PENYUSUNAN ILMU QIRAAT OLEH ULAMA NUSANTARA: … · ialah susunannya dimulakan dengan Bab al-Idgham...

13
JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657 176 PENYUSUNAN ILMU QIRAAT OLEH ULAMA NUSANTARA: KAJIAN KES TERHADAP TANWIR AL-SADR BI QIRA’AT AL-IMAM ABI C AMR OLEH AL-TARMASIY Oleh: Hayati binti Hussin (USIM) Abdul Rahim bin Ahmad (UKM) Aslam Farah Selamat (KUIS) Nur Zainatul Nadra Zainol (UTHM) Abstrak Kertas kerja ini merupakan kajian kes terhadap terhadap manuskrip Tanwir al-Sadr bi Qira’at al-Imam Abi c Amr karangan al-Tarmasiy, seorang tokoh Nusantara yang pernah menjadi tumpuan para pencinta ilmu di dunia Arab serta pemilik tiang al-Masjid al-Haram berhampiran Bab al-Safa. Al-Tarmasiy telah mewariskan ensiklopedia ilmu-ilmu Islam yang pelbagai. Di antaranya adalah ilmu serta kitab dan nukilan Qiraat. Metodologi kajian yang digunakan menjurus ke arah kajian kualitatif yang berbentuk analisis dokumen dengan bersumberkan maklumat dan data daripada dua naskhah salinan manuskrip asal beliau yang belum ditahkik. Hasil kajian mendapati al-Tarmasiy telah membahagikan manuskrip ini kepada Bab al-Usul dan Bab al-Farsh. Pembaharuan yang ditampilkan di dalam kitab ini ialah susunannya dimulakan dengan Bab al-Idgham dan diakhiri dengan Bab Surah al-Nas. Susunannya juga menggunakan Bahasa arab fusha yang baik serta mengikut tatacara penulisan kitab mengikut tradisi semasa di zamannya. Usaha al-Tarmasiy dalam hal ini menempatkan kitab beliau setara dengan rujukan-rujukan Qiraat yang lain.implikasi kajian ini adalah membuka jalan kepada usaha tahkik manuskrip ini bagi dimanfaatkan secara optimum oleh para muqri’. Kata Kunci: Qiraat Nusantara, Al-Tarmasiy, Tanwir al-Sadr bi Qira’at. PENDAHULUAN Ilmu al-Qiraat di Nusantara seolah-olah dahulunya mengalami krisis yang begitu parah. Dakwaan ini kelihatan benar apabila seolah-olah tidak terdapat sebarang karya qiraat yang mampu memberikan sumbangan sama ada secara santai mahupun pada lapangan ilmiah,

Transcript of PENYUSUNAN ILMU QIRAAT OLEH ULAMA NUSANTARA: … · ialah susunannya dimulakan dengan Bab al-Idgham...

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

176

PENYUSUNAN ILMU QIRAAT OLEH ULAMA NUSANTARA: KAJIAN KES

TERHADAP TANWIR AL-SADR BI QIRA’AT AL-IMAM ABI CAMR

OLEH AL-TARMASIY

Oleh:

Hayati binti Hussin (USIM)

Abdul Rahim bin Ahmad (UKM)

Aslam Farah Selamat (KUIS)

Nur Zainatul Nadra Zainol (UTHM)

Abstrak

Kertas kerja ini merupakan kajian kes terhadap terhadap manuskrip Tanwir al-Sadr bi

Qira’at al-Imam Abi cAmr karangan al-Tarmasiy, seorang tokoh Nusantara yang pernah

menjadi tumpuan para pencinta ilmu di dunia Arab serta pemilik tiang al-Masjid al-Haram

berhampiran Bab al-Safa. Al-Tarmasiy telah mewariskan ensiklopedia ilmu-ilmu Islam yang

pelbagai. Di antaranya adalah ilmu serta kitab dan nukilan Qiraat. Metodologi kajian yang

digunakan menjurus ke arah kajian kualitatif yang berbentuk analisis dokumen dengan

bersumberkan maklumat dan data daripada dua naskhah salinan manuskrip asal beliau yang

belum ditahkik. Hasil kajian mendapati al-Tarmasiy telah membahagikan manuskrip ini

kepada Bab al-Usul dan Bab al-Farsh. Pembaharuan yang ditampilkan di dalam kitab ini

ialah susunannya dimulakan dengan Bab al-Idgham dan diakhiri dengan Bab Surah al-Nas.

