Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

28
Geol. Soc. Malaysia, Bulletin 24, October 1989; pp. 173-199 Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah, Sarawak YusUF B. BuJANG Jabatan Penyiasatan Kajibumi Kuching, Sarawak Abstrak: Di kawasan Jebungan, Sarawak, dua tapak telah dikenalpasti dari penyiasatan awal hidrogeologi untuk dilakukan penyiasatan terperinci air tanah. Tujuan utama dari penyiasatan ini adalah menentukan kesesuaian akuifer dari tapak-tapak tersebut untuk pengabstrakan air tanah yang tawar untuk Skim Cadangan Bekalan Air bagi kampung-kampung yang terletak di kawasan Hilir Sungai Mukah. Penyiasatan ter- perinci melibatkan penentuan litologi dan kualiti air untuk menaksirkan taburan, kete- balan dan semulajadi akuifer. Kajian imbangan air juga dilakukan dalam menentukan keupayaan akuifer untuk memenuhi keperluan air. Penggunaan air masa kini adalah 541 m 3 /hari dan dijangkakan sebanyak 879 m 3 1hari pada tahun 2000. Air tanah dari kawasan Jebungan juga diperlukan untuk pekan Mukah semasa musim kemarau selama tempoh maksima dua minggu setiap tahun apabila sumber air yang sedia ada mengalami intrusi air laut. Penggunaan air untuk pekan Mukah adalah dijangkankan sebanyak 1000 m 3 1hari. Berdasarkan kajian imbangan air, keperluan harlan air dari akuifer-akuifer untuk kampung-kampung dan pekan Mukah semasa musim kemarau adalah mencukupi. Sistem perigi mendatar adalah dicadangkan untuk mengambil air dari akuifer-akuifer bagi bekalan air. Abstract: Based on the result of a preliminary survey, two sites have been identified in the Jebungan area, Sarawak for detailed groundwater investigations. The aim of these investigations is to determine the suitability of the aquifers at the two sites for the abstraction of fresh groundwater for the proposed Water-Supply Scheme of the villages located in the Lower Sungai Mukah area. The detailed investigations involved lithological and water-quality studies to assess the distribution, thickness and nature of the aquifers. A water balance study was also conducted to determine the ability of the aquifers to meet the year-round requirement of water. The present domestic water requirement is 541 m 3 /day, and is projected to be 879 m 3 /day in the year 2000. Ground- water from J ebungan area is also needed during the dry spell for supply to Mukah town for a maximum duration of two weeks per year when the existing source of water for Mukah is intruded by saline water. This requirement ofMukah is expected to be about 1000 m 3 /day. Based on the water balance study, the daily requirement of'the villages and Mukah town during the dry spell can be sufficiently obtained from the aquifers. A system of horizontal wells is recommended for the removal of water from the aquifers for the proposed water-supply. PENDAHULUAN Masalah kekurangan air untuk kegunaan harian di kawasan Hilir Sungai Mukah memang kerap berlaku terutamanya pada musim kemarau iaitu dari bulan April hingga Ogos setiap tahun. Jumlah penduduk di kawasan Hilir Sungai Mukah adalah 3606 orang, dan Dibentangkan di Persidangan Tahunan Geologi PGM 1988

Transcript of Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

Page 1: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

Geol. Soc. Malaysia, Bulletin 24, October 1989; pp. 173-199

Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah, Sarawak

YusUF B. BuJANG

Jabatan Penyiasatan Kajibumi Kuching, Sarawak

Abstrak: Di kawasan Jebungan, Sarawak, dua tapak telah dikenalpasti dari penyiasatan awal hidrogeologi untuk dilakukan penyiasatan terperinci air tanah. Tujuan utama dari penyiasatan ini adalah menentukan kesesuaian akuifer dari tapak-tapak tersebut untuk pengabstrakan air tanah yang tawar untuk Skim Cadangan Bekalan Air bagi kampung-kampung yang terletak di kawasan Hilir Sungai Mukah. Penyiasatan ter­perinci melibatkan penentuan litologi dan kualiti air untuk menaksirkan taburan, kete­balan dan semulajadi akuifer. Kajian imbangan air juga dilakukan dalam menentukan keupayaan akuifer untuk memenuhi keperluan air. Penggunaan air masa kini adalah 541 m3/hari dan dijangkakan sebanyak 879 m31hari pada tahun 2000. Air tanah dari kawasan Jebungan juga diperlukan untuk pekan Mukah semasa musim kemarau selama tempoh maksima dua minggu setiap tahun apabila sumber air yang sedia ada mengalami intrusi air laut. Penggunaan air untuk pekan Mukah adalah dijangkankan sebanyak 1000 m31hari. Berdasarkan kajian imbangan air, keperluan harlan air dari akuifer-akuifer untuk kampung-kampung dan pekan Mukah semasa musim kemarau adalah mencukupi. Sistem perigi mendatar adalah dicadangkan untuk mengambil air dari akuifer-akuifer bagi bekalan air.

Abstract: Based on the result of a preliminary survey, two sites have been identified in the Jebungan area, Sarawak for detailed groundwater investigations. The aim of these investigations is to determine the suitability of the aquifers at the two sites for the abstraction of fresh groundwater for the proposed Water-Supply Scheme of the villages located in the Lower Sungai Mukah area. The detailed investigations involved lithological and water-quality studies to assess the distribution, thickness and nature of the aquifers. A water balance study was also conducted to determine the ability of the aquifers to meet the year-round requirement of water. The present domestic water requirement is 541 m3/day, and is projected to be 879 m3/day in the year 2000. Ground­water from J ebungan area is also needed during the dry spell for supply to Mukah town for a maximum duration of two weeks per year when the existing source of water for Mukah is intruded by saline water. This requirement ofMukah is expected to be about 1000 m3/day. Based on the water balance study, the daily requirement of'the villages and Mukah town during the dry spell can be sufficiently obtained from the aquifers. A system of horizontal wells is recommended for the removal of water from the aquifers for the proposed water-supply.

PENDAHULUAN

Masalah kekurangan air untuk kegunaan harian di kawasan Hilir Sungai Mukah memang kerap berlaku terutamanya pada musim kemarau iaitu dari bulan April hingga Ogos setiap tahun.

