PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.17.12.92 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Khamis, I7hb Disember, 1992 Mesyuarat...

123
PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT House of Representatives PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament KEDUA PENGGAL Second Session Jilid II Bil. 62 Hari Khamis 17hb Disember 1992 KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Dndaag-undang Perbekalan 1993 Javatankuasa - Jadual: Maksud B.56 (Ruangan 38) USUL-USUL: Anggaran Pembangunan 1993 Jawatankuasa - Maksud P.56 (Ruangan 38) AKTA ACARA KEWANGAN 1957 - Pinjaman Kerajaan Persekutuan ditukarkan kepada Ekuiti (Ruangan 106)

Transcript of PENYATA RASMI PARLIMEN fileDR.17.12.92 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Khamis, I7hb Disember, 1992 Mesyuarat...

PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN RAKYATHouse of Representatives

PARLIMEN KELAPANEighth

ParliamentKEDUA

PENGGALSecond

Session

Jilid II Bil. 62 Hari Khamis 17hb Disember 1992

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Ruangan 1)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Dndaag-undang Perbekalan 1993

Javatankuasa -

Jadual:

Maksud B.56 (Ruangan 38)

USUL-USUL:

Anggaran Pembangunan 1993

Jawatankuasa -

Maksud P.56 (Ruangan 38)

AKTA ACARA KEWANGAN 1957 -Pinjaman Kerajaan Persekutuan ditukarkan kepada Ekuiti (Ruangan 106)

DR.17.12.92

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Khamis, I7hb Disember, 1992

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua menpengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

Timbalan Tang di-Pertua [Tuan Haji Jahar bin Haji Mahiruddin]:

Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Sharif bin Jajang.

[Soalan Bo. I - Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Sharif bin

Jajang tidak hadir]

SKIM SUBSIDI RAJA PADI - MEMASTIKAH KEADILAN PEMBERIAN

2. Dr. Sanuai bin Daeng Mariok minta Menteri Pertanianmenyatakan:-

(a) apakah jumlah kuantiti baja bantuan Kerajaan Pusat kepadaKelantan bagi tahun 1990, 1991 dan 1992; dan

(b) apakah langkah Kerajaan untuk mempastikan bahawa baja-bajatersebut dibahagi kepada rakyat yang memerlukan secaraadil.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Tuan Mohd. Shariff

bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) jumlah kuantiti baja yang diberikan oleh Kerajaan

Pusat di bawah Skim Subsidi Baja Padi kepada negeri

Kelantan bagi tahun 1990, 1991 dan 1992 adalah

seperti berikut:-

DR.17.12.92. - 2 -

Tahun: Jenis Baja: Jumlah:(bag)

Urea: Campuran:(bag) (bag)

1990 316,782 620,754 937,536

1991 129,712 260,602 390,314

1992 301,911 606,996 908,907(hingga Oktober)

(b) Ada1ah menjadi dasar dan hasrat Kerajaan Pusat untuk

memberi baja subsidi kepada semua petani di negeri

Kelantan tanpa mengira kedudukan dan fahaman politik

mereka, Oleh itu, bagi memastikan bahawa baja tersebut

dibahagikan kepada rakyat yang memerlukan secara adil,

beberapa langkah telah dibuat, iaitu:-

(i) petani-petani yang hendak mendapatkan baja

hendaklah membuat permohonan setiap musim

penanaman padi dengan menggunakan borang khas

yang disediakan melalui Penyelia Pembangunan

Mukim dan Pertubuhan Peladang Kawasan. Dengan

cara ini, pembahagian baja di bawah Skim Subsidi

ini dapat diberi kepada petani dengan lebih

berkesan lagi.

(ii) petani-petani dikehendaki mengemukakan resit

bayaran hasil tanah semasa memohon baja untuk

mengelakkan petani daripada mendaftar lebih

daripada satu tempat;

DR.17.12.92. - 3 -

(iii) di samping itu, Jabatan Pembangunan Persekutuan

Negeri Kelantan juga membuat pengesanan dan

pengawasan serta membtri penerangan kepada

jentera-jentera yang terlibat secara langsung

dengan skim subsidi baja ini dari masa ke semasa

supaya dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Pusat

itu dilaksanakan dengan sewajarnya.

Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Apakah benar bahawa Kerajaan Negeri Kelantan dengan menggunakan

peruntukan Negeri ataupun peruntukan yang lain, telah juga memper-

untukkan baja dan juga lain-lain input pertanian kepada petani-

petani. Jadi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat, kalau

begitu apakah mungkin berlaku percindihan di mana petani-petani men-

dapat baja yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga ter-

dapat petani-petani yang sama mendapat bantuan yang disalurkan oleh

Kerajaan Negeri?

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, ber-

hubung dengan bantuan subsidi baja yang dikatakan oleh Ahli Yang

Berhormat disediakan oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan, pihak

Kementerian Pertanian tidak campurtangan tentang soal ini sebab pem-

bahagian baja subsidi ini adalah daripada Kerajaan Pusat. Jadi,

subsidi dari Kelantan - saya ingat bantuan yang dapat daripada

Kelantan, baguslah. Tak payah1ah minta daripada Rerajaan Pusat.

Walau bagairaanapun, kalau ad a petani-petani yang mendaftar seperti

mana yang saya sebutkan tadi, mereka ini akan diberi bantuan baja

subsidi mengikut kadar yang telah ditetapkan.

DR.17.12.92. - 4 -

Tuan Haji Nik Abdullah bin Haji Arshad: Tuan Yang di-Pertua.

Soalan tambahan. Walaupun kita dengar jawapan daripada pihak

Rerajaan sekejap tadi bahawa Kerajaan Pusat telah memberikan

peruntukan subsidi baja ini tiap-tiap tahun, tetapi saya ingin men-

dapatkan penjelasan oleh kerana kita tahu penduduk negeri Kelantan

majoriti rakyatnya adalah kaum yang diperjuangkan oleh UMNO sendiri,

tetapi dalam soal ini kepentingan bangsa Melayu dihakiskan oleh UMNO

kerana ideologi politik berlainan.

Saya ingin tahu, apakah ama1an ini bercanggah ataupun tidak

dengan dasar UMNO sendiri, sebab dalam Parlimen ini beberapa kali

telah kita bangkitkan: tahun sudah, Kerajaan Kelantan terpaksa

mengambil tanggungjawab untuk mengeluarkan peruntukan khas mengenai

baja kepada petani-petani kerana pihak Pusat tidak memberi tanggung-

jawab, dan peruntukan subsidi baja sebanyak RM12 juta setahun kepada

Kelantan adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat tetapi dibekukan dan

diperlarikan tidak mengikut saluran.

Soalan yang kedua, saya ingin tahu, adakah bersetuju kalau

saya katakan bahawa amalan dan perbuatan itu adalah suatu peng-

khianatan dan menyeleweng? Itu dua soalan saya.

DR.17.12.92 -5-

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, say a

suka ulang sekali lagi bahawa Kerajaan Pusat memberi subsidi baja

kepada semua petani di negeri Kelantan tanpa mengira kedudukan dan

fahaman politik mereka. Yang tidak dapat baja terbahagi kepada

dua. Yang pertama, dia tidak hendak; dan yang kedua, dia tidak

mengikut syarat-syarat. Kalau petani-petani ini tidak ikut syarat,

tidak kira sama ada di Kelantan ataupun di mana-mana negeri, mereka

tidak akan diberi baja.

Jadi, kalau Yang Berhormat kata ini satu penyelewengan, saya

ingat ini tidak betullah.

Tuan Haji Nik Abdullah bin Haji Arshad: Saya minta untuk mem-

betulkan soalan. Saya faham apa yang dijawab oleh pihak Kerajaan

itu berdasarkan kepada peraturan. Apa yang disoal oleh saya ber-

dasarkan kepada amalan dan perbuatan. Jadi, mana di antara dua ini

yang sebenar? Sedangkan dari segi amalan, apa yang saya kemukakan

itulah yang benar. /

Tuan Mohd. Shariff bin Haji Omar: Saya suka sebutkan sekali

lagi, Tuan Yang di-Pertua. Kita beri tidak mengira fahaman

politik. Jadi, kalau dia tidak minta, kita tidak berilah. Bukan

salah kita. Dia tidak hendak baja dan kemudian tidak ikut per-

aturan. Ad akah Yang Berhormat suruh kita beri baja? Kalau tidak

tidak hendak, suruh beri juga. Kemudian tidak ikut peraturan, suruh

beri juga, maka kita tidak dapat timbang kalau macam itu. Minta

maaflah.

DR.17.12.92 -6-

LESEN KENDERAAN PERDAGANGAN - BILANGAN

3. Datuk Haji Basri bin Bajuri minta Menteri Peruaahaan Awammenyatakan:

(a) bilangan lesen kenderaan perdagangan yang telah dikeluarkansehingga 30.9.92 mengikut jenianya seperti teksi, keretasewa, bas ekspres dan lain-lain; dan

(b) apakah faktor-faktor yang menyebabkan proses pengeluaranlesen-leaen itu menjadi terlalu lama dan berapakah jangkamasa biasa proses bagi satu-satu permohonan itu.

Timbalan Menteri Perusahaan Awam [Dato' Dr. Siti Zaharah binti

Haji Sulainan]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) bilangan lesen kenderaan perdagangan kesemua kelas yang di-

luluskan oleh LPKP Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

sehingga 30hb September 1992 adalah seperti berikut:

Jenis Kenderaan Semenanjung Sabah SarawakMalaysia

Teksi/Kereta Sewa 33,600 604 1,448

Kereta Sewa dan Pandu 6,557 99 '394

Teksi Mewah 2,647 33 13

Bas Sekolah 11,112 2,288 366

Bas Kilang 5,118 43 0

Bas Berhenti-henti 5,669 136 749

Bas Mini 510 2,199 0

Bas Ekspress 1,573 110 72

Baa Pesiaran 1,341 107 52

Kenderaan Pekerja 331 0 21

Lesen Penbawa 'A' 52,495 3,704 4,951

Lesen Pembawa 'C' 86,975 12,217 25,226

Lesen Cater 0 0 133

JUMLAH KESELURUHAN 207,928 21,540 33,425

DR.17.12.92 -7-

(b) Jangka masa biasa memproses satu-satu permohonan

ialah 3 bulan. Walau bagaimanapun, bagi permohonan

yang tidak lengkap atau memerlukan tindakan susulan

untuk menentukan kesahihan maklumat atau dokumen yang

dikemukakan, jangka masa proses akan menjadi lebih

lama.

Tuan Haji Badmddin bin Amiruldin: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Saya ingin tahu adakah Rementerian sedar bahawa

pengeluaran lesen-lesen bas ekspress di akhir-akhir ini memberi

overlapping kepada laluan yang telah ada pada ketika ini dan ini

menyebabkan persaingan yang tidak sihat?

Di samping itu juga, banyak lesen-lesen ini telah

diAli-Babakan. Bolehkah Kementerian memberitahu, berapa banyakkah

lesen-lesen ini yang telah dialibabakan dan apakah tindakan yang

sewajarnya yang telah diambil oleh pihak Kementerian untuk

membanteraskan amalan Ali-Baba ini?

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Yang

di-Pertua, bagi pengeluaran lesen bas ekapress, pihak Kementerian

telah melakukannya secara menyeluruh pada tahun 1991 dan telah

membekukannya buat sementara. Saya tidak mendapat makluman bahawa

pemberian itu adalah overlapping. Walau bagaimanapun, kalau Yang

Berhormat boleh memberitahu laluan manakah yang dikatakan

overlapping, pihak Kementerian boleh membuat siasatan bagi

memastikan supaya persaingan ini tidak akan menjadi tidak sihat di

kalangan pengusaha- pengusaha kenderaan perdagangan.

DR.17.12.92 -8-

Bagi yang dikatakan lesen itu diAli-Babakan, pihak Kementerian

mengambil tindakan yang tegas dan kalau ini berlaku, pihak

Kementerian boleh mengambil tindakan untuk menggantungkan lesen itu.

Tuan Wong Wing On; Terima kasih. Soalan tambahan. Adakah

pernah Kementerian telah membuat satu keputusan untuk menjadikan

penggunaan Bahasa Malaysia oleh pemandu teksi panggilan radio satu

syarat pelesenan? Jika ya, bilakah keputusan itu akan dilaksanakan

dan adakah keputusan itu, jika ada, bercanggah dengan Artikel 152

Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan menggunakan apa-apa

bahasa selain daripada dalam fungsi-fungsi rasmi?

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Yang

di-Pertua, sebenarnya Kementerian menggalakkan supaya penggunaan

bahasa itu adalah Bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun, Kementerian

sedang mengambil tindakan untuk menyelaraskan penggunaan medium

bahasa itu iaitu dalam Bahasa Malaysia dengan peraturan Akta

Lembaga.

Tuan Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan,

Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, bagi

lesen teksi khususnya dalam Wilayah, adakah benar pertimbangan hanya

akan diberikan kepada secara kelompok ataupun permohonan dari

syarikat? Jika benar, sebab apa permohonan oleh perseorangan tidak

dilayani?

Yang kedua, apakah kriteria bagi mendapatkan lesen teksi untuk

memandu teksi dalam Wilayah dan adakah pada tiap-tiap tahun

Kementerian menghadkan berapa lesen akan dikeluarkan?

DR.17.12.92 -9-

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Yang

di-Pertua, sebenarnya Kementerian tidak lagi menggalakkan supaya

lesen ini dikeluarkan untuk lesen-lesen pemandu individu. Sebab

itulah, apabila Kerajaan mengenakan syarat ataupun mengenakan dasar

baru untuk memberikan lesen itu kepada syarikat adalah dengan tujuan

supaya pengendalian urusan perdagangan ini dapat dijalankan secara

memuaskan.

Sebab kerana tidak menggalakkan permohonan secara individu ini

adalah kerana sukar hendak menye1enggarakan urusan pengurusan

perjalanan perdagangan awam ini secara standard dan oleh kerana kita

tidak dapat hendak mengawal, masing-masing pemegang lesen individu

itu supaya dapat menjamin peng urusan ataupun khidmat yang

memuaskan dan juga melalui syarikat, kita harap dapat mengawasi

pengurusan perjalanan syarikat ini. Sebab itulah, Kerajaan tidak

menggalakkan malah menggalakkan supaya individu ini boleh memohon

secara berkelompok seperti membentuk satu syarikat ataupun melalui

koperasi dan sebagainya.

Berkenaan dengan apakah kriteria yang dipakai dalam pengeluaran

lesen teksi, ianya adalah seperti berikut. Kalau permohonan

individu itu tidak dibekukan buat sementara, kerana Kementerian

tidak menggalakkan iaitu tidak menggalakkan di Lembah Klang untuk

memohon tetapi kalau apabila Kementerian menggalakkannya, bagi

permohonan individu, ianya mestilah mempunyai lesen perkhidmatan

awam PSB minimum 3 tahun, mesti umur tidak melebihi 55 tahun, mesti

DR.17.12.92 -10-

menunjukkan bukti modal yang mencukupi dan ada keperluan teksi di

kawasan yang dipohon.

Bagi permohonan syarikat mestilah menunjukkan bukti keupayaan

pengurusan dan modal yang mencukupi, ada keperluan teksi di kawasan

yang dipohon.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Yang Berhormat Tuan Wee Choo Keong.

Tuan Wee Choo Keong: Tuan Yang di-Pertua, soalan (a) ini ada

satu ejaan yang salah. Ayat yang akhir, "adalah bertentangan dengan

Treasury Directive" dan bukannya "Directivenes's" . Diharap

kesilapan ini boleh ditukar atau dibetulkan. Soalan keempat, terima

kasih.

KEMPEN IKLAN KESELAMATAN JALAN RAYA TANPA OPEN TENDER

4. Tuan Hee Choo Keong minta Menteri Pengangkutan menyatakan:-

(a) kenapakah kempen iklan untuk keselamatan jalan raya olehKementerian Pengangkutan berharga lebih daripada $10 jutasetahun telah diberikan kepada Mediahouse Sdn. Bhd. tan pa"OPEN TENDER", di mana ini adalah bertentangan dengan"Treasury Directive". Sila berikan sebab-sebabnya;

(b) berapakah jumlah wang yang telah dibayar oleh KementerianPengangkutan kepada Mediahouse Sdn. Bhd. untuk KempenKeselamatan Jalan raya semenjak I2hb. Oktober, 1990 hinggaSeptember 1992 dan berapa banyak lagikah Kementerian initerpaksa membayar Mediahouse Sdn. Bhd. hingga 31hb. Disem-ber , 1992; dan

(c) adakah Kementerian Pengangkutan bertujuan untuk memberitender pengiklanan Keselamatan Jalan raya atau kempen-kempen yang lain secara "OPEN TENDER" bermula daripadatahun depan. Jika tidak, kenapa.

DR.17.12.92 -11-

Timbalan Menteri Pengangkutan [Datin Paduka Hajah Zaleha blnti

lsmail]: Tuan Yang di-Pertua,

(a) kontrak bulanan bagi Kempen Keselamatan Jalan Raya

diberi kepada Syarikat Media House Sdn. Bhd. melalui

proses perundingan terus kerana ia telah mengemukakan

idea-idea yang kreatif berdasarkan kajian yang telah

dilakukan oleh syarikat tersebut atas inisiatifnya

sendiri.

DR.17.12.92 - 12 -

Syarikat herkenaan juga telah mengemukakan satu pakej

Kempen Keselamatan Jalanraya yang berlainan daripada

amalan tradisi, kempen yang biasa dan difikirkan

boleh menarik perhatian dan meningkatkan kesedaran

pengguna-pengguna jalanraya.

(b) Semenjak 12 Oktober 1990 hingga September 1992,

sebanyak RM19,575,597.62 telah dibayar kepada

syarikat berkenaan. Jumlah yang akan dibayar hingga

31 Disember 1992 adalah sebanyak RM2,981,138.37.

(c) Program kempen melalui berbagai media yang sedang

dilaksanakan ini akan terus dilaksanakan pada tahun

hadapan. Kaedah pemilihan syar ikat yang akan

melaksanakan kempen ini akan ditentukan oleh Kerajaan

bila tiba masanya.

Tuan Wee Choo Keong: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Dalam struktur firma Media House ini pemegang sahamnya ialah seperti

berikut; Leong Siew Poh, Kua Siew Thong, Tan Bing Sim, Yap Yee Chun

dan Kua See Yan. Daripada orang-orang ini, Tan Bing Sim dan Yap Yee

Chun ini menjadi kuncu-kuncu Menteri Pengangkutan. Mengenai soalan

kenapakah Kementerian Pengangkutan memberi kontrak pengiklanan ini

kepada syarikat ini secara runding terus, Yang Berhormat Timbalan

Menteri berkata tadi bahawa syarikat ini memberi idea yang kreatif.

Bagaimana Kementerian boleh tahu dan mengatakan syarikat ini memberi

idea yang kreatif sedangkan tidak mengeluarkan satu-satu open tender

DR.17.12.92 - 13 -

kepada syarikat-syarikat yang lain? Bagaimanakah Kerajaan boleh

tahu syarikat yang lain tidak mampu memberi idea yang kreatif? Sama

ada ini satu skim ataupun skandal Kementerian Pengangkutan memberi-

kan projek pengiklanan ini kepada syarikat yang dikawal oleh kuncu-

kuncu Menteri Pengangkutan?

Soalan kedua, saya juga dimaklumkan bahawa projek pengiklanan

di Lapangan Terbang Sepang juga diberi kepada Media House. Kalau

sekiranya projek ini belum diberi kepada Media House Sdn. Bhd. sama

ada Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan satu open tender

untuk projek pengiklanan di Lapangan Terbang Sepang?

Datin Paduka Hajah Zaleha binti lsmail: Tuan Yang di-Pertua,

saya tak kenal dengan nama-nama yang disebutkan oleh Yang Berhormat

tadi, iaitu menjadi ahli-ahli Lembaga Pengarah Media House dan saya

tak tahu sama ada mereka itu kuncu-kuncu Yang Berhormat Menteri

Pengangkutan atau tidak. Yang saya tahu adalah apa yang tercatit

dan tersurat dalam urusan-urusan di Kementerian dan di pihak

Kerajaan. Oleh kerana itu, saya tidak dapat hendak menyatakan 'ya*

atau ' tidak' kepada apa yang Yang Berhormat katakan itu dan ini

bukan kali pertama Yang Berhormat sebut - sudah sebut berbanyak-

banyak kali.

Mengenai soalan bagaim ana boleh mengatakan bahawa mereka itu

mempunyai idea-idea kreatif, sebab mereka, atas inisiatif mereka

sendiri, telah mengemukakan kertas cadangan dan apabila dinilai

kertas cadangan itu, didapati ianya adalah baik. Maka itulah diada-

kan rundingan di antara syarikat ini dengan pihak Kementerian dan

juga mendapat persetujuan Kementerian Kewangan.

DR.17.12,92 - 14 -

Mengenai projek pengiklanan Sepang, soalan ini tidak ada

kaitannya dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, dan saya rasa

saya tak perlu jawab.

Tuan Chian Heng Kai: Tuan Yang di-pertua, nampaknya Kerajaan

telah memberi RM10 juta untuk iklan Kern pen KeseLamatan Jalanraya.

Saya ingin bertanya Yang Berhormat, sekiranya ada seorang pemimpin

Kerajaan yang tidak mengikut syarat-syarat lalulintas, misalnya,

saya mendapat satu aduan bahawa seorang Exco dari negeri Pulau

Pinang apabila beliau menghadapi kes'esakan lalulintas, beliau

menyuruh drivernya masuk ke jalan yang tidak boleh dimasuki. Macam

mana kalau kita membelanjakan wang yang banyak untuk iklan dan apa-

kah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan terhadap perkara ini?

Tidak ada kepimpinan melalui teladan! Dia adalah Ahli Exco Dr.

Ibrahim Saad . [Disampuk] [Ketawa]

Seorang Ahli: Apalah ini!

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat.....

Datin Paduka Hajah Zaleha binti lsmail: Tuan Yang di-Pertua,

saya harap kalau Yang Berhorraat tengok kejadian masa itu, Yang

Berhormat laporkanlah sebab di bawah sistem KEJARA, kita ada pegawai

Kumpulan "A" dan Ahli-ahli Yang Berhormat semua boleh buat laporan

dan kita akan mengambil penguatkuasaan terhadap perkara itu. Untuk

makluman Yang Berhormat, pemandu saya sendiri pun apabila ditahan

dan disaman, saya suruh dia bayar saman.

DR.17.12.92 - 15 -

Tuan Shahidan bin Kassim: Tuan Yang di-Pertua, saya ing in

bertanya kepada Yang Berhormat, terdapat perkara-perkara yang telah

dicimbulkan di Parlimen ini telah menjejaskan imej syarikat dan juga

individu yang di luar dalam pasaran sekarang. Jadi saya ingin

bertanya kepada Yang Berhormat, oleh kerana Media House telah

berjaya dalam Kempen Keselamatan Jalanraya sehingga telah mengurang-

kan banyak kemalangan dan prestasi mereka sampai ke tahap yang boleh

kita banggakan, apakah Yang Berhormat bercadang untuk meneruskan

supaya mereka dibenarkan untuk meneruskan Kempen Keselamatan Jalan-

raya ini sehingga ke tahun hadapan supaya apa-apa yang berlaku dalara

parlimen ini tidak menimbulkan satu prejudice, dengan izin, kalau

sekiranya kita menentukan penender-penender yang akan masuk di bawah

Kempen Keselamatan Jalanraya dan juga tain-lain lagi?

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Sebelum saya jawab

soalan itu, bersabit dengan apa yang -Yang Berhormat sebut tadi,

iaitu dapat mengurangkan kemalangan di Jalanraya, saya suka menyebut

bahawa kajian- yang telah dilaksanakan oleh Bank Dunia menunjukkan

bahawa di negara-negara yang sedang membangun, kerugian yang dialami

akibat daripada kemalangan Jalanraya ini kira-kira 12 daripada

Keluaran Negara Kasar setahun.

Bagi Malaysia, untuk tahun 1991, kalau kica ambil angka 1991,

1% ini samalah dengan RM1,200 juta. Kalaulah kos kempen pelbagai

media yang kita laksanakan ini dibandingkan dengan jumlah kerugian

yang kita alami pada tahun 1991 itu, ianya tak sanpai pun 1% dari-

pada jumlah kerugian RM1,200 juta itu. Mengikut angka-angka yang

DR.17.12.92 - 16 -

telah kita bandingkan, iaitu antara tahun 1990 dengan 1991, didapati

bahawa ada menunjukkan pengurangan bilangan ataupun kejadian

kemalangan jalanraya di 4 buah negeri; iaitu di Negeri Sembilan,

dibandingkan 1990 dengan 1991 menurun 19.31%; di Sarawak menurun

6.8%; di Terengganu menurun 6.58%; dan di Pulau Pinang 1.98%. Jadi,

ternyatalah bahawa ianya telah membawa kesan yang positif.

