PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
Transcript of PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
1/24
PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH/AHMADIAH
MENURUT AQIDAH ISLAM
Pendahuluan
Ajaran Qadiani ialah suatu ajaran yang diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di India
pada tahun 1889. Ajaran ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan terkeluar dari
agama Islam. Perkataan Ahmadiah adalah disandarkan kepada nama Mirza Ghulam Ahmad
sendiri iaitu pengasas ajaran ini. Qadiani pula adalah diambil dari nama kampung atau
kawasan tempat lahirnya Mirza yang terletak di daam daerah Gurdaspur, India. Dengan
demikian, ajaran ini dikenali juga dengan nama ajaran Qadiani atau Kadiyani bersandarkan
kepada nama kawasan tempat lahirnya Mirza.
Ajaran ini telah tersebar hampir ke seluruh dunia sejak awal abad kedua puluh hingga
sekarang oleh mubaligh-mubaligh atau pengikut-pengikut ajaran ini, atas nama agama Islam
walaupun ianya tidak pernah diiktiraf oleh agama Islam sendiri.
Mirza Ghulam Ahmad dan Keturunan
Mirza Ghulam Ahmad dilahirkan pada tahun 1839 di Kampung Qadian dalam daerah
Gurdaspur pada peringkat akhir pemerintahan Sikh di situ. Bapanya bernama Mirza GhulamMurtaza bin mirza Atta Muhammad. Beliau berketurunan Borlas dari bangsa Monghul. Tetapi
tidak berapa lama kemudian, beliau mendakwa mendapat ilham bahawa beliau berasal dari
bangsa Parsi. Keturunannya dipercayai berasal dari Samarkand, kemudian berpindah ke India
dan menetap di Qadian(Zahir, Hasan Isa Abd, 1980:41).
Pendidikan
Pendidikan awal Mirza Ghulam Ahmad dimulai dengan pengajian membaca Al-Quran dan
beberapa buah buku Parsi. Apabila berumur 10 tahun, beliau belajar bahasa Arab. Di kala
berumur 17 tahun, beliau belajar ilmu-ilmu nahu, mantiq dan falsafah secara berguru. Beliau
belajar ilmu perubatan dengan ayahnya sendiri. Beliau tidak mempelajari ilmu agama dengan
sesiapapun cuma secara belajar sendiri sahaja. Beliau menerima pelajaran di rumah hingga ke
peringkat menengah (Middle Class). Beliau seorang yang kuat belajar. Guru-gurunya yang
mengajar nahu, mantiq (Logic) dan falsafah ialah Maulavi Fazlilillahi, Maulavi Fazli Ahmad
dan Maulavi Gul Ali Shah. Ayahnya sendiri seorang ahli ilmu perubatan (Physician) yang
berpengalaman(1983:2).
1
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
2/24
Pekerjaan
Dengan pengetahuan yang ada Mirza bertugas di bawah Penolong Pesuruhjaya Sialkot
dengan gaji yang kecil selama 4 tahun (1864-1868). Pada masa ini, beliau belajar sebuah atau
dua buah buku Inggeris. Beliau telah cuba mengambil peperiksaan sijil Mukhtar tetapi gagal.
Pada tahun 1868, beliau meletakkan jawatan dan pulang ke Qadian menjaga tanah dan harta
sendiri. Tetapi sebahagian besar masanya ditumpukan untuk menatap Al-Quran serta buku-
buku Tafsir dan Hadith.
Kehidupan
Kehidupan awal Mirza adalah susah dan miskin seperti juga orang-orang biasa. Hanya setelah
dakwaan-dakwaannya mendapat perhatian dan berjaya, beliau mula mendapat hidup senang.
Dalam tahun 1907 beliau menulis : dulu saya tidak dikenali, hidup di kampung terpencil,
Qadian dan tidur di ceruk sudut. Kemudian Allah telah menukarkan dunia ini kepada saya dan
menolong saya dengan kemenangan demi kemenangan. Dulu sebenarnya saya tidak pernah
ada harapan untuk mendapat 10 rupee sebulan. Tetapi sekarang saya dapat menerima kira-kira
300 rupee atau lebih lagi. Mereka telah menghantarkan kepada saya wang dan emas dan saya
tidak tahu nama mereka.
Kahwin Dan Anak
Perkahwinan Mirza yang pertama ialah pada tahun 1852 atau 1853 iaitu dengan seorang
daripada kalangan keluarganya sendiri. Beliau mendapat dua orang anak iaitu Mirza Sultan
Ahmad dan Mirza Fazal Ahmad. Dalam tahun 1891, beliau menceraikan isterinya. Tahun
1884 beliau mengahwini anak perempuan Nawab Nasir, Delhi. Anak-anaknya yang lain
adalah dengan isterinya ini iaitu tiga orang. Mereka ialah:
1. Mirza Bashiruddin Mahmood
2. Mirza Bashir Ahmad (Pengarang Sirat Al-Mahdi)
3. Mirza Sharif Ahmad
Kesihatan
Semasa muda Mirza selalu diserang penyakit hysteria di mana kadang-kadang beliau pernah
rebah dan tidak sedarkan diri. Mirza sendrii pernah menganggap penyakitnya itu sebagai
hysteria dan tekanan perasaan (Melancholia). Beliau juga diserang penyakit kencing manis
(diabetes) dan kencing besel (copious urination). Beliau sering mengamalkan latihan rohani
(spiritual exercise) dan disiplin diri yang ketat. Beliau pernah berpuasa enam bulan tanpa
henti.
2
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
3/24
Sikap Dan Tingkahlaku
Pada masa kanak-kanak, Mirza adalah seorang budak yang simple dan tidaklah begitu
cerdik. Beliau tidak tahu bagaimana memutarkan jarum jam. Kalau dia hendak mengetahui
masa, beliau mengambil jam dari poketnya lalu membilang dengan tangan bermula dari angka
satu. Beliau membilang kuat-kuat supaya tidak lupa kerana beliau seorang pelupa. Kadang
kala beliau tidak dapat membezakan kasut kiri dan kanan. Mirza juga seorang yang bercakap
keras dan kasar serta menggunakan bahasa yang kesat bila menjawab tuduhan-tuduhan
lawannya. Dalam syairnya untuk menghentam orang yang tidak mempercayainya, beliau
berkata: Seteru-seteru itu macam babi; perempuan-perempuan mereka macam anjing.
Meninggal Dunia
Setelah Mirza mengisytiharkan dirinya sebagai Al-Masih yang dijanjikan (The Promised
Messiah) pada tahun 1891 dan sebagai nabi Allah pada tahun 1901, maka ulama-ulama Islam
mula menyerang dakwaannya itu. Antara mereka termasuklah Maulana Sanaullah Amritsari,
pengarang (penyunting) buku Ahli-Hadith.