Susunannya juga menggunakan Bahasa arab fusha yang baik serta mengikut tatacara

penulisan kitab mengikut tradisi semasa di zamannya. Usaha al-Tarmasiy dalam hal ini

menempatkan kitab beliau setara dengan rujukan-rujukan Qiraat yang lain.implikasi kajian

ini adalah membuka jalan kepada usaha tahkik manuskrip ini bagi dimanfaatkan secara

optimum oleh para muqri’.

Kata Kunci: Qiraat Nusantara, Al-Tarmasiy, Tanwir al-Sadr bi Qira’at.

PENDAHULUAN

Ilmu al-Qiraat di Nusantara seolah-olah dahulunya mengalami krisis yang begitu parah.

Dakwaan ini kelihatan benar apabila seolah-olah tidak terdapat sebarang karya qiraat yang

mampu memberikan sumbangan sama ada secara santai mahupun pada lapangan ilmiah,

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

177

sebagaimana halnya dengan bidang ilmu-ilmu Islam yang lain. Namun persepsi ini ternyata

meleset apabila didapati ada juga beberapa buah kitab muktabar yang dikarang oleh ulama

Tanah Melayu, seperti Muhammad Nor bin Ibrahim1, Haji Nuh bin Jamaluddin al-Kalantani,

Tok Kenali, Haji Ahmad al-Fusani dan lain-lain2.

Di Indonesia pula, Muhammad Arwani bin Muhammad Amin al-Qudsi3, Munawwir

Munawwar merupakan tokoh-tokoh yang memberi sumbangan di dalam penulisan serta

perkembangan ilmu ini . Namun keadaan ini agak berbeza di era al-Tarmasiy yang akan

diperincikan. Ini memerlukan kita kembali kepada tajuk kajian, dengan tumpuan diberikan

pada pengarang serta kitab yang menjadi kajian kes ini.

BIODATA AL-TARMASIY

Nama beliau ialah Muhammad Mahfuz bin cAbdillah bin

cAbd al-Mannan al-Tarmasiy. Lahir

di Tremas, Pacitan, Jawa Tengah, pada 6 Safar tahun 1280H (22 Julai 1863M) atau 12

Jamadilawal 1285H (31 Ogos 1868M)4.

Adapun ketokohan ilmu serta kemasyhuran beliau, al-Zirikliy5 menyebut al-Tarmasiy

dengan katanya: "Muhammad Mahfuz bin cAbdillah bin

cAbd al-Mannan al-Tarmasiy,

seorang ulama fiqh mazhab Shaficiy dan salah seorang ahli al-Qiraat. Beliau juga

berkecimpung dalam bidang hadith"6.

1 Tidak lama selepas pemergian mereka, pada akhir abad ke-20, muncul pula beberapa orang ulama Nusantara

yang mengembangkan penulisan ilmu qiraat. Di antaranya ialah Muhammad Nor bin Ibrahim (1905-1987) di

Kelantan. Kitab qiraat nukilan beliau ialah Suluhan Dar Al-Nacim Bagi Penuntut Bacaan Nafi

c‘ bin Abi Nu‘aym.

2 Ab Rahman al-Qari Bin Abdullah, Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Qira’at di Kelantan: Satu Tinjauan

Terhadap Peranan Dato’ Haji Muhammad Nor Bin Ibrahim, 2012, Proceedings: The 2nd Annual International

Qur’anic Conference 2012, hlm.71. 3 (1905-1994) ada menulis kitab yang diberi judul Fayd al-Barakat fi Sab

c al-Qira’at. Kitab ini terdiri daripada

tiga jilid dan membicarakan praktikal bentuk-bentuk bacaan Qiraat Sabcah yang usul dan farsh, bermula dari

surah al-Fatihah hingga akhir Al-Quran. Muhammad Arwani bin Muhammad Amin al-Qudsi, 2001M/1421H,

Fayd al-Barakat fi Sabc al-Qira’at, cet. 2, t.tp: Maktabah Mubarakah Tayyibah.

