PENYALAHGUNAAN DADAH

download PENYALAHGUNAAN DADAH

of 30

Transcript of PENYALAHGUNAAN DADAH

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

1.0 PENDAHULUAN

Malaysia telah membangun dengan pesat selama hampir 50 tahun dan telah menjadi sebuah negara yang mampu mengekalkan pertumbuhan ekonomi tahap tinggi, kestabilan politik dan keselamatan sosial. Walau bagaimanapun, skop jenayah mengalami perubahan dimensi yang menakutkan. Pengedaran dadah merupakan salah satu isu keselamtan yang telah mencapai tahap yang membimbangkan. Dadah adalah musuh utama negara. Usaha memerangi

ancaman dadah sememangnya menjadi agenda utama kerajaan yang tidak mahu melihat aset terpenting negara iaitu remaja dan belia terus hanyut dalam khayalan penyalahgunaan dadah.

Sehingga hari ini, dadah telah menjadi satu ancaman yang cukup besar kepada negara. Penyalahgunaan dadah semakin menular di negara kita hari demi hari yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. Menurut Ibrahim (1997) penagihan dadah bukan sahaja golongan berpendapatan rendah, bahkan telah merebak kepada golongan yang lebih mewah dan merentasi umur dan jantina. Keadaan ini menunjukkan bahawa setiap individu berpotensi terlibat dengan penyalahgunaan dadah tanpa mengira kedudukan umur atau jantina.

Walaupun kerajaan telah mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara sejak tahun 1983 lagi, namun kini setelah 28 tahun berlalu, gejala dadah ini masih belum dapat dibendung sepenuhnya, malah semakin serius. Akibatnya gejala dadah ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung pelbagai kos malahan turut memberikan banyak kesan buruk kepada negara. Selain daripada itu, masalah penyalahgunaan dadah juga mempunyai kaitan dengan kadar jenayah di negara ini.

1

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

2.0 LATAR BELAKANG PERMASALAHAN PENYALAHGUNAAN DADAH

Kumpulan ini memilih tajuk penyalahgunaan dadah kerana permasalahan dadah merupakan fenomena sejagat yang saban tahun semakin meningkat sehingga boleh mengancam keharmonian dan kesejahteraan kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh

Agensi Antidadah Kebangsaan pada tahun 2010, penagih dadah seramai 23,642 orang.(Agensi Antidadah Kebangsaan, 2010)

Dadah atau drug adalah sejenis bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia boleh mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Menurut Kamus Dewan Melayu-Inggeris edisi ketiga, makna perkataan drug adalah ubat-ubatan. Walaupun untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada drug, perkataan use , misuse atau abuse Dadah boleh

perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan drug.

dikategorikan kepada beberapa jenis seperti opiat dan opiate sintetik, stimulan, ganja, halusinogen, depresen dan ubat-ubatan yang disalahguna.

Blumenfield et al. (18) mendefinisikan penyalahgunaan dadah sebagai sebarang pengunaan bahan-bahan yang haram. Bagi Pertubuhan Kesihatan

Sedunia(142), penyalahgunaan dadah bermaksud penggunaan dadah yang berlebih-lebihan secara tetap atau tidak, yang tidak ada kaitan dengan amalam perubatan yang boleh diterima. tetapi tidak memuaskan. Definisi yang sedemikian walaupun mudah

Mereka mendefinisikan penyalahgunaan dari segi

perundangan dan bukannya perubatan.

2

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

Penyalahgunaan dadah merupakan gejala sosial yang mendapat perhatian daripada semua pihak di negara ini. boleh mengancam ketenteraman Oleh kerana gejala tersebut kehidupan rakyat dan

dan kesejahteraan

menyekat perkembangan kemajuan serta negara .

pertumbuhan ekonomi negara ini, sebagai musuh number satu

pihak kerajaan telah mengisytiharkan dadah

Fenomena penyalahgunaan dadah bukan hanya melibatkan golongan belia dan orang dewesa tetapi gejala tersebut telah merebak dalam kalangan golongan remaja termasuk pelajar sekolah rendah (AADK,2007a). etnik, jantina dan jenis pekerjaan. Malah,

penyalahgunaan dadah membabitkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira

3

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

3.0 KESERIUSAN ISU DAN DAPATAN KAJIAN

Penyalahgunaan dadah merupakan satu isu yang sering diperkatakan. Isu ini sering terpapar dalam media cetak dan elektronik. Saban setiap hari kedengaran ada berita mengenai penagihan dadah sering diperkatakan.

......the problem of drug abuse and drug trafficking knows no broders and it is a cancer threatening every nation. Wherever it manifests, Itself it breeds organized crime, depletes vital government resourcer and most distrubingly, saps the energy and ambition of youth. President Reagan in his message to the International comference on Drug Abuse and Illicit Trafficking. June 1987.

Namun demikian, Malaysia tidak terkecuali dari masalah dadah ini dan merupakan salah sebuah negara yang berada di barisan hadapan dalam menghadapi masalah ini. Keadaan ini menjadi bertambah runcing dan serius apabila penagihan dadah ini merebak pula kepada golongan muda-mudi dari semua kaum yang terdapat di negara ini.

Wabak dadah ini telah menyerang Malaysia sejak tahun 1970 dan hanya seramai 711 orang sahaja penagih dadah yang dapat dikesan. Tetapi bilangan penagih dadah telah bertambah pesat sehingga Mei(1987), jumlahnya ialah 128,741 orang.4

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

Tahun 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010

Bilangan penagih dadah dikesan 30,593 31,556 31,893 36,996 38,672 32,808 22,811 14,489 12,352 15,736 23,642

Jadual 1 : Jumlah penagih dadah 2000 2010 *Sumber Laporan Dadah bulanan tahun 2000-2010

Berdasarkan jadual di atas, dapat dirumuskan bahawa kadar penagihan dadah meningkat pada setiap tahun. Contohnya pada tahun 2001, bilangan

penagih dadah yang dapat dikesan sebanyak 30,953 orang. Namun demikian, bilangan penagihan dadah semakin bertambah sebanyak 963 orang. Begitu

juga pada tahun seterusnya. Menjelang tahun 2010, bilangan penagihan dadah adalah sebanyak 23,642 orang berbanding dengan tahun 2009 yang hanya 15,736 orang sahaja.

