ternakan yang

ada secara besar-besaran biarpun hanya seekor dua yang dijangkiti. Itu

sahaja langkah terbaik setakat ini.

Menghapuskan ternakan ayam ini telah menjejaskan pula ekonomi sesebuah

negara. Para penternak kerugian kerana ternakan ayamnya terpaksa

dimusnahkan. Manakala penjual ayam runcit juga mengalami nasib sama

kerana para pengguna takut hendak menyentuh atau makan ayam.

Kita tidak semestinya memulaukan memakan ayam sama sekali. Apa yang

penting ialah mengampil berat aspek kebersihan. Apa yangboleh kita lakukan

ialah:

1. Pastikan ayam masak sepenuhnya. Suhu memasak mestilah

sekurang-kurangnya 70-75 darjah Celcius.

2. Basuh tangan dengan sabun (sabun antibakteria) sebelum dan

selepas menyentuh daging mentah.

3. Basuh dengan bersih semua permukaan dan peralatan dapur yang

terkena daging mentah.

4. Masak telur sampai masak sepenuhnya. Elakkan makan telur separuh

masak.

5. Larangan mengimport ayam hidup, babi dan hasil ayam, itik dan babi

dari negara yang dijangkiti wabak selsema burung merupakan langkah

penting untuk mencegah kemasukan jangkitan selsema burung

kedalam negara.

10

Page 11: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

. 6. Elakkan sebarang hubungan dengan burung liar terutamanya

burung air "waterfowl".

7. Kawal pergerakan manusia kedalam kawasan ternakan. Sediakan dan

guna tempat pencuci tangan dengan bahan basmi kuman. Sediakan

aturan yang perlu diikuti pekerja ladang.

8. Lapurkan dengan segera sebarang kematian atau penyakit luar biasa

dikalangan ternakan ayam /  itik / burung / babi.

9. Lapurkan dengan segera sebarang penyakit berjangkit dikalangan

pekerja di ladang ternakan ayam / itik / burung / babi.

10. Elakkan sebarang hubungan dengan ternakan babi disebabkan virus

selsema burung mampu merebak kepada  babi.

Bagi orang awam dan pengguna.

1. Basuh tangan menggunakan sabun dan air sebelum dan

selepas mengendalikan daging ayam dengan teliti

2. Bersihkan permukaan meja dan peralatan memasak sebelum

dan selepas memasak.

3. Masak daging  ayam / itik  / burung / babi dengan sempurna luar

dan dalam.

4. Elakkan tempat  yang mempunyai burung liar terutamanya

burung air "waterfowl".

5. Lapurkan dengan segera sebarang kematian atau penyakit luar

biasa dikalangan ternakan ayam /  itik / burung.

6. Lapurkan dengan segera sebarang kes masalah pernafasan

dikalangan mereka yang pernah terdedah kepada ayam /  itik /

burung / khinzir yang sakit.

Keselamatan apabila melancung ke kawasan yang dijangkiti  selsema

burung.

Selsema burung tidak menjangkiti antara manusia. Mereka yang melancung

11

Page 12: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

atau melawat ke kawasan yang dijangkiti  selsema burung  dinasihatkan agar

tidak melawat kawasan yang mempunyai burung seperti taman burung,

ladang ternakan ayam / itik  / burung, zoo, dan pasar basah.

C) Langkah-langkah pencegahan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

( HFMD )

Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan

luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat

sendiri penyakit HFM jika telah disyaki. Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-

mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi.

Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. Secara

amnya, orang awam hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut :-

1- Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan

2- Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala HFMD mestilah

dibawa berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan terlambat dalam

mendapatkan rawatan.

3- Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasar raya, pusat

membeli-belah, kolam renang awam, sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak

dan lain-lain

4- Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan

makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan

selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas

5- Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin

6- Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan

menggunakan pencuci

7- Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin

8- Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi,

pakaian dan sebagainya

12

Page 13: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

9- Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa

telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian

10- Elakkan diri daripada mendekati pesakit HFMD

11- Pihak berkuasa kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di

tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan

pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika

tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya

12- Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD tidak dibenarkan mengikuti program di

pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain

13- Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFMD

tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau

pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor

14- Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera

berjumpa doktor semula

15- Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mukus kering,

turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencing atau air kencing

berwarna gelap), segera berjumpa doktor

16- Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya

kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional

dan merawat sendiri HFMD jika telah disyaki. Pengawalan penyakit daripada

merebak mestilah diberikan keutamaan. (Sumber Kementerian Kesihatan

Malaysia)

KESIMPULAN:

13

Page 14: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

 Tindakan pencegahan harus dilakukan secara proaktif oleh segenap lapisan

masyarakat dengan sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan perorangan

dan lingkungan. Jika terdapat anggota keluarga yang menunjukkan tanda dan

gejala yang mencurigakan (mirip gejala di atas) hendaknya ia segera

dijauhkan dari aktiviti di luar rumah serta dibawa ke pusat kesihatan terdekat

untuk mendapat kepastian diagnosis dan penanganan segera.

"Pencegahan adalah lebih baik dari Rawatan"

"Sihat itu Nikmat"

Bersama-samalah kita menjaga kebersihan dan juga mengamalkan langkah-

langkah pencegahan bagi mengelakkan diri kita serta keluarga dari dijangkiti

penyakit Chikugunya ini.

SOALANTUGASAN

1b) Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh Organisasi

KesihatanSedunia (WHO) di dalam hal ini.

14

Page 15: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (B. Inggeris: World Health

Organisation WHO) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

yang bertugas menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan-tindakan

tertentu bagi menjamin kesihatan penduduk sedunia. Agensi ini ditubuhkan

pada 7 April 1948.

Negara-negara ahli WHO melantik wakil kepada Majlis Perhimpunan

Kesihatan Sedunia. Badan ini merupakan badan menetapkan dasar kesihatan

sedunia yang tertinggi. Pertubuhan ini berhimpun setiap tahun dan melantik

seorang Ketua Pengarah WHO. Ketua Pengarah WHO berperanan

memimpin WHO, di samping menyelia dasar kewangan WHO. 34 Ahli

Perhimpunan juga dipilih menyertai Lembaga Eksekutif yang bertugas

melaksanakan segala keputusan Majlis Perhimpunan.

Di samping mengkoordinasikan usaha-usaha antarabangsa mengawal

wabak penyakit epidemik seperti SARS, malaria dan AIDS, WHO juga

mngadakan program-program mencegah dan merawati penyakit-penyakit

tersebut. WHO memberi sokongan kepada pembuatan dan pembahagian

vaksin dan ubat farmasi. Ia sudah hampir menyiapkan penghasilan vaksin

malaria, schistosomiasis dan ingin menghapuskan wabak polio dalam tahun-

tahun yang akan datang.

WHO menyusun sistem Pengelasan Penyakit Antarabangsa (ICD)

yang diikut oleh industri perubatan di seluruh dunia. Ia juga boleh dikatakan

bertindak sebagai pemerhati kepada dasar-dasar ubat atau dadah (drugs)

yang digubal oleh Suruhanjaya Ubat Narkotik.

PERANAN WHO DALAM MEMBANTU MENCEGAH DAN MEMBENDUNG

WABAK-WABAK

Seperti yang bayangkan oleh namanya, Selsema Burung (Avian

Influenza) merupakan satu jenis influenza yang disebabkan oleh virus, yang

15

Page 16: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

terdapat pada burung. Selsema burung terdapat di seluruh dunia. Terdapat

tiga jenis virus influenza: A, B dan C. Manusia boleh dihinggapi oleh ketiga-

tiga jenis virus influenza dan kompleks penyakit yang disebabkan oleh virus-

virus ini dikenali sebagai influenza manusia. Selsema burung disebabkan oleh

vurus-virus Jenis A, yang juga boleh menghinggap babi, kuda, musang, ikan

paus dan mamalia-mamalia lain selain dari manusia dan burung. Burung

hanya boleh dihinggap oleh virus influenza Jenis A

Justeru, kedua-dua manusia dan burung boleh mendapat influenza

yang secara amnya disebabkan oleh virus yang sama. Mengapa manusia

tidak mendapat influenza bentuk influenza burung dan mengapa kita

mengambil berat akan influenza burung .

