PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN PERMIT...

13
PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK 1 PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUANBIL3/ 2015 PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN BIL. 3/2015 (PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN PERMIT PERMINDAHAN BAHAN BATUAN [2015] BORANG 4C, SEKSYEN 72, KANUN TANAH NEGARA, 1965) BIL PERKARA 1 TUJUAN 1.1 1.2 Tujuan dokumen ini ialah menerangkan kepada pemegang permit, syarat tambahan kepada permit pemindahan bahan batuan (selepas ini dirujuk sebagai ”Syarat Tambahan Permit”) yang wajib dipatuhi kesemuanya oleh pemegang permit sebagai balasan permohonan permitnya diluluskan oleh Pentadbir Tanah. Syarat Tambahan Permit, antara lain menggariskan tanggungjawab pemegang permit berkaitan dengan operasi pemindahan bahan batuan. 2 TAKRIF 2.1 Kecuali jika dikehendaki sebaliknya - “Bahan Batuan” merujuk kepada Peraturan Tanah Perak (PTP) pindaan 2010 dan Seksyen 5, Kanun Tanah Negara (KTN) 1965. 2.2 “Doket” merujuk kepada satu dokumen bersiri iringan kepada permit yang menyatakan kuantiti dan jenis bahan batuan, waktu, nombor pendaftaran kenderaan, kepada siapa dan destinasi pemindahan serta nombor siri permit 4C dan nama pemandu; “Doket” berkenaan juga merujuk kepada satu dokumen yang dicop tamat tempoh ke atas setiap helaian oleh Pentadbir Tanah Daerah berkenaan. 2.3 “Juruukur berlesen” merujuk kepada juruukur berlesen di bawah Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958; 2.4 Kawasan permit” merujuk kepada kawasan yang ditanda dalam pelan yang diluluskan dan ditampalkan berserta permit. 2.5 Mesin Penimbang (Weighbridge) merujuk kepada keperluan kepada setiap pemegang lesen menyediakan mesin penimbang tersebut mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972 LAMPIRAN A

Transcript of PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN PERMIT...

Page 1: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN PERMIT …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg3_2015_lampiran_a.pdf · jalan “Paras bumi ... (VMS) merujuk kepada jumlah kuantiti rizab pasir ...

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK

1 PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUANBIL3/ 2015

PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

BIL. 3/2015

(PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN PERMIT PERMINDAHAN BAHAN BATUAN [2015] BORANG 4C, SEKSYEN 72, KANUN TANAH NEGARA, 1965)

BIL PERKARA

1 TUJUAN

1.1

1.2

Tujuan dokumen ini ialah menerangkan kepada pemegang permit, syarat tambahan kepada permit pemindahan bahan batuan (selepas ini dirujuk sebagai ”Syarat Tambahan Permit”) yang wajib dipatuhi kesemuanya oleh pemegang permit sebagai balasan permohonan permitnya diluluskan oleh Pentadbir Tanah. Syarat Tambahan Permit, antara lain menggariskan tanggungjawab pemegang permit berkaitan dengan operasi pemindahan bahan batuan.

2 TAKRIF

2.1

Kecuali jika dikehendaki sebaliknya - “Bahan Batuan” merujuk kepada Peraturan Tanah Perak (PTP) pindaan 2010 dan Seksyen 5, Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.

2.2

“Doket” merujuk kepada satu dokumen bersiri iringan kepada permit yang menyatakan kuantiti dan jenis bahan batuan, waktu, nombor pendaftaran kenderaan, kepada siapa dan destinasi pemindahan serta nombor siri permit 4C dan nama pemandu; “Doket” berkenaan juga merujuk kepada satu dokumen yang dicop tamat tempoh ke atas setiap helaian oleh Pentadbir Tanah Daerah berkenaan.

2.3

“Juruukur berlesen” merujuk kepada juruukur berlesen di bawah Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958;

2.4

”Kawasan permit” merujuk kepada kawasan yang ditanda dalam pelan yang diluluskan dan ditampalkan berserta permit.

2.5

Mesin Penimbang (Weighbridge) merujuk kepada keperluan kepada setiap pemegang lesen menyediakan mesin penimbang tersebut mengikut Akta Timbang dan Sukat 1972

LAMPIRAN A

Page 2: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN PERMIT …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg3_2015_lampiran_a.pdf · jalan “Paras bumi ... (VMS) merujuk kepada jumlah kuantiti rizab pasir ...

