Penyata Pengerusi · 2013-05-27 · Takaful baru daripada Bank Negara Malaysia untuk syarikat ......

3
22 Penyata Pengerusi (bersambung) DIVIDEN Bagi tahun berakhir 31 Disember 2005, Lembaga Pengarah telah mengesyorkan pembayaran dividen bebas cukai pertama dan terakhir sebanyak10% (2004: 15%) sebagai ganjaran kepada semua pemegang saham di atas sokongan dan keyakinan mereka kepada Kumpulan. PERKEMBANGAN MENGENAI CADANGAN KORPORAT TERKINI Kumpulan dengan sukacitanya melaporkan perkembangan berikut: (a) Terbitan hak boleh ditolak sehingga 152.2 Saham Keutamaan Tidak Boleh Ditebus baru bernilai RM1.00 setiap satu (“IPS Hak”) bersama dengan sehingga 152.2 Saham Biasa boleh cerai percuma bernilai RM1.00 setiap satu (“Saham Bonus”) dan sehingga 152.2 Waran boleh cerai percuma (“Waran”) telah diluluskan oleh pemegang saham di Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan pada 22 Februari 2005. Pada 23 Februari 2005, Lembaga Pengarah mengumumkan bahawa harga terbitan bagi IPS Hak dan Waran masing-masing telah ditetapkan pada harga RM2.00 setiap IPS Hak dan RM2.00 setiap Waran. Pada 27 Mei 2005, Suruhanjaya Sekuriti (“SC”) meluluskan permohonan MAA Holdings Berhad (“MAAH') untuk melanjutkan tarikh pelengkapan IPS Hak dari 3 Jun 2005 kepada 31 Disember 2005, memandangkan sentimen tidak pasti dalam pasaran ekuiti Malaysia. Pada 14 Disember 2005, keadaan tidak pasti yang berterusan dalam pasaran ekuiti Malaysia mendorong MAAH memohon kepada SC untuk melanjutkan tempoh tersebut selama enam (6) bulan, dari 1 Januari 2006 hingga 30 Jun 2006, bagi menyempurnakan pelaksanaan Hak bagi IPS. SC telah meluluskan permohonan tersebut pada 23 Disember 2005. Pada 3 Mei 2006, MAAH, setelah mengambil kira keadaan pasaran semasa dan prestasi pasaran bagi saham biasa MAAH, telah mengumumkan pengguguran Terbitan Hak IPS. Meskipun Terbitan Hak IPS digugurkan, MAAH telah mengumumkan bahawa ia akan terus dengan cadangan Terbitan Bonus sehingga 152,176,876 saham biasa baru bernilai RM1 setiap satu dalam MAAH sebagai dibayar penuh berdasarkan satu (1) Saham Bonus bagi setiap satu (1) saham MAAH sedia ada yang dipegang kepada para pemegang saham berdaftar yang mana nama mereka tersenarai dalam Rekod Para Penyimpan Syarikat pada penutupan perniagaan pada tarikh hak bagi menentukan dan kemudiannya mengumumkan Terbitan Bonus Dicadangkan. Terbitan Bonus Dicadangkan akan dimodalkan dari saham premium dan perolehan tertahan Syarikat. (b) Pada 21 Februari 2006, MAAH mengumumkan Perjanjian Usaha Sama dengan Solidarity Company BSC (C) (“Solidarity”) untuk menubuhkan sebuah syarikat usaha sama (“JVCO”) bagi menjalankan perniagaan Takaful di Malaysia, sebaik sahaja menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (“BNM”). Sebagai permulaan, modal berbayar JVCO berjumlah RM100 juta dibahagi kepada 100 juta saham biasa bernilai RM1.00 setiap satu, dengan 75% saham dipegang oleh MAAH dan 25% saham dipegang oleh Solidarity. PERKEMBANGAN BARU Pada 3 Mac 2006, MAAH menerima kelulusan lesen Takaful baru daripada Bank Negara Malaysia untuk syarikat usaha sama MAAH dan Solidarity Company BSC (C) (“Solidarity”), Bahrain. Solidarity adalah syarikat perniagaan Takaful yang ditubuhkan di bawah undang-undang dan peraturan Kerajaan Bahrain untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi produk Takaful di rantau Timur Tengah. Solidarity beroperasi sepenuhnya menurut prinsip-prinsip Syariah dan menawarkan rangkaian penuh produk Keluarga dan Takaful Am. Aset modal yang melebihi US$100 juta menjadikan Solidarity syarikat insurans terbesar (dari segi modal berbayar) di Bahrain dan syarikat permodalan Takaful yang terbesar di dunia. Pada 21 Februari 2006, satu Perjanjian Usaha Sama telah ditandatangani dengan Solidarity untuk membentuk syarikat usaha sama bagi menjalankan perniagaan Takaful di Malaysia. Syarikat usaha sama itu akan mempunyai modal berbayar RM100 juta, dengan kepentingan ekuiti 75% dan 25% masing-masing dipegang oleh MAAH dan Solidarity. Perniagaan usaha sama Takaful dijangka beroperasi pada bulan Jun 2006. Kumpulan menjangkakan syarikat usaha sama Takaful mendapat pulangan balik modal dengan serta-merta dengan penggunaan rangkaian agensi MAA yang kukuh, di mana kira-kira 40% atau 7,000 daripada ejen insurans hayatnya adalah Bumiputera, disertakan sokongan infrastruktur sedia ada yang akan membantu dalam pengurangan kos tetap. Lebih penting lagi, Kumpulan akan menggunakan kerjasama Takaful dengan Solidarity sebagai batu loncatan ke pasaran global, terutama sekali negara-negara Islam di Timur Tengah, pada masa hadapan. EKUITI JENAMA Kumpulan akan meneruskan falsafah ekuiti jenama sebagai salah satu daripada aset kami yang paling penting, untuk mengekalkan kekukuhan imej korporat yang telah kami bina selama ini. Imej ini adalah landasan pertumbuhan hasil dan keuntungan kami yang berterusan dan telah menjadi tunggak kesetiaan pelanggan dan ejen kami. Pemilikan 48 bangunan pejabat di seluruh Malaysia menyerlahkan kedudukan kami dan memberi keyakinan kepada pelanggan dan ejen kami untuk terus memberi kepercayaan kepada Kumpulan kami. Kumpulan juga merupakan syarikat insurans yang paling menonjol dalam arena pengiklanan dan media. Imej Kumpulan kami paling kerap dipaparkan dalam iklan televisyen (satu-satunya syarikat insurans yang sering

