PENYELESAIAN GEJALA SOSIAL
Transcript of PENYELESAIAN GEJALA SOSIAL
PENDIDIKAN ISLAMNURAFIQAH
BAHIAHBINTI
SAIFUL ANUAR
Huraian dalil dari Al-Quran dan Al Sunnah serta nyatakan juga konsep
mukmin,muslim,kafir,fasik dan zalim sebagai penyelesaian gejala sosial di Malaysia.
PENDAHULUAN Gejala sosial semakin berleluasa
sekarang.Pendidikan anak adalah perkara yang sangat penting di dalam Islam dalam menengani masalah ini.
Di dalam Al-Quran kita dapati bagaimana Allah menceritakan tentang kisah Luqman yang memberi pendidikan kepada anak-anaknya.
Begitu pula dalam hadis-hadis Rasulullah saw, kita temui banyak juga bentuk-bentuk pendidikan terhadap anak, baik dari perintah mahupun perbuatan beliau mendidik anak secara langsung.
Sesungguhnya Islam sangat menitikberatkan pencegahan pada peringkat awal kerana mencegah lebih baik daripada merawat.
Perkara yang buruk hendaklah dihindarkan agar ianya tidak member kesan buruk kepada kita.
Justeru itu, Islam datang bertujuan memelihara maruah manusia dan menutup apa jua ruang yang boleh membawa kepada kemaksiatan atau kebinasaan.
PENTINGNYA IBADAH SOLAT
Kita haruslah mengerjakan sembahyang pada waktunya dengan cara yang sempurna dan khusyuk.
Ini kerana tujuan Allah menjadikan manusia untuk menghuni alam yang fana ini agar mereka mengabdikan diri kepadanya.
Allah sesekali tidak membenarkan kita meninggalkan sembahyang kerana Allah telah memberi jaminan bahawa sesiapa yang mendirikan sembahyang akan selamat di dunia dan di akhirat.
AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR
Padahal Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang muzik,
والمعازف والخمر والحرير الحر ون يستحل أقوام /متي أ من /ونن ليك“Sungguh akan ada dari umatku yang menghalalkan zina,
sutera, arak dan al-ma’azif (alat-alat muzik)”. (Shahih, HR. Al-Bukhari dan Abu Daud)
Maknanya: Akan datang dari muslimin kaum-kaum yang meyakini bahwa perzinaan, mengenakan sutera asli (bagi laki-laki, pent.), minum arak dan muzik sebagai perkara yang halal, padahal perkara tersebut adalah haram.
KONSEP-KONSEP MUKMIN,MUSLIM,KAFIR,MUNAFIK,
FASIK DAN ZALIM
1.Muslim Seorang yang percaya dan yakin
tentang kewujudan Allah SWT serta apa ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw
2.Mukmin Seorang yang percaya dan yakin
tentang kewujudan Allah serta ajaran yang dibawa oleh nabi kita dan rukun-rukun iman dan beramal dengannya.
3.Munafik Munafik dikategorikan sebagai orang
yang berpura-pura melahirkan keimanan terhadap Allah sedangkan hatinya tetap kufur.
Munafik juga merujuk kepada orang yang berbuat atau bersifat nifaq.
4.Fasik Orang fasik adalah seorang muslim yang secara sedar
melanggar ajaran Allah (Islam) atau dengan kata lain orang tersebut percaya akan adanya Allah, percaya akan kebenaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW tetapi dalam tindak perbuatannya mereka mengingkari terhadap Allah SWT dan hukumNya, selalu berbuat kerosakan dan kemaksiatan.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Orang fasik adalah orang yang melanggar perjanjian itu teguh, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada mereka) untuk menghubungkannya dan membuat kerosakan dimuka bumi. Mereka itulah orang yang rugi” (Surah Al Baqarah ayat 27)
5.Zalim Zalim secara bahasa bermaksud
"aniaya/celaka" . Zalim secara istilah bermaksud
"berbuat aniaya/celaka terhadap diri sendiri atau orang lain dengan pelbagai cara yang bertentangan dengan syariat Agama Islam".
6.Kafir Mengikut bahasa kafir ialah orang yang
menutupi, menyembunyikan sesuatu, atau menyembunyikan kebaikan yang telah diterima atau tidak berterima kasih atau mengingkari kebenaran. Secara istilah, kafir adalah orang yang menentang, menolak, kebenaran dari Allah S.W.T yang di sampaikan oleh RasulNya atau secara singkat kafir adalah kebalikan dari iman.
Kesimpulan Nabi SAW bersabda dalam sebuah
hadis yang bermaksud:
Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah suci bersih dan kedua ibu bapa yang mencorakkan kehidupan mereka,sama ada menjadikan mereka Yahudi,Nasrani dan Majusi.