4 Al-Tarmasiy, Muhammad Mahfuz. 1320H/1903M. Kifayat al-Mustafid li ma

cAla min al-Asanid. Matba

cah al-

Mashhad al-Husayni. Mesir. hlm.44. 5 Khayr al-Din al-Zirikliy (1310H-1396H/ 1793M-1976M) merupakan seorang sejarawan, sasterawan, penyair,

dan pengarang. Nama penuhnya ialah Khayr al-Din bin Mahmud bin Muhammad bin cAliy bin Faris al-Zirikliy

al-Dimashqiy. Dilahirkan di Beirut. Ibu bapanya berasal dari Damsyik. Beliau dibesarkan dan mendapat

pendidikan di Damsyik serta berguru dengan para ulama di sana. Al-Zirikly banyak menghasilkan karya dalam

bidang sastera. Al-Zirikliyy, Khayr Din bin Mahmud bin Muhammad bin cAliy bin Faris. 1984. A

clam- Qamus

Tarajum li Ashhar Rijal wa Nisa' min cArab wa Musta

cribin wa Mustashriqin. Dar al-

cIlm li al-Malayin .Beirut.

Jil.8. Cet.9. hlm.267.

6 Al-Zirikliyy, Al-A

clam, jil.7, hlm.19.

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

178

Ideologi serta Mazhab al-Tarmasiy dalam fiqh, Mahfuz al-Tarmasiy berpegang

dengan mazhab Shaficiy. Sementara itu mazhab akidahnya adalah mengikut pandangan Abu

Hasan al-Ashcariy. Perkara ini jelas terlihat apabila beliau belajar dengan para guru yang

kebanyakannya bermazhab Shaficiy dan beraliran Ash

cariy. Selain daripada pernyataan al-

Zirikliy di dalam al-Aclam, manuskrip-manuskrip karangan beliau di dalam bidang fiqh dan

tasawuf merupakan bukti yang tidak tersangkal lagi7.

BIODATA ABI cAMR

Imam Abi cAmr (Wafat 154H)

Nama beliau ialah Zabban bin al-cAla’ bin

cAmmar bin al-

cUryan.Beliau digelar (kunyah)

Abu cAmr al-Basriy. Berasal daripada Bani Mazin. Dilahirkan di Mekah pada tahun 68H.

Beliau dibesarkan di Basrah. Beliau mengambil bacaan al-Quran daripada kalangan tabicin

diantaranya Ibn Kathir, Mujahid dan Sacid bin Jubayr.

Abu cAmr merupakan seorang yang jujur, memiliki ilmu yang luas serta ahli ibadah

yang amat zuhud. Beliau adalah tokoh yang terkenal di kalangan bangsa Arab. Beliau

tergolong daripada generasi Tabi'in dan salah seorang daripada imam Tujuh. Di zamannya,

beliau adalah orang yang paling alim dalam masalah qiraat, bahasa Arab, syair dan juga

sejarah. Dan dikatakan, beliau mengkhatamkan al-Quran setiap 3 hari sekali.

Al-Asmaci berkata: aku mendengar Abu

cAmr menyebut Aku tidak melihat

sebelumku orang yang lebih alim daripadaku. Al-Asmaci menyambung: Aku juga tidak

melihat selepas Abu cAmr orang yang alim daripadanya

8.

Kata-kata al-Asmaci ini janganlah difahami secara literal kerana ia boleh membawa

maksud takbur yang tidak sepatutnya ada pada alim ulama kita. Malahan ia sewajarnya

menggambarkan kejituan ilmu Abu cAmr pada zamannya.

7 Al-Mazam

cAbdullah bin

cAliy Muhammad, 2009, Is

caf al-Mutali

c bi Sharh al-Badr al-Lami

c Nazam Jam

c al-

Jawamic: Dirasah wa Tahqiq, Universiti Umm al-Qura, Mekah, hlm.71.