Berdasarkan

hasil

kajian

yang

dilakukan

oleh

Balan

Rathakrishnan&Rahimah Abd Rahim, beliau telah mengemukan bahawa tidak terdapat perbezaan di antara faktor penglibatan pelajar dengan dadah

dengan merujuk kepada etnik sama ada Melayu, Cina, India, Brunei, Bajau, mahupun Kadazan Dusun. Justeru itu, kecenderungan pelajar mengambil

dadah di sekolah mungkin disebabkan oleh faktor pegangan ilmu agama.5

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

Beliau menyatakan pelajar yang mempunyai pegangan agama yang kukuh kurang terlibat dengan ilmu keagamaan. masalah sosial jika dibandingkan pelajar yang cetek

Menurut hasil kajian yang dilakukan oleh Nielson (1996), beliau telah mendapati bahawa kekerapan remaja yang selalu mengikuti perjumpaan

agama ,melakukan masalah sosial kurang berbanding dengan mereka yang tidak menghadiri sebarang aktiviti keagamaan.

Asmah Bee Mohd.Noor (1998) mendapati tidak terdapat perbezaan sikap terhadap hubungan sosial di kalangan remaja yang beragama Islam dengan tidak beragama Islam. Sebaliknya Bahr Etal(1993) mendapati bahawa faktor

agama tidak mempunyai hubungan yang signifikan antara remaja dan penyalahgunaan dadah.

Menurut Abdul Halim Mohd Hussin, beliau telah mendefinisikan penagih dan ketagihan menurut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan)1983 (Pindaan 1998)dan akta-akta lain yang berkaitan, beliau mengklasifikasikan seseorang itu sebagai penagih dadah apabila seseorang itu menggunakan dadah jenis ATS. Namun sekiranya seseorang itu didapati positf dadah ATS dan telah disahkan sebagai seorang penagih dadah ATS oleh pegawai perubatan setelah menjalani pemeriksaan yang rapi ( klinikal diagnosis ). Dia haruslah diberikan rawatan dan pemulihan secepat mungkin samada di PUSPEN (khas untuk penagihan dadah ATS). Namun demikian, sekiranya seseorang itu tidak disahkan oleh pegawai perubatan sebagai penagih dadah ATS, walaupun ujian urinnya positif, dia haruslah dikategorikan sebagai pengguna dadah ATS dan tidak harus menjalani rawatan di PUSPEN.

6

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

Mohd

Rohani

Mat

Diah

telah

membuat

kajian

tentang

senario

penyalahgunaan dadah bagi tahun 2009 menunjukkan bahawa seramai 15,736 orang kes penagihan dadah dikesan dengan 7,123 orang penagih baru dan 8,613 orang penagih berulang. Golongan lelaki lebih tinggi sebanyak 15,458 orang ( 98.23% ) berbanding dengan golongan wanita hanya 278 orang ( 1.77% ) serta golongan belia yang berumur antara 19 hingga 39 tahun yang merupakan golongan yang paling ramai menagih iaitu 11,949 orang ( 77.29% ). Biasanya golongan penagih yang terlibat dengan dadah majoriti bekerja di sektor buruh am. Ini kerana tahap pendidikan yang rendah serta kurangnya pengetahuan tentang bahayanya dadah sehingga mudah dipengaruhi oleh rakan sekerja yang lain. Beliau juga menegaskan ramai ibubapa kurang memberi keprihatinan pada anak-anak yang menyebabkan anak-anak mudah terjebak dengan dadah melalui pengaruh rakan sebaya.

Najwa Mohd Rus turut menyatakan bahawa tahap-tahap kesediaan untuk berubah di kalangan penagih dadah wanita ini dapat memberikan celik akal kepada pihak pengurusan pusat serenti untuk melihat tahap motivasi mereka dalam membuat perubahan tingkah laku. Menurut Fields (2004), terdapat lapan strategi untuk membentuk motivasi diri yang tinggi di kalangan penagih dadah yang sedang menjalani rawatan pemulihan. Strategi yang pertama ialah dengan memberikan nasihat dan kesedaran tentang masalah mereka. Strategi yang

kedua ialah dengan menghindarkan berlakunya jurang pemisah antara pelatih dan pegawai pusat serenti. Strategi yang ketiga ialah dengan menggalakkan setiap pelatih untuk membuat keputusan dan pilihan sendiri. Strategi yang

keempat ialah dengan meningkatkan keinginan mereka untuk membuat perubahan tingkahlaku. Strategi yang kelima ialah dengan bersimpati terhadap masalah mereka dan mendengar dengan teliti apa yang ingin diluahkan oleh mereka sepanjang program pemulihan di pusat serenti. Strategi yang keenam ialah dengan memberikan tindak balas yang bersesuaian terhadap apa yang disampaikan oleh pelatih. Strategi seterusnya ialah dengan membantu setiap7

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

orang pelatih membina maklamat dan objektif diri masing-masing. Strategi yang terakhir ialah dengan menunjukkan bahawa pihak pusat serenti sentiasa besedia dan berminat untuk membantu para pelatih membuat perubahan tingkahlaku.

Kamarudin Hussin telah membuat kajian tentang penyalahgunaan dadah bagi pelajar lama institusi pengajian tinggi awam. Dalam kajian, beliau telah mendapati bahawa seramai 8 daripada 3,556 iaitu 0.22% pelajar lama di IPTA didapati ujian urinnya positif. Walaupun banyak kempen yang dijalankan oleh pihak berkuasa untuk menerangkan bahaya dadah, namun masih ramai pelajar IPTA yang tidak tahu akan kesan penggunaan semua jenis dadah yang biasa digunakan oleh penagih dadah.

