Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulat

8
SCES3043 KEPELBAGAIAN BIOLOGI 1 TAJUK Penyediaan slaid untuk memerhati bakteria, protista dan kulat TUJUAN Memerhati slaid bakteria, protista dan kulat di bawah mikroskop PENGENALAN Sel merupakan unit struktur dan fungsi kehidupan. Semua organisma yang hidup di bumi terdiri daripada sel tunggal ataupun sel yang banyak. Kepelbagaian biologi ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas muka bumi ini. Bilangan spesies di dunia dianggarkan melebihi 80 juta, merangkumi pelbagai tumbuhan, haiwan, dan mikroorganisma yang wujud. Pengelasan biologi atau pengelasan saintifik merupakan kaedah taksonomi saintifik yang digunakan dalam pengumpulan dan pengelasan organisma menerusi kategori organisma seperti genus atau spesis. Hierarki pengelasan biologi untuk lapan pangkat taksonomi utama dapat dijelaskan melalui Rajah 1 yang berikut: Rajah 1: Hierarki pengelasan biologi Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen baru atau spesies baru dihasilkan atau ekosistem baru terbentuk, juga apabila sesuatu spesies organism menjadi pupus atau sesuatu sistem kompleks dimusnahkan. Kepelbagaian biologi ini biasanya dikaji pada tiga peringkat iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesies dan kepelbagaian ekosistem. Spesies adalah konsep taksonomi yang digunakan dalam biologi untuk merujuk pada populasi organism yang sejenis atau serupa dalam beberapa hal yang penting. Biasanya organism - organisma tersebut boleh membiak bersama. Dalam pengelasan saintifik, satu spesies Hidupan Domain Alam Filum Kelas Order Keluarga Genus Species

Transcript of Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulat

Page 1: Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulat

SCES3043 KEPELBAGAIAN BIOLOGI

1

TAJUK

Penyediaan slaid untuk memerhati bakteria, protista dan kulat

TUJUAN

Memerhati slaid bakteria, protista dan kulat di bawah mikroskop

PENGENALAN

Sel merupakan unit struktur dan fungsi kehidupan. Semua organisma yang hidup di bumi

terdiri daripada sel tunggal ataupun sel yang banyak.

Kepelbagaian biologi ditakrifkan sebagai kepelbagaian bentuk hidupan di atas muka bumi ini.

Bilangan spesies di dunia dianggarkan melebihi 80 juta, merangkumi pelbagai tumbuhan,

haiwan, dan mikroorganisma yang wujud. Pengelasan biologi atau pengelasan saintifik

merupakan kaedah taksonomi saintifik yang digunakan dalam pengumpulan dan pengelasan

organisma menerusi kategori organisma seperti genus atau spesis. Hierarki pengelasan

biologi untuk lapan pangkat taksonomi utama dapat dijelaskan melalui Rajah 1 yang berikut:

Rajah 1: Hierarki pengelasan biologi

Kepelbagaian akan berkurangan apabila gen baru atau spesies baru dihasilkan atau

ekosistem baru terbentuk, juga apabila sesuatu spesies organism menjadi pupus atau

sesuatu sistem kompleks dimusnahkan. Kepelbagaian biologi ini biasanya dikaji pada tiga

peringkat iaitu kepelbagaian genetik, kepelbagaian spesies dan kepelbagaian ekosistem.

Spesies adalah konsep taksonomi yang digunakan dalam biologi untuk merujuk pada populasi

organism yang sejenis atau serupa dalam beberapa hal yang penting. Biasanya organism-

organisma tersebut boleh membiak bersama. Dalam pengelasan saintifik, satu spesies

Hidupan

Domain

Alam

Filum

Kelas

Order

Keluarga

Genus

Species

Page 2: Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulat

SCES3043 KEPELBAGAIAN BIOLOGI

2

diberikan tatanama binomial dalam bentuk nama genus dan diikuti satu nama unik dan ditulis

dalam keadaan condong. Contohnya Homo sapiens, Panthera tigris dan Hibiscus rosa-

sinensis.

Pada awalnya, pengelasan terawal dikemukakan oleh Aristotle, seorang ahli falsafah Yunani

yang mengelaskan semua organisma sebagai tumbuhan atau haiwan. Pengelasan biologi

sentiasa berubah dari semasa ke semasa mengikut dengan pengetahuan sedia ada ahli-ahli

biologi dari akhir abad ke-15 hingga ke abad ke-17 bermula dari Carolus Linnaeus. Kemajuan

pengeleasan biologi dan tokoh sumbangan dapat dijelaskan melalui Jadual 1 di bawah:

Linnaeus

(1735)

Haeckel

(1866)

Chatton

(1925)

Copeland

(1938)

Whittaker

(1969)

Woese et

al. (1990)

Cavalier-

Smith

(1998)

2 alam 3 alam 2 empayar 4 alam 5 alam 3 domain 6 alam

(Tidak

diolah) Protista

Prokariot Monera Monera Bakteria

Bakteria Archaea

Eukariota

Protista Protista

Eukarya

Protista

Vegetabilia Plantae Plantae Plantae Plantae

Fungi Fungi

Animalia Animalia Animalia Animalia Animalia

Jadual 1: Perkembangan pengelasan biologi moden.