8 Al-Sakhawiyy,

cAlam al-Din

cAli ibn Muhammad. Tahqiq

cAbd al-Karim al-Zubaidiy. 1414H/1993M. Jamal

al-Qurra’ wa Kamal al-Iqra’. Cet: 1. Jil: 2. t.tp: Dar al-Balaghah.

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

179

Dalam konteks yang sama, al-Asmaci juga meriwayatkan bahawa Abu

cAmr berkata

kepadanya: " Seandainya aku mampu menuangkan ilmu yang aku miliki ke dadamu, pasti

akan aku lakukan. Sungguh aku telah menguasai ilmu Al-Quran yang banyak sekali, kalau

seandainya ditulis di atas kertas pasti Al-Acmasy tidak akan mampu membawanya kerana

ianya banyak dan berat"9.

Rajah 1: Sanad Qiraat Imam Abu cAmr Hingga Rasulullah S.A.W

Dalam displin ilmu qiraat setiap imam mempunyai dua orang rawi. Begitu juga

dengan qiraat Abu cAmr. Dua orang rawi yang masyhur mengambil bacaan daripada beliau

ialah al-Duriy dan al-Susiy. Berikut adalah penerangan berkaitan dua orang perawi tersebut.

9 Al-Zirikliyy, Al-A

clam, jil.6, hlm.334.

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

180

1- Abu Hafs cAmr al-Duriy (Wafat 246H).

Nama beliau ialah Hafs bin cUmar bin

cAbd al-

cAziz bin Suhban bin

cUday bin Suhban.

Beliau mendalami ilmu Qiraat dengan beberapa guru antaranya Ismacil Ibn Ja

cafar, Imam al-

Kisaiy dan Yahya al-Yazidi. Yahya al-Yazidi adalah murid Imam Abu Amr. Riwayat al-

Duriy masih diamalkan hingga ke hari ini oleh penduduk Islam di Somalia. Antara

percetakan yang mengeluarkan al-Quran riwayat al- Duriy adalah Percetakan Malik Fahd di

Madinah al-Munawarah10

.

2- Abu Shucayb al-Susiy (Wafat 261H).

Nama beliau ialah Abu Shucayb Salih bin Ziyad bin

cAbdullah bin Isma

cil. Beliau

mempelajari Qiraat Abu cAmr daripada gurunya Yahya al-Yazidi yang merupakan murid

kepada Imam Abu cAmr.

LATAR BELAKANG MANUSKRIP TANWIR AL-SADR BI QIRA’AT AL-IMAM ABI

CAMR

Pemilihan manuskrip Tanwir Al-Sadr oleh penulis pada mulanya adalah demi kesinambungan

penyelidikan ilmiah berikutan selesainya kajian yang telah dibuat terhadap manuskrip

Tacmim al-Manafi

c bi Qiraat al-Imam Nafi

c oleh pengarang yang sama dalam menampilkan

manhaj iman Nafic berserta perawinya. Walaubagaimanapun kajian manuskrip Ta

cmim lebih

memberi tumpuan yang menyeluruh di dalam Bab al-Usul serta telah lengkap ditahkik pada

bab tersebut. Viva voce untuk tesis dengan tajuk berkaitan telah berlamgsung pada 30

September 2015 serta alhamdulillah berjaya dipertahankan dengan baik.

Sebagai kelangsungan kepada kajian tersebut penulis mendapati manuskrip Tanwir

juga perlu diketengahkan. Bersumberkan maklumat awal daripada laman sesawang berkaitan

tokoh-tokoh ilmu qiraat yang terkenal ataupun dilupakan, juga karya-karya mereka yang

diterbitkan ataupun masih kekal dalam bentuk manuskrip yang semakin uzur dimamah masa,

nama al-Tarmasiy sekali lagi muncul dengan ketokohannya dan terus mendapat tempat di hati

penulis. Apabila penulis kemudiannya cuba menyingkap kehidupan tokoh ini, lebih banyak

bukti berjaya diperolehi.

10

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1215&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

181

Faktor tarikan ini telah membawa penulis untuk menjejak sumber berkaitan beliau di

seberang. Pada 2010, penulis bermusafir ke salah sebuah institusi yang sampai kini

berbangga dengan nama al-Tarmasiy. Di Bustan cUshshaq al-Quran (BUQ), Demak, Jawa

Tengah, penulis berpeluang berjumpa dengan cucu al-Tarmasiy, Harir yang sudahpun

menjangkau usia 60-an. Beliau adalah pengasuh BUQ ketika itu. Penulis mendapat pelbagai

maklumat yang kebanyakannya dimuatkan dalam kertas kerja ini. Ia banyak membantu

penulis untuk memahami kehidupan tokoh ini. Malahan daripada beliaulah salinan manuskrip

Tanwir ini diperolehi.

Sebenarnya, manuskrip Tanwir Al-Sadr selain disimpan di Demak, Jawa Tengah,

naskhah kitab ini juga ada di Perpustakaan Universiti Raja Saud di Riyadh, Arab Saudi dalam

format pdf yang boleh dilayari pada laman Perpustakaan Universiti Raja Saud dengan pautan

http://makhtota.ksu.edu.sa/makhtota/785/1#.WKZfCFV97IU.

Kedua-dua manuskrip yang ditemui tersebut adalah berdasarkan dua sumber yang

berbeza lagi berlainan salinannya. Selain daripada jenis khat yang berbeza pendetilan lain

akan disebutkan nanti.

SINOPSIS KITAB TANWIR AL-SADR

Judul kitab ini bermaksud: ‘Menyuluh Dada dengan Bacaan Qiraat Abi cAmr’. Kitab ini

merupakan salah satu karya al-Tarmasiy yang memberi impak besar serta signifikan dalam

bidang qiraat. Ia menonjolkan nama beliau dalam bidang qiraat. Kitab ini berkaitan dengan

qiraat Imam Abi cAmr dan dua orang perawinya iaitu al-Durriy dan al-Susiy daripada Yahya

al-Yazidiy. Al-Tarmasiy berkata: “Aku (turut) menerangkan di dalam kitab ini apa-apa yang

biasa diperselisihkan bacaan daripada baki tujuh Imam Qiraat dari aspek Usul dan Farsh”.

Metode penulisan al-Tarmasiy diselaraskan juga dengan beberapa kitab qiraat beliau

yang lain. Pendekatan yang digunakan ialah menulis Bab al-Usul dahulu kemudian diikuti

dengan Bab al-Farsh juga. Cara ini dapat memudahkan para pembaca untuk memahami isi

kandungannya seperti mana kitab yang terdahulu11

.

11

Al-Tarmasiy, Muhammad Mahfuz bin CAbdullah, t.th, Tanwir al-Sadr bi Qira’at al-Imam Abi

cAmr, Mekah,

hlm.12.

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

182

Al-Tarmasiy menggunakan beberapa buah kitab sebagai rujukan asas ketika

mengarang kitab ini. Di antara kitab-kitab tersebut ialah:

a. Taqrib al-Macani fi Sharh Hirz al-Amaniy fi al-Qira’at al-Sab

c karangan Abu al-Farh

dan Khalid Muhammad (-1432H) dan Khalid Muhammad. Kitab ini merupakah

syarah kepada matan Hirz al-Amani fi al-Qira’at al-Sabc. Setiap matan-matan

tersebut diterangkan agar ianya mudah untuk difahami oleh para penuntut. Kitab ini

hanya berkisar tentang al-Qira’at al-Sabc.

b. Hirz al-Amani wa Wajh al-Tahani fi al-Qira’at al-Sabc karangan Al-Shatibiy (-590H).

Karya ini mendapat tempat utama dalam mempelajari ilmu qiraat sejak mula ditulis

hingga ke hari ini. Bahasa yang digunakan dalam bentuk rangkap syair begitu teliti.

Jumlah keseluruhan baitnya adalah sebanyak 1,173 rangkap dengan penghujung

setiap satunya dengan huruf lam (al-Lamiyyah).

c. Tayyibat al-Nashr fi al-Qira’at Al-cAshr karangan Ibn al-Jazariy (-833H). Kitab ini

berbentuk matan. Ianya mengandungi 1000 bait syair berkaitan qiraat sepuluh yang

mutawatirah. Ibn al-Jazariy telah mengikut metode yang dibuat oleh al-Shatibiy bagi

memudahkan pelajar memahami dan menghafaz ilmu ini. Matan ini telah disyarah

oleh ramai ulama. Di antara mereka ialah Ibn al-Jazariy sendiri, anaknya Muhammad

dan Syaikh Mohammad al-Munir Ibn Hasan.

d. Ithaf Fudala’ al-Bashar bi al-Qira’at al-cArba

cata

cAshar karangan Ahmad bin

Muhammad al-Banna (-1117H). Kitab ini dikarang oleh beliau dengan

mengumpulkan 14 orang imam qiraat. Kitab ini dimulakan dengan perbahasan

berkaitan qurra’ yang masyhur dari kalangan sahabat dan tabiin. Pengenalan

berkaitan imam sepuluh juga turut dinyatakan di dalam kitab ini. Kupasan asas

terhadap ilmu qiraat dibentangkan sebelum memulakan perbahasan berkaitan Bab al-

Usul. Seterusnya kitab ini diteruskan dengan perbincangan berkaitan Bab al-Farsh.

FORMAT PENULISAN MANUSKRIP

Format penulisan manuskrip Tanwir Al-Sadr dilihat dari aspek jumlah halaman, khat yang

digunakan, bilangan perkataan, penyalinan manuskrip, jumlah naskhah salinan serta tempat,

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

183

tarikh mula dan selesai mengarang.

Jumlah halaman

Jumlah halaman manuskrip ini ialah sebanyak 144 lembaran. Ianya merangkumi Bab al-Usul

dan Bab al-Farsh bagi Imam Abi cAmr’.

Khat yang digunakan

Khat yang digunakan oleh al-Tarmasiy di dalam karya beliau ini ialah Khat Nasakh dan juga

Khat Riqcah. Khat Naskh juga dikenali sebagai Naskhi atau nama Turkinya Nesih merupakan

gaya skrip khat Islam. Ia dicipta oleh ahli seni khat Parsi Ibn Muqlah Shirazi. Akar kata Arab

bermaksud "menyalin". Ia merujuk sama ada kepada fakta yang skrip gaya ini (نسخ)

mengganti skrip Kufi, atau skrip ini membolehkan salinan teks dibuat dengan lebih pantas.

Dengan sedikit perubahan, ia merupakan gaya yang paling sering digunakan untuk

percetakan dalam bahasa Arab, Parsi, Pashto dan lain-lain12

.Khat Riqcah pula ialah sejenis

khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman kerajaan Uthmaniyah (850H). Tujuan

khat ini dicipta ialah untuk menyeragamkan tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan

kakitangan kerajaan. Riqa’ah pula bermaksud cebisan kertas yang ditulis13

.

Purata perkataan bagi setiap baris

Bilangan perkataan di dalam kitab ini adalah berbeza-beza mengikut baris. Kajian mendapati

perkataan bagi setiap baris ialah sembilah hingga 12 patah perkataan. Walaubagaimanapun,

penulis mendapati kebanyakan baris mengandungi 11 patah perkataan.

Purata baris bagi setiap mukasurat

Bilangan baris bagi setiap muka surat adalah tetap. Selain daripada halaman pertama yang

mengandungi 24 baris kerana diawali dengan lafaz Bismillah, setiap halaman berikutnya

mengandungi 26 baris yang ditulis kemas seakan-akan berada di atas garisan lintang yang

lurus.

Penyalin manuskrip

Penyalin manuskrip ini tidak dinyatakan. Dalam kes ini ia dianggap sebagai naskhah asal

12

https://ms.wikipedia.org/wiki/Naskh_(seni_khat) 13

http://hasrulkhat.webnode.com/khat-riqah/

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

184

yang sama ada ditulis sendiri oleh al-Tarmasiy ataupun seseorang yang diamanahkan atau

diupah oleh beliau.

Jumlah naskhah salinan manuskrip

Jumlah naskhah salinan manuskrip juga tidak disebut. Penulis berjaya menemui 2 naskhah

sahaja. Adapun naskhah tersebut dalam bentuk PDF dan juga fotokopi. Tiada naskhah lain

yang dapat ditemui sekalipun penulis telah berusaha menjejakinya.