Mengenai pertanyaan Yang Berhormat tadi, kontrak ini tamat pads

akhir 1992 apabila kita membuat perancangan baru. Saya sudah

sebutkan tadi dalam jawapan yang asal bahawa cara pemilihan

syarikat-syarikat ini akan ditentukan oleh Kerajaan bila ciba

masanya.

DR.17.12.92 -17-

KLINIK DESA KG. MANGKULAT - PEMBINAAN

5. Tuan Haidom P. Pansai minta Menteri Kesihatan menyatakan bahawadalam soalan saya yang lalu mengenai bilakah Klinik Desa Kg.Mangkulat Kota Belud akan dibina, dan jawapan yang diberi olehTimbalan Menteri berkenaan ialah sebaik sahaja kawasan tanah bagipembinaannya diperolehi. Apa yang saya dapat tahu daripadaPengerusi JKKK kampung berkenaan kini tempatnya telahpun disedia-kan. Bilakah kerja perlaksanaannya dijangka akan bermula.

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Tuan Ong Ka

Ting]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan

ini bagi pihak Kementerian Kesihatan.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]:

Ya baiklah.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, projek Klinik Desa

Mangkulat, Kota Belud telah disyorkan dalam Rancangan Malaysia

Keenam tetapi belum diberi keutamaan untuk pelaksanaan kerana

keperluan lain yang lebih mendesak. Projek ini telah dicadangkan

untuk pertimbangan semula dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan

Malaysia Keenam.

Tuan Maiden P. Pansai: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan.

Semenjak saya bawa perkara ini di Persidangan Parlimen, saya telah

diberitahu bahawa ianya adalah diberi pertimbangan dan dalam soalan

yang lalu pun dikatakan bahawa telah diluluskan, hanya menanti

perolehan tempat. Sekarang ini pula dikatakan dianggap bukan

mendesak. Apakah kriteria-kriteria untuk menentukan bahawa

keperluan klinik dalam satu-satu tempat itu dianggap mendesak dan

adakah pegawai-pegawai daripada Kementerian Kesihatan ada melawat

tempat itu yang sebenar-benarnya dan mengetahui bahawa ianya tidak

mendesak dewasa ini?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, di kawasan Kota Belud

terdapat sebelas buah Klinik Desa dan dua buah Pusat Kesihatan dan

tempat yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Kota Belud adalah

tempat di mana terdapat juga satu Klinik Desa Tamau yang jauhnya 6.4

km daripada tempat itu. Walau bagaimanapun, Kerajaan masih ingin

DR.17.12.92 -18-

menjadikan Klinik Desa Kg. Mangkulat ini akan tetapi oleh kerana

peruntukan kewangan yang terhad kita tidak dapat seratus peratus

untuk memenuhi permintaan, tetapi usaha sudah diadakan untuk timbang

semula walaupun tanah memang benar sudah diperolehi. Apa yang kita

perlu ialah kewangan untuk membuat pembinaan sebenar. Jadi, ini

sudah jadi satu pertimbangan dalam Kajian Separuh Penggal.

INSTITUT SUKAN NEGARA - KOS PEMBINAAN6. Tuan Shahidan bin Kassin minta Menteri Belia dan Sukan menyata-kan syarikat-syarikat manakah yang telah diberi kontrak melaksanakanpembinan Institut Sukan Negara di Bukit Jalil dan beberapa kemudahansukan lainnya sebagai persiapan Malaysia menjadituan rumah SukanKomanwel 1998. Berapakah jumlah kos kepada keseluruhan kerja-kerjapembangunan tersebut.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Cik Teng Gaik Kwan]: Tuan

Yang di-Pertua, pembinaan Institut Sukan Negara di Bukit Jalil dekat

Sungai Besi dilakaanakan oleh Syarikat Outline Mark Sdn. Bhd. yang

merupakan syarikat usahasama di antara Koop Belia dan United

Engineers (M) Bhd. Kos pelaksanaan bagi Institut Sukan Negara ini

ialah RM79 jutal

Kementerian Belia dan Sukan dengan bantuan agensi-agensi yang

berkaitan sedang menjalankan satu kajian auditan ke atas kemudahan-

kemudahan yang akan digunakan bagi menentukan kerja-kerja naik taraf

jika diperlukan dan kerja-kerja pembinaan baru. Skop kerja dan

anggaran kos akan hanya diketahui selepas kajian auditan tersebut

diselesaikan.

Puan Lim Lay Hoon:Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya

ingin tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah peranan yang di-

mainkan oleh Institut Sukan Negara yang tersebut? Soalan yang kedua

ialah selain daripada pembinaan Institut Sukan Negara ini sebagai

suatu persiapan negara kita menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998,

apakah kemudahan sukan yang lain yang dicadangkan oleh Kementerian

Yang Berhormat?

DR.17.12.92 -19-

Cik Teng Gaik Kvan: Tuan Yang di-pertua, untuk soalan yang

pertama, peranan utama Institut Sukan Negara ini untuk menjadikan

pusat melatih dan kemudahan jurulatih dan pegawai. Menjadi pusat

mengadakan penyelidikan serta memberi kemudahan-kemudahan untuk men-

capai kedua-dua tujuan berkenaan. Pada asasnya institut ini sudah-

pun berfungsi kerana bahagian sains sukan, Majlis Sukan Negara (MSN)

adalah merupakan asas kepada organisasi institut ini.

Untuk soalan yang kedua ialah selain daripada Institut Sukan

Negara (ISN) kita ada lagi lain-lain kemudahan dan kerana institut

ini amatlah boleh kata strategik dan kita ada di kawasan sekeliling-

nya kita ada kompleks sukan yang mengandungi stadium utama, kolam

renang, stadium tertutup, akademi golf serta padang permainan ter-

buka akan dibina.

Tuan Lau Dak Kee: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Berkenaan dengan persiapan untuk menghadapi Sukan

Komanwel yang akan datang, saya hendak tahu apakah kelemahan-

kelemahan setakat ini, belum sampai lagi - setakat ini sahaja telah

dapat dipastikan di mana akan menghalangkan Malaysia untuk membuat

satu persiapan yang bersungguh-sungguhnya pada tahun 1998 dan kedua

kalau tidak ada halangan adakah Kementerian dapat memberi satu

anggapan berapa kejuaraan kita jangkakan dapat pada Sukan Komanwel

itu. Kalau tidak ada,

Cik Teng Gaik Kwan: Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat

dari Pembangkang itu amat negatif [Ketawa] kerana sebelum kita

mulakan kerja ini, ISN sepertimana saya jawab tadi sudah startlah

tetapi belum siap. Ini kelemahan-kelemahan kita hendak pastikan

untuk diketahui, Yang Berhormat. Kalau tidak kita mana tahu.

Soalan yang kedua, anggapan itu saya rasa tidak boleh jawablah -

hanya anggapan. Apa?

DR.17.12.92 -20-

LOJI PENAPISAN AIR GUNUNG SEMANGGOL - GANGGUAN

7. Dato' Haji Qamaruz Zaman bin Haji Ismail minta Menteri KerjaRaya menyatakan bolehkah Loji Air Gunung Semanggol mengadakan sebuahgenerator elektrik supaya proses penapisan dan pembekalan air tidakselalu terhenti seperti sekarang kerana bekalan api kerap kali ter-putus di tempat ini.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya [Tuan Kerk Choo

Ting]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Loji

Air Gunung Semanggol adalah di bawah bidangkuasa Lam bag a Air Perak

iaitu di bawah Rerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Walau bagaimanapun, adalah difahamkan bahawa Lembaga Air Perak

melalui pihak konsesi iaitu Syarikat Innovest - Lyonnaise Sdn. Bhd.

yang bertanggungjawab mengendalikan loj i tersebut dan Tenaga

Nasional Berhad, sedang dalam peringkat akhir untuk memasang satu

lagi talian elektrik tambahan untuk loj i berkenaan iaitu daripada

Kemunting ke Gunung Semanggol. Talian elektrik khas ini dijangka

akan dipasang pada aval tahun 1993. Dengan adanya dua talian

elektrik, adalah dijangkakan masalah bekalan elektrik terputus akan

dapat diatasi. 0leh sebab itu, generator elektrik yang dicadangkan

itu tidak diperlukan.

Dato' Dr Jamaluddin bin Haji. Jarjis: Soalan tambahan. Adakah

Yang Berhormat telah ditimbul maklum oleh Jabatan Bekalan Air bahawa

masalah prestasi bekalan air ini bukan hanya sekadar di Loji Air

Gunung Semanggol tetapi permasalahan yang sama ini juga berlaku di

tempat-tempat lain dan masalah keputusan bekalan api ini berlaku

juga di kawasan-kawasan lain yang mana sampai difahamkan jurutera—

jurutera yang menjaga bekalan air ini kadang-kadang terpaksa meng-

gunakan wang poket mereka sendiri untuk membeli bekalan api. Adakah

Yang Berhormat sedar tentang kemungkinan perkara ini berlaku di

kawasan-kawasan yang lain?

Tuan Kerk Choo Ting: Tuan Yang di-Pertua, memang loji itu mem-

punyai masalah-masalah maaing-masing. Tetapi setakat ini semuanya

ini adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Oleh sebab itulah,

masalah ini sepatutnya ditujukan kepada Kerajaan Negeri masing-

masing.

DR.17.12.92 - 21 -

JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN KELANTAN - PERUNTUKAN

8. Tuan Haji Mohamad bin Sabu minta Menteri Kewangan menyatakan:-

(a) jumlah peruntukan yang diluluskan oleh KerajaanPusat kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan(JPP) Negeri Kelantan sejak ianya dibentuk;

(b) senaraikan projek-projek yang siap dilaksanakanatau dalam proses pelaksanaan oleh JPP, danbutirkan kos perbelanjaan setiap projek; dan

(c) apakah bentuk kawalselia terhadap penggunaanwang peruntukan Kerajaan Pusat kepada JPP dansejauh manakah keberkesanannya untuk memastikantidak berlaku pembaziran dan penyelewengan dalampenggunaan peruntukan.

Timbalan Menteri Kewangan [Tuan Abdul Ghani bin Othman] : Tuan

Yang di-Pertua,

(a) Jumlah peruntukan yang diluluskan kepada Jabatan

Pembangunan Persekutuan Kelantan sejak ianya dibentuk pada

tahun 1991 ialah sebanyak RM16,452,330.51 iaitu untuk

membiayai perbelanjaan mengurus Jabatan berkenaan. Saya

juga ingin memaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Perse-

kutuan (JPP) Kelantan juga menerima peruntukan untuk

perbelanjaan Pembangunan daripada agensi-agensi Kerajaan

yang projek pembangunannya dilaksanakan oleh Jabatan

Pembangunan Persekutuan Relantan ini. Jumlah peruntukan

DR.17.12.92 - 22 -

pembangunan yang disalurkan kepada JPP ini sehingga

sekarang ialah RM89.815,250.04.

(b) Projek-projek serta kos projek-projek yang telah siap dan

sedang dilaksanakan adalah seperti berikut:-

Jabatan Nama Projek Kos Projek

Kastam RM2.5 juta

Imigresen Perhentian Renderaan BeratGual Nering RM400,000

JPJ Kompleks JPJ Piawai Jenis B RM4.8 j u t a

Fenjara (a) Satu Blok Bangunan Hukum )Gantung, Menara dan Tembok )

) RM3.1 juta(b) Satu Blok Asrama )

Polls (a) Balai Polis -Kecll Gual Ipoh,)Tanah Merah )

) RM16.5 juta(b) Ibu Pejabat Kontijen Polls )

Jalan Bayam, Kota Bharu )

. KementerianPertahanan (a) 12 Blok Quarters Kelas G )

di Kem Desa Pahlawan ))

(b) 20 Blok Quarters Kelas G )di Kem Desa Pahlawan ) RM42.34 juta

)(c) Ban gun an Teknikal Tambahan )

Rejimen Meriam di Kern Desa )Pahlawan )

KementerianKerja Raya Membaiki Lebuhraya Timur-

Barat (Fasa II) RM7 juta

DR.17.12.92 - 23 -

(c) Kawalselia terhadap penggunaan peruntukan yang diberikan

kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan dijalankan

seperti mana-mana Jabatan/Agensi Kerajaan yang lain juga

sebagaimana yang ditetapkan di bawah kaedah dan tatacara

kewangan.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Tuan Yang di-Pertua, memandangkan

selalu Menteri Besar Kelantan berkata hubungan Pusat dengan Negeri

Kelantan erat dan baik. Jadi, di atas sanj ungan MB Kelantan kerana

Pusat dan Negeri Kelantan baik, apa perlunya JPP ini lagi kerana dia

memerlukan belanja yang banyak. Apakah saranan Yang Amat Berhormat

Menteri Besar Negeri Kelantan itu dan beliau mengatakan hubungan itu

baik dengan Pusat, kenapa tidak diselaraskan macam lain-lain negeri,

tidak ada JPP, teristimewanya untuk Kelantan?

Tuan Abdul Ghani bin Othman; Tuan Yang di-Pertua, saya

tafsirkan hubungan yang erat dan baik itu ialah Yang Amat Berhormat

Menteri Besar Kelantan mengatakan bahawa Jabatan Perabangunan

Persekutuan (JPP) Kelantan icu telahpun menjalankan kerjanya dengan

baik dan sewajarnya diteruskan.

PUSAT PENYELIDIKAN DAN PENERANGAN AIDS DI ASEAN

9. Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad minta Menteri Kesihatan menyatakanapakah langkah-langkah awalan yang telah dij alankan oleh KerajaanMalaysia terhadap resolusi Asean Inter-Parliamentary Organisation(AIPO) 1991 untuk mewujudkan satu Pusat Penyelidikan dan Peneranganmengenai AIDS di ASEAN.

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri [Tuan Ong Ka

Ting]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan mengalu-alukan

cadangan mewujudkan sebuah Pusat Penyelidikan dan Penerangan

mengenai AIDS di ASEAN.

DR.17.12.92 - 24 -

Pada masa ini, Kementerian Kesihatan sentiasa mengadakan

pertukaran maklumat antara negara-negara dalam ASEAN seperti

Thailand, Singapura dan Indonesia mengenai penyakit AIDS. Di

samping itu, Kementerian juga sedang mempertingkatkan lagi

"surveillance of HIV", dengan izin, kemudahan-kemudahan makmal,

pengetahuan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia. Perkara ini

amat mustahak supaya dari segi meningkatkan kepakaran dan penge-

tahuan serta kesediaan kita akan menjadi lebih mantap lagi dengan

terbentuknya pusat tersebut.

Disamping itu, Kementerian Kesihatan sering mengadakan

perbincangan dengan universiti-universiti sama ada di dalam dan di

luar negeri bagi penyelidikan berbagai-bagai penyakit termasuk AIDS.

Di samping itu, penyelidikan-penyelidikan sering dijalankan oleh

Kementerian sendiri terutamanya di Institut Penyelidikan Perubatan.

Kementerian juga berinteraksi dengan badan-badan antarabangsa

seperti WHO bagi pertukaran-pertukaran maklumat yang mutakhir .

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, berkait

dengan AIDS ini saya ing in bertanya kepada Kementerian Kesihatan,

adakah apabila Kementerian Kesihatan menggalakkan Badan Pertubuhan

Bukan Kerajaan mengadakan kempen-kempen mengenai penyakit AIDS ini

pihak Kementerian juga akan mengawal aktiviti-aktivitinya. Oleh

kerana yang terakhir sekali adalah satu peristiwa di Central Market

di mana sebagaimana yang disuarakan oleh sahabat saya dari Nil am

Puri, pembahagian kondom dan sebagainya. Satu perkara lagi adalah

DR.17.12.92 - 25 -

mengenai poster, poster yang saya tak mahu sebut pun, tetapi bacalah

laporan akhbar dan bacalah komen pengarang umpamanya di Utusan

Malaysia dan sebagainya, yang amat memalukan walaupun niatnya

murni, tetapi perkara ini tak payahlah diposterkan, tak payah

diillustrasikan. Jadi adakah pihak Kementerian Kesihatan akan

mengaval kempen-kempen anti AIDS yang dilakukan oleh pihak NGO ini?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan

memang mengawal semua kempen mengenai kesihatan termasuk kempen

pencegahan AIDS, terutamanya yang dijalankan oleh Badan Bukan

Pertubuhan Kerajaan. Buat masa kini Kerajaan sudah ambil keputusan

dan juga mengambil berat tentang kempen-kempen yang mengutamakan

kondom dalam pencegahan AIBS. Kalau penggunaan kondom akan

menimbulkan sebarang kesan negatif, tidak akan digalakkan. Itu ada-

lah pendirian Kerajaan.

BADAN KHAS MEMBELI TANAH ORANG MELAYU - PENUBUHAN

10. Tuan Foo Piew Kok minta Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasimenyatakan tentang cadangan Kerajaan untuk menubuhkan badan khasmembeli tanah-tanah orang Melayu seluruh negara dan setakat inisejauh mana Kerajaan telah berjaya mengesan tanah-tanah tersebutyang sudah berpindah ke tangan kaum lain.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi

[Tuan Mohd. Noh bin Rajab]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Amat

Berhormat Timbalan Perdana Menteri pada 27hb September 1992 ada

membuat pengumuman mengenai cadangan penubuhan sebuah institusi

khusus bagi membeli tanah-tanah orang Melayu. Walau bagaimanapun,

cadangan ini masih berada dalam peringkat penelitian memandangkan

ianya akan melibatkan tanggungan dan perbelanjaan perundangan.

DR. 17.12.92 - 26 -

Bagi tanah-tanah rizab Melayu yang sedia dipunyai oleh orang

Melayu, isu ianya berpindah ke tangan kaum lain tidak timbul.

Manakala bagi tanah yang di luar rizab Melayu, perpindahan seperti

itu sukar dikesan satu-persatu. Setakat Ini Kerajaan Pusat tidak

ada maklumat yang lengkap mengenai perkara tersebut kerana maklumat-

maklumat pengurusan tanah ada di pentadbiran tanah di negeri masing-

masing.

Tuan Foo Piew Kok: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin tahu

sejauh manakah Kerajaan ada menerima permohonan tukar syarat dari

tanah simpanan Melayu kepada tanah bebas?

Soalan yang kedua, saya ingin tahu adakah Kerajaan sedar tanah

simpanan Melayu menjadi penghalang pembangunan sesuatu tempat kerana

pemiliknya tidak berupaya membangunkan tanah tersebut sedangkan

tanah sekelilingnya telah dibangunkan. Adakah rancangan Kerajaan

untuk membantu golongan pemilik bumiputera yang tidak mampu itu

untuk membangunkan tanah mereka? Dan adakah Kerajaan menggalakkan

projek usahasama dengan bukan bumiputera di atas tanah itu?

DR.17.12.92 -27-

Tuan Mohd. Noh bin Rajab: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa

memanglah tidak tepat kalau kita katakan bahawa status tanah Rezab

Melayu itu menjadi penghalang semata-mata untuk memajukan sebidang

tanah itu. Banyak cara-cara boleh dilakukan dan banyak tempat telah

melakukannya, jadi pandangan Yang Berhormat berkenaan dengan

masalah itu saya rasa adalah terlalu cetek.

Berkenaan soalan yang pertama tadi, mengenai dengan penukaran

daripada Rezab Melayu ke bukan Rezab Melayu. Mengikut peruntukan

Kanun Tanah Negara perkara ini ada dan boleh dibuat, tetapi mestilah

mengikut cara-cara tertentu dan dibuat secara tersusun. Kalau Yang

Berhormat ingin tahu bagaintana hendak melaksanakannya, bolehIah ber-

tanya pada saya di luar Dewan ini.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Saya ingin tahu, dan saya difahamkan bahawa ada Rerajaan-

kerajaan Negeri yang telah banyak berhutang tentang cabutan keluar

Tanah Simpanan Melayu ini, dan saya difahamkan di negeri Kelantan

yang terbanyak sekali. Apakah tindakan Kementerian agar hutang-

hutang ini dapat dijelaskaan ataupun Tanah-tanah Simpanan Melayu ini

dapat dikembalikan dengan penggantian kepada tempat-tempat yang

sesuai dan sama taraf harganya. Adakah cara-cara lain yang dapat

dilakukan bagi mengelakkan supaya cabutan Tanah-tanah Simpanan

DR 17.12.92 -28-

Melayu ini dapat dihentikan ataupun dikurangkan, jadi hutang-hutang

Kerajaan Negeri ini dapat dijelaskan, menseimbangkan balik kedudukan

Tanah-tanah Simpanan Melayu ini? Sekian, terima kasih.

Tuan Mohd. Noh bin Rajab: Tuan Yang di-Pertua, kuasa untuk

mengeluarkan tanah rezab Melayu ke tanah status bebas adalah berada

dalam Kerajaan Negeri. Kalau kita dapati bahawa sebuah negeri itu

memang telah banyak mencabut tanah-tanah keluar daripada status ini,

dan gagal untuk menggantikannya dengan secepat mungkin, bagi fahaman

saya perbuatan itu tidaklah berseimbangan dengan apa yang dituntut

oleh status Rezab Melayu itu sendiri atau tujuan untuk mengadakan

ataupun menentukan berapa peratus daripada tanah di negara kita ini

di bawah Rezab Melayu tidak ditepati. Kalau misalannya dengan

senang-senang sahaja tanah itu dikeluarkan dan tidak pula membuat

usaha yang begitu gigih untuk menggantikannya, Kerajaan Pusat dalam

hal ini tidak ada kuasa untuk hendak mengenakan apa-apa tindakan.

TEMBAKAU - PENGELUARAN NEGERI-NEGERI

11. Tuan Haji Ishak bin Arshad minta Menteri Perusahaan Utamamenyatakan:

(a) jumlah pengeluaran tembakau bagi negeri-negeri sejak 1988;

(b) jumlah import tembakau sejak tahun tersebut;

(c) jumlah kuota tembakau mengikut negeri-negeri sejak tahuntersebut;

(d) dari jumlah tersebut berapakah jumlah kuota yang dikhaskankepada pertubuhan peladang, pengawit swsta, persendiriandan lain-lain.

DR 17.12.92 -29-

Tuan Mohd. Noh bin Rajab: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya

menjawab 3oalan ini bagi pihak Kementerian Perusahaan Utama.

(a) Jumlah pengeluaran tembakau bagi negeri-negeri sejak tahun

1988 adalah seperti berikut:

Negeri Pengeluaran(juta kg)

Kelantan 33.28

Terengganu 11.26

Pahang 0.71

Kedah 2.67

Perlis 2.65

Melaka 0.51

Johor 0.10

Negeri Sembilan 0.04

Jumlah 51.22

=====

(b) Jumlah import berbagai jenis tembakau semenjak tahun 1988

sehingga bulan Jun 1992 adalah sebanyak 18.59 juta

kilogram.

(c) Jumlah agihan kuota pengeluaran tembakau kepada

negeri-negeri semenjak tahunl988 adalah sebagaimana

berikut:

DR 17.12.92 -30-

Negeri Agihan Kuota(Juta kg)

Kelantan 31.90

Terengganu 11.64

Pahang I.00

Kedah 2.84

Perils 2.55

Melaka 0.88

Johor 0.15

Negeri Sembilan 0.08

Jumlah 51.04

(d) Jumlah kuota yang telah diberikan kepada Pertubuhan

Peladang, pengawet swasta, persendirian dan lain-lain

semenjak 1988 adalah seperti berikut:

Status KuotaPemilikan (Juta kg)

PertubuhanPeladang 3.24

Perkongsian(Swasta) 43.73

KerajaanNegeri 2.21

Penanam PengawetPersendirian 1.77

Lain-lain 0.09

Jumlah 51.04

Tuan Lim Guan Eng: Tuan Vang di-Pertua, saya hendak bertanya

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen yang tidak ada kena-mengena dan

DR 17.12.92 -31-

berkaitan langsung dengan Kementerian Perusahaan Utama. Adakah

pihak Kerajaan - saya tidak tahu, sama ada beliau tahu atau tidak -

akan mengharamkan pengeluaran tembakau, memandangkan bahawa usaha

yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan baru-baru ini untuk

tidak mengalakkan atau mengharamkan rakyat Malaysia dari merokok

khususnya di Bangunan Parlimcn. Dan kalau ya, Tuan Yang di-Pertua,

apakah usaha yang akan dibuat dari segi pampasan yang akan diberi

kepada pcngeluar-pcngeluar tembakau ini.

Saya juga amat kesal bahawa ada dua Kementerian di mana tidak

ada satu orang Menteri dan Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen

datang....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat.....

Tuan Lim Guan Eng: ..... ke Parlimen ini, ini tidak

serius.....

Timbalan Yang di-Pcrtua [Tuan Haj i Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat....

Tuan Lim Guan Eng: ... mengenai tugas Kerajaan.

Timbalan Yang di-Pcrtua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, cukuplah.