Menurut pandangan Usman Ahmad Karofi, beliau telah membuat kajian berjudul Drug Abuse and Criminal Behaviour in Penang, Malaysia: A Multivariate Analysis, beliau telah mendapati sepanjang tempoh Januari hingga Disember tahun 2000 menjelaskan trend penagihan dadah yang semakin meningkat dalam tempoh tersebut iaitu peningkatan sebanyak 200 peratus dari yang lama. Manakala bagi tahun 2000, 2001 dan Januari hingga Jun 2002, sejumlah 516 orang penagih dadah untuk tempoh satu bulan. Kajian selanjutnya menyatakan bahawa seramai 67 orang penagih dadah yang telah dikenal pasti setiap hari di negeri Pulau Pinang. Keseluruhannya, daripada jumlah bilangan penagih dadah yang telah dikenal pasti pada tahun 2001, 38.5% kes-kes baru manakala 61.5% adalah kes-kes yang berulang.

Mahyuddin Bin Arsat dalam dapatan kajiannya menyatakan bahawa sikap individu memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan individu tersebut. Menurut Hassan ( 1993 ), sikap adalah perkara-perkara yang dipelajari dan diperolehi yang mana alam sekitar sosial banyak memainkan peranan. Cara8

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

berfikir dan gaya hidup yang tidak sihat akan menjurus kepada penyalahgunaan dadah. Secara keseluruhannya, hasil kajian beliau menunjukkan bahawa faktor pengaruh rakan sebaya yang memepengaruhi penyalahgunaan dadah. Ini

menunjukkan rakan sebaya adalah orang yang paling dekat dalam hidup seseorang remaja. Dapatan kajian menunjukkan bahawa remaja mudah Mereka mudah

menerima pelawaan rakan mereka untuk mencuba dadah.

mengikut perlakuan rakan yang menjurus kepada penyalahgunaan dadah.

Raja Shahrom bin Raja Abdullah telah membuat kajian tentang situasi penyalagunaan dadah. Bermula dari tahun 1988 hingga Oktober 2006, seramai 29,8391 orang penagih dadah yang telah dikenal pasti di seluruh negara. Seramai 19,369 orang penagih yang dikenal pasti dari Januari hingga Oktober 2006, 7042 orang ialah pengguna heroin, 4856 orang menggunakan morfin, 4414 orang menggunakan ganja, 528 orang menggunakan pil psikotropik, 2040 orang menggunakan syabu atau methamphetamine hidroklorida, 130 orang menggunakan ekstasi / MDMA, 187 orang menggunakan amfetamin, 157 orang mengunakan codeine , 9 orang menggunakan inhalants dan 6 orang

menggunakan candu.

Hasil

kajian

lain

Fauziah

Ibrahim

merumuskan

penagih

relaps

berkecenderungan tinggi untuk kembali menagih sekiranya mereka berada dalam keadaan emosi yang negatif, mengalami tekanan sosial daripada keadaan persekitarannya yang mendedahkan mereka untuk kembali menagih dan menghadapi konflik interpersonal di sekeliling mereka. Hasil kajian ini dijadi panduan kepada pihak berkenaan semasa menjalani proses rawatan dan pemulihan.

Hasil kajian lain Fauziah Ibrahim yang berjudul Factors Drug Relapse in Malaysia: An Empirical Evidence mendapati faktor kendiri yang rendah9

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

merupakan penyumbang utama bekas penagih dadah menjadi penagih berulang. Kajian ini menunjukkan bekas penagih dadah tiada mempunyai keyakinan diri yang kuat untuk mengatasi masalah, mudah berputus asa dan tidak dapat menyelesaikan masalah dengan cara yang positif dan berhemah. Mereka

mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor yang akan mendorong mereka ke arah ketagihan terutamanya selepas dibebaskan daripada rawatan dan pemulihan dadah. Hasil kajian ini selari dengan dapatan Chuah (1990). Sokongan

masyarakat merupakan faktor kedua yang mendorong bekas penagih dadah ke arah penagihan berulang. 77% daripada responden kajian beliau merasakan bahawa masyarakat memandang hina terhadap mereka dan 66% daripada responden merasakan mereka sentiasa menjadi suspek apabila kejiadian rompakan atau kecurian berlaku. Penemuan ini menunjukkan bahawa

masyarakat di Malaysia masih sukar untuk menerima penagih dadah dengan kesilpan yang mereka telah lakukan. Pada masa kini, masyarakat perlu

mengubah pemikiran bagi menerima bekas penagih dadah kembali ke pangkuan masyarakat sebagai ahli masyarakat baru.

Hasil kajian Mohamad Faisol Keling yang berjudul The Development of ASEAN from Historical Approach yang menyentuh mengenai sejarah dan menerangkan peranan ASEAN (Association of Southeast Asian Nations) telah menyatakan bahawa semua ahli-ahli ASEAN bersetuju untuk membasmi penyalahgunaan dadah dan bekerjasama dengan pihak-pihak yang berminat. Pertubuhan ini juga telah menubuhkan Persidangan Antarabangsa pada Penyalahgunaan ASEAN. Dadah dan Gelap Pemerdagangan (ICDAIT) untuk

mengagalkan msalah penyalahgunaan dadah di kalangan negara-negara

10

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

Haslina Halim, seorang pengkaji yang membuat kajian tentang isu-isu penyalahgunaan inhalan dalam kalangan remaja di daerah Kuching, Sarawak telah menunjukkan bahawa kebanyakan remaja terlibat disebabkan pengaruh rakan sebaya dan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang untuk meneruskan tabiat ini. cenderung terlibat dengan gejala ini Kajian ini mendapati kumpulan yang etnik Melayu dengan majoritinya masih Pengkaji juga

bujang, mempunyai pendidikan setakat sekolah menengah.

mendapati umur terawal yang dicatatkan adalah 9 tahun manakala umur terlewat adalah 28 tahun dan majoriti responden terlibat ketika mereka berusia antara 11 hingga 20 tahun, yang memberi maklumat bahawa tabiat ini mudah tersebar di kalangan mereka yang masih bersekolah.