Pada 5hb. April, tahun 1907, Mirza dengan lantang menjawab dan mencabar Maulana
Sanaullah di atas tuduhannya itu. Antara lain Mirza berkata: Jika saya ini pembohong dan
penipu maka saya akan mati pada masa kau masih hidup kerana saya tahu bahawa hidup
seorang pembohong itu tidak akan panjang; dia akan mati sebagai seorang yang gagal pada
masa lawannya masih hidup. Tetapi jika saya bukan pembohong malah diutuskan Allah dan
juga sebagai Al-Masih yang dijanjikan maka saya harap dengan kekuasaan Allah, kau tidak
akan dapat lari balasan-Nya. Dengan itu, justeru balasan itu hanya di tangan Allah, maka
penyakit yang mematikan manusia seperti taun tidak akan mengenakan kau selagi saya
masih hidup sebagai bukti saya ini pembohong.
Tetapi setahun selepas itu iaitu pada 25hb. Mei, 1908, Mirza jatuh sakit akibat penyakit ceret-
beret di Lahore. Padai masa itu juga, beliau diserang penyakit cerah muntah (taun). Pada
keesokan harinya, 20hb. Mei, 1908, Mirza menghembuskaan nafasnya yang terakhir.
Mengikut bapa mertuanya: Di malam Hazrat Mirza sedang tenat itu saya telah
mendampinginya. Lalu beliau mengucapkan kepada saya: Tuan sahib, saya ini diserang
penyakit tuan. Selepas itu saya tidak dengar lagi dia bercakap denga jelas sehingga dia
menghembuskan nafansya yang terakhir pada pukul 10 malam. Beliau dikuburkan di Qadian
yang sekarang ini di dalam negara Pakistan.
Bagaimana Munculnya Ajaran Qadiani
3
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
4/24
Faktor Dalam Diri Mirza Ghulam Ahmad
Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang yang kuat dan tekun belajar. Dia berminat dalam
bidang tafsir Al-Quran dan Al-hadith. Beliau juga adalah seorang yang bercita-cita tinggi dan
amat sensitif dengan kedudukan agama Islam pada masa itu yang sentiasa diancam oleh
pengaruh luar khasnya kebudayaan Inggeris dan agama Kristian.
Pada masa inilah Mirza telah bangun mempertahankan Islam dan menyerang Kristian. Beliau
telah menulis risalah-risalah dan mengarang buku untuk mempertahankan Islam. Antaranya
Baharin-I-Ahmadiah. Mirza telah dipuji atas hasilnya itu. Dan ini akhirnya menjadikannya
merasa sangat bijak, pandai dan berjasa kepada Islam. Akhirnya pula beliau merasa cukup
sesuai untuk membuat dakwaan luar biasa ke atas dirinya seperti reformer (mujaddid), Al-
Mahdi dan lain-lain lagi. Di sinilah bermulanya penyelewengan-penyelewengan lain yang
melahirkan ajaran Qadiani ini.
Faktor Luar Alam Sekitar
Pada akhir abad ke-19, umat Islam termasuk di India menghadapi pelbagai keadaan. Ulama-
ulama bercakaran pendapat mengikut mazhab masing-masing. Perang mazhab sering
mencetuskan keganasan yang mengakibatkan perpecahan. Imej ulama telah rosak. Ramai ahli
sufi olok-olok mendakwa boleh menunjukkan sesuatu yang ajaib dan mendakwa menerima
ilham daripada Allah. Mereka menarik minat masyarakat. Di samping itu, Punjab tempat
lahirnya Mirza Ghulam Ahmad menjadi pusat konflk pemikiran karut-marut dan kejahilan di
dalam agama. Mereka menderita akibat pemerintahan Sikh sejak lapan puluh tahun dahulu.
Ajaran Islam yang sebenarnya hampir hilang. Masyarakat Islam menjadi pudar, kosong
fikiran dan ragu-ragu.
Kekalahan orang-orang India dalam pemberontakan 1857 menentang penjajah Inggeris
menambahkan lagi keperluan kepada seorang pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan
yang teristimewa (charismatic). Segolongan orang Islam menunggu kemunculan Isa yang
dijanjikan sebagaimana yang diberitahu kepada mereka. Maka dari keadaan dan peluang ini,
bangkitnya Mirza Ghulam Ahmad membuat berbagai-bagai dakwaan berkenaan dengan
idirnya.
4
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
5/24
PENYELEWENGAN QADIYANIYAH MENURUT AQIDAH ISLAM
Kandungan Ajaran Qadiani
Kandungan ajaran Qadiani yang bertentangan dengan Islam itu boleh dilihat dari dakwaan-dakwaan Mirza Ghulam Ahmad dan perbuatan-perbuatannya. Antaranya:
1. Dakwaan Mirza Ghulam Sebagai al-Mahdi dan al-Masih yang dijanjikan.
Mula-mula pada tahun 1885, Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya sebagai reformasi
(mujaddid) kemudian pada tahun 1891, beliau mendakwa sebagai Imam Mahadi yang
ditunggu-tnggu kemudian beliau dihasut oleh Nuruddin supaya mendakwa dirinya sebagai Al-
Masih yang dijanjikan dan ini juga dilakukannya pada tahun 1891. Kemudian pada tahun
1901, beliau mengakui dirinya sebagai nabi. Di samping itu, pada 1hb. November 1904,
beliau mendakwa dirinya sebagai penjelmaan Krishna untuk orang-orang Hindu di samping
sebagai Isa Al-Masih untuk orang-orang Islam dan Kristian(al-Nadwi:1962:45-47).
Sebelum Mirza Ghulam Ahmad, golongan-golongan Syiah telah terlebih dahulu mendakwa
kedatangan Imam Mahdi dari kalangan tokoh-tokoh mereka. Umpamanya Syiah Sabaiah
menganggap Ali bin Abi Talib adalah Imam Mahdi yang akan datang lagi ke dunia pada akhirzaman, Syiah Imamiah Ithna-Asyariyyah menganggap Muhammad bin Hassan Al-Asykari,
Imam mereka yang kedua belas sebagai Imam Mahdi. Dia sekarang dalam keadaan ghaib dan
akan keluar lagi sebagai Imam Mahdi. Dan golongan-golongan lain lagi yang mendakwa
mempunyai Imam Mahdi masing-masing. Dengan demikian, tidak hairanlah jika Mirza
Ghulam Ahmad yang mendakwa dirinya berjasa kepada Islam, mendakwa dirinya sebagai
Imam Mahdi.
Seperti juga kepercayaan Kristian dan Yahudi, Mirza Ghulam Ahmad mempercayai bahawa
nabi Allah Isa a.s. itu adalah telah mati sebagaimana kematian manusia biasa. Tetapi berlainan
dari Kristian, beliau mendakwa mendapat ilham daripada Allah pada tahun 1890 bahawa Isa
tidak mati di atas palang. Malah sebenarnya apabila beliau pengsan di atas palang, beliau
diturunkan dalam keadaan luka. Kemudian kononnya apabila beliau benar-benar sembuh,
beliau pun lari ke Kashmir dan mati di sana dalam keadaan biasa dan kuburnya terdapat di
Srinagar, Kashmir.