Transcript of Penyata Pengerusi · 2013-05-27 · Takaful baru daripada Bank Negara Malaysia untuk syarikat ......

22

Penyata Pengerusi (bersambung)

DIVIDENBagi tahun berakhir 31 Disember 2005, LembagaPengarah telah mengesyorkan pembayaran dividen bebascukai pertama dan terakhir sebanyak10% (2004: 15%)sebagai ganjaran kepada semua pemegang saham di atassokongan dan keyakinan mereka kepada Kumpulan.

PERKEMBANGAN MENGENAI CADANGANKORPORAT TERKINIKumpulan dengan sukacitanya melaporkan perkembanganberikut:

(a) Terbitan hak boleh ditolak sehingga 152.2 SahamKeutamaan Tidak Boleh Ditebus baru bernilai RM1.00setiap satu (“IPS Hak”) bersama dengan sehingga152.2 Saham Biasa boleh cerai percuma bernilaiRM1.00 setiap satu (“Saham Bonus”) dan sehingga152.2 Waran boleh cerai percuma (“Waran”) telahdiluluskan oleh pemegang saham di Mesyuarat AgungLuar Biasa yang diadakan pada 22 Februari 2005.

Pada 23 Februari 2005, Lembaga Pengarahmengumumkan bahawa harga terbitan bagi IPS Hakdan Waran masing-masing telah ditetapkan padaharga RM2.00 setiap IPS Hak dan RM2.00 setiap Waran.

Pada 27 Mei 2005, Suruhanjaya Sekuriti (“SC”)meluluskan permohonan MAA Holdings Berhad(“MAAH') untuk melanjutkan tarikh pelengkapan IPSHak dari 3 Jun 2005 kepada 31 Disember 2005,memandangkan sentimen tidak pasti dalam pasaranekuiti Malaysia.

Pada 14 Disember 2005, keadaan tidak pasti yangberterusan dalam pasaran ekuiti Malaysia mendorongMAAH memohon kepada SC untuk melanjutkantempoh tersebut selama enam (6) bulan, dari 1 Januari2006 hingga 30 Jun 2006, bagi menyempurnakanpelaksanaan Hak bagi IPS. SC telah meluluskanpermohonan tersebut pada 23 Disember 2005.

Pada 3 Mei 2006, MAAH, setelah mengambil kirakeadaan pasaran semasa dan prestasi pasaran bagisaham biasa MAAH, telah mengumumkanpengguguran Terbitan Hak IPS.