Tuan Lim Guan Eng: Main-main. Tuan Yang di-Pertua, ini

mengenai Dewan Rakyat ialah Dewan......

Timbalan Yang di-Pcrtua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat....

Tuan Lim Guan Eng: .... yang tertinggi, tidak ada seorang

DR 17.12.92 -32-

Menteri Kesihatan ....

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat, cukuplah.

Tuan Lim Guan Eng: ... dan Timbalan Menteri Kesihatan dan

Pcrusahaan Utama datang, apa ini main-main, tak serius?

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat....

Tuan Lim Guan Eng: Saya harap Tuan Yang di-Pertua boleh

mengambil perhatian.

Tuan Yim Chee Chong: Tuan Yang di-Pertua, ini bukan main-main.

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat soalan tambahan?

[Timbalan Menteri Kesihatan [Dato' Mohamed Farid bin Ariffin]

masuk ke dalam Dewan]

Ahli-ahli: [Sorak]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Ya, sila....

Tuan Mohd. Noh bin Rajab: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin

mengingatkan Ahli dari Kota Melaka, bahawa kami di sini mempunyai

tanggungjawab kolektif, kita tidak berperangai macam "pak enau"

dalam belukar, hendak melepaskan pucuk masing-masing. Jadi, kalau-

pun Menteri atau Timbalan Menteri daripada Perusahaan Utama tidak

hadir, itu tidak bermaksud bahawa soalan ini tidak berjawab, kalau

soalan itu relevan, tetapi kalau keluar daripada soalan pokok,

sepertimana yang selalu disuarakan oleh Pembangkang khasnya dari

DR 17.12.92 -33-

parti DAP, ini memang susahlah kerana kadang-kadang kita tidak

faham, macam mana dia boleh berfikir sedemikian. Memang ada tanda-

tanda yang mereka sengaja hendak memalukan, tetapi saya ingin

mengingatkan bahawa ini bukan tempatnya.

Soalan Yang Berhormat tadi berkenaan dengan Kerajaan tidak

menggalakkan rakyat menghisap rokok kerana ini telah terbukti bahawa

perangai ataupun penghisap rokok . itu memanglah satu perkara yang

tidak baik, memudaratkan kesihatan - ini terbukti. Walau bagaimana-

pun, masih ada lagi rakyat Malaysia yang menghisap rokok. Oleh yang

demikian perlu juga dikeluarkan rokok-rokok untuk mereka ini.

Saya diberitahu oleh setengah-setengah penagih rokok ini kalau

mereka telah dapat rokok dan mereka penagih, dia punya tagihan itu

mungkin dilepaskan kepada perkara yang lebih mudarat. [Ketawa]

Saya dimaklumkan, walaupun Kerajaan membenarkan penanam-penanam

tembakau menanam dan menggalakkan juga.....

Ahli-ahli: [Sorak]

Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Ahli-ahli Yang Berhormat bertenang ya - Yang

Berhormat. [Tepuk]

Tuan Mohd. Noh bin Rajab: Macam budak sekolah.

DR.17.12.92 - 34 -

Ini membuktikan kepada Yang Berhormat daripada parti sana

bahawa mereka yang terlibat ada. Tetapi waktu sekarang ini, dua

Dewan sedang berjalan serentak. Oleh yang demikian kami terpaksa ke

sana dan ke sini untuk membuktikan kepada Yang Berhormat yang

berniat jahat itu tadi. Tuhan itu sentiasa bersama dengan orang

yang jujur. [Ketawa]

Kerajaan membenarkan mereka menanam tembakau tetapi dalam

kuantiti yang terkawal. Sebab itu dikenakan kuota. Dan, saya rasa

cukuplah itu Yang Berhormat. [Ketawa]

Tuan Ahmad Shukri bin Haji Hassan: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Mengikut jawapan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tadi

bahawa kita masih mengimport lebih daripada 18 juta tan tembakau,

kalau tidak silap saya. Jadi, mengapakah perlunya kita mengimport

tembakau ini sedangkan pengeluar-pengeluar tempatan mampu mengeluar-

kannya. Sedangkan mereka ini berebut-rebut untuk merebut kuota yang

dihadkan kepada masing-masing.

Tuan Mohd. Noh bin Rajab; Tuan Yang di-Pertua, difahamkan oleh

mereka yang menghisap rokok bahawa tiap-tiap tembakau yang dikeluar—

kan atau daun tembakau yang dikeluarkan itu mengeluarkan rasa yang

berlainan. Jadi untuk memenuhi kehendak.. [Diganggu] Tidak faham-

kah? [Ketawa] Untuk memenuhi kehendak penghisap rokok,maka ada1ah

perlu diadunkan tembakau-tembakau yang ditanam di dalam negeri

dengan tembakau-tembakau Virginia yang diimport daripada luar negeri

dan hasilnya adalah rokok-rokok yang berselerak dijual dalam pasaran

hari ini. Sebab itu masih perlu lagi diimport jenis-jenis tembakau

yang diperlukan. Mengikut kata mereka, "rasa yang diperlukan"

itu. [Ketawa]

DP.17.12.92 - 35 -

Tuan Haji Buniyamin bin Yaakob: Tuan Yang di-Pertua, soalan

tambahan. Dalam jawapan cadi nampaknya negeri Kelantan merupakan

negeri yang tertinggi sekali mengeluarkan tembakau di negara kita

ini. Dan kawasan saya Bachok merupakan kawasan nombor satu

mengeluarkan tembakau.

Saya hendak bertanya kepada Kerajaan adakah Kerajaan bercadang

untuk menambah lagi kuota kepada pengawet-pengawet swasta daripada

negeri-negeri lain dipindahkan kepada Kelantan.

Tuan Mohd. Noh bin Rajab: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa

pandangan Yang Berhormat itu begitu self-interest sekali, biar orang

lain tidak dapat, dia seorang sahaja dapat. Saya rasa Kerajaan

tidak bersama dengan pandangan yang sedemikian.

HOSPITAL BARU SIBU - PEMBINAAN

12. Tuan Robert Lau Hoi Chew minta Menteri Kesihatan menyatakan:-

(a) kedudukan perkembangan terakhir pembinaan Hospital baruSibu; dan

(b) bilakah tarikh sasaran bagi beliau untuk menyelesaikansepenuhnya masalah kekurangan doktor-doktor danpakar-pakar di negara kita secara umumnya, dan Sarawakterutamanya, serta apakah usaha-usaha khususnya.

Timbalan Menteri Kesihaan [Dato' Mohamed Farid bin

Ariffin]: Tuan Yang di-Pertua, [Diganggu] saya berada di Dewan

Negara tadi untuk menjalankan tugas.

DR.17.12.92 - 36 -

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Hospital Baru Sibu sekarang adalah pada tahap 50%

pembinaan dan mengikut jadual pelaksanaan yang telah

ditetapkan. Hospital ini dijangka siap pada bulan

September, 1993.

(b) Mengikut perancangan matlamat Kementerian ini ialah

untuk mencapai kadar di mana satu doktor untuk 1,500

penduduk negara ini pada tahun 2000 dan 2,000 doktor

pakar pelbagai bidang pada tahun tersebut untuk

seluruh negara termasuk Sarawak.

Langkah-langkah yang diambil untuk mencapai matlamat tersebut

ialah:-

(i) menambah tempat belajar di Fakulti Perubatan dalam

bidang-bidang perubatan asas dan kepakaran di

universiti-universiti tempatan;

(ii) menambah bilangan biasiswa pelajar untuk melanjutkan

pelajaran dalam bidang perubatan dan kepakaran di

dalam dan luar negeri;

(iii) meluluskan cuti bergaji penuh atau cuti tanpa gaji

bagi Pegawai Perubatan yang sedang berkhidmat untuk

mengikuti kuraus kepakaran;

(iv) mengadakan Program Pendidikan Lepasan Ijazah yang

lebih baik dan teratur sebagai persediaan untuk

membantu Pegawai-Pegawai Perubatan menduduki

peperiksaan kepakaran;

DR.17.12,92 - 37 -

(v) menarik minat doktor dan pakar untuk terus berkhidmat

dengan Kerajaan dan menambah peluang kenaikan pangkat

dengan mengwujudkan lebih banyak jawatan gred tinggi

dan menyediakan suasana kerja yang lebih baik.

(vi) menerima doktor dan pakar yang bcrsara meneruskan

perkhidmatan secara kontrak dan mengambil pakar-pakar

warganegara asing berkhidmat secara kontrak.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Haji Juhar bin Haji

Mahiruddin]: Yang Berhormat masa untuk Soal Jawab Mulut sudah cukup.

[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan

Jawapan bagi Pertanyaan No. 1 dan 13 hingga 26 akan dimasukkan dalam

naskhah bercetak kelak]

DR.17.12.92 - 38 -

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 1993

DAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN 1993

Javatankuasa

Aturan Uruaan Mesyuarat dibacakan bagi! menyambung semula

pertimbangan atas "Rang Undang-undang Perbekalan 1993 dan Anggaran

Pembangunan 1993 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis". [Hari

Keenambelas]

Majlis bersidang dalam Jawatankuasa.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuaaa]

Maksud B.56 [Jaduall -Maksud P.56 [Anggaran Pembangunan 1993] -

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Kepala

Bekalan B.56 dan Kepala Pembangunan P.56 di bawah Kementerian

Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat terbuka untuk dibahas.

Bayan Baru.

3.36 ptg.Tuan Ahmad bin Nor [Bayan Baru]: Terima kasih kepada Tuan

Pengerusi. Saya ingin menyentuh Bekalan B.56 Butiran 020000 Kebaji-

kan Masyarakat di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan

Masyarakat.

Tuan Pengerusi, saya ingin menyatakan perasaan kesal saya

kerana di dalam Anggaran Belanjawan, Program dan Prestasi Kemen-

terian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat tidak langsung

menyentuh berhubung dengan program/aktiviti bagi warga tua. Ini ada-

lah satu perkara yang saya rasa Kementerian tidak memberi perhatian

secara yang serius.

DR.17.12.92 - 39 -

Tuan Pengerusi, kita semua yang muda jika umur panjang dan

masih hidup akan melangkah ke peringkat warga tua. Tetapi perkara

ini tidak diberi penekanan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan

Pembangunan Maayarakat.

Kita perlu melihat perkara ini dengan serius kerana warga tua

juga adalah sumber tenaga yang penting kerana mereka juga adalah

golongan yang terdiri daripada profesional, golongan yang ada penga-

laman, kemahiran dan mereka ini masih perlu untuk menjalankan

tanggungjawab bagi rakyat dan negara.

Saya rasa, Tuan Pengerusi, kita perlu memberi perhatian bagi

menentukan bahawa warga tua ini akan mendapat tempat yang sewajarnya

dalam masyarakat Malaysia.

Oleh yang demikian saya ingin menyarankan kepada Kementerian

bahawa Kementerian perlu memberi perhatian untuk menyediakan khidmat

sokongan kepada aktiviti-aktiviti projek warga tua seperti membantu

dalam aktiviti persatuan ataupun pertubuhan-pertubuhan warga tua dan

jua untuk memberi pertolongan atau bantuan kepada mereka-mereka yang

masih sihat, yang masih kuat, yang boleh menjadi sumber tenaga dalam

masyarakat kita.

Banyak kita lihat mereka yang masih kuat dan sihat boleh

bekerja tetapi tidak bekerja. Lebih-lebih lagi mereka yang kurang

pendapatan, yang pencen-pencennya rendah, yang kerja dulu dengan

swasta tidak ada pencen, tidak ada pendapatan langsung hanya

bergantung kalau ada keluarga, kalau ada anak-anak yang boleh

memberi bantuan. Kalau tidak ada anak-anak, mereka ini hidup dalam

keadaan daif dan sengsara.

Tuan Pengerusi, yang kedua saya rasa kemudahan yang ada

sekarang untuk warga tua perlu diperluaskan. Kalau hari ini

Kerajaan menawarkan misalannya naik keretapi diberikan tambang

separuh harga, naik kapal terbang MAS dalam negara diberi juga

separuh harga. Dan saya rasa perkara-perkara seumpama ini perlu

diperluaskan. Bagi orang-orang tua yang ingin melawat, melancong

ke luar negara semasa hari tua mereka, maka saya ingin mencadangkan

supaya MAS dapat memberi tambang perjalanan bukan sahaja di dalam

negara malahan ke luar negara dengan separuh harga.

DR.17.12.92 - 40 -

Ini termasuklah juga orang-orang Muslim yang ingin pergi umrah mahu-

puri yang ingin raenunaikan Haji, sekurang-kurangnya sekali dalam

seumur hidup. Saya rasa MAS mahupun Tabung Haji boleh membantu

Kementerian ini dalam melaksanakan satu rancangan yang baik bagi

wargatua. Bagi orang-orang Muslim menunaikan Haji satu perkara yang

wajib. Mereka yang berada mungkin mempunyai kemampuan, tetapi

sekurang-kurangnya mereka yang tidak berada dapat kemudahan membayar

separuh dan raereka yang langsung tidak ad a wang kemungkinan anak-

anak atau keluarga mereka dapat memberikan bantuan dengan separuh

harga jika mereka dibenarkan menaiki MAS untuk menunaikan Haji

semasa musim Haji.

Tuan Pengerusi, yang ketiga, saya rasa warga tua ini perlu

diberi rawatan sama ada rawatan perubatan percuma mahupun separuh

harga. Sepatutnya mereka yang telah banyak berjasa kepada negara

seraasa mereka berumur muda, bekerja berhempas-pulas untuk negara dan-

rakyat dan bila hari tua mereka juga hendaklah dianggap seperti

orang biasa terpaksa membayar bayaran rawatan ataupun perubatan

mahupun dimasukkan ke hospital dengan harga macam orang biasa. Saya

rasa pertimbangan yang sewajarnya perlu diberi supaya warga tua ini

mendapat faedah sama ada bayaran percuma apabila mereka masuk

hospital ataupun mendapat khidmat perubatan ataupun sekurang-kurang-

ny-a dengan separuh harga.

Tuan Pengerusi, selain daripada itu saya rasa pihak swasta juga

perlu memainkan peranan yang penting di dalam membantu warga tua,

DR.17.12.92 - 41 -

kerana klta bercakap sekarang ini tentang dasar ataupun konsep

masyarakat penyayang. Oleh yang demikian, bukan Keraj aan sahaja

perlu memainkan peranan ke arah ini malahan pihak swasta. Oleh yang

demikian bagi menggalakkan warga tua berjalan ke sana sini,

melancong, berehat, maka apa juga yang dimainkan oleh pihak swasta

terutamanya di bidang perhotelan, apabilar warga tua ini melancong,

tinggal di hotel terutamanya di Malaysia ini, mereka patut diberi

kemudahan oleh pihak-pihak hotel untuk dibayar dengan separuh harga

sewa bilik hotel itu. Kita boleh buat perkara ini jika aekiranya

Kementerian sendiri mengambil berat. Kalau Kementerian tidak peka

langsung di dalam program atau aktivitinya berhubung dengan warga

tua, maka saya tidak nampak pihak swasta juga akan memainkan peranan

yang penting ini.

Yang akhir sekali, saya tidak mahu mengambil masa yang panjang,

iaitu saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan menimbang untuk

menubuhkan Majlis Warga Tua Negara iaitu sebagai payung kepada semua

persatuan—persatuan ataupun pertubuhan-pertubuhan wargatua di

seluruh negara. Kita mahu gerakkan warga tua ini supaya dapat

memainkan peranan yang lebih berkesan, yang lebih positif dalam

membangunkan masyarakat negara ini kerana kita perlukan bimbingan

mereka dan kita berharap mereka juga bersedia untuk berkhidmat bagi

kepentingan rakyat dan negara dan dengan demikian, sama ada di

bandar mahupun di luar bandar, orang-orang yang dikatakan warga tua

ini diberi peluang untuk menubuh kesatuan atau pertubuhan masing-

masing dan kita adakan Majlis Warga tua Negara ini sebagai meng-

integrasikan semua pertubuhan ataupun persatuan warga tua di dalam

negara ini. Sekian, terima kasih.

DR.17.12.92 - 42 -

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddln]: Jerai.

3.45 ptg.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Tuan Pengerusi,

saya bangun untuk menyokong peruntukan perbelanjaan bagi Kementerian

Perpaduan Negara.

Tuan Pengerusi, saya ingin membincang tentang Butiran 020000 -

Kebajikan Masyarakat. Seperti yang semua kita telah maklum dan

faham bahawa Badan Kebajikan Masyarakat ini telah memberi bantuan

bulanan kepada orang-orang miskin, orang-orang daif dan orang-orang

yang tidak berkemampuan. Alhamdulillah, syukur. Tetapi saya kira

bantuan tersebut tidak mencukupi dengan taraf hidup pada masa kini.

Masih terdapat banyak lagi orang-orang susah yang berada di luar-

luar bandar dan juga di dalam bandar, janda-janda tua yang kamatian

suami masih lagi berada di dalam keadaan yang amat susah dan daif.

Kadang-kadang anak-anak mereka itu makan sehari sekali, kadang-

kadang anak-anak mereka itu tidak dapat bersekolah dan kadang-kadang

ibu-ibu mereka ini sedang sakit, sedangkan anak-anak mereka patut

berada di bangku sekolah terpaksa keluar mencari nafkah untuk

membantu ibu mereka yang sedang uzur.

Saya kira dalam keadaan Malaysia yang begitu mewah pada hari

ini perlulah kita toleh dan melihat tentang orang-orang kita yang

susah ini. Perlu kita beri bantuan. Kalau kita hendak beri

bantuan.,.

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: [Bangun]

DR. 17.12.9-2 - 43 -

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang

Berhormat, Padang Terap minta jalan.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Ya, silakan.

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Minta penjelasan. Tuan

Pengerusi, semua saya sudah dengar tadi mengenai warga tua.

Sekarang inipun warga tua lagi. Bolehkah Yang Berhormat memberikan

definisi "tua"? Adakah ianya berumur 45 tahun ke atas, atau apakah

dia definisi "tua"? Antara Ahli-ahli Parlimen inipun banyak yang

tua. [Ketawa]

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Tuan Pengerusi, sebenarnya

definasinya ada dua. Yang pertama, warganegara lama dan satu lagi

warganegara tua. Yang warganegara lama ini, seperti yang sudah

pencen tetapi masih berkemampuan, tenaga kuat, fikiran baik lagi,

hidup senang dan bahagia. Yang warganegara tua ini ialah yang saya

percakapkan ini, Tuan Pengerusi. Sudahlah tua, susah pula - ini

definisi sayalah. [Ketawa] Saya tidak tahulah apakah jawapan

Timbalan Menteri nanti. Tadi Ahli Bayan Baru membangkitkan mengenai

warga tua. Sebenarnya warga tua ini termasuklah yang lama ini.

Kadang-kadang kalau kita panggil mereka orang tua, mereka marah,

sebab wajah mereka tua tetapi hati mereka muda. Yang berumur 80

tahun pun kadang-kadang boleh dapat anak lagi. [Ketawa]

Tuan Pengerusi, seperti saya katakan tadi, kalau kita hendak

tolong orang susah, tolong sampai mereka betul-betul boleh hidup

secara sederhana iaitu boleh makan pagi, tengah hari dan anak boleh

pergi ke sekolah, kita bina anak mereka supaya satu hari nanti bila

anak mereka besar, dapat kerja dan boleh membantu ibu mereka.

Selepas itu Jabatan Kebajikan Masyarakat bolehlah menghentikan

DR.17.12.92 - 44 -

bantuan tersebut. Saya mencadangkan supaya Kerajaan adakan rumah

untuk anak-anak miskin ini. Kalau kita dapat tahu di ceruk kampung

mana atau di bandar mana ada anak-anak orang susah yang tidak boleh

bersekolah, Kerajaan ambil anak-anak ini letakkan mereka di suatu

sekolah amal ini dan asuh mereka dengan memberi bantuan perseko-

lahan, pelajaran dan sebagainya supaya mudah-mudahan apabila mereka

berjaya di dalam pelajaran dan berjaya mendapatkan jawatan yang

besar, berjaya berkhidmat, mereka akan balik membantu keluarga

mereka.

Cubalah kita bayangkan kalau anak kita sendiri ataupun kita

sendiri tidak berkemampuan dan anak kita sendiri tidak boleh pergi

ke sekolah, sedangkan. ibu mereka dapat melihat anak-anak orang lain

pergi ke sekolah di siang hari, betapa sedih dan sayunya hati se-

orang ibu itu, beliau tidak dapat memberikan kepada anak mereka apa

yang ibu lain dapat memberi. Begitulah juga bantuan-bantuan kepada

orang-orang susah.

Tuan Pengerusi, bila dekat hujung tahut, bila sekolah hendak

buka - ini bukanlah kita hendak fikir - tetapi bila kita beri

bantuan kalau kita cerita, kita tidak ikhlas - tetapi untuk memberi

ingatan kepada Kementerian Kebajikan Masyarakat. Biasanya seorang

ayah dengan anaknya seramai 6 orang berjumpa Wakil Rakyat dan mem-

beritahu Wakil Rakyat, "Tuan, anak saya tidak boleh ke sekolah esok,

tiada buku, tiada kasut, tiada baju." Cubalah Kementerian fikirkan,

adakah sanggup seorang ayah itu membawa anak-anaknya dan mencerita-

kan kepada seseorang itu yang anak-anaknya susah, yang dianya

DR.17.12.92 - 45 -

susah. Malu seorang ayah untuk raengeluarkan kata-kata tersebut.

Tetapi kerana ingin melihat. anak-anaknya bersekolah dan ingin anak-

anaknya berjaya macam anam orang lain juga, maka beliau sanggup

membawa anaknya datang untuk meminta tolong. Inilah masalah-masalah

yang saya kira Jabatan Kebajikan Masyarakat kena ambil ingatan. Di

kampung-kampung terutama sekali, banyak lagi anak-anak kampung ini

yang susah, yang tidak boleh pergi ke sekolah.

DR.17.12.92 - 46 -

Memang tidak saya nafikan banyak telah Kerajaan beri bantuan,

tetapi hari ini kerana keadaan ekonomi kita yang begitu baik - apa

salahnya kita buat kebajikan kepada bangsa, kepada negara kita ini,

kepada masyarakat yaag susah? Mudah-mudahan dengan doa mereka ini,

negara kita akan bertambah makmur, negara kita akan bertambah maju.

Jadi, kalau boleh, wujudkanlah sekolah-seko1ah untuk anak-anak

miskin. Anak-anak yatim, sekejap lagi saya nak sampai. Untuk anak-

anak miskin kita satukan ataupun kita boleh campur sekali dengan

rumah anak-anak yatira.

Rumah-rumah anak yatira, Tuan Pengerusi, kadang-kadang kita

tengok, dahlah anak-anak itu yatim, rumah itu pun yatim sama. Dok

harap bantuan orang sahaja. Kadang-kadang orang hendak lepas niat

pergi buat kenduri, mereka makan, Tuan Pengerusi, kita tengok pun

naik teriak - 'teriak' itu menangis. Meleleh air mata, Tuan

Pengerusi, cara mereka makan. Saya biasa tengok satu peristiwa

orang mari kenduri di rumah anak yatim, kenduri makan satay, dia

cekak 10 dia kokak sekali, Tuan Pengerusi. Sekali dia kokak satay -

dia gigit. Sekali 10 batang dia pegang. Begitu punya susah. Jadi,

mintalah, berilah bantuan seeloknya. Macam saya kata tadilah, kalau

hendak beri pada orang itu, berilah cukup-cukup. Kalau tidak, tak

usah beri langsung, biar dia hanyut terus pergi. Write-off buang

tak apa. Ini kita beri sekerat, tak beri sekerat, macam mana? Beri

dia pakai kain, tak beri pakai baju, nak suruh dia berjalan, taubat

dia tak berjalan, Tuan Pengreusi. Macam kita pun, macam saya pun

kalau beri seluar, tak beri baju saya tak jalan dah. Jadi, kalau

DR.17.12.92 - 47 -

orang kampung, orang susah, kita kena ingatlah. Kita waktu makan

lunch Holiday Inn, lunch Astana. Di kampung pun tak tentu lagi pada

raasa dan waktu lunch itu. Periuk tak berasap lagi, orang kanpung

kata. Jadi, mana yang senang-senang duduk dalam Dewan ini pun

jangan lupa. Tolong hulur-hulur, tolong sedekah, Doa orang yang

miskin Tuhan makbul , Tuan Pengerusi. Tolong lawat rumah anak yatim,

Timbalan Menteri. Di Yan, saya hendak khabar kawasan saya, Tuan

Pengerusi, kasihan Rumah Budi. Saya sendiri seorang mana larat

hendak berbudi, Menteri kena tolong sama. Beri peruntukan yang

lebih sedikit. Kasihan, bukan saya main-main, cukup susah. Kadang-

kadang buku tak ada, baju.........

Tuan Radin Malleh: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang

Berhormat.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Saya sudah nak habis. -

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Pad as

bangun minta jalan.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Sila.