5
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
6/24
Pada mulanya kepercayaan Mirza kepada nabi Allah Isa a.s. sama dengan kepercayaan orang-
orang Islam yang lain. Tetapi pada tahun 1891 di atas desakan kawannya Nuruddin, Mirza
mendakwa dirinya sebagai Isa Al-Masih. Dengan demikian, supaya sesuai dengan
dakwaannya, Mirza tidak lagi berpegang bahawa Isa Al-Masih yang akan turun itu adalah Isa
ibn Mariam tetapi kononnya Al-Masih dari kalangan penganut agama Islam dan pengikut
Nabi Muhammad saw. Tetapi ianya masih tetap mempunyai ciri-ciri, sifat-sifat dan peranan-
peranan yang sama dengan Al-Masih ibn Mariam yang dijanjikan itu. Dan dengan demikian
juga, Isa ibn Mariam itu tidak akan turun lagi kerana beliau (Mirza Ghulam Ahmad) sendiri
yang telah menggantikannya. Untuk menguatkan lagi hujah ini beliau terus mengatakan
bahawa Isa ibn Mariam itu telah mati bukan diangkat ke langit oleh Allah. Orang yang mati
tidak mungkin akan hidup dan turun ke dunia lagi(Hasan Iasa Abd. Al-Zahir 1980:115).
Dakwaan ini terkandung di dalam buku-bukunya, antaranya: Fath Al-Ilam, Tawdhih Al-
Maram dan Izalah Al-Awhan.
Penjelasan
Dakwaan Mirza yang berperingkat daripada Mujaddid, al-Mahdi dan al-Masih iaitu bertujuan
untuk mencari popular bagi dirinya dan dalam masa yang sama menyokong tindakan Inggeris
yang akhirnya mendakwa kerajaan Inggeris adalah kerajaan terbaik dan jihad terhadap
mereka di hapuskan. Manakala dakwaan Mirza sebagai al-Mahdi pada hakikatnya tidak
mempunyai asas yang kukuh. Ini kerana hadis-hadis yang berkaiatan dengan Imam Mahdihanya hadis yang bertaraf Ahad. Dalam hal ini juga ulama berselisih pendapat berkenaan
lahirnya Imam Mahdi( Burhanuddin Abd.Jalal 1995:55-56). Dalam keadaan ini digunakan
oleh Mirza untuk mengaku bahawa dia adalah al-Mahdi bagi mencapai tujuan tersirat. Begitu
juga kita dapat melihat Mirza mengubah pengakuannya pada 1981 dari al-Masih kepada
replica al-Masih.
Dalam pengakuannya menjadi al-Masih, jika dilihat pendapat Muhammad Abduh ketika
mentafsirkan firman Allah Taala di dalam surah Ali- Imran
Nabi Isa adalah satu-satunya al-Masih yang telah dijanjikan Allah. Kewafatannya
merupakan satu tajuk yang menarik sekali di kalangan umat Islam. Ada yang
berhemat bahawa dia tidak mati dibunuh tetapi diselamatkan oleh Tuhan di saat-saat
terakhir, ada pula yang berkata sememangnya al-Masih `Isa ibnu Maryam itu sudah
pun mati dengan kerelaan Tuhan, dan al-Quran sendiri telah mengesahkan hakikat ini
secara muktamad.
6
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
7/24
Kita akan merujuk kepada beberapa sumber-sumber yang sahih lagi berautoriti dan
berwibawa seperti al-Quran ul-Karim,
Hadith-hadith sahih serta tafsir-tafsir Ulamak-ulamak ahlus sunnah wa'l jamaah yang
terkenal.
Pandangan dan Tafsiran Ulamak-ulamak Islam hari ini.
I. Ulamak - ulamak dari Tanah Suci Arab
1. Di dalam bukunya "The Message of the Quran" (Utusan al-Quran) yang diterbit
oleh the Muslim World League of Makkapada dahun 1964, penulisnya, Muhammad
Asad menterjemahkan Surah 3 ayat 55 kepada Bahasa Inggeris seperti berikut :
"Lo! God said: O Jesus! Verily, I shall cause thee to die, and exalt thee unto Me."
Terjemahannya :
"Allah berkata: 'Ya 'Isa, sesungguhnyaAku mewafatkan engkau dan
meninggikan (darjat) engkau kepadaKu.."
Surah 5:117 pula diterjemahkan seperti berikut :
"And I bore witness to what they did as long as I dwelt amongst them; but since Thou
hast caused me to die,
Thou alone hast been their keeper. For Thou art witness unto everything".
Terjemahannya :
"Dan Aku menjadi saksi atas mereka , selama aku hidup bersama mereka. Tatkala
Engkau mewafatkan aku, Engkaulah mengawas mereka. Engkau menjadi saksi atas
tiap-tiap satu."
Pada nota kaki kepada surah 4 ayat 157 (yang menyangkal penyaliban Nabi Isa),
penterjemah ini telah memberi penjelasan seperti berikut :
"Begitulah al-Quran kononnya menafikan cerita penyaliban Hazrat Isa. Di kalangan
umat Muslim terwujud banyak cerita-cerita dongeng yaitu kononnya disaat-saat
terakhir Allah telah menggantikan Nabi Isa dengan seorang lain yang
7
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
8/24
menyerupaibeliau (mengikut cerita sesetengah orang, orang itu Yudas, seorang
pengikutnya). Orang ini telah mati disalib pula.
Tetapi, cerita-cerita dongeng ini tidak ada sokongan sedikit pun daripada al-Quran
mahu pun daripada Hadith-hadith yang sahih. Oleh itu, segala-gala cerita ini yang
dipergunakan oleh ahli-ahli tafsir klasik haruslah ditolak sebulat-bulatnya."
Nota kaki yang berikutnya pula mengandungi kata-kata :
"Tidak terdapat di mana-mana tempat di dalam al-Quran apa-apa alasan bagi
menyokong pendapat sesetengah para Muslim bahawa Allah telah mengangkat jasad
Nabi Isa secara jasmaniah kedalam Syurga."
2. Dalam Tafsir al-Qurannya, Ulamak Abdul Rahman Sa'di pula telah berkatabahawa :
"Allah telah memuliakan Isa dengan memperbanyakkan murid-muridnya di dunia ini,
semasa hayatnya dan juga selepas kematiannya (mamat)."
(Tafsir al-Manan, diterbitkan di Makka)
II. Ulamak-ulamak dari Mesir.
1. Ulamak Mesir yang terkenal Mufti Muhammad Abduh mempercayai bahawa Isa
telah meninggal dunia:
i. "Dalam kitab Tafsir al-Manar, guru dan Imam Muhammad Abduh, setelah
mengambil maksud jelasayat tersebut dan menyatakan bahawa perkataan tawaffa di
dalamnya membawa maksudnya yang jelas yakni 'membunuh'. 'Diangkatkannya'
(raf'a) pula mengikuti selepasnya dan ini pula bermaksud kemuliaan rohaniah."
(Qasas al-Anbiya oleh Abdul Wahab al-Najar, ms. 428)
ii. "Tawaffa disini bererti membunuh atau mematikan seperti di fahami secara jelasdan biasa."
(Al-Manar)
2. Syaikh Mahmud Shaltut, bekas Mufti Besar Mesir dan bekas Rektor (Ketua
universiti) Universiti al-Azhar,
Kaherah, telah mengeluarkan satufatwa seperti berikut:
8
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
9/24
i. "Tidak terdapat alasan (autoriti)berasaskan kepada al-Quran atau pun Sunnah
yang boleh membenarkan kepercayaan bahawa 'Isa telah diangkat ke Syurga dengan
jasadnya dan beliau masih hidup disana dan beliau akan turun ke bumi dari sana pada
Hari Qiyamat."
