Penyakit Ikan Dan Cara Ubati Ikan Laga

6

Click here to load reader

description

free

Transcript of Penyakit Ikan Dan Cara Ubati Ikan Laga

Page 1: Penyakit Ikan Dan Cara Ubati Ikan Laga

Penyak i t I kan dan Cara Ubat i

Penyakit ikan lagaIkan Laga juga seperti ikan-ikan hiasan lain, sekirannya penjagaan kurang diambil perhatian ikan laga mempunyai risiko kepada pelbagai. Penyakit yang selalu menyerang ikan anda kebanyakannya adalah bakteria,kulat dan parasit. Keadaan air yang buruk mendatangkan banyak keburukan kepada ikan laga selain membantu pembiakan bakteria-bakteria. Sesetengah bakteria datang dari makanan yang terbiar. Makanan yang tidak dimakan perlu dibuang, jangan biar makanan tersebut larut bersama air. Sebelum merawat anda perlu mengenal pasti keadaan ikan laga yang sakit.

Mengenal pasti ikan laga yang sakit

Ini boleh dil ihat melalui t ingkah lakunya. Ikan laga yang sakit menunjukkan tanda-tanda seperti   Tidak akt i f , hanya berada ditempat yang sama tanpa

bergerak Kurang bergerak Tiada selera makan Menggeselkan badannya pada dinding akuarium,batu-batu

hiasan dan pokok-pokok hiasan Tidak bermaya

Ini juga boleh dil ihat terus pada tubuhnya   dipenuhi tompok-tompok putih dan hitam warna yang pudar ekor yang mereput abdomen yang besar dari ikan laga yang normal mata membonjol

Jenis-jenis penyakit ikan laga dan rawatannya

Jangkitan Kulat

Page 2: Penyakit Ikan Dan Cara Ubati Ikan Laga

Badan ditumbuhi tompok-tompok seperti kapas/kulat

Tanda-tanda :   Kawasan badan mempunyai tompok-tompok kapas putih   Warna mungkin pudar

Kelakuan : Kurang aktif, t idak makan

Rawatan : Tukar air sebersih-bersihnya, bekas dicuci, sediki garam aquarium. Guna ubat Anti-Fungus jika ada.Ubatan lain : Maracyn, Furacyn

Ekor/sirip mereput 

Terjadi kerana keadaan air yang teruk. Ekor mungkin tidak seperti sediakala bila mula tumbuh.

Tanda-tanda : Ekor yang pendek dan terus pendek Hujung ekor yang gelap atau pudar

Kelakuan : Kadang-kadang aktif, t idak makan

Rawatan : Tukar air baru bersih, Bekas bersih, Gunakan daun ketapang jika ada, Lakukan sehingga ekor tumbuh semula. Garam aquarium juga boleh digunakan.Ubat : Ampicil l in, Tetracycline

Jangkitan Bakteria

Page 3: Penyakit Ikan Dan Cara Ubati Ikan Laga

Terjadi kerana bakteria dari air yang kotor, makanan terbiar dan tangan yang kotor. Elakkan memindah ikan menggunakan tangan, gunakan jaring.

Tanda-tanda :

Badan mula ditumbuhi benda pelik

warna memudarKelakuan : Hilang selera makan, berada di dasar akuarium tanpa bergerak

Rawatan : Tukar air baru, cuci perkakas2 akuarium termasuk pasir2, pokok2, batu2. Elakkan memindahkan ikan menggunakan tangan, gunakan jaring yang lembut. Gunakan daun ketapang atau ubat anti-bakteria jika ada.Ubat : Tetracycline, MarOxy, Maracyn

Dropsy

Terjadi kerana bakteria dari makanan hidup, kegagalan fungsi paru2, penyakit yang belum ada penawar yang sebenar

Tanda-tanda : 

Badan yang membesar terlampau

sisik-sisik yang terbukaKelakuan : Biasa

Rawatan : Tukar air baru, gunakan daun ketapang, beri makanan yang mengandungi anti-bakteria atau anti-parasit. Berhenti memberi makanan hidup. Boleh membawa kepada kematian jika lambat rawat. Dropsy yang sebenar jarang terselamat.Ubat : Erythromycin, Maracyn 2, Tertracycline