11

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

4.0 PERANAN KERAJAAN DALAM MENANGANI MASALAH DADAH DI MALAYSIA

Masalah dadah adalah salah satu isu

yang

cukup serius dan turut

mengancam secara berantai yang bermula dari penyeludupan dan pengedaran, kemudian membawa kepada penyalahgunaan dan seterusnya penagihan dadah. Ia adalah masalah global yang cukup kompleks dan rumit. Dalam era dunia

tanpa sempadan ini, usahausaha perlu ditingkatkan lagi dalam memerangi masalah ini daripada terus bermaharajalela di negara ini.

Senario dadah telah menyebabkan masalah sosial yang kronik. Penagihan dadah telah menjadi masalah negara selama bertahun-tahun dan wabak ini telah berterusan selama beberapa dekad. Semenjak 30 tahun yang lalu masalah dadah menjadi semakin serius yang bukan hanya merosakkan hampir suku juta rakyat di negara ini (Abdul Muin Sapidin.Utusan

Malaysia .11/07/2006) tetapi juga kehilangan ase-aset untuk pembangunan sumber manusia . Namun setakat ini kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM500,000 sehari bersamaan dengan sekitar RM150 juta sebulan dan RM1.08 bilion setahun untuk memerangi dadah, separuh daripadanya bagi tujuan pemulihan di 29 buah pusat serenti di merata Malaysia ( Ramli Abdul Halim ,Harian Metro ,18/07/2006 ).

Usaha-usaha untuk membasmi penyalahgunaan dadah telah menjadi agenda utama negara. Malah, kerajaan telah mengumumkan satu agenda Oleh itu, pelbagai langkah oleh pihak kerajaan dalam

bebas daripada dadah menjelang tahun 2015. langkah pencegahan yang telah diambil

menanganinya. Dalam perkembangan baru ini, Kerajaan Malaysia telah12

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

menjalankan kajian semula undang-undang dadah dan undang-undang yang meliputi pencegahan, rawatan dan pemulihan. Ini mencerminkan keseriusan

kebangsaan usaha untuk membanteras pengedaran dadah di kalangan lapisan masyarakat. Undang-undang di bawah penelitian yang berterusan untuk

mengenal pasti kelemahan dan seterusnya untuk meningkatkan keberkesanan. Antaranya penguatkuasaan undang-undang yang dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia ( PDRM ).

4.1)

Penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan merupakan strategi yang bertindak dalam tiga bidang iaitu:a) Menyekat kemasukan dadah Pencegahan kemasukan diutamakan demi untuk menghindarkan masalah dadah daripada menular ke negara ini. Strategi ini menekankan kepada usaha penguatkuasaan dan mengukuhkan

langkah penguatkuasaan untuk mencegah kemasukan dan bekalan dadah sama ada melalui jalan darat, laut dan udara. Kastam Diraja Malaysia terlibat dalam menguatkuasakan undang-undang dan tugas oleh Bahagian Narkotik. Di samping itu, usaha penguatkuasaan yang agresif terus dijalankan bagi membanteras pengedaran dan penjualan dadah dalam negara. Rasionalnya kepada strategi ini ialah sekiranya dadah tidak dibawa masuk, ia akan sukar diperoleh oleh pengguna .

b) Penguatkuasaan melalui perundangan Strategi ini bertujuan menggunakan undang-undang sebagai alat untuk menyokong pencegahan, pengedaran dan penggunaan dadah. Ini bertujuan untuk diperkuatkan supaya menjadikan dadah sebagai satu bahan yang berisiko tinggi untuk dimiliki, dijual atau digunakan. Dengan demikian, bilangan pengedar dan penagih yang terlibat dan13

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

yang akan terus terlibat akan berkurangan. Undang-undang

yang

digubal adalah perlu untuk menjadikan hukuman majatori kepada mana-mana pengedar. Penguatkuasaan untuk merampas segala

harta-benda yang diperoleh daripada kegiatan pengedaran dadah juga akan dipertingkatkan.

c) Risikan Kaedah risikan adalah salah satu kaedah yang berkesan dalam memerangi dadah . Segala maklumat yang diperolehi sama ada dari dalam mahupun luar negara akan dijadikan senjata terhadap individuindividu yang terlibat di dalam pengedaran dadah. Semua maklumat yang boleh diperkukuhkan dengan mewujudkan Pasukan Risikan

Khas sama ada di kawasan sempadan Malaysia/Thailand dan di Sabah/Sarawak serta di luar negara. Satu sistem penyebaran diwujudkan untuk kegunaan semua agensi

maklumat risikan boleh penguatkuasaan.

d) Jabatan Siasatan Narkotik Polis Diraja Malaysia Penguatkuasaan undang-undang dadah adalah tanggungjawab tiaptiap pegawai polis tanpa mengira pangkat atau bahagian yang dilampirkan. Ini adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 3(3),

Polis 1967 yang menekankan bahawa ia adalah tanggungjawab seorang pegawai polis untuk menangkap dan mendakwa mana-mana pesalah. Walau bagaimanapun, tugas memerangi ancaman dadah menjadi mencabar. Oleh itu, Jabatan Siasatan Narkotik Polis Diraja Malaysia ditubuhkan pada 2 Januari 1996, untuk menggantikan Pencegahan Dadah Cawangan (NID) daripada Jabatan Siasatan Jenayah yang bermisi mengurangkan permintaan dan menyekat bakalan ubat-ubatan.

