Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)

18
TAHUN 5 (2012) SETARA NEGERI JOHOR BAHASA MELAYU O12 OLEH: CIKGU SITI AMINAH RAMLAN SK BANDAR RENGAM KLUANG JOHOR http://www.cikgusitiami.blogspot.com

Transcript of Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)

Page 1: Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)

TAHUN 5 (2012)

SETARA NEGERI JOHOR

BAHASA MELAYU O12

OLEH: CIKGU SITI AMINAH RAMLAN

SK BANDAR RENGAM KLUANG JOHOR

http://www.cikgusitiami.blogspot.com

Page 2: Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)

Bahagian A- Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti dalam gambar di bawah.

Page 3: Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)

Idea-idea utama:

1. Membuat garisan padang2. Memasang khemah/menolong3. Memanjat tangga4. Mengikat belon/menghias dengan belon5. Memasang langsir khemah6. Meniup wisel7. Berlari/berlumba lari8. Mengangkat bendera mula9. Memegang tali garisan penamat10. Bersorak/menyokong peserta

Page 4: Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)

Peringatan!!!Pilih 5 idea utama sahaja daripada kedua-dua gambar (2:3

@ 3:2)

Bermaksud calon mesti bijak membina ayat dengan kadar sama banyak daripada tiap-tiap gambar yang diberi.

Jangan membina ayat daripada 1 gambar sahaja sedangkan anda diberi 2 gambar yang berkaitan.

Page 5: Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)

Cadangan ayat guru:Gambar 1:

Aktiviti membuat garisan:1. Cikgu Nasir membuat garisan hitam untuk acara berlumba

lari.2. Cikgu Nasir membuat garisan hitam dengan berhati-hati

untuk acara berlumba lari sempena sukan tahunan sekolah.

Aktiviti memasang khemah:1. Cikgu Razali memanjat tangga untuk memasang khemah.2. Cikgu Razali memanjat tangga untuk memasang khemah

sementara dibantu oleh Cikgu Ali.

Page 6: Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)

Gambar 2

Aktiviti meniup wisel:1. Cikgu Aizat meniup wisel di garisan permulaan larian.

2. Cikgu Aizat meniup wisel untuk memulakan acara larian 100 meter lelaki 10 tahun. Aktiviti berlari:1.Peserta-peserta lumba lari berlari dengan bersungguh-

sungguh.2.Peserta-peserta lumba lari 100 meter, lelaki 10 tahun

berlari dengan bersungguh-sungguh ke garisan penamat.

Page 7: Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)

Gambar 2 lagi;

Aktiviti menonton/bersorak1. Orang ramai/para penonton memberi sorakan kepada peserta

lumba lari.2. Orang ramai/para penonton yang duduk di bawah khemah

bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta-peserta lumba lari 100 meter, lelaki 10 tahun.

Aktiviti memegang tali1. Dua orang guru bertugas memegang tali di garisan penamat.2. Dua orang guru bertugas memegang tali di garisan penamat

acara larian 100 meter.

Page 8: Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)

Bahagian B

Page 9: Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)

Soalan 1 Kata kunci: surat kepada rakan ceritakan tentang sambutan hari guru sekolah Format surat; 1. alamat pengirim 2. kata panggilan 3. tandatangan pengirim

Rangka /idea utama:

1. Kata-kata penghadap surat-bertanya

khabar

2. Tujuan tulis surat-cerita tentang hari guru-

acara ucapan/ikrar guru/nyanyian lagu

guru malaysia/deklamasi sajak bertajuk:Guru

Oh Guru/bersalaman dan menyampaikan

hadiah.

3. Acara padang/rehat-menjamu selera/acara dewan/penyampaian

hadiah pertangingan antara guru.

4. Penutup: harapan anda

Page 10: Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)

Cadangan karangan soalan 1:

Sitiamiramlan

No1, Taman Titiwangsa,

86000 Kluang.

20 Oktober 2012.

Kehadapan saudari Zanariah yang berada di Jelbu, Negeri Sembilan,semoga sihat

dan riang di samping keluarga tercinta. Saya pun begitu juga.

Saudari,

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk membalas surat saudari yang

diterima tiga hari lalu. Terima kasih kerana masih sudi merisik khabar saya

walaupun kita sudah tinggal berjauhan. Bagaimana dengan persekolahan saudari?

Tentu saudari seronok bersekolah di tempat baru.

Pada tiga hari lalu, sekolah saya telah membuat sambutan hari guru. Meriah

sungguh sambutan itu. Saya rasa sambutan kali ini hebat daripada tahun-tahun

lepas. Sambutan dimulakan dengan bacaan doa dan perutusan hari guru.

Page 11: Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)

Kemudian, guru-guru melafazkan ikrar guru dan menyanyi lagu tema hari

guru. Acara diserikan lagi dengan deklamasi sajak oleh pelajar tahun 6 bertajuk

Guru Oh Guru. Selepas itu, murid-murid berbaris dan bersalam dengan guru-

guru dan mengucapkan selamat hari guru. Saya tidak melepaskan peluang itu,

turut bersalaman dan memberi hadiah kepada guru-guru.

Seterusnya, acara disambung dengan sukaneka guru-guru yang berlangsung di

padang. Antara permainan yang dijalankan ialah lari dalam guni, buah dadu

gergasi dan memancing ikan. Aksi guru-guru menjayakan permainan itu sangat

melucukan. Untuk pengetahuan saudari saya merupakan salah seorang daripada

juri yang mengadili permainan guru-guru.