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK

2 PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUANBIL3/ 2015

2.6

“Lesen Pendudukan Sementara” merujuk kepada satu lesen (kebenaran) yang dikeluarkan di bawah Seksyen 69 atau 71 KTN

2.7

“Paras bumi” merujuk kepada bentuk topografi kawasan permit secara keseluruhan dan hendaklah berada satu (1) meter lebih tinggi daripada paras jalan dan perparitan awam sediada yang terhampir.

2.8

“Pegawai Diberi Kuasa” (Authorized Officer) merujuk kepada pegawai yang dilantik di bawah Seksyen 12 KTN dan diberikuasa oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut Seksyen 426A (1) KTN atau mana-mana Pegawai yang diberikuasa mengikut undang-undang berkaitan

2.9

“Pemegang permit” merujuk kepada entiti yang dikeluarkan permit kepadanya mengikut Seksyen 69 atau Seksyen 71 KTN oleh Pentadbir Tanah samaada orang perseorangan atau syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965;

2.10

“Petugas stesen” merujuk kepada anggota yang diarahkan oleh PTG atau Pentadbir Tanah untuk memantau / merekodkan pengeluaran bahan batu daripada kawasan permit berkaitan.

2.11

“Pentadbir Tanah” merujuk kepada Pentadbir Tanah yang ditafsirkan mengikut Seksyen 5 KTN.

2.12

“Penyata bulanan” merujuk kepada satu penyata pengeluaran yang hendaklah dikemukakan oleh pemegang permit kepada pentadbiran tanah pada minggu pertama bulan berikutnya.

2.13

“Permit” merujuk kepada lesen atau permit yang dikeluarkan di bawah Seksyen 69 atau Seksyen 71 KTN, melalui Borang 4B atau 4C seperti yang ditetapkan dalam Jadual 1 KTN serta merujuk bersama pelan kawasan yang diluluskan:

2.14

“Syarat permit” merujuk kepada ”jadual” yang terkandung dalam Borang 4B dan 4C, Jadual Pertama, KTN serta syarat-syarat tambahan yang dikenakan dari masa kesemasa oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Page 3: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN PERMIT …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg3_2015_lampiran_a.pdf · jalan “Paras bumi ... (VMS) merujuk kepada jumlah kuantiti rizab pasir ...

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK

3 PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUANBIL3/ 2015

2.15

“Senarai hitam” merujuk kepada pemegang permit dan operator permit yang telah melakukan kesalahan di bawah kategori kesalahan BESAR seperti yang dinyatakan di perkara 17.1. dengan hukuman tidak diberikan kebenaran untuk beroperasi selama 1 tahun di Negeri Perak bagi tujuan mendapatkan permit 4C (Bahan Batuan) dari tarikh dikenakan tindakan.

2.16

“Volume Metric Survey” (VMS) merujuk kepada jumlah kuantiti rizab pasir lombong di atas kawasan yang ingin dibuat pengeluaran dan pemindahan dengan disahkan oleh Pentadbir Tanah bagi tujuan kawalan dan pengiraan deposit permit.

3 SYARAT SEBELUM OPERASI BERMULA

3.1

Wang pertaruhan (deposit) hendaklah dibayar terlebih dahulu sebelum Pentadbir Tanah menyerahkan permit kepada pemegang permit untuk menjamin pemegang permit tidak akan melanggar syarat-syarat yang dikenakan di dalam Jadual. Kadar deposit permit semua jenis bahan batuan termasuk pasir sungai dan pasir lombong hendaklah mengambil kira dan dijelaskan (daripada fi) seperti berikut :- i) Kadar minima jumlah pengeluaran pasir lombong adalah 10,000 metrik

tan bagi tujuan perniagaan / industri untuk tempoh sebulan.

ii) Kadar minima untuk bahan batuan yang lain adalah tertakluk kepada

kebenaran Pentadbir Tanah Daerah (PTD).

iii) Permohonan bagi tujuan membawa pasir lombong dan pasir sungai

keluar Perak perlu mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri

terlebih dahulu sebelum Permit 4C dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah

Daerah (PTD).