Jangkitan selsema burung pada manusia boleh mendatangkan hasil

yang buruk. Mengikut data (bahasa Inggeris) World Health Organisation

[Organisasi Kesihatan Sedunia] (WHO), semenjak 28 Jan 2004 sehingga 2

Feb 2005, 55 orang telah disahkan sebagai dihinggapi virus selsema burung

(H5N1) di Cambodia, Thailand dan Viet Nam. 42 orang dari mereka telah

maut akibat jangkitan tersebut. Kadar kematian (ataupun kadar kematian kes,

di dalam percakapan perubatan) jangkitan H5N1 ialah tinggi.

Kadar kematian kes yang tinggi yang melebihi 75% menimbulkan

kerisauan mengenai tercetusnya pandemik (pencetusan penyakit seluruh

dunia) influenza yang disebabkan subtype virus selsema burung di kalangan

manusia. Boleh dibayangkan bahawa jumlah kematian berkemungkinan

tinggi. Inilah sebabnya pekerja-pekerja kesihatan menimbulkan rasa tidak

senang yang selsema burung boleh menular di kalangan manusia.

Pihak WHO khususnya mengambil berat tentang subtype H5N1 kerana

subtype ini boleh bertukar (mutate) dengan cepat, boleh menjangkiti manusia,

boleh menyebabkan jangkitan yang teruk sekiranya ia menjangkiti manusia,

dan boleh menular dengan mudah di kalangan burung, sekaligus

menambahkan kemungkinan menjangkiti manusia.

16

Page 17: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

Berlandaskan rekod sejarah di mana pandemik berlaku tiga atau

empat kali setiap kurun dan sifat-sifat virus selsema burung, WHO

melaporkan bahawa pakar-pakar berpendapat bahawa pandemik influenza

yang disebabkan virus selsema burung tidak boleh dielakkan dan akan

berlaku di dalam masa terdekat.

Mahupun kemunculan pandemik influenza membawa kesan yang buruk dan

berkemungkinan besar akan berlaku, terdapat beberapa tindakan yang boleh

diambil untuk menghindar pandemik dari berlaku. Tindakan-tindakan ini

termasuk mengawal jangkitam di kalangan populasi burung dan ayam,

meningkatkan pemantauan, melindung pekerja-pekerja poultry, veterinar,

perubatan dan pekerja-pekerja lain yang berisiko tinggi untuk dihinggapi virus

selsema burung, penggunaan ubatan anti-virus di dalam rawatan pesakit

serta rancangan persiapan pandemik oleh pihak berkuasa nasional.

Pada April 2000, melalui mesyuarat di Geneva telah membawa satu

kewujudan Rangkaian Tindakbalas terhadap wabak penyakit yang berjangkit

atau lebih dikenali sebagai Global Outbreak Alert & Response Network

(GOARN) yang bertindak membuat kajian, perancangan dan pemberitahuan

tentang amdai terdapat wabak – wabak penyakit yang menular. Ini bertujuan

untuk menjaga kestabilan dan sentiasa berjaga – jaga jika terdapat ancaman

penyakit atau wabak yang berjangkit seperti virus selsema burung yang amat

berbahaya dan mengganggu rantau dunia dengan keupayaannya yang

mampu membawa maut.

Antara objektif GOARN ialah membasmi dan mengawal kesebaran

wabak – wabak penyakit yang berjangkit ini. Ini dijalankan melalui risalah

risalah tentang bahaya virus tersebut, membantu negara-negara yang terlibat

dan mengalami masalah penyebaran virus tersebut dan membantu negara

tersebut mengawal dan menjalankan langkah – langkah pencegahan.

Contohnya di negara China, Indonesia, Vietnam dan negara – negara yang

dikenalpasti mempunyai virus selsema burung sejak akhir-akhir ini.