Tuan Radin Malleh: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Adakah Yang

Berhormat dari Jerai bercadang untuk membuat negara kita Malaysia

sebagai welfare state?

Tuan Haji Badruddin bin Aniruldin: Memanglah Kerajaan Barisan

Nasional ini, sepertimana yang saya kata kelmarin, Kerajaan yang

bertimbang rasa. Welfare untuk orang yang susah. Macam Yang

Berhormat senang, patut Yang Berhormat beri welfare kepada

orang miskin. Bukan Kerajaan mesti beri lagi kepada Yang

DR.17.12.92 - 48 -

Berhormat. Bukankah? Ini khusus untuk orang yang miskin, orang

yang susah. Orang yang, dengan izin, nak 'tak pui' pun tak ada,

Tuan Pengerusi. Beri faham sedikit - 'boh lui', dengan izin.

[Ketawa] ...

Tuan Lau Dak Kee: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Ya, Ipoh

bangun, Yang Berhormat.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Tuan Pengerusi, saya hendak

terus, kerana masa. Sekejap lagi saya beri.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Ipoh minta jalan, 'tan ce,

tan ce, tan ce'. [Ketawa]

Jadi, Tuan Pengerusi, satu lagi fasal orang tua-tua. Kelmarin

Timbalan Menteri bercakap bila saya tanya adakah Kementerian pergi

ambil - kelmarin saya kata 'kutip1 , di Kedah kata 'kutip' . Cuba

kita pergi ambil orang-orang miskin yang duduk berkeliaran di pekan-

pekan. Menteri kata pergi interview. Nak interview apa dengan

orang-orang ini, dia pun tak faham bila kita tanya. Keadaan dia

sendiri sudah pening. Tidur di kaki-lima - tak payah inverviewlah,

ambil mereka ini bubuh di Rumah Orang Tua-tua. Kalau kita pergi

interview orang macam itu, semak perut kita. Kita kata 'A' dia kata

'no', kita kata 'C' dia kata yes, tak pening? Jadi, tak usah dok

interview-interview dah, dia merayau di tepi jalan, dia tidur di

kaki lima, kita ambil. Fasal bila pelancong mai di Malaysia, kita

dok kata Malaysia negara yang bagus, Malaysia negara yang cantik,

Malaysia negara yang mewah, apabila dia melihat rakyat Malaysia

tidur di kaki-lima, rakyat Malaysia dok hulur tangan minta sedekah,

ini akan menjatuhkan imej negara kita. Sedangkan kita ada tempat

untuk meletakkan mereka ini.

DR.17.12.92 - 49 -

Jadi, saya minta pihak Kementerian buatlah kerja lebih sedikit.

Orang-orang yang berkhidmat di Kementerian Kebajikan Masyarakat ini,

insya Allah dapat pahala banyak, mati nanti dia masuk syurga. Tapi

Timbalan Menteri saya tak tahulah - ini orang Islam saya kata,.

Tuan Lau Dak Kee: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang

Berhormat, Ipoh hendak minta jalan.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Okay, fasal member.

Tuan Lau Dak Kee: Terima kasih kawan baik saya ini. Saya

hendak tahu sama ada Yang Berhormat setuju atau tidak kerana dalam

ucapan Yang Berhormat itu telah menyentuh beberapa keadaan yang

mungkin tidak dapat didengar di Dewan ini, mungkin tidak pernah di-

dengar oleh khasnya kepada Timbalan Menteri atau Menteri sendiri,

maka bolehkah Yang Berhormat bersetuju dengan saya, kerana keadaan

yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat itu disebabkan Kementeriannya

tidak menjalankan tugasnya yang dengan sepenuh-penuhnya dan amanah

kepada Kementeriannya tidak dapat ditunaikan dengan puaa hati? Ada-

kah itu benar?

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Sebenarnya Yang Berhormat

dari Ipoh ini silap dengar dan silap faham. Saya sudah kata tadi,

buat kerja elok dah, bantuan bagi dah. Yang saya bercakap kuat ini

minta tambahan. Minta tambahan, minta bantuan lebih sedikit.

[Bercakap Bahasa Cina] [Ketawa] dengan izin.

Tuan Pengerusi, inilah yang saya nak khabar. Jadi, saya minta-

lah, tolong. Kita tengok Amerika Syarikat, sebuah negara yang dunia

luar tengok dia kata cukup bagus, giant, polis dunia, Amerika

Syarikat, Tetapi apabila kita pergi ke Amerika Syarikat, kita boleh

DR.17.12.92 - 50 -

tengok pengemis-pengemis dok ada di kaki-lima, gantung kad "please

help me, I am homeless", "please help me, I am hungry", dengan

izin. Itu Amerika Syarikat. Jadi, Malaysia ini sebuah negara yang

saya kira cukup baik daripada Amerika Syarikat. Amerika Syarikat

dianggap indah khabar dari rupa. Kita indah khabar dan indah rupa

dan indah segala-galanya, kecuali 'Ipoh mali' [Ketawa] dengan izin.

Tuan Lau Dak Kee: 36(6) ini sangkaan jahat. Ini betul-betul

sangkaan jahat.

Tuan Haji Badruddin bin Aniruldin: Ipoh mali [Bercakap dalam

bahasa Cina]

Tuan Lau Dak Kee: [Bercakap dalam bahasa Cina] [Ketawa]

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan [Dato' Haji Fauzi

bin Haji Abdul Rahman: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang

Berhormat Setiausaha Parlimen...

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bercakap dalam bahasa

Cina]

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua,

Aturan Peraturan Mesyuarat. Saya ingat kita dibenar bercakap dalam

Bahasa Melayu. [Ketawa] Saya tak tahu sama ada dalam Aturan

Peratuan Mesyuarat, Tuan Pengerusi boleh beri kebenaran bercakap

dalam bahasa lain daripada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Yang

Berhormat kedua-dua jangan cakap bahasa Cina. [Ketawa]

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Terima kasih. Saya balik

kepada Bahasa Malaysia. Tadi hendak membetulkan keadaan, Tuan

Pengerusi.

DR.17.12.92 - 51 -

Jadi, saya haraplah kalau boleh Kementerian Kebajikan Masya-

rakat dan Timbalan Menteri yang ada pada hari ini saya kira orang

yang memahami kesusahan. Kadang-kadang bila kita senang, kita tak

faham macam mana orang susah. Sedangkan orang susah ini memanglah

kadang-kadang dia hendak menangis pun rasa tidak ada air mata untuk

mengalir.

Jadi, inilah saya kira satu lagi saya harap Pusat Pemulihan

Pengemis ini - pengemis ini sebenarnya setengahnya yang betul susah,

yang tak ada kaki, kadang-kadang tahgan tak ada. Kadang-kadang

kebanyakan wanita yang kita tengok ini suaminya nakal sedikit, dia

tinggal begitu sahaja. Bila susah anak-anak ini, apakah pemikiran

kita, macam mana kita hendak pulihkan mereka. Takkanlah hendak beri

menikah dengan orang lain, tak boleh juga. Kita kena beri satu

bantuan ekonomi. Kita kena beri mereka berlatih. Kalau ibu-ibu,

beri bantuan mesin, beri dia mesin menjahit, kemudian tolong pasar-

kan benda-benda ini. Kita tak mahulah lihat - saya cukup sedih

kalau melibat bangsa Malaysia ini berkeliaran dalam pekan menghulur

tangan meminta sedekah, sedangkan kita tengah makan, cuba tuan-tuan

fikirlah, bukan saya hendak merayu sedang kita makan, dan seorang

lagi sahabat kita, bangsa kita Malaysia ini dok sebelah kita hulur

tangan minta sedekah. Kita ini dok makanlah kadang-kadang fish and

chip, kadang-kadang burger, kadang-kadang sebaik-baik makan dia mai,

dia sua tangan, dia minta sedekah. Jadi, macam mana perasaan kita.

Dia pun nak makan macam kita makan juga, Tuan Pengerusi. Dia pun

nak senang macam kita senang juga, tapi nasib dia malang ditakdirkan

sedemikian.

Jadi, saya kira kita sebagai rakyat Malaysia, rakyat yang ber-

tanggungjawab, rakyat yang mempunyai sifat mengasihani di antara

satu sama lain, kita perlu mempertingkatkan bantuan.

DR.17.12.92 - 52 -

Kerajaan perlu memberi bantuan yang sebanyaknya yang boleh

untuk kita tolong mereka ini, survival mereka ini untuk hidup dan

untuk anak-anak bangsa mereka ini. Generasi-generasi ini dapat

terus hidup dan membantu balik orang-orang yang miskin.

Tuan Pengerusi, dengan demikian, saya menyokong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi [Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin]: Nilam

Puri.

4.01 ptg.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu [Nilam Puri]: Tuan Pengerusi, saya

ingin menyentuh 020000 - Kebajikan Masyarakat secara umum.

Percama hal anak-anak Bosnia ' yang dipelihara di Malaysia

sekarang. Mereka ini datang ke sini bukan di atas sukarela

mereka. Mereka datang kerana negara mereka dilanda dengan keganasan

Serbia. Oleh itu, mereka yang datang ke sini hendaklah dididik

dengan baik kemudian pula hendaklah dikekalkan dalam jiwa mereka,

ditanamkan semangat jihad, semangat berjuang yang tinggi supaya

mereka sentiasa ingatkan negara mereka untuk mereka berjuang

membebaskan bumi mereka daripada dijajah oleh kaum Serbia.

Kita lihat seperti pelarian-pelarian dari Afghanistan yang

berada di Pakistan, yang berada di Iran, bagaimana di kem-kem

pelarian itu mereka menanamkan semangat jihad sehingga mereka ini

mampu menghadapi Tentera Rusia yang kuat. Begitu juga soal

Palestine, walaupun sejak dari tahun 1948, mereka dihalau dari

DR.17.12.92 - 53 -

kampung halaman. Bagaimana dalam khemah-khemah tahanan mereka di-

tanamkan semangat jihad, semangat untuk merampas semula tanah air

mereka, kembali ke tanah air mereka sehingga sekarang semangat

perjuangan rakyat Palestine tetap tinggi dan walaupun kita lihat

sekarang ini PLO kurang terkenal kerana dasar sekular yang diamal-

kan, tetapi muncul pula golongan Hamas, golongan jihad Islam atau

golongan Hisbullah yang terus terapi, ataupun jiwa atau semangat

jihad yang kuat untuk berjuang melawan Israel yang merampas tanah

mereka. .

Kita harap anak-anak Bosnia yang ada di Malaysia ini tidak

dibawa untuk melihat keindahan Dataran Merdeka, keindahan makanan

Kentucky Fried Chicken, kemudian mereka lupa siapa mereka. Sedang-

kan sebenarnya mereka datang ke sini, singgah sementara, untuk di-

beri bekalan jihad, untuk mereka balik berjuang terus untuk memer-

dekakan ataupun mendaulatkan kembali negara mereka yang diporak-

porandakan oleh Serbia yang disokong oleh beberapa negara di Barat

itu.

Yang kedua, soal anak luar nikah yang ramai sekarang ini

dipungut di tepi-tepi jalan, di tong-tong sampah dan kemudian mereka

ini dibesarkan oleh pihak Kementerian ini di tempat-tempat

perlindungan kanak-kanak. Kemudian ada ibu bapa yang tidak ada anak

menawarkan untuk memelihara anak-anak ini. Saya haraplah, kalau

hendak beri anak-anak ini pun biarlah setelah mereka agak besar

sedikit iaitu berumur kira-kira 6, 7 bulan ataupun setahun lebih.

Kita boleh kenal dia ini bangsa apa ibu bapanya dahulu. Kita boleh

DR.17.12.92 - 54-

kenal dan kita haraplah kalau orang itu dahulunya ibu bapanya ber-

agama Islam, jangan terlepaslah anak-anak itu ke tangan ibu bapa

yang bukan Islam. Anak-anak itu suci. Yang jahatnya ialah mak

bapaknya.

Oleh itu, anak-anak itu janganlah jatuh ke tangan orang-orang

yang tidak bertanggungjawab ataupun akidah anak-anak itu yang

berasal mak bapaknya Islam itu akan juga jatuh ke tangan orang

Islam. Oleh itu, kita harap berhati-hati dalam memberi ataupun

orang yang memohon untuk ambil anak angkat ini sebab kadang-kala

kita dapati ada komplen, iaitu anak-anak orang Islam itu terlepas ke

tangan orang bukan Islam. Kadang-kadang ibu bapa itu insaf, 10

tahun, 20 tahun kemudian dia hendak tuntut balik anak itu, didapati-

nya anaknya itu sudahpun bukan beragama Islam, mak a dia hendak

tuntut pun, dia. tidak jadi untuk. menuntut anak itu kerana dia dapati

telah bertukar agama dan terlepas ke tangan orang lain.

Perkara yang ketiga yang saya ingin sentuh ialah apa yang

berlaku di Amerika Syarikat hasil daripada mereka mengejar kemajuan

kebendaan sehingga tatasusila kekeluargaan dilanggar oleh mereka.

Ibu-ibu bekerja seperti lelaki dan juga tuntutan sama hak dan sama

taraf yang kadang-kalanya kita terperangkap. Tetapi akhirnya

sekarang ini di Amerika Syarikat, Persatuan Wanita telah berkempen

kembali dengan satu slogan baru - "Mother for Child" iaitu "Mak

adalah untuk Anak".

DR.17.12.92 - 55 -

Setelah mereka melihat kepincangan yang berlaku dalam

masyarakat Amerika, ramainya anak-anak yang melarikan diri daripada

rumah dan juga keruntuhan akhlak yang menjadi-jadi, oleh itu, ada

gerakan yang kuat sekarang ini termasuk gerakan menentang abortion,

menentang pengguguran, slogan "Mother for Child" sedang mendapat

tempat dalam rakyat Amerika sekarang ini.

Oleh itu, kita yang belum terlanjur seperti mereka dalam negara

menuju kepada industri ini, kita harap peranan ibu itu dapat

dikembalikan sebagai peranan ibu. Kita tidak melarang ibu-ibu

bekerja, tetapi kalau boleh kita mengharapkan tuntutan Perlembagaan

atau tuntutan kehendak ILO iaitu kalau boleh, kaum wanita bekerja

hanya setakat 10.00 malam. Mesti difikirkan secara serius supaya

ibu-ibu ini di malam hari berada bersama anaknya. Begitu juga cuti

bersalin kepada ibu-ibu. Harap diperjuangkan oleh Kementerian ini,

yang Menterinya seorang wanita yang jaguh memperjuangkan hak wanita

supaya diberi cuti 60 hari paling kurang untuk membesarkan anak

itu. Ingat, kepincangan yang berlaku di Amerika dan negara Barat,

kalau kita ikut seperti mereka, kita akan terjerumus seperti itu dan

kepincangan masyarakat ini sedang kita rasai sekarang. Kita lihat

dalam suratkhabar, hari-hari disiarkan orang lari dari rumah, anak-

anak dibuang di tepi jalan dan sebagainya.

Oleh itu, kita kena perbetulkan balik. Konsep ibu untuk

memelihara anak itu perlu dipertegaskan, kadang-kadang melalui

perasaan. Memang kita mahu, lelaki dan wanita itu sama. Memang

DR.17.12.92 - 56 -

sama di sisi Allah s.w.t. tetapi peranannya tetap ada perbezaan.

Kalau tidak ada perbezaan, ia tidak dipanggil lelaki. Jaguh macam

mana pun lelaki itu, satu perkara yang dia tidak boleh buat ialah

beranak. Saya tidak boleh beranak. Biarlah isteri saya itu beranak

yang ke berapa pun, kita kasihan. Kita tidak kata, "Wahai isteriku,

biarlah anak yang kelima nanti, aku peranakkan". Tidak boleh.

Sebab beranak adalah tugas wanita. Ini pemberian Tuhan yang perlu

kita jaga. Ralau kita rosakkan kepincangan ini, maka akan berlaku-

lah kepincangan masyarakat yang berlaku di negara Barat. Oleh itu

"Mother for Child" yang dikempen di Amerika sekarang ini, kita tidak

perlu kempen itu lagi, hanya perbetulkan balik kepincangan yang ada

di dalam masyarakat kita kerana kita terlalu meletakkan kebendaan

sebagai matlamat.

Seterusnya, mereka yang ditangkap dan diletakkan di bawah

Kebajikan Masyarakat. Rita lihat sekarang ini, ada di antara mereka

terutama sekali para pelacur yang ditahan dan dididik di Pusat-pusat

Akhlak ini, apakah sistem pelajaran yang diberi kepada mereka?

Sebab ada di antara mereka, yang selepas dikeluarkan daripada Pusat

ini, kembali menjadi pelacur. Sudah tentu didikan kepada mereka

barangkali tidak cukup ataupun cara didikan kepada mereka itu tidak

membawa mereka kembali untuk menginsafi perbuatan mereka yang lalu.

Memang ada berbagai-bagai agama di situ. Tetapi yang beragama Islam

sendiri ada yang selepas daripada Pusat-pusat Pendidikan ini, mereka

kembali menjadi pelacur.

DR.17.12.92 - 57 -

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Saya harap guru-guru agama yang profesional boleh dibawa untuk

mengajar mereka ini supaya mereka betul-betul insaf bahawa perbuatan

melacurkan diri mereka itu adalah satu perbuatan yang jijik dan

tidak disukai oleh masyarakat. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keatl: Ya, Hulu SeLangor.

4.09 ptg.

Tuan G. Palanivel [Hulu Selangor]: Terima kasih, Tuan

Pengerusi. Saya ingin berucap mengenai Maksud 56, Butiran 020000 -

Kebajikan Masyarakat serta Butiran 050000 - Kependudukan dan

Pembangunan Keluarga dengan sekaligus.

DR.17.12.92 -58-

Tuan Pengerusi, saya ingin menghadkan ucapan saya kepada satu

topik sahaja iaitu kebajikan orang-orang tua ataupun warga tua

sebagaimana yang disebutkan tadi oleh rakan-rakan saya. Keadaan

hidup yang giat meningkat di Malaysia dijangka akan menyebabkan

rakyat Malaysia hidup dengan umur yang lebih panjang lagi.

Tuan Pengerusi, dalam tahun 2000, jumlah penduduk orang-orang

tua yang herumur 50 tahun ke atas di Malaysia dijangka bertambah

seramai 1,862,200 orang. Ini bermakna ramai orang akan hidup dalam

usia yang panjang. Untuk menghadapi keadaan ini, kita seharusnya

membuat persiapan yang lengkap termasuk di bidang kesihatan.

Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat perlu

bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan demi untuk menentukan

agar semua hospital di negara ini mempunyai pegawai-pegawai

kesihatan serta jururawat-jururawat yang dilatih dalam penjagaan

orang-orang tua. Saya difahamkan bahawa pada masa sekarang fakulti-

fakulti perubatan serta pusat-pusat latxhan jururawat dan pern bantu

hospital tidak banyak memberi perhatian kepada geriatrology dan

geriatric care dalam kurikulumnya.

Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat perlu

mengambil berat tentang perkara ini dengan Kementerian Kesihatan dan

juga pihak pendidikan. Orang-orang tua memerlukan penjagaan dan

rawatan yang lebih balk dan lebih special. Dalam pada itu, masalah

yang dihadapi oleh orang-orang tua di bandar mungkin akan berbeza

dengan maaalah orang-orang tua di kawasan luar bandar dan sektor

perladangan , umpamanya dalam hal kemudahan pengangkutan .

DR.17.12.92 -59-

Kementerian Perpaduan Negara dan Pernbangunan Masyarakat yang

berkomited membentuk masyarakat penyayang perlu memberi perhatian

yang lebih berat mengenai kebajikan orang-orang tua. Sudah sampai

masanya Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat

mencari jalan yang lebih inovasi untuk bekerjasama dengan pihak

Kementerian Kesihatan, hospital-hospital daerah dan juga hospital-

hospital ladang.

Kementerian Pembangunan Masyarakat mesti memperkenalkan idea

membentuk unit-unit kesihatan khas untuk orang-orang tua di

hospital-hospital Kerajaan. Keraenterian Perpaduan Negara dan

Pembangunan Masyarakat juga boleh bekerjasama dengan pihak

Kementerian Kesihatan dan badan-bandan yang bukan Kerajaan dalam

usaha mengadakan perkhidmatan jururawat rumah, atau dengan izin,

home nursing service.

Tuan Pengerusi, memandangkan jumlah penduduk orang-orang tua

akan bertambah, kita perlu merangka satu dasar kebangsaan mengenai

kebajikan orang-orang tua. Dasar ini mesti meliputi perkara-

perkara pekerjaan, sosial, rawatan dan kemudahan-kemudahan yang

lain. Dengan ini saya tidak mengatakan bahawa masalah orang-orang

tua perlu dipindahkan daripada ahli-ahli keluarga kepada Kerajaan,

tetapi institusi keluarga perlu diberi sokongan supaya keperluan-

keperluan sudah sedia ada untuk orang-orang tua apabila diperlukan.

Satu sistem sokongan atau, dengan izin, support system yang meliputi

kemudahan insurans, rawatan dan perumahan perlu diwujudkan untuk

menggalakkan sesuatu keluarga menunaikan tanggungjawabnya terhadap

orang-orang tua .

DR.17.12.92 -60-

Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakac

hendaklah bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan untuk

mendapat pengecualian cukai pendapatan yang lebih banyak lagi bagi

keluarga-keluarga yang menjaga orang-orang tua. Selain daripada

pengecualian cukai yang diberi sekarang, pengecualian cukai juga

hendaklah diberi untuk perbelanjaan yang berlaku kepada seseorang

yang menghantar ibu bapanya yang tua raelawat ke dalam atau ke luar

negeri juga.

Dari segi falsafah dan komitmen, berdasarkan konsep masyarakat

penyayang, Kemencerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat

perlu mengambil berat mengenai peranannya dan ia tidak boleh hanya

menjadi pengawal rumah-rumah orang tua. Kita perlu bersedia untuk

memberi penjagaan yang baik kepada orang-orang tua yang semakin

bertambah. Sebagaimana yang saya katakan tadi, dalam tahun 2000,

akan terdapat kira-kira 1,862,000 orang-orang tua. Sekiranya mereka

terdiri dari golongan pesara yang tidak berpuas hati ataupun tidak

mempunyai social security yang terjamin ataupun golongan yang tidak

mempunyai suara, mereka tidak akan mengundi untuk kita.

Dari segi politik pun, Kerajaan mesti menjaga kebaikan orang-

orang tua. Adalah sangat mudah menawan hati orang-orang tua, adalah

juga senang untuk menyakiti hati mereka. Apa yang saya khuatir

ialah masalah golongan ini boleh diketepikan dengan mudahnya

berbanding dengan isu-isu semasa yang lain. Yang demikian, saya

menggesa Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan

Kerajaan mengambil berat tentang keperluan orang-orang tua dengan

lebih serius dalam konteks masyarakat penyayang.

Dengan ini, saya menyokong. Sekian, terima kasih.

DR.17.12.92 -61-

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Bukit Mertajam.

4.17 ptg.

Tuan Chian Heng Kai [Bukit Mertajam]: Tuan Pengerusi, Butiran

020000 - Kebajikan Masyarakat.

Tuan Pengerusi, saya juga menyokong apa yang dicadangkan oleh

rakan saya, iaitu Yang Berhormat dari Bayan Baru berkenaan dengan

warga tua. Tetapi di samping itu, saya ingin menyentuh sedikit

perkara berkenaan dengan warga tua yang umurnya lebih daripada 70

tahun.

Tuan Pengerusi, pada masa sekarang saya ingat sunggguhpun kita

ada rumah orang-orang tua di merata-rata tempat, tetapi nampaknya

kemudahan di rumah orang-orang tua itu tidak begitu lengkap dan

bantuan kepada orang tua itu pun cidak cukup. Jadi saya berharap

perkara ini boleh diarabil berat oleh Menteri berkenaan.

Tuan Pengerusi, satu perkara yang saya ingin bangkitkan di sini

iaitu berkenaan dengan masyarakat kita sekarang sedang menghadapi

sacu masalah yang agak serius; iaitu berkenaan dengan orang-orang

yang ada kerja, tetapi . di rumahnya ada ibu bapa yang agak tua.

Apabila kita pergi bekerja, ibu bapa yang umurnya agak tua itu iaitu

melebihi 70 tahun itu, mungkin tidak ada orang menjaga mereka dan

mungkin mereka raengalami apa-apa kemalangan yang berlaku di rumah

sendiri dan tidak ada orang yang sedar kerana anak-anak mereka eelah

pun pergi bekerja.

Oleh kerana itu, saya mencadangkan di sini supaya Kerajaan

boleh menubuhkan atau mendirikan pusat-pusat untuk menjaga orang-

orang tua ini. Mungkin pusat itu boleh kita kenakan bayaran, dan

DR.17.12.92 -62-

kita boleh kutip bayaran daripada anak mereka supaya ibu bapa itu

dapat mengelakkan kemalangan yang berlaku apabila anak mereka pergi

bekerja dan mereka dua orang sahaja duduk di rumah, dan tidak ada

orang lain untuk berbual-bual dan sebagainya. Saya ingin utarakan

cadangan ini kepada Kerajaan.