iv) Kaedah kiraan deposit bagi pengeluaran bahan batuan mengikut 4

kategori adalah seperti berikut:

50% x Volume Metric Survey (VMS) x Kadar Royalti = DEPOSIT PASIR LOMBONG

Kuantiti DILULUSKAN x Kadar Royalti = DEPOSIT PASIR SUNGAI

50% x Kuantiti DILULUSKAN x Kadar Royalti = DEPOSIT BAHAN BATUAN YANG LAIN

Deposit wang pertaruhan bagi pengeluaran bahan batuan melibatkan projek kepentingan awam atau persendirian ditentukan oleh PTD.

Page 4: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN PERMIT …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg3_2015_lampiran_a.pdf · jalan “Paras bumi ... (VMS) merujuk kepada jumlah kuantiti rizab pasir ...

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK

4 PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUANBIL3/ 2015

3.2

Pemohon hendaklah memberi persetujuan (Akuan Berkanun) supaya wang pertaruhan (deposit) tersebut dilucut hak sekiranya pemohon/pemegang permit atau wakil melanggar mana-mana syarat-syarat yang ditetapkan mengikut jadual (jadual keempat)

3.3

Sebelum sebarang kebenaran pengeluaran dan pemindahan bahan batuan dikeluarkan hendaklah mengambilkira perkara-perkara berikut:

i) Kawasan yang diluluskan hendaklah diukur oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PTD) bagi menentukan sempadan;

ii) Pemegang permit hendaklah menyediakan pelan ukur rentas dan pelan ukur aras. Tandakan kawasan yang dipilih dan paras minima yang boleh diperakukan bagi pengeluaran bahan batu oleh PTD; dan

iii) PTD hendaklah membuat pengesahan ke atas laporan Volume Metrik

Survey (VMS) yang telah dbuat oleh Jurukur yang telah dilantik oleh pemegang permit bagi menentukan anggaran jumlah deposit/rizab bahan batuan (pasir lombong sahaja) di atas sesuatu kawasan yang diluluskan.

3.4

Pemegang permit dan pemandu lori hendaklah, semasa beroperasi, membawa permit atau salinan yang disahkan oleh Pentadbir Tanah berserta pelan lokasi yang diluluskan bagi tujuan pemeriksaan oleh Pegawai Diberikuasa dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Perak (PTG) atau PTD yang berkenaan atau mana-mana Pegawai yang diberi kuasa mengikut undang-undang berkaitan.

3.5

Pemegang permit hendaklah meletakkan papan tanda dengan jelas dilaluan masuk atau lokasi permit dengan paparan butiran seperti berikut: (i) Nama & alamat pemegang permit: (ii) No. permit: (iii) Tempoh permit: (iv) No. Lot, Mukim dan Daerah: (v) No. Telefon:

3.6

Pemegang permit dikehendaki menyediakan kawasan ’washing bay‟ dan ’silt

trap’ terlebih dahulu kepada lori-lori yang akan melalui kawasan penempatan

awam dan jalan awam yang akan ditetapkan oleh Pentadbir Tanah, Pihak

Berkuasa Tempatan atau Jurutera Daerah JKR dan jabatan-jabatan teknikal

yang berkaitan

Page 5: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN PERMIT …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg3_2015_lampiran_a.pdf · jalan “Paras bumi ... (VMS) merujuk kepada jumlah kuantiti rizab pasir ...

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK

5 PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUANBIL3/ 2015

3.7

Pemegang permit (pasir sungai dan pasir lombong sahaja) dikehendaki untuk menyediakan alat penimbang (weighbridge) di kawasan operasi dengan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan di dalam Akta Timbang dan Sukat 1972. a) Tertakluk kepada para 3.7 pengecualian diberi bagi rizab pasir diatas

kawasan permit kurang 30,000 m.t.

3.8

Pemegang permit hendaklah mengemukakan maklumat operator yang akan menjalankan operasi pengeluaran pasir lombong dan pasir sungai kepada Pentadbir Tanah Daerah (PTD).

4. MASA OPERASI

4.1

Kerja-kerja pemindahan bahan batuan adalah tidak dibenarkan sama sekali pada hari Ahad dan hari-hari kelepasan am kecuali dengan kebenaran bertulis dan syarat khas daripada Pentadbir Tanah (PT)/ Ketua Penolong Pegawai Daerah (KPPD) yang menjaga daerah kecil.

