Penyata Prof

download Penyata Prof

of 3

Transcript of Penyata Prof

2.0 Penyata Profesional(a)Apa yang akan dilaksanakan semasa praktikum? [Sebelum]Secara amnya, dalam menjejaki semester 5 bagi kursus PISMP guru pelatih wajib menjalani latihan praktikum di bawah pemantauan unit praktikum IPGKampus Ipoh. Saya, Lee Kar Bee selaku guru pelatih bagi unit H4 beropsyen BC/PJ/SS akan menjalankan praktikum fasa II pada 19/03/2012- 13/04/2012. Diketahui bahawa latihan praktikum berkenaan adalah untuk memberi peluang kepada guru pelatih dapat mempraktikkan strategi P&P yang sentiasa dipelajari di dalam kelas dan menggunakan pengetahuan serta meningkatkan meningkatkan

kemahiran yang dipelajari daripada kerja- kerja kursus yang telah selesai diambil. Sebelum latihan praktikum dijalankan, unit praktikum di IPG- Kampus Ipoh telah mengadakan satu sesi taklimat mengenai panduan praktikum yang merangkumi isi-isi penting seperti : tugas dan tanggungjawab guru pelatih seemasa praktikum, jadual waktu dan persediaan mengajar, amalan refleksi yang patut ditulis semasa latihan praktikum dijalankan serta bimbingan dan penyeliaan yang akan diberikan terhadap kita oleh guru pembimbing atau pensyarah pembimbing sebelum dan selepas sesi pengajaran dijalankan sepanjang latihan praktikum. Selain daripada itu, opsyen major bagi kursus saya turut memberi taklimat yang terperinci mengenai panduan menulis RPH, jurnal, refleksi serta cara mengajar yang berkesan. Bagi latihan praktikum fasa I tersebut, saya dan rakan saya iaitu Saw Yeeng telah ditempatkan menjalankan praktikum di SJK (C) Bercham. Dengan itu, sebelum latihan praktikum bermula pada tempoh tersebut. Saya dan rakan saya telah bertemu dengan guru besar untuk menyatakan bahawa kita akan menjalanka latihan

praktikum di sekolah tersebut. Menerusi perjumpaan tersebut, saya dan rakan saya telah ditempatkan pada sesi pagi. Selain daripada itu, kita turut bertemu dengan PK1 sekolah tersebut untuk mengetahui kelas yang mana akan diajarkan oleh kita. Bagi sesi perbincangan dengan PK1, diketahui bahawa kita akan mengajar tahun 5 . Dengan itu, saya turut berjumpa dengan guru pembimbing berkenaan. Beliau telah banyak menghulurkan bantuan dan memberi nasihat yang bernas kepada kita agar proses P&P dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Selain daripada, saya turut merancangkan perancangan pengajaran dan pembelajaran yang akan diajarkan. Hal ini demikian, saya telah memilih beberapa strategi yang sesuai bagi tahap tahun 5 yang akan diajar. Di samping itu, saya turut memerhatikan persekitaran sekolah tersebut supaya prasana yang terdapat di sekolah tersebut adalah bersesuaian dengan teknik dan strategi yang akan digunakan. Menurut pemerhatian saya terhadap sekolah tersebut, saya mendapati kebanyakkan kelas mempunyai alatan multimedia seperti : TV, Komputer, LCD, pembesar suara yang menggalakkan saya menggunakan multimedia dalam P&P. Bagi aspek ko kurikulum pula, saya selaku penolong pemimin telah dilantik seharusnya menjalankan tugas yang diamanahkan oleh unit ko kurikulum di IPGKampus Ipoh. Dengan itu, saya turut berjumpa dengan PK3 yang mengendali aktiviti ko kurikulum di sekolah berkenaan. Saya menyerahkan surat lantikan terhadap dan menyatakan tujuan pelaksanaan tugas berkenaan. Saya berasa amat besar hati atas kerjasama yang sepenuhnya yang diberikan oleh pihak sekolah berkenaan. Secara keseluruhannya, kesemua aktiviti yang dilaksanakan sebelum latihan praktikum adalah sebagai satu persiapan baru dan memulakan perancangan saya terhadap proses P&P yang akan dijalankan.