(Al-Fatawa, diterbitkan oleh Al-Idara al-Ama lil-Saqafat al-Islamiyya bil-Azhar, ms.
52-58)
ii. "Ayat-ayat al-Quran dalam nas tersebut (QS.4/157) menunjukkan bahawa Tuhan
telah menjanjikan 'Isa bahawa beliau akan diwafatkan pada waktu yang ditetapkan,
kemudian dimuliakan (diangkatkan) kepada hadhirat Allah (swt) sendiri dan
seterusnya dilindungi daripada musuh-musuhnya. Janji ini sudah pun termakbul,
Tuhan telah pun mewafatkan beliau dan seterusnya memuliakannya ke dalam
hadirat Allah s.w.t."
(Al-Fatawa, diterbitkan oleh Al-Idara al-Ama lil-Saqafat al-Islamiyya bil-Azhar, ms.
52-58)
3. Al-Ustaz Mustafa al-Maraghi:
i. Ustaz Mustafa memberi tafsirannya mengenai ungkapan, Ya 'Isa inna mutawaffi-ka
Dia menyatakan :
"Dalam ayat ini terdapat berita baik mengenai kejayaan `Isa di atas komplot musuh-
musuh Yahudinya, serta hayat `Isa mencapai waktu penamatannya. Tawaffa membawa
maksud kewafatan atau kematian sebagai insan di dunia ini. Dan raf`(kebangkitan)
pula merujuk kepada keadaan roh selepas kematian. Maksudnya ialah "Saya akan
mewafatkan ('mematikan') kamu (mumitu-ka), dan selepas kematianmu (maut) sayaakan membawa kamu menaiki suatu kedudukan yang mulia di sisi Ku. Saperti mana
Tuhan telah melakukan kepada Nabi Idris: 'Dia telah mengangkatkannya (iaitu Nabi
Idris) kepada suatu kedudukan yang mulia'."
(Tafsir al-Maraghi, bahagian iii, ms. 165)
ii) Surah Ali-Imran 3 ayat 14 berbunyi :
"Sesungghnya kamu (Muhammad) telah bercita-cita hendak mati sebelum
menemuinya,sesungguhnya kamu sudah melihatnya, sedang kamu
memperhatikannya."
9
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
10/24
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
11/24
3. Al-Ustaz Abdul Wahab al-Najjar memberi tafsirnya mengenai ayat-ayat al-Quran
:
Kuntu alai-him shahid-an ma dumtu fi-him (5:117), saperti berikut :
"Isa telah menjadi saksi keatas semua pengikut-pengikutNya selama dia berada
bersama-sama dengan mereka serta mengajarkan mereka firman Allah sehingga
kematiannya (wafat). Selepas itu, Tuhanlah yang menjadi saksi diatas mereka."
(Qasas al-Anbiya, Edisi ke-4, 1956)
Tuhan mahakuasa sendiri telah menyentuh perkara kewafatan Nabi `Isa secara
khusus; selepas Nabi `Isa naik doanya mengenai kewafatan beliau, Tuhan telah
memberi jawapanNya seperti berikut :
"Allah berkata: 'Ya 'Isa, sesungguhnyaAku mewafatkan engkau dan meninggikan
(darjat) engkau kepadaKu dan menyucikan engkau dari orang-orang kafir dan
menjadikan pengikut2 engkau diatas mereka yang kafir sampai hari kiamat.."
Surah 3 Ali Imran ayat 55
Dari ayat-ayat ini Allah telah memberi `Isa empat janji-janji, yaitu :
1."Diwafatkan oleh Tuhan sendiri" yaitu mengalami kematian ditangan serta dengan
kebenaran Tuhan,
2."Darjat beliau akan ditinggikan ke hadhirat Allah (raf `a)" oleh Allah sendiri,
Yakni beliau akan menikmati keadaan bersama-sama kehadhiran Tuhan. Padahakikatnya ungkapan raf `a (- kemuliaan) itu membawa erti yang bertentangan
dengan wad `a (kehinaan).
3."Menyucikan Engkau dari orang-orang kafir (tathir)", iaitu beliau akan dibenarkan
oleh Allah dari segala tuduhan-tuduhan musuh-musuh beliau.
11
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
12/24
4."Menjadikan pengikut2 engkau diatas mereka yang kafir sampai hari kiamat."
Pengikut2 Hazrat `Isa akan sentiasa mengatasi musuh-musuh mereka serta para ahli
kafir sehingga hari Kiamat!
Ayat-ayat diatas membuktikan tanpa apa-apa keraguan lagi bahawa al-Masih `Isa
sudah pun mengalami kewafatan. Oleh kerana raf `a itu hanya berlaku setelah segala-
gala lapisan-lapisan dan penghindar - penghindar jasmaniah yang lain telah
dihapuskan. Setiap insan yang salih dianugerahkan dengan raf `a setelah tamat
hayatnya. Rasullullah sendiri telah bersabda :
"Tatkala seorang yang beriman menghadapi kematiannya, datanglah malaikat maut
kepadanya.Jika dia seorang yang salih, mereka akan berkata kepada rohnya : 'Wahairoh yang tidak tercela, keluarlah, kamu berada di dalam tubuh yang bersih'...Jadi, roh
itu akan keluar dari tubuh itu, lalu diangkat ke Syurga dan pintu-pintu Syurga akan
dibuka baginya."
(Mishkat)
Jadi, apabila seorang beriman yang salih meninggal dunia, malaikat-malaikat akan
mengangkat rohnya ke Syurga. Inilah apa yang telah jadi kepada `Isa sendiri, jadi
selepas wafatnya `Isa a.s., roh beliau telah diangkat ke Syurga seterusnya
menganggotainya bersama-sama dengan penghuni-penghuni salih yang lain di Syurga
yang sudah pun meninggal dunia.
Oleh yang demikian, Tuhan sudah pun memenuhi semua janji-janjiNya kepada `Isa
a.s. Tuhan telah mendengarkan doa `Isa itu, beliau telah diwafatkan dengan kebenaran
Tuhan, kemudian selepas kematiannya, `Isa al-Masih diangkat masuk ke dalam
hadhirat Allah, dan seterusnya diberi kemenangan ke atas musuh-musuhNya, serta
murid-murid al-Masih `Isa sentiasa diberi kemenangan diatas musuh-musuh mereka
dan para ahli kafirun!
Maksudnya Tawaffa
Kamus-kamus Bahasa Arab menerangkan bahawa tawaffa Allahu-fulan-an, yaitu
Tuhan telah melakukan tawaffa keatas seseorang .., bererti bahwa Allah telah
mengambil nyawa (Roh) seseorang itu dan telah mematikan orang itu.
12
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
13/24
Demikianlah maksudnya telah yang di berikan di dalam Taj l-'urus, Al-Qamus, Surah
dan Asas al-Balaghah, sertaAl-Sihah danKullyat Abi-l-Baqa .