4.2

Kerja-kerja pemindahan bahan batuan dari kawasan permit adalah bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang sahaja. Pengecualian masa operasi hanya diberikan di atas kebenaran Pihak Berkuasa Negeri sahaja.

4.3

Tertakluk kepada pertimbangan Pentadbir Tanah, mana-mana pemegang permit pasir lombong boleh dikenakan tambahan syarat khas seperti berikut:

i) Pemegang permit dikehendaki membuat pintu berpalang/berkunci bagi

laluan keluar/masuk kawasan permit. Kunci tersebut perlu disimpan oleh PTD.

ii) Pihak PTD akan membuka kunci pintu pagar setiap hari pada jam 8.00 pagi dan mengunci semula beserta ”seal” pada jam 6.00 petang.

4.4

Tidak dibenarkan sebarang aktiviti kerja tanah di atas kawasan permit sebelum 8.00 pagi dan selepas 6.00 petang.

5. PENGURUSAN DOKET

5.1

Pemegang permit hendaklah bertanggungjawab dan memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi: i) Nama pemegang permit samada syarikat atau individu yang berkenaan

hendaklah mandatori dicop di atas setiap helaian doket yang digunakan;

Page 6: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN PERMIT …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg3_2015_lampiran_a.pdf · jalan “Paras bumi ... (VMS) merujuk kepada jumlah kuantiti rizab pasir ...

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK

6 PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUANBIL3/ 2015

ii) Tarikh hendaklah mandatori dicop di atas setiap helaian doket yang digunakan;

iii) Setiap helaian doket hendaklah ditulis dengan sempurna dan

ditandatangani oleh pemegang permit sebelum doket tersebut dikeluarkan;

iv) Salinan doket pendua (kuning) hendaklah disertakan bersama dengan

penyata pengeluaran bulanan diserahkan kepada Pentadbir Tanah Daerah (PTD) tidak lewat daripada 7 hari bulan berikutnya.

v) Sekiranya pemegang permit melantik wakilnya (selain daripada

operator) sebagai penulis doket, pemegang permit akan dipertanggungjawabkan atas segala pelanggaran syarat yang dilakukan oleh wakilnya.

vi) Penggunaan doket mestilah mengikut no. siri yang berturutan.

5.2

Mana-mana pemandu kenderaan yang membawa / memindah bahan batuan dari kawasan yang diluluskan hendaklah dibekalkan salinan Permit yang disahkan oleh Pentadbir Tanah / Ketua Penolong Pegawai Daerah yang menjaga daerah kecil dan juga doket yang mengandungi butir-butir sebenar mengenai kuantiti dan jenis bahan batuan yang dibawa, tarikh, masa, dan kepada (tempat yang hendak dihantar) oleh pemegang permit.

5.3

Setiap kenderaan yang digunakan untuk pemindahan bahan batuan hendaklah dibekalkan dengan doket baru pada setiap perjalanan (trip) dan pemandu kenderaan tersebut hendaklah menyimpannya dengan selamat sepanjang perjalanan bagi tujuan pemeriksaan oleh Pegawai Diberikuasa mengikut undang-undang berkaitan. CATATAN: Destinasi pemindahan bahan batuan dibawa hendaklah ditulis dengan jelas termasuk pembeli yang membeli bahan batuan tersebut pada doket.

5.4

Penggunaan buku doket adalah mandatori berdasarkan jumlah berat sebenar bahan batuan dan terbahagi kepada 3 jenis yang mewakili kuantiti berbeza seperti berikut: i) Buku doket yang bersamaan kuantiti 10 mt bagi setiap helaian doket; ii) Buku doket yang bersamaan kuantiti 5 mt bagi setiap helaian doket; iii) Buku doket yang bersamaan kuantiti 3 mt bagi setiap helaian doket.

Page 7: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN PERMIT …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg3_2015_lampiran_a.pdf · jalan “Paras bumi ... (VMS) merujuk kepada jumlah kuantiti rizab pasir ...