14

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

4.2)

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan adalah salah sebuah agensi yang bertangggungjawab dalam penguatkuasaan segala undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahanbahan

narkotik dan psikotropik dalam bidang sains dan perubatan. Unit Penguatkuasaan Bahagian Farmasi ini telah pun diwujudkan semenjak tahun 1975. Bahagian ini bertanggungjawab ke atas semua program yang berkaitan dengan farmasi dan pembekalan ubat-ubatan. Objektif utama bahagian ini adalah seperti berikut :-

a) Untuk menentukan kualiti, efikasi dan keselamatan penggunaan ubat-ubatan dan lain-lain keluaran farmaseutikal, keselamatan

ubat-ubatan tradisional dan bahan bahan kosmetik.

b) Untuk

menentukan

supaya

pengimportan,

pengeksportan,

pengurusan, pergerakan dan segala penjualan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh bahagian farmaseutikal dapat dilaksanakan

mengikut undang-undang.

Terdapat lima undang-undang khas

yang telah dikuatkuasakan oleh

bahagian farmasi. Di antaranya adalah meliputi semua hal-hal yang berkaitan dengan pengawalan dadah berbahaya dan bahanbahan psikotrapik adalah seperti berikut :-

Akta Pendaftaran Ahli-ahli farmasi 1951, ( disemak 1989 ) Akta Racun 1952, ( disemak 1989 ) termasuk Peraturan Racun ( bahan-bahan Psikotrapik ) 1989.

15

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

Akta Jualan Dadah 1985, ( disemak 1989 ) termasuk peraturanperaturan Kawalan Dadah dan kosmetik 1984.

Akta Ubat ( Iklan dan Penjualan ) 1956, ( disemak 1983 ) ( pindaan 1990 )

Akta Dadah Berbahaya 1952 ( disemak 1980 ) dan peraturan .

Kementerian

kesihatan

juga

haruslah

menimbangkan

dengan

memberikan jarum suntikan dan kondom

kepada penagih tegar. Ini adalah

kerana dadah adalah musuh nombor satu negara. Bahagian kabinet juga telah mengadakan memulakan projek perintis pemberian kondom dan jarum kepada penagih dadah yang telah bermula sejak tahun 2005 setelah mendapati

penularan gejala dadah dan penularan HIV/AIDS kini telah berada pada tahap kritikal.

4.3)

Akta Dadah Berbahaya 1952 Dalam membanteras penyalahgunaan dadah, pelbagai cara yang telah

diusahakan oleh pihak kerajaan iaitu dengan menggubal Akta Penyalahgunaan Dadah dan pengedaran dadah seperti teleh menubuhkan Akta Dadah Berbahaya pada 1952 ( Pindaaan 2002 ) dahulu lagi, namun setakat ini akta ini telah

dipinda beberapa kali dengan bertujuan semata-mata mahu mengenakan dan menjatuhkan hukuman yang berat dan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan sama ada kepada pengedar, pemilik dan penagih dadah. Akta

penagih dadah ( Rawatan dan Pemulihan )1983 ( pindaan 1998 ) , Akta Dadah

16

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

Berbahaya ( Langkah-langkah Pencegahan Khas ) 1985 dan Akta Racun 1952 ( Pindaan 1989 ).

Pihak Kerajaan juga telah mengistiharkan pada 19 Februari setiap tahun sebagai Hari Antidadah Kebangsaan . Hari ini adalah hari yang cukup untuk

bersejarah dan amat bermakna kepada semua penduduk Malaysia menghindari diri daripada kancah penghinaaan ini.

4.4)

Kementerian Penerangan Kementerian Penerangan juga berperanan penting dalam menangani

masalah dadah ini, tugas utamanya ialah sentiasa mengadakan pelbagai kempen tentang bahayanya penyalahgunaan dadah. Kempen ini hendaklah selalu diperluaskan dari masa ke semasa tidak kira sama ada melalui media massa mahupun media cetak seperti melalui surat khabar, penyiaran radio, paparan di kaca televisyen, penyebaran risalah dan banyak lagi di samping menyerapkan pengetahuan dan unsur-unsur nilai murni serta nilai keagamaan ( Al-Ghazali, Majalah Tamadun, November 1999 ) . Kempen ini amat penting dan boleh membuka mata masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan

masyarakat yang berbilang kaum di negara ini tidak kira lelaki mahupun perempuan di samping memberi kesedaran tentang bahaya dadah.

Kementerian bertanggungjawab

Penerangan untuk

dan

agensi-agensi program

di

bawahnya

juga

melaksanakan

penerangan

kepada

masyarakat umum tentang pencegahan dadah. Objektif utama kementerian ini adalah untuk :-

17

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

I.

Mengubah tanggapan dan sikap masyarakat dengan meletakkan isu dadah sentiasa di kalangan masyarakat supaya dapat

mewujudkan kesedaran tentang bahaya dadah.

II.

Membentuk suasana sekitar yang menjadikan dadah dibenci dan dijijik.

III.

Melibatkan semua

golongan masyarakat

dalam program

pencegahan dan pengawalan dadah.

4.5)

Dasar Dadah Negara Kerajaan Malaysia telah menggubal dasar ini dengan semata-mata untuk

mewujudkan negara ini bebas daripada

kancah penghinaan dan ancaman

gejala dadah menjelang tahun 2015. Dasar ini penting untuk menjamin kesejahteraan masyarakat di samping mengekalkan kestabilan dan ketahanan nasional. Pembentukan dasar ini amat penting khususnya Malaysia ini kerana ia adalah penentu arah kepada pencapaian matlamat negara bebas dadah.

Dasar ini telah dibentuk

adalah berasaskan kepada keperluan di negara ini.

keselamatan negara, kerana dadah adalah musuh nombor satu

Matlamat utama dasar ini adalah memberi fokus utama kepada usaha untuk memerangi dadah secara keseluruhan walaupun dalam pelaksanaannya. terdapat pelbagai cabaran

Masalah penyalahgunaan dadah adalah serius dari semasa ke semasa.

masalah yang semakin kian

Oleh itu, pihak kerajaan telah mengambil

tindakan untuk membanteras masalah ini.