Tuan Pengerusi, berkenaan dengan perpaduan negara, iaitu

Butiran 030000, nampaknya sungguhpun nama Kementerian ini ada

mengandungi perkataan "Perpaduan", tetapi selama ini saya ingat

perkara perpaduan khasnya antara pelbagai kaum tidak begitu berjaya

bagi Kementerian ini. Saya selalu menerima aduan bahawa apabila

pihak Polis menjalankan tugaa, mereka hanya mengambil tindakan ke

atas satu golongan tertentu sahaja.

DR.17.12.92 -63-

Tuan Pengerusi, mungkin ini tidak benar dan mungkin ini ada

benar, tetapi perkara ini memang ada wujud dalam masyarakat kita.

Jadi saya berharap perkara ini boleh diambil kira supaya kalau tidak

benar, kita mahu menerangkan kepada masyarakat kita bahawa perkara

ini tidak benar. Tetapi kalau kita tidak memberi penerangan,

mungkin ini akan menjejaskan perpaduan dalam negara kita. Saya juga

bercadang di sini supaya Kementerian ini memberi cadangan kepada

Kementerian Dalam Negeri supaya apabila seorang memohon bagi

kewarganegaraan, uj ian Bahasa Malaysia boleh dihapuskan. Walaupun

kita mengakui iaitu Bahasa Malaysia ialah sangat penting bagi negara

kita, tetapi soal taat setia bukan, dengan izin, depends on Bahasa

Malaysia sahaja. 0leh kerana ada ban yak pemohon bagi kewarga-

negaraan adalah orang tua dan mereka tidak begitu faham atau tidak

begitu fasih dalam Bahasa Malaysia ini. Jadi saya ingat ini tidak

seharusnya jadi satu halangan untuk meluluskan permohonan mereka

sebagai warganegara.

Tuan Pengerusi, yang akhirnya saya ingin menyentuh Butiran

040000. Di sini saya ing in bertanya bilakah Akta Keganasan

Rumahtangga boleh dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Oleh

kerana, Akta ini telah dijanji, apa yang saya fahamlah, oleh

Menterinya bahawa ianya akan dibentangkan dalam Mesyuarat Dewan kali

ini. Tetapi nampaknya sehingga hari ini Akta ini tidak ada

dibentangkan. Akta ini adalah sangat penting untuk menjaga

keganasan yang sering berlaku di rumahtangga, yang mana mungkin

isteri kena pukul , dan untuk kita melindungi wanita, Akta ini

DR.17.12.92 -64-

harusiah dibentangkan. Perkara ini telah dibincang begitu lama,

tetapi sehingga hari ini nampaknya tidak ada kesan di sini. Jadi

saya berharaplah Timbalan Menteri boleh beri satu janjian bahawa

Akta ini akan dibentangkan dalam Dewan yang akan datang, mungkin di

bulan Mac.

Dengan ini saya mengucapkan terima kasih. Sekian.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Sungai Petani.

4.24 ptg.

Che Ibrahim bin Mustafa [Sungai Petani]: Tuan Pengerusi , terima

kasih. Saya akan membahaskan sekaligus tentang Butiran 020000 -

Kebajikan Masyarakat dan Butiran 040000 - Hal Ehwal Wanita. Akibat

daripada perkembangan perindustrian yang semakin pesat dan tumbuhnya

industri di negara kita seperti cendawan di musim hujan, maka akhir-

nya berlakulah penghijrahan yang herduyun-duyun daripada anak-anak

muda kita daripada luar bandar ke bandar untuk memburu pekerjaan di

kota-kota dan penghijrahan ini secara tidak langsung telah menimbul-

kan berbagai masalah sampingan yang jika kita memberikan perhatian

yang sewajarnya akan menimbulkan kerumitan yang amat sukar untuk di-

selesaikan akhirnya. Majoriti atau kebanyakan pekerja-pekerja ini

adalah wanita yang di seluruh Malaysia menjangkau ke angka hampir

200,000 orang dan mereka ini tertumpu di bandar-bandar yang utama di

Johor Bahru, Pulau Pinang dan juga Petaling Jaya. Di Sungai Petani

saja, iaitu di kawasan saya, jumlah pekerja-pekerja kilang di

kawasan perindustrian telah menjangkau ke angka 24,000 orang dan

DR.17.12.92 -65-

di seluruh negeri Kedah menjangkau ke angka hanpir 40,000 orang, dan

apa yang berlaku ialah masalah keruntuhan moral, masalah

penyelewengan masa, keruntuhan akhlak dan sebagainya.

Berdasarkan fakta-fakta yang boleh disahkan telah berlaku kelahiran

anak-anak luar nikah terutama di kalangan wanita-wanita Melayu

sendiri yang melebihi hampir 150 hingga 200 orang setahun. Maka ini

adalah suatu yang serius, saya anggap, akibat daripada berlakunya

cultural shock, akibat berlakunya pertembungan budaya antara budaya

desa yang segala-galanya terkongkong dengan budaya kota, budaya

bandar yang terdedah, bebas, lepas dan sebagainya. Maka kita meng-

hadapi masalah ancaman moral yang baru kepada anak-anak muda kita

terutamanya wanita-wanita.

Saya berpendapat Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan

Masyarakat perlu memberikan tumpuan yang khusus kepada masalah-

masalah ini sekiranya kita tidak mahu masalah-masalah ini berlarutan

yang akan akhirnya lambat-laun kita juga akan menerima padah dan

akibatnya.

Jadi untuk itu, saya cadangkan supaya institusi-institusi

sementara wajar ditubuhkan bagi menempatkan wanita-wanita ini.

Wanita-wanita yang datang daripada luar bandar ini bagi ditempatkan

di institusi-institusi sementara untuk memberikan masa penyesuaian

untuk mereka menyesuaikan dengan alam persekitaran, alam kerja,

dengan persekitaran tempat tinggal dan sebagainya. Institusi

penempatan ini sewajarnya boleh dilaksanakan, dijalankan dan

DR.17.12.92 -66-

diuruskan oleh Kementerian itu sendiri ataupun dengan kerjasama

pihak berwewenang yang lain, misalnya pihak majikan, pihak kilang

ataupun Perbadanan-perbadanan Kemajuan Negeri. Ini saya ingat

adaLah satu cara penyelesaian jangka panjang untuk kita menyelesai-

kan masalah ini. Kita tidak mahu anak-anak mud a kita di kilang

yang dulunya terperosok jauh di desa dan kini berkubu di kilang-

kilang menjadi robot yang hanya bekerja daripada pagi sampai petang

dengan tidak tahu apa yang berlaku di persekitarannya. Ini adalah

sangat penting aupaya pihak Kementerian mengambil seauatu tindakan

sekurang-kurangnya untuk mengatasi masalah yang saya rasa kian men-

desak.

Kemudian, perkara yang kedua, Tuan Pengerusi, ialah tentang

masalah rumah penempatan orang-orang tua di kawasan saya di Kampung

Padang Salim, Kota Kuala Muda. Saya rainta pihak Kementerian melaku-

kan sesuatu tindakan untuk raenyelesaikan masalah rumah penempatan di

Karapung Padan Salim, Kota Kuala Muda yang sudah lama terbengkalai,

Dianggarkan bahawa RM45,000 telah diperuntukkan untuk membina rumah

ini dan apa yang malangnya setelah hampir bertahun-tahun tidak ada

kemajuan yang berlaku, tidak ada tindakan sesuatu yang diambil dan

akhirnya rumah yang kita hendak tempatkan, rumah orang-orang tua itu

akan menjadi sarang anak-anak muda menagih dadah, rosak, dan akan

dimusnahkan oleh serangga. Saya risau setahun dua lagi rumah yang

kita mempunyai cita-cita murni ini akhirnya akan musnah dan runtuh

dan terbiar beg itu sahaj a. Saya minta perhatian khusus daripada

Kementerian untuk mengatasi masalah ini. Sekian, terima kasih.

DR.17.12.92 -67-

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Sungai Best.

4.30 ptg.

Tuan Tan Kok Wai [Sungai Besi] : Tuan Pengerusi, saya ingin

membangkitkan masalah orang-orang cacat yang selama kini menderita

dalam kesepian (suffering in silent), terbiar dan cidak diberikan

perhatian berat oleh masyarakat, apatah lagi slogan Masyarakat

Penyayang yang tidak memberikan penekanan yang khusus bagaimana

hendak membaiki kehidupan orang-orang cacat.

Saya ingin membangkitkan tentang kesulitan dan kesukaran orang-

orang cacat, seperti cacat penglihatan dan cacat anggota. Mereka

menghadapi kesulitan untuk memasuki bangunan yang tidak ada

kemudahan bagi orang-orang cacat, seperti tangga bagi orang cacatdan

tandas bagi orang cacat. Dalam hal ini saya ingin merujuk Undang-

undang Kecil Bangunan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 yang

baru diwartakan, yang memberi tempoh selama 3 tahun bagi pemilik

bangunan menyediakan kemudahan untuk memasuki dan keluar dari

bangunan. Tetapi saya merasa sangsi terhadap undang-undang kecil

ini .

Dalam hal ini saya ingin menunjukkan bahawa undang-undang kecil

ini mengadakan peruntukan yang membolehkan Datuk Bandar memberi

pengecualian kepada para pemilik bangunan daripada menyediakan

kemudahan bagi orang cacat. Malangnya tidak dinyatakan juga apakah

asas bagi pengecualian tersebut dan saya bimbang pengecualian ini

disalahguna dan menyebabkan orang cacat terus diketepikan.

DR.17.12.92 -68-

Bagaimanakah keadilan boleh terjamin dalam perkara ini? Saya harap

Timbalan Menteri dapat memberi satu jawapan. Ini adalah satu

kelemahan daLam undang-undang kecil yang mana jika Kerajaan tidak

serius untuk membantu orang-orang cacat dalam semangat yang selaras

dengan masyarakat penyayang dan Wawasan 2020, maka undang-undang

kecil seperti ini tidak mendatangkan apa-apa kesan untuk membantu

golongan cacat.

Saya juga ingin bertanya sama ada Yang Berhormat Timbalan

Menteri juga akan beritahu saya sama ada Kementeriannya akan

menyelaras dengan Kementerian yang Lain supaya Akta Undang-undang

Kecil Bangunan ini juga akan dikuatkuasakan di negeri-negeri yang

lain.

Adalah penting sebuah Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi

memastikan para pemilik bangunan bagi mematuhi arahan Undang-undang

Kecil Bangunan ini dalam menyediakan kemudahan dan kelengkapan bagi

orang-orang cacat. Saya bercadang ahli-ahli Jawatankuasa harus

terdiri dari wakil-wakil persatuan orang-orang cacat, kebajikan,

pertubuhan pengguna, persatuan arkitek, jurutera dan sebagainya yang

dapat membantu menjadikan Jawatankuasa itu berkesan.

Haruslah diingatkan bahawa orang-orang cacat juga memberi

sumbangan kepada negara ini seperti membayar cukai pendapatan dan

daya pengeluaran, tetapi mereka tidak menerima faedah seperti yang

diperolehi oleh rakyat yang sempurna anggota. Bangunan pejabat

Kerajaan, supermarket, bank, pengangkutan awam dan lain- lain

tempat-tempat awam seperti post office, perpustakaan, tempat-tempat

rekreasi, panggung wayang, hotel, restoran dan sebagainya hanya

DR.17.12.92 -69-

banyak memberi kemudahan dan keseiesaan kepada rakyat yang sempurna

anggota, tetapi bagi orang cacat, mereka seolah-olah diketepikan.

Oleh kerana negara semakin bertambah maju, maka golongan cacat tidak

harus ketinggalan dibelakang.

Apa yang saya perhatikan bahawa hanya Hospital Besar, Lapangan

Terbang Antarabangsa nampaknya yang ada menyediakan kemudahan untuk

orang cacat seperti tandas, ram dan lain-lain. Kica tidak boleh

membiarkan orang-orang cacat tinggal di rumah sahaja sedangkan

mereka mempunyai kebolehan dan kepandaian untuk bekerja, tetapi

kerana ketiadaan kemudahan bagi mereka menyebabkan mereka diketepi-

kan. Mereka hendaklah diberi peluang menikmati peluang kehidupan

asas yang mencukupi untuk mereka sepertimana yang diterima oleh

orang biasa, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan

Persekutuan. Malah apa yang berlaku, ada Pejabat Kebajikan

Masyarakat sendiri yang tidak ada kemudahan untuk orang cacat.

Sebagai misalan, di Pejabat Kebajikan, Petaling Jaya, orang-orang

cacat- yang memakai kerusi roda (wheel chair) tidak boleh mengambil

sendiri bantuan am bulanan mereka kerana di pejabat sana mereka

menghadapi kesukaran untuk masuk ke dalam pejabat. Begitu juga di

Pejabat Imigresen, Kuala Lumpur, di aana pun tidak ada kemudahan

seperti tandas untuk orang cacat dan tidak ketinggalan juga ialah di

sekolah-sekolah yang tidak terdapat kemudahan ini. Oleh itu adalah

penting bagi Kementerian mengambil pendirian tegas untuk bertindak

memastikan bahawa segala keperluan bagi golongan cacat disediakan

secukupnya. Umpamanya, sama ada Kerajaan Tempatan seperti Dewan

Bandaraya benar-benar ikhlas untuk raembantu golongan cacat akan

DR.17.12.92 -70-

bergantung sejauh mana Kementerian bertindak membela golongan cacat.

Masalah orang cacat untuk raemasuki dan keluar bangunan bukan

sahaja berlaku di Kuala Lumpur, tetapi di seluruh negara. Apa yang

berlaku ialah undang-undang raengenai bangunan hanya dalam bidang

kuasa Kerajaan Tempatan sahaja. Maka adalah satu Akca bangunan yang

bebas meliputi seluruh negara digubal menggantikan undang-undang

kecil yang diperuntukkan menurut Akta Bangunan (parit dan Jalan)

1974.

Tuan Pengerusi, perkara kedua yang saya ingin menimbulkan di

sini ialah masalah orang-orang cacat untuk mendapatkan perlindungan

insurans, sama ada insurans nyawa, kemalangan atau kenderaan.

Masalah ini besar kerana golongan mereka seperti didiskriminasikan

kerana mereka tidak boleh membeli insurans nyawa, kemalangan dan

bagi kenderaan pula mereka dikenakan 'loading' sebanyak 100%. Ini

adalah satu diskriminasi yang besar, satu perkara yang paling tidak

adil.

Mengenai insurans kenderaan, 3 am a ada kereta atau motosikal

roda bagi orang cacat yang telah diubahsuai dan dibenarkan oleh

Jabatan Pengangkutan Jalan untuk berjalan di jalan raya, mengapakah

syarikat insurans mengenakan loading sebanyak 100%. Saya ingin

menggesa supaya dasar insurans ke atas orang cacat dipermudahkan

atau dilonggarkan. Atas kehendak ini, maka menjadi tanggungjawab

Kementerian untuk berunding dengan Kementerian Kewangan dan syarikat

insurans untuk mengurangkan lagi kadar premium dan memberikan

perlindungan insurans kepada orang cacat.

DR.17.12.92 -71-

Perkara ketiga yang saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat

Timbalan Menteri ialah mengenai anggaran bilangan orang-orang cacat

dalam Malaysia, sebab nampaknya kita tidak ada satu anggaran yang

tepat sekali bagi orang-orang cacat di Malaysia, ada yang kata 1%

dan ada yang kata 10%. Saya ingin tahu bagaimana dasar untuk orang

cacac boleh digubalkan tanpa satu anggaran yang tepat. Saya ingin

tahu juga sama ada satu banci menyeluruh dilancarkan untuk raendapati

bilangan atau jumlah orang-orang cacat di dalam negara.

Akhir sekali, saya inginlah mengingatkan Kerajaan bahawa orang

cacat yang merupakan golongan minoriti negara tidak meminta hak

istimewa, tetapi mereka meminta hak yang sama seperti yang dinikmati

oleh rakyat biasa yang sempurna anggota. Sekian.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Kepong. Selepas Yang

Berhormat berucap, Timbalan Menteri diminta jawab.

4.29 ptg.

Dr Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, mengenai Butiran

020000 Perkhidmatan Keluarga dan Kanak-kanak dan juga mengenai

Butiran 050000 Kependudukan dan Pembangunan Keluarga, dan satu lagi

mengenai Butiran 040000 Hal Ehwal Wanita.

Tuan Pengerusi, Jabatan Perangkaan memang telah membuat satu

kajian, satu bancian ke atas kependudukan Malaysia dan penemuan-

penemuan pun telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri pada bulan

Oktober dan didapati bahawa bilangan penduduk di Malaysia sekarang

telah meningkat kepada 17.6 juta orang.

DR. 17.12.92 -72-

Dan saya sangac bimbang kerana saya nampak dasar kapendudukan

nasional tidak begitu memuaskan. Walaupun Yang Berhormat Menteri

telah mengatakan dasar itu ialah untuk pengurusan kependudukan

dengan efektif dan itu melibatkan kesihatan, melibatkan pendidikan

dan sumber manusia, dalam perancangan-perancangan Kementerian ter—

sebut serta memberi peruntukan-peruntukan yang tertentu termasuk

pengangkucan dan zon-zon industri.

Walau bagaimanapun, di dalam pencapaian matlamat-matlamat sosio

ekonomi , ini merupakan satu kekurangan bagaimana kita dapat mengada-

kan dasar kependudukan yang lebih ketat dan lebih efektif. Itu

satu soalan yang pokok, kerana Tuan Pengerusi, kadar pertumbuhan

kependudukan -Malaysia meningkat 0.3% daripada 2.3%, sekarang

meningkat kepada 2.64%. Dan kalau kita ikut kadar ini maka di dalam

tempoh 30 tahun atau tidak sampai 50 tahun kita akan mencapai satu

angka 70 juta bilangan penduduk Malaysia. Dan kalau keadaan

seperti ini berlaku, maka ini bertentangan dengan dasar yang di-

sebutkan oleh Yang Amat Berhorraat Psrdana Menteri pada 10 tahun yang

lapas. Beliau raengatakan bahawa angka 70 juta ini hendaklah dicapai

pada tahun 2100, kalau kita ikut saranan Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri, maka dasar yang dilaksanakan oleh Kementeriannya adalah

gagal sama sekali, kerana tidak memenuhi aspirasi dan kehendak yang

ditetapkan oleh Kabinet, oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

DR.17.12.92 -73-

Saya berharap Kementeriannya dapat memberi jawapan yang tepat

bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah pertumbuhan kependudukan

yang begitu pesat, dan bagaimana pihak Kementeriannya dapat memberi-

kan perkhidmatan-perkhidmatan yang cukup untuk menjadikan negara

negara yang raaju, bukan maju dari segi fizikal bahkan maju di dalam

segala aspek.

Tuan Pengerusi, satu aspek yang sangat menarik perhatian ialah

mengenai bilangan keluarga, bilangan isi rumah yang tumbuh lebih

pesat daripada kadar percumbuhan kependudukan, iaitu pertumbuhan

bilangan isi rumah telah meningkat di dalam tempoh 20 tahun iaitu

70% hingga 90% daripada 1.9 juta kepada 3.5 juta, dengan kadar 3.5%

berbanding dengan kadar pertumbuhan kependudukan 2.6%. Ini

menunjukkan satu phenomenon yang perlu kita timbangkan di dalam

segala rancangan, mengapa bilangan isi rumah boleh tumbuh lebih

pesat daripada bilangan kependudukan di Malaysia. Apakah faktor-

faktor dan bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah ini?

Saya ternampak juga dari segi isi rumah 18% daripada isi

rumahnya dikecuai oleh wanica dan 82% dikecuai oleh lelaki. Dan

bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menerangkan di dalam isi

rumah ini yang diketuai oleh wanita dengan oleh lelakinya. apakah

trend sekarang? Apakah trend dan apakah langkah-langkah yang

diambil untuk menyahut, untuk menyelesaikan masalah-masalah yang

DR 17.12.92 -74-

timbul kerana perubahan yang begitu besar terhadap rumahtangga .warga

Malaysia, Dan setakat kenyataan Yang Berhormat Menteri mengenai

dasar yang efekeif, pengurusan kependudukan tidak mencukupi kerana

fakta-fakta menunjukkan ini eelah tidak dapat mencapai hasrat yang

disampaikan oleh Yang Amat Berhormat.

Saya juga ada mendengar iaitu program-program radio dan juga

televisyen yang masih menekankan sasaran kependudukan 70 j uta,

tetapi dia tidak pernah - saya tidak dengar macaraana rancangan radio

ini, dia hendak menggalakkan semua orang Malaysia, menambahkan

bilangan orang di. Malaysia ini, tetapi tidak pernah sebutkan, kita

mesti mengambil masa 100 tatun - tidak, cuma menggalakkan secara

tidak bermakna.

Dato' Dr Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Seat]: Yang Berhormat, Rompin

bangun.

Dato' Dr Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: Penjelasan. Saya

tertarik dengan pandangan Yang Berhormat dari Kepong iaitu Kerajaan

mesti ada satu perancangan, mesti ada satu had masa. Tetapi

selalunya parkara-perkara yang hendak dimulakan banyak orang tua-tua

mengatakan, mula daripada keluarga kita sendiri, jadi apakah

perancangan Yang Berhormat dari Kepong sendiri ten tang perkara ini

sebagai contoh?

Dr Tan Seng daw: Tuan Pengerusi, saya memang mempunyai dua

anak, itu bagi saya secara natural , cara semulajadi, tetapi Rompin

janganlah buat begitu, dia asyik di dalam peti TV, dia hendak mem-

perjuangkan sistem vendor dan sebagainya.

Kalau kita tidak ada rancangan yang baik, macamana kita dapat

melaksanakan sistem vendor, sistem payung dan. sebagainya. Setakat

berminat dalam sistem payung untuk peti TV sahaja nampaknya, dan

dsri segi masalah kependudukan itu tidak begitu mengerti.

DR.17.12.92 -75-

Dan ini termasuk pembalakan haram di Rompin. [Ketawa] Masih berada,

masih tidak dikawal dengan balk.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Teruskan, Yang Berhormat.

Data1 Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis:[Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Oag Tee Keat]: Dia bangun lagi ini.

Dr. Tan Seng Giaw: Rompin bangun lagi?

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: Point of order.

Ini niat sangkaan jahat. Saya bertanya tadi satu niat yang baik,

bukan soalan yang jahat. Selalunya saya...

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, cukup

jelas. Ini tidak payah...

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: Penjelasan.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat] : Ini hendak rainca

penjelasankah acaupun hendak bangkitkan point of order.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: Point of order

sebab dia kata benda tidak betul kepada saya.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Baik, saya akan buat

keputusan. Saya rasa ini tidak kena. [Ketawa]

Dr. Tan Seng Giaw: Terima kasih kepada Tuan Pengerusi, cuma

saya hendak beri Yang Berhormat Rompin tahu pada masa sekarang kita

di bandar-bandar dalam Malaysia menghadapi tambahan penduduk 10

juta. Dengan pertambahan bilangan penduduk di bandar-bandar kita

bagaimana kita dapat menampung, bagaimana kita dapat menyelesaikan

DR.17.12.92 -76-

masalah termasuk bilangan kereta akan bertambah dan keperluan untuk

membina rumah-rumah terutamanya rumah kos rendah dan sekolah dan

berbagai-bagai kemudahan yang diperlukan. Itulah bukan sahaja

setakat sistem vendor dan sistem payung, mesti ada kemudahan-

kemudahan yang diadakan untuk tambahan bilangan penduduk di bandar-

bandar kita ini.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: Penjelasan, Tuan

Pengerusi. Tadi Yang Berhormat dari Kepong ada mengatakan bahawa

minta Kerajaan menerangkan perancangan Kerajaan untuk membela kalau

tidak silap keluarga-keluarga yang diketuai oleh wanita. Saya

nampak satu saranan yang amat baik.

Saya hendak minta penjelasan sedikit, bagaimana dalam DA?

sendiri kalau benar-benar DAP hendak memperjuangkan satu nawaitu,

satu usaha yang amat baik saya mengucapkan syabas. Satu parti yang

boleh memperjuangkan dasar negara, dasar untuk rakyat; takkanlah

seorang wanita yang lemah ini tidak jug a dapat dibela oleh DAP.

Macam tadi, wakil mana saya tidak ingat, dia hendak membela tanah

orang Melayu. Saya ingat ini macam ada satu pertukaran baru dalam

DAP. Satu wajah baru, saya minta sedikic penjelasan. Kalau wajah

sahaja tidak ada gun a. Mesci ada isi juga dan isi ini mestilah ada

usaha DAP sendiri.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Pengerusi, memang kita mesti ada isi .