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK

7 PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUANBIL3/ 2015

5.5

Pemegang permit hendaklah memberitahu pemandu kenderaan supaya berhenti dengan serta-merta jika dikehendaki oleh Pegawai Diberikuasa atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa mengikut undang-undang untuk pemeriksaan pada bila-bila masa.

5.6

Pondok / Tempat menulis doket hendaklah berada di dalam kawasan tempat pemindahan dalam jarak 100 meter

5.7

Kenderaan operasi tidak dibenarkan sama sekali melalui jalan PLB kecuali bagi kenderaan dengan berat maksimum 3 m.t. kebawah sahaja.

6. KENDERAAN OPERASI

6.1

Kenderaan yang dibenarkan adalah lori jenis ”tipper” dan ”tipping” sahaja dan tidak melebihi 26 tayar.

6.2

Setiap kenderaan yang digunakan mesti mematuhi syarat separas dinding (flatbed) dan tidak melakukan sebarang modifikasi ke atas ”bucket” lori berkenaan.

6.3

Syarat Khas Penggunaan Lori 18 hingga 26 Tayar (i) Mana-mana pemegang permit yang menggunakan kenderaan lori 18

hingga 26 tayar perlu menyediakan alat penimbang (weighbridge) di

kawasan operasi dengan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan di dalam

Akta Timbang dan Sukat 1972.

(ii) Kebenaran penggunaan lori 18 hingga 26 tayar hanya terpakai bagi

pemindahan pasir sungai, pasir lombong dan pasir silika bagi

pemindahan keluar Negeri Perak (Permit K3) sahaja.

(iii) Semua lori 18 hingga 26 tayar diwajibkan berdaftar dengan Perbadanan

Menteri Besar (MB Inc.) melalui Sistem Pengurusan Sumber Mineral

(SPSM).

6.4

Kenderaan yang digunakan hendaklah ditutup dengan kemas dengan kain kanvas dan pemandu kenderaan hendaklah mengambil langkah-langkah lain untuk memastikan supaya bahan batuan yang diangkut tidak terpelanting keluar, mengganggu keselamatan orang ramai dan mengotorkan jalanraya.

Page 8: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN PERMIT …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg3_2015_lampiran_a.pdf · jalan “Paras bumi ... (VMS) merujuk kepada jumlah kuantiti rizab pasir ...

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK

8 PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUANBIL3/ 2015

6.5

Setiap pemegang permit (pasir sungai dan pasir lombong sahaja) perlu mendaftarkan kenderaan yang digunakan bagi tujuan pemindahan bahan batuan tersebut kepada pihak Pentadbir Tanah sebelum memulakan operasi.

6.6

Setiap kenderaan yang digunakan bagi tujuan pengeluaran dan pemindahan Bahan Batuan (Pasir Sungai dan Pasir Lombong sahaja) hendaklah mempunyai pelekat (sticker) yang mudah dilihat oleh anggota penguatkuasa bagi tujuan pemantauan.

7. PENYELENGGARAAN REKOD OPERASI

7.1

Format standard bagi rekod harian pengambilan dan pengeluaran dinamakan ”Penyata Rekod Harian” dan ”Penyata Rekod Bulanan”perlu dikemukakan tidak lewat 7 haribulan berikutnya atau bagi tujuan pembaharuan permit kepada Pentadbir Tanah.

8. LARANGAN MEMBAWA PASIR KE LUAR NEGERI PERAK

8.1

Pemegang permit, kecuali dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, tidak dibenarkan memindah atau menyebabkan pemindahan secara langsung atau secara tidak langsung pasir lombong dan/atau pasir sungai ke luar Negeri Perak.

8.2

Sebarang pelanggaran syarat membawa pasir lombong atau pasir sungai keluar Negeri Perak oleh pemegang permit akan menyebabkan permit tersebut dibatalkan serta merta dan pemegang permit akan disenarai hitam oleh pihak Pentadbiran Tanah Negeri Perak.

8.3

Pemegang permit tidak dibenarkan menjual atau menyebabkan terjualnya pasir lombong atau pasir sungai kepada mana-mana individu atau syarikat yang mengeksport pasir lombong atau pasir sungai ke luar Negeri Perak walaupun tanpa pengetahuan pemegang permit.

9. PETUGAS STESEN

9.1

Pemegang permit hendaklah memberikan kerjasama dan tidak menghalang mana-mana petugas stesen yang bertugas atau mana-mana Pegawai Penguatkuasa yang menjalankan tugasnya sebagai penjawat awam.