Selain itu, antara objektifnya yang lain ialah memastikan bantuan

teknikal dapat disalurkan ke negeri berkenaan dengan segera dan berterusan

17

Page 18: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

agar virus tersebut dapat terus dihapuskan. Melalui badan – badan yang

dinaunginya, WHO telah membekalkan tenaga-tenaga mahir dan bantuan

teknikal dari segir perubatan membantu negara yang diserang virus – virus

yang membawa wabak yang berbahaya.

Antara lain ialah membuat kajian tentang Antidot dan vaksin yang

mampu mengawal dan membunuh virus tersebut dalam rancangan jangka

panjang. Melalui program ini juga, WHO memberikan garis panduan kepada

dunia tentang langkah – langkah pencegahan yang perlu diambil oleh negara-

negara yang dijangkiti wabak, bantuan dari segi teknikal dan klinikal, logistik,

pengawalan, kuarantin dan sistem komunikasi.

Kesimpulannya, WHO amat mengabil berat di dalam menangani isu

masalah ini agar ialanya tidak menjadi ancaman kepada seluruh dunia.

Malah, jika kita melawat laman web WHO, banyak maklumat tentang setiap

masalah kesihatan dan penyakit yang berbahaya di paparkan. Selain itu,

WHO juga mewujudkan rangkaian ‘Flu Detectives’ agar dapat mengawal virus

selselma burung ini menular di negara Asia pada tahun 2005. Kewujudan

GOARN juga memainkan peranan penting kepada dunia tentang kepentingan

langkah berjaga – jaga dan pencegahan wabak penyakit yang berbahaya.

Akhir kata, WHO amat memainkan peranannya di dalam hal masalah wabak

penyakit yang mampu memberi ancaman kepada dunia.

2. a)

Kejadian keracunan makanan di sekolah pada waktu – waktu

kebelakangan ini sering dilaporkan di media tempatan dan melibatkan ramai

18

Page 19: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

murid. Di antara punca keracunan tersebut adalah daripada makanan yang

dijual di kantin – kantin sekolah, asrama dan daripada program – program

pemakanan seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program

Susu Sekolah. Apakah punca – punca yang menyebabkan berlakunya

keracunan pada makanan tersebut? Marilah sama – sama kita bincangkan di

sini.

Apa itu keracunan makanan? Menurut Noor Hasani Hashim,

prn2,usm.my (1995) keracuan merujuk kepada berlakunya tanda – tanda rasa

mual, muntah, cirit – birit, pening – pening serta gangguan perut apabila

memakan makanan yang tercemar dalam tempoh 48 jam. Keracunan

makanan juga boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan segera

terutamanya pada kanak – kanak.

Mengikut perangkaan yang dilakukan oleh Pusat Racun Negara, dari

Januari hingga Ogos tahun ini tiga belas kes keracunan makanan melibatkan

801 orang termasuk satu kematian telah dilaporkan. Lebih membimbangkan

pula hampir 80 peratus mangsa keracuanan makanan tersebut terdiri dari

pelajar sekolah. Akta Makanan 1983 diwujudkan bertujuan melindungi orang

ramai terhadap bahayanya penipuan di dalam penyediaan, penjualan dan

penggunaan makanan. Namun jarang kita dengar bahawa mereka yang

telibat ini di dakwa di atas kesalahan mereka.

Apakah punca – punca yang menyebabkan terjadinya keracunan

makanan? Antara kes – kes keracunan adalah disebabkan oleh bacteria,

virus, mikro-organisma, racun atau toksin. Biasanya sesorang itu akan

kehilangan air dalam badan dan sekiranya air di dalam badan seseorang itu

kehilangan dengan jumlah yang banyak, ia akan membawa maut. Selain itu,

ia juga mampu melibatkan keracunan di dalam sistem saraf. Mengapa dab

bagaimana wujudnya bacteria dan sebagainya pada makanan? Antara faktor

yang menyumbang kepda perkara berikut adalah kerana proses penyediaan

makanan yang tidak bersih, makanan yang tidak dimasak dengan sempurna

dan makanan yang terdedah kepada serangga seperti lalat.