18

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

4.6)

Kementerian Pelajaran Generasi muda merupakan generasi pelapis yang akan memimpin negara

pada masa hadapan. Oleh itu, adalah penting membentuk generasi muda yang akan datang dari segi pemikiran supaya mempunyai nilai-nilai dan sikap boleh mencegah dari kegiatan penagihan dadah. Pencegahan awalan melalui pendidikan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan untuk melindungi seseorang dari terlibat dengan penggunaan dadah sebelum ia bermula. Oleh itu, sistem pendidikan formal di sekolah-sekolah merupakan salah satu faktor pembentukan nilai-nilai dan sikap. budaya dan sosial yang tinggi. Usaha ini menitikberatkan usaha

pembentukan rohani yang baik dengan sikap dan nilai-nilai keagamaan, moral,

Mengikut Laporan Kedudukan Masalah Dadah dan Kemajuan Tindakan Antidadah (1985), perbuatan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar Bahkan, senario

sekolah diketahui bermula di awal tahun 1970-an.

penyalahgunaan dadah ini melibatkan golongan pelajar berlanjutan sehingga hari ini. Jadual 1 dan Jadual 2 menunjukkan status kes penagihan dadah di Malaysia mengikuti umur ketika dikesan.

19

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

Jadual 1 : Penagih yang Dikesan Mengikut Umur bagi Bulan Januari hingga Bulan Jun 2011. Umur ketika dikesan 13 tahun 13 15 tahun 16 18 tahun 19 24 tahun 25 29 tahun 30 34 tahun 35 39 tahun 40 44 tahun 45 49 tahun 50 tahun Tiada maklumat umur JUMLAH Bilangan orang 14 21 302 1,779 1,366 1,065 715 421 285 268 44 6,280 peratusan 0.22% 0.34% 4.84% 28.53% 21.91% 17.08% 11.47% 6.75% 4.57% 4.30% 100.00%

*Nota kiraan % tidak mengambil kira data tiada maklumat *sumber Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, Jun 2011

Jadual 2 : Perbandingan Penagih Dadah Mengikut Golongan bagi Bulan Januari hingga Bulan Jun Tahun 2011 Golongan Penagih Dadah Remaja Belia Dewasa Bilangan orang 323 4,925 974 Peratusan 5.18% 78.98% 15.62%

*sumber Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, Jun 2011

Jadual 1 dan Jadual 2 menerangkan umur penagih dadah yang telah dikesan. Sebanyak 323 ( 5.18% ) orang remaja telah dikesan. Bagi penagihan dadah yang berumur antara 19 hingga 39 tahun, seramai 4,925 orang ( 78.98% ) iaitu kalangan belia dikesan menagih dadah manakala seramai 974 orang20

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

( 15.62% ) merupakan golongan dewasa yang berumur antara 40 hingga 50 tahun.

Daripada keterangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa golongan remaja perlu dilaksanakan pelbagai program untuk mencegah dadah daripada mendekatinya. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengatur

pelbagai strategi bagi menangani permasalahan dadah di kalangan pelajar. Program Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) bertanggungjawab

melaksanakan strategi tersebut bagi mewujudkan pemikiran muda yang bebas daripada dadah. Program pendidikan pencegahan dadah dilaksanakan secara menyeluruh yang meliputi peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Selain itu, polisi dan dasar kerajaan mengenai dadah disalurkan melalui sistem pendidikan sebab sekolah merupakan sistem mikro masyarakat yang terdapat di seluruh pelusuk tanah air. kepada para pelajar. Di samping itu, penekanan keagamaan melalui

sistem pendidikan juga menjadi satu saluran penyebaran pencegahan dadah

4.7)

Kementerian Belia dan Sukan Berbagai-bagai masalah dihadapi oleh para pelajar semasa di bangku

sekolah. Di antaranya ialah masalah yang berkaitan dengan kesihatan dan fizikal, masalah personaliti diri, masalah mental, masalah perkembangan sosial, masalah perhubungan keluarga, masalah pelajaran dan sebagainya. Remaja yang menghadapi masalah ini akan mencari jalan keluar ke arah negatif seperti mencuri, merompak bahkan melibatkan diri dengan budaya dadah sekiranya tidak dijaga dan diberi perhatian yang sewajarnya.

21

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

Oleh itu, Kementerian Belia dan Sukan juga berperanan dalam konteks permasalahan dadah. Selaras dengan objektif untuk membentuk generasi belia yang dinamik dan berhemah tinggi seperti berdisiplin, bersikap positif dan beretika baik, Program Rakan Muda telah dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1994 dengan misi terasnya untuk

melahirkan generasi muda yang berpotensi tinggi supaya berupaya mendukung matlamat pembangunan negara. Golongan remaja ini akan digerakkan secara bersama dengan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti meliputi kegiatan ekonomi, sosial, budaya yang dilaksanakan melalui Gaya Hidup Rakan Muda. Penglibatan ini akan meningkatkan peranan remaja dalam masyarakat dan membawa impak pembangunan menyeluruh komuniti tersebut. Secara tidak langsung transformasi ini akan membawa golongan remaja dalam arus pembangunan negara.

Bagi menanam semangat perpaduan dan patriotik di kalangan belia, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dilaksanakan pada tahun 2003. Program selama tiga bulan ini juga bertujuan untuk membentuk belia negara daripada pelbagai bangsa menjadi pemimpin generasi masa hadapan dengan nilai yang sempurna dan keperibadian yang utuh. Modul latihan meliputi bidang seperti kecergasan fizikal dan ketahanan diri, peranan dan tanggungjawab mereka dalam membina nusa dan bangsa, asas untuk menjadi warganegara yang baik dan mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan penekanan terhadap membina sahsiah diri.

