PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang...

68
Bil. 53 Rabu 29 November 1995 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA

Transcript of PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang...

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

Bil. 53 Rabu 29 November 1995

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN RAKYAT

PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN­PERTANYAAN

RANG UNDANG-UNDANG DIBA W A KE DALAM MESYUARAT

USUL MENANGGUHKAN MESYUARA T DI BA WAH PERATURAN MESYUARAT 18(1):

Pemberitahu Usul Yang Tidak Cukup Tempoh Matang 24 Jam

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan 1996

Jawatankuasa:

USUL:

Jadual-

Maksud B. 26 dan B. 27

· Maksud B. 28, B. 29, B. 30, B. 31, B. 32 dan B. 33

Maksud B. 34

Maksud B. 35, B. 36, B. 37, B. 38, B. 39, B. 40 dan B. 41

Anggaran Pembangunan 1996

Jawatankuasa:

Dncrhit nlch:

Maksud P. 26 dan P. 27

Maksud P. 28, P. 31, P. 32 dan P. 54

Maksud P. 34

Maksud P. 35, P. 36, P. 37 dan P. 40

CAWANGAN DOKL'MEJ\TASI PAR LIMEN MALAYSIA ~~~~

[Ruangan I]

[Ruangan 17]

[Ruangan 17]

[Ruangan 22]

[Ru'angan 22]

[Ruangan 32]

[Ruangan 45]

[Ruangan 22]

[Ruangan 22]

[Ruangan 32]

[Ruangan 45]

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

AHLI-AHLI DEW AN RAKY AT

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATO' MoHAMED ZAHIR BIN HAJJ ISMAIL, P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, O.K.!., D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P., D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.N.M., P.I.S. (Kubang Pasu).

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, D A TO' SERI ANwAR BIN IBRAHIM, D.U.P.N., S.S.A.P., S.S.S.A., D.G.S.M., S.P.N.S., S.P.D.K., D.M.P.N. (Permatang Pauh).

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, DATo' SERI DR. LING LIONG SIK, D.G.S.M., S.P.M.P., D.P.M.S., D.P.M.P. (Labis).

Menteri Kerja Raya, DATO' SERI S. SAMY VELLU, S.P.M.P., s.P.M.J., o.P.M.s., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput).

Menteri Perusahaan Utama, DATO' SERI DR. LIM KENG Y AIK, s.P.M.P., D.P.C.M. (Beruas).

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, DATUK LEo MoGGIE ANAK IROK, P.N.B.S. (Kanowit).

Menteri Perdagangan Antarabangsadan Industri, DATO' SERI RAFIDAH AziZ, s.P.M.P., D.P.M.s., A.M.N. (Kuala Kangsar).

Menteri Pertanian, DATUK SERI AMAR DR. HAJJ SuLAIMAN BIN HAn DAUD, S.I.M.P., D.A., D.S.S.A., P.N.B.S., J.B.S. (Petra Jaya) .

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, DATO' HAJJ ABU HASSAN BIN HAJJ 0MAR, S.P.M.S., D.P.M.S., S.M.S., S.M.T., P.I.S. (Kuala Selangor).

Menteri Pendidikan, DATO' SERI HAJJ MoHo. NAJIB BIN TuN HAn ABDUL RAZAK (Orang Kaya Indera Shahbandar), s.s.A.P., s.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S. (Pekan).

Menteri Penerangan, DATO' MoHAMED BIN RAHMAT, s.P.M.J., s.I.M.P., S.S.S.A., S.S.I.J., D.P.M.J., D.P.M.S., P.N.B.S., K.M.N., P.I.S., B.S.!. (Pulai).

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, DATO' SABBARUDDIN CHIK, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., S.M.S. (Temerloh).

Menteri Sumber Man usia, DATo' LIM AH LEK, s.I.M.P., o.s.A.P., s.M.T., J.P. (Bentong).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DATo' ABANG ABu BAKAR BIN DATU BANDAR ABANG HAn MusTAPHA, o.s.A.P., P.N.B.s., o.P.T.J., J.M.N. (Kuala Rajang).

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

II 29 NOVEMBER 1995

Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, DATUK LAw HIENG DING, P.N.B.S., K.M.N., P.B.S., P.B.J. (Sarikei).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DATa' DR. TING CHEW PEH, D.P.M.P. (Gopeng).

Menteri Pertahanan, DATa' SYED HAMID BIN SYED 1AAFAR ALBAR, D.P.M.J., s.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, DATO' HAn ANNUAR BIN HAn MusA, s.I.M.P. (Peringat).

Menteri Luar Negeri, DATUK ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI, o.s.s.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N. (Kepala Batas).

Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, DATUK Osu BIN HAn SUKAM, P.G.D.K. (Papar).

Menteri Belia dan Sukan, TAN SRI DATa' HAn MuHYIDDIN BIN HAn MOHO. Y ASSIN, P.S.M., S.P.M.J., P.I.S., B.S.!. (Pagoh).

Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, DATIN PADUKA HAJAH ZALEHA BINTI ISMAIL, D.P.M.S., S.M.S., K.M.N. (Gombak).

Menteri Kesihatan, TuAN CHUA JUI MENG, P.I.S. (Bakri).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DATa' DR. HAn ABDUL HAMID BIN HAJI OTHMAN, D.S.D.K., J.S.M., K.M.N., P.P.T. (Sik).

Menteri Pembangunan Usahawan, DATa' MusTAPA BIN MoHAMED, D.P.M.S. {Jeli).

Timbalan Yang di-Pertua, TuAN 0NG TEE KEAT, S.M.s. (Ampang Jaya).

Timbalan Yang di-Pertua, TuAN HAJI IUHAR BIN HAJI MAHIRUDDIN (Kinabatangan).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, DATO' MEGAT JuNID BIN MEGAT AYOB, D.P.C.M., o.s.A.P., A.M.P., A.M.K. (Pasir Salak).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DATO' MoHo. TAJOL Rosu BIN MoHo. GHAZALI, D.P.M.P., A.M.P. (Gerik).

Timbalan Menteri Kesihatan, DATa' DR. Sm ZAHARAH BINTI HAn SuLAIMAN, D.I.M.P. (Paya Besar).

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, DATa' LaKE YUEN Yow, D.P.M.P., A.M.P. (Tanjong Malim).

Timbalan Menteri Kerja Raya, DATUK RAILEY BIN HAn JAFFREY, P.G.D.K., J.M.N. (Silam).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, RAJA DATa' ARIFFIN BIN RAJA SuLAIMAN, D.S.D.K., s.M.s. (Baling).

Timbalan Menteri Pendidikan, DATO' HAJI MoHo. KHALID BIN MoHo. YuNus, o.s.N.s. (Jempol).

Timbalan Menteri Luar Negeri, DR. LEO MICHAEL ToYAD, J.B.S. (Mukah).

Timbalan Menteri Pertahanan, DATa' DR. ABDULLAH FADZIL BIN CHE WAN, D.P.C.M., P.C.M. (Bukit Gantang).

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995 lll

Yang Berhormat Timbalan Menteri Penerangan, DAro' DRs. SuLEIMAN BIN MoHAMED, D.P.M.s. (Titiwangsa).

Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, DAro' TENG GAIK KwAN, o.I.M.P., A.M.N., P.P.N. (Raub).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, TuAN PETER CHIN FAH Ku1, P.B.s., A.B.s. (Miri).

Timbalan Menteri Sumber Manusia, DAro' ABDUL KADIR BIN HAJJ SHEIKH FADZIR, D.S.D.K., A.M.K. (Kulim-Bandar Baharu).

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, TuAN KERK CHOO TING (Taiping).

Timbalan Menteri Pertanian, DATO' HAJJ TENGKU MAHMUD BIN TENGKU MANSOR, D.P.M.T., K.M.N., P.J.C., J.P., P.J.K. (Setiu).

Timbalan Menteri Kewangan, DAro' WONG SEE WAH, D.S.N.s. (Rasah).

Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, DATUK PETER TINGGOM ANAK KAMARAU, P.N.B.S., J.B.S., K.M.N., P.B.S., A.M.N., P.P.C. (Saratok).

Timbalan Menteri Pendidikan, DATUK DR. FoNG CHAN ONN, D.M.S.M. (Selandar).

Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, DAro' CHAN KoNG CHOY, o.s.A.P., D.P.M.S. (Selayang).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, TUAN 0NG KA TING (Pontian).

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, DAro' K. KUMARAN, D.P.M.P., K.M.N., J.S.M., P.M.P., P.P.T., J.P. (Tapah).

Timbalan Menteri Kewangan, DAro' DR. AFFIFUDIN BIN HAJJ 0MAR, o.s.o.K., J.S.M., K.M.N., B.C.K. (Padang Terap).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DATUK DR. IBRAHIM BIN SAAD, D.M.S.M. (Tasek Gelugor).

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, DATO' ABu BAKAR BIN DAuo, o.s.M.T., o.s.A.P., D.P.M.T., J.M.N., P.J.c., P.J.K. (Kuala Terengganu).

Timbalan Menteri Pengangkutan, DATUK WIRA MoHo. Au BIN MoHo. RusTAM, o.c.s.M., o.M.S.M., o.s.M., P.B.M. (Batu Berendam).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, DATo' S. SuBRAMANIAM, o.s.N.s., D.P.M.J., s.M.J. (Segamat).

Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, DR. GoH CHENG TEIK (Nibong Tebal).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DATUK HAJJ MoHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Chenderoh).

Timbalan Menteri Perusahaan Utama. CIK Sm ZAINAB BINTI ABu BAKAR (Tebrau).

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, TUAN loRIS BIN JusoH, P.J.K. (Besut).

Setiausaha Par limen Kementerian Kesihatan, DATO' M. MAHALINGAM, D.P.M.S., J.M.N., J.P. (Subang).

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

iv 29 NOVEMBER 1995

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, DATo' MoHo. NoH BIN RAJAB, o.s.N.s. (Tampin).

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, TUAN DouGLAS UGGAH EMBAS, A.B.s., P.B.S. (Betong).

Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, TuAN YoNG KHOON SENG (Padawan).

Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, DATO' HAJJ FAUZI BIN HAJJ ABDUL RAHMAN, D.I.M.P., A.M.P., P.P.N. (Kuantan).

Setiausaha Parlimen di J abatan Perdana Menteri, DATO' HAJJ MuHAMAD BIN ABDULLAH, D.I.M.P., S.M.P., P.J.K. (Maran).

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, TUAN AzMI BIN KHALID, s.M.P., P.J.K. (Padang Besar).

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, DR. HAJJ SHAFIE BIN MoHo. SALLEH, s.M.s., s.s.A., K.M.N. (Kuala Langat).

Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan, TuAN CHOR CHEE HEUNG (Alor Setar).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri, TuAN HISHAMUDDIN BIN TuN HussEIN (Tenggara).

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, DATo' ABu BAKAR BIN TAIB, D.S.D.K., K.M.N., B.C.K., P.J.K. (Langkawi).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, TuAN TAN CHAI Ho, K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak).

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, DATUK MoHo. SHAFIE BIN HAJJ APDAL, P.G.D.K. (Semporna).

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, PUAN SHAHRIZAT BINTI ABDUL JALIL (Lembah Pantai).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, TuAN G. PALANIVEL, P.J.K. (Hulu Selangor).

TuAN ABDOL MuLOK BIN HAJJ A wANG DAMIT (Labuan).

TUAN ABDUL AZIZ BIN MOHO. Y ASSIN (Muar).

TuN ABDUL GHAFAR BIN BABA, s.s.M. (Jasin).

TuAN HAJJ ABDUL HADI BIN HAJJ A wANG (Marang).

TuAN HAJJ ABDUL HAMID BIN ABDUL RAHMAN (Sungai Benut).

TuAN ABDUL RAHIN BIN DATo' MoHo. SAm (Kuala Nerus).

TUAN ABDUL RAHMAN BIN HAJJ SULAIMAN, S.S.A., A.M.N., A.M.S., A.M.P., A.D.K. (Parit Buntar).

DATUK PATINGGI TAN SRI HAJJ ABDUL TAIB MAHMUD, D.P., D.A., S.P.M.J., P.G.D.K., s.s.A.P. (Kota Samarahan).

DATO' HAJJ ABU DAHARI BIN OsMAN, D.I.M.P., A.M.P., P.J.K. (Lipis).

DATUK ABu SEMAN BIN HAJJ YusoF, D.M.S.M., J.P., B.K.T. (AI or Gajah).

TuAN HAJJ ABu ZAHAR BIN DATo' NIKA UJANG, A.M.N. (Kuala Pilah).

TUAN AHMAD HusNI BIN MoHo. HANADZLAH, P.P.T., A.M.P. (Tambun). '

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995 v

Yang Berhormat TuAN AHMAD KAMARUZAMAN BIN MoHAMED BARIA, P.J.K. (Jerantut).

DATUK AHMADZAHID BIN HAMIDI, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok).

PuAN AINoN KHARIYAH BINTI DATO' MoHo. ABAS, P.M.P., A.M.P. (Parit).

TUAN AKBARKHAN BIN ABDUL RAHMAN (Libaran).

DATU AMIRKAHAR BIN TuN DATU HAn MusTAPHA (Marudu).

TUAN AsMAT NuNGKA (Beluran).

TUAN HAJJ BADRUDDIN BIN AMIRULDIN, B.K.M., P.J.K. (Yan).

TuAN HAJJ BADRUL HISHAM BIN ABDUL Az1z (Hulu Langat).

TuAN BILLY ABIT Joo (Hulu Rajang).

TUAN HAJJ BUNIYAMIN BIN Y AAKOB (Bachok).

TuAN CHANG KoN You (lpoh Timur).

CHE IBRAHIM BIN MusTAFA, P.J.K. (Sungai Petani).

TuAN CHIA KWANG CHYE (Bukit Bendera).

TUAN CHIEW CHIU SING (Bintulu).

DATO' JosEPH CHONG CHEK AH, o.s.P.N. (Batu).

PuAN CHUA SooN Bu1 (Tawau).

TuN DAIM BIN HAJJ ZAINUDDIN, s.s.M., o.H.M.s., s.s.A.P. (Merbok).

TUAN Fu AH Kww (Mentakab).

TuAN HAMZAH BIN RAMLI (Sri Gading).

DATO' HAJJ HANAFI BIN RAMLI, D.S.D.K., S.M.S., K.M.N., A.M.K., A.M.N., P.P.N., P.J.K., J.P. (JerJun).

TUAN HASHIM BIN ISMAIL, P.P.N., P.I.S. (Ledang).

TuAN HENRYNUS AMIN, A.D.K. (Kinabalu).

DATo' HEw SEE ToNG, o.P.M.P., J.P., P.M.P. (Kampar).

TuAN Ho CHEONG SING, A.M.N. (lpoh Barat).

DATO' HoN CHooN KIM, o.s.N.s. (Seremban).

TuAN Hoo SEONG CHANG (Kluang).

TUAN HAJJ IBRAHIM BIN MAHMOOD (Kuala Krai).

TUAN IBRAHIM BIN PATEH MoHAMAD (Tanah Merah).

PuAN HAJAH ILANI BINTI DATO HAJJ lsAHAK (Kota Bharu).

TuAN JAcoB DuNGAU SAGAN, P.P.B. (Baram).

DATO' DR. HAn JAMALUDDIN BIN DATo' MoHo. JARJIS, o.I.M.P., S.A.P. (Rompin).

TUAN JAMES JJMBUN ANAK PUNGGA, P.B.S. (Kapit).

TuAN JAWAH ANAK GERANG (Lubok Antu).

TuAN JIMMY LIM @ JIMMY DoNALD (Sri Aman).

TUAN JosEPH MAUH ANAK IKEH (Selangau).

DATUK JoSEPH PAIRIN KITINGAN (Keningau).

DATO' DR. KAMAL BIN SALLEH, o.s.P.N., K.M.N., P.K.T., J.M.N. (Wangsa

Maju).

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

VI 29 NOVEMBER 1995

Yang Berhormat TUAN KAMARUDIN BIN AHMAD (Arau).

TUAN R. KARPAL SINGH (Jelutong).

DR. L. KRISHNAN, P.M.c., A.M.N. (Telok Kemang).

TuAN LAu NGAN SIEW, A.D.K. (Sandakan).

DR. LEE CHONG MENG (Bukit Bintang).

DR. G. LEELAVATHI, A.M.N. (Kapar).

TuAN LIEW AH KIM (Seputeh).

TuAN LIM GuAN ENG (Kota Melaka).

TuAN LIM HocK SENG (Bagan).

TuAN LIM KIT SIANG (Tanjong).

TUAN VINCENT LIM Kuo PHAU (Petaling Jaya Utara).

PuAN LIM LAY HooN, P.P.N., B.K.M. (Padang Serai).

TuAN LIM S1 CHENG, P.I.S. (Senai).

TuAN LIM SIANG CHAI (Petaling Jaya Selatan).

TuAN HAJJ MAHBUD BIN HAJJ HAsHIM, A.S.A., P.J.K. (Sabak Bernam).

TUAN MANSOR BIN MASIKON (Batu Pahat).

DR. MAXIMus JoHNITY ONGKILI, A.S.D.K., J.P. (Bandau).

TUAN Mo. lsA BIN SABU (Kangar).

TUAN MICHAEL LISA KAYA, B.B.s. (Bukit Mas).

TuAN HAJJ MoHAMAD BIN SABU (Kubang Kerian).

TuAN HAJJ MoHAMED BIN HAJJ ABDULLAH (Pasir Puteh).

TuAN MoHAMED KHALED BIN NoRDIN (Johor Bahru).

DATUK MoHo. SALLEH BIN TuN SAID, P.G.o.K. (Kota Belud).

DATo' HAJJ MoHo. ZIHIN BIN HAJJ MoHo. HASSAN, o.I.M.P., P.M.P., A.M.P. (Larut).

TuAN MoKHTARUODIN BIN WAN YusoF (Dungun).

TuAN HAJJ MusTAFA BIN MuoA, A.M.N., A.M.T., P.P.N., P.J.K., J.P. (Hulu Terengganu).

TuAN HAJJ NIK MoHo. AMAR BIN HAJJ NIK ABDULLAH (Pengkalan Chepa).

TuAN NoH BIN 0MAR, P.J.K. (Tanjong Karang).

DR. NuNGSARI BIN AHMAD RAOHI (Balik Pulau).

DATUK NURNIKMAN BIN ABDULLAH (Beaufort).

TUAN 0NG TIN KIM (Teluk lntan).

TUAN OTHMAN BIN ABDUL, A.M.P., P.P.T. (Pendang).

DR. PATAU RuBIS, P.B.s. (Mas Gading).

TuAN PAUL NouTIN, A.O.K. (Penampang).

TuAN PHILIP YoNG CHEW LIP, A.D.K. (Gaya).

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995 vii

Yang Berhormat DATO' HAJJ QAMARUZ ZAMAN BIN HAJJ IsMAIL, D.P.M.P., P.C.M., K.M.N., B.C.K., P.J.K. (Bagan Serai).

"

TuAN RADIN MALLEH (Tenom) ..

DR. RAMLI BIN T AIB (Kemaman).

MuuA TENGKU TAN SRI RAZALEIGH HAMZAH, D.K., P.S.M., s.P.M.K., s.s.A.P., s.P.M.S. (Gua Musang).

TUAN RICHARD RIOT ANAK JAEM (Serian).

TuAN RoBERT LAu HOI CHEW (Sibu).

PUAN ROHAN! BINTI ABD. KARIM, P.P.B. (Santubong).

TUAN RUHANIE BIN HAJJ AHMAD, P.J.s. (Parit Sulong).

TUAN SALAMON BIN SELAMAT, S.S.A., A.M.S., P.J.K. (Shah Alam).

DR. SANUSI BIN DAENG MARIOK (Rantau Panjang).

PuAN SERIPAH Nou BINTI SYED HussJN (Sepang).

DATUK S'NG CHEE HuA, o.s.N.s., P.G.D.K. (Julau).

DATUK SoNG SwEE GUAN, P.G.D.K. (Bandar Kuching).

CJK SUKINAM DoMo (Batang Sadong).

DATO' HAJJ SuKRI BIN HAJJ MoHAMED, o.J.M.K., J.P. (Machang).

DR. TAN CHONG KENG (Bukit Mertajam).

DR. TAN KEE KwoNG (Segambut).

TuAN TAN KoK WAI (Cheras).

DR. TAN SENG GJAW (Kepong).

DR. TAN YEE KEw (Kelang).

TuAN TIONG THAI KING (Lanang).

TUAN TuE S1 @ CHANG SEE TEN, P.J.s. (Gelang Patah).

WAN HANAFIAH BIN WAN MAT SAMAN, B.K.M. (Pokok Sena).

WAN JUNAID! BIN TuANKU JAAFAR, P.B.s. (Batang Lupar).

TUAN HAJJ WAN MoHo. JAMIL BIN WAN MAHMOOD (Tumpat).

TuAN WoNG KAM HooNG, K.M.N. (Bayan Baru).

DATo' YAP PIAN HoN, D.P.M.s., A.M.N., P.J.K. (Serdang).

DR. YAP YIT THONG, A.M.P., A.M.N. (Lumut).

DR. YEE MoH CHAI (Tanjong Aru).

TuAN YEONG CHEE WAH (Batu Gajah).

TUAN YUNOF EDWARD MARINGKING (Tuaran).

TUAN YUNUS BIN RAHMAT (Jelebu).

DR. HAJJ YusoF BIN HAJJ Y ACOB, A.D.K. (Sipitang).

TuAN ZAINAL ABIDIN BIN OsMAN (Mersing).

TuAN HAJJ ZAINUDDIN BIN HAJJ MoHAMAD NoR, s.M.K. (Pasir Mas).

DATO' HAJJ ZAKARIA BIN MOHO. SAID, D.S.D.K., S.M.K., K.M.N., P.J.K. (Kuala Kedah).

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

Vlll

Setiausaha Dewan Rakyat

Ketua Penolong Setiausaha

29 NOVEMBER 1995

DEWAN RAKYAT

PEGA W Al-PEGA W AI KANAN

Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Ali, D.P.M.T., A.M.N., P.J.K., A.M.S., S.M.T., A.S.D.K.

Said bin Sidik.

Pmk. Ketua Penolong Setiausaha

Penolong Setiausaha Kanan

Abdullah bin Abdul Wahab.

Zamani bin Haji Sulaiman.

CAW ANGAN DOKUMENT AS!

Pegawai Penerbitan

Pelapor Perbahasan Parlimen

Bentara Mesyuarat

Azhari bin Hamzah.

Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop, P.P.N.

Haji Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusop.

Hajah Supiah binti Dewak.

Hajah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Hajah Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abd. Samad.

Jainah binti Sakimin.

Ahmad Kamal bin Mohd. Yusop.

CAW ANGAN BENT ARA

Lt. Kol. (B) Haji Rahimuddin bin Abdul Mutalib.

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Rabu, 29hb November, 1995

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA (Tuan Yang di-Pertua

mempengerusikan Mesyuarat)

JAW APAN-JA W APAN MULUT BAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

TERNAKAN AKUAKULTUR DI SARA W AK-POTENSI DAN

PERANCANGAN

1. Puan Rohani binti Abd. Karim minta Menteri Pertanian menyatakan tentang potensi bagi perusahaan ternakan akuakultur di Sarawak. Apakah perancangan kementerian untuk menggunakan potensi Inl dan mempertingkatkan peluang dalam bidang akuakultur bagi menjamin masa depan penduduk di luar bandar.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian (Dato' Abu Bakar bin Taib): Tuan Yang di-Pertua, negeri Sarawak mempunyai potensi yang besar untuk pembangunan industri akuakultur. Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh kementerian melalui kaedah "Geographic Information System'' (GIS)

dengan tumpuan kepada kawasan air payau dan air masin. Terdapat kawasan seluas 153,568 hektar tela.h dikenal pasti sesuai untuk tujuan tersebut. Daripada jumlah tersebut, tumpuan utama ialah kawasan zon 2 yang merangkumi kawasan seluas 88,434 hektar di sekitar Kuala Belawai, Kuala Rajang, Kuala Paloh dan Pulau Peruli.

Kerajaan akan mempertingkat kemudahan-kemudahan bagi tujuan pembangunan akuakultur di Sarawak seperti berikut:

(i) menyediakan kemudahan infrastruktur sepertijalan, elektrik dan perparitan serta kemudahan sokongan seperti pen gel uaran benih dan pusat khidmat nasihat dan latihan;

(ii) menjalankan projek perintis dengan penglibatan masyarakat luar bandar termasuk kolam demonstrasi;

(iii) menggubal program khidmat nasihat dan bimbingan untuk golongan sasaran; dan

(iv) mengadakan aktiviti demonstrasi kolam ternakan untuk golongan sasaran bagi1:ujuan pembelajaran.

Untuk makluman Yang Berhormat, program yang dirancang ini adalah merupakan satu model untuk pembangunan akuakultur bersepadu yang akan dijalankan di seluruh Malaysia.

Puan Rohani binti Abd. Karim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen memberitahu status semasa tentang perusahaan ternakan akuakultur di Sarawak?

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

2

Dato' Abu Bakar bin Taib: Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini di Sarawak terdapat 87 buah kolam air pay au dengan keluasan 26 hektar melibatkan 66 orang penternak yang menyumbangkan 99 tan metrik, lebih kurang RM 1.8 juta, 40 sangkar air pay au melibatkan 31 penternak yang menyumbangkan 45 tan metrik, lebih kurang RM0.85 juta. Manakala ternakan siput sudu menyumbang 0.52 tan metrik, iaitu RM200,000.

Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat swasta terlibat dalam industri ternak air di Sarawak, terutamanya ternakan udang harimau. Salah satu daripadanya ialah Sarawak Aqua vest Sdn. Bhd. yang sedang beroperasi di Santubong. Agensi lain seperti SEDC juga ada menjalankan ternakan udang seperti di Mukah.

PEKERJA ASING-JUMLAH BERDAFTARIDITANGKAP

2. Tuan Richard Riot AnakJaem minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) jumlah pekerja asing di seluruh negara, mengikutjenis pekerjaan dan negara asal mereka, yang telah mendaftarkan diri dengan Jabatan Imigresen; dan

(b) jumlah pekerja asing tanpa izin (PA Tl) yang telah ditangkap di seluruh negara, mengikut negeri, dan dari negara mana mereka berasal, pada tahun ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Tuan Ong Ka Ting): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Jumlah pekerja asing yang telah dikeluarkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) mengikut

29 NOVEMBER 1995

negara asal dan sektor adalah seperti berikut:

Negara Asal

Negara Indonesia - 249,185 orang

Negara Bangladesh - 79.688 orang

Negara Pakistan 1.999 orang

Negara Thailand 21.870 orang

Negara Filipina 26,049 orang

Negara-negara lain*

- 229,431 orang

Jumlah - 608,222 orang

*(Jumlah ini tidak mengikut pecahan warganegara asal, walaupun PLKS telah di­keluarkan baru-baru ini)

Sektor

Perladangan - 180,688

Perkilangan - 177,252

Pembuatan 47,799

Pembantu Rumah - 117,203

Lain-lain 85,280

orang

orang

orang

orang

orang

(b) J umlah pekerj a asing tanpa izin yang telah ditangkap di seluruh negara mulai I. 7.1992 hingga 31.8.1995 ialah 266,928 orang dan mengikut negara asal adalah seperti berikut:

Indonesia - 172,078 orang

Bangladesh 53,370 orang

Thailand 9,253 orang

Pakistan 2.596 orang

Filipina 1,459 orang

Lain-lain negara 28,172 orang

Dato' Haji Sukri bin Haji Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri itu secara tidak

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

rasmi sekarang barangkali lebih I juta orang, sama ada secara sah atau tak sah masuk ke negara ini. Bayangkan pada satu masa kalau mereka ini mengancam ekonomi negara, barangkali ekonomi negara kita boleh lumpuh!