Sekarang mari kita lihat kenapa keracunan sering berlaku di sekolah –

sekolah. Pertamanya ia tentulah menjurus kepada kebersihan kantin – kantin

sekolah. Ada sesetengah pengusaha kantin yang tidak peka dalam

penyediaan makanan, makanan tidak ditudung dan sebagainya. Biasanya

19

Page 20: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

makanan yang tidak dimasak dengan suhu yang secukupnya atau betul –

betul masak akan menyebabkan kemunculan bakteria yang dikenali sebagai

campylobacter. Bakteria ini biasanya terdapat pada ayam mentah, daging dan

susu yang tidak pasteur.

Gambar 1.1 : Bakteria Campylobacter

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Campylobacter

Antara tanda – tanda keracunan ini bermula dua hingga lima hari

setelah mengambil makanan yang terdedah kepada bacteria tersebut. Pesakit

juga akan mengalami demam dan najis yang berdarah. Pesakit juga akan

berasa lesu dan tidak bermaya.

Berikut adalah contoh – contoh makanan yang sering dipengaruhi oleh

baktetia dan juga selalunya dijual di kantin – kantin sekolah. Antaranya ialah:

Roti dan kuih – muih

Masakan berlemak seperti nasi lemak, nasi beryani mi dan sebagainya

Daging lembu, ayam dan ikan

Susu

Makanan laut

Makanan dalam tin yang telah kemek atau kembung atau berkarat.

Selain bakteria, keracunan makanan juga disebabkan oleh toksin.

Bagaimana ia boleh berlaku? Ia juga adalah disebabkan oleh penyediaan

makan dan sumber air yang tidak bersih. Terdapat berbagai jenis bacteria

yang menyebabkan toksin. Antara yang sering didengar ialah Cholera iaitu

disebabkan oleh bacteria cholera yang biasanya terdapat di dalam ikan,

20

Page 21: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

kerang, kupang dan jenis – jenis siput yang diperolehi daripada kawasan air

yang tercemar.

Gambar 1.2 : Vibro Cholera

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Cholera

Biasanya tanda – tanda keracunan ini berlaku bermula antara satu

hingga tiga hari selepas memakan makanan yang terdedah kepada bacteria

ini. Pada mulanya pesakit akan mengalami cirit – birit yang ringan seterusnya

boleh membawa maut akibat kehilangan air yang terlalu banyak akibat

daripada cirit – birit yang bertambah teruk dan kuat.

Antara punca – punca lain yang menyebabkan keracunan pada

makanan ialah datangnya dari virus. Virus yang biasa dan sering didengar

ialah virus Norwalk. Virus ini biasanya terapat pada makanan – makanan laut

seperti siput – siput dan kerang yang dicemari oleh najis manusia. Selain itu,

virus Hepatitis A juga yang boleh didapat pada kerang dan siput yang

dicemari najis akan menyebabkan keracunan makanan jika tidak di bersihkan

dan dimasak dengan sempurna.

21

Page 22: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

Gambar 1.4 : Virus Hepatitis A

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Hepatitis_A

Antara tanda – tanda disebabkan keracuan oleh virus Hepatitis A ini

ialah bermula dari dua hingga enam minggu selepasa memakan makanan

yang trcemar itu, pesakit akam mula mengalami demam, badan akan terasa

lemah dan lesu, tida selera makan dan akan menerima penyakit jaudis. Bagi

kes yang lebih parah apabila berlaku kerosakan di dalam hati dan sterrusnya

boleh membawa maut.

Punca seterusnya berlaku keracunan makanan terutama di sekolah

adalah disebabkan dari protozoa. Antara tanda – tanda mengalami keracunan

melalui protozoa ini ialah apabila pesakit cirit – birit, kawasan badan di sekitar

hati dan usus besar menjadi lembut, rasa berdebar, lemah badan dan

kehilangan berat badan. Protozoa yang menyebabkan berlakunya kracunan

ini dikenali sebagai protozoa Giardia Lamblia.