Popeye

Punca dari bakteria dari air yang tercemar

Tanda-tanda: Mata yang membonjol

Kelakuan : Hilang selera makan

Page 4: Penyakit Ikan Dan Cara Ubati Ikan Laga

Rawatan: Tukar air sepenuhnya sekurang-kurangnya 3 kali sehari, gunakan daun ketapang ataupun garam akuarium.Ubatan lain : Melafix

Velvet (sejenis parasit)

Punca dari yang tercemar

Tanda-tanda : 

Tidak bermaya

Menggesel badan pada aksesori yang berhampiran dengannya

Kelakuan : Hilang selera makan, warna memudar

Rawatan : Cuci air sepenuhnya. Letak garam akuarium sebagai agen untuk membunuh parasit. Letak ditempat yang gelap ataupun ditutup supaya velvet tidak membiak kerana terdedah pada cahaya lampu. Keadaan gelap menghadkan parasit ini untuk membiak.Daun ketapang amat disyorkan.

Masalah pundi berenang (swim bladder disorder)

Akibat dari pemakanan yang berlebihan menyebabkan pundi berenang tidak berfungsi dengan baik

Tanda-tanda : Masalah berenang dengan baik

Kelakuan : Berenang dengan arah sisi ataupun senget 

Rawatan : Ikan anda mampu untuk menyembuh dengan diri sendiri. Anda perlu menjaga pemakanan ikan anda. 4-5 pelet 2 kali sehari dah memadai.

Ick (parasit)

Page 5: Penyakit Ikan Dan Cara Ubati Ikan Laga

Ick juga datang dari makanan beku

Tanda-tanda : Badan ikan dipenuhi dengan tompok-tompok putih halus

Kelakuan :Kurang aktif, tiada selera makan

Rawatan : Tukar air 100%. Garam akuarium juga membantu. Gunakan ubat anti-whitespot. Daun ketapang amat disyorkan.

Parasit Luaran

Punca dari air yang tercemar serta mengandungi bakteria/parasit

Tanda-tanda : ikan menggesel badannya pada semua benda yang berdekatan dengannya

Kelakuan : Hilang selera makan, kurang aktif

Rawatan : Tukar air sebersih-bersih sepenuhnya termasuk semua aksesori aquarium. Gunakan garam akuarium. Daun ketapang amat disyorkan. 

Parasit Dalaman

*Akibat dari makanan beku ataupun pelet rosak. Tidak nampak dari luar namun ikan menunjukkan tanda-tanda.

Tanda-tanda : Badan yang mengurus

Kelakuan :  badan kelihatan kurus walaupun diberi makan

Rawatan : Tukar air sepenuhnya. Beri ikan anda makan makanan berpelet ataupun makanan yang mengandungi antibakteria. Berhenti memberi makan hidup, beku ataupun kering. Daun ketapang juga membantu.

Page 6: Penyakit Ikan Dan Cara Ubati Ikan Laga

Ubatan lain : BettaZing

PERHATIAN !!!

Pastikan air yang anda gunakan adalah dirawat ataupun ditapis. Guna anti-klorin jika menggunakan air paip.

Persediaan awal adalah penting, seperti daun ketapang ataupun garam akuarium

Makanan yang tidak dimakan diasing segera. Mkanan terbiar punca air tercemar dan menyebabkan bakeria tersebar.

Jika anda melihat ikan anda bergerak hanya untuk mengambik udara di dasar. Kurangkan tahap air supaya ikan mudah mengambil udara.

Perlu tahu !!

Kebanyakan penyakit ikan berpunca dari air yang tercemar serta mengandungi bakteria pembawa penyakit. Garam akuarium membantu menyah bakteria dalam air ataupun parasit pada ikan sendiri.

Garam akuarium dan daun ketapang adalah bahan yang paling banyak digunakan. Dari prosdukproduk lain.

Daun ketapang mengandungi agen yang membunuh bakteria serta keadaan air yang nyaman untuk ikan anda.

kebanyakan ikan yang sakit akan hilang selera makan serta tidak aktif. 

*Pencegahan itu lebih baik dari mengubati, letak sedikit garam akuarium untuk mengelak dari terkena penyakit yang disebabkan oleh parasit dan bakteria. Daun ketapang amat disyorkan kerana mengandungi banyak khasiat selain menyah bakteria