Meskipun Terbitan Hak IPS digugurkan, MAAH telahmengumumkan bahawa ia akan terus dengancadangan Terbitan Bonus sehingga 152,176,876saham biasa baru bernilai RM1 setiap satu dalamMAAH sebagai dibayar penuh berdasarkan satu (1)Saham Bonus bagi setiap satu (1) saham MAAH sediaada yang dipegang kepada para pemegang sahamberdaftar yang mana nama mereka tersenarai dalamRekod Para Penyimpan Syarikat pada penutupanperniagaan pada tarikh hak bagi menentukan dankemudiannya mengumumkan Terbitan BonusDicadangkan. Terbitan Bonus Dicadangkan akandimodalkan dari saham premium dan perolehantertahan Syarikat.

(b) Pada 21 Februari 2006, MAAH mengumumkanPerjanjian Usaha Sama dengan Solidarity CompanyBSC (C) (“Solidarity”) untuk menubuhkan sebuah

syarikat usaha sama (“JVCO”) bagi menjalankanperniagaan Takaful di Malaysia, sebaik sahaja menerimakelulusan daripada Bank Negara Malaysia (“BNM”).

Sebagai permulaan, modal berbayar JVCO berjumlahRM100 juta dibahagi kepada 100 juta saham biasabernilai RM1.00 setiap satu, dengan 75% saham dipegangoleh MAAH dan 25% saham dipegang oleh Solidarity.

PERKEMBANGAN BARUPada 3 Mac 2006, MAAH menerima kelulusan lesenTakaful baru daripada Bank Negara Malaysia untuk syarikatusaha sama MAAH dan Solidarity Company BSC (C)(“Solidarity”), Bahrain.

Solidarity adalah syarikat perniagaan Takaful yangditubuhkan di bawah undang-undang dan peraturanKerajaan Bahrain untuk memenuhi permintaan yangsemakin meningkat bagi produk Takaful di rantau TimurTengah. Solidarity beroperasi sepenuhnya menurutprinsip-prinsip Syariah dan menawarkan rangkaian penuhproduk Keluarga dan Takaful Am. Aset modal yangmelebihi US$100 juta menjadikan Solidarity syarikatinsurans terbesar (dari segi modal berbayar) di Bahrain dansyarikat permodalan Takaful yang terbesar di dunia.

Pada 21 Februari 2006, satu Perjanjian Usaha Sama telahditandatangani dengan Solidarity untuk membentuksyarikat usaha sama bagi menjalankan perniagaan Takafuldi Malaysia. Syarikat usaha sama itu akan mempunyaimodal berbayar RM100 juta, dengan kepentingan ekuiti75% dan 25% masing-masing dipegang oleh MAAH danSolidarity. Perniagaan usaha sama Takaful dijangkaberoperasi pada bulan Jun 2006.

Kumpulan menjangkakan syarikat usaha sama Takafulmendapat pulangan balik modal dengan serta-mertadengan penggunaan rangkaian agensi MAA yang kukuh,di mana kira-kira 40% atau 7,000 daripada ejen insuranshayatnya adalah Bumiputera, disertakan sokonganinfrastruktur sedia ada yang akan membantu dalampengurangan kos tetap.

Lebih penting lagi, Kumpulan akan menggunakankerjasama Takaful dengan Solidarity sebagai batu loncatanke pasaran global, terutama sekali negara-negara Islam diTimur Tengah, pada masa hadapan.

EKUITI JENAMAKumpulan akan meneruskan falsafah ekuiti jenamasebagai salah satu daripada aset kami yang paling penting,untuk mengekalkan kekukuhan imej korporat yang telahkami bina selama ini. Imej ini adalah landasan pertumbuhanhasil dan keuntungan kami yang berterusan dan telahmenjadi tunggak kesetiaan pelanggan dan ejen kami.

Pemilikan 48 bangunan pejabat di seluruh Malaysiamenyerlahkan kedudukan kami dan memberi keyakinankepada pelanggan dan ejen kami untuk terus memberikepercayaan kepada Kumpulan kami.

Kumpulan juga merupakan syarikat insurans yang palingmenonjol dalam arena pengiklanan dan media. ImejKumpulan kami paling kerap dipaparkan dalam iklantelevisyen (satu-satunya syarikat insurans yang sering

23

Penyata Pengerusi (bersambung)

muncul dalam iklan TV), papan iklan di jalan raya dan lebuhraya (lebih daripada 58 lokasi di seluruh Malaysia), iklancetak dalam akhbar (sekurang-kurangnya satu iklan dalamakhbar-akhbar utama setiap minggu), dan juga aktiviti-aktiviti amal dan perhubungan awam.