Gambar 1.5 : Protozoa Giardia Lamblia

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Giardia_lamblia

Kesimpulanya di sini, kita perlulah mengambil berat tentang proses

penyediaan makanan trutamanya di kantin – kantin sekolah. Pihak

pengusaha kantin perlulah menekankan aspek kebersihan kantinnya trutama

melibatkan makanan para pelajar. Ini kerana mengikut rekod yang telah

22

Page 23: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

dinyatakan bahawa hamper 80 peratus pesakit keracunan makanan adalah

trdiri daripada pelajar sekolah. Antara cara terbaik untuk mengelakkan

keracunan makanan ialah makanan yang mudah dicemari seperti daging,

ayam dan telur hendaklah dimasak dengan sempurna dan disimpan dengan

baik, jaga kebersihan diri seperti sentiasa membasuh tangan apabila

mengendalikan makanan, alatan dapur yang sentiasa bersih dan sentiasa

menutup makanan yang dihidangkan.

Andainya kita semua dapat mematuhi dan menjaga keadaan seperti ini

pastinya tiada lagi keracunan makanan di sekolah – sekolah.

Setelah mengetahui antara punca – punca keracunan makanan,

sekarang mari kita rujuk kes – kes yang berlaku di Malaysia yang melibatkan

keracunan makanan di sekolah – sekolah. Di ruangan Berita Harian

bertarikh 8 Mei 2007, ’35 Peratus Bekalan Susu Sekolah Enam Negeri

Tercemar’ ada menyatakan kira – kira 35 peratus bekalan susu sekolah di

enam negeri iaitu Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak, Pahang dan

Terengganu didapati tercemar dengan bakteria dan menjadi punca beberapa

kes keracunan membabitkan pelajar pada bulan sebelumnya. Sehubungan

itu, Kementerian Pelajaran telah mengarakkan bekalan – bekalan susu

berkenaan dimusnahkan.

Lebih 35 orang murid SK Jalan Pegoh, Pasir Putih, Perak mengalami

keracunan pada 13 April 2007, 30 orang murid SK Peremba, Kuala Kedah

keracunan pada 17 April 2007 dan pada 25 April 2007, murid dari SK Kota

Kuala Muda, Kedah juga keracunan melalui bekalan susu sekolah yang

disediakan. Kenapa semua ini boleh berlaku sedangkan Kementerian

Pelajaran telah memperuntukkan RM 23 juta setahun bagi program

pembekalan susu bantuan ini untuk 450,000 pelajar sekolah di seluruh

negara malah program ini telah dimulakan sejak tahun 1981 lagi. Di mana

silapnya?

Antara sebabnya ialah datangnya dari syarikat pengusaha susu

terbabit. Pihak Kementerian seharusnya memastikan syarikat pengusaha

susu yang terbabit diselia kawal kualiti susunya. Ini bagi mengekalkan kualiti

dan mengelakkan susu tersebut tercemat. Sikap pengusaha yang ingin

mencari jalan mudah dan mengaut keuntungan seringkali membahayakan

nyawa orang lain terutama para pelajar. Sepatutnya setiap bekalan susu yang

23

Page 24: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

dubekalkan perlulah mendapat pengesahan kualiti oleh pihak SIRIM agar

susu tersebut berkualiti dan dapat mengelakkan kejadian keracunan

makanan.

Selain itu, silkap sambil lewa pihak sekolah untuk memeriksa setiap

kotak susu yang dibekalkan juga antara penyumbang kepada masalah

keracunan ini. Pihak seolah perlu peka andainya terdapat kotak susu yang

telah rosak atau tamat tempoh perlu segera diasingkan daripada diberikan

kepada murid. Malahan, disetiap sekolah perlu diadakan ruangan tempat

penyimpanan susu yang sesuai dan mengikut piawai suhu yang sesuai untuk

simpana susu. Dengan ini secara tidak langsung ia dapat mengawal suhu dari

rosak. Namun, rasanya tidak semua sekolah mempunyai keupayaan seperti

ini dan yang kita tahu biasanya susu sekolah di simpan di bilik guru dengan

keadaan yang tidak sesuai.

Antara lain penyumbang kepada kerancunan di sekolah ialah

keracunan pada makanan tambahan yang disediakan oleh pihak yang

berkenaan yang biasanya disediakan oleh pihak kantin sekolah itu sendiri.