Di dalam DAP pun bilangan wanita meningkat,

Seorang Ahli: Bukti!

Dr. Tan Seng Giaw: Bukti, sebagai Ahli Parlimen ini terserah

kepada pengundi-pengundi, bukannya kita. Memang tidak ada calon

DR.17.12.92 -77-

tetapi kita ada dua calon ADUN yang dipilih oleh rakyat. Dua jika

dibandingkan dengan bilangan Wakil DAP di sini berapa? Pihak

Barisan Nasional berapa? Dan bilangan wanita berapa? Macam mana

satu pun tidak ada di sana! [Ketawa]

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, Kerusi di

sini, bukan di sebelah sana. [Ketawa]

Dr. Tan Seng Giaw: Sacu pun tidak ada. [Disampuk] Ya , ya loyar

buruk - saya bukan loyar.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat] : Yang Berhormat, Rompin

minat lagi ini. Hendak beri jalan?

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Haji Jarjis: Saya hendak

meneruskan sebab saya tertarik dengan Yang Berhormat Kepong. Masa

dulu pun saya mengikuti juga di luar Dewan perjuangan tentang wanita

ini. Kalaulah betul-betul benar, Yang Berhormat Kepong betul-betul

dari segi isi hati, dari segi nawaitu betul-betul benar, adakah

Yang Berhormat sanggup, isteri Yang Berhormat sendiri mewakili

memperjuangkan hak wanita dengan mengadakan program-program ter-

tentu?

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Pengerusi, memang dia memperjuangkan

hak wanica, jadi ADUN juga. Tetapi isteri Yang Berhormat Rompin ini

jadi ADUNkah? Itu satu soalan. [Ketawa]

Jadi, berbalik kepada kependudukan. Yang Amat Berhormat, pada

satu dekad yang lepas; dengar sini, saya dengar dengan terus-terang;

dia katakan baik kita rancangkan sampai 21OO cidak lebih daripada 70

juta kependudukan Malaysia. Saya dengar. Tecapi Rompin dia tidak

DR.17.12.92 -78-

dengar, mungkin tidak ada di Malaysia lagi, waktu itu sedang

merayau-rayau di Quebec mungkin, jangan tidak tahu! Tetapi sekarang

baik beliau mengambil perhatian menunjukkan keprihatinan mengenai

betapa pentingnya kita ada rancangan-rancangan yang ketat untuk

kependudukan Malaysia.

Tuan Pengerusi, satu perkara lagi; tadi injury time cerraasuk

ini raasih 10 rainic lagi?

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Itu memang tidak dilayan

Yang Berhormat. [Ketawa]

Dr. Tan Seng Giaw: Ini menunjukkan kita mempunyai sifat

demokrasi bukan daripada zahir sahaja bahkan daripada batin juga.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin; [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat:]: Jerai bangun. Tetapi masa

cidak raengizinkan.

Dr. Tan Seng Giaw: Oh, Jerai.

Tuan Haj i Badruddin bin Amiruldin: Saya ingin sedikit

penjelasan. Apa dia demokrasi batin ini? Kalau boleh beri sedikit

penjelasanlah.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Pengerusi, bab demokrasi, Jerai

memanglah tidak tahu lagi. Beliau baru masuk sahaja. Saya

berminatlah untuk membincangkan dengan dia apa yang disebutkan

sebagai sikap demokrasinya. Misalnya di dalam itu...memang

Pengerusi hendak memberi peringatan kepada saya masa sudah berjalan

dan ada perkara di Malaysia ini bagi wanita .. .

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat mana ada

Butiran demokrasi dalam...

DR.17.12.92 -79-

Dr. Tan Seng Giaw: Tidak, tidak..

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat] : Tidak ada.

Dr. Tan Seng Giaw: Mungkin tidak kena-mengena dengan

demokrasi, ini mengenai wanita. Wanita ada di dalam Hal Ehwal

Wanita di mana ada 39% wanita dianiayai dan ini kita harap Yang

Berhormat Jerai, Yang Berhormat Rompin dan semua Yang Berhormat

mengambil perhatian. Dan Yang Berhormat Timbalan Menteri pun boleh

beri angka-angka yang lebih teliti...

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat] : Yang Berhormat, sila

gulung.

Dr. Tan Seng Giaw: Gulung? Boleh. Saya boleh gulung. Kita

mesti mengadakan lebih penyelidikan dan kajian ke atas bilangan

wanita dan kanak-kanak yang telah dianiayai. Kerana kalau kita kira

sampai 36% yang dianiayai di Semenanjung itu adalah satu angka yang

sangat tinggi. Saya berharap semua Ahli Yang Berhormat ini tidak

akan melakukan hal yang seperti ini. [Ketawa] Jerai itu, Jerai

memang menunjukkan perhatian yang lebih mengenai hal ini.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, masa sudah

cukup.

Dr. Tan Seng Giaw: Cukup dah? Dan apakah tindakan yang telah

diambil oleh pihak Kementerian untuk mengurangkan atau menghapuskan

sama sekali sifat dan sikap serta araalan untuk menganiayai wanita

dan kanak-kanak. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat Timbalan

Menteri, diminta j awab .

DR.17.12.92 -80-

4.59 ptg.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat

[Dato' Alexander Yu Lung Lee]: Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya

ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih

kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh tentang

perkara-perkara di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan

Pembangunan Masyarakat .

Segala pandangan dan cadangan yang celah dikemukakan oleh Ahli-

ahli Yang Berhormat adalah sangat dihargai dan akan diberi perhatian

serta diambil kira oleh Kementerian ini dalam menjalankan tugas dan

tanggungjawab yang celah diamanahkan kepadanya.

Tuan Pengerusi, izinkan saya memberi- penjelasan kepada beberapa

perkara yang telah dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Ahli Yang Berhormat dari Bayan Baru telah menyentuh berkenaan

dangan warga tua dan kemudahan-kemudahan untuk warga tua yang tidak

mencukupi .

Tuan Pengerusi, peruntukan yang diberi bagi membantu golongan

orang tua ini ialah RM5.7 juca setahun di samping peruntukan yang

diberi oleh Kerajaan Negeri dan menyediakan perkhidmatan rumah-rumah

orang tua iaitu 8 di bawah Kementerian saya dan 4 lagi dirancang

dalam Rancangan Malaysia Keenam.

DR.17.12.92 -81-

Tahun ini adalah tahun permulaan kita merayakan Hari Warga

Tua iaitu pada Ihb Oktober, 1992 dan kita akan rayakan tiap-tiap

tahun. Kerajaan telahpun menubuhkan sebuah jawatankuasa

penasihat wargatua untuk membantu dan berkhidmat kepada golongan-

golongan warga tua. Semasa merayakan Hari Warga Tua, satu

seminar telah diadakan buat pertama kali dan dalam seminar ini

beberapa cadangan telah dibentangkan dan Kementerian saya sedang

mengkaji semua aspek cadangan-cadangan yang dibangkitkan. Dalam

cadangan-cadangan itu termasuklah juga cadangan yang dibangkitkan

oleh Ahli Yang Berhormat dari Bayan Baru dan ini adalah dalam

perhatian Kementerian sekarang.

Kementerian. berharap, selepas kajian ini satu dasar bagi

warga tua boleh digubalkan dan dalam dasar ini juga tidak ada

memberi definisi berkenaan warga tua. Sebenarnya, warga tua

adalah mereka yang telah melebihi umur 60 tahun, tetapi sekarang

60 tahun pun tidak begitu tua - ada yang "young old", "middle

old" dan "old old" - 60 tahun, 65 tahun dan lepas 70 tahun.

Memandangkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Timbalan

Perdana Menteri sendiri telah melebihi 65 tahun, saya rasa mereka

pun tidak mahu dipanggil "old old".

Bilangan kanak-kanak dan orang-orang tua yang menerima

bantuan dalam tahun 1991 adalah 40,428 orang dan anggaran ini

telah meningkat dalam tahun 1992 kepada 45,400 orang dan tahun

hadapan akan meningkat lagi.

DR.17.12.92 -82-

Tuan Ahmad bin Nor: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, Bayan

Baru bangun.

Tuan Ahmad bin Nor: Bolehkah Yang Berhormat Timbalan

Menteri menyatakan pendirian Kementerian, kalau di dalam Kerajaan

kita nampak pada hari ini mereka yang bersara di dalam kumpulan

dan pentadbiran tertinggi di dalam Kerajaan, diberi peluang untuk

mengisi jawatan di dalam beberapa korporat ataupun agensi-agensi

Kerajaan. Apa salahnya kalau dasar yang sama digunakan kepada

kumpulan. yang lebih rendah yang mana apabila mereka menamatkan

perkhidmatan, merska akan diberikan satu dorongan ataupun bantuan

- juga diserapkan seperti mana peluang yang ada kepada mereka

yang ada di dalam pentadbiran yang tinggi itu dipanjangkan.

Supaya yang rendah pun berpeluang untuk memasuki berbagai

perkhidmatan pekerjaan kerana mereka ini kalau hendak dikatakan

tua, tidak tua lagi, mereka tua tatapi masih kuat. Mereka ini

disarakan disebabkan kerana umur mereka mencapai 55 tahun.

Sebenarnya mereka masih kuat dan tenaga, pengalaman dan kebolehan

mereka masih diperlukan - mereka ini dibiarkan sedangkan yang di

atas, Kerajaan jaga untuk dimasukkan ke dalam berbagai jawatan

tertinggi seperti korporat dan agensi Kerajaan.

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tuan Pengerusi, Kerajaan

mengambil balik bukan sahaja pegawai-pegawai tertinggi, tetapi

kita juga mengambil balik pegawai-pegawai dalam mana-mana

peringkat memandangkan. kepentingan jawatan mereka itu di dalam

DR.17.12.92 -83-

perkhidmatan. Saya tahu ada beberapa golongan pesara yang men-

dapat kerja di sektor swasta, memandangkan sekarang ini tenaga

manusia di sektor swasta adalah kurang. Sekarang ini tidak ada

masalah di mana pegawai-pegawai yang bersara tidak mendapat

pekerjaan kalau mereka masih mampu bekerja.

Tuan Mohd. Tamrin bin Abdul Ghafar: [Bangun]

Tuan Pengcrusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, Batu

Berendam bangun.

Tuan Mohd. Tamrin bin Abdul Ghafar: Yang Berhormat Timbalan

Menteri ada menyebutkan bahawa juinlah warga tua yang dibantu

telah bertambah daripada 40,000 orang kepada 45,000 orang, kalau

saya tidak silap tadi. Saya ingin tahu, berapakah jumlah

perbelanjaan yang dibelanjakan oleh Kementerian untuk menampung

jumlah tersebut?

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tuan Pengerusi, Jumlah yang

Kerajaan bayar bagi tahun 1991 - RM10,822,863 dan tahun 1992 -

RM11,470,400.

Tuan Haji Sukri bin Haji Mohamed: [Bangun]

Tuang Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, Kok Lanas.

Tuan Haji Sukri bin Haji Hohamed: Tuan Pengerusi, saya

minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang

Berhormat dari Bayan Baru tadi minta supaya pertimbangan diberi-

kan kepada bekas-bekas pesara yang berkategori rendah. Adakah

pihak Kementerian sanggup menimbangkan, oleh kerana sekarang ini

bantuan diberikan kepada warganegara tua yang mengadu kepada

pihak Kementerian dan kemudian satu jawatankuasa pemilih dan

sebagainya dibuat. Apakah pihak Kementerian sanggup mengadakan

DR.17.12.92 -84-

suatu bantuan khusus, misalnya bagi mereka yang sudah mencapai

umur 60 tahun ke atas yang dibuktikan tidak mempunyai apa-apa

pendapatan, yang kehidupan mereka tidak mempunyai pendapatan

tetap, diberi secara pukal, $100 sebulan sehinggalah mereka

meninggal dunia dan ini diberi secara automatik kepada semua

warganegara tua yang dibuktikan tidak mempunyai pendapatan tetap

kepada satu peringkat umur. Misalnya, 55 tahun ke atas, lelaki

dan perempuan diberi bantuan terus. Terima kasih.

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tuan Pengerusi, inilah

manifesto Semangat 46 dalam pilihanraya, tetapi tidak dilaksana-

kan.

Tuan Haji Sukri bin Haji Mohamed: Betul, memang saya akui

inilah salah satu manifesto Semangat 46 yang telah dibentangkan.

Tetapi malangnya kita tidak menang. Kalau kita menang, insya

Allah, kita akan laksanakan perkara ini.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, Jerai bangun.

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Tuan Pengerusi, saya di-

fahamkan S46 berkongsi kuasa di Kelantan. Adakah mereka meng-

implimentasikan polisi untuk membayar elaun kepada mereka yang

berumur lebih 55 tahun. Ini di Kelantanlah.

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tidak ada. [Ketawa] Dan

Kerajaan Negeri Kelantan pun tidak membangkitkan isu ini dalam

Majlis Kebajikan Negara, cuma dibangkitkan dalam pilihanraya

secara dasar. Perkara itu tidak dibangkitkan dalam Mesyuarat

Majlis Kebajikan Negara yang ada wakilnya daripada negeri

Kelantan.

Tuan Pengerusi, berkenaan dengan perkara-perkara yang

DR.17.1.2.92 -85-

dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Jerai dalam...

Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuang Ong Tee Keat]: Yang Berhorraat, ada

yang bangun. Ya, Parit.

Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin: Terima kasih. Saya

difahamkan kita akan ada Hari Warga Tua dan satu seminar akan di-

anjurkan oleh pihak Kementerian. Saya pohon supaya jangan ber-

cakap banyak sangat dalam seminar itu, tetapi tolonglah jemput

beberapa orang wakil daripada Ahli Parlimen dan juga kalau boleh

kepada yang difikirkan boleh menyumbangkan pendapat yang lebih

bermakna lagi dalam seminar tersebut. Saya pohon penjelasanlah.

Yang kedua, dari segi warga tua ini, saya fikir warga tua

ini boleh dipecahkan kepada macam-macam - warga tua yang sihat,

warga tua yang uzur, warga tua yang fakir miskin. Jadi, sekira-

nya 60 tahun merupakan umur yang tua, saya rasa peruntukan

sebanyak RM10 juta,RMll juta dan seterusnya tahun ini mungkin

RM12 juta tidak memadai. Kalau boleh dilipat-gandakan'dan mesti-

lah diberikan keutamaan kepada kawasan-kawasan Parlimen yang

tahap kemiskinannya begitu tinggi.

Contohnya di Perak, Parit nombor dua termiskin. Berilah

banyak peruntukan kepada fakir-miskin dan juga orang-orang yang

uzur di Parit. Ini contohnyalah. Kritaria-kriteria ini mesti

ada. Tetapi disebaliknya pula, saya tidak mahu bercakap mengenai

kawasan Parlimen lain, di kawasan Parlimen Parit ini, jumlah

fakir-miskin sahaja 3,000 orang. Orang yang tua berlambak-

lambak. "Berlambak-berlambak" ini maknanya banyaklah. Kemudian

yang dapat bantuan boleh dibilang dengan tangan. Sudahlah dapat

bantuan - sekejap RM50, sekejap RM30, sekejap-sekejap ditarik

balik, sekejap-sekejap timbul balik, ini susah Wakil Rakyat untuk

membela supaya bantuan ini dapat diteruskan. Bila sudah diberi-

kan biarlah sampai mati diberikan.

DR.17.12.92 -86-

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat hendak

keluarkan keluhankah ataupun hendak minta penjelasan?

Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin: Tidak. Jadi, saya rainta

penjelasan, apakah kedudukan dan budibicara Kementerian dalam

hubungan ini, dan kalau boleh, saya hendak syorkan satu perkara.

Kalau boleh, adakanlah rumah orang tua di tiap-tiap kawasan Parlimen

di luar-luar bandar, fasal di luar bandar ada ramai orang tua.

Kalau boleh, diadakan satu 'perumahan'. Maknanya satu corak bantuan

macam rumah, tapi cantiklah dengan tamannya, dengan guru ugamanya,

dengan makan-minumnya. Permulaan sahaja, Yang Berhormat, lepas itu

orang akan bantu. Saya hendak beri pandangan supaya Yang Berhormat

dapat timbangkan, kalau boleh insya Allah biarlah mereka ini mati

dengan perabelaan, mati dengan penuh iman. Dan inilah yang kita

Barisan Nasional hendak perjuangkan. Kalau boleh mintalah koraen

daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, terima kasih.

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Terima kasih Ahli Yang Berhormat

dari Parit. Apa yang saya dapat tahu, orang yang termiskin ini

boleh masuk ke senarai Rancangan PPRT bagi orang-orang termiskin

untuk dapat bantuan daripada pihak ICU untuk mendirikan sebuah rumah

sebanyak RM3,000.

Tuan Pengerusi, berkenaan.....

Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin; [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat, Parit

bangun lagi.

DR.17.12.92 -87-

Tuan Nasruddin bin Haji Alang Saidin: Yang Berhormat, bukanlah

maksud saya yang bantuan RM3.000 itu. Saya mahu satu dikelompok-

kan. Maknanya kalau kita tidak dapat bermula dengan angka yang

besar, angka yang katakanlah 100 ataupun 200 orang, kita kelompokkan

mereka di satu tempat, yang mana mereka boleh tanam sayur, yang mana

mereka boleh dapat mengaji ugama, belajar ugama, boleh ada pula

taman yang mana keluarga boleh bantu kalau keluarganya masih ingat.

Maknanya kita letak satu skim. Itu maksud saya, bukan yang

RM3,000. RM3,000 ini sedang berjalan, Yang Berhormat itu di bawah

pembangunan luar bandar. Saya pohon penjelasan daripada Yang

Berhormat.

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Terima kasih, Tuan Pengerusi.

Memang kita ada Rumah Orang Tua di seluruh negara kita. Dan untuk

makluman Ahli Yang Berhormat, adalah lebih daripada 80 buah Rumah

Orang Tua ini yang diuruskan oleh pihak swasta, dan kebanyakan

rumah-rumah ini tidak begitu berkapasiti - ada tempat-tempat yang

kosong. Sekiranya ada orang-orang tua yang perlukan bantuan atau

perumahan secara kelompok, maka mereka boleh masuk ke Rumah-rumah

Orang Tua yang ada di seluruh negara kita.

Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Ya, Yang Berhormat Timbalan

Menteri.

Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: Tuan Pengerusi, saya

ingin minta penjelasan sedikit daripada Yang Berhormat Timbalan

Menteri, iaitu berdasarkan kepada soalan yang dibangkitkan oleh Ahli

Yang Berhormat dari Kok Lanas yang bertanya.sama ada Kerajaan boleh

menimbang untuk memberikan RM100 kepada warga kota yang berumur 60tahun ke atas. Dan yar.g dibangkitkan.....

DR.17.12.92 -88-

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Warga tua?

Dato' Mohd. Tajol Rosli bin Mohd. Ghazali: Minta maaf. Orang

tua yang berumur 60 tahun ke atas, dan juga daripada Yang Berhormat

Parit yang menyarankan sama ada mereka ini boleh dipertimbangkan.

Saya ingin bertanya Yang Berhormat sama ada Kementerian ada bekerja-

sama dengan pihak ICU, yang mana pihak ICU bukan sahaja memberikan

perumahan RM3,000 sebuah, tetapi juga memberikan kemudahan-kemudahan

lain seperti menternak ayam telor, menanam sayur-sayuran dan lain.

Sama ada kerjasama ini wujud di ancara ICU dengan Kementerian?

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Memang ada Yang Berhormat. Saya

ucap terima kasih kepada jiran' saya.

Tuan Mohd. Tamrin bin Abdul Ghafar: [Bangun]

Tuan Pengerusi [Tuan Ong Tee Keat]: Yang Berhormat ada peminat

lagi, Batu Berendam.

Tuan Modh, Tamrin bin Abdul Ghafar: Terima kasih. Yang

Berhormat mengatakan tadi ada terdapat lebih kurang 80 rumah bagi

orang tua. Disebutkan tadi juga sebahagiannya diusahakan oleh

swasta dan yang lainnya oleh Kerajaan. Jadi, saya ingin tahu sama

ada Yang Berhormat sedar atau tidak bahawa ada terdapat rumah-rumah

yang dikhaskan untuk peringkat ini agak begitu daif. Sebagai contoh

di Batu Berendam di kawasan saya, apabila membuat lawatan kita rasa

banyak kekurangan. Jadi, saya hendak tahu apakah tindakan yang

dilakukan oleh Kementerian Yang Berhormat untuk menaikkan lagi taraf

kedudukan rumah-rumah untuk orang tua ini.

DR.17.12.92 -89-

Yang keduanya, tidak lama dahulu Yang Berhormat, ada tersiar di

akhbar-akhbar yang mempaparkan beberapa penyelewengan yang berlaku

di Rumah Orang Tua. Ini saya tak tahu sama ada rumah ini diusahakan

oleh swasta ataupun Kerajaan. Pokoknya sama ada ada kawalan ter-

tentu dibuat oleh Kementerian supaya tidak ada sebarang penyelewe-

ngan yang berlaku, kerana kita sedia maklum bahawa kadang-kadang

swasta yang menjalankan projek untuk ruraah orang tua ini, mereka

meminta derma daripada orang ramai, dan duit itu tidak digunakan

sepenuhnya untuk kepentingan masyarakat tua itu, tetapi untuk

kepentingan mereka sendiri. Jadi, apakah kawalan yang dibuat oleh

Kementerian untuk menentukan supaya pertamanya, seperti yang saya

kata tadi, menaikkan taraf kedudukan di rumah-rumah tersebut dan

yang keduanya, kawalan dari segi penyelewengan dalam hal kutipan dan

sebagainya?

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Ahli Yang Berhormat dari Batu

Berendam, memang Kementerian saya sedar bahawa adalah Rumah-rumah'

Orang Tua dan institusi-institusi kebajikan yang lain keadaannya

adalah sangat teruk. Kita telah minta Kerajaan dan saya rasa sangat

gembira bahawa pada tahun ini, kita dapat satu peruntukan khas dalam

perbelanjaan iaitu RM16,361,500 untuk meningkatkan perkhidmatan dan

kemudahan-kemudahan institusi kebajikan, termasuk Rumah-rumah Orang

Tua yang saya sebutkan tadi.

Berkenaan kawalan, malangnya sampai sekarang tidak ada undang-

undang di mana kita boleh jalankan untuk mengawal penyelewengan yang

dilakukan dalam Rumah-rumah Orang Tua, tetapi di Parlimen ini akan

dibentangkan satu undang-undang iaitu Akta Pusat Jagaan di mana ada

DR.i7.12.92 -90-

peruntukan-peruntukan tertentu untuk membolehkan pegawai-pegawai

Jabatan Kebajikan Negara nasuk untuk meneriksa pusat-pusat itu untuk

memastikan bahawa urusan rumah-rumah itu adalah dijalankan dengan

baiknya.

Tuan Mohd. Tamrin bin Abdul Ghafar: Terima kasih, Yang

Berhorraat. Yang Berhormat menyatakan tadi tidak ada satu undang-

undang yang boleh mengawal penyelewengan-penyelewengan yang saya

sebutkan tadi. Tetapi di dalam Akta yang disebutkan oleh Yang

Berhormat tadi pegawai-pegawai boleh menyiasat. Tetapi setakat

menyiasat, setiap kampung rnempunyai undang-undang yang kukuh. Saya

rasa .ini tidak boleh menyelesaikan masalah, sedangkan kita semua

tahu bahawa perkara-perkara ini masih lagi berleluasa. Saya rasa

mungkin juga penyelewengan-penyelewengan ini akan tneningkat dari

satu ke satu raasa. Jadi, adakah Kementerian Yang Berhormat ber-

cadang untuk membentangkan satu undang-undang baru ataupun meminda

undang-undang yang sedia ini untuk menguatkan lagi Kementerian Yang

Berhormat untuk mengelakkan penyelewengan-penyelewengan sepertimana

yang saya sebutkan tadi. Kalau tidak, mengapa? Terima kasih.

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Tuan Pengerusi, silalah Ahli Yang

Berhormat bacakan undang-undang yang baru yang kita hendak bentang-

kan ke Dewan yang mulia ini, dan kita merasakan bahawa peruntukan-

peruntukan ini adalah cukup untuk mengelakkan penyelewengan.

Tuan Pengerusi, berkenaan orang-orang tua yang disebutkan oleh

Yang Berhormat dari Jerai, jawapan adalah sama seperti saya telah

menjelaskan kepada Ahli Yang Berhormat dari Bayan Baru. Berkenaan

bantuan kepada kanak-kanak, Kementarian saya memberi bantuan bulanan

kepada kanak-kanak iaitu 1,310 kes, dan bantuan sekolah ialah 4,563

kes.

DR.17.12.92 -91-

Jumlah perbelanjaan iaitu RM12.6 juta setahun dan juga dalam...

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ya , Jerai bangun.