Tempat, tarikh mula dan selesai mengarang

Walaubagaimanapun tarikh kitab ini mula ditulis dan diselesaikan tidak dapat ditemui oleh

penulis paada kedua-dua naskhah yang ditemui.

Tempat simpanan

Manuskrip ini disimpan di Perpustakaan Universiti Raja Saud, Riyadh sehingga sekarang.

Walaubagaimanapun, melalui kecanggihan teknologi maklumat pada masa kini, kitab

tersebut telah disalin dalam format Pdf. Ia boleh dicapai di laman sesawang di pautan

http://makhtota.ksu.edu.sa/makhtota/1477/1. Walaubagaimanapun penulis juga mempunyai

satu salinan berbentuk fotokopi yang diberikan oleh waris al-Tarmasiy ketika kunjungan ke

Demak, Indonesia pada tahun 2010.

Keadaan fizikal

Kitab ini tersimpan dengan baik. Para pengunjung perpustakaan Universiti Raja Saud di

Riyadh hanya dibenarkan menatap manuskrip tersebut tanpa dibenarkan menyentuhnya bagi

tujuan membuat salinan fotokopi dan sebagainya. Mereka walaubagaimanapun boleh

menyalin dan mencetaknya menerusi salinan terdahulu yang dibuat dalam format Pdf seperti

yang telah dinyatakan. Selain daripada itu naskhah yang diperolehi melalui waris beliau

syeikh Harir di demak dalam bentuk fotokopi masih boleh dibaca dengan jelas dan terang.

Majoriti tulisan manuskrip berwarna hitam, melainkan tajuk dan peringatan (tanbih) yang

ditulis dengan dakwat merah. Secara keseluruhannya, manuskrip ini masih jelas.

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

185

KELEBIHAN MANUSKRIP TANWIR AL-SADR

Tidak dapat dinafikan manuskrip Tanwir Al-Sadr mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

Penulisan kitab sebegini memerlukan keazaman yang kuat serta kesabaran yang tinggi,

terutamanya di zaman sebelum munculnya kemudahan peralatan percetakan. Perluasan

pengetahuan beliau juga dapat dirasai kehadirannya semasa beliau menulis dan

membincangkan sesuatu isu qiraat. Begitu juga halnya dengan rujukan beliau yang ada

kalanya menjangkaui manuskrip-manuskrip nadir yang ada di antaranya sampai sekarangpun

masih belum ditahkik dan diterbitkan.

Pendek kata, Manuskrip Tanwir Al-Sadr memaparkan kewibawaan, kecekalan serta

kerajinan seorang ulama Nusantara di peringkat dunia. Ia merupakan suatu cabaran besar

untuk berkarya buat para cendekiawan dan alim ulama qiraat di sepanjang zaman.

Namun, kesempurnaan hanyalah milik Allah dan RasulNya. Kitab yang paling

lengkap hanyalah al-Quran. Al-Quran merupakan mukjizat paling agung yang tidak terdapat

cacat cela. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk mencari kesalahan

dan kekurangan kitab suci ini sedangkan ia tetap terpelihara tanpa sedikitpun keraguan

padanya sehingga Hari Kiamat. Benarlah firman Allah di dalam al-Quran:

14

Maksudnya : Patutkah mereka tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu

(datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan mendapati perselisihan yang banyak

di dalamnya.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, al-Tarmasiy telah membahagikan perbincangan di dalam manuskrip

Tanwir Al-Sadr ini berasaskan kepada dua topik asas di dalam ilmu al-Qiraat iaitu Bab al-

Usul dan Bab al-Farsh. Al-Tarmasiy kemudiannya menyusun sendiri tajuk-tajuk seterusnya

tanpa terikat dengan kelaziman penulis-penulis terdahulu. Sebagai contoh al-Shatibiy dan Ibn

al-Jazariy memulakan perbahasan di dalam Bab al-Usul dan diakhiri dengan Bab Surah al-

Nas.

14

Al-Quran, al-Nisa’,4:82.

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

186

Al-Tarmasiy pula memulakan manuskrip Tanwir Al-Sadr dengan Bab al-Idgham dan

diakhiri dengan Bab Surah al-Nas. Al-Tarmasiy tidak memasukkan Bab al-Isticadhah dan

Bab Umm al-Quran sebagai sebahagian daripada Bab al-Usul. Bahkan kedua-dua bab ini

dimasukkan perbahasannya di dalam Bab al-Farsh. Hal ini berikutan al-Tarmasiy

berpandangan bahawa kaedah al-Usul yang pertama diaplikasikan di dalam al-Quran ialah di

dalam surah al-Fatihah. Sebagai contoh:

﴿ ﴾15

Al-Tarmasiy memasukkan Bab Umm al-Quran di dalam Bab al-Farsh kerana perbahasan

pada kalimah tertentu seperti:

﴿ ﴾

adalah khilaf bacaan yang diaplikasikan di dalam Bab al-Farsh. Keunikan pendekatan yang

dibawa al-Tarmasiy di dalam manuskripnya ini menzahirkan identiti beliau. Ini kerana

begitulah caranya ketika beliau memulakan di dalam manuskrip-manuskrip lain seperti kitab

‘Tacmim al-Manafi

c fi Qira‘at al-Imam Nafi

c’.

15

Al-Quran, al- Fatihah, 1: 3-4.

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

187

CONTOH MANUSKRIP TANWIR AL-SADR BI QIRA’AT AL-IMAM ABI CAMR

JURNAL QIRAAT TAHUN PERTAMA

BIL 1 MUHARRAM 1439 (OKTOBER 2017) ISSN 2600-7657

188

Rujukan

Al-Quran.

Ab Rahman al-Qari Bin Abdullah, Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Qira’at di Kelantan: Satu

Tinjauan Terhadap Peranan Dato’ Haji Muhammad Nor Bin Ibrahim, 2012,

Proceedings: The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012.

Al-Tarmasiy, Muhammad Mahfuz, Tanwir Al-Sadr Bi Qira’at Al-Imam Abi C Amr.T.th.

Al-Tarmasiy, Muhammad Mahfuz. 1320H/1903M. Kifayat al-Mustafid li ma cAla min al-

Asanid. Matbacah al-Mashhad al-Husayni. Mesir.

Al-Tarmasiy, Muhammad Mahfuz Abdullah. 1324H/1907H. Tacmim al-Manafi

c fi Qiraat al-

Imam Nafic. Mekah.

Al-Hakim Naysaburiy, Abu cAbdillah Muhammad bin

cAbdillah, Al-Mustadrak

cAla al-

Sahihayn, Kitab al-Tafsir (k), Qiraat al-Nabiy s.a.w. Mimma Lam Yukhrijahu wa

qad Sahha Sanaduhu (b) No.Hadith. 2962, 1998, jil.2, Dar al-Macrifah, Beirut.

Ibn al-Jazariy, Shams al-Din Abi Khayr Muhammad bin Muhammad bin cAliy.

1420H/2000M. Sharh Tayyibat al-Nashr fi al-Qiraat al-cAshr. Dar al-Kutub al-

cIlmiyyah. Beirut. Cet 2.

Al-Zirikliyy, Khayr Din bin Mahmud bin Muhammad bin cAliy bin Faris. 1984. A

clam-

Qamus Tarajum li Ashhar Rijal wa Nisa' min cArab wa Musta

cribin wa

Mustashriqin. Dar al-cIlm li al-Malayin .Beirut. Cet.9.

Al-Shatibiy Qasim bin Firruh bin Khalaf bin Ahmad Ru’ayni al-Andalusiy, 1937M/1355H,

Hirz al-Amani wa Wajh al-Tahani fi al-Qira’at al-Sabc, Matba

cat Mustafa al-Babiy

al-Halabiy wa Awladih, Kaherah.

Al-Sakhawiyy, cAlam al-Din

cAli ibn Muhammad. Tahqiq

cAbd al-Karim al-Zubaidiy.

1414H/1993M. Jamal al-Qurra’ wa Kamal al-Iqra’. Cet: 1. Jil: 2. t.tp: Dar al-

Balaghah.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Naskh_(seni_khat)

http://hasrulkhat.webnode.com/khat-riqah/