Penyembelihan Nabi Ismail - spi.jpnns.gov.myspi.jpnns.gov.my/MTAQ/Penyembelihan Nabi Ismail.pdf ·...

5
Penyembelihan Nabi Ismail Salam bahagia rakan dan taulan, Di pentas ini saya ceritakan, Kisah Ismail sebagai qurban, Jadikan sunnah sepanjang zaman. (pantun) Nabi Ismail merupakan putera kepada seorang Rasul yang mulia iaitu nabi Ibrahim. Bondanya, Hajar adalah isteri kedua nabi Ibrahim. Doa nabi Ibrahim untuk mendapatkan anak telah diperkenankan Allah Taala. Firman Allah dalam Surah As-Saafat ayat 101 çµ≈tΡö¤±t6sù AΟ≈n=ä óÎ/ 5ΟŠÎ=ym ∩⊇⊃⊇∪ Maksudnya : Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar Sarah isteri pertama serta Hajar dan suaminya sangat bahagia dengan kehadiran Ismail, putera yang suci.Ismail dijaga dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Ya, rakan-rakan, Begitulah kasih ibu bapa terhadap anaknya. Ismail merupakan keturunan yang mulia dari keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Sayangnya, di zaman yang seba canggih ini, ada ibu bapa yang sanggup menjual anak dengan harga RM 1500 seorang. Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 33 * ¨βÎ) ©!$# #ssÜô¹$# tΠyŠ#u%[nθçΡu ρ tΑ#uuρ zΟŠÏδ≡tö/Î) tΑ#uu ρ tβ≡tôϑÏã n?tã t⎦⎫Ïϑn=≈yèø9$# ∩⊂⊂∪ 33. Sesungguhnya Allah Telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi segala umat (semasa zaman mereka),

Transcript of Penyembelihan Nabi Ismail - spi.jpnns.gov.myspi.jpnns.gov.my/MTAQ/Penyembelihan Nabi Ismail.pdf ·...

Page 1: Penyembelihan Nabi Ismail - spi.jpnns.gov.myspi.jpnns.gov.my/MTAQ/Penyembelihan Nabi Ismail.pdf · Penyembelihan Nabi Ismail Salam bahagia rakan dan taulan, Di pentas ini saya ceritakan,

Penyembelihan Nabi Ismail Salam bahagia rakan dan taulan, Di pentas ini saya ceritakan, Kisah Ismail sebagai qurban, Jadikan sunnah sepanjang zaman. (pantun) Nabi Ismail merupakan putera kepada seorang Rasul yang mulia iaitu nabi Ibrahim. Bondanya, Hajar adalah isteri kedua nabi Ibrahim. Doa nabi Ibrahim untuk mendapatkan anak telah diperkenankan Allah Taala. Firman Allah dalam Surah As-Saafat ayat 101

çµ≈ tΡö ¤±t6 sù AΟ≈n=äóÎ/ 5ΟŠ Î=ym ∩⊇⊃⊇∪

Maksudnya : Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar Sarah isteri pertama serta Hajar dan suaminya sangat bahagia dengan kehadiran Ismail, putera yang suci.Ismail dijaga dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Ya, rakan-rakan, Begitulah kasih ibu bapa terhadap anaknya. Ismail merupakan keturunan yang mulia dari keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Sayangnya, di zaman yang seba canggih ini, ada ibu bapa yang sanggup menjual anak dengan harga RM 1500 seorang. Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 33

* ¨βÎ) ©!$# #’ s∀ sÜ ô¹ $# tΠ yŠ# u™ % [nθçΡuρ tΑ# u™uρ zΟŠ Ïδ≡ t ö/ Î) tΑ# u™uρ tβ≡ t ôϑÏã ’ n? tã t⎦⎫ Ïϑ n=≈ yèø9 $# ∩⊂⊂∪

33. Sesungguhnya Allah Telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi segala umat (semasa zaman mereka),

Page 2: Penyembelihan Nabi Ismail - spi.jpnns.gov.myspi.jpnns.gov.my/MTAQ/Penyembelihan Nabi Ismail.pdf · Penyembelihan Nabi Ismail Salam bahagia rakan dan taulan, Di pentas ini saya ceritakan,

Sesungguhnya keturunan yang baik akan melahirkan modal insan yang berkualiti. Akan tetapi, kelahiran anak luar nikah di negara kita pada masa ini amat membimbangkan dengan fakta, 83 orang bayi sehari. Hadirin sekalian, Disangka panas hingga ke petang, Rupanya hujan di tengahari, Hajar dan Ismail tak sanggup dipandang, Rupanya Sarah cemburu dihati. Redha keduanya membawa diri, Walau tercampak kelembah sunyi, Rahmat Ilahi sentiasa mengiringi, Pancutan zam-zam sehingga kini. Ya kawan-kawan, Pada suatu malam, Nabi Ibrahim telah bermimpi. Dalam mimpinya, Allah telah berfirman :.

$¬Η s>sù x n=t/ çµ yètΒ z© ÷ë ¡¡9 $# tΑ$s% ¢© o_ ç6≈ tƒ þ’ ÎoΤ Î) 3“u‘ r& ’ Îû ÏΘ$uΖ yϑø9 $# þ’ ÎoΤ r& y7 çt r2 øŒ r& ö ÝàΡ$$ sù # sŒ$tΒ 2”t s? 4 tΑ$s%

ÏM t/ r'̄≈ tƒ ö≅ yèøù$# $tΒ ã tΒ÷σ è? ( þ’ ÎΤ ß‰ÉftFy™ βÎ) u™!$x© ª!$# z⎯ ÏΒ t⎦⎪ Î É9≈ ¢Á9 $# ∩⊇⊃⊄∪

102. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar". (Surah As-Saffat ayat 102) Apabila Ismail mengetahui akan perintah Allah , beliau redha dan meminta ayahandanya melaksanakan perintah tersebut.