Rancangan transformasi pendidikan yang meliputi dasar satu murid bergiat dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan telah tahun ini. dilaksanakan buat

Dasar satu murid satu sukan bermatlamat membangunkan modal

22

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

insan melalui penyertaan semua murid dalam aktiviti sukan sepanjang tahun di samping memupuk budaya bersukan agar murid menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas . Aktiviti sukan dapat merapatkan hubungan dan meningkatkan persefahaman selain boleh mewujudkan semangat "esprit de corp" iaitu saling membantu di antara satu sama lain.

Semangat dan pendekatan bersepadu dalam menjalankan usaha pencegahan dadah perlu disemarakkan dalam apa jua cara dengan penglibatan semua peringkat masyarakat Malaysia merentas umur, etnik dan kawasan penempatan.

4.8)

Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kerajaan Malaysia menitikberatkan masalah ubat-ubatan haram. Untuk

memberi dorongan baru untuk memerangi dadah, penubuhan Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ) sebagai agensi bertanggungjawab untuk menangani

masalah dadah telah ditubuhkan pada 7 Februari 1996. AADK terbentuk melalui gabungan antara Pasukan Petugas Anti Dadah ( PPAD ), Bahagian Rawatan dan Pemulihan Dadah ( BRPD ) dan Cawangan Anti Dadah PDRM. AADK adalah sebuah organisasi di dalam Kementerian Dalam Negeri. AADK berperanan untuk menentukan segala usaha negara memerangi ancaman dadah berjalan secara terancang, berarah dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah. Antara objektif AADK ditubuhkan adalah untuk mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah, merawat dan memulihkan penagih dadah dan mencegah penagihan semula ( relapse).

AADK telah meluaskan tumpuan pencegahan dengan berusaha untuk menjadikan sekolah sebagai institusi bebas dadah, keluarga sebagai institusi bebas dadah, tempat kerja sebagai institusi bebas dadah dan komuniti sebagai23

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

institusi bebas dadah. Oleh itu AADK telah merancang dan mengadakan pelbagai program pencegahan pada sepanjang tahun. Pengajaran PINTAR merupakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah yang dikhaskan kepada murid-murid tahap 2 sekolah rendah melalui teknik penerangan, ceramah, simulasi, lakonan, soal-jawab dan latihan dalam kumpulan ( LDK ). Objektif program ialah untuk memberi kemahiran interpersonal dalam pendidikan pencegahan dadah kepada murid-murid. Antara program-program pencegahan di tempat kerja seperti seminar tempat kerja, seminar penempatan

kerjaya/pekerjaan dan kem jaya diri.

Seminar tempat kerja adalah bertujuan bagi memberi pendedahan kepada majikan dan para pekerja dalam sektor awam dan sektor swasta mengenai ancaman dan permasalahan dadah pada masa kini. Program ini mampu meningkatkan kesedaran pihak pengurusan serta majikan dalam menangani masalah dadah di tempat kerja. Ia juga dapat menggalakkan pihak kerajaan atau swasta melibatkan diri dalam program pencegahan dadah di tempat kerja masing-masing. Manakala program pencegahan dalam komuniti adalah program meningkatkan kesedaran penduduk di satu-satu kawasan tentang bahaya dan ancaman dadah.

Program ini dapat menimbulkan kesedaran penduduk tentang masalah dadah pada masa kini yang mana perlu ditangani bersama. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan iaitu hari keluarga, ceramah agama, program

penghayatan kerohanian bersama kes-kes pengawasan, aktiviti sukan dan riadah, gempadah peringkat negeri dan daerah, pameran di karnival anti dadah dan pengedaran poster, risalah dan pemplet kepada masyarakat.

24

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

Selain itu, AADK juga mengadakan operasi bersepadu dengan Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) iaitu mengadakan sekatan jalanraya dan ujian urin saringan pengguna jalan raya. Operasi bersepadu ini akan terus dijalankan dari masa ke masa agar kegiatan penyalahgunaan dadah di kalanan pengguna jalan raya akan dapat dikurangkan atau dapat dihentikan terus.

Tanggungjawab merawat dan memulih penagih-penagih dadah adalah selaras dengan peruntukan Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan ) 1983 berasaskan kepada falsafah bahawa penagih-penagih dadah adalah pesakit yang memerlukan rawatan dan pemulihan. Oleh yang demikian, AADK berpegang kepada dasar yang mewajibkan setiap individu yang telah dikenalpasti sebagai penagih dadah menjalani program rawatan. Setakat ini, di Malaysia telah ada 29 PUSPEN untuk merawat dan memulihkan penagih dadah secara sukarela atau pun melalui perintah mahkamah.

25

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan huraian di atas, dapatlah dirumuskan

sememangnya isu

penyalahgunaan dadah semakin serius kerana bilangan penagih dadah semakin meningkat tahun demi tahun .Pihak kerajaan melalui kerjasama pelbagai agensi kerajaan telah menjalankan pelbagai program pencegahan , pemulihan dan penguatkuasaan untuk membendung masalah daripada berlarutan boleh menjejaskan keharmonian dan keselamatan negara . sehingga

Pelbagai usaha usaha pencegahan penyalahgunaan dadah tidak dapat dilakukan oleh pihak kerajaan semata-mata . Setiap komponen masyarakat

Malaysia perlu memainkan peranan secara aktif dan agresif dalam menentukan kejayaan memerangi dadah .Sehingga kini usaha-usaha pencegahan masih berada di tahap yang kurang berkesan dan ini memerlukan pendekatan dan komitmen yang lebih tinggi daripada pelbagai pihak. Oleh yang demikian ,sudah tiba masanya setiap lapisan masyarakat memainkan peranan yang aktif dalam menjalankan kerja-kerja dan usaha pencegahan agar negara berjaya mencapai objektif membebaskan negara dari cengkaman dadah .

26

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

Abdul Ghafar Taib (1989).Dadah dan pencegahannya di Malaysia.Kuala Lumpur : Pam Publishing (M) Sdn.Bhd.