Persoalan say a, apakah kerajaan tidak mengkaji semula dasar kemasukan pekerja-pekerja asing ini sama ada memperketatkannya atau mencari langkah-langkah yang sesuai bagi mempromosikan pasaran buruh tempatan supaya pada suatu masa pergantungan ekonomi kita kepada pekerja-pekerja asing ini tidak lagi diperlukan ataupun kalau perlu, pada satu kadar yang boleh dikawal?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memang telah mengkaji semula dasar-dasar yang pernah kita gubal pada satu ketika. Pada masa kini kerajaan memang sudah memperketatkan pengambilan buruh asing dan dihadkan kepada sektor-sektor yang tidak dapat dielakkan seperti perladangan, pembuatan di mana sektor-sektor ini telah cuba seboleh-bolehnya dapatkan buruh atau tenaga pekerja tetapi gagal.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Buruh Asing ini telah memastikan sesuatu permohonan itu adalah benar-benar mendesak dan genuine. Katalah dari segi pembuatan itu kita memang galakkan perkilangan ataupun mereka telah cuba dalam proses memindah kepada 'hi-tech' dan bukan terlalu bergantung kepada buruh. Memang ada dasar yang menyeluruh melibatkan agensi-agensi selain daripada Kementerian Dalam Negeri dan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri telah mempengerusikanjawatankuasa itu, say a rasa mungkin Yang Amat Berhormat ataupun Jabatan Perdana Menteri boleh memberi satu gambaran yang lebih menyeluruh.

Tuan Md. Isa bin Sabu: Tuan Yang di-Pertua, mohon penjelasan tambahan. Mengenai pendatang tanpa izin ataupun

3

pekerja tanpa izin yang kitajangka begitu besar angkanya. Apakah kerajaan mempunyai, dengan izin, target date untuk membanteras pendatang ataupun pekerja tanpa izin ini yang masih ada di negara kita dan apakah kawalan ketat yang mungkin berkesan yang boleh diambil oleh kerajaan untuk menyekat kemasukan pendatang tanpa izin ini terutama sekali melaluijalan darat dan laut? Dan melalui jalan darat ini, saya dapati ramai juga yang masuk melalui kawasan Parlimen Kangar iaitu di Bukit Putih di Kuala Perlis dan juga Padang Besar.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak berhenti langsung ataupun tidak melambatkan sama sekali usaha penguatkuasaan. Sebenarnya, selain daripada operasi OPS NY AH II yang telah beberapa kali saya terangkan di sini, operasi menangkap pendatang tanpa izin itu memang dijalankan oleh semua pihak penguatkuasa dan sebagai satu bukti secaraangka, sejak lhb.Julai, 1992 hingga 3lhb. Ogos tahun ini, seramai 266,928 orang pendatang tanpa izin telah pun ditahan oleh penguatkuasa melalui operasi.

Kita akan mempertingkatkan lagi operasi ini di seluruh negara. Di samping itu kerajaan juga dalam masa ini sedang mengkaji untuk mengenakan hukuman yang lebih berat terutamanya terhadap majikan .dan cuba menggaji mereka ini supaya mereka ini akan benar-benar tengok secara serius, apabila kena hukuman ini dia akanjadi satu deterrent yang berkesan.

PERMIT AP-JUMLAH KELULUSAN (1992-1995)

3. Tuan Yunus bin Rahmat minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan berapakah jumlah syarikat dan orang perseorangan yang telah diberikan permit kelulusan (AP) kereta bagi tempoh tiga tahun yang lepas ( 1992-1995) dan menyatakan berapakah di antara syarikat yang aktif, adakah

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

4

terdapat kes-kes penyewaan AP serta menyatakan apakah tindakan yang diambil ke atas penyelewengan yang berlaku.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri (Tuan Kerk Choo Tin g): Tuan Yang di-Pertua, soalan yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat dari kawasan Jelebu telah pun dijawab pacta 6hb. November, 1995, ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat dari kawasan Kluang, oleh yang demikian tiada apa-apa maklumat tambahan yang hendak dikemukakan.

STRATA TITLES- MASALAH PENGELUARAN

4. Tuan Vincent Lim Kuo Phau minta Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi menyatakan:

(a) setakat hari ini, apakah jumlah "strata titles" untuk bangunan yang masih belum dikeluarkan; dan

(b) apakah jenis masalah yang dihadapi dalam pengeluaran strata title dan apakah pula penyelesaiannya.

Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi (Dr. Gob ChengTeik): Tuan Yangdi-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Setakat 30hb. Jun, 1995, sebanyak I ,646 permohonan telah diterima oleh negeri-negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dari jumlah ini, sebanyak 883 permohonan telah dilulus, 253 ditolakdan 51 Omasih dalam pemerosesan. Dari 883 permohonan yang diluluskan, 510 permohonan telah dikeluarkan hak milik strata yang berjumlah sebanyak 40,810.

29 NOVEMBER 1995

(b) Masalah-masalah yang dihadapi dalam pengeluaran hak milik strata termasuklah yang berikut:

(i) permohonan yang di­kemukakan oleh pemaju atau tuan tanah tidak lengkap atau tidak mematuhi kehendak­~ehendak peraturan ukur yang perlu dirujuk balik kepada pemohon untuk diambil tindakan se­wajarnya;

(ii) pemaju dan juru ukur tanah berlesennya lam bat mematuhi kehendak­kehendak pejabat tanah atau jabatan ukur;

(iii) .keputusan daripada pihak melulus iaitu Pengarah Tanah dan Galian lam bat diperolehi;

(iv) pemaju lambat men­-jelaskan bayaran-bayaran kelulusan;

(v) juru ukur tanah berlesan lambat mengemukakan draf pelan akui untuk semakan Pengarah Ukur;

(vi) jabatan ukur lambat meluluskan pelan akui yang dikemukakan oleh juru ukur tanah berlesen; dan

(vii) pendaftar lambat men­daftarkan hak milik strata dan mengeluarkannya kepada pemohon.

Beberapa tindakan telah diambil oleh kementerian ini melalui J abatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi yang menyebabkan kelambatan dalam pengeluaran hak milik strata.

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

Tindakan-tindakan yang dimaksudkan termasuklah yang berikut:

(i) pengeluaran pekeliling KPTG mengenai langkah-langkah untuk mempercepatkan pengeluaran hak milik strata;

(ii) panduan untuk hak milik strata, kursusdan latihan, ceramah dan seminar, penubuhan hak milik strata di negeri-negeri yang mempunyai ban yak bangunan berbilang tingkat, khidmat nasihat mengenai hal-hal ber­kaitan dengan hak milik strata kepada orang ramai khasnya pemaju, juru ukur tanah berlesen, jabatan-jabatan kerajaan dan sebagainya; dan

(iii) sistem pemprosesan setempat (one stop processing centre) di­perkenalkan untuk mempercepatkan pengeluaran hak milik strata.

Tuan Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Berhormat, berapa buah syarikat pemaju yang telah didenda kerana tidak atau lambat mengemukakan permohonan untuk mendapat strata title mengikut peruntukan Akta Strata Title.

Dr. Goh Cheng Teik: Tuan Yang di-Pertua, setahu saya sehingga hari ini satu syarikat sahaja.

Tuan Tan Kok Wai: Tuan Yang di-Pertua, jumlah bangunan yang masih belum menerima hak milik strata adalah merupakan bangunan-bangunan yang telah pun mengemukakan permohonan. Tetapi, adakah Yang Berhormat Timbalan Menteri

5

sedar bahawa pada hakikatnya, beribu­ribu bangunan berbilang tingkat di seluruh negara di mana pemiliknya tidak dapat menerima hak milik strata kerana permohonan tidak pernah atau gaga! dikemukakan oleh pihak pemaju. Dan daripada pemaju itu, ada yang pihak swasta dan ada yang pihak kerajaan?

Misalnya, di Kuala Lumpur ada beberapa ribu unit rumah pangsa dan juga bangunan komersil yang dimaju dan dibina oleh baik pun DBKL atau usahasama DBKL dengan pihak swasta yang belum layak pun untuk mengemukakan permohonan untuk mendapat hak milik strata?

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat.

Seorang Ahli: Soalan!

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Nanti dahulu, sabar!

Tuan Tan Kok Wai: Macam mana kementerian dapat membantu pemilik­pemilik bangunan yang saya sebut itu?

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat, lain kali, saya nasihatkan supaya dapat padatkan soalan.

Dr. Goh Cheng Teik: Tuan Yang di-Pertua, kementerian mengakui bahawa masalah ini perlu diselesai dengan kerjasama semua pihak yang berkenaan, pihak pemaju, pihak juru ukur dan juga pihak Pejabat Tanah. Dan tentang permohonan, seorang pemaju haruslah mematuhi syarat-syarat yang tertentu sebelum mengemukakan permohonan iaitu mengadakan dengan izin, final title.

Yang kedua, mengadakan CF sepenuh daripada pihak berkuasa tempatan. Jadi, sekiranya pemaju belum mendapat CF dan FT (Final Title), mereka perlulah mengambil tindakan sewajarnya. Itulah jawapan saya.

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

6

USAHA SAMA MELA YU-CINA­INSENTIF MENJA Y AKAN

5. Tuan Chang Kon You minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan:

(a) apakah galakan dan insentifyang baru untuk menjayakan konsep usaha sama Melayu-Cina di bidang pembuatan, perdagangan dan perniagaan; dan

(b) setakat ini, berapa banyakkah usaha sama Melayu-Cina yang benar-benar telah berjaya.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (Tuan ldris bin J usoh): Tuan Yang di-Pertua,

(a) sebagai galakan dan insentifbaru terse but skim galakan usaha sama telah dilancarkan pada bulan Julai, 1995 di mana sebuah konsortium terdiri dari 8 buah bank. akan menyumbangkan wang berjumlah RM280,000,000 untuk dibangunkan bagi membiayai projek-projek usahasama antara syarikat bumiputera dan bukan bumiputera.

(b) mengenai bilangan us aha sam a Melayu-Cina yang benar-benar telah berjaya, pihak kementerian setakat ini tidaklah dapat memberi angka tersebut kerana pihak kementerian tidak mengawasinya pada masa-masa yang lalu dan segala usaha sam a yang dilakukan adalah di atas urusan persendirian pengusaha­pengusaha itu sendiri.

Us aha sam a yang akan dibuat melalui kementerian baru sahaja dimulakan dan setakat ini 9 bidang usahasama dikenal pasti hasil daripada perbincangan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dengan Gabungan Dewan-dewan Perniagaan Cina.

29 NOVEMBER 1995

Projek-projek yang akan dijalankan sebelum Ini

diputuskan dan pelancaran mengenainya akan dijalankan sebaik sahaja rundingan peringkat akhir diselesaikan.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak kementerian untuk menjaga supaya syarikat bumiputera, bukan bumiputera atau Melayu/Cina ini tidak digunakan nama Melayu hanya untuk mendapat projek atau lesen dan selepas itu orang Melayu menjadi tauke a tau 'sleeping partner' kepada syarikat terse but. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk mengawal supaya perkara ini tidak berlaku di dalam us aha kementerian ini?

Tuan Idris bin Jusoh: Tuan Yang di-Pertua, untuk mengatasi masalah 'Ali Baba' ataupun masalah 'Kuda Kepang' ini, pihak kementerian meningkatkan lagi usaha penguatkuasaannya dengan cara turun ke padang.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tadi, Timbalan Menteri menegaskan cuma ada 9 bidang yang telah dikenal pasti oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dalam konteks kerjasama Melayu/Cina dalam bidang pembuatan, perdagangan dan perniagaan. Bolehkah kami mendapat satu perincian terhadap bidang-bidang yang telah dikenal pasti oleh pihak kementerian?

Tuan Idris bin Jusoh: Bidang-bidang yang telah dikenal pasti ada 9 semuanya yang masih lagi di peringkat perundingan yang dijangka dilancarkan, insya-Allah oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri, di antaranya ialah, dengan izin,

(i) the merger of printing and paper manufacturing company;

(ii) pembuatan komputer disket;

(iii) cast raisin transformer;

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

(iv) pembuatan steel communication tower;

(v) pembuatan metal casting;

(vi) electro static calvanise and auto part accessories;

(vii) perkhidmatan perundingan pengesahan ISO- 9002;

(viii) perkhidmatan pemasaran barangan 'agro-based' ke negara China; dan

(ix) perkhidmatan silk screening untuk industri audio dan komputer.

PREMIS MAKANAN­KESERIUSAN ARAHAN

KERAJAAN MEMASTIKAN KEBERSIHAN

6. Tuan Noh bin Omar minta Menteri Kesihatan menyatakan setakat manakah seriusnya kerajaan bertindak untuk memastikan keberkesanan arahan ten tang kualiti dan kebersihan premis makanan di negara ini menjelang Sukan Koman we!, 1998.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan (Dato' M. Mahalingam): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan telah berusaha untuk mengadakan program khas khusus untuk Sukan Komanwel kerana ini adalah satu isu yang telah dikenal pasti untuk diperbaiki terutamasekali bagi penyediaan untuk SUKOM 1998. Aktiviti berterusan seperti surveillance sample, pemeriksaan premis dan pendidikan pengguna dipertingkatkan untuk menjaga kebersihan, keselamatan pengguna dan pengawasan kualiti. Aktiviti sedemikian akan dijalankan selepas Sukan Koman we! dan adalah seperti yang disenaraikan:

(i) Pemeriksaan Premis Makanan -Pengawasan ke atas premis makanan diberi tumpuan dengan pemeriksaan yang dibuat mengikut format yang tersedia. Premis yang didapati tidak bersih akan ditutup.

7

(ii) Pendidikan Kesihatan Latihan Khusus untuk Pengendali Makanan - Aktiviti berterusan ini dijalankan oleh Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan. Kegiatan Pendidikan Kesihatan akan dipertingkatkan untuk memastikan semua pengendali makanan mengetahui prinsip-prinsip kebersihan makanan. Kementerian Kesihatan juga telah bercadang untuk mewajibkan latihan pengendali makanan dalam Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 1995 yang sedang di­gubal.

(iii) Aktiviti Persampelan - Aktiviti ini dipertingkatkan lagi bertujuan untuk pengawasan mutu makanan dari segi fizikal dan kandungan kimia dan pencemaran. Tindakan diambil untuk sampel-sampel yang melanggar peraturan sebagaimana diperuntukkan dalam Akta Makanan Tahun 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan Tahun 1985.

(iv) Garis Panduan - Beberapa garis panduan telah diwujudkan untuk mempertingkatkan tahap kebersihan:

(a) Garis Panduan Kantin Sekolah telah diedarkan untuk memastikan ke­bersihan.

(b) Garis Panduan Kawalan Lalat dan Tikus sedang dikeluarkan untuk me­mastikan premis makan bebas daripada lalat dan tikus.

(v) Penempatan Semula Penjaja Makanan- Kementerian Kesihatan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan bercadang untuk menempatkan gerai-gerai makanan ke tempat yang sesuai dan lengkap dari segi kemudahan seperti air,

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

8

e1ektrik dan pembuangan sampah terutama di kawasan Sukan Komanwe1.

(vi) Pendidikan Pengguna- Pendidikan Pengguna diberi secara berterusan dalam beberapa aspek seperti pemi1ihan gerai, makanan, menegur penjual dan melaporkan perbuatan salah kepada pihak berkuasa. Tekanan yang sebegini dari pengguna-pengguna akan menggalakkan pengendali­pengendali makanan meng­ama1kan taraf kebersihan yang lebih tinggi di dalam penyediaan makanan dan penyimpanannya.

Tuan Robert Lau Hoi Chew: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kerajaan India telah menutup beberapa KFC Outlet, dengan izin, di negara India kerana tarafkesihatan daging ayam yang digunakan oleh KFC di India tidak dapat memenuhi tarafkesihatan negaramereka. Adakah kerajaan kita di Malaysia menyiasat taraf daging ayam yang digunakan oleh KFC Outlet di Malaysia.

Dato' M. Mahalingam: Tuan Yang di-Pertua, ayam India lain dan ayam Malaysia lain. ( Ketawa)

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, say a bukan hendak tanya fasal ayam India atau ayam Malaysia. Cuma saya ingin tanya adakah siasatan kebersihan ini dilakukan pada waktu­waktu yang berjadual yang bermakna ada regular schedule, dengan izin, dan tidakkah perlu perkara ini, umpamanya dijalankan tanpa jadual supaya para peniaga yang terbabit tidak membersihkan kawasan oleh kerana dia tahu bahawa pemeriksaan akan dilakukan. Contohnya, di beberapa perhentian bas ekspress, kalau di sebelah malam kita hendak pergi ke bilik air, kita akan berjumpa dengan tikus sebesar anak kucing. Ini hakikat - di beberapa tempat. Jadi, perkara ini berlaku oleh kerana kita mempunyai satu jadual, mengapa tidak dilakukan surprise check tetapi on regular basis, dengan izin.

29 NOVEMBER 1995

Dato' M. Mahalingam: Memang Kementerian menjalankannya, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Tuan Jacob Dungau Sagan.

(Soa/an No. 7-Y.B.Tuan Jacob Dungau Sagan tidak hadir)

PENERBANGAN KE KOTA BHARU-USAHA MENAMBAH

JUMLAH PENERBANGAN

8. Tuan Haji Mohamad bin Sabu minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah usaha kerajaan untuk menambahkan jumlah penerbangan ke Kota Bharu terutama pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad memandangkan sistem jalan raya ke Kelantan yang amat mendukacitakan.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datuk Wira Mohd. Ali bin Mohd. Rustam): Tuan Yangdi-Pertua, sukasaya memaklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa mulai 29hb. Oktober, 1995 Penerbangan Malaysia (MAS) telah men am bah 3 lagi penerbangan seminggu antara sektor Kuala Lumpur dan Kota Bharu. Melalui penambahan tersebutMAS dapat menyediakan 3 7 penerbangan seminggu bagi sektor tersebut.

Dato' Haji Sukri bin Haji Mohamed: Tuan Yangdi-Pertua, kitadapati beberapa 'route' penerbangan dalam negeri tidak begitu menguntungkan misalannya, say a difahamkan penerbangan antara Kuala Lumpur ke Langkawi yang begitu ban yak tidak menguntungkan. Bolehkah pihak kementerian 'reschedule' semula penerbangan ini supaya dapat dibawa penerbangan ini ke kawasan-kawasan lain terutamanya ke kawasan Kota Bharu? Tambahan 3 penerbangan itu pun, Yang Berhormat, sekarang ini masih lagi tidak cukup terutamanya pada hari-hari hujung minggu.

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

Datuk Wira Mohd. Ali bin Mohd. Rustam: Tuan Yang di-Pertua, memang sebahagian daripada penerbangan dalam negeri tidak menguntungkan, kerana itu MAS melakukan cross subsidy iaitu dengan mengambil keuntungan daripada penerbangan luar negara untuk membiayai sebahagian daripada penerbangan dalam negara.

Untuk menarik sektor Langkawi pergi ke Kota Bharu, saya fikir ini tidak wajar dilakukan kerana di Langkawi lebih ramai pelancong ataupun pengguna kapal terbang berbanding dengan Kota Bharu. Di Kota Bharu ini pun kira nasib baik jugalah kerana walaupun bukan kawasan Baris an Nasional tetapi kerajaan melayanjugalah kerana mengenangkan kalau tidak ada kerajaan hendak tolong parti PAS ini, siapa lagi hendak tolong. ( Ketawa)

Jadi, kita tambahkan juga 3 penerbangan ini. Mudah-mudahan bolehlah menyatakan terima kasih kepada kerajaan.

Tuan Yunus bin Rahmat: Tuan Yang di-Pertua, say a cum a i ngi n bertan ya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, daripada 3 penerbangan tambahan yang telah diberikan oleh kementerian, berapa ramaikah penumpang-penumpang yang telah dijangka mendapat faedah?

Yang keduanya, kenapakah agaknya Kementerian Pengangkutan ini melayan juga kehendak Ahli-ahli Yang Berhormat dari parti pembangkang terutamanya PAS walaupun mereka ini tidak selalu bersyukur?

Datuk Wira Mohd. Ali bin Mohd. Rustam: Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 796 penumpang baru mendapat faedah daripada penambahan 3 penerbangan ini iaitu dahulu sebelum 29hb. Oktober, kita telah dapat menyediakan sebanyak 8,608 tempal duduk bagi sektor Kuala Lumpur­Kota Bharu. Dengan penambahan 3 penerbangan mulai 29hb. Oktober, MAS

9

dapat menambah tempat duduk kepada 9,404 iaitu penambahan sebanyak 796 atau sebanyak 9.2% tambahan.

Memanglah seperti yang say a sebutkan sebentar tadi, kalau hendak ikutkan hati marah memang tidak dapat tambah penerbangan ke Kota Bharu ini tetapi kerajaan kita adalah merupakan kerajaan yang bertanggungjawab, sentiasa menjaga kepentingan rakyat, walaupun parti PAS tidak menyokong apa kerja-kerja baik yang dilakukan oleh kerajaan tetapi rakyat Kelantan tidak harus menerimaakibatnya kerana yang salah bukan rakyat Kelantan. Yang salah adalah pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PAS di Kelantan. (Tepuk) Mereka yang telah banyak mengelirukan pemikiran rakyat Kelantan.

Kalau kita hendak tengok bezanya antara PAS dengan Barisan Nasional, walaupun kita tidak disokong, kita terus memberi sokongan tetapi parti PAS kalau dia tidak sokong, bukan sahaja setakat tidak memberi bantuan, bahkan mereka menidakkan pula atau memburuk­burukkan lagi. Misalnya, seperti orang UMNO. Kalau PAS kata orang UMNO tidak berapa Islam, jadi bukan sekadar tidak hendak bantu sahaja orang UMNO tetapi mengeluarkan pula orang UMNO dari Islam. Tetapi kita, bukan sahaja kita terus menyatakan orang PAS juga Islam tetapi kalau minta bantuan pun kita beri juga. Itulah budi baik Barisan Nasional.

Mudah-mudahan bolehlah dijadikan teladan oleh pihak PAS di Kelantan. Jadi, sebenarnya kita menjaga kepentingan rakyatlah, kepada Yang BerhormatJelebu, berkaitan dengan sokongan ini.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat Dr. Tan Yee Kew.

(Soalan No.9- Y.B. Dr. Tan Yee Kew tidak hadir)

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

10

PONTENG SEKOLAH­LANGKAH MEMBANTERAS

10. TuanMd.IsabinSabumintaMenteri Pendidikan menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi membanteras kejadian ponteng sekolah. Berapa kes murid ponteng sekolah dan guru ponteng sekolah pacta tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan (DatukDr. Fong Chan Onn): Tuan Yang di-Pertua, di antaralangkah-langkah yang diambil bagi membanteras kejadian ponteng sekolah ialah:

(i) menerbit dan meng-edarkan ke sekolah-sekolah Buku Panduan Mengatasi Ponteng Di Sekolah;

(ii) menggerakkan Briged Komuniti dengan me-libatkan masyarakat terutamanya mencegah ponteng dengan meng-adakan rondaan bersama pihak polis di waktu persekolahan; dan

(iii) mempertingkatkan iklim sekolah supaya murid-murid merasa seronok dan minat bersekolah;

(iv) mengarahkan sekolah-sekolah menyemak Daftar Kedatangan Pe-lajar setiap hari dan memastikan Surat Pem­beritahuan dihantar kepada ibu bapa atau penjaga apabila didapati seseorang pel ajar tidak hadir tanpa kenyataan 3 hari berturut-turut.

Untuk makluman Yang Berhormat, seterusnya data kes-kes murid ponteng sekolah pacta kebiasaannya akan dikumpul dan dianalisa oleh Kementerian Pendidikan selepas sesi tahunan persekolahan 199411995 berakhir. Bilangan pelajar sekolah rendah dan menengah yang ponteng sekolah pacta

29 NOVEMBER 1995

tahun 1994 di seluruh negara ialah seramai 34,881 orang atau 0.8% daripadajumlah bilangan pelajar seramai 4,325, 794 orang. Kementeriim Pendidikan tidak ada rekod bilangan guru yang ponteng sekolah.

Tuan Hashim bin Ismail: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah takrif ponteng bagi guru-guru sama ada mereka tidak datang sekolah tanpa memberi sebarang sebab ataupun cuti sakit seperti M.C. diklasifikasikan sebagai ponteng?

Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, biasanya takrifan ialah apabila guru itu tidak hadir tanpa alas an.

Puan Ainon Khariyah binti Dato' Mohd. A bas: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah kementerian pernah membuat kajian tentang sebab-sebab utama murid-murid ini ponteng sekolah dan adakah murid­murid ini diberi kaunseling oleh kaunselor­kaunselor profesional?

Datuk Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, memang Kementerian Pendidikan ada menganalisakan sebab­sebab utama. Di antara sebab-sebab utamanya ialah murid-murid yang tidak minat, yang dipengaruhi oleh pihak-pihak yang tidak sihat supaya tidak bersekolah dan sebagainya.

Dari keseluruhannya, Kementerian Pendidikan dapati bahawa sebab-sebab itu berbeza dian tara kumpulan-kumpulan pelajar misalnya berbeza dian tara pelajar­pelajar di bandar dan di luar bandar dan sebagainya.

Kementerian Pendidikan telah melaksanakan program-program tertentu untuk mengatasi masalah terse but seperti

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

yang saya telah terangkan untuk menubuhkan Briged Komuniti dan juga untuk membuat sekolah ini lebih seronok supaya pelajar-pelajar itu minat bersekolah.

LALUAN KHAS MOTOSIKAL­CADANGAN PEMBINAAN

11. Dr. G. Leelavathi minta Menteri Kerja Ray a menyatakan memandangkan kadar kemalangan jalanraya di kalangan penunggang-penunggang motosikal semakin meningkat, kerajaan telah menyediakan lorong-lorong khas untuk laluan motosikal seperti yang terdapat di lebuhraya Persekutuan. Adakah pihak kementerian mempunyai hasrat untuk menyediakan lorong-lorong khas untuk laluan motosikal seumpama ini di tempat­tempat lain yang sentiasa sibuk.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya (Tuan Yong Khoon Seng): Tuan Yang di-Pertua, keperluan pembinaan laluan motosikal sudah termaktub di dalam Araban Teknik 8/86, para 5.14.

Antara perkara-perkara utama yang diambil kira untuk keperluan laluan motosikal ialah:

(i) jumlah isipadu lalu-lintas melebihi had muatan lorong;

(ii) jumlah isipadu motosikal melebihi 20% jumlah isipadu lalu-lintas.