Kini, semua organisma di dunia dikelaskan kepada enam kumpulan besar yang dinamakan

alam. Enam alam ini ialah bakteria, protista, plantae, fungi dan animalia.

BAHAN DAN RADAS

Mikroskop cahaya, set pembedahan, slaid kaca, sisip kaca, penitis, air suling, sampel air

longkang, minuman yogurt, roti yang telah tamat tempoh (roti dalam bekas & roti kelapa dalam

plastik)

Page 3: Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulat

SCES3043 KEPELBAGAIAN BIOLOGI

3

PROSEDUR

1. Bahan seperti roti tamat tempoh, minuman yogurt dan sampel air longkang disediakan

sebelum memulakan eksperimen.

2. Satu titis air suling dititiskan di atas slaid kaca.

3. Fungus di atas permukaan roti tamat tempoh diambil menggunakan forsep.

4. Fungus (mikrob) tersebut diletakkan di atas slaid kaca dengan cermat.

5. Sisip kaca diletakkan di atas mikrob secara perlahan-lahan agar tiada buih

terperangkap.

6. Slaid kaca diperhatikan di bawah mikroskop cahaya.

7. Pemerhatian direkod dan digambar menggunakan kamera telefon pintar.

8. Prosedur diulang semula dengan menggantikan roti yang telah tamat tempoh dengan

bahan-bahan lain seperti minuman yogurt dan sampel air longkang.

9. Pemerhatian juga dilukis menggunakan lukisan saintifik dan dilabelkan.

Page 4: Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulat

SCES3043 KEPELBAGAIAN BIOLOGI

4

PEMERHATIAN

ALAM BAHAN PEMERHATIAN NAMA

SAINTIFIK

Kulat

Roti yang telah tamat tempoh di

dalam bekas

Harzia

verrucosa sp.

Bakteria

Roti yang telah tamat tempoh di

dalam plastik

Streptococcus

sp.

Protista

Sampel air longkang

Klamidonomas

sp.

Jadual 2: Pemerhatian struktur spesis bagi alam kulat, protista dan bakteria.

Page 5: Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulat

SCES3043 KEPELBAGAIAN BIOLOGI

5

PERBINCANGAN

Bakteria merupakan organisma selular mikroskopik tunggal. Kajian tentang bakteria dikenali

dengan bakteriologi dan merupakan cabang dalam mikrobiologi. Bakteria merupakan

kumpulan prokariot, yang membawa maksud ketiadaan nukleus. Terdapat tiga jenis bakteria

berdasarkan bentuk iaitu basil (bakteria berbentuk tangkai), kokus (bakteria berbentuk sfera)

dan spirilla (bakteria berbentuk melengkung). Bakteria tumbuh mengikut jumlah dan bukan

mengikut saiz. Bakteria berganda dengan membahagi kepada dua. Sel prokariot mempunyai

5 struktur komponen yang penting iaitu nukleoid (DNA), ribosom, membran sel, dinding sel

dan lapisan permukaan. Contoh bakteria ialah streptokokus (Rajah 1). Pengelasan santifik

streptokokus sp. adalah seperti berikut:

Pengelasan Saintifik

Alam Bakteria

Filum Firmicutes

Kelas Bacilli

Order Lactobacillales

Genus Streptococcus

Jadual 3: Pengelasan saintifik bagi streptokokus sp.

Rajah 2: Mikrograf elektron sepasang streptokokus yang sedang memisah. Lapisan

permukaan gentian halus adalah jelas. Dinding sel bakteria dapat dilihat di antara gentian

halus dan dalam sel berwarna gelap. Pembahagian sel dalam kemajuan yang ditunjukkan

oleh septum yang terbentuk antara kedua-dua sel dan lekukan dinding sel berhampiran

satah khatulistiwa.

Page 6: Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulat

SCES3043 KEPELBAGAIAN BIOLOGI

6

Berdasarkan teori, bakteria boleh didapati di dalam minuman yogurt. Semasa melakukan

eksperimen, tiada sebarang bakteria yang aktif terdapat di dalam minuman yogurt. Ini

kerana minuman yogurt tersebut terlalu cair atau telah bercampur dengan bahan-bahan

kimia yang lain di dalam minuman yogurt tersebut. Bakteria Streptokokus sp. tersebut telah

dijumpai pada roti yang telah berkulat di dalam plastik.