Jumlah penduduk di kawasan Hilir Sungai Mukah adalah 3606 orang, dan

Dibentangkan di Persidangan Tahunan Geologi PGM 1988

Page 2: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

174 YusUF BuJANG

dijangkak.an bertambah kepada 5974 orang pada tahun 2000.

Berdasarkan penggunaan air sebanya~ 150 liter/orang/hari, penduduk di sini memerlukan 541 m3/hari dan dijangka memerlukan sebanyak. 879 m3/hari pada tahun 2000. Pada musim kemarau, pekan Mukah dijangka memerlukan air sebanyak. 1000 m3/hari untuk tempoh mak.sima dua minggu setiap tahun.

Penyiasatan awal hidrogeologi di kawasan ini telah menjumpai dua tapak. ak.uifer air tawar yang cetek iaitu Tapak. A dan B (Rajah 1). Kawasan ak.uifer­ak.uifer tersebut telah dinamak.an kawasan Jebungan, yang mana air tanahnya berpotensi sebagai sumber bekalan air untuk penduduk di sini. Hasil dari maklumat yang diperolehi dalam penyiasatan awal, kawasan tersebut di­lak.ukan penyiasatan terperinci hidrogeologi. Tujuannya adalah untuk menen­tukan kesesuaian ak.uifer di kawasan Tapak. A dan B untuk pengabstrak.an air tanah yang tawar bagi Skim Cadangan Bekalan Air di kawasan Hilir Sungai Mukah. Penyiasatan terperinci telah dimulak.an pada bulan Mac hingga Okto­ber, 1987. Sebanyak. 284lubang gerudi dengan kedalaman 7 m untuk setiap lubang gerudi telah dibuat dan jumlah kedalaman lubang gerudi adalah 1988 m. Pengarasan permukaan bumi dan kajian imbangan air juga dilak.ukan untuk mendapatkanjumlah air tanah yang boleh diambilkan dari ak.uifer-ak.uifer ini.

GEOGRAFI

Kawasan Jebungan terletak. di sebelah timur pekan Mukah iaitu lebih kurang 80 km timurlaut Bandar Sibu. Ia disempadankan oleh Laut China Selatan di bahagian utara, manak.ala di sebelah barat disempadankan oleh Sungai Mukah. Keluasan yang diliputi untuk penyiasatan terperinci hidrogeol­ogi di kawasan Tapak. A dan B adalah 3.65 km persegi. Lokasi kawasan kajian ditunjukkan pada Rajah 1.

Jumlah penduduk di kawasan Hilir Sungai Mukah iaitu dari Kampung Litong hingga ke Kampung Sekai adalah 3606 orang dan dijangkak.an seramai 597 4 orang pada tahun 2000. Penduduk di pekan Mukah pula mengalami masalah kekurangan air pada musim kemarau untuk tempoh mak.sima dua minggu setiap tahun. lni disebabkan sumber bekalan aimya mengalami intrusi air laut. .

Sungai-sungai di kawasan kajian mengalir dari kawasan paya gambut dan kemudian mengalir terus ke Laut China Selatan.

Iklim di kawasan kajian adalah jenis tropika dan dicirikan oleh hujan tahunan sekitar 3620 mm, suhu 26°C dan kelembapan yang tinggi. Purata hujan bulanan untuk Mukah dari tahun 1964-1986 dan hubunganya dengan sejat-transpirasi dari tahun 1971-1980 ditunjukkan pada Rajah 2. Musim kemarau di sini berlak.u pada bulan April hingga Ogos setiap tahun. Manak.ala · angin monsunnya adalah Monsun Timurlaut iaitu dari bulan Oktober hingga Januari dan Monsun Baratdaya dari bulan April hingga Ogos. Biasanya, hujan

Page 3: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

u

l

~ 2 KILOMETER

"""""';;;;;;:al:::=:::::l

PETUN.JUK

f7ZZZI KAWASAN K AJIAN

-- - JALAN TIOAK BERTURAP

--<._ SUNGAI

>-< JAMBATAN

lAUT CHINA SEL AT A If

Rajah 1: Lokasi kawasan Jebungan, Mukah.

l g "'

\ ~ > z

) ~ ~ z 0 ::t: ... . .... .... II 6

1SULA ~ 8 s;t ~·· .. ~ J; tn

0

~ !2

u1•t: lit• u.1• II ~ ~ > "' > z ..... !ll c:: z §? z

TBIAMS: -.....:1 Vt

Page 4: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

~ e .!! a , 2

"" .., :I ::1:

600mm-

500mm-

400mm-

300rnm-

PETUNJUK

[[]] LEBIHAN AIR YANG TERSEDIA UNTUK IMBUHAN AIR TANAH

1----1 SEJAT-TRANSPIRASI dalam mm: ( 1971- 1980)

I I HUJAN dalam mm. (1964- 1986)

200mm"11111 llllllllll~

I I II I II I II I

IOOmm-

JAN. I FEB. I MAC. I APR. I MEl. I JUN. I JUL. I OGOS.I SEPT. I OKT. I NOV. I DIS.

HUJAN &24·4 447·4 ·:559·7 189·7 159·0 172·0 184•7 205·1 244·8 244·4 301·74 !154•6

SEJAT- TRANSPIRASI 94•9 101·4 117·2 113·8 119•1 113·3 119•7 115 •0 111•3 109·1 90·5 92·9 BERPOTENSI

LEBIHAN AIR 529· 5 346·0 242•5 75·9 39· 9 58·7 65·0 90· I 133· 5 135• 3 211·24 461. 7

Rajah 2: Min hujan bulan dan. sejat - transpirasi, Mukah.

~ 3&16· 5mm

1295· 5mm

2391 • Omm

--.J 0\

~ ~ C;j

s ~

Page 5: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

PENYIASATAN TERPERINCI HIDROGEOLOGI DI KAWASAN JEBUNGAN 177

lebat dibawa oleh Monsun Timurlaut.

GEOLOGI

Di kawasan Jebungan, sedimen Kuaternari menindihi Formasi Liang yang berusia Pliosen. Pada keseluruhannya, kawasan kajian diliputi oleh endapan Resen yang terdiri daripada sedimen laut cetek dan lagun. Di sini, sedimen laut cetek terdiri daripada pasir halus-sederhana, kelodak dan tanah liat. Di seten­gah-setengah tempat, ianya ditindihi oleh sediinen lagun iaitu gambut.

Pasir di sini berbutir hal us hingga sederhana, asingan sederhana baik, kaya dengan mineral kuarza dan mengandungi pecahan ~angkang dan sisa tum­buhan. Warnanya putih-coklat di atas paras air tanah dan berwarna kelabu di bawah paras air tanah. Ketebalan pasir halus-sederhana di kawasan kajian berbeza-beza dan berjulat dari 3.3 hingga 5.6 m. Di setengah tempat, ianya ditindihi oleh gambut yang berbeza-beza ketebalannya dan tepu dengan air sepanjang tahun.

Sempadan litologi untuk kawasan kajian ditunjukkan pada Rajah 3.

KAEDAH PENYIASATAN

Pada masa penyiasatan terperinci hidrogeologi dijalankan, sebanyak 284 lubang gerudi telah dibuat dengan kedalaman 7 m untuk setiap lubang gerudi danjumlah kedalaman lubang gerudi ialah 1988 m. Di mana 238lubang gerudi telah dibuat di kawasan Tapak A dan 46 lubang gerudi di kawasan Tapak B. Lubang gerudi tersebut dibuat dengan menggunakan alat 'Puls Auger' dengan jarak 100 m di antara satu dengan yang lain. Untuk ketebalan pasir melebihi 3 m, maka lubang gerudi terse but diubahkan menjadi perigi cera pan. Oleh itu, sebanyak 235 perigi cerapan telah dibuat di kawasan Tapak A dan 42 perigi cerapan di kawasan Tapak B.

Di samping itujuga, 2 perigi ujian telah dibuat di sini iaitu satu di kawasan Tapak A dan satu lagi di kawasan Tapak B. Pembinaan perigi ujian ini dibuat denganmenggunakan alat pancutan airyangmempunyaimata gerudi bergaris­pusat 210 mm.

Kedudukan lubang gerudi 'Puls Auger' dan perigi ujian di kawasan kajian dapat dilihat pada Rajah 4.

Kesemua lubang gerudi tersebut diambil sampel pasir dan direkodkan litologinya. Manakala dari perigi cerapan, setelah dipam selama 30-60 minit, sampel airnya diambil dan dilakukan analisa kimia airnya. Ketinggian perigi cera pan di atas Min Paras Laut juga ditentukan.

Page 6: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

200 400 800 NETER

PETUN.JUK

~·::: J PASIR HALUS- SEDER HAN A

§ GAMBUT MENINOIHI PASIR HALUS- SEOERHANA

{1; KAWASAN NIPAH

SM 1729/11/87 YB/AMS

Rajah 3: Sempadan litologi di kawasan Jebungan, Mukah.

--.J 00

i t:d e ~

Page 7: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

SP::1945/11/87

LAUT CHINA SELATAN

0

0 0 0 0

ooo 0 0 0 0 0 0

·O 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

28•25m

0 1 ... 25m m ~ PEIUGI CERAPAN 2

m

u

t SKALA

0 0

0 ooaaoo aooooo oooooo

oo o o ~~----~--------~

SKALA

PERIGI CERAPAI\I 3 o oo~ L.J....I..I..U

\

0 200 4(/D METER ll·2m

d, PERIGI CERAPAN 2

PETUNJUK

PERIGI CERAPAN El PARIT KECIL

LUBANG GERUDI I ..-I SUNG AI

PERIGI UJIAN El JALAN TIOAK BERTURAP

~ JAMB A TAN

YB/R.C.

Rajah 4: Kedudukan lubang gerudi 'Puis Auger' dan perigi ujian di kawasan Jebungan, Mukah.

Page 8: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

180 YusUF BuJANG

BASIL PENYIASATAN

Hidrogeologi

Penggerudian yang telah dilakukan memberikan maklumat bahawa ketebalan pasir halus-sederhana sebagai akuifer adalah berbeza dan be:rjulat dari 3.3 m hingga 5.6 m. Ini jelas ditunjukkan oleh isotebal pasir halus­sederhana pada Rajah 5. Didapatijuga, akuifer cetek ini ditindihi oleh gambut yang berbeza-beza kctebalanya iaitu dari 0.1 m hingga 2.5 m. Ini ditunjukkan oleh Rajah 6.

Berdasarkan pada profil geologi, didapati akuifer cetek di kawasan kajian mempunyai ketebalan lebih kurang seragam dari arah barat ke timur. Di kawasan yang tidak ada pasir halus-sederhana, gambut pula menindihi tanah liat. Di setengah tempat, tanah liat ini ujud dalam bentuk kantaan. Profil geologi untuk kawasan kajian ditunjukka~ pada Rajah 7.

Hasil daripada analisa saiz butiran, didapati akuifer cetek mempunyai saiz purata 0.15 mm, saiz berkesan be:rjulat 0.07 mm hingga 0.12 mm dan pekali keseragaman be:rjulat 2.0 - 22

KualitiAir

Di dalam penyiasatan terperinci hidrogeologi ini, sebanyak 277 sam pel air tanah telah dianalisakan.

Nilai kandungan Ferum didapati tinggi jika dibandingkan dengan paras maksima yang dibenarkan dari Piawaian WHO iaitu melebihi 1.0 mg/1. Nilai unsur-unsur kimia yang lain seperti kalsium, magnesium, natrium, kalium, mangan, bikarbonat, sulfat dan klorida adalah di bawah paras maksima yang dibenarkan dari Piawaian WHO. Untuk itu, air tanah di sini perlu diberikan rawatan sebelum-air tersebut boleh digunakan oleh penduduk tempatan.

Kontur kandungan klorida untuk akuifer air tawar yang cetek di kawasan ini di tunjukkan pada Rajah 8. Didapati kawasan TapakA mempunyai kandun­gan klorida kurang dari 600 ppm dan di kawasan Tapak B ·pula kandungannya kurang dari 200 ppm. Di setengah-setengah tempat, apabila penapis perigi di dalam lapisan tanah liat, didapati kandungan melebihi 600 ppm.

Berdasarkan pEmgelasan air dengan kation dan anion, kemudian diplotkan pada gambarajah tigasegi seperti Rajah 9, didapati ada 4 jenis air terdapat di dalam akuifer ini iaitu:-

(a) Air kalsium, natrium, bikarbonat, klorida.

(b) Air kalsium, bikarbonat.

(c) Air kalsium, magnesium, natrium, bikarbonat, klorida.

(d) Air natrium, klorida.

Page 9: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

u

i L AUT CHINA SELATAN

PETUN.JUK

~~~~~ KETEBALAN PASIR HALUS- &EDERHANA > 5·0 m

r:-. =:: :j KETEBALAN PASIR HALUS- SEDERHANA ANTARA 4·0- 5·0m

~ KETEBALAN PASIR HALUS- SEDERHANA ( 4·0 m

SKALA

200 400 800 meter

~ JAMBATAN

~ SUNGAI

= JALAN TtDAK BERTURAP

Rajah 5: Isotebal pasir halus - sederhana di kawasan Jebungan, Mukah. -00

Page 10: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

u

r LAUT CH/HA SELATAH

~ TIADA GAMBUT

~ KETEBALAN GAMBUT 01 ANTARA 0-0·2m

Ia KETEBALAN GAMBUT 01 ANTARA 0·2 -0·6m

~ KETEBALAN GAMBUT 01 ANTARA 0·6:.. 1·-Qm

j::~.":>] KETEBALAN GAMBUT ) I·Om

SKALA

200 400 800 meter

........ il::::=~"""""'"""

:=:: JAMBATAN

~ SUNGAI

= JALAN TIOAK BERTURAP

Rajah 6: Isotebal gam.but untuk kawasan Jebungan, Mukah.

Page 11: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

1~ ••.c::::::... ..... • . i 7.···.·""·7;;, . ..,... ...... 4tl!·.~'g,~·-.~ /-"/ . .· .. 1

.... _._..,_/-~ . .::-:·~ -~ _.;; ~ I!.W

!

''" ~:.....,.....,.,.

l•tr IIIII~ 1111141

• c I:"' ----..::'·

•nu•NJt

DG&MthiT

0 ..... ,.~ ...... L1!. nor .......

!I£2 Pl.$1" •t••tLOCoAII

~T&"-A"' Ll&f

•• t •• IJ&III&S &fll l'&'>aoo

Rajah 7: Profil geologi untuk Tapak A dan B di kawasan Jebungan, Mukah

---

"

~ g en > ;;;! z til ;;o ;g ;;o

~ ::r::

~

! g

?:: ~ en > z

1i ~ > z

-00 w

Page 12: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

LAUT CHINA SELATAN

t

i.....,..;;;;;j,==='i2 liLDNfTER

PETUN.JUK

K owoson K ojion

KondUIIgon klorido < 200mg/ L

Kondungori klorido 200·600mg/ L

Kondungon kloridil > 600 mg/ L

Jal011 Tidak Berturop

~ Sungai

~ Jombaton

J:: Kowoson pokok Nipoh

Rlqah 8: Kontur kandungan klorida pada kedalaman 2.0 m di bawah min paras laut untuk akuifer cetek di kawasan Jebungan, Mukah.

Page 13: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

PENYIASATAN TERPERINCI HIDROGEOLOGI DI KAWASAN JEBUNGAN

~ co CATIONS

Ci ANIONS

185

Rajah 9: Pengelasan air berdasarkan peratus epm untuk kawasan Jembungan, Mukah

(Figure 9: Classification of water of water based on the percentage of equivalents per million (emp) for Jembungan area, Mukah).

Page 14: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

186 YusuF BuJANG

Berdasarkan pengelasan kekerasan (CaC03 dalam ppm) untuk air tanah yang tawar, didapati ianya berjulat dari lembut- sederhana keras. ·

Ujian Pemampaan

Di kawasan Jebungan, iaitu di Tapak A dan B telah dilakukan ujian suru­tan berperingkat dan luahan tetap. Ujian surutan berperingkat telah dilakukan selama 40 minit untuk setiap satu dari 4 peringkat. Tujuan ujian surutan berperingkat dijalankan adalah untuk menentukan prestasi perigi dan juga untuk menentukan tahap luahan yang sesuai bagi melakukan ujian luahan tetap.

Hasil dari lengkungmasa-s'urutan dan lengkungan surutan-luahan didapati kadar pemampaan yang unggul untuk perigi ujian MTW 1 di kawasan Tapak A adalah 2.99 m3/jam dan untuk MTW 2 di kawasan Tapak B adalah 2.9 m3/jam. Lengkungan masa-surutan dan surutan-luahan untuk kedua-kedua perigi ujian dapat dilihat pada Rajah 10.

Selepas ujian surutan berperingkat, ujian luahan tetap telah dilakukan selama 48 jam dan luahan tetap yang digunakan adalah kurang dari kadar pemampaan yang unggul. Ini dilakukan un.tuk menentukan ciri-ciri hidraulik akuifer cetek di kawasan kajian. Luahan tetap yang digunakan untuk kawasan Tapak A ialah 2.74 m3/jam atau 65.75 m3/hari dan untuk kawasan Tapak B, luahan tetap ialah 2.71 m2/jam atau 65.064 m3/hari.

Pada masa ujian tetap, penentuan kualiti air telah dilakukan dengan mengambil sampel air pada sela masa 2 jam semasa pemampaan. Untuk perigi ujian MTW 1, didapati nilai parameter sepertikekerasan semen tara, kealkalian dan klorida adalah turun. Manakala nilai Ferum dan pH adalah berubah-ubah, tetapi perubahannya tidak begitu ketara. Secara keseluruhan, disimpulkan bahawa semasa 48 jam ujian pemampaan dilakukan, kualiti air tanah tidak begitu ketara perubahannya.

Untuk perigi ujian MTW 2, nilai parameter seperti kekerasan sementara, kealkalian, "Ferum, klorida dan kemasinan didapati tidak begitu berubah dan agak seragam nilainya. Bagi nilai pH, didapati ianya berubah-ubah dari nilai 5.25 hingga 6.25 selama 48 jam ujian pemampaan.

Di kawasan kajian, didapati akuifer cetek '\ada menunjukkan fenomena hasil lambat. Oleh yang deniik.ian, penafsiran data seterusnya dilakukan dengan menggunakan Kaedah Boulton (Kruseman, G.P., and De Ridder, M.A., 1979). Hasil pengiraan dengan menggunakan kaedah tersebut didapati nilai purata Keterusan, T ialah 6.35 m2/hari.

Page 15: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

~

,. : ~

~

z =: ,. « ,. "'

0, • 7·493 m5/J

\ -~~ 2· B~mltJ \a,

l:••3·006rn3/J 0 5 • 2·77~m3/J

\ a,• 3·064ot'lJ

_....._ \ l_~076m~J II 0 4 •3·153m~J

-----------------------------------MTW 1

. .-----MTW 1

~

~' • ~ 0' 0

~ . 3 I

ICOdOt PUUMPOOft Yo•9 U~QQUI' 2•99111!/ J

- -- - - - - -:.:: ~, I

• I

I 2 3 SUAUTAN DALAM MIETEA

P!IUNGICAf 0/41'"~"' ......

,::. 3 I ~

~ ~' 0

z . . ~

I 1•082 :D: 2·315 1·003 m 2•174 2·!!188 1•07'2 :m: 3·0?8 3•34!!1 0·920

ICcutor Pe•o111poon '10119 UAVfloll • 2·9•3/o~ \. .

I 2 ""'UTAIII DALA.. MIETU

P(fUNGKAT O•'IJ 6 S(~tt) Q/IJS•~ I 2·856 2·420 1•110

" :S·OOI 2· 700 I'll!

lit: ··- 3•045 1•007 .,.. 3"1!!13 3·330 0•947

"TW 2

4L-------------+-------~----+-------------~-------------+--------------------~------------------o 40 80 120 150 220

SP39,/U/87 NASA OALAM MINIT

Rajah 10: Ujian surutan berperingkat untuk perigi ujian, MTW 1 dan MTW 2 di kawasan Jebungan, Mukah.

~ ::s l;

~

I i g

~ > en > z ....... gj c:

~ z

-00 -...]

Page 16: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

188 YusUF BuJANG

Imbangan Air

Persamaan yang digunakan untuk pengiraan imbangan air adalah seperti berik.ut:-

dimana:-P-ET- R = L- I± as ................... (1)

p

"ET

R

L

I

as

= = -= = =

kerpasan (precipitation)

sejat-transpirasi

larian permukaan

larian air tanah ke sungai atau parit

kebocoran air tanah ke laut

perubahan isipadu air tanah dalam simpanan pada jangkamasa tertentu ·

Dalam pengiraan imbangan air, data yang banyak dan tepat diperlukan terutamanya dalam p~nentuan nilai larian permukaan dan sejat-transpirasi. Untuk itu, nilai-nilai yang digunakan dalam pengiraan adalah nilai anggaran sahaja.

Data kerpasan dari tahun 1964 hingga tahun 1986 adalah 3686.5 mm dan pan-penyejatan dari tahun 1971 hingga tahun 1980 adalah 1439.5 mm. Sejat­transpirasi pula didapati dengan mendarabkan nilai pan-penyejatan dengan faktor pembetulan iaitu 0.9. Di kawasan Jebungan, sejat-transpirasi adalah (0.9) x (1439.5) mm = 1295.5 mm.

Larian permukaan (R), dianggap sebagai minima di kawasan kajian. Ini memandangkan akuifer di sini tidak tepu air dan air hujan yang turun terus menyusup ke dalam akuifer.

Larian air tanah pula lebih menunjukkan arah aliran ke sungai dan parit. Ini jelas ditunjukkan oleh kontur air tanah yang statik pa.da 28.9.1987 untuk kawasan TapakA, lihatRajah 12(a) dankawasan Tapak B pada 24. 7.1986, lihat Rajah 12(b). Untuk itu, larian air tanah ke sungai parit adalah lebih berkesan dari kebocoran air tanah ke arab laut. Dalam pengiraan kebocoran air tanah ke laut dianggap sebagai sifar.

Daripadamaklumat di atas dan dimasukkan dalam persamaan (1), didapati:-

L + L1s = P - ET ....................... (2)

Page 17: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

PENYIASATAN TERPERINCI HIDROGEOLOGI DI KAWASAN JEBUNGAN 189

Oleh itu, jumlah lari.an air tanah ke sungai atau parit didapati seperti berikut:-

L + as = 3686.5- 1295.5 mm/tahun

= 2391 mm/tahun

Jumlah lari.an air tanah ini adalah mewakili isipadu maksima air jangkapanjang yang boleh diambil dengan tidak melibatkan simpanan akuifer.

Persamaan untuk mencari. jumlah lari.an air tanah (L) untuk setiap unit lebar dari. akuifer adalah seperti di bawah:-

L = kD 'Y m3/hari .... (3) di mana:-

T = kD dalam m2/hari.

k = konduktiviti hidraulik

D = ketebalan akuifer dalam m

T = keterusan dalam m2/hari

'Y = kecerunan hidraulik air tanah

Di kawasan kajian iaitu di Tapak A dan B didapati:-

maka,

(i) Nilai keterusan secara purata, T = 6.35 m2/hari

(ii) Kecerunan hidraulik untuk 'fapak A dan B, 'Y = 0.002

(iii) Lebar yang tegak lurus dengan aliran air tanah di Tapak A, lA = 3420m

(iv) Lebar yang tegak lurus dengan aliran air tanah di Tapak B, 18 = 770 m

(a) Lari.an air tanah di Tapak A,

LA = T 'Y lA m3/hari.

= 6.35 x 0.002 x 3420 m3/hari

= 43.4 m3/hari.

(b) Lari.an air tanah di Tapak B,

~ = T 'Y 18 m3/hari.

Page 18: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

190 YusUF BuJANG

= 6.53 x 0.002 x 770 m3/hari

= 9.8 m3/hari

Untuk itu, jumlah air tanah di sini adalah 53.2 m3/hari. Ini merupakan isipadu maksima air jangkapanjang yang tersedia untuk pemampaan dengan tidak melibatkan simpanan akuifer tetapi ianya tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan harlan sebanyak 541 m3/hari. Oleh itu, air perlu juga diambil dari simpanan akuifer. ·

Dengan berpandukan keliangan akuifer pasir halus-sederhana adalah 25%, ketinggian purata paras air tanah di atas Min Paras Laut di Tapak A ialah 2.2 m dan di Tapak B ialah 1.3 m serta keluasan kawasan tadahan Tapak A ialah 2.32 km2 dan untuk Tapak B ialah 0.47 km2• Maka:-

(a) Simpanan air tanah di atas Min Paras Laut di Tapak A

= 2.32 X 106 X 2.2 X 0.25 m3

= 1.27 x 106 m3

(b) Simpanan air tanah di atas Min Paras Laut di Tapak B

=

= 0.47 X 106 X 1.3 X 0.25 m3

1.5 x 105 m3

Perbincangan mengenai Imbangan Air

Pengiraan yang dilakukan dalam imbangan air adalah berdasarkan kepada nilai anggaran yang telah diperolehi, walaupun data-datanya tidak lengkap terutamanya nilai larian permukaan dan sejat-transpirasi. Keadaan ini akan dapat diperbaiki sekiranya lebih banyak data yang tepat diperolehi. Untuk itu, stesen hujan dan pan-penyejatan perlu disediakan di kawasan tapak kajian seluas 3.65 km2• Dalam imbangan air, pengiraan dilakukan untuk kawasan tadahan Tapak A dan B seluas 2. 79 km2•

Di sini, penggunaan air tanah untuk keperluan jangkapanjang adalah terhad oleh faktor-faktor berikut:-

(a) Isipadu simpanan akuifer yang sedikit di atas Min Paras Laut. Paras air tanah lebih kurang 2.2 m di atas Min Paras Laut di Tapak A dan 1.3 m di atas Min Paras Laut di Tapak B.

(b) Dekat dengan laut dan sungai-sungai yang dipengaruhi oleh pasang-surut. ·

Apabila diperhatikan pada Rajah 2, terdapat lebihan air pada semua bulan.

Page 19: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

PENYIASATAN TERPERINCI HIDROGEOLOGI DI KAWASAN JEBUNGAN 191

W alaupun demikian, lebihan air untuk bulan April hingga Ogos adalah kurang dari bulan-bulan yang lain. lni menunjukkan bahawa musim kemarau jelas berlaku pada bulan-bulan tersebut.

Pada tahun 1972, taburan hujan tahunan adalah 750 mm di bawah min, lihat Rajah ll(a). Didapati juga lebihan air hanya untuk 8 bulan sahaja. Ini dapat dilihat pada Rajah ll(b). Berdasarkan pada peruntukan air dari min hujan bulanan.dan sejat-transpirasi dari tahun 1964-1986 didapati menunjuk­kan lebihan bersih bagi air untUk semua bulan seperti ditunjukkan pada Rajah ll(c). Apabila diperhatik.an pada tahun 1972 iaitu tahun yang paling teruk mengalami musim kemarau, didapati pada bulan Mac, April, Mei dan Julai mengalami kekurangan bersih sekiranya penggunaan air diteruskan sebanyak 541 m3/hari. Peruntukan air berdasarkan hujan bulanan dan sejat-transpirasi pada tahun 1972 dapat dilihat pada Rajah ll(d).

Berpandukan dengan sejat-transpirasi (ET) ialah 3.55 mm/hari, keliangan akuifer ialah 0.25, keluasan kawasan tadahan di Tapak A ialah 2,320,000 m2,

keluasan kawasan tadahan di Tapak B ialah 470,000 m2 dan penggunaan air dari simpanan akuifer ialah 488 m3/hari. Didapati:-

(i) Penurunan paras air tanah di dalam akuifer disebabkan oleh sejat-transpirasi di kawasan kajian ialah 14.2 mm!hari.

(ii) Penurunan paras air tanah disebabkan penggunaan air sebanyak 488 m3/hari untuk Tapak A ialah 0.8 mm/hari.

Di kawasan Tapak A, didapati ketinggian purata paras air tanah adalah 2.2 m di atas Min Paras Laut. Oleh itu, penurunan paras air tanah di dalam akuifer disebabkan oleh sejat-transpirasi dan penggunaan air sebanyak 488 m3/hari adalah 14.2 + 0.8 mmihari = 15.0 mmlhari. lni mengambil masa selama 146 hari untuk kejatuhan paras air tanah di dalam akuifer ke Min Paras Laut. Oleh yang demik.ian pengambilan air sebanyak 488 m3/hari semasa 4 bulan musim kema­rau tidak memberi kesan negatif ke atas akuifer dan masih menunjukkan kecerunan hidraulik positif ke arah laut.

Untuk pekan Mukah pula, didapati memerlukan air sebanyak 1000 m3/hari selama 14 hari padamusim kemarau. Dengan menggunakan kawasan tadahan Tapak B sebagai sumber pembekalan airnya, didapati penurunan paras air tanah apabila pengabstrakan air sebanyak 1000 m3/hari adalah 8.5 mm/hari. Manakala penurunan paras air tanah di dalam akuifer di sebabkan oleh sejat­transpirasi dan penggunaan air sebanyak 1000 m3/hari adalah 14.2 + 8.5 mm/ hari = 22.7 mm/hari. Dengan mengambil ketinggian purata air tanah di atas Min Paras Laut di Tapak B adalah 1.3 m, maka masa yang diambil untuk kejatuhan paras air tanah ke Min Paras Laut adalah 57 hari. Oleh itu, penggunaan air sebanyak 1000 m3/hari selam 14 hari untuk pekan Mukah masih tidak memberi kesan negatif pada akuifer dan air tanahnya masih

Page 20: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

e E

E D o ... z C[ z

~ z C[ .., :> :c

SP3944/II/87

1964 1965 1966 1967 1968 1969 1970 1971 1972 1973 1974 1975 1976 1977 1978 1979 1980 1981 1982 1983 1984 1985 1986

Y8/R.C.

Rlqah 11 (a): Variasi hujan dari min tahun 1964-1986, Mukah

Page 21: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

600mm

500mm

400mm

e E

E 0 0

300mm , z ~ .., :::1 :I:

200mm

IOOmm

JAN. FEB.

HUJAN 6!16·5 414·0

MIN SEJAT -TRANSPIRASI 9'1·9 101·'1 8ERPOTENSI

LE81HAN AIR 5'11·6 312·6

Rajah 11 (b):

PETUNJUK

rn:m LEBIHAN AIR YANG TERSEOIA UNTUK IMBUHAN AIR TANAH

[2] LEBIHAN AIR UNTUK MENGIMBANGKAN KELENGASAN TANAH

~ KEKURANGAN AIR

MIN SEJAT-TRANSPIRASI BERPOTENSI dolom mm. (1971- 1980)

DIS.

~

187•9 59·9 153·03 200·9 1·7 205·'1 2'13·0 289·0 251·7 312·9 2935·93mm

117•2 113·8 119·1 113·3 119·7 115·0 111·3 109·1 90·5 92· 9 1295·5mm

70·7 -53·9 13· 93 87•6 -118·0 90·'1 131· ~ 179·9 161·2 220·0 16'10· '13mm

Hujan bulanan dan sejat-transpirasi, Mukah pada tahun 1972.

Page 22: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

500mm PETUNJUK

III]] LEBIHAN BEf!SIH .. 400mm

e 300mm

E

E 0 Ci '0

z 200mm <[ ., ::I J:

IOOmm

JAN. FEB. MAC. APR. MEl. JUN. JUL. OGOS. SE:':PT. OKT. NOV. DIS.

LEBIHAN. AIR (P-ET) 529·5 346·0 242·5 75•9 39·9 58·7 6!1·0 90·1 133·5 135·3 211·24 461·7 [ ~·· ... ~ 0·&4 0•60 0·64 0·62 0·64 0·62 0·64 0·64 0·62 0·64 0·62 0·64 UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN AIR AIR DARI SIMPANAN SEIANYAK 879ms/HARI AKUIFER DIAMIIL

9·12 8·5:5 9·12 8·8:5 9·12 8 ·8:5 9•12 9·12 8·8:5 9·12 8·8:5 9 •12 (TAHUN 2000) UNTUK MENCUKUPI KEPERLUAN HARlAN

LEBIHAN BERSIH !119-74 :5:56·87 2:52· 74 66·45 :50·14 49·2!1 5!1·24 80·:54 124·0!1 125·54 201·79 451·94

SP3952/II/87 YB/R.C.

Rajah 11 (c): Peruntukan air berdasarkan min hujan bulanan dan sejat- transpirasi, Mukah dari tahun 1964 -1986.

Page 23: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

500mm PETUNJUK

[[I] LEBIHAN BERSIH

400nvn ~ KEKURANGAN BERSIH

. D LEBIHAN AIR UNTUK MENGIMBANGKAN KELENGASAN TANAH

e 300mm e e 0 0 ., z 200mm

"' ., j :r:

r;-:-:-:-IOOmm ...

r::::: ;:-:-:-:- .. 0. ••• 0 ....

• •• 0 . . . . . ... iitt KEPERLUAN HARlAN

. .i':~::.lrrr; ::_:_.~: SEBANYA~ 879 m3/HARI -- - (TAHUN 20001 0

~~ ~ ~ -IOOmm

LE81HAN AIR (P- ETl 541·6 312·6 -70·7 -53·9 13·93 87·6 -118·0 90·4 131·7 179·9 161·2 220·0 ( ~~·.,·- • 0·64 0·60 0·64 0·62 0·64 0·62 0·64 0·64 0·62 0·64 0·62 0·64 UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN AIR AIR OARI SIMPANAN SE8ANYAK 87, mS/HAAI AKUIF ER OIAM81L 9·12 B·U 9·12 8·83 9·12 8·83 9·12 9·12 8·83 9·12 8·83 9·12 (TAHUN 20001 UNTUK MENCUKUPI

KEPERLUAN HARlAN

LEB1HAN AIR 531·84 303·47 -80·46 ·63·35 4•17 78·15 •127 ·76 80·64 122·25 170•14 151·73 210·24 SP3953/II/87 YB_L.R.C

Rajah 11 (d): Peruntukan air berdasarkan hujan bulanan dan sejat- transpirasi, Mukah pada tahun 1972.

~ ::s > "' > ~ z

~ ::0

~ !I:

§ ~ ~ g

~ ~ "' ~ ii ~ z

-1.0 VI

Page 24: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

196 YuSUF BuJANG

mencukupi untuk dibekalkan pada musim kemarau tersebut.

CADANGAN

Di kawasan Jebungan, dicadangkan pembinaan perigi pengeluaran di kawasan tadahan seluas 2.32 km2 untuk Tapak.A dan 0.4 7 km2 untuk Tapak B.

Perigi pengeluaranyang sesuai di sini adalah dalam bentuk perigi mendatar. Ini memandangkan akuifer air tawarnya yang cetek. Sistem perigi mendatar telahpun dibuktikan dengan jayanya di Paloh dan lgan, Sarawak.

Lokasi kawasan tadahan untuk pembinaan perigi pengeluaran ditunjuk­kan pada Rajah 12(a) dan (b).

Setelah perigi pengeluaran siap, ujian pemampaan akan dilakukan untuk menentukan prestasi perigi dan kesan ke atas akuifer apabila dilakukan luahan jangkapanjang. Di samping itu, penentuan kualiti air tanah dibuat semasa ujian pemampaan.

·Panjagaan rapi ke atas perigi pengeluaran perlu dibuat dengan menen­tukan kualiti airtanah danmengukurkan perubahan paras airtanah untukme­mastikan paras air tanahnya masih kekal di atas Min Paras Laut.

KESIMPULAN

Akuifer cetek yang tidak tertekan di kawasan Jebungan mempunyai kete­lapan yang rendah dan secara puratanya mempunyai ketebalan 4.5 m. Kualiti air tanah di sini sesuai digunakan tetapi perlu diberikan rawatan sebelum dibekalkan pada penduduk tempatan. Disebabkan larian air tanahnya tidak mencukupi, maka penggunaan air dari simpanan akuifer diperlukan untuk keperluan harlan.

Berdasarkan kajian imbangan air, akuifer-akuifer cetek di sini, boleh mem­bekalkan air sebanyak 541 m31hari untuk masa kini dan juga sebanyak 879m3/

hari pada tahun 2000. Kekurangan air untuk pekan Mukah pada musim kemarau dapatjuga_diatasi dengan mengambil air dari akuifer-akuifertersebut.

RUJUKAN

DAVIS, S. N., and DEWIEST, R.J.M., 1966. Hydrogeology. John Wiley and Sons, Inc., New York, 1st Edition.

D.I.D., BARAWAK HYDR.OLOGICAL YEAR BooK 1981 and 1982. Ban Lee Press, Jalan Nipah, Kuching.

KRusEMAN, G.P., and DE RIDDER, M.A., 1979. Analysis and Evaluation of Pumping Test Data, Bulletin 11. The Netherlands, 4th Edition.

MAILAVAGANAM, Y., 1983. Hydrogeology of the Coastal Sands of Sarawak. Geological Survey of Malaysia (unpublished) .

..... , 1984. Preliminary Hydrogeological Report of the lgan Area. 3rd Di!Jision, Sarawak. Geological Survey of Malaysia (unpublished) .

...... , 1985. Groundwater Production Wells (Kabong Water Supply), 2nd Division, Sarawak. ·Geological Survey of Malaysia (unpublished).

Page 25: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

LAI.JT CHINA S£ LA TAN

- ..sa-.---- -0 0

0 0 0 0

0 0

0 0

0 0 0

0 0

0 0

0 0

0 0 0

0 0 0 0 0 0 0

0 0 0 ---- 0 0 h ---

SICA LA 0 :aoo ..

--- ----PETUNJUK

r-, z .__ .J Kawoson taclohan seluas 2·32 km

,..z-o "') Kantur air tanah d1111Qan ketlnaalan _../ 2·0m di atas llln Parae Laut

pada 28·9·87

_,. Arah allran air tanah

-----1 8 Lubana aerudl

0 Perlcp cerapan ~ Jombalon ,........

__...::::: Sunaal

- Jolon tldak berturap

Rajah 12 (a): Kawasan tadahan untuk Tapak A di kawasan Jebungan, Mukah.

0

0

0 0 0 0

0

0 0 0

0

0

·0

0 0

u

~ YB/HC

~ -< > "' ~ z ;;l

~ z 0 :c 8

i g

~ ~ "' > z ._ trl tJ:l c: ~ > z

-\0 -.....1

Page 26: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

PETUNJUK

r---, L _J Kowoson todohon seluos 0·47 Km 1

Kontur air tanah dengan· ketinggian ~ o-o- I·Om di alas Min Paras Lout • \ Sungoi

podo 24·7· 87.

TAPAK B

t~o,

_. Arah AI iran Air Tonoh = Jolon Tidak Berturap

~ Jamboton

--

"" ..

;! ;! ---SMI142/II/Il

Rajah 12 (b): Kawasan tadahan untuk Tapak B di kawasan Jebungan, Mukah.

-10 00

l·cn,

I I I

~ I ~ I bj

I c::

~ I ~

I I I I I I

_j

Page 27: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

PENYIASATAN TERPERINCI HIDROGEOLOGI D1 KAWASAN JEBUNGAN 199

WALL, J.R.D., 1961. Report on a Detailed Reconnaissance Soil Suroey of the MukahArea, Sarawak. Soil Survey Division, Department of Agriculture.

WoLFENDEN, E.D., 1960. The Geology and Mineral Resource of the Lower Rejang Valley and Adjoining Areas, Sarawak. Geological Suroey Department, British Territories in Borneo, Memoir 11.

Manuskrip diterima 3hb November 1989

Page 28: Penyiasatan terperinci hidrogeologi di kawasan Jebungan, Mukah ...

NOW AVAILABLE! pp 187/12188 ISSN 0126-6187

w~~~~~

~~Q){~Q)~~ ~~~~ll~~~ BULLETIN OF THE GEOLOGICAL SOCIETY OF MALAYSIA

KANDUNGAN (CONTENTS)

1 Polyphase deformations and quartz development at Bandar Baru, Bangi (South), Selangor H.D. 'fjia & Zaiton Harun

21 Depth of penetration of geophysical exploration methods as applied in shallow engineering geological investigations Abdul Ghani Rafek

29 Estuarine sediment geochemistry Tan Teong Hing

41 A comparative study of the mineralogy of rice soils of the Kedah and Kelantan coastal plains of Peninsular Malaysia S. Paramananthan

59 Magnesium and calcium concentrations in limestone groundwater&, Peninsular Malaysia J. Crowther

85 Structural geology of Datai beds and Macincang Formation, Langkawi H.D. 'fjia

121 A brief account of lead mineralization at Phaungdaw Prospect, Pyawbwe Township, Man­dalay Division, Burma Khin Zaw & P.J. Goosens

133 The Wang Phar tungsten deposits Tan SayBiow

147 The occurrence of turquoise and faustite in Tras, Pahang KN. Murthy

157 Conservation of geological features in Peninsular Malaysia Frank Yong Siew Kee .

199 Palynology of the lowland Seberang Prai and Kuala Kw;au areas, NW Peninsular Malaysia· Kamaludin bin Hassan

Editor G.H.Teh

AUGUST 1989 Price: M$35.00 (US$15.00)

Cheques, Money Orders or Bank Drafts must accompany all orders. Please add US$1.30 for bank charges. Orders should be addressed to: The Hon. Assistant Secretary

GEOLOGICAL SOCIETY OF MALAYSIA c/o Dept. of Geology University of Malaya 59100 Kuala Lumpur MALAYSIA