Tuan Yang di-Pertua, laluan motosikal hanya sesuai dibina di lebuh raya yang mempunyai ciri-ciri lorong berkembar (multi lane), laluan bebas (free flow), dalam kawasan bandar dan direka bentuk untuk kenderaan bergerak pantas. Kerajaan akan hanya membina laluan motosikal sekiranya ianya praktikal dan sesuai.

Walau bagaimanapun, untuk mempertingkatkan ciri keselamatan jalan

11

ray a, terutama bagi meningkatkan kapasiti jalan, Cawangan Jalan JKR akan membina bahu-bahu jalan yang berturap atau tar sealed road shoulders, dengan izin, untuk jalan-jalan baru. dan akan menaik taraf bahu-bahu j alan dari tidak berturap kepada bahujalan berturap bagijalan-jalan yang sedia ada.

Tuan Lim Hock Seng: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adagolongan penunggang-penunggang motosikal kurang min at menggunakan lorong-lorong motosikal a tau bahu-bahu jalan yang telah ada tar. Ini adalah kerana jalan-jalan ini kurang selesa jikalau dibandingkan dengan jalan utama. Saya ingin bertanya kementerian Yang Berhormat sama ada bersedia untuk membina lorong-lorong atau bahu-bahu jalan untuk motosikal ini yang lebih selesa?

Tuan Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, bahu-bahu jalan atau lorong untuk motosikal memang selesa dan terbaik. Oleh kerana itu, motosikal menghadapi kemalangan oleh kerana pemandu itu merasa jalan itu terlalu seronok. Bukan keranaapa, itu! ( Ketawa)

PELANCONG ASING KE MALA YSIA-JUMLAH

12. Che Ibrahim bin Mustafa minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan:

(a) bilangan kehadiran pelancong asing ke Malaysia mengikut negara mereka sepanjang tahun 1994;

(b) perolehan dan keuntungan akibat kemasukan pelancong asing tersebut; dan

(c) langkah-langkah kementerian untuk menggalakkan kemasukan pelancong asing yang berterusan ke Malaysia.

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

12

Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (Dato' Mohd. Noh bin Rajah): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Seramai 7,197,229 orang pelancong telah melawat Malaysia pada tahun 1994. Ini merupakan peningkatan se­banyak I 0. 7% berbanding 6,503,860orang pada tahun 1993.

Singapura dengan kedatangan pelancong seramai 4,469,748 orang dan Thailand seramai 538,493 orang merupakan penyumbang terbesar pelancong ke Malaysia. Ini diikuti oleh Jepun seramai 286,330 orang; Taiwan seramai 250,579 orang; Indonesia seramai 225,854 orang; United Kingdom seramai 157,929 orang; Brunei Darussalam seramai 150,812 orang; Hong Kong seramai 136,020 orang; Australia seramai 128,420 orang; dan China seramai 95,789 orang.

(b) Sejumlah RM9 bilion telah diperolehi dari kemasukan pelawat asing pada tahun 1994 dengan catatan pertumbuhan sebanyak 60.7% berbanding RM5.6 bi1ion dalam tahun 1993.

(c) Di antara langkah-langkah kementerian untuk meng­galakkan kemasukan pelancong asing secara berterusan ialah:

(i) mengadakan promosi pelancongan secara berterusan di luar negara;

(ii) mengenal pasti, mem­pertingkatkan dan mem­bangunkan produk­produk pelancongan mengikut cita rasa pelancong dan yang bersesuaian dengan adat resam dan undang­undang negara ini;

29 NOVEMBER 1995

(iii) me mpe rm udahk an syarat-syarat imigresen bagi kemasukan pe­Jancong asing ke negara 101;

(iv) memberi insentifkepada syarikat-syarikat pelancongan yang dapat membawa pelancong asing berjumlah lebih RM500 orang setahun ke negara ini;

(v) mempertingkatkan kemudahan pengang­kutan udara, darat dan I aut supaya accessibility ke negara ini menjadi lebih senang; dan

(vi) menjadi tuan rumah kepada MICE ataupun Meeting Incentive Con­ference and Exhibition, dengan izin, dan acara­acara sukan peringkat antarabangsa.

Tuan Akbarkhan bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang banyak keistimewaan yang menarik yang menjadi tarikan pelancong. Walaupun banyak tarikan pelancong ini, namun kedua-dua negeri ini masih tidak dapat memaksimumkan keuntungan daripada sektor ini kerana kurangnya penerbangan antarabangsa untuk membawa pelancong terus ke kedua-dua negeri ini. Jadi, apakah usaha kerajaan untuk menambah bilangan penerbangan antarabangsa ke Sabah dan Sarawak bagi menggalakkan pelancongan di negeri terse but?

Dato' Mohd. Noh bin Rajah: Tuan Yang di-Pertua, memang kita daripada kementerian bersetuju dengan pendapat Yang Berhormat itu bahawa bukan sahaja Sabah dan Sarawak mempunyai potensi yang banyak untuk mempertingkatkan

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

lagi pelancongan, malah tiap-tiap negeri di negara kita ini mem{mnyai potensi yang besar. Namun, kita rasa kita boleh lagi mempertingkatkanjumlah pelancong­pelancong datang ke negara kita.

Sebagai langkah untuk memudahkan kedatangan pelancong, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah memberi pandangan kepada kementerian-kementerian lain agar perkara ini dapat kerjasama dari kementerian­kementerian lain. Jadi, bersangkutan dengan penerbangan antarabangsa, kalau tidak silap, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telahjuga menjawab dalam Dewan yang mulia ini bahawa kita mengharapkan lebih banyak lagi penerbangan antarabangsa datang ke negara kita, bukan sahaja ke Sabah dan Sarawak, tetapi ke Kuala Lumpur.

Sememangnya kita akui jumlah pelancong yang datang, misalannya dari negeri Jepun, Taiwan dan Hong Kong dapat ditambahkan lagi kalau ada peningkatan penerbangan antarabangsa terus ke negara kita dengan pelancong­pelancong tidak payah pergi ke negara lain dahulu. Oleh yang demikian, perkara ini memang telah dimaklumkan kepada kementerian-kementerian yang bersangkutan dan setakat ini, itulah sahaja yang dapat saya beri pengakuan.

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah betul anggapan setengah pihak yang mengatakan pelancong yang datang ke SinJ

kebanyakannya adalah pelancong transit yang mana mereka tidak datang lama di sini? Dia datang di sini kerana dia datang dari Singapura, daripada Indonesia, dia datang sekejap ke sini, daripada Thailand - dia hendak pergi ke Thailand, dia melalui Malaysia. Bukan kerana nawaitu mereka daripada Jepun hendak datang ke sini,

13

daripada Europe atau daripada Amerika hendak datang ke sini. Apakah betul?

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Jadi, apa soalan Yang Berhormat?

Tuan Haji Wan Mohd. Jamil bin Wan Mahmood: Soalannya, apakah sebahagiim besar pelancong yang datang ke negara kita ini adalah merupakan pelancong transit sahaja? Apakah betul?

Dato' Mohd. Noh bin Rajah: Tuan Yang di-Pertua, saya nampak ramai di antara rakan-rakan di sebelah sini boleh memberi jawapan kepada soalan itu. ( Ketawa) Yang Berhormat, sebenarnya mereka ini faham tentang keadaan (terminology) itu kerana pad a pertengahan tahun ini, kementerian telah menjemput semua Ahli Parlimen datang ke kementerian untuk mendengar taklimat dan penerangan lanjut dan say a rasa yang datang i~u kebanyakannya mendengar. Malangnya, tidak ada seorang pun Ahli Yang Berhormat daripada parti pembangkang yang hadir. Sebab itulah satu terminologi itu tersilap. ( Disampuk)

Untuk makluman Yang Berhormat, kita anggap seseorang pelancong itu sebagai bona-fide pelancong apabila ia telah datang dan menghabiskan masa lebih daripada 24 jam di negara kita. Sarna ada dia di dalam transitkah, ataupun khusus datang ke marikah, ataupun berjumpa dengan sesiapakah, mengikuti apa-apa bisneskah, asalkan ia lebih daripada 24 jam, dia adalah seorang pelancong. Kalau datang kurang daripada 24 jam sepertimana ramai dian tara kawan-kawan kita daripada negeri-negeri yang berhampiran, pergi dan pulang semula dalam sehari itu untuk tujuan-tujuan tertentu, yang itu negeri yang mereka kunjung itu tidak mengiktiraf mereka sebagai pelancong. Itu day tripper sahaja.

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

14

KAKITANGAN PENJARA TERLIBAT PENGEDARAN

DADAH-BILANGAN

13. Puan Lim Lay Hoon minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) bilangan kakitangan penjara di seluruh Malaysia yang terlibat dengan pengedaran dadah;

(b) bilangan kakitangan penjara yang ditahan di bawah Akta ISA; dan

(c) bilangan kakitangan penjara yang telah dihadapkan ke mahkamaho

Timbalan Menteri Dalam Negeri (Tuan Ong Ka Ting): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Dalam tempoh lima tahun yang la1u, seramai 76 orang kakitangan penjara telah dituduh terlibat dalam pengedaran dadaho

(b) Setakat ini belum ada kakitangan penjara yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negerio

(c) Seramai tiga orang kakitangan penjara telah dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahayao Semen tara yang bakinya ditahan di pusat-pusat pemulihan akhlak ataupun dikenakan perintah sekatan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 19850

Tuan Chia K wang Chye: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah, penjara adalah satu kawasan yang dikawal ketat, jadi bagaimana atau dengan cara apa yang digunakan oleh pegawai-pegawai atau pelawat-pelawat penjara untuk membawa dadah itu ke dalam penjara dan diedarkan?

29 NOVEMBER 1995

0 Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang

d1-Pertua, mereka yang terlibat ini ada sebahagiannya mereka mengedar dadah apabila mereka tidak bertugas di penjarao Ada sebahagiannya yang terlibat dalam penyeludupan dadah semasa mereka menjalankan .tugas iaitu mereka menyelewengo Oleh sebab itu ataupun atas sebab-sebab ada kelemahan­kelemahan itula!I baru sahaja dalam tahun ini kita sudah pinda Akta Penjara untuk memperketatkan lagi pentadbiran dan juga supaya kita dapat satu sistem yang lebih ketat di dalam urusan dan pentadbiran penjara iaitu Akta Penjara 19950

Tuan Haji Mohamad bin Sabu: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahano Bila seseorang itu ditahan di bawah ISA lambat-laun ia akan dibebaskan: Soalannya, siapa yang bertanggungjawab memberi recommend untuk membebaskan seorang tahanan ISA? Sebab kita lihat seorang yang ditahan di bawah ISA dihadapkan ke ~embaga Pengampunano Ada yang pergi ke lembaga itu, pakai baju bertulisano "Kangaroo Court" dan letak kaki atas meja tetapi ia dibebaskan dengan cepat. Ada orang yang berbudi bahasa seperti Ketua Pembangkang, hadir appeal dirinyadengan penuh sopan, lam bat dibebaskano Adakah Lembaga Rayuan yang menentukan pembebasan seseorang itu atau pihak polis yang membuat recommend?

Timbalan Ylmg di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Say a rasa so alan ini terkeluar 0 Sebab soalan pokok itu bukan ISA.

MASYARAKATBERSATU PADU-PERANCANGAN

14. Wan Hanafiah bin Wan Mat Saman minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan apakah perancangan kementerian ini untuk menyatu padukan masyarakat berbilang kaum di negara ini bagi mencapai strategi Wawasan 2020 sebagai masyarakat yang bersatu paduo

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguman Masyarakat (Datuk Peter Tinggom anak Kamarau): Tuan Yang di-Pertua, di antara perancangan kementerian ini untuk menyatupadukan masyarakat berbi1ang kaum di negara ini bagi mencapai strategi Wawasan 2020 sebagai masyarakat yang bersatu padu ialah memantapkan strategi penggalakan perpaduan.

Di bawah strategi ini, usaha-usaha akan dipertingkatkan untuk menggalakkan masyarakat berbagai kaum di negara ini bergaul dan berinteraksi melalui kegiatan­kegiatan kemasyarakatan khususnya yang dianjurkan di peringkat masyarakat sejiran, mewujud dan menambahkan bilangan institusi sosial masyarakat sejiran iaitu Rukun Tetangga bagi menjalin dan memupuk semangat kejiranan yang teguh, menanam sikap tolong menolong dan berbaik sangka untuk mengekalkan keharmonian dalam masyarakat berbagai kaum di negara ini, merapatkan hubungan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya antara masyarakat di negeri­negeri lain di Semenanjung dengan masyarakat di negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dan mengadakan program dan aktiviti sivik yang menekankan aspek kewajipan rakyat sebagai warganegara yang baik, menanamkan semangat taat setia dan cinta kepadanegaradan menghormati lambang­lambang negara.

Selain daripada strategi tersebut, kementerian ini juga merancang untuk memberi penekanan terhadap strategi pencegahan (preventional) melalui aktiviti-aktiviti sistem pengesanan, perhubungan sosial dalam usaha untuk mengelakkan mana-mana pihak khususnya dalam konteks hubungan kaum melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan perpaduan masyarakat berbagai kaum yang sudah terjalin dan melambatkan proses untuk memantapkan integrasi nasional.

15

Tuan Haji Badruddin bin Amiruldin: Tuan Yang di-Pertua, saya cukup berasa gembira di atas jawapan itu. Tahniah kepada Timbalan Menteri yang telah memberijaw~pan yang begitu baik. Cuma ada pandangan, adakah kementerian ingin mencadangkan supaya salah satu lagi cara kita menyatupadukan masyarakat kita ialah dengan ada kahwin campuran. Kerana perkahwinan ini akan mengeratkan lagi silaturrahim dan yang sudah kahwin itu boleh dicadangkan untuk mem­perbanyakkan lagi. Jadi, adakah Yang Berhormat bersetuju kalau kita masukkan kahwin campuran ini sebagai satu daripada aktiviti untuk ( Ketawa) menyatupadukan?

Datuk Peter Tinggom anak Kamarau: Tuan Yang di-Pertua, perkara yang disentuhkan oleh Yang Berhormat dari Yan itu, kita semua tahu iaitu perkara peribadi. Jadi, tujuannya memang baik tetapi oleh kerana perkara peribadi, ini terpulang kepada seseorang itu. W alau bagaimanapun, kementerian tidak menegahkan dan juga tidak menggalakkan perkara ini terpulang kepada seseorang. Jikalau seorang lelaki mahu kahwin dengan seseorang wanita bukan dari kaum dia sendiri, ( Ketawa) kalau dia mahu berkahwin dengan seseorang yang bukan kaum dia sendiri, ini terpulanglah kepada dia. Jadi, kita sentiasa mengetahui di mana-mana tempat kalau ada perkahwinan yang semacam ini, say a melihat memang ramai orang datang kalau dijemput. Ertinya, memang suka melihat tetapi ini terpulang kepada seseorang.

Tuan Lim Guan Eng: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, sama ada beliau ada mengenal pasti punca-punca atau sebab-sebab utama yang me­mecahbelahkan perpaduan masyarakat di antara kaum dan juga menjejaskan usaha integrasi nasional dian tara Malaysia Barat dan Malaysia Timur dan kalau ya, apakah usaha yang digunakan oleh pihak kerajaan untuk mengatasi dasar-dasar seperti ini? laitu di antara kaum ialah dasar kuota dan juga untuk integrasi nasional iaitu

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

16

layanan yang tidak adil ke atas negeri Sarawak dan Sa bah. Apakah usaha untuk mengatasi masalah ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat, biasanya soalan tambahan itu dihadkan kepada satu sahaja, Yang Berhormat. Ini sudah Jebih daripada satu.

Tuan Lim Guan Eng: Itu satu, tetapi cam pur adukkan. ( Ketawa)

Datuk Peter Tinggom anak Kamarau: Tuan Yangdi-Pertua, sesuatu program yang digalakkan dan dijalankan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ialah meneruskan pelaksanaan program integrasi negara, yang bertujuan untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia, khususnya di antara masyarakat negeri di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan masyarakat dari negeri-negeri Jain di negara ini. Sebaliknya antara aktiviti di bawah program ialah Jawatan integrasi sempena hari kebesaran, perayaan, sambutan Hari Kebangsaan, hari 'Keamatan' dan hari Gawai, Program Anak Angkat, Titian Emas dan Program Sedarpadu.

Program Promosi Perpaduan dan Integrasi yang bertujuan melibatkan penyertaan masyarakat pelbagai kaum yang Jebih ramai di peringkat kebangsaan dan setiap aktiviti di bawah program ini objektifnya adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk mengekalkan perhubungan kaum, meningkatkan tahap perpaduan, memantapkan integrasi nasional dan arah mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Antara aktiviti di bawah program ini ialah Kempen Menggalak Mengibarkan bendera Malaysia, sambutan hari perpaduan pacta 16hb September setiap tahun, Khemah Kerja Integrasi, Khemah Kerja Perpaduan, seminar/kursus untuk Jiran Wanita dan Jiran Muda. Bina

29 NOVEMBER 1995

Perpaduan Jiran Muda. Inilah an tara lain­lain program yang dijalankan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat Tuan Yunof Edward Maringking.

( Soalan No.1 5 - Y.B. Tuan Yunof Edward Maringking tidak hadir)

PEMAIN BADMINTON/ PINGPONG/BOLA KERANJANG­

MEMPERTINGKATKAN PRESTASI

16. Dr. TanChongKengmintaMenteri Beliadan Sukan menyatakan apakah yang dilakukan oleh kementeriannya supaya mempertingkatkan prestasi pemain­pemain Malaysia untuk permainan badminton, pingpong, bola keranjang dan sebagainya di dalam pertandingan­pertandingan antarabangsa.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan (Dato' Loke Yuen Yow): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan membantu Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan dalam usaha untuk mempertingkatkan prestasi pemain­pemain negara di pertandingan­pertandingan sukan antarabangsa.

Dian tara Jangkah-Jangkah yang penting ialah:

(i) memberi bantuan kewangan untuk membolehkan latihan dan menyertai pertandingan-per­tandingan di Juar negeri;

(ii) mewujudkan program bakat yang bertujuan mencari dan melatih etlit­etlit muda;

(iii) mewujudkan lembaga ke-jurulatihan kebangsaan yang bertujuan untuk menyediakan program pembangunan jurulatih supaya lebih ramaijurulatih yang terlatih dapat diwujudkan;

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

(iv) membina Institut Sukan Negara yang akan beroperasi mu1ai tahun hadapan. lnstitut ini akan berperanan sebagai Pusat Sains Sukan dan memu1akan penye1idikan sukan;

( v) menyediakan skim galakan seperti Skim Hadiah Kemenangan Sukan yang memberi hadiah wang tunai kepada pemenang-pemenang pingat; dan

(vi) mewujudkan Program Rakan Sukan iaitu menggandingkan syarikat swasta dengan persatuan sukan supaya syarikat-syarikat ini dapat menaja persatuan berkenaan.

Setakat ini sebanyak 28 syarikat telah bersetuju menaja 27 persatuan sukan dan jum1ah tajaan ia1ah sebanyak kira-kira RM 19 juta setahun.

Timbalan Yangdi-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Masa untuk pertanyaan bagi Jawab Mu1ut telah pun suntuk.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 7, 9, 15 dan 17 hingga 28 akan dijilid dalam buku berasingan).

RANG UNDANG-UNDANG DI BA W A KE DALAM

MESYUARAT

RANG UNDANG-UNDANG T ANAH (KAWASAN PENEMPATAN

BERKELOMPOK) (PINDAAN) 1995

Bacaan Kali Yang Pertama

Rang undang-undang untuk meminda Suatu Akta untuk meminda Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berke1ompok) 1990; dibawa ke da1am Mesyuarat o1eh Timba1an Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi; dibaca ka1i yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini.

17

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BA WAH

PERATURAN MESYUARAT 18(1)-PEMBERITAHU USUL

YANG TIDAK CUKUP TEMPOH MAT ANG 24 JAM

Tuan Lim Guan Eng: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Ya, Kota Me1aka bangun, ..... .

Tuan Lim Guan Eng: On a point of order.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): .... atas apa Yang Berhormat?

Tuan Lim Guan Eng: Saya hendak membentangkan satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18. Semalam .....

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Ya.

Tuan Lim Guan Eng: Tetapi kenapakah ia tidak dimasukkan da1am Aturan Urusan Mesyuarat hari ini?

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Tidak, sebenarnya Yang Berhormat patut sedar bahawa ....

Tuan Lim Guan Eng: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): .... selepas Peraturan Mesyuarat dipinda, maka usul yang dibangkitkan di atas Peraturan Mesyuarat 18( 1 ), sekiranyaditolak, ianya tidak akan dibawa, patut sedar itu, Yang Berhormat. (Tepuk)

Tuan Lim Guan Eng: Tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya tidak diberitahu langsung sama ada usul ini dito1ak atau tidak dan ..... .

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Lagi pun Yang Berhormat sekiranya masa Yang Berhormat

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

18

kemukakan usul yang berkenaan itu belum sampai 24 jam lagi, maka ianya juga tidak dapat dibentangkan hari ini.

Tuan Lim Guan Eng: Saya minta maaf Tuan Yang di-Pertua, saya agak keliru, apakah sebab mengapa usul saya tidak naik, adakah kerana tidak sampai 24 jam atau kerana ia sudah ditolak?

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Sebenarnya Yang Berhormat masa itu .....

Tuan Lim Guan Eng: Itu saya tidak berapa pasti .....

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Masa itu belum cukup 24 Jam.

Tuan Lim Guan Eng: Itu bukan kerana ia sudah ditolak?

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Tidak. Saya cuma hendak beri misalan kepada Yang Berhormat.

Tuan Lim Guan Eng: Okay, baik.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Baik.

Tuan Lim Guan Eng: Tetapi kalau say a tidak silap, semasa saya fax usul itu ialah tepat sebelum pukul 2.30 petang iaitu semalam. Jadi kalau mengikut pindaan ke atas peraturan mesyuarat, ia sepatutnya sempat naik hari ini. Saya harap Tuan Yang di-Pertua, boleh menyiasat mengapa perkara ini boleh berlaku, kerana ini adalah satu usul untuk memecat Ketua Peguam Negara yang tidak Ia yak menjadi Ketua Peguam Negara. Ini satu usul yang penting .....

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Baiklah, Yang Berhormat. Biasanya masa penerimaan itu diambil kira. saya akan siasat.

29 NOVEMBER 1995

Tuan Lim Guan Eng: Saya harap Tuan Yang di-Pertua, boleh menyiasat kerana .....

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Baik.

Tuan Lim Guan Eng: .... sebelum pukul 2.30 petang. Kalau hari ini tidak sempat, saya tidak mahu melihat.. ...

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat itu cukup jelas.

Tuan Lim Guan Eng: Saya tunggu besok sahaja. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Baik.

Tuan Lim Kit Siang: On a point of order.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Tanjong yang keberapa?

Tuan Lim Kit Siang: Mengenai 18( I). Oleh kerana Tuan Yang di-Pertua, tadi ada menyebut bahawa mengikut pindaan kepada Peraturan Mesyuarat 18( 1 ), apabila permohonan itu ditolak ....

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Sekiranya .....

Tuan Lim Kit Siang: Sekiranya ditolak ia tidak akan timbul. Peruntukan itu sudah dipinda di mana ia ditarik balik dan peruntukan asal sudah diletak balik. ltulah cadangan yang asal yang sudah ditarik balik. Ini bererti bahawa sungguhpun akan ditolak, akan dikemukakan dan menunggu keputusan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Ong Tee Keat): Sebenarnya Yang Berhormat, tadi saya sudah jawab. Saya sudah membuat keputusan bahawa apa yang dibangkitkan oleh Kota Melaka itu sebenarnya disebabkan oleh masa yang dikemukakan itu belum sampai 24 jam.

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

Tuan Lim Kit Siang: Baik.

Pada masa ini, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral telah menjadi mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar. Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam penilaian perkara asas fardu ain diwajibkan kepada semua pelajar Islam yang menduduki UPSR, PMR dan SPM. Penilaian KAFA bertujuan mengukuhkan lagi penghayatan perkara­perkara as as dalam Pendidikan Islam dan seterusnya dapat diamalkan dengan sempurna oleh pelajar-pelajar bagi melahirkan insan yang beriman dan bertakwa. Pemahaman dan keupayaan tersebut akan menjadi pegangan hidup sepanjang hayat.

Kandungan kurikulum mata pelajaran Pendidikan Moral yang diwajibkan kepada semua pelajar bukan Islam meliputi nilai­nilai ajar an agama yang bersifat universal.

Berhubung dengan sasaran Yang Berhormat dari Ledang, Kementerian Pendidikan sedang dan akan terus menyemak untuk mengubah suai dan memperbaiki kurikulum Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral bagi memastikan keberkesanannya. Kursus-kursus dalam perkhidmatan sentiasa diadakan dari semasa ke semasa bagi meninggikan profesionalisme terutama sekali dalam perkaedahan mengajar dan kaunseling bagi memastikan masalah sosial dapat diatasi.

Yang Berhormat daripada Bay an Baru, Jerantut, Ledang dan Pasir Puteh juga ada menimbulkan soal kedudukan dan martabat guru-guru. Suka saya jelaskan bahawa Kementerian Pendidikan menginsafi bahawa kebajikan guru-guru tidak boleh diabaikan. Kementerian Pendidikan akan menumpukan lebih kepada kebajikan guru seperti membina rumah-rumah guru terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman serta di kawasan bandar di mana sewa rumah adalah amat tinggi. Lebih banyak lagi rumah guru

19

akan disediakan supaya guru-guru dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap tugas mereka dalam meningkatkan lagi kualiti pendidikan keseluruhannya.

Kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi meneliti syarat-syarat perkhidmatan dan kebajikan guru. Taraf perkhidmatan perguruan akan dipertingkatkan melalui beberapa strategi seperti berikut:

(i) memperakukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam supaya skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah dinaikkan ke taraf Diploma;

(ii) semua sekolah menengah agama dan sekolah menengah vokasional telah dinaikkan taraf dari Gred B ke Gred A di mana jawatan Pengetua telah digredkan semula daripada Pegawai Perkhidmatan Siswazah Gred DG3 kepadaDG2.

(iii) Mengadakan peluang kenaikan pangkat melalui konsep Guru Cemerlang dan Pengetua Cemerlang. Melalui konsep ini, gred jawatan guru-guru yang berkaitan dinaikkan ke gred yang lebih tinggi.

Yang Berhormat dari Pasir Puteh juga ada menyebut soal kedudukan Bahasa Malaysia terutamanya di institusi-institusi pengajian tinggi swasta. Suka sayajelaskan bahawa penggunaan Bahasa Malaysia akan diperkukuhkan dan dipertingkatkan kedudukannya agar bahasa ini dapat dijadikan alat perhubungan secara meluas dan dijadikan sebagai wahana pengungkapan dan penyebaran ilmu yang kian canggih.

Rang Undang-undang Pendidikan 1995 akan memperkukuhkan lagi kedudukan Bahasa Malaysia dengan memperuntukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan.Inidiperkuatkanlagidengan menjadikan bahasa terse but sebagai mata

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

20

pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan termasuk institusi pendidikan swasta.