Page 3: Penyembelihan Nabi Ismail - spi.jpnns.gov.myspi.jpnns.gov.my/MTAQ/Penyembelihan Nabi Ismail.pdf · Penyembelihan Nabi Ismail Salam bahagia rakan dan taulan, Di pentas ini saya ceritakan,

Ya, rakan-rakan, Sungguh patuh Nabi Ismail. Ketaatan baginda tiada tolok bandingnya. (Nasyid Rasulullah) Sabar dan tenang, Dengan ujian, Sanggup berkorban demi Islam, Nabi Ismail sanggup dikorbankan, Tabah dan redha jadi pegangan.... Kita sebagai manusia biasa tidak mampu menandingi kehebatan pengorbanan Nabi Allah Ismail yang sanggup dikorbankan. Bagi menghayati nilai pengorbanan itu, kita sebagai umat Islam harus sanggup meninggalkan negara, ahli keluarga semata-mata mencari keredhaan Allah Taala sewaktu mengerjakan haji. Ya kawan-kawan, Tiba saat dan ketika, Nabi Ibrahim meminta Hajar memakaikan pakaian serta meminyakkan rambut Ismail dengan kemas. Katanya hendak berjalan keluar kota. Dipertengahan jalan.....muncul iblis menggoda. Membawa tali dan pisau tajam, Menuju Ibrahim dengan iltizam, Iblis cuba menngoda dari belakang, Ismail ketakutan berlari ke hadapan. (pantun) Kawan-kawan nak tahu... Iblis cuba sedaya upaya menghasut Nabi Ibrahim membatalkan niatnya itu, namun sia-sia saja. Setelah gagal dengan Ibrahim, dicubanya pula Hajar . Akan tetapi, semuanya tidak berjaya. Lalu, kembali iblis menghasut nabi Ismail pula. Katanya :

Page 4: Penyembelihan Nabi Ismail - spi.jpnns.gov.myspi.jpnns.gov.my/MTAQ/Penyembelihan Nabi Ismail.pdf · Penyembelihan Nabi Ismail Salam bahagia rakan dan taulan, Di pentas ini saya ceritakan,

“ Bapamu hendak menyembelihmu.” Ismail menjawab : “ Jangan berdusta hai iblis! Mengapa pula ayahku hendak menyembelih aku?” Jawab si iblis; “Kerana perintah tuhannya.” ”Aku mentaati perintah Tuhannya.’ Jawab Ismail. Dengan sekuat hati, dilontar iblis dengan batu dan tanah sehingga pecah dan buta mata kirinya. Berdasarkan peristiwa di atas, bermulalah Rukun Haji yang mewajibkan umat Islam melontar batu di tiga jamrah bagi mengusir syaitan laknatullah. Teman-teman sekalian, Pada zaman dunia tanpa sempadan ini, sesungguhnya fitnah itu boleh memecah belahkan masyarakat. Lihat saja dimana angkara facebook, twitter, netlog dan berbagai laman sosial yang lain menjadi penyebab utama runtuhnya akhlak, institusi keluarga dan ummah sejagat seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 191:

4 èπ uΖ ÷FÏ ø9 $# uρ ‘‰x© r& z⎯ ÏΒ È≅ ÷Gs) ø9 $# 4

Maksudnya : Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, Kawan-kawan, Kini, tibalah saatnya Ismail dikorbankan. (Syair) Wahai ayahanda, Janganlah gulana, Tunaikan segera, Perintah yang Esa, Usah ditunggu, Sesaat jua, Moga mendapat... Balasan syurga...

Page 5: Penyembelihan Nabi Ismail - spi.jpnns.gov.myspi.jpnns.gov.my/MTAQ/Penyembelihan Nabi Ismail.pdf · Penyembelihan Nabi Ismail Salam bahagia rakan dan taulan, Di pentas ini saya ceritakan,

Walau sedih dihati, Nabi Ibrahim tetap melaksanakan perintah Allah Taala. Tatkala meletakkan pisau dileher Ismail, tiba-tiba ia sendiri tidak sanggup menyembelih Ismail. Dicampakkan Ibrahim pisau itu pada seketul batu lalu terpecah dua. Nabi Ibrahim merasa sungguh hairan. Dengan izin Allah, pisau itu berbicara: Wahai nabi Allah Ibrahim, bagaimana mungkin aku mentaati kamu sedangkan aku harus menderhakai Tuhanku dan Tuhan kamu? Ya kawan-kawan, Sedangkan pisau yang merupakan benda tidak bernyawa apatah lagi perasaan mampu taat kepada nabi dan Rasul. Apatah lagi kita manusia dikurnia akal. Oleh itu, kita hendaklah kasih dan sayang akan nabi dan rasul kita. Sesungguhnya, tanpa mereka umat Islam sudah pasti menjadi kucar kacir dan hilang segalanya. Dengan izin Allah Taala, korban Ismail diganti dengan seekor kibas. Sesungguhnya sudah berhasillah Nabi Ibrahim melepasi ujian Allah. Inilah permulaan ibadah korban yang dilakukan oleh umat Islam setiap Aidil Adha. Demikianlah kisah Nabi yang mulia, Tulus dan ikhlas berserah jiwa, Jadi ikutan iktibar bersama, Tanda bersyukur sebagai hamba. Daun durian daun selasih, Sekian terima kasih. Hasil nukilan:

1. Ustazah Hasniyati Harun (SK Tunku Besar Tampin) 2. Ustazah Suhidah Mohd Yasin (Sk Tunku Besar Tampin) 3. Ustazah Norhayati Ismail (SK Dr Sulaiman) 4. Ustazah Rapiah Che Mat