Saudari,

Acara yang paling menyeronokan berlangsung di dalam dewan. Acara ini

bermula selepas jamuan rehat. Guru-guru telah membuat persembahan yang

menarik . Antara persembahan itu seperti berlakon, menari, dan menyanyi .

Semua murid memberi tepukan gemuruh apabila guru-guru melakukan

persembahan. Saya kagum dengan kebolehan guru-guru di sekolah saya. Rupa-

rupanya mereka sangat berbakat dalam banyak perkara.

Page 12: Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)

Sambutan hari guru diakhiri dengan penyampaian hadiah

pertandingan sukaneka. Majlis bersurai kira-kira pukul 1.00 petang.

Saudari,

Nampaknya saya telah menulis dengan panjang lebar. Setakat ini

sahaja coretan saya kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di lain lembaran.

Jangan lupa ceritakan kepada saya tentang sambutan hari guru di sekolah

saudari ya? . Sekian.

Sahabatmu,

Sitiamiramlan

Page 13: Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)
Page 14: Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)

Cadangan karangan:Rumah yang lengkap dan selesa merupakan tempat tinggal yang diidamkan oleh semua

orang. Rumah yang cantik dan bersih merupakan syurga di dunia. Oleh itu , kita perlu

sentiasa memelihara kebersihannya agar keceriaan dan keindahan berkekalan untuk hidup

sihat dan mendamaikan.

Ada berbagai cara untuk mengekalkan kebersihan kawasan rumah. Kerjasama yang baik

sesama ahli keluarga merupakan kaedah terpenting sekali. Setiap ahli keluarga perlu

menjalankan peranan masing-masing seperti bertanggungjawab mencuci pakaian, mengelap

lantai, membasuh pinggan, dan menyapu sampah. Sikap ini perlu disemai dengan Ikhlas. Kerja-

kerja ini boleh dijalankan secara rutin setiap hari mahupun secara bergotong-royong setiap

hujung minggu. Kebersihan kawasan rumah terpelihara dan hubungan kekeluarga akan lebih

mesra .

Selain itu, bahan-bahan buangan yang terkumpul perlu dilupuskan dengan cara yang betul.

Tin-tin kosong, botol-botol, bekas-bekas makanan dan lain lain bahan buangan bolehlah

ditanam . Dengan ini, haiwan pembawa penyakit seperti tikus, lalat dan nyamuk tidak dapat

mambiak dan penyakit dapat dielakkan.

Seterusnya, kebersihan kawasan rumah dapat dipertingkatkan dengan penanaman pokok-

pokok bunga hiasan Pokok-pokok hiasan mestilah ditanam secara teratur dan diselenggara.

Selain itu pokok-pokok buah-buahan juga boleh ditanam di bahagian belakang rumah.

Pemandangan yang menghijau dan berwarna-warni akan menambahkan seri kawasan rumah.

Sehubungan dengan itu, marilah kita amalkan cara-cara memelihara kebersihan kawasan

rumah. Sikap mementingkan kebersihan akan menjamin gaya hidup yang sihat.

Page 15: Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)

BAHAGIAN C- ULASAN NILAI:

Hari ini ialah hari Ahad. Akilah bangun awal seperti hari-hari biasa

walaupun hari ini merupakan hari cuti sekolah. Selepas mandi dan mengemas bilik tidur, Akilah dan adiknya bersiap-siap untuk berjoging bersama-sama ibu dan bapa mereka. Aktiviti ini dilakukan oleh mereka sekeluarga pada setiap cuti hujung minggu.

Mereka berjoging mengelilingi tasik, mereka sempat bertegur sapa dengan pengunjung yang lain kerana mereka saling mengenali. Ada masanya, mereka berbual-bual dan bertanya khabar. Selepas berjoging, mereka membuat senaman ringan.

Apabila matahari semakin tinggi, Akilah dan keluarganya pulang ke rumah. Selepas membersihkan badan, Akilah bersarapan bersama-sarna ibu dan bapanya. Ibu bapa Akilah sentiasa mementingkan disiplin terutama ketika makan. Selesai bersaarapan, Akilah membantu ibunya membersihkan dapur dan membasuh pakaian. Akilah melakukan semua tugasan itu dengan hati yang ikhlas.

Page 16: Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)

IDEA-IDEA UTAMA:Menghargai masa – bangun awalMenjaga kesihatan – berjoging hujung mingguBeramah mesra – bertegur sapa dengan pengunjung lainMematuhi peraturan – berdisiplin ketika makanRajin/Ringan tulang – membantu ibunya membersihkan

dapur

Page 17: Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)

Cadangan Ulasan lengkap:

Antaranya , kita mesti menghargai masa dengan bangun awal setiap hari lalu mandi dan mengemas bilik. Selain itu, kita patut menjaga kesihatan diri dengan berjoging bersama keluarga terutama pada hujung minggu. Oleh itu, kita perlu bersikap ramah mesra dengan orang lain untuk memupuk hubungan baik. Di samping itu, kita wajar sentiasa mematuhi peraturan terutama semasa makan bersama keluarga. Akhirnya, kita hendaklah sentiasa rajin menolong ibu membuat kerja-kerja rumah.

Page 18: Peperiksaa setara akhir tahun JPNJ BMTahun5(1)

SEKIAN, TERIMA KASIH..jika diizinkanNya

jumpa lagi di lain masa…