Yang Berhormat dari Seri Aman, Tambun, Bagan dan Pasir Putehjuga ada menimbulkan soal hendak meningkatkan keberkesanan, kecekapan pengajaran dan pembelajaran. Kementerian Pendidikan telah menjalankan kajian yang banyak dan terperinci khususnya berkaitan dengan isu beg berat. Salah satu cadangan untuk menangani isu ini ialah dengan penggunaan jadual waktu anjal. Setelah mengkaji dan menilai jadual waktu anjal secara percubaan di beberapa buah sekolah, Kementerian Pendidikan telah memutuskan bahawa penggunaan jadual waktu anjal adalah salah satu cara untuk mengurangkan berat beg murid-murid.

Di dalam rancangan pembangunan pendidikan, Kementerian Pendidikan telah dan sedang mengambil beberapa langkah untuk menambahkan bilik darjah bagi menampung pertambahan murid dan mengurangkan kesesakan kelas dan sekolah dengan menetapkan saiz kelas kepada 35 orang bagi sesuatu kelas.

Kementerian Pendidikan telah juga menyediakan peruntukan untuk menyelenggara dan membaiki ke­mudahan-kemudahan fizikal di sekolah­sekolah. Kurikulum sekolah sentiasa disemak dengan tujuan untuk disesuaikan dengan perkembangan semasa. Walaupun program-program baru diperkenalkan tetapi Kementerian Pendidikan sentiasa mengambil kira be ban kerja guru supaya tidak bertambah.

Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha untuk menambahkan alat bantuan mengajar ke sekolah-sekolah dengan menubuhkan pusat kegiatan guru (PKG) di tiap-tiap daerah. Dengan adanya PKG ini, ianya membolehkan guru-guru menggunakan peralatan dan kemudahan yang ada untuk membina alat-alat bantu mengajar yang diperlukan.

29 NOVEMBER 1995

Mengenai apa yang dikatakan sebagai kesilapan teknikal di Lembaga Peperiksaan Malaysia, suka saya nyatakan bahawa beberapa Jangkah sedang diambil untuk mengatasi masalah tersebut, antaranya:

(i) Lembaga Peperiksaan Malaysia bergerak ke arah penggubalan secara, dengan izin, 'camera ready copy' dalam pembinaan ujian. Ini bermakna, kertas soalan akan siap terus dalam bentuk yang tidak perlu disemak Jagi kerana penyemakan telah lebih awal dibuat.

(ii) menambahkan lagi tenaga kakitangan kerana pada masa ini Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menghadapi masalah kekurangan staf profesional dan yang berpengalaman.

(iii) meningkatkan Jagi tahap profesionalisme mereka y_ang terlibat dalam pentadbiran peperiksaan di peringkat bawah; dan

(iv) mengikuti perkembangan cara pengendalian peperiksaan di negara-negara Jain.

Antara langkah untuk mem­pertingkatkan pengajaran dan pem­belajaran guru, Kementerian Pendidikan telah mewujudkan guru pakar, iaitu guru yang berpengalaman dan mempunyai prestasi pengajaran yang baik dan terbukti untuk membimbing guru-guru Jain. Guru pakar ini akan dihantar ke sekolah-sekolah yang dikenal pasti mengalami kemerosotan kritikal di dalam mata-mata pelajaran tertentu. Di samping itu, Kementerian Pendidikan merancang untuk mem­pertingkatkan kecekapan guru dengan menukar program sijil perguruan kepada diploma pendidikan mulai tahun 1996.

Dalam usaha menanamkan minat membaca di kalangan rakyat, kerajaan memang berusaha menambahkan bilangan perpustakaan di seluruh negara. Padamasa ini. terdapat 238 buah perpustakaan awam

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

negeri 149 buah oleh kerajaan tempatan, 198 buah oleh KEMAS, 52 buah oleh FELDA dan RISDA dan 143 buah oleh agensi-agensi lain.

Dr. Tan Seng Giaw: (Bangun)

Tuan Pengerusi (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat, Kepong ban gun.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Pengerusi, penjelasan. Saya tertarik kepada dasar kementerian untuk memberi peruntukan yang lebih kepada perpustakaan. ltu satu langkah yang betul. Walau bagaimanapun, saya nampak bangunan Parlimen dan Perpustakaan Parlimen mestilah merupakan perpustakaan yang terbesar dalam negara ini. Apakah langkah yang diambi1 oleh pihak kementerian untuk mewujudkan satu perpustakaan Parlimen yang terunggul di negara ini?

Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Say a ucap terima kasihlah kepada Yang Berhormat, tetapi ini salah tempat bertanya. Sepatutnya bertanya kepada Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan Parlimen ini. Tinggallagi, saya percaya dari segi sikap kerajaan, per.pustakaan yang ada di Parlimen ini pun saya percaya kalau Yang Berhormat meneliti akan siaran-siaran yang diedarkan kepada setiap Ahli Yang Berhormat tentang penambahan buku-buku dan kemudahan yang sentiasa dibuat di perpustakaan yang ada di Bangunan Parlimen ini. Namun demikian, saya percaya perkara itu dalam penelitian kerajaan.

Di samping itu, terdapat 84 unit perpustakaan bergerak di seluruh negara. Di bawah Rancangan Malaysia Keenam, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM4.4 juta bagi membina 40 unit perpustakaan bergerak, termasuk koleksinya.

Cadangan Yang Berhormat dari Tam bun untuk mengadakan perpustakaan di kompleks membeli-belah adalah dialu-

21

alukan, dan kerjasama dengan agensi­agensi lain juga diperlukan.

Tuan Pengerusi, pada akhirnya Yang Berhormat dari Pasir Putih juga ada menimbulkan .· sedikit ten tang soal kekurangan jurulatih dan alat latihan untuk MSSM bagi melatih murid-murid yang dikatakan secara jangka pendek. Saya sukajelaskan sedikit bahawaMajlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) telah pun diarahkan supaya meneliti perancangan yang ada sekarang untuk melahirkan hasil yang lebih baik dalam setiap gerak kerja yang dibuat melalui MSSM. Cuma yang hendak sayajelaskan sedikit bahawakalau kita sedar, sebahagian besar daripada para atlit yang sejak dahulu sampai hari ini mewakili negara kita ini dalam pelbagai peringkat pertandingan dalam ataupun di luar negeri, asal-usulnya bermula daripada murid-murid ataupun pelajar-pelajar yang telah melalui program yang dikelolakan oleh MSSM. Begitu juga tentang pera1atan dan lain-lain, semuanya ini sedang diambil tindakan oleh pihak MSSM.

Akhir sekali, Yang Berhormat dari Bukit Mertajam menimbulkan masalah yang dihadapi oleh pensyarah-pensyarah yang hendak melanjutkan pelajaran. Sebenarnya kita memang galakan guru­guru, pensyarah-pensyarah yang ingin melanjutkan pelajaran mereka. Namun demikian, ada aturan dan peraturan yang perlu diikuti bagi memastikan setiap keputusan yang hendak dibuat itu mestilah tidak lari daripada landasan yang telah kita gariskan. Kalau sekiranyaada perkara­dan masalah-masalah yang timbul juga, nasihat saya kepada guru-guru dan juga pensyarah-pensyarah yang demikian boleh mengenengahkannya ataupun membuat rayuan kepada pihak kementerian. Kita akan cuba mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah terse but.

Tuan Pengerusi, itu sahajalah penjelasan-penjelasan dan keterangan­keterangan yang dapat say a berikan kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

22

Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang perbahasan ke atas peruntukan kementerian pendidikan. Sekali lagi, say a ucap banyak terima kasih kepada Ahli­ahli Yang Berhormat. Kalau ada lagi perkara-perkara yang ..... .

Cik Sukinam Domo: (Bangun)

Tuan Pengerusi (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat, Batang Sadong bangun.

Cik Sukinam Domo: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya rasa, Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada beberapa soalan yang saya kemukakan dahulu bel urn dijawab. Misalnya, ten tang berlebihan guru dijangka di Sarawak. Kemudian kewujudan dua Jabatan Pendidikan Bahagian. Antaranya yang belum dijawab. Saya harap dapat disampaikan. Sekian, terima kasih.

Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus: Saya sedar - ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat. Macam saya kata tadi, kita akan teliti perkara-perkara ini, dan kalau sekiranya didapati ada kebenarannya, kita akan kaji, dan kita boleh buat keputusan-keputusan yang kita fikirkan wajar dan sesuai dengan dengan keadaan itu.

Tadi, saya hendak simpul dengan mengatakan bahawa kita akan mengambil perhatian dan tindakan di atas setiap perkara yang dibangkitkan.

Tuan Pengerusi (Tuan Ong Tee Keat): Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM8,959,719,200 untuk Maksud B.26 dan RM28,620,700 untuk Maksud B.27 di bawah Kementerian Pendidikan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

29 NOVEMBER 1995

Wang sebanyak RM8,959,719,200 untuk Maksud B.26 dan RM28,620,700 untuk Maksud B.27 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi (Tuan Ong Tee Keat): Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM 1 ,886, 767,450 untuk Maksud P.26 dan RM11,979,710 untuk Maksud P.27 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 1996 hendaklah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM1,886,767,450 untuk Maksud P.26 dan RM11,979,710 untuk Maksud P.27 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan, 1996.

Maksud B.28, B.29, B.30, B.31, B.32 dan B.33 (Jadual)-

Maksud P.28, P.31, P.32 dan P.54 (Anggaran Pembangunan, 1996)-

Tuan Pengerusi (Tuan Ong Tee Keat): Kepala Bekalan B.28 hingga B.33 serta Kepala Pembangunan P.28 hingga P.54 di bawah Kementerian Kewangan terbuka untuk dibahas sekarang. Kota Mel aka.

3.58 ptg.

Tuan Lim Guan Eng (Kota Melaka): Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk kepada Maksud Pembangunan P.28 - Butiran 03700 - Kumpulan Khazanah National Berhad (KKNB). Di sini, saya ingin bertanya sekali lagi kepada pihak kementerian, kerana mereka berulang­ulang kali, apabila perkara Inl

dibangkitkan, enggan atau takut untuk menjawab, iaitu mengenai penswastaan atau penjualan saham Khazanah sebanyak 32Ck di HICOM kepada Dato' Yahya. Di

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

sini, say a hendak bertanya, mengapakah penjua1an ini dibuat tanpa tender terbuka? Itu pertama.

Kedua, apakah ni1ai aset bersih HI COM pacta mas a penjualan? Adakah ia sebanyak US$1 bilion, seperti yang disebutkan dalam Asia Week. Kalau ya, bukankah ini menunjukkan bahawa penjualan telah dibuat dalam hargadi bawah harga pasaran yang mendatangkan keuntungan yang besar kepada pembe1i dan merugikan kerajaan Malaysia dan rakyat, kerana pelaburan yang dibuat oleh rakyat pacta awal-awallagi untuk satu sektor industri yang disebutkan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebagai strategik dan perlu pelaburan oleh pihak kerajaan, kerana swasta tidak mampu untuk berbuat demikian? Bukankah ini tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat? Selepas kita nampak sedikit basil, ia dijual untuk sesuatu pihak meraih keuntungan. Seperti satu peribahasa Cina (sambil menyebut dalam bahasa Cina) atau dari segi terjemahan .....

Tuan Pengerusi (Tuan Ong Tee Keat): Yang Berhormat, apakah maksudnya, Yang Berhormat?

Tuan Lim Guan Eng: Terjemahannya, 'kita tanam pokok, tetapi buah-buahan dipetik oleh orang lain.'

Tuan Pengerusi (Tuan Ong Tee Keat): Setahu say a, Yang Berhormat, itu bukan peribahasa Cina.

Tuan Lim Guan Eng: Itu peribahasa Cina. Okay, kalau bukan, mungkin .....

Tuan Pengerusi (Tuan Ong Tee Keat): Walaupun maksudnya lebih kurang sama, tetapi itu bukan peribahasa.

Tuan Lim Guan Eng: Kalau bukan, mungkin Tuan Pengerusi boleh memberikan sedikit tunjuk ajarlah, apakah peribahasa yang sesuai?

23

Tuan Pengerusi (Tuan Ong Tee Keat): Bukan sekarang. ( Ketawa) Teruskan.

Tuan Lim Guan Eng: Oleh sebab itu, saya harap pihak kerajaan memberitahu penjelasan apakah sebenarnya tujuan di belakang penjualan HI COM kepada Dato' Yahya? Adakah benar bahawa apabila penjualan ini dibuat, ia dibuat atas dasar memberikan manfaat kepada pihak-pihak tertentu sahaja?

Dan juga adakah pihak kementerian puas hati tentang struktur financing, dengan izin, kewangan yang digunakan oleh pihak Datuk Yahya supaya semua kos perbelanjaan bukan ditanggung oleh dia tetapi ditanggung oleh HICOM di mana mereka akan membeli saham-saham di DRB dan juga sebanyak RM 1.2 bilion.

Kalau begitu, Tuan Pengerusi, saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh memberi penjelasan bagaimana penjualan seperti ini diluluskan oleh pihak kementerian dan juga untuk memastikan bahawa penjualan saham ini dibuat dalam keadaan yang tel us dan accountable. Kalau struktur pembelian seperti ini boleh diluluskan, mengapakah orang lain yang mungkin lebih layak daripada Datuk Yahya, yang mungkin lebih miskin daripada Datuk Yahya, mengapa mereka tidak boleh membe1i HICOM? Kerana mereka tidak payah mengeluarkan satu sen? Itulah pokok persoalannya

Dan di sini Tuan Pengerusi, say a in gin juga merujuk kepada penjualan saham MAS kepada Dato' Tajuddin Ramli, di mana financing, dengan izin, dibuat menerusi pinjaman bank. Kalau ia dibuat sedemikian, apakah keistimewaan ke atas kes penjualan saham HICOM kepada Datuk Yahya di mana struktur financing ini berbeza dan saya harap perkara ini bolehlah diberikan perhatian yang serius oleh pihak keraJaan kerana ini melibatkan soal pokok ten tang penswastaan. Adakah penswastaan diwujudkan hanya untuk

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

24

memanfaatkan golongan segelintir tokoh­tokoh korporat sahaja dan bukan untuk rakyat jelata dan adakah Khazanah akan menjual semua pegangan saham? Ia ditubuhkan bukan untuk memegang ekuiti kerajaan atau ekuiti rakyat tetapi hanya untuk menjualkannya kepada tokoh-tokoh korporat tertentu yang merupakan kawan karib pemimpin-pemimpin tertentu dalam UMNO atau Barisan Nasional. Apakah manfaat yang akan diperolehi oleh rakyat? Sehingga hari ini rakyat masih belum tahu, apakah manfaat, apakah hasil yang diperolehi oleh rakyat dan saya harap pihak kementerian bolehlah menjawab soalan ini.

Selain daripada itu, saya juga ingin meminta pihak kementerian menyatakan mengapa harga petrol tidak diturunkan me·mandangkan harga pasaran antarabangsa telah turun sebanyak 60% sejak Perang Teluk pada tahun 1991 tetapi sehingga hari ini, empat tahun selepas Perang Teluk apabila harga min yak ialah US$40 setong jatuh sehingga US$17 setong. Mengapakah apabila ia sudah jatuh menjunam 60%, mengapakah harga petrol yang dijual masih kekal dalam tahap RM 1.1 0, RM 1.06 sen seliter, tidak bergerak langsung? Sapatutnya ia sudah jatuh kepada harga kira-kira 60 sen seliter dan saya harap pihak Timbalan Menteri Kewangan bolehlah mengumumkan, kalau bolehlah, bahawa pihak kementerian akan menurunkan harga petrol kerana saya rasa kalau ini boleh dibuat, dilaksanakan, kadar inflasi dengan secara langsung akan jatuh, tidak payah rakyat terpaksa menanggung kos barangan yang tinggi.

Satu daripada faktor utama, say a rasa, mengapa kerajaan tidak berjayamenangani masalah inflasi ialah kegagalan menurunkan harga minyak petrol mencerminkan hargaantarabangsa. Kalau pihak kerajaan berbuat demikian, saya rasa kita boleh merasai, kita boleh menerima manfaatnya dengan serta-merta. Kita tidak payah menunggu untuk dasar­dasar lain yang dijalankan oleh kerajaan berhasil.

29 NOVEMBER 1995

Dan disini say a tidak nampak apa sebab lagi yang menghalang pihak kerajaan daripada menurunkan harga petrol. Kalau cukai korporat boleh diturunkan berdasarkan alasan bahawa sungguhpun kutipan akan berkurangan, tetapi kalau pendapatan naik, maka pengutipan cukai pada keseluruhannya akan bertambah. Sarna dengan alasan yang boleh kita gunakan untuk menurunkan harga petrol. Say a tahu sebab utama mengapa kerajaan enggan menurunkan harga petrol ialah kerana duti eksais yang dikutip daripada petrol di mana perbezaan harga pasaran dan harga yang dijual dikutip oleh pihak kerajaan. Kalau harga petrol dikurangkan, saya rasa, sama dengan penurunan cukai pendapatan, kerajaan pun akan mengutip duti yang sama kerana volume yang akan digunakan pun akan bertambah. Dan yang penting sekali, ia akan memberi manfaat kepadarakyat khususnya go Iongan miskin.

Dan selain daripada itu, Tuan Pengerusi, saya harap dalam merangka dasar-dasar cukai yang dibuat oleh pihak kementerian khususnya apa yang diumumkan oleh Yang Am at Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Adalah diharapkan dalam cukai­cukai penggunaan yang saya rasa dirancangkan itu, adalah diharapkan bahawa mereka akan mengambil kira masalah golongan-golongan miskin. Sebarang cukai penggunaan akan mempunyai impak yang paling besar ke atas golongan tidak berada berbanding dengan golongan kay a kerana pada asasnya golongan miskin terpaksa menggunakan sebahagian besar daripada pendapatannya untuk perbelanjaan harian berbanding dengan golongan kaya yang hanya menggunkan 20% atau 30% daripada gaji bulanan mereka.

(Tuan Yang Di-Pertua mempengerusikan ]awatankuasa)

Memandangkan keadaan demikian, semasa kerajaan merangka cukai penggunaan atau consumption taxes, perlulah kita mengambil berat masalah golongan miskin dengan memberikan, dengan izin direct cash benefits to the poor supaya mereka tidak tersisih daripada manfaat cukai-cukai yang dirangka ini.

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

Banyak negara yang mengamalkan sistem cukai penggunaan mendatangkan kerumitan kepada golongan miskin kerana mereka tidak memberikan direct cash benefits. dengan izin kepada golongan miskin. Dan saya harap kerajaan akan berbuat demikian supaya golongan miskin tidak akan menerima impak yang paling besar daripada cukai penggunaan ini.

Tuan Pengerusi ...

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah cukup.

Dr. Tuan Lim Guan Eng: Baik, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Kepong.

4.09 ptg.

Tuan Tan Seng Giaw: Tuan Pengerusi, saya hendak menyentuh muka surat 64 Rancangan Pembangunan Korporat dan .......

Tuan Pengerusi: Cakap di sini Yang Berhormat, di tempat api itu.

Dr. Tan Seng Giaw: Memang ada.

Tuan Pengerusi: Di sana tidak ada api, Yang Berhormat. ( Ketawa)

Dr. Tan Seng Giaw: 010000 -Pen gurus an Korporat dan juga mengenai Kastam dan Eksais.

Tuan Pengerusi, saya pernah membangkitkan mengenai Petronas dan juga banyak lagi syarikat-syarikat termasuk HICOM dan tadi Yang Berhormat Kota Melaka ada sebutkan pengambilalihan sebahagian saham HI COM ..

Nampaknya, ada usaha daripada kementerian ini untuk memperbaiki cara­cara pembangunan korporat dan juga untuk garis panduan insurans dan sebagainya.

25

Walau bagaimanapun, memandangkan syarikat raksasa seperti Petronas yang tiap-tiap tahun mengeksport hampir RM2.6 bilion ataupun RM3 bilion setiap hari kita mengeluarkan hampir 694,000 tong minyak daripada dasar !aut.

Ini bermakna Petronas adalah satu syarikat trans-nasional yang mempunyai banyak aktiviti, banyak kegiatan di beberapa negara termasuk di negara ini. Tetapi, say a nampak, walaupun say a tidak menafikan ada kebaikan, ada usaha termasuk pembinaan projek saluran paip, mengangkut pelbagai jenis bahan pembakar terutama di negara ini yang bernilai RM520 juta di antara Petronas Dagangan Berhad dan Shell Malaysia Trading Sdn. Berhad. Dan projek ini dijangka akan disiapkan pada bulan Ogos, 1997. U saha seperti ini mesti digalakkan.

Walau b~gaimanapun, saya nampak dari segi penggalakan untuk me­ngurangkan invisible earning deficit, kerana bidang perkhidmatan, say a nampak syarikat-syarikat raksasa ini kurang mengambil perhatian untuk menggunakan misalnya, Tuan Pengerusi, consultancy di tempatan. Nampaknya mereka seringkali menggunakan consultancy asing, ini bermakna kita hilang wang.

Dan juga untuk mengangkat barang­barang kita. Syarikat seperti Petronas seringkali menggunakan kapal-kapal orang asing dan sebagainya tidak menggunakan kapal-kapal tempatan dan sebagainya. Kalau ada pun bilangan yang kecil sahaja. Ini menunjukkan dalam dasar untuk perancangan dan pembangunan korporat ini, pihak kementerian mesti mengambil perhatian, mengapa syarikat­syarikat raksasa ini termasuk HICOM, Petronas dan sebagainya, tidak boleh menggunakan kemudahan termasuk insurans juga daripada negara ini sendiri, untuk mengurangkan deficit invisible dan perkhidmatan.

Ini satu perkara yang perlu kita mengambil perhatian dan saya pun

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

26

nampak, pihak kerajaan berusaha untuk memberi garis panduan kepada insurans, untuk mempertingkatkan modal bagi insurans dan sebagainya. Ini merupakan langkah-langkah untuk memperkukuhkan bidang insurans di negara ini. Saya berharap langkah-langkah ini adalah berkesan.

Walau bagaimanapun, pada pendapat saya, kalau kita tidak ada inspectorate of insurance, mungkin langkah-langkah yang diambil ini keberkesanannya kurang kerana Bank Negara banyaklah aktivitinya termasuk forex dan sebagainya dan kerana ban yak aktiviti, kita menampung kerugian kerana menangani perdagangan forex dan sebagainya dengan kurang cekap.

Begitu juga dengan insurans, kerana tidak ada inspectorate yang kuat, yang lengkap, Bank Negara tak begitu berkesan untuk menjalankan tugasnya. Dan saya berharap Bank Negara boleh mengambil perhatian supaya menggalakkan semua syarikat seperti Petronas menggunakan kemudahan insurans, kemudahan consultancy dan pengangkutan yang ada di negara ini.

Kalau tidak ada kita pun tidak boleh menyalahkan pihak Petronas, kerana kita tidak ada. Kalau kita ada mesti gunakan untuk menjimatkan wang negara.

Tuan Pengerusi, mengenai bank. Say a pun pernah membangkitkan di sini bahawa bank-bank, walaupun ada garis panduan daripada Bank Negara, ada setengah­setengah bank misalnya Bank Pertanian. Bank Pertanian diwujudkan untuk tujuan yang tertentu iaitu untuk membantu syarikat-syarikat kecil terutamanya daripada luar bandar untuk membantu pertanian.

Tuan Pengerusi, tetapi saya nampak, mereka asyik gemar dan minat untuk berniaga dengan syarikat-syarikat raksasa sahaja, syarikat-syarikat besar sahaja,

29 NOVEMBER 1995

tetapi syarikat-syarikat besar ini, kita tidak nampak san gat di luar ban dar. Tak nampak sangat .....

Seorang Ahli: Tidak ada langsung!

Dr. Tan Seng Giaw: Tidak ada langsung. Ha! Dia kata: "Tidak ada langsung", Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, jangan menyampuk macam itu. (Ketawa)

Dr. Tan Seng Giaw: Tidak ada langsung, dia kata. Walau bagaimanapun, maksud say a membangkitkan perkara ini sekali lagi ialah Bank Negara mesti mengambil perhatian supaya tujuan setiap jenis bank yang ditubuhkan itu dipenuhi dengan tepatnya dan ini termasuk Bank Pertanian. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak sedar, saya berharap Yang Berhormat dapat menyiasat apakah kegiatan Bank Pertanian hari ini sama ada memesung ataupun menyimpang daripada tujuan yang asalnya. ltulah sahaja, sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Cheras.

4.18 ptg.

Tuan Tan Kok Wai (Cheras): Tuan Pengerusi, saya ingin merujuk Butiran 010000 di bawah Program 010600 -Penyelidikan dan Pembangunan Sistem Kewangan.

Tuan Pengerusi, sebagaimana kita semua ketahui bahawa peti deposit keselamatan yang disediakan oleh bank­bank dan syarikat kewangan ialah untuk melindungi kepentingan dan harta benda ringan milik para penyimpan, maka kejadian memecah bilik kebal dan menggeledah lebih 600 peti deposit di Maybank Finance, Cawangan Taman Cheras pada 6hb. Mac tahun ini iaitu pada Hari Raya Aidilfitri yang menyebabkan kerugian ditaksir RM30

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

juta telah dimuatkan dalam tajuk besar akhbar-akhbar se1uruh negara kerana ia menjadi satu kejadian rompakan yang mengejutkan dan menimbulkan kebimbangan di kalangan lebih I 00,000 penyimpan peti deposit di seluruh negara.

Kejadian ini turut menarik perhatian seluruh negara dan dunia. Kejadian ini memalukan kerajaan terutamanya Bank Negara dan Kementerian Kewangan kerana gaga! memastikan sistem keselamatan yang berkesan ke atas bank dan syarikat kewangan.

Kerajaan nampaknya, tidak bela jar dari pengalaman MBfCawangan Kajang yang telah dirompak pada 21 hb. Jun, 1993 di mana 129 peti deposit telah dipecah dan dokumen serta barangan berharga dicuri.

Oleh itu, kejadian Maybank Finance bukanlah kejadian pertama kerana MBf telah mengalaminya lebih dahulu. Ini menunjukkan kerajaan tidak belajar selepas kejadian MBf untuk mengambil langkah-langkah pencegahan yang perlu bagi memastikan ianya tidak akan berulang lagi, bagi melindungi para penyimpan.

Mereka yang menyimpan barang dan dokumen berharga dalam peti deposit beranggapan, ia sangat selamat selepas membayar fee kepada bank dan syarikat kewangan. Tetapi kini, beranggapan menyimpan di rumah baik di dapur atau di bawah banta! lebih selamat.

Dalam kes MBf Kajang, misalnya dinding bilik kebal telah dipecahkan tanpa disedari oleh orang ramai.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: ( Bangun)

Tuan Pengerusi: Ada yang bangun Yang Berhormat, hendak beri jalan atau tidak?

Tuan Tan Kok Wai: Adakah dia seorang penyimpan peti? Kalau bukan, sila duduk.

27

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, hendak beri jalan atau tidak? ltu sahaja.

Tuan Tan Kok Wai: Tidak ada masa. boleh minta jalan kepada Menteri Kerja Ray a. Dalam kes MBf Kajang, misalnya, dinding bilik kebal telah dipecahkan tanpa disedari oleh orang ramai. Ini menunjukkan sis tern keselamatan di bank dan di institusi kewangan sangat lemah. Saya ingin memberitahu terdapat 8 kelemahan yang membuktikan kelemahan sistem keselamatan itu sendiri di May ban Finance;

(i) pihak pengurusan melakukan kelalaian dengan tidak memasang sistem amaran yang sempurna;

(ii) semasa kejadian, tidak ada kakitangan keselamatan yang bertugas;

(iii) lantai seluruh bangunan termasuk bilik kebal tidak memakai lapisan besi waja (steel) sebagaimana yang lazimnya patut diamalkan oleh institusi-institusi kewangan;

(iv) apabila sistem amaran di premis Mayhan Finance itu dirosakkan oleh perompak, pihak pengurusan tidak mengambil day a usaha untuk memeriksa sepenuhnya kawasan luar dan dalam bangunan termasuk bilik kebal;

(v) pihak pengurusan gaga! meng­ambil langkah pencegahan yang berhati-hati bagi menghalang penjenayah mengorek terowong bawah tanah di bilik kebal... .......... .

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: ( Bangun)

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, ada point of order.

Tuan Tan Kok Wai: Sila sebutkan point of order berapa?

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Cheras, Yang Berhormat bukan Pengerusi.

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

28

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Pengerusi, point of order 36( I), di bawah Kepala apa dia berucap?

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat berucapan di bawah kepala apa?

Tuan Tan Kok Wai: Saya sudah sebutkan Tuan Pengerusi. Terima kasih

(v) pihak pengurusan gagal mengambillangkah pencegahan yang berhati-hati bagi meng­halang penjenayah mengorek terowong bawah tanah di bilik kebal di mana peti deposit disimpan;

(vi) semasa hari-hari perayaan tidak ada sesiapa pun pengawal yang bertugas di situ;

(vii) Mayhan Finance cawangan Cheras terletak di lokasi sudut yang sangat sunyi;

(viii) jarak antara bilik kebal dan longkang besar ialah I 0 meter sahaja. Ini memudahkan perompak mengorek terowong ke arah bilik kebal.

Tuan Pengerusi, kelalaian-kelalaian di atas telah membuktikan bahawa tunnel red yang dinamakan untuk perompak­perompak itu bukanlah perompak yang paling bijak, tetapi penjenayah dapat menembusi bilik kebal kerana wujudnya terlalu banyak kelemahan yang membolehkan mereka memperolehi apa yang mereka hajati.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: (Bangun)

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat ada yang bangun lagi.

Tuan Tan Kok Wai: Saya tidak beri jalan. Tuan Pengerusi.

29 NOVEMBER 1995

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Point of order.

Tuan Pengerusi: Point of order.

Tuan Tan Kok Wai: Saya sudah sebutkan butiran dan program sebelum saya mulakan ucapan.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Pengerusi, dia ini tidak tahu point of order? Duduk dahululah. Apa cakap lagi? Tuan Pengerusi, setahu say a masalah yang disebutkan oleh Yang Berhormat itu masih lagi dalam perbicaraan atau masih lagi dalam proses rayuan, jadi ini adalah membabitkan 36(2) yang mungkin akan membabitkan masalah perbicaraan di masa yang akan datang. Jadi, macam mana dia hendak salahkan kerajaan dari segi bank tidak menjaga spesifikasi dan standard piawaian keselamatan. DAP, apa cerita macam m1.

Tuan Tan Kok Wai: Tuan Pengerusi ...... .

Tuan Pengerusi: Tadi, Yang Berhormat itu telah pun berkata ada point dia, dengan kerana bank itu Bank Malayan Banking, hak orang ramai, bukan hak kerajaan, ia adalah hak penswastaan, jadi, tidak patutlah Yang Berhormat berucap berkenaan dengan perkara itu, kita mesti bercakap dalam perkara yang bersangkut paut dengan kerajaan.

Tuan Tan Kok Wai: Kes yang dirujuk kepada mahkamah adalah mengenai tuntutan yang dikemukakan oleh penyimpan ................. .

Tuan Pengerusi: Saya tahu, Yang Berhormat, tetapi benda itu adalah hak swasta. Kita bercakap sekarang adalah hak kerajaan dan Yang Berhormat boleh sentuh hak kerajaan.

Tuan Tan Kok Wai: Saya akan cuba tidak akan menyusahkan Tuan Pengerusi.

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak menyusahkan say a. Hanya Yang Berhormat bercakap keluar daripada point dia.

Tuan Tan Kok Wai: Baiklah, Tuan Pengerusi, man gsa yang sudah kehilangan bar an g- barang berharga i tu ada menzahirkan perasaan mereka kepada say a, bahawajika syarikat kewangan ada mengambil. ................ .

Tuan Pengerusi: Cukuplah, Yang Berhormat. Bercakap yang lain pula, Yang Berhormat. Yang itu sudah cukup dah.

Tuan Tan Kok Wai: Ini satu perkara yang berkaitan dengan Butiran yang say a sebutkan tadi.

Tuan Pengerusi: Cukuplah, oleh kerana benda itu saya sudah beri rulling iaitu berkenaan hak swasta, bukan bersangkut paut dengan hak kerajaan. Jadi, apakah benda yang sepatutnya bercakap berkenaan dengan Kementerian Kewangan?

Tuan Tan Kok Wai: Memang ada, say a tidak akan membuat rujukan kepada apa-apa mengenai kes itu, yang telah pun dirujuk kepada mahkamah mengenai tuntutan, tetapi dari segi keselamatan.

Tuan Pengerusi: Ya, tetapi bukan keselamatan kerajaan, yang ini hak swasta -yang dia ceritakan hak swasta ............... .

Tuan Tan Kok Wai: Tetapi ini di bawah kawal selia Bank Negara.

Tuan Pengerusi: Tidak, jikalau sekiranya dia hendak buka bank di mana­mana pun, ikut suka dialah, kalau sekiranya dia hendak membuat apa-apa dan hendak mac am mana pun ikut sukadialah, kerajaan tidak ada hak.

Tuan Tan Kok Wai: Tuan Pengerusi, saya ingin membuat syor-syor dan cadangan-cadangan di sini untuk

29

memastikan pihak Kementerian Kewangan mengambillangkah-langkah untuk memperbaiki sistem peti .................... .

Tuan Haji Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang: ( Bangun)

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, ada yang bangun.

Tuan Haji Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang: Point of order, Tuan Pengerusi, sukacita say a menarik perhatian bahawa keputusan Tuan Pengerusi adalah muktamat. Saya minta Yang Berhormat jangan terus melawan, tetapi teruskan cuba berhujah dengan keputusan yang dibuat. Saya minta Yang Berhormat ini to long menghormati keputusan itu. Kalau tidak, kita gunakan point of order 43.

Tuan Tan Kok Wai: Tuari Pengerusi, ini adalah cadangan saya untuk memperbaiki sistem kewangan.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, itu keputusan saya, Yang Berhormat. Cheras, itu keputusan saya.

Tuan Tan Kok Wai: Saya akan cuba

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Are you bank consultant?

Tuan Tan Kok Wai: Tuan Pengerusi, ............ .

Tuan Pengerusi: Bercakap mengenai perkara yang lain, Yang Berhormat.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Pengeru~,diabukanseorangpakaryang

boleh menasihati bank. Are you a security consultant of the bank, dengan izin, minta maaf. Dia tidak faham cakap Melayu ...... .

Tuan Tan Kok Wai: Masalah timbul kerana kelemahan keselamatan bank.

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

30

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Ini bukan hal kerajaan, Tuan Pengerusi. Masalahnya, bank ini bank swasta.

Tuan Tan Kok Wai: Tuan Pengerusi, apakah ia ban gun tanpa kebenaran sesiapa pun?

Tuan Pengerusi: Sila Yang Berhorrnat Cheras, berucap yang lain pula.

Tuan Tan Kok Wai: Saya ingin menggesakementerian supayamengambil tindakan untuk memperbetulkan .......... .

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Yang Berhormat hendak berucap juga yang itu. Siapa yang hendak berucap lagi. Sudah tidak ada? Kalau tiada, saya minta Menteri menjawab. Sila menteri menjawab.

4.28 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Wong See Wah): Tuan Pengerusi, saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menggulung kepada semua soalan yang telah dikemukakan kepada saya. Saya mengucapkan terimakasih kepada teguran Yang Berhormat iaitu Yang Berhormat Kota Mel aka, Kepong dan Cheras kerana telah mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa. Mengenai soal yang ditimbulkan oleh Kota Melaka, iaitu mengenai HICOM yang telah diswastakan dan telah dijualkan kepada Tan Sri Yahya, nadanya adalah seperti dahulu, iaitu seperti dahulu di mana kerajaan melaksanakan dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru yang dikatakan tidak betul, itu tidak betul dan digunakan juga peribahasa (bahasa Mandarin) dan disalah gunakan pula dengan terjemahan orang lama - tanam pokok, orang barulah yang merasa tuduhannya. Jadi. orang inilah orang lama iaitu DAP yang tidak tanam pokok langsung, tetapi dia rasa baik duduk di

29 NOVEMBER 1995

bawah pokok itu. Dahulu telah dikatakan NEP itu tidak baik. NEP itu tidak adillah, itu tidak baiklah, tetapi 20 tahun kemudian kita nampak NEP itu telah mendatangkan hasil yang baik dan telah menjamin ketenteraman dan keharmonian negara kita dan kita nampak ia adalah satu-satu usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan yang difikirkan pada masa itu tidak baik

Jadi, begitu juga berkenaan dengan hal ini, dengan adanya konsep penswastaan di mana kerajaan sedang menggunakan konsep ini supayadapat kita bukan sahaja boleh membangunkan kegiatan ekonomi kita di dalam berbagai-bagai bidang tetapi juga kita dapat menggalakkan kaum bumiputera supaya dapat menyertai dalam berbagai-bagai bidang.

Jadi, konsep begitu ialah selaras dengan konsep dan objektif Khazanah di mana ianya adalah untuk menjadi pemangkin supaya dapat kita memberi galakan kepada pengusaha-pengusaha tempatan melibatkan diri dalam usaha-usaha ekonomi dan industri yang moden dan juga dalam hal itu, kita memberi bantuan kepada masyarakat pen gus aha kita supaya dapatlah kita menceburkan diri dalam bidang-bidang baik dalam teknikal ataupun pengurusan untuk mencapai satu tahap yang setanding dengan dunia.

Jadi, dengan tujuan itulah di mana kalau kita tinjau bagi pihak kemampuan Tan Sri itu, ini merupakan seseorang dengan syarikat-syarikat yang dipunyai oleh Tan Sri, kita nampak dia adalah salah seorang yang handal dan pakar dalam industri kenderaan. Say a percaya dengan pilihan begini, dengan usaha-usaha, perbincangan dan pertimbangan yang telah diberikan oleh pemimpin-pemimpin kita dan beliau telah dipilih dan say a percaya, ini adalah merupakan satu pilihan yang baik di mana dapatlah kita menentukan iaitu masyarakat bumiputera telah dapat satu bidang yang boleh setanding bukan sahaja di negara kit a tetapi juga di sel uruh dunia.

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

Tuan Pengerusi, mengenai harga yang dikatakan itu, saya percaya ini adalah satu kenyataan yang bukan-bukan juga. Bila negara kita mempunyai harga yang stabil pada bila-bila masa baik di mana harga minyak di luar negeri sudah naik, kita menikmati harga yang stabil, tidak disebutkan tetapi bila ada perubahan dalam harga itu walaupun harga itu turun pun tidak begitu banyak, disebut-sebutkan macam negara kita menikmati penjualan harga min yak yang tinggi. Ini semuaadalah hendak memberikan satu gambaran yang tidak betul. Yang sebenarnya, negara kita masih menjual min yak dengan harga yang lebih rendah daripada kebanyakan negara di rantau ini.

Sebenarnya harga runcit barangan petroleum di negara kita ini adalah dikawal dan ditetapkan oleh kerajaan melalui satu formula yang kita panggil Mekanisma Harga Barangan Petroleum ataupun yang dikatakan Automatic Pricing Mechanism. Mechanism ini diwujudkan sejak tahun 80-an iaitu bagi menstabilkan harga runcit barangan petroleum dalam jangka masa panjang supaya tidak menjejaskan pertumbuhan ekonomi serta membolehkan kerajaan membendung dan mengawal kadar inflasi.

Dengan adanya satu sistem seumpama ini, kita perhatikan bahawa kita telah dapat menjadikan harga minyak yang begitu stabil sejak tahun 1983 hingga hari ini dan kita nampak kesannya begitu baik dengan adanya inflasi yang terkawal di bawah 3.5% dan dengan itujuga kalau terdapat apa-apa inflasi yang kita nampak, kebanyakannya adalah bukan disebabkan oleh kerana harga min yak yang dikatakan tinggi. Kebanyakannyaadalah disebabkan daliim sektor makanan.

Tuan Pengerusi, juga disebutkan cukai perkhidmatan, cukai jualan dan sebagainya telah dikenakan. Sebenarnya ini pun satu pandangan, satu gambaran yang tidak betul kerana selama ini, semenjak tahun 1993 hingga tahun ini. kerajaan telah

31

turunkan lebih kurang 3,000 jenis harga cukai ke atas barangan yang dikeluarkan di Malaysia baik dari segi import ataupun dari segi yang lain dan kesan yang begitu sebenarnya telah mendatangkan faedah yang baik di mana kita nampak harga barangan. pada keseluruhannya telah menjadi lebih stabil walaupun terdapat juga fluctuation yang berlaku di pasaran di luar negara tetapi yang kita nampak di sini adalah satu keadaan yang baik.

Mengenai masalah yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat dari Kepong mengenai Bank Pertanian supaya membantu orang luar bandar untuk berniaga dengan syarikat besar dan memohon supaya Menteri Kewangan menyiasat. Untuk makluman Yang Berhormat, perkara yang telah disebutkan ini adalah tidak di bawah kawalan Bank Negara ataupun kementerian. Maka, say a tidak perlu menjawab soalan ini kerana tajuknya adalah salah sebenarnya.

Mengenai depositor. Peti deposit MBf - Mayhan Finance yang disebutkan itu, say a rasa sebenarnya Bank Negara telah menjalankan satu usaha iaitu berbincang dengan semua bank yang terlibat ataupun institusi kewangan di seluruh negara kita untuk mengadakan satu skim insurans supaya semua pendeposit yang menaruh barangannya di dalam peti kebal di institusi-institusi kewangan itu dapat membeli insurans dan perbincangan itu kini di peringkat yang terakhir dan sedang menunggu satu keputusan yang muktamad.

Dengan kata-kata yang demikian, say a ucapkan berbanyak terima kasih.

Tuan Lim Guan Eng: (Bangun)

Tuan Pengerusi: Dia tidak beri jalan, Yang Berhormat.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah­nya ialah bahawa wang sejumlah RM157,426,600 untuk Maksud B.28; RM760,312,400 untuk Maksud B.29;

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

32

RM2,991,700,000 untuk Maksud B.30; RM290,103,300 untuk Maksud B.31; RM208,000,000 untuk Maksud B.32 dan RM34,082,600 untuk Maksud B.33 di bawah Kementerian Kewangan jadi sebahagian daripada Jadua1 hendak1ah disetujukan.

Masa1ah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM 157 ,426,600untuk Maksud B.28; RM760,312,400 untuk Maksud B.29; RM2,991,700,000 untuk Maksud B.30; RM290, 103,300 untuk Maksud B.31; RM208,000,000 untuk Maksud B .32 dan RM34,082,600 untuk Maksud B.33 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi: Masa1ahnya ia1ah bahawa perbe1anjaan sebanyak RM734,500,000 untuk Maksud P.28; RM51 ,000,000 untuk Maksud P .31; RM31,300,010 untuk Maksud P.32 dan RMSOO,OOO,OOO untuk Maksud P.54 yang disebutkan da1am Anggaran Pembangunan bagi tahun 1996 hendak1ah di1u1uskan.

Masa1ah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM734,500,000 untuk Maksud P.28; RM51 ,000,000 untuk Maksud P.31; RM31,300,010 untuk Maksud P.32 dan RM500,000,000 untuk Maksud P.54 di1u1uskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan, 1996.

Maksud B.34 (Jadual)-

Maksud P.34 (Anggaran Pembangunan, 1996)-

Tuan Pengerusi: Ahli-ah1i Yang Berhormat, Kepa1a Bekalan B.34 dan P.34 di bawah Kementerian Kesihatan terbuka untuk dibahas. Gelang Patah.

29 NOVEMBER 1995

4.40 ptg.

Tuan Chang See Ten ( Gelang Patah): Terima kasih Tuan Pengerusi kerana memberikan pe1uang kepada saya untuk menyentuh Maksud Beka1an B .34. Di sini saya ingin menyentuh Program 020400, berkenaan Pendidikan Kesihatan.

Tuan Pengerusi, pihak Kementerian Kesihatan per1u mengambi1 tindakan yang 1ebih gigih da1am perkembangan usaha pendidikan kesihatan kepada rakyatje1ata supaya mereka sedar ten tang kepentingan menjaga kesihatan diri sendiri, kebersihan a1am seke1i1ing serta cara-cara pencegahan penyakit berjangkit. Jika 1angkah­langkah pencegahan dapat di1aksanakan dengan sempurna, ia akan dapat mengurangkan perbe1anjaan da1am rawatan kerana pencegahan ada1ah 1ebih baik daripada rawatan.

Tuan Pengerusi, se1ain daripada usaha Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan pun per1u bekerjasama dengan Kementerian · Kesihatan supaya memberikan pendidikan kesihatan yang baik kepada semua murid, sam a ada murid­murid di seko1ah rendah atau di sekolah menengah tentang kaedah-kaedah pendidikan kesihatan.

Tuan Pengerusi, berikut saya ingin menyentuh Program 020500 - Kawa1an Mutu Makanan. Se1ama ini, Kementerian Kesihatan memang ada menja1ankan tugas kawa1an mutu makanan, tetapi be1um sampai tahap yang sempurna. Pihak Kementerian Kesihatan per1u mengambi1 tindakan yang 1ebih berkesan dalam usaha kawa1an mutu makanan ini di kawasan bandar dan desa. Biasanya di kawasan pihak berkuasa tempatan, Kementerian Kesihatan sentiasa meminta kerjasama daripada pegawai-pegawai kesihatan dari pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan tugas-tugas kawa1an mutu makanan, tetapi oleh kerana pegawai­pegawai kesihatan di kawasan pihak berkuasa tempatan sudah dibebankan oleh

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

kerja harian yang lain di bawah kawa1an pihak berkuasa tempatan itu, biasanya mereka tidak akan dapat menyempurnakan tugas-tugas kawalan mutu makanan seperti yang diharapkan oleh Kementerian Kesihatan dan kadangkala tidak dapat menghantar laporan-laporan bulan an yang diperlukan oleh Kementerian Kesihatan. Ini akan menjejaskan us aha kawalan mutu makanan. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Kesihatan perlu menambahkan tenaga kerja inspektor kesihatan khas untuk tugas-tugas kawalan mutu makanan di tiap-tiap daerah, sama ada di ban dar a tau di kampung-kampung.

Tuan Pengerusi, kawalan mutu makanan adalah sangat penting supaya kesihatan rakyat jelata dapat dilindungi dari penyakit berjangkit food born, dengan izin. Kawalan ketat ke atas mutu makanan akan dapat memastikan pihak pengusaha­pengusaha makanan dan minuman mengikuti kaedah peraturan dan Undang­undang Peraturan Makanan 1985 dan Akta Makanan 1983. Tugas-tugas mengambil contoh makanan untuk analisa kimia yang mana dilaksanakan di kedai-kedai dan di premis perusahaan makanan perlu diperbanyakkan demi memastikan segala makanan dan minuman yang dijual di pasaran adalah mematuhi kaedah peraturan makanan yang berkualiti.

Tuan Pengerusi, berikut saya ingin menyentuh Butiran 030000 tentang Rawatan Perubatan. Saya harap pihak Kementerian Kesihatan dapat memperbanyakkan perkhidmatan rawatan peru bat an dengan cara skim decentralised clinical services, dengan izin, supaya dapat membina lebih ban yak poliklinik, terutama di taman-taman perumahan yang besar seperti di kawasan saya, Gelang Patah yang mana ada sepetak tanah rizab untuk poliklinik seluas 2.2 ekar yang perlu dibina sebuah poliklinik kerana di Taman Universiti didapati ada pcnduduk seramai 60,000 orang. Ini adalah sangat penting untuk perkhidmatan rawatan perubatan kepada penduduk-penduduk di kawasan itu.

33

Dengan seruan yang demikian, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi dan saya mohon menyokong Maksud Bekalan ini. Terima kasih.

Tuan Pengerusi: Serdang.

4.47 ptg.

Dato' Yap Pian Hon (Serdang): Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya akan menyentuh Program 050200 Meningkatkan Perkhidmatan Kesihatan Awam dan Program 050300- Peningkatan Perkhidmatan Perubatan.

Tuan Pengerusi, kekurangan doktor sedang dihadapi oleh kerajaan pada waktu ini dan untuk mengatasi masalah tersebut, pihak Kementerian Kesihatan sedang mengambil doktor-doktor daripada luar negara untuk mengatasi masalah ini.

Saya difahamkan bahawa satu rombongan yang diketuai oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan telah melawat Taiwan untuk mengkaji atau menilai kelayakan akademik Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian untuk memberi satu laporan kepada Kementerian Kesihatan untuk meluluskan atau mengiktirafkan Degree daripada universiti-universiti Taiwan supaya doktor-doktor daripada universiti­universiti Taiwan akan diterima sebagai doktor rasmi yang akan berkhidmat kepada perkhidmatan perubatan di negara kita ini.

Tuan Pengerusi, mengikut rekod perkhidmatan dan perawatan, para doktor daripada universiti-universiti Taiwan telah memberi perkhidmatan yang memuaskan. Mereka adalah terdiri daripada rakyat Malaysia yang telah mendapat kelulusan daripada Fakulti Perubatan dan Pergigian di universiti-universiti Taiwan. Oleh kerana pengiktirafan itu tidak dapat diakui, maka mereka tidak dapat diterima dalam perkhidmatan perubatan dan kesihatan di negara kita ini.

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

34

Oleh yang demikian, mengikut rekod perkhidmatan mereka, maka satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menilai dan rombongan telah dihantar untuk mengkaji semula. Maka saya mendesak pihak Kementerian Kesihatan supaya mencepatkan proses agar dapat mengiktirafkan doktor-doktor daripada universiti-universiti Taiwan untuk diterima memasuk perkhidmatan di Kementerian Kesihatan bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi di negara kita ini. Ini adalah satu perkara yang penting kerana mereka ialah rakyat Malaysia yang perlu mendapat perkhidmatan di negara kita. Selain daripada pengiktirafan itu, maka kita dapat rakyat menjadi pegawai kerajaan.

Tuan Pengerusi, Butiran 00400 -Hospital. Di dalam negeri Selangor, 8 buah daerah mempunyai hospital daerah. Hanya Daerah Petaling tidak ada. Saya tidak tahu mengapa. Kenapa Kementerian Kesihatan menafikan perkhidmatan perubatan di Daerah Petaling? Mungkin boleh dikatakan Daerah Petaling maju, tidak payahlah kerana ada Hospital Universiti. Tetapi penduduk kawasan Daerah Petaling yang banyak terlibat dengan kawasan-kawasan yangjauh dan terpencil daripada bandar seperti Puchong dan Serdang. Kalau seorang pesakit daripada Puchong hendak dihantar ke Hospital Universiti sejauh 20 kilometer, jauh sangat, tetapi sampai hari ini masih tidak wujud hospital daerah di Daerah Petaling.

Tuan Pengerusi, saya rasa gembira kerana satu pengumuman oleh Kementerian Kesihatan tidak lama dulu dan say a akan petikkan pengumuman yang dikatakan itu, dengan izin:-

"More than 300,000 residents mostly belong to the middle income group will be able to enjoy adequate health facilities following the government plan to establish another hospital in the Petaling District

29 NOVEMBER 1995

under the Seventh Malaysia Plan. It will be built in Serdang near UPM Campus or in Puchong near the Air Hi tam Forest".

Dengan adanya komitmen ini, saya rasa Rancangan Malaysia Ketujuh akan dapat melaksanakan projek ini supaya rakyat di kawasan Puc hong dan Serdang akan menikmati perkhidmatan perubatan daripada kerajaan dan juga oleh kerana Hospital Kinrara di Puchong tidak lama lagi akan pindah sepertimana yang telah dikatakan semasa membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan. Walaupun pihak Kementerian Pertahanan tidak mengesahkan buat waktu ini tetapi kajian sedang dijalankan. Hospital Kinrara akan dipindahkan dan hospital ini telah memberi perkhidmatan perubatan kepada penduduk Puchong ini selama 50 tahun. Dengan adanya peralihan Hospital Kinrara ini akan memberi kesulitan kepada rakayt di Puchong lebih-lebih lagi kalaulah pihak Kementerian Kesihatan tidak akan mewujudkan hospital di kawasan terse but.

Jadi, Tuan Pengerusi, saya rasa masa sudah sampai supaya dapat mem­percepatkan projek yang telah di"commit"kan oleh pihak Kementerian Kesihatan supaya rakyat atau penduduk­penduduk di kawasan Puchong dan Serdang akan menikmati apa yang akan dicadangkan dan kalau boleh diwujudkan lebih awal supaya mereka akan dapat diberi satu perkhidmatan yang lebih memuaskan di kawasan tersebut.

Tuan Pengerusi, mengikut Butiran 00200 - Kesihatan Awam dan Butiran 00300 - Kemudahan Kesihatan, saya mintalah pihak Kementerian Kesihatan supaya bertimbang rasa. Satu kawasan sebanyak 1,000 rumah panjang - bukan di Sarawak - yang terletak di Balakong yang dipindahkan daripada kawasan­kawasan yang terlibat dengan projek landasan kereta api berkembar. Mereka telah berpindah ke kawasan ini yangjauh ke dalam. Tetapi sehingga ke hari ini

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

tidak ada perkhidmatan perubatan. Say a minta wujudkan sekurang-kurangnya klinik bidan untuk menjaga kaum wan ita dan kanak-kanak. Keranakawasan Rumah Panjang KTM ini jauh daripada bandar dan juga jauh daripada pusat kesihatan yang ada. Maka, dengan itu pihak Kementerian Kesihatan sepatutnya bertimbang rasa atas kesulitan yang sedang mereka hadapi kerana mereka adalah daripada golongan berpendapatan rendah dan tidak dapat menghantar pesakit -pesakit atau saudara-mara mereka yang sakit ke hospital di Kajang yang sang at jauh.

Maka, say a mintalah kalau boleh pihak Kementerian Kesihatan timbangkan perkara ini. Walaupun say a telah menulis surat kepada pihak kementerian tetapi tidak ada jawapan sehingga ini. Tetapi masa sudah sampai untuk menyuarakan melalui Dewan yang mulia ini supaya pihak Kementerian Kesihatan dapat menimbangkan atas peri kemanusiaan supaya rakyat yang tinggal di rumah panjang yang begitu susah untuk mendapat perkhidmatan kesihatan ini. Terima kasih

Tuan Pengerusi: Bagan.

4.56 ptg.

Tuan Lim Hock Seng (Bagan): Tuan Pengerusi, Butiran 010400- Perancangan Tenaga Manusia dan Latihan. Tuan Pengerusi, pada masa sekarang doktor­doktoryang berkelayakan, apabilamereka hendak balik ke negara kita ini, mereka perlu memasuki hospital kerajaan, mungkin untuk masa selama dua tahun sebelum mereka boleh membuka klinik sendiri atau menyertai hospital-hospital swasta.

Tuan Pengerusi, doktor-doktor yang berkelayakan yang saya maksudkan itu, mereka telah menjalani praktis-praktis mereka di luar negeri dan mereka merasa ragu atau ada keberatan kerana hendak balik ke sini kena mematuhi peraturan

35

ini dan ini adalah an tara salah satu sebab mereka merasa be rat hendak balik negara kita, walaupun negara kita sedang menghadapi kekurangan doktor. Saya ingin tabu di sini, sama ada kerajaan ada rancangan atau berhasrat untuk mengecualikan doktor-doktor yang telah lama berkhidmat di luar negeri dan hendak balik ke negara kita untuk memberi sumbangan.

Tuan Pengerusi, Butiran 020100 -Kesihatan Awam. Dalam hal ini Tuan Pengerusi, Kementerian Kesihatan atau Pejabat Kesihatan di negeri-negeri ada menghantar pasukan penguatkuasa untuk meninjau ke rumah-rumah supaya mencari sama ada di rumah-rumah tersebut ada takungan air atau terdapat jentik-jentik nyamuk aedes dan ini adalah satu tindakan yang baik. Tetapi apabila mereka masuk ke rumah, penghuni-penghuni rumah itu akan mengajak pasukan penguatkuasa ini supaya menengok parit-parit di luar rumah. Ini adalah satu perkara yang sentiasa berlaku. Mereka kata, "Di luar rumah saya banyak jentik-jentik. Apa pasal kerajaan tidak mahu mengambil berat untuk menjagajentik-jentik di luar rumah dan hanya hendak mencari di dalam rumah?" Mereka kata di rumah mereka tidak ada larva ataujentik-jentik nyamuk Aedes ini.

Pada masa dahulu, pada masa saya masih kecil, saya ada nampak orang­orang dari J abatan Kesihatan menyembur minyak ke dalam parit-parit, ke tempat­tempat takungan air untuk menghapuskan jentik-jentik nyamuk. Tetapi pada masa sekarang tidak ada kegiatan ini lagi. Dan saya pernah tanya kepada Pejabat Kesihatan di tempat saya, mereka kata jikalau selalu menyembur minyak ini jentik-jentik atau nyamuk-nyamukini akan berdaya tahan kepada kimia ini danjikalau ada berlakunya wabak atau penyakit denggi, mereka tidak dapat kawal. Tetapi saya agak ini bukanlah satu alasan yang munasabah kerana orang-orang kampung terbiar sahaja kepada serangan-serangan

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

36

nyamuk -nyamuk dan pad a musim kemarau terutama sekali, apabila nyamuk-nyamuk ini tidak ada tempat untuk bersembunyi, boleh dikatakan beribu-ribu akan menyerang keluarga-keluarga di tempat ini. Ini akan menyebabkan ramai kanak­kanak telah dapat penyakit kulit.

Saya ingin bertanya di sini, sama ada kementerian Yang Berhormat ada rancangan atau ada cara lain yang baik untuk menghapuskan nyamuk-nyamuk yang saya sebutkan tadi.

Tuan Pengerusi, Program 020300, tadi saya sudah sebut dan Program 020500-Kawalan Mutu Makanan. Sebentar tadi kami ada mendengar jawapan dari Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan kawalan mutu makanan dan tidak dapat dinafikan bahawa antara satu-satu tempat yang patut dikawal adalah kedai makanan. Kedai makanan ini selalunya jikalau karni nampak bersih, selesa, kami makan di sana pun berasa selera. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang miskin? Seumpamanyadrebar teksi, orang yang lepas kerja pejabat atau pelancong­pelancong yang datang dari negara asing, yang kurang berjaya atau miskin, mereka terpaksa makan di tepi jalan, seperti di Chow Kit, di Bukit Bintang dan di Jalan Tun H.S. Lee baik pun Jalan Petaling, di tempat itu tertumpu banyak penjaja dan bukan tidak ada hasrat untuk menghalang mereka menjaja di sana. Mereka memberi perkhidmatan untuk membekal makanan­makanan atau minuman-minuman yang murah kepada golongan-golongan yang tidak berupaya makan dalam restoran­restoran atau di tempat-tempat yang enak.

Adakah kerajaan dalam hal mengawal mutu makanan ini ada rancangan supaya memberi mereka satu tapak yang dipagarkan atau ditempatkan di satu-satu

29 NOVEMBER 1995

tempat yang lebih selesa dan bukan terbuka kepada habuk-habuk bas, habuk-habuk kenderaan sahaja?

Saya juga ingin menarik perhatian kementerian bahawa antara satu-satu kesalahan di mana kedai makanan boleh didenda ialah kerana ada tikus, ada lalat dan ada cockroach, dengan izin. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhorrnat bahawa tikus ini mungkin bukan tikus dari kedai sendiri, ia datang dari parit di luar bangunan terse but dan tanggungjawab siapakah untuk menghapuskan tikus-tukus ini? Lalat pula dia terbang dari luar, bukan kedai yang tersebut itu membiakkan lalat­lalat. Ini adalah satu tanggungjawab baik pun Kerajaan Tempatan atau Kementerian Kesihatan untuk menghapuskan tikus, lalat dan lain-lain insect, dengan izin.

Tuan Pengerusi: Y a, Yang Berhormat, mas a Yang Berhormat sudah cukup.

Tuan Lim Hock Seng: Lagi satu boleh?

Tuan Pengerusi: Y a.

Tuan Lim Hock Seng: Satu sahaja.

Tuan Pengerusi, Program 030600 -Pembedahan Am. Ramai orang pergi ke hospital swasta atau hospital pakar untuk menjalankan pembedahan atau mengubati penyakit-penyakit. Mereka kesemuanya bukan kaya, bukan mereka suka pergi. Ini adalah disebabkan jikalau hendak menj alankan satu perubatan a tau pembedahan di dalam hospital kerajaan, mereka terpaksa tunggu pada satu masa yang panjang. Mereka ini apabila dijangkiti penyakit, mereka khuatir kepada nyawa mereka, walau bagaimana susah pun mereka kena pinjam wang dari rakan­rakan, kawan-kawan atau keluarga mereka untuk menjalani pembedahan di hospital swasta a tau pakar. Jadi, say a berharaplah di mana yang boleh kerajaan patut memberi perkhidmatan yang lebih baik dalam masa yang lebih singkat untuk menjalankan perubatan seperti apa yang saya maksudkan tadi.

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

Tuan Pengerusi, dengan ini sekian sahaja, terima kasih

Tuan Pengerusi: Segambut.

5.05 ptg.

Dr. Tan Kee Kwong (Segambut): Terima kasih, Tuan Pengerusi, sebab memberi saya peluang untuk membahaskan Maksud B.34-Kementerian Kesihatan.

Insuran kesihatan. Di Malaysia fenomena hospital swasta hanya membekalkan perkhidamatan perubatan kepada golongan kaya telah semakin berleluasa. Buat masa kini bayaran di hospital swasta adalah terlalu mahal, termasuk Institut Jantung Negara, yang mana telah membabitkan go Iongan biasa, yang tidak mampu membiayai bayaran hospital swasta.

Satu penyelesaian kepada gejala ini adalah Insuran Kesihatan Wajib, dengan izin, Compulsory Health Insurance. Saya ingin bertanya bilakah Kementerian Kesihatan akan melancarkannya? Sebagaimana yang saya sedia maklum, ban yak kajian telah dijalankan sepanjang tahun Iepas, sebagai contoh kajian telah dibuat oleh World Health Organisation (WHO), Asian Development Bank (ADB) dan sebagainya. Berlandaskan ini, Kementerian Kesihatan seharusnya mempertimbangkan dengan teliti dan melaksanakannya secepat mungkin. Walaupun dari segi politik ia mungkin sensitif, namun kita tidak mempunyai pilihan. Kementerian Kesihatan seharusnya be rani, tegas dan menjalankan perkara yang sepatutnya dijalankan.

Penswastaan kesihatan (health privatisation). Sebagaimana yang saya sedia maklum, terdapat rancangan untuk menswastakan sebahagian General Hospital Kuala Lumpur. Saya ingin memastikan sama ada rancangan berkenaan telah diluluskan oleh EPU?

37

Yang pertama, GHKL telah tidak dibenarkan mengembang yang mana ia mempunyai lebih daripada 3,000 katil. Perancang seharusnya memberi perhatian ke atas keadaan ini. Memang bukan mudah untuk menjalankan pengurusan hospital yang mempunyai lebih daripada 3,000 katil dan lebih 10,000 kakitangan.

Yang kedua, sekiranya GHKL dijadikan sebagai referal centre, dengan izin, maka hospital pakar dalam bidang kulit, penyakit kanak-kanak, neurologi dan sebagainya seharusnya diletakkan di bahagian lain dalam Kuala Lumpur.

Yang ketiga, GHKL baru diperbaharui dengan kos lebih RM 100 juta, sekiranya ia diswastakan kesemua wang yang digunakan akan menjadi sia-sia sahaja. Kementerian Kesihatan dan EPU seharusnya merancang dengan teliti memandangkan kesemua ini adalah wang pembayar cukai.

Kecuaian Kakitangan

Secara keseluruhan, kebanyakan kakitangan Kementerian Kesihatan adalah rajin dan bertanggungjawab. Namun kadang-kala ada juga kakitangan yang tidak berkemampuan dan !alai semasa menjalankan tugas. Enam tahun yang lalu saya telah merujukkan seorang pesakit yang men gal ami kesihatan dada dan ECG yang dibuat oleh saya memastikan yang diamengalami seranganjantung. Pegawai Perubatan di GHKL yang merawatnya tidak menggunakan rujukan saya dan menghantar pesaki t terse but balik ke rumah. Dua hari kemudian pesakit terse but meninggal dunia di rumahnya.

Saya ingin mengingatkan kesemua kakitangan di semua peringkat baik jururawat dan juga doktor agar menjalankan tugas mereka secara serius. Mereka seharusnya merasa bangga atas tugas mereka. Memandangkan mereka yang bertugas di hospital adalah menjalankan tugas yang berkaitan dengan kesihatan dan nyawa man usia, maka kita

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

38

seharusnya menjalankan tugas kita dengan sempurna dan efisien.

Rawatan Haemodialisis

Sekarang ini kita dapati peningkatan pesakit buah ping gang yang memerlukan rawatan haemodialisis. Rawatan ini sang at penting untuk menyelamatkan pesakit tersebut. Dalam hal ini harga rawatan terse but memerlukan pembayaran an tara RM 130-RM 150 setiap kali raw a tan diberi. Untuk menolong lebih ramai pesakit buah pinggang, kerajaan perlu mengadakan lebih banyak mesin haemodialisis dan juga ditempatkan di hospital-hospital daerah di luar bandar.

Sekian, say a menyokong Belanjawan pokok Maksud B.34-Kementerian Kesihatan, terima kasih.

Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Kelang dan selepas itu Kementerian menjawab.

5.14ptg.

Dr. Tan Yee Kew (Kelang): Tuan Pengerusi, terima kasih. Saya ingin meru j uk kepada Maksud Bekalan B. 34-Kementerian Kesihatan.

Mengikut jumlah peruntukan pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan telah mengambil tempat yang ke-4 antara 24 kementerian yang ada. Merujuk kepada B uti ran 00 I 00 hingga 00400 berkenaan dengan Perbelanjaan Pembangunan, kita dapati bahawa perbelanjaan pembangunan bagi tempoh Rancangan Malaysia Keen am telah bertambah sebanyak 170% atau satu setengah kali ganda daripada Rancangan Malaysia Kelima iaitu daripada RM922 juta kepada RM2,513 juta. Anggaran ini telah membuktikan keinginan Kerajaan Baris anN asional untuk menubuhkan satu masyarakat yang sihat dan saya mengucapkan syabas kepada Kerajaan Barisan Nasional kerana mengutamakan kesihatan orang ramai.

29 NOVEMBER 1995

Tuan Pengerusi, merujuk kepada Butiran 00300danjuga00400, kitadapati perbelanjaan yang besar berjumlah RM409 juta telah diperuntukkan untuk membangunkan hospital-hospital dan kemudahan kesihatan. Saya harap anggaran ini termasukjuga perbelanjaan yang diperlu dan diminta untuk meningkatkan mutu dan kedudukan Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah di Kelang. Hospital itu telah dibangunkan dalam tahun 70-an dan selepas dua puluh tahun kemudahan-kemudahan di hospital ini memang perlu dipertingkatkan atau ditukar. Memandangkan bertambahnya penduduk-penduduk di kawasan sekelilingnya dan pesakit-pesakit pergi ke hospital ini untuk rawatan, kemudahan­kemudahan kesihatan juga perlu ditambah.

Tuan Pengerusi, untuk makluman, hospital ini bukan sahaja memberi perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada penduduk-penduduk di seluruh Kelang sahaja tetapi ia juga menjadi hospital rujukan (reference hospital) kepada semua kawasan di sepanjang pantai di negeri Selangor termasuk kawasan Kapar, Banting, Tanjong Sepat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Oleh itu, usaha mempertingkatkan mutu dan kualiti kemudahan dan alat-alat perubatan di hospital ini bukan sahaja membawa faedah kepada penduduk-penduduk di Kelang sahaja tetapijuga kepada semua penduduk di seluruh kawasan di sepanjang pantai negeri Selangor khasnya kepada golongan miskin.

Tuan Pengerusi, saya difahamkan bahawa pihak hospital telah melaksanakan satu analisis terhadap semua alat~alat perubatan dan kemudahan kesihatan di hospital ini pada awal tahun ini dengan tujuan menyediakan satu laporan berkenaan dengan kedudukan alat-alat dan kemudahan-kemudahan kesihatan. Say a harap bila pihak hospital ini meminta peruntukan, permintaannya akan dipertimbangkan dengan sewajarnya.

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

Tuan Pengerusi, skop perkhidmatan kesihatan di negara kita telah diperluaskan dan mutu perkhidmatan juga telah dipertingkatkan pada keseluruhannya tetapi malangnya gaji doktor danjururawat masih rendah dan faedah yang dinikmati oleh mereka adalah sedikitjika dibanding dengan sektor swasta dan peluang untuk naik pangkatjuga kurang. Aduan masalah dan juga perasaan kekecewaan antara golongan kakitangan hospital khasnya para doktor-doktor dan juga jururawat­jururawat sudah lama dibangkitkan dan boleh dikatakan difahami oleh semua dan kita meminta Menteri Kesihatan memberi tahu apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kementeriannya untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh doktor-doktor, jururawat-jururawat dan juga kakitangan di hospital kerajaan.

Tuan Pengerusi, dengan wujudnya banyak hospital-hospital swasta yang sanggup menawarkan gaji yang lebih tinggi dan faedah yang lebih menarik, say a khuatir ramai doktor dan jururawat akan meninggalkan perkhidmatan hospital kerajaan dan terus berkhidmat di sektor swasta. Say a khuatir mungkin wujudnya suatu situasi yang mana banyak hospital yang sudah sedia dibina tetapi tidak ada cukup doktoruntuk berkhidmat di hospital­hospital itu.

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa)

Oleh itu saya harap Kementerian Kesihatan menitikberatkan masalah dan perasaan kekecewaan di kalangan doktor dan kakitangan hospital kerajaan agar perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan di negara ini terus berkembang. Dengan ini, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Minta kementerian menjawab.

39

5.20 ptg.

Timbalan Menteri Kesihatan (Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman): Tuan Pengerusi, saya ingin mengucap terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah mengambil bahagian dalam perbahasan peruntukan Kementerian Kesihatan peringkat Jawatankuasa.

Ahli Yang Berhormat dari Gelang Patah telah membangkitkan tentang perkara berkenaan dengan pendidikan kesihatan supaya dapat dipertingkatkan. Kementerian Kesihatan memang bersetuju dengan harapan Yang Berhormat untuk melihat lebih banyak aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan dilaksanakan, kerana ianya adalah selaras dengan usaha meningkatkan aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit. Pada ketika ini telah pun diwujudkan hubungan antara kementerian melalui Rancangan Kesihatan Sekolah bagi meningkatkan aktiviti­aktiviti kesihatan di sekolah. Antara aktiviti utamanya ialah mengukuhkan pendidikan kesihatan dan pengwujudan program sekitaran sekolah yang bersih dan sihat. Contohnya, seperti kit sekolah yang diserahkan atau diedarkan kepada sekolah bagi memberi maklumat tentang cara-cara mencegah penyakit denggi ataupun nyamuk Aedes, di samping program-program pergigian, imunisasi dan kempen-kempen penyebaran yang diteruskan secara berkala.

Berkenaan dengan perkara bekerjasama, beban kerja yang besar Pegawai Kesihatan Majlis ......

Tuan Noh bin Omar: (Bangun)

Tuan Pengerusi (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Yang Berhormat, ada yang bangun.

Tuan Noh bin Omar: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin mendapat penjelasan mengenai pendidikan

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

40

kesihatan. Adakah pihak kementerianjuga akan mengatur satu program rriengenai pendidikan kesihatan ini memberi kesedaran kepada rakyat mengenai kesan­kesan yang mungkin timbul daripada pembelian ubat-ubat yang dijual secara jualan langsung. Walaupun kebenaran menjual ubat yang saya maksud ini di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, tetapi kadang-kadang kita dapati ada pengguna-pengguna daripada ubatjualan langsung ini, mereka kadang­kadang tinggalkan ubat-ubat farmasi yang diberi oleh doktor.

Oleh kerana bijaknya orang yang menjual ini, mereka boleh meyakinkan pengguna-pengguna, dan kita dapati ada dua, tiga kes yang sepatutnya kalau pesakit ini mengamalkan ubat doktor, mungkin penyakit ini mudah diubati. Tetapi oleh kerana mereka ini mengamalkan ubat­ubat direct selling ini, maka penyakit­penyakit yang mereka alami makin bertambah. Saya ingin mendapat penjelasan, adakah langkah-langkah kesedaran ini patut diberikan juga kepada rakyat di negara kita?

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Tuan Pengerusi, sebenarnya tadi kit a bercerita ten tang program khusus yang wujud kerjasama di antara pihak Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan yang sememangnya sedang berjalan melalui pelbagai pendekatan dan cara seperti pengedaran risalah dan maklumat, mengadakan ceramah, kursus dan juga program-program seperti yang telah saya sebutkan.

Berkenaan dengan perkara seperti menyedarkan peningkatan ataupun kesedaran rakyat dalam soal-soal berhati­hati tentang beberapa ubat-ubat<in yang dijual dan diiklankan dengan secara berlebih-lebihan, jika pihak pengguna mendapati ada tanda-tanda yang boleh memudaratkan pengguna dalam soal penggunaan ubat-ubatan ini, boleh

29 NOVEMBER 1995

membuat laporan terus dengan memberi sam pel ubat-ubatan ini supaya boleh dikaji dengan teliti oleh pihak Bahagian Farmasi di Kementerian Kesihatan supaya dapat mengenal pasti bahan-bahan dan kandungan yang ada dalam ubat-ubatan yang difikirkan memudaratkan.

Dengan demikian, bolehlah Bahagian Farmasi di kementerian mengambil tindakan secara khusus. Jadi, perlu ada kerjasama dengan pihak orang ramai. Kerana dalam soal pendaftaran ubat­ubatan, kalau tidak termasuk ubat-ubatan dalam kategori yang tradisional, masih lagi dalam proses penyelarasan dan akan diselaraskan tidak berapa lama lagi. Jadi, dalam proses penyelarasan ini mungkin berbangkit perkara yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat, tetapi boleh dibawa untuk makluman melalui laporan dan boleh diambil tindakan oleh pihak kementerian melalui Bahagian Farmasi.

Perkara seterusnya adalah be ban kerja yang dikatakan agak berat kepada Pegawai Kesihatan Majlis Tempatan menyebabkan mereka tidak dapat menyempurnakan tugas-tugas yang diharapkan. Sebenarnya, memang benar Pegawai Kesihatan di majlis tempatan menjalankan tugas bagi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ..... .

Dr. G. Leelavathi: (Bangun)

Tuan Pengerusi (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Yang Berhormat, ada yang bangun.

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: ..... khasnya dalam ....

Tuan Pengerusi (Tuan Haji J uhar bin Haji Mahiruddin): Ada yang ban gun.

Dr. G. Leelavathi: Terima kasih. Bolehkah Timbalan Menteri beritahu, dalam jadual perubatan ada dua jenis ubat. Pertama, dalam schedule ada generic dan patent drugs. Bolehkah Timbalan

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

Menteri Menteri beritahu berapa jenis paten drug ada dalam jadual dan berapa jenis generic ada dalam jadual?

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Sayamintamaaf, terlalu detail. Maklumat itu tidak ada pada say a. Tetapi saya akan cuba dapatkan secara bertulis.

Berkenaan dengan perkara yang dikatakan Pegawai Kesihatan di majlis tempatan ini kurang menjalankan tugasnya dengan teliti. Sebenarnya, memang benar Pegawai Kesihatan di Majlis Tempatan menjalankan tugas bagi pihak Kementerian Kesihatan kerana Kementerian Kesihatan Malaysia bertanggungjawab dalam mendapatkan contoh-contoh sampel makanan dan minuman untuk dikaji sam a ada ia mematuhi peraturan-peraturan di bawah Akta Makanan. Jadi, sebenarnya kerjasama itu memang sudah lama terjalin, tetapi oleh kerana Pegawai Kesihatan tidak mempunyai tanggungjawab penguatkuasaan - yang mempunyai tanggungjawab penguatkuasaan ialah Pegawai Kesihatan di majlis tempatan, dan kita mengharapkan masih terus merupakan usaha ataupun tanggungjawab di bawah Majlis Tempatan.

Dalam soal rawatan perubatan mengenai mengembangkan ....

Tuan Noh bin Omar: ( Bangun)

Tuan Pengerusi (Tuan Haji J uhar bin Haji Mahiruddin): Yang Berhormat, Tanjong Karang bangun.

Tuan Noh bin Omar: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin mendapat penjelasan mengenai tugas-tugas Pegawai­pegawai Kesihatan. Selain daripada mereka ini menjaga kawalan mutu makanan, baru-baru ini say a ada bertanya dalam soalan tambahan yang mengatakan kedai-kedai ubat singseh ini tidak boleh menjual ubat-ubat yang terkawal. Tetapi pada hari ini, kita lihat banyak kedai­kedai singseh menjual ubat-ubat yang terkawal yang sepatutnya tidak dijual.

41

Jadi, adakah Pegawai-pegawai Kesihatan ini juga diberi tugas untuk memastikan kedai-kedai singseh ini mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan?

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: Kalau di bawah kategori ubat, bermakna ia di bawah tanggungjawab Pegawai-Pegawai di bawah Bahagian Farmasi: Kerana kita sedang membicarakan tentang soal pengawasan hal-hal yang berkaitan dengan pemakanan, bererti ia di bawah bidang tug as Bahagian Kawalan Makanan, iaitu di bawah pegawai-pegawai Inspectorate Makanan yang akan bekerjasama dengan Pegawai Kesihatan majlis tempatan untuk melihatkan dan memperakukan selepas kajian analisadijalankan bahawa sampel­sampel makanan atau tempat-tempat makanan.itu memang tidak patuh kepada peraturan makanan.

Jadi, persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat berkenaan dengan perkara ubat-ubatan terjatuh di bawah persoalari yang dibangkitkan tadi, iaitu perlu dibuat laporan kalau dirasakan dan difikirkan bahawa ubat-ubatan berkenaan atau dijual oleh mana-mana pihak dirasa memudaratkan. Jadi, perlulah dapat sam pel supaya dapat dijalankan kaji selidikjuga, dianalisa oleh Bahagian Farmasi. Jadi, say a harap dapat menjelaskan berkenaan dengan perkara itu.

Berkenaan dengan perkara memperbanyakkan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Gelang Patah tadi, iaitu memperbanyak­kan perkhidmatan dengan cara decentralisation, dengan IZin,

perkhidmatan membina poliklinik­poliklinik dan sebagainya, Kementerian Kesihatan memang bercadang untuk decentralise, dengan izin, rawatan perkhidmatan prima ke tempat-tempat luar ban dar selain daripada hospital, selain daripada mengadakan temp at klinik-klinik kesihatan di kawasan luar bandar. Kementerian Kesihatan juga bercadang

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

42

untuk membina poliklinik di bandar­bandar. Sebanyak I 0 buah poliklinik kesihatan yang mana pembinaannya akan diteruskan dan dijangka akan siap dalam tempoh memasuki Rancangan Malaysia Ketujuh.

Berkenaan dengan pengiktirafan ijazah perubatan daripada Taiwan, Kementerian Kesihatan sedang menyiapkan laporan mengenainya dan akan dikemukakan kepada pihak J abatan Perkhidmatan Awam.

Berkenaan dengan hospital yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Serdang, hospital di kawasan Petaling. Hospital di kawasan Petaling ini ada terdapat Hospital Universiti yang memberi perkhidmatan perubatan kepada penduduk di kawasan Petaling. Selain daripada itu, terdapat beberapa buah hospital swasta. Namun demikian, Poliklinik Seri Kembangan, Petaling akan dibina ...... .

Dato' Yap Pian Hon: (Bangun)

Tuan Pengerusi (Tuan Haji J uhar bin Haji Mahiruddin): Serdang ban gun.

Dato' Dr. Siti Zaharah binti Haji Sulaiman: ...... mulai I996 dengan anggaran kos RM3 .I juta.

Dato' Yap Pian Hon: Walaupun Hospital Universiti telah wujud di daerah Petaling, apa yang say a katakan itu, tetapi penduduk di Puchong yang tidak menikmati kemudahan perkhidmatan Hospital Universiti itu kerana 20 km jauhnya, tidak de kat itu. Sebab itu kawasan yang penuh sesak, maka sebab itu kesulitan mengenai masalah itu mungkin timbul. Ini bukan katakan tidak ada wujud hospital tetapi tiada hospital Kementerian Kesihatan yang diwujudkan di daerah Petaling yang saya maksudkan.

Dato' Dr. Siti Zaharah binti. Haji Sulaiman: Macam inilah Yang Berhormat. ya. Pihak kementerian akan

29 NOVEMBER I995

membuat kajian kerana setiap keperluan pusat-pusat kemudahan kesihatan itu mestilah berasaskan kepada beberapa faktor ataupun kriteria seperti lokaliti, kepadatan penduduk, pusat-pusat kemudahan kesihatan di bawah kerajaan yang berada di se ki taran 5 km atas dari pada 5 km termasuk juga perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat iaitu di Balakong. Jadi, apajenis dan peringkat yang boleh dipertimbangkan oleh pihak kementerian, mereka akan membuat kajianlah.

Dato' Yap Pian Hon: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua(Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Yang Berhormat, dia bangun lagi. Tidak puas hati.

Dato' Dr. Siti Zaharah binti. Haji Sulaiman: ( Ketawa). Tidak puas hati.

Dato' Yap Pian Hon: Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah sebabnya Kementerian Kesihatan telah umumkan bahawa satu hospital akan dibuat di Puchong atau di Serdang dengan peruntukan sebanyak RM I 00 juta hingga RM 150 jutadi bawah Rancangan Malaysia Ketuj uh. Ia telah disiarkan di dalam akhbar NST dan Star juga ( sambil menunjukkan keratan akhbar). 'Petaling to get RM 150 million hospital soon' yang diumumkan pihak kementerian. Jadi, ini komitmen reported akan ditunaikan a tau tidak? Akan dikaji semula atau tidak?

Dato' Dr. Siti Zaharah binti. Haji Sulaiman: Setiap yang dirancang itu mestilah selepas kita membuat kajian dan keperluan dan sebagainya, tetapi dalam Rancangan Malaysia Ketujuh kita bel urn lagi mendapat kelulusan kerana masih lagi di peringkat EPU. Jadi, Yang Berhormat bersabar, selepas pihak-pihak central agency me rasa begitu yakin dengan keperluan seperti yang Yang Berhormat begitu komited dengan orang-orang kawasan Yang Berhormat, jangan

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

bimbanglah, kita akan dapat tahu keputusannya daripada mereka di central agency.

Berkenaan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat dari Bagan mengenai pengecualian perkhidmatan wajib. Kementerian belum bersedia mengecualikan perkhidmatan wajib selama tiga tahun di hospital kerajaan oleh kerana masih terdapat ban yak masalah kekurangan doktor di hospital-hospital kerajaan dan keperluan memberi latihan dan pendedahan kepada doktor dalam environment tempatan pun turut ada. Jadi, belum lagi bolehlah kita membuat pengecualian seperti ini dalam keadaan kita terdesak dengan masalah kekurangan ini.

Yang Berhormat juga ada membangkitkan soal pemeriksaan rumah untuk jentik-jentik aedes. Kementerian Kesihatan memang ada satu program menghapuskan aedes melalui rancangan kawalan vektor sebagai langkah kawalan pemeriksaan rumah-rumah untukjentik­jentik Aedes. Penyemburan untuk menghapuskan jentik-jentik Aedes adalah dijalankan mengikut jadual dan juga berasaskan kepada be tapa seriusnya wabak berkenaan ataupun merbahaya merebaknya penyakit aedes berkenaan di tempat tertentu a tau ada laporan khusus berlakunya pembiakan. Kalau tidak ada, memanglah tidak dilakukan penyemburan. Namun demikian, pemeriksaan itu akan terus dijalankan oleh pegawai-pegawai yang terlibat.

Tuan Lim Hock Seng: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Yang Berhormat, Bagan bangun.

Tuan Lim Hock Seng: Yang Berhonnat Timbalan Menteri, tadi saya sebut bahawajentik-jentik ini bukanjentik­jentik jenis aedes - yang nyamuk biasa. yang didapati di dalam parit di mana ada

43

air kotor dan saya diberitahu bahawa jentik-jentik aedes ini hanya akan hidup di dalam air yang jernih, yang bersih. Dan apakah pula tindakan atas jentik­jentik nyamuk biasa yang membiak di parit-parit dengan air kotor itu?

Dato' Dr. Siti Zaharah binti. Haji Sulaiman: Yang Berhormat, kerajaan ini memang begitu murah hatilah- kerajaan kita ini. Kalau sudah kita bantu secara khusus, yang umum itu kena Yang Berhormat dan pihak-pihak rakyat semua kena bekerjasamalah. Sebab itulah kita mempunyai satu dasar yang terbuka dan kitajuga mengajak orang ramai bersama­sama dalam usaha untuk mengujudkan satu environment yang bersih.

Tuan Lim Hock Seng: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Haji Juhar bin lfaji Mahiruddin): Yang Berhormat, dia bangun lagi Yang Berhormat.

Tuan Lim Hock Seng: Yang Berhormat, saya minta penjelasan lagi kerana apa yang saya kata itu, jentik­jentik nyamuk biasa tidak ada orangjaga langsung. Pada masa dahulu ada orang­orang kesihatan datang untuk menyembur minyak ke dalam parit atau tempat takungan tetapi pada masa ini tidak ada kerja ini danjikalau kerajaan tidak mahu menghapuskan jentik-jentik nyamuk ini, siapa boleh menghapuskan jentik-jentik di dalam parit ini? Itu tujuan saya.

Dato' Dr. Siti Zaharah binti. Haji Sulaiman: Itulah Yang Berhormat saya katakan, selain daripada kerajaan kita juga kena buat kerja sendirilah. Saya sudah cakap tadi bahawa usaha untuk menjaga kesihatan ini bukan hanya kita serahkan kepada pihak yang berwajib tetapi kitajuga kena berusaha. Kalau kita hendak tunggu kerajaan ke. siapa ke, sampai bilapun kita tidak akan mencapai satu matlamat untuk mewujudkan satu persekitaran keadaan yang bersih. Jadi,

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

44

say a harap Yang Berhormat, bersimpatilah dengan tug as dan tanggungjawab kerajaan yang begitu berat, kena menjaga serba serbi dalam soal ini. Jadi, soal jentik­jentik yang dikatakan bukan Aedes itu bolehlah kita minta kerjasama orang ramai.

Kawalan untuk makanan di kawasan terbuka yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat juga, kementerian sentiasa bekerjasama, seperti yang saya maklumkan tadi, dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan lokasi-lokasi sesuai disediakan untuk peniaga-peniaga makanan. Dan selain daripada itu, pendidikan kesihatan dan latihan kepada pengendali-pengendali makananjuga akan dipertingkatkan. Penjagaan kebersihan di sekitar premis makanan bolehlah membantu mengurangkan masalah­masalah seperti yang dikatakan iaitu soal tikus dan lipas yang berkeliaran.

Berkenaan dengan soal orang ramai yang terpaksa pergi ke hospital swasta kerana tidak dapat dielakkan, kementerian sentiasa berusaha untuk memperbaiki masa memberi perkhidmatan supaya dapat menjalankan perkhidmatan pembedahan yang lebih cepat dan selesa. Di antara langkah-langkah yang diambil ialah menjalankan pembedahan kecil di hospital daerah bagi mengurangkan beban kerja di hospital peringkat negeri menjalankan pembedahan secara harian di surgery dan sebagainya. Jadi, kes-kes kecemasan sentiasa diberi keutamaan dan pembedahan dijalankan dengan serta merta. Masa menunggu untuk menjalani pembedahan di negara ini bolehlah dianggap berpatutan jika dibandingkan di negara-negara lain dan kita juga harus berterima kasih dan bersyukur kerana kerajaan mempunyai dasar-dasar memberi keperluan kepada semua. Jadi, tidaklah dapat dielakkan jika berlaku kesesakan dan tuntutan perkhidmatan yang begitu mendadak.

Ten tang persoalan yang dibangkitkan mengenai rawatan hemodialysis, perkhidmatan hemodialysis kini diadakan

29 NOVEMBER 1995

di 21 buah hospital, 7 daripadanya ialah di hospital daerah, 2 buah lagi akan mula beroperasi pada awal tahun 1996, 5 buah lagi hospital daerah dijadualkan akan untuk mula perkhidmatan .pada tahun 1996. Peruntukan telah diminta dari Kementerian Kewangan untuk menambahkan mesin­mesin di hospital yang sudah pun mempunyai kemudahan-kemudahan ini.

Berkenaan dengan pandangan Ahli yang Berhormat dari Segambut membangkitkan tentang soal yang berkaitan dengan national health, dengan izin, perkara ini masih lagi dalam kajian Kementerian Kesihatan kerana ia merupakan satu perubahan dasar yang drastik dan boleh menimbulkan implikasi yang besar.

Yang Berhormatjuga membangkitkan tentang masalah penswastaan Hospital Kuala Lumpur dan p.:rbelanjaan RM 100 juta yang telah dibuat untuk pembinaan HKL dalam tempoh akhir RM6 dan dalam perancangan RM7, Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan bahawa perbelanjaan dari segi pembinaan fizikal tidak akan dibuat. Perbelanjaan adalah penyelenggaraan untuk memastikan keselamatan dan kesesakan pesakit dan pekerja Hospital Kuala Lumpur akan turut dijaga. Di samping itu, kerja-kerja sivil yang kecil akan dilakukan,jika perlu, untuk menjaga imej kerajaan dan masalah penswastaan masih lagi dalam peringkat perbicaraan.

Kemudahan hospital di Hospital Tunku Abdul Rahman, kementerian mengambil tindakan dalam Program Dasar Baru untuk mempertingkatkan alat perubatan, kelengkapan hospital termasuk Hospital Besar Klang dan hospital daerah di Selangor, misalannya Hand and Micro­Surgery di Hospital Klang pada tahun 1996.

Persoalan berkenaan dengan kenaikan pangkat doktor dan jururawat, perkara ini dijalankan dari mas a ke semasa apabila ada kekosongan dan mengikut keperluan.

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

Kementerian mengucapkan banyak terima kasih kepada pandangan dan sokongan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Semoga dapat terus mencapai matlamat kesihatan di tahap yang kita harapkan. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM2,491,915,000 untuk Maksud B .34 di bawah Kementerian Kesihatan jadi sebahagian daripada J adual hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM2,491 ,915,000 untuk Maksud B.34 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual.

Tuan Pengerusi (Tuan Haji J uhar bin Haji Mahiruddin): Masalahnya ia1ah bahawa perbelanjaan sebanyak RM544,644,000 untuk Maksud P.34 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 1996 hendak1ah diluluskan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Wang sebanyak RM544,644,000 untuk Maksud P.34 diluluskanjadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan, 1996.

Maksud B.35, B.36, B.37, B.38, B.39, B.40 dan B.41 (Jadual)-

Maksud P.35, P.36, P.37, P.39 dan P.40 (Anggaran Pembangunan, 1996)-

Tuan Pengerusi (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Kepala Bekalan B.35 hingga B.41 dan Kepala Pembangunan P.35 hingga P.40 di bawah Kementerian Dalam Negeri terbuka untuk dibahas. Tanjong Karang.

45

5.41 ptg.

Tuan Noh bin Omar (Tanjong Karang): Tuan Pengerusi, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya mengambil bahagian bersama-sama di dalam membahaskan ucapan perbelanjaan ini. Saya ingin menyentuh Bekalan B.36, Program 050500 - Trafik.

Saya mengucapkan tahniah kepada pihak trafik yang telah dapat menjalankan tugas dengan begitu baik untuk menjaga keselamatan jalan raya. Hasil dari ketegasan ini, tanpa mereka memilih bulu, kadang-kadang Member of Parliament pun mereka saman, tahniah. Trafik ini telah dapat mengurangkan kema1angan jalan raya dan telah ramai yang telah disaman dan sekali gus hasil kutipan saman ini akan dapat menambahkan lagi pendapatan negara. Di samping itu, kerj asama di an tara pihak Polis dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah dapat dilaksanakan dengan baik, bermakna pemandu-pemandu yang telah disaman dan tidak dapat dikesan akan disenaraihitamkan oleh JPJ. Pemandu­pemandu ini akhirnya akan menyerah diri kepada pihak Polis apabila mereka hendak memperbaharui cukaijalan kerana nama mereka telah disenaraihitamkan oleh pihak JPJ.

Sesungguhnya sistem menyenarai­hitamkan pemandu-pemandu yang telah dikeluarkan saman oleh pihak yang berkuasa amat berkesan sekali untuk memastikan mereka membayar denda, walaupun dari segi undang-undangnya tindakan menyenaraihitamkan atau blacklist ini dengan tidak membenarkan mereka yang disenaraihitamkan ini memperbaharui cukai jalan masih boleh dipersoalkan daripada segi undang­undangnya.

Keputusan ini, say a percaya kita akan tunggu apabila satu kes di Terengganu di mana seorang wanita telah menyaman

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

46

JPJ di atas isu senarai hitam ini, di mana JPJ tidak membenarkan wanita tersebut memperbaharui lesen kereta baru yang be1iau beli.

Tuan Pengerusi, say a percaya, undang­undang atau peraturan yang dibuat oleh kerajaan bukan1ah untuk menyusahkan rakyat sekiranya pegawai-pegawai ataupun eksekutif yang menjalankan undang-undang ataupun peraturan terse but boleh memahami fa1safah disebalik peraturan ataupun undang-undang itu diperkenalkan dan mereka dapat menjalankannya dengan budi bicara yang baik, cekap dan berkesan. Kadang-kadang kita dapati ada undang-undang yang menyusahkan rakyat, ini kerana bukan1ah kerana peraturan-peraturan yang dibuat, tetapi kadang-kadang mereka yang melaksanakannya yang menyusahkan rakyat.

Tuan Pengerusi, izinkan saya men­ceritakan pengalaman say a sendiri untuk memperbaharui cukai jalan pada 17hb. November 1995 yang 1alu di mana say a terpaksa mengambi1 satu hari suntuk dari pukul 8.30 pagi hingga 3.45 petang, baru selesai urusan membayar cukai jalan.

Tuan Pengerusi, sewaktu say a hendak membayar cukaijalan, say a rasa terkejut kerana say a telah diberitahu bahawa nama saya disenaraihitamkan dan tidak bo1eh memperbaharui cukaija1an. Dan apabi1a say a lihat saman-saman yang dike1uarkan kepada saya adalah saman sejak tahun 1990 sedangkan tahun 1epas ada dua kereta saya renew tidak ada pun berbangkit masalah-masalah saman sejak tahun 1990.

Walau bagaimanapun, saya tetap akur kerana sebagai Ahli Parlimen dan juga pengamal undang-undang, saya memahami peraturan yang dijalankan dan say a in gin membayarnya dengan seberapa segera. Langkah pertama, saya ingin memastikan sam a ada saman-saman yang dikenakan kepada saya itu. pada ketika itu. kenderaan itu adalah hak milik saya

29 NOVEMBER 1995

ataupun tidak, tetapi ini soal JPJ yang mungkin saya akan bincangkan diwaktu membahaskan kementerian berkenaan JPJ nanti. Say a mengambil masa hampir dua jam untuk memastikan sama ada kenderaan terse but milik say a ataupun tidak sewaktu saya melakukan kesalahan tersebut.

Yang kedua, saya telah diberitahu bahawa denda ini hendaklah dibayar di Balai Polis dan saya telah dicadangkan untuk pergi ke Balai Polis Jalan Bandar. Say a bergegas ke Balai Polis Jalan Bandar dan saya seperti biasa, dengan izin, we have the right to appeal. Saya berjumpa dengan pegawai berkenaan untuk membuat rayuan. Kesalahan yang te1ah dituduhkan kepada say a kerana melakukan kesa1ahan di kawasan Petaling Jaya. Maka saya telah diberitahu, bahawa untuk rayuan, pihak polis di Trafik Ja1an Bandar tidak ada kuasa melainkan saya mesti pergi ke Balai Polis Petaling Jay a untuk membuat rayuan.

Oleh kerana saya hendak cepat, saya bayar denda maksimum RM300. Satu lagi saman, saya hendak bayar, di mana selama ini berpangkat SL, saya hendak bayarmaksimumjuga, saya kata: "Tidak mengapa, say a bayar RM300". bermakna maksimum juga saya hendak bayar, malangnya, saya hendak bayar, pihak polis tidak mahu terima kerana mereka telah memberitahu say a bahawa say a mesti pergi PJ kerana SL ini bukan saman, katanya. Katanya: "Adalah surat yang dikeluarkan oleh Unit Kamera". Oleh itu, saya mesti pergi kerana PJ untuk saya mengambil surat saman.

Walaupun rayuan saya buat, saya hendakbayarkan denda maksimum. Say a sudah hendak mengaku salah, tetapi say a telah diminta pergi ke Petaling Jay a. Say a ingin tegaskan, itu di Petaling Jay a, kalau saya disuruh pergi ke Kuantan atau ke Johor Bahru, kan menyusahkan urusan­urusan rakyat untuk memperbaharui cukai jalan.

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

Sesampai saya di Petaling Jaya, saya telah berjumpa dengan pegawai yang berkenaan, saya telah diberi penjelasan dan saya telah dikeluarkan saman. Satu lagi perkara yang sungguh hairan saya lihat kerana peraturan telah dibuat kerana apabila saya disaman seperti biasa, di dalam saman itu kita telah diberi pilihan sama ada kita hendak mengaku salah dengan membayar denda ataupun kita boleh pergi ke mahkamah. Sebab kes saman ini, kita pun biasa juga lawan di mahkamah dan menang.

Oleh itu, saya telah meminta pilihan di mana saya kata: "Saya tidak mahu mengaku salah dan saya hendak dibicarakan pada tarikh yang ditulis di dalam saman". Kemudian sayadiberitahu, apabila say a memilih hendak dibicarakan, say a telah meminta nama say a dipadamkan daripada senarai hitam JPJ. Kalau tidak, saya tidak boleh memperbaharui lesen cukai jalan saya.

Akhirnya, setelah perbincangan dibuat, saya telah ditegaskan oleh pihak yang berkenaan, pegawai polis yang berkenaan, bahawa senarai hitam ini tidak boleh dipadamkan, tidak boleh dibatalkan. Habis, say a kata: "Kalau say a hendak ke mahkamah, bagaimana saya hendak renewkan road tax saya?" Dia kata tidak boleh padam sampai habis keputusan mahkamah. ( Ketawa) Say a kata: "Kalau saya menang di mahkamah?"

Jadi, ini menunjukkan bahawa undang­undang telah dijatuhkan terlebih dahulu kepada saya. Sepatutnya, apabila saya memilih untuk bicara di mahkamah, senarai hi tam say a patut dibatalkan kerana tujuan senarai hi tam ini, say a yak in adalah untuk mengesan pemandu. Walaupun daripada segi isu saman itu, kenderaan yang disaman itu daripada segi undang­undangnya bukan saya yang pandu dan masih boleh, saya yakin kalau pergi ke mahkamah insya-Allah. boleh menang. Tetapi oleh kerana keadaan terdesak dan saya tidak ada pilihan, mahu tidak mahu

47

say a terpaksalah membayar denda terse but untuk memperbaharui cukai jalan.

Tuan Pengerusi, daripada pengalaman saya, saya ingin mencadangkan supaya proses yang ada ini, seandainya mengikut peraturan saya setuju patut diteruskan demi kebaikan kita bersama supaya pemandu-pemandu yang tidak dapat dikesan ini akan menyerah diri. Di sam ping itu saya ingin memberikan beberapa cadangan supaya urusan menye­naraihitamkan pemandu-pemandu ini tidak menyusahkan mereka apabila mereka hendak membayar saman, kerana saya percaya senarai hitam ini dikeluarkan kerana kita sendiri pun tidak tahu. Ini saman yang kita tidak sign. Kalau saman yang kita sign, kita tahu kita akan membayar denda 'on the spot' atau pun kita akan pergi ke mahkamah. Ini, jenis yang ambil plate number ataupun camera, jadi mereka ini dan say a juga tidak sedar akan kesalahan tersebut. Oleh itu saya ingin mencadangkan:

(i) Sepatutnya kaunter polis yang lengkap dengan komputer dan pegawai-pegawai yang diberi kuasa untuk menimbangkan rayuan hendaklah diwujudkan ataupun didirikan di pejabat-pejabat JPJ. Apabila pemandu-pemandu ini telah disenaraihitamkan mereka mudah untuk membayar terus denda-denda yang dikenakan. Tidaklah perlu pergi ke balai-balai polis, terpaksa keluar ke JPJ, mencari balai polis - baru kita boleh bayar - mengambil masa. Oleh itu kalau kaunter polis ada di sebelah kaunter JPJ lebih memudahkan rakyat untuk terus bayar dan terus nama kita boleh dipadam dari senarai hitam di dalam komputer JPJ.

(ii) Kuasa Rayuan-Kuasa Rayuan ini tertakluk kepada akta yang sama iaitu Akta Pengangkutan Jalan. Kuasa Pegawai Polis di mana­mana pun sama. apa salahnya, walaupun kesalahan itu dilakukan

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

48

di Petaling Jaya ataupun di Johor Bahru, walaupun di mana-mana di dalam negara kita, sepatutnya Pegawai Polis di mana, apabila kita hendak membayar denda tersebut sepatutnya diberi kuasa dan boleh menimbangkan rayuan dan tidak perlulah kalau hendak memohon rayuan itu terpaksa kita pergi ke balai polis ataupun ke kawasan polis di mana kita di saman. Kalau say a kena saman di Pahang, contohnya, saya boleh bayar di mana-mana balai polis dan pegawai yang berkenaan sepatutnya ada kuasa untuk memberi pertimbangan kepada rayuan saya.

Tuan Pengerusi (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Masa sudah cukup, Yang Berhormat.

Tuan Noh bin Omar: Sedikit lagi, hendak gulung. Oleh itu saya ingin cadangkan kuasa ini patut ada pacta semua pegawai polis.

(iii) Ini yang paling mudah-kalau orang sudah hendak bayar, macam say a sudah mengaku salah, hendak bayar, hendak cepat, terima sahajalah. Tidak payahlah suruh pergi ambil saman dan pergi ke Petaling Jaya, sebab bagi kita sebagai Wakil Rakyat, masa lebih penting daripada duit. Duit kita boleh cari, ini sampai say a terpaksa batalkan urusan say a. Orang sudah ramai tunggu,jadi, say a merayulah, lain kali kalau orang sudah mengaku salah, tidak payah bicaralah. Bersalah, hendak bayar terima sahaja, tidak payah hendak suruh keluar saman dan sebagainya.

(iv) Akhir sekali, mengenai saman. Kita kena memegang prinsip undang-undang. Tiap-tiap orang 'is innocent', dengan izin, until proven guilty. Kalau sudah di

29 NOVEMBER 1995

blacklist, belum bicara, kitahendak pergi bicara, nama kita tidak mahu dipadamkan dalam senarai hi tam, ini bermakna sudah reverse, sudah menyalahi daripada prinsip undang-undang. Jadi, saya ingin mencadangkan kalau mereka yang telah disaman dan memilih untuk dibicarakan, maka mereka ini sepatutnya mesti dikeluarkan dari senarai hi tam sehingga keputusan mahkamah itu diputuskan.

Jadi, Tuan Pengerusi, itu sahaja yang ingin saya sampaikan. Ini pengalaman saya sebagai Wakil Rakyat, kalau rakyat biasa saya tidak tahulah, mungkin dua hari baru selesai urusan terse but. Terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Seremban.

5.55 ptg.

Tuan Hon Choon Kim (Seremban): Tuan Pengerusi, say a mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang saya berbahas. Say a in gin menyentuh B .39 Program 020300 - Kewarganegaraan.

Say a mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana baru-baru ini telah membuat satu kenyataan bahawa kementerian beliau akan mempercepatkan untuk memproses permohonan-permohonan sijil kewarga­negaraan.

Say a rasa ini adalah satu perkara yang penting dan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri adalah wajar dan patut diberi penghargaan dan berharap usaha ini akan diteruskan. Say a ingin bangkitkan hal ini kerana di Seremban sahaja terdapat lebih daripada 200 pemohon untuk mendapatkan sijil kewarganegaraan Malaysia sejak tahun 1986. Malangnya sampai sekarang masih belum dapat jawapan dan mereka selalu datang ke pejabat say a dan mereka

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

menunjukkan bukti permohonan mereka, dan sayajuga, untuk membantu mereka, juga menghantar surat kepada kementerian supayadapatsatu penjelasan tentang status permohonan mereka. Malangnya, jawapannya tidak begitu menggalakkan. Oleh kerana itu saya berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri akan mengambil perhatian serius tentang perkara ini.

Tuan Pengerusi, antaranya pemohon ini telah dilahirkan di negara kita ini dan juga pemegang kad pengenalan merah dan masalah mereka tidak mendapat sijil kerakyatan mung kin kerana mereka tidak mempunyai sijil kelahiran dan ini merupakan satu masalah teknikal sahaja. Walaupun merupakan satu masalah teknikal, tetapi ini pun telah mengambil masa begitu panjang untuk mereka selesaikan. Oleh kerana itu, say a berharap Yang Berhormat Timbalan Menteri akan mempercepatkan dan akan membantu mereka untuk menyelesaikan masalah ini. Kalau tidak dapat, beritahu kepada mereka dengan cepat, kerana ada dian tara mereka yang telah meninggal dunia, sebab mereka telah menunggu beberapa tahun dan umurnya pun telah lanjut dan ada di antaranya telah meninggal dunia tetapi masih belum mendapat apa-apajawapan. Kalau dapat jawapan pun tidak boleh disampaikan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Tuan Pengerusi, saya ingin beralih kepada satu perkara iaitu B.35, Program 020400 iaitu Kawalan Penerbitan, Teks Al-Quran dan Tapisan Filem. Ini saya rasa saya hendak sentuh sedikit tentang majalah-majalah yang kita senang dapat iaitu majalah-majalah lucah dan buku­buku lucah. Ini, kalau kita pergi ke Bukit Bin tang, apabila kita sampai ke situ pacta waktu mal am, kita nampak ban yak gerai­gerai yang menjual buku-buku dan majalah-majalah dan kalau kita lihat di situ, memang begitu senang untuk mendapat buku-buku lucah ini. Oleh kerana itu saya berharap kementerian ini akan mengambil satu perhatian yang serius

49

tentang masalah ini. Saya rasa anehjuga keranadi an tara majalah-majalah inijuga diberikan kebenaran daripada KDN -adanya rujukan daripada KDN, misal katanya "Majalah Dunia Ajaib" PP6639/ 8/95 dan lagi satu majalah "POP" -KDN BB8739111/94. Majalah ini walaupun mendapat kelulusan daripada KDN, kalau kita lihat kandungannya, oleh sebab say a tidak tahu hendak bahas sampai 'committee stage', kalau tahu saya akan bawa buku itu dan saya telah beli satu contoh untuk ditunjukkan sebagai bukti. Saya rasa kalau besok, tidak sempatlah.

Jadi, oleh kerana itu saya rasa kalau kita hendak wujudkan satu masyarakat yang bermoral tinggi, madani dan sebagainya, sepatutnya kita mengharamkan majalah-majalah ini. Benda-benda yang macam ini tidak sepatutnya terbiar sebab budak-budak kita senang dapat. Jadi, saya takut, pada satu hari nanti dia balik rumah, nanti anak tunjuk buku ini. Sebabnya senang dapat dengan kebenaran KDN- bukan haram. Mana-mana tempat pun boleh dapat. Say a kurang pasti sama ada KDN ini tulen atau tidak. Mungkin dia cuma buat ini sahaja untuk meniru, untuk buat satu permohonan untuk menjual buku itu.

Oleh kerana itu, saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri akan mengambil satu tindakan yang tegas terhadap perkara ini dan terhadap orang yang bertanggungjawab mengeluarkan magazine ini dan harap, tidak dibenarkan lagi dijual di mana-mana kedai buku. Saya rasa itu adalah satu perkara yang sangat penting.

Tuan Pengerusi, oleh kerana masa sudah suntuk, say a mengucapkan terima kasih dan menyokong.

Tuan Pengerusi (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Tenom.

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

50

6.01 ptg.

Tuan Radin Malleh (Tenom): Tuan Pengerusi, memandangkan hanya 10 minit sahaja masa yang diberikan untuk membahaskan Belanjawan 1996 di peringkat Jawatankuasa ini, maka saya akan menyentuh B .35 - Kementerian Dalam Negeri - Butiran 010000 dan 020000, B.36- Polis Diraja Malaysia­Butiran 030000 dan 040000 dan juga 050000, B.37 - Jabatan Imigresen -Butiran 010000 dan 020000 dan B.39-Jabatan Pendaftaran Negara - Butiran 020000 dan 030000 sekali gus.

Tidak dinafikan bahawa kemakmuran dan kemerdekaan negara hanya dapat dinikmati dengan pengagihan kekayaan negara kepada semua lapisan rakyat dan pembangunan dalam semua aspek dilaksanakan dengan adil dan saksama. Namun kemakmuran dan kemerdekaan tidak mungkin dapat dikekalkan jika keadaan keselamatan sesuatu negara itu tidak dapat dikawal.

Oleh itu, Kementerian Dalam Negeri adalah satu kementerian yang tidak kurang pentingnya dengan kementerian­kementerian yang lain. Ianya bertanggungjawab untuk memikul be ban menjaga keadaan keselamatan di dalam negara Malaysia supaya ianya sentiasa aman damai, makmur dan stabil. Kestabilan politik atau penguasaan politik sahaja tidak cukup kalau keadaan keselamatan tidak ubah seperti telur di hujung tanduk.

Tuan Pengerusi, oleh itu say a berharap, kerajaan akan memandang serius terhadap soal keselamatan di dalam negara kita yang bukan sahaja mendapat ancaman daripada dalam tetapi yang lebih menyerlah lagi ialah daripada luar negara. Kebanjiran ataupun penghijrahan pendatang-pendatang asing tanpa izin ke negara Malaysia adalah suatu ancaman keselamatan negara yang tidak boleh dinafikan. Pendatang-pendatang asing tanpa izin ini bukan sahaja menimbulkan

29 NOVEMBER 1995

masalah sosial tetapi juga melakukan berbagai-bagai jenayah serta menyebabkan a tau mengakibatkan cheap labour di negara kita. Akibatnya rakyat kita yang menderita kerana pengangguran.

Dalam pada itu, pendatang-pendatang asing tanpa izin inijuga telah mengambil peluang dan kesempatan secara haram untuk menjadi warganegara Malaysia dengan mendapatkan kad-kad pengenalan. Yang paling sedih sekali, ada pula di antara orang-orang kita mahu pun pegawai-pegawai kita yang sedia bersekongkol dan bekerjasama dengan pendatang-pendatang asing tanpa izin ini dengan membantu mereka mendapatkan kad-kad pengenalan. Bukan sahaja bertujuan untuk menjadi warganegara tetapi juga mendaftar menjadi pengundi yang layak di mana-mana kawasan pilihanraya terutama sekali di negeri Sa bah.

Tuan Pengerusi, oleh kerana pengeluaran kad-kad pengenalan ini kepada pendatang-pendatang asing tanpa izin di Sabah juga berleluasa dan kebanyakan daripada mereka sudah mendaftar dan menjadi pengundi yang Ia yak, maka say a berharap kerajaan akan mengkaji semula pengurusan serta pentadbiran pengeluaran kad pengenalan di Sabah.

Begitujuga pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran Negara di Sabah mestilah disiasat kerana beberapa orang pegawai berkenaan telah bertanggungjawab mengeluarkan secara haram kad-kad pengenalan kepada pendatang-pendatang asing tanpa izin. Saya telah memberi senarai pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang disyakki terlibat di dalam pengeluaran haram kad-kad pengenalan di Sa bah kepada kementerian baru-baru ini.

Oleh itu, kita berharap kerajaan tidak akan teragak-agak mengarah pihak polis untuk membuat siasatan dan mengambil . tindakan mengikut lunas-lunas undang-

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

undang terhadap mereka. Sehubungan dengan itu, say a menggesa kerajaan supaya menyiarkan kepada umum senarai kad­kad pengenalan yang dijumpai dan dikesan semasa penyiasatan yang masih dijalankan sekarang terhadap beberapa sindiket yang mengeluarkan kad pengenalan yang haram di Sabah. Seperti yang diumumkan oleh polis baru-baru ini, lebih dari 10,000 kad pengenalan palsu telah dij umpai dan Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumkan lebih dari 22,000 kad pengenalan tulen telah hilang dan jatuh ke tangan pendatang-pendatang asing tanpa izin.

Pengumuman kepada awam terhadap perkara ini adalah penting supaya kita sama-sama dapat membantu pihak kerajaan menyemak nombor-nombor kad pengenalan dan pemegang-pemegangnya di dalam Daftar Pemilih. Seperti juga Jabatan Pendaftaran Negara, biasanya menyiarkan senarai nama-nama pemohon dan nombor-nombor kad pengenalan yang belum dituntut melalui surat-surat khabar supaya memudahkan orang ramai.

Kita pasti bahawa pendatang-pendatang asing tanpa izin yang sudah mendapat kad pengenalan sam a ada palsu atau tulen sudah mendaftarmenjadi pengundi kerana sudah banyak contoh yang diketahui umum. Misalnya beberapa orang pendatang asing yang telah disiasat kesalahan, yang sabit kesalahan kerana memiliki kad pengenalan palsu.

Contohnya, Tuan Pengerusi, Mohd. lrwan Majid yang telah disabitkan kesalahan. Dia mempunyai kad pengenalan H0507739-mengundi di Sekolah Kebangsaan Sapagaya yang mempunyai bilangan mengundi 598 di kawasan P.l63- Silam. Begitujuga pada Mustafa bin Bara yang juga disabitkan ke~alahan. Dia mempunyai kad pengenalan palsu H0547762-mengundi di Sekolah Kebangsaan Tambisan Sukau di kawasan Tuan Pengerusi-P.l62-Kinabatangan, nombor bilangan-348 dan begitu juga kepada beberapa pengundi

51

yang disabitkan kesalahan kerana memiliki kad pengenalan palsu seperti Hirul bin Hashim, nombor kad pengenalan H0517502, mengundi di Be luran, nombor bilangan-1453. Ahmad Long bin Tangkisan yang mempunyai kad pengenalan palsu H05171 01, bilangan -1449, mengundi di Be luran juga. Mohd. Ali bin Moon, kad pengenalan palsu bernombor H0529129, mengundi di Beluran dan nombor bilangan mengundi -428.

Begitujuga kepada Aminah binti Kala, nombor kad pengenalan palsu H0537140, mengundi di Beluran juga, bilangan-228. Begitu juga kepada seorang Alwi bin Abdullah, yang mengundi di Sandakan, bilangan- 4255, nombor kad pengenalan H0515389 dan juga Sofian bin Mohd. Sani mengundi di Sandakan juga, mempunyai kad pengenalan palsu H0516050, bilangan mengundi-4488 dan dua lagi, Tuan Pengerusi, iaitu Abdul Latif bin Makah, bilangan mengundi-2952, mengundi di Silam. Dia mempunyai kad pengenalan palsu H0519095 dan akhir sekali sebagai contoh, Fatimah binti Mohd. Ani, bilangan-1269-Libaran, nombor kad pengenalan palsu H0517306.

Tuan Pengerusi, memang ban yak lagi butir-butir yang kita dapatkan mengenai kad pengenalan palsu ini tetapi cukup sekian untuk pengetahuan kita semua dan diharap pihak kementerian akan menyiasatnya.

Oleh itu, Tuan Pengerusi, akhir sekali, demi untuk mengawal dan juga membanteras ancaman keselamatan yang timbul daripada kehadiran dan juga kedatangan pendatang-pendatang asing tanpa izin ini, di sini saya ingin menyarankan supaya operasi-operasi ataupun gerakan-gerakan bersepadu dijalankan berterusan oleh ketiga-tiga jabatan yang mempunyai kuasa mengikut undang-undang iaitu Polis. Imigresen dan juga Jabatan Pendaftaran Negara.

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

52

Dengan adanya operasi-operasi ataupun gerakan-gerakan bersepadu yang berterusan ini, say a percaya kegiatan dan juga gejala yang mengancam keselamatan negara kita akan dapat diatasi. Sekian, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Jelebu.

6.10 ptg.

Tuan Yunus bin Rahmat (Jelebu): Terima kasih Tuan Pengerusi. Sayajuga ingin bersama dengan rakan-rakan yang lain bagi membahaskan Belanjawan Kementerian Dalam Negeri, Maksud B.36 dan P.36. Saya suka menyentuh Butiran 050000 - Keselamatan Dalam Negeri dan.Ketenteraman Awam di bawah PDRM.

Tuan Pengerusi, saya juga, sebagaimana rakan yang lain ingin menyentuh Program 050500, berkenaan Trafik. Jadi, apa yang in gin say a nyatakan di sini ialah, kita rata-ratanya tahu dengan sumbangan pegawai-pegawai polis trafik ini yang rata-ratanya telah banyak membantu bagi membanteras pesalah­pesalah jalan raya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan juga Akta LPKP 1987 yang mana telah memberikan tambahan hasil kepada negara dengan pembayaran kompaun dan sebagainya.

Tidak dapat juga kita nafikan bahawa akhir-akhir ini, kebanyakan polis trafik datangnya daripada Pasukan Polis Hutan (PPH) yang diserap masuk ke dalam trafik. Jadi, apayang agak menyedihkan, kadang­kadang mereka yang didatangkan daripada PPH ini tidak begitu mahir di dalam cara bertindak bagi menguatkuasakan undang­undang jalan ray a. Contohnya ialah cara bertindak ataupun approach seseorang pegawai itu tidak begitu memberikan kerjasama kepada OKT ataupun orang yang kena tuduh dan sebagainya. Ini, misal kata, cara bercakap seolah-olah tidak menggunakan psychology approach dan sebagainya hingga membuatkan orang yang kena tuduh itu menjadi marah.

~------

29 NOVEMBER 1995

Pernah terdapat kejadian di tempat saya yang baru-baru ini, walaupun JPJ telah pun mengumumkan bahawa pemandu-pemandu KPA dan GDL ataupun kenderaan barang-barang tidak peri u lagi memakai lencana ataupun badge, tetapi ada segelintir anggota polis trafik ini yang menyatakan itu adalah kesalahan. "ltu JPJ, JPJ punya hal, ini polis, polis punya hal!" Ini apa cerita ni? Seolah­olah pemakaian RTA itu tidak berkesan kepada polis trafik. Ini berlaku dan say a nyatakan kepada OKT itu, "terima sahajalah saman, selepas itu you challengelah di dalam court jika awak tak puas hati, itu sahaja!" Sebab tidak boleh bertolak ansur. OKT atau orang yang kena tuduh ini telah menyatakan, "tak salah, encik", dia kata. "Fasal JPJ sudah menyatakan tak perlu pakai, kenapa encik hendak saman saya?"

Dia kata, "itu JPJ, JPJ puny a hal, polis tak dapat apa-apa makluman", sedangkan KetuaPengarah JPJ telah mengumumkan perkara ini melalui media massa dan sebagainya. Jadi, sekiranya keadaan ini berlaku, boleh menjejaskan imej jabatan itu sendiri. Jadi, say amasa semua anggota trafik diingatkan dengan perkara ini. Begitujuga dengan kesalahan yang lain. Pernah dinyatakan bahawa pemandu kenderaan yang memiliki lesen "E" yang boleh dan layak membawa kenderaan melebihi 7500 kilogram, iaitu Iori, sekiranya lesennya itu tidak ditulis dengan "D", tidak melebihi 3000 kilogram kenderaan motor, kalau tidak ditulis di dalam lesen itu, salah dia bawa kereta. Mana betul?

Jadi, inilah yang say a katakan bahawa kursus itu perlu sebab untuk memahami seksyen di dalam RTA ini bukan mengambil masa yang singkat. Kita perlukan masa yang lama. Saya tidak menyalahkan pegawai-pegawai berkenaan, tetapi seharusnya mereka ini sebelumdihantarkan 'on the road', dengan izin, mereka ini dilatih untuk familiar dengan undang-undang RTA dan sebagainya.

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

Satu lagi, mengenai dengan kesalahan­kesalahan yang dilakukan oleh penunggang motosikal. Apa yang menyedihkan, dalam keadaan sekarang ini, sama ada polis trafik ataupun pihak penguat kuasa bandar raya seolah-olah tidak mempunyai pemikiran yang terbuka. Kebanyakan penunggang motosikal menjadi mangsa oleh kerana tidak meletakkan motosika1 mereka di kawasan letak motor di bandar raya. Mana ada kawasan letak motor yang banyak di kawasan bandar raya?

Jadi, inilah yang menjadikan permasalahan kepada pemilik-pemilik motosikal. Kadang-kadang, kalau ada tempat letak motosikal itu, tak apalah, tetapi tidak ada di tempat itu dan mereka terpaksa meletakkan motorsikal di situ. Sampai masa, saman yang dapat. Jadi, kesalahan meletakkan motosikal ini sekurang-kurangnya RM50 ataupun RMIOO.

Kalaulah mereka itu seorang peon ataupun seorang buruh, terpaksa mengeluarkan RM50 untuk membayar saman adalah amat berat bagi mereka. Jadi, saya berharap, kita ini, enforce, enforce jugalah. Enforcement ini tidak semestinya berkesan melalui saman. Yang mustahaknya kita educate orang. Enforcement ini juga mengatakan kita terpaksa mengajar orang dan menasihat, tak semestinya dengan saman kerana saman tidak melambangkan bahawa orang itu boleh menerima dan memakai peraturan. Nasihat kadang-kadang itu lebih bermakna. Terdapatjuga keadaan di mana kadang-kadang, di dalam perjalanan, kenderaan daripada Kelantan ke Kuala Lumpur, pukul 1.00 pagi, 30hb. tetapi lesennya mati bertarikh 29hb. Didapati mereka ini disaman. Apalah salahnya kita beritahu, "lesen awak sudah tamat pada 12.00 tengah malam 29hb., awak balik, sampai Kuala Lumpur, awak renew". Janganlah sam an! Ini budi bicara.

Jadi. inilah yang say a harapkan supaya anggota trafik akan mengesyorkan ....

53

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: (Bangun)

Tuan Pengerusi (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Yang Berhormat, Parit Sulong bangun.

Tuan Yunus bin Rahmat: Sila Parit Sulong.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Pengerusi, kami memang prihatin dengan tugas-tugas polis trafik. Umpamanya kalau di Kuala Lumpur, mereka membantu memberi perkhidmatan yang amat ditunggu-tunggu dan yang amat dinanti­nantikan, khususnya di waktu-waktu kesesakan. Tetapi saya ingin bertanya kepada sahabat say a dari Jelebu, apakah tidak menjadi satu perkara yang merbahaya untuk satu sekatan had laju atau speed trap, dengan izin, dilakukan di lebuh­lebuh raya dalam waktu suasana malam yang gelap?. Oleh kerana ini mungkin membahayakan kepada pemandu kereta dan kepada polis trafik itu sendiri?

Tuan Pengerusi, saya pernah, mempunyai pengalaman peribadi iaitu di persimpangan Lebuh Ray a Alor Gajah pada satu tengah malam, tiba-tiba kita nampak lampu suluh yang amat cerah cahayanya, kita buat emergency brake, orang di belakang pun brake,jadi, hampir­hampir terjadi satu kemalangan. Adakah ini satu perkara yang merbahaya untuk mengadakan sekatan had Iaju pada waktu malam di kawasan-kawasan yang agak gelap? Saya minta pandangan Yang Berhormat.

Tuan Yunus bin Rahmat: Terima kasih Yang Berhormat Parit Sulong. Say a setuju sebab kita buat enforcement sekatan jalan ray a ini ada peraturannya, ada papan tanda, ada pegawai di check point dan ada anggota sebelum check point, ada anggota selepas check point. J adi, kadang­kadang, apa yang kita lihat, bukan semua. Saya faham, kadang-kadang mereka ini kalau hendak perangkap orang itu, ikut cara dia sahaja. Di tengah gelap, dengan

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

54

lampu suluh yang satu dan bukan sahaja Ahli Yang Berhormat dari ParitSulong yang mengalami perkara ini, saya juga dahulu pernah mengalami perkara yang sam a.

Jadi, kita kena ikut peraturan sebab kita ada tatasusila kita, kita ada peraturan mengadakan penguatkuasaan pemeriksaan dan kita ada peraturan. Begitujuga dengan speed trap ataupun speed radar gun ini. Saya juga hendak menyentuh perkara ini. Sejauh manakah pihak polis boleh menentukan bahawa speed radar gun ini boleh menentukan orang yang kita tembak kenderaannya itu memang melakukan kesalahan?

Kalau kereta itu berjalan seiring yang sama-sama laju, kenapa dua-dua tidak ditahan, satu sahaja ditahan? Say a pernah argue perkara ini dengan polis trafik di Jalan Sungai Besi, akhirnya say a terlepas. Saya hendak pastikan bahawa kesalahan itu saya buat! "Kereta yang di hadapan saya, pada logiknya lebih laju daripada say a, kenapa say a yang awak tahan, kenapa kereta di hadapan tak ditahan?" Ini masalahnya.

Jadi perkara ini tidak harus dilakukan dan kita mohon supaya anggota-anggota ini akan dapat menjalankan tugas dengan baik dan say a berharap dengan peruntukan yang ada sebanyak RM350,000 untuk tahun akan datang di bawah Program 060400 akan dapat digunakan dengan baik bagi memberikan latihan dan juga kursus-kursus kepada anggota-anggota penguatkuasa yang rata-ratanya datang daripada Unit PPH sebelum ini.

Jadi, memang kita tidak nafikan bahawa peranan Unit Trafik ini di dalam bandar terutamanya memang tidak boleh dipertikaikan. Tetapi kadang-kadang itu, Tuan Pengerusi. adajugayang naikangin. Saya pernah mengalami perkara ini.

Tuan Pengerusi (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Yang Berhormat, masa cukup.

29 NOVEMBER 1995

Tuan Yunus bin Rahmat: Sedikit lagi, Tuan Pengerusi. Sampai dia kata, "Saya peduli apa awak Ahli Parlimen". Jadi, adakahkata-kataini keluardaripada seorang anggota Polis Diraja Malaysia? Itu pengalaman saya sendiri, Tuan Pengerusi. Say a sudah minta maaf. "Habis, kenapa yang awak kata saya peduli apa awak Ahli Parlimen". Adakah kata-kata yang sedemikian boleh dilafazkan oleh seorang anggota trafik kepada seseorang, apatah lagi ahli politik? Jadi, sayaharaplah anggota-anggota Polis Trafik ini, saya juga dulu enforcer. Saya sepuluh tahun membuat kerja enforcement, Tuan Pengerusi. Kita dapatlah menggunakan budibicara sebijak mana yang mungkin.

Jadi, itulah harapan saya dan saya berharaplah semoga KDN akan dapat menggunakan keseluruhan peruntukan yang ada pada tahun depan. Kalau ada pun, jangan berbaki satu sen pun supaya dari semasa ke semasa kita akan dapat mempertingkatkan lagi imej dan juga perkhidmatan PDRM khususnyaBahagian Trafik.

Dengan kata-kata begitu, saya menyokong, Tuan Pengerusi, terima kasih.

Tuan Pengerusi (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Kepong.

6.22 ptg.

Dr. Tan Seng Giaw (Kepong): Tuan Pengerusi, muka surat 312, Butiran 00200 - Balai-balai dan Pondok-pondok Polis. Muka surat 306, B uti ran 050000- Program 050200- Pasukan Simpanan Persekutuan dan seterusnya Tuan Pengerusi, muka surat 296, Butiran 020000 - Program 020300- Rawatan dan Pemulihan Dadah serta muka surat 328, Pemulihan dan muka surat 305, Anti Dadah.

Tuan Pengerusi, saya sentiasa menekankan begitu peri unya kita bagi

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

pihak Polis, Konstabel-konstabel, Balai Polis yang selesa. Kita berharap anggota polis boleh menjalankan tugas dengan baik dan kalau kita hendak anggota polis menjalankan tugas dengan baik, kitamesti memberi layanan yang baik termasuk Balai Polis yang selesa dan juga gaji dan elaun yang berpatutan.

Tuan Pengerusi, say a nampak dan say a sering kali bangkitkan masalah Balai Polis di Jinjang Utara. Sudah beberapa tahun, sudah hampir 100 tahun tidak pernah adakan satu Balai Polis baru. Cuma yang ada sebuah Balai Polis seperti kotak.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: (Bangun)

Tuan Pengerusi (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Parit Sulong bangun, Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Kotaklah. Seperti mancis dengan kotaknya.

Tuan Pengerusi (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Parit Sulong bangun, Yang Berhormat.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Minta penjelasan boleh?

Dr. Tan Seng Giaw: Boleh.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Pengerusi, Yang Berhormat dari Kepong ini seratus tahun dulu dia sudah hidupkah? Sampai dia kata Balai Polis tidak pernah diubah seratus tahun yang lalu.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Pengerusi, "par it yang sulong", ( Ketmva) bahasa, ibarat dan kiasan pun tidak diketahui. Cuma yang tahunya "parit" sahaja. Yang kita hendak bahaskan hari ini, kita perlulah adakan Balai-balai Polis yang lebih cantik dan selesa. Bukan sahaja di Jinjang Utara, di Jalan Bandar (Jalan Tun H.S. Lee) juga. di situ pun Balai Polis yang uzur

55

dan Dang Wangi, Balai Polis yang uzur juga.

Saya berharap dengan adanya Rancangan Malaysia Ketujuh tahun depan, kita dapat Balai Polis yang baru untuk Jinjang Utara, untuk Dang Wangi dan untuk Jalan Bandar. Itu harapan saya sebab dua tahun yang lepas saya bangkitkan masalah inijuga tetapi kerana orang-orang seperti Yang Berhormat dari Parit Sulong tidak memberi sokongan sedikit, tidak dokong kita, tidak ramai yang dokong, kita tidak berjaya. Jangan kita asyik kepada 'parit' sahaja. Kita mestijaga. Kerana sebagai Ahli Parlimen, kita mesti bertanggungjawab ....

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Pengerusi, point of order.

Tuan Pengerusi (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Yang Berhormat, Parit Sulong bangun.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Point of order, Tuan Pengerusi. Bila dia sebut perkataan "parit" itu sangkaanjahat. Kita orang "parit" moden, bukan mac am orang "terkepung" fikirannya. ( Ketawa)

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Yang Berhormat kena berjaga-jaga kerana ada Ahli dari Parit juga di sini.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: 'Parit' jangan sebut, ada di Johor.

Dr. Tan Seng Giaw: Sebagai Ahli Parlimen, kita bukan jaga kawasan kita sahaja. Ahli Parlimen ada 194 orang, kita mesti jaga seluruh negara kerana itulah ikrar kita ataupun sumpah kita untuk menjaga negara pada keseluruhannya. Tidak satu perkataan pun mengatakan kita menjaga "parit yang sulong" sahaja.

Tuan Pengerusi (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Balik kepada tajuk, Yang Berhormat.

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

56

Dr. Tan Seng Giaw: Balik kepada tajuk. ( Ketawa) Memang, ya.

Masalah yang kedua, selain Balai Polis yang selesa yang diminta tadi, Pasukan Simpanan Persekutuan. Di Jinjang Utara ada satu tapak pelupusan sampah sarap yang menerima 3 ribu tan sampah sarap daripada keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan tapak ini lebih 50 ekar adalah tanah Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan saya hendak menanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, bilakah Pasukan Simpanan Persekutuan akan mengambil alih tapak pelupusan sampah sarap ini kerana hampir 20 tahun sampah sarap ini sebahagiannya daripada Parit Sulongjuga, kerana bila dia datang ke Kuala Lumpur. ...

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Pengerusi ...

Dr. TanSengGiaw: ... diabuatsampah.

Tuan Pengerusi (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Yang Berhormat, Parit Sulong minta jalan.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Pengerusi, Yang Berhormat dari Kepong ini dia sudah melalut. Sampah Parit Sulong mana boleh sampai ke Kepong? Saya rasa dia ini sudah tidak ada point hendak cakap!

Dr. Tan Seng Giaw: Macam mana tidak ada point. Dia datang ke .....

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Mana ada sampah dari Parit Sulong sampai ke Kepong?

Dr. Tan Seng Giaw: Apabila dia tiba di Kuala Lumpur, dia menginap di sebuah hotel ataupun di rumah sendiri. Bila dia berada di Kuala Lumpur, takkan dia tidak membuang sampah sarap. Say a harap dia buangkan ke dalam tong sampah. ( Ketawa) Kalau dibuangkan ke dalam tong sampah,

29 NOVEMBER 1995

memang sampah dia sampai ke Jinjang Utara. Kalau dia buangkan ....

TuanRuhanie binHajiAhmad: Jadi, Yang Berhormat dari Kepong ini W akil Rakyat sampahlah.

Dr. Tan Seng Giaw: Bukan sampah sahaja. Say a hendak beri peringatan kepada dia, jangan kita huang sampah dengan mengikut sesuka hati sahaja. Dia menghisap rokok, bila hisap rokok itu saya tidak tahulah. Kadang-kala saya nampak juga dia letak kotak ataupun ( Disampuk) dalam pasu pun ada dan say a berharaplah dia buangkan di dalam tong sampah ataupun bekas yang wajar.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Jangan merepeklah!

Dr. TanSengGiaw:Jangankitabuang sampah. Tuan Pengerusi, saya minta Timbalan Menteri ....

Tuan Pengerusi (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Yang Berhormat, saya ingat masa cukup untuk hari ini Yang Berhormat. ( Ketawa)

Dr. Tan Seng Giaw: Saya boleh sam bung? ( Ketawa)

Tuan Pengerusi (Tuan Haji J uhar bin Haji Mahiruddin): Beri Yang Berhormat dua minit pada hari esok untuk sam bung.

Tuan Ruhanie bin Haji Ahmad: Tidak boleh! Tidak boleh!

Dr. Tan Seng Giaw: Sebab ada gangguanlah tadi. ( Ketawa)

Tuan Pengerusi (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Say a beri Yang Berhormat dua minit untuk sam bung pad a esok hari.

Dr. TanSengGiaw: Duaminitsahaja?

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah

29 NOVEMBER 1995

Tuan Pengerusi (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Ya.

Tuan Lim Hock Seng: (Bangun)

Tuan Pengerusi (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Bagan, kenapa duduk bangun, duduk bangun? ( Ketawa)

"15-lnl-PN~IB .. K.L

57

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin): Dewan ini ditangguhkan sekarang sehinggajam 2.30 petang esok.

Dewan ditangguhkan pada puku/6.30 petang.

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYATkandungan jawapan-jawapan mulut bagi pertanyaan pertanyaan rang undang-undang diba w a ke dalam mesyuarat usul menangguhkan mesyuara t di ba wah