Tuan Haji Badruddin B i n Amiruldin:Saya ingin sedikit

penj elasan. Adakah di seluruh Malaysia ini, hanya ada 1,310 kes

sahaja sedangkan kita sedia maklum, saya ingat di kawasan saya pun

melebihi 1,300 kes Yang Berhormat.

Jadi, saya kira workforce Kementerian ini barangkali kurang,

cenaga pekerja kurang. Saya kasihan kepada pegawai-pegawai

Kebajikan Masyarakat ini. Kadang-kadang tidak sempat hendak duduk

rumah kerana hendak menolong orang yang susah. Jadi, kalau boleh

tambahlah pegawai, buat lebih penyiasatan lagi dan saya ingat kes

ini terlalu kecil. Kica jangan "lepas batuk di tangga". Kasihan

orang-orang susah ini. Saya sungguh kasihan orang susah, Yang

Berhormat. Tolong.

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Terima kasih. Kementerian saya

juga ada memberi jagaan seramai 600 orang kanak-kanak dengan

perbelanjaan sebanyak RM12.3 juta setahun.

Berkenaan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang

Berhomat dari Nilam Puri mengenai anak-anak Bosnia. Anak-anak

Bosnia yang dibawa ke negara ini....

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Jerai bangun pula, Yang Berhormat.

DR.17.1.92 -92-

Tuan Haj i Badruddin bin Amiruldin: Tuan Pengerusi, saya ingin

penjelasan. Tadi, saya mencadangkan kalau boleh, kita adakan

sekolah untuk anak-anak miskin. Jadi, adakah Kementerian bercadang

untuk mengadakan sekolah ini ataupun adakah alternatifnya kepada

cadangan saya tadi ? Yang Berhormat tidak menjawab soalan saya tadi

icu.

Dato1 Alexander TRi Lung Lee: Tuan Pengerusi, sekarang ini kica

ada Rumah Anak-anak Yatim yang termasuk anak-anak yang miskin.

Rumah Anak-anak Yacira ini. adalah diuruskan oleh NGOs, dan kita beri

peruntukan sebanyak RM640,000 kepada Rumah Anak-anak Yacira ini.

Kita ada 15 buah Rumah Anak-anak Yatim dan kalau perlu, kita

boleh tambah untuk mengatasi masalah yang dibangkitkan oleh Ahli

Yang Berhormat tadi, Ini dikendalikan oleh badan-badan kebajikan

sukarela dan kita pun ada satu peruntukan khas pada tahun ini iaitu

sejumlah RMl,488,809.

merasakan bahawa 15 buah sekolah ini mencukupi bagi menampung

keseluruhan anak-anak yatim dan juga anak-anak miskin ini, kerana

saya kira masih banyak lagi ketinggalan anak-anak yatim dan anak-

anak miskin. Saya kira dengan peruntukan sebanyak RM640 ribu, ada-

kah ini mencukupi untuk menyara hidup anak-anak ini untuk menjadi

seorang manusia yang bertanggungjawab dan berakhlak yang baik?

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Untuk makluman Ahli Yang

Berhormat, apa yang saya sebutkan tadi, kita telah adakan satu

peruntukan berjumlah RM 1,488,809 sebagai grant untuk diberi kepada

DR.17.12.92 -93-

23 buah badan-badan kebajikan sukarela yang mengendalikan 23 buah

institusi yang menempatkan 1,486 anak-anak yang memerlukan bantuan.

Ini sudah pun bertambah, dan kita boleh tambahkan tiap-tiap tahun.

Mengenai perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat

dari Nilam Puri berkenaan anak-anak Bosnia di Malaysia, anak-anak

Bosnia yang telah dibawa kenegara ini adaiah diberi perlindungan

dan jagaan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (A3IM) dan mereka di-

beri pendidikan agama Islam, kebudayaan Bosnia dan bahasa Bosnia di

samping pendidikan tempatan. Mereka akan dipulangkan ke negara

mereka setelah perang Bosnia tamat.

Berkenaan masalah anak buangan dan anak luar nikah, Kementerian

saya tidak pernah memberi anak-anak Islam kepada orang-orang bukan

Islam sebagai anak angkat. Apa yang dismalkan ialah kanak-kanak di-

beri kepada keluarga angkat mengikut keturunan, budaya dan agama

mereka. Oleh itu, masalah yang dibangkitkan oleh Ahli Yang

Berhormat dari Nilam Puri tidak berbangkit.

Mengenai latihan yang diberi kepada wanita dan gadis di Pusat

Pemulihan Wanita supaya boleh mengubah sikap mereka dan tidak

melibatkan diri semula dengan menjalankan kerja maksiat dan

pelacuran, latihan yang diberikan adalah memberikan keutamaan kspada

mengubah sikap dan memberi nilai-nilai baik kepada mereka di samping

memberi latihan kemahiran. Antara latihan yang diberi ialah

Pendidikan Moral, Agama dan Penasihatan (Kaunseling) bagi mengubah

sikap mereka. Latihan vokasional juga diberi kepada mereka bagi

DR.17.12,92 -94-

membolehkan mereka berdikari apabila keluar dari Pusat Latihan

kalak. Walau bagaimanapun, kejayaan pemulihan seorang wanita itu

tidak bergantung semata-mata kepada latihan yang diberi tetapi

penerimaan dan sokongan keluarga-keluarga dan maayarakat juga adalah

penting.

Tuan Shahidan bin Kassim: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ya, Arau bangun.

Tuan Shahidan bin Kassim; Saya minta penjelasan sedikit. Saya

hendak bertanya Yang Berhormat, saya mendapat aduan daripada dua

pusat di mana jurulatih ataupun cikgu-cikgu yang mengajar, dia ini

yang menyebabkan kadang-kadang orang yang dalam Pusat Latihan ini

lari dan sebagainya oleh kerana jurulatih ini - -saya kurang pasti

sama ada dia terlatih ataupun tidak - tetapi dia agak kurang

menyenangkan dari segi penggunaan bahasa dan sebagainya. Sebagai

contoh, ini satu Pusat Latihan, sama ada untuk wanita atau lelaki

saya kurang pasti, tetapi ini untuk orang cacat di Kelang. Seorang

cikgu, itu bahasanya cukup kasar. Dia gunakan bahasa-bahasa kesat

yang menyebabkan orang-orang cacat ini rasa tersinggung dan orang-

orang cacat ini beritahu - kalau dia orang tidak cacat,. dia orang

tidak akan masuk ke Pusat Latihanlah - termasuk juga Pusat Latihan

Wanita yang memaklumkan bahawa kalau ada peluang lari, mereka akan

lari oleh kerana tekanan-tekanan yang telah diberikan oleh cikgu-

cikgu dan jurulatih. Saya ing in bertanya Yang Berhormat, adakah

mereka ini orang-orang yang sebenarnya terlatih untuk melatih orang-

orang yang sepatutnya diberikan latihan yang sewajarnya?

DR.17.12.92 -95-

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Saya berharap Ahli Yang Berhormat

dari Arau boleh memberi makluraat yang terperinci kepada Kemencerian

saya, dan kita boleh siasat kedua-dua kes ini.

Tuan Shahidan bin Kassim: Saya sudah beri maklumat ini lebih

kurang dua bulan kepada Kementerian yang berkenaan dan saya belum

menerima jawapan.

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Terima kasih. Saya boleh siasat

dahulu.

Tuan Mohd. Tamrin bin Abdul Ghafar: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Ya.

Tuan Mohd. Tamrin bin Abdul Ghafar: Yang Berhormat Timbalan

Menteri, Yang Berhormat dari Arau tadi bertanyakan sama ada juru-

latih-jurulatih yang ditempatkan di pusat-pusat tersebut diberi atau

ada menjalani latihan-latihan yang tertentu atau tidak? Ini belum

dijawab oleh Yang Berhormat, Kalau ada, apakah jenis latihan dan

sebanyak mana latihan diberikan? Adakah sekali sahaja untuk seumur

hidup atau tiap-tiap tahun sekalikah ataupun bagaimana? Apakah

program-program yang dianjurkan oleh Kementerian untuk memberi

latihan up-to-date, dengan izin, kepada jurulatih-jurulatih ataupun

tenaga pengajar di pusat-pusat itu sama ada pusat kebajikan untuk

orang cacat ataupun untuk pusat wanita dan sebagainya?

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Terima kasih. Memang kita

memandangkan yang pertamanya kelayakan daripada jurulatih-jurulatih

ini. Bila mereka didapati mempunyai kelayakan yang cukup, kita

hantar mereka ke rumah- rumah tersebut dan kita pun ada refresher

course untuk mempastikan bahawa mereka adalah up-to-date dalam

latihan-latihan yang perlu diberikan kepada orang-orang yang masuk

institusi-institusi tersebut.

DR.17.12.92 - 96 -

Ahli Yang Berhormat dari Kuala Selangor pun ada membangkitkan

perkara-perkara berkenaan warga tua dan iculah saya telah jawab bila

saya menjawab kepada Ahli-ahli Yang Berhorraat yang membangkitkan

masalah yang sama. Tetapi, mengenai sokongan kepada institusi

keluarga yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Kuala

Selangor, Kementerian memang mengiktiraf kepentingan institusi

keluarga dan program keluarga sejahtera dan dijalankan dalam

Rancangan Malaysia Keenam dan dijalankan untuk meningkatkan kese-

daran masyarakat di peringkat akar umbi mengenai hubungan kekeluar-

gaan dan menggalakkan sistem extended family. Juga insentif kepada

keluarga yang menjaga ibu bapa tua telahpun dilaksanakan oleh

Kerajaan, misalnya rebet cukai bagi perbelanjaan perubatan atau

medical expenses bagi ibu bapa mereka.

Mengenai perkhidmatan geriatrics atau geriatrology kepada

orang-orang tua, ini merupakan tanggungjawab Kementerian Kesihatan,

tetapi Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah

memainkan peranan mengenai isu ini dengan meningkatkan kesedaran

pihak tertentu tentang senario kependudukan pada masa hadapan

melalui kajian, seminar dan sebagainya.

Kepada Ahli Yang Berhormat dari Bukit Martajam yang juga

membangkitkan isu-isu warga tua, itu pun telah dijelaskan.

Mengenai Akta Keganasan Rumahtangga yang Ahli Yang Berhorraat

bangkitkan, untuk makluman Ahli Yang Berhorraat, deraf Akta Keganasan

Rumahtangga ini sedang diteliti oleh semua pihak yang berkenaan

untuk memastikan bahawa semua aspek diambilkira dan pelaksanaannya

DR.17.12.92 - 97 -

akan dapat berjalan dengan licin. Deraf Akta ini akan dibentangkan

di Dewan yang mulia ini sebaik sahaja diselesaikan.

Berkenaan dengan isu perpaduan dalam negara ini, perkara yang

dibangkitkan oleh Yang Berhormat, saya rasa kita semua dalam negara

ini mempunyai satu peranan yang penting khasnya bagi parti Pembang-

kang yang sentiasa membangkitkan isu-isu perkauman. Kalau kita

cidak ada satu parti Pembangkang yang sentiasa merabangkitkan isu

perkauman, memanglah kita boleh hapuskan masalah di antara kaum-

kaum. Apa yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Bukit

Mertajam, iaitu boleh dikatakan old gramaphone record yang kita

sentiasa dengar dalam Dewan yang mulia ini dan kita rasa bernasib

baik kebanyakan penduduk-penduduk di negara kita ini tidak mahu

mendengar cerita-cerita lama ini daripada pihak Perabangkang.

Tuan Chian Heng Kai: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Bukit Mertajam bangun ya.

Tuan Chian Heng Kai: Penjelasan. Tuan Pengerusi, cerita ini

bukan dicipta oleh saya. Saya terima aduan. Itulah, saya berharap

Yang Berhormat Timbalan Menteri tak usah main-main politik di

sini. [Ketawa]

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Kita pun ada mendapat aduan dari-

pada mana-mana pihak, tetapi kita pun ada tanggungjawab untuk

memastikan sama ada aduan ini benar atau tidak.

Berkenaan isu Bahasa Malaysia yang menjadi satu alat untuk

meluluskan test mendapat kewarganegaraan, ini memang tanggungjawab

Kementerian Dalara Negeri, tetapi saya hendak bangkitkan bahawa di

negara-negara yang lain, misalnya di Kanada, United States, United

DR.17.12,92 - 98 -

Kingdom dan Australia, kalau orang asing yang hendak menjadi warga-

negara negara-negara tersebut, dia pun kena lulus satu peperiksaan

bahasa. Test bahasa ini adalah untuk mengiktirafkan menjadi warga-

negara dan adalah satu perkara yang biasa,

Ahli Yang Berhormat dari Sungai Petani membangkitkan Rumah

Orang Tua Padang Salim. Saya hendak beritahu bahawa Kementerian

saya sedang menguruskan pengisian ruraah ini dengan orang tua

tempatan iaitu orang yang tak berwaris.

Berkenaan cadangan daripada Ahli Yang Berhormat supaya Keraen-

terian menubuhkan institusi sementara untuk menempatkan wanita-

wanita yang berhijrah dari luar bandar ke kawasan bandar, Kemente-

rian sedar tentang masalah yang timbul akibat penghijrahan gadis

desa ke bandar dan sedang meneliti perkara ini dan akan mengambil

tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah ini. Diharap masyarakat

dapat bekerjasama dengan Kementerian ini untuk mengatasinya,

Ahli Yang Berhormat dari Sungai Besi membangkitkan isu

kemudahan-kemudahan bangunan-bangunan kepada orang-orang cacat.

Masalah ini pun telah dibaugkitkan dan diumumkan oleh Menteri

berkenaan dan Menteri berkenaan telah mengumumkan bahawa Undang-

undang Kecil Bangunan di seluruh negara akan dipinda supaya

kemudahan-kemudahan kepada orang cacat akan dibekalkan kepada orang-

orang cacat.

Kementerian saya pun ada mengkaji secara terperinci mengenai

keperluan dan kemudahan orang cacat di negara ini dan ada satu

Jawatankuasa yang baru siap menyediakan satu laporan. Segala

perkara dan cadangan dalam laporan ini adalah termasuk apa yang

dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Sungai Besi dan Kementerian

DR.17.12.92 - 99 -

say a akan menyelaraskan laporan ini dengan Kementerian-kementerian

yang lain untuk men.gk.aji dan untuk melaksanakan. Keraenterian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan Celah tneminda Undang-undang Kecil

Bangunan atau Uniform Building Law, dengan izin, di man a bangunan

baru diwajibkan mempunyai kemudahan access bagi orang-orang cacat

seperti terkandung daLam "Code of Practice for Access of Disabled

Persons."

Tuan Tan Kok Wax: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Sungai Besi bangun, Yang Berhormat.

Tuan Tak Kok Wai: Tuan Pengerusi ,say a ing in bertanya sebab

pada masa kini hanya Wilayah Persekutuan menguatkuasakan Undang-

undang Kecil, bagaimana pula negeri-negeri yang lain?

Dato' Alexander Yu Lung Lee: Code of Practice for Access of

Disabled Persons, dengan izin, yang disediakan oleh SIRIM telah di-

hantar kepada tiap-tiap negeri dan apa yang kita tahu bahawa tiap-

tiap negeri sekarang adalah dalara proses meminda undang-undang

tarsebut.

Selain daripada itu, sebuah Jawatankuasa di bawah SIRIM telah

menyediakan satu kod bagi kemudahan orang cacat di luar bangunan dan

ini pun diraonitorkan oleh SIRIM. Saya berharap Ahli Yang Berhormat

boleh serahkan masalah ini kepada Kementerian berkanaan.

DR.17.12.92 -100-

Berkenaan kurangkan kadar premium mengenai insurans kenderaan

dan nyawa kepada orang-orang cacat, Kementerian saya mengambil per-

hatian di atasnya dan kita boleh serahkan masalah itu kepada

Kementerian Kewangan. Berkenaan bilangan orang-orang cacat yang di-

adakan di dalam negara kita, Kerajaan berpegang bahawa anggaran

cacat dalam negara adalah lebih kurang 1% daripada penduduk negara.

Oleh yang demikian, bilangan orang-orang cacat pada masa ini adalah

dianggarkan sebanyak 180,000 orang. Mengikut bilangan yang cacat

yang didaftarkan secara sukarela di negara ini ialah seramai 46,258

orang iaitu sehingga bulan Ogos tahun ini.

Ahli Yang Berhormat dari Kepong menyarankan Dasar Kependudukan

Negara yang beliau katakan bahawa tidak ketat kerana pertumbuhan

penduduk tinggi dari 2.3% ke 2.6% dan ini mungkin akan melebihi

aspirasi untuk mencapai 70 juta dalara seratus tahun. Dasar Kepen-

dudukan Negara lebih mementingkan kualiti penduduk sungguhpun

bilangan 70 juta yang ditetapkan menjelang tahun 2100. Dengan ini

rancangan lebih awal akan menjadi asas dalam program-program akan

datang. Isu peningkatan pertumbuhan penduduk dijangka menjadi satu

keadaan yang sementara memandangkan kesuburan biasanya berkait rapat

dengan pembangunan gosio ekonomi. Dengan ini dijangka pertumbuhan

penduduk akan menurun mengikut unjuran yang dibuat selama ini apa-

bila berlaku perabangunan, peng'libatan wanita dalam pekerjaan dan

pertambahan tahap pendidikan. Pertumbuhan yang direkod semasa banci

termasuk juga orang—orang asing, dijangkan pertumbuhan akan menurun

ke 2.3% bagi tahun 1990 ke tahun 2000. Sementara itu Kementerian

saya akan terus menentukan perkhidmatan untuk menjaga kesihatan,

reproductive wanita dijalankan baik di luar bandar atau bandar.....

DR.17.12.92 - -101-

Dr Tan Seng Giaw: [Bangun]

Tuan Pengerusi: Kepong bangun Yang Berhormat.

Dr Tan Seng Giaw: Tuan Pengerusi, bolehkah Yang Berhormat

menerangkan apakah kadar yang dianggap tepat, yang dianggap sesuai

untuk membolehkan kualiti kependudukan yang disebutkan tadi dapat

diperbaiki. Apakah kadar Kementeriannya?

Dato' Alexander Lee Yung Lee: Kadar pertumbuhan ini bukan satu

kadar yang tetap dan ini bergantung kepada masa ke semasa dan bila

negara adalah pesat membangun, maka kadar ini akan turun dan kita

jangka bahawa sampai tahun 2030 ada kemungkinan kadar pertumbuhan

itu sudah jadi stable iaitu tidak ada pertambahan lagi penduduk-pen-

duduk di negara kita. Ini mungkin dapat lebih daripada 30 juta pen-

duduk sahaja, bukan 70 juta dan itulah satu trend yang kita jangka

kalau kita nampak kadar pertumbuhan yang akan diadakan dalam negara

kita. Juga didapati bilangan penduduk sekarang adalah selaras

dengan unjuran atau projection yang dibuat semasa Dasar Kependudukan

diumumkan dahulu dan bukan seperti apa yang dikatakan oleh Ahli Yang

Berhormat,

Berkenaan dengan fenomena Yang Berhormat telah sebutkan bahawa

bilangan isi rumah yang bertambah, bilangan isi rumah dijangka akan

bertambah daripada 3.7 juta dalara tahun 1990 kepada 8.4 juta dalam

tahun 2020. Sistem kekeluargaan yang kuat, mantap dan sihat perlu

diperkukuhkan, usaha-usaha menyediakan dipergiatkan untuk melengkap-

kan sumber maklumat bidang keluarga yang sedia ada untuk menjalankan

satu dasar kekeluargaan yang menyeluruh. Program-program

pembangunan keluarga diperkemas dan dipertingkatkan dan dijalankan

secara bekerjasama dan bersepadu oleh pelbagai agensi Kerajaan,

swasta dan sukarela.

12.92 -102-

Berkenaan dengan increase female-headed household dengan izin,

yang disebutkan oleh Yang Berhormat ini disebabkan oleh life

expectancy, dengan izin, wanita lebih panjang dibandingkan dengan

lelaki dan juga menyekatkan penceraian dan juga remarriage. Tetapi

data melalui census ini tidak merupakan kesan remarriage dan inilah

satu fenomena yang kit a tidak boleh elakkan kalau kit a ada satu

negara yang membangun dan mengikut negara-negara Barat.

Itulah semuaperkara-perkara yang dibangkit oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat dan lagi sekali saya mengucap terima kasih kepada Ahli-

ahli Yang Berhormat yang mencadangkan dan mengulaskan beberapa

perkara berkaitan Kementerian Pembangunan Negara dan Perpaduan

Masyarakat. Terima kasih.

Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah

bahawa wang sejumlah RM141,068,500 untuk Kepala B.56 jadi sebahagian

daripada Jadual di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan

Pembangunan Masyarakat hendaklah disetujukan.

Masa1ah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM141,068,500 untuk Maksud B.56 diperintahkan jadi

sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak

RM27,730,250 yang disebutkan untuk Maksud P.56 dalam Anggaran

Pembangunan bagi tahun 1993 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan dan disetujukan.

Wang sebanyak RM27,730,250 untuk Maksud P.56 diluluskan jadi

sebahagian daripada Anggaran Pembangunan, 1993.

DR.17.12.92 -103-

Fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi gebahagian daripada Rans

Undang-undang.

Usul dikemuka bagi diputuskan dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa Dewan ini mengikut Seksyen 4(3) Akta

Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan

iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada

RM1,854,471,720 (sebelas bilion, lapan ratus lima

puluh empat juta, empat ratus tujuh puluh satu ribu,

dan tujuh ratus dua puluh ringgit) dibelanjakan

daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 1993,

dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran

perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah

Maksud Perabangunan atau ("P") dalam senarai Belanjawan

Persekutuan, 1993 yang dibentangkan sebagai Kertas

Perintah 26 Tahun 1992, adalah diuntukkan di bawah

Maksud-maksud yang berkenaan jumlah—jumlah yang

bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan

lapan dan sembtlan senarai tersebut.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

DR.17.12.92 -104-

Bacaan Kali Tang Ketiga

Tuan Abdul Ghani bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon

memaklumkan bahawa Rang Undang-undang Perbekalan, 1993 telah

ditimbang dalam Jawatankuasa dan telah disetujukan tanpa pindaan.

Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibacakan kali

yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Tuan Yang di-Pertua,

saya mohon menyokong.

Tuan Tang di-Pertua: Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang

Perbekalan, 1993 dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

USUL

Tuan Abdul Ghani bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon

memaklumkan iaitu Jawatankuasa telah menimbangkan Usul yang

diedarkan kepadanya dan bersetuju dengan Usul itu. Seterusnya saya

mencadangkan supaya Usul yang berbunyi:

DR.17.12.92 -105-

Bahawa Dewan ini mengikut Seksyen 4(3) Akta

Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan

iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada

RM11,854,471,720 (sebelas billon, lapan ratus lima

puluh empat juta, empat ratus tujuh puluh satu ribu,

dan tujuh ratus dua puluh ringgit) dibelanjakandaripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 1993,

dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran

perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah

Maksud Pembangunan atau ("P") dalam senarai Belanjawan

Persekutuan, 1993 yang dibentangkan sebagai KertasPerintah 26 Tahun 1992, adalah diuntukkan di bawah

Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang

bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan

lapan dan sembilan senarai tersebut."

hendaklah disetujukan.

Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Tuan Yang di-Pertua,

saya motion menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Masalahnya ialah bahawa usul seperti mana

yang dibacakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan,

disetujukan.

DR.17.12.92 -106-

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa Dewan ini mengikut Seksyen 4(3) Akta

Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan

iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripadaRM11,854,471,720 (sebelas bilion, lapan ratus lima

puluh empat juta, empat ratus tujuh puluh satu ribu,

dan tujuh ratus dua puluh ringgit) dibelanjakar.

daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 1993,

dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran

perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah

Maksud Pembangunan atau ("P") dalam senarai Belanjawan

Persekutuan, 1993 yang dibentangkan sebagai Kertas

Perintah 26 Tahun 1992, adalah diuntukkan di bawah

Maksud-maksud yang b erkenaan jumlah-jumlah yang

bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan

lapan dan sembilan senarai tersebut.

AKTA ACARA KEWANGAN 1957 -

Pinjaman Kerajaan Persekutuan Ditukarkan Kepada Ekuiti

5.53 ptg.

Tuan Abdul Ghani bin Othman: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon

mencadangkan:

Bahawa Dewan ini, selaras dengan peruntukan

Seksyen 8.3 (iv) Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan

1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Pinjaman

Kerajaan Persekutuan dalam beberapa syarikat Kerajaan

sebanyak RM1,005,155,094 ditukarkan kepada ekuiti.