Page 9: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN PERMIT …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg3_2015_lampiran_a.pdf · jalan “Paras bumi ... (VMS) merujuk kepada jumlah kuantiti rizab pasir ...

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK

9 PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUANBIL3/ 2015

10. PEMATUHAN SYARAT JABATAN LAIN

10.1

Pemegang permit hendaklah mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh jabatan-jabatan kerajaan berkaitan yang lain atau Pihak Berkuasa Tempatan dari masa ke semasa.

11. PENEMUAN OBJEK PURBA

11.1

Pemegang permit hendaklah melaporkan kepada Pentadbir Tanah dengan segera sekiranya terjumpa apa-apa objek yang dipercayai adalah objek purba dan penangguhan kerja dengan serta merta hendaklah dilakukan sehingga penyelidikan selesai dibuat oleh jabatan yang berkenaan.

11.2

Pemegang permit hendaklah membenarkan pegawai Jabatan berkaitan menjalankan pemeriksaan di kawasan permit pada bila-bila masa.

12. UNDANG-UNDANG YANG BERKUAT KUASA

12.1

Pemegang permit adalah dinasihatkan supaya merujuk kepada peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 426 KTN (tertakluk kepada pindaan–pindaan yang dibuat) dan apa-apa arahan PBN dari semasa ke semasa berhubung dengan implikasi undang-undang di atas kesalahan yang dilakukan.

13. KEMALANGAN DAN KEROSAKAN HARTA AWAM

13.1

Sebarang kemalangan yang berlaku terhadap mana-mana orang di dalam kawasan permit adalah menjadi tanggungjawab pemegang permit dan Kerajaan Negeri hendaklah bebas daripada sebarang tuntutan akibat daripada kemalangan itu.

13.2

Sebarang kerosakan yang berlaku bersabit dengan pengeluaran permit ke atas harta awam atau mana-mana jalan yang biasa digunakan oleh orang awam, maka adalah menjadi tanggungjawab pemegang permit membaik pulih semula kerosakan tersebut sehingga memuaskan Pentadbir Tanah / Jurutera Daerah JKR / Pihak Berkuasa Tempatan. a) Sekiranya gagal mematuhi para 13.2 maka deposit pemegang permit

akan dirampas.

13.3

Bagi menentukan nilai kerosakan harta awam, Pentadbir Tanah hendaklah meletakkan satu nilai deposit merujuk kepada jabatan teknikal berkaitan untuk menentukan jumlah kos pembaikan yang dikenakan.

Page 10: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN PERMIT …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg3_2015_lampiran_a.pdf · jalan “Paras bumi ... (VMS) merujuk kepada jumlah kuantiti rizab pasir ...

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK

10 PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUANBIL3/ 2015

14. KESELAMATAN TEMPAT OPERASI

14.1

Pemegang permit adalah bertanggungjawab menjaga dan menentukan tanda-tanda sempadan tidak hilang atau rosak.

14.2

Pemegang permit tidak dibenarkan menjalankan kerja-kerja pemindahan dalam lingkungan jarak dan tempat seperti berikut: i) Sepuluh (10) meter dari sempadan lot tanah milik (pertanian)

bersebelahan; ii) Empat puluh (40) meter daripada mana-mana kediaman atau bangunan;

dan iii) Mana-mana tanah rizab yang telah diwartakan tertakluk kepada syarat-

syarat yang ditetapkan oleh Jabatan-Jabatan berkenaan.

14.3

Pemegang permit hendaklah membina jalan keluar masuk, titi dan kelubung yang melintasi jalan ke kawasan yang diluluskan dan memastikan mengikut kehendak JKR Negeri dan JKR Daerah, dan JPS seperti menyediakan papan tanda dan lain-lain keperluan dari masa ke semasa.