Protista adalah eukariot yang bukan dari alam plantae, animalia atau kulat. Eukariot yang

pertama ialah protista. Kebanyakan protista adalah mikroskopik dan unisel, tetapi sesetengah

wujud dalam multisel. Sebagai unisel, protista tidak mempunyai organisasi tisu yang khusus.

Organisasi selular yang mudah ini dapat membezakan protista dengan eukariot yang lain. Sel

badan protista mempunyai nukleus dan organel yang. Sesetengah protista mempunyai flagela

atau cilia untuk bergerak. Kebanyakan protista hidup di persekitaran yang mempunyai air

seperti kolam atau longkang. Contoh protista ialah klamidomonas (Rajah 2).

Rajah 3: Mikrograf klamidomonas di bawah mikroskop elektron. Klamidomonas berasal dari

alam protista alga hijau yang hidup dengan aktif di dalam air tawar. Mempunyai sitoplasma,

flagela dan nukleus (DNA).

Kulat merupakan eukariot dan mempunyai organisasi selular yang kompleks. Sebagai

eukariot, sel fungi mempunyai nukleus bermembran di mana DNA dibalut dengan protein. Sel

kulat juga mempunyai mitokondria dan sistem membran dalaman yang kompleks termasuk

jalinan endoplasma dan jasad Golgi. Berbeza dengan sel tumbuhan, sel kulat tidak

mempunyai kloroplas atau klorofil. Kulat mempunyai membran sel sama seperti eukariot yang

lain tetapi struktur membran sel pada kulat distabilkan oleh ergosterol iaitu molekul steroid

yang menggantikan kolestrol yang boleh didapati dalam membran sel haiwan. Kebanyakan

spesis dalam alam kulat tidak bergerak. Contoh kulat ialah Harzia verrucosa sp. (Rajah 3).

Page 7: Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulat

SCES3043 KEPELBAGAIAN BIOLOGI

7

Rajah 4: Harzia verrucosa sp.

Kulat menunjukkan dua peringkat morfologi yang berbeza iaitu vegetatif dan pembiakan.

Peringkat vegetatif merangkumi struktur seperti kapas yang berserabut yang dikenali

dengan hyphae. Kebanyakan hyphae dibahagikan kepada sel-sel yang diasingkan oleh dua

dinding berhujung dikenali dengan septum. Kebanyakan filum kulat, lubang-lubang kecil

yang terdapat di dalam septum (Rajah 5) membantu dalam pengaliran nutrisi dan molekul-

molekul kecil dari sel ke sel pada hyphae. Hyphae yang terdapat pada roti yang berkulat

tidak diasingkan oleh septum. Sebaliknya, ia terbentuk oleh sel yang besar mengandungi

banyak nuklei dan dikenali sebagai hyphae “coenocytic” (Rajah 6). Kulat membiak pada

persekitaran yang lembab dan sedikit berasid serta kulat dapat membiak dengan atau tanpa

cahaya.

Rajah 5: Septum Rajah 6: Hyphae “coenocytic”

Page 8: Penyediaan slaid bakteria, protista dan kulat

SCES3043 KEPELBAGAIAN BIOLOGI

8

KESIMPULAN

Ciri-ciri and struktur spesis bagi alam bakteria, kulat dan protista telah dikenalpasti melalui

pemerhatian di bawah mikroskop cahaya. Pada sampel air longkang terdapat protista

klamidomonas sp. dan pada roti yang telah tamat tempoh terdapat bakteria streptokokus sp.

dan Harzia verrucosa sp.

RUJUKAN

Boundless (2015). Fungi Cell Structure and Function. Diakses pada 20 April 2016.

https://www.boundless.com/biology/textbooks/boundless-biology-textbook/fungi-

24/characteristics-of-fungi-149/fungi-cell-structure-and-function-590-11809/

Julian Sutton (1998). Macmillan Foundations Biology. London: Macmillan Press LTD

Kamaludin bin A. Rashid, Kamariah bt. Haron, Mahanom bt. Jalil & Nor Azlina bt. Abd Aziz

(2012). College Biology. Shah Alam: IPTA Publications Sdn. Bhd.

Lam Peng Kwan, Eric Y K Lam (2000). Biology: A Course for ‘O’ Level. Singapore: Federal

Publications (S) Pte Ltd.

Mahadiah Muda (2013). Biology SPM 4&5. Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn. Bhd

OpenStax (2015). Characteristics of Protists. Diakses pada 20 April 2016.

http://cnx.org/contents/[email protected]:Hi2buAFQ@5/Characteristics-of-Protists

Robert Boumis (2015). List of Several Examples of Eukaryotes. Diakses pada 21 April 2016.

http://education.seattlepi.com/list-several-examples-eukaryotes-4179.html

Wikipedia The Free Encyclopedia (2016). Streptococcus. Diakses pada 20 April 2016.

https://en.wikipedia.org/wiki/Streptococcus

Wikipedia The Free Encyclopedia (2015). Taksonomi. Diakses pada 21 April 2016.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Taksonomi