DR.17.12.92 -107-

Kementerian Kewangan telah menukarkan pinjaman-pinjaman Kerajaan

Persekutuan kepada ekuiti bcrjumlah RMl,005,155,094 dalam

agensi-agensi Kerajaan seperti berikut:-

Agensi Tarikh tukaran Jumlah

1. MaLaysian RubberDevelopment Corporation

2. Syarikat Jengka Sdn. Bhd.

3. Syarikat PerumahanPegawai-pegawai Kerajaan

4. Perbadanan Nasional Bhd.(PERNAS)

5. Lembaga Letrik Sabah

13.12.80

16.10.85

2.9.86

25.11.864.8.88

23.4.91

RM31 juta

RM23 juta

RM17 juta

RM49i,198,895RM115,456,179

RM327,500,000

Tuan Yang di-Pertua, sebelum tindakan penukaran pinjaman kepada

ekuiti dibuat, syarikat-syarikat berkenaan sedang menghadapi aliran

tunai yang kurang baik yang didapati sukar untuk meneruskan operasi

masing-masing. Selain daripada itu, nisbah hutar.g dan ekuiti yang

tidak seimbang telah menyebabkan syarikat-syarikat berkenaan'

menanggung perbelanjaan faedah yang tinggi. Perbelanjaan faedah

yang tinggi menyukarkan syarikat-syarikat berkenaan mencapai

keuntungan dalam penyata kewangannya, malahan telah mengalami

kerugian.

DR.17.12.92 -108-

Melalui penukaran pinjaman kepada ekuiti, masalah kewangan dan

aliran tunai yang lemah dapat diperbaiki. Nisbah hutang dan ekuiti

pula menjadi lebih seimbang dan syarikat berkenaan dapat

mengurangkan perbelanjaan faedah yang seterusnya dijangka mencapai

keuntungan dalam penyata kewangan. Tanpa tiadakan ini, akaun

untung-rugi syarikat-syarikat berkenaan akan bukan sahaja

menunjukkan penurunan jumlah keuntungan, malahan akan menghadapi

kerugian yang besar. Sebagai contoh, MARDEC telah mengalami

kerugian pada tahun 1979 sebanyak RM25.93 juta. Setalah pinjaman

sebanyak RM31 juta ditukarkan kepada ekuiti pada tahun 1980,

syarikat ini telah berjaya mencapai keuntungan sebanyak RM2.09 juta

pada tahun itu. Walau bagaimanapun, syarikat ini telah mengalami

kerugian pada tahun 1981 dan 1982 masing-masing sebanyak RM12.21

juta dan RM14.34 juta akibat daripada kejatuhan harga getah pada

waktu itu. Setelah harga getah menjadi stabil, MARDEC telah berjaya

mencapai keuntungan pada tahun 1983 sebanyak RM4.1 juta dan terus

mencapai keuntungan pada tahun-tahun berikutnya dengan keuntungan

tertinggi sebanyak RM15.11 juta pada tahun 1988.

Walau bagaimanapun, tindakan penukaran pinjaman kepada ekuiti

bagi PERNAS tidak dapat membantu syarikat ini memulihkan kedudukan

kewangan. Berdasarkan kepada penyata kewangan syarikat ini walaupun

penukaran pinjaman kepada ekuiti telah dibuat sebanyak dua kali,

iaitu pada tahun 1986 sebanyak RM491.2 juta dan pada tahun 1988

sebanyak RM115.5 juta, kerugian yang dialami terus menjadi lebih

buruk dari RM20.2 juta pada tahun 1986 kepada RM69.9 juta pada tahun

1988. Walau bagaimanapun, dengan penukaran pinjaman kepada ekuiti,

kerugian ini telah berkurangan kepada RM13.4 juta pada tahun 1991.

DR.17.12.92 -109-

Dari segi pembayaran dividen pula dari 5 buah syarikat yang ter-

libat dalarn penukaran pinjaman kepada ekuiti, cuma Syarikat

Perumahan Pegawai-pegawai Kerajaan (SPPK) yang berjaya mengekalkan

bayaran dividen sebanyak RM0.9 juta pada cahun-tahun 1986 dan juga

1989. Pada tahun 1993 anggaran dividen yang akan dibayar kepada

Kerajaan adalah sebanyak RM1.05 juta.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut Seksyen 8(3)(iv) Akta Acara

Kewangan 1957 (Pindaan 1972), penukaran pinjaman kepada ekuiti

memerlukan pembentangan resolusi di Dewan Rakyat. Selaras dengan

peruntukan tersebut, Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan adalah dipohon

menimbang dan memberikan persetujuan kepada resolusi ini supaya

pinjaman Kerajaan sebanyak RMl,005,155,094 itu ditukarkan kepada

ekuiti.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Datuk Peter Tinggom anak Kamarau]:

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

DR.17.12,92 - 110 -

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat masalah terbuka

untuk dibahas.

6.00 ptg.

Dr Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, nampaknya

tidak ada Ahli lain yang berminat di daiara hal yang penting....

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ucap sahajalah, jangan

kata orang lain tidak mahu berucap, Ucap sahajalah. Kalau Yang

Berhormat berminat, ucaplah. [Ketawa]

Dr Tan Seng Giaw: Mungkin Yang Berhormat dari Padang Terap

akan mengambil bahagian di dalam perbahasannya.

Saya tertarik kepada hujah Yang Berhormat Timbalan Menteri

mengenai keperluan untuk menukar pinjaman Kerajaan Persekutuan

sebanyak lebih RMl bilion kepada ekuiti daiara lima syarikat yang

telahpun disebutkan tadi, iaitu MARDEC, Jengka, SPPK, PERNAS dan

Elektrik Sabah.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam negara ini kita sering menghadapi

kesusahan daripada segi pengurusan syarikat-syarikat milik Kerajaan

- ekuiti Kerajaan. Ini termasuk PERNAS.

Saya nampak kalau kita sentiasa menukarkan pinjaman kepada

ekuiti, walaupun buat sementara, itu dapat menolong sedikit-se-

banyak, bukan sahaja sedikit-sebanyak, tetapi nampaknya daripada

angka-angka yang diberi tadi bila ditukar kepada ekuiti, kerugian

DR 17.12.92' - 111 -

itu hilang sama sekali, meraang hilang kerana tidak payah bayar

balik pinjaman - memang hilang. Itulah maksudnya. Jadi amalan

seperti ini memang dari semasa ke semasa kita perlu buat. Tetapi

janganlah kita menjadikan satu amalan yang dibuat dengan begitu

senang, begitu simple, begitu tidak mengambilkira masalah kewangan

negara terutamanya dasar penawastaan, dasar untuk mengurangkan

perbelanjaan awam. Ini merupakan satu dasar, sehingga kita perlu

membuat pindaan ke atas undang-undang termasuk KWSP (Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja), kerana dasar Kerajaan sekarang hendak mengurang-

kan perbelanjaan sektor awam, deregulation dan sebagainya.

Dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan awam ini memang wujudnya

usaha untuk oenjadikan sektor swasta yang lebih akt i f , lebih

dinamik. Dengan dasar yang sedemikian, maka bolehkah Yang Berhorraat

terangkan bahawa dengan pihak Kerajaan sentiasa tnenukarkan pinjaman

kepada ekuiti ini, adakah ini akan menjejaskan dasar Kerajaan untuk

mengurangkan perbelanjaan awara dan menarabahkan kegiatan sektor

swasta? Kalau tidak silap, saya Tuan Yang di-Pertua, kerana dasar

inilah maka, misalnya, asset KWSP sekarang lebih RM47 bilion. Pada

akhir abad ini, asset KWSP mungkin raeningkat kepada lebih RM400

bil ion, dan dasar pelaburan KWSP sekarang pun dengan perlahan-lahan

ditukarkan. Pada masa yang larapau pelaburan daripada KWSP telah

dihadkan kepada bon-bon dan sekuriti Keraj aan sahaj a, tetapi

sekarang dasar Sudan bertukar kepada sektor-sektor sekuriti BSKL dan

DR 17.12.92 - 112 -

sebagainya. Ini tnenunjukkan sacu trend. Tetapi dengan adanya

amalan seperti yang dibencangkan ini, adakah trend ini akan disekat

atau diberhentikan? Misalnya di dalam PERNAS, PERNAS sampai

sekarangpun menghadapi kesusahan. la merupakan satu syarikat yang

memegang saham yang terbanyak di Bank UMBC - lebih 70% saham di-

pegang oleh PERNAS.

Di dalam hal ini, sayapun merasa kesal juga kerana pada

beberapa tahun yang lalu - Tuan Yang di-Pertua, ini sangat relevant-

lah mengenai PERNAS ini - beberapa tahun yang lalu, pihak PSRNAS

meminjam wang daripada pasaran Jepun dalam bentuk Yen untuk membeli

saham/ekuiti daripada UMBC. Selepas itu, nilai Yen meningkat dan

pinjaman daripada pasaran Yen itu memang meningkat, dan ini

menyusahkan keadaan kewang an PERNAS, sehingga sekarang ura-uranya

PERNAS hendak menjualkan ekuiti daripada UMBC. Jadi timbullah

masalah, dan sayapun pernah sebutkan di sini, ada syarikat-syarikat

yang tidak mempunyai asset yang besar, yang hendak membeli UMBC,

kerana semua asset UMBC sampai RMl bilion sekarang. Kalau ada mana-

mana syarikat yang hendak mengambilalih, dia mesti mempunyai asset

yang sebesarnya, kalaupun tidak lebih daripada itu, tetapi Keramat

Holdings yang assetnya tidak sampai RM20-RM30 juta, yang hendak

mengambilalih UMBC. Ini adalah satu masalah yang timbul pada akhir-

akhir ini dan jawapannya pun saya tidak dapat daripada Kementerian

Kewangan. Ini adalah satu gejala yang mana pihak Kementerian sedang

berusaha untuk memberi bantuan supaya pinjaman itu ditukar kepada

ekuiti di dalam PERNAS yang masih mengalami kesusahan yang" hendak

mengubahkan pelaburannya kepada sektor yang lain daripada bank.

Ini merupakan satu masalah daripada segi pengurusan konsortium

PERNAS. Ini merupakan satu konsortiumnya, mungkin boleh dianggap

satu multi-national sekarang. PERNAS sangat besar sekarang ini,

tetapi masih mengalami kesusahan pengurusan. Mungkin kalau Yang

Berhormat dari Padang Terap dijadikan Pengerusinya, keadaan

sedemikian akan berubah - mungkinlah atau besar kemungkinan.

DR.17.12.92 -113-

Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan hal ini kerana saya nampak

beberapa syarikat yang dimiliki olah Kerajaan di mana Kerajaan mem-

punyai ekuiti yang besar yang mengalami kesusahan.

Satu misalan lagi, Tuan Yang di-Pertua, selain daripada MARDEC

mengalami kesusahan, Jengka, SPPK dan juga Lembaga Letrik Sabah.

Misal selanjutnya Bank Bumiputra (BBMB). Pada akhir-akhir ini iaitu

bulan November; 9hb November tahun ini BBMB barulah mengumumkan

Penyata Kewangan Tahunan bagi kelima-lima syarikat yang disebutkan

oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. penyata Kewangan Tahunan

BBMB lewat diumumkan, Lewat 5 bulan, Kerana pada biasanya 31hb

Maclah tiap-tiap tahun diumumkan Penyata Kewangan Tahunannya.

Tetapi bagi BBM3 kumpulan yang begitu besar lewat 5 bulan. Dan Yang

Berhormat Timbalan Menteri mesti mengambil perhatian mengapa lewat,

tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian

Ke wang an .

Dan di dalam pengumuman ini, keuncungan kumpulan selepas cukai

dicacatkan sebagai RM22.7 juta berbanding dengan RM83.7 juta tahun

lepas. Ini menunjukkan satu kekurangan yang sangat besar. Dan bagi

peringkat bank sahaja, Bank Bumiputra, keuntungan selepas cukai

turun daripada RM126 juta kepada RM21.9 juta,

Ini besar kemungkinan berpunca daripada pinj aman-pinj aman lapuk

(bad and doubtful debt) yang meningkat daripada RM78.5 juta bagi

tahun yang lepas kepada RM127.3 juta tahun ini. Pinjaman-pinjaman

DR.17.12.92 • -114-

lapuk meningkat di dalam Bank Bumiputra.

Ini bukan kali yang pertama keadaan yang sedemikian berlaku.

Di dalam tempoh 8 tahun, sudah dua kali Bank Bumiputra mengalami

masalah yang besar di mana tabung-tabung pemegang sahamnya dihapus

sama sekali. Dua kali. Satu kalinya kerana pinjaman lapuk yang di-

beri kepada spekulator-spekulator hartanah di Hong Kong sehingga

berlakunya skandal BMF. Lebih RM2.5 bilion hapus sama sekali.

Dan juga dua tiga tahun lepas itu kerana pinjaman-pinjaman

lapuk, PETRONAS perlu menyelamatkannya dengan kira-kira RM2 bilion

juga, Dan inilah satu masalah yang belum kita menyelesaikan di

dalam Bank Bumiputra (BBMB). Yang ini satu...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, soalnya adakahbersangkut-

paut dengan Usul dihadapan?

Dr. Tan Seng Giaw: Oh, meniang itu syarikat Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua: Yalah, tetapi adakah yang itu bersangkuc-

paut?

Dr. Tan Seng Giaw: Memang itu satu contoh, walaupun luar dari-

pada 5 yang disebut di sini tetapi ini syarikat Kerajaan juga.

Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman: [Menyampuk] [Point of order!]

Dr. Tan Seng Giaw: Ya.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada. [Ketawa]

Dr. Tan Seng Giaw: Tidak mahu? Point of order sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada, tidak ada.

Dr. Tan Seng Giaw: Tidak ada.

Tuan Yang di-Pertua: Dia olok-olok sahaja.

DR.17.12.92 -115-

Dr. Tan Seng Giaw: Olok-olok sahaja. [Ketawa] Memang sifat

Kota Setar, yang hendak cakap dari belakang sahaja. Di depan tidak

mahu!

Tuan Yang di—Pertua: Minta keraukakan Usul-usul.

Dr. Tan Seng Giaw: Ya, saya hendak kemukakan, cuma ada

desas-desus dan komat-kamit dan sebagainya di sebelah kiri saya.

Datuk Haji Mohd . Zihin bin Haji Mohd. Hassan: [Menyampuk]

Dr. Tan Seng Giaw: Ha? Nak suruh saya cakap? Baik. Saya ada

beberapa point lagilah untuk ditirabang oleh Yang Berhormat Timbalan

Menteri mengenai begitu perlu atau peri mustahaknya bagi kita untuk

mempertingkatkan pengurusan di dalam kelima-lima syarikat tersebut .

Saya cuma beri satu contoh. Ada banyak contoh lagi. Bolehkah saya

sebutkan satu lagi?

Tuan Yang di-Pertua: Satu lagi? Tetapi adakah bersangkut

dengan Usul?

Dr. Tan Seng Giaw: Mesti bersangkut.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Dr. Tan Seng Giaw: Kerana ini mengenai pinjaman yang ditukar

kepada ekuiti. Memang di dalam syarikat-syarikat itu beratus-ratus

milik Kerajaan. Ini satu contoh lagilah.

Syarikat raksaksa Kerajaan - MARA Holdings yang mempunyai 28

anak syarikat. Subsidiary 28 dan 14 unit Tabung Amanah Saham. Dua

daripada syarikatnya akan disenaraikan di dalam Bursa Sahara Kuala

Lumpur.

Dan sekarang satu fenomena yang aneh juga hutang kepada MARA

DR.17.12.92 -116-

lebih RM250 juta untuk tujuan pinjaman bagi perniagaan dan

pelajaran. Dan kalau kita setakat menukarkan pinjaman kepada ekuiti

sahaja tidak menjaga pengurusan syarikat-syarikat masing-masing maka

tidak gunalah kita meluluskan Usul ini pada hari ini.

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: [Bangun]

Tuan Yang di-pertua: Padang Terap bangun.

Dato'Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, yang

diminta untuk menukarkan pinjaman kepada ekuiti adalah 5 syarikat

sahaja, Tuan Yang di-Pertua, MARDEC, SPPK, Lembaga Letrik Sabah,

Jengka; mengapa dibawa pula soal MARA kerana ianya tidak diminta.

Yang diminta adalah 5.

Tuan Yang di-Pertua: Sila, Kepong.

Dr. Tan Seng Giaw: Memang ada 5. Saya pun sebut 5 juga -

MARDEC, Jengka, SPPK, Pernas dan Lembaga Letrik Sabah itu yang tidak

pun dikenali oleh Yang Berhormat dari Padang Terap tadi. Satu

contoh sahaja, Tuan Yang di-pertua. Dua contohlah, iaitu Bank

Bumiputra dan MARA Holdings yang menunjukkan kelemahan di dalam

pengurusan syarikat terutamanya mengenai pinjaman-pinjaman lapuknya.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mempunyai maklumat lengkap

mengenai kelima-lima syarikat kerana saya baru sahaja tahu beberapa

minit yang lalu. Kalau saya tahu lebih dahulu saya akan membawa

fakta- fakta yang menunjukkan ke1emahan-ke1emahan yang tertentu di

dalamnya.

Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan: Kalau tidak tahu

berhentilah, berhenti.

DR.17.12.92 -117-

Dr. Tan Seng Giaw: Apa macam berhenti, itu RM1 bilion bukan

kecil jumlah wangnya. Itu duit DAP juga! Ini memang duit DAP juga.

Sebahagian wang pembayar cukai itu duit DAP juga.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Larut tidak mengetahui

mengenai kewangan negara. Sebahagiannya duit DAP.

Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila teruskan.

Dr. Tan Seng Giaw: Jadi, dengan adanya masalah aliran tunai

yang kurang baik dan nisbah hutang dan ekuiti tidak seimbang, tnaka

terpaksa menukar corak pinjaman. Ini menukar corak sahaja. Ini

masih pinjaman, corak ditukarkan sahaja untuk memberi perlindungan

yang lebih kepada kelima-lima syarikat tersebut. Itu mengenai

MARDEC, Tuan Yang di-Pertua.

DR.17.12.92 - 118 -

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sila teruskan. Jangan

hiraukan kepada dia, sila teruskan.

Dr. Tan Seng Giaw: Sebenarnya, saya tidak hirau, cuma saya

hendakkan dia senyap dahulu sebelum saya melanjutkan cadangan saya.

MARDEC jemang satu syarikat yang penting di dalam usaha kita

meningkatkan kualiti dan mempelbagaikan penggunaan getah di negara

ini kerana setahu kita pengeluaran getah .di Malaysia tidak boleh

bertanding dengan negara-negara Thailand dan juga Indonesia. Walau-

pun kualiti getah Malaysia itu tnasih tinggi, lebih tinggi daripada

kedua-dua negara. tersebut, tetapi kita mesti berusaha untuk jemper-

tingkatkan lagi penyelidikan ke atas getah dan juga pengeluaran

pelbagai bahan buatan getah untuk jemastikan kita masih terulung di

dalam produksi, penyelidikan dan juga pengeluaran bahan-bahan getah

di negara kita. MARDEC boleh memainkan peranan yang penting bukan

sahaja di dalam usaha sendiri bahkan juga usahasama dengan syarikat-

syarikat lain.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya mengenai masalah Jengka. Di

dalam usaha syarikat Jengka memang di dalam beberapa tahun ini

Kerajaan telah tnelaburkan berpuluh-puluh juta ringgit di dalamnya

tetapi saya tidak nampak syarikat tersebut begitu berjaya di dalam

perniagaan, di dalam usahanya untuk memperkembangkan syarikat

tersebut. Dengan penukaran pinjaman kepada ekuiti lebih RM23 juta,

DR.17.12.92 - 119 -

maka kita berharap pengurusan di dalam Jengka ini akan meningkat dan

di dalam ucapan saya tadi, yang pertama, jangan kita begitu simple

dan. begitu mudah menukarkan. corak pinjaman semata-mata untuk

membantu syarikat-syarikat tersebut. Keduanya, pengurusan syarikat

perlu dipertingkatkan. Yang ketiga, cadangan saya itu ialah kita

mesti memastikan audit dalaman di dalam kelima-lima syarikat yang

mana saya nampak kurang, kerana setakat ini kelima- lima syarikat

ini tidak begitu mementingkan audit dalaman. Inilah di dalam Dewan

yang mulia ini, saya mencadangkan supaya kelima-lima syarikac ini

mempertingkatkan peranan audit dalaman untuk memastikan semua audit

dibuat dengan betul dan penyata kewangannya diumumkan dalam masa

yang ditetapkan, bukan seperti Bank Bumiputra tadi lewat lima

bulan. Tiap-tiap tahun kita mesti memastikan kelima-lima syarikat

ini mengumumkan penyata tahunan tepat pada masanya. Sekian, terima

kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Padang Terap.

6.24 ptg.

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya

menyokong cadangan yang dibawa oleh Menteri Kewangan. Seperti mana

yang disebutkan tadi, kelima-lima syarikat yang tidak menunjukkan

keuntungan. Sekarang ini dibentangkan lima syarikat tetapi macam

kata Yang Berhormat dari Kepong tadi banyak lagi syarikat yang

mungkin dalam keadaan begini. Walau bagaimanapun, saya berharap,

pengalaman yang dialami oleh kelima-lima syarikat ini patut menjadi

pengajaran kepada pihak Kerajaan khususnya Treasury, kerana...

Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun]

DR.17.12.92 - 120 -

Tuan Yang di-Pertua: Kepong bangun, Yang Berhormat.

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tidak sempat saya beri apa-

apa lagi...

Dr. Tan Seng Giaw: Tak sempat? Saya, bila saya berucap, saya

sempat.

Tuan Yang di-Pertua, narapaknya kenyataan Yang Berhormat Padang

Terap itu bersetuju dengan. apa yang saya sebutkan tadi - 100%.

[Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat minta penerangan. Takkan

yang itu penerangan?

Dr. Tan Seng Giaw: Kenyataan itu serupa dengan apa yang saya

sebutkan sebentar tadi.

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Saya sebut apa yang dia

sebut, bukan maknanya saya bersetuju. Tsrlaiu pre-emptive atau-

pun...

Dato' Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan: Conceited.

Dato' Dr. Affifudin bin Haji Omar: Tidak, tidak, bukan

conceited.

Tuan Yang di-Pertua, pengajaran kepada pihak Treasury ialah

raana-mana syarikat yang hendak ditubuhkan oleh Kerajaan, selalu

tidak difikirkan mengenai dengan pemberian geran. Kalau dilihat,

semua syarikat yang ditubuh oleh Kerajaan, wang pemberian oleh

Treasury itu dianggap sebagai pemberian hutang yang perlu dibayar

balik, dan pemberian hutang ini bukan untuk keseluruhan modal.

Misalnya, pihak Treasury memberi 30% untuk kemudahan modal yang

DR.17.12.92 - 121

bukan pada tahap geran, tetapi ke tahap hutang dan 70% lagi perlu

dicari daripada bank-bank. Apa yang berlaku di kalangan syarikat-

syarikat Kerajaan ialah mereka terpaksa membayar banyak service

charts kepada interest payment kepada bank yang banyak dan di satu

pihak lagi terpaksa membayar kepada pihak Kerajaan walaupun dengan

kadar pinjaman 4%. Inilah keadaan yang berlaku boleh dikatakan di

semua syarikat yang ditubuhkan oleh Kerajaan dan. perkara ini pula

dicompoundkan, dengan izin, dengan. fungsi-fungsi syarikat itu.

Sebagai syarikat Kerajaan, mereka bukan hanya menumpukan usaha-

usaha meraka kepada fungsi membuat keuntungan. 100% ekonomik. Mereka

terpaksa juga menangani soal-soal sosial. Misalannya MARDEC. Ada-

kah MARDEC dibarikuasa untuk mengambilkira faktor-faktor ekonomik.

Tidak. MARDEC terpaksa mengambil susu getah daripada kawasan-

kawasan yang jauh di pedalaman yang tidak ekonomik dari segi

operasinya dan MARDEC terpaksa beroperasi di atas wang yang perlu

dibayar balik.

Kalau Kerajaan hendak menjadikan MARDEC ataupun mana-mana

syarikat yang hendak ditubuhkan di hari muka, perlu diberikan

sebahagian daripada modal yang dikehendakinya sebagai geransupaya

beban kepada syarikat itu tidak terlalu berat. Syarikat terpaksa

membayar 100% modal kewangannya sebagai pinjaman - satu kepada bank

dan satu kepada Kerajaan. Pada akhirnya, in the final analysis,

dengan izin, syarikat-syarikat Kerajaan ini terpaksa bekerja untuk

DR.17.12.92 - 122 -

bank. Kerajaan hanya mengambil 4% dan bank mengambii 13%. Inilah

yang berlaku dan akhirnya tidak ada jalan lain, melainkan akhirnya

menukarkan pinjaman, itu kepada ekuiti.

Tuan Yang di-Pertua, Saya hendak sebutkan satu contoh...

Tuan Yang di-Pertua: Boleh sebutkan contoh itu pada hari

Isnin. [Ketawa]

Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan sehingga hari Isnin 2.30 Petang

Dewan ditangguakan pada pukul 6.30 petang