Penyata Sebelum PBS.docx

2
2.1 PENYATAAN SEBELUM PBS Sebelum menjalankan PBS, saya telah menerima taklimat tentang cara penjalanan PBS daripada pensyarah-pensyarah dari unit Praktikum. Beliau telah memberi penjelasa kepada kami semua supaya jelas tentang aktiviti yang perlu dijalankan sepanjang masa PBS dijalankan. Sebelum menjalankan PBS, saya telah diberi tugas supaya menjalankan aktiviti di sekolah rendah yang saya menjalankan PBS. Fokus utama aktiviti saya ialah memerhati suasana sekolah dan mengetahui tentang sistem pengurusan sekolah rendah yang saya jalankan PBS. Selain daripada memerhati suasana sekeliling sekolah, dan mengetahui tentang sistem pengurusan sekolah, saya juga perlu menfokus kepada aktiviti perkembangan kognitif kanak-kanak yang telah disediakan dalam soalan kerja kursus pendek bagi subjek Perkembangan kanak- kanak. Bukan itu sahaja, saya juga perlu fokus kepada aktiviti yang dapat saya berinteraksi dengan guru-guru dan murid-murid. Tujuan utama aktiviti memerhati suasana sekolah adalah untuk mengenal pasti bahawa adakah suasana sekolah tersebut sesuai untuk belajar. Aktiviti ini adalah penting untuk masa hadapan saya supaya menjadi seorang guru yang mengajar dengan berkesan. Hal ini kerana suasana yang baik boleh membantu murid-murid belajar dengan lebih efektif. Tujuan utama aktiviti mengetahui tentang sistem pengurusan sekolah rendah adalah untuk jelas dengan sejarah sekolah. Dengan ini, saya akan lebih jelas tentang tanggungjawab saya pada masa hadapan semasa saya berjaya menjadi seorang guru. Selain daripada itu, aktiviti yang dijalankan untuk membolehkan saya berinteraksi dengan guru-guru dan murid-murid adalah untuk menambahbaikan kemahiran bersosial. Ini adalah berguna kepada saya pada masa

description

Contoh sahaja

Transcript of Penyata Sebelum PBS.docx

Page 1: Penyata Sebelum PBS.docx

2.1 PENYATAAN SEBELUM PBS

Sebelum menjalankan PBS, saya telah menerima taklimat tentang cara penjalanan

PBS daripada pensyarah-pensyarah dari unit Praktikum. Beliau telah memberi

penjelasa kepada kami semua supaya jelas tentang aktiviti yang perlu dijalankan

sepanjang masa PBS dijalankan. Sebelum menjalankan PBS, saya telah diberi

tugas supaya menjalankan aktiviti di sekolah rendah yang saya menjalankan PBS.

Fokus utama aktiviti saya ialah memerhati suasana sekolah dan mengetahui

tentang sistem pengurusan sekolah rendah yang saya jalankan PBS. Selain

daripada memerhati suasana sekeliling sekolah, dan mengetahui tentang sistem

pengurusan sekolah, saya juga perlu menfokus kepada aktiviti perkembangan

kognitif kanak-kanak yang telah disediakan dalam soalan kerja kursus pendek bagi

subjek Perkembangan kanak-kanak. Bukan itu sahaja, saya juga perlu fokus

kepada aktiviti yang dapat saya berinteraksi dengan guru-guru dan murid-murid.

Tujuan utama aktiviti memerhati suasana sekolah adalah untuk mengenal

pasti bahawa adakah suasana sekolah tersebut sesuai untuk belajar. Aktiviti ini

adalah penting untuk masa hadapan saya supaya menjadi seorang guru yang

mengajar dengan berkesan. Hal ini kerana suasana yang baik boleh membantu

murid-murid belajar dengan lebih efektif. Tujuan utama aktiviti mengetahui tentang

sistem pengurusan sekolah rendah adalah untuk jelas dengan sejarah sekolah.

Dengan ini, saya akan lebih jelas tentang tanggungjawab saya pada masa hadapan

semasa saya berjaya menjadi seorang guru. Selain daripada itu, aktiviti yang

dijalankan untuk membolehkan saya berinteraksi dengan guru-guru dan murid-

murid adalah untuk menambahbaikan kemahiran bersosial. Ini adalah berguna

kepada saya pada masa kelak supaya dapat menyampaikan ilmu pengetahuan

dengan lebih jelas kepada murid-murid.

Aktiviti-aktiviti yang saya fokus akan dijalankan sepanjang masa aktiviti PBS

saya dijalankan. Saya akan menjalankan aktiviti temu bual dengan pentadbir

sekolah seperti guru besar dan guru disiplin supaya mengetahui tentang sistem

pengurusan sekolah. Melalui temu bual dengan guru-guru atau pihak pentadbir di

sekolah, saya boleh mengetahui tentang cara pengurusan sekolah dan maklumat-

maklumat yang saya ingin bagi keperluan PBS. Bagi aktiviti memerhati suasana

sekolah, saya telah merancang pelaksanaan aktiviti tersebut dengan mengambil

gambar kawasan sekeliling sekolah.