Serimg kali kejadian keracunan makanan berpunca daripada kegagalan pihak

kantin sekolah untuk menjaga kebersihan makanan yang disediakannya.

Berikutan perkara ini, pihak sekolah perlu memainkan peranan penting bagi

memastikan kebersihan kantin sekolah seperti melakukan pemantauan setiap

hari terhadap tahap kebersihan kantin, memastikan kebersihan makanan

yang disediakan serta memantau cara – cara atau bagaimana makanan

tersebut disediakan. Adalah amat perlu ketegasan dari pihak sekolah untuk

memastikan perkara atersebut dan andainya pihak pengusaha kantin tersebut

tidak dapat menunaikan apa yang telah ditetapkan, tamatkan saja kontrak

pengusaha tersebut.

Kesimpulannya, perlu ada wujudnya kerjasama antara pihak

Kementerian bersama dengan syarikat pengusaha, pembekal susu bantuan,

pihak sekolah dan pengusaha kantin sekolah untuk menangani masalah ini.

Masalahnya seringkali berlaku apabila kita inginkan keuntungan yang mudah

tanpa mengira soal nyawa orang lain. Pihak kementerian perlu tegas serta

mewujudkan satu garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pengusaha dan

pembekal susu bantuan agak terjaganya kualiti susu tersebut. Pihak sekolah

pula perlu juga memainkan peranan di dalam mengenal pasti jika terdapat

24

Page 25: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

masalah pada bekalan susu tersebut dan sentiasa memantau proses

pelaksanaan program bekalan susu sekolah dan Rancangan Makanan

Tambahan di sekolah yang disediakan oleh pihak pengusaha kantin. Pihak

pengusaha kantin perlu memastikan kualiti makanan yang disediakan

mengikut tahap kebersihan yang telah di tetapkan. Tanggungjawab ini juga

terpikul kepada semua masyarakat agar sentiasa peka dan ingat mengingati.

Mencegah lebih baik daripada mengubati.

2 b)

Sebagai seorang guru besar yang telah diamanahkan oleh

pihak Kementerian untuk menjaga dan menyelia sebuah sekolah sesungguh

adalah amat perlu mengambil tindakan segera andainya anak murid telah

25

Page 26: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

mengalami keracunan makanan yang mana kita ketahui ianya amat

berbahaya dan boleh meragut nyawa.

Setelah merujuk kepada guru besar di sekolah, antara tindakan atau

langkah – langkah yang perlu diambil apabila seramai 40 orang pelajar telah

mengalami keracunan makanan melalui program Rancangan Makanan

Tambahan ialah pertamanya dengan seberapa segera, menghubungi Pusat

Kesihatan atau Hospital yang berhampiran untuk memaklumkan perkara

tersebut dan mendapat nasihat untuk memberi bantuan awal kepada pelajar

yang keracunan tersebut.

Langkah berikutnya, terus memaklumkan perkara tersebut ke pihak

Pejabat Pelajaran Daerah tentang berlakunya keracunan makanan. Ini antara

prosedur yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah terutamanya guru besar.

Pemakluman ini seterusnya dipanjangkan kepada Pejabat Pelajaran Negeri

sebagai satu prosedur yang perlu dipatuhi. Ini juga bertujuan untuk

merekodkan permasalahan ini untuk rujukan jika terdapat sebarang masalah

dikemudian hari.

Langkah seterusnya, pihak pengusaha kantin ditemui untuk

mendapatkan maklumat dan masalah yang telah berlaku dan memeriksa

kantin sekolah. Sebagai seorang guru besar, perlu terus membuat

pemantauan terhadap kantin sekolah serta mengarahkan pemberhentian

jualan makanan dari kantin tersebut serta – merta kepada murid lain kerana

dikhuatiri berlaku jangkitan.