Abdul Halim Mohd Hussin, Vanaja A/P K. Subramaniam, Haslinda Hussein, Sarina Mohamed, Hafiz Yusoff & Loh Chow Woei (2009). Definisi Penagih dan Ketagihan Menurut Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998) dan Akta-akta lain yang berkaitan. Diperolehi dari http://www.adk.gov.my/html/pdf/jurnal/2009/jurnal_8.pdf di akses pada 20/10/2011

Adhi W.Nurhidayat(2008).Heroin Harm Reduction In Indonesia: Lessons Learnt From Other Countries. dalam Jurnal Antidadah Malaysia Jilid 3&4,Tahun 2008.Putrajaya: Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri. hlm 207-234

Agensi Dadah Kebangsaan (2002): Laporan Tahunan 2002, Agensi Dadah Kebangsaan.

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (2007): Dadah Musuh No.1 Negara. Thinkers Library Sdn.Bhd.

Agensi Dadah Kebangsaan (2010): Laporan Tahunan 2010, Agensi Dadah Kebangsaan.

27

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

Asman Bee Mohd. Noor (1998), Punca Maklumat Seks di Kalangan Remaja: Satu Kajian kes di Dengkil, Selangor. (Kertas di Seminar FSKK ke-3, 18-19 Ogos 1998)

Balan Rathakrisham & Rahimah Abd Rahim (2008). Etnik dan Gaya Keibubapaan ke atas Penglibatan Pelajar Dalam Penagihan Dadah:Satu Kajian Awal di Sabah. dalam Jurnal Antidadah Malaysia Jilid 3&4,Tahun 2008.Putrajaya: Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri. hlm 123-141.

Fred Leawitt, John Wiley & Sons(1993). Drugs and Behaviour, 2nd Edition. Diterjemahkan oleh Yahaya Mohamood. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chuah Mooi Kim (1990).Keyakinan Diri Penagih Dadah: Hubungannya Dengan Sokongan Sosial dan Faktor Demografi. Latihan Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fauziah Ibrahim, Bahaman Abu Samah, Mansor Abu Talib & Mohamad Shatar Sabran (2007).Penagih Dadah dan Keadaan Berisiko Tinggi Kembali Relaps.Journal of Social Sciences and Humanities.Vol.7 1:38-49

Fauziah Ibrahim & Naresh Kumar (2009).Factors Drug Relapse in Malaysia: An Empirical Evidence. Diperolehi dari http://journal.ccsenet.org/index.php/ijbm/article/viewFile/5445/8511.Akses pada 1912/201128

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

Fields, R.(2004).Drugs In Pesrpective. New York: McGraw Hill Companies.

Harian Metro(2006). Ramli Abdul Halim, 18 Julai.

Haslina Hashim, Abdul Mutalip bin Abdullah, Elena Gregoria Chai Chin Fern & Regina Abdul Abdullah(2009).Lihat Naga Boleh, Jadi Goku Pun Boleh:Kajian Remaja dan Penyalahgunaan Inhalan di Daerah Kuching,Sarawak. Diperolehi dari http://www.adk.gov.my/html/pdf/jurnal/2009/ dilayari pada 16/9/2011

Julismah Jani(2006).Peranan Guru Dalam Memacukan Pembangunan Sukan Di Malaysia.Diperolehi dari http://www.freewebs.com/outdoorasia/julismah article.pdf . Akses pada 10/12/2011

Kamarudin Hussin, Abd.Majid Mohd.Isa, Abdul Halim Abdul, Huzili Hussin, Mohamad Hashim Othman, Norismiza Ismail, Nor Azmah Abd. Karim & Ku Azira Ku Aziz(2008).Kajian Penyalahgunaan Dadah Bagi Pelajar Lama Institusi Pengajian Tinggi Awam. dalam Jurnal Antidadah Malaysia Jilid 3&4,Tahun 2008.Putrajaya: Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri. hlm 153-173

Mahyuddin bin Arsat & Azizah binti Besar (2009).Penyalahgunaan Dadah di Kalangan Pelajar: Satu Kajian di Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka dilayari pada 9/9/2011

Majalah Tamadun (1999). Al-Ghazali, November.

29

KUMPULAN KOTA BHARU-KB

JKA 213

Mohamed Faisol Keling, Hishamudin Md.Som, Mohamad Nasir Saludin, Md.Shukri Shuib, Mohd Naeim Ajis (2011).The Development of ASEAN from Historical Approach. Diperolehi dari http://www.ccsenet.org/ass dilayari pada 19/12/2011

Mohd Rohani Mat Diah, Elanngovan Muniandy & Muhammad Yazid Ismail(2008).Senario Penyalahgunaan Dadah Bagi Tahun 2009. Diperolehi dari http://www.adk.gov.my/html/pdf/jurnal/2009/5_10.pdf dilayari pada 9/9/2011

Najwa Mohd Rus, Sabita Marican, Mahmood Nazar Mohamed(2008).Motivasi Untuk Berubah Di Kalangan Wanita Yang Bergantung Kepada Dadah Yang Sedang Menjalani Rawatan Dan Pemulihan Dadah Dalam Institusi. dalam Jurnal Antidadah Malaysia Jilid 3&4,Tahun 2008.Putrajaya: Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri. hlm 235-277

Nielson, L.(1996). Adolescence : A Contemporary View (3rd ed). Fort Worth TX : Holt, Rinehart and Winston,Inc.

Raja Shahrom bin Raja Abdullah (2006).Promoting Public Safety and Controlling Recidivism Using Effective Interventions Amongst Illicit Drug Offenders: An Examination of Best Practicles. Dilayari pada 18/12/2011

Usman Ahmad Karofi (2005).Drug Abuse and Criminal Behaviour in Penang,Malaysia : A Multivariate Analysis. Diperolehi dari http://www.bangladeshsociology.org/BEJ_Issue_final.pdf#page=90 dilayari pada 18/12/201130