Dari ayat-ayat di atas (QS 5/117), Hazrat `Isa telah bercakap mengenai dua waktu
yang tertentu lagi berlainan. Waktu yang pertama disebutnya dalam ungkapan
"Selama aku berada bersama-sama dengan mereka".
Dan waktu yang keduanya apabila "(Hanya) Engkaulah (yang) mengawas mereka."
"Mereka" itu adalah murid-murid dan pengikut-pengikut `Isa -yakni umat Kristian.
Waktu yang pertama (apabila al-Masih `Isa berada bersama-sama umatnya) telah
beralih dan bertukar menjadi waktu yang kedua (apabila hanya Allah swt mengawasi
murid-murid `Isa a.s.) setelah terjadinya tawaffaitani atau `Isa telah diwafatkan(dimatikan) dengan kebenaran Tuhan.
Beliau menyatakan tafsiran ulama terhadap ayat ini terbahagi kepada dua:
1. Mengangkat dengan jasadnya hidup-hidup dan akan turun ke dunia pada akhir zaman
dan memerintah dengan syariat Islam, kemudian Allah taala mewafatkannya.
2. Memahami ayat pada zahirnya bahawa mati biasa dan yang diangkatnya itu adalahrohnya.
Manakala al-Sayyid Rashid Redha pula menegaskan tiada nas yang jelas dalam al-Quran
dan al-Sunnah tentang nabi Isa diangkat dengan jasad atau rohnya ke langit( Abdul Fatah
2002:15). Justeru itu, kihilaf antara ulama ini diambil kesempatan oleh Mirza untuk mengaku
dialah al-Masih untuk merealisasikan niat buruknya bagi memecah belahkan umat Islam.
Dakwaan Menerima Wahyu
Dalam khutbah Ilhamnya (Al-Khutbah Al-Ilhamiah) Mirza Ghulam Ahmad berkata:
Ini adalah kitab yang telah diilhamkan oleh Tuhan kepadaku pada satu hari daripada hari-
hari perayaan, malah ia adalah hakikat yang diwahyukan Tuhan kepadaku.
Katanya lagi,
Sesungguhnya telah sampai wahyu kepadaku daripada Tuhan sebelum diturunkan penyakit
taun supaya aku membuat perahu (bahtera) dengan pertolongan dan wahyu Kami.
Beliau mendakwa bahawa apa-apa dakwaan dirinya adalah wahyu atau ilham daripada Allah
13
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
14/24
bukan daripadanya sendiri.
2. Dakwaan Sebagai Nabi
Dakwaan Mirza Ghulam Ahmad yang paling merbahaya dan terakhir sekali ialah sebagai nabi
iaitu pada tahun 1901. Dakwaan ini didahului dengan dakwaan menerima wahyu daripada
Allah di mana bukan melalui malaikat Jibrail tetapi melalui ilham terus daripada Allah. Beliau
mengakui bahawa wahyu melalui Jibrail hanya kepada rasul yang membawa agama baru.
Wahyu seperti itu telahpun ditutup.
Pada tahun 1901, beliau telah membuat pernyataan yang mutlak tentang dirinya sebagai nabi
yang sebenar:
Demi Allah yang nyawa saya di tangan-Nya, Dia-lah yang telah mengutus dan menamakan
saya Nabi dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan saya yang
jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti.
Kemudian beliau menyamakan dirinya dengan nabi-nabi lain, malah akhirnya beliau
menyatakan : Sayalah Muhammad Rasul Allah.
Penjelasan
Penolakan kaum Sunni terhadap ajaran Qadianiyah adalah berhubung dengan soal aqidah.
Nabi Muhammad SAW adalah rasul yang terakhir ini berasaskan firman Allah Taala:
(al-Quran al-Maidah 5:3)
Selain daripada itu diperkuatkan dengan hadith-hadith yang banyak menyatakan Nabi
Muhammad adalah nabi yang terakhir dan tiada lagi nabi selepasnya(Muhammad al-Khudar
Husayn t.th:66)
Maksudnya Antara Aku dan para nabi sebelumku seperti seorang lelaki yang membina
sebuah rumah, dibinanya dan dihiasi rumah itu, melainkan tertinggal suatu tempat untuk
sekeping bata. Lalu manusia mengelilinginya, mereka kehairanan melihatnya, berkata
mereka: Mengapa tidak diletakkan bata? Maka akulah bata itu dan aku kesudahan segala nabi.
Hadith yang laian ialah sabda Rasulullah SAW
Maksudnya:
14
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
15/24
Bahawa kerasulan dan kenabian telah terputus, maka tiada lagi rasul dan nabi
sesudahku)
(al-Tirmizi,sunan, kitab ruya, dhihab nubuwwah)
Selain itu telah sabit bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir di sisi para
sahabat dan mereka sepakat menentang Musailamah al-Kazzab yang mengaku menjadi nabi
di zaman Rasulullah SAW dan mereka dianggap kafir. Begitu juga halnya dengan ulama
ulama selepas zaman sahabt sehingga kini(al-Mawdudi t.th:26)
3. Mukjizat Mirza
Selain daripada mengakui menerima wahyu daripada Allah yang taraf sahnya sama dengan
wahyu Al-Quran, beliau mengakui juga mempunyai mukjizat. Katanya : Nabi Allah itu telah
menunjukkan tiga ribu mukjizat. Tetapi mukjizat saya melebihi dari satu juta.
Dalam risalah Ikjaz Ahmadi katanya:
Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya, masakan dapat saya menafikan bulan dan
matahari menjadi pucat kerana saya(al-Nadwi 1962:66).
Penjelasan
Dakwaan beliau mempunyai mukjizat hanya hayalan dan retorik semata-mata. Gerhana bulan
seperti yang didakwanya adalah fenomena alam semata-mata dan bukan dengan kemukjizatan
beliau.Mukjizat ialah kebolehan luarbiasa yang tidak dapat dicabar oleh manusia yang
dianugerahkan oleh Allah kepada rasul dan Nabi-Nya untuk membukti kerasulan dan
kenabiannya(al-sadr t.thn:82-83).(al-Sadr t.thn :82-83) misalnya mukjizat Nabi Muhammad
SAW ialah keluar air dicelah-celah jari baginda apabila baginda meletakkan tangannya di
bumi, al-Quran yang tidak dapat ditandingi oleh manusia, peristiwa isra dan mikraj. Dan
sebagainya. Tetapi hal ini tidak langsung berlaku kepada Mirza kerana dia pada hakikatnyabukan Nabi(al-Nubhani t.th:8)
4. Menafikan Jihad Dan mewajibkan Taat Kepada Inggeris
Mirza Ghulam Ahmad adalah seorang yang anti-jihad dan menjunjung tinggi penjajah
Inggeris. Di bahagian lampiran dalam bukunya Shahadatul-Quran edisi keenam, atas tajuk
Untuk Perhatian Segera Pemerintah, beliau menulis : Saya telah menerangkan beberapa
kali bahawa Islam yang saya anuti ini mengandungi dua bahagian; iaitu Taat Kepada Allah
dan kedua : Taat kepada pemerintah yang telah memberikan keamanan dan perlindungan
15
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
16/24
kepada kita serta mengawal kita daripada kezaliman. Itulah dia kerajaan Inggeris.
