Penyakit dan rawatan ikan air tawar - Akuakultur · PDF fileCara-cara rawatan (i) Merendamkan...

download Penyakit dan rawatan ikan air tawar - Akuakultur · PDF fileCara-cara rawatan (i) Merendamkan ikan didalam air yang mengandungi ubat (bahan kimia) dalam jangkamasa yang singkat. -

If you can't read please download the document

Transcript of Penyakit dan rawatan ikan air tawar - Akuakultur · PDF fileCara-cara rawatan (i) Merendamkan...

  • PENYAKIT IKAN AIRTAWAR DAN RAWATAN Pada kebiasaannya, penyakit-penyakit ikan adalah disebabkan oleh patogen (agen-agen yang menyebabkan penyakit) seperti berikut :- a) Parasit (Endoparasit/Ektoparasit) b) Kulat c) Bakteria d) Virus e) Punca-punca lain seperti faktor genetik dan persekitaran i) Penyakit Primer Penyakit ini berlaku apabila ikan saling bertindak dengan patogen buat pertama kalinya. Ini berlaku apabila kita campurkan ikan yang besar dengan ikan yang kecil. Ikan besar walaupun mempunyai patogen tetapi ianya tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit kerana ikan tersebut sudah lali terhadap penyakit itu. Bagi ikan yang kecil dan baru pertama kali bertemu dengan patogen, ia mudah diserang penyakit. Dalam proses pengawanan ikan, penyakit primer juga boleh berlaku dimana patogen dari induk akan merebak kepada anak. ii) Penyakit sekunder Penyakit ini berlaku apabila faktor-faktor tekanan yang boleh melemahkan ikan wujud dan menyebabkan ikan (termasuk ikan yang lali terhadap sesuatu penyakit) senang diserang oleh patogen. Ini adalah kerana dalam keadaan biasa(tanpa tekanan) terhadap patogen-patogen tetapi dengan adanya faktor-faktor tekanan,seperti suhu, mutu air dan lain-lain, ikan menjadi lemah dan dya ketahannya tidak cukup untuk melawan serangan patogen. I. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH PARASIT Di malaysia, kebanyakkan penyakit adalah disebabkan oleh parasit (ektoparasit). Definasi Parasit: Organisma yang tinggal dan mendapatkan makanan didalam Luar badan organisma yang lain tanpa memberi faedah kepada organisma tersebut. 1. Penyakit Bintik Putih (white spot) Disebabkan oleh parasit protozoa yang dipanggil Ichthyophthirius multifilis Semua jenis ikan terutamanya anak-anak ikan. Parasit tersebut menembusi kulit ikan dan memakan sel-sel tisu dan darah.

  • Ukuran 0.5 1 mm (gambar oleh DOF Malaysia) Tanda tanda penyakit - Ikan berenang tanpa arah yang tertentu untuk mengelakkan parasit tersebut

    (peringkat Permulaan); - Lapisan luar kulit menjadi kelabu dan terdapat bintik-bintik putih pada seluruh

    badan; - Tompok-tompok putih dan pucat pada insang menunjukkan kerosakkan

    insang dan menyebabkan ikan sukar untuk bernafas.Ini menyebabkan ikan timbul kepermukaan untuk bernafas;

    - Ikan merasa gatal-gatal dan akan mengeselkan badan ditebing kolam atau sangkar;

    - Ikan tidak makan (peringkat serius); - Mata menjadi kelabu. Rawatan

    Bahan Kimia (ubat)

    Dos/Kadar Jadual Tempoh Rawatan Catitan

    Metilin biru 2 ppm (mg/l) Berterusan sehingga sembuh Rawatan yang paling sesuai

    Sodium klorida + Formalin

    1000 ppm + 20-25 ppm

    3 kali berurut-turut setiap 2 hari (1 minggu)

    Potassium permanganate

    1-2 ppm Berterusan sehingga sembuh

    Formalin 2.5 ml /100liter Berterusan sehingga sembuh Kolam ikan yang terkena penyakit ini harus dikeringkan dan dimasukkan kapur dengan kadar 1.5 tan sehektar.