14.4 Bahan batuan tidak boleh dikorek lebih rendah daripada paras bumi.

14.5

Pemegang permit tidak boleh mengorek dan meninggalkan sebarang lubang di kawasan permit yang melibatkan tanah kerajaan. Sebarang lubang yang wujud hasil daripada kerja-kerja pemindahan bahan batuan hendaklah ditutup semula oleh pemegang permit. a) Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan wang deposit yang sedia ada

dirampas bagi membiayai kerja-kerja pemulihan. Jika sekiranya kos pemulihan

tanah melebihi daripada wang deposit yang sedia ada, pemegang permit

hendaklah menanggung baki kos tersebut.

b) Pemegang permit akan disenaraihitam sekiranya gagal mematuhi para 14.5 (a)

14.6

Aktiviti melombong dan menyedut pasir diatas tanah kerajaan sehingga mewujudkan kolam / tasik buatan tidak dibenarkan. a) Walau bagaimanapun, aktiviti mencuci pasir dibenarkan di dalam

kawasan permit yang diluluskan melalui Lesen Pendudukan Sementara

(Borang 4B, KTN) oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Page 11: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN PERMIT …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg3_2015_lampiran_a.pdf · jalan “Paras bumi ... (VMS) merujuk kepada jumlah kuantiti rizab pasir ...

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK

11 PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUANBIL3/ 2015

15. SIASATAN PELANGGARAN SYARAT PERMIT

15.1

Permit yang ditahan untuk siasatan oleh Pegawai Diberikuasa kerana melanggar mana-mana syarat permit hendaklah dengan SERTA-MERTA memberhentikan sementara operasi pengeluaran bahan batuan. a) Pemegang permit hendaklah memberhentikan operasi serta merta setelah

Notis Pemberhentian Operasi Sementara dikeluarkan oleh PTG atau Pentadbir Tanah.

b) Operasi hanya boleh dijalankan semula setelah mendapat keputusan bertulis daripada Pentadbir Tanah.

c) Notis pemberhentian operasi berkuatkuasa dalam tempoh 5 hari bekerja.

15.2

Tertakluk pada para 15.1 jika ingkar perintah PDT boleh dikenakan tindakan pembatalan permit.

16. PEMEGANG PERMIT TIDAK BOLEH BERSUBAHAT

16.1

Pemegang permit tidak boleh dalam apa jua keadaan bersubahat dengan mana-mana pihak untuk melanggar mana-mana syarat permit. a) Penggunaan ”TONTO” atau penglibatan kongsi gelap bagi tujuan menghalang

penjawat awam bagi menjalankan tugas adalah dilarang sama sekali yang

membolehkan permit dibatalkan serta merta dan disenarai hitam untuk

tempoh setahun oleh Pentadbiran Tanah Negeri Perak.

17. PENALTI

17.1

Pemegang Permit yang melanggar mana-mana syarat permit yang diperuntukkan di dalam Jadual hendaklah dikenakan tindakan mengikut tahap kesalahan (LAMPIRAN B) yang dilakukan dengan pecahan kategori seperti berikut: i) BESAR : DIBATALKAN PERMIT SERTA MERTA, DIRAMPAS DEPOSIT

DAN DISENARAI HITAM NAMA INDIVIDU/SYARIKAT DAN OPERATOR YANG MELAKUKAN KESALAHAN SELAMA SETAHUN;

ii) SEDERHANA : DIRAMPAS DEPOSIT, DIKENAKAN DEPOSIT BARU YANG LEBIH TINGGI DENGAN DITENTUKAN OLEH PTD DAN DIKENAKAN AMARAN BUAT KALI PERTAMA;

iii) KECIL : DIKENAKAN AMARAN KALI PERTAMA SAHAJA DAN DIMINTA UNTUK MEMBERHENTIKAN OPERASI SEHINGGA MEMATUHI SYARAT YANG DIKENAKAN.

Page 12: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN PERMIT …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg3_2015_lampiran_a.pdf · jalan “Paras bumi ... (VMS) merujuk kepada jumlah kuantiti rizab pasir ...

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK

12 PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUANBIL3/ 2015

18. TEMPOH PERMOHONAN SEMULA PERMIT

18.1

Pemegang permit yang ingin memohon semula permit hendaklah mengemukakan permohonan tidak lewat daripada satu (1) minggu sebelum luput tempohnya. a) Pemegang permit hanya dibenarkan memiliki satu (1) permit bagi

kawasan yang sama pada sesuatu tempoh. Pengeluaran permit

hendaklah dibuat setelah permit yang terdahulu telah tamat tempoh atau

kuantitinya habis dipindahkan.