Beliau menambah:
Saya bukan saja menjadikan orang-orang India Muslim taat kepada kerajaan Inggeris,
malah saya telah menulis beberapa buah buku dalam bahasa Arab dan Parsi juga Urdu
menerangkan kepada penduduk-penduduk Islam bagaimana untuk hidup aman, nikmat
bahagia dan bebas di bawah kepak sayap kerajaan Inggeris. Dan Mirza menambah lagi:
Saya yakin bahawa dengan bertambahnya bilangan pengikut-pengikut saya, maka
berkuranglah orang yang percaya kepada jihad kerana kepercayaan kepada saya sebagai Al-
Masih dan Al-Mahdi dengan sendirinya menafikan adanya jihad itu.
Mirza mengeluarkan hukum dan pendapat yang bertentangan sekali dengan kehendak ayat-
ayat Al-Quran. Ini dapat ditunjukkan melalui kata-katanya di bawah:
1. Jihad dengan pedang telah dilarang;
2. Semua peperangan untuk agama sekarang ini telah ditegah;
3. Sekarang jihad untuk tujuan agama telah diharamkan;
4. Pada pendapat saya, tidak ada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada
doktrin jihad;
5. Saya menghabiskan sebahagaian besar umur saya untuk mengiyakan kerajaan British
dan menentang jihad(Hasan Isa Abd.alZahir 1980:97).
Penjelasan
Jihad yang diingkari oleh Mirza adalah antara perkara yang paling afdhal dalam Islam. Ini
dapat dibuktikan dengan sabda Rasulullah SAW
Bermaksud:
Daripada Abu Hurairah Bahawa Rasulullah SAW ditanya amal manakah yang paling
afdhal? Sabdanya: Iman kepada Allah Taala dan Rasul-Nya. Kemudian ditanya, selepas itu?
Jawabnya : Jihad di jalan Allah, kemudian ditanya lagi, selepas itu? Jawab-Nya : haji mabrur.
(al-Bukhari, Sahih, kitab al-Iman, bab man qala inna al-Iman huwa amal)
16
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
17/24
Juga ia bertentangan dengan pegangan umat Islam berdasarkan firman Allah Taala di dalam
suar Taubah:
(al-Quran, alTawbah 9:41)
Justeru dakwaan Mirza bahawa jihad telah di mansuhkan adalah tidak berasas. Ini kerana
bercanggah denga al-Quran dan Hadith yang telah dinyatakan di atas( Hasan Isa Abd. Al-
Zahir 1980: 146) Selaian itu, Mirza pada hakikatnya melakukan demikina atas kepentingan
diri dan semata-mata untuk menyokong kerajaan Inggeris(Mutawalli t.th.:40-41)
Mengubah Ayat-Ayat Al-Quran
Satu lagi penyelewengan dan kesalahan besar yang dilakukan oleh ajaran Qadiani ialah
mengubah ayat-ayat Al-Quran atau disebut Tahrif Al-Quran. Tahrif bererti mengubah atau
meminda bentuk dan kedudukan ayat-ayat Al-Quran. Sebarang pengurangan yang sengaja,
penghapusan dan penambahan terhadap ayat-ayat Al-Quran adalah merupakan tahrif. Usaha
yang sengaja dilakukan untuk mentafsir ayat-ayat Al-Quran di luar dari erti yang sebenar dan
jelas adalah juga dipanggil tahrif.
Antara contoh-contoh tahrif adalah seperti ayat 23 surah Al-Baqarah, ayat 52 surah Al-Hajj
dan ayat 1 surah Al-Qadr. Terdapat banyak lagi ayat-ayat yang diubah atau ditahrifkan oleh
Mirza Ghulam Ahmad di dalam Al-Quran. Segala-galanya adalah untuk menguatkan segala
dakwaannnya.
Lain-Lain Dakwaan
Dakwaan-dakwaan lain yang dilakukan oleh Mirza Ghulam Ahmad , antaranya ialah:
1. Para Nabi Menyaksikan dirinya
Dalam bukunya Maktub Ahmad halaman 62, Mirza mendakwa:
Nabi Allah Saleh telah menyaksikan kebenaran saya sebelum saya melahirkan seruan saya.
Saya adalah Isa Al-Masih yang akan datang. Beliau menyebut nama saya serta nama
kampung saya.
2. Malaikat Sebagai Pancaindera Tuhan
17
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
18/24
Dalam buku Hamamah Al-Busyra halaman 98, Mirza menegaskan:
Lihatlah pada malikat-malaikat itu bagaimana Allah menjadikan mereka itu sebagai
pancainderanya.
3. Ibadat Haji Di Qadian
Orang-orang Qadiani menganggap bahawa daerah Qadian adalah merupakan salah satu
daripada tiga tempat suci disebutkan iaitu Makkah, Madinah dan Qadian. Harian Al-Fadhl
bilangan 1848, Jilid 10 Disember 1912 menyebut:
Sesiapa yang menziarahi menara putih Al-Masih yang dijanjikan (Mirza) akan diberikan
berkat yang hanya ditentukan kepada menara hijau Nabi di Madinah Al-Munawwarah.
Alangkah menderitanya orang yang menghalang dirinya daripada menikmati Haji Akbar di
Qadian.
Dalam Harian Al-Fadhl Jilid 20 bilangan 23 ada disebutkan katanya:
Apa yang dimaksudkan dengan Masjid Al-Haram ialah Masjid Qadian. Andainya daerah
Qadian menyamai Tanah Suci malah mungkin lebih utama daripadanya, maka
menziarahinya adalah menyamai fardhu haji dan mungkin melebihi daripadanya.
Dalam Bigam Sulhi Jilid 21 bilangan 22, lidah rasmi Cawangan Lahore menyebut:
Menunaikan haji di Makkah tanpa melakukan haji di Qadian adalah haji kering dan kosong
kerana menunaikan haji di Makkah hari ini tidak memenuhi risalah dan tidak menunaikan
fardhunya.
Ulasan
Munculnya Ajaran Qadiani
Munculnya ajaran Qadiani ini adalah jelas dari keadaan-keadaan yang tidak normal pada
diri Mirza Ghulam Ahmad sendiri dan pada suasana alam sekelilingnya. Mirza adalah seorang
yang mempunyai cita-cita yang tinggi, kuat berusaha dan belajar serta mempunyai sikap yang
keras. Namun beliau bukan mempunyai pendidikan yang tinggi dan mendalam di dalam
agama Islam. Pengetahuan yang didapatinya lebih merupakan hasil pembacaannya sendiri.
Suasana yang tidak tenteram di dalam masyarakatnya khasnya ancaman-ancaman politik dan
kebudayaan dari penjajahan Inggeris dan kejahilan rakyat, memberi peluang kepadanya untuk
muncul sebagai pemimpin yang akhirnya mendakwa dirinya dengan bermacam-macam
dakwaan yang karut. Lebih-lebih lagi beliau sentiasa digalakkan oleh kawannya Nuruddin
yang bukan seorang ahli agama yang kemudiannya menjadi khalifahnya yang pertama.