  • Cara-cara rawatan (i) Merendamkan ikan didalam air yang mengandungi ubat (bahan kimia)

    dalam jangkamasa yang singkat. - Ikan diletakkan tangki atau bekas kecil. - Ubat dimasukkan ke dalam tangki. Ikan akan dikeluarkan selepas

    beberapa minit. - Perlu berhati-hati kerana dos ubat yang terlalu tinggi boleh menyebabkan

    tekanan kepada ikan (ii) Merendamkan ikan di dalam air yang mengandungi ubat untuk jangkmasa

    yang panjang - Dos ubat yang digunakan adal;ah rendah dan tidak menyebabkan tekanan

    kepada ikan - Ubat dimasukkan kedalam kolam/tangki secara berterusan sehingga ikan

    sembuh dan kesan ubat akan hilang dengan sendirinya. - Jika kesan ubat tidak hilang, air baru perlu dimasukkan selepas beberapa

    hari. 2. Ichthyobodo, Trichodina & Chilodonella Ikan yang diserang adalah Kap rumput, Kap biasa, Sepat siam, Kap kepala besar dan Lampan jawa

    Trichodina sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

    Chilodonella sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

  • Tanda-tanda penyakit sama seperti penyakit bintik putih Rawatan

    Bahan Kimia (ubat)

    Dos/Kadar Jadual Tempoh Rawatan Catitan

    Sodium klorida + Formalin

    1000 ppm + 20-25 ppm

    2-3 kali berurut-turut setiap 2 hari (1 minggu)

    Potassium permanganate

    100 ppm 5-10 minit Tidak sesuai untuk anak ikan kap kepalan besar

    Formalin 2.5 ml /100liter 2 hari berturut-turut selama 1 minggu

    3. Myxosporidiosis Disebabkan oleh parasit Myxobolus dan Henneguya Ikan yang diserang adalah Ketutu dan Kap biasa Kedua-dua parasit tersebut terdapat pada insang. Bagi Myxobolus, ia juga terdapat pada kulit. Parasit ini berbentuk sista (mengandungi spora-spora ) dan akan pecah apabila matang. Spora-spora akan dilepaskan ke dalam air dan jangkitan akan berlaku Tanda-tanda penyakit - Ikan menjadi pucat (serius ). Sista berwarna putih dan parasit yang bulat

    (ukuran 2-4 mm) akan dapat dilihat pada insang dan kadangkala insang menjadi berkolompok;

    - Kulit ikan menjadi bengkak-bengkak (parasit Myxobolus ); - Dalam keadaan biasa, kematian akan berlaku perlahan-lahan. Rawatan Setakat ini, tidak ada rawatan bagi penyakit. Adalah disyorkan supaya mengawal dan mencegah penyakit daripada berlaku 4. Dactylogyrosis (penyakit kutu insang) Disebabkan oleh: Parasit Dactylogyrus Ikan yang diserang adalah Kap rumput, Kap perak dan Kap kepala besar. Parasit yang matang melekat pada insang bertelur

  • Dactylogyrus sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

    Tanda-tanda penyakit - Insang kelihatan berdarah dan berlebihan lendir (peringkat awal ); - Dalam keadaan serius filamen insang akan rosak dan operkulum ikan tidak

    boleh tertutup dengan sempurna mengakibatkan kesukaran bernafas. Rawatan

    Bahan Kimia (ubat)

    Dos/Kadar Jadual Tempoh Rawatan Catitan

    Sodium klorida 10,000 15,000 ppm 10 15 minit Metilin biru 2 4 ppm 30 - 45 minit Formalin 200 250 ppm Berterusan sehingga sembuh Tidak sesuai untuk anak

    ikan kap kepalan besar 5. Gyrodactylosis (penyakit kutu insang) Disebabkan oleh: Parasit Gyrodactylus Ikan yang diserang adalah Ketutu dan Kap biasa. Parasit ini menyerang bahagian permukaan badan sahaja Tanda-tanda penyakit Sama dengan penyakit bintik putih Rawatan Serupa dengan rawatan bagi Dactylogyrosis.