Cogan kata kami diketahui umum, “Say Yes to MAA. SayYes To Solid Financial Security”.

TUMPUAN KEPADA KUALITIKumpulan juga berbangga melaporkan bahawa sejak enamtahun yang lalu operasi insurans Malaysia berupayamengekalkan status kualiti ISO 9001. Tumpuan yangsentiasa diberikan terhadap usaha untuk mengekalkansistem IT dan proses dalaman yang terbaik serta programpendidikan dan latihan kakitangan yang berterusan telahmembantu memastikan pelanggan dan ejen kami mendapatperkhidmatan yang sebaik mungkin. Hanya menerusitumpuan kepada kualiti, Kumpulan dapat menjaminkejayaan kami pada masa hadapan.

Kumpulan telah mempertingkatkan piawaian dalam operasiinsuransnya di Malaysia pada tahun 2005 menerusi programEnam Sigma.

PELABURANDengan iklim pelaburan yang mencabar sepanjang tahun,hasil pendapatan daripada pelaburan Kumpulan hanyameningkat 3.2% kepada RM256.0 juta (2004: RM248.1juta). Kenaikan ini sebahagian besarnya adalah disebabkanpenyusunan semula portfolio pada tahun dalam tinjauan,hasil daripada usaha mengekalkan falsafah pelaburan yangkonservatif yang menekankan pengekalan modal,keuntungan dan aliran pendapatan yang konsisten.Pelaburan pendapatan tetap dijangka terus menjadi asetportfolio teras, dengan bon korporat sebagai instrumen pilihan.

Di samping itu, kami mungkin menilai semula portfoliopelaburan dana bukan penyertaan Hayat dan dana Amdengan mengurangkan portfolio ekuiti disebut harga untukmelindungi pendapatan Kumpulan daripadakemudahubahan pasaran ekuiti.

Namun, Kumpulan akan sentiasa mengkaji dan menyemaksemula strategi-strateginya untuk merebut peluangdaripada persekitaran ekonomi dan kewangan yangdijangka kukuh pada tahun-tahun akan datang.

TEKNOLOGI MAKLUMATKumpulan akan terus melabur dalam teknologi maklumatterkini bagi meningkatkan lagi kecekapan operasi dankosnya. Untuk itu, MAA telah merangka RancanganStrategi Teknologi Maklumat (“IT”) 5 tahun, denganmatlamat utama untuk menyokong keperluan perniagaanpada masa hadapan. Rancangan Strategi IT akanmenangani isu-isu penting berikut:

• penjajaran organisasi untuk pelaksanaan strategi ITsecara berkesan

• pembangunan aplikasi, automasi dan penyepaduan sistem• penyimpanan data, pengumpulan data dan perisikan

perniagaan• strategi e-niaga• inisiatif proses yang boleh dicontohi Ruang perbincangan yang anggun, sesuai untuk meterai urusan

perniagaan penting.Elegant discussion areas to seal that all important business deal.

24

Penyata Pengerusi (bersambung)

PENILAIAN PERNIAGAAN INSURANS MALAYSIASeperti pada tahun-tahun sebelumnya, Kumpulan telahmengambil aktuari luar untuk mengira Nilai TaksiranPerniagaan Insurans Hayat Malaysia mengikut teknikpenilaian sama seperti yang digunakan di peringkatantarabangsa untuk menilai perniagaan insurans hayat.Nilai Taksiran adalah aliran tunai terdiskaun keuntungankepada pemegang saham, daripada polisi yang dijual padamasa lalu (“nilai terbenam”) dan daripada jualan polisipada masa hadapan (“nilai struktur”).

Sebagaimana yang dinyatakan pada muka surat 35 hingga38, tiga (3) nilai ditetapkan bagi portfolio insurans hayatMalaysia, berdasarkan andaian pertumbuhan masa depan,iaitu RM2.3 bilion, RM2.9 bilion dan RM3.7 bilion.

Jika nilai perniagaan insurans am Malaysia ditaksirkan 85%daripada pendapatan premium kasar RM424.3 juta padatahun 2004, ini bermakna nilai Bahagian ini ialah RM361juta.