Dakwaan Menerima Wahyu
18
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
19/24
Penyelewengan yang nyata dalam ajaran Qadiani bermula dari dakwaan menerima wahyu
dari Allah swt oleh Mirza Ghulam Ahmad. Sebenarnya tiada seorangpun selepas Nabi
Muhammad saw sama ada dari kalangan sahabat atau kalangan salafussalih yang telah
diturunkan wahyu. Dengan demikian, apa yang dimaksudkan wahyu oleh Mirza Ghulam
Ahmad itu adalah rekaan semata-mata.
Dakwaan Sebagai Imam Mahdi
Dakwaan Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi adalah dakwaan tanpa asas. Tidak ada
orang yang mengetahui dengan tepat siapakah Imam Mahdi itu. Hadith-hadith berhubung
Imam Mahdi hanyalah Hadith Ahad dan tidak menjelaskan siapkah Imam Mahdi itu
sebenarnya. Ulama-ulama Islam berselisih pendapat tentang akan lahirnya Imam Mahdi yang
ditunggu-tunggu itu. Dengan demikian, kemunculan Imam Mahdi itu bukan suatu akidah di
dalam akidah Islam.
Gelaran Imam Mahdi yang disebutkan itu adalah rekaan golongan tertentu untuk
mengagungkan pemimpin mereka. Dan Mirza telah mengambil kesempatan menggunakan
nama tersebut untuk dirinya dan mendakwa ianya datang daripada perintah Allah. Inilah
taktik pembohongan Mirza yang selalu dilakukannya.
Dakwaan Isa a.s. Mati Dan Kuburnya Di Srinagar
Di dalam Al-Quran , Nabi Isa a.s. bukan dibunuh dan disalibkan tetapi rupanya telah
diserupakan oleh Allah dengan seorang yang lain. Malah Allah telah mengangkatnya
kehadrat-Nya sebagaimana tersebut di dalam ayat:
Dan (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan :Sesungguhnya kami telah
membunuh Al-Masih Isa ibn Maryam, Rasulullah. Pada hal mereka tidak memalangnya
(dikayu palang salib) tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu
seperti Nabi Isa). Dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham tentang
(Nabi) Isa, sebenarnya mereka berada dalam syak (ragu-ragu) tentang menentukan
pembunuhannya. Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka tentangnya selain daripadamengikut sangkaan semata-mata dan mereka (pula) tidak membunuhnya dengan yakin.
Bahkan Allah telah mengangkat (Nabi) Isa kepada-Nya, dan adalah Allah Maha Kuasa
lagi Maha Bijaksna.
(An-Nisaa : 157 & 158)
Dengan demikian, umat Islam percaya bahawa Nabi Isa a.s. itu tidak mati di tiang salib atau
di mana-mana malah telah diangkatkan Allah ke hadrat-Nya. Hadith-hadith juga telah
menyebutkan demikian. Dengan itu, kubur Nabi Isa a.s. tentulah tidak ada di mana-mana
juapun.
19
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
20/24
Dakwaan Sebagai Isa Al-Masih
Dakwaan tersebut oleh Mirza Ghulam Ahmad ternyata karutnya. Ada dua perkara yang mesti
difahami dalam soal ini:
Pertama:
Soal turunnya Isa Al-Masih ke dunia ini bukanlah boleh difahami dengan mudah. Ulama-
ulama Islam berselisih pendapat tentangnya.
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh An-Nuwwas bin Saman r.a. mengatakan bahawa
Rasulullah saw ada menjelaskan ;
semasa Dajjal itu bermaharajalela, Allah menghantar turun Nabi Isa Al-Masih anak
Maryam. Lalu ia turun berhampiran menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik. ..
maka Nabi Isa pun mengejar Dajjal sehingga dapat menawannya di pintu kampung yang
bernama Lud lalu membunuhnya .
(Riwayat Muslim)
Apa yang tersebut di dalam hadith di atas tidak ada kaitan langsung dengan Mirza. Dengan
demilkian Mirza Ghulam Ahmad itu bukan sekali-kali Isa Al-Masih.
Kedua :
Isa Al-Masih yang disebutkan akan turun ke dunia menjelang kiamat itu jelas sekali adalah
tidak lain daripada Isa anak Maryam dari keturunan Bani Israel yang tidak berbapa,
sedangkan Mirza Ghulam Ahmad adalah berbapa dari keturunan Borlas dari bangsa Monghul
bukan sekali-kali anak Maryam.
Dakwaan Sebagai Nabi
Dakwaan Mirza yang paling merbahaya sekali ialah dakwaan dirinya sebagai seorang nabi.
Ayat yang digunakan oleh Mirza untuk menyokong dakwaannya ialah:
Bahawa Muhammad itu bukanlah bapa kepada salah seorang lelaki kamu (Zaid bin
Harithah, anak angkat Rasulullah) malah beliau adalah rasul (utusan) Allah dan
penyudah segala nabi-nabi (yang terdahulu). Dan adalah Allah itu mengetahui segala-
galanya.
(Al-Ahzab : 40)
Mengikut ajaran Qadiani, maksud Khatam Al-Nabiyyin itu ialah bahawa Muhammad itu
adalah mohor (seal) atau pengesah kepada segala nabi-nabi selepasnya, khasnya Mirza
Ghulam Ahmad. Kesilapan dan pembelotan yang dilakukan oleh Qadiani di sini ialah ia
20
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
21/24
memberi erti adanya nabi-nabi selepas Nabi Muhammad kepada perkataan Khatam Al-
Nabiyyin itu. Ini semata-mata untuk membuka pintu kepadanya mengisytiharkan dirinya
sebagai nabi, sedangkan makna sebenar Khatam Al-Nabiyyin itu ialah tidak akan ada lagi
nabi selepas Nabi Muhammad saw.
Pada zaman sahabat dahulu, setelah wafatnya Rasulullah saw terdapat orang yang mendakwa
dirinya sebagai nabi umpamanya Musailamah Al-Kazzab. Mereka ini telah diperangi dan ada
yang dibunuh.
Mukjizat Mirza
Mukjizat ialah kebolehan luar biasa yang tidak dapat dicabar oleh manusia yang
dianugerahkan Allah kepada Rasul dan Nabi-Nya untuk membuktikan kenabian atau
kerasulan mereka. Misalnya mukjizat Nabi Muhammad saw ialah keluarnya air dari celah-
celah jari Baginda apabila Baginda meletakkan tangannya di bumi. Oleh kerana Mirza ini
bukan nabi dan bukan rasul maka tentunya beliau tidak mempunyai mukjizat apa-apa. Dan
memang beliau tidak dapat menunjukkan apa-apa mukjizat pun.
Menafikan Jihad
Mirza telah melawan hukum Allah swt di dalam Al-Quran apabila beliau menafikan jihad.
Jihad yang dimaksudkan di dalam konteks ini ialah berjuang memerangi musuh yang
menceroboh agama Allah dan umat-Nya. Di dalam Al-Quran, kewajiban berjihad terhadap
seteru-seteru yang merampas hak-hak orang Islam adalah jelas dan tiada siapa yang
menafikannya. Ayat-ayat 190 hingga 194 surah Al-Baqarah memberi maksud:
Berperanglah untuk jalan Allah (berjihad) terhadap orang-orang yang memerangi kamu, dan
janganlah kamu melampaui dan perangilah mereka di mana sahaja kamu berjumpa, dan
usirkan mereka keluar sebagaimana (setakat mana) mereka telah mengusirkan kamu. Dan
fitnah itu adalah lebih dahsyat daripada pembunuhan.. Dan perangilah mereka hingga tidak
ada lagi fitnah ..