Seterusnya, pelajar – pelajar yang keracunan tersebut diasingkan atau

dikuaratinkan buat sementara menunggu ketibaan pihak kesihatan. Namun

jika dilihat pelajar tersebut di dalam keadaan yang teruk maka, perlulah

segera terus dihantar ke pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan. Ini

amat penting bagi mengelakkan sesuatu kejadian buruk berlaku dean para

guru perlu memainkan poeranan menjaga dan mengawasi pelajar tersebut.

Langkah berikutnya, pihak sekolah dengan segera menghubungi

ibubapa pelajar yang terlibat untuk memaklumkan kejadian yang telah

menimpa anak mereka dan meminta mereka bersabar dan bertenang serta

memohon maaf di atas kejadian yang telah berlaku. Pihak sekolah perlulah

memberitahu apa yang berlaku dengan senarnya dan adalah dilarang

26

Page 27: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

memberi kenyataan yang salah agar tidak menimbul sebarang masalah

kepada pihak sekolah dan ibubapa pelajar yang terlibat.

Tindakan selanjutnya, pihak sekolah perlulah melakukan pemantauan

berterusan terhadap pelajar terbabit dan bersama keluarga mereka

memastikan mereka diberi rawatan sehingga sembuh. Pihak sekolah juga

perlu memaklumkan kepada semua pelajar agar mengambil langkah berjaga-

jaga apabila membeli makanan, pihak pengusaha kantin di panggil memberi

laporan bagaimana perkara ini boleh terjadi dan perlu membuat siasatan

punca- punca berlakunya perkara tersebut.

Dapat dirumuskan di sini, bahawa tindakan awal amat penting untuk

mengelakkan sebarang kecelakan buruk berlaku. Tindakan pantas pihak

sekolah amat perlu untuk memastikan segala rawatan dapat berjalan dengan

lancar. Sebagai seorang guru besar, amanah menjaga murid di sekolah

adalah yang terpenting dan tidak semua guru besar nahukan perkara

sebegini berlaku di sekolahnya. Namun langkah pencegahan adalah amat

penting dilaksanakan. Pihak sekolah seharusnya sentiasa membuat

pemantauan terhadap tahap kebbersihan kantin dan makanan yang dijual

agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

KESIMPULAN

27

Page 28: Penyakit Berjangkit dan Keracunan Makanan

OUM HBHE

Kesimpulannya, tugasan kali ini banyak membincangkan masalah

kesihatan yang berkaitan denga keracunan makanan yang kini kerap berlaku

di sekolah- sekolah serta permasalah wabak penyakit berjangkit seperti

Chikugunya, selsema burung serta penyakit tangan, kaki dan mulut. Sebagai

seorang guru kesihatan di sekolah adalah amat penting bagi kita untuk

mengetahui hal semua ini. Kebiasaannya, apabila berlaku kes – kes seperti

begini pihak sekolah seringkali merujuk kepad guru yang mengajar

kesihatandan secara tidak langsung dengan membuat tugasan ini, saya telah

banyak menimba ilmu – ilmu berkaitan wabak penyakit berjangkit dan

keracunan makanan.

Selain itu juga, melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui peranan

WHO terhadap masalah kesihatan sedunia dan sumbangan mereka kepada

negara – negara yang memerlukan bantuan. Malah program –mprogram yang

dilaksana dan digubal sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan saya

berkaitan dengan WHO dan programnya.

Akhirnya, melalui tugasan ini, dapatlah dibincangkan serta dibuat

refleksi tentang permasalahan yang terdapat di negara kita berkaitan dengan

keracunan bekalan susu sekolah dan Rancangan Makanan Tambahan. Pihak

Kementerian telah membelanjakan sejumlah wang untuk memperbaiki tahap

kehidupan anak murid kita namun dengan sfat kerakusan dan tamak

sesetengah manusia ingin mengaut keuntungan segera sehingga sanggup

memperjudikan nyawa anak – anak yang masih kecil dan sedang belajar.

Malah melalui tugasan ini juga memberi peluang untuk saya mengetahui

langkah – langkah yang perlu diambil oleh pihak pentadbir sekolah andainya

berlaku keracunan di sekolah. Apa yang penting, hidup sihat amalan kita

semua. Murid sihat, murid cemerlang.

28