  • 6. Argulosis (kutu ikan ) Disebabkan oleh: Parasit Argulus Argulus berbentuk piring dan berwarna kehijauan. Ia berukuran 7mm garispusat. Argulus boleh dilihat dengan mata kasar terlekat pada badan ikan. Ikan yang diserang adalah kap rumput, kalui, kap biasa, Temakang, dan Kap kepala besar. Parasit ini menyerang bahagian luar badan dengan cara menghisap darah terutmanya bahagian kepala dan sirip ekor.

    Argulus sp. (gambar oleh DOF Malaysia)

    Tanda-tanda penyakit - Ikan menjadi kurus disebabkan kehilangan bendalir tubuh kerana dihisap oleh

    parasit; - Terdapat kesan-kesan darah ditempat parasit melekat; - Kematian ikan akan berlaku jika bilangan parasit terlalu tinggi. Rawatan

    Bahan Kimia (ubat)

    Dos/Kadar Jadual Tempoh Rawatan Catitan

    Potassium permanganate

    10 ppm 30 minit

    Dipterex 0.25 ppm Sekali pada tiap-tiap minggu selama 2 minggu

    Kolam ikan yang terkena penyakit ini harus dokeringkan dan dikapor dengan kadar 1.5 tan sehektar.

  • 7. Lernaesis (cacing sauh ) Disebabkan oleh: parasit Lernaea sp. Ikan yang dijangkiti adalah Kap rumput, Lampan Jawa, Temakang, Kalui, Kap kepala besar dan kap biasa.

    Lernaea sp. . (gambar oleh DOF Malaysia) Parasit ini menyeerang bahagian permukaan luar badan ikan dengan menghisap bendalir ikan dan mengakibatkan kerosakan tisu kepala, mata, ekor dan sirip Tanda-tanda penyakit - terdapat tanda-tanda merah pada badan; - Ikan yang kecil selalunya mati dan ikan yang besar akan mengalami

    kekurangan berat badan. Rawatan

    Bahan Kimia (ubat)

    Dos/Kadar Jadual Tempoh Rawatan Catitan

    Sodium klorida (garam)

    8,000 11,000 ppm Selama 10-15 minit. Sekali pada tiap-tiap minggu selama 4 minggu.

    Dipterex 0.25 ppm Sekali pada tiap-tiap minggu selama 4 minggu berturut-turut.

    II. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH ENDOPARASIT (Parasit Dalaman ) Setakat ini , penyakit-penyakit endoparasit tidak menimbulkan masalah. Endoparasit yang menyebabkan penyakit adalah: i) Trematoda Digenetik

  • ii) Nematoda ( cacing gelang ) iii) Cestoda (cacing peta) 1. Trematoda Digenetik Parasit ini menyerang mata dan mengakibatkan mata menjadi bengkak. Bahagian kornea akan kelihatan kelabu tengah. Bintik-bintik putih kelihatan di bahagian pupil, iaitu larva cacing parasit Displostumum Spatheum. Ia memakan kanta mata dan menyebabkan ikan tersebut buta 2. Nematoda dan cestoda - Cacing gelang dan cacing peta terdapat pada bahagian luar perut, otot-otot,

    pundi, usus dan didalam mata; - Ikan yang diserang akan kehilangan berat badan dan kelihatan kurus. Oleh

    itu, tidak boleh diginakan sebagai induk; - Cacing-cacing ini tidak menyebabkan kematian ikan yang tinggi dan jikalau

    kematian berlaku, ianya tidak serentak. Rawatan Tidak ada rawatan yang memuaskan. Oleh itu, Disyorkan supaya mengawal dan mencegah parasit dengan membuang siput-siput pembawa parasit tersebut. III. PENYAKIT YANG DISEBABKAN OLEH KULAT 1. Saprolegniasis Penyakit ini berlaku apabila ikan mengalami tekanan (penyakit sekunder ) seperti kesesakan ikan dalam tangki, sangkar atau kolam, kemerosotan mutu air, luka-luka pada badan ikan apabila disebabkan oleh parasit atau kekasaran semasa pengendaliannya Tanda-tanda penyakit - Kulat saprolelgnia akan kelihatan seperti kap[as pada badan ikan; - Terdapat tanda-tanda kemerahan disekeliling kulat; - Ia menyerang ditempat-tempat luka ataupun serangan parasit pada badan

    ikan dan juga menyerang telur-telur ikan.

  • Raw