Dengan demikian, nilai bahagian insurans hayat dan amtergabung ialah RM4.1 bilion (Taksiran Penuh), RM3.3bilion (Taksiran Pertengahan) dan RM2.7 bilion (TaksiranRendah).

Lembaga Pengarah sentiasa memantau penilaian operasiinsurans Malaysia kerana ia akan digunakan sebagai asasbagi sebarang rundingan pergabungan ataupengambilalihan pada masa hadapan.

Jika MAA Holdings Berhad menggunakan penilaian yangsama seperti operasi insurans Malaysia, nilai harga sahamKumpulan adalah jauh lebih tinggi daripada harga pasaranRM3.12 sesaham pada 31 Disember 2005. Jikadimasukkan Dana Pemegang Saham MAA HoldingsBerhad sebanyak RM391.8 juta pada akhir tahun, nilaiyang sepatutnya bagi saham Kumpulan ialah RM29.60sesaham (Taksiran Penuh), RM24.20 sesaham (TaksiranPertengahan) dan RM20.24 sesaham (Taksiran Rendah).

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORATDalam usahanya untuk menjadi warga korporat yangprihatin dan bertanggungjawab, Kumpulan telahmenubuhkan MAA-Medicare Kidney Charity Fund padatahun 1994, dengan matlamat untuk menyediakanrawatan dialisis buah pinggang dengan kos yang lebihmurah. Kumpulan telah memperbesar rangkaian pusatdialisis buah pinggangnya kepada sebelas (11) buah bagimenampung keperluan perkhidmatan perubatanbersubsidi bagi pesakit buah pinggang yang semakinramai.

Kumpulan juga telah mengambil Yayasan KebajikanBudimas (Yayasan) sebagai anak angkat pada tahun 2002dengan matlamat untuk menjaga kebajikan kanak-kanakkurang bernasib baik dan golongan miskin. Untuk itu,Yayasan telah menjadikan lima buah rumah kebajikankanak-kanak kurang bernasib baik dan anak yatim sebagaianak angkat, dengan memberikan sokongan kewangansecara beterusan, buat permulaan selama lima tahun, daritahun 2002 hingga 2007.

Kumpulan akan terus menyediakan peruntukan bagimeluaskan objektif aktiviti-aktiviti kebajikan pada tahun-tahun yang akan datang.

PROSPEKDalam Laporan Tahunan 2005, Bank Negara Malaysiamelaporkan bahawa dengan persekitaran global yanglebih memberangsangkan, ekonomi Malaysia pada tahun2006 dijangka lebih kukuh. KDNK diramalkan mencatatpertumbuhan 6%, dipacu oleh eksport dan permintaandalam negara yang meningkat, serta pelancaranRancangan Malaysia Kesembilan oleh Kerajaan, yangmenetapkan asas bagi prospek pembangunan danpengukuhan ekonomi negara. Ini menyediakan landasanyang kuat untuk industri insurans Malaysia mencatatpertumbuhan yang memberangsangkan pada tahun-tahun akan datang.

Kumpulan sedar akan cabaran-cabaran yang menanti danpersekitaran yang semakin kompetitif yang dihadapi.Maka itu, Kumpulan akan meneruskan inisiatifnya untukmelabur dalam teknologi terkini, bagi meningkatkan lagikecekapan operasi, mengukuhkan sistem pengedaran,sumber manusia dan pembangunan agensi, danmenghasilkan produk yang inovatif untuk memperbaikilagi kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.

Kumpulan amat yakin dengan keupayaannya untukmencapai keputusan yang lebih baik pada tahun-tahunakan datang menerusi pelbagai strategi yang dilaksanakanuntuk menjadi sebuah kumpulan perkhidmatan kewanganyang bersepadu.

PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAANBagi pihak Lembaga Pengarah, saya ingin mengucapkanterima kasih kepada pasukan pengurusan dan kakitangankami untuk komitmen, dedikasi dan sumbangan merekayang berterusan dalam memastikan pertumbuhan dankejayaan berterusan Kumpulan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untukmerakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihakberkuasa undang-undang atas bimbingan dan sokonganberterusan yang diberikan kepada kami; kepada parapelanggan, ejen-ejen kami, sekutu perniagaan danpemegang saham kami di atas sokongan, keyakinan dankepercayaan yang diberikan kepada kami.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepadarakan-rakan sejawat saya dalam Lembaga Pengarah untukkepimpinan dan sumbangan mereka kepada Kumpulan.

TUNKU TAN SRI ABDULLAH IBNI ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMANPengerusi