PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian...

132
Bil. 21 Isnin 19 Disember 2011 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA

Transcript of PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian...

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

Bil. 21 Isnin

19 Disember 2011

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2011

K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2012 (Halaman 20) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 34)

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang

2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Armani binti Haji Mahiruddin (Sabah)

3. “ Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman (Dilantik)

4. “ Datuk Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik)

5. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor)

6. “ Tuan Ahmad bin Hussin (Perlis)

7. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) – Senator - Timbalan Menteri Luar Negeri I

8. “ Datuk Dr. Awang Adek Hussin (Dilantik) – Senator - Timbalan Menteri Kewangan I

9. “ Dato’ Azian bin Osman (Perak)

10. “ Tuan Baharudin bin Abu Bakar (Dilantik)

11. “ Tuan Boon Som a/l Inong (Dilantik)

12. “ Puan Chew Lee Giok (Dilantik)

13. “ Tuan Chiew Lian Keng (Dilantik)

14. “ Datuk Chin Su Phin (Dilantik)

15. “ Datuk Chiw Tiang Chai (Dilantik)

16. “ Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg (Sarawak)

17. “ Dato’ Donald Lim Siang Chai (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Kewangan II

18. “ Puan Doris Sophia ak Brodi (Dilantik)

19. “ Datuk Hajah Fatimah binti Hamat (Terengganu)

20. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah (Dilantik)

21. “ Tuan Gan Ping Sieu (Dilantik) - Senator – Timbalan Menteri Belia dan Sukan II

22. “ Datuk Heng Seai Kie (Perak) – Senator – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

23. “ Dato’ Sri Idris Jala (Dilantik) – Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

24. “ Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum (Dilantik) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

25. “ Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh (Dilantik)

26. “ Dato’ Dr. Johari bin Mat (Kelantan)

27. “ Tuan Khoo Soo Seang (Johor)

28. “ Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Dilantik) – Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

29. “ Tuan Lee Cheam Choon (Melaka)

30. “ Tuan Lihan Jok (Sarawak)

31. “ Datuk Maglin a/l Dennis D’Cruz – Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

ii DN 19.12.2011

32. Yang Berhormat Datuk Maijol Mahap (Sabah)

33. “ Dr. Malasingam a/l Muthukumaru (Dilantik)

34. “ Puan Mariany binti Mohammad Yit (Dilantik)

35. “ Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

36. “ Dato’ Maznah binti Mazlan (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Sumber Manusia

37. “ Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor (Dilantik)

38. “ Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah (Negeri Sembilan)

39. “ Dato Sri Dr. Mohd. Effendi bin Norwawi (Dilantik)

40. “ Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis)

41. “ Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin (Kedah)

42. “ Tuan Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik)

43. “ Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi (Kelantan)

44. “ Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff (Pulau Pinang)

45. “ Dato’ Nallakaruppan a/l Solaimalai (Dilantik)

46. “ Tuan Ng Fook Heng (Pahang)

47. “ Puan Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik)

48. “ Puan Norliza binti Abdul Rahim (Dilantik)

49. “ Dato’ G. Palanivel (Dilantik) – Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II

50. “ Tuan Pau Chiong Ung (Dilantik)

51. “ Datuk Paul Kong Sing Chu (Dilantik)

52. “ Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin (Dilantik) – Senator – Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

53. “ Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Selangor)

54. “ Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal (Dilantik)

55. “ Datuk Hj. Saat bin Hj. Abu (Melaka)

56. “ Tuan Saiful Izham bin Ramli (Kedah)

57. “ Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil (W.P. Putrajaya) – Senator – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

58. “ Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan (Dilantik)

59. “ Tuan Subramaniam a/l Veruthasalam (Dilantik)

60. “ Dato’ Syed Ibrahim bin Kader (Dilantik)

61. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor)

62. “ Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim (Pulau Pinang)

63. “ Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam (Negeri Sembilan)

64. “ Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus (Dilantik)“

65. “ Puan Hajah Zainun binti A. Bakar (Terengganu)

66. “ Dato’ Zaitun binti Mat (Pahang)

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 iii

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen Dato’ Ngah Senik

Setiausaha Dewan Negara

Datuk Zamani bin Haji Sulaiman

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Encik Che Seman bin Pachik

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Azhari bin Hamzah

Monarita binti Mohd Hassan Rosna binti Bujairomi

Nurziana binti Ismail

Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki

Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Mohd. Shahrul Hafiz bin Yahaya

Mulyati binti Kamarudin Nor Faraliza binti Murad @ Nordin Alli

Nor Hamizah binti Haji Hassan

Azmir bin Mohd Salleh Nur Nazihah binti Mohd. Nazir

Noraidah binti Manaf Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil

Mohd. Zaidi bin Mahmood Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Ainuddin bin Ahmad Tajuddin Syahila binti Ab Mohd Khalid

Siti Norlina binti Ahmad Hazwani Zarifah binti Anas

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara
Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Isnin, 19 Disember 2011

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Puan Hajah Zainun binti A. Bakar minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, jumlah restoran yang diwujudkan di bawah Program Menu Rakyat 1Malaysia sebagai langkah kerajaan membantu rakyat menghadapi kesan kemelesetan ekonomi global, dan nyatakan sejauh manakah sambutan peniaga untuk menyertai program ini serta sambutan awam terhadap program ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan I [Dato’ Tan Lian Hoe]: Tuan Yang di-Pertua, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua jumlah penyertaan Program Menu Rakyat 1Malaysia setakat 16 Disember 2011 adalah 1,155 buah premis pengusaha makanan. Program ini telah mendapat sambutan di mana jumlah penyertaan ketika ia dilancarkan pada 7 Julai 2011 ialah 611 buah premis pengusaha makanan. Peniaga memberikan sambutan kepada program ini kerana ia membantu kepada strategi pemasaran mereka untuk menarik lebih ramai pelanggan dan ini dapat meningkatkan jumlah pendapatan perniagaan mereka secara tidak langsung.

Bagi rakyat pula, sambutan adalah menggalakkan kerana mereka berpeluang menikmati pakej sarapan pagi dan makan tengah hari pada harga yang berpatutan iaitu maksimum RM2 dan RM4 di Semenanjung Malaysia dan RM2.50 untuk sarapan pagi di Sabah dan Sarawak serta wilayah persekutuan dan RM5 untuk makan tengah hari di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Terima kasih.

Puan Hajah Zainun binti A. Bakar: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang sentiasa prihatin dengan bebanan rakyat dan seterusnya melahirkan idea kreatif dan inovatif sehingga terlahirnya program 1Malaysia.

Soalan tambahan saya sekali lagi ialah apakah langkah kerajaan bagi meningkatkan lagi penyertaan perniagaan restoran termasuk restoran 24 jam seperti restoran India Muslim, Kopitiam dan sebagainya bagi memperluaskan manfaat Program Menu Rakyat 1Malaysia.

Apakah langkah-langkah kerajaan bagi memantau dan memastikan agar makanan yang disediakan bermutu dan menepati selera penduduk negara ini serta harga dapat dipantau supaya tidak membebankan rakyat. Dan akhir sekali, adakah kerajaan bercadang memperkenalkan Program Menu Rakyat 1Malaysia di Parlimen ini supaya warga Parlimen juga mendapat faedah dan manfaat daripada program ini. Sekian, terima kasih.

Dato’ Tan Lian Hoe: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator di atas soalan tambahan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, memang pihak kementerian sentiasa berusaha untuk meningkatkan penyertaan daripada semua pihak terutamanya daripada kedai-kedai pengusaha di luar bandar, di pinggir bandar dan juga di bandar. Untuk makluman Yang Berhormat juga, sebenarnya negeri yang paling teratas di mana terdapatnya iaitu premis-premis yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia ini ialah negeri Perak iaitu sebanyak 213 premis yang telah menyertainya dan diikuti dengan negeri Selangor 142 dan Terengganu di tempat yang ketiga 134 dan seterusnya untuk negeri yang seterusnya yang lebih daripada 100 ialah Selangor yang telah pun dinyatakan, Kedah 113 dan Pahang 110.

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

2 DN 19.12.2011

Kita sebenarnya sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh di mana kita juga daripada pihak kementerian, pegawai-pegawai telah diarahkan untuk berbincang dengan semua kementerian, jabatan-jabatan kerajaan, agensi-agensi kerajaan supaya kafeteria-kafeteria ataupun pengusaha-pengusaha restoran di semua jabatan kerajaan dan kementerian juga dapat menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini setakat ini kafeteria-kafeteria KPDNKK dan JPA telah pun menyertai program ini dan begitu juga kita pun mengarahkan supaya pegawai-pegawai kita berbincang dengan penyertaan daripada IPT, institusi pengajian tinggi dan setakat ini kita ada dua kafeteria di Universiti Malaya yang telah menyertai program ini dan pejabat KPDNKK negeri juga sedang mengadakan perbincangan dengan IPT di negeri masing-masing untuk mempromosikan dan juga mencadangkan IPT menyertai program ini.

■1010

Dari segi pemantauan, kita memang begitu prihatin terutamanya dari segi harga dan juga dari segi kebersihan. Untuk makluman Dewan yang mulia, pemantauan dilaksanakan oleh KPDNKK negeri pada setiap minggu bagi memastikan bahawa peserta memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan termasuk untuk memastikan harga menu yang dijual sama seperti yang telah disenaraikan dan mereka perlu patuh kepada harga maksimum yang telah ditetapkan. Begitu juga dari segi jenis makanan adalah agak subjektif kerana ia bergantung kepada cita rasa masing-masing tetapi di peringkat kementerian, kami sebenarnya telah pun menawarkan pakej yang selalunya mengikut selera iaitu pengguna juga.

Dan bagi kebersihan, berkaitan kebersihan kedai dan makanan, pihak KPDNKK telah pun bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia di mana Kementerian Kesihatan Malaysia sebenarnya ada menjalankan pemantauan ke atas premis makanan yang menyertai program ini. Dan sekiranya kedai-kedai yang menyertai program ini yang tidak mematuhi dari segi kebersihan dalam menyediakan makanan. Dan apabila dimaklumkan kepada pihak KPDNKK, maka KPDNKK akan membatalkan penyertaan dan menarik balik bunting dan poster “Menu Rakyat 1Malaysia”, yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha restoran ini.

Untuk menjawab soalan yang terakhir di sini, sama ada kita akan berusaha untuk kantin di Parlimen ini, kita akan berbincang bersama dengan pengusaha kantin ataupun kafeteria di Parlimen ini supaya mereka juga dapat menawarkan makanan dengan harga yang berpatutan iaitu RM4 untuk makan tengah hari dan RM2 untuk makan sarapan pagi. Insya-Allah kita akan cuba dengan sedaya upaya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Ahmad bin Hussin.

Tuan Ahmad bin Hussin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Langkah berjimat cermat dan tabungan sudah sesuai pada masanya bagi mendidik rakyat supaya berhemah dalam berbelanja seperti penduduk di Korea. Soalan saya, apakah kementerian bercadang untuk mengadakan buku panduan untuk tempat-tempat menjamu selera di seluruh negara seperti tajuk, “Program Menu Rakyat 1Malaysia”, diterbitkan untuk panduan orang ramai dan para pelancong untuk menikmati makanan tersebut yang semestinya sedap, dengan harga yang berpatutan.

Soalan yang kedua, tidakkah kementerian bercadang untuk dibuka kepada orang ramai bagi pencalonan restoran dan tempat makanan terbaik, membuat jenama Menu Rakyat 1Malaysia, dengan kerjasama Kementerian Pelancongan bagi mewujudkan dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang makanan dengan meluaskan skop di setiap negeri dan daerah. Sekian, terima kasih.

Dato’ Tan Lian Hoe: Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Senator. Sebenarnya senarai iaitu penguasa yang menyertai program Menu Rakyat 1Malaysia ini telah pun kita pamerkan di dalam portal kementerian iaitu portal 1Malaysia - Pengguna Bijak, dan dari masa ke semasa, memang kita ada menyiarkan senarai iaitu nama-nama pengusaha restoran ini di dalam media cetak juga. Cadangan Yang Berhormat untuk mengeluarkan buku panduan bersama dengan Kementerian Pelancongan itu sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara kita apabila kita sebagai sebuah negara yang dapat menawarkan harga yang berpatutan kepada pelancong-pelancong. So kita dalam usaha untuk mengeluarkan buku-buku panduan itu. Sekian, terima kasih.

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 3

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya mempersilakan pertanyaan yang kedua, Yang Berhormat Datuk Chin Su Phin.

2. Datuk Chin Su Phin minta Perdana Menteri menyatakan, apakah tindakan terbaru kementerian dalam menangani pemandu teksi yang tidak menggunakan meter di tempat-tempat pelancongan di negara kita ini terutamanya di KLCC.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Chin Su Phin. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, SPAD sentiasa melakukan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap aktiviti perkhidmatan teksi di tempat-tempat pelancongan di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur City Centre. Terdapat 39,899 teksi di Semenanjung Malaysia dan daripada jumlah itu, 32,000 adalah di Lembah Klang. Statistik kesalahan hasil daripada aktiviti penguatkuasaan SPAD dari 31 Januari 2011 sehingga 30 November 2011, menunjukkan sebanyak 1502 kes teksi pelbagai kesalahan termasuk tidak menggunakan meter dikesan di kawasan Lembah Klang. Di KLCC sahaja jumlah tangkapan setakat ini adalah 11 kes.

Dimaklumkan juga tindakan perundangan telah dan sedang dilaksanakan terhadap pengusaha syarikat yang gagal memantau perlakuan pemandu-pemandu teksi mereka yang bertentangan dengan syarat-syarat lesen yang telah mereka perakukan untuk mematuhinya, kesalahan tersebut telah diambil tindakan di bawah seksyen 22(3), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 iaitu di mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM1000 sehingga RM500,000 atau dipenjarakan selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.

SPAD sentiasa memastikan semua pesalah yang melakukan kesalahan berkaitan dengan pengangkutan awam darat di Malaysia akan diambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi memastikan imej dan sistem pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan teksi sentiasa terpelihara.

SPAD ingin memberi amaran kepada pengusaha terminal dalam bangunan tertentu kecuali lapangan terbang tentang keperluan menggunakan meter. Kini di tempat berkaitan seperti KLCC kupon ada digunakan. Namun mengikut peraturan yang diwartakan PUA 311, berkuat kuasa 3 September 2010, kupon hendaklah tidak lebih daripada RM2 sahaja dan teksi dimestikan menggunakan meter selepas itu. Mulai tahun hadapan semua pengendali kaunter kupon perlu memohon lesen daripada SPAD.

Dimaklumkan juga SPAD akan sentiasa memantau dan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan dari semasa ke semasa. Ini dilakukan dengan melaksanakan operasi secara bersepadu dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain bagi memastikan pemadu teksi dan syarikat teksi mematuhi undang-undang dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada penumpang mereka. Dialog dan seminar dengan pihak yang berkaitan akan terus dilakukan untuk memastikan keberkesanan peraturan. Terima kasih.

Datuk Chin Su Phin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan tadi. Soalan tambahan saya ialah, adakah kerajaan bercadang untuk menguatkuasakan peraturan baru kepada semua pemandu dan pemilik teksi iaitu mereka diwajibkan meletakkan papan notis di dalam teksi di mana tertulis sekiranya pemandu teksi yang mengenakan caj tambang tanpa menggunakan meter, anda tidak perlu membayar apa-apa. Untuk makluman semua perkara ini telah dilaksanakan di Dubai dan adalah kerajaan bersedia untuk melaksanakannya. Sekian terima kasih.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas cadangan itu dan kita akan mengambil ingatan dan rujukan kepada cadangan Yang Berhormat Senator merujuk kepada apa yang dilakukan di Dubai.

Saya juga ingin berkongsi di sini bahawa, jika salinan lesen pengendali, jadual tambang, jadual perjalanan tidak dipamerkan, ia adalah merupakan satu kesalahan. Tidak menggunakan meter itu memang satu kesalahan. Selain daripada itu, jika permukaan meter itu terhalang dan tidak dapat dilihat juga adalah satu kesalahan selain daripada mengambil penumpang melebihi bilangan atau enggan mengambil penumpang atau tidak memakai pakaian kemas, menunggu penumpang di tempat yang tidak dibenarkan, beroperasi ketika meter teksi rosak, kemudian meter teksi tanpa kebenaran, meninggalkan kenderaan, ubah suai kenderaan yang tidak dibenarkan.

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

4 DN 19.12.2011

■1020

Itu adalah antara perkara-perkara yang dikenal pasti dalam seksyen yang berkaitan adalah satu kesalahan. Dari semasa ke semasa kita sentiasa mengingatkan pengusaha teksi dan juga syarikat-syarikat. Saya ingin memaklumkan bahawa sebagaimana saya sebutkan tadi daripada 39,899 teksi yang ada di Semenanjung, 32,000 ada di Lembah Klang. Daripada 32,000 itu lebih kurang separuh milik persendirian dan separuh lagi adalah milik syarikat-syarikat. Jadi, kita akan memastikan perkara ini akan dilaksanakan dan cadangan Yang Berhormat itu diambil perhatian. Terima kasih.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahitaala wabarakaatuh. Di sini saya ingin mengambil beberapa pendekatan berkenaan dengan pemandu teksi di peringkat terutamanya di Kuala Lumpur dan juga di airport. Seperti mana yang kita ketahui barisan pemandu teksi adalah di antara duta kecil di dalam negara kita yang melibatkan interaksi di antara pelancong dan juga pemandu teksi.

Maka di sini saya ada beberapa soalan tambahan yang mungkin boleh dicadangkan kepada pihak kementerian yang mana yang pertamanya adakah kerajaan bercadang untuk memberikan kursus berkenaan negara kita terutamanya di sektor pelancongan terhadap pemandu-pemandu teksi ini secara berkala dan selepas itu boleh juga diberikan kepada mereka ini pemandu-pemadu teksi tersebut di dalam beberapa imbuhan seperti insentif agar pendekatan di antara pemandu teksi dan juga para pelancong terhadap imej negara terutamanya yang melibatkan sektor pentadbiran dan juga pelancongan dapat dinaikkan di mata dunia. Jadi, itu antara cadangan atau pun soalan tambahan saya. Terima kasih.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Baharudin bin Abu Bakar atas pandangan yang diberikan. Untuk makluman seperti di Kuala Lumpur Airport (KLIA), pengendali limousin di situ telah mendapat anugerah empat tahun berturut-turut di peringkat antarabangsa. Mendapat 4 stars rating dan juga di kawasan Asia ini tidak banyak yang mendapat 4 stars rating untuk limousin airport dan Airport Limo mendapat 4 stars rating itu.

Di antara usaha-usaha yang disebut itu telah dilakukan oleh Airport Limo tetapi saya memahami cadangan Yang Berhormat Senator bahawa ia juga perlu diperluaskan kepada syarikat-syarikat yang lain. Kita mengharapkan agar syarikat-syarikat yang mempunyai keuntungan yang berlebihan itu mengendalikan seminar-seminar yang tertentu yang disebut oleh Yang Berhormat. Memang benar mereka adalah duta, mereka juga boleh memberikan kesan yang negatif terhadap perkara-perkara yang ditimbulkan.

SPAD dengan kerjasama Kementerian Pelancongan akan melaksanakan perkara yang dinyatakan itu. Insentif dalam Bajet 2012 misalnya untuk menaikkan imej teksi. Dalam bajet itu dinyatakan tentang insentif ganti kenderaan dan beli kenderaan baru. Ini semua adalah perkara-perkara yang sedang diusahakan oleh SPAD. Sukacita dimaklumkan di sini bahawa SPAD baru setahun bermula 31 Januari 2011. Hari ini baru Disember 2011. Oleh kerana itu SPAD yang dipengerusikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar, Ahli Parlimen Kota Tinggi akan terus memastikan perkara ini akan terus dilaksanakan.

Sukacita juga saya ingin maklumkan di sini bahawa Sabah dan Sarawak, dia mempunyai akta yang berlainan, dipanggil Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Difahamkan SPAD akan memasuki Sabah dan Sarawak mungkin seawal 2013. Itu pun masih lagi difikirkan. Oleh kerana itu Sabah dan Sarawak mempunyai perkara yang berasingan dari segi aktanya. Walaupun begitu, penyelarasan akan sentiasa diadakan. Terima kasih.

3. Dato’ Azian bin Osman minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan, perancangan kementerian bagi melaksanakan program tanaman bersepadu atau integrated farming di negara ini seperti yang dilakukan oleh petani di negara-negara maju untuk mempelbagaikan hasil pertanian dan meningkatkan pendapatan golongan petani.

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 5

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II [Datuk Chua Tee Yong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Pertanian sentiasa menggalakkan pengusaha-pengusaha untuk mengamalkan tanaman bersepadu iaitu integrated farming, dengan izin.

Pada masa ini melalui projek tanaman semula kelapa dan juga projek pemulihan kelapa digalakkan di tanam atau diselingkan dengan tanaman lain seperti koko, kopi, pisang, tembikai, nanas, jagung dan lain-lain. Pihak MARDI juga telah menggariskan beberapa contoh model tanaman bercampur yang boleh membantu pekebun kecil kelapa meningkatkan pendapatan mereka. Anggaran pendapatan bagi tanaman kelapa adalah kira-kira 5,900 sehektar setahun. Apabila tanaman bersepadu diusahakan, pekebun boleh mendapat tambahan pendapatan sekitar RM5,000 hingga RM9,000 setahun mengikut gabungan tanaman-tanaman bercampur yang diamalkan.

Di bawah Program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), pertanian pula memberi pendekatan khusus untuk pengeluaran makanan secara integrasi di kawasan kelapa, kelapa sawit dan getah dengan tanaman-tanaman seperti pisang, nanas dan sayur sayuran termasuklah ternakan. Sekian, terima kasih.

Dato’ Azian bin Osman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, apakah insentif yang boleh didapati oleh petani-petani yang melibatkan diri dalam tanaman bersepadu ini? Kedua Tuan Yang di-Pertua, berapakah jumlah petani atau ladang yang telah benar-benar berjaya di dalam Program Tanaman Bersepadu ini yang boleh dijadikan model pada petani lain. Sekian, terima kasih.

Datuk Chua Tee Yong: Terima kasih kepada soalan tambahan Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di-Pertua, untuk Program Tanaman Integrasi di mana kelapa dengan tanaman lain setakat ini terdapat 57 bilangan projek di mana luas fizikalnya adalah sebanyak 332 hektar di mana tanamannya adalah di selingkan dengan tebu, pisang, nanas dan lain-lain.

Untuk Projek Integrasi Kelapa Dengan Tanaman Lain. Kerajaan memberi sedikit sebanyak peruntukan dan apa yang paling penting adalah bimbingan untuk memastikan bahawa tanaman kelapa dapatlah sentiasa tumbuh dan mengeluarkan buahnya. Sementara pengeluaran tebu dan pisang tidak dijejaskan. Selain itu, dari segi integrasi dengan kelapa sawit sasaran tanaman integrasi pisang dan nanas dengan kelapa sawit pada tahun 2011 hingga 2015 adalah seluas 9,000 hektar. Sehingga September 2011 ini, seluas 1,783 hektar kawasan kelapa sawit telah ditanam dengan tanaman pisang dan nanas dan ini saya jangka akan meningkat. Selain itu, dari segi ternakan di ladang kelapa sawit, kita juga telah boleh dikatakan identified, dengan izin, atau mengenal pasti 25 syarikat di seluruh semenanjung dan Sabah dan Sarawak untuk melihat sama ada dari segi melaksanakan program ini dan peruntukan yang telah diberi untuk tahun 2011 adalah sebanyak RM31.4 juta untuk petani-petani mengusahakan Program Integrasi ini. Sekian, terima kasih.

Tuan Ng Fook Heng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada hendak tanya tentang harga tanaman. Bagaimana kementerian dapat menolong kaum petani supaya pencarian mereka adalah lebih lumayan. Ini kerana saya perhatikan banyak pekebun-pekebun yang rugi. Mereka yang menghasilkan tanaman contohnya sebiji kelapa muda, mereka mungkin hanya dapat menjual RM1 sahaja tetapi orang tengah ambil RM1. Orang yang akhir, di kedai pun ambil RM1 dan akhirnya sebiji kelapa di jual di kedai RM4.50. Asasnya adalah orang yang mengeluarkannya, menanam pokok kelapa itu selama empat tahun, lima tahun hanya dapat RM1 sahaja sebiji. Tukar tangan, orang middleman dapat RM1 dan sebagainya. Terima kasih.

■1030

Datuk Chua Tee Yong: Terima kasih atas soalan tambahan daripada Yang Berhormat Senator. Tuan Yang di-Pertua, walaupun soalan itu keluar daripada tajuk tetapi mengikut maklumat yang kita ada salah satu cara meningkatkan pendapatan petani adalah melalui integrated farming ini.

Akan tetapi kita juga telah mengadakan berbagai-bagai langkah seperti di Bajet 2012 ini, kerajaan menetapkan sasaran sebanyak 7,000 hektar kalau tidak salah untuk contract farming. Ini kerana kita rasa adalah penting supaya petani terus mengusahakan dan menjerumuskan dan menitikberatkan penanaman di mana kerajaan akan menolong mereka untuk mendapatkan pasaran.

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

6 DN 19.12.2011

Maka, dengan adanya ladang kontrak, kadang-kadang mereka bolehlah menjual di hypermarket. Ini akan memastikan terdapat pasaran untuk mereka.

Selain itu dari segi pihak FAMA, mereka juga sentiasa mengkaji sistem penyampaian atau boleh dikatakan pengeluaran dan distribution untuk sayur sayuran dan cuba untuk menyelesaikan masalah orang tengah ini. Baru-baru ini kita juga mendapat sambutan yang baik Tuan Yang di-Pertua, dari segi pihak pasar tani yang telah dilaksanakan di seluruh Semenanjung Malaysia. Dari segi pasar tani, ia jelas telah menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pendapatan petani dan pada masa itu memberi kos makanan yang lebih rendah untuk pengguna di Malaysia ini. Sekian, terima kasih.

4. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah insentif kewangan dan bukan kewangan yang diperkenalkan secara intensif oleh kementerian untuk meningkatkan mutu hospitaliti kakitangan hospital dan pusat kesihatan kerajaan setanding dengan hospital kerajaan di negara-negara membangun dan apakah nisbah penduduk dan hospital serta kakitangan yang berkait dengan mutu hospitaliti ini.

Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi di atas soalan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Program Penerapan Budaya Korporat pada Februari 2009 yang berteraskan kepada tiga nilai utama iaitu penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan. Penerapan nilai-nilai tersebut dilaksanakan melalui pelbagai program dan aktiviti di peringkat kementerian, jabatan kesihatan, hospital dan klinik kesihatan. Antaranya ialah melalui kursus-kursus seperti berikut:

(i) kursus pengukuhan soft skill;

(ii) Kursus Pengurusan Pelanggan;

(iii) Kursus Mengurus Tekanan;

(iv) Bengkel Semangat Kerja Berpasukan; dan

(v) kem motivasi.

Kementerian turut memberi anugerah dan penghargaan seperti Anugerah Pekerja Cemerlang atau surat dan sijil penghargaan bagi mengiktiraf penjawat awam cemerlang. Penghargaan ini bertujuan meningkatkan semangat dan menggalakkan penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk terus menerapkan atau pun meningkatkan tahap serta kualiti penyampaian perkhidmatan selaras dengan budaya kerja cemerlang.

Tuan Yang di-Pertua, Kursus soft skill telah dijalankan di Institut Pengurusan Kesihatan secara berkala seiringan dengan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Kebangsaan yang telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun 2005. Kumpulan sasaran adalah anggota kesihatan yang memberi perkhidmatan secara langsung kepada pesakit di hospital dan klinik kesihatan. Tujuan Kursus Soft Skill ini adalah untuk meningkatkan tahap perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit dan meningkatkan mutu hospitaliti. Para fasilitator yang telah dilatih dikehendaki untuk menjalankan latihan susulan di organisasi masing-masing. Sekian, terima kasih.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, berapakah jumlah aduan dan tindakan yang telah diambil oleh pihak hospital berhubung dengan kes yang melibatkan hospitaliti dan secara khususnya yang tadi berkenaan dengan insentif kewangan. Saya mahu kalau boleh jumlah yang dinyatakan oleh pihak kementerian untuk diketahui.

Kedua, berapakah jumlah doktor pakar yang akan dipastikan ada oleh kerajaan di hospital-hospital daerah sekiranya Skim Insurans Kesihatan diperkenalkan dan jaminan hospitaliti ini setaraf dengan hospital-hospital swasta dalam negara kita. Terima kasih.

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 7

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih di atas soalan tambahan yang dikemukakan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, dimaklumkan dalam tempoh 10 hingga 14 Disember 2011, terdapat 27 laporan neutral.

Satu laporan positif dan dua laporan negatif telah dilaporkan di dalam akhbar mengenai Kementerian Kesihatan Malaysia berbanding dengan 41 laporan neutral, lapan laporan positif dan enam laporan negatif di antara 26 November hingga 9 Disember 2011.

Di peringkat hospital-hospital dan klinik kesihatan Yang Berhormat, kita telah meminta pihak hospital untuk menjalankan kajian kepuasan pelanggan, yang kalau di peringkat hospital kita ada SERVQUAL, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan untuk di peringkat klinik pula adalah melalui konsep Klinik Kawanku. Di mana mereka ini diminta mengkaji tahap kepuasan dan expectation pelanggan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, secara umum pelanggan-pelanggan memang berpuas hati dengan perkhidmatan. Namun, ada di kalangan pelanggan mencadangkan supaya pihak kementerian dapat meningkatkan supaya keadaan di klinik-klinik ataupun di hospital-hospital kita lebih kondusif.

Di samping itu, dari segi waiting period ataupun masa menunggu, sebenarnya secara umum juga saya ingin maklumkan pelanggan-pelanggan kita sebenarnya tidak kisah dengan waiting period yang lama. Akan tetapi mereka meminta supaya apabila mereka menunggu terdapat pengisian-pengisian yang dilaksanakan di peringkat hospital-hospital kita seperti bahan-bahan bacaan dan juga soft skill daripada yang memberi perkhidmatan seperti contoh memberikan informasi berkala secara berterusan daripada pihak-pihak pengurusan. Ini kerana kadang-kadang pelanggan kita, mereka memilih doktor atau pun pakar untuk berjumpa. Jadi, ia memakan masa yang lama. Jadi, kadang-kadang mereka juga tidak kisah untuk menunggu.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, untuk menjawab kepada persoalan insentif tadi. Sebenarnya dari segi kewangan Yang Berhormat, kita memberikan insentif kewangan yang dikembarkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Seperti yang saya nyatakan tadi, untuk penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kesihatan Malaysia di antara tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti berikut.

Pertamanya, pada 2008 kita telah menganugerahkan sebanyak 535 staf kita ataupun kakitangan kita. Pada 2009 pula 393 dan pada tahun 2010 seramai 607 telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2008 sehingga 2010. Menjawab kepada persoalan bagaimana kita meningkatkan motivasi kakitangan sokongan kita. Kita menyediakan kursus-kursus soft skill dan kursus motivasi Yang Berhormat, di mana kursus tersebut dianjurkan sama ada oleh pihak kerajaan sendiri melalui Kementerian Kesihatan ataupun pihak swasta. Kementerian juga seperti yang saya nyatakan tadi memberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Ini kita laksanakan secara bulanan Yang Berhormat. Anugerah Pekerja Terbaik juga diadakan setiap bulan dan diamalkan oleh jabatan-jabatan kesihatan negeri dan juga facilities kesihatan kita.

Soalan yang menjurus kepada persoalan Yang Berhormat mengenai jumlah pakar, sekiranya Scheme 1Care kalau tidak silap saya. Okey betul, diamalkan di negara kita insya-Allah. Di dalam perancangan Kementerian Kesihatan Yang Berhormat, sekiranya Scheme 1Care diimplementasikan, setiap hospital daerah akan ada kepakaran asas. Kalau sebelum ini tidak ada Yang Berhormat. Hospital daerah bukan terdiri daripada hospital pakar tetapi sekiranya kita laksanakan Scheme 1Care, setiap hospital daerah akan ada kepakaran asas seperti pakar perubatan, pembedahan, obstetrik dan ginekologi dan juga pediatrik Yang Berhormat.

Saya rasa saya telah menjawab semua persoalan yang telah dibangkitkan. Terima kasih.

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertanyaan tambahan saya ialah seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri tadi, di mana penantian untuk berjumpa dengan doktor tersebut akan diisi dengan program-program lain. Sebagaimana yang berlaku baru-baru ini, walaupun di klinik swasta, pesakit tikam doktor hanya kerana bosan menunggu lama.

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

8 DN 19.12.2011

■1040

Jadi kemungkinan perkara ini boleh berlaku juga di hospital kerajaan apabila pesakit-pesakit itu terlalu tension menunggu terlalu lama. Apa yang berlaku sekarang ini ialah di ruang menunggu untuk berjumpa doktor itu tidak cukup kerana kebanyakan pesakit diiringi oleh waris-waris mereka yang agak ramai. Jadi kadang-kadang pesakit itu sendiri tidak ada tempat duduk untuk menunggu.

Jadi pertanyaan tambahan saya ialah apakah tindakan yang akan dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan bahawa pesakit ini dalam keadaan yang selesa untuk menunggu berjumpa dengan doktor dan bagaimanakah tahap keselamatan di hospital supaya doktor-doktor kita tidak diancam oleh pesakit yang naik angin. Terima kasih.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan. Memang benar Yang Berhormat. Apa yang kita risaukan adalah keselamatan pesakit kita dan yang menjadi keutamaan kita adalah perkhidmatan kepada pesakit kita. Terima kasih di atas pertanyaan tambahan tadi.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, dari segi waiting period ataupun masa menunggu, ini merupakan salah satu KPI Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia. Jadi kita memang memberikan penekanan dan fokus kepada usaha-usaha untuk meningkatkan ataupun mengurangkan masa menunggu di kalangan pesakit-pesakit kita khususnya. Jadi untuk pengetahuan Yang Berhormat, masa menunggu ini kita boleh lihat kepada beberapa aspek iaitu yang pertamanya dari segi rawatan daripada pakar ataupun waiting period dari segi mendapatkan perkhidmatan yang pertama. Pertama di fasiliti–fasiliti kita. Kita mencatatkan masa menunggu yang terbaik, Yang Berhormat. Ini kerana kita telah mewujudkan satu sistem di mana pesakit-pesakit kita tidak perlu menunggu masa yang lama. Di atas persoalan apakah tindakan kementerian untuk meningkatkan lagi ruang-ruang menunggu pesakit?

Sebenarnya Yang Berhormat, kita di kementerian sentiasa mengamalkan sikap untuk menambah baik fasiliti-fasiliti kita termasuklah hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan dan memang apa yang berlaku beberapa minggu yang lepas amat mendukacitakan dan sesungguhnya pihak kementerian mengambil serius mengenai perkara ini.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat, seperti yang Yang Berhormat ketahui, di peringkat hospital-hospital kita, kita menyediakan pegawai keselamatan yang kita pastikan mempunyai tempat dan ruang di setiap hospital-hospital kita. Memang kita wujudkan perkhidmatan pengawal keselamatan, Yang Berhormat. Seperti yang saya katakan tadi, di setiap hospital KKM kita tempatkan pengawal keselamatan daripada Jabatan Perdana Menteri dan hospital juga menggunakan kawalan keselamatan daripada pihak swasta yang dipilih melalui sebut harga dan juga tender. Itu sahaja, Yang Berhormat. Terima kasih.

5. Tuan Lee Cheam Choon minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, Akta Pertubuhan sepatutnya digubal mengikut keadaan semasa bagi memberi ruang yang lebih luas kepada pihak NGO yang sentiasa menghulurkan bantuan kewangan serta memainkan peranan penting dalam penubuhan-penubuhan yang dapat meningkatkan nama baik dan maruah negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri ll [Dato’ Lee Chee Leong]: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tuan Lee Cheam Choon yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, kementerian mendapati bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) sentiasa memberi perhatian supaya dalam pendaftaran pertubuhan-pertubuhan serta penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti kesukarelaan selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan. JPPM telah memberi kemudahan untuk pertubuhan-pertubuhan berdaftar dalam masa yang singkat iaitu dalam masa lima hari bekerja.

Selain daripada itu, jabatan juga telah mengadakan seminar atau kursus dan bengkel untuk memberi kesedaran dan tunjuk ajar kepada pertubuhan-pertubuhan supaya dapat meningkatkan pengurusan dan penglibatannya dalam aktiviti-aktiviti memberi bantuan kepada masyarakat dalam negara dan juga di luar negara.

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 9

JPPM juga dalam proses mendapatkan kelulusan dalam pindaan kepada Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984 yang melibatkan sumber kewangan. Perkara ini adalah selaras dengan keperluan yang ditetapkan di peringkat antarabangsa. Bagi tujuan itu juga, Akta Pertubuhan 1966, Akta 335 masih lagi relevan untuk diguna pakai sehingga hari ini kerana penggubalan undang-undang ini mengambil kira keperluan semasa dan memberi ruang secukupnya untuk sesebuah pertubuhan itu bergerak mengikut tujuan dan objektif masing-masing selari dengan perlembagaan undang-undang negara. Kementerian juga bersedia mengkaji dan meneliti penggubalan semula akta tersebut jika terdapat keperluan semasa yang memerlukan penambahbaikan dalam proses mengawal selia pertubuhan di negara ini.

Selain daripada itu juga, JPPM telah mengambil langkah proaktif untuk memastikan semua pertubuhan di negara ini dikawal selia dengan baik melalui beberapa inisiatif. Antaranya bekerjasama dengan pakar akademik dari Accounting Research Institute dalam meningkatkan mutu pelaburan kewangan pertubuhan dan dapat memantau aktiviti kewangan pertubuhan dari melakukan aktiviti money laundering yang menjadi kesalahan dalam undang-undang negara ini. Selain daripada itu juga, JPPM telah mentransformasikan kaedah pendaftaran dan pemantauan pertubuhan dengan menggunakan akses atas talian, online untuk semua pertubuhan di negara ini yang dijangka dapat dilaksanakan mulai tahun 2012. Terima kasih.

Tuan Lee Cheam Choon: Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan. Soalan tambahan saya adalah jikalau sesebuah pertubuhan telah melakukan kesalahan dan telah pun dibatalkan pendaftarannya, adakah ahli jawatankuasa kepada pertubuhan tersebut tidak dibenarkan untuk memegang jawatan di pertubuhan yang lain dan jikalau sesebuah pertubuhan itu telah diambil alih oleh ahli jawatankuasa yang baru, maka pertubuhan ini telah pun melakukan kesalahan kerana kecuaian jawatankuasa yang lama. Maka adakah ahli jawatankuasa ini akan dipersalahkan? Terima kasih.

Dato’ Lee Chee Leong: Tuan Yang di-Pertua, pertubuhan yang dikenakan pembatalan akan disenaraihitamkan dari memegang mana-mana jawatan dalam pertubuhan selama lima tahun seperti mana yang terpakai dalam seksyen 9A(1a), Akta Pertubuhan 1966. Walau bagaimanapun, seseorang itu mempunyai peluang untuk mendapatkan pengecualian jika mendapat kebenaran berdaftar dengan syarat-syarat tertentu seperti yang terkandung dalam seksyen 9A(4) pertubuhan tersebut.

Untuk menjawab soalan yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mengambil sesuatu tindakan atau hukuman adalah ke atas pertubuhan tersebut dan bukannya kepada mana-mana individu mahupun ahli jawatankuasa pertubuhan tersebut. Tindakan akan diteruskan terhadap pertubuhan tersebut tetapi pertubuhan itu mempunyai hak untuk membuat rayuan mengikut seksyen 18, Akta Pertubuhan 1966 jika tindakan pembatalan itu diteruskan oleh pendaftar. Terima kasih.

Tuan Pau Chiong Ung: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah apakah proses yang diambil oleh pihak JPPM sebelum sesebuah pertubuhan NGO itu dibatalkan pendaftarannya. Sekian, terima kasih.

■1050

Dato Lee Chee Leong: Tuan Yang di-Pertua, sebelum sesebuah pertubuhan dibatalkan pendaftarannya di bawah seksyen 13, Akta Pertubuhan, pihak JPPM akan mengeluarkan notis berkaitan agar sesebuah pertubuhan itu tidak dibatalkan pendaftarannya, dan akan meminta agar pertubuhan itu menghantar dokumen yang berkaitan supaya pembatalannya tidak diteruskan. Walau bagaimanapun, jika sesuatu pertubuhan itu telah dibatalkan pendaftarannya, maka pertubuhan itu mempunyai hak untuk merayu dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembatalan itu dilaksanakan yang tergantung dalam seksyen 6(18), Akta Pertubuhan 1966.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan pertanyaan keenam Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua...

Kolam dan paya di tengah taman, Soalan saya nombor enam.

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

10 DN 19.12.2011

6. Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan, langkah-langkah, kementerian untuk menilai kembali dan memperkasa lagi Dasar Perfileman Negara agar benar-benar memberi nilai tambah terhadap industri perfileman dan sekali gus menyumbang secara berkesan terhadap usaha pembinaan sebuah negara bangsa ‘mengikut acuan kita sendiri’ sebagai termaktub dalam Wawasan 2020.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II [Datuk Maglin Dennis D’Cruz]: Selamat pagi dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam usaha menyokong dan memajukan Industri Filem Negara telah pun melaksanakan program berlandaskan Dasar Perfileman Negara (DFN) yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada tahun 2005.

Kementerian melalui FINAS dan Filem Negara Malaysia sentiasa menyelia dan memantau pelaksanaan program Dasar Perfileman Negara (DFN) untuk memastikan bahawa bidang perfileman tempatan turut berperanan dalam membentuk sebuah negara bangsa Malaysia yang dinamik dan progresif mengikut acuan kita sendiri.

Dalam usaha kementerian untuk memperkasakan lagi industri perfileman dan industri-industri kreatif lain, beberapa strategik dan pelan tindakan yang komprehensif telah dirangka di bawah Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 12 November 2010, dan telah dilancarkan secara rasmi pada 21 Oktober 2011 lalu. DIKN akan menjadi satu dasar induk yang akan menetapkan prinsip-prinsip asas pembangunan industri kreatif negara. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua: Soalan tambahan pertama, Dato’ Dr. Firdaus.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya gembira mendengar bahawa langkah-langkah yang positif telah diambil oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk memastikan supaya Dasar Perfileman Negara ini dilaksanakan. Cuma yang saya tidak pasti, apakah benar diluluskan pada tahun 2005? Ini kerana setahu saya Dasar Perfileman Negara telah digubal pada 1990 lagi. Saya ingat waktu itu yang mempengerusikannya ialah Allahyarham Tan Sri Ghazali Shafie dan secara kebetulan saya terlibat dalam penggubalan itu.

Jadi yang saya hendak pastikan, selain daripada langkah-langkah yang disebut oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, sejauh manakah usaha-usaha kementerian memasyarakatkan Dasar Perfileman Negara ini agar difahami bukan sahaja oleh pegawai-pegawai tinggi di kementerian malah juga pada pegawai-pegawai di peringkat menengah dan rakyat umumnya. Saya rasa ini adalah dasar penting dan perlu difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Maglin Dennis D’Cruz: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua. Penciptaan di bawah dasar-dasar perfileman negara bermula tahun 2006 sehingga Oktober 2011. Terdapat 239 aktiviti dengan seramai 6,866 orang peserta telah terlibat mengikut program latihan perfileman. Antara aktiviti yang dijalankan di bawah program latihan perfileman ialah penganjuran bengkel kemahiran perfileman, sesi master class, forum, dialog, tayangan dan ekspedisi filem yang juga Yang Berhormat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah meletakkan KPI kepada semua 18 agensi di bawah KPKK. Perfileman Negara adalah salah satu agensi yang telah capai KPInya. KPKK sedang melakukan dasar-dasar yang dilancarkan pada 21 Oktober 2011. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua: Tiada soalan tambahan seterusnya, dipersilakan soalan ketujuh, Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar.

Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua...

Malam raya sungguh riuh, Soalan saya nombor tujuh.

7. Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar minta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, mengenai perkembangan terkini jumlah orang miskin, ibu tunggal dan anak yatim yang telah mendapat elaun sara hidup bulanan di seluruh negara mengikut negeri-negeri. Sampai bilakah bantuan seumpama ini disasarkan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang.

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 11

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datuk Heng Seai Kie]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat amat prihatin terhadap kebajikan dan kesejahteraan kumpulan masyarakat yang memerlukan.

Ini termasuklah golongan miskin, ibu tunggal dan anak yatim bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka. Dalam hal ini, kementerian melalui JKM telah menyalurkan bantuan kebajikan berjumlah RM680.1 juta bagi tempoh Januari hingga September 2011 memanfaatkan seramai 336,333 orang miskin. Skim Bantuan Kebajikan kepada orang miskin ini melibatkan bantuan kanak-kanak, bantuan orang tua dan bantuan am. Daripada jumlah tersebut sebanyak 18.8peratus bersamaan dengan 63,325 orang penerima adalah golongan ibu tunggal miskin yang menerima bantuan keseluruhan berjumlah RM90.74 juta.

Dalam hal ini, seramai 19,515 orang ibu tunggal menerima bantuan am yang melibatkan peruntukan berjumlah RM19.48 juta dan 43,810 orang ibu tunggal telah menerima bantuan kanak-kanak yang melibatkan peruntukan sebanyak RM71.26 juta. Selain itu bilangan anak yatim yang menerima bantuan kanak-kanak adalah seramai 8,743 orang melibatkan peruntukan sebanyak RM13.72 juta bagi bulan Januari hingga September 2011. Untuk maklumat terperinci pecahan jumlah penerima bantuan bagi golongan miskin, ibu tunggal dan anak yatim mengikut negeri, akan saya kemukakan kepada Ahli Yang Berhormat secara bertulis nanti.

Tuan Yang di-Pertua, bantuan kebajikan masyarakat yang diberikan kepada golongan yang memerlukan adalah bagi tempoh satu tahun. Sebelum tamat tempoh satu tahun itu, kedudukan bantuan akan dikaji semula untuk menentukan sama ada ia perlu diteruskan.

Tuan Yang di-Pertua selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara yang berpendapatan tinggi, kementerian telah menggunakan pendekatan kebajikan produktif atau dengan izin, productive welfare bagi membantu penerima bantuan kebajikan ke arah hidup berdikari dan tidak bergantung kepada bantuan selama-lamanya. Sehubungan dengan itu, di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara atau dengan izin, National Key Result Area (NKRA), meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Program 1AZAM telah dilaksanakan bagi membantu golongan miskin yang produktif menjana pendapatan sendiri dan seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan. Program 1AZAM disasarkan kepada ketua isi rumah miskin tegar dan miskin yang berdaftar dengan sistem e-Kasih, dan penerima bantuan JKM termasuk orang kurang upaya.

■1100

Para peserta dibantu melalui pelbagai aktiviti ekonomi seperti dalam bidang pertanian iaitu Azam Tani, dalam bidang perniagaan iaitu Azam Niaga, serta disediakan peluang pekerjaan iaitu Azam Kerja dan menceburi sektor perkhidmatan iaitu Azam Khidmat. Inisiatif di bawah 1AZAM dilaksanakan menerusi kerjasama pintar dengan agensi pelaksana iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Manusia, Amanah Ikhtiar Malaysia serta kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak. Sejak dilancarkan pada tahun 2010 sehingga 30 November 2011, sejumlah 57,905 KIR iaitu ketua isi rumah, di seluruh negara telah pun menyertai Program 1AZAM. Sekian, terima kasih.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tahniah dan syabas kepada kementerian. Itu benar-benar kerajaan kebajikan. Tahniah.

Selain daripada bantuan kewangan dan 1AZAM, saya minta huraikan sedikit Program 1AZAM dan Amanah Ikhtiar Malaysia supaya lebih jelas lagi. Adakah bantuan ini diberikan kepada semua ibu tunggal? Ini kerana ramai ibu tunggal yang kompelin mereka masih lagi tidak mendapat bantuan dan juga anak-anak yatim. Thank you.

Datuk Heng Seai Kie: Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan tambahan yang telah dikemukakan. Sebenarnya dari segi pencapaian NKRA ataupun Program 1AZAM, kita telah pun mencapai pencapaian itu mengikut peringkat iaitu setakat ini bagi tahun 2011 iaitu sehingga 30 November, seramai 850 orang usahawan wanita telah berjaya dilatih dan dilahirkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia. Ini termasuklah ibu tunggal.

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

12 DN 19.12.2011

Keduanya ialah kumulatif seramai 2,850 orang berjaya menjadi usahawan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3,500 dan ke atas. Tuan Yang di-Pertua, definisi usahawan wanita di sini ialah mereka yang mencapai pendapatan bulanan sebanyak RM3,500 ke atas selama tiga bulan secara berturut-turut. Jadi jika beliau merupakan penerima bantuan JKM, maka akan ditamatkan bantuan JKMnya.

Keempat ialah melalui Jabatan Pembangunan Wanita, kita juga telah berjaya melatih seramai 3,433 orang usahawan wanita melalui Program Jejari Bestari, I-KEUNITA dan I-KIT. Kelima ialah melalui Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS), kita juga telah berjaya melatih 600 orang usahawan melalui Program eMAK.

Tentang Program 1AZAM berkaitan dengan agensi pelaksana seperti mana yang saya nyatakan tadi, status semasa Program 1AZAM sehingga 30 November 2011 ialah, bagi Azam Niaga dan Azam Khidmat di mana kementerian ini menjadi penerajunya, seramai 14,526 orang telah pun menerima latihan. Bagi Azam Tani di mana pelaksananya ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ialah seramai 7,217 orang dan bagi Azam Niaga dan Azam Khidmat di mana agensi pelaksana ialah Amanah Ikhtiar Malaysia ialah seramai 11,892 orang. Bagi Azam Kerja yang diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia, ialah seramai 3,710 orang. Bagi 1AZAM Sabah yang diterajui oleh Kerajaan Negeri Sabah ialah seramai 11,196 orang dan bagi 1AZAM Sarawak pula ialah seramai 9,364 orang. Kesemua jumlah ketua isi rumah yang telah bermanfaat daripada program ini ialah 57,905 orang. Ini termasuklah ibu-ibu tunggal. Sekian, terima kasih.

Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selepas sahaja seseorang membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada kebajikan, keputusannya agak lambat, kadang-kadang sampai lima atau enam bulan.

Keduanya adalah penerima-penerima yang sedang menerima bantuan itu menerimanya dengan lambat terutamanya pada hujung dan awal tahun. Bagaimana kementerian dapat mengatasi masalah ini?

Datuk Heng Seai Kie: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang telah dikemukakan. Kita memang terima aduan berkenaan dengan pengambilan masa berbulan-bulan untuk memproses permohonan JKM tetapi sebenarnya ada sebabnya. Antara sebab yang utama ialah pertama sekali, alamat rumah pemohon itu tidak dapat dikesan.

Keduanya ialah maklumat yang diberikan oleh pemohon itu tidak lengkap dan setiap kali pejabat-pejabat kebajikan masyarakat daerah ataupun melalui Pusat, kita terpaksa menghubungi pemohon itu semula bagi mendapatkan maklumat yang selanjutnya sebelum permohonan itu dapat diproses.

Tentang isu kedua yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi, tentang penerimaan wang bantuan JKM yang lambat pada hujung dan awal tahun, perkara ini Tuan Yang di-Pertua, memang berlaku pada tahun yang lepas kerana pada masa itu disebabkan oleh keprihatinan kerajaan yang telah pun menggerakkan semua pegawai Projek Cari untuk mencari-cari semua golongan miskin yang terdapat sama ada di kawasan bandar ataupun luar bandar, jadi dengan sekali gus jumlah permohonan itu telah meloncat dua kali ganda. Jadi oleh kerana itu, peruntukan yang diperuntukkan untuk bantuan JKM pada tahun yang lepas iaitu pada hujung tahun memang adalah di luar ataupun lebih daripada jumlah peruntukan yang telah ditetapkan pada asalnya.

Oleh itu, kita telah mengambil inisiatif untuk memohon peruntukan tambahan bagi menampung keperluan untuk membayar bantuan JKM kepada pemohon-pemohon baru yang baru lulus permohonan mereka. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak akan berlaku pada tahun ini. Sekian, terima kasih.

8. Tuan Ahmad bin Hussin minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, sejak Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (PEMUDAH – Special Task Force to Facilitate Business) ditubuhkan di peringkat Persekutuan dan negeri, apakah kemajuan dan pembaharuan-pembaharuan yang telah dicapai.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I [Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir]: Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 13

Tuan Yang di-Pertua, PEMUDAH telah ditubuhkan pada 7 Februari 2007 atas keperluan untuk mewujudkan hubungan kerjasama yang erat di antara sektor awam dan sektor swasta bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam serta mewujudkan persekitaran yang mesra perniagaan di Malaysia.

■1110

Sejak penubuhannya, PEMUDAH telah mencatatkan pelbagai pencapaian kemajuan dan pembaharuan dalam sistem penyampaian perkhidmatan sektor kerajaan dan swasta sama ada dari segi penambahbaikan dasar mahupun dalam hal-hal pengurusan kecekapan masa, proses dan prosedur. Kemajuan dan pembaharuan yang dicapai di peringkat Persekutuan adalah lebih progresif memandangkan ia telah lama ditubuhkan.

Manakala di peringkat negeri pula, PEMUDAH ditubuhkan secara rasmi pada pertengahan tahun 2011 atas arahan Ketua Setiausaha Negara bagi mempertingkatkan sistem penyampaian kerajaan negeri. Antara kemajuan dan pembaharuan yang telah dicapai melalui PEMUDAH termasuk:

(i) mengurangkan tempoh masa untuk memperbadankan syarikat daripada 11 hari kepada hanya satu hari sahaja melalui interaksi satu kaunter dan penggabungan pelbagai prosedur pemerbadanan;

(ii) pengenalan satu siri nombor pendaftaran syarikat atau nombor identiti korporat Malaysia (MyCoID) untuk keperluan pendaftaran dan transaksi dengan agensi kerajaan yang lain seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Perbadanan Sumber Manusia Berhad, Pertubuhan Keselamatan Sosial dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana;

(iii) penambahbaikan proses pembayaran cukai secara elektronik melalui e-Daftar dan e-SPC ataupun Surat Penyelesaian Cukai melalui internet;

(iv) pengenalan Sistem Sokongan Elektronik Pelesenan Perniagaan (BLESS) sebagai pusat setempat atas talian untuk permohonan secara serentak bagi mendapatkan lesen kelulusan dan permit di mana dalam fasa 2 dan 3, sebanyak 73 buah agensi dan lebih kurang 350 lesen permit dan kelulusan dirancang untuk dimasukkan dalam portal dan dijangka siap pada bulan November tahun 2013;

(v) pengenalan pusat setempat atau one-stop centre untuk memperkemaskan proses melaksanakan keputusan bagi projek pembangunan yang kini boleh diperoleh dalam masa tempoh enam bulan berbanding tempoh beberapa tahun sebelum ini;

(vi) penubuhan Mahkamah Dagang Baru atau New Commercial Court, dengan izin, untuk melancarkan proses penyelesaian kes-kes komersial selain daripada yang melibatkan harta intelektual dan muamalat;

(vii) peningkatan kecekapan mahkamah dalam mengurangkan kes-kes tertunggak melalui pengenalan sistem pemfailan elektronik, pengurusan kes atau Case Management System (CMS) dengan izin, pengurusan giliran atau Queue Management System (QMS), dengan izin, dan transkripsi dan rakaman mahkamah atau Court Recording and Transcript System (CRT), dengan izin;

(viii) pelaksanaan kemudahan myBayar untuk pembayaran atas talian melalui debit terus atau kad kredit kepada 236 buah agensi kerajaan di seluruh negara yang merangkumi 449 jenis perkhidmatan kerajaan;

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

14 DN 19.12.2011

(ix) penambahbaikan sistem pendaftaran hartanah yang telah berjaya mengurangkan masa yang diambil untuk memindah milik tanah standard daripada 41 hari kepada hanya satu hari sahaja serta pengenalan sistem pembayaran duti setem atas talian;

(x) penambahbaikan berterusan Jabatan Imigresen berkaitan pekerja ekspatriat; dan

(xi) pada pertengahan 2010, PEMUDAH telah menubuhkan Kumpulan Fokus Perekayasaan Pelesenan Perniagaan bagi mengurang dan menghapuskan undang-undang pengawalan dan peraturan yang tidak diperlukan di 23 buah kementerian dan agensi yang terlibat.

Tuan Yang di-Pertua, PEMUDAH juga menerajui usaha meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Laporan Doing Business oleh Bank Dunia. Hasil daripada semua usaha ini, kedudukan Malaysia telah meningkat ke tangga ke 18 daripada tangga ke-23 dalam laporan Doing Business 2012.

PEMUDAH sentiasa memperkenalkan dan melaksanakan inisiatif untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan dan juga swasta. Ini bagi meningkatkan kecekapan serta ketelusan mengurangkan birokrasi, tempoh masa dan bilangan proses serta borang dengan kerjasama dan usaha sama semua peringkat pentadbiran dan sektor swasta.

Tuan Yang di-Pertua: Cuma tambahan sahaja Yang Berhormat Tuan Ahmad bin Hussin.

Tuan Ahmad bin Hussin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri yang menjawab dengan baik. MyCoID dicetuskan oleh PEMUDAH selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kerenah birokrasi dalam urusan-urusan yang melibatkan kerajaan.

Soalan saya, ranking Malaysia dalam tajuk Getting Electricity adalah di tangga yang ke-59. Dalam Laporan Bank Dunia Doing Business 2010, soalan saya, apakah tindakan yang akan diambil supaya pelabur-pelabur dan pemaju-pemaju di kawasan industri yang kini terpaksa menunggu selama 18 bulan akan mendapat bekalan elektrik dengan kadar yang lebih cepat?

Kedua Tuan Yang di-Pertua, bagaimanakah PEMUDAH akan dapat membantu negara mencapai visi tiada rasuah dengan izin, zero tolerance for corruption iaitu salah satu daripada visi dan nilai dengan izin, vision and values PEMUDAH?

Ketiga, adakah PEMUDAH ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya untuk mengkali kelemahan pentadbiran awam tumpuan kepada memperbaiki sistem penyampaian atau delivery system Dasar Persyarikatan Malaysia dan khidmat mesra rakyat? Sekian, terima kasih.

Dato’ Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir: Terima kasih Yang Berhormat di atas tiga soalan tambahan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan yang pertama berkait dengan Laporan Doing Business Bank Dunia ini yang turut menyentuh soal getting electricity sebagai salah satu tajuk dalam ranking tersebut.

Untuk makluman Ahli-ahli Dewan Negara pada hari ini, indikator mendapatkan elektrik atau dengan izin, getting electricity adalah satu indikator yang baru dimasukkan ke dalam ataupun diperkenalkan ke dalam indeks Doing Business oleh Bank Dunia. Untuk makluman, tempoh masa menunggu selama 18 bulan itu mungkin terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja. Di sesetengah kawasan di mana infrastrukturnya masih belum lengkap dan TNB memerlukan masa untuk melengkapkannya. TNB juga perlu menimbangkan aspek kos yang tinggi dalam penyediaan infrastruktur tersebut. Akan tetapi pada hemat kami, di kebanyakan tempat ataupun taman-taman industri ini, tempoh waktu yang diperlukan untuk menyediakan khidmat electricity ini pada tempoh masa yang munasabah.

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 15

Buat masa ini MITI sedang bekerjasama dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memastikan pelabur-pelabur dan pemaju kawasan industri mendapat bekalan elektrik dalam jangka masa yang lebih pendek. PEMUDAH juga telah mewujudkan satu kumpulan fokus dalam perkara ini untuk memastikan bahawa isu-isu mengenai mendapatkan electricity diberi keutamaan dan kedudukan Malaysia dalam ranking Doing Business Getting Electricity ini terus diperbaiki pada masa-masa akan datang.

Soalan kedua yang telah dibangkitkan adalah mengenai usaha-usaha kita untuk mencapai visi tiada rasuah ataupun dengan izin, zero tolerance for corruption iaitu salah daripada visi dan nilai PEMUDAH. Seperti yang kita sedia maklum, PEMUDAH sentiasa mengenal pasti dan menanda aras amalan terbaik dari negara-negara lain serta memastikan pelaksanaan meluas aplikasi ICT dan pusat setempat dalam proses dan prosedur kerajaan. Ini akan mengurangkan kerenah birokrasi dan dengan izin discretionary powers.

Oleh yang demikian penjawat awam tidak mempunyai peluang untuk menyalah guna kuasa dan rakyat tidak lagi perlu memberi sesuatu imbuhan atau rasuah untuk melicinkan urusan dengan kerajaan. Sebelum usaha PEMUDAH untuk meningkatkan penggunaan ICT dalam urusan kerajaan, hanya terdapat 42 agensi yang menyediakan 70 perkhidmatan atas talian.

■1120

Akan tetapi setelah PEMUDAH melaksanakan usahanya melalui penubuhan Pasukan Petugas Pelaksanaan Kemudahan e-Bayar ataupun dengan izin, Task Force on e-Payment Facilities pada Disember tahun ini. Terdapat 236 agensi yang menyediakan 449 perkhidmatan atas talian. Pada unjuran kamilah apabila sistem penyampaian kita lebih efisien dan ia lebih bersifat telus, maka kuranglah peluang-peluang untuk berlaku rasuah ini.

Dalam soal penubuhan suruhanjaya seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat iaitu kalau boleh saya mohon sedikit masa untuk mendapat maklumat terkini daripada pihak PEMUDAH. Sekiranya mereka memandang cadangan tersebut sebagai wajar untuk mengatasi masalah-masalah yang berbangkit. Terima kasih.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tahniah kepada PEMANDU yang telah berjaya mengadakan beberapa perubahan dalam sistem delivery di negara kita. Soalan saya, melihatkan beberapa inisiatif ataupun kemajuan yang telah dicapai melalui agensi-agensi kerajaan seperti SSM, Jabatan Imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri, apakah peranan PEMUDAH sebenarnya? Adakah kemajuan-kemajuan dicapai itu datangnya daripada inisiatif PEMUDAH ataupun soalan saya sebenarnya tidak adakah inisiatif daripada pihak agensi kerajaan itu sendiri bagi meningkatkan sistem delivery di kalangan mereka sendiri? Terima kasih.

Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan tersebut. Kalau kita ingat pada tahun 2007 apabila PEMUDAH mula diwujudkan. Pada ketika itu memang sudah ada pun usaha-usaha untuk memperbaiki ataupun menambah baik sistem penyampaian oleh agensi-agensi kerajaan. Akan tetapi dilihat bahawa sekiranya ditubuhkan satu agensi luar daripada agensi tersebut yang ditubuhkan khusus untuk tujuan ini, maka perhatian ataupun tumpuan akan diberikan dengan mengenal pasti di mana terletaknya masalah-masalah birokrasi.

Saya yakin bahawa kejayaan yang kita lihat setakat ini adalah hasil kerjasama semua pihak. Bukan hanya PEMUDAH tetapi sudah tentu agensi yang terlibat dan usaha-usaha ini akan berterusan. Saya ingin menyatakan di sini juga bahawa walaupun kita sudah mencapai satu tahap yang agak membanggakan berbanding dengan mungkin empat tahun yang lepas, akan tetapi ruang untuk menambah baik ini sentiasa ada kerana walaupun contohnya jumlah hari untuk mendaftar syarikat itu sudah menurun sampai ke satu hari kita masih tidak berpuas hati. Ini kerana saya dimaklumkan bahawa di Hong Kong contohnya ia cuma memakan masa dua tiga jam sahaja, bukan satu hari.

Kalau kita iktiraf satu hari ini sebagai 24 jam maka ianya lebih kurang enam kali lebih panjang tempoh waktunya berbanding dengan Hong Kong. Jadi bermaksud masih ada lagi ruang untuk kita memperbaiki sistem penyampaian kita dan usaha ini akan berterusan dari semasa ke semasa.

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

16 DN 19.12.2011

9. Dr. S. Ramakrishnan minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) berapakah jumlah penduduk yang terpaksa berpindah akibat pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik Gemas-Johor Baru dan apakah pampasan yang diberikan kepada mereka; dan

(b) bilakah kerajaan akan memberi alternatif tanah atau rumah kepada penduduk yang terkesan ini seperti yang dijanjikan dalam beberapa pilihan raya yang lalu.

Timbalan Menteri Pengangkutan II [Tuan Jelaing anak Mersat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, selamat pagi Yang Berhormat Senator. Penduduk yang dimaksudkan Yang Berhormat Senator di sini adalah setinggan yang duduk di dalam rizab kereta api. Jumlah setinggan yang berada di dalam rizab kereta api antara Gemas ke Johor Bahru yang perlu berpindah akibat pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru ialah seramai 616 keluarga. Pecahan setinggan kediaman mengikut daerah adalah seperti berikut:

Daerah Jumlah Keluarga

Segamat 74

Kluang 327

Kulai Jaya 199

Johor Bahru 16

Pampasan ex-gratia yang diberikan kepada mereka adalah sebanyak RM8,200 sekeluarga iaitu RM1,000 sebagai perbelanjaan perpindahan dan RM7,200 sebagai bayaran sewa rumah sebanyak RM300 sebulan untuk tempoh selama 24 bulan.

Kementerian Pengangkutan dan Kerajaan Negeri Johor melalui Jawatankuasa Kerja Bersama kementerian dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor telah merangka exit plan untuk menempatkan semula setinggan-setinggan yang terlibat melalui penyediaan tapak rumah atau penawaran rumah di bawah Program Kerajaan Negeri Johor.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah apabila KTM membina landasan berkembar di Kuala Sepetang, Perak 300 keluarga diberi tanah untuk pindah dan di Seberang Perai 32 keluarga diberi wang sebanyak RM42,000. Akan tetapi penduduk yang terlibat dalam pembinaan landasan kereta api Gemas-Johor Bahru hanya diberi RM8,200. Kenapakah perbezaan dalam pembayaran wang pampasan? Terima kasih.

Tuan Jelaing anak Mersat: Tuan Yang di-Pertua terima kasih, terima kasih Yang Berhormat. Perbezaan ini adalah oleh kerana perancangan-perancangan yang tertentu yang belum saya boleh sebutkan di sini oleh kerajaan untuk masa hadapan penduduk-penduduk yang perlu dipindahkan akibat penyelenggaraan projek kereta api berkembar di seluruh tempat seperti di Kedah, di Perlis, di Perak dan juga baru-baru ini di Johor. Sekian.

10. Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta Menteri Pertahanan menyatakan, bagaimana kerajaan akan terus meningkatkan keupayaan pertahanannya demi menjaga kedaulatan negara terutama di kawasan perairan Malaysia yang luas termasuk EEZ.

Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih soalan daripada Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan pertahanan negara dan dalam konteks pertahanan maritim bagi memastikan kepentingan strategik wilayah zon eksklusif ekonomi dengan izin EEZ.

Kedaulatan perairan wilayah sentiasa terpelihara kerajaan telah pun mempunyai pelan jangka panjang bagi membangunkan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Antaranya adalah membina 27 kapal new generation patrol vessel di mana enam telah pun beroperasi, enam lagi akan dibina mulai Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesebelas.

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 17

Di mana NGPV ini (New Generation Patrol Vessel) adalah berbentuk littoral convention dan bersifat frigate maknanya lebih panjang, lebih besar dan lebih mempunyai keupayaan pertahanan empat dimensi. Projek ini masih dalam rundingan, surat award sudah pun dikemukakan dua hari lepas.

■1130

Kedua, pembelian dua aset strategik kapal selam yang boleh mengkoordinasi sistem pertahanan perairan negara. Ketiga, proses pemodenan keupayaan pertahanan maritim iaitu menambah baik jangka hayat kapal-kapal sedia ada dalam Program SLAP iaitu Ship Life Attention Program dan yang akhir adalah koordinasi dan kerjasama serta program-program yang memberi faedah jangka panjang mengenai kesefahaman dan juga semangat kejiranan di mana kita melakukan banyak exercise bersama dengan tentera laut dengan jiran kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, soalan tambahan Yang Berhormat Puan Mariany binti Mohammad Yit.

Puan Mariany binti Mohammad Yit: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya ialah bagaimana pula dengan keselamatan kapal-kapal dagang, paip-paip gas serta talian komunikasi bawah tanah dan juga prestasi tentera laut kita sama ada berkesan atau pun mencukupi sebagai deterrent, dengan izin, mengawal kegiatan lanun di perairan Sabah, Sarawak, dan Selat Melaka. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Kita mempunyai kesefahaman. Untuk Selat Melaka kita ada program Eye in the Sky di mana tiga negara - Singapura, Malaysia, dan Indonesia bekerjasama dalam memastikan surveillance, dengan izin.

Jadi Selat Melaka dapat kita pertahankan dengan memastikan, saya beri contoh Tuan Yang di-Pertua, dalam aircraft yang membuat air surveillance ini, ia ada ketiga-tiga krew iaitu krew dari Malaysia, Indonesia, dan Singapura bagi memastikan bukan sahaja kita dapat menangkis conventional trap dengan izin, tetapi juga ancaman-ancaman seperti lanun, human trafficking, dan sebagainya.

Untuk perairan di Laut China Selatan, kita bekerjasama - untuk Tentera Laut Diraja Malaysia, kita merupakan second kepada koordinasi dengan MMEA di mana kita sudah pun mempunyai satu SOP yang dikendalikan oleh Majlis Keselamatan Negara supaya apa juga masalah-masalah yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan negara - semua kita maklum bahawa kawasan ZEE kita mempunyai lebih daripada trilion aset, bukan sahaja minyak dan gas tetapi juga hasil mahsul ikan maritime yang kita jaga. Sekian, terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Maijol bin Mahap, soalan tambahan.

Datuk Maijol bin Mahap: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah mengenai dengan keberkesanan tentera-tentera yang menjaga perairan di negeri Sabah. Saya tahu bahawa memang kita mempunyai pasukan yang sudah tersedia mengawal pengairan Sabah tetapi namun demikian, sudah bertahun-tahun sekarang ini kita juga tahu bahawa masih ramai rakyat daripada negara-negara jiran yang masuk ke negara kita dengan cara illegal. Jadi di situ ada satu kelemahan dari segi pembanterasan mereka masuk ke negara kita. Adakah ini disebabkan manpower itu tidak mencukupi ataupun sistem kita yang tidak baik, atau ada sebab yang lain lagi? Saya ingin tanya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Terima kasih soalan tambahan. Untuk utara Sabah, kita ada Ops Pasir di mana kita mempunyai satu koordinasi yang lengkap di antara marin polis MMEA dan juga Tentera Laut juga Tentera Darat di bawah satu ketumbukan yang dikawal di bawah panglima angkatan bersama.

Kita juga mempunyai kerjasama dengan Amerika, di mana Amerika untuk aktiviti pelanunan dan juga human trafficking serta apa juga anasir-anasir negatif, di mana mereka telah memberi lapan jenis radar, semuanya berfungsi dengan baik.

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

18 DN 19.12.2011

Saya sendiri sudah pergi melihat operasi dan dengan adanya radar dan juga fast boat, kos yang Amerika bantu kita, bukan sahaja dengan Malaysia tetapi juga dengan Indonesia, adalah lebih kurang RM50 juta untuk memberi kelengkapan dan teknologi bagi kita memastikan pengairan kita sentiasa selamat.

Walau bagaimanapun, oleh sebab laut Sabah itu luas dan setengah-setengah daripada kawasan Sabah itu sendiri amat sukar untuk kita kawal, maka mungkin terjadinya unsur-unsur yang demikian. Walau bagaimanapun, dengan Ops Pasir dan juga Program 1206, sejak tahun 2006, butiran mengenai kehadiran pendatang asing ke Sabah amat berkurangan. Terima kasih.

11. Tuan Khoo Soo Seang minta Menteri Pelajaran menyatakan, mengapa begitu ramai graduan pendidikan tidak diterima untuk mengajar di sekolah kebangsaan seperti yang dijangka dan diharapkan. Adakah kementerian akan menjalankan tanggungjawabnya dan membantu mereka mencari penempatan atau jawatan yang lain.

Timbalan Menteri Pelajaran II [Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembekalan keperluan guru bagi sekolah-sekolah rendah dan menengah masih menggunakan Memorandum Bersama Menteri Pelajaran dan Menteri Pengajian Tinggi pada tahun 2006. Mengenai langkah bersama yang akan diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Kementerian Pengajian Tinggi dalam menangani ketidakseimbangan di antara keperluan dan penawaran guru. Melalui persefahaman tersebut, pembekalan guru di sekolah rendah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala KPT akan membekalkan guru-guru bagi sekolah menengah. Maksudnya tidak ada masalah Yang Berhormat atas persefahaman ini.

Berhubung dengan isu yang dibangkitkan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedaya upaya cuba menyelesaikan masalah tersebut. Namun dasar penempatan guru bagi graduan pendidikan sama ada lepasan institut pendidikan guru atau pun institut pengajian tinggi awam (IPTA) adalah berasaskan kepada keperluan, kekosongan, jawatan, dan juga keperluan opsyen.

Sehubungan itu, langkah kementerian terkini telah menempatkan seramai 1,746 orang graduan pendidikan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) keluaran IPG ke sekolah-sekolah rendah mulai 20 Oktober 2011. Di samping itu Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sedang mengadakan temuduga bagi 3,984 graduan IPG yang tamat pengajian pada Mei sehingga November 2011 - sebab Yang Berhormat bertanya tentang sekolah kebangsaan. Pelantikan diuruskan secara terus oleh pihak berkuasa yang melantik SPP bagi membolehkan guru-guru dilantik secara tetap, berkhidmat di sekolah-sekolah KPM dan menerima semua faedah lantikan sebagai pegawai tetap.

Kementerian juga ingin menasihatkan - ini soalan yang kedua Yang Berhormat, ya. Kementerian juga ingin menasihatkan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program pendidikan di institut pengajian tinggi perlu menyedari bahawa program pendidikan bukanlah jaminan untuk mendapat pekerjaan di institusi-institusi pendidikan kerajaan tetapi ia adalah merupakan program pengajian dan latihan seperti kursus-kursus lain yang ditawarkan di IPT. Manakala pengambilan untuk menjadi guru di bawah KPM akan melalui prosedur yang telah ditetapkan. Ini bertujuan bagi memastikan hanya calon-calon guru yang benar-benar berkualiti dan memenuhi kelayakan yang ditetapkan sahaja akan dipertimbangkan terutamanya berhubung dengan kekosongan dan juga opsyen. Terima kasih.

■1140

Tuan Khoo Soo Seang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ada dua, yang pertama adakah ini bermaksud mereka yang lepasan daripada universiti adakah mereka bebas untuk cari kerja di luar selain daripada mendapatkan jawatan daripada kementerian.

Kedua, saya fikir oleh kerana mereka yang diambil oleh universiti ataupun maktab, sejak hari mereka masuk, kerajaan sudah tahu bilakah mereka akan graduate. Jadi sepatutnya mempunyai masa yang mencukupi untuk tentukan mana hendak tempatkan, bilakah hendak tempat mereka. Apakah sebabnya masalah itu masih berlaku? Sekian, terima kasih.

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 19

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, seperti yang saya jelaskan tadi mereka yang lulus daripada IPG (Institut Pendidikan Guru) yang juga buat bachelor ini, mereka tidak ada masalah sebab mereka ini akan mengajar di sekolah rendah dan pengambilan mereka masuk ke IPGM ini ialah berasaskan kepada unjuran yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Maksudnya daripada 117,000 yang memohon, kita short-listed kepada 50,000 sahaja untuk dipanggil temu duga dan yang diambil masuk hanya lebih kurang 13,000 sahaja daripada 117,000 yang memohon. Maksudnya mereka ini akan melalui ujian M-test dan juga temu duga sebelum masuk yang 13,000.

Jadi kita ambil mereka berasaskan unjuran dan sebab itu, mereka akan hanya mengajar di sekolah rendah. Akan tetapi yang di IPTA ini, mereka diambil oleh universiti sebab itu kita ada jawatankuasa ini, kita sudah beritahu berapa kekosongan yang ada untuk sekolah menengah sebab yang IPTA ini mengajar sekolah menegah. Kita sudah beritahu inilah jumlah kekosongannya.Katalah 300 maka KPT mestilah mengambil 300 sahaja dan mungkin dibahagi-bahagikan mungkin UM ambil 20, USM 30. Oleh itu universiti kena ikut lah, dia tidak boleh ambil lebih pula walaupun dia kata mereka kata mereka ramai lecturer dan sebagainya kalau tidak ia melebihi penawaran.

Sebab itulah,apa yang berlaku di sini ialah kita akan pastikan guru-guru IPTA ini akan mendapat tempat menjadi guru di sekolah menengah setelah mereka ini ditemu duga oleh SPP iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. SPP akan menemu duga mereka ini dan akan menempatkan mereka ini berasaskan kepada kekosongan dan juga opsyen yang diperlukan untuk sekolah menengah. Sebab itulah pada saya, perkara ini sepatutnya tidak timbul masalah, tidak berlaku sebarang pilih kasih sebab yang IPGM ini untuk sekolah rendah, yang IPTA sekolah menengah. Proses terakhirnya nanti ialah mereka ini mestilah ditemu duga oleh SPP dan mereka akan melalui satu ujian yang dipanggil sebagai INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan). Terima kasih.

12. Dato’ Ng Fook Heng minta Menteri Pengangkutan menyatakan, adakah negara kita bercadang untuk mengadakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Moscow demi meningkatkan interaksi di antara dua buah negara.

Timbalan Menteri Pengangkutan II [Tuan Jelaing anak Mersat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Dato’ Senator. Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini syarikat-syarikat penerbangan negara tidak mempunyai cadangan untuk mengadakan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Moscow. Terima kasih.

Dato’ Ng Fook Heng: Terima kasih atas jawapan yang paling pendek sekali. Sekurang-kurangnya pihak kementerian menerangkan kenapa tidak diadakan, saya amat tidak puas hati dengan jawapan ini sebab bila kita buat lawatan ke Rusia baru-baru ini ialah rungutannya ialah tidak ada langsung penerbangan terus dari Malaysia ke sana. Jadi saya minta apakah sebabnya kita tidak adakan ini? Sekian.

Tuan Jelaing anak Mersat: Tuan Yang di-Pertua, Dato’ Senator. Untuk menentukan penerbangan ke mana-mana satu destinasi, syarikat penerbangan yang berkenaan akan menentukan sama ada penerbangan ke situ viable atau tidak. This is purely commercial decisions, dengan izin, dan ke Moscow pada suatu ketika di Russian Airlines iaitu Aeroflot telah ada penerbangan dari Moscow ke Kuala Lumpur dan telah dihentikan oleh kerana tidak viable, tidak cukup dia punya untunglah kalau dari komersialnya. Kalau Yang Berhormat dengar baru-baru ini, ada juga cadangan daripada Russian Airlines, yang hendak buat penerbangan bermula pada penghujung tahun ini daripada Moscow ke Kuala Lumpur. Saya harap Yang Berhormat dapat pergi ke Rusia but its now I think it’s very cool, Yang Berhormat dengan izin. Thank you.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita akuilah bahawa bagi mana-mana syarikat penerbangan yang ingin menjadikan sesuatu bandar itu destinasi ialah purely commercial decisions.

Commercial decisions dengan izin, sebenarnya bergantung dengan business model, kalau tambang murah boleh pergi ke satu destinasi sedangkan MAS tidak boleh pergi itu sebagai contoh sahaja.

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

20 DN 19.12.2011

Di dalam soal ini saya bersama Dato’ Ng Fook Heng baru-baru ini di Rusia, dan masyarakat, perniagaan dan juga sektor pelancongan sana membangkitkan dan pihak kerajaan sendiri membangkitkan. Jadi atas sebab-sebab itu, mungkin ada logiknya kita berbincang semula mengkaji semula pasaran baru ini. Saya terbaca artikel hari ini di mana LADA sedang menunggu kedatangan 56,000 pelancong daripada sektor Scandinavia dalam masa yang terdekat ini daripada hari ini sehingga bulan Mac. Itu satu pasaran yang besar sedangkan di Rusia sendiri ada 36,000 pelancong datang ke Malaysia. Jadi, kita boleh membuat pertumbuhan perjalanan dalam dua hala.

Kedua, Tuan Yang di-Pertua soalan saya ialah baru-baru ini Syarikat Penerbangan Australia - Qantas Airlines sedang tercari-cari satu hab baru untuk Asia dan dua konsiderasi mereka ialah Kuala Lumpur ataupun KLIA dan Singapura.

Soalan saya, apakah peranan kementerian dalam usaha-usaha untuk mengalihkan pandangan Qantas kepada Malaysia ataupun Kuala Lumpur sebagai hab mereka?

Tuan Jelaing anak Mersat: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Senator, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih ke atas input Yang Berhormat bagi kepada Kementerian Pengangkutan dan kita akan bawa cadangan dan idea ini kepada mesyuarat yang tertentu supaya keputusan-keputusan untuk membuat penerbangan ke tempat-tempat yang disebut tadi iaitu di Rusia dan seterusnya ke Scandinivia dapat dipertimbangkan semula supaya lebih ramai lagi tourist ataupun pelawat-pelawat yang datang ke Malaysia.

Jadi soalan yang kedua ini, apakah effort ataupun usaha Kementerian Pengangkutan dalam usaha untuk menggalakkan lagi satu hab pengangkutan di kawasan kita di sini. Ini kita akan ambil perhatian dan membawa ini kepada mesyuarat oleh kerana kementerian Pengangkutan boleh menggalakkan ataupun berbincang dengan syarikat penerbangan untuk mereka mengadakan penerangan sekiranya membawa faedah kepada negara khasnya dari segi ekonomi dan juga daripada sosialnya.

■1150

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, setakat ini sahaja bagi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan untuk pagi ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2012

Bacaan Kali Yang Kedua

Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul dibaca bagi menyambung semula perbahasan atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.” [19 Disember 2011]

Timbalan Yang di-Pertua: Minta Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyambung menjawab.

11.51 pg.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ll [Datuk Chua Tee Yong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyambung kembali penggulungan perbahasan Belanjawan Negara 2012 Peringkat Dasar. Seperti yang telah dipersoalkan atau ditanya oleh Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Fatimah binti Hamat mengenai isu sasaran 10 tan sehektar.

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 21

Isu langkah-langkah untuk menuju kepada self-sufficient (SSL) dengan izin, yang lebih tinggi dan juga cadangan supaya Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak juga mempunyai kawasan yang sesuai untuk dijadikan tempat penanaman padi.

Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini mengikut data masih belum ada pesawah yang dapat mencapai pengeluaran padi 10 metrik tan per hektar secara bersih. Walau bagaimanapun, di sesetengah tempat seperti di negeri Selangor, seramai 626 petani berjaya mencapai hasil sebanyak 8.3 metrik tan bersih per hektar bagi musim 2011, satu.

Kedua, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menyediakan berbagai subsidi dan insentif yang berkaitan dengan padi seperti Skim Subsidi Harga Padi, Skim Bajet Padi, Skim Insentif Pengeluaran Padi, Skim Insentif Peningkatan Hasil, Skim Insentif Pengeluaran Padi Benih Sah dan Skim Subsidi Harga Beras untuk meningkatkan SSL kita. Selain itu, baru-baru ini kita juga mempunyai beberapa strategi untuk meningkatkan tahap SSL kita selain daripada insentif dan selain daripada subsidi iaitu:

(i) mengekalkan kawasan fizikal tanaman padi di dalam dan luar jelapang seluas 444 ribu hektar;

(ii) meningkatkan produktiviti tanaman padi seluruh negara daripada 4 metrik tan kepada 5.2 metrik tan secara purata pada tahun 2015; dan

(iii) meningkatkan insentif intensiti penanaman daripada 142 peratus kepada 146 peratus pada tahun 2015.

Selain itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga telah merancang untuk mengeluarkan variety baru iaitu variety 253 dan variety MR263 yang amat rintang kepada jangkitan penyakit karah dan mampu memberi prestasi hasil yang lebih tinggi di kawasan yang mempunyai masalah kesuburan tanah.

Di samping itu, penggunaan benih padi variety MR220CL1 dan MR220CL2, padi kebal yang mampu meningkatkan pengeluaran padi dan mengurangkan risiko padi angin juga dibenarkan. Petani juga diberi penekanan berhubung dengan pengurusan input pertanian dengan lebih berkesan, penggunaan jentera, mekanisme ladang dan menitikberatkan amalan pertanian baik serta menyelenggarakan dan menaik taraf infrastruktur pengairan dan saliran di kawasan-kawasan sawah.

Pada masa kini kawasan penanaman padi memang telah wujud di negeri Terengganu yang merangkumi kawasan seluas 122 ribu hektar di Daerah Besut dan seluas 85 ribu hektar di Daerah Setiu. Aktiviti penanaman padi di kedua-dua daerah ini adalah di bawah tanggungjawab KETARA iaitu Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara dan mengenai penubuhan jelapang di Sabah iaitu di Kota Belud dan di Batang Lupar, Sarawak masih di peringkat perancangan. Kementerian pada masa kini tidak bercadang untuk membuka kawasan jelapang di negeri Johor. Walau bagaimanapun, kawasan penanaman padi sedia ada seperti di Ledang akan dikekalkan.

Tuan Yang di-Pertua, selain itu, terdapat juga isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Ahmad bin Hussin mengenai isu bahawa PAC telah meminta supaya kementerian menambah pengeluaran beras gred ST15.

Beliau juga mencadangkan supaya harga potongan padi hanya adalah untuk 10 kilogram dan ke bawah khasnya jelapang padi Kedah. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini kita masih tidak menerima arahan daripada PAC untuk menambah pengeluaran beras ST15. Selain itu, dari segi proses pemutuan padi atau pemotongan padi adalah merupakan satu standard praktis di dalam urusan jual dan beli padi. Malah negara-negara pengeluar lain turut melaksanakan sistem pemotongan ini.

Sebenarnya pemotongan yang dibuat bukanlah ke atas padi, sebaliknya pemotongan yang dibuat terutamanya ke atas kandungan air dan hampa kerana padi-padi yang dijual di dalam negara merupakan padi basah.

Untuk makluman, purata pemutuan yang dibuat oleh kilang-kilang padi dalam negara adalah dalam lingkungan 17 peratus hingga 19 peratus atau 17 kilogram sehingga 19 kilogram setiap 100 kilogram. Walau bagaimanapun, pemutuan yang sebenarnya adalah pada paras 24 peratus ke atas.

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

22 DN 19.12.2011

Ini bermakna pengilang-pengilang padi di dalam negara turut menanggung sebanyak 6 peratus atau lebih daripada jumlah pemutuan yang sepatutnya dibuat. Dalam erti kata lain, kilang-kilang padi juga turut memberi diskaun sebanyak 6peratus kepada petani-petani kita.

Yang Berhormat Senator Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff menyatakan terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan insentif berkaitan hasil padi seperti tiada perjanjian yang mengikat BERNAS sebagaimana pelaksana skim dan peruntukan adalah tidak mencukupi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan Laporan Pengauditan Prestasi Pengurusan Insentif Peningkatan Hasil Padi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada November 2010. Jabatan Audit Negara telah mengesyorkan supaya satu perjanjian yang komprehensif dan khusus hendaklah dimeterai bagi menjamin kepentingan kerajaan serta agensi pelaksana dalam memastikan pengurusan Insentif Peningkatan Hasil atau IPH dapat dilaksanakan dengan lancar.

Susulan daripada teguran tersebut, perjanjian pengurusan pelaksanaan IPH telah ditandatangani pada 6 Disember 2011, di antara kementerian dan pihak BERNAS. Dengan adanya perjanjian tersebut, pengurusan pelaksanaan IPH dari segi pembayaran, pelaksanaan dan pemantauan akan dapat diuruskan dengan lancar dan berkesan. Berhubung dengan isu...

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya?

Datuk Chua Tee Yong: Bagi saya habiskan insentif dahulu.

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Okey.

Datuk Chua Tee Yong: Berhubung dengan isu tidak cukup peruntukan sebanyak RM110 juta yang masih belum dibayar kepada petani. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ingin memaklumkan bahawa jumlah kekurangan peruntukan yang menyebabkan tunggakan di bawah insentif ini adalah berjumlah sebanyak RM117 juta bagi tahun 2007 hingga 2010 yang melibatkan 75,000 pesawah.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menerima peruntukan tambahan bagi menjelaskan tunggakan tersebut dan pada masa ini, ia telah disalurkan secara berperingkat kepada pesawah-pesawah yang terlibat di seluruh negara. Sila Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Daripada jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi tentang isu tanaman padi, saya mendapat gambaran bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani khususnya Jabatan Pertanian mempunyai pendekatan yang berbeza ya, antara pesawah dalam kawasan jelapang padi dengan pesawah-pesawah yang kecil-kecil ini, seperti di Johor, di Ledang yang disebutkan tadi.

■1200

Contoh yang saya sebutkan, isu yang saya timbulkan dalam perbahasan awal ialah kenapa pesawah-pesawah di negeri Johor, khususnya di Ledang dibekalkan dengan benih padi yang jenis padi angin yang lama sudah digunakan sedangkan ada jenis padi baru seperti yang disebut oleh Yang Berhormat tadi yang produktivitinya lebih tinggi, lebih sampai kepada lapan tan dan sebagainya yang telah diusahakan di tempat-tempat seperti di FELCRA Seberang Perak. Tidak diperkenalkan kepada pesawah-pesawah khususnya di negeri Johor di Ledang tadi. Jadi, itu yang soalan saya tadi.

Adakah kementerian mempunyai pendekatan yang berbeza ini tentang jenis padi, benih padikah atau yang lain-lain pada jelapang padi secara besar-besaran dengan pengusaha ataupun penanam-penanam padi yang kecil-kecilan yang seperti di Ledang yang ada 400 ke 500 hektar tadi. Oleh sebab saya nampak memang ada perbezaan. Sama ada perbezaan dari segi pendekatan ataupun memang Jabatan Pertanian tidak mengambil berat dalam hendak mengusahakan jenis padi terbaru tadi ke kawasan-kawasan yang kecil-kecil tadi. Terima kasih.

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 23

Datuk Chua Tee Yong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada soalan tambahan daripada Yang Berhormat Senator. Memang saya juga prihatin kepada isu-isu di negeri Johor kerana saya pun dari negeri Johor. Dari segi pendekatan sebenarnya saya mungkin tidak jelas sangat. Tadi bila saya memberitahu bahawa terdapat variety baru ini adalah untuk bila mereka menghadapi masalah kesuburan tanah. Selain itu variety yang saya katakan iaitu MR220-CL1 dan MR220-CL2 padi kebal dia memang khusus untuk menyelesaikan masalah padi angin. Maka jikalau kementerian mengeluarkan benih padi baru, variety, kita tentu akan laksanakan di seluruh Semenanjung Malaysia bukan tertumpu kepada satu kawasan. Pada masa ini...

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Boleh saya mencelah sekali lagi Tuan Yang di-Pertua?

Datuk Chua Tee Yong: Bagi saya habiskan, boleh? Saya habiskan dahulu. Bagi variety-variety yang mungkin diperkenalkan di segelintir tempat, itu barangkali adalah untuk kajian melihat impaknya apabila sesuatu variety diperkenalkan di kawasan tersebut.

Pada masa ini kebanyakan petani di seluruh Semenanjung Malaysia masih menggunakan MR219 dan MR220. Oleh itu dari segi pihak kementerian kita tidaklah mengatakan dia di luar jelapangkah atau di kawasan jelapang. Sekian.... Boleh.

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya isu yang saya bangkitkan itu tidak dijawab dengan tepat ya. Kalau disemak semula teks perbahasan saya yang asal itu. Sebab hari itu saya sudah mula bertanya dengan Timbalan Menteri yang sebelum ini menjawabnya, Datuk Baharum. Hari ini disambung oleh Timbalan Menteri lain pula ya. Tidak apa lah itu bukan isunya. Akan tetapi ceritanya agak lebih lanjut lagi. Saya akan menulis secara rasmi kepada Yang Berhormat Menteri Pertanian dalam kes saya ini. Terima kasih.

Datuk Chua Tee Yong: Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator kerana dapatlah memberi kita secara teliti isu yang mungkin dihadapi oleh pesawah-pesawah terutamanya ia mungkin di kawasan Ledang. Memang saya juga ingin dari segi kementerian untuk kalau boleh selesaikan lah masalah yang dihadapi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sambung dari segi penggulungan saya. Dari segi isu benih padi sah yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Ahmad bin Husin dan juga Yang Berhormat Senator Tuan Haji Ahamad bin Yusup mengenai isu mengatakan bahawa benih padi sah adalah tidak mencukupi dan juga sama ada kenapa sangat lambat memperkenalkan benih padi yang berproduktiviti tinggi seperti variety MR220-CL kerana ia berlaku di Negeri Johor. Sebenarnya untuk makluman Ahli Yang Berhormat variety MR220-CL1 dan MR220-CL2 mula diperkenalkan oleh MARDI pada bulan Januari 2010.

Penggunaan variety jenis ini adalah dibuat secara berperingkat dan hanya difokuskan kepada petani yang menghadapi masalah padi angin yang serius sahaja. Penanaman variety MR220-CL1 dan CL2 bersama dengan racun ‘on duty’ boleh mengawal padi angin secara total. Teknologi ini dijual dalam bentuk pakej sistem pengeluaran ‘clear fields’. Petani-petani yang terpilih akan diberi penerangan secara latihan cara-cara penanaman oleh MARDI. Namun begitu variety 219 dan variety 220 masih menjadi pilihan memandangkan kos penanaman yang lebih rendah iaitu RM196 per hektar jika dibandingkan dengan penanaman variety sebanyak RM840 per hektar.

Selain itu dari segi isu benih padi sah sebenarnya bagi menangani isu kekurangan bekalan benih padi sah di negeri Kedah, khususnya di kawasan Jerlun dan di negeri Perlis di kawasan Simpang Empat, Yang Berhormat Timbalan Menteri dan Pertanian Asas Tani, Datuk Wira Mohd. Johari telah mengadakan perjumpaan pada 9 Oktober dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dengan Jabatan Pertanian Negeri Kedah, dengan KADA juga dengan kawal selia untuk menyelesaikan masalah ini. Susulan daripada itu sehingga sekarang kita tidak lah mendapat complaint mengenai kekurangan benih padi sah.

Mengenai isu yang dibangkitkan mengenai isu BERNAS terutamanya daripada Yang Berhormat Senator Tuan Ahmad bin Husin dan juga Yang Berhormat Senator Dato’ Mustafa Kamal mempersoalkan mengapa BERNAS tidak mahu membayar subsidi kepada petani yang mendapat sepuluh tan metrik sehektar. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat, petani yang mengeluarkan sebarang tan metrik sehektar itu akan diberi subsidi. Dia tidak akan mengira berapa tan keluarannya sama ada satu tan, dua tan atau sepuluh tan. Dia masih tetap akan diberi subsidi RM248 ini.

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

24 DN 19.12.2011

Bagi isu ini, memang terdapat isu kelewatan daripada BERNAS mengenai insentif peningkatan hasil padi. Bukan subsidi, insentif peningkatan hasil padi di mana baru-baru ini juga telah diselesaikan dengan adanya peruntukan tambahan sebanyak RM117 juta.

Terdapat juga pertanyaan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Mustafa Kamal mengenai kadar insentif yang tidak munasabah bagi petani yang mengusahakan tanaman lebih dua hektar untuk padi. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil maklum mengenai kadar insentif yang dirasakan tidak bersesuaian dan tidak adil kepada pesawah yang mengerjakan sawah padi yang lebih daripada dua hektar berbanding dengan kurang daripada dua hektar. Isu ini juga di highlight, dengan izin, di dalam Auditor General Report. Kementerian ini sedang mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan IPH dan akan membuat beberapa penambah baik terhadap kaedah pembayar insentif supaya ia adalah lebih adil.

Mengenai isu matching grant yang dibangkit oleh Yang Berhormat Senator Tuan Haji Ahmad bin Husin mengenai isu sama ada pemberian matching grant terdapat ura-ura untuk memberhentikannya. Sebenarnya untuk makluman Yang Berhormat kementerian buat masa ini tidak bercadang untuk memberhentikan pemberian matching grant ini.

Bagi cadangan Yang Berhormat untuk memberikan grant untuk membeli jentera kepada pusat mekanisme ladang iaitu pertubuhan peladang negeri bagi mengurangkan kos upah dan penyewaan traktor, tindakan ini memang telah dilaksanakan sejak tahun 1982 dan diberi tumpuan dalam Dasar Jaminan Bekalan Makanan. Mengenai isu yang dibangkitkan mengenai MARDI, Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok meminta supaya MARDI perlu terus mempergiat pendidikan pertanian dan mengedarkan maklumat kepada petani.

Untuk makluman Yang Berhormat MARDI sebagai institut penyelidikan dalam bidang pertanian dan industri Agro-Makanan sememangnya menjalankan penyelidikan dalam pelbagai bidang seperti agriculture, padi dan tanaman industri, bioteknologi, mechanization dan automasi, sumber asli, ternakan dan teknologi makanan.

■1210

Usaha untuk mempergiatkan penyelidikan oleh MARDI juga dilaksanakan melalui kerjasama pelbagai pihak. Kajian yang dilakukan termasuklah pembangunan variety baru tanaman termasuk padi dan tanaman-tanaman lain.

Hasil penyelidikan yang dilaksanakan disebarkan kepada petani dan penternak serta masyarakat umum melalui program khidmat nasihat, seminar, penerbitan teknikal dan juga bengkel serta pameran dan kursus-kursus melalui Hari Bersama Pelanggan. Sementara itu, para pengusaha industri kecil dan sederhana juga yang berminat bolehlah dilatih melalui program Test Bed dan inkubator serta pelbagai program seperti Program Anak Angkat MARDI dan Program Usahawan Bimbingan MARDI.

Mengenai isu pengedaran bahan makanan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin yang menanyakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasi keadaan yang mana sistem pengedaran bahan makanan di negara kita ini hanya menguntungkan syarikat-syarikat multinasional dan tidak dapat membantu golongan-golongan petani kecil. Untuk makluman Yang Berhormat, FAMA telah mengambil langkah untuk memperbaiki sistem bekalan dan pengedaran bahan makanan dalam negara melalui pelaksanaan Program Ladang Kontrak yang memadankan pengusaha tani kecil dengan syarikat peneraju. Program ini telah berjaya menjamin pasaran pengeluaran pengusaha tani dan memastikan mereka mendapat pulangan yang setimpal. Sebagai contoh, Program Ladang Kontrak antara Pertubuhan Peladang Kawasan Bukit Awan, Kelantan yang membekalkan cili merah kepada syarikat Nestle Sdn. Bhd.

Bagi pelaksanaan seterusnya, kementerian akan menggalakkan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau juga turut terlibat hypermarkets dan juga pertubuhan peladang dan nelayan, serta koperasi dalam negara untuk bertindak sebagai syarikat peneraju kepada pengusaha-pengusaha tani kecil. Selain daripada itu, petani juga digalakkan untuk memasarkan terus hasil keluaran mereka dan mengurangkan pergantungan terhadap pengantara pasaran. Dalam hubungan itu, FAMA telah mewujudkan ruang-ruang pasaran seperti pasar tani, gerai buah-buahan segar dan AgroBazar Kedai Rakyat.

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 25

Tuan Yang di-Pertua, terdapat juga isu yang dibangkitkan mengenai penjelasan kementerian, setakat manakah kejayaan projek berimpak besar daripada Yang Berhormat Senator Puan Hajah. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kementerian melalui jabatan-jabatan di bawahnya telah memperkenalkan projek berimpak besar (high impact project), dengan izin melalui Projek Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Zon Industri Akuakultur, ladang kontrak dan usahawan industri asas tani.

Pendekatan pembangunan projek ini adalah melalui pengezonan kawasan tanah yang bertujuan meningkatkan pengeluaran makanan negara yang mampan dan berkualiti, meningkatkan penglibatan usahawan dalam bidang pengeluaran makanan secara komersial, dan membantu meningkatkan pendapatan bersih peserta-peserta kepada sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan. Kejayaan-kejayaan pelaksanaan projek-projek high impact iaitu HIP ini boleh dilihat melalui pencapaian-pencapaian seperti berikut:

(i) bagi projek TKPM, jumlah keseluruhan keluasan yang telah dibangunkan adalah seluas 4,700 hektar, dengan bilangan projek sebanyak 55 TKPM. Di samping itu, tiga TKPM yang belum dibangunkan iaitu di Pahang, Perak dan Kelantan yang masih dalam proses Environmental Impact Assessment (EIA), dengan izin, dan ukur sepadan. Bilangan peserta yang terlibat ialah seramai 913 orang usahawan asas tani yang mana 160 terdiri daripada syarikat. Status pelaksanaan program TKPM dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh sehingga kini, mencapai pengeluaran hasil sebanyak 195,000 tan metrik berbanding dengan sasaran 140,000 tan metrik dengan nilai RM199 juta. Daripada jumlah 913 orang peserta, seramai 674 orang telah berjaya mendapat hasil. Seramai 235 orang peserta telah mendapat pendapatan bersih melebihi RM3,000 sebulan. Manakala 170 orang lagi telah mencapai pendapatan bersih di antara RM1,000 sehingga RM2,900; dan,

(ii) Zon Industri Akuakultur pula meliputi 45 buah kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Sebanyak 30 buah kawasan high impact Zon Industri Akuakultur ini telah dibangunkan dengan jumlah keluasan 20,000 hektar. Pengeluaran hasil telah mencapai sebanyak 148,000 tan metrik dari tahun 2010 sehingga bulan September tahun 2011 dengan nilai sebanyak RM400 juta. Penglibatan syarikat adalah sebanyak 73 buah syarikat manakala pengusaha yang terlibat adalah seramai 1,400 orang.

Tuan Yang di-Pertua, sehingga kini sebanyak 30 buah kawasan HIP atau Zon Industri Akuakultur (ZIA) telah beroperasi. Lima buah kawasan dalam pelaksanaan dan sepuluh buah kawasan masih di dalam rancangan untuk dibangunkan.

Jumlah keseluruhan kawasan adalah sebanyak 25,000 hektar. Manakala Projek TKPM ternakan sehingga tahun 2011 melibatkan enam buah negeri di Semenanjung Malaysia di 15 buah kawasan. Selain daripada itu, terdapat juga pertanyaan daripada Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus mengenai, apakah status terkini skim yang ditawarkan oleh TEKUN dan status pembayaran balik pinjaman setakat ini.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, secara keseluruhannya, sejak penubuhannya pada tahun 1988 sehingga 30 November 2011, TEKUN Nasional telah menyalurkan sebanyak 250,000 pinjaman bernilai RM1.88 bilion kepada seramai 199,000 orang usahawan di seluruh negara. Manakala bagi bayaran balik pinjaman pula, sejak penubuhannya sehingga 30 November 2011, TEKUN Nasional telah berjaya mengutip sejumlah RM1.1 bilion iaitu lebih kurang 60peratus . Terdapat pinjaman-pinjaman yang masih belum cukup tempoh untuk bayaran balik.

Dengan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengemukakan soalan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekarang diminta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk menjawab.

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

26 DN 19.12.2011

12.17 tgh.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar [Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat anggota Dewan Negara yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan perkara-perkara yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sepanjang perbahasan belanjawan negara tahun 2012. Keprihatinan dan ketelitian Ahli-ahli Yang Berhormat terhadap isu-isu dan perkara-perkara yang membabitkan kesejahteraan hidup serta kebajikan warga Wilayah Persekutuan khususnya dan rakyat amnya amatlah kementerian ini hargai.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Maijol Mahap telah membangkitkan isu mengenai permintaan masyarakat KadazanDusun di Labuan untuk mewujudkan satu perkampungan bagi KadazanDusun dan Murut yang sudah berhijrah berpuluh tahun lalu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian saya memang telah mengambil maklum tentang isu ini yang juga pernah dibangkitkan sebelum ini. Sebagaimana yang saya terangkan sebelum ini, di peringkat Dewan Negara pada Mesyuarat lalu, bagi isu cadangan pewujudan perkampungan KadazanDusun dan Murut di Wilayah Persekutuan Labuan, Perbadanan Labuan tidak dapat melaksanakan pewujudan perkampungan kaum Pasukmomogun KadazanDusun dan Murut di Wilayah Persekutuan kerana memang tiada dasar kerajaan untuk menubuhkan sesebuah perkampungan berdasarkan satu-satu kaum.

Perbadanan Labuan juga telah mempertimbangkan permohonan tersebut berdasarkan kertas cadangan yang dikemukakan oleh Ketua Bahagian UPKO Labuan di Mesyuarat Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Bil.2/2010.

■1220

Perbadanan Labuan mendapati perwujudan perkampungan KadazanDusun di Labuan tidak dilaksanakan atas sebab-sebab berikut - bancian penduduk Labuan yang dibuat pada tahun 2010 menunjukkan bilangan KadazanDusun Murut di Wilayah Persekutuan Labuan adalah seramai 5,303 orang yang mana mereka tidak tinggal setempat. Kebanyakan daripada mereka mendiami perumahan dan bekerja dengan agensi kerajaan dan juga sektor minyak dan gas.

Bilangan penduduk di Wilayah Persekutuan Labuan adalah kira-kira 76,000 orang dan terdapat 27 buah kampung yang majoritinya kaum Melayu kecuali Kampung Sungai Keling yang majoriti penduduknya adalah kaum Cina.

Berdasarkan sejarah, 80 peratus daripada 27 buah kampung sedia ada telah wujud sejak tahun 60-an atas faktor ekonomi dalam sektor pekerjaan. Justeru, kewujudan kampung-kampung tersebut adalah secara sosialisasi semula jadi mengikut majoriti penduduk di kawasan tersebut dan bukannya wujud di atas dasar kerajaan atau pun Perbadanan Labuan.

Konsep 1Malaysia yang diaplikasikan pada masa ini turut menitikberatkan perwujudan perpaduan rakyat tanpa membangkitkan kelebihan terhadap satu-satu kaum. Sehubungan itu, cadangan perwujudan Kampung KadazanDusun tidak menepati konsep 1Malaysia dan seharusnya perkara ini tidak menjadi satu isu lagi.

Yang Berhormat Senator Tuan Chiew Lian Keng membangkitkan masalah para pengusaha terutama mereka yang terlibat di dalam sektor hiburan restoran dan F&B yang telah mengadu bahawa mereka telah beroperasi tanpa lesen jual arak selama lebih setahun. Ini juga dikatakan berkaitan dengan kegagalan Lembaga Eksais Pelesenan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengadakan mesyuarat yang ditetapkan sehingga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah kehilangan berjuta ringgit kutipan yuran lesen.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengeluaran lesen arak adalah di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Dalam hal ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah membawa perkara ini ke Mesyuarat PEMUDAH dengan izin, Special Task Force on DBKL Bil. 3/2011 pada 8 Disember 2011. Lesen arak dikeluarkan di bawah Excise Act 1976 di mana Lembaga Eksais dilantik oleh Kementerian Kewangan.

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 27

Dalam mesyuarat tersebut, Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Negara telah bersetuju bahawa Mesyuarat Eksais diletakkan di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa jabatan tersebut dan hasilnya merupakan hasil kepada kerajaan. Manakala isu kehilangan hasil kerajaan tidak timbul kerana pihak kerajaan boleh mengutip semula tunggakan hasil berdasarkan kepada tarikh operasi sesuatu lesen tersebut.

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus telah membangkitkan isu mengenai cadangan untuk membina jambatan yang menghubungkan Wilayah Persekutuan Labuan dengan Tanah Besar Sabah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Second Rolling Plan, Rancangan Malaysia Kesepuluh, kementerian saya telah membuat permohonan peruntukan bagi maksud Kajian Cadangan Projek Membangunkan Pengangkutan Marin di Wilayah Persekutuan Labuan.

Inisiatif ini diambil selaras dengan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa Majlis Penutupan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2011 yang berlangsung di Labuan pada 26 Februari 2011 yang menyokong supaya usaha tempoh memendekkan masa perjalanan pengangkutan marin di antara Tanah Besar Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di buat tanpa pembinaan jambatan.

Justeru, cadangan projek ini hanya akan dapat dimuktamadkan apabila kerajaan mengkaji secara menyeluruh mengenai Dasar Laut kelak bagi mendapatkan laluan untuk memendekkan hubungan antara Labuan dan Tanah Besar Sabah.

Seterusnya, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus juga telah membangkitkan isu mengenai cadangan menjadikan Labuan sebagai hab pameran bertaraf antarabangsa seperti LIMA Air Show di Langkawi atau pun sekurang-kurangnya Mini LIMA. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saya bersetuju bahawa memang terdapat keperluan dipertingkatkan aktiviti-aktiviti utama atau pun program-program besar di Labuan.

Baru-baru ini, saya juga telah menghadiri dan merasmikan Konvensyen Gas dan Minyak di Labuan yang dianjurkan oleh pihak SASTA. Walaupun penglibatan pihak kerajaan dalam program tersebut hanya secara minimum, tetapi sokongan dan kerjasama yang ditunjukkan daripada pihak swasta begitu baik sekali dalam konvensyen tersebut. Ini secara tidak langsung telah memperkenalkan Wilayah Persekutuan Labuan di peringkat antarabangsa melalui aktiviti seumpama ini.

Dalam masa yang sama, kementerian saya melalui Perbadanan Labuan akan sentiasa memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya jika terdapat program-program besar yang berada di bawah pelbagai agensi atau jabatan untuk dibuat atau dibawa ke Wilayah Persekutuan Labuan pada masa-masa hadapan dan seterusnya dapat memberi impak positif kepada Wilayah Persekutuan Labuan secara khususnya.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Perbadanan Labuan telah memohon daripada Kerajaan Persekutuan bagi menampung sejumlah aktiviti pameran dan konvensyen bernilai RM5 juta di bawah First Rolling Plan. Namun, permohonan tersebut pada masa ini masih belum diluluskan oleh pihak kerajaan dan Perbadanan Labuan turut memohon kemasukan dalam Third Rolling Plan berikutnya. Ini bertujuan bagi memastikan Wilayah Persekutuan Labuan akan dapat dimajukan sebagai satu lagi hab gas dan minyak yang berpotensi dalam negara kita.

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus turut membangkitkan isu mengenai pelantikan kontraktor bagi sesuatu projek yang diberi peluang pada kontraktor tempatan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, adalah menjadi dasar kementerian dan kerajaan untuk memberi keutamaan kepada kontraktor-kontraktor tempatan yang berkelayakan untuk melaksanakan projek-projek kerajaan di kawasan-kawasan mereka.

Ini adalah bagi memberi peluang kepada kontraktor-kontraktor tempatan mengembangkan perniagaan mereka dan sekali gus dapat memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan. Berdasarkan kepada rekod kementerian saya, sebanyak 63 daripada 66 projek secara kaedah sebut harga ditawarkan kepada kontraktor-kontraktor tempatan. Manakala lima daripada enam projek secara tender turut ditawarkan pada kontraktor-kontraktor tempatan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

28 DN 19.12.2011

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 bagi Dewan Negara di Mesyuarat Ketiga Parlimen Kedua Belas yang membabitkan tanggungjawab dalam bidang kuasa di bawah kementerian ini.

Kementerian saya akan mengambil perhatian dan pertimbangan wajar ke atas setiap pandangan dan cadangan yang baik daripada Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan. Kami amat menghargai segala teguran dan pandangan yang membina daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dalam usaha untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan negara amnya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang diminta Kementerian Pelancongan untuk menjawab.

12.28 tgh.

Menteri Pelancongan [Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertamanya saya ingin ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara-perkara di bawah tanggungajwab Kementerian Pelancongan semasa perbahasan Bajet 2012 bagi Penggal Keempat Dewan Negara.

Kementerian amat menghargai serta mengambil perhatian terhadap semua pandangan, saranan, cadangan dan teguran oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Sepanjang perbahasan Bajet 2012 ini, antara isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat adalah seperti pembangunan di pulau-pulau pelancongan, statistik mengenai kedatangan pelancong, kawalan harga hotel, program homestay, kerjasama pelancongan antarabangsa, produk pelancongan, pembangunan prasarana pelancongan, NKEA pelancongan, strategi pelancongan negara, Islamic Tourism Center, dan perbelanjaan berhemah.

Tuan Yang di-Pertua, pertamanya suka saya merujuk kepada saranan Yang Berhormat Senator Datuk Abdul Rahman bin Bakar agar sektor pelancongan pulau tidak hanya tertumpu kepada Pulau Langkawi sahaja kerana terdapat banyak lagi pulau pelancongan lain yang cantik.

■1230

Tuan Yang di-Pertua, walaupun Pulau Langkawi telah dinobatkan oleh National Geographic sebagai antara sepuluh buah pulau peranginan terbaik di dunia serta menjadi pilihan pertama pelancong asing ke Malaysia oleh Lonely Planet. Saya amat bersetuju pulau-pulau lain adalah di antara produk-produk yang terunggul di negara kita.

Kementerian Pelancongan berusaha menaiktarafkan infrastruktur pelancongan di pulau-pulau lain dan juga promosi pulau-pulau yang mempunyai kemudahsampaian kemudahan infrastruktur serta sumber manusia yang mencukupi untuk diperkenalkan kepada agensi-agensi pelancongan tempat dan antarabangsa melalui Program MATTA Fair.

Tuan Yang di-Pertua di bawah RMKe-10, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM27 juta untuk menaiktarafkan pelbagai infrastruktur di Pulau Pinang, Pulau Pangkor, Pulau Besar, Pulau Sibu, Pulau Aur, Pulau Cekas, Pulau Redang, Pulau Duyung dan Pulau Bakungan Kecil untuk menaiktarafkan kemudahan infrastruktur pelancongan bagi keselesaan dan keselamatan para pelancong.

Kementerian Pelancongan juga menganjurkan pelbagai acara pelancongan bagi menarik para pelancong ke pulau-pulau berkenaan. Ini termasuk Tioman Surfing Classis di Pulau Tioman, Malaysia Water Festival (IGFA), Fishing Tournament di Labuan, Kapas Marang International Swimathon di Pulau Kapas, Perhentian Island Challenge di Pulau Perhentian, Labuan International Sea Challenge di Labuan dan sebagainya. Tourism Malaysia giat mempromosikan pulau-pulau tersebut di peringkat nasional dan antarabangsa melalui pejabat-pejabatnya di luar negara, penyertaan dalam pameran-pameran antarabangsa seperti di World...

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Yang Berhormat Dato’, boleh saya mencelah?

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 29

Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen: Biarkan habis dahulu, boleh?

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Ada kaitan sekarang.

Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen: Okey.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Saya hendak tanya sedikit, bukankah Pulau Redang, Pulau Perhentian juga termasuk dalam kategori sepuluh pulau terbaik di dunia selain daripada Pulau Langkawi. Kalau termasuk, saya hendak tahu apakah langkah-langkah kerajaan bagi memastikan pulau-pulau ini ada taraf dunia?

Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen: Terima kasih. Saya akan buat sesuatu kajian mengenai Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

Walau bagaimanapun, sesuatu isu yang dihadapi oleh Pulau Redang dan Pulau Perhentian dan pulau-pulau yang lain juga iaitu pulau-pulau yang tidak begitu besar adalah kapasiti. Itu mustahak. Semasa kita hendak mempromosikan sebuah pulau, kita perlu tahu apa target pelancong kita. Jikalau kita hendak maximize, dengan izinnya, optimize dengan izinnya hasil pendapatan, kita perlu ada sektor yang mendapat pulangan hasil yang tinggi. Pada masa sekarang Pulau Redang kadang-kadang kita dapat aduan over capacities. Ramai pelancong di sesuatu pulau yang tidak begitu besar.

Sama juga dengan Pulau Perhentian. Jika kita tengok Maldives dan Land Mauritius, semua hotel itu di situ lima bintang, enam bintang resort. Jadi, siapa yang pergi di situ memang bayar sangat tinggi. Jadi, ini ada satu isu yang pulang balik kepada setiap negeri yang perlu dikaji apa cara yang hendak dibuat. Tourism Malaysia boleh menolong tetapi kita tidak ada kuasa untuk menentukan sesuatu dasar mengenai jenis tarikan pelancong sesuatu pulau. Terima kasih. Saya sambung. Jadi, kita ada pameran juga di ITB, Berlin dan Arab, Tourism Dubai dan lain-lain.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Ng Fook Heng membangkitkan perkara mengenai ketepatan statistik kedatangan pelancong. Terima kasihlah sebab ramai orang tidak percaya yang Malaysia boleh menarik begitu ramai pelancong khususnya dari Singapura. Ini adalah satu peluang untuk kita Kementerian Pelancongan menjawab.

Jadi, Kementerian Pelancongan mengguna pakai definisi pelancong yang dikeluarkan oleh United Nations World Tourism Organization (UNWTO) iaitu seseorang pelancong hanya dikira apabila beliau berada di sesebuah negara lebih daripada 24 jam dan bermalam. Dengan definisi itu jumlah kedatangan pelancongan asing ke Malaysia termasuk dari Singapura yang dicatatkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia bukan Tourism Malaysia dan disahkan oleh UNWTO pada tahun 2010 kita baru keluarkan statistik itu iaitu seramai 24.6 juta orang. Jadi, statistik ini memang tepat.

Jumlah penduduk Singapura hanya 4 juta orang sahaja. Betul tetapi kita boleh menerima 13 juta pelancong Singapura pada tahun 2010, mengapa? Ini tidak memeranjatkan kerana mereka merupakan pelancong berulang atau repeat visitors iaitu secara puratanya seorang pelancong Singapura datang ke Malaysia sebanyak tiga keempat kali pada tahun 2010. Kedatangan berulang ini sememangnya dijangkakan semasa cuti-cuti persekolahan dan perayaan di Singapura kerana Malaysia menawarkan pelbagai tempat percutian, alam semula jadi, makanan dan juga kawasan membeli belah yang menarik serta kehadiran pelancong dari Singapura. Dengan perasmian Johor Premium Outlet, kita yakin angka ini akan lagi bertambah. Mereka juga suka memandu memandangkan Malaysia mempunyai rangkaian lebuh raya yang juga menarik dan harga petrol yang lebih rendah dari Singapura.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai harga bilik hotel pula, Kementerian Pelancongan tidak mengawal kadar harga bilik bagi hotel. Penetapan harga sewa hotel sebagaimana di negara-negara lain adalah di tentukan melalui mekanisme permintaan dan penawaran atau dengan izin, market forces. Harga pasaran ini juga mengambil kira masa puncak dan masa bukan puncak yang selaras dengan kriteria penarafan bintang bagi premis penginapan pelancong yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan. Kementerian Pelancongan tidak bercadang untuk menetapkan dua jenis harga bagi rakyat tempatan dan pelancong asing. Terpulang kepada pengusaha hotel dan industri hotel untuk menawarkan harga bilik yang paling kompetitif mengikut strategi pemasaran masing-masing.

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

30 DN 19.12.2011

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus menyarankan untuk kementerian ini mengadakan mesyuarat dan acara peringkat tertinggi di Labuan.

Seperti Yang Berhormat sedia maklum, kementerian ini sudah mengadakan pelbagai acara berprestij peringkat antarabangsa di Labuan seperti Labuan International Sea Challenge setiap tahun dan Pesta Air Nasional setiap tahun.

Mengenai saranan Yang Berhormat itu, saya akan meminta pihak Malaysia Convention Exhibition Bureau (MyCEB) untuk bekerjasama dengan Perbadanan Labuan untuk bekerjasama membida aktiviti-aktiviti Meeting Incentive Convention and Exhibition (MICE) peringkat tertinggi untuk diadakan di Labuan pada masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai soalan Yang Berhormat Senator Dato’ Zaitun binti Mat mengenai fungsi dan peranan Islamic Tourism Center (ITC) yang ditubuhkan pada 2009 di bawah Kementerian Pelancongan. ITC bertindak sebagai pusat penyelidikan pelancongan yang bertumpu kepada pasaran pelancongan negara-negara Islam. ITC juga berperanan untuk menyediakan perkhidmatan pembangunan kapasiti penganjuran program-program latihan, kursus jangka pendek, persidangan antarabangsa, seminar dan sebagainya. Sehingga hari ini ITC telah menganjurkan emat buah kursus dan seminar dengan 68 peserta dari 31 buah negara, satu persidangan dengan 155 peserta dari 15 buah negara serta dua kajian mengenai pelancongan Islam.

■1240

ITC telah berjaya menganjurkan International Islamic Tourism Conference and Travel Mark (ITCM) 2010 pada 28 Oktober 2010 hingga 31 Oktober 2010 di PWTC yang merupakan persidangan dan ekspo mengenai pelancongan Islam dan pameran produk pelancongan Islam tempatan dan luar negara yang telah berjaya mewujudkan suatu forum bagi membincangkan dan bertukar pendapat serta memahami perkembangan global dalam pelancongan dan pengembaraan antara komuniti Islam dan juga sebagai satu platform yang ideal bagi pengusaha-pengusaha produk pelancongan tempatan dan antarabangsa untuk bertemu dan mempamerkan produk-produk masing-masing bukan sahaja dari segi destinasi pelancongan tetapi juga budaya, warisan dan makanan halal.

ITC akan bekerjasama dengan Persatuan Agensi Pengembaraan dan Pelancongan Malaysia (MATTA) dalam menganjurkan persidangan dan ekspo produk dan perkhidmatan pelancongan Islam yang akan diadakan dalam bulan Jun 2012 yang bertajuk World Islamic Tourism Mark (WITM).

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Senator Datuk Chiw Tiang Chai mengenai jumlah pelancong dan pendapatan hasil tukaran wang asing pada tahun 2011 dan jangkaan pada tahun 2012, kementerian ini hanya akan dapat mengemukakan pada awal tahun 2012 kerana tahun 2011 belum berakhir. Begitu juga dengan sasaran bagi tahun 2012 akan ditentukan setelah mengambil kira pencapaian pada tahun 2011 iaitu tahun ini serta keadaan pasaran dan keadaan ekonomi global.

Kementerian Pelancongan sentiasa membangunkan produk-produk pembangunan baru yang berimpak tinggi dari segi keupayaan untuk menarik lebih ramai kedatangan pelancong. Sebagai contoh, pada 17 Disember, hari Ahad lalu, kementerian ini telah melancarkan Program Cuti-cuti 1Malaysia, Putrajaya Bike Ride bagi mempromosikan pelancongan domestik melalui sukan berbasikal. Di samping itu, kementerian juga mengambil tindakan bagi menaik taraf kemudahan infrastruktur pelancongan bagi produk-produk pelancongan sedia ada supaya sentiasa berada dalam keadaan yang bersih, ceria dan selamat untuk para pelancong.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan daripada Yang Berhormat agar mewujudkan transformasi budaya dan adat seperti Baba dan Nyonya bagi promosi peringkat domestik dan antarabangsa, kementerian ini sentiasa berusaha mengekalkan keunikan warisan budaya dan kepelbagaian etnik negara termasuk masyarakat Baba dan Nyonya ke persada antarabangsa sebagai daya menarik utama kedatangan pelancong asing ke negara ini. Sebagai contoh, kementerian ini telah mempromosikan keunikan masyarakat Baba dan Nyonya semasa world expo di Pavilion Malaysia, pada tahun 2010 di Shanghai dan Pavilion kita sudah menerima 6.9 juta orang pelawat ke Pavilion Malaysia.

Kementerian ini turut mengadakan pelbagai program dan cara bagi mempromosikan kebudayaan Baba dan Nyonya dengan menjemput pengusaha kasut

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 31 manik Baba dan Nyonya menyertai promosi domestik seperti Karnival Gegar Tahun Melawat Malaysia 2007, Program Promosi Makanan dan Budaya Melaka, Malaysia International Shoe Festival dan juga Malaysia Year End Sale 2011.

Pada masa yang sama, Tourism Malaysia juga membawa pengusaha kasut manik Baba dan Nyonya mengadakan promosi di Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Shanghai dan Jepun. Selain itu, kumpulan Mega Fame terutamanya kru televisyen, majalah dan agensi pengembaraan turut dihantar ke negeri Melaka untuk membuat liputan berkenaan masyarakat Baba dan Nyonya Melaka. Selain daripada itu, kementerian turut bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Melaka yang akan menganjurkan pelbagai acara dan program untuk memperkenalkan warisan Baba dan Nyonya kepada pelancong asing.

Contohnya seperti persembahan kebudayaan Baba dan Nyonya iaitu semasa sambutan Melaka Maju 2010, sambutan Ulang Tahun Melaka Bandaraya Warisan Dunia 2011, Festival Hang Tuah pada tahun ini dan Pesta Joget 1Malaysia yang baru dianjurkan hari Sabtu, 16 Disember 2011. Festival Antarabangsa Baba dan Nyonya telah diadakan dari 16 Disember hingga 18 Disember tahun ini di Jonker Walk, Melaka bertujuan memperkenalkan budaya Baba dan Nyonya seperti adat, makanan, pakaian dan hasil seni mereka. Antara aktiviti yang akan diadakan semasa festival tersebut termasuk demonstrasi menjahit kasut manik, masakan tradisi, mock wedding serta pertunjukan fesyen.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah rolling plan RMKe-10, Melaka mendapat peruntukan pembangunan pelancongan sebanyak RM118.2 juta iaitu 26.2peratus , suku daripada jumlah peruntukan keseluruhannya yang melibatkan pelbagai projek. Kementerian ini mengucapkan tahniah kepada negeri Melaka yang begitu maju, menarik begitu ramai pelancong ke Melaka dan menentukan Melaka menjadi sebuah destinasi pelancongan yang unggul di kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pelancongan pula, untuk makluman Yang Berhormat, siling peruntukan sebenar yang diluluskan bagi pelaksanaan projek-projek permulaan yang dikenal pasti di NKEA Pelancongan pada tahun 2012 adalah RM106 juta berbanding siling yang diluluskan pada 2011 iaitu RM116 juta. Peruntukan bagi NKEA ini tidak menjejaskan pelaksanaan projek-projek permulaan di bawah NKEA kerana peruntukan tersebut adalah jumlah yang sebenarnya dimohon oleh kementerian ini dalam usaha-usaha mengoptimumkan perbelanjaan yang diperuntukkan bagi menjalankan projek-projek di bawah NKEA secara berkesan.

Di bawah NKEA itu, kita perlu menaikkan taraf pusat membeli belah, shopping kepada negara kita. Sebab itu Kementerian Pelancongan mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita di mana sudah umumkan mulai tahun hadapan iaitu 1 Januari, tambah lagi 300 barangan mewah yang akan dapat duty free. Jadi pada masa sekarang dan pada masa hadapan, jam, jewelry, kosmetik, elektronik dan kamera akan menjadi termurah di negara kita jika dibandingkan dengan negara lain. Kita juga mengadakan inisiatif untuk mengadakan premier outlet di seluruh negara kita dan baru sahaja Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita sudah merasmikan Johor Premium Outlet dan kita yakin ini akan lebih menarik ramai pelancong bukan sahaja dari Singapura tetapi pelancong yang melancong di Singapura.

Merujuk kepada saranan Yang Berhormat mengenai kerjasama G2G Malaysia, Malaysia telah pun mengadakan beberapa kerjasama pelancongan G2G melalui hubungan dua hala serantau dan pelbagai hala yang telah berjaya menaikkan nama negara, membantu Malaysia menjadi negara pelancongan utama dunia.

Suka saya maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa setakat ini Malaysia telah menandatangani 17 perjanjian atau memorandum persefahaman dua hala bagi meningkatkan kerjasama pelancongan. Yang terbaru ini adalah dengan negara Qatar. Antara aktiviti yang dipersetujui di bawah perjanjian adalah latihan dan pembangunan kapasiti, pertukaran informasi, publisiti dan pemasaran dan menggalakkan pelaburan dalam bidang pelancongan. Pada masa yang sama juga di peringkat hubungan serantau dan pelbagai hal Malaysia kini merupakan Pengerusi Suruhanjaya Rantau Asia Timur dan Pasifik (UNWTO).

Ini adalah sesuatu yang kita rasa sangat berbangga kerana negara Malaysia bukan sebuah negara besar boleh bukan dilantik tetapi dipilih sebagai Pengerusi

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

32 DN 19.12.2011

Suruhanjaya Rantau Asia Timur dan Pasifik, Pengerusi Kumpulan Kerja Pembangunan Produk Pelancongan ASEAN, Pengerusi Kumpulan Kerja Pemasaran Pelancongan Pertubuhan Islam Sedunia.

■1250

Kejayaan mendapat tempat-tempat ini di pertubuhan-pertubuhan dunia adalah satu pengiktirafan dunia kepada Malaysia yang harus kita banggakan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah bertanya mengenai apakah langkah-langkah kementerian untuk meningkatkan kedatangan pelancong pada masa hadapan dan mungkin dapat mengeksploitasikan bencana di negara jiran untuk menarik pelancong ke Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, industri pelancongan adalah sesuatu industri yang dengan izin, fragile, volatile dan senang dapat kesan negatif jikalau ada apa-apa isu yang dikaitkan dengan alam semula jadi atau kesihatan dan juga masalah-masalah politik. Masalah yang berlaku di negara jiran kita, Thailand, semasa mereka banjir beberapa bulan. Ramai orang ingat ini kali Malaysia baguslah, mesti lagi menarik lebih pelancong tetapi ini memang tidak benar. Apa yang benar adalah pelancong-pelancong antarabangsa dia ada pakej beberapa negara. Biasa Singapura, Malaysia, Thailand, jadi masa Thailand berlaku masalah ini dia terus batal pakejnya. Jadi kita dapat kesan negatif masa jiran kita ada sesuatu masalah berkaitkan dengan apa-apa sahaja. Jadi mengeksploitasikan kejadian bencana di negara-negara ini bukan sesuatu yang kita nampak boleh dijalankan. Akan tetapi memang kita ada strategi-strategi yang baru untuk menarik mereka.

Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat sebab begitu prihatin dan begitu faham dengan industri pelancongan. Sebab ini sudah dibangkit isu bencana dan lain-lain. Jadi kita sekarang strategi kita adalah bekerjasama dengan pihak airlines, syarikat kapal terbang untuk menambah lagi dan menentukan passenger transit ditukarkan kepada pelancong. Sekarang ramai itu dia balik dia pergi England dari Amerika, dari Australia atau New Zealand ia berhenti di Kuala Lumpur tiga jam, empat jam, enam jam. Selepas itu dia terus terbang ke England. Kita hendak menentukan mereka ini adalah sekurang-kurangnya bolehlah singgah dua tiga hari di sini dan kenallah Malaysia.

Kementerian ini ada strategi-strategi lain untuk menarik lagi ramai pelancong ini termasuk dengan ada jenis-jenis punya event seperti pelancongan kontemporari seni, parks and garden, pelancongan makanan, spa dan juga produk baru pelancongan helicopter tour.

Sebagai tambahan dalam usaha mengadakan promosi secara taktikal serta memberi tumpuan kepada segmen pasaran high-end di Asia Barat dan Asia Timur kementerian juga telah bekerjasama dengan agensi-agensi pelancongan serta syarat penerbangan asing dalam meningkatkan kedatangan pelancongan high-end ke Malaysia dengan produk luxuries Malaysia, Lux Malaysia di mana mereka boleh high-end spa, shopping dan lain-lain.

Jadi kita telah menerima beberapa penerbangan sewa khas, chartered daripada Rusia, China dan Korea untuk akhir untuk bulan Januari tahun 2012 dan juga kita memang rasa sangat puas hati masa pesawat Emirates telah menggunakan pesawat Airbus A3A3 yang membawa pelancong-pelancong high-end Emirates Arab Bersatu dan Arab Saudi ke Malaysia. Kementerian ini yakin melalui kejayaan ini reputasi dan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dalam rantau ini akan terus berkembang pesat.

Tuan Yang di-Pertua, mengenai matlamat pegawai Tourism Malaysia di luar negara. Jadi untuk makluman Yang Berhormat matlamat kementerian ini menghantar pegawai-pegawai ke luar negara adalah sebahagian dari usaha untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke Malaysia bagi meningkatkan pendapatan negara hasil aktiviti pelancongan. Pada masa sekarang di Rusia kita ada dua orang rakyat Malaysia, seorang pengarah dan timbalan pengarah yang bukan seorang sahaja. Kita memang harap boleh tambah ramai lagi pegawai-pegawai kita bertugas di luar negara tetapi masa kita, kita perlu mohon daripada JPA dan juga Kementerian kewangan. Masa kita hantar pegawai luar negara, kos memang tinggi. Bawa anak, bawa isteri, sekolah, kesihatan dan lain-lain. Jadi kita memang menghadapi sesuatu oleh JPA dan Kementerian Kewangan di mana kita tidak boleh tambah lagi lebih daripada dua orang pegawai kita di tempat-tempat luar negara.

Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan: Minta laluan, minta laluan. Yang Berhormat Menteri, bagaimanakah cadangan begitu negara India memandangkan ramai juga datang

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 33 dari negara India ke Malaysia. Juga ada direct flight dari Pulau Pinang ke Chennai dahulu tetapi baru-baru ini direct flight ini telah ditamatkan. Adakah cadangan daripada kementerian untuk membantu direct flight ini disambung semula.

Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen: Terima kasih kepada Yang Berhormat. Kita di Kementerian Pelancongan memang rasa sangat risau bila-bila ada pembatalan route yang tertentu dari mana-mana ke Malaysia. Ini akan ada kesan negatif kepada industri pelancongan sebab itu kita Kementerian Pelancongan sentiasa ada bermesyuarat dan mengkaji dengan pihak-pihak airlines yang tertentu untuk menggalakkan mereka ada direct flight ke Malaysia. Misalnya, India betul begitu ramai punya rakyat.

Jadi kita perlu lagi ada tambah lagi, lebih lagi kapal terbang ke tiap-tiap bandar tetapi kita ini dengan izin, our hands are tight kita sahaja boleh buat lobi tetapi kita tidak ada kuasa untuk dia terbang sini terbang situ. Misalnya, MAS kita dengar hendak berhenti flight daripada Johannesburg dan juga daripada beberapa bandar besar. Ini memang ada kesan kepada kita.

Jadi apa yang kita buat, kita buat laporan, kita juga tegur dan minta mohon lain kapal terbang datang. Itu sahaja? Jadi kita masalah Rusia kita tidak ada direct flight. Ini masalah sekarang kita perlu ada direct flight. China, tidak cukup. India tidak cukup. Jika dibandingkan dengan Singapura dan Bangkok memang kita kurang dan ini adalah satu isu yang terbesar menghadapi kita di mana kita hendak menjadikan Malaysia destinasi terunggul. This is the biggest challenge, dengan izin, for Malaysia Tourism because of direct flight. Berbeza dengan Thailand, dengan Singapura sangat besar. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut kepada saranan Yang Berhormat Senator Dato Dr. Yeow Chai Thiam mempertingkatkan...

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Mohon mencelah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Terima kasih saya ucapkan selamat datang kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan yang saya minati sektor ini dan juga Menterinyalah. Jadi berhubung dengan soalan saya dan isu-isu yang saya bangkitkan dalam Belanjawan 2012 iaitu yang pertamanya tentang kehadiran pejabat-pejabat Tourism Malaysia di 36 lokasi yang berlainan di serata benua. Sepertimana di Rusia, kita berjumpa sendiri kita berada di Kedutaan Rusia kita dimaklumkan bahawa seorang sebenarnya Yang Berhormat Menteri. Mungkin ada kedua itu mungkin fakta terakhir kita tidak tahu, Ada seorang sahaja dan seorang ini dia kena cover seluruh satu negara yang cukup besar.

Rusia ini daripada hujung ke hujung kalau naik kapal terbang pun sembilan jam. Daripada Vladivostok ke Moscow sembilan jam. Kami berada di Irkutsk untuk satu lawatan rasmi Parlimen ke Moscow pun lima jam. Besar pasarannya dengan 148 juta penduduk dan 36,000 kedatangan pelancongan pada tahun 2010 sudah tentu ia menampakkan itu satu pasaran yang sungguh baik untuk kita tap, dengan izin. Jadi ini sebabnya kita bangkitkan perlunya kita tambah angka pegawai itu bagi meningkatkan pemasaran yang lebih agresif.

Yang kedua saya boleh sambung sedikit Yang Berhormat Menteri ialah berhubung dengan baru-baru ini dua hari lepas saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Menteri hadir di Port Dickson untuk Pertunjukan Tatu, tahniahlah. Saya duduk tidak jauh daripada Port Dickson tetapi sedih juga tidak dapat jemputan jadi tidak dapat ke sanalah. Yang Berhormat Menteri ada umumkan bahawa ada sesuatu something must be done, dengan izin, untuk menjadikan Port Dickson lebih marketable.

Sebenarnya untuk makluman, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri sudah umumkan bahawa Port Dickson adalah Bandar Angkatan Tentera satu, dan yang kedua Bandar Pantai Negara tetapi usaha-usaha menjadikan Port Dickson sebagai satu destinasi yang lebih progresif nampaknya belum ada. Jadi saya minta Yang Berhormat Menteri Pelancongan beri sedikit fokus walaupun saya difahamkan usaha-usaha peringkat negeri ada untuk sama-sama membantu kerana logistiknya adalah hampir dengan KLIA dan sebagainya. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri, masa tidak mengizinkan. Yang Berhormat Menteri boleh menyambung menjawab pada petang nanti

Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen: Okey, terima kasih.

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

34 DN 19.12.2011

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang. Terima kasih.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum kita mulakan menyambung ucapan daripada Kementerian Pelancongan, ada satu Usul untuk dibangkitkan dalam Dewan ini. Dipersilakan Yang Berhormat.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN

DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

2.32 ptg.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato’ Yong Khoon Seng]: Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1) saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Rang Undang-undang Perbekalan 2012, D.R. 29/2011 dibahas dan diputuskan. Selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 20 Disember 2011.”

Menteri Pelancongan [Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya adalah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Tuan Yang di-Pertua: Minta Yang Berhormat Menteri Pelancongan untuk sambung menjawab.

2.33 ptg.

Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Menjawab soalan Yang Berhormat Senator mengenai pejabat Tourism Malaysia Moscow, pejabat tersebut mempunyai dua orang home-based staff iaitu Cik Norida Kamarudin sebagai Pengarah Luar Negeri. Puan Sharifah Shamsuddin, Timbalan Pengarah Luar Negeri dan dibantu oleh empat orang kakitangan ambilan tempatan.

Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Senator kerana prihatin dengan perkembangan pelancongan Malaysia di pasaran Rusia. Saya juga telah membuat lawatan ke kawasan Timur Rusia daripada 20 Ogos sehingga 28 Ogos tahun ini termasuk Vladivostok, Khabarovsk di Timur Rusia. Saya mendapati ianya amat berpotensi bagi meningkatkan kedatangan pelancong Rusia ke Malaysia dan berterima kasih dengan Yang Berhormat Senator kerana telah membuat lawatan susulan ke sana juga.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini kita tidak mempunyai penerbangan terus daripada Vladivostok ke Malaysia dan juga dari Moscow ke Malaysia. Saya telah pun berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan perkara ini. Beliau bersetuju dan memberi pandangan bahawa perkara ini perlu diusahakan.

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 35

Dengan tiadanya penerbangan terus ini, Malaysia hanya menerima 32,000 orang pelancong dari Rusia pada tahun 2010, yang kebanyakannya datang daripada kawasan barat negara tersebut. Jumlah pelancong Rusia yang pergi ke Thailand pada tahun 2010 adalah lebih daripada 600,000 orang.

Ini berbeza kerana dari Moscow hari-hari ada direct flight ke Bangkok tetapi ke Malaysia satu pun tidak ada. Ini memang sesuatu yang perlu kita perbetulkan.

Tuan Yang di-Pertua, bagi meningkatkan kedatangan pelancong ke Malaysia pada sementara, strategi baru Tourism Malaysia ialah dengan mengambil langkah menerokai pasaran Timur Rusia dengan usaha-usaha berikut. Pertama, Tourism Malaysia telah berbincang dengan beberapa syarikat penerbangan dan agensi pelancongan di Timur Rusia supaya mengadakan penerbangan sewa khas atau dengan izin, charter flight dari kawasan ini ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan juga Langkawi. Setakat ini Tourism Malaysia telah mendapat persetujuan awal daripada pengusaha pelancongan di sana untuk membuat 120 penerbangan sewa khas pada tahun 2012 dengan anggaran pelancong seramai 24,000 orang pelancong.

Terima kasih Yang Berhormat, saya jangka dengan semua yang membuat lawatan ke situ, mereka sudah sedar bahawa Malaysia adalah satu destinasi yang terunggul. Dengan charter flight sahaja kita boleh terus tambah 24,000 orang pelancong. Memang potensi besar.

Kedua, perbincangan sedang dijalankan dengan syarikat-syarikat penerbangan seperti Vladivostok Air, Korean Air, Asiana Airlines dan S7 atau Siberia Airlines bagi menghubungkan pasaran Timur Rusia dengan Malaysia. Vladivostok Air pada dasarnya amat berminat untuk mengadakan penerbangan terus ke Kuala Lumpur mulai tahun hadapan. Seperti mana pandangan Yang Berhormat Senator bahawa negara Rusia itu amat luas. Tourism Malaysia telah mengubah dasar dengan melantik Pengarah Luar Negeri Tourism Tokyo untuk mengambil alih tugas pemasaran dan promosi di kawasan Timur Rusia iaitu di Vladivostok dan Khabarovsk. Ini kerana pada masa penerbangan daripada Tokyo ke kawasan tersebut, ke Vladivostok ada lebih kurang dua jam sahaja jika berbanding daripada Moscow dengan Vladivostok iaitu lapan jam.

Jadi kita fleksibel, biarlah dasar itu – sebuah negara satu pejabat kita ubah. Dari sekarang Tokyo jaga Vladivostok dan Khabarovsk. Akhir sekali, Tourism Malaysia akan melantik seorang pegawai pemasaran warga Rusia pada bulan Januari dan akan ditempatkan di Vladivostok bagi mengendalikan aktiviti pemasaran di pasaran itu. Jadi, sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator kerana memberi pandangan untuk mempertingkatkan keberkesanan promosi di pasaran Rusia. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang juga sangat prihatin dan banyak kali membangkitkan perkara ini...

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Mohon mencelah.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan Yang Berhormat.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ucapkan tahniah sekali lagi kepada Yang Berhormat Menteri Pelancongan yang datang sendiri untuk menjawab soalan-soalan.

Keduanya tahniah juga kerana mengakui bahawa Rusia adalah satu pasaran baru yang berpotensi dan Yang Berhormat Menteri telah juga terokai bersama. Tadi, sebelum kita berhenti rehat saya ada bangkitkan soalan berhubung dengan Port Dickson. Mungkin Yang Berhormat Menteri terlepas pandang.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat.

Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen: ...Cepat Yang Berhormat. Saya belum habis lagi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Port Dickson telah dikenal pasti sebagai bandar tentera dan merupakan satu inisiatif yang amat baik dari Kementerian Pertahanan sendiri.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pertahanan kerana telah berjaya menganjurkan persembahan Tatu Tentera yang bertaraf antarabangsa, yang mana saya sendiri telah dijemput untuk menyaksikan majlis penutup tersebut pada 18 Disember, 2011 iaitu semalam.

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

36 DN 19.12.2011

■1440

Saya juga telah berkesempatan berbincang dengan Panglima Tentera Darat di majlis tersebut untuk Kementerian Pelancongan bekerjasama dalam mempromosikan Port Dickson sebagai Bandar Tentera atau Military Tourism City, dengan izin.

Dari segi infrastruktur, Port Dickson telah pun lengkap dengan sistem perhubungan jalan raya yang amat baik dan terletak tidak jauh dari KLIA dan mempunyai hotel-hotel serta resort-resort untuk memenuhi para pelancong. Apa yang diperlukan oleh Port Dickson pada masa ini dan masa hadapan adalah lebih banyak acara dan aktiviti yang menarik para pelancong untuk datang ke Port Dickson.

Jikalau datang sahaja kepada Tatu Tentera, mereka tidak akan menginap di Port Dickson dan datang sahaja kemudian balik. Kita perlu ada beberapa jenis program. Dalam hal ini, saya akan berbincang dengan Kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis Daerah Port Dickson untuk merancang program pelancongan tentera darat misalnya ada program satu minggu pada masa Tatu Tentera. Jadi pada waktu siang mereka bolehlah pergi – ada jenis-jenis program budaya, program makanan, berbasikal dan lain-lain. Selepas itu pada sebelah malamnya, mereka boleh juga menyaksikan Tatu Tentera. Jadi, kejayaan Port Dickson sebagai Bandar Tentera adalah bergantung pada kerjasama di antara Kementerian Pertahanan, kerajaan negeri dan majlis daerah. Kita di Kementerian Pelancongan melalui Tourism Malaysia akan membantu dari segi promosi dan juga buat Mega Fam, jemput pihak-pihak syarikat pelancongan dari luar negara atau di negara kita datang buat Mega Fan dan buat packages yang tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam membangkitkan mengenai kebersihan dan keindahan persekitaran dan alam semula jadi. Isu ini memang sangat-sangat penting. Prestasi persekitaran yang merosot ini mampu mencacatkan dan menggagalkan usaha-usaha promosi pelancongan yang dijalankan.

Kita dapat banyak aduan daripada pihak pelancong. Ada orang kata jika hendak pergi tandas di Malaysia, ikut hidung sudah boleh. Ini memang sesuatu yang sangat ada kesan negatif kepada negara kita untuk menarik pelancong.

Untuk ini, Kementerian Pelancongan telah melancarkan kempen Malaysia Indah, Malaysia Bersih, 1Malaysia Green 1Malaysia Clean (1MG 1MC) dengan izin, bagi meningkatkan tahap kesedaran rakyat Malaysia yang meliputi segenap lapisan masyarakat daripada murid-murid sekolah sehingga ke warga emas mengenai peranan mereka serta kepentingan menjaga kebersihan dan keindahan negara dalam memajukan industri pelancongan. Malaysia Bersih, Malaysia Indah tidak boleh sahaja pulang kepada tanggungjawab – tidak boleh dipertanggungjawabkan oleh kerajaan sahaja. Ini perlu ada satu minda, satu sikap, satu budaya rakyat Malaysia memastikan 1Malaysia Bersih, 1Malaysia Indah terlaksana. Jangan buang sampah merata-rata dan juga...

Tuan Boon Som a/l Inong: Penjelasan.

Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen: Ya.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat.

Tuan Boon Som a/l Inong: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Bukan sahaja restoran tidak berapa bersih, tetapi sejak akhir-akhir ini, ramai pengemis macam di Subang Jaya, Bangsar, bertukar ganti. Adakah kementerian dapat mencari jalan bagi menyelesaikan permasalahan ini? Ini bukan sahaja memberi pandangan yang tidak sihat kepada pelancong asing bahkan rakyat tempatan pun.

Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen: Tuan Yang di-Pertua, saya memang haraplah Kementerian Pelancongan ada hak, ada kuasa untuk ini. Akan tetapi yang sebenarnya, kita ini macam NGO sahajalah. Kita tidak ada kuasa tutup atau batalkan lesen. Ini semua dipulangkan balik kepada kerajaan tempatan. Walaupun banyak kali kita sudah bagi mereka tahu – setiap kali kita menerima aduan dari pelancong-pelancong, kita hantar terus kepada pihak-pihak tertentu, majlis-majlis tertentu. Jadi siapa yang...

Tuan Yang di-Pertua: Okey Yang Berhormat. Tidak payah Yang Berhormat bercakap panjang. Pasal itu saya bersetuju bahawa ini adalah kuasa-kuasa kerajaan tempatan. Silakan Yang Berhormat.

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 37

Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen: Okey. Kempen 1MG 1MC, kita mulai dengan pelajar-pelajar. Pada masa sekarang, kita ada Program Pelancongan Pelajar atau 3P. Kita sudah ada program kepada 36,140 orang pelajar di sekolah-sekolah untuk menanam satu minda atau satu budaya bersama kita menentukan negara kita bersih dan indah.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan sambutan hari-hari perayaan utama sebagai aktiviti pelancongan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sememangnya menganjurkan majlis rumah terbuka setiap tahun iaitu sambutan hari raya seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan juga Deepavali serta juga Krismas.

Kita ini memang masuk semua perayaan ini dalam Kalendar Pelancongan Malaysia. Program ini sudah dijalankan selama sepuluh tahun. Jadi semua orang di luar negara dapat kalendar Malaysia, kalendar meraikan perayaan.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu-isu facebook, Kementerian Pelancongan telah memberikan jawapan beberapa kali di Dewan Rakyat dan juga bertulis di Dewan Negara. Kita semua sudah sedia maklum bahawa kita semua sudah berada pada zaman era IT. Bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran sosial media, boleh dianggap berada pada zaman dinosaur. Sekarang di seluruh dunia ada 800 juta facebook user dan di Malaysia sahaja ada 12 juta. Tourism Malaysia perlu ada promosi dan juga iklan di sosial media. Jadi, kita sudah jalankan enam kempen di mana kita mempromosikan program-program dan cuti-cuti 1Malaysia. Enam kempen itu adalah Kempen Cuti-cuti 1Malaysia, Kempen Citrawarna 1Malaysia, Kempen Jualan Mega 1Malaysia dan Jualan Karnival Akhir Tahun, Kempen Kesenian Pelancongan, Kempen Malaysia Bersih, Malaysia Indah dan Kempen Makanan (Fabulous Food).

Sampai sekarang, jumlah yang kita terima direkodkan datang visitors kepada Facebook kita adalah 282,000 peminat iaitu pencapaian sebanyak 235peratus lebih daripada sasaran awal. Sasaran awal adalah 120,000 sahaja. Juga, saya memang rasa sangat berpuas hati kerana pada 30 November 2011 di Malaysian Insider, ada beberapa patah social media yang sudah menerangkan kempen promosi sesuatu produk bukan percuma, perlu ada perbelanjaannya. Pada masa sekarang, facebook Tourism Malaysia sudah diranking ke-12 dalam seluruh facebook di Malaysia. Pertamanya ialah AirAsia, selepas itu Malaysia Airlines dan kita yang ke-12.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya mengenai homestay. Merujuk kepada soalan Yang Berhormat Senator Datuk Hajah Fatimah binti Hamat mengenai homestay, sehingga bulan September 2011, kementerian ini telah mendaftarkan...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjangkah lagi Yang Berhormat?

Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen: Tidak, empat muka sahaja. Sebanyak 148 buah homestay di seluruh negara dengan bilangan pengusaha seramai 3,180 orang dan bilangan bilik yang ditawarkan kepada para pelancong adalah sebanyak 4,180 buah bilik. Jumlah pelancong yang menginap di homestay bagi tahun 2010 adalah 196,000 iaitu meningkat 13.3 peratus berbanding dengan 161,000 orang pelancong pada tahun 2009, tahun 2010, 196,000 orang.

■1450

Manakala bagi tempoh dari Januari hingga bulan September 2011 jumlah pelancong yang menginap di homestay adalah seramai 152,000 iaitu meningkat sebanyak 16.6peratus berbanding pada tempoh yang sama pada tahun 2010. Anggaran peratusan pelancong yang kembali semula ke homestay adalah sebanyak 37peratus.

Tuan Yang di-Pertua, Program Homestay Malaysia adalah satu produk pelancongan yang berbentuk pengalaman atau lifestyle di mana pelancong tinggal bersama keluarga tuan rumah, pengusaha-pengusaha homestay yang telah mendaftar dengan kementerian. Dengan ini para pelancong berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami gaya hidup seharian masyarakat kampung dan kebudayaan mereka.

Program ini tidak diklasifikasikan sebagai kemudahan penginapan semata-mata seperti hotel bajet atau rumah tumpangan. Sebaliknya konsep utama yang ditekankan bagi produk pelancongan ini adalah lebih kepada produk pelancongan lifestyle kampung. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pelancongan telah melaksanakan pemantauan dan mendapati terdapat sebanyak 373 buah premis yang telah menyalah guna

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

38 DN 19.12.2011

istilah atau konsep homestay. Di mana mereka hanya menyediakan kemudahan penginapan sahaja. Oleh yang demikian premis-premis ini sepatutnya menggunakan istilah guest house, rumah tumpangan dan lain-lain. Jadi bagi menangani masalah homestay yang tidak berdaftar dan telah menyalah guna istilah, kementerian telah mengambil langkah-langkah berikut yang bekerjasama dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mengawal penggunaan istilah homestay.

Pihak SSM telah menetapkan syarat bahawa sesebuah syarikat dan perniagaan yang mengemukakan permohonan menggunakan nama homestay. Hanya akan dipertimbangkan sekiranya disertakan dengan surat kebenaran dari Kementerian Pelancongan. Kedua, meminta agensi-agensi pelancongan hanya memilih homestay yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan memaparkan logo yang sah dalam menawarkan pakej-pakej pelancongan.

Kita sekarang dalam proses mendaftarkan kita punya cop dagangan bagi trademark logo homestay. Bagi membezakan homestay yang daftar dan tidak daftar di bawah Kementerian Pelancongan. Kementerian Pelancongan telah membentangkan permasalahan diguna dan konsep homestay ini kepada Menteri Besar dan pihak berkuasa tempatan untuk sama-sama menangani isu ini melalui surat bertarikh 14 Disember 2010 supaya pengusaha-pengusaha tersebut mematuhi syarat-syarat dan garis panduan pendaftaran Program Homestay Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya bagi pihak Kementerian Pelancongan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang prihatin, yang memberikan kita sumbangan dan juga sokongan dalam industri pelancongan Malaysia. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ini kerana Yang Berhormat seorang Menteri datang ke mari, jawapan itu nampak bagus. Tadi sebut berkenaan usaha hendak wujudkan penerbangan terus daripada Kuala Lumpur ke Rusia. Yang Berhormat pun sudah pergi sendiri saya mohon kesempatan mewakili kerajaan, Kerajaan Malaysia mengalu-alukan. Akan tetapi kementerian kita di sini kementerian Yang Berhormat dengan Menteri berkenaan harus ada koordinasi yang mantap supaya boleh merealisasikan itu. Itu sahaja Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat.

Saya persilakan, kita sekarang ini ada 13 kementerian lagi ini. Saya mohon kerjasama semua Ahli Yang Berhormat yang menjawab kementerian itu akan menjawab, nama-nama Yang Berhormat mungkin akan disebut. Tumpukan kepada isu-isu yang dibangkitkan dan yang penting persoalan mungkin agaknya tidak kementerian tidak beri penjelasan itu mungkin agaknya perlu diberi priority. Mana yang lain-lain yang difikirkan untuk promosi atau apa-apa itu kita potonglah sedikit untuk menyenangkan, mempercepatkan, memantapkan lagi Dewan ini kerana masa itu amat mencemburui kita. Sekarang tanpa membuang masa lagi saya persilakan Yang Berhormat daripada Kementerian Pertahanan. Dipersilakan Yang Berhormat.

2.55 ptg.

Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada tiga Ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 yang menyentuh beberapa perkara. Khususnya mengenai kebajikan veteran ATM iaitu Yang Berhormat Senator Puan Doris, Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhamad Yusof Husin dan satu lagi perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tunku Abdul Aziz mengenai perolehan aset pertahanan ATM.

Saya terus pergi kepada perkara pokok iaitu Yang Berhormat Doris ingin mengetahui dan memberi cadangan supaya bekas tentera yang berkhidmat semasa zaman penjajah diberi pencen, imbuhan yang setimpal termasuk pemberian pingat bagi penghargaan perkhidmatan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Dewan bekas anggota tentera yang berkhidmat pada zaman penjajahan adalah dikenali sebagai British Forces, dengan izin yang terdiri daripada British Army, British Navy dan British Air Force. Pencen diberi oleh Kerajaan British kepada anggota yang telah berkhidmat lebih tempoh 21 tahun. Pencen ini diberi kepada mereka walau bagaimanapun berdasarkan kepada amalan semasa

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 39 pembayaran, kita akan dahulukan dahulu melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran kemudian baru kita tuntut kembali daripada Kerajaan British. Selama ini persefahaman ini tidak pernah diganggu gugat oleh kedua-dua kerajaan. Selaras dengan penubuhan Jabatan Hal Ehwal Veteran warganegara Malaysia yang mana adalah bekas anggota British Forces sekarang ini telah diiktiraf sebagai Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan mereka diberi kad pesara.

Sebagai veteran ATM mereka layak untuk mendapat perkhidmatan perubatan percuma, skim bantuan kebajikan dan pendidikan daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran. Kerajaan British juga memberi penghargaan terhadap pengorbanan anggota British Forces dengan mengurniakan pingat-pingat seperti Military Cross (MC), Military Medal (MM) dan George Cross (GC) sewaktu tempoh perkhidmatan mereka. Berkuat kuasa mulai Julai 2009 kerajaan Malaysia telah memberi elaun kenangan kepada penerima-penerima tersebut. Di samping itu kerajaan juga mengurniakan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada bekas anggota British Force yang telah berkhidmat mulai Januari 1969 hingga Disember 1989. Bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya. Manakala dari 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara walaupun ada parti yang mengagung-agungkan pula pejuang Parti Komunis Malaya ini.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Puan Doris adalah adakah sumbangan RM3,000 diberikan kepada pesara polis dipanjangkan kepada Sarawak Ranger dan Iban Trackers. Sebenarnya kerajaan seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, pemberian RM3,000 one-off itu hanya untuk bekas anggota polis dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat dan ia tidak melibatkan Sarawak Renjer dan Iban Trackers.

Tuan Yang di-Pertua, isu ketiga yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Haji Muhamad Yusof adalah sama ada kerajaan bercadang untuk memberi pencen kepada veteran ATM yang berkhidmat kurang daripada 21 tahun.

■1500

Berhubung dengan pemberian pencen, kementerian belum lagi berhajat untuk memberi pencen kepada mereka yang berkhidmat kurang daripada 21 tahun kerana ia adalah melanggar dan tidak seiring serta sejajar dengan dasar pertahanan negara di mana dalam dasar pertahanan negara yang paling penting sekali adalah tahap kesiapsiagaan keseluruhan ketiga-tiga perkhidmatan tentera darat, tentera udara dan juga tentera laut. Justeru itu, pencen hanya akan diberi hanya kepada mereka yang telah menunjukkan ketaatsetiaan yang begitu tinggi kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong selepas merak mereka berkhidmat selama 21 tahun. Jika kita mula mengubah polisi ini dikhuatiri kita tidak dapat mempunyai numbers atau bilangan kepakaran-kepakaran yang tertentu. Ini kerana hendak jadi tentera yang profesional mempunyai ilmu-ilmu kepakaran alam peperangan, ia mengambil masa untuk dibentuk. Walau bagaimanapun, mereka yang bertugas kurang daripada 21 tahun juga diberi ganjaran-ganjaran perkhidmatan dan peraturan yang termaktub dalam angkatan tetap Angkatan Tentera Malaysia.

Akhir sekali, Tuan Yang di-Pertua, isu yang keempat mengenai perolehan aset pertahanan Angkatan Tentera Malaysia yang diutarakan oleh Yang Berhormat Senator Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim, di mana beliau mencadangkan supaya kerajaan meneliti perolehan aset pertahanan. Di sini elok saya nyatakan bahawa Kementerian Pertahanan sentiasa dan akan terus menyokong usaha kerajaan atau mana-mana pihak ke arah memastikan urusan awam termasuk perolehan peralatan dan sistem pertahanan dibuat secara terus, bersih, berintegriti dan jauh dari sebatang unsur-unsur penyelewengan, salah guna kuasa mahupun rasuah. Kementerian Pertahanan berpandangan bahawa proses perolehan yang melibatkan kelengkapan pertahanan yang strategi pada negara tidak wajar dibincang secara terbuka. Perbincangan secara umum boleh mendedahkan kelebihan atau pun kelemahan organisasi pertahanan kepada pihak-pihak tertentu secara tidak disedari.

Cadangan pembentangan pembelian aset pertahanan ketenteraan kepada suatu jawatankuasa khas di peringkat Parlimen seperti yang dilakukan di Great Britain mahupun Australia adalah tidak perlu dalam perspektif negara. Ini adalah kerana sebarang rancangan pembelian aset pertahanan adalah dinyatakan dalam anggaran belanjawan pembangunan yang mana dibahaskan dan diluluskan di peringkat dua-dua Dewan. Setiap proses perolehan alat pertahanan ketenteraan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

40 DN 19.12.2011

adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti Arahan Perbendaharaan - Tatacara Prosedur Kewangan.

Setiap pembelian yang dilaksanakan adalah tertakuk kepada pemeriksaan dan teguran Jabatan Audit Negara. Sekiranya pihak Jabatan Audit Negara mendapati sebarang penyelewengan atau tidak kepatuhan terhadap mana-mana peraturan, ia akan dinyatakan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara.

Seterusnya kementerian akan memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dengan izin sekiranya diminta berbuat demikian. Jadi memang terdapat dengan izin, sufficient safeguard bagi memastikan tahap ketulusan integriti serta keberkesanan jangka panjang agar pembelian alat pertahanan ketenteraan sentiasa terpelihara. Walau bagaimanapun, elok saya nyatakan pendirian kementerian dalam hal procurement ini di mana jika perlu ada keperluan untuk lantikan panel penilaian bebas terdiri dan penilaian bebas ini adalah tertakluk kepada dasar-dasar perolehan kerajaan, kita alu-alukan pelantikan panel penilaian bebas. Walau bagaimanapun, panel ini perlulah terdiri kepada mereka-mereka yang ulama dan pakar dalam bidang berkaitan dan ia mestilah wajib tertakluk kepada keperluan dengan izin, security of information apabila melibatkan kelengkapan pertahanan strategik negara.

Itu sahaja Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang dipersilakan...

Puan Chew Lee Giok: Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Oh! Ada soalan.

Puan Chew Lee Giok: Soalan saya tidak dijawab. Boleh saya kemukakan atau minta secara bertulis? Soalan saya sewaktu saya dalam perbahasaan, apakah jenis kerjasama yang melibatkan TLDM dan APMM untuk menjaga keamanan dan keselamatan di laut semenjak APMM diujudkan. Adakah exercise bersama diadakan oleh TLDM dan APMM bersama? Saya tidak ada jawapan. Terima kasih.

Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, ada. Saya mohon menjawab secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan...

Untuk makluman Yang Berhormat, oleh sebab Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan ini ada perkara-perkara yang kadangkala dia terpaksa sesuatu yang ia punya perlu lebih dipandang prihatinlah. Akan tetapi walau bagaimanapun ia sudah sanggup dijawab kepada Yang Berhormat itu, baguslah. Sekarang saya persilakan kepada Kementerian Pengangkutan.

3.07 ptg.

Timbalan Menteri Pengangkutan II [Tuan Jelaing anak Mersat]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Senator yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 yang menyentuh bidang tugas Kementerian Pengangkutan di Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi ada membangkitkan pertanyaan berkaitan jumlah kutipan daripada pembayaran lesen memandu dan menunggang yang dikutip setiap tahun. Untuk makluman, jumlah kutipan hasil daripada urus niaga yang melibatkan lesen memandu seperti urusan pembaharuan, permohonan baru, tambah kelas, dan sebagainya bagi tempoh 2006 sehingga September 2011 adalah seperti berikut:

Tahun Jumlah kutipan (RM)

2006 309,000,102.52

2007 316,264,113.47

2008 331,582,480.00

2009 336,549,143.40

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 41

2010 364,123,019.20

2011 hingga September 289,092,556.30 Jumlah 1,946,713,315.89

Yang Berhormat Senator Mohd Khalid bin Ahmad turut menyentuh isu berkaitan kemalangan jalan raya. Untuk makluman, kerajaan telah menggunakan pendekatan 5E sebagai langkah yang holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Pendekatan 5E ini merangkumi intervensi pendidikan (education), penguatkuasaan (enforcement), kejuruteraan (engineering), persekitaran (environment) dan penilaian (evaluation).

Langkah-langkah yang dijalankan ini telah berjaya menurunkan kadar kemalangan jalan raya dengan mengambil kira purata pertambahan kenderaan berdaftar yang mencecah hampir 1 juta setahun.

■1510

Untuk makluman, kadar kemalangan jalan raya berasaskan bilangan kenderaan berdaftar bagi tahun 2000 sehingga tahun 2010 telah menurun daripada 0.236 kepada 0.0205 dengan penurunan sebanyak 0.0031. Kerajaan turut mengambil maklum cadangan Yang Berhormat Senator agar Kelab Keselamatan Jalan Raya diwujudkan di peringkat sekolah. Untuk makluman, Kelab Keselamatan Jalan Raya sememangnya telah ditubuhkan di peringkat sekolah rendah dan menengah semenjak tahun 2009. Jabatan Keselamatan Jalan Raya dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan pihak swasta telah menyediakan garis panduan Kelab Keselamatan Jalan raya pada tahun 2008 bagi memastikan pengurusan tersebut lebih teratur, seragam dan menarik.

Garis panduan ini akan digunakan oleh guru-guru penasihat Kelab Keselamatan Jalan Raya di sekolah untuk merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti kelab tersebut. Walaupun penubuhan Kelab Keselamatan Jalan Raya tidak diwajibkan di setiap sekolah, namun kerajaan melalui JKJR sentiasa menggalakkan pengurusan sekolah untuk mewujudkan kelab berkenaan di sekolah-sekolah mereka bagi memupuk budaya safety first dalam diri pelajar.

Tuan Yang di-Pertua, penubuhan Akademi Laut. Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus ada mencadangkan agar Akademi Laut seperti ALAM ditubuhkan di Labuan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, latihan dan pembelajaran maritim diusaha dan dikendalikan oleh pihak swasta... [Disampuk]

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, laluan.

Tuan Jelaing anak Mersat: Boleh saya siapkan jawapan dahulu?

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Ada soalan saya satu lagi yang belum menteri jawab iaitu berkaitan dengan cermin gelap. Adakah cermin gelap... [Disampuk]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, biar dia jawab dahulu lepas itu kan bila dia tidak sebut, Yang Berhormat. Biar dia habiskan dahulu, kalau dia tidak sebut ataupun tidak sentuh, Yang Berhormat baru tanya.

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Soalan saya sudah habis jawab tadi.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, apa usul Yang Berhormat?

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Berkaitan dengan cermin gelap. Bukan sesi inilah, sesi yang lepas pun ada Yang Berhormat Senator berkaitan dengan cermin gelap. Akan tetapi, melihat hari ini cermin gelap memang banyak di seluruh tempat. Jadi apakah cadangan kementerian untuk mengatasi perkara ini? Adakah menggalakkan ataupun bagi macam mana?

Tuan Jelaing anak Mersat: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, penggunaan cermin gelap ini ada dia punya sekatan. Hanya yang telah dapat pengesahan dari pihak doktor iaitu medical certification supaya cermin gelap ini boleh jadi perlindungan kepada pesakit itu dan dua sekiranya tidak ada security problem daripada pandangan pihak polis. Kementerian Pengangkutan tidak menggalakkan orang menggunakan cermin gelap.

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

42 DN 19.12.2011

Tuan Yang di-Pertua: So, bermakna Yang Berhormat ada dua kategori dan kalau ada ramai sangat yang pakai cermin gelap itu, enforcement sahajalah yang perlu dikuatkuasakan. Okey. Teruskan Yang Berhormat.

Tuan Jelaing anak Mersat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sambung tadi daripada keselamatan jalan raya tadi.

Sehingga kini terdapat lebih daripada 30 institusi latihan pelaut yang telah diluluskan oleh kerajaan iaitu Jabatan Laut Malaysia di seluruh Malaysia termasuk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Institusi Latihan Pelaut tersebut telah diluluskan untuk mengendalikan pelbagai kursus berkaitan pelaut mengikut standard yang telah ditetapkan di peringkat antarabangsa khususnya International Maritime Organization. Bagi Labuan, terdapat sebuah institut yang telah diluluskan iaitu Inatech Sdn Bhd. Untuk makluman Dewan juga, ALAM juga sendiri telah diswastakan kepada MISC. Sejajar di atas, kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk menubuhkan sebuah institusi latihan di Labuan seumpama ALAM pada ketika ini.

Tuan Yang di-Pertua, Senator Datuk Paul Kong Sing Chu ada menyentuh tentang Port Klang Free Zone, jadi Tuan Yang di-Pertua oleh kerana hal ini masih lagi dibicarakan dalam mahkamah, jadi saya tidak menyentuh hal ini.

Tuan Yang di-Pertua: Faham Yang Berhormat. Kalau ianya berkaitan ada isu dalam mahkamah, sub judice, atau Yang Berhormat boleh berhak untuk tidak menjawab tentang itu.

Tuan Jelaing anak Mersat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz juga ada membangkitkan berkaitan pemakaian pakaian menutup aurat yang melibatkan pramugari bukan Islam ketika musim haji. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemakaian uniform untuk penerbangan sewa khas iaitu chartered flight termasuk penerbangan haji adalah berlainan. Bagi penerbangan sewa khas sewaktu musim haji, pramugari diwajibkan untuk memakai uniform mengikut ciri-ciri Islam iaitu bertudung manakala bagi penerbangan sewa khas di luar masa haji, pramugari boleh membuat pilihan sama ada mereka ingin memakai pakaian seragam di mana kain tudung boleh digunakan. Tindakan ini harus dipuji kerana ia melambangkan langkah yang positif serta menunjukkan sikap yang sensitif terhadap amalan agama oleh seseorang individu atau kumpulan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, kementerian juga telah meminta MAS dan AirAsia dan lain-lain syarikat penerbangan negara untuk membenarkan atau memberikan pilihan kepada pramugari beragama Islam memakai pakaian menurut syarak. Dalam hubungan ini, MAS telah memaklumkan bahawa pakaian pramugari MAS adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh MAS kepada semua pramugari tidak mengira agama dan bangsa. Garis panduan yang ditetapkan itu adalah mengikut policy branding pihak MAS yang mengambil kira tradisi pakaian masyarakat Malaysia.

Seperkara lagi, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz mencadangkan agar diwujudkan jaringan baru laluan antarabangsa antara Kota Bharu dengan hab antarabangsa seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.

Untuk makluman, penentuan untuk mengadakan penerbangan antarabangsa adalah berdasarkan pada permintaan oleh mana-mana syarikat penerbangan. Dalam hubungan ini, jika sekiranya ada permintaan daripada mana-mana syarikat penerbangan untuk mengadakan perkhidmatan antarabangsa dari ataupun ke Kota Bharu, maka kerajaan bersedia untuk membuat pertimbangan.

Yang Berhormat Senator juga bertanya berkaitan kajian oleh MAS bagi laluan yang jauh dan tidak produktif. Untuk makluman, pihak MAS sememangnya mengadakan kajian dari semasa ke semasa dalam menentukan perkhidmatan penerbangan yang disediakan ke mana-mana destinasi. Keputusan untuk meneruskan atau memberhentikan perkhidmatan ke sesuatu destinasi akan dibuat setelah mengambil kira semua aspek kepentingan syarikat dan juga negara. Yang Berhormat Senator...

Puan Hajah Mumtaz bin Md. Nawi: Saya pohon untuk mencelah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin mengambil masa ini untuk mengucapkan tahniah di atas pembaharuan yang diperkenalkan oleh MAS khususnya berkaitan pakaian pramugari. Berkaitan dengan isu yang saya kemukakan adakah pihak MAS membuat kajian kepada laluan jauh itu. Saya hendak tanya dari segi kekerapan, maksudnya tunggu setahun atau

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 43 setengah tahun dia buat keputusan kerana kita difahamkan dalam kes ini MAS telah tiga tahun berturut-turut rugi kerana laluan jauh. Jadi apakah kekerapan dibuat kajian itu dan keputusan untuk meneruskan atau menghentikan itu dibuat sekali atau dua kali atau tiga kali setahun bagi mengelakkan kerugian yang berpanjangan kepada pihak MAS tiap tahun dan yang kedua berkaitan dengan isu cukai lapangan terbang. Saya mohon untuk jawapan juga. Terima kasih.

Tuan Jelaing anak Mersat: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Dalam isu yang pertama tadi, berapa kerap MAS buat kajian berkaitan penerbangan jauh ini, ini saya tidak pasti dan tidak dapat menentukannya di sini tetapi boleh saya jawab secara bertulis oleh kerana ini juga penting bagi syarikat penerbangan seperti MAS supaya ia dapat mengurangkan kerugian ataupun menambahkan keuntungan dari masa ke semasa. Jadi saya akan sampai ke pertanyaan Yang Berhormat yang kedua, tunggu sekejap lah. Tidak lama lagi.

Puan Hajah Mumtaz Bin Md. Nawi: Cukai lapangan terbang.

Tuan Jelaing anak Mersat: Cukai PSC itu, passenger service charge. Pembatalan penerbangan Firefly. Yang Berhormat Senator Datuk Paul Kong Sing Chu meminta penjelasan kerajaan berkaitan pembatalan penerbangan Firefly antara Kota Kinabalu dan Sandakan bermula 1 November.

■1520

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, pembatalan penerbangan Firefly antara Kuala Lumpur dan Sandakan adalah sebagai strategi pemulihan iaitu dengan izin, Comprehensive Collaboration Framework oleh pengurusan pihak MAS. Syarikat ini pernah beroperasi menggunakan pesawat jet ke laluan-laluan di Sabah dan Sarawak.

Akan tetapi selepas business rationalization process dengan izin, MAS Group telah mengurangkan kos operasi perkhidmatannya dengan mengambil alih pesawat jet Firefly. Firefly kini menggunakan pesawat turboprop dalam perkhidmatan short-haul ataupun penerbangan yang pendek, tidak jauh. Walau bagaimanapun, masih terdapat laluan alternatif oleh syarikat penerbangan negara yang lain dan masih terdapat connectivity dengan izin, di antara bandar-bandar tersebut.

Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah meminta kerajaan menjelaskan sama ada berlakunya monopoli penerbangan apabila penerbangan Firefly dibatalkan dan diberi keutamaan kepada AirAsia. Untuk makluman, soal monopoli tidak timbul apabila penerbangan Firefly dibatalkan. Ia adalah kerana mana-mana syarikat penerbangan tempatan lain yang mempunyai Air Service License dan berkemampuan, boleh mengadakan penerbangan ke laluan-laluan yang dibatalkan oleh sesuatu syarikat penerbangan tempatan. Dalam pada itu, Firefly juga boleh mengadakan semula penerbangan ke laluan yang telah dibatalkan pada bila-bila masa apabila syarikat itu bersedia berbuat demikian.

Lapangan Terbang Labuan. Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus bertanya berkaitan dengan status naik taraf Lapangan Terbang Labuan dan bertanya jika terdapat cadangan menjadikan Lapangan Terbang Labuan sebagai lapangan terbang antarabangsa. Untuk makluman yang, projek menaik taraf Lapangan Terbang Labuan dimulakan pada 9 November 2005 dan telah siap pada 12 April 2010 dengan kos sebanyak RM365 juta.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, buat masa ini kerajaan masih belum mempunyai perancangan untuk menaik taraf status Lapangan Terbang Labuan kepada status lapangan terbang antarabangsa. Memandangkan Lapangan Terbang Labuan belum mempunyai sebarang operasi penerbangan antarabangsa berjadual yang merupakan salah satu syarat untuk dinaiktarafkan ke status lapangan terbang antarabangsa. Buat masa ini tiada syarikat penerbangan tempatan mahupun asing yang memohon untuk beroperasi ke laluan antarabangsa dari atau ke Lapangan Terbang Labuan. Namun begitu, kerajaan sentiasa mengalu-alukan syarikat penerbangan tempatan dan asing yang ingin mengadakan penerbangan antarabangsa dari atau ke lapangan terbang tersebut.

Yang Berhormat Senator Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim dan Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah membangkitkan isu berkaitan dengan penggunaan aerobridge. Untuk makluman, kerajaan sememangnya tidak menetapkan peraturan penggunaan aerobridge diwajibkan ke atas semua syarikat

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

44 DN 19.12.2011

penerbangan. Ini kerana tidak semua lapangan terbang dalam negara dilengkapkan dengan kemudahan tersebut. Di samping itu juga, pilihan diberikan kepada syarikat-syarikat penerbangan sama ada mahu ataupun tidak menggunakan kemudahan aerobridge adalah mengikut business model masing-masing.

Sebagai sebuah syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia mempunyai business model yang menetapkan turnaround time selama 25 minit. Oleh itu, syarikat tersebut memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan aerobridge di lapangan terbang kerana ia memerlukan masa yang lebih panjang untuk penurunan dan kemasukan penumpang ke kapal terbang.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Ahmad bin Hussin ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan tentang tambang yang ditawarkan kepada pengguna selepas terdapatnya Comprehensive Collaboration Framework. Untuk makluman, secara amnya, prinsip asas Comprehensive Collaboration Framework (CCF) di antara MAS, AirAsia dan AirAsia X adalah untuk membolehkan semua pihak yang terlibat memanfaatkan kepakaran teras masing-masing, mengoptimumkan kemahiran dan seterusnya meningkatkan kemampuan untuk bersaing. Kesan kerjasama ini dijangka akan memberi peluang kepada ketiga-tiga syarikat penerbangan yang terlibat untuk menumpukan kepada perniagaan teras dan kepakaran masing-masing yang akhirnya memberi manfaat kepada para pengguna. Dengan demikian, pengguna masih dapat menikmati harga tambang murah yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan.

Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah dan Senator Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi meminta kerajaan menjelaskan isu berkaitan kenaikan cukai lapangan terbang. Untuk makluman, kenaikan caj PSC ataupun Passenger Service Charge, dengan izin, antarabangsa ini telah selaras dengan perjanjian operasi yang telah ditandatangani oleh kerajaan dan MAHB pada 12 Februari 2009. MAHB berhak untuk menaikkan kadar kutipan Passenger Service Charge sekiranya mencapai benchmark yang telah ditetapkan iaitu berdasarkan kepada satu formula yang berasaskan kepada Consumer Price Index. Dalam hubungan ini pihak MAHB perlu mencapai tahap kepuasan pengguna serta kecekapan operasi bagi perkhidmatan yang disediakan. Tahap pencapaian ini akan diukur dengan menggunakan indeks antarabangsa iaitu Airport Service Quality dan productivity targets yang telah ditetapkan.

Selain itu, kenaikan PSC antarabangsa adalah untuk menampung kos pengendalian dan penyelenggaraan semua lapangan terbang negara yang kian meningkat akibat daripada peningkatan kos kontrak, penyelenggaraan, kos sumber tenaga manusia, harga komoditi minyak mentah dan kos penyelenggaraan bagi peralatan lama. Tambahan pula berdasarkan perjanjian operasi tersebut sekiranya kerajaan tidak mempertimbangkan kenaikan PSC, kerajaan perlu membayar pampasan kepada MAHB dalam bentuk marginal cost support, dengan izin, bagi perbezaan kadar PSC tersebut. Dalam pada itu, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, cukai lapangan terbang hanya merupakan kurang daripada 2 peratus daripada harga tiket. Buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan rundingan dengan MAS dan AirAsia kerana Passenger Service Charge yang dikenakan itu adalah untuk bayaran perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak MAHB selaku operator kepada lapangan terbang yang menyediakan kemudahan-kemudahan di lapangan terbang.

Termasuk perkhidmatan keselamatan dan Passenger Service Charge tersebut dibayar kepada MAHB. Tuan Yang di-Pertua, akhir kata sekali lagi saya ingin...

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Yang Berhormat, saya mohon.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berhubung dengan caj lapangan terbang tadi, adakah dengan kenaikan harga cukai lapangan terbang kita ini akan menggugat dari segi persaingan antara kita dengan negara-negara ASEAN yang lain. Itu yang pertama. Kedua, adakah benar cukai itu hanya 2 peratus daripada harga tiket kerana kalau kita lihat sekarang ini cukai itu memang mahal, bukan 2 peratus. Jadi, saya hendak tahu kiraan yang bagaimana yang kata 2 peratus sebab kalau tengok hari ini bukan 2 peratus tetapi

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 45 mungkinlah cukai ini digabungkan dengan cukai-cukai yang lain. Saya minta pihak kerajaan jelaskan.

Tuan Jelaing anak Mersat: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Cukai yang disentuh di sini ada dua jenis. Satu ialah cukai domestic flight yang tidak sangat membebankan penumpang-penumpang domestik ataupun orang kita di Malaysia yang terbang di antara Kuala Lumpur dengan Kota Kinabalu, Sandakan, Kuching dan sebagainya ataupun Kota Kinabalu.

Akan tetapi banyak caj RM65 ini kepada international passenger ataupun passenger antarabangsa yang kita harapkan dapat membantu kita dalam penyelenggaraan airport kita.

Untuk perbandingan, misal kata di Heathrow Airport di London, Passenger Service Charge ini adalah RM564 untuk satu passenger. Jadi, kalau dikirakan dari segi perbandingan, kita masih lagi murah daripada airport yang lain. Sama ada ini sama rata dengan yang di negara-negara ASEAN, saya fikir pun kajian ini mestilah seperti yang saya sebutkan tadi, mestilah dikaji dari segi kepuasan passengers. Kepuasan orang-orang yang menaiki kapal terbang ini dengan kemudahan-kemudahan yang ada di lapangan terbang kita. Tuan Yang di-Pertua, akhir kata sekali lagi saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat...

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Minta laluan.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Tuan Jelaing anak Mersat: Ya, sila.

■1530

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Saya ingin mengambil perhatian Yang Berhormat Menteri kerana perkara ini ada saya sentuh dalam pembahasan bajet saya. Saya hendak tahu respons daripada kementerian kerana saya ada membuat cadangan ini berkaitan dengan kawasan BIMP-EAGA berkaitan dengan perhubungan kawasan BIMP-EAGA di mana saya syorkan agar kerajaan mengambil perhatian tentang mesti dihubungkan hab kawasan BIMP-EAGA dengan hab yang penting iaitu Singapura, Hong Kong, Bangkok dan Bali.

Setakat ini kawasan BIMP-EAGA ialah antara Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina. Cadangan saya ini dikira penting kerana laluan yang saya cadangkan ini dapat mempertingkatkan lagi industri pelancongan dan juga pelaburan di mana kawasan BIMP-EAGA mempunyai sumber semula jadi yang kaya yang berkehendakkan kepakaran dan teknologi dari pelabur-pelabur asing. Jadi dengan dua dalam satu ini mengambil faedah kepada negara. Jadi, mungkin kementerian dapat memberi respons kepada cadangan saya itu. Terima kasih.

Tuan Jelaing anak Mersat: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Penerbangan ke BIMP-EAGA telah dipersetujui di negara-negara ASEAN terutamanya sekali dan cadangan Yang Berhormat tadi untuk mendapatkan lebih lagi maklumat untuk memperhaluskan lagi kemahiran kita ataupun pengetahuan kita dalam industri penerbangan ini sangat baik dan kita mula dulu dengan BIMP-EAGA, saya rasa ia akan bermula tidak lama lagi Yang Berhormat dan selepas itu barulah kita hubungkan BIMP-EAGA kita supaya bukan sahaja dari segi industri penerbangan tetapi juga industri-industri lain yang dapat kita tarik daripada negara-negara lain untuk membangunkan industri-industri di negara kita di negeri Sabah, di negeri Sarawak khasnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya mempersilakan Kementerian Kesihatan.

3.32 ptg

Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

46 DN 19.12.2011

perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 yang menyentuh tentang usaha-usaha Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok telah menunjukkan keprihatinan terhadap kesejahteraan kaum wanita dengan membangkitkan persoalan dan memohon penjelasan bagaimana kerajaan memberikan suntikan percuma imunisasi HPV kepada kaum wanita. Beliau juga turut mencadangkan supaya suntikan ini diberikan di klinik-klinik dan hospital-hospital kerajaan serta diberikan percuma kepada wanita di luar bandar menggunakan klinik bergerak.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan mengambil maklum peruntukan yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia kepada LPPKN untuk memberi pelalaian HPV kepada wanita dewasa. LPPKN mempunyai rangkaian klinik seluruh negara yang mampu memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada kumpulan sasar. Kementerian Kesihatan berharap LPPKN akan melibatkan kepakaran teknikal kementerian dalam merancang pelaksanaan.

Tuan Yang di-Pertua, masih lagi dalam aspek yang sama. Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun binti A. Bakar pula bertanyakan bagaimana langkah kerajaan dalam memastikan kumpulan remaja perempuan berusia 13 tahun di negara ini mendapat suntikan percuma imunisasi HPV khususnya remaja perempuan 13 tahun di luar bandar. Untuk itu, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan dua langkah bagi memastikan semua remaja perempuan yang berusia 13 tahun warganegara Malaysia menerima pelalian HPV. Langkah yang diperkenalkan adalah seperti berikut:

(i) memberi pelalian HPV kepada murid perempuan tingkatan satu di semua sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta di negara ini, di mana sehingga bulan November 2011, pasukan-pasukan kesihatan sekolah telah memberi perkhidmatan pelalian HPV kepada 430,114 murid perempuan Tingkatan Satu dan Dua yang sedang belajar di 2,489 buah sekolah menengah bantuan kerajaan swasta dan antarabangsa di seluruh negara; dan

(ii) menawarkan perkhidmatan pelalian HPV secara percuma kepada remaja perempuan 13 tahun yang tidak bersekolah di 480 klinik kesihatan di seluruh negara.

Tuan Yang di-Pertua, turut dibangkitkan adalah soalan apakah kesan sampingan serta kepentingan dan kesesuaian suntikan imunisasi ini kepada remaja perempuan 13 tahun. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan, sama seperti pemberian vaksin-vaksin yang lain, penerima pelalian HPV mungkin mengalami kesan-kesan sampingan seperti pening, muntah, sakit kepala dan kesan-kesan pada tempat suntikan. Kesan-kesan ini merupakan kesan sementara dan penerima akan pulih dalam masa yang singkat. Dari jumlah 1,188,498 dos vaksin yang disuntik dalam tempoh 2010 hingga 2011, hanya sebanyak 1,010 ataupun 0.01 peratus kejadian kesan sampingan selepas pelalian yang ringan dilaporkan di kalangan murid perempuan berusia 13 tahun.

Sehingga tahun 2011, lebih daripada 39 buah negara di dunia telah mula memberi pelalian HPV kepada golongan murid perempuan yang berusia di antara sembilan hingga 16 tahun. Pemberian pelalian HPV pada usia ini disokong oleh bukti saintifik yang menunjukkan remaja yang menerima pelalian HPV mempunyai respons imuniti yang tinggi bagi mencegah jangkitan HPV.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun juga bertanyakan tentang jumlah bilangan kes baru kanser pangkal rahim pada tahun 2011. Sememangnya Kementerian Kesihatan memantau kes-kes baru kejadian kanser serviks melalui registry Kanser Kebangsaan. Sehingga November 2011, terdapat sebanyak 190 kes kanser serviks yang telah disahkan, dilaporkan kepada registry Kanser Kebangsaan. Perkara ini mengesahkan lagi kepentingan tindakan pencegahan sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun juga memohon penjelasan mengenai sejauh manakah kejayaan pelan strategik 2006-2010 Kementerian Kesihatan dalam menangani jangkitan HIV di negara ini, dan apakah pelan strategik baru yang dibuat untuk menangani jangkitan ini terutama di kalangan suri rumah tangga. Beliau juga mencadangkan supaya peruntukan yang diberikan kepada Kementerian Kesihatan di

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 47 dalam Bajet 2012 ini diberikan sejumlah kepada badan-badan bukan kerajaan atau NGO yang aktif dan banyak membantu untuk menangani jangkitan HIV/AIDS di kalangan rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman semua, Pelan Strategik Kebangsaan HIV/AIDS 2006-2010 ataupun NSP 2006-2010 telah digubal bagi mencapai sasaran negara untuk mencapai matlamat pembangunan milenium atau MDG, dengan izin, serta mengurangkan mobiliti dan mortaliti HIV/AIDS melalui program pencegahan, kawalan, rawatan dan sokongan yang tersusun untuk mengurangkan kadar jangkitan HIV di Malaysia kepada sebelas bagi setiap seratus ribu penduduk menjelang tahun 2015.

NSP ini telah berjaya menangani wabak HIV di Malaysia dengan pengurangan kadar jangkitan HIV daripada 28 bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2002 kepada hanya 12.8 bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2010. Negara juga telah berjaya melaksanakan aktiviti saringan HIV di kalangan ibu mengandung melalui program pencegahan transmisi ibu kepada anak atau dengan izin, prevention of mother to child transmission atau lebih dikenali sebagai PMTCT.

■1540

Lebih daripada 400,000 orang ibu mengandung telah disaring dan daripada jumlah ini, hanya 0.05 peratus dikesan positif serta telah diberikan intervensi pencegahan melalui rawatan antiretroviral atau lebih dikenali sebagai ARV.

Tuan Yang di-Pertua, melalui Program PMTCT, kementerian berusaha mengurangkan jangkitan kepada bayi pada 3 peratus tetapi sekiranya tiada intervensi daripada ibu kepada anak, kadar jangkitan kepada bayi adalah di antara 30 peratus sehingga 45 peratus.

Bagi meneruskan agenda negara membanteras HIV/AIDS, kerajaan meneruskan kesinambungan aktiviti tersebut melalui NSP 2011 ke 2015 dan sebanyak lima strategi telah dibentuk. NSP ini akan memberikan penekanan kepada golongan amat berisiko dengan harapan kerajaan dapat menurunkan lagi kadar notifikasi kes HIV baru pada hanya 11/100,000 orang penduduk dan meningkatkan liputan rawatan kepada penghidap HIV yang layak kepada 60peratus sehingga 80 peratus menjelang 2015 atau lebih awal lagi. Golongan suri rumah tidak pernah diabaikan di dalam semua aktiviti kawalan dan pencegahan HIV. Ini dapat dibuktikan dengan NSP 2006 hingga 2010 dan juga di dalam NSP 2010 hingga 2015. Keseluruhan strategi yang dicadangkan di dalam kedua-dua NSP merangkumi semua masyarakat termasuklah golongan wanita serta suri rumah tangga.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan cadangan peruntukan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), kerajaan sememangnya sentiasa bekerjasama dengan pihak NGO di dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan HIV/AIDS. Sehingga akhir tahun 2010, sejumlah RM54.6 juta telah disalurkan kepada pihak NGO. Bagi tahun 2012, kerajaan akan meneruskan komitmen dan memantapkan kerjasama dengan NGO dalam menangani HIV/AIDS terutama dalam kalangan kumpulan amat berisiko. Pada masa yang sama, bagi tahun 2012, pihak NGO khususnya Majlis AIDS Malaysia, juga menerima bantuan kewangan daripada pihak global fund, dengan izin, dan HIV/AIDA Alliance bagi tujuan yang sama. Semua bantuan kewangan tersebut diharapkan dapat memperkukuhkan aktiviti pencegahan dan kawalan HIV/AIDS yang dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dr. Malasingam a/l Muthukumaru memohon penjelasan berkenaan dengan kenyataan dalam keratan akhbar The Star pada 7 Disember 2011 yang mengatakan Hospital Melaka tidak ada stok ubat di hospital tersebut selama sebulan.

Untuk makluman sidang Dewan yang saya hormati, masalah gangguan bekalan ubat di Hospital Melaka telah diselesaikan setelah peruntukan tambahan disalurkan. Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memberikan keutamaan yang tinggi bagi perolehan ubat-ubatan agar aspek penjagaan pesakit tidak terjejas. Sekiranya terdapat ataupun terjadi gangguan bekalan ubat atau peningkatan keperluan yang berubah, beberapa langkah diambil untuk mengatasi masalah kekurangan ubat seperti berikut:

(i) mendapatkan bekalan ubat yang diperlukan daripada sumber lain seperti pembekal alternatif atau mendapatkan bekalan daripada fasiliti kesihatan yang masih ada stok; dan,

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

48 DN 19.12.2011

(ii) menggantikan rawatan sedia ada dengan ubat yang mempunyai kesan yang sama.

Berkaitan dengan isu yang sama Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan masalah bekalan ubat untuk jemaah haji di Mekah yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi, Ingin diperjelaskan bahawa urusan bekalan ubat untuk jemaah haji di sana diuruskan sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang masalah dengan urusan bekalan ubat-ubatan, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia bersedia membantu pada bila-bila masa yang diperlukan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz juga turut membangkitkan persoalan bahawa kakitangan awam sektor kesihatan yang dihantar untuk berkhidmat di Mekah tidak diberikan cuti rehat yang munasabah ketika menjalankan tugas di sana dan memohon penjelasan berkenaan isu ini. Secara umumnya Tuan Yang di-Pertua, Perintah Am, Bab C memperuntukkan bahawa penjawat awam layak mendapat cuti rehat dengan kelulusan ketua jabatan berdasarkan kepentingan perkhidmatan. Kakitangan awam petugas haji adalah dilantik untuk berkhidmat di Tanah Suci atas dasar permohonan serta kesanggupan masing-masing demi memastikan kebajikan jemaah haji terpelihara.

Peminjaman perkhidmatan para petugas ini tertakluk pada syarat rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Tabung Haji Malaysia yang mana di antaranya telah ditetapkan bahawa kakitangan yang dipinjam daripada agensi hendaklah sanggup bekerja mengikut syif serta sanggup bekerja 24 jam sehari tujuh hari seminggu dengan mengetepikan kerehatan dan keselesaan diri demi kebajikan jemaah haji.

Sebagai imbuhan kepada para petugas, elaun penghargaan dan lain-lain faedah telah pun diperuntukkan sebagai menghargai perkhidmatan mereka. Oleh yang demikian, timbul isu bahawa kakitangan awam yang dihantar bertugas di Tanah Suci tidak diberikan cuti rehat yang munasabah. Berdasarkan fakta bahawa para petugas telah pun dimaklumkan dengan lebih awal berkenaan dengan keadaan tugas mereka serta pinjaman perkhidmatan daripada agensi asal dibuat berdasarkan kerelaan masing-masing. Di samping itu juga, pihak Tabung Haji ada memperuntukkan penggiliran syif dan masa rehat yang munasabah ketika sesi tugasan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dr. Malasingam a/l Muthukumaru meminta penjelasan mengapa kerajaan tidak mewujudkan satu dasar berkenaan insurans kesihatan yang mana wang simpanan KWSP pesakit dapat digunakan untuk bayaran perubatan yang semakin meningkat di negara ini. Untuk makluman semua, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memantau perbelanjaan perubatan di negara ini melalui sistem Malaysian National Health Accounts seperti yang dialami di negara-negara lain, kos penjagaan kesihatan negara semakin meningkat setiap tahun.

Antara sebab utama peningkatan perbelanjaan penjagaan kesihatan adalah pertambahan jumlah penduduk, peningkatan warga tua ataupun warga emas, perubahan jenis penyakit yang kini menjurus pada penyakit kronik yang terbukti lebih mahal dan perkembangan teknologi perubatan. Pada masa ini, perkhidmatan kesihatan yang sedia ada di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia disediakan dengan kos pembayaran yang amat rendah bagi pesakit. Malahan, pesakit yang tidak mampu membayar kos rawatan ini boleh mendapat pengecualian melalui pengurusan hospital.

Di samping itu juga kementerian telah mewujudkan tabung bantuan perubatan sejak tahun 2005 untuk membiayai kos rawatan bagi mereka yang tidak berkemampuan terutama daripada segi pembelian peranti perubatan dan ubat-ubatan yang tidak disediakan oleh hospital kerajaan. Ini secara langsung akan mengurangkan beban rakyat untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia sedang merancang transformasi sistem kesihatan di bawah ‘1K for 1Malaysia’. Perancangan ini termasuklah membangunkan Skim Insurans Kesihatan Sosial (SHI) yang mana kad pendaftaran insurans akan diberikan kepada semua yang layak. Ada pelbagai cara yang mungkin digunakan untuk mengutip caruman pekerja bagi skim SHI ini termasuklah menggunakan akaun satu KWSP. Dalam perancangan 1K, adalah dicadangkan agar skim insurans kesihatan sosial dibangunkan berdasarkan perkongsian kos serta risiko untuk bayaran rawatan perubatan.

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 49

Di bawah skim SHI, rakyat akan dilindungi sekiranya memerlukan rawatan di klinik atau di hospital di sektor kerajaan ataupun swasta. Caruman untuk SHI ini merupakan gabungan caruman daripada kerajaan, pihak majikan dan juga pekerja. Butiran terperinci untuk membangunkan transformasi sistem kesihatan 1K sedang dikenal pasti dengan mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan ataupun stakeholders, dengan izin.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dr. Malasingam juga ada meminta menyatakan berapakah jumlah keseluruhan peruntukan tabung bantuan perubatan yang telah diberikan kepada pesakit untuk tahun 2011 dan berapakah jumlah permohonan diterima dan diluluskan mengikut pecahan kaum serta petugas-petugas IJN yang dimaklumkan tidak prihatin kepada pesakit.

■1550

Di samping itu kementerian juga diminta untuk memberikan butiran bertugas petugas-petugas di IJN mengikut pecahan kaum dan diminta mengkaji semula sistem serta prosedur yang diguna pakai untuk kelulusan permohonan peruntukan tabung bantuan perubatan dengan tulus ikhlas dan tanpa pilih kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa membantu pesakit yang miskin dan kurang berkemampuan melalui tabung bantuan perubatan kita bagi membiayai sepenuhnya atau sebahagian kos rawatan perubatan, alatan perubatan, alatan rehabilitasi dan ubat-ubatan yang tidak dapat disediakan oleh hospital kerajaan. Pada tahun 2011 sehingga bulan Oktober sebanyak RM38 juta telah diluluskan kepada 4077 orang pesakit miskin dan tidak mampu. Komposisi penerima bantuan Tabung Bantuan Perubatan mengikut kaum adalah seperti berikut:

Kaum Bilangan Permohonan Kelulusan

Melayu 2,081 1,763

India 874 828

Cina 1,264 970

Lain-lain 618 516 JUMLAH 4,837 4,077

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Mencelah sedikit.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ya silakan.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Saya hanya hendak tahu tentang apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi.

Kalau dilihat peratusan yang paling rendah mendapat peratus walaupun daripada absolute numbernya bilangannya orang Melayu yang ramai tetapi dari segi peratusnya masyarakat Melayu kurang. Apakah sebabnya kalau Yang Berhormat dapat memaklumkan. Terima kasih.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Untuk pengetahuan Yang Berhormat Senator sebenarnya kelulusan adalah berdasarkan kepada kelulusan yang diberikan oleh pihak kementerian melalui jawatankuasa yang ditubuhkan di peringkat hospital dan kementerian. Ada terdapat kes-kes yang tidak dapat diluluskan kerana tidak memenuhi syarat-syarat serta tuntutan kepada pelaksanaan Tabung Bantuan Perubatan ini. Di antara bantuan yang tidak dapat dipertimbangkan Yang Berhormat izinkan saya untuk berkongsi di Dewan yang mulia ini adalah pembayaran ujian-ujian makmal dan diagnostik, rawatan bagi masalah kemandulan, kaedah rawatan yang baru yang belum terbukti keberkesanannya, rawatan bagi pembedahan plastik untuk tujuan meningkatkan dan mengembalikan ke fungsian serta rawatan berterusan yang menjadi sebahagian daripada kos rawatan yang sudah dibiayai oleh badan-badan yang lain.

Kelulusan ini tidak disasarkan kepada faktor kaum Yang Berhormat. Memang benar Yang Berhormat kelulusan seperti yang saya nyatakan tadi tidak berdasarkan kepada

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

50 DN 19.12.2011

kaum yang memohon Tabung Bantuan Perubatan kita sekiranya dilihat kepada statistik bilangan permohonan contohnya seperti kaum India 874 diberikan kelulusan sebanyak 828, hanya kurang daripada 60 permohonan yang tidak diluluskan.

Jadi seperti yang saya nyatakan awal-awal Yang Berhormat, untuk memohon Tabung Bantuan Perubatan kita, kita telah menyenaraikan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan antaranya adalah syarat-syarat asasnya adalah warganegara Malaysia, pesakit miskin dan kurang mampu, pesakit yang dirujuk oleh hospital kerajaan dan juga orang kurang upaya.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat konsep bantuan ini adalah beberapa contoh yang diberikan adalah bantuan hanya dipertimbangkan sebelum rawatan dibuat dan ini hanya rawatan mestilah memenuhi garis panduan yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh Majlis Perubatan Malaysia, Yang Berhormat.

Izinkan saya untuk meneruskan jawapan, Tuan Yang di-Pertua selain daripada Tabung Bantuan Perubatan, kementerian juga memberikan subsidi kepada pesakit kurang mampu yang dirawat di IJN atau Institut Jantung Negara. Bagi tahun 2011 sehingga bulan Oktober sebanyak 73.24 juta bantuan subsidi telah diberikan kepada pesakit kurang mampu yang melibatkan 6,806 pesakit. Berhubung dengan aduan bahawa petugas IJN yang tidak prihatin kepada pesakit dan menunjukkan sikap serta mentality yang tidak baik, ingin dimaklumkan bahawa kementerian sentiasa mengutamakan kebajikan pesakit yang akan memastikan layan yang baik diberikan pesakit-pesakit kita.

Untuk makluman Yang Berhormat, pihak kementerian dan pihak IJN sentiasa bekerjasama dalam meningkatkan mutu perkhidmatan. Malah baru-baru ini Yang Berhormat kaunter tafsiran kemampuan pesakit di IJN umpamanya telah beroperasi termasuklah pada hari Sabtu dan hari cuti umum semata-mata untuk memudahkan pesakit dibuat tafsiran kemampuannya sebelum dirawat di IJN. Di samping itu IJN juga telah diminta untuk memberi rawatan kepada pesakit tanpa menunggu tafsiran daripada Kementerian Kesihatan. Untuk makluman Yang Berhormat komposisi tugas Unit Tafsiran di IJN adalah seperti berikut. Bilangan petugas Melayu adalah seramai tujuh orang dan bilangan petugas berbangsa Dusun adalah seramai seorang.

Kementerian Kesihatan sekali lagi ingin menegaskan di Dewan yang mulia ini bahawa pemberian subsidi IJN ataupun Tabung Bantuan Perubatan kita tidak mengenal isu keturunan, bangsa dan juga agama, semua rakyat Malaysia yang miskin dan juga tidak mampu layak diberikan subsidi dan juga bantuan di bawah Tabung Bantuan Perubatan kita.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Datuk Abdul Rahman bin Bakar mengesyorkan supaya kementerian melihat semula hospital-hospital dan rumah-rumah kakitangan kesihatan yang amat daif dan usang serta memohon kementerian untuk meningkatkan kemudahan kuarters anggota kesihatan. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kementerian ini telah membina sebanyak 22,127 buah kuarters Yang Berhormat, jumlah kuarters ini dibina bagi menampung dan menjaga kebajikan pegawai-pegawai perubatan kesihatan terutamanya yang bertugas di atas panggilan ataupun on call.

Kebanyakan skop pembinaan klinik kesihatan dan klinik desa yang telah dirancang di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh telah dimasukkan komponen kuarters terutamanya di kawasan pendalaman, luar bandar dan kawasan yang sukar untuk mendapatkan rumah untuk disewa. Bagi kuarters-kuarters yang usang dan rosak, kementerian ini telah menyediakan peruntukan bagi kerja-kerja naik taraf pengubahsuaian dan pembaikan. Bagi kuarters-kuarters yang tidak selamat diduduki pihak kementerian akan membuat projek gantian berdasarkan keperluan semasa, end user, dengan izin.

Pada masa sekarang Kementerian Kesihatan sedang membuat bancian dan mengumpulkan data-data tentang kemudahan-kemudahan kuarters perkhidmatan kesihatan sedia ada di seluruh negara untuk mengetahui jumlah kuarters yang diduduki serta keadaan sebenar kuarters-kuarters berkenaan. Berpandukan maklumat-maklumat tersebut kementerian ini akan mengenal pasti kemudahan kesihatan yang benar-benar perlu ditambah baik. Bagi mengatasi masalah kekurangan kuarters, kerajaan juga menggalakkan menyewa rumah dan memiliki rumah sendiri selaras dengan Garis Panduan Kedua Rancangan Malaysia Kesepuluh Penyediaan Pelan Pelaburan Sektor Awam 2011/2012 bertarikh 17 November 2009.

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 51

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg dan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun binti A. Bakar telah merakamkan penghargaan kepada kerajaan di atas rancangan bagi pembinaan hospital wanita dan kanak-kanak di Kuala Lumpur melalui Bajet 2012 menerusi kaedah perkongsian awam swasta atau PFI. Turut dicadangkan sekurang-kurangnya sebuah hospital yang serupa di bina di Sarawak dan Negeri Sabah serta di setiap negeri di Malaysia bagi memudahkan perhubungan serta lawatan lanjut segera untuk pesakit daripada golongan berkenaan.

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha untuk meningkatkan prasarana kemudahan kesihatan hospital awam di negara ini. Antara inisiatif yang telah diambil termasuk meningkatkan kemudahan, bagi rawatan pesakit wanita dan kanak-kanak terutama di hospital-hospital negeri dengan pembinaan bangunan khusus bagi perkhidmatan obstetrik dan ginekologi, pediatrik dan neurology. Antara projek yang sedang di dalam pembinaan termasuklah blok perkhidmatan wanita dan kanak-kanak di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

■1600

Selain itu perancangan bagi kemudahan yang sama juga sedang giat dilaksanakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Sementara itu, Hospital Pakar Likas Sabah juga telah beroperasi khusus untuk perkhidmatan rawatan wanita dan kanak-kanak. Cadangan bagi mengembangkan konsep hospital yang khusus bagi wanita dan kanak-kanak seperti Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur yang merupakan pusat rujukan kebangsaan ke negeri lain termasuklah Sabah dan Sarawak dijangka akan memberi impak kewangan yang agak tinggi. Kementerian Kesihatan akan mengkaji keperluannya dari semasa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun binti A. Bakar juga meminta dinyatakan bilakah kerja-kerja pembinaan projek Hospital Dungun dapat dimulakan? Memandangkan keperluan sangat mendesak dan tanah juga telah dikenal pasti. Cadangan Projek Hospital Dungun secara gantian, secara kerjasama awam swasta atau PFI sedang diusahakan dan status pada masa ini adalah di dalam peringkat perancangan. Kerja-kerja pembinaan akan dapat dimulakan apabila perancangan teknikal dapat diselesaikan dan memuktamadkan terma-terma perjanjian mengikut kaedah PFI dengan konsortium yang berjaya membida projek ini.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata sebagai penutup, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang menyentuh tentang bidang kuasa di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Sesungguhnya segala cadangan, teguran serta pandangan akan diambil perhatian sewajarnya oleh pihak kementerian demi memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat di negara ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih kembali kepada Yang Berhormat yang sungguh prihatin. Sekarang saya persilakan Kementerian Belia dan Sukan. Dipersilakan Yang Berhormat.

4.02 ptg.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan II [Tuan Gan Ping Sieu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan ingin mengucapkan terima kasih di atas segala pandangan, pertanyaan dan cadangan yang telah dikongsi oleh seramai sembilan orang Ahli-ahli Yang Berhormat Senator mengenai KBS sepanjang tempoh perbahasan Bajet 2012. Yang Berhormat Senator Datuk Abdul Rahman, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun binti A. Bakar, Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok, Yang Berhormat Senator Dato’ Azian bin Osman, Yang Berhormat Senator Datuk Maijol Mahap, Yang Berhormat Senator Tuan Pau Chiong Ung, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah binti Mahat, Yang Berhormat Senator Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal dan Yang Berhormat Senator Tuan Baharudin bin Abu Bakar. Sehubungan itu Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyampaikan maklum balas ke atas perkara-perkara yang telah dibangkitkan sebagaimana berikut.

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

52 DN 19.12.2011

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pelaksanaan Parlimen Malaysia, secara amnya Ahli Parlimen Belia Malaysia (ABPM) akan terdiri daripada mereka yang dipilih oleh golongan belia itu sendiri iaitu dari kalangan calon yang berumur di antara 18 sehingga 30 tahun.

Golongan belia boleh memilih seseorang yang dirasakan layak untuk mewakili kelompok mereka dari kawasan masing-masing dan membahaskan usul-usul serta membuat cadangan.

Tempoh perkhidmatan Ahli Parlimen Belia Malaysia yang dipilih adalah selama dua tahun. Manakala persidangan akan dilaksanakan sebanyak dua kali dalam setahun. Dari segi perjalanan persidangan, Ahli Parlimen Belia Malaysia yang dicadangkan itu akan membahaskan usul yang membuat cadangan kepada mana-mana pihak berkaitan sepanjang tempoh bersidang. Sehubungan itu, pihak kerajaan akan memberi pertimbangan yang sebaiknya terhadap setiap cadangan yang dikemukakan.

Selain itu, isu dan perkara yang dibangkitkan akan dimajukan kepada agensi atau kementerian yang berkaitan untuk tindakan lanjut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sidang percubaan, trial Parlimen Belia akan dilaksanakan pada awal tahun 2012 iaitu lebih kurang di antara Mac ataupun April. Manakala sidang pertama Parlimen Belia akan direalisasikan pada penghujung tahun 2012 ataupun awal tahun 2013.

Berkaitan dengan isu-isu persatuan belia ataupun pertubuhan belia. Andaian hanya 20peratus pertubuhan belia sahaja yang aktif mungkin tidak tepat. Mengikut rekod di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) sehingga kini tidak ada lagi pertubuhan belia yang diklasifikasikan sebagai pertubuhan tidak aktif. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pandangan daripada Kementerian Belia dan Sukan sesuatu pertubuhan hanya akan dilabelkan ataupun diklasifikasikan sebagai tidak aktif setelah pendaftarannya dibatalkan oleh ROY mengikut keperluan perundangan yang telah dinyatakan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

Sehingga 14 Disember 2012, sebanyak 7,757 buah pertubuhan belia telah didaftarkan dan diklasifikasikan sebagai aktif di bawah ROY. Persatuan-persatuan belia...

Dato’ Azian bin Osman: Mohon laluan.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Azian bin Osman: Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah maksud aktif kementerian ini? Adakah dengan mengadakan mesyuarat AGM setahun sekali, sah mesyuaratnya dan terima daripada ROY, dia aktif? Apakah persatuan belia yang hanya bermesyuarat setahun sekali tetapi tidak ada aktiviti langsung dalam tempoh setahun itu dianggap aktif? Inilah masalah yang saya maksudkan – Ahli-ahli Yang Berhormat Senator dalam Dewan. Sekian, terima kasih.

Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih atas cadangan atau pun permintaan untuk penjelasan berkaitan dengan apa yang dimaksudkan sebagai aktif. Kalau mengikut garis panduan daripada ROY mana-mana sebuah pertubuhan belia yang masih...

Dato’ Azian bin Osman: Minta maaf, mohon mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Azian bin Osman: Saya tahu ROY kerana memang itulah maksudnya. Sekarang ini takrifan kepada pihak kementerian? Ada kementerian terima bulat-bulat takrifan itu, ikut peraturan ROY. Ada mesyuarat, ada penyata, ada sebagainya, macam mana lain-lain organisasi, aktif. Sebenarnya di bawah sana pada hemat kita banyak persatuan belia tidak aktif.

Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih Yang Berhormat Senator Dato’ Azian bin Osman. Saya bersetuju, walaupun dari segi pendaftaran dia dianggap masih aktif tetapi aktif ini ia ada elemen subjektiviti. Itu saya mesti mengaku. Saya di Kementerian Belia dan Sukan, khasnya di peringkat daerah, pemantauan akan terus diadakan. Saya boleh

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 53 mengaku bahawa sebahagian daripada kelab-kelab ini ataupun pertubuhan-pertubuhan belia ini walaupun masih hidup ataupun aktif tetapi aktifnya dari segi peraturan tetapi dari segi aktiviti-aktiviti itu mungkin tidak sebegitu aktif. Itu saya mengaku. Terima kasih.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Saya tertarik bila Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi mengatakan ukuran aktif atau tidak aktif itu adalah ukuran yang subjektif.

Saya rasa ini tidak adil. Kalau serahkan, segala-galanya diukur dengan secara subjektif, kita tidak akan ke mana-mana. Oleh kerana itu saya rasa kementerian mestilah menyediakan satu ukuran yang objektif. Kalau umpamanya tidak ada kegiatan sepanjang enam bulan ke bawah, okeylah tidak aktif. Akan tetapi kalau ada umpamanya dalam enam bulan itu ada kegiatan lima atau enam, ia dianggap aktif.

Jadi, isu yang hendak saya timbulkan Tuan Yang di-Pertua ialah jangan hendaknya kementerian berhelah mengatakan aktif atau tidak aktif ditentukan secara subjektif. Perlu ada ukuran yang objektif kalau betul kita hendak maju. Setakat itulah yang saya hendak minta penjelasan dan pengakuan daripada pihak kementerian. Jangan ukuran subjektif yang hendak digunakan. Terima kasih.

Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Dr. Firdaus. Mungkin tidak ada dalam penjelasan saya sebentar tadi mengatakan dia memang aktif, tidak aktif. Sebenarnya anggapan daripada ROY ialah selagi ia tidak dibatalkan, kita anggap dia sebagai aktif dari segi peraturan. Pertubuhan belia juga aktif apabila persatuan kita meminta menetapkan pertubuhan belia ini untuk menghantar maklumat yang kena diberi seperti AGM, laporan kewangan, senarai penuh ahli mengikut akta yang sedia ada. Kita juga tengok sama ada dia melanggar peraturan-peraturan yang sedia ada. Walau bagaimanapun, saya bersetuju sepatutnya ukuran yang lebih objektif seharusnya diadakan. Saya berterima kasih atas cadangan yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator sebentar tadi.

■1610

Tuan Yang di-Pertua...

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah sikit?

Timbalan Yang di-Pertua: Dipersilakan Yang Berhormat.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Adakah kementerian sedar bahawa terdapat banyak kelab-kelab belia di Malaysia yang mati? Saya berani katakan lebih daripada 60 peratus mati, tidak aktif. Jadi saya rasa Menteri sedar tetapi sudah lama. Akan tetapi tidak ada satu pun tindakan - MBM mati, MAYC mati, semua mati. Sukan sahaja hidup tetapi belia mati terutama di kampung-kampung, betul. Kalau boleh, nyatakan dalam Dewan ini berapa peratuskah yang benar-benar hidup dan berfungsi? Saya rasa tidak lebih daripada 25peratus sahaja. Mohon jawapan yang tegas, yang betul, yang benar.

Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih banyaklah kepada Ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara ini, sama ada sebuah pertubuhan belia itu aktif atau tidak aktif, apa dia ukuran objektif dan sebagainya. Mungkin yang pertama ialah Kementerian Belia dan Sukan dengan adanya pendaftaran di bawah ROY, kita tidak dapat, kami tidak boleh memaksa setiap kelab-kelab itu menganjurkan program-program. Selain daripada itu, budaya generasi ‘Y’ ini telah berubah juga. Ramai yang tidak berpersatuan ataupun dia mengikut minat dia. Jadi ikut minat dia, dia tengok atas aktiviti ataupun program. Dia minat, dia datang. Jika program itu dia tidak minat, dia tidak datang.

Oleh sebab itu, adalah mustahak pendekatan daripada Jabatan Belia dan Sukan juga telah berubah khasnya di bawah Rakan Muda. Kita mengadakan program, kita menjemput rakan-rakan strategik kita daripada kalangan pertubuhan belia supaya mereka menjadikan strategic partner, dengan izin, kepada Rakan Muda dan juga Kementerian Belia dan Sukan untuk mengadakan program-program.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan juga. Apakah rancangan atau program yang terkini yang dibuat oleh kementerian selain daripada Rakan Muda? Saya lihat tidak banyak. Biarkan, biarkan, biarkan sahaja. Saya hendak tahu apakah yang terbaru? Rakan Muda itu sudah lama, sepuluh tahun dahulu.

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

54 DN 19.12.2011

Outdated, lama sangat. Ghani Othman punya time. Ini Menteri baru. Apakah yang baru? Saya hendak tahu. Thank you.

Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Sebentar nanti dalam ucapan penggulungan saya, saya akan memberi maklumat berkaitan dengan beberapa inisiatif baru termasuk inisiatif yang merupakan hasil daripada makmal belia yang diadakan pada tahun lepas. Saya memohon untuk melanjutkan.

Persatuan-persatuan belia di peringkat kampung, pekan atau bandar juga sememangnya telah wujud. Walaupun Yang Berhormat tegur atau nasihat tadi, dia tidak begitu hiduplah. Itu saya mengaku. Kementerian juga sentiasa menggalakkan penglibatan belia dari pelbagai kaum dalam program-program yang dianjurkan pertubuhan belia dan termasuklah penyertaan dalam majlis-majlis belia. Kementerian juga telah mengambil langkah dengan mengadakan program-program engagement di peringkat akar umbi. Di antara pendekatan yang diambil oleh kementerian adalah dengan menyediakan bantuan pentadbiran kepada Majlis Belia Malaysia dan badan gabungannya, majlis belia negeri serta majlis belia daerah. Kementerian turut mempertimbangkan bantuan untuk persatuan-persatuan belia dan sukan bagi menjalankan program-program dan aktiviti-aktiviti yang dirasakan sesuai oleh pertubuhan belia sendiri.

Statistik pemberian bantuan kepada pertubuhan belia untuk tempoh tiga tahun lepas adalah sebanyak RM107 juta. Bantuan ini termasuklah bantuan aktiviti dan pelaksanaan program-program pembangunan belia, sukan dan Rakan Muda yang telah dirancang. Bagi tahun 2009, kementerian telah memberi bantuan tambahan khas di bawah pakej rangsangan ekonomi sebanyak lebih kurang RM100 juta. Bantuan ini telah disalurkan kepada persatuan dan pertubuhan belia bagi semua kaum di Malaysia untuk menganjurkan program masing-masing. Antara usaha-usaha kementerian untuk menjadikan kelab-kelab belia menjadi lebih baik dan maju ialah dengan menarik golongan belia menyertai persatuan. Ini satu pendekatan dan menjadikan mereka...

Dato’ Azian bin Osman: Mohon laluan.

Tuan Gan Ping Sieu: Ya.

Dato’ Azian bin Osman: Terima kasih. Soalan saya pendek sahaja. Contoh Majlis Belia Malaysia (MBM), berapa bantuan tahunan kepada MBM? Sekian, terima kasih.

Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Bantuan pentadbiran kepada MBM untuk tahun ini adalah RM1 juta. Untuk majlis belia negeri dan majlis belia daerah untuk tahun depan telah ditambah. Misalannya majlis belia daerah, ditambah daripada RM20,000 kepada RM50,000 kalau tidak silap saya. Kalau silap, saya minta maaf ya. Bantuan pentadbiran kepada majlis belia negeri dari RM50,000 kepada RM100,000. Itu adalah untuk bantuan pentadbiran sahaja, pentadbiran dan pengurusan. Untuk aktiviti-aktiviti, mereka boleh buat permohonan untuk bantuan kewangan untuk program.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana saya sebutkan sebentar tadi, antara usaha-usaha kementerian untuk menjadikan kelab-kelab belia ataupun pertubuhan-pertubuhan belia menjadi lebih baik dan maju ialah dengan menarik golongan belia menyertai persatuan dan menjadikan mereka sebagai rakan kongsi seperti yang saya sebut sebentar tadi di dalam melaksanakan program-program yang melibatkan belia dan masyarakat. Contohnya, kementerian telah bersama-sama dengan banyak persatuan dalam menjayakan sambutan Hari Belia Negara 2011 yang lalu. Usaha seumpama ini akan diteruskan dan inilah merupakan pendekatan baru bagi penganjuran tahun 2012 juga. Selain daripada itu, program-program yang lain sesuai dengan kehendak belia masa kini.

Selain itu Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan pelan perancangan jangka panjang bermula dari tahun 2010 hingga 2015 bagi menentukan hala tuju pembangunan belia negara yang bersepadu dan menyeluruh ke arah merealisasikan hasrat Wawasan 2020 dan Misi Nasional. Pelan ini digubal dengan mengambil kira isu-isu dan cabaran-cabaran semasa yang sedang ada dan akan dihadapi oleh golongan belia.

Kementerian juga telah memperkenalkan enam inisiatif Makmal Transformasi Pembangunan Belia iaitu MyPark, Parlimen Belia, VyRect iaitu satu portal website untuk

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 55 maklumat kepada belia, Youth Icons (Ikon Belia), MYCorps iaitu dalam bidang kesukarelaan dan the leader dalam program mentor-mentee. Program-program ini untuk dilaksanakan dalam tempoh satu tahun hingga tiga tahun dan dalam bentuk program jangka masa pendek dan sederhana. Setiap inisiatif ini telah mengambil kira faktor perkembangan dan rangsangan intelektual, fizikal, psikologi dan spiritual yang dibuat bagi golongan awal remaja terutamanya generasi ‘Y’...

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: [Bangun]

Tuan Gan Ping Sieu: Inilah semua inisiatif yang merupakan hasil daripada Makmal Transformasi Belia ini dan inisiatif ini telah diterima dan diendorsekan oleh Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Saya pohon untuk mencelah.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya tertarik dengan tadi yang dikatakan tentang portal tadi. Adakah ini satu inisiatif bagi pihak kerajaan menggalakkan belia-belia kita yang terlibat dalam dunia IT kerana kita difahamkan sekarang generasi Y ini banyak terlibat dengan IT. Jadi adakah ini berbentuk kursus dan berapakah bajet yang diberikan oleh kerajaan kepada galakan bagi memperlihatkan keprihatinan kerajaan kepada bidang mereka yang berkaitan dengan IT?

■1620

Bagaimana pula dari segi keseimbangan gender, jadi bila dilihat peruntukan-peruntukan yang diberikan dan persatuan-persatuan belia ini kita lihat kebanyakan belia adalah melibatkan remaja lelaki. Jadi adakah kementerian memberikan penekanan yang sama kepada belia wanita dan berapakah data yang menunjukkan bahawa keaktifan belia wanita ini seimbang dengan belia lelaki. Terima kasih.

Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih soalan yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator. Sebenarnya apa juga program yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, ia tidak memihak kepada gender sama ada lelakikah atau perempuan. Kami memang menggalak apa-apa pertubuhan belia sama ada yang dipimpini oleh lelaki ke perempuan ataupun apa-apa jua program boleh dinikmati dan disambut oleh semua pihak.

Saya rasa pertubuhan-pertubuhan belia sekiranya ia mengadakan program semata-mata untuk lelaki sahaja dia akan kekurangan tarikan juga. Itulah sesuatu. Yang kedua ialah berkaitan dengan bajet untuk VYREC ini, minta maaf saya tidak dapat beri maklumat yang terkini. Inilah semua di bawah sebahagian bajet daripada sedia ada untuk pengurusan. Kita cuma mewujudkan suatu portal untuk makluman, information technology untuk makluman yang terkini dan mengumpulkan apa-apa juga program, maklumat yang berkaitan dengan apa juga bidang yang diminati oleh belia. Jadi website ini telah diwujudkan dan Yang Berhormat Senator boleh melayari dalam laman web ini dan selepas ini menyambut dengan baik apa-apa pandangan dan cadangan yang selanjutnya.

Tuan Yang di-Pertua, dimaklumkan juga bahawa pada masa ini kementerian tidak bercadang untuk memberikan peruntukan sebanyak RM3,000 bagi tujuan penubuhan persatuan pertubuhan belia sebagaimana yang dicadangkan. Walau bagaimanapun, pihak persatuan boleh memohon bantuan aktiviti kepada pihak kementerian untuk dipertimbangkan dan bergantung pada kesesuaian aktiviti yang dijalankan.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Saya mencelah sedikit boleh? Berkenaan dengan bantuan keupayaan untuk persatuan belia ini kan sebab kita nampak ada banyak beberapa perkara tentang penyelarasan yang sememangnya kalau kita lihat dari segi perdebatan kita pada hari ini memang benar. Hendak buat program buat paperwork dan sebagainya tetapi masalahnya dari segi pelaksanaan paperwork tersebut, bila disampaikan kepada peringkat-peringkat tertentu memakan masa berbulan.

Katakan bila sampai kita pada tahun kalendar kita bermaksud bulan Ogos, kita submit kadang-kadang program mungkin bulan Jun atau bulan Julai, kadang-kadang sampai terlepas dateline program tidak dapat dijalankan kerana apa kerana bantuan pengupayaan ini.

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

56 DN 19.12.2011

Jadi saya cadangkan kepada kementerian mungkin kita boleh jadikan year calendar lagi bagus. Maksudnya tiap pertubuhan di peringkat cawangan ataupun di peringkat parlimen itu sendiri, untuk tahun berikutnya dia dah siap perancangan program dan dia terus submit ke kementerian ataupun jabatan untuk dilihat dan diluluskan maka dana tersebut dapat disalurkan dengan lebih cepat dan tepat bila sampai masa untuk menjalankan aktiviti. Kerana kalau kita lihat pengupayaan bantuan ini cuma berlaku di peringkat daerah iaitu di dalam majlis gabungan belia dan juga belia kawasan tetapi yang aktif sekarang ini adalah di peringkat bawah.

Kalau katakan kita sudah masuk bulan kemerdekaan, tahu-tahu sajalah kadang-kadang peringkat belia-belia ini mungkin dua minggu, tiga minggu sebelum itu baru dia submit. Maka bila sampai ke jabatan masalah akan timbul sebab jabatan akan berurusan dengan negeri dan negeri akan berurusan dengan kementerian.

Jadi ambil masa. Bila ambil masa hari merdeka pun sudah habis tidak ada merdekalah selepas itu untuk mereka. Jadi ini saya minta diberi perhatian sebab kalau dari segi kawasan tidak ada masalah tetapi masalahnya sekarang di peringkat cawangan-cawangan. Itu yang diberi perhatian dari segi bantuan pengupayaan.

Jadi saya berharap kita tukar format, kita salurkan maklumat, kita minta setiap pertubuhan di peringkat bawahan di cawangan-cawangan mengeluarkan ataupun memberikan kertas kerja mereka awal untuk setahun untuk tahun berikutnya. Dilihat oleh pihak kementerian diluluskan ataupun tidak maklumkan secara awal. Jadi mereka tahu apa program yang mereka boleh buat dan apa yang mereka tidak boleh buat. Sebab kadang-kadang kami bila balik kawasan, kalau kawasan-kawasan yang dikuasai oleh Barisan Nasional tidak menjadi masalah.

Wakil rakyat boleh membantu tetapi kawasan-kawasan yang bukan. Jadi belia ini terbiar begitu sahaja. Jadi bagaimana untuk kita beri perhatian. Jadi jangan lihat pada konsep pertengahan dan atasan yang di bawah ini lebih penting untuk kita perhatikan kalau kita hendak jadikan mereka ini sebagai modal insan yang benar-benar boleh membantu Kerajaan Barisan Nasional. Jadi kita tekankan di situ. Okey, saya minta kalau boleh pihak kementerian tolong beri perhatian. Kita tukar sedikit kita reverse dari segi perancangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih cadangan yang begitu baik daripada Yang Berhormat Senator. Khasnya dari segi bantuan pengupayaan kepada ejen-ejen belia di peringkat akar umbi. Sebenarnya setiap permohonan untuk bantuan kewangan ini untuk bantuan kewangan untuk aktiviti adalah digalakkan pemohon atau ejen belia ini membuat permohonan kepada awal tahun. Inilah suatu yang biasa dan bantuan kewangan ini bukan sahaja kepada badan belia peringkat kebangsaan ataupun negeri, sebenarnya di peringkat akar umbi pun dapat juga.

Apa yang jadi masalah dan bantuan kewangan ini apa dia saranan, proposal, kertas kerja akan diserahkan dia akan menerima pemantauan daripada Jabatan Belia dan Sukan peringkat negeri tetapi apa yang menjadi masalah saya hendak sampaikan kepada Ahli Yang Berhormat ialah kadangkala badan-badan belia ini misalannya di seluruh negara, kita mempunyai pendaftaran di bawah ROY itu sudah berdekatan 8,000 buah badan belia. Itu tidak termasuk lagi sayap-sayap belia yang didaftarkan di bawah ROS.

Sekiranya setiap badan belia ini membuat permohonan katakan 3,000 untuk tahun yang akan datang untuk mengadakan program, itu bermaksud wang dana yang terpaksa disediakan oleh kementerian Belia dan Sukan untuk setiap 8,000 badan itu adalah RM24 juta. Itu merupakan sesuatu yang kadangkala kita tidak dapat menemui hasrat daripada akar umbi.

Yang kedua ialah dari segi content program yang dianjurkan. Misalannya kalau program itu apa yang Yang Berhormat sebut tadi, apa yang program yang boleh buat dan tidak boleh buat. Itulah saya hendak sampaikan di dalam Dewan yang mulia ini ialah program misalannya larian rentas desa, itu sesuatu program yang baik tetapi program seperti ini siapa-siapa pun boleh anjurkan, mana-mana pihak boleh anjurkan, NGO-NGO pun banyak yang ada anjurkan, sekolah pun ada dan sebagainya

Jadi kalau kita meluluskan kalau katakan untuk satu peruntukan katakan RM3,000 ke RM5,000 untuk kawasan kampung baru misalannya ataupun satu estet ataupun kampung-kampung, satu kampung mengadakan program larian bagi peruntukan RM3,000

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 57 jadi sekiranya seluruh negara setiap badan membuat permohonan macam itu kita tidak boleh pilih kasih juga kita terpaksa rata-rata hendak kita bagi. Jadi adalah elok program-program ini seharusnya bersesuaian dengan....

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Saya minta laluan. Terima kasih. Jadi yang saya maksudkan tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri maksudnya bila kita sudah siapkan kita punya year calendar saya rasa pihak pengurusan boleh menilai program-program yang sesuai untuk diberikan bajet ataupun bantuan pengupayaan. Maksud saya kita ada kita punya guidelinelah okey.

Seperti maksudnya menyambut hari kemerdekaan, sambut hari belia, which is yang kita nampak content itu sesuai untuk belia dan lagi satu saya hendak cadangkan juga saya rasa tidak ada masalah kalau benar-benar untuk meningkatkan lagi mutu modal insan ini, saya rasa pihak kementerian boleh mencadangkan juga kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita untuk minta bajet tambahan asalkan modal insan kita ini benar-benar boleh membantu negara pada masa akan datang.

Saya rasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dia melihat perkara macam ini. Dia pun tahu takkan dia hendak biarkan para belia seperti mana yang mana pernah beliau gelarkan belia ini adalah superhero dia hendak biarkan superhero dia macam itu sahaja. Jadi kalau kementerian rasa bajet memang tidak cukup tetapi intention kita untuk memperkasakan belia di peringkat bawahan, saya rasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan menilai semula.

Dan kita saya rasa untuk Ahli-ahli Dewan kita pun boleh menyokong kementerian kalau benda ini untuk memperkasakan modal insan kita terutamanya peringkat belia. Jadi itu pandangan sayalah. Terima kasih.

Tuan Gan Ping Sieu: Oh, terima kasih banyaklah Yang Berhormat Senator.

Dato’ Azian bin Osman: Mohon laluan Yang Berhormat, sekejap.

Tuan Gan Ping Sieu: Ataupun biar saya jawab dahulu boleh.

■1630

Saya memang appreciate cadangan daripada Yang Berhormat Senator supaya seharusnya mendapat lebih banyak lagi bantuan tambahan daripada Kerajaan Pusat khasnya Kementerian Kewangan. Sebenarnya dari segi – saya hendak teruskan apa penjelasan saya berkaitan dengan aktiviti yang lebih sesuai. Saya bersetuju di mana mungkin di peringkat sesuatu bandar, desa, kampung, adanya aktiviti yang lebih bersesuaian dengan tempatan. Oleh sebab itu apa jua rancangan daripada Jabatan Belia dan Sukan, top-down – program yang dirancang di sini mintalah peringkat akar umbi ataupun Jabatan Belia dan Sukan di peringkat cawangan untuk anjurkan sahaja.

Biasanya kita boleh mendapat output tetapi outcomenya tiada sebab program itu mungkin tidak bersesuaian dengan keperluan atau hasrat tempatan. Akan tetapi apa yang menjadi mustahak, apa dia core business daripada Kementerian Belia dan Sukan bagi kita ialah program-program yang dapat membangunkan kepimpinan-kepimpinan belia kita, semangat sukarelawan ataupun patriotisme kepada negara, program yang berkaitan dengan kemahiran apa jua yang dapat meningkatkan lagi keupayaan belia-belia kita, itulah kami akan bagi priority untuk mengadakan program sebegitu. Sila Yang Berhormat.

Dato’ Azian bin Osman: Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan kewangan saya rasa secara tidak langsung Yang Berhormat pun menerima hakikat bahawa kementerian ini kewangannya tidak mencukupi untuk membiayai kegiatan-kegiatan belia ini. Saya membangkitkan dalam perbahasan bajet saya iaitu mengapakah bajet untuk Kementerian Belia dan Sukan ini di antara yang paling kecil di kalangan kementerian lain? Itu saya bangkitkan. Saya tidak tahu siapa sama ada Menteri Kewangan yang perlu menjelaskan atau Menteri Belia dan Sukan yang perlu menjelaskan. Mengapa paling kecil kerana belia ini generasi pewaris kita yang cukup mustahak untuk kita bentuk.

Rata-rata sekarang belia kita sudah ramai yang pergi ke arah negatif dan sebagainya dan tidak patriotik. Macam-macam masalah tetapi bajet untuk KBS cuma RM400 juta lebih sahaja. Kemudiannya Menteri datang ke mari bercakap duit tidak cukup hendak support atau mendukung kegiatan-kegiatan belia di bawah sana. Sekian, terima kasih.

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

58 DN 19.12.2011

Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih atas perkara yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator Dato’ sebentar tadi. Sememangnya saya bukan hendak menyuarakan bahawa bajet Kementerian Belia dan Sukan begitu sedikit sahaja. Itu bukan tujuan saya.

Sebenarnya yang melibatkan belia ini di antara umur 15 sehingga 40 tahun di antara rakyat di negara kita, bilangan ini sudah mencatat 12 juta atau 43peratus . Kegiatan ataupun aktiviti-aktiviti berkaitan dengan belia ini bukan sahaja yang dipegang atau dipikul oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Sebenarnya agensi-agensi kerajaan lain termasuk Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan misalnya dengan program PLKN serta juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. yang melibatkan kos melebihi kos RM300 juta setiap tahun dan sebagainya.

Inilah agensi-agensi lain yang juga mengadakan program-program untuk mengupayakan belia-belia. Cuma dari segi kadang kala anggapan apa jua yang berlaku kepada belia itulah masalah Kementerian Belia dan Sukan. Bukan saya mengelak beban atau mencari helah bahawa kegagalan ataupun apa yang tidak cukup, itu bukan masalah Kementerian Belia dan Sukan. Itu bukan tujuan saya. Tujuan saya ialah kami hendak menegaskan bahawa apa dia core business daripada Kementerian Belia dan Sukan.

Sukan - sukan massa, industri sukan, sukan prestasi tinggi – itu satu. Pembangunan belia di bawah Rakan Muda ataupun kemahiran, itulah di antara program-program yang kita adakan. Mungkin saya bersetuju pada anggapan seolah-olah Kementerian Belia dan Sukan masih not doing enough, dengan izin. Itulah satu pandangan yang murni dan kami akan berikan perhatian.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh saya mencelah sedikit Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri mengakui bahawa kita sekarang berhadapan dengan satu generasi yang dipanggil Generasi ‘Y’. Jadi saya hendak tahu pihak kementerian menyedari bahawa yang menjadi beban sasaran kementerian ialah apa yang dinamakan Generasi ‘Y’ itu. Akan tetapi apa agaknya persiapan kalau itu dikenal pasti sebagai satu masalah, apa agaknya penyelesaian terhadap masalah itu?

Saya gembira bahawa pihak Yang Berhormat Timbalan Menteri menyedari hakikat ini tetapi tidak ada dinyatakan persiapan untuk menghadapi apa yang dianggap Generasi ‘Y’ yang berbeza sifat, hasrat, keinginan dan orientasinya daripada generasi sebelumnya.

Jadi saya rasa ini yang memberi semangat daripada perdebatan Yang Berhormat Dato’ Azian dan Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman tadi. Saya sebelum ini berkali-kali minta Yang Berhormat Dr. Koh Tsu Koon meyakinkan pihak kerajaan perlu adanya satu lagi program transformasi sikap. Kalau sekiranya pada peringkat kerajaan terlalu luas, tidakkah mungkin umpamanya program transformasi sikap ini dipelopori dan dirintis oleh Kementerian Belia dan Sukan terutamanya dalam menghadapi Generasi ‘Y’ ini. Terima kasih.

Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih di atas cadangan daripada Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Firdaus.

Sebarang cadangan ini saya ucapkan terima kasih atas pandangan dan sebagainya. KBS memang ambil maklum dan akan teliti cadangan. Mengenai soalan khas berkaitan dengan apa dia perubahan dan pendekatan. Itulah sebabnya pada tahun lepas Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan satu makmal belia untuk mengkaji apa dia kehendak belia sekarang khasnya Generasi ‘Y’. Apa dia hasrat mereka dan apa dia program-program yang mereka lebih minati.

Oleh sebab itu misalannya youth Icons, mentor-mentee, MyPark – ini semua pendekatan yang baru. Saya boleh katakan ini pendekatan dan perubahan yang baru. Kementerian saya juga membuat adjustment yang bersesuaian dan salah satu peningkatan yang kita ambil ialah menjadikan badan-badan NGO belia ataupun yang tidak berpersatuan, kalau ada pemimpin belia, dia ada pengikutnya, fans dan followers. Dia anjurkan apa-apa program misalnya My-Icon. Kita jemput icon-icon pemuda, belia yang ada pengikut dan apa jua yang dia hendak anjurkan kita beri bantuan tidak kira sama ada mereka itu individu,

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 59 NGO atau pun pihak swasta juga yang menjadi strategic partner rakan kongsi kepada kementerian.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya mengulas mengenai cadangan supaya kementerian menambah bilangan pegawai belia dan sukan di peringkat daerah. Terima kasih di atas saranan tersebut.

Dimaklumkan bahawa kementerian telah mencadangkan kepada Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia beberapa bulan lalu untuk menstrukturkan semua perjawatan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan pejabat belia dan sukan daerah. Namun begitu cadangan tersebut tidak dapat diteruskan pada masa ini atas sebab kekangan kewangan. Walau bagaimanapun kementerian berhasrat untuk membawa semula cadangan ini pada masa yang sesuai di masa akan datang.

Berkaitan dengan penggerak belia di peringkat DUN ataupun Parlimen..

Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan: Minta laluan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya sedar bahawa kementerian memberi kelulusan untuk setiap permohonan untuk setiap peruntukan di Federal. Cadangan saya apakah masalah bagi kementerian kalau decentralize, dengan izin, supaya pihak-pihak jabatan di negeri boleh membuat keputusan untuk setiap permohonan ini. Ini akan mempercepatkan permohonan. Itu satu.

Keduanya, saya sedar bahawa kementerian pun sedar juga, di kalangan pemuda dari kaum India ramai yang terlibat dengan gengsterisme, dengan izin. Begitu juga dengan pemuda dari kaum Melayu yang terlibat dengan mat rempit. Bagaimana jika pihak kementerian fokus terhadap kedua-dua masalah ini sama ada persendirian oleh kementerian ataupun kementerian dengan collaboration bersama-sama dengan NGO untuk mengatasi kedua-dua masalah yang terlibat dengan kedua-dua kaum ini. Sekian, terima kasih.

■1640

Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Berkaitan dengan soalan bantuan kewangan ataupun bantuan untuk program aktiviti seharusnya decentralize, bukannya dipusatkan tetapi decentralize kepada peringkat negeri.

Inilah satu pendekatan yang diadakan beberapa tahun dahulu. Sebenarnya tahun ini bajet tambahan telah disalurkan kepada JBSN iaitu Jabatan Belia dan Sukan peringkat negeri untuk mengadakan program-program iaitu bertujuan untuk bersesuaian dengan keperluan tempatan. Itulah pasal kita hendak mengelakkan adanya Program Top-Down yang dirancang di pusat dan selepas itu dijalankan di peringkat negeri ataupun di peringkat akar umbi yang tidak bersesuaian dengan kehendak tempatan. Itulah sesuatu yang sedang berlaku.

Saya rasa ini satu pandangan yang baik dan akan diteruskan. Berkaitan dengan gengsterisme, belia, gejala sosial ataupun rempit dan sebagainya, ini merupakan sebahagian daripada belia yang mungkin bukan dalam arus perdana dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan. Walau bagaimanapun, misalannya belia-belia ini mungkin penuh dengan tenaga, full of energy. Jadi, oleh sebab itu pendekatan baru misalannya to occupied them, dengan izin, telah membina lebih banyak lagi gelanggang futsal dan menganjurkan program-program liga futsal dan sebagainya untuk melibatkan mereka dalam sukan-sukan, iaitu untuk to keep them occupied. Ini salah satu pendekatannya.

Lain-lain program yang dicadangkan termasuklah JBSN ataupun Rakan Muda. Apa-apa jua program itulah seharusnya pendekatan baru yang saya sebutkan sebentar tadi ialah bekerjasama dengan NGO belia tempatan. Apa yang dikehendaki mungkin sudah dapat kita mengatasi masalah yang disebutkan sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan penggerak belia di peringkat DUN dan Parlimen, pihak kementerian mengucapkan terima kasih atas cadangan supaya diwujudkan kembali penggerak belia di peringkat DUN ataupun Parlimen. Walau bagaimanapun, mulai tahun 2011 iaitu tahun ini, perjawatan tersebut telah ditukarkan kepada pegawai kontrak S27 dan pegawai kontrak S17 yang ditugaskan di projek-projek jalur lebar, pusat siber Rakan Muda, jabatan belia dan sukan negeri serta Kementerian Belia dan Sukan.

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

60 DN 19.12.2011

Pegawai kontrak ini berperanan untuk membantu melaksanakan, menyelaras dan memantau program-program belia dan sukan di seluruh negara. Berkaitan dengan program rakan muda, penyertaan remaja di dalam Program Aktiviti Rakan Muda adalah secara terbuka dan tidak menyasarkan kepada kumpulan tertentu. Walau bagaimanapun, kumpulan yang wujud adalah merupakan Kelab Rakan Muda yang ditubuhkan dan berdaftar dengan ROY sehingga Disember 2011 sebanyak 336 Kelab Rakan Muda telah berdaftar di bawah ROY. Kelab ini akan menggerakkan, merancang, melaksana dan menilai program gaya hidup kepada ahli-ahli berdaftar di kawasan komuniti berkenaan.

Di samping itu keahlian Rakan Muda juga merupakan rentetan daripada remaja yang mendaftar sebagai ahli Rakan Muda melalui penyertaan di dalam program dan juga berdaftar secara sukarela. Sehingga kini bilangan keahlian rakan muda telah mencecah seramai 270,065 orang.

Berkaitan dengan isu Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun. Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun ini telah dilaksanakan selama 37 tahun dan sehingga tahun 2010, seramai 1,280 orang peserta belia Malaysia telah mengikuti program ini dengan kuota seramai lebih kurang di antara 29 ke 31 orang setiap tahun. Pecahan peserta Malaysia mengikut kaum adalah biasanya di antara 14 orang Melayu, enam orang Cina, empat orang India dan yang lain untuk kuota pegawai KBS ataupun pemimpin-pemimpin belia kebangsaan untuk mengisi kekosongan.

Di antara Program-program Pertukaran Belia Antarabangsa (Youth Exchange Program) yang tersusun adalah Program Pertukaran Belia Malaysia dengan Latin America, Cuba, Korea, Indonesia, Brunei dan Malaysian-Singapore Youth Camp dan juga Malaysian International Youth Program. Selain daripada forum-forum antarabangsa yang biasanya dijemput ataupun mesyuarat-mesyuarat di rantau ASEAN ataupun Asia di mana Kementerian Belia dan sukan sekali-skala dijemput akan menghantar pemimpin-pemimpin belia yang sesuai untuk menyertai mesyuarat ataupun program berkenaan.

Berkaitan dengan pembangunan sukan badminton. Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara tidak mempunyai dasar untuk memilih atlet dengan berorientasikan kepada satu-satu kaum sahaja. Itu bukan matlamat kita. Malah pemilihan adalah berdasarkan kepada beberapa aspek seperti bakat, kemahiran dan pencapaian semasa. Melalui program pelapis negeri, pada tahun 2011 terdapat sebanyak 16 pusat latihan bagi sukan badminton telah diwujudkan di seluruh negara dengan penglibatan seramai 575 orang atlet. Daripada jumlah tersebut, seramai 137 atlet lelaki dan 49 atlet wanita ataupun 32 peratus adalah daripada atlet kaum Melayu. Di samping itu, Persekutuan Badminton Melayu Malaysia juga telah menganjurkan Kejohanan Badminton Melayu Malaysia 2011, Piala DYMM Sultan-Sultan dan Raja-Raja sebagai salah satu platform untuk melahirkan lebih ramai pemain badminton Melayu yang berbakat serta mampu memberikan saingan di peringkat yang lebih tinggi.

Kementerian juga ada melaksanakan program-program pembangunan dan mencungkil bakat badminton di peringkat akar umbi melalui Program Kem Bakat Badminton Kelab Nusa Mahsuri dengan kerjasama KBS. Sebanyak 15 siri program telah dianjurkan bersama dengan Kelab Nusa Mahsuri di seluruh negara, seramai 60 orang peserta bagi setiap siri terdiri dari pelajar-pelajar sekolah telah dilatih dan diberi tunjuk ajar oleh jurulatih profesional berhubung kait dengan teknik dan strategi permainan yang efektif.

Selain itu, kesedaran daripada ibu bapa untuk memberikan galakan dan komitmen yang tinggi terhadap anak-anak adalah sangat penting untuk menceburi sukan badminton kerana ia mempunyai masa hadapan yang cerah. Sebagai contoh, Allahyarham Datuk Haji Sidek telah melantik dan mendedahkan anak-anaknya dari peringkat awal lagi dengan sukan badminton dan akhirnya mereka berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia dan juga merupakan atlet Melayu pertama memenangi pingat di temasya Sukan Olimpik.

Untuk makluman, pemain badminton Melayu yang mula mengukir nama di pentas antarabangsa iaitu saudara Zulfadli Zulkifli yang berusia 18 tahun sudah pun bergelar Juara Remaja Asia, Remaja Komanwel dan Remaja Dunia. Kita harapkan lebih ramai lagi pemain pelapis yang akan lahir di masa akan datang tanpa mengira bangsa dan kaum kerana matlamat kita adalah untuk mengharumkan nama baik negara kita.

Berkaitan dengan pembangunan sukan golf. Untuk makluman, kementerian telah merancang untuk melaksanakan program pembangunan sukan golf di peringkat akar umbi

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 61 bermula pada tahun 2012. Program yang dinamakan Junior Swing, dengan izin, akan melibatkan seramai 20 orang kanak-kanak yang berpotensi dan mereka akan diajar teknik-teknik bermain golf oleh jurulatih profesional sepanjang tahun pada setiap hujung minggu. Pilot program ini adalah satu pilot program yang akan dilaksanakan di Seremban, Negeri Sembilan dan akan diperluaskan lagi di seluruh negara pada masa akan datang.

Selain itu peranan membangunkan sukan golf di peringkat daerah dan negeri turut dilaksanakan oleh Persatuan Golf Malaysia (MGA) melalui saluran dana kerajaan berjumlah RM1 juta dengan dinamakan National Junior Development Program.

Program ini melibatkan tujuh pusat di negeri-negeri iaitu di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis, Sabah dan Sarawak bagi pemain-pemain lelaki dan perempuan di peringkat umur lima tahun, lapan tahun, 12 tahun dan 16 tahun.

■1650

Selain daripada itu, kerjasama pihak swasta turut melaksanakan program-program pembangunan sukan golf ini termasuklah pihak-pihak swasta, kelab-kelab golf, program-program pembangunan kelab golf, syarikat-syarikat swasta misalannya CIMB Junior Golf Development Program, Sime Darby LPGA Malaysia Development Program dan sebagainya. Kementerian juga telah mewujudkan Akademi Kemahiran Belia Golf di mana kursus kedi merupakan program perintis kepada pelaksanaan Akademi Kemahiran Belia Golf yang telah dirancang dan dilaksanakan di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Buat pada masa ini seramai 57 pelatih kedi telah menjalani latihan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Bukit Kiara.

Berkaitan dengan isu program sukan teras dan pelapis. Kementerian melalui MSN telah mempunyai hala tuju perancangan strategik sebagai peneraju sukan prestasi tinggi terunggul ke arah melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia seperti Datuk Nicol Ann David dan Datuk Lee Chong Wei. Melalui barisan atlet pelapis negara di bawah Program Pelapis di peringkat negeri, serantau dan kebangsaan. Program Pelapis MSN Malaysia merupakan kesinambungan daripada program-program pembangunan atlet iaitu Program Cemerlang dan Program Sukan Teras yang telah berjaya mewujudkan kumpulan atlet yang besar di peringkat akar umbi. Pada tahun 2010 seramai 34 atlet dari Program Pelapis Kebangsaan telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan diserap ke dalam Program Latihan Atlet Elit. Bagi tahun 2011 lebih 30 orang atlet telah disasarkan.

Kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sebagai langkah untuk memastikan kecemerlangan sukan negara terus diberi perhatian dan menjadi agenda nasional. Selain itu tindakan-tindakan berkaitan pembangunan sukan negara dapat diselaraskan dengan lebih berkesan di antara pihak Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi. Bagi meneruskan kejayaan atlet negara di temasya sukan antarabangsa, Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan Program Latihan Atlet ke arah Sukan Komanwel Glasgow. Sukan Asia pada tahun 2014 yang merangkumi 19 jenis sukan serta Program Road to London 2012 yang menumpukan tujuh jenis sukan iaitu badminton, basikal, memanah, akuatik terjun, menembak, hoki dan bola sepak.

Selain itu, bagi mengenal pasti bakat-bakat baru di peringkat akar umbi dalam bidang sukan. Kementerian turut melaksanakan program-program sama ada melalui dengan kerjasama antara Institut Sukan Negara, Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia, Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Negeri serta persatuan-persatuan kebangsaan dalam program-program seumpama Talent Identification and Development Program. Program Cari Juara, Program Tunas Gemilang peringkat sekolah, Little Champs, Program Asasi Atlet Multilateral, Program Penggalakan Sukan dan Projek Hoki 1Malaysia dan sebagainya. Fokus pencarian bakat ini adalah menyasarkan kanak-kanak dan remaja berumur antara tujuh hingga 15 tahun yang mempunyai tahap pencapaian fizikal yang cemerlang mengikut pengkhususan sukan spesifik dan dijalankan di seluruh negara termasuk kanak-kanak di luar bandar.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan cadangan untuk memberikan kerakyatan kepada atlet-atlet yang berpotensi dari luar negara. Bagi meningkatkan peluang meraih pingat emas Olimpik pertama negara. Saranan ini – kementerian buat masa ini tidak bercadang untuk mengambi mana-mana atlet dari luar negara bagi diberi kerakyatan

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

62 DN 19.12.2011

semata-mata untuk meraih kecemerlangan sukan di persada antarabangsa. Saya pun tidak berapa pastilah sama ada cadangan ini boleh diterima oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat ataupun rakyat kita. Perkara ini...

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Saya mencelah sedikit. Apa yang saya maksudkan yang dalam ucapan perbahasan saya itu Yang Berhormat Menteri bukan cadangan. Kalau kita relate balik daripada ucapan saya, saya bercakap fasal kejayaan yang dicapai oleh Datuk Nicol Ann David, Sidek Brothers, Datuk Lee Chong Wei dan sebagainya. Kalau kita tengok di situ mereka ini adalah daripada sistem ataupun perancangan ataupun latihan-latihan yang telah diberikan sokongan oleh ibu bapa mereka.

Okey. Jadi, persoalan saya di dalam konteks itu, saya bertanyakan bolehkah pihak kementerian memberikan nama-nama atlet yang berjaya atau dilihat berpotensi untuk berjaya hasil daripada program-program yang dilaksanakan oleh kementerian.

Maksudnya begitu, maksudnya dari segi program yang dilaksanakan oleh pihak kementerian terhadap atlet-atlet yang di bawah bimbingan kementerian secara direct. Jadi, bila persoalan itu timbul. Jadi kerana itu saya menimbulkan persoalan mengatakan kalau program ini tidak berjaya, adakah pihak kementerian bercadang untuk melalui jalan shortcut mengambil atlet-atlet daripada luar? Jadi, saya bukan mencadangkan dalam konteks itu jadi saya buat pembetulanlah.

Tuan Gan Ping Sieu: Minta maaf ya, salah faham saranan yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator sebentar tadi. Sebenarnya pengambilan atlet asing dan beri kewarganegaraan, kerakyatan adalah suatu perkara yang didebatkan, satu kontroversi juga. Bukan kita tidak pernah mengadakan atlet luar negara, pernah kita mengadakan tetapi ia adalah suatu yang kami berasa lebih elok kita mengadakan Program Pelapis yang lebih tersusun dan teratur. Sebenarnya Program Pelapis sama ada Program Pelapis separuh masa, di peringkat negeri ataupun sepenuh masa di peringkat serantau ataupun kebangsaan. Telah menghasilkan ramai atlet-atlet yang berbakat dan berpotensi. Di antaranya, sebahagian besar juga telah merampas pingat-pingat emas ataupun pingat-pingat di peringkat temasya misalannya SEA Games dan sebagainya. Itulah jawapan kepada Yang Berhormat.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Mohon mencelah. Silakan Yang Berhormat.

Datuk Maijol Mahap: Mohon mencelah.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Dato’ Mohammed Najeeb. Ada dua orang berdiri ya. Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Sebenarnya isu memberi kerakyatan kepada tokoh sukan asing ataupun atlet asing telah saya cadangkan dalam beberapa sesi yang lama. Nampaknya setakat hari ini pihak kementerian ataupun kerajaan belum ada cadangan. Akan tetapi sebenarnya kita kena terima hakikat bahawa ini satu fenomena yang berlaku di mana-mana. Dalam usaha kita untuk membangunkan sukan itu kadang-kadang kita terpaksa ambil shortcut bak kata Menteri tadi. Oleh kerana dia diminta memberi feedback di kalangan Ahli-ahli Dewan, jadi saya berdiri untuk menegaskan persetujuan saya. Dengan kekuatan fakta bahawa satu fenomena yang berlaku di banyak negara. Australia sebagai contoh.

Di mana-mana negara yang menganjurkan sukan besar, temasya besar seperti bola sepak FIFA ataupun mahupun Olimpik sekali. Membuat kerja ataupun mengambil, memberi kerakyatan kepada rakyat-rakyat asing. Kedua, saya ambil kesempatan ucapkan tahniah di atas kejayaan Sukan SEA seperti yang disebut oleh Timbalan Menteri tadi, sebanyak 59 pingat emas, 50 pingat perak dan 81 pingat gangsa. Baru-baru ini kita telah kita bangga juga kerana Perdana Menteri memberi satu pengiktirafan yang lebih daripada itu, di mana bantuan ataupun reward tunai akan digandakan untuk Sukan SEA akan datang.

Akan tetapi di samping itu ada 19 jenis sukan yang bertanding di Sukan SEA Jakarta Palembang baru-baru ini tidak membawa balik pingat emas sebagaimana yang diharapkan. Sebanyak 19 jenis sukan termasuk badminton, tekwando, paragliding, gim artistik, badminton, wall climbing dan banyak lagi.

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 63

Jadi, kepada mereka-mereka ataupun badan-badan sukan yang tidak mencapai prestasi yang diharapkan. Apakah tindakan kementerian untuk mengkaji balik kedudukan terutamanya dari segi bantuan kewangan, sistem latihan dan juga sistem pemilihan atlet dan juga kepada persatuan-persatuan sukan yang ada masalah? Saya harap kita jangan ambil jalan mudah dan kita kena bertindak tegas. Jangan dijadikan MSN atau kementerian at ransom. Itu pandangan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih atas...

■1700

Datuk Maijol bin Mahap: Boleh saya mencelah?

Tuan Gan Ping Sieu: [Ketawa]

Datuk Maijol bin Mahap: Okey, terima kasih. Sebentar tadi Yang Berhormat Najeeb telah berkata tentang sama ada kita perlu untuk mengambil rakyat asing sebagai atlet kita dalam penglibatan sukan di peringkat antarabangsa. Saya melihat bahawa memang benar ada beberapa negara yang cenderung mengambil atlet-atlet mewakili negara masing-masing. Contoh yang terbaik yang saya nampak ialah Singapura. Apabila kita berlawan dengan Singapura kita lihat bahawa kita bukan bermain dengan Singapura, kita bermain dengan China contohnya, kerana mereka mempunyai pemain-pemain yang diimport dari China dan mereka bermain begitu baik sekali.

Akan tetapi rasa saya Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan pendirian kementerian bahawa tidak perlulah kita meniru pendirian seperti ini. Ini kerana kalau kita menang pun, saya rasa bagi saya itulah satu teknik anggapan atlet-atlet dan juga team managers and official bahawa kalau memang pun rasa macam artificial, dengan izin ya, sebab mereka itu semua tahu bahawa bukan rakyat negara kita, mereka rakyat asing. Jadi kalau kita tonjolkan bakat atlet kita sendiri, maka orang lebih appreciate sebagai rakyat Malaysia. Jadi itu pandangan saya Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Gan Ping Sieu: Okey, terima kasih daripada pandangan yang berlainan pula daripada Ahli Yang Berhormat. Sebenarnya saya anggap saranan daripada Yang Berhormat Datuk Najeeb sebentar tadi, tujuan dan hasratnya adalah murni. Khasnya kalau di dalam bidang sukan yang di negara kita kekurangan atlet yang berpotensi ataupun dalam bidang sukan yang baru di mana masih kurang atau pun kita mungkin memerlukan atlet-atlet daripada luar negara untuk membantu untuk menggerakkan atau membangunkan sesuatu sukan. Akan tetapi buat sementara ini, kementerian lebih cenderung atau pun lebih mengambil pendekatan mengguna pakai khidmat kepakaran dari luar negara iaitu seperti jurulatih-jurulatih. Negara kita mempunyai ramai jurulatih dari luar negara dan pakar-pakar dalam bidang sains sukan yang kita menggunakan sekarang ini.

Berkaitan dengan pencapaian SEA Games baru-baru ini, walaupun sasaran pada peringkat awalnya di antara 40 ke 45 pingat emas tetapi atlet-atlet negara kita telah deliver iaitu telah mencapai 59 pingat emas.

Di antaranya ada yang kita telah sasarkan seharusnya ada pingat emas tetapi mungkin gagal. Akan tetapi yang disasarkan pada peringkat awal, prestasinya begitu menggalakkan. Dalam bidang sukan, sekali-sekala ia akan berlaku...

Dato’ Azian bin Osman: Mohon laluan sedikit Yang Berhormat.

Tuan Gan Ping Sieu: Ya.

Dato’ Azian bin Osman: Saya turut berbangga dan mengucapkan tahniah kepada para atlet kita dan juga semua yang terlibat. Saya cukup berbangga dan tahniah. Akan tetapi ada pula pandangan yang mengatakan sasaran itu diletakkan rendah. Betulkah?

Tuan Gan Ping Sieu: Okey, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya sasaran ini adalah satu sasaran yang ditetapkan bukan sahaja oleh Kementerian Belia dan Sukan. Selepas perbincangan dengan OCM iaitu Olympic Council of Malaysia, dan sebagainya, inilah sasaran yang realistik. Tidak gunalah kita letak sasaran 80 pingat atau 90 pingat dan akan membawa beban tambahan kepada atlet-atlet negara kita pula. Akan tetapi saya mesti mengakui bahawa ada sebahagian kecil daripada persatuan-persatuan sukan kebangsaan mempunyai masalah dalaman ataupun mempunyai masalah komunikasi antara MSN dan KBS ataupun dengan persatuan-persatuan kebangsaan ini. Akan tetapi

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

64 DN 19.12.2011

pendekatan yang diambil oleh kementerian atau pun MSN adalah satu sahaja, kita lebih consultative dan bukan meminggirkan - kalau kita ambil pendekatan meminggirkan mana-mana pihak dan bertelingkah seperti itu, ia tidak akan menyelesaikan. Akhirnya yang akan menghadapi masalah ialah atlet-atlet yang berpotensi untuk negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, peranan...

Datuk Maijol bin Mahap: Saya mohon mencelah lagi. Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi telah bercakap tentang jurulatih asing, memang penting.

Saya setuju bahawa kita perlu mengambil jurulatih asing atau foreign coaches, degan izin, kerana kita harus mendapatkan pakar dari luar negara untuk menjayakan sukan kita. Akan tetapi saya ingin bertanya kepada kementerian tentang khidmat psychologist. Kita ada jurulatih sains dan sekarang ini amat perlu dalam sukan. Ia bukan seperti dahulu lagi yang kita tidak perlu sport science ini. Akan tetapi sekarang ini memang perlu sekali. Akan tetapi apa yang saya nampak melalui pemerhatian saya Yang Berhormat, ialah kita kurang mempunyai khidmat psychologist. Walhal, ini adalah penting sebab bertarung dalam sukan ini bukan sahaja skill kita, kudrat kita, tetapi juga mental strength kita. Jadi psychologist ini amat penting untuk membina mental yang kuat. Kalau kita lihat atlet kita bermain sukan, apabila sudah sampai deuce contohnya, kalau sukan badmintonlah selepas deuce itu, itulah kritikalnya. Untuk mendapat satu atau dua poin untuk menang – deuce itu. Jadi kalau kita ada psikologi, ia boleh membantu dari segi itu. Jadi apa pendapat Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai dengan khidmat psychologist? Terima kasih.

Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih Yang Berhormat Senator Datuk Mijol bin Mahap.

Di dalam bidang sukan ini, sama ada dari fizikal, mental, psikologi, dan sebagainya, sekarang ini ia bukan untuk bersenam atau rekreasi lagi, sebenarnya ia adalah satu sains. Oleh sebab itu Kementerian Belia dan Sukan hendak mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana baru-baru ini iaitu beberapa bulan dahulu telah meluluskan rang undang-undang untuk menjadikan Institut Sukan Negara sebagai sebuah badan berkanun dengan bajet sendiri, dengan adanya bidang kuasa sendiri untuk memajukan lagi bidang sport science, dengan sport medicine, dengan izin. Kami dengan penuh keyakinan, dengan adanya perkhidmatan daripada ISN ini yang lebih mendalam dan meluas, kita dapat memajukan lagi dalam menganggap untuk memaju dan meningkatkan lagi prestasi atlet-atlet negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan peranan Majlis Sukan Negeri, antara peranan yang dimainkan oleh Majlis Sukan Negeri di seluruh negara dalam pembangunan sukan adalah seperti berikut:

(i) menyelaras dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan sukan yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri dan Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara;

(ii) bertanggungjawab menyelaras program dan kejohanan sukan di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan;

(iii) mengadakan program-program pembangunan bakat seperti Tunas Harapan, Bintang Cemerlang, dan sebagainya;

(iv) menyelaras juga persiapan kontinjen negeri dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA);

(v) menyelaras, membantu, dan mengawal selia persatuan-persatuan sukan di peringkat daerah dan negeri; dan

(vi) menjadi pusat rujukan berkaitan pembangunan sukan yang melibatkan kepentingan Kerajaan Negeri seperti infrastruktur sukan dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan Dasar 1Murid 1Sukan, sebagaimana Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, Dasar 1Murid 1Sukan ini merupakan satu inisiatif yang amat baik yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sehubungan itu, saranan Yang Berhormat Senator supaya diwujudkan jawatan penyelia atau pegawai sukan di setiap sekolah agar mereka dapat memberi tumpuan seratus-peratus terhadap aktiviti

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 65 sukan itu satu cadangan yang begitu baik dan ia akan disampaikan kepada pihak TPM sekali gus dapat memastikan hasrat dan matlamat Dasar 1Murid 1Sukan ini tercapai.

Berkaitan dengan biasiswa sukan, buat masa ini, pihak kementerian tidak menetapkan mereka yang menerima biasiswa sukan untuk bekerja dengan agensi-agensi kerajaan apabila menamatkan pengajian. Biasiswa sukan yang ditawarkan oleh KBS diberi kepada mereka yang telah mencapai prestasi cemerlang dalam kejohanan Sukan Malaysia atau mana-mana pertandingan yang setaraf dengannya atau pun lebih tinggi.

■1710

Ia bertujuan untuk mengatasi dan mengelakkan daripada masalah kehilangan bakat dalam bidang sukan kerana terdapat atlet yang meninggalkan bidang sukan untuk melanjutkan pelajaran. Kementerian juga mengalu-alukan saranan daripada Yang Berhormat Senator supaya pihak swasta untuk turut sama menawarkan biasiswa-biasiswa sukan kepada para atlet. Berkaitan dengan industri sukan Malaysia, penglibatan Astro ARENA dalam penyiaran liga bola sepak tempatan... [Disampuk]

Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh: Mohon minta celah. Yang Berhormat Menteri, saya sedang mendengar hujah-hujah dan penerangan. Bila kita analysis seorang belia ini, buat ketika ini memang ada belia yang minat dalam sukan, memang yang tidak berminat dengan pelajaran tetapi minat dalam bidang lain. Akan tetapi ada golongan yang besar dia minat dalam benda kreatif.

Saya hendak tahu ini sama ada bila saya melihat bajet tahun ini, terdapat RM200 juta yang disebutkan untuk Mycreative Venture Capital untuk promote idea-idea kreatif daripada orang-orang belia. Saya hendak minta Timbalan Menteri memberi keterangan sedikit sama ada kreatif dengan sukan ini boleh kita gabungkan, kalau 1Murid 1Sukan, kalau dia tidak suka sukan, dia suka kreatif, ada banyak yang sudah kreatif sekarang. Jadi sama ada 1Murid 1Sukan-kah atau 1 Murid 1 kegemaran lebih penting?

Tuan Gan Pien Sieu: Terima kasih soalan tambahan yang dibawa oleh Yang Berhormat Senator Dato’. Berkaitan dengan kreativiti, tabung kreativiti yang diumumkan dalam bajet baru-baru ini iaitu Mycreative Venture Capital. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mycreative Venture Capital merupakan program di bawah tanggungjawab Kementerian Kewangan Malaysia. Atas hubungan itu, makluman yang dimohon akan dirujuk kepada pihak MOF. Walau bagaimanapun, saya difahamkan juga kaedah-kaedah itu masih dalam peringkat mengemas kini dan itu akan diumumkan selepas ini.

Berkaitan dengan perhubungan di antara sukan dengan kreativiti ini, ini memang berkaitan sebab sesetengah sukan itu melibatkan kreativiti misalannya gimnastik, terjun dan sebagainya. Ini semua ada kreativitinya tetapi ia lebih memihak kepada sukan. Itulah sesuatu yang boleh saya sampaikan buat sementara ini.

Berkaitan dengan isu sama ada dasar 1Murid 1Sukan ini ada tujuan utamanya. Tujuan utamanya ialah untuk menghasilkan rakyat negara kita yang lebih sihat, membina satu budaya sukan di negara kita dan juga untuk membangunkan lagi sukan massa di peringkat akar umbi, itulah tujuan utama. Sementara itu kita dapat mencungkil bakat juga. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan industri sukan Malaysia penglibatan Astro ARENA dalam penyiaran liga bola sepak tempatan sebenarnya telah memberi impak dan nilai tambah kepada perkembangan industri sukan negara. Justeru itu, bagi menyemarakkan perkembangan industri sukan, kementerian telah mengambil inisiatif dengan melancarkan Tahun Industri Sukan 2011-2012 pada 28 Julai 2011 yang lalu.

Antara objektif yang ingin dicapai menerusi pelancaran ini ialah untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat seterusnya menyediakan landasan yang kukuh untuk industri sukan bergerak dengan mampan dan produktif. Di samping itu, ianya juga bertujuan mewujudkan rangkaian kerjasama pintar di antara kementerian dengan agensi-agensi swasta khasnya NGO dan kerajaan ke arah memajukan industri sukan negara. Kementerian menyasarkan agar pembangunan industri sukan dipacu sepenuhnya oleh sektor korporat dan swasta dengan persatuan sukan tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan bantuan kewangan kerajaan menjelang 2020.

Antara inti pati pelaksanaan Tahun Industri Sukan 2011-2012 ini adalah dengan mengadakan banyak program termasuk hari terbuka, forum, konvensyen, persidangan,

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

66 DN 19.12.2011

conference dan banyak lagi. Maklumat lanjut berkaitan dengan industri sukan ini boleh didapati menerusi laman web rasmi Tahun Industri Sukan 2011-2012 iaitu dengan alamat laman web www.siy.sid.my.

Selanjutnya, kementerian melalui pelan strategi KBS 2001-2015 telah merangka strategi dalam menggunakan membangunkan sukan sebagai satu industri yang menjana kepada pembangunan ekonomi negara. Antara tindakan dalam pelan strategi tersebut dan program yang akan dilaksanakan ialah mengubah dan melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Industri Sukan dengan berkesan, pengumpulan dan penyediaan data mengenai industri sukan dan mengerakkan jalinan kerjasama antara industri dengan kerajaan melalui perkongsian maklumat.

Berkaitan dengan cadangan mewujudkan event organizer oleh kementerian. Itu satu cadangan yang begitu baik. Kementerian menyambut baik cadangan tersebut dan untuk makluman, pihak kementerian telah mengambil langkah awal ke arah penubuhan event organizer, dengan izin dengan melihat kepada perkembangan industri sukan negara barat dengan mengambil contoh misalannya contoh EventScotland. EventScotland yang merupakan nadi kepada Kementerian Pelancongan Scotland. Kementerian telah mengadakan lawatan ke Scotland pada 18 Februari tahun ini bagi melihat, mengkaji pelaksanaan EventScotland dengan mengambil amalan terbaik pelaksanaan tersebut untuk disesuaikan dengan keadaan di Malaysia.

Antara fungsi Event Malaysia kelak, adalah untuk menghasilkan pendekatan strategik dalam mendapatkan hak penganjuran kejohanan-kejohanan besar diadakan di Malaysia, kementerian kini dalam proses mengenal pasti struktur Event Malaysia serta pendekatan terbaik dalam pelaksanaannya di samping mengadakan perjanjian kerjasama dengan EventScotland. Berkaitan dengan cadangan melaksanakan permainan fantasy sport, tidak dapat dinafikan bahawa permainan ini...

Datuk Maijol Mahap: Mohon mencelah. Sebenarnya Yang Berhormat, cadangan saya event management itu bukan sahaja menganjur atau event organizer tetapi sebagai satu badan untuk melobi untuk menganjur kejohanan yang besar, yang berperingkat antarabangsa, yang kita boleh bawa dari luar negara ke negara kita dalam semua sukan. Ini adalah perlu bukan sahaja untuk menaikkan sukan dalam negara kita, tetapi juga untuk menarik pelancong iaitu dalam segi sport tourism, dengan izin. Jadi ia event organizer yes, tetapi dalam masa yang sama sebagai badan pelobi untuk melobi atau membantu persatuan-persatuan nasional untuk melobi kejohanan yang tinggi ke negara kita. Terima kasih.

Tuan Gan Pien Sieu: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, event organizing di negara kita ini, kita pernah menganjurkan pelbagai event antarabangsa tetapi hasil daripada anjuran program-program ini, kita mendapati pelaburan yang begitu tinggi oleh kerajaan sama ada hasil daripada itu economic multiplayer, susulan daripada itu sama ada ia berkesan atau tidak, apa dia outcome-nya.

Oleh sebab itu pendekatan yang diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan sekarang, baru-baru ini segala event organizing itu pelaburan daripada kerajaan khasnya daripada KBS, ia mesti ada hadnya dan bukannya keseluruhan kos penganjuran itu ditanggung oleh kerajaan. Oleh sebab itu, penglibatan daripada pihak swasta ataupun badan-badan yang lain, sektor korporat dan syarikat-syarikat sama ada melalui air time, iklan dan sebagainya supaya kita dapat sinergi untuk menganjurkan tournament sebesar itu.

Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan cadangan melaksanakan permainan fantasy sport, tidak dapat dinafikan permainan fantasy sport ini telah memberi impak yang besar kepada industri sukan di Amerika Syarikat. Ia adalah satu fenomena yang baru, kementerian menyedari bahawa industri sukan telah berkembang dengan pelbagai bentuk sesuai dengan perubahan masa dan teknologi. Namun begitu, buat masa ini kementerian lebih menumpukan kepada usaha untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat tentang potensi serta peluang sukan sebagai penyumbang pendapatan individu dan negara. Justeru itu, dengan kesedaran ini maka masyarakat Malaysia akan lebih bersedia untuk melibatkan diri secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyemarakkan lagi industri sukan negara.

■1720

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 67

Berkaitan dengan kemudahan dan prasarana sukan. Bagi meningkatkan bilangan kemudahan sukan di seluruh negara khususnya di negeri Terengganu, KBS telah dan sedang membina sebanyak 93 buah gelanggang futsal 1Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 manakala sebanyak 22 buah gelanggang futsal dirancang akan dibina dalam peringkat pertama Rancangan Malaysia Ke-10. Tanggungjawab untuk menyediakan kemudahan-kemudahan sukan juga dimainkan sebenarnya sepatutnya juga dimainkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan juga pihak-pihak swasta, pemaju dan sebagainya juga digalakkan untuk turut sama terlibat.

Berkenaan dengan pembinaan tapak bagi membina gelanggang futsal ini, pihak kementerian telah mengambil kira, memang mengambil kira keadaan persekitaran tempat cadangan tersebut iaitu dari segi lokasi sama ada berhampiran dengan kawasan penempatan, sumber bekalan air, elektrik dan sebagainya. Dari segi pembinaan gelanggang pula, ukuran ketinggian tersebut adalah bersesuaian bagi permainan futsal dan ia selamat, namun, mungkin ada segelintir kecil golongan kecil mungkin mendapati bola yang digunakan mungkin dalam gelanggang futsal ini sebahagian kecil yang bermain bola futsal ini mengguna pakai bola yang tidak sesuai untuk permainan futsal sehingga menyebabkan berlakunya kerosakan kepada harta benda penduduk. Ini mungkin beberapa perkara, insiden-insiden kejadian begitu pernah berlaku tetapi ia terhad kepada sesuatu lokasi.

Seterusnya, bagi menangani masalah sosial berkaitan lumba haram, merempit, pihak kementerian akan mengadakan program kerjasama dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk memperuntukkan masa-masa tertentu bagi digunakan oleh kumpulan pelumba motosikal untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan sukan permotoran. Kementerian juga dengan kerjasama kelab-kelab bermotor telah mengenal pasti tapak-tapak dan lokasi-lokasi yang sedia ada yang boleh dijadikan litar sementara untuk waktu perlumbaan itu sahaja sepertimana yang dilaksanakan di Putrajaya pada malam minggu. Ini secara tidak langsung telah dapat menguruskan perlumbaan oleh kumpulan tersebut secara lebih sistematik dan terkawal dengan kos yang berpatutan.

Berkaitan dengan cadangan dikaji semula Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB). Mengikut peraturan sedia ada, pemberian Skim Tabung Ekonomi Belia hanyalah diberikan kepada usahawan belia yang mempunyai syarikat berstatus pemilikan tunggal sahaja. Tiada pemberian khusus kepada persatuan. Walau bagaimanapun, pemantauan peringkat lapangan sentiasa dibuat oleh pegawai kementerian yang bertanggungjawab dari masa ke semasa. Mesyuarat pemantauan juga dilaksanakan pada setiap bulan peringkat negeri dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Sebab itu, selain daripada yang dalam sesi soal jawab dua tiga hari dahulu, bukan sahaja kita serah kepada pihak-pihak AgroBank ataupun Bank Kerjasama Rakyat sebenarnya Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri juga turut memantau program ini.

Berkaitan dengan pecahan peruntukan Belanjawan 2012 bagi pembangunan belia dan sukan. Peruntukan program pembangunan belia dan sukan bagi tahun 2012 adalah sebanyak RM169.349 juta melibatkan aktiviti belia dan sukan, pembangunan sukan dan belia, penyelarasan Rakan Muda, pembangunan ekonomi belia, pentadbiran negeri dan Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Maklumat-maklumat ini bolehlah diperoleh daripada laman web rasmi Kementerian Belia dan Sukan.

Berkaitan dengan peruntukan bagi pembangunan sukan berkurangan daripada RM42 juta kepada RM35.7 juta. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, terdapat perubahan kepada kod program dan kod aktiviti bagi penganjuran dan penyertaan sukan.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Pengurusan Belanjawan Kementerian Kewangan telah menyerap masuk peruntukan berjumlah RM6.3 juta daripada aktiviti penganjuran penyertaan sukan ke dalam objek am bagi aktiviti-aktiviti pembangunan sukan. Dalam erti kata lain Tuan Yang di-Pertua, perbezaan amaun tersebut berdasarkan kepada accounting treatment, dengan izin di mana amaun sebenarnya tidak berbeza.

Tuan Yang di-Pertua, itulah sahaja maklum balas dan jawapan saya di atas pertanyaan-pertanyaan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat Senator berkaitan bidang tugas dan peranan KBS. Semoga dengan perkongsian tersebut akan dapat membantu pihak kementerian untuk merancang, merangka seterusnya melaksanakan program-program dengan lebih berkesan lagi di masa hadapan. Saya

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

68 DN 19.12.2011

hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan, komen dan cadangan murni kepada kementerian. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri menjawab selama 1 jam 23 minit ya. Begitu panjang sekali. Terima kasih. Diminta Kementerian Sumber Manusia untuk menjawab.

5.26 ptg.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Maznah binti Mazlan]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, selamat petang, salam 1Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada enam Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh tujuh isu yang berkaitan Kementerian Sumber Manusia. Berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali mengenai skop jaringan keselamatan sosial yang tidak meluas serta cadangan daripada Yang Berhormat Senator Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah supaya diperbaiki taraf pekerja Malaysia.

Kementerian ini ingin menjelaskan bahawa Rang Undang-undang Kerja Pindaan 2011 telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 6 Oktober 2011 dan akan dibentangkan di Dewan Negara pada sesi Parlimen kali ini dan skop pemakaian Akta Kerja 1955 ini diperluaskan kepada pekerja yang bergaji dari RM1,500 ke bawah kepada pekerja yang bergaji RM2,000 ke bawah. Sejajar dengan itu, seksyen 69B, Akta Kerja 1955 juga dipinda bagi memperluaskan skop siasatan Ketua Pengarah Tenaga Kerja terhadap aduan kerja yang bergaji RM1,500 kepada RM2,000.

Pindaan ini akan meningkatkan bilangan pekerja yang dilindungi di bawah akta ini daripada 50peratus kepada 70 peratus. Ini adalah berdasarkan kepada statistik jumlah pencaruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja pada tahun 2010. Pindaan ini juga melibatkan pindaan terhadap seksyen 37, Akta Kerja 1955 bagi memberi faedah cuti bersalin kepada semua pekerja wanita tanpa mengira had gaji.

Melalui pindaan ini, semua pekerja wanita layak mendapat faedah cuti bersalin bergaji sebanyak 60 hari setelah hamil sekurang-kurangnya 22 minggu ataupun lima setengah bulan.

Selain daripada itu juga, pengenalan bahagian 15A yang baru mengenai pengendalian aduan gangguan seksual di tempat kerja turut memberikan perlindungan kepada semua pekerja tanpa mengira had gaji pekerja tersebut.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, seksyen 30, Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Akta 177 telah dipinda dan dikuatkuasakan mulai 28 Februari 2008. Melalui pindaan tersebut, Jadual Kedua telah dimasukkan dan menetapkan bahawa jumlah pampasan bagi gaji kebelakangan adalah tidak melebihi 24 bulan daripada tarikh penamatan berdasarkan gaji akhir dan ia telah menjadi undang-undang yang wajib dipatuhi oleh Mahkamah Perusahaan semasa mengeluarkan sesuatu award. Caping 24 bulan adalah bertujuan menyelaraskan ‘back wages’ dengan izin, supaya amalan pembayaran bagi tujuan itu berpatutan dan adanya kawalan.

■1730

Amalan pembayaran bagi tujuan itu berpatutan dan adanya kawalan. Amalan ini selaras dengan nota amalan Mahkamah Perusahaan Nombor 1 tahun 1987 yang sudah pun menjadi amalan di Mahkamah Perusahaan sejak 24 tahun yang lalu. Pindaan ke atas seksyen 30, Akta 177 menjadikan award-award yang diputuskan oleh Mahkamah Perusahaan lebih konsisten, realistik dan teratur kerana prinsip-prinsip yang sama terpakai ke atas semua pihak.

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia tidak bersetuju dengan cadangan untuk meminda peruntukan yang ditetapkan di bawah subseksyen 36A, Akta 177. Ini adalah kerana penetapan tempoh 24 bulan bagi pampasan adalah satu jumlah yang munasabah berdasarkan faktor-faktor seperti berikut:

Page 75: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 69

(i) mengelakkan pemberian gaji kebelakangan secara sewenang-wenangnya oleh mahkamah perusahaan;

(ii) ia merupakan tempoh masa yang realistik dan munasabah untuk

seseorang pekerja memulihkan diri daripada pembuangan kerjanya;

(iii) award yang diberikan Mahkamah Perusahaan terhadap seseorang pekerja tidak sepatutnya menjadi lebih tinggi berikutan daripada tempoh masa yang diambil bagi proses yang wajib dilalui iaitu proses rundingan damai, rujukan Yang Berhormat Menteri serta perbicaraan di Mahkamah Perusahaan; dan

(iv) sekiranya ini berlaku majikan akan dihukum dengan award yang

tinggi atas sebab kelewatan yang bukan berpunca daripada majikan. Award yang konsisten juga akan memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur dari dalam dan luar negara untuk melabur di Malaysia.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia mengenai pertanyaan tentang kaedah cara kerja dan penguatkuasaan dalam membayar ganti rugi kepada pekerja adalah dimaklumkan bahawa kaedah cara kerja sentiasa diperbaiki dan dipercepatkan. Dalam kes-kes di mana award mahkamah tidak di patuhi oleh majikan, pekerja boleh menguatkuasakan award tersebut di Mahkamah Sivil. Selain itu tindakan pendakwaan boleh diambil terhadap majikan. Walau bagaimanapun, dalam segala tindakan penguatkuasaan, perhatian perlu diberi supaya perhubungan perusahaan yang harmoni sentiasa dipelihara. Selain daripada kaedah siasatan pengaduan dan perintah bayaran melalui tuntutan kes di Mahkamah Buruh mana-mana majikan yang gagal mematuhi Undang-undang Perburuhan akan diambil tindakan pendakwaan.

Tuan Yang di-Pertua berhubung dengan pertanyaan mengenai Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 yang merugikan pekerja. Saya ingin memaklumkan bahawa pengambilan tenaga kerja menerusi kaedah kontraktor tenaga mahupun secara outsourcing bukanlah perkara baru di Malaysia. Malahan ia merupakan fenomena global. Amalan pengambilan pekerja atau penggajian menerusi kontraktor tenaga kerja telah berlaku sejak dahulu lagi sehingga ke hari ini terutamanya di sektor perladangan.

Disebabkan senario inilah maka National Union of Plantation Workers telah mencadangkan dan menyokong pindaan bagi mendaftarkan kontraktor tenaga kerja ini. Malahan National Union of Plantation Workers sendiri semasa membentangkan kertas kerja di International Labor Organization Asia Pacific Regional Seminar di New Delhi, India pada tahun 1997 telah menyatakan secara terbuka bahawa pendaftaran kontraktor tenaga kerja akan meningkatkan ketelusan dalam sistem ini, memudahkan penguatkuasaan undang-undang dan menjamin hak-hak pekerja terbabit.

Tuan Yang di-Pertua, pada masa kini terdapat 277 syarikat outsourcing yang berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri. Bilangan syarikat ini tidak akan ditambah malahan pengambilannya telah dibekukan oleh kerajaan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin, Bilangan 12009 lesen baru syarikat membekal dan mengurus telah dibekukan dan syarikat ini hanya dibenarkan mengambil pekerja asing di dalam sektor pengilangan, pertanian dan perladangan berkuat kuasa 1 Januari 2010.

Syarikat outsourcing juga tidak dibenarkan mengambil pekerja asing di bawah program pemutihan yang kini sedang dilaksanakan sejak 10 Oktober 2011 sehingga 10 Januari 2012 oleh Kementerian Dalam Negeri dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Page 76: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

70 DN 19.12.2011

Dalam pada itu semua majikan yang ingin mendapatkan pekerja asing daripada syarikat membekal dan mengurus pekerja asing di wajibkan mendapat sijil JCS, dengan izin, Job Clearing System terlebih dahulu daripada Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia. Ini menunjukkan penglibatan syarikat outsourcing dalam pengambilan pekerja asing telah dan sedang dikurangkan secara berperingkat-peringkat sehingga syarikat ini tidak diperlukan lagi pada masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu gaji minimum dan cadangan Yang Berhormat Senator Subramaniam a/l Veruthasalam agar gaji minimum haruslah melebihi indeks garis kemiskinan, kerajaan mengambil maklum isu dan cadangan yang dibangkitkan Yang Berhormat Senator dan pada masa ini Majlis Perundingan Gaji Negara sedang mempertimbangkan semua kajian-kajian data dan maklumat di dalam usaha untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan paras gaji minimum tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali, Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok tentang isu pekerja asing usaha-usaha sedang diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan penggantungan kepada pekerja asing melalui berbagai-bagai usaha di antaranya ialah mengambil langkah untuk incentive dan juga disincentive. Antaranya adalah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah mengambil beberapa langkah dengan memperkenalkan sistem yang dipanggil Enhance Capital Intensive Industry, Capital Intensive Per-Employee sebagai langkah meningkatkan industri berteraskan modal dan teknologi.

Dalam pada itu melalui Akta Penggalakan Pelaburan 1975, MITI juga telah mensyaratkan syarikat yang mempunyai shareholder fund minimum RM2.5 juta dengan 75 orang pekerjaan sepenuh masa diwajibkan untuk memiliki lesen pengilangan dari MITI yang diproses dari MIDA. Secara dasarnya cadangan tersebut adalah bagi menggalakkan pelaburan berintensif modal berkembang di Malaysia di mana secara tidak langsung akan mengurangkan kebergantungan dan kemasukan pekerja asing.

Terdapat usaha-usaha yang dibuat oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam membuat kajian dan pembangunan berkaitan mekanisme dan automasi dalam kerja yang mana di dalam sektor perladangan terdapat antara hasil daripada kajian tersebut ialah mewujudkan Mechanize Harvesting Pole atau cantas iaitu alat memotong dahan dan buah kelapa sawit secara automasi menggunakan battery operated pole. Ini mempercepat dan membolehkan ramai pekerja tempatan untuk menggunakannya kerana ia ringan dan lebih praktikal.

Kedua di dalam industri getah terdapat application of latex stimulant dan di dalam tanaman koko terdapat alat yang dipanggil COBRE iaitu yang mengasingkan buah koko daripada kulitnya dengan menggunakan alat yang telah dicipta. Kesemua ini sudah pasti dapat menyenangkan kerja-kerja yang sukar dan boleh menarik pekerja tempatan untuk bekerja.

■1740

Kementerian Kerja Raya juga turut mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing. Antara dasar yang dilaksanakan adalah seperti penggunaan sistem integrated building system sehingga 70 peratus dalam semua kontrak pembinaan untuk kerajaan. Pihak swasta juga digalakkan mengambil langkah yang sama. Kerajaan juga menggunakan kaedah disincentive sebagai langkah mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dengan menggunakan levi.

Mekanisme levi ke atas majikan dan pihak industri yang mana lebih ramai pekerja asing diambil maka levinya lebih tinggi dikenakan. Terdapat sekarang ini, ditingkatkan levi bagi pekerja asing yang diambil. Namun begitu, dasar ini dilaksanakan secara berperingkat untuk mengelakkan industri terjejas. Melalui pendekatan dan strategi ini juga, akan menggalakkan industri untuk beralih pada mekanisasi dengan memperkenalkan beberapa insentif yang bersesuaian bagi menarik minat rakyat tempatan mendapatkan pekerjaan.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan peniaga warung dan penjaja yang tidak dibenarkan untuk menggaji pekerja asing. Buat masa ini, sektor ini tidak dibenarkan sesiapa untuk mengambil pekerja asing. Oleh yang demikian, permintaan dan cadangan bagi

Page 77: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 71 memperluaskan sektor ini untuk menggaji pekerja asing harus dikaji dengan lebih terperinci dahulu.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya isu tentang pembantu rumah oleh Yang Berhormat Senator Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah dan Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok, yang mana Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja telah dan sedang melaksanakan penguatkuasaan undang-undang terhadap majikan yang gagal mematuhi peraturan pembayaran gaji di bahawa Akta Kerja 1955. Gaji pembantu rumah hendaklah dibayar mengikut kontrak perkhidmatan yang dipersetujui oleh majikan dan pembantu rumah berkenaan.

Kes penderaan pula akan dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan siasatan dan selanjutnya. Usaha-usaha yang dilakukan ini telah membantu meyakinkan kerajaan Indonesia untuk menarik balik pembekuan kemasukan pembantu rumah Indonesia mulai 1 Disember 2011.

Usaha-usaha berterusan akan dipergiatkan lagi dan pekerja-pekerja Indonesia akan mula masuk ke Malaysia pada bulan Mac iaitu setelah menjalani kursus yang telah ditetapkan selama 200 jam sebelum mereka boleh masuk ke Malaysia. Kementerian sentiasa memberikan yang terbaik untuk mengawal selia dan menguruskan kemasukan pembantu rumah asing mengikut Konvensyen ILO. Ia dilaksanakan dengan mewujudkan garis panduan penggajian dengan mewajibkan majikan untuk membayar gaji melalui akaun bank, pemberian cuti rehat mingguan selain mengadakan seminar dan dialog bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan majikan pembantu rumah dan agensi pekerjaan swasta.

Semua agensi pekerjaan swasta dikehendaki mematuhi garis panduan penggajian pembantu rumah asing seperti mewujudkan profil pembantu rumah, mendapat majikan yang sesuai dengan pembantu rumah asing dan memastikan pengurusan kemasukan berjalan dengan lancar dan sistematik. Agensi pembantu rumah swasta juga hendaklah mempunyai lesen daripada Jabatan Tenaga Kerja dan mematuhi prosedur kemasukan daripada Jabatan Imigresen Malaysia dan operasi memantau akan dibuat dari semasa ke semasa mengikut undang-undang Malaysia. Majikan adalah dikehendaki mewujudkan kontrak perkhidmatan dengan pembantu rumah asing supaya kedua-dua pihak mengetahui hak dan tanggungjawab masing-masing.

Selain daripada itu, Kementerian Sumber Manusia juga ada menyediakan buku garis panduan penggajian pembantu rumah asing, seminar dan dialog pembantu rumah asing bersama majikan dan juga agensi-agensi yang membawa mereka masuk telah diadakan sejak tahun 2011. Setakat ini 41 seminar melibatkan 1,103 orang peserta, 514 orang pembantu rumah, 532 orang majikan dan 93 buah agensi pekerjaan swasta telah diadakan. Selain daripada itu, Talian Nur untuk membuat aduan juga dipromosikan dan dilaksanakan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kerajaan Malaysia dan Republik Indonesia telah menandatangani protokol pindaan memorandum persefahaman 31 Mei 2011 yang lalu dan telah saya sebutkan tadi bahawa mereka akan mula masuk ke Malaysia mulai bulan Mac. Satu jawatankuasa pemantauan di peringkat pentadbiran dua negara akan diadakan untuk memperkemaskan lagi isu-isu dan proses pengambilan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok yang ingin mengetahui akan usaha-usaha yang diambil untuk mengurangkan pergantungan kepada pembantu rumah asing. Saya ingin nyatakan bahawa, banyak pihak selain daripada Kementerian Sumber Manusia yang telah mengadakan usaha-usaha, kursus-kursus untuk warga tempatan supaya mereka boleh bekerja di rumah dan lain-lain usaha lagi. Akan tetapi setakat ini kita dapati pihak majikan lebih cenderung untuk mengajikan pekerja rumah asing dan warga tempatan sendiri tidak berminat untuk bekerja di rumah-rumah.

Tuan Yang di-Pertua, bagi pertanyaan Yang Berhormat Senator Tuan Ng Fook Heng dan Yang Berhormat Senator Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah mengenai pekerja syarikat Sungai Lembing Berhad, berhampiran dengan Kuantan, Pahang yang diberhentikan kerja. Untuk makluman Dewan, dalam rekod Jabatan Tenaga Kerja, hanya seramai 13 orang bekas pekerja Sungai Lembing Tin Sdn. Bhd. yang telah memfailkan tuntutan kes buruh dan dibicarakan pada 2 Jun 1999. Pekerja Sungai Lembing, Tin Sdn. Bhd. sebagai defendan dalam kes tersebut telah bersetuju dengan tuntutan tersebut sebanyak RM102,723.97 sebagai baki gaji pekerja seramai 13 orang yang telah memfailkan

Page 78: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

72 DN 19.12.2011

kes tersebut. Namun begitu, selepas tamat tempoh diberikan defendan gagal membuat bayaran.

Kes telah dibawa ke mahkamah sebagai Saman Penghutang Penghakiman. Dalam perintah tersebut, defendan dikehendaki membuat bayaran pertama mulai bulan Disember 1999 dengan RM7,500 dan diikuti RM2,500 seterusnya sehingga selesai. Selagi lagi defendan masih gagal membuat bayaran. Sehubungan itu, kes ini telah difailkan sebagai notis penghakiman dan walaupun sebanyak lapan kali cubaan menyerahkan saman telah dilakukan oleh Jabatan Tenaga Kerja dan Polis Diraja Malaysia tetapi saman tersebut gagal disempurnakan kerana defendan tidak dapat dikesan.

Salah seorang daripada defendan telah meninggal dunia manakala defendan kedua mendakwa telah menyelesaikan bayaran bagi pihaknya. Perkara ini akan disiasat seterusnya.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pertanyaan Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok dan Yang Berhormat Senator Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah mengenai pekerja wanita. Pelbagai langkah telah dijalankan oleh kerajaan bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran buruh. Pada masa ini, terdapat lebih kurang 3.3 juta orang wanita di usia bekerja dan boleh bekerja yang tidak bekerja. Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja telah menguatkuasakan peraturan-peraturan kerja separa masa mulai 1 Oktober 2010, yang mana seseorang itu boleh bekerja 20peratus sehingga 70peratus daripada waktu bekerja lapan jam. Mendapat hak-hak untuk liputan KWSP, PERKESO dan juga mendapat cuti tahunan, cuti hujung minggu dan cuti sakit.

■1750

Tujuan kerajaan memperkenalkan peraturan ini adalah untuk menarik dan meningkatkan penyertaan tenaga kerja. Akan tetapi kita mendapati bahawa pada masa ini perkara ini masih lagi sedang dipromosikan bukan hanya untuk suri rumah bahkan juga untuk pesara serta orang kurang upaya memasuki pasaran buruh. Sehingga November 2011, seramai 12,638 pekerja telah ditempatkan di bawah pekerjaan separa masa.

Selain itu, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja telah mempromosikan Program Home Working bagi membantu golongan kuam wanita seperti suri rumah tangga, ibu tunggal dan mereka yang berpendapatan rendah melalui kerja yang dibuat di rumah atau secara komuniti dan majikan menghantar barangan dan memberi upah mengikut barangan yang siap. Sehingga November 2011, seramai 4,149 peserta telah terlibat dalam program ini.

Kementerian Sumber Manusia juga menggalakkan majikan mewujudkan pusat asuhan kanak-kanak di tempat kerja masing-masing ataupun di pusat komuniti berhampiran untuk membolehkan lebih ramai wanita bekerja. Untuk itu, insentif dalam bentuk bayaran semula kepada majikan untuk kos-kos pengurusan yang terlibat telah diberikan. Akan tetapi sehingga kini tidak ramai majikan yang berminat untuk mewujudkan pusat asuhan kanak-kanak.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Sumber Manusia kini sedang menjalankan kajian terhadap cadangan tambahan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari bagi memberikan kelonggaran kepada wanita untuk menjaga bayi sekali gus memberikan keserasian hubungan ibu dan bayi. Kajian daripada pelbagai sudut serta pandangan menyeluruh pelbagai pihak termasuk pekerja dan majikan akan dilakukan meliputi faktor-faktor berikut, iaitu dari segi pemulihan ibu selepas bersalin; dari segi penjagaan dan penyusuan anak; dari sudut perubatan; dari segi kesukaran mendapatkan pekerja ganti bagi sesetengah sektor dan industri; dan dari segi peningkatan kos operasi kepada majikan. Sekiranya kerajaan bersetuju untuk membuat perubahan kepada jumlah cuti bersalin menjadikannya 90 hari, kementerian akan meminda peruntukan maternity protection di bawah seksyen 37, Akta Kerja 1955.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi meminta setiap kementerian untuk menyenaraikan undang-undang yang lapuk dan membuat pindaan. Bagi menjawab soalan ini, Kementerian Sumber Manusia sentiasa peka dan berusaha dari masa ke semasa membuat pindaan-pindaan kepada akta-akta yang ada di bawah Kementerian Sumber Manusia. Contohnya, Akta Perusahaan telah dipinda sepuluh kali, Akta

Page 79: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 73 Keselamatan Sosial telah dipinda sembilan kali dan Akta Kerja sebanyak tujuh kali dan lain-lainnya.

Mengenai isu pakaian pramugari MAS yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz, penentuan uniform seseorang pekerja adalah bergantung kepada polisi syarikat serta terma-terma perkhidmatan yang dipersetujui di dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif. Namun demikian, sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perkara 3 dan 11, Perlembagaan Persekutuan, setiap majikan perlu mengambil kira perkara ini dan pandangan Yang Berhormat akan dikemukakan kepada MAS untuk dipertimbangkan.

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya ingin menjawab soalan Yang Berhormat Senator Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah yang mendapati bahawa perlindungan sosial di negara ini tidak bergerak. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Pertubuhan Keselamatan Sosial ditubuhkan pada tahun 1971 dan sebuah badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada kerja yang layak melalui dua skim perlindungan iaitu Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.

Untuk makluman bersama, bahawa sehingga tahun 2010, sebanyak sembilan kali pindaan telah dibuat di mana pindaan terakhir adalah pada tahun 2005. Di antara pindaan-pindaan yang telah dilaksanakan, ia banyak tetapi saya bagi satu dua sahaja. Antaranya, meningkatkan had siling gaji pekerja bagi memperluaskan liputan pekerja. Kalau dalam tahun 1971, ia hanya meliputi mereka yang bergaji RM500, kemudian ada empat pindaan yang telah dibuat. Pada tahun 1985, naik ke RM1,000, tahun 1992 naik kepada RM2,000 dan pada tahun 2005 naik kepada RM3,000. Banyak pindaan lain dan di antaranya ialah memperkenalkan faedah pencen ilat pada tahun 1974 dan memperkenalkan faedah pencen penakat pada tahun 1985 dan banyak lagi pindaan-pindaan yang telah dibuat. Di samping itu, penyelarasan kadar pencen dilaksanakan dari semasa ke semasa berdasarkan kajian actuary dan dibuat setiap lima tahun...

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: [Bangun]

Dato’ Maznah binti Mazlan: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sahaja jawapan yang dapat saya...

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Yang Berhormat Timbalan Menteri, minta laluan. Tuan Yang di-Pertua, minta laluan.

Tuan Yang di-Pertua: Ha, sikit boleh.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Sebenarnya tadi sewaktu Yang Berhormat Timbalan Menteri bercakap mengenai pembantu rumah tadi, saya berada di surau, saya dengar dekat surau tetapi saya. ...

Tuan Yang di-Pertua: Okey, cepat-cepat Yang Berhormat, teruskan.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Begini sahaja, tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri menyatakan ada usaha-usaha di pihak tempatan untuk melatih pekerja-pekerja rumah tempatan tetapi ternyata tidak disukai oleh majikan tempatan dan juga sukar untuk mendapatkan pekerja-pekerja tempatan. Saya rasa semua ini ada kaitannya dengan masalah sikap yang memerlukan perubahan. Apabila saya menimbulkan perkara transformasi sikap kepada Yang Berhormat Tan Sri Koh Tsu Koon, ini di antara perkara-perkara yang saya maksudkan. Jadi untuk lebih spesifik kepada Kementerian Sumber Manusia ini, saya ingin tahu ada tidak perancangan di pihak kementerian untuk memastikan berubahnya sikap pekerja-pekerja tempatan melihat kerja rumah itu bukan sebagai satu kerja yang hina. Itu satu.

Kemudian juga sikap supaya majikan-majikan atau suri-suri rumah tempatan dapat menerima pekerja tempatan sebagai pekerja mereka. Saya rasa ini perlu dibuat sebagai satu pelan jangka panjang kerana dalam masa 10,15 atau 20 tahun lagi, kita tidak mungkin akan mendapat tenaga kerja pembantu rumah dari Indonesia dengan gaji RM600 atau RM700 seperti sekarang. Oleh sebab itu, perancangan jangka panjang dalam perubahan sikap memperkerjakan pembantu-pembantu rumah ini haruslah dirancang daripada sekarang. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Page 80: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

74 DN 19.12.2011

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya fikir kementerian juga memikirkan kalau boleh engage Yang Berhormat ini menjadi konsultan untuk membantulah, agaknya lebih baik juga, senang Yang Berhormat buat perkara ini. Baik, terima kasih. Seterusnya...

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat, cukup, sudah jawab.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Saya ada minta...

Tuan Yang di-Pertua: Tidak payah Yang Berhormat, cukup, cukup. Banyak sudah. Saya dengar nama Yang Berhormat sudah banyak kali disebut tadi. Agaknya boleh bangkit di masa akan datang. Yang Berhormat, kita ada lapan rang undang-undang kita mesti selesaikan pada hari ini.

Saya mohon kerjasama semua pihak. Pihak kementerian yang menjawab, cuba cari cara bijak isu-isu yang dibangkitkan jangan dilupakan, yang mustahak. Kalau hendak buat penjelasan itu, rasanya kita boleh membuat perancangan di lain-lain masa tetapi isu-isu penting dibangkitkan semasa bersidang ini jangan dilupakan.

■1800

Kedua, jangan berulang-ulang perkara-perkara yang dibangkitkan oleh seseorang Ahli Yang Berhormat. Kalau boleh di summarizekan. Pihak kementerian sama ada Yang Berhormat Menteri atau Timbalan Menteri yang membuat penggulungan ini, dapat mengkaji sebelumnya. Pegawai-pegawai kena beri kerjasama dengan semua yang berkenaan ini supaya dapat menyenangkan lagi. Ini pada pandangan saya kerana masa kita amat mencemburui kita. Ini yang menyusahkan semua pihak. Saya harap semua faham.

Oleh itu, tanpa membuang masa lagi saya mempersilakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Apabila Yang Berhormat Menteri ada dekat sini senang sedikit. Yang Berhormat Menteri itu, apabila dapat point-point daripada pegawai itu due digest, ringkaskan, summarize dan tentu dapat agaknya semua Ahli Yang Berhormat berpuas hati. Akan tetapi kalau tidak jawab saya benarkan untuk bertanya lebih. Silakan Yang Berhormat.

6.01 ptg.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan dan mengutarakan isu-isu yang berkait rapat dengan kementerian semasa perbahasan Bajet 2012 bau-baru ini.

Saya ingin terus kepada jawapannya. Mengenai isu subsidi gula yang dinikmati oleh pihak yang tidak sepatutnya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dr. Syed Hussin Ali. Saya ingin maklumkan bahawa perkara ini, beberapa mekanisme sedang dikaji oleh pihak kerajaan iaitu bagi memastikan subsidi gula ini tidak dinikmati oleh golongan yang tidak sepatutnya sebagai contohnya warga asing dan sebagainya. Ketika ini masih lagi boleh membeli gula secara bebas seperti rakyat Malaysia juga. Jadi, kita sedang mengkaji beberapa cadangan.

Walau bagaimanapun, beberapa perkara telah pun dimulakan, beberapa perkara telah pun dilaksanakan. Misalnya syarikat-syarikat besar yang selama ini menikmati subsidi gula telah pun dihentikan pemberian subsidi kepada mereka iaitu syarikat-syarikat yang menggunakan gula melebihi 500 metrik tan sebulan. Terdapat 13 syarikat besar yang menggunakan gula melebihi daripada 500 metrik tan ini. Jadi, mereka tidak lagi mendapat subsidi gula dan sebagainya. Ini merupakan permulaan-permulaan dasar yang kita buat bagi memastikan gula ini dinikmati oleh mereka yang sepatutnya.

Bagi cadangan Yang Berhormat Senator Puan Puan Chew Lee Giok agar kementerian mencatatkan harga asal, harga yang di subsidi dan harga jualan pada bungkusan jualan terutamanya barangan asas. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, perkara ini telah pun dilaksanakan. Mulai awal tahun 2011, harga subsidi yang ditanggung oleh kerajaan telah pun dicetak pada bungkusan gula, tepung dan juga tong gas LPG. Manakala bagi minyak petrol dan diesel harga subsidi dan sebagainya ditampal di pam-pam minyak, di stesen-stesen minyak. ‘

Page 81: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 75

Mengenai isu-isu yang berkaitan Kedai Rakyat 1Malaysia yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok dan Senator Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi. Saya ingin memaklumkan bahawa sehingga hari ini sebanyak 24 buah Kedai Rakyat 1Malaysia atau pun (KR1M) telah pun dibuka di seluruh negara dan satu lagi akan dibuka sebelum akhir tahun ini. Bermakna sasaran tahun ini adalah 25. Manakala bagi tahun 2012, kerajaan akan membuka sebanyak 60 buah KR1M lagi di seluruh negara.

Walau bagaimanapun, mulai tahun depan juga kedai-kedai ini yang sekarang ini diuruskan oleh Mydin akan dibuka kepada orang ramai mulai tahun depan. Jadi, anggapan yang mengatakan kedai-kedai ini diberi secara eksklusif kepada Mydin adalah tidak tepat kerana kedai-kedai ini akan dibuka kepada orang ramai sama ada perseorangan atau pun syarikat. Di samping itu juga, kedai-kedai runcit biasa, existing kedai runcit, dengan izin, juga dibenarkan untuk menjual produk Kedai Rakyat 1Malaysia.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, sehingga ini terdapat 167 kedai runcit termasuk stesen-stesen minyak telah mula menjual produk Kedai Rakyat 1Malaysia. Dibangkitkan juga isu mengenai beberapa barangan yang tidak bermutu yang saya kira baru-baru mendapat perhatian daripada media dan sebagainya. Untuk makluman Dewan terdapat 13 produk KR1M yang telah pun dikeluarkan daripada pasaran kerana kita mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan bahawa produk ini tidak mengikut standard atau pun piawaian.

Untuk makluman Yang Berhormat Senator sekalian bahawa pihak kerajaan tidak pernah berkompromi dari segi isu, standard atau pun kualiti produk Kedai Rakyat 1Malaysia. Apabila mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan, kita terus memanggil semula, mengeluarkan produk ini daripada pasaran dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ingin saya maklumkan, ingin saya menjelaskan produk-produk yang ditarik balik tidak ada kaitan dengan masalah membahayakan kesihatan. Jadi, walaupun kita kata kita tarik balik kerana piawaian di bawah Akta Makanan dan sebagainya, ianya tidak terlibat dari segi soal membahayakan kesihatan dan sebagainya.

Kebanyakan yang ditarik misalnya adalah melibatkan masalah teknikal seperti masalah pelabelan, labeling dan sebagainya. Saya ingin beri contoh kepada Dewan kerana isu ini panjang dibangkitkan. Sebagai contoh krimer sejat ditulis sebagai susu sejat. Sepatutnya ditulis krimer sejat. Akan tetapi dalam bahasa Inggerisnya tidak salah kerana dalam bahasa Inggeris nya disebut evaporated creamer. Jadi, kalau di tengok dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu itu, yang salah bahasa Melayu. Jadi, Kementerian Kesihatan menasihatkan supaya diperbetulkan labelnya. Maka, dihantar balik dan sekarang diperbetulkan dengan meletakkan dengan yang sebenarnya iaitu labelnya krimer sejat. Jadi, tidak ada masalah yang besar sebenarnya. Walau bagaimanapun, kerajaan sedar bahawa isu Kedai Rakyat ini menjadi isu yang sudah pun dipolitikkan oleh beberapa pihak tertentu. Jadi, oleh itu untuk menjamin supaya tidak timbul lagi masalah-masalah penarikan semula produk-produk yang telah dipasarkan ini, jadi pihak kerajaan melalui kementerian bersama dengan Kementerian Kesihatan telah pun membuat ketetapan tiga perkara.

Pertama ialah bahawa semua produk makanan terutamanya di Kedai 1Malaysia mesti dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk membuat pemeriksaan. Pihak yang dipertanggungjawabkan iaitu Mydin telah pun menghantar sebanyak 200 produk Kedai Rakyat 1Malaysia ke Kementerian Kesihatan untuk diperiksa satu persatu. Jadi, selepas ini saya rasa, saya percaya selepas mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan bahawa tidak ada masalah dan sebagainya, saya boleh beri jaminan kepada orang ramai bahawa tidak perlu bimbang lagi. Saya percaya ini lebih baik daripada kedai-kedai lain yang kita tidak pernah tahu sama ada selamat atau tidak kerana tidak kedai pun selama ini yang menghantar produk-produk mereka untuk pemeriksaan Kementerian Kesihatan dan sebagainya.

Kedua, pihak Kementerian Kesihatan telah memanggil kesemua IKS yang mengeluarkan produk-produk makanan ini. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kebanyakannya adalah IKS-IKS, IKS kecil dan sebagainya. Jadi, mereka kadang-kadang agak kurang mempunyai pengetahuan mengenai keperluan-keperluan mengikuti piawaian di bawah Akta Makanan dan sebagainya. Jadi, pihak Kementerian Kesihatan telah pun memberikan taklimat kepada semua pengusaha-pengusaha IKS ini supaya mereka memahami perkara-perkara do's and don'ts di dalam Akta Makanan dan sebagainya.

Ketiganya, pihak kementerian telah pun menubuhkan satu jawatankuasa khas pemantau yang dianggotai oleh Kementerian KPDNKK, kementerian saya, Kementerian

Page 82: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

76 DN 19.12.2011

Kesihatan termasuk pihak JAKIM dan sebagainya supaya selepas ini kita akan dapat memantau lebih telus lagi dan kita boleh mengawal segala produk-produk keluaran Kedai Rakyat 1Malaysia supaya tidak timbul lagi isu-isu yang berkaitan dengan soal keselamatan makanan dan sebagainya. Yang ini juga kita bukan gunakan untuk KR1M sahaja tetapi jawatankuasa khas ini juga akan memantau kedai-kedai lain termasuk hypermarket-hypermarket, supermarket-supermarket dan sebagainya yang mengeluarkan produk yang berkaitan dengan makanan.

■1810

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Saya pohon untuk mencelah.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan, Yang Berhormat.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri kerana memberikan jawapan kepada soalan tentang KR1M. Saya hendak tanya di sini, kalau untuk barangan elektrik kita ada SIRIM. Tadi ada disebut tentang jawatankuasa. Adakah pihak kerajaan akan menubuhkan satu agensi khas bagi memantau keseluruhan produk makanan yang akan dipasarkan dalam Malaysia? Berhubung dengan perkara tersebut.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Kita pantau yang berkaitan dengan makanan tersebut. Ya, makanan. Semua sekalilah. Maknanya semua sekali.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Maksud saya, adakah satu agensi khas akan ditubuhkan untuk memantau?

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Tidak, setakat ini belum lagilah. Setakat ini kita cuma wujudkan jawatankuasa dahulu. Jawatankuasa khas. Sebenarnya dari segi untuk check tentang makanan dan sebagainya, ia di bawah Akta Pemakanan. Akta Pemakanan adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan. Akan tetapi kerana KR1M ini directly terletak di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, jadi kita bekerjasama untuk memantaunya. Seperti yang kita tahu dan kita lihat, akhir-akhir ini fokus hanya diberikan kepada KR1M sahaja. Tidak ada kedai-kedai lain. Hypermarket lain tidak pernah ada sesiapa check pun. Jadi sebab itulah pihak kementerian rasa bertanggungjawab, maka kita tubuhkan jawatankuasa ini.

Seterusnya ialah mengenai isu penguatkuasaan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Azian mengenai penguasaan kita di sempadan terutamanya di sempadan Thailand yang dikatakan masih lemah. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kementerian sentiasa konsisten menjalankan pemantauan dan pemeriksaan untuk membendung kegiatan warga asing mengisi minyak RON95 dan diesel subsidi di kawasan sempadan khususnya kenderaan warga Thailand dan juga negara-negara lain.

Untuk makluman Dewan, pihak kerajaan telah pun membuat dasar iaitu kenderaan asing boleh mengisi minyak RON97 tanpa had tetapi tidak boleh mengisi minyak RON95 kerana minyak RON95 adalah minyak yang di subsidi. Kita bekerjasama dengan semua agensi lain seperti Kastam Diraja Malaysia, polis dan juga Unit Pencegah Penyeludupan dan sebagainya. Kita juga telah bekerjasama dengan pihak RELA yang mana pihak RELA ditempatkan di stesen-stesen minyak di kawasan sempadan. Setakat hari ini, 45 buah stesen minyak di kawasan sempadan telah pun ditempatkan RELA iaitu 28 buah stesen minyak di Kelantan, dua di Hulu Perak, 14 di Kedah dan empat di Perlis.

Tujuan RELA ini supaya kita dapat mengesan mana-mana kenderaan asing yang cuba mengisi minyak RON95 dan dalam masa yang sama, saya hendak beritahu Dewan satu perkara yang paling berat adalah kerana rakyat Malaysia sendiri sebenarnya yang lebih banyak menggunakan kedudukan mereka sebagai rakyat Malaysia yang boleh beli minyak. Mereka sebenarnya yang bawa menyeludup keluar. Itu yang menimbulkan masalah.

Ini kerana kita tidak boleh menyekat rakyat Malaysia untuk membeli minyak RON95. Jadi mereka yang beli, mereka yang bawa keluar daripada sempadan. Walau bagaimanapun, dengan meletakkan RELA, RELA mencatatkan setiap pembelian minyak. Saya sendiri pergi ke kawasan sempadan bersama dengan Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri dan kita lihat sendiri. Ada sebuah kereta Proton Wira beli minyak sebanyak 300 liter. Jadi kalau macam itu, kita buat catatan. Maka kita dapat kesan nombor pendaftaran sebagainya dan kita dapat tahu. Kalau 300 liter, tidak mungkin. Mestilah tangkinya telah

Page 83: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 77 pun di modified kerana paling banyak yang boleh mereka isi hanya 100 liter sahaja. Jadi kehadiran RELA di 45 buah stesen minyak sebenarnya banyak membantu kerajaan di dalam membanteras penyeludupan dan sebagainya.

Saya ingin memaklumkan beberapa rampasan telah kita buat sepanjang 2011. Sepanjang 2011, terdapat 1,059 kes dikesan di kawasan sempadan dengan nilai rampasan sebanyak RM3,307,990. Saya juga ingin memberikan maklum balas mengenai isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Senator Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad mengenai isu keberhasilan Kempen Hari Tanpa Plastik. Untuk makluman Yang Berhormat, kempen yang dilaksanakan oleh pihak kementerian adalah bersifat kesedaran dan mendidik pengguna. Oleh kerana ia bersifat kesedaran dan mendidik, saya percaya ia memerlukan masa yang agak lama untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna.

Dari segi logiknya, dari segi – saya hendaknya menjawab sikit. Ada dibangkitkan oleh Yang Berhormat iaitu apakah rasionalnya pada hari Sabtu kita berkempen tanpa plastik tetapi kita jual plastik. Ini saya hendak sentuh sikit sahaja.

Kita berkempen jangan guna plastik tetapi siapa yang hendak plastik, kita jual 20 sen. Sebenarnya tujuan kita supaya apabila kita sudah tawarkan harga plastik 20 sen, orang tidak mahu beli plastik. Jadi kalau kita tahu hari Sabtu adalah hari tanpa plastik, kalau hendak plastik kena beli, jadi kita hendak galakkan supaya orang ramai bawa sendiri bekas daripada rumah untuk membeli produk. Jadi kalau kita bawa raga sendiri, jadi kita tidak payahlah beli plastik tersebut. Jadi inilah tujuan kita. Di peringkat awal kita buat satu hari sahaja. Ramai orang kata kalau satu hari tidak cukup. Sebenarnya itu saya katakan tadi bahawa ini adalah proses untuk mendidik. Satu hari ini pun sudah ramai orang marah. Kenapa menyusahkan dan sebagainya.

Namun saya hendak maklumkan, di negara-negara lain telah lama mengamalkan kempen ataupun berkempen tanpa plastik ini. Misalnya di negara lain seperti Singapura, Taiwan dan Kanada telah pun memulakan kempen tersebut. Begitu juga di negara Ireland yang mengenakan cukai ke atas beg plastik pada tahun 2002 dan kini berjaya mengurangkan 90peratus penggunaan beg plastik mereka. Jadi negara lain sudah lama kenakan cukai dan sebagainya tetapi kita hanya satu hari dalam seminggu. Walau bagaimanapun, kita percaya akhirnya kita akan tingkatkan kesedaran di kalangan pengguna dan kalau hari Sabtu kita sudah boleh tanpa plastik, mungkin kita akan mula tambahkan hari kempen dan sebagainya.

Mengenai cadangan supaya menggunakan beg kertas bagi menggantikan beg plastik, insya-Allah kita akan bangkitkan perkara ini kepada kementerian yang berkaitan kerana dasar tentang penggunaan beg plastik dan sebagainya melibatkan beberapa kementerian. Kita sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan membantu, mendidik di kalangan pengguna.

Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop mengenai pemantau harga dan juga bagaimana kaedah untuk mengekang kenaikan kos bekalan. Untuk makluman Yang Berhormat, pegawai pemantau harga dilantik di seluruh negara adalah bertujuan untuk memastikan bahawa tiada peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati. Jadi pegawai-pegawai pemantau ini akan memantau harga-harga dan membuat perbandingan harga.

Jadi merekalah yang akan melaporkan kepada pihak kementerian jika terdapat peniaga-peniaga yang menaikkan harga barang secara tidak munasabah. Saya hendak tekankan kepada Dewan ini, kita sebagai sebuah negara yang mengamalkan pasaran bebas tidak menyekat peniaga membuat keuntungan dan kita tidak ada undang-undang yang boleh menyekat peniaga mengambil keuntungan. Cuma Akta Pencatutan. Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan menyekat kenaikan harga tanpa sebab munasabah. Jikalau ada sebab munasabah seperti baru-baru ini di Kedah dan Kelantan apabila berlaku banjir di Thailand dan produk yang diimport daripada Thailand menaikkan harga. Jadi mereka mempunyai sebab munasabah untuk menaikkan harga dan sebagainya.

Jadi pemantau harga ini selain daripada mereka memantau harga dan mendapatkan harga, mereka juga membuat perbandingan dan menasihatkan kepada kita mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan sebab-sebab kenaikan harga dan sebagainya. Walau bagaimanapun, untuk makluman Yang Berhormat, memang dari segi keberkesanannya, ada yang menganggap dari segi keberkesanannya agak kurang dan sebagainya.

Page 84: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

78 DN 19.12.2011

■1820

Saya ingin memaklumkan jumlah mereka adalah kecil sahaja iaitu 1,314 orang sahaja di seluruh negara. Jadi terdapat beberapa kekurangan yang kita pasti ada. Walau bagaimanapun, tugas mereka adalah besar dan saya percaya apa yang mereka lakukan selama ini banyak membantu kementerian dalam menentukan tentang harga dan sebab-sebab kenaikan dan sebagainya.

Ada beberapa perkara yang kita lakukan untuk memastikan bahawa bekalan-bekalan bahawa kita dapat mengawal kenaikan kos bekalan. Antaranya ialah mewujudkan Kedai Rakyat 1 Malaysia supaya harga produk daripada kilang terus sampai ke kedai-kedai runcit.

Yang keduanya kita sedang bekerjasama dengan pihak koperasi iaitu Koperasi Permodalan FELDA (KPF) iaitu membawa produk-produk terus daripada kilang kepada sub-sub di setiap daerah. Ini juga akan memotong akan menghapuskan rantaian orang tengah sebelum sampai ke daerah-daerah.

Ini adalah beberapa perkara yang kita lakukan di bawah kementerian dengan kerjasama koperasi dan sebagainya untuk mengurangkan kenaikan kos akibat daripada terlalu banyak rantaian-rantaian sebelum sampai kepada pengguna dan sebagainya. Saya juga hendak memaklumkan kepada Yang Berhormat bahawa pihak kementerian telah pun mewujudkan Jawatankuasa Khas Perdagangan Pengedaran yang antara tugasnya salah satu daripada jawatankuasanya ialah mengkaji tentang rantaian ini. Bagaimana untuk menghapuskan peranan orang tengah supaya harga barangan dapat diturunkan.

Manakala bagi kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Saya ingin maklumkan bahawa kita mempunyai satu program yang dinamakan Program Penyeragaman Harga dan juga Program Penyeragaman Harga Gas LPG dan juga komuniti drumining.

Di dalam program ini, pihak kerajaan menanggung kos pengangkutan untuk menghantar barangan daripada kawasan bandar ke kawasan jauh pedalaman. Dengan adanya program ini, dengan adanya tanggungan kerajaan terhadap kos pengangkutan ini kita telah dapat mewujudkan satu harga di antara kawasan pedalaman dan kawasan bandar. Pihak kerajaan berbelanja sebanyak RM200 juta setahun iaitu pada tahun 2010 dan 2011. RM200 juta dibelanjakan untuk membayar kos pengangkutan tadi, jadi bermakna kawasan pedalaman Sarawak dengan bandar sama sahaja Yang Berhormat.

Seterusnya adalah mengenai isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Chiw Tiang Chai agar kementerian mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengeluar dan memasarkan produk-produk cetak rompak. Saya ingin memaklumkan bahawa pihak kerajaan memang sentiasa konsisten menjalankan pemantauan dan pemeriksaan untuk membendung jualan cetak rompak dan tiruan. Tindakan tegas yang dikenakan terhadap orang yang menjual dan memasarkan cetak rompak dan tiruan dan barang tiruan akan disiasat di bawah Akta Hak Cipta 2010 Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Cakera Optik tahun 2000.

Bagi tahun 2010, 2011 dan 2012 kita telah pun mengenal pasti hotspot, dengan izin dan kita telah pun meletakkan sasaran iaitu untuk mengurangkan premis-premis yang menjual barangan cetak rompak di kawasan hotspot tersebut. Misalnya 2010, kita tetapkan sebanyak 30peratus pengurangan, 2011 kita tetapkan sebanyak 50peratus dan pada 2012 kita tetapkan sebanyak 70peratus pengurangan. Beberapa kempen kesedaran kita lakukan juga iaitu Anti Kempen Cetak Rompak iaitu Gerak Gempur Cetak Rompak telah dijalankan dengan semua peringkat termasuklah dengan pelajar-pelajar IPT dan sebagainya.

Hasil daripada gerak gempur dan sebagainya saya ingin maklumkan daripada bulan Januari hingga 31 Oktober 2011 sejumlah 41,833 premises telah pun diperiksa dalam usaha kementerian untuk membanteras aktiviti cetak rompak dan barangan tiruan tersebut. Dari jumlah pemeriksaan tersebut kita telah menghasilkan senyak 509 kes dengan nilai rampasan kira-kira RM10.5 juta bagi barang cetak rompak manakala bagi barang tiruan adalah sebanyak 1,065 kes dan melibatkan barang rampasan dengan nilai RM11 juta.

Jadi Yang Berhormat saya kira itu sahajalah yang dapat saya jawab di dalam persoalan-persoalan yang dibangkitkan. Saya...

Page 85: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 79

Tuan Yang di-Pertua: Sebelum Yang Berhormat menghabiskan ada Yang Berhormat yang tertinggal lagi, semasa belum dihabiskan oleh Yang Berhormat tadi. Tidak ada ya.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Jikalau ada in case, kalau ada juga yang tertinggal Yang Berhormat minta maklumkan saya boleh menjawab secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Inilah contohnya kalau Yang Berhormat Menteri datang bagus.

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Terima kasih Yang Berhormat sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian... [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Seterusnya dijemput seorang Yang Berhormat Menteri lagi datang iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Terima kasih Yang Berhormat. Ini Yang Berhormat Menteri yang datang untuk menjawab.

6.26 ptg.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Dato’ Wira Chor Chee Heung]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Bajet 2012 mengenai isu-isu yang berkenaan dengan KPKT atau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sekarang saya ingin memasuki jawapan yang telah ditanya oleh Yang Berhormat-Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, sejajar dengan apa yang diutarakan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun bin A. Bakar berkenaan keperluan perumahan setiap rakyat. Impian ini merupakan satu agenda kerajaan yang dilaksanakan melalui Dasar Perumahan Negara ataupun DRM yang bermatlamat menyediakan perumahan yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kemampanan hidup rakyat.

Seperti mana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, kerajaan telah pun melancarkan Program Perumahan 1 Malaysia di bawah PR1MA yang berkonsepkan public-private partnership, dengan izin, dengan objektif untuk pastikan golongan berpendapatan sederhana iaitu pendapatan isi rumah antara RM2,500.00 hingga RM7,000.00 sebulan mampu memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan iaitu di antara RM150,000.00 hingga RM300,000.00. Harga jualan rumah PR1MA adalah lebih murah dengan harga di pasaran kerana pembinaan PR1MA dibuat atas tanah milik kerajaan dengan usaha sama pemaju swasta. Inisiatif ini akan dilaksanakan oleh PR1MA Corporation di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Mengenai program perumahan rakyat, dalam masa yang sama, kementerian saya juga terus memberikan tumpuan terhadap pembinaan dan pelaksanaan Program Perumahan Rakyat ataupun PPR bagi memastikan penyediaan kemudahan perumahan yang mencukupi bagi golongan berpendapatan rendah. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh, kerajaan telah pun menyasarkan pembinaan sebanyak 161,000 unit rumah mampu milik yang merangkumi sebanyak 78,000 unit yang dibina oleh kerajaan termasuk rumah di bawah Program Perumahan Rakyat dan sebanyak 83,000 unit dibina oleh pemaju swasta.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada masa ini pendaftaran bagi pemilikan rumah kos rendah dilaksanakan melalui sistem pendaftaran terbuka ataupun SPT diuruskan oleh pihak kerajaan negeri.

Program Perumahan Rakyat turut berperanan dalam menangani masalah setinggan dan untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun binti A. Bakar hingga 30 September 2011 bilangan keluarga setinggan mengikut ketua isi rumah di seluruh negara adalah berjumlah 80,290 keluarga. Dari jumlah tersebut 96 keluarga adalah pendatang asing.

Walau bagaimanapun, pecahan mengikut setinggan tempatan dan pendatang asing di Selangor, Sabah dan Labuan tidak dapat diperolehi kerana negeri-negeri tersebut tiada maklumat berkaitan. Kementerian menyedari bahawasanya kuantiti dan output

Page 86: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

80 DN 19.12.2011

bukanlah satu penandaarasan yang boleh digunakan dalam mengukur kejayaan program ini.

■1830

Justeru untuk makluman Senator Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman, Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan bersama Kementerian Kewangan sedang menyediakan KPI yang lebih komprehensif bagi mengukur impak pelaksanaan PPR melalui kaedah outcome based budget yang akan mula dilaksanakan mulai Bajet 2013. Dengan kaedah ini adalah diharapkan perancangan pembinaan PPR bukan sahaja mengukur pencapaian dari segi output tetapi turut mengambil kira outcome dan impak kepada rakyat berpendapatan rendah dan setinggan.

Berhubung peruntukan PPR dalam Bajet 2012 yang menurun berbanding dengan tahun sebelumnya seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Mustafa Kamal, tumpuan kerajaan adalah untuk menyiapkan projek-projek yang sedang dilaksanakan dan peruntukan 2012 disalurkan bagi pelaksanaan projek-projek tersebut. Bagi tahun 2012, sebanyak 25,000 unit rumah PPR akan dilaksanakan. Berhubung isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan mengenai pelantikan kontraktor yang sama dengan nama yang berbeza bagi projek PPR Kepong, Sentul dan Kampung Hassan, Hulu Selangor.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Syarikat Pembinaan ‘Carriers’ Sdn. Bhd. telah dilantik untuk melaksanakan projek PPR Kepong dan PPR Sentul melalui kaedah public private partnership. Pelaksanaan ini dipersetujui kerana lokasinya adalah strategik dan tanah yang ditawarkan adalah dimiliki kontraktor yang berwibawa. Bagi PPR Kampung Hassan pula, tapak projek dilaksanakan di atas tanah milik Syarikat Kompleks Tanjung Malim dan tanah ini diberikan secara percuma kepada Kerajaan Persekutuan dan dimaklumkan bahawa sekeping tanah yang diberikan secara percuma kepada Kerajaan Persekutuan adalah bernilai sebanyak RM10 juta.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Pembinaan PPR dilaksanakan oleh Nusa Baiduri Sdn. Bhd. yang telah dipilih oleh tuan tanah. Nusa Baiduri Sdn. Bhd. adalah kontraktor yang berbeza dengan kontraktor bagi PPR Kepong dan PPR Sentul. Memandangkan kos tanah yang tinggi, kementerian berpandangan projek yang membawa keuntungan kepada rakyat perlu disegerakan melalui kaedah public-private partnership dengan memenuhi keperluan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah di kawasan Lembah Klang.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun binti A. Bakar, sehingga kini hanya satu projek di bawah Program Perumahan Rakyat dilaksanakan di negeri Terengganu iaitu PPR Padang Hiliran, Kuala Terengganu. Projek tersebut melibatkan pembinaan 1,002 unit rumah dan dijadualkan siap pada 15 Ogos 2013. Selain daripada projek berkenaan, tiada sebarang projek PPR dirancang atau dilaksanakan di daerah Dungun. Sungguhpun pelbagai kemudahan asas disediakan bagi keselesaan penghuni PPR, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah, kemudahan bilik mayat bagi penghuni bukan Islam tidak disediakan. Walau bagaimanapun, penghuni PPR boleh menggunakan dewan serba guna yang disediakan bagi tujuan menguruskan upacara kematian keluarga mereka.

Mengenai projek perumahan terbengkalai pula Tuan Yang di-Pertua, kementerian menghargai cadangan Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak bercadang untuk menggubal undang-undang bagi mengambil alih projek perumahan terbengkalai kerana kerajaan telah pun melakukan pemulihan projek perumahan terbengkalai melalui pelantikan pemaju penyelamat dan suntikan dana oleh kerajaan.

Pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta pada tahun 2011 dan RM63 juta pada tahun 2012 untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai. Suka saya memaklumkan bahawa kementerian saya telah pun berjaya memulihkan 83 projek dengan jayanya daripada 167 projek yang telah pun disenaraikan terbengkalai sejak 2009.

Page 87: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 81 Sementara itu 60 projek dalam peringkat pemulihan dengan baki 22 projek masih dalam perancangan awal pemulihan ataupun dalam usaha untuk mendapatkan pemaju penyelamat.

Kerajaan juga sedar bahawa masalah projek perumahan terbengkalai ini perlu diatasi secara bersepadu. Maka kerajaan mencadangkan pindaan seksyen 18A, Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 ataupun Akta 118 bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pemaju perumahan tanpa lesen atas kesalahan mengabaikan sesuatu pemajuan perumahan selama enam bulan secara berterusan ataupun menyebabkan sesuatu pemajuan perumahan terbengkalai. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh persoalan pemberian lesen..

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Saya mohon mencelah.

Datuk Seri Chor Chee Heung: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan rumah yang terbengkalai, saya ingin bertanya kepada pihak kerajaan, adakah pihak kerajaan menyedari bahawa dalam kes yang melibatkan rumah terbengkalai ini, kebanyakan loan telah pun dipohon oleh pihak pembeli. Oleh kerana rumah tersebut terbengkalai dan telah disahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kajian Tempatan, kebanyakan daripada mereka telah di saman kembali oleh pihak bank kerana tidak membayar ansuran bulanan, yang mana hari ini ansuran bulanan itu dikira daripada keseluruhan perjanjian dan bukan daripada progressive payment.

Adakah hari ini kerajaan akan memberikan satu polisi atau membuat arahan kepada pihak bank ataupun mahkamah bagi mengelakkan lebih ramai daripada rakyat kita menjadi bankrap atau teraniaya untuk hanya membenarkan tuntutan dari pihak bank hanya terhad kepada progressive payment yang telah pun mereka release kan kepada pihak pemaju. Sekiranya perkara ini dapat dibuat adakah pihak kerajaan bercadang untuk meminda mana-mana akta ataupun memastikan dalam terma agreement yang melibatkan antara peguam dan juga pihak pembeli serta pemaju agar dimasukkan terma ini? Maknanya hanya terhad kepada progressive payment yang telah diperolehi mereka.

Tadi disebut tentang bahawa kerajaan telah berjaya menyelamatkan 83 projek rumah terbengkalai yang telah di list kan dalam tahun 2009. Jadi, berkenaan dengan projek rumah terbengkalai yang disenaraikan sebelum itu, maksudnya tahun 2007. Sebagai contoh Kumpulan Sepang Utama yang disahkan terbengkalai tadi, adakah ianya termasuk dalam list 167 tersebut ataupun yang disebut tadi 167 itu untuk tahun 2009 sahaja? Saya pohon penjelasan. Terima kasih.

Datuk Seri Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat Puan Hajah Mumtaz. Sebenarnya bila saya sebut tentang angka 167, ia termasuk semua skim-skim perumahan terbengkalai sebelum itu juga. Akan tetapi saya gunakan tarikh tahun 2009 sebagai satu tahun di mana kita telah pun mengadakan lebih banyak langkah untuk mengurangkan projek-projek perumahan yang terbengkalai. Itu yang pertama.

Keduanya ialah mengenai kesusahan yang dihadapi oleh peminjam-peminjam perumahan di projek terbengkalai. Kementerian memang menyedari bahawa begitu ramai peminjam dari bank telah pun menghadapi kesusahan oleh kerana bank masih meminta supaya mereka membayar ansuran bulanan. Selepas kita menyedari masalah itu, kita telah mengkaji dengan secara mendalam dan kita telah pun membuat satu keputusan iaitu kita sentiasa – apabila kita menerima aduan-aduan seumpama ini, kita akan membuat sepucuk surat kepada bank memberitahu kepada bank bahawa ini adalah merupakan salah satu skim projek terbengkalai.

Kita meminta jasa baik bank untuk mengkaji semula pembayaran ansuran itu. Kalau boleh dapat dikurangkan, masa dapat dipanjangkan dan pada masa yang sama kita juga membuat sepucuk surat kepada, jika pemohon berkenaan adalah pegawai kerajaan.

Jika pinjaman yang dibuat adalah dari kerajaan, maka kita memberitahu pihak kerajaan supaya jika pembeli berkenaan atau mangsa itu ingin membeli sebuah rumah yang lain buat sementara, kita menunggu pemulihan maka kita minta supaya Bahagian Pinjaman Perumahan mengeluarkan pinjaman yang kedua untuk membantu pembeli ataupun mangsa tersebut untuk memperoleh sebuah rumah yang lain tetapi buat masa ini

Page 88: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

82 DN 19.12.2011

kita tidak mempunyai apa-apa hak untuk mengarah bank, bagaimana mereka dapat menyusun semula. Kita boleh minta jasa baik bank sahaja sebab buat masa ini tidak ada sebarang perundangan yang kita boleh memaksa bank untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, kementerian akan mengkaji lagi secara lebih terperinci tengok macam mana kita dapat membantu peminjam-peminjam.

■1840

Pagi ini sahaja ada enam orang pembeli rumah di sebuah projek terbengkalai di negeri Johor. Mereka beritahu saya masalah yang dihadapi oleh mereka dan saya pun sudah memberi jaminan bahawa saya akan membantu golongan seperti mereka ini yang menjadi mangsa kepada pemaju-pemaju yang tidak bertanggungjawab. Sekian.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Saya minta penjelasan. Soalan pendek Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tahu, walaupun Yang Berhormat Menteri mengatakan kerajaan tidak ada kuasa untuk memaksa bank tetapi hanya dapat merayu dengan menulis surat dan telah menulis surat, saya andaikan. Saya hendak tahu, sejauh manakah setakat ini maklum balas yang diberikan oleh bank-bank berkenaan yang telah dihantar surat itu? Terima kasih.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Saya terpaksa memohon sekali lagi.

Dato’ Wira Chor Chee Heung: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Apa yang saya sebutkan tadi tentang progresive payment dengan full payment tadi. Kalau loan ini RM100,000, tetapi hanya baru direleasekan baru dalam RM70,000, adakah pihak kerajaan boleh menggesa bank hanya menuntut yang RM70,000 yang tadi disebutkan back pada original agreement yang minta RM100,000 walaupun sekarang ini mereka hanya release separuh kerana rumah tersebut baru siap separuh. Jadi saya pohon, kalau perkara ini hendak dikaji, terma ini juga diperhatikan dan minta kerajaan juga kaji. Kalau boleh, berapakah bilangan rakyat Malaysia yang bukan pegawai kerajaan dan rakyat biasa yang telah bankrap akibat daripada rumah terbengkalai dan mereka ini sepatutnya dimasukkan dalam satu-satu kelompok yang perlu dibantu, bukan lagi dibebankan. Jadi, kalau boleh di buat kajian berapa orang yang sudah menjadi mangsa kepada perkara ini? Terima kasih.

Dato’ Wira Chor Chee Heung: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada dua orang Yang Berhormat. Mengenai soalan yang pertama, saya rasa selepas menerima surat daripada kementerian, peratusan besar dari bank-bank yang memberi pinjaman itu agak responsif juga.

Ini sebab saya difahamkan dua atau tiga bank termasuk juga Bank Islam yang sentiasa memahami masalah yang dihadapi oleh peminjam di projek-projek terbengkalai, mereka pun sudah bersetuju untuk menstrukturkan semula bayaran pinjaman.

Mengenai permintaan bank untuk membayar balik kepada pihak pembeli, saya difahamkan jika peratusan pinjaman sahaja dikeluarkan bukan sepenuhnya, maka bank hanya meminta supaya peminjam-peminjam ini bayar balik faedah dahulu dan bukan ansuran. Yang sudah bayar seratus penuh, sudah penuh, baru bayar balik ansuran. Kalau bank tidak berbuat demikian, kalau meminta mereka ini membuat ansuran, kalau bank tidak mengeluarkan lagi, menjelaskan lagi pinjaman yang penuh, memang tidak betullah. Kalau Yang Berhormat tahu kes-kes semacam itu, beritahu saya. Saya akan berhubung dengan bank sendiri. Ini kerana mereka ini patut meminta bayaran ansuran sedangkan pinjaman yang penuh masih belum dikeluarkan secara penuh.

Mengenai berapa orang telah dijadikan bankrap oleh sebab kes ini, saya tidak mempunyai perangkaan. Saya percaya tidak ramailah. Kalau ada pun tidak ramailah sebab bank pun tidak suka hendak melihat supaya peminjam itu tiba-tiba jadi bankrap. Kalau jadi bankrap, peminjam tidak gaduh bayar langsung. Satu sen pun. So, saya percaya lebih dalam kepentingan bank untuk mereka ini tidak diisytiharkan sebagai muflis di mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Khoo Soo Seang: Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya minta bertanya?

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Page 89: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 83

Tuan Khoo Soo Seang: Berkenaan dengan projek terbengkalai, saya difahamkan projek itu cuma boleh disifatkan sebagai terbengkalai sekiranya pemaju itu sudah bankrap. Akan tetapi ada kes yang pemaju tidak bankrap tetapi selama-lamanya dia tidak siapkan projek. Adakah kerajaan mempunyai kuasa ataupun adakah kerajaan merancang hendak pinda akta supaya boleh sifatkan ini sebagai projek terbengkalai agar kerajaan boleh ambil tindakan yang sewajarnya? Sekian, terima kasih.

Dato’ Wira Chor Chee Heung: Yang Berhormat, tidak perlu. Mengikut definisi, sama ada projek itu akan menjadi terbengkalai adalah mengikut pengisytiharan yang dibuat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan.

Kalaulah katakan sebuah syarikat pemaju yang telah berhenti skim, tidak ada orang bekerja di tapak perumahan sudah melebihi enam bulan, kementerian berhak untuk mengisytiharkan skim projek berkenaan itu adalah terbengkalai. Tidak perlu kita tunggu sampai ia bankrap, tidak perlu.

Tuan Khoo Soo Seang: Tuan Yang di-Pertua, bolehkah saya bertanya satu lagi? Siapa yang akan buktikan berapa lamakah projek itu sudah diberhentikan? Ini kerana mungkin pemaju sendiri tidak mengaku bahawa projek sudah berhenti selama lebih enam bulan.

Dato’ Wira Chor Chee Heung: Ia macam ini. Kalau kita terima aduan daripada pihak pembeli, kementerian akan menghantar pegawai untuk membuat pemeriksaan. Bila didapati memang benar, kita akan pertama dahulu tidak mengisytiharkan dahulu.

Kita akan berjumpa dengan pihak berkenaan seperti pemaju. Jika pemaju enggan melakukan sebarang inisiatif untuk menyambung dengan pembinaan, maka kita berhak untuk membuat macam itu. Akan tetapi kita tidak dengan sewenang-wenangnya hendak mengisytiharkan sebagai terbengkalai. Memang kita hendak memberi peluang kepada pihak pemaju dahulu supaya mereka ini dapat menjalankannya. Oleh yang demikian, terdapat begitu banyak skim-skim perumahan yang dikenali sebagai ‘projek sakit’ sebab kerja yang dijalankan begitu lambat. Akan tetapi kita sedang memantau kes-kes seumpama ini.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff, secara dasarnya pelaksanaan konsep Bina Kemudian Jual telah dipersetujui untuk dilaksanakan secara mandatori mulai tahun 2015. Walau bagaimanapun, kejayaan pelaksanaan konsep ini adalah bergantung pada kesediaan penggiat-penggiat industri perumahan dan lain-lain institusi untuk bekerjasama. Sehubungan itu, kerajaan telah dan sedang mengadakan perbincangan dengan penggiat-penggiat industri perumahan termasuk Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah dan juga Bank Negara Malaysia bagi mencari mekanisme terbaik dan menguntungkan semua pihak bagi memastikan kejayaan pelaksanaan konsep bina kemudian jual (BKJ) ini.

Untuk makluman Ahi Yang Berhormat, bagi menggalakkan pemaju perumahan mengambil inisiatif BKJ, pemaju yang mengguna pakai konsep 0:100 – maksudnya, pemaju ingin membina rumah, pembeli tanpa membayar sebarang satu sen pun dan bila rumah siap hanya bayar RM100, maka tidak perlulah memohon lesen pemajuan perumahan serta tidak tertakluk kepada Akta 118.

Pemaju perumahan yang menggunakan konsep BKJ 10:90, maksudnya bayar cengkeram deposit 10 peratus, dan baki baru kena bayar selepas rumah siap dibina, maka semua pemaju diberikan inisiatif pengecualian dari deposit, lesen pemajuan perumahan serta diberikan fast lane. Maksudnya kita berikan kelulusan cepat bagi dia lesen itu supaya kita menggalakkan lebih ramai pemaju membina rumah untuk dijual dengan kaedah BKJ. Selama ini terdapat dua buah syarikat iaitu Hap Seng Land Sdn. Bhd. dan Realcrest Sdn. Bhd. yang melibatkan 532 buah unit rumah telah berjaya dibina dan dijual secara BKJ. Kementerian percaya, melalui gabungan pelaksanaan pemulihan, penguatkuasaan dan dasar yang mantap akan mampu membela hak pembeli-pembeli rumah secara menyeluruh dan berkesan.

Pesuruhjaya Bangunan dan badan pengurusan bersama. Saya ingin merakamkan penghargaan di atas keprihatinan Yang Berhormat Senator Datuk Chiw Tiang Chai

Page 90: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

84 DN 19.12.2011

terhadap pelbagai isu yang melingkari Pesuruhjaya Bangunan dan badan pengurusan bersama.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bahagian Penyelarasan Pesuruhjaya Bangunan Jabatan Perumahan Negara telah pun diwujudkan untuk memantau dan menyelaras Pesuruhjaya Bangunan. Sehingga Jun 2011 sebanyak 2,480 badan pengurusan bersama telah berdaftar... [Batuk] Dengan Pesuruhjaya Bangunan...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila minum air ya air ada disediakan.

■1850

Dato' Wira Chor Chee Heung: Tidak apa, tidak apa... [Berhenti minum sebentar] Terima kasihlah Tuan Yang di-Pertua.

Bagi menilai keberkesanan Pesuruhjaya Bangunan empat indicator telah pun diperkenalkan iaitu:

(i) penubuhan JMB atau MC;

(ii) pengurusan aduan;

(iii) pendidikan;

(iv) penguatkuasaan.

Berdasarkan kekangan yang ada COB PBT berusaha menyelesaikan pelbagai masalah dengan memfokuskan tugas mereka pada penubuhan JMB ataupun MC dan pengurusan aduan. Pada masa yang sama kementerian sedang mengkaji semua struktur jawatan COB PBT sedia ada. Kementerian memang memahami terdapat begitu banyak masalah lagi yang berkait dengan bidang tugas COB.

Kementerian sedang mengkaji secara mendalam macam mana kita dapat menambahbaikkan lagi tugas-tugas yang boleh dijalankan oleh pihak COB di negara ini. Dalam usaha mewujudkan satu piawaian dalam penyelenggaraan bangunan kementerian melalui Jabatan Perumahan Negara telah pun menganjurkan 38 seminar di peringkat kebangsaan dan PBT. Dengan kerjasama pihak NGO dan profesional menyampaikan pelaksanaan pengurusan, penyelenggaraan bangunan kepada bangunan pengurusan bersama.

Tuan Yang di-Pertua kementerian turut mengambil berat mengenai aduan yang dibuat oleh Yang Berhormat Senator Datuk Chiw Tiang Chai mengenai pihak berkuasa tempatan di Melaka yang menyaman orang awam dengan sewenang-wenangnya. Dalam hal ini penilaian perlu dibuat adakah tindakan penguat kuasa oleh PBT itu dilaksanakan berdasarkan kepada peruntukan undang-undang, peraturan, garis panduan dan standard operating procedure yang telah ditetapkan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, PBT diberikan kuasa oleh undang-undang untuk mengambil tindakan penguatkuasaan. Bagi memastikan kawasan di bawah tadbiran masing-masing berada dalam keadaan yang selamat demi kesejahteraan masyarakat. Kementerian percaya bahawa tindakan yang diambil oleh penguat kuasa di PBT berkenaan mengikut peruntukan undang-undang peraturan sedia ada dan tidak ambil secara sewenang-wenangnya. Jika terdapat penyalahgunaan di peringkat PBT saya mintalah Yang Berhormat beritahu kepada saya dan saya akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah.

Tuan Yang di-Pertua, kementerian turut mengambil maklum cadangan Ahli Yang Berhormat Senator Dr. Malasingam a/l Muthukumaru.

Berdasarkan kajian-kajian teknikal mengenai tapak-tapak pelupusan sisa pepejal di seluruh negara penghasilan gas-gas metana dan karbon dioksida masih berlaku bagi tempoh di antara lima hingga 15 tahun selepas tapak pelupusan ditutup hasil daripada proses penguraian, pelupusan sisa pepejal. Ini menyebabkan mendapan yang tidak seragam berlaku dan pembangunan berat seperti perubahan tidak dibenarkan kerana ianya mendatangkan bahaya kepada penghuni. Walau bagaimanapun, pembangunan ringan

Page 91: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 85 seperti kemudahan riadah, rekreasi dan sukan dan kawasan hijau adalah dibenarkan. Bekas-bekas tapak pelupusan juga boleh digunakan bagi penghasilan tenaga diperbaharui seperti tenaga solar di mana-mana panel ditempatkan di atas bekas-bekas tapak pelupusan seperti mana yang terdapat di tapak pelupusan Pajam.

Baiklah Tuan Yang di-Pertua, saya percaya saya telah pun menjawab semua soalan yang dibangkitkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil perbahasan dalam hal-hal berkaitan dengan KPKT. Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mohon maaf ya saya terlepas pandang, maklumlah saya sendiri pun batuk dan selesema. Saya makan ubat batuk mengantuk dan saya tidak perasan Menteri yang berucap dan saya pula cakap Timbalan Menteri. Mohon maaf Yang Berhormat Menteri.

Silakan Kementerian Kerja Raya.

6.55 ptg.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato' Yong Khoon Seng]: Tuan Yang di-Pertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sembilan orang Ahli-Ahli Yang Berhormat yang telah sudi dengan berkongsi pandangan dan cadangan menyentuh bidang tugas dan tanggungjawab Kementerian Kerja Raya ketika perbahasan Bajet 2012. Secara keseluruhannya antara isu-isu berkaitan kementerian yang telah menarik minat Ahli-Ahli Yang Berhormat dan kalau boleh saya merumuskan adalah merangkumi status-status cadangan projek, penyelenggaraan jalan persekutuan, isu industri pembinaan serta lebuh raya di bawah bidang kuasa kementerian ini.

Kementerian Kerja Raya amat prihatin terhadap saranan daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat mengenai keperluan untuk menaik taraf dan membina jalan-jalan baru bagi menyediakan kemudahan infrastruktur yang lebih baik kepada rakyat. Di antara projek-projek yang telah dicadangkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat semasa sesi perbahasan baru-baru ini adalah seperti berikut:

(i) Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun binti A. Bakar mencadangkan projek menaik taraf jalan dari jambatan Sungai Dungun Seberang Pintasan ke Jalan Besar Dungun, Kuala Terengganu, Terengganu;

(ii) Yang Berhormat Senator Tuan Pau Chiong Ung mencadangkan projek naik taraf Jalan Tanjung Kidurong - Kawasan Perindustrian Samalaju, Sarawak dan projek menaik taraf Jalan Bintulu ke Tanjung Kidurong, Sarawak; dan

(iii) Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam memohon pelaksanaan projek pembinaan jalan utama Sepang, Selangor ke Lukut, Negeri Sembilan dan projek pembinaan jambatan antara Sungai Pelek Selangor ke Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat cadangan-cadangan projek oleh Yang Berhormat ini telah pun sememangnya diberikan perhatian oleh Kementerian Kerja Raya. Sebahagian telah dipohon dalam rolling plan kedua iaitu Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk tahun 2012 hingga 2013. Walau bagaimanapun, bagi projek-projek yang tidak tersenarai kementerian ini akan mengemukakan cadangan kepada agensi pusat untuk disenaraikan dalam rolling plan berikutnya dengan berpandukan Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalan Raya atau dengan izin, Highway Network Development Plan (HPDP).

Tuan Yang di-Pertua, projek...

Dato’ Azian bin Osman: Mohon laluan.

Dato' Yong Khoon Seng: Cepat sangat.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Page 92: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

86 DN 19.12.2011

Dato’ Azian bin Osman: Terima kasih. Jawapan dalam perhatian atau diberi perhatian ini adalah jawapan yang cukup standard. Terima kasih kepada Timbalan Menteri. Jadi saya mohon penjelasan bagi pihak rakan-rakan Ahli-Ahli Yang Berhormat apakah sebenarnya status terkini projek-projek yang disebutkan tadi itu? Masuk dalam perhatian itu mesti ada status? Yang Berhormat Timbalan Menteri sila.

Dato' Yong Khoon Seng: Kalau kita bincang status Yang Berhormat memang kalau status ini di dalam reka bentukkah, di dalam pembinaankah inilah statusnya. Kalau kita kata projek-projek baru ianya telah disetujukan dalam rolling plan pertama ianya adalah statusnya sekarang. Status jalanlah, status projeklah.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh saya tambah sedikit? Apa yang Dato’ Azian bin Osman cakap tadi Yang Berhormat sebentar tadi menyenaraikan beberapa projek jalan yang dicadangkan oleh Ahli-ahli Dewan ini.

Setidak-tidaknya kalau tidak semuanya diberikan status terkini daripada projek-projek yang ditimbulkan oleh Ahli-ahli Dewan yang juga dirujuk oleh Yang Berhormat Menteri tadi. Jadi tidaklah mengatakan dalam perhatian, dalam perhatian. Dalam perhatian memang semestinya dalam perhatian tetapi kita mahu tahu dalam perhatian setahap mana yang kita ingin tahu ialah status terkini projek-projek yang dicadangkan yang menjadi keprihatinan ahli-ahli berkenaan. Terima kasih.

■1900

Dato’ Yong Khoon Seng: Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tadi saya sebenarnya sudah jawab. Ini ialah untuk projek-projek baru dan statusnya di dalam senarai. Itulah status yang terkini dan bagi tender lain iaitu pelaksanaan. Ini yang kita bajet untuk tahun 2012. Statusnya memang dalam senarai sekarang dan yang belum dalam senarai kita akan mengemukakan kepada pihak agensi pengusaha.

Bagi Projek-projek Jalan Persekutuan, Yang Berhormat Senator Datuk Abdul Rahman bin Bakar membangkitkan isu pelaksanaan Projek Pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 atau dikenali LPT 2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, setakat ini terdapat sepuluh pakej kontrak pembinaan di LPT 2 telah ditamatkan kontrak di mana dari jumlah tersebut, sembilan pakej kontrak ditamatkan secara bersetujuan bersama atau mutual termination. Ia berikutan daripada ketidakupayaan kontraktor yang terlibat untuk meneruskan pelaksanaan projek disebabkan oleh faktor kenaikan harga bahan binaan di pasaran pada tahun 2007 dan 2008. Sehingga 31 Oktober 2011, kemajuan fizikal keseluruhan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 di negeri Terengganu ialah 73 peratus sebenar berbanding dengan 80 peratus mengikut jadual.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, daripada jumlah pakej yang telah ditamatkan kontrak tersebut, satu pakej iaitu pakej 11 telah disiapkan pembinaannya pada 7 Februari 2011. Walau bagaimanapun pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 ini dijangka akan mengalami kelewatan berbanding dari tarikh jangkaan siap asal iaitu pada bulan Disember 2012.

Pada masa kini, Jabatan Kerja Raya telah selesai melantik enam kontraktor penyiap yang baru iaitu bagi pakej 1(a), 1(b), 2, 3, 8 dan 9(b) di mana kontraktor-kontraktor berkenaan telah memasuki tapak pada bulan April 2011. Manakala proses pelantikan kontraktor penyiap bagi pakej-pakej lain yang telah ditamatkan iaitu pakej 1(c), 4, dan 7 dijangka akan diselesaikan pada awal tahun 2012. Oleh itu, keseluruhan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 ini akan disiapkan dalam tempoh 24 bulan bermula dari tarikh kontraktor penyiap yang terakhir memasuki tapak. Ia mungkin sampai 2014 awal atau hujung bulan Disember tahun 2013.

Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali, membangkitkan isu pembinaan Jambatan Sungai Bagus di Daerah Ketereh, Kemaman Terengganu. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pembinaan Jambatan Sungai Bagus di Daerah Ketereh, Kemaman Terengganu merupakan salah satu komponen dalam kontrak pembinaan Pakej 7 LPT2. Kos pembinaan jambatan adalah sebanyak RM2.07 juta dan bukannya sebanyak RM174 juta. Jambatan ini perlu dibina memandangkan terdapat aliran anak sungai dan pembinaannya adalah mengikut reka bentuk yang telah diluluskan. Walau bagaimanapun, bagi memudahkan pembinaan struktur jambatan tersebut, aliran anak sungai telah dilencongkan sementara dan akan dilencongkan kembali seperti laluan asal apabila struktur jambatan siap kelak.

Page 93: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 87

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun binti A. Bakar memohon penjelasan...

Dr. Syed Husin Ali: Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Yong Khoon Seng: Yes.

Dr. Syed Husin Ali: Boleh saya menumpang bertanya atau mencelah sedikit tentang...

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dr. Syed Husin Ali: Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri, sebenarnya apabila saya bertanyakan tentang soal jambatan itu, saya merujuk mengapakah perlu ia didirikan di atas daratan.

Tentang jumlah perbelanjaan saya mendapat tahu dan minta dipastikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, bahawa progress payment telah dibuat dan banyak kali progress payment dibuat, dengan izin, dan jumlahnya lebih daripada itu. Jumlah 2010 itu iaitu RM140 juta dengan RM70 juta adalah jumlah yang diperoleh secara rasmi. Terima kasih.

Dato’ Yong Khoon Seng: Ya, Yang Berhormat saya setuju ini ada pakejnya iaitu pakej 7. Jambatan ini jambatan RM2 juta dan jambatan ini juga sebenarnya merentasi sungai ada air bukannya tidak ada air. Kita lencongkan sungai dahulu supaya kita boleh buat jambatan itu di mana juga ada tempat jambatan melalui tempat di mana tidak ada air juga tetapi dari jambatan ini memang ada air, anak sungai melalui tempat ini. Saya hendak beritahu ini pakej...

Dr. Syed Husin Ali: Tambahan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya sekali lagi maklumat yang saya peroleh ialah bahawa RM140 juta untuk jambatan atas darat dan sebenarnya memang sungai itu dilencongkan dan belanja untuk melencongkan sungai itu di bawah jambatan atas darat tadi ialah sebanyak RM70 juta. Jadi saya minta pengesahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri terhadap hal ini.

Dato’ Yong Khoon Seng: Terima kasih Yang Berhormat. Ini adalah maklumat yang diberi kepada saya dan dari segi fakta saya perlu juga kalau Yang Berhormat boleh berikan saya di mana dapatkan maklumat ini kerana ada percanggahan dengan apa yang saya bacakan tadi. Yang Berhormat Senator Puan...

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah sedikit?

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, berapa kos lagi yang diperlukan untuk:

(i) pakej 4 yang ditinggalkan dan Pakej 7, berapa kos lagi?;

(ii) enam penyiap diberikan hak untuk teruskan. Pakej 1(b), 3, 8, dan 9, berapa kos lagi yang diperlukan, adakah semua kos-kos ini bertambahkah atau over budgetkah daripada yang asal?;

(iii) kenapa lama sangat sampai dua tahun lagi; tahun 2014 baru siap; dan adakah semua pakej dijamin - pakej 4, 7, 1(a), 1(b), 2, 3, 8, dan 9, adakah dijamin semuanya siap tahun 2014?; dan

(iv) kenapa MTD sudah siap pakej yang saya sebutkan tadi baru hendak mula, atau bagaimana?

Cuba beri penjelasan yang benar-benar jelas. Thank you.

Dato’ Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Ini kerana ini adalah projek untuk kontraktor menyelamatkan projek ini melalui tender dan sememangnya harganya akan bertambah. Saya perlu notis nanti saya akan berikan kepada Yang Berhormat tambahan kontrak harga ini.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, dahulu beri secara tender. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri sebut lagi. Tender lagi dan tender lagi. Saya takut P dan gagal lagi. Bolehkah kementerian beri jaminan supaya diadakan secara nego-tender, runding terus? Bolehkah? Supaya betul-betul ambil yang berdaya saing yang

Page 94: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

88 DN 19.12.2011

mampu. Kalau tender itu, kebanyakan gagal. Tidak mampu. Thank you. Terima kasih, sorry dengan izin.

■1910

Dato' Yong Khoon Seng: Terima kasih Yang Berhormat, yang telah pun ini, projek-projek yang telah pun dimasuk tapak dan diberikan beberapa bulan untuk menyiapkan. Ada juga beberapa projek mereka belum dapat masuk ke tapak dan mengikut perjanjian dalam kontrak memang mereka akan perlu juga untuk menyiapkan projek ini dalam masa yang ditetapkan. Ada dua saya akan janji bagi iaitu harga tambahan kalau ada dan kedua, kita akan bagi pemantauan yang ketat supaya ia boleh dilaksanakan dengan tempoh yang diberikan.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Macam mana dengan kos? Berapa lagi yang diperlukan? Berapa bilion kalau bilion. Kalau million berapa million?

Dato' Yong Khoon Seng: Yang Berhormat, tadi saya sudah cakap, saya perlu notis. Saya akan bagi kepada Yang Berhormat. Okey?

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Nanti lagi... [Ketawa]

Dato' Yong Khoon Seng: Yang Berhormat, saya sudah bagi... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun binti A. Bakar memohon penjelasan...

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, saya kurang puas hati. Tidak bolehkah pegawai banyak di belakang itu, minta sebelum Yang Berhormat tamat penjelasan, tidak bolehkah semua pegawai di belakang itu bagi kos yang diperlukan lagi dan kos yang sudah habis, boleh? Buat apa datang kalau tidak boleh jawab simple question? Sorry, dengan izin.

Dato' Yong Khoon Seng: Kita akan cubalah tetapi kalau kita bagi secara yang impromptu macam ini tidak baik. Kalau jawapan yang tidak benar, nanti saya kena lagi. Hendak buat Minister statement lagi.

Yang Berhormat Puan Hajah Zainun binti A. Bakar, untuk makluman Yang Berhormat, di dalam penyediaan rancangan projek RMKe-10, Kementerian Kerja Raya menggunakan Pelan Induk Pembangunan Rangkaian Jalan Raya atau Highway Network Development Plan iaitu HNDP Fasa 1 bagi negeri-negeri di semenanjung Malaysia manakala HNDP Fasa 2 bagi negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. HNDP ini digunakan sebagai rujukan utama di dalam perancangan pembangunan jalan raya dan lebuh raya di negara ini.

Perancangan ini dibuat dengan mengambil kira projek-projek yang boleh memberi impak kesan berganda kepada sosioekonomi dan keperluan. Sehubungan itu, dalam RMKe-10, perancangan dan pelaksanaan program dan projek dibuat secara rolling setiap dua tahun, di mana rolling plan pertama tahun 2011 hingga 2012, rolling plan kedua dari tahun 2012 sehingga 2013 dan seterusnya. Tindakan ini membolehkan perancangan dan pelaksanaan program dan projek dibuat secara berterusan selain membolehkan permohonan projek baru dibuat pada setiap tahun. Kelulusan projek RMKe-10 ini adalah tertakluk kepada pertimbangan secara makro oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dengan mengambil kira faktor keupayaan dan keutamaan kerajaan secara keseluruhannya.

Dalam rolling plan kedua, 2012-2013 sebanyak 167 projek telah diluluskan merangkumi 161 projek sambungan dan enam projek baru dengan kos projek yang diluluskan sebanyak RM10.41 bilion. Projek-projek baru yang telah diluluskan dalam rolling plan kedua baru-baru ini adalah seperti berikut:

(i) naik taraf jalan Pekan-Nenasi-Endau, Rompin, Pahang;

(ii) Lebuhraya Lembah Klang Selatan Selangor – Pembinaan Jambatan Selat Lumut;

(iii) pembinaan jalan Kota Marudu-Marak-Parak-Melinsau-Poring-Ranau, Sabah. Pakej 3A;

(iv) pembinaan Jambatan Sungai Rimbas, Pusa di Betong, Sarawak

Page 95: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 89

(v) Pembinaan jambatan Sungai Pandaruan di sempadan Sarawak dengan negara Brunei Darussalam.

(vi) LPT2, Jabor-Kuala Terengganu (kos operasi dan penyelenggaraan).

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun binti A. Bakar...

Dato’ Azian bin Osman: Mohon laluan. Sedikit sahaja soalan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi disebut saya tidak dengar pun, projek-projek baru ini, di Perak ada tidak projek-projek baru di bawah RMKe-10, 167 projek tadi? Di dalam 167 projek yang di-lulus oleh kementerian, di negeri Perak berapa projek ada?

Dato' Yong Khoon Seng: Saya perlu notis lagi... [Ketawa] Sebab 167 ini adalah projek sambungan, mungkin ada di negeri Perak juga. Adalah dalam 167 projek ini adalah projek sambungan.

Dato’ Azian bin Osman: Kalaulah boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, dapat jawapan daripada pegawai sekarang. Kalau bolehlah, 167 bukan banyak.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Saya sokong, saya sokong.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Saya pun hendak mencelah juga. Kalau macam itu, Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya hendak tahu juga status about negeri Melaka, ada tidak tergolong dalam projek 167 tadi itu? Sebab kalau Perak boleh, saya rasa Melaka pun boleh. Terima kasih.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Saya juga hendak tahu Terengganu, berapa?

Dato' Yong Khoon Seng: Biar tunggu satu hari, dua hari lagi kita akan bagi kan? Sayang juga ada satu, dua hari, kita akan bagi jawapan. Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun binti A. Bakar...

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Minta mencelah sedikit. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri berjanji hendak memberi jawapan dalam sehari dua ini, saya harap jawapan itu biar diberikan kepada semua orang dan bukan spesifik kepada yang bertanya sahaja. Ini kerana kita semua hendak tahu dan kita semua berminat mengenai perkara ini sebelum matahari tenggelam 22 hari bulan... [Ketawa]

Dato' Yong Khoon Seng: Berdasarkan kepada pegawai saya, mereka setujulah. Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun binti A. Bakar membangkitkan isu mengenai projek pemasangan lampu jalan di Tanjung Jara, Terengganu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemasangan lampu-lampu jalan di jalan-jalan persekutuan adalah terhad kepada lokasi-lokasi strategik dan berisiko kemalangan seperti di persimpangan jalan dan selekoh jalan serta kawasan-kawasan tumpuan ramai. Ini menepati keperluan reka bentuk pembinaan sesuatu jalan yang turut mengambil kira faktor analisa kos faedah projek secara keseluruhannya. Walau bagaimanapun, Kementerian Kerja Raya sentiasa memastikan jalan-jalan persekutuan di seluruh negara ini termasuk di laluan ini sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan selesa menerusi pelaksanaan program-program audit keselamatan jalan dan program penyelenggaraan jalan yang diadakan pada setiap tahun. Sehubungan itu, kementerian ini telah memperuntukkan sebanyak RM116.7...

Puan Hajah Zainun binti A. Bakar: Yang Berhormat, mohon mencelah. Saya tanya hari itu bukan lampu jalan tetapi lampu isyarat jalan di simpang Tanjung Jara. Selepas itu, yang saya tanya tadi juga mengenai mutu jalan raya di lebuh raya pantai timur yang selalu kita baiki dan tidak ada kesudahan. Jadi, saya mahu satu peningkatan teknologi membina jalan supaya kita tidak dibebankan dan mengurangkan kos penyelenggaraan. Terima kasih.

■1920

Dato’ Yong Khoon Seng: Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tadi saya sampai ke kita telefon memperuntukkan sebanyak RM116.7 ribu bagi pelaksanaan projek pemasangan lampu isyarat di simpang Tanjung Jara. Saya belum sampai tadi. Okey. Sebab pintasan di laluan FT 127, Dungun. Projek pemasangan lampu ini telah siap pada 9 Oktober 2011 yang lalu.

Page 96: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

90 DN 19.12.2011

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun binti A. Bakar dan Yang Berhormat Senator Tuan Pau Chiong Ung mohon penjelasan mengenai penyelenggaraan jalan Persekutuan terutamanya Jalan Pan Borneo dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, penyelenggaraan jalan raya merupakan antara satu aspek penting dalam pengurusan jalan raya di negara ini. Ini kerana kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit bagi membina dan menaik taraf sistem rangkaian jalan raya dalam setiap Rancangan Malaysia lima tahun.

Pada masa kini, terdapat sepanjang 17,173 kilometer jalan Persekutuan dan ada juga 1,666 kilometer lebuh raya yang diselenggarakan oleh Kementerian Kerja Raya menerusi pengawasan JKR dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia. Sehubungan dengan itu, penyelenggaraan jalan raya yang baik dan berterusan amat penting bagi mengurangkan tahap kerosakan jalan raya dan seterusnya memastikan jalan raya sentiasa berada dalam keadaan selamat kepada pengguna.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini sentiasa menguruskan peruntukan penyelenggaraan jalan Persekutuan termasuk jalan Persekutuan Pan Borneo secara berhemah agar ia dapat membelanjakan secara optimum dan sebaik mungkin. Oleh yang demikian, pihak kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM190.1 juta pada tahun 2011 berbanding sebanyak RM176.4 juta pada tahun 2010. Ini adalah tambahan untuk kerja-kerja penyelenggaraan di Jalan Persekutuan Pan Borneo. Peruntukan pembayaran bagi penyelenggaraan ini dilakukan pada setiap bulan mengikut kadar harga per kilometer sebagaimana yang termaktub dalam Kontrak Penswastaan Penyenggaraan Jalan Persekutuan.

Bagi membantu pelaksanaan tanggungjawab ini, kerajaan telah melantik syarikat-syarikat konsesi penyelenggaraan jalan Persekutuan dan lebuh raya untuk melaksanakan penyelenggaraan jalan Persekutuan dan lebuh raya di negara ini. Setiap kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi adalah tertakluk kepada Piawai Prestasi Dipersetujui (Agreed Performance Standard) yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi. Pematuhan terhadap Agreed Performance Standard ini akan dipantau oleh kementerian melalui audit kualiti penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh pihak JKR setiap bulan. Sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan, amaran dalam bentuk Non Compliance Report (NCR) akan dikeluarkan dan pemotongan bayaran akan dikenakan jika syarikat gagal mengambil tindakan terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan dalam NCR tersebut.

Di samping itu, kementerian telah mengguna pakai Sistem Pengurusan Pavemen atau Road Asset Management System Highway Development and Management bagi membantu perancangan program menurap semula jalan Persekutuan. Sistem yang selari dengan amalan terbaik oleh Bank Dunia ini digunakan bagi menyenaraikan lokasi yang memerlukan...

Dato’ Azian bin Osman: Minta laluan Yang Berhormat.

Dato’ Yong Khoon Seng: ...Pembaikan mengikut keutamaan pada setiap tahun...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Yong Khoon Seng: ...Berdasarkan kepada keadaan semasa jalan dan model ramalan kemerosotan jalan tersebut. Melalui sistem ini, kerja-kerja membaik pulih dan penurapan semula jalan yang rosak boleh diminimumkan.

Dato’ Azian bin Osman: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kadangkala kita lihat sesetengah tempat itu, salah satu jalan dia selalu sangat kena turap. Terpaksa diturap. Jadi, saya mohon penjelasan.

Jika jalan itu dibina dengan kualiti piawaian yang baik mengikut standard yang ditetapkan oleh JKR, berapa lama hayat satu-satu jalan itu supaya mengelakkan selalu sangat diturap dan kadangkala membahayakan kepada pengguna jalan-jalan di bawah selenggaraan kementerian Yang Berhormat ini.

Dato’ Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat terima kasih. Sebenarnya, jalan-jalan yang dibuat di negara kita adalah jangka hayatnya atau lifespan nya tahan untuk sepuluh tahun. Ini biasa. Ada buat yang lebih pendek dari itu kerana cuaca, kerana kegunaan jalan, ada sepuluh tahun. Inilah kita perlu juga melantik pihak konsesi untuk penyelenggaraan jalan dan ada juga kerja-kerja skala yang mana tempat-tempat

Page 97: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 91 perlu kita tukar pavement. Itu nanti saya akan beritahu cara kita buat jalan dengan teknologi yang baru.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 telah dibina mengikut piawaian spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Lembaga Lebuh Raya Malaysia. Sepanjang jajaran lebuh raya ini melalui berbagai jenis struktur tanah dan sebahagiannya merupakan tanah jenis lembut, berpaya, tanah gambut dan sebagainya. Dalam spesifikasi pembinaan jalan, terdapat dua peringkat pemantapan yang perlu terhadap struktur tanah iaitu pemantapan pertama atau primary consolidation dan pemantapan kedua, secondary consolidation, dengan izin.

Bagi mencapai pemantapan pertama, kaedah yang digunakan pakai semasa tempoh pembinaan adalah seperti kaedah surcharge atau kaedah lain yang bersesuaian. Manakala bagi pemantapan kedua pula, ia memerlukan satu tempoh yang lama untuk mencapai tahap kestabilan yang ditetapkan.

Di dalam tempoh ini, kerja-kerja penyelenggaraan turapan perlu dibuat dari masa ke semasa bagi mengurangkan kesan akibat mampatan yang keduanya. Semua kos penyelenggaraan yang terlibat adalah ditanggung sepenuhnya oleh syarikat konsesi berkenaan dan tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan daripada kerajaan.

Yang Berhormat Senator Datuk Chiw Tiang Chai membangkitkan isu mengenai mutu jalan baru JKR yang mudah rosak dan teknologi pembinaan jalan raya terkini. Ini saya akan jawab serentak dengan apa yang ditanya tadi. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kualiti pembinaan jalan raya yang dilaksanakan oleh JKR di negara ini sememangnya telah mematuhi piawaian spesifikasi dan parameter yang ditetapkan iaitu melalui Arahan Teknik Jalan, JKR yang disesuaikan dari standard piawaian antarabangsa seperti American Association of State Highway and Transportation Officials, British Standard dan Road Engineering Association of Malaysia (REAM).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, jalan-jalan Persekutuan di negara ini direka bentuk berdasarkan tempoh ketahanan atau design life selama 10 tahun. Tempoh tersebut mengambil kira faktor penggunaan sumber kewangan kerajaan secara optimum dan faktor-faktor teknikal yang lain seperti beban gandar, purata trafik harian, kekuatan lapisan tapak dan sub tapak jalan di samping kadar pertumbuhan trafik di sesuatu kawasan.

■1930

Sehubungan itu, kementerian ini telah menerbitkan garis panduan Standard Specification for road work bagi menggantikan garis panduan sedia ada. Garis panduan ini antara lain mengandungi spesifikasi-spesifikasi khusus mengenai penggunaan teknologi-teknologi terkini dalam pembinaan jalan khususnya yang berkaitan dengan turapan jalan atau pavement.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Menerusi pembaharuan ini, pelbagai jenis turapan baru telah diperkenalkan oleh JKR dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh sebagai langkah untuk meningkatkan ketahanan dan kualiti turapan jalan seperti penggunaan polymer modified asphalt dan stone mastic asphalt dalam projek-projek jalan dan mengguna teknikal yang baru cold-in-place recycling bagi meningkatkan struktur lapisan jalan yang rosak.

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun binti A. Bakar memohon penjelasan mengenai Jalan Yahya Ahmad sehingga ke Kuala Dungun yang tidak di selenggara dan status perlaksanaan projek tersebut. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jalan Yahya Ahmad hingga ke Kuala Dungun, Terengganu, merupakan sebahagian daripada projek menaik taraf simpang Kuala Dungun, laluan 127, Dungun, Terengganu. Projek ini masih dalam status pembinaan dan kerja-kerja penyelenggaraan di bawah tanggungjawab kontraktor yang dilantik.

Projek ini telah dimulakan pada 15 Mei 2008 dan sepatutnya siap pada 10 November 2010. Namun demikian, berikutan daripada faktor-faktor di luar kawalan pihak kontraktor, projek ini telah diberikan kelulusan tempoh lanjutan masa sehingga 6 Oktober

Page 98: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

92 DN 19.12.2011

2011. Sehingga 30 November 2011, kemajuan kerja fizikal yang dicatatkan ditapak ialah 51.6peratus berbanding dengan 100peratus mengikut jadual.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, projek ini mengalami kelewatan berikutan dari pelbagai faktor seperti masalah pengambilan balik tanah, kenaikan harga bahan binaan dan kelemahan dari pihak kontraktor sendiri. Sehubungan dengan itu, pihak JKR telah mengenakan denda ganti rugi yang dituntut dan ditetapkan atau LAD sebanyak RM2,500 sehari ke atas kontraktor terbabit. Pada masa yang sama, tindakan untuk menamatkan kontrak ini sedang diambil oleh JKR supaya kontrak boleh di tender semula secepat mungkin.

Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus membangkitkan isu berkaitan pelantikan kontraktor asing ataupun luar dan bukannya kontraktor tempatan untuk sesuatu projek di kawasan tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peraturan semasa perolehan kerajaan telah menetapkan bahawa sesuatu tender akan dibuka kepada semua syarikat kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia di seluruh negara di dalam kelas pendaftaran yang bersesuaian dengan nilai kerja. Setelah tender dipanggil, antara kriteria pemilihan adalah berdasarkan perkara-perkara seperti berikut:

(i) mengemukakan harga yang munasabah dan berpatutan; (ii) mempunyai modal cair yang mencukupi bersesuaian dengan

nilai kerja; (iii) berpengalaman dan mempunyai kakitangan teknikal yang

mencukupi; dan (iv) kemajuan kerja semasa jika ada, adalah memuaskan.

Walau bagaimanapun, kerajaan sentiasa melibatkan kontraktor-kontraktor tempatan

untuk mengambil bahagian dalam projek-projek yang dilaksanakan kerajaan. Sebagai contohnya, bagi projek pembangunan rolling plan pertama RMKe-10 di bawah Kementerian Kerja Raya, terdapat sebanyak 44 projek yang dilaksanakan di negeri Sarawak. Daripada jumlah tersebut, terdapat dua projek sahaja yang dilaksanakan oleh kontraktor dari semenanjung.

Saya balik kepada hal ehwal lebuh raya. Yang Berhormat Senator Dato’ Zaitun binti Mat memohon cadangan sistem yang lebih berkesan bagi mengatasi masalah kesesakan dengan cadangan menambahkan kaunter Touch n’Go di Lebuhraya Pantai Timur dan memberi rebat secara automatik.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mengatasi masalah kesesakan di lebuh raya yang bertol, Kementerian Kerja Raya sedang mengkaji kutipan tol secara Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong atau dengan izin, multi-lane free-flow system. Sistem ini merupakan sistem kutipan tol elektronik automatik tanpa henti di mana alat mengesan kenderaan akan di pasang di gantri tanpa keperluan mengadakan plaza tol.

Sistem ini lebih menjimatkan kos operasi kepada syarikat-syarikat konsesi berbanding dengan kaedah manual sebagaimana yang di amalkan sekarang. Di samping itu, pelaksanaan sistem MLFF atau multi-lane free-flow juga dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar kerana pengguna tidak perlu lagi berhenti untuk menjelaskan pembayaran tol mereka, manakala penggunaan kereta sebagai tiket transit juga dapat diminimumkan. Pada masa kini, sistem MLFF ini telah digunakan secara meluas di negara-negara maju seperti di Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Singapura.

Sehubungan dengan itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia sedang mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada pelbagai pihak khususnya orang ramai berkenaan pelaksanaan sistem MLFF ini. Kajian pelaksanaan MLFF ini juga akan melibatkan rundingan dengan syarikat-syarikat mengenai konsesi lebuh raya memandangkan terdapat implikasi kewangan dan perundangan berikutan dari pelaksanaan sistem tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, sehingga November 2011, terdapat sebanyak sembilan juta kad Touch ‘n Go dan 1.3 juta unit alat Smart Tag telah diedarkan di seluruh negara. Bagi memastikan pengguna-pengguna Touch ‘n Go diberi perkhidmatan yang baik, kerajaan dari semasa ke semasa sentiasa memantau mutu perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Touch ‘n Go Sdn. Bhd.

Page 99: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 93

Dalam masa yang sama, Touch ‘n Go Sdn. Bhd. juga sentiasa mengambil langkah untuk meningkatkan lagi pusat tambah nilai dan penebusan rebat bagi memudahkan pengguna-pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan dan membuat tambah nilai.

Semasa saya menjawab soalan dari Yang Berhormat Senator Dr. Malasingam, saya tidak akan mari sini, ada dua muka surat untuk menjawab di tempat-tempat di mana kita dapat tambah nilai untuk Touch ‘n Go. Yang Berhormat...

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Mohon mencelah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan Touch ‘n Go, di dalam Dewan yang mulia ini saya pernah bangkitkan berhubung dengan perniagaan monopoli yang dikongkong oleh pengendali Touch ‘n Go. Itu yang pertama. Kedua, apakah usaha kementerian bagi memastikan Touch ‘n Go memberi diskaun kepada mereka yang layak tanpa perlu menghantar permohonan? Ertinya tidak perlu dia mohon untuk dapatkan rebat itu. Sekarang ini perlu dipohon.

Kalau ada pelanggan-pelanggan yang tidak mohon, adakah pihak Touch ‘n Go akan simpan sahaja ataupun lupuskan sahaja, kalau ada, apakah angka-angka setakat ini? Terima kasih.

Dato’ Yong Khoon Seng: Yang Berhormat, kita tahu kita akan tambahkan lebih banyak tempat untuk pengguna membuat satu tambah nilai dan menebus kad mereka. Secara amnya yang mereka perlu juga pergi ke pusat-pusat untuk berbuat sedemikian. Kalau kita tidak – ada juga tempat yang mana kad Yang Berhormat tidak dipakai atau kad hilang mungkin. Bagaimana kita menebusnya.

■1940

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang itu saya boleh menjawab Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini disebabkan apabila kita menggunakan dahulu 80 kali dalam sebulan, kita layak untuk mendapat rebat sebanyak 20 peratus. Isu kad hilang tidak ada sebab kalau kita sudah menghilangkan kad tidak akan boleh guna 80 kali.

Jadi, soalan saya mengapakah secara automatik diberikan rebat itu kepada pengguna ataupun pemegang kad? Sistem yang ada pada hari ini memaksa kita pergi ke pejabat mohon untuk dibayar. Jadi, ini saya rasa sistem lapuk kerana kita melaksanakan teknologi. Semuanya sudah boleh credit online. Terima kasih.

Dato’ Yong Khoon Seng: Yang Berhormat, yang ini pasal frequent user, yang diskaun diberi 20 peratus kalau kita melaluinya setiap bulan 80 kali. Ini adalah cadangan yang baik sebab ICT boleh dipakai sekarang bukan? Saya akan beritahu mereka supaya ini boleh dibuat. Senang sahaja. Kalau ada dalam sistem kita boleh tambah program ini. Kalau ada pakai 80 kali setiap bulan, rebat 20peratus sepatutnya diberi secara automatik, bukan. Saya pun setujulah. Kita akan lihat hal ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya terfikir saya sudah mengambil banyak masa.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Timbalan Menteri, banyak lagi kah?

Dato’ Yong Khoon Seng: Akan habis. Untuk berlaku adil kepada kementerian-kementerian yang lain.

Tuan Yang di-Pertua: [Ketawa]

Dato’ Yong Khoon Seng: Sudah pukul 8 malam. Okey. Terakhir Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Lihan Jok membangkitkan isu mengenai cadangan Jalan Persekutuan Pan Borneo merentasi negara Brunei. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada masa kini, pihak kementerian tiada perancangan untuk membina jalan baru yang menghubungkan Sarawak dengan Sabah menerusi negara Brunei. Walau bagaimanapun, pihak kementerian akan memberikan keutamaan yang tinggi pada projek menaik taraf jalan Pan Borneo sedia ada terlebih dahulu yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Di antara projek-projek yang dicadangkan untuk dilaksanakan Rancangan Malaysia Kesepuluh adalah cadangan untuk menaik taraf jalan raya di sepanjang laluan Miri, Sarawak ke Kota Kinabalu, Sabah dengan anggaran kos RM513 juta. Pembinaan

Page 100: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

94 DN 19.12.2011

Jambatan Sungai Pandaruan yang menghubungkan daerah Limbang, Sarawak dengan daerah Temburong, Brunei Darussalam dengan anggaran kos sebanyak RM25 juta.

Akhir sekalilah, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Pada isu-isu yang saya janji tadi, akan kita berikan secara bertulis. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sampaikan salam saya kepada Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat... [Ketawa] [Tepuk] Seterusnya, saya persilakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

7.44 mlm.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [Datuk Heng Seai Kie]: Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat khususnya Yang Berhormat Senator Tuan Ng Fook Heng, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah binti Mahat, Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok, Yang Berhormat Senator Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal, Yang Berhormat Senator Tuan Boon Som a/l Inong, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus, Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat, Yang Berhormat Senator Puan Doris Sophia ak Brodi dan Yang Berhormat Senator Tuan Pau Chiong Ung yang telah pun membangkitkan pelbagai isu atau memberikan saranan berhubung perkara-perkara di bahawa tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat semasa perbahasan Rang Undang-undang Pembekalan 2012.

Kementerian amat menghargai segala cadangan, pandangan dan teguran membina daripada Ahli-ahli Yang Berhormat dan tindakan selanjutnya akan diambil ke atas semua perkara yang telah dibangkitkan.

Bagi tahun 2012, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah diperuntukkan sejumlah RM1,808,454,800 di bawah kepala B.48 – Peruntukan Operasi dan RM157,825,000 di bawah kepala P.48 – Peruntukan Pembangunan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Ng Fook Heng telah menyentuh mengenai lawatan segera oleh pegawai JKM kepada ibu tunggal yang kematian suami akibat sakit kronik atau melarat dan perkhidmatan kaunseling.

Untuk makluman Yang Berhormat, kes ibu tunggal yang dimaksudkan adalah client JKM yang menerima bantuan penjagaan pesakit kronik terlantar berjumlah RM300 sebulan kerana menjaga suami beliau yang sakit terlantar. Walau bagaimanapun, bantuan tersebut terpaksa diberhentikan kerana suami beliau telah meninggal dunia. Sehubungan itu, ibu tunggal berkenaan telah mengemukakan permohonan baru kerana masih memerlukan bantuan. Hasil siasatan pihak jabatan telah mendapati bahawa ibu tunggal berkenaan memang layak menerima bantuan dan akan dibayar mulai bulan Januari tahun 2012.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai langkah untuk membantu golongan wanita dan kanak-kanak yang dijangkiti HIV atau AIDS seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Hajah Noriah binti Mahat, kementerian dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia telah menyediakan rumah perlindungan khusus untuk mereka yang memerlukan tempat tinggal dan rawatan. Sehingga kini, sebanyak 17 buah rumah perlindungan HIV atau AIDS telah diwujudkan di mana sembilan buah daripada rumah tersebut menempatkan penghuni wanita dan kanak-kanak. Perkhidmatan dan aktiviti yang disediakan termasuklah perkhidmatan kaunseling, program kerohanian, motivasi serta pembangunan kapasiti untuk penghuni.

Yang Berhormat turut menyentuh mengenai jalinan kerjasama dengan kementerian lain dengan NGO berhubung isu...

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah sedikit.

Datuk Heng Seai Kie: Ya. Silakan.

Page 101: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 95

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Saya hendak bertanya berapakah jumlah pesakit AIDS sekarang di Malaysia? Terima kasih.

Datuk Heng Seai Kie: Terima kasih Yang Berhormat atas soalan tambahan yang dikemukakan. Berkenaan dengan jumlah pesakit AIDS itu, saya tiada statistik yang lengkap kerana harus dirujuk pada Kementerian Kesihatan. Walau bagaimanapun, bagi bilangan penghuni di rumah perlindungan HIV atau...

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Tuan Yang di-Pertua, saya minta beri jawapan sebelum 22 Disember, boleh?

Datuk Heng Seai Kie: Boleh.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Boleh, baguslah.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih... [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat.

Datuk Heng Seai Kie: Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, bilangan penghuni rumah perlindungan HIV ataupun AIDS yang diuruskan oleh Majlis AIDS Malaysia ialah bagi penghuni lelaki adalah seramai 123 orang, penghuni wanita seramai 44 orang dan kanak-kanak seramai 36 orang. Jadi jumlahnya ialah 203 orang.

Yang Berhormat Senator turut menyentuh mengenai jalinan kerjasama dengan kementerian lain dan NGO berhubung isu ini. Suka saya nyatakan bahawa kementerian telah menjalinkan kerjasama erat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia serta pertubuhan bukan kerajaan iaitu NGO khususnya yang bernaung di bawah Majlis AIDS Malaysia. Jalinan kerjasama ini meliputi penyaluran peruntukan untuk menjalankan program dan aktiviti yang berkaitan, perkongsian kepakaran dan maklumat mengenai HIV/AIDS. Pelaksanaan program pencegahan untuk masyarakat serta program perlindungan dan pembangunan kapasiti untuk pesakit HIV.

■1950

Bermula tahun 2009 hingga tahun 2011, kementerian telah menyalurkan sebanyak RM8.3 juta untuk menampung sebahagian daripada kos operasi rumah perlindungan HIV/AIDS yang diuruskan oleh Majlis AIDS Malaysia seperti yang saya nyatakan tadi. Selain itu kementerian telah menubuhkan pasukan petugas HIV/AIDS wanita dan remaja perempuan yang turut dianggotai oleh wakil agensi-agensi kerajaan dan NGO.

Berhubung isu kanak-kanak yang dijangkiti HIV/AIDS berdasarkan statistik daripada Kementerian Kesihatan, jumlah kanak-kanak yang dijangkiti HIV/AIDS ini di negara ini dari tahun 1986 hingga 2010 adalah seramai 2,578 orang. Jangkitan kepada kanak-kanak lazimnya berpunca daripada vertical infection dengan izin iaitu daripada ibu yang dijangkiti HIV kepada bayi yang dikandung.

Sebagai langkah pencegahan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan saringan HIV/AIDS kepada ibu-ibu mengandung yang menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital dan klinik kerajaan. Sekiranya ibu yang hamil itu didapati positif HIV maka tindakan intervensi selanjutnya akan diambil oleh pihak hospital.

Berhubung isu wanita di peringkat pembuat keputusan, Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok menyentuh mengenai langkah membantu meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang politik. Berhubung isu-isu meningkatkan penyertaan wanita dalam sektor politik faktor kejayaan kritikal yang meningkatkan bilangan wanita di peringkat pembuat keputusan adalah kesediaan pucuk pimpinan parti politik melantik lebih ramai wanita di peringkat pembuat keputusan. Tambahan pula terdapat ramai wanita yang berkaliber dan berwibawa yang menjadi ahli parti-parti politik di negara ini. Apa yang penting sekarang ialah pucuk pimpinan parti setiap parti politik perlulah melakukan anjakan paradigma supaya lebih ramai wanita diberikan peluang untuk memegang jawatan penting dalam parti politik serta bertanding dalam pilihan raya umum.

Selain itu, sokongan padu daripada para pengundi juga merupakan faktor penentu kejayaan, usaha pemerkasaan wanita dalam bidang politik. Selain itu kementerian telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan seminar kepekaan gender pada tahun 2009 kepada pemimpin politik bagi meningkatkan kepekaan mereka terhadap isu-isu gender. Sesi ini bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai kesaksamaan gender dan implikasi positif ke atas penyertaan wanita dalam arus perdana pembangunan negara.

Page 102: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

96 DN 19.12.2011

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, seramai 50 Ahli Parlimen telah menghadiri seminar ini.

Yang Berhormat juga membangkitkan isu 30peratus wanita di peringkat membuat keputusan dalam sektor korporat serta langkah-langkah selain daripada program latihan bagi memastikan dasar terbabit dilaksanakan dengan berkesan. Dalam hal ini antara program yang dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2012 adalah dengan izin;

(i) road show bagi menyebarluaskan maklumat mengenai dasar 30peratus wanita di peringkat membuat keputusan di sektor korporat.

(ii) perwujudan women directors registries sebagai pangkalan data wanita yang berpotensi untuk dicalonkan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat korporat.

(iii) women director stock akan diadakan sepanjang tahun untuk meningkatkan jalinan kerjasama di kalangan pengarah wanita.

(iv) assessment and monitoring program bagi menilai prestasi wanita yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat korporat bagi mengekalkan tahap kecemerlangan mereka.

Yang Berhormat Senator Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal mencadangkan supaya program dan latihan bagi memastikan wanita profesional kembali ke bidang pekerjaan dilaksanakan mengikut kaum. Ingin saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa Bajet 2012 telah memperuntukkan sejumlah RM10 juta untuk menarik wanita untuk kembali ke pasaran pekerjaan dan menjalankan program latihan bagi wanita yang berpotensi untuk menjadi ahli lembaga pengarah syarikat.

Selain itu sebanyak RM1 juta juga diperuntukkan oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri untuk melatih seramai 280 wanita di bawah program dengan izin up skilling and reskilling bagi melengkapkan wanita dengan kemahiran mengikut tuntutan semasa. Program ini adalah terbuka kepada semua kaum tanpa had kuota iaitu kepada semua wanita yang berminat dan berkelayakan selaras dengan Gagasan 1Malaysia.

Yang Berhormat turut menggesa supaya penglibatan kuam wanita dalam sektor perindustrian dan perguruan ditingkatkan supaya mereka berpeluang dinaikkan pangkat ke peringkat pengurusan tertinggi dalam sektor ini. Maklumat daripada Kementerian Pelajaran menunjukkan bahawa sehingga 31 Januari 2011 sebanyak 35peratus daripada jumlah keseluruhan guru besar sekolah rendah ataupun 2,649 adalah terdiri daripada wanita.

Manakala wanita juga merupakan 45.3 peratus daripada pengetua sekolah menengah iaitu 956 orang dan 35.1 peratus daripada jumlah pengetua sekolah berasrama penuh. Memandangkan hampir 70 peratus guru-guru sekolah adalah wanita peratusan ini sememangnya masih kurang memberangsangkan, mengambil maklum daripada saranan Yang Berhormat berkaitan isu ini kementerian akan berbincang dengan Kementerian Pelajaran untuk meneliti perkara ini.

Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan oleh kementerian daripada 200 buah syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia termasuk sektor perindustrian, sehingga bulan Jun tahun 2011 sebanyak 7.1 peratus wanita dilantik sebagai ahli lembaga pengarah di syarikat-syarikat tersebut. Menyedari akan peratusan yang kurang seimbang ini kementerian telah mengambil inisiatif untuk menggubal dasar serta sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor korporat. Seterusnya dasar ini telah dipersetujui kerajaan dan diumumkan oleh Perdana Menteri pada 27 Jun yang lalu. Dasar ini juga akan dilaksanakan menerusi kod tadbir urus korporat di bawah Suruhanjaya Sekuriti dalam tempoh lima tahun.

Selain itu, penilaian pelaksanaan dasar akan dibuat pada tahun yang ketiga pelaksanaan sebagai usaha penambahbaikan kepada dasar dan program-program yang berkaitan. Sesungguhnya pihak kerajaan lebih cenderung menggunakan dengan izin, persuasive approach berbanding dengan pendekatan yang berbentuk punitif atau mandatori.

Yang Berhormat turut bertanyakan mengenai kedudukan wanita dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan iaitu GLC, bilangan wanita yang berpangkat JUSA C dan ke atas serta bilangan jawatan ketua setiausaha yang disandang oleh wanita,

Page 103: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 97 ■2000

Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan maklumat Kementerian Kewangan, setakat bulan Jun 2011, seramai 22 orang wanita iaitu 8.8 peratus daripada jumlah 249 orang telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah di 30 buah syarikat milikan Kementerian Kewangan Yang Diperbadankan. Manakala dalam sektor awam pula, statistik Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menunjukkan bahawa peratusan wanita yang menyandang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) adalah sebanyak 32.3 peratus pada tahun 2010 iaitu seramai 519 orang berbanding dengan 18.8 peratus pada tahun 2004. Selain itu, pada masa ini seramai lima orang daripada 24 orang Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) ataupun 20.8 peratus adalah wanita berbanding dengan 18.5peratus pada tahun 2004. Tuan Yang di-Pertua, pencapaian ini merupakan yang terbaik semenjak dasar sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam diumumkan pada tahun 2004.

Yang Berhormat, seterusnya kolej atau universiti bagi wanita ditubuhkan untuk meningkatkan pendidikan dan mampu memperkasakan keupayaan mereka. Tuan Yang di-Pertua, kementerian berpandangan bahawa tiada keperluan untuk menubuhkan kolej atau universiti khusus bagi wanita. Seperti yang diketahui, bilangan pelajar wanita di institusi pengajian tinggi di peringkat awam juga telah pun melebihi bilangan lelaki semenjak tahun 2001.

Pada tahun 2010 umpamanya, enrolmen pelajar wanita di institusi pengajian tinggi awam telah menjangkau 62.3 peratus berbanding dengan lelaki yang hanya sebanyak 37.7 peratus. Dari segi bidang pengajian, enrolmen pelajar wanita juga jauh lebih tinggi berbanding dengan lelaki seperti bidang pendidikan sebanyak 72.2 peratus, kesihatan dan kebajikan sebanyak 71.8 peratus, sains sosial, perniagaan dan perundangan sebanyak 69.2 peratus, sastera dan kemanusiaan sebanyak 68.4peratus serta sains matematik dan komputer sebanyak 64.8 peratus.

Kementerian yakin sistem pendidikan sedia ada mampu untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada semua termasuklah kaum wanita. Berkaitan dengan isu tentang bantuan kebajikan Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat juga mencadangkan supaya kadar bantuan kepada ibu tunggal dan golongan miskin di kaji semula bagi mencerminkan komitmen kerajaan dalam membantu rakyat. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian sentiasa prihatin terhadap peningkatan kos sara hidup dan sentiasa mengkaji kadar skim bantuan dan syarat kelayakan bagi semua jenis bantuan dari semasa ke semasa. Kadar bantuan kepada penerima telah dikaji dan dinaikkan serta beberapa skim baru turut diperkenalkan seperti berikut:

(i) mulai bulan Januari 2006, Kadar Bantuan Kanak-kanak (BKK) telah dinaikkan daripada kadar maksimum RM350 kepada RM450 sebulan;

(ii) pada tahun 2008 iaitu mulai bulan Januari kadar Skim Bantuan Orang Tua (BOT) telah pun dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM300 sebulan;

(iii) kadar Skim Elaun Pekerja Cacat telah dinaikkan daripada RM200 kepada RM300 sebulan;

(iv) Skim Bantuan Penjagaan Pesakit Kronik Terlantar dan OKU terlantar dengan kadar RM300 sebulan telah pun diwujudkan bagi mengurangkan bebanan kepada penjaga OKU atau pesakit kronik terlantar;

(v) mulai bulan Jun pula, kriteria kelayakan pendapatan bulanan OKU yang bekerja bagi mendapatkan Elaun Pekerja Cacat (EPC) telah dinaikkan daripada RM750 sebulan kepada RM1,200 sebulan;

(vi) syarat asas pendapatan keluarga bagi melayakkan pemberian bantuan kewangan juga telah dinaikkan daripada RM400 sebulan kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu RM720 sebulan di Semenanjung Malaysia, RM830 di Sarawak dan RM960 di Sabah; dan

Page 104: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

98 DN 19.12.2011

(vii) mulai bulan Januari 2009, skim bantuan baru iaitu Skim Bantuan OKU Tidak Bekerja dengan kadar RM150 sebulan turut diperkenalkan kepada OKU yang tidak berupaya untuk bekerja.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat seterusnya menyentuh mengenai sistem tapisan...

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Saya minta mencelah sekejap, Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Heng Seai Kie: Ya, dipersilakan.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Saya hendak bercakap berkenaan dengan bantuan kebajikan.

Tuan Yang di-Pertua: Dipersilakan, dipersilakan.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Pertamanya saya hendak ucapkan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kerana prihatin dengan masyarakat kita pada kali ini, terutamanya melalui bantuan-bantuan yang disalurkan terhadap Orang Kurang Upaya (OKU) dan sebagainya. Cuma di sini saya hendak beritahu dari segi tentang penyelarasan penyampaian bantuan itulah sebab yang kita perlu ambil maklum seperti kalau boleh untuk penerima-penerima bantuan terutamanya golongan orang tua dan OKU, kalau bolehlah kita tukarkan pendekatan daripada setiap bulan mereka terpaksa pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan bantuan tersebut tetapi kita turun ke bawah. Maksudnya pegawai-pegawai kebajikan dan juga wakil rakyat setempat mungkin boleh turun bersama-sama pergi menyampaikan bantuan tersebut ke rumah-rumah terutamanya OKU dan juga orang-orang yang agak tidak mampu untuk bergerak kadang-kadang.

Ini kerana saya tengok benda ini berlaku kadang-kadang setiap bulan di Pejabat Kebajikan Masyarakat. Kita lihat ramai anak-anak orang kurang upaya, orang-orang tua terpaksa beratur lama dekat sana semata-mata untuk mendapatkan bantuan. Jadi, kita reverse sedikit. Kita gunakan pendekatan kalau boleh kerajaan yang prihatin terhadap rakyat, kita berikan tumpuan. Bukan untuk semua golongan penerima bantuan. Saya rasa mungkin tidak mampu tetapi untuk golongan-golongan tertentu. Untuk orang-orang tua, untuk orang-orang yang kurang upaya supaya kalau boleh dijadikan satu badan bekerjasama dengan wakil rakyat tempatan. Kita sendiri turun ke bawah sampaikan sumbangan sebab bukannya setiap hari tetapi sebulan sekali.

Jadi, saya rasa mungkin perancangan itu boleh dibuat dan kita cuba ubah perkara ini sebab kesianlah kadang-kadang kita tengok keadaan ini berlaku. Saya mintalah kalau boleh Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya dapat kita olah perkara ini supaya lebih menampakkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang prihatin terhadap rakyat. Terima kasih.

Dato’ Syed Ibrahim bin Kader: Saya ingin mencelah, Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Datuk Heng Seai Kie: Dipersilakan.

Dato’ Syed Ibrahim bin Kader: Saya terima dengan apa Yang Berhormat tadi katakan itu. Biasanya ada banyak masalah timbul terutamanya kepada warga emas yang sukar untuk mereka pergi ke bank ataupun ke Pejabat Kebajikan Masyarakat. So banyak kes yang kami terima, orang tua ini yang dia selalu bagi...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Straight to the apa yang diminta itu. Jangan berucap banyak-banyak pula pasal masa tidak mengizinkan. Go to the point, apa Yang Berhormat hendak...

Dato’ Syed Ibrahim bin Kader: Orang tua ini memang dia sukar untuk pergi ke bank. So dia bagi kad itu kepada cucu dan anak tetapi wang itu mereka salah gunakan dan ibu yang sepatutnya terima wang itu, tidak dapat terima. Apakah tindakan yang diambil kementerian untuk mencegah masalah seperti ini?

■2010

Page 105: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 99 Datuk Heng Seai Kie: Terima kasih kedua-dua Yang Berhormat atas soalan tambahan yang telah dikemukakan dan sekali gus saya ingin ucapkan terima kasih atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat atas perkara ini.

Seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat tadi, sebenarnya bagi mengatasi masalah iaitu tentang BOT ataupun orang warga emas ataupun OKU daripada pergi sendiri ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menerima wang bantuan, sebenarnya sejak tahun yang lepas kementerian ini telah pun melancarkan kempen untuk menggalakkan semua penerima bantuan supaya membuka akaun bank mereka bagi membolehkan bayaran bulanan bagi bantuan JKM ini dapat terus dikreditkan terus ke akaun mereka.

Ini adalah amat penting kerana kalaulah kita telitikan laporan audit tahun lepas, didapati bahawa kalau ikut standard ataupun piawaian yang ditentukan di peringkat antarabangsa, seorang pegawai kebajikan adalah dapat berkhidmat ataupun melayan 30 orang client ataupun penerima bantuan. Itu ikut piawaian peringkat antarabangsa iaitu satu nisbah 30.

Akan tetapi di Malaysia, kita dapati pada masa ini nisbah antara Pegawai Kebajikan Masyarakat dengan penerima bantuan JKM ialah 1:300 iaitu sepuluh kali ganda. Ini bermaksud bebanan kerja pegawai kebajikan...

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Ini saya minta mencelah sedikit, Yang Berhormat. Ini kerana saya suka statement ini, sebab kita sendiri pun sudah nampak dalam Dewan ini kita pun sudah tahu bahawa nisbahnya agak tinggi jurangnya. Akan tetapi saya kurang faham apabila di luar sana ada pula yang mencadangkan supaya kalau dia memerintah katanya dia minta agar kakitangan kerajaan ini dikurangkan. Jadi saya tidak tahu bagaimana dia hendak implement kalau perkara-perkara seperti ini berlaku. Terima kasih.

Datuk Heng Seai Kie: Terima kasih Yang Berhormat atas saranan itu. Sebenarnya mungkin pihak-pihak yang tertentu itu tidak begitu jelas dengan status ataupun nisbah antara Pegawai Kebajikan Masyarakat dengan penerima bantuan JKM yang ada sekarang.

Jadi Yang Berhormat tadi telah pun membangkitkan isu sama ada untuk mengatasi masalah warga emas di mana wang bantuan JKM mereka telah pun diambil atau dikeluarkan oleh ahli-ahli keluarga dan tidak pula disalurkan kepada mereka.

Saya berpendapat bahawa untuk isu ini, sebenarnya warga emas yang berkenaan seharusnya memilih dengan teliti kepada siapakah beliau akan mengamanahkan tugas untuk mengeluarkan wang itu daripada bank. Satu daripada langkah untuk mengatasinya, satu langkah yang baik ialah sepertimana yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi iaitu melalui wakil rakyat, sekiranya wakil rakyat yang berkenaan sudi dan sanggup untuk berbuat demikian iaitu mengagihkan wang bantuan JKM ini secara terus kepada penerima bantuan JKM.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat seterusnya menyentuh tentang sistem tapisan ataupun mekanisme dalam menilai jumlah bantuan dan kelayakan permohonan bantuan dan memaklumkan mengenai rungutan terutama di negeri Selangor bahawa bantuan tidak disalurkan selama tiga bulan sejak Oktober walaupun peruntukan Persekutuan telah pun disalurkan.

Berhubung dengan isu penerima bantuan yang tidak menerima jumlah penuh bagi wang bantuan, perkara ini adalah berkaitan dengan pembayaran bantuan am negeri di mana bayarannya adalah dibiayai oleh dua sumber iaitu Kerajaan Persekutuan sebanyak 33.3 peratus manakala kerajaan negeri pula sebanyak 66.7 peratus. Kelewatan ini adalah disebabkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang belum menyalurkan bantuannya mengikut masa yang telah ditetapkan. Perkara ini telah pun dibawa untuk perhatian Kerajaan Negeri Selangor oleh JKM negeri yang berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya maklumkan...

Tuan Khoo Soo Seang: Tuan Yang di-Pertua bolehkah saya minta mencelah? Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Menteri, kalau sekiranya ini kesalahan kerajaan negeri tetapi Kerajaan Persekutuan yang namanya tercemar, adakah ini adil? Apakah tindakan yang akan diambil untuk mencegah ini daripada berulang?

Page 106: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

100 DN 19.12.2011

Datuk Heng Seai Kie: Terima kasih Yang Berhormat atas pandangan itu. Memang sekali tidak adil kerana kementerian ini selalunya dipersalahkan walaupun yang membuat kesilapan itu adalah kerajaan negeri khususnya dalam perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, sukacita saya maklumkan bahawa peruntukan sebanyak RM2 juta baru sahaja diterima oleh JKM Negeri Selangor dan akan disalurkan terus kepada penerima bantuan pada minggu ini. Jadi penerima bantuan yang saya maksudkan di sini ialah penerima bantuan am negeri.

Walau bagaimanapun, peruntukan ini hanyalah sekadar mencukupi untuk menampung bantuan bagi bulan Oktober dan November di Selangor. Kita masih menunggu peruntukan tertunggak sebanyak RM1.9 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk bayaran bulan Disember. Kementerian berharap agar isu ini dapat diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Selangor secepat mungkin demi kepentingan rakyat kita yang memerlukan di Negeri Selangor.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Tuan Boon Som a/l Inong pula meminta supaya bantuan kepada kaum Siam yang telah ditarik balik dikaji semula.

Dalam hal ini, permohonan yang memenuhi semua kriteria dan syarat layak dipertimbangkan bantuan mengikut kadar yang ditetapkan. Bantuan kewangan JKM adalah bersifat sementara iaitu tempoh kelulusan diberikan selama 12 bulan dan pembaharuan kelulusan adalah tertakluk kepada laporan kaji semula yang disediakan bagi menentukan kelayakan selanjutnya. Bantuan boleh diberhentikan apabila didapati bahawa:

(i) yang pertama sekali pendapatan isi rumah penerima bantuan telah melepasi pendapatan garis kemiskinan iaitu PGK semasa iaitu RM720 sebulan di Semenanjung Malaysia ataupun RM830 di Sarawak ataupun RM960 di Sabah;

(ii) sekiranya penerima bantuan telah dapat hidup berdikari; dan

(iii) penerima bantuan didapati telah meninggal dunia.

Yang Berhormat turut mencadangkan supaya JKM dijadikan sebagai satu kementerian. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diwujudkan pada tahun 1946 telah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan cemerlang di bawah kementerian ini. Perkara ini amat jelas dengan peningkatan bilangan client atau penerima bantuan kebajikan masyarakat daripada 93,889 orang pada tahun 1999 kepada 439,156 orang pada tahun 2011. Jumlah bantuan kebajikan masyarakat juga turut meningkat daripada RM75.2 juta pada tahun 1999 kepada RM1.2 bilion pada tahun 2011.

■2020

Usaha membantu golong miskin dan mereka yang memerlukan bukan hanya bergantung kepada pemberian bantuan kewangan semata-mata. Sebaliknya pendekatan yang lebih menyeluruh adalah amat penting bagi mengubah minda, membangunkan kapasiti dan seterusnya meningkatkan jati diri di kalangan para penerima bantuan kebajikan. Kesemua tindakan ini memerlukan pendekatan holistik dan pelaksanaan program oleh pelbagai agensi di bawah satu bumbung. Dalam hal ini adalah lebih efektif sekiranya JKM kekal di bawah kementerian ini.

Berhubung isu kemiskinan, Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus pula menyentuh mengenai jumlah keluarga miskin tegar dan miskin di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah dibantu pada tahun 2009 dan tahun 2010 dan nilai bantuan maksimum kepada mereka. Yang Berhormat turut menyentuh mengenai pencapaian dan perkembangan Program Azam Tani khususnya di kawasan Labuan.

Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah bidang keberhasilan utama negara (NKRA) iaitu meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah, kerajaan melalui kementerian selaku agensi peneraju sentiasa memberikan perhatian khusus terhadap usaha membasmi kemiskinan di seluruh negara termasuklah Wilayah Persekutuan Labuan. Dalam hal ini kementerian telah menggunakan pendekatan kebajikan produktif atau dengan izin, productive welfare bagi membebaskan mereka daripada kepompong kemiskinan dan sekali gus membantu mereka hidup berdikari dan tidak perlu lagi bergantung kepada bantuan kerajaan.

Page 107: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 101

Program 1AZAM ditawarkan kepada ketua isi rumah miskin tegar dan miskin yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih atau penerima bantuan JKM yang masih produktif mengikut minat dan kemahiran masing-masing bagi memastikan pengekalan atau dengan izin, sustainability project oleh peserta. Nilai maksimum bantuan program 1AZAM adalah sebanyak RM15,000. Sejak dilancarkan pada tahun 2010 hingga 30 November 2011, sejumlah 57,905 ketua isi rumah di seluruh negara telah pun menyertai Program 1AZAM. Daripada jumlah tersebut seramai 17,598 ketua isi rumah adalah peserta yang menyertai Program Azam Tani termasuklah seramai 300 orang peserta di Wilayah Persekutuan Labuan.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung anak tidak sah taraf, Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Johari bin Mat menyentuh mengenai kesan sosial ke atas anak-anak tidak sah taraf yang tidak mempunyai ‘bin’ atau ‘binti’. Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan rekod kes kaunseling yang dijalankan oleh JKM, antara kesan sosial yang dialami oleh kanak-kanak tidak sah taraf adalah seperti berikut iaitu merasa jiwa terganggu, merasa marah, terpencil dan rendah diri, mudah putus asa, kecewa dan hilang keyakinan diri, hilang tumpuan pada pelajaran dan menunjukkan tabiat dan sikap yang negatif.

Menyedari betapa seriusnya masalah ini ke atas perkembangan rohani dan jasmani kanak-kanak, pihak kementerian akan mengadakan satu sesi perbincangan dengan pihak-pihak yang berkepentingan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara, Institut Kefahaman Islam Malaysia, ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian demi kepentingan terbaik kanak-kanak terbabit.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung isu wanita. Yang Berhormat Senator Puan Puan Doris Sophia ak Brodi menyentuh mengenai bentuk kerjasama antara Kementerian Luar Negeri, Kementerian Dalam Negeri dan kementerian ini dalam menangani isu wanita atau gadis yang terlibat sebagai keldai dadah dan ditahan di luar negara. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian memandang serius akan isu wanita atau gadis yang terlibat sebagai keldai dadah di luar negara ini.

Dalam menangani isu ini, kementerian telah mewujud dan menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Dalam Negeri. Antara kerjasama yang telah diadakan dengan Kementerian Luar Negeri ialah kementerian telah mengemukakan senarai kaunselor JKM kepada Kementerian Luar Negeri bagi memudahkan menyalurkan maklumat tentang perkhidmatan kaunseling kepada mangsa dan keluarga mangsa keldai dadah sekiranya diperlukan.

Selain itu kementerian turut melaksanakan program kesedaran kepada masyarakat mengenai isu keldai dadah melalui penganjuran program-program seperti Sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita yang telah pun diadakan pada 26 November 2011 di Terminal Bersepadu Selatan.

Selain itu kementerian juga menjalinkan kerjasama dengan penerbit rancangan Apa Kata Wanita untuk membuat liputan berkaitan isu keldai dadah yang telah disiarkan pada 20 November 2011 di TV1.

Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat atas pandangan, saranan dan teguran.

Puan Doris Sophia ak Brodi: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat mohon mencelah sedikit.

Datuk Heng Seai Kie: Ya, silakan.

Puan Doris Sophia ak Brodi: Terima kasih. Bolehkah pihak kementerian memberitahu jumlah statistik rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara setakat ini atas kesalahan dadah mengikut negara setidak-tidaknya di tiga negara yang terbanyak juga mengikut kaum dan jantina. Terima kasih.

Datuk Heng Seai Kie: Terima kasih Yang Berhormat di atas soalan yang dikemukakan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, setakat ini mengikut sumber daripada Kementerian Luar Negeri, statistik rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara atas kesalahan dadah mengikut tiga negara yang teratas sekali ialah yang pertama di Thailand iaitu 272 orang.

Page 108: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

102 DN 19.12.2011

Tuan Yang di-Pertua: Saya rasa kementerian itu tidak betul. Kementerian Luar Negeri yang ada figurenya. Yang Berhormat tidak perlu menjawab. Biarkan kerana bila Menteri Luar menjawab ia boleh diberi. Cukup Yang Berhormat.

Datuk Heng Seai Kie: Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman bin Bakar tadi iaitu tentang berapa ramaikah pesakit AIDS. Daripada tahun 1986 hingga bulan September 2011 terdapat 17,232 orang pesakit AIDS di negara ini. Sumber ini sebenarnya diperoleh daripada Kementerian Kesihatan dan terdapat 14,804 kematian berkaitan dengan HIV dan AIDS yang direkodkan.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Syed Husin Ali: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya mencelah sedikit tentang ini kerana saya lihat di sini bahawa mengikut polis dan juga Kementerian Kesihatan, pada tahun 2004 sahaja terdapat 64,439 orang yang mengidap AIDS dan di kalangan mereka seramai 9,442 orang yang dijangkiti AIDS itu telah meninggal dunia. Jadi macam mana boleh turun dari 64,439 itu?

Tuan Yang di-Pertua: Begini Yang Berhormat. Saya rasa agaknya soalan AIDS ini ialah bawah bidang kesihatan dari Kementerian Kesihatan. Saya harap Yang Berhormat tidak perlu jawab tentang itu. Saya minta kalau Kementerian Kesihatan akan boleh memberi jawapan. Jadi kalau ia bertentangan dengan figure nanti susah. Okey tak Yang Berhormat? Ada apa-apa lagi?

■2030

Datuk Heng Seai Kie: Tuan Yang di-Pertua, jadi akhir sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli Yang Berhormat atas pandangan, saranan dan teguran membina sekalian. Segala input dan maklum balas tersebut akan diberi perhatian serius oleh kementerian untuk melaksanakan program dan aktiviti dengan lebih cekap dan berkesan demi kesejahteraan kumpulan sasar kementerian. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya persilakan Kementerian Luar Negeri.

8.30 mlm.

Timbalan Menteri Luar Negeri II [Datuk Richard Riot anak Jaem]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Itulah alangkah elok kalau jawapan itu hanya dibuat oleh kementerian-kementerian berkenaan.

Walau bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga yang cuba menjawab. Akan tetapi saya minta agar ia dijawab oleh saya sendiri kerana itu di bidang kuasa kementerian saya.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak mengapa, teruskan Yang Berhormat.

Datuk Richard Riot anak Jaem: Yang Berhormat Datuk Heng, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat iaitu seramai tiga orang yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2012 di peringkat dasar di Dewan yang mulia ini iaitu dari 8 Disember hingga 14 Disember 2011. Di antara tiga orang mereka ini ialah Yang Berhormat Senator Puan Doris Sophia Brodi yang baru sahaja bangkit bertanyakan berapa ramai yang telah ditangkap kerana menjadi keldai dadah.

Tuan Yang di-Pertua, setelah meneliti semua isu yang dibahaskan, izinkan saya memberikan penjelasan terhadap perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Luar Negeri yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di sepanjang tempoh perbahasan tersebut.

Pertamanya isu keldai dadah yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Senator Puan Doris Sophia ak Brodi. Yang Berhormat Senator Puan Doris Sophia ak Brodi semasa ucapan perbahasan, beliau telah membangkitkan isu keldai dadah. Untuk maklumat Ahli-ahli Dewan sekalian, dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini iaitu dari tahun 2007 hingga bulan November 2011, seramai 616 orang rakyat kita telah ditahan di

Page 109: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 103 luar negara atas kesalahan berkaitan dengan dadah. Jumlah tersebut merangkumi 449 orang kaum China, 104 orang kaum Melayu, 50 orang kaum India dan bakinya 13 orang dari lain-lain kaum.

Mereka yang berkenaan telah ditahan di 13 buah negara iaitu satu di Thailand seramai 192 orang, Singapura 155 orang, Republik Rakyat China seramai 92 orang, Indonesia seramai 43 orang, Taiwan seramai 32 orang, Australia seramai 23 orang, Sepanyol seramai 20 orang, Brazil seramai 17 orang, Jepun seramai sepuluh orang dan seramai lapan orang masing-masing di Brunei, Kemboja, Peru serta Venezuela.

Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat juga, dari jumlah tersebut tiga orang, saya ulang tiga orang daripadanya adalah dari negeri Sarawak. Sarawak iaitu seorang lelaki dan dua orang wanita yang telah ditahan masing-masing di Australia, Republik Rakyat China dan juga Singapura.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Malaysia amat prihatin terhadap kebajikan rakyat kita yang mengalami kesusahan atau kesulitan dalam apa juga situasi semasa mereka berada di luar negara.

Dalam hal ini, Kementerian Luar Negeri sentiasa memantau kes-kes penahanan warga negara Malaysia di luar negara melalui Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia. Dalam setiap kes penahanan rakyat Malaysia, Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia akan membuat lawatan konsuler untuk memastikan mereka dilayan dengan sewajarnya serta kebajikan mereka dijaga.

Kementerian Luar Negeri juga merupakan penghubung di antara seseorang tahanan dengan ahli keluarganya di Malaysia. Sebaik sahaja maklumat mengenai penahanan seorang rakyat Malaysia diterima daripada Perwakilan Diplomatik Malaysia, Kementerian Luar Negeri akan memanjangkan maklumat tersebut kepada ahli keluarga dan juga kepada pihak Polis Diraja Malaysia. Di samping itu apabila seseorang rakyat Malaysia menghadapi dakwaan jenayah di luar negara, Kerajaan Malaysia akan berusaha untuk memastikan agak hak-hak asasi mereka dilindungi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang tempatan negara tersebut serta juga undang-undang antarabangsa seperti Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Konsuler 1963, dengan izin, the Vienna Convention on Consular Relations 1963.

Tuan Yang di-Pertua, dalam urusan untuk membawa rakyat Malaysia yang telah selesai menjalani hukuman, Kementerian Luar Negeri juga sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama dan bantuan kepada ahli-ahli keluarga, badan korporat dan badan bukan kerajaan yang terlibat dalam urusan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun usaha-usaha yang saya sebutkan adalah amalan Kementerian Luar Negeri, di sini saya ingin tekankan bahawa Malaysia berpegang teguh kepada prinsip menghormati kedaulatan sesebuah negara di mana kerajaan tidak akan campur tangan di dalam urusan perundangan tempatan negara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Dewan yang mulia ini, kegiatan meningkatkan kesedaran mengenai sindiket yang menjadikan rakyat Malaysia sebagai keldai dadah telah dan akan dilaksanakan dan akan terus dilaksanakan. Ini termasuklah peringatan di laman web rasmi Kementerian Luar Negeri dan hebahan awam melalui media massa.

Di samping itu, kerjasama rapat dengan kementerian, agensi-agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan dalam program seranta Kementerian Luar Negeri yang menyasarkan pelajar universiti dan masyarakat awam juga dilaksanakan. Kalau tidak ada, saya sambung.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya isu mengenai rakyat Malaysia di luar negara dan pangkalan data. Yang Berhormat Senator Datuk ‘Zainon’ binti Mat telah menyentuh mengenai data maklumat penuntut dan rakyat kita di luar negara...

Dato’ Zaitun binti Mat: Tuan Yang di-Pertua, bukan ‘Zainon’, Zaitun.

Datuk Richard Riot anak Jaem: Oh, dia sudah..., okey minta maaf. Sebab ditulis “Zainon”. Maaf atas kesilapan itu. Yang Berhormat Senator Zaitun binti Mat telah menyentuh mengenai data maklumat penuntut dan rakyat kita di luar negara.

Page 110: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

104 DN 19.12.2011

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas cadangan agar kementerian membangunkan satu sistem pangkalan data di mana perwakilan diplomatik Malaysia boleh menyebarkan maklumat penting kepada rakyat Malaysia di luar negara melalui pesanan SMS, Facebook, Twitter atau sebagainya. Saya berpendapat bahawa idea ini adalah bernas dan akan dipertimbangkan oleh Kementerian Luar Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Pejabat Perwakilan Diplomatik Malaysia sememangnya, saya ulang, sememangnya mempunyai maklumat mengenai rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Tambahan pula, Kementerian Luar Negeri sejak 1 Januari 2011 telah mengguna pakai sistem aplikasi komputer iaitu e-Consular yang bertujuan untuk menyimpan data-data mereka.

■2040

Walau bagaimanapun, maklumat yang ada hanya terhad kepada mereka yang mengambil inisiatif untuk mendaftar di pejabat perwakilan diplomatik kita di negara-negara mereka berada. Malangnya sehingga kini seramai 91,131 orang sahaja dari kira-kira 360,000 rakyat kita yang berada di luar negara, yang berdaftar dengan perwakilan diplomatik kita di luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, urusan pendaftaran ini membolehkan pejabat perwakilan diplomatik kita menghubungi serta memberi nasihat kepada rakyat kita yang berkenaan. Sekiranya berlaku apa juga bencana, malapetaka, ketidakstabilan politik, sosial dan politik seperti peperangan, rusuhan dan sebagainya di negara mereka berada. Seperti yang berlaku tidak berapa lama yang lalu.

Seterusnya isu terlalu banyak perwakilan diplomatik yang dibangkitkan oleh Yang Mulia Senator Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim. Yang Berhormat Senator Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim dalam ucapan perbahasan telah membangkitkan isu berhubung dasar penubuhan perwakilan diplomatik Malaysia di luar negara.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini kita mempunyai 104 perwakilan diplomatik di seluruh dunia iaitu 79 buah Pejabat Kedutaan Besar dan Suruhanjaya Tinggi, 19 Pejabat Konsulat Jeneral, 3 Pejabat Perutusan Tetap, 2 Pejabat Konsulat dan 1 Pejabat Pusat Persahabatan dan Perdagangan. Jumlah Pejabat Perwakilan Diplomatik yang dibuka tidak tertakluk kepada saiz negara kita tetapi ia bergantung kepada kepentingan negara kita dengan negara-negara berkenaan.

Ia merupakan mekanisme strategik dan saluran yang penting dalam memajukan Dasar Luar, memulihara kepentingan negara kita dan mengendalikan hubungan baik serta bermanfaat dengan negara-negara asing. Oleh yang demikian Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Luar Negeri sentiasa menjalankan kajian terperinci sebelum mengemukakan cadangan pembukaan sesuatu perwakilan diplomatik. Kriteria-kriteria yang terlibat dalam kajian ini termasuklah tahap hubungan dua hala di antara Malaysia dengan negara tersebut. Ini merangkumi bidang politik, ekonomi, sosial dan keselamatan. Di samping itu sektor-sektor yang berkepentingan seperti sains dan teknologi, tenaga, pendidikan pelancongan dan jumlah rakyat Malaysia yang melawat atau bermastautin negara tersebut juga turut dipertimbangkan.

Bagi keputusan untuk membeli atau menyewa sesuatu hartanah di luar negara pula. Ia adalah berdasarkan keperluan, kelebihan dan kekurangan, dengan izin, the pros and cons and cost benefit analysis. Dalam hal ini saya ingin merakamkan persetujuan saya dengan Yang Berhormat bahawa bangunan-bangunan perwakilan diplomatik Malaysia dan kediaman rasmi Tuan Yang Terutama Duta Besar di luar negara. Sama ada dibeli atau disewa semuanya mendapat kekebalan diplomatik atau dengan izin, diplomatic immunity dari kerajaan tuan rumah. Dalam kajian untuk menutup sesuatu perwakilan diplomatik pula, kesan terhadap hubungan dua hala Malaysia dengan negara tersebut dan negara-negara yang ditauliahkan serentak dengan impak kepada kedutaan dan imej Malaysia di kalangan komuniti antarabangsa akan turut diambil kira.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana tiada celahan. Akhir kata saya ingin merakamkan...

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Saya hendak masuk sedikit boleh? Hendak sampuk sedikit Timbalan Menteri.

Datuk Richard Riot anak Jaem: Okey.

Page 111: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 105

Tuan Yang di-Pertua: Ingatkan tidak ada yang bangun. Silakan Yang Berhormat, okey. Silakan.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Saya ingatkan panjang lagi. Okey saya hendak tanya beberapa perkara berkenaan dengan Kementerian Luar Negeri. Tentang bagaimanakah pemantauan yang dilakukan oleh Kementerian Luar Negeri terhadap rakyat Malaysia terutamanya:

(i) memburukkan imej kerajaan di luar negara;

(ii) bagaimanakah kementerian memantau rakyat Malaysia yang baru-baru ini kalau kita baca dalam surat khabar, terlibat dalam perkahwinan sejenis; dan

(iii) bagaimanakah kementerian memantau dan mentakrif sesuatu perkara bila kedutaan kita diserang, didemo dan bendera kita dibakar di depan kedutaan kita di luar negara.

Jadi saya pohon supaya pihak kementerian dapat memberikan penjelasan tentang perkara ini. Terima kasih.

Datuk Richard Riot anak Jaem: Tuan Yang di-Pertua, saya hanya dapat tangkap dua soalan iaitu tentang gay marriage atau kahwin sejenis. Negara kita setakat ini memang tidak mengiktiraf perkahwinan sejenis itu. Kalau ia berlaku di luar negara itu terserahlah kepada negara berkenaan. Akan tetapi bagi kita di Malaysia kita tidak mengiktirafnya. Oleh yang demikian waktu – ada satu perkataan yang saya tidak ingin sebutkan telah diadakan dalam dua tiga minggu yang lampau. Itu sebenarnya dikutuk oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Sorry, saya hendak mencelah sebab ini perkara keluar dalam surat khabar semalam iaitu our student, rakyat kita rakyat Malaysia.

Datuk Richard Riot anak Jaem: Maaf saya pun terbaca itu tetapi itulah saya cakap itu keluar di surat khabar. Kesahihan itu mungkin sahih mungkin tidak. Akan tetapi sepertimana yang saya telah sebutkan sebentar tadi, apa yang berlaku di luar negara tidak berlaku di Malaysia adalah di luar bidang kuasa Kementerian Luar Negeri. Sebab kita berpegang teguh kepada prinsip atau dasar negara kita, yang mana kita tidak akan bercampur tangan dalam hal atau perundangan luar negara. Sekian terima kasih.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Akan tetapi saya hendak sambung, kalau ia melibatkan rakyat kita sendiri, adakah kita pihak kerajaan tidak boleh melakukan sesuatu kerana ia melibatkan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat agaknya itu seolah-olah kita berdebat ya. Sekarang kita menjawab apa Yang Berhormat bangkitkan itu. Boleh mencelah kalau sekiranya ada untuk penjelasan. Agaknya perkara itu boleh bawa berundinglah di luar.

Tuan Baharudin bin Abu Bakar: Terima kasih.

Datuk Richard Riot anak Jaem: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya mengikut Peraturan Mesyuarat saya sebenarnya boleh memilih untuk tidak berhak menjawab.

Tuan Yang di-Pertua: Betul.

Datuk Richard Riot anak Jaem: Saya boleh memilih untuk tidak menjawab. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Betul.

Datuk Richard Riot anak Jaem: Jadi, mengenai apa yang berlaku, saya ingat saya tahu apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Senator tadi iaitu tentang kebakaran yang berlaku di negara jiran kita. Saya menggunakan satu perumpamaan Melayu, “kerana nila setitik rosak susu sebelanga” bererti kerana segelintir orang, semua dianggap buruk. Sebenarnya apa yang berlaku di Indonesia perbuatan yang telah dibuat oleh segelintir kecil rakyat Indonesia. Saya sendiri telah beberapa kali pergi ke Indonesia memang di situ terdapat satu kumpulan yang boleh diupah dengan gaji RM10 dengan sebungkus nasi. Dalam masa setengah jam kita boleh ambil mereka berkumpul untuk berdemonstrasi.

Page 112: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

106 DN 19.12.2011

Jadi, perumpamaan yang saya sebut, “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga” bermaksud kerana segelintir, semua dianggap buruk. Kita harap jangan ambil itu kerana yang saya tahu dari G2G dari kerajaan, di antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Indonesia. Memang perhubungan kita sentiasa amat akrab, sentiasa baik itu jawapan saya.

■2050

Tuan Yang di-Pertua, itulah saya cakap tadi saya benar-benar ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana hanya satu celahan. Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mengambil bahagian dalam perbahasan perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Luar Negeri sepanjang perbahasan Bajet 2012 ini. Bagi pihak Kementerian Luar Negeri, kami akan mengambil perhatian dan iktibar di atas semua pandangan dan cadangan bernas serta teguran yang telah diutarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini. Dengan itu, sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya mempersilakan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Silakan, Yang Berhormat.

8.51 mlm.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup]: Tuan Yang di-Pertua, pertama-tamanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh beberapa perkara di bawah bidang Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kurang lebih lapan orang Ahli Yang Berhormat yang terlibat dalam perkara ini.

Pertama ialah Yang Berhormat Senator Tuan Lihan Jok. Beliau telah menyarankan agar Malaysia bergabung tenaga dengan negara-negara lain serta dengan pertubuhan antarabangsa dalam menangani cabaran perubahan iklim serta bertanya penyertaan pihak Malaysia dalam persidangan perubahan iklim di Durban dan hasil persidangan itu.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia telah menjadi parti kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau dengan izin, United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) dan Protokol Kyoto yang merupakan perjanjian pelbagai hala alam sekitar.

Ini terutama dalam menangani isu perubahan iklim di peringkat global. Malaysia turut terlibat dalam membincangkan isu perubahan iklim di peringkat ASEAN dalam kumpulan kerja yang dikenali sebagai ASEAN Working Group on Climate Change. Di dalam kumpulan kerja ini, pelbagai isu seperti mitigasi dan adaptasi perubahan iklim dibincangkan. Kerajaan juga menjalinkan hubungan erat dengan badan-badan antarabangsa seperti United Nations Development Program (UNDP), United Nations Environmental Program (UNEP), The Danish International Development Agency (DANIDA), Institute for Global Environmental Strategies (IGES), The New and Energy Industrial Technology Development Organization (NEDO).

Selain itu, Malaysia turut menerima dana antarabangsa daripada Global Environmental Facility (GEF) bagi melaksanakan projek-projek perubahan iklim berjumlah USD30.31 juta. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bertindak sebagai operational focal point bagi GEF untuk melaksanakan projek-projek di bawah tiga bidang utama iaitu biodiversiti, perubahan iklim dan kemerosotan tanah bagi tahun 2011 hingga 2014.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, delegasi Malaysia yang diketuai oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menghadiri persidangan ke-17 negara peserta kepada Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Bangsa-Bangsa Bersatu (COP17) yang telah diadakan di Durban, Afrika Selatan pada 28 November hingga 9 Disember 2011. Antara hasil keputusan yang telah dicapai dalam persidangan itu adalah seperti berikut:

(i) persetujuan negara-negara peserta untuk melanjutkan tempoh komitmen kedua Protokol Kyoto; dan

(ii) melancarkan tabung Green Climate Fund (GCF) dalam usaha membantu negara-negara membangun menangani perubahan iklim.

Page 113: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 107

Di samping itu, mesyuarat di Durban ini juga telah melancarkan proses rundingan bagi pasca 2020 yang dinamakan sebagai Durban Platform. Durban Platform ini merupakan inisiatif yang komprehensif yang akan melibatkan semua negara seperti China, Amerika Syarikat dan India dalam mengurangkan pelepasan gas rumah kaca atau greenhouse gases (GHG).

Di peringkat domestik pula, kerajaan telah melancarkan Dasar Perubahan Iklim Negara pada 30 Ogos 2010. Dasar ini berperanan sebagai satu rangka kerja untuk menggerakkan dan memberikan panduan kepada agensi kerajaan, industri komuniti dan juga pihak berkepentingan dalam menghadapi cabaran perubahan iklim secara menyeluruh dan bersepadu. Bagi menyelaraskan pelaksanaan dasar tersebut, kerajaan telah menubuhkan Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim yang dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita.

Yang Berhormat Senator Dato’ Azian bin Osman membangkitkan isu minyak hitam seperti mana dilaporkan dalam Utusan Malaysia pada 8 Disember 2011. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini kerajaan menguatkuasakan kawalan terhadap minyak hitam terpakai menerusi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Di bawah akta ini, buangan minyak terpakai dikehendaki dikendalikan dengan sempurna dan perlu mendapat lesen daripada Jabatan Alam Sekitar.

Buangan minyak terpakai mempunyai nilai ekonomi yang tersendiri. Buangan ini boleh diproses semula untuk menghasilkan minyak gred yang lebih rendah untuk kegunaan lain. Bagi tujuan ini, Jabatan Alam Sekitar telah memberi lesen kepada 40 premis. Jabatan Alam Sekitar juga dari semasa ke semasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan yang melesenkan bengkel-bengkel kenderaan bagi memberi penerangan kepada pengusaha bengkel mengenai kaedah pengurusan minyak terpakai dan juga membantu dalam menjalankan penguasaan peraturan yang ada berhubung kait dengannya.

Yang Berhormat Senator Dr. Malasingam a/l Muthukumaru....

Dato’ Azian bin Osman: Mohon mencelah, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Dipersilakan, Yang Berhormat.

Dato’ Azian bin Osman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih atas jawapan tadi. Akan tetapi satu sahaja saya perlukan penjelasan. Jika itu penguatkuasaan undang-undang dan sebagainya, apakah penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri terhadap laporan akhbar tersebut yang menyatakan mengenai minyak hitam begitu berleluasa dibuang hingga dikhuatiri telah menjejaskan alam sekitar? Apakah laporan itu tidak benar? Sekian, terima kasih.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Tuan Yang di-Pertua, saya kurang pasti di mana punca Yang Berhormat dapat berita ini di mana minyak hitam itu dibuang secara berleluasa. Sebenarnya, dengan adanya peraturan-peraturan yang kita ada sekarang, oleh kerana minyak ini sebenarnya ada guna, ia boleh dipungut semula, diproses dan digunakan untuk lain-lain kemudahan.

■2100

Jadi saya ingin berkata di sini bahawa ini sebenarnya terkawal, pembuangan minyak hitam ini, bukan buang di merata-rata tempat tetapi dari segi undang-undang ia perlu dipungut semula oleh pihak-pihak yang diberi lesen dan selepas itu diproses. Kalau ia mempunyai nilai tertentu, tidak akan orang membuang minyak hitam itu.

Yang Berhormat Senator Dr. Malasingam a/l Muthukumaru membangkitkan isu kelemahan dalam pelaksanaan dasar-dasar kerajaan seperti pemuliharaan wetlands. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, terdapat 5.2 juta hektar tanah lembap atau tanah bencah wetlands di negara ini. Bagi melindungi tanah lembap ini, kementerian dan agensi-agensi di bawahnya melaksanakan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan atau the National Policy on Biological Diversity yang telah dilancarkan pada tahun 1998. Dalam hubungan ini, Malaysia telah menandatangani Konvensyen RAMSA pada Mac 1995. Sehingga sekarang, terdapat enam tapak RAMSA seluas 126,967 hektar yang telah diisytiharkan iaitu Tasik Bera di Pahang, Tanjung Piai, Sungai Pulau, Pulau Kukup di Johor, Kuching Wetlands National Park di Sarawak dan Lower Kinabatangan Segama Wetlands di Sabah.

Page 114: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

108 DN 19.12.2011

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, usaha-usaha sering dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan tahap lembap di negara ini. Contohnya, Jabatan PERHILITAN telah menjalankan program-program kesedaran awam di tapak RAMSA Tasik Bera yang meliputi program pendidikan biodiversiti, sisi serama, pameran dan aktiviti lawatan. Dalam tahun 2010, sebanyak 23 program kesedaran awam telah dijalankan manakala dalam tahun 2011 sehingga November sebanyak 18 program telah dijalankan. Usaha-usaha ini akan terus dipertingkatkan di masa hadapan bagi memastikan orang ramai terutamanya generasi muda menghargai peranan tanah lembap di negara ini.

Yang Berhormat Senator Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad bertanya tentang peranan FRIM dalam menghasilkan produk-produk research and development. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, FRIM menjalankan research and development serta inovasi dan usaha-usaha formulasi untuk menyokong perumusan strategi pemuliharaan dan penggunaan sumber-sumber semula jadi secara lestari.

Perkembangan industri herba secara khusus pemangkin FRIM untuk menerajui bidang penyelidikan by technology. R&D FRIM berjaya membangunkan Protocol Culture Tissue bagi 55 spesies pokok hutan, herba dan hiasan serta technology by creator bagi dua spesies herba iaitu tongkat ali dan kacip fatimah untuk memastikan kemandirian spesies-spesies tumbuhan ini.

[Tuan Yang di-Pertua Mempengerusikan mesyuarat]

FRIM sentiasa menyebar hasil R&D kepada pihak berkepentingan serta orang awam antaranya ialah pemindahan teknologi culture tissue dan bioreactor melalui latihan kepada 49 bio-usahawan daripada 17 syarikat. Keduanya, pemindahan teknologi penubuhan dan pengurusan ladang secara lestari bagi spesies berkepentingan ekonomi kepada 18 syarikat melalui memorandum of understanding dan perundangan dan ketiga, pelesenan technology culture tissue 17 spesies kepada industri culture tissue.

FRIM juga menerajui pembangunan pra dan pasca tuai herba misai kucing serta penghasilan produk herba yang berkualiti, selamat dan berkesan. Ladang tumbuhan ubatan dan herba FRIM di Maran seluas 50 hektar telah dianugerahkan Sijil Skim Organik Malaysia untuk amalan pertanian baik bagi pada tahun 2010. Enam makmal di FRIM juga telah diisytiharkan sebagai berstatus Bio Nexus Partners. Pada Julai 2011 pula, FRIM telah diiktiraf sebagai BNP Center of Excellence untuk pembangunan produk hasilan semula jadi. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya FRIM telah mengeluarkan satu buku yang bertajuk Celebrating 25 Years of Excellence. Jadi kalau boleh, Ahli-ahli Yang Berhormat boleh juga membaca ini, ia menunjukkan kejayaan sebenarnya FRIM yang telah berfungsi sekian lama.

Yang Berhormat Senator Tuan Lihan Jok telah membangkitkan isu penyukatan tanah NCR di Sarawak khususnya mengenai butir-butir peruntukan dan status pelaksanaan projek tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi membantu kerajaan negeri Sarawak menjalankan kerja-kerja mengukur tanah hak adat bumiputera atau native custom rights (NCR), Kerajaan Persekutuan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri telah menyalurkan sebanyak RM20 juta pada tahun 2010 dan RM30 juta pada tahun ini 2011. Bagi tahun 2012, sebanyak RM30 juta lagi akan diperuntukkan bagi maksud di atas.

Untuk makluman Yang Berhormat juga, sehingga 5 Disember tahun ini, sebanyak 62 kawasan telah diukur dengan keluasan 52,335 hektar. Selain itu, sebanyak 13 kawasan dengan keluasan 100,997 hektar sedang diukur manakala sebanyak 120 kawasan lagi dengan keluasan 195,086 hektar belum diukur. Satu jawatankuasa telah pun diwujudkan di peringkat Kerajaan Pusat yang diterajui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri untuk memantau projek tersebut dan memastikan pelaksanaannya berjalan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Page 115: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 109

Yang Berhormat Senator Puan Hajah Zainun binti A. Bakar telah bertanya tentang kedudukan peruntukan untuk memperdalamkan lurah sungai Dungun dan masalah hakisan pantai Teluk Lipat Dungun. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi peruntukan yang telah disediakan kerja-kerja pengorekan muara sungai Dungun mengikut keperluan seperti yang dipersetujui oleh stakeholders melalui perolehan tender terbuka sedang dilaksanakan. Tarikh mula projek ialah 6 Oktober 2011 dan dijangka siap pada 5 Oktober tahun 2012.

■2110

Bagi isu Pantai Teluk Kelipat, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedia maklum akan masalah hakisan yang berlaku di kawasan tersebut. Sehubungan dengan itu, JPS telah memohon peruntukan di bawah Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Kesepuluh bagi mengatasi masalah hakisan di kawasan berkenaan. Namun demikian, permohonan tersebut tidak diluluskan. Walau bagaimanapun, JPS akan memohon semula di dalam rolling plan ketiga.

Yang Berhormat Senator Tuan Pau Chiong Ung bertanya tentang status terkini program memperdalamkan Sungai Rejang untuk menyelesaikan masalah banjir di Sibu dan kesan projek Empangan Bakun pada penurunan paras air Sungai Rajang.

Beliau juga membangkitkan isu kecetekan muara Sungai Kemenah dan Sungai Beram di Sarawak. Tuan Yang di-Pertua, sebagai langkah jangka pendek untuk mengurangkan kejadian banjir di Bandar Sibu, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran akan melaksanakan kerja mengorek di tempat-tempat tertentu dan yang menghalang laluan air di Batang Rajang berhadapan laut ke pantai Sibu. Tender telah dipanggil dan kerja-kerja akan dimulakan sebelum akhir tahun ini.

Apabila siap, projek ini akan hanya membantu mengurangkan masalah banjir tetapi tidak dapat menyelesaikan 100 peratus masalah banjir di Sibu. Untuk langkah jangka panjang pula, pihak JPS sedang dan akan melaksanakan program tambatan banjir yang menggunakan kaedah benteng dan pam bagi Bandar Sibu.

Kerja fasa satu yang sedang dijalankan dalam mencapai kemajuan 87 peratus dan akan siap pada awal tahun 2012. Untuk fasa dua, tender akan dipanggil tidak lama lagi dan kerja-kerja akan dimulakan pada awal tahun depan.

Mengenai kesan projek Bakun terhadap paras air Sungai Rajang, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, didapati paras sungai telah menurun semasa operasi pengisian air kali pertama di Empangan Hidroelektrik Bakun. Penurunan paras sungai hanya berlaku untuk sementara dan paras air akan meningkat semula pada masa yang akan datang.

Selain isu tersebut, kementerian juga peka dengan masalah kecetekan muara Sungai Kemenah, Bintulu, Sarawak dan muara Sungai Baram, Miri, Sarawak yang menyebabkan kesukaran kepada bot-bot nelayan dan komersial untuk keluar masuk ke jeti, kompleks pendaratan ikan di kawasan muara. Kajian muara Sungai Kemenah dan muara Sungai Baram akan dilaksanakan dengan mengambil kira dan menentukan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang sekiranya kelulusan peruntukan Rancangan Malaysia Kesepuluh diperoleh. Projek pengorekan dan pemuliharaan muara Sungai Kemenah dan muara Sungai Baram akan dilaksanakan berdasarkan hasil kajian yang tersebut. Walau bagaimanapun, seperti pelaksanaan kerja-kerja fizikal adalah bergantung kepada kelulusan peruntukan yang secukupnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira semua isu, saranan dan cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat...

Dato’ Azian bin Osman: Mohon laluan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Dato’ Azian bin Osman: Mula daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada bertanya pada saya dari mana dapat berita tentang minyak hitam tadi. Jadi, saya dapat berita daripada Utusan Malaysia yang disebut Yang Berhormat Timbalan Menteri... [Menunjukkan keratan akhbar]

Memang apa yang diterangkan Timbalan Menteri ada di sini. Perundangan terlibat dan cara kementerian menangani tetapi ada juga disebut di sini. Itu saya hendak minta penjelasan betul ataupun tidak laporan ini. Itu sahaja. “Namun, masih ada di antara syarikat ataupun peniaga kecil yang banyak jumlahnya yang masih lagi membuang minyak tersebut

Page 116: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

110 DN 19.12.2011

secara sewenang-wenangnya tanpa menghiraukan kesejahteraan alam sekitar.” Itu saya minta penjelasan benar atau tidak laporan ini. Sekian, terima kasih.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Ya, terima kasih. Sebenarnya, berkaitan dengan laporan ini, kita tidak ada menerima daripada pihak sesiapa pun berkaitan ini. Jadi, untuk memberi kepastian sama ada laporan ini benar atau tidak, kami akan melakukan satu siasatan. Ini berita yang Ahli Yang Berhormat baca daripada Utusan Malaysia bertarikh berapa hari bulan itu?

Dato’ Azian bin Osman: Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua, bertarikh 8 Disember 2011 hari Khamis.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Okey, nanti kami siasat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Tidak apa Yang Berhormat. Agaknya itu surat akhbar, yang kementerian Yang Berhormat cuma buat penyiasatan yang lebih rapi dan akan cuba beri jawapannya kemudian ya. Okey, teruskan Yang Berhormat.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Tuan Yang di-Pertua, semua isu, saranan dan cadangan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 terutama yang menyentuh bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, saya telah jawab kecuali surat khabar sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: ...[Ketawa] Pihak kementerian akan mengambil tindakan susulannya terhadap isu yang dibangkitkan dalam perbahasan ini. Sekian dan terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih. Seterusnya saya mempersilakan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Silakan Yang Berhormat.

9.16 mlm.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi [Datuk Haji Fadillah bin Yusof]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya bagi pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan isu-isu di bawah kementerian ini semasa perbahasan Bajet 2012 pada 8 Disember hingga 19 Disember 2011.

Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat, MOSTI diberi mandat untuk menerajui agenda sains, teknologi dan inovasi (STI) negara termasuk menyokong Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Dalam hubungan ini, MOSTI dan agensi-agensi di bawahnya menguruskan dana, memberi khidmat nasihat dan juga kemudahan untuk pihak yang berkepentingan ataupun stakeholders, dengan izin, menjalankan R&D, menawarkan perkhidmatan berkaitan sains dan teknologi serta melaksanakan inisiatif-inisiatif khusus ke arah melaksanakan agenda STI negara termasuk di peringkat akar umbi.

Pada tahun 2010, MOSTI telah menerajui Program Tahun Malaysia Inovatif bagi meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi di kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat sebagai kesinambungan pada Program Malaysia Inovatif 2010 dan menyedari akan pentingnya pembudayaan sains dan matematik di kalangan rakyat. MOSTI dengan kerjasama kementerian dan agensi berkaitan telah dan sedang melaksanakan Program Penggalakan Sains dan Matematik 2011.

Bagi tahun 2012 pula, MOSTI telah diberi mandat untuk menerajui dan bekerjasama dengan kementerian, jabatan, kerajaan negeri dan institut pengajian tinggi serta pertubuhan bukan kerajaan dalam melaksanakan Tahun Sains dan Gerakan Inovatif Nasional yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2012. MOSTI amat menghargai segala perhatian yang ditunjukkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat ke atas isu-isu berkaitan kementerian ini. Segala isu yang

Page 117: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 111 dibangkitkan akan cuba saya jelaskan dengan sebaiknya dalam jangka masa yang diperuntukkan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd Yusoff telah membangkitkan persoalan berhubung Laporan Ketua Audit Negara berkaitan pengurusan peralatan Assembly, Integration and Test (AIT) di Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Ingin saya jelaskan pengurusan perolehan peralatan makmal Assembly, Integration and Test (AIT) tadi di pusat ANGKASA negara ini melibatkan dua tender iaitu pertama pembinaan makmal AIT dan yang kedua ialah perolehan peralatan AIT. ANGKASA telah membuat perancangan untuk memastikan pembinaan makmal AIT dan perolehan peralatan AIT dijalankan secara seiring. Ini kerana kebanyakan peralatan perlu dipasang seiring dengan pembinaan makmal disebabkan oleh saiz peralatan yang besar ataupun spesifikasi teknikal peralatan berkenaan. Walau bagaimanapun, proses tender pembinaan makmal mengambil masa yang lama hingga menyebabkan peralatan yang telah diterima mengikut jadual terpaksa disimpan di tempat penstoran.

■2120

Pemasangan dan integrasi untuk peralatan-peralatan telah dilakukan mengikut jadual mulai 21 September 2011. Setakat 13 Disember 2011, satu peralatan itu telah sempurna ditauliahkan. Manakala lima peralatan lain masih dalam proses pemasangan.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali dan Yang Berhormat Tuan Baharudin bin Abu Bakar ada membangkitkan soal inovasi yang berkaitan dengan penuntut di institusi pengajian tinggi dan gerakan inovasi nasional itu sendiri dalam membentuk modal insan yang cemerlang serta pembabitan di kalangan pelajar IPT. Jawapan terhadap isu ini telah diberikan saya kira oleh Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi.

Namun demikian memandangkan MOSTI merupakan peneraju pergerakan inovasi nasional yang dimaksudkan saya ingin memberikan sedikit maklumat tambahan. Untuk makluman Yang Berhormat Senator tahun 2012, sepertimana saya katakan terlebih awal tadi telah diisytiharkan sebagai tahun sains dan Gerakan Inovasi Nasional dan MOSTI telah diberi mandat untuk menerajuinya. Sebuah jawatankuasa induk yang dipengerusikan oleh saya sendiri dengan ahli-ahli yang terdiri daripada wakil kementerian, jabatan dan pelbagai agensi berkaitan telah ditubuhkan dan mengadakan mesyuarat pertamanya pada 15 Disember 2011. Sebuah jawatankuasa kerja juga telah ditubuhkan bagi membantu jawatankuasa induk dalam merancang, menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti-aktiviti tahun sains dan Gerakan Inovasi Nasional sepanjang tahun 2012.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga konsep pelaksanaan tahun sains dan Gerakan Inovasi Nasional adalah berasaskan total innovation ataupun inovasi menyeluruh. Bagi memenuhi konsep inovasi menyeluruh, komponen-komponen seperti berikut akan diberi keutamaan dalam melaksanakan program ini sepanjang dalam tahun 2012:

(i) sains dan matematik;

(ii) kesedaran dan pembudayaan inovasi;

(iii) inovasi dan mengkomersialkan dan pameran produk R&D dan akar umbi termasuk hasil jejak inovasi; dan

(iv) inovasi perkhidmatan dan pengurusan.

Pihak jawatankuasa sedang memperincikan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di bawah setiap komponen yang akan disebutkan di atas. Kaedah pelaksanaan akan menitikberatkan elemen-elemen kerjasama, kolaborasi dan perkongsian strategik antara kementerian, kerajaan negeri, institut pengajian tinggi, sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan. Semua aktiviti yang dirancang akan memastikan penglibatan kumpulan sasar utama iaitu murid-murid sekolah, belia dan wanita serta masyarakat keseluruhannya. Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 akan menggambar dan mempamerkan satu gerakan inovasi yang bersepadu, dipunyai dan dibawa oleh seluruh rakyat Malaysia. MOSTI percaya dengan kerjasama...

Dr. Syed Husin Ali: Yang Berhormat...

Page 118: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

112 DN 19.12.2011

Datuk Haji Fadillah bin Yusof: Yang telah dan akan ditunjukkan oleh semua pihak Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Mencapai hasrat kerajaan untuk mengungguli modal insan dan mencerna kreativiti dan mencetus inovasi.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Timbalan Menteri. Sebenarnya inti daripada perbahasan saya ialah bukannya mengkritik adanya gerakan yang disebut itu. Cuma saya mengatakan bahawa untuk ada inovasi mesti ada creative mind. Creative mind itu memerlukan keadaan yang bebas untuk kritikal. Ini adalah penting di universiti dan juga peringkat sekolah. Jadi Tuan Yang di-Pertua, untuk menggalakkan inovasi ini maka perlulah sekatan-sekatan yang ada yang mengongkong fikiran yang tidak menggalak fikiran kritikal di ketepikan kerana hanya dengan suasana mereka bebas berfikir dan kritikal baru kita boleh dapatkan budaya inovatif dan kreatif tadi. Terima kasih.

Datuk Haji Fadillah bin Yusof: Ya, terima kasih Yang Berhormat Senator. Saya mengambil maklum dan mengetahui asas dan landasan hujah-hujah Yang Berhormat senator tadi namun yang saya katakan tadi dari perspektif MOSTI.

Apa yang kita lakukan adalah memang menggalakkan kreativiti dan inovasi di kalangan semua lapisan dan segmen masyarakat kita.

Ini termasuklah dalam sudut pengurusan, di mana kita mengharapkan dalam setiap kementerian sama ada di peringkat pusat, negeri dan agensi-agensi supaya melihat pendekatan ini sebagai salah satu pendekatan untuk menggalakkan kreativiti dengan mengadakan keterbukaan. Pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif, supaya ini akan menjadi pembudayaan bukan sahaja di kalangan masyarakat kita tetapi juga di peringkat pelaksanaan malah di peringkat pembuat dasar sekali pun. Jadi, itulah harapan kita. Semoga apa yang kita harapkan akan dapat kita capai dalam tahun 2012 nanti dengan gerakan inovasi yang di gerakkan ini.

Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua, untuk meneruskan iaitu Yang Berhormat Senator Datuk Maijol Mahap ada membangkitkan persoalan mengenai bajet pembangunan dan penyelidikan ataupun R&D yang rendah sedangkan kerajaan mahu melonjakkan negara kita ini sebagai negara maju pada tahun 2020. Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator yang prihatin akan kepentingan penyelidikan dan pembangunan. Memang diakui bahawa peruntukan bagi R&D masih rendah berbanding negara-negara maju.

Walau bagaimanapun, jumlah peruntukan yang diluluskan mencatatkan peningkatan bagi setiap rancangan Malaysia. Contohnya jumlah peruntukan yang diluluskan kepada MOSTI bagi aktiviti R&D adalah seperti berikut:

(i) Rancangan Malaysia Kelima jumlahnya ialah RM413.8 juta; (ii) Rancangan Malaysia Keenam, RM629 juta;

(iii) Rancangan Malaysia Ketujuh, RM966.5 juta; (iv) Rancangan Malaysia Kelapan, RM1.3 bilion; (v) Rancangan Malaysia Kesembilan pula mencecah RM3.9 bilion;

dan (vi) Rancangan Malaysia Kesepuluh peruntukan untuk R&D MOSTI

sahaja untuk 2011 ialah RM207.36 juta. Manakala 2012 ialah RM279.90 juta.

Jadi, ini menunjukkan peningkatan, cuma untuk pendekatan Rancangan Malaysia Kesepuluh, pendekatannya berubah sedikit di mana sebahagian daripada dana R&D diagihkan. Untuk basic research misalnya, akan diberi terus kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan MOSTI akan memfokuskan kepada dana untuk pra pengkomersialan dan juga program-program lain. Lain, saya kira akan diberi terus kepada agensi misal kata Kementerian Pengajian Tinggi tadi ialah untuk basic research. Dalam hubungan ini MOSTI dalam Majlis Sains dan Penyelidikan Kebangsaan ataupun singkatannya MSPK mengatur strategi untuk menentukan bidang-bidang keutamaan R&D supaya sejajar dengan

Page 119: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 113 keperluan negara dan pasaran di samping mengoptimumkan sumber-sumber sedia ada. Kaedah-kaedah ini menentukan pengeluaran peruntukan kerajaan pada bidang keutamaan yang telah ditentukan.

Di samping itu jawatankuasa pelaburan dana awam di bawah AIM yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri MOSTI akan berperanan untuk menyelaras pelaburan R&D di pelbagai kementerian, agensi bagi mengelakkan berlakunya pertindihan dalam bidang-bidang R&D.

Menentukan ianya sejajar dengan keutamaan dan fokus ditetapkan oleh MSPK bersama Agensi Inovasi Malaysia ataupun AIM. Usaha ini dijangka dapat menghasilkan usaha yang tinggi daripada pelaburan yang telah dibuat selain memberi keyakinan kepada kerajaan dan stakeholders terlibat untuk meningkatkan lagi pelaburan dalam R&D.

MOSTI juga akan terus bekerjasama dengan AIM untuk membantu mengkomersialkan produk-produk R&D yang berdaya maju. Kerajaan juga berharap agar sektor swasta turut mengambil inisiatif untuk meningkatkan lagi pelaburan kerana pada ketika ini pelaburan dalam R&D oleh pihak swasta adalah kurang menggalakkan.

Sekian sahaja penjelasan saya berhubung isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh bidang kuasa MOSTI, jabatan serta agensi di bawahnya. Bagi mengakhiri penggulungan saya mengucapkan terima kasih atas teguran dan saranan Ahli Yang Berhormat, yang mana semuanya akan diberi perhatian serius oleh MOSTI dan tindakan susulan sewajarnya akan diambil. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: terima kasih Yang Berhormat. Sekarang saya mempersilakan Kementerian Kewangan untuk menggulung bagi perbahasan Belanjawan Negara 2012. Mempersilakan Yang Berhormat.

9.29 mlm.

Timbalan Menteri Kewangan I [Datuk Dr. Awang Adek Hussin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasaan, lebih-lebih lagi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang masih kekal berada di dalam Dewan walaupun telah lewat

■2130

Saya bimbang apabila saya menggulung yang terakhir ini sudah tidak ada orang. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya akan cuba beri perhatian dan keutamaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada dalam Dewan supaya kita dapat meringkaskan masa. Segala cadangan dan pandangan yang diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung perkara yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2012 sangatlah dihargai. Untuk kali ini, izinkan saya Tuan Yang di-Pertua, untuk memberikan penjelasan pada beberapa isu yang khusus berkaitan dengan Kementerian Kewangan kerana hal-hal yang bersangkutan dengan kementerian-kementerian lain telah pun diberikan jawapan.

Yang Berhormat Senator Tuan Muhammad Olian bin Abdullah ada membangkitkan perkara berhubung kemampuan kerajaan untuk membiayai Bajet 2012. Sebenarnya memang Kerajaan Barisan Nasional sentiasa memastikan apa yang telah dijanjikan akan dikotakan. Kalau kita lihat daripada segi statistiknya, perbelanjaan untuk tahun 2012 sebanyak RM232 bilion mampu dibelanjakan berdasarkan hasil Persekutuan sebanyak RM186.9 bilion yang meningkat pada kadar 1.9 peratus berbanding dengan jumlah perbelanjaan yang meningkat pada kadar 0.5 peratus. Jadi peningkatan hasil kadarnya adalah lebih baik.

Oleh sebab itu, kita akan melihat pada defisit yang akan berkurangan daripada 7 peratus pada tahun 2009 pada 5.6 peratus pada tahun 2010, 5.4 peratus pada tahun 2011 dan dijangka akan terus berkurangan ke tahap 4.7 peratus pada tahun 2012. Sebagai komitmen, kerajaan akan berusaha untuk mengurangkan lagi defisit ke bawah 3 peratus menjelang tahun 2015. Jadi, soal kemampuan itu saya rasa tidaklah perlu kita bimbangkan sangat.

Yang Berhormat Senator Datuk Abdul Rahman bin Bakar – kerana dia tidak ada, kita boleh skiplah cepat-cepat. Sebenarnya Yang Berhormat Senator Datuk Abdul Rahman bin Bakar ada menimbulkan kebimbangan Unit Amanah Pelaburan Hartanah sebagai tidak

Page 120: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

114 DN 19.12.2011

memberikan pulangan yang baik dan tidak mendapat sambutan. Kalau dilihat daripada segi sambutan, kesemua Unit Amanah Hartanah Bumiputera sebanyak satu bilion unit yang dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 29 November 2010 telah dilanggan sepenuhnya dalam jangka masa tiga bulan dari tarikh pelancaran. Jadi, soal tidak mendapat sambutan itu tidaklah begitu tepat.

Pada masa yang sama, kalau dilihat pada pengagihan pendapatan untuk tempoh sepuluh bulan pertama sebanyak 5.42 sen seunit yang bersamaan dengan pulangan tahunan sebanyak 6.5 peratus. Mungkin 6.5 peratus tidak yang tertinggi tetapi adalah lebih tinggi daripada kebanyakan pulangan yang diperoleh. EPF kita pun tidak beri sampai 6 peratus. Jadi ini menunjukkan bahawa Skim Amanah Hartanah Bumiputera ini boleh dikatakan mendapat sambutan yang baik.

Yang Berhormat Senator Tuan Ahmad bin Hussin ada menyatakan bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan serius ke atas Laporan Ketua Audit Negara.

Kita bagi pihak kerajaan, saya memberikan jaminan di sini bahawa sebenarnya kerajaan tidak akan memandang ringan bahkan telah menubuhkan jawatankuasa siasatan dalaman di peringkat kementerian masing-masing untuk mencari, mengkaji isu-isu dan cara-cara untuk mengatasinya. Tindakan tatatertib atau surcaj akan dikenakan ke atas pegawai-pegawai yang didapati terlibat dalam penyelewengan kuasa dan penyalahgunaan wang awam.

Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan ketua perkhidmatan telah bersetuju supaya pemantauan ke atas tindakan susulan terhadap laporan ini dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan akan menjalankan post-audit exercise ke atas semua isu yang dibangkitkan. Kementerian Kewangan juga akan memperkemaskan lagi pemantauan melalui aktiviti flying squad, dengan izin – squad yang boleh terbang supaya tindakan corrective dan preventive dengan izin, dapat diambil. Jadi hendak menunjukkan kesungguhan kerajaan. Bukan sahaja Laporan Ketua Audit Negara tetapi yang lebih penting adalah susulannya dan tindakan tegas yang akan diambil.

Yang Berhormat Senator juga membangkitkan isu IWK yang sememangnya kita tahu mengalami kerugian besar. Akan tetapi Yang Berhormat Senator kata sudah rugi itu buat apa berikan bonus lagi. Jadi, cuma saya hendak jawab di sini bahawa industri ini industri yang susah, yang bekerja dengan perkara-perkara tidak disenangi ramailah – pembetungan ini.

Jadi, ia berdasarkan pada perkhidmatan. KPI ia tidaklah bergantung pada prestasi kewangan. Tambah-tambah ini merupakan khidmat sosial. Jadi kalau kita tidak memberikan bonus, tidak ada orang hendak mengangkat yang itu pun susah juga.

Jadi, kita berilah setakat berpatutan. Kalau kerajaan pun mendapat bonus, swasta lagi tinggi, yang kerja macam ini pun kita perlu berikan juga. Jadi, saya difahamkan kadarnya tidaklah tinggi sangat tetapi tidak hendak beri langsung pun Tuan Yang di-Pertua, takut mereka tidak angkat barang-barang itu susah juga kita. Jadi, itu jawapannya Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa Yang Berhormat berpuas hatilah dengan jawapan seperti itu. Bukan bererti dia tidak hendak beri, cuma dia hendak mengetahui apakah asasnya. Jadi, asasnya bukan daripada segi prestasi kewanganlah. Asasnya pada kerja-kerja sosial dan kepentingan kemanusiaan dari segenap aspek.

Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman menyuarakan kebimbangan takut-takut syarat-syarat yang ketat akan dikenakan kepada firma-firma penilaian dan penaksir tempatan selaras dengan liberalisasi subsektor perkhidmatan, sebaliknya mengenakan syarat tersebut kepada firma-firma penilaian asing. Memang daripada segi subsektor yang di liberalisasikan memang pemilikan asing akan meningkat. Akan tetapi daripada segi penilaian dan penaksiran yang bidang pengkhususan Yang Berhormat Senator ini, kita rupanya tidak membenarkan 100 peratus pemilikan asing, hanya 49 peratus. Jadi bermakna syarikat-syarikat yang berdaftar di sini masih lagi merupakan syarikat milik majoriti tempatan. Jadi, tidak terlibat penggunaan asing, syarikat asing 100 peratus.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Minta laluan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya apa yang saya bangkitkan ialah seperti berikut. Dengan

Page 121: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 115 liberalisasi ini, maka syarikat-syarikat di luar negara bukan sahaja syarikat penilaian, syarikat-syarikat lain juga, kebanyakannya akan menggunakan jenama asing.

Oleh sebab itu, istimewa pula syarikat-syarikat bumiputera yang mempunyai nama asal diketepikan dan ini termasuk syarikat-syarikat GLC. Kononnya mereka itu menggunakan jenama ‘Mat Saleh’ kerana hendak mendapatkan pelaburan daripada asing. Mereka itu tidak langsung pergi ke pejabat-pejabat tempatan untuk membuat penilaian sewajarnya untuk menentukan sama ada syarikat-syarikat ini boleh membuat sama seperti syarikat-syarikat asing.

Jadi dengan adanya syarikat-syarikat asing ini, saya khuatir, takut-takut kalau syarikat-syarikat tempatan diketepikan seperti yang memang berlaku, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Oleh sebab itu, saya haraplah syarikat-syarikat GLC dan sebagainya tidak mengetepikan syarikat-syarikat tempatan semata-mata atas asas kerana hendak meliberalisasikan syarikat perkhidmatan dalam negara ini. Terima kasih.

■2140

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih Yang Berhormat, itu merupakan pandangan yang lebih umum bukan sahaja terhad kepada firma penilaian dan penaksiran, jawapan saya tadi tertumpu kepada firma penilaian dan penaksiran.

Saya terima pandangan Yang Berhormat perlu kita memerhatikan supaya syarikat-syarikat tempatan yang menggunakan nama-nama tempatan tidak diketepikan saya rasa ini sudah tentu ini tidak merupakan hasrat kerajaan, persaingan mungkin akan menjadi bertambah sengit tetapi syarikat-syarikat tempatan yang mempunyai kepakaran dan yang mempunyai track record yang baik saya rasa oleh sebab mereka ini tempatan sudah kenal pemain-pemain dalam industri dan yang pentingnya prestasi dan rekod kerja yang baik kerana dari segi kos saya kira kalau syarikat asing kalau dikira kos hendak dibayar gaji dan elaun pakar-pakar asing yang datang ini ataupun profesional asing ini mesti lebih tinggi. Jadi dari segi kos sepatutnya syarikat tempatan kita lebih kompetitif, jadi syarikat tempatan seharusnya akan dapat memainkan peranan yang sewajarnya, saya ambil perhatian kebimbangan Yang Berhormat, terima kasih.

Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman sekali lagi mengenai isu yang berlainan mencadangkan supaya diadakan keperluan minimum dari segi jangka masa pembeli-pembeli rumah Skim PR1MA dan Skim Rumah Pertamaku ini kalau boleh jangan jual beli, kalau boleh dikenakan syarat mereka mesti duduk ataupun jangan jual pada satu-satu masa sepuluh tahunkah, lima tahunkah. Di sini ada dua jawapan ataupun dua kategori yang SRP ini Skim Rumah Pertamaku.

Ini sebenarnya memang tidak ada minimum occupancy period, dengan izin, tidak ada kerana rasionalnya kerana ini dibeli oleh pembeli tanpa subsidi cuma yang diberikan bantuan oleh kerajaan ialah dari segi bayaran down payment sahaja. Jadi Cagamas tolong support 10 peratus down payment, jadi pembeli mungkin tidak cukup hendak keluarkan 105 pun susah rumah pertamaku ini kepada pembeli yang mempunyai pendapatan yang rendah, harga rumah terhad kepada RM220 ribu, jadi kerajaan melalui Cagamas memastikan down payment ini ada bantuan, tetapi setakat itu sahaja tidak ada subsidi.

Bagi rumah-rumah PR1MA, memang disyaratkan minimum occupancy period memang ada sepuluh tahun kerana sememangnya rumah-rumah PR1MA ini diberikan subsidi terutama sekali dalam bentuk tanah kerajaan bagi kepada pemaju dan pemaju laksanakan contohnya rumah ini harganya diturunkan kepada tahap-tahap tertentu maka dia ada subsidi oleh itu dikenakan sepuluh tahun.

Jadi kalau hendak Rumah Pertamaku hendak dikenakan juga itu buat masa ini tidak dikenakan kerana difikirkan tidak ada subsidi cuma bantuan down payment sahaja, itu rasionalnya. Apa pun RPGT kadar cukai keuntungan hartanah sudah pun diubah kepada 100 peratus bagi hartanah yang dilupuskan dalam dua tahun pertama.

Manakala tempoh dua hingga tiga tahun kadarnya pada 5 peratus dan yang menjual selepas lima tahun maka tidak ada RPGT jadi maknanya insentif untuk menjual lebih daripada lima tahun itu sudah ada dalam cukai yang dikenakan,

Page 122: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

116 DN 19.12.2011

Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali menimbulkan beberapa isu kalau diizinkan saya cuba menjawabnya, pertamanya dari segi Gini-coefficient ini sepatutnya EPU punya tetapi saya difahamkan EPU tidak jawab kepada Yang Berhormat, jadi saya kata kalau EPU tidak jawab kita kena jawablah walaupun ini di bawah bidang EPU. Perangkaan sedia ada menunjukkan jurang ketidaksamaan pendapatan dan ketidakseimbangan keseluruhan terus bertambah baik, mungkin tidak sepenuhnya baik tetapi bertambah baik.

Coefficient Gini berkurangan daripada 0.505 pada tahun 1980 dan saya rasa naik sedikit pada pertengahan tahun itu tetapi sudah turun kepada 0.441 pada tahun 2009; ini dimaklumkan kepada saya. Daripada aspek pengagihan pendapatan isi rumah pula menunjukkan pada tahun 1980 agihan pendapatan bagi isi rumah 40peratus terendah adalah 11.9 peratus, 40 peratus terendah 11.9 peratus dan 20 peratus teratas adalah 55.5 peratus. Akan tetapi kedudukan pada tahun 2009 sebenarnya bertambah baik, agihan pendapatan bagi isi rumah 40 peratus terendah berjaya ditingkatkan kepada 14.3 peratus daripada 11.9 peratus dan 20 peratus teratas berkurangan daripada 55.55 peratus kepada 49.6 peratus.

Saya ingat Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali bagi ada interim, ya itu memang meningkat tetapi rupa-rupanya pada tahun 2009 itu turun balik sedikit. Jadi kalau kita tengok long term itu dia ada inilah tetapi kita tahu bahawa kerajaan Malaysia ini memang cuba sedaya upaya untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah kalau kita lihat dari segi langkah-langkah belanjawan kumpulan 40 peratus terbawah ini yang 3000 ke bawah ini macam diberi bantuan termasuk yang BR1M RM500 ini yang akan menelan belanja lebih RM2 bilion, jadi barangkali langkah-langkah inilah yang membantu sedikit golongan berpendapatan rendah.

Isu GST pula Yang Berhormat kata GST ini regresif, saya merasakan GST ini sebenarnya boleh progresif tetapi dalam konteks macam mana. Ini sebab GST ini cukai yang dikenakan ke atas penggunaan barang-barang, jadi kalau orang miskin dia tidak mampu hendak beli barang-barang yang mahal-mahal, barang-barang pengguna yang mahal-mahal hanya orang yang berada, yang ada duit sahaja membeli, itu satu. Jadi setakat mana dia beli barang tidak kira siapa mahal lagi dia beli banyak lagi GST.

Keduanya ialah kerajaan selalunya apabila buat GST ini dia akan exam perkara-perkara asas makanan-makanan asas dia tidak ada kosong, jadi beli beraskah umpamanya, rotikah, telurkah, ikankah, sayurkah, tidak ada tax, ia tidak ada GST. Akan tetapi kalau beli furniture kereta, beli yang lain-lain ada. Jadi maknanya ia boleh progresif bergantung kepada exemption kita.

Kerajaan perlu meningkatkan kadar cukai pendapatan bagi golongan kaya korporat, sekarang kadar kita memang yang berpendapatan tinggi dia akan bayar lebih 28 peratus. Kalau tidak cukup lagi maka kita tengok, itu memanglah tetapi kita kena imbangi jugalah.

Kadang-kadang dikatakan kalau banding dengan negara-negara di serantau ini kita lebih tinggi kadar macam mana kita hendak menarik pelaburan, macam mana kita hendak menarik talent-talent kalau kita terlalu tinggi, jadi kita kena imbangi rendah sangat pun tidak boleh tinggi sangat pun tidak boleh. Akan tetapi kalau dari segi corporate tax itu sebenarnya satu lagi faedah GST apabila GST dikenakan maka corporate tax ini sebenarnya boleh diturunkan seperti mana yang dibuat di Singapura dan di negara lain. Ia tidak apa ia boleh turunkan corporate tax ini sebab daripada tax based dia ini sudah besar consumption tax ini sudah besar. Consumption tax ini adalah merupakan kebiasaan pada hari ini hatta saya dimaklumkan negara-negara di Laos ke sudah menggunakan consumption tax kita sahaja belum lagi.

■2150

Kita dalam peringkat masih lagi hendak kaji dan pastikan apabila dilaksanakan nanti ia tidak menimbulkan masalah kepada rakyat. Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali sekali lagi kita beri keutamaan sedikit kepadanya sebagai hormat kita kepada dia. Beban hutang yang ditanggung oleh rakyat sebanyak 77 peratus daripada KDNK ini. Ini household debtlah. Cuma memang kalau kita lihat ia kekallah dan stabil sedikit. Ia masih lagi dianggap stabil.

Page 123: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 117

Bank Negara masih mengeluarkan Yang Berhormat Mulia Tunku apabila dengan Bank Negara dia kata baguslah itu. Bank Negara dia masih menyatakan bahawa hutang isi rumah ini, household debt ini masih lagi terkawal bahkan Bank Negara mengambil tindakan-tindakan supaya tidak memudahkan pinjaman seperti kredit kad. Dia adakan syarat-syarat yang susah sedikit, hendak beli rumah yang ketiga sekarang ini susah sedikit supaya dia perlu bayar 30 peratus down payment umpamanya. Kalau tidak dahulu beli 10peratus pun boleh. Jadi kalau tujuan spekulasi rumah ketiga ini jaranglah biasanya yang isteri ketiga sahaja yang beli rumah ketiga ini untuk kegunaan dan yang lainnya barangkali untuk investmentlah. Jadi, saya tidak tahulah siapa isteri tiga ini di sini. Saya satu sahaja, tujuan apa? Mahu beli rumah ketiga? Jadi itu tinggi tetapi dipantau rapi dan Bank Negara mengambil langkah-langkah yang bersesuaian.

Ini kalau saya tidak jawabkan takut saya cuba hendak lari soalan Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin Ali. Dia membuat observation, dengan izin, yang agak betullah. Dia kata dari segi trend perbelanjaan pembangunan sebagai peratusan kepada jumlah perbelanjaan ini berkurangan sebab kita punya perbelanjaan pengurusan kita ini meningkat. Jadi development expenditure walau pun jumlah amount absolutenya lebih besar tetapi rationya sudah semakin kecil. Betul pertamanya kerana perbelanjaan pengurusan ini banyak benda yang kita tidak dapat elakkan.

Pertamanya subsidi ini, kalau kita tidak berikan susah juga dan subsidi ini memang banyak bercampur-campur semua itu hampir-hampir RM30 bilion jugalah. Jadi itu satu jumlah yang besar itu. Keduanya, penyelenggaraan. Apabila kita semakin banyak projek-projek hasil daripada perbelanjaan pembangunan, maka maintenance projek-projek tersebut juga akan meningkat kosnya. Kalau kita buat sahaja tidak maintain susah juga.

Maintenance pun perlu seiring sejalan. Jadi ini pun akan menambahkan kos operasi ya. Jadi apakah cara untuk kita membolehkan? Oleh sebab belanjawan ini terhad dan kita tidak boleh hendak tinggi kos operasi dan tinggi perbelanjaan pembangunan kerana kita perlu jaga defisit kita. Maka kerajaan mengambil langkah-langkah lain untuk meningkatkan pelaburan dalam nagara dan langkahnya ialah untuk memberi galakan supaya pelaburan swasta ditingkatkan dan kalau kita lihat dari segi transformasi ekonomi ini sebahagian besarnya mengapa transformasi ekonomi ini ialah untuk menjana pertumbuhan dari segi pelaburan swasta.

Untuk menggalakkan pelaburan swasta, kerajaan beri apa yang dinamakan facilitation fund 10 peratus. Bermakna kalau RM100 juta, RM10 juta kerajaan beri untuk kemudahan infrastruktur dan sebagainya. Jadi ini maknanya bagus juga. Jadi kalau kerajaan tidak membelanjakan RM100 juta untuk mendapat pelaburan, kerajaan belanja RM10 juta melalui pendekatan facilitation funds ini akhirnya RM100 juta juga pelaburan akan diadakan di Malaysia ini...

Dr. Syed Husin Ali: Tuan Yang di-Pertua, boleh mencelah sebentar?

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Sila Yang Berhormat.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya berhubung dengan pihak swasta melabur ya. Saya mendapat kesan bahawa sebenarnya pelaburan ke luar negara oleh golongan-golongan yang melabur di negara ini adalah sangat besar. Saya sebenarnya tidak tahu sama ada lebih besar daripada pelaburan yang dibuat dalam negara ini oleh mereka. Jadi apakah usaha untuk membendung ini? Itu yang pertama. Keduanya ialah baru-baru ini kita dapat berita misalnya bahkan perkara ini sudah ditimbulkan lebih awal lagi bahawa ada illicit outflow, dengan izin, iaitu seolah-olah wang haram keluar sebanyak RM150 bilion. Jadi bagaimanakah perkara ini telah berlaku? Apa sebabnya misalnya Bank Negara tidak bersuara tentang hal ini untuk membendungnya dan oleh sebab kita sudah tahu sekarang ini, apakah perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk memastikan bahawa wang tersebut dapat digunakan misalnya sebagai pelaburan. Terima kasih.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih Yang Berhormat. Pelaburan swasta memang besar di Malaysia. Kalau kita lihat dari segi ETPnya iaitu Entry Point Project ini memang banyak kalau kita dapat janakan semua yang dikenal pasti sudah hampir RM100 bilion kalau tidak silap saya tetapi ia akan memakan masa. Ini satu perkembangan yang cukup baik. Pelaburan di luar pun ada. Setengahnya oleh syarikat swasta dan setengahnya oleh syarikat-syarikat GLC. Saya fikir saya ada menjawab soalan lisan ya. Bermakna macam mana kita untuk mencapai prestasi pertumbuhan syarikat-syarikat kita kalau kita

Page 124: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

118 DN 19.12.2011

tidak pergi ke luar? Kita perlu terpaksa keluar ke rantau walau pun tidak di persada antarabangsa secara umumnya kerana inilah peluang. Kita tidak boleh lagi melihat kepada pasaran kita, pasaran kita hanya kecil. Jadi kita juga menggalakkan. Oleh sebab itu syarikat-syarikat GLC yang banyak pergi melabur dan pelaburannya besar-besar.

Keuntungannya pun bagus dan baik. Jadi apabila kita bercakap tentang pelaburan di luar oleh syarikat-syarikat dalam. Kita perlu pastikan supaya apa yang kita cakapkan itu sesuai dengan dasar kita dan keperluan masa depan kita. Memang going regional dengan izin adalah sesuatu yang perlu dilakukan. Cuma jangan pergi negara-negara yang merugikanlah. Itu kita perlu hati-hatilah ya. Jadi kalau kita ambil kira semua ini, maka saya rasa kita cukup-cukup mengawal.

Kita ada dasar dia. Dasar kawalan hendak keluar ini ada. Syarikat-syarikat orang awam boleh membawa keluar wangnya dengan syarat ia wangnya jangan wang pinjam. Ini keperluan exchange control kita ada. Ini dasar kita. Kalau rakyat - syarikatlah, rakyat ini tidak banyak hendak keluar mungkin dia hendak beli apartment untuk anak dialah. Akan tetapi syarikat dia hendak pergi melabur di luar. Kalau kita kongkong dia jangan melabur, dia kata ini duit saya, keuntungan saya. Kita perlu beri kalau tidak kita seolah-olah membuat kekangan kepada dia. Jadi lain kali dia kata tidak perlu melabur langsung di sini, baik melabur di luar. Kalau melabur di sini hasilnya tidak boleh bawa keluar pun.

Jadi kita kata boleh cuma jangan meminjam. Kita tidak mahu orang pinjam di sini dan bawa melabur di tempat lain. Kalau pinjam di sini patutnya melabur di sini.

Satunya illicit. Saya jawab dahulu illicit ya Yang Berhormat, illicit transfer ini. Sebenarnya benda ini tidak ada seorang yang tahu dengan tepat berapa banyak kerana ini adalah nama lagi tidak tahu benda ini yang keluar. Hanya anggaran-anggaran sahaja dan anggaran ini dibuat biasanya dia lihat imbangan pembayaran antarabangsa Yang Berhormat, balance of payment. The errors and omissions itu dia akan lihat - errors and omissions ini jumlah yang tidak boleh hendak cari di mana dia ini. Jadi agak-agak inilah errors and omissions. Dari situ dia boleh anggarkanlah mungkin errors and omissions ini sebahagiannya merupakan aliran keluar.

Satu hakikat yang kita terima memang ada peningkatan dan Bank Negara telah keluar statement beberapa kali menyatakan bahawa memang didapati bahawa aliran keluar baru-baru ini tinggi sedikit daripada biasa. Oleh sebab itu kalau kita fikir bahawa satu tindakan yang tegas oleh kerajaan taskforce yang digunakan untuk memeriksa semua money changers. Sebenarnya rupanya Yang Berhormat Senator Syed Ibrahim tahulah di money changers.

■2200

Ramai yang pergi keluarkan duit melalui money changer ini, tidak ada rekod. Tidak ada rekod, senang. Lebih efisien daripada bank ini. Bank payah. Jadi, rakyat kita ini pandai dia pergi money changer. Sekarang ini kita telah perkenalkan undang-undang baru. Saya ingat pada sesi yang lepas kita sudah luluskan bahawa sekarang ini tidak boleh lagi sudah hendak pergi main money changer, hantar duit berjuta-juta. Kadang-kadang elicit kadang-kadang duit itu betul duit dia cuma malas hendak pergi bank dia tidak hendak orang tahu dia pergi ikut situ. Sebab bagi sahaja money changer dapat di Dubai, di London. Itu betul tetapi sekarang tindakan sudah diambil.

Sekarang kalau pergi money changer macam pergi bank juga. Dia akan ada buku, dia akan cakap siapa yang hantar, berapa banyak dan Bank Negara akan check semua ini. Jadi, walaupun dahulu betul mungkin ada cuma jumlah sebenar macam saya kata tadi nobody knows. Ini hanya anggaran. Peningkatan ada sebab itulah Bank Negara mengambil langkah serius mesti kena pantau bahkan kalau tidak silap beratus money changer lesennya telah pun dinyahkan ataupun 50 macam itulah, banyak. Oleh sebabnya ia banyak dalam kegiatan memindah wang tanpa book keeping yang sesuai.

Okey, kalau boleh Yang Berhormat Senator, saya jawab soalan yang lain pula. Banyak yang saya sudah jawab, tiga, empat...

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat, teruskan.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Senator Datuk Haji Saat bin Haji Abu. Ini daripada perbelanjaan mengurus terlalu besar. Tadi saya sudah jawab sedikit. Yang paling besar di kalangan perbelanjaan

Page 125: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 119 mengurus ini ialah emolumen. Emolumen ini adalah gaji, saraan iaitu RM60.67 bilion, tanggungan RM35 bilion, subsidi, insentif, bantuan RM33 bilion. Tadi saya kata hampir RM30 bilion sebenarnya RM33 bilion. Banyak ini, sebab itu sebenarnya bila kerajaan hendak tengok bagaimana kita rationalized kan, dengan izin. Kena sebab ini tinggi ini RM33 bilion. Yang lain-lainnya tidak besar. Emolumen itu mungkinlah kita sudah ada pegawai ramai, banyak kerja kena buat tetapi subsidi, insentif, bantuan sahaja RM33 bilion. Ini mungkin skop yang kita boleh kaji Yang Berhormat.

Yang Berhormat Senator Tuan Chiew Lian Keng, telah menimbulkan satu isu yang agak menarik, kerana apa, saya pun kena check juga. Ada tidak Yang Berhormat Tuan, ada? Ini insentif yang bagus untuk menarik pelaburan asing ke KLIFD. Apa akan jadi kepada LOFSA dan Labuan ini kalau sudah KLIFD begitu menarik, sepuluh tahun tidak ada cukai, saya pun check juga, saya kata betulkah KLIFD ini lebih menarik. Sebenarnya memang lebih menarik tetapi hanya terhad kepada beberapa jenis perniagaan. Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus itu bila dengar Labuan sahaja dia buka mata, tadi nampak lali sudah sedikit. Dia sepuluh tahun pengecualian cukai 100peratus ini kepada kegiatan berikut:

(i) pengurusan aset dan dana; dan

(ii) modal teroka dan ekuiti.

Ini semua benda-benda baru-baru ini. Yang private equity, venture capital di Malaysia ini tidak begitu membangun. Bank Islam, Islamic banking. Islamic banking sahaja, yang biasa konvensional banking tidak dapat. Maknanya masih Labuan itu – Minta maaf Tuan Yang di-Pertua, sepatutnya saya pandang Tuan Yang di-Pertua tidak pandang Yang Berhormat. Yang tidak Islamik itu tidak boleh. Dia boleh datang tetapi dia tidak dapat 100 peratus. Jadi Labuan, daya tarikannya dia bayar 3 peratus cukai atau RM20,000 sahaja. Takaful boleh, pengurusan aset dan dana Islam boleh, pasaran modal boleh. Maknanya tidaklah akan mencabar Labuan.

Berikutnya, Labuan boleh memainkan complimentary role, dengan izin, dengan KLIFD ini. Bagaimana? Labuan kita membenarkan dia membuka office di Semenanjung. Jadi dia boleh buka satu office di KLIFD, membuka office di situ dapat pula insentif lain, insentif dari segi elaun bangunan, ia macam-macam. Elaun modal dipercepatkan, potongan cukai 50peratus , perbelanjaan sewa bangunan – macam-macam dia dapat. Jadi KLIFD ini dengan ringkasnya tidaklah akan memberi saingan kepada Labuan bahkan boleh dimainkan, boleh dijadikan complimentary, dengan izin.

Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh tadi ada, sekarang dah tidak ada, ada lagi okey. Memberi insentif kepada automation dan penggunaan teknologi baru supaya pekerja asing dapat dikurangkan. Kerajaan telah memberi insentif cukai untuk menggalakkan automasi dan penggunaan teknologi baru yang akan membantu mengurangkan kebergantungan. Insentif cukai adalah dalam bentuk elaun pelaburan semula bagi projek pembesaran, mempelbagaikan keluaran pemodenan termasuk meningkatkan automasi bagi syarikat pengilangan. Bagi sektor pembinaan, insentif cukai diberi bagi menggalakkan penggunaan Industrial Building System (IBS). IBS ini sudah sedia buat, patutnya pekerja asing tidak perlu ramai sangatlah. Tidak perlu bancuh simen apa di situ. Jadi IBS pun digalakkan. Dia ada elaun modal dipercepatkan.

Yang Berhormat Senator Dato’ Jaspal juga ada – projek-projek di bawah Second Rolling Plan dapat memberi peluang kepada banyak syarikat mendapat pekerjaan. Kerajaan seharusnya memberi kontrak bukan sahaja kepada syarikat-syarikat besar tetapi juga syarikat-syarikat sederhana dan kecil. Memang ada cuma kadangkala itu yang kita dengar yang dan besar-besar mega itu, memang ada, dia ada kategorinya, umpamanya yang had nilai yang melebihi RM20,000 sehingga RM500,000 dipelawa secara sebut harga. Yang melebihi RM20,000 hingga RM200,000 dipelawa kepada kontraktor kelas ‘F’, yang RM200,000 hingga RM500,000 di kalangan kontraktor kelas ‘E’, yang ini semua tidak payah tender. Ini sebut harga. Yang melebihi RM500,000 tender terbuka itu pun dipelawa mengikut kelas kontraktor. Maknanya mengikut saizlah.

Had Nilai Tender (RM) Kategori (Kelas)

200.000 - 500,000 E

500,000 - 2,000,000 D

2,000,000 - 5,000,000 C

Page 126: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

120 DN 19.12.2011

5,000,000 - 10,000,000 B

10,000,000 ke atas A

Jadi, sebenarnya ada kategori tetapi kadang-kadang projek yang kecil dan sederhana ini orang tidak minat sangat. Orang tidak heboh-hebohkan sangat, dia lihat yang besar-besar, siapa yang buat projek KLCC baru dapat perhatian.

Yang Berhormat Senator Datuk Paul Kong Sing Chu hutang negara. Hutang negara ini mencapai RM450 bilion. Hutang negara ini sebenarnya saya sudah pun jawab lisan, sebenarnya isu yang sama. Disiplin yang penting. Satunya, hutang negara jangan diambil hutang untuk membiayai perbelanjaan pengurusan. Maknanya kalau hendak bayar gaji kena berhutang then we are in really bad shape. Akan tetapi hutang untuk membiayai pembangunan okey, kerana pembangunan ini ia akan mengembangkan kapasiti negara.

Dalam masa yang sama kita ada macam-macam limit dia. Saya hendak sebut limit ini, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, hutang luar kerajaan persekutuan dihadkan kepada RM35 bilion. Hutang dalam negeri terkumpul di bawah negeri dan dalam negeri dan luar negeri mesti tidak melebihi 55 peratus di dalam KDNK. Sekarang ini kita 52 peratus, jadi masih lagi bawah limit. Bil Perbendaharaan ini short term papers, dengan izin, tidak boleh melebihi RM10 bilion.

Ini kerana short term paper ini kerajaan kena bayar cepat, dua bulan, tiga bulan, jadi ia ada limitnya. Jadi limit-limit ini yang memberi disiplin kepada kerajaan kita. Kalau tidak kita tidak mahu menjadi macam Greece. Greece ini barangkali tidak ada siling, dia kena belajar dari Malaysia. Malaysia ada siling bagus.

Yang Berhormat Senator Datuk Paul Kong Sing Chu juga – mengenai tender terbuka masih kabur dan memohon agar ketelusan dalam pemberian tender bagi mengelakkan kronisme. Sebenarnya ini sudah pun diperbaiki banyak sangat sudah. Saya tahu saya sendiri pun di dalam Jawatankuasa Tender di Kementerian Kewangan. Itu pun Jawatankuasa 2, Jawatankuasa 1 Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mempengerusikan.

■2210

Memang sekarang ini boleh dikatakan kesemuanya open tender dan open tender ini dibuat di peringkat kementerian dan jabatan. Ia hendak kena dapatkan pengesahan daripada Kementerian Kewangan dan bukan boleh dibuat sewenang-wenangnya. Jadi Kementerian Kewangan tengok adakah amalan ini berketepatan dengan keperluan open tender. Maknanya teknikalnya macam mana, dari segi kewangannya macam mana, dari segi harga masuk macam mana, nombor berapa dan lain-lain. Jadi saya rasa sekarang ini Tuan Yang di-Pertua, semua orang mengeluh susah hendak dapat projek sebab masuk open tender ini macam as good as not getting it lah, payah. Jadi sebenarnya kalau hendak kata tidak telus lagi itu mungkin sebab kita tidak tahu tetapi yang hakikatnya memang sudah telus, memang ramai yang kalau boleh tidak hendak susah sangat.

Yang Berhormat Senator Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah, ada?... Tidak ada?

Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Tidak ada tidak mengapa. Kita pergi yang ada dahulu, takut tidak sempat. Yang tidak ada kita kemudiankan.

Yang Berhormat Senator Dato’ Syed Ibrahim dan juga Yang Berhormat Senator Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan mengenai Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM100 juta ini.

Sebenarnya RM100 juta ini diberikan kepada kaum India dan Cina yang mana kaum India termasuklah India Muslim. India Muslim pun boleh. Akan tetapi jika hendak yang biasa ini pun boleh. Sebenarnya Amanah Ikhtiar Malaysia ini saya difahamkan bukanlah untuk Islam tetapi kadang-kadang bila kita tengok, entah macam mana, mungkin di luar bandar tidak ada sangat sebab pinjamannya kecil, RM2,000, RM3,000 atau RM5,000. Saya pernah, bahkan saya selalu berjumpa dengan mereka ini. Kebanyakannya orang Melayu dan bumiputera.

Page 127: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 121

Oleh itu kerajaan mengambil langkah khas untuk kaum Cina dan India supaya tidak kelihatan bahawa seolah-olah Amanah Ikhtiar ini untuk bumiputera sahaja. Jadi diberi RM100 juta, RM100 juta. Jadi India Muslim, sama ada hendak masuk India pun boleh, hendak masuk yang biasa pun boleh. Lagi istimewa, boleh masuk kedua-duanya.

Datuk Subbaiyah a/l Palaniappan: Minta penjelasan. Amanah Ikhtiar ini saya mengalu-alukan kelulusan sebanyak RM100 juta bagi kaum India. Apa yang saya ingin tahu, dahulunya sebanyak beberapa juta sahaja telah diberi kepada kaum India tetapi inilah pertama kali kita dapat begitu banyak. Apa yang saya ingin tahu sama ada syarat-syarat atau kriteria-kriteria itu adakah berlainan berbanding dengan tahun-tahun yang lepas?

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Tidak ada perbezaan, sama sahaja. Kalau dahulu macam itu, sekarang pun macam itu. Cuma diperuntukkan khas supaya lebih ramai kaum India yang dapat.

Saya hendak baca statistik sedikit. Mengikut rekod kemajuan projek Amanah Ikhtiar, sebanyak 92.7 peratus sahabat Amanah Ikhtiar telah berjaya keluar daripada garis kemiskinan. Oleh sebab dia sudah dapat pinjaman, sudah berniaga, maknanya dia tidak miskin lagilah. Jadi ini bagus. Juga dari segi rekod pembayarannya pun bagus, 99.5 peratus yang bayar balik, sebab dia buat cara berkelompok. Tiap-tiap minggu dia berhimpun, jadi masa itu dia bayar. Ada yang bayar RM10, RM20, RM50 dan sekarang ini ada yang sudah berjaya meminjam sampai RM50,000. Pinjaman RM50,000 pun ada. Jadi Amanah Ikhtiar ini baguslah. Akan tetapi tidak ada syarat yang lain.

Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh: Minta penjelasan sedikit Yang Berhormat, Tuan Yang di-Pertua. Saya difahamkan skim Amanah Ikhtiar sekarang sudah menjadi skim yang matured, betul? Akan tetapi apabila skim ini dimulakan, faedah yang dikenakan kepada peminjam adalah lebih kurang 10 peratus flat rate. Ketika ini skim ini sudah memang satu skim yang matured dan pinjaman yang dianggarkan akan diberi pada tahun ini adalah sebanyak RM2.1 bilion.

Jadi kalau kita lihat peruntukan datang daripada kerajaan, saya berasa untuk satu skim yang sudah jadi matured ini, sama ada kerajaan bercadang untuk melihat ataupun hendak kaji semula sama ada faedah ini boleh diturunkan? Ini kerana kumpulan-kumpulan yang meminjam ini memang daripada golongan-golongan yang susah tetapi skim ini success ratenya memang sudah bagus sekali. Pembayarannya lebih kurang 98 peratus, jadi risikonya bukan tinggi. Jadi tidak payah faedah yang begitu tinggilah. Adakah kerajaan bercadang untuk melihat semula ini? Terima kasih.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya peruntukan yang diberi ini adalah dalam bentuk pinjaman – pinjaman kerajaan kepada Amanah Ikhtiar. Jadi Amanah Ikhtiar kena bayar balik over timelah. Ia seperti rolling. Jadi yang RM2 bilion ini sebenarnya bukan peruntukan RM2 bilion. Yang mana yang sudah ada, campur dengan – maknanya wang yang ada pada Amanah Ikhtiar untuk dipinjamkan. Kerajaan tambah RM100 juta lagi.

Jadi sebenarnya dalam bentuk pinjaman dan tidak ada interest kalau tidak silap saya. Cuma Amanah Ikhtiar yang membuat kaedah bayaran ini dan barangkali sebab jumlah pinjaman pun sedikit, kadang-kadang kosnya pun banyak juga. Jadi kadar ini nampak sahaja tinggi 10 peratus tetapi kalau pinjam RM1,000...

Tuan Boon Som a/l Inong: Boleh saya mencelah, Tuan Yang di-Pertua? Macam mana pula dengan masyarakat Siam, adakah mereka diberi kelonggaran untuk meminjam?

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Ya, boleh. Masyarakat Siam pun boleh.

Tuan Boon Som a/l Inong: Oh, boleh ya?

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Boleh. Saya rasa bergantung Siam di mana. Kalau di Kelantan, Siam dengan Cina ini satu geng sahaja. Macam di Bachok itu, Siam atau Cina kah, ia sama sahaja. Jadi dia boleh pinjam yang Cina. Ataupun kalau Siam rasa dia tidak hendak pinjam yang Cina, dia hendak pinjam yang biasa pun boleh macam India Muslim yang saya katakan itu. Sebenarnya tidak terbatas kepada orang Islam tetapi mungkin kerana golongan yang perlu pada masa itu, dia hendak berniaga kecil-kecilan, Amanah Ikhtiar, jadi mungkinlah, tetapi boleh, boleh, tidak ada masalah. Akan tetapi kalau hendak tanya saya bolehkah pula khusus untuk Siam itu, itu kena lain kalilah. Sekarang kita beri kaum Cina RM100 juta dan kaum India RM100 juta. Terima kasih.

Page 128: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

122 DN 19.12.2011

BR1M. Macam mana BR1M ini? Yang Berhormat Tuan Ng Fook Heng dan Yang Berhormat Puan Chew Lee Giok, lebih kurang sama bertanya berhubung dengan BR1M, bagaimana mereka yang bekerja sendiri tetapi tidak mempunyai penyata gaji. Siapa yang tidak ada penyata gaji, tidak mengapa, tidak perlu bagi penyata gaji. Cuma dia buat pengesahan bahawa ini adalah benar dan tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar. Ini kerana dia boleh dikenakan denda di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan. Ada disebut dalam borang BR1M itu.

Saya ingatkan dia tidak sebut. Bila saya baca, memang ia ada sebut. Sesiapa yang memberi maklumat yang salah atau mahu menipu LHDN, sekiranya ditangkap, dia boleh dikenakan hukuman sehingga tiga tahun penjara. Bermakna satunya, baiknya, kerajaan memang hendak beri. Kalau memang layak tidak mengapalah, tidak payah slip gaji tetapi jangan menipu. Sesiapa yang menipu kalau ditangkap, kena.

Tuan Yang di-Pertua: Tiada maaf bagimu.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Ya?

Tuan Yang di-Pertua: Tiada maaf bagimu.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Kena denda penjara itulah kalau mengikut seksyen 193. Dia macam cukailah. Oleh sebab itu LHDN yang mengendalikan ini. Itu masalah kita yang kadang-kadang kita bayar cukai ini tidak berapa hendak cukup. Bila LHDN pergi check dan audit semula, banyak yang tertunggak.

Jadi mulalah dia menggelabah. Bila tertunggak yang itu kena bayar, penalti lagi kena. So principlenya sama, maknanya kena telus dan bercakap yang benar. Tambah, RM3,000 ini kita tahu. Kalau dapat RM3,000 lebih tidak payahlah, bagi pada orang yang tidak dapat RM3,000 ya. Janganlah kerana kita hendakkan RM500 sampai kita sanggup menipu. Sama juga dengan penjaja yang tidak ada slip gaji, tidak mengapa.

Jika terdapat dua atau lebih keluarga tinggal dalam satu rumah, sama ada layak mendapat BRIM memang layak. Kalau ada dua keluarga, tiga keluarga, tiga keluarga dapat. Yang awal-awalnya, kira satu rumah sahaja, tidak kira berapa keluarga. Akan tetapi apabila ada perbincangan dan seterusnya, kerajaan kata tidak apalah bagi. Kita hendak bagi rakyat. Yang dia ada tiga keluarga, kita bagi tiga.

■2220

Jadi oleh sebab itu sekarang ini dia mungkin peruntukan itu besar sedikitlah. Yang Berhormat Senator Tuan Ng Fook Heng, supaya diberi potongan cukai kepada mereka yang menderma kepada rumah ibadat dan kebajikan...

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Ya.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berhubung dengan...

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb belum sampai lagi ini, banyak lagi.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Tidak, isu BR1M tadi. Baru-baru ini disebut oleh Yang Berhormat sendiri bahawa hanya borang yang asal, asli sahaja diiktiraf. Di peringkat awal ini, kita di peringkat grass root telah dimaklumkan boleh kita fotostat dan edarkan. Jadi tolong clarify. Terima kasih.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih. Sebenarnya salah laporlah. Sebenarnya saya di Kelantan dan biasalah ditanya kalau ada borang-borang yang palsu, yang diubah-ubah macam mana. Jadi saya kata yang palsu ini semuanya tidak bole diterima. Jadi bila keluar laporan, dikatanya borang fotostat yang tidak diterima.

Sebenarnya saya tidak kata yang fotostat. Ditanya saya borang palsu. Memang saya kata palsu ini tidak payahlah guna dan bahkan saya kata kalau was-was, pergilah ambil yang original. Banyak yang kita sudah bagi, macam di Kelantan, sekolah-sekolah semua dibagi. Jadi saya cakap macam itu. Jadi mungkin dalam bila dia tulis itu, dia kata fotostat. Akan tetapi kita buat penjelasanlah.Sementara itu ramai jugalah orang SMS serta

Page 129: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 123 apa semua. Sebenarnya silap, silap betul. Memang yang original boleh digunakan fotostatnya.

Potongan cukai kepada mereka yang menderma kepada rumah ibadat dan kebajikan. Potongan cukai memang diberi ke atas derma wang tunai kepada tabung pembinaan rumah ibadat dan sekolah. Di bawah seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967, tetapi dengan syarat dia dapat status pengecualian cukailah. Kena minta dengan LHDN. Sekarang ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri umumkan dalam Belanjawan, status pengecualian cukai ini diberi dalam masa sebulan. Kalau dahulu lama tunggu, apply, mana tidak dapat-dapatnya. Jadi sekarang dalam sebulan. Cuma sumbangan wang tunai selain kepada tabung pembinaan tersebut. Contohnya untuk membiayai kos penyelenggaraan sekolah. Penyelenggaraan tidak termasuk. Ini tidak boleh pengecualian cukai. Yang hendak dibuat bina, boleh. Yang sudah dibina itu, tidak apa lah. Maintenance sendiri carilah. Buat masa ini, itu dasarnya.

Yang Berhormat Senator Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff, ada isu kerajaan gagal menyediakan Rumah Mampu Milik kepada rakyat dengan adanya SPNB dan PR1MA sebagai agensi tunggal, didapati bahawa fungsi SPNB dan PR1MAadalah bertindih dan mempunyai belanja pentadbiran yang tinggi. Sebenarnya ia tidak bertindih. Kalau kita lihat, SPNB ini ia ada dua kategori. Satunya, Rumah Mesra Rakyat. Ia buat sekarang 10,000 unit setahun.

Rumah Mesra Rakyat ini yang dijual sekarang harganya sudah jadi RM65,000 sebab barang-barang mahal dan dijual kepada rakyat dengan potongan bulanan sebanyak RM150 dan dia bayar sampai RM45,000 sahaja. Jadi yang lain itu diskaun.

Kerajaan bagus ya. Jadi yang ini untuk orang yang susahlah. Keduanya ialah Rumah Mampu Milik. Rumah Mampu Milik ini untuk golongan berpendapatan rendah tetapi ia lebih kepada komersial iaitu ia tidak ada diskaun. Jadi SPNB, tengoklah lokasi tertentu, ia buat pada harga yang berpatutan.

Projek Rumah Mampu Milik ini ialah harganya RM100,000 ke bawah sahaja. Prima ini harga dia lebih. Harganya sampai RM300,000 pun boleh. Mula-mula RM150,000. Kumpulan sasarannya lain sedikit. Pendapatan di bawah RM6,000 dan biasanya di bandar-bandarlah yang PR1MA ini. Kalau di luar bandar PR1MA itu tidak payahlah. Kita bagi SPNBlah buat di luar-luar bandar. Jadi sebenarnya tidaklah bertindih sangat. Walaupun nampak memang banyak, Rumah Pertamaku, Prima, SPNB tetapi sebenarnya tidak bertindih.

Yang Berhormat Senator Tuan Pau Chiong Ung, golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu membeli rumah macam mana? Kita ada juga Skim Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) yang mana kerajaan memberi jaminan pinjaman kepada golongan sasaran bagi mendapat pinjaman perumahan dari institusi kewangan yang terpilih sehingga RM100,000 bergantung kepada keperluan dan kemampuan peminjam membayar balik pinjaman. Akan tetapi dia kena mampulah. Maknanya bank ini, ia kena lihatlah kemampuan. Jadi soal Borang J tidak timbul. Boleh, ia ada skim.

Sehingga 16 Disember, sebanyak 2,976 permohonan pinjaman telah dijamin di bawah skim ini dengan nilai jaminan sebanyak RM140 juta. Sudah berjalan dengan baik...

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: [Bangun]

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Oh, yang dia tidak tanya pun hendak tanya pula. Sila.

Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman: Ya, saya berhubung dengan perumahan ini. Pertama sekali masalah rumah murah ini. Kerajaan telah menetapkan bahawa 30peratus daripada satu-satu pembangunan dibuatkan rumah murah. Akan tetapi kebanyakan ini untuk pengetahuan, tidak tahulah Menteri Kewangan atau Perumahan. Di Johor misalannya, rumah murah ini pun tidak laku. Jadi saya harap dalam perancangan kerajaan supaya ia dibahagi-bahagikan minta di negeri Kelantan misalnya tidak cukup rumah murah tetapi di Johor sudah lebih.

Jadi saya harap kerajaan melalui Kementerian Kewangan atau Kementerian Perumahan jangan hanya buat satu polisi, satu sahaja. Di Klang Valley tidak cukup rumah murah, misalannyalah. Lagi pula berhubung dengan PR1MAini, seperti yang kita tahu harga

Page 130: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

124 DN 19.12.2011

rumah di Klang Valley ini adalah terlampau tinggi. Saya fikir masalah Rumah Pertamaku ini pun bolehlah yang RM3,000 ini kalau duduk di Kuala Lumpur beli di Nilai dan sebagainya.

Jadi saya tidak tahu macam mana kerajaan boleh mengatasi masalah istimewanya pula di kawasan-kawasan yang harga rumahnya telah mendadak. Akan tetapi kalaulah di Terengganu, di Kedah misalannya, bolehlah buat rumah-rumah yang harga RM200,000 dan sebagainya di mana mereka-mereka yang bergaji RM3,000 boleh beli. Akan tetapi di Kuala Lumpur ini masalah ataupun di Klang Valley ini adalah masalah yang amat-amat banyaklah untuk mengatasi masalah ini. Terima kasih.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih. Apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat itu memang betullah. Bukan senang. Oleh sebab itulah kerajaan perlu mengadakan skim untuk membantu golongan di Lembah Klang, golongan berpendapatan rendah. Tidak semestinya rendah sebenarnya, RM3,000. Kalau dua orang RM6,000. Akan tetapi golongan muda, macam PR1MA ini, golongan muda dia hendak beli, gaji dia baru RM3,000. Memang susah. Oleh sebab itu apabila ada skim PR1MA ini, mengambil kesusahan ini kerajaan bagi skim di mana kerajaan bagi tanah kepada perumahan-perumahan ini.

Maknanya kalau hendak harapkan kepada komersial straightly, dengan izin, tidak boleh. Harga tanah di Klang Valley ini tinggi. Jadi dia carilah. Kerajaan bagi tanah-tanah yang mana kerajaan punya, bagi buat dengan syarat harganya dikawal supaya golongan muda berpendapatan rendah macam di Putrajaya baru-baru ini ramai hendak, tidak cukup. Akan tetapi mengundi iaitu bagusnya mengundi. Tidak ada kroni-kroni, tidak ada bagi-bagi. Siapa datang ambil undi, yang dapat dapatlah. Nasib dia. Orang yang tidak dapat cuba lagi. Mungkin ada lagi, PR1MA akan buat lagi. Jadi kita ambil ingatan Yang Berhormat. Sebenarnya...

Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh: Yang Berhormat, minta celah sekejap?

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Boleh.

Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh: Kalau diizinkan Tuan Yang di-Pertua..

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, kalau boleh Yang Berhormat jangan lama sangatlah. Agaknya Yang Berhormat pun kalau boleh, masa kita sudah larut. Okeylah, satu lagi. Selepas itu cukuplah.

Dato’ Jaspal Singh a/l Gurbakhes Singh: Bolehkah minta penjelasan tentang skim gerenti tadi untuk mereka yang tidak dapat pinjaman sebab terdapat banyak mereka yang susah seperti yang tinggal di kawasan-kawasan estet dahulu. Akan tetapi disebabkan pembangunan, mereka diberikan rumah di tempat lain. Akan tetapi masalah dia umur mereka tinggi dan kebanyakan daripada mereka sudah mempunyai masalah dengan bank. Adakah skim pinjaman Yang Berhormat sebut tadi untuk mereka-mereka seperti ini boleh mendapat skim gerenti kalau umur mereka lebih kurang 55 tahun, atau 60 tahun, untuk membeli rumah. Terima kasih.

■2230

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat.

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Yang Berhormat skim ini guaranteenya ada tetapi institusi kewangan itu membuat penilaian kerana dia tidak ada pendapatan tetap umpamanya. Jadi bank itu mesti jugalah mempunyai keyakinan bahawa dia boleh bayar. Jadi tidak kata kalau sudah dijamin itu maka sesiapa sahaja boleh sebab itu dia ada kawalan.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya ada satu lagi Yang Berhormat Senator Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah. Sebab saya simpan tadi dia tidak ada saya ingatkan tidak payah baca dia tidak ada tetapi dia masuk kemudian. Ini Langkawi, Langkawi Blueprint Yang Berhormat kata kalau boleh jangan prasarana sahaja pemasaran. Memang ini akan dibuat mempertingkatkan aktiviti pemasaran seperti penyediaan insentif untuk penerbangan sewa khas (chattered flight), aktiviti promosi, MICE iaitu meeting, incentive, convention and exhibition. Kita ada pelantikan CEO baru dia sudah jadi upgradekan Langkawi LADA ini bekas Ketua Pengarah ICU kita jadi General Manager dia, dia berpengalaman dia boleh.

Page 131: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

DN 19.12.2011 125

Dari segi adakah kerajaan akan menimbang semula penerbitan mata wang baru di negara ASEAN. Melihat senario ekonomi yang tidak menentu ini sebenarnya tidak ada rancangan. Sekarang ini kalau kita hendak common currency ini patut fikir banyak kali. Ini kerana kalau tengok di Euro ini pun tidak senang, menyusahkan. Jadi sepatutnya tidak ada pilihan kepada common currency secara tergesa-gesa. Jadi saya rasa itulah Tuan Yang di-Pertua sebenarnya.

Tentang satulah Yang Berhormat Senator Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor dia pun tidak ada. Sebab ini isu penting. Dari segi insider trading dalam saham MAS dan AirAsia. Ini maklumat penting saya hendak bagi maklumat baru kira freshlah saya dapat daripada SC. Memang penyiasatan telah dibuat sedang dibuat dan sekarang ini the narrow down kepada 11 buah akaun yang masih lagi dianggap ada suspicion dialah.

Akan tetapi dia kena checklah, check thoroughly. Sebanyak 11 akaun ini kalau dilihat AirAsia Counter yang melibatkan lima akaun transaction bernilai sebanyak RM39 juta share, AirAsia share. Jadi lima akaun yang nampaknya aktif trading masa itu yang MAS ada enam akaun RM8 juta share. Jadi AirAsia RM39 juta share. Ini maklumat yang saya dapat daripada SC maknanya penyiasatan masih on going tetapi sudah ada sedikit progresslah. Kalau tidak kata sedang laksanakan, sedang laksanakan sampai bila ya. Jadi saya kata bagilah maklumat yang kemas kini sedikit. Okey dia kata sekarang kita sudah fokus kepada 11 akaun. Jadi jumlah yang seperti mana yang saya katakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya cukup-cukup mengucapkan terima kasih di atas kesabaran semua Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kalau ada tertinggal sedikit di sana di sini saya mohon ampun. Apa pun saya yakin semua pandangan ini akan diambil kira sama ada secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa semua Ahli-Ahli Yang Berhormat telah pun mendengar jawapan yang begitu panjang lebar sebentar tadi dan berpuas hati. Waktu sekarang ini sudah pukul 10.34 malam. Yang Berhormat jangan lupa agaknya saya duduk di sini tidak sedar sudah dekat dua jam ini. Timbalan Yang di-Pertua saya tidak sihat jadi saya teruskan seterusnya agenda kita pada malam ini.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua.

Bacaan Kali Yang Ketiga

Datuk Dr. Awang Adek Hussin: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon memaklumkan rang undang-undang bernama suatu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan perkhidmatan untuk tahun 2012 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud tertentu bagi tahun itu dipersetujukan tanpa pindaan.

Saya mohon mencadangkan iaitu mengikut Peraturan Mesyuarat 53(2) Mesyuarat Majlis Dewan Negara, bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi II [Dato’ G. Palanivel]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Page 132: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · sebenarnya sedang di dalam perbincangan pihak kementerian dan kita juga tahu bahawa ia juga adalah satu tarikan untuk pelancong masuk ke negara

126 DN 19.12.2011

Rang undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

Tuan Yang di-Pertua: Jadi sekianlah Yang Berhormat. Semua Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 20 Disember 2011 esok. Sekian.

Dewan ditangguhkan pada pukul 10.37 malam.