Mengubah Ayat-Ayat Al-Quran
Perbuatan tahrif iaitu mengubah atau meminda bentuk dan kedudukan ayat-ayat Al-Quran
dengan sengaja adalah dianggap kafir. Setiap orang Islam yang mempercayai bahawa Al-
Quran itu wahyu daripada Allah, tidak akan berani dan sanggup melakukan tahrif demikian.
Lain-Lain Dakwaan Yang Salah
21
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
22/24
Para Nabi Menyaksikan Mirza
Dakwaaan Mirza yang para nabi seperti Nabi Saleh a.s. menyaksikan dan mengakui Mirza
sebagai Al-Masih adalah satu pembohongan yang amat nyata yang tidak masuk akal. Kalau
itu berlaku di dalam mimpi, maka mimpi manusia tidak boleh dipegang lebih-lebih lagi
tentang perkara yang tidak betul dan tidak dapat dibuktikan.
Malaikat Pancaindera Tuhan
Kata-kata bahawa malaikat adalah pancaindera Tuhan ternyata sesat dan salah sekalipun
diucapkan dalam bentuk simbolik. Semua makhluk tidak boleh dicantumkan dengan zat Allah
Yang Maha Suci dari segala makhluk-Nya.
Haji Di Qadian
Amat sesat jika terdapat dakwaan adanya tempat lain untuk ibadat Haji selain dari Makkah
tempat terletaknya Baitullah. Perkara ini sudah jelas di dalam Al-Quran dan Al-Hadith.
Kumpulan Qadian Dan Kumpulan Lahor
(Dikenali Juga Dengan Panggilan Ahmadiah Sahaja).
Antara sifat-sifat penting kumpulan Lahor ini ialah:
Pertama:
Ia tidak mengakui kenabian Mirza Ghulam Ahmad tetapi mereka mengakui ajaran Mirza
(Golongan Qadian memang mengakui Mirza sebagai nabi).
Kedua:
Ia mendakwa bahawa Isa itu adalah anak Yusuf tukang kayu bukan tidak berbapa.
Namun kedua-dua kumpulan iaitu Kumpulan Qadian dan Kumpulan Lahor adalah pengikut
ajaran Qadiani yang sesat dan terpesong daripada agama Islam itu.
Ajaran Qadiani Di Malaysia
Kedatangannya
Kedatangan ajaran Qadiani ke Malayssia dipercayai pada awal tahun 1930-an.dan
penyebarnya yang pertama dipercayai Maulana Husin Iyaz yang datang ke Singapura pada
tahun 1935 dan pejabatnya ialah di No. 116, Unan Road, Singaoura 15. Melalui pengkalannya
di situ beliau menyebarkan ajaran ini. Selepas Maulana Husin Iyaz, datang pula Maulana
Mohd. Sadiq bin Barakatullah pada 22hb. Disember 1949 sebagai wakil penyebarnya di sini.
Kemasukan ajaran Qadiani ke Malaysia ini telah ditentang hebat ooleh ulama-ulama Islam. Di
Jeram, Selangor ketua Qadiani di situ iaitu Syed Abdul rahman bin Syed Alwi telah meminta
22
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
23/24
Sultan Selangor mengadakan penyelidikan ke atas ajaran ini pada bulan Mei 1951. Pada 23hb.
Julai 1951 satu majlis perbahasan telah diadakan di hadapan baginda di Istana Selangor,
Kuala Lumpur. Pihak Qadiani diwakili oleh Mohd Sadiq Barakatullah dan Mohd Zuhdi
Fadhli. Pihak ulama Islam diwakili oleh Sheikh Mahmud Zuhdi dan ulama-ulama di Pejabat
Agama Islam Negeri Selangor. Keputusan perbincangan ialah bahawa golongan Qadiani tidak
diiktiraf sebagai golongan Islam malah terkeluar dari Islam.
Kedudukan Ahmadiah/Qadiani Sekarang
Sejak berlakunya dialog antara Ketua Ahmadiah/Qadiani dengan ulama-ulama tempatan yang
berlangsung di hadapan Sultan Selangor dalam tahun 1951 itu, ajaran ini menjadi makin
lemah dan tidak mempunyai pemimpin yang benar-benar dikenali. Lebih-lebih lagi kerana
ajaran ini tidak diiktiraf sebagai ajaran Islam yang sebenar.
Dengan demikian, ianya tidak dapat berkembang ke seluruh negara, cuma hidup di tempat
yang ia telah lahir sebelum itu. Di Selangor, antara tempat-tempat yang terdapat penganut-
penganut ajaran ini ialah:
1. Jeram : Ada kira-kira 40 orang pengikut (lelaki dan perempuan) di sini. Terdapat
tanah perkuburan mereka sendiri yang diberi oleh Pegawai Daerah Inggeris pada
tahun 1954. Luasnya kira-kira dua ekar.
2. Sungai Tua : Kira-kira 20 orang pengikut (lelaki dan peremmpuan) terdapat di sini.Pengikut Ahmadiah/Qadiani dari Melaka datang berkumpul di sini.
3. Sungai Buloh : Di sini terdapat sebuah surau Ahmadiah/Qadiani yang berharga kira-
kira RM1600. Surau ini dibina daripada derma pengikut-pengikut ajaran itu.
4. Kampung Nakhoda : Pengikutnya di sini masih kuat berpegang ajaran ini. Mereka
terdiri daripada kira-kira lima keluarga. Terdapat sebuah masjid Qadiani yang
digunakan untuk mereka sahaja.
Di negeri-negeri lain di Malaysia, selain dari Selangor, terdapat juga pengikut ajaranAhmadiah/Qadiani ini. Tetapi mereka itu tidak diketahui orangnya. Mungkin kerana
jumlahnya terlalu kecil. Tiap-tiap pengikut ajaran ini dikehendaki mengeluarkan 1/16
daripada pendapatan harian mereka kepada tabung kumpulan ini.
Buat masa ini, penganut Ahmadiah/Qadiani adalah semakin berkurangan kerana di kalangan
mereka ramai yang telah bertaubat dan anggota baru hampir tidak ada langsung. Gerakan
mengembangkan ajaran ini telah lama berhenti dan orangramai umumnya mengetahui ajaran
ini adalah bertentangan dengan Islam. Apa yang jelas kelihatan ialah pengikut ajaran ini
terpisah dari masyarakat Islam biasa. Anak-anak mreka tidak dapat berkahwin dengan anak
orang Islam dan mereka terpaksa menerima keadaan ini.
23
-
8/14/2019 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANIYYAH
24/24
RUJUKAN
Zahir, Hasan Isa Abd. 1980, al- Qadyaniah Nasha atha Wa Tatauwuriha, Kuwait: Dar
al-Qalam.
Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri, 1983, Ajaran Qadyani : Satu Ajaran
Sesat, Kuala Lumpur, Penerbit: Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Malaysia.