CATATAN:

Pentadbir Tanah juga hendaklah memastikan bahawa permit yang terdahulu telahpun tamat tempoh atau kuantiti habis dipindahkan sebelum mengeluarkan permit baru.

18.2

Pemegang Permit yang telah disenarai hitamkan tidak boleh dengan apa cara sekalipun samada secara langsung atau tidak, samada melalui dirinya ataupun wakil memohon dan memiliki sesuatu permit memindah bahan batu di kawasan yang sama ataupun di mana-mana Daerah dalam Negeri Perak selama 1 tahun.

19. SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

19.1

Syarat Tambahan Pasir Biasa (common sand ) 19.1.1 Syarat tambahan ini hanya terpakai untuk pemindahan pasir sahaja. 19.1.2 Perkataan pasir dalam perenggan 19.1.1 merujuk kepada semua jenis pasir kecuali Silika melainkan dinyatakan sebaliknya. 19.1.3 Pemegang permit tidak dibenarkan mengorek pasir lebih rendah daripada paras bumi. 19.1.4 Jika pemindahan pasir sungai menggunakan kaedah „pam‟, permohonan lesen pendudukan sementara bagi tujuan bangunan rumah pam perlu dikemukakan terlebih dahulu kepada Pentadbir Tanah bagi tanah kerajaan. 19.1.5 Pemegang permit tidak dibenarkan mendirikan sebarang bangunan kekal yang bertujuan untuk kerja memproses pasir sungai. 19.1.6 Pemegang permit tidak dibenarkan menjual / memindahkan / transit pasir biasa atau pasir sungai ke premis hardware yang telah mempunyai simpanan pasir dengan kuantiti melebihi 100 metrik tan pada satu-satu masa.

Page 13: PENYERAGAMAN SYARAT TAMBAHAN PERMIT …ptg.perak.gov.my/edokumen/script/2015/ptg3_2015_lampiran_a.pdf · jalan “Paras bumi ... (VMS) merujuk kepada jumlah kuantiti rizab pasir ...

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK

13 PEKELILING PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUANBIL3/ 2015

19.2

Syarat Tambahan Tanah Merah Biasa 19.2.1 Syarat tambahan ini hanya terpakai untuk pemindahan tanah merah sahaja. 19.2.2 Pemegang permit tidak dibenarkan mengorek tanah merah lebih rendah daripada paras bumi. 19.2.3 Pemegang permit hendaklah mematuhi syarat penggunaan jalan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (selepas ini dirujuk sebagai “JKR”), daerah berkenaan di mana pemindahan tanah merah tidak akan menjejaskan kebersihan dan kualiti jalan raya. 19.2.4 Pemegang permit hendaklah membina parit-parit untuk mengalirkan air jika berlaku hujan dan memastikan tidak berlaku banjir lumpur yang boleh menjejaskan kepentingan awam. 19.2.5 Pemegang permit hendaklah memastikan kerja-kerja mengorek tanah merah adalah mengikut sistem teres/bertingkat-tingkat dan tidak menjadi cerun yang curam bagi mengelakkan runtuhan tanah

19.3

Syarat Tambahan Tanah Liat Biasa 19.3.1 Syarat ini hanya terpakai untuk pemindahan tanah liat sahaja. 19.3.2 Pemegang permit hendaklah memastikan kawasan tanah liat bagi tanah kerajaan yang dikorek perlu dikambus dan diratakan semula setiap kali pemindahan dibuat sehingga memuaskan hati Pentadbir Tanah. 19.3.3 Pemegang permit hendaklah mematuhi syarat penggunaan jalan yang telah ditetapkan oleh “JKR”, daerah berkenaan di mana pemindahan tanah liat biasa tidak akan menjejaskan kebersihan dan kualiti jalan raya.

20. PELBAGAI

20.1

Pemegang permit perlu memberi keutamaan jualan kepada JKR atau lain-lain jabatan kerajaan atau untuk projek-projek kerajaan jika bahan batuan berkenaan dikehendaki.

20.2

Sekiranya terdapat apa-apa syarat tambahan yang bertentangan dengan syarat-syarat jabatan teknikal seperti yang terkandung dalam jadual, maka syarat yang terpakai adalah syarat jabatan teknikal berkenaan.