PEPERIKSAAN LISAN 2013

15
PEPERIKSAAN LISAN 2013 Peringkat GCE O dan N

description

PEPERIKSAAN LISAN 2013. Peringkat GCE O dan N. TARIKH PEPERIKSAAN. Semak tarikh peperiksaan kamu . Bagi peperiksaan peringkat O, tarikh lisan adalah antara 5-19 Julai . Bagi peperiksaan peringkat N, tarikh lisan adalah antara 29 Julai-6 Ogos . - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of PEPERIKSAAN LISAN 2013

Page 1: PEPERIKSAAN LISAN 2013

PEPERIKSAAN LISAN 2013

Peringkat GCE O dan N

Page 2: PEPERIKSAAN LISAN 2013

Semak tarikh peperiksaan kamu.

Bagi peperiksaan peringkat O, tarikh lisan adalah antara 5-19 Julai.

Bagi peperiksaan peringkat N, tarikh lisan adalah antara 29 Julai-6 Ogos.

Bagi peperiksaan peringkat B, tarikh lisan adalah pada 27 September

TARIKH PEPERIKSAAN

Page 3: PEPERIKSAAN LISAN 2013

Pastikan kamu sudah membuat persiapan awal sebelum menduduki peperiksaan lisan.

Jaga kesihatan dan diri kamu.

Semak tarikh dan tempat peperiksaan (sama ada di dewan, di perpustakaan atau di sekolah lain).

Sebelum peperiksaan

Page 4: PEPERIKSAAN LISAN 2013

Kamu mesti melapor diri 30 minit sebelum peperiksaan bermula. Jadi, kamu harus berada di tempat peperiksaan pada jam 2 petang.

Beg dan telefon bimbit harus diserahkan kepada pegawai yang bertugas.

Pastikan kamu membawa kad ezlink atau kad pengenalan dan surat pengesahan (entry proof)

Semasa peperiksaan

Page 5: PEPERIKSAAN LISAN 2013

Duduk mengikut nombor indeks peperiksaan.

Jangan membuat bising semasa peperiksaan sedang berlangsung. Kamu boleh membaca buku sementara menunggu giliran.

Apabila tiba giliran kamu untuk membaca dengan senyap, pastikan nama dan nombor kad pengenalan kamu betul dan tandatangan.

Semasa peperiksaan

Page 6: PEPERIKSAAN LISAN 2013

Serahkan bahan bacaan kamu kepada pegawai tersebut.

Kamu diberi masa 10 minit untuk membaca teks dan berfikir tentang gambar. Jangan membaca dengan kuat. Gunakan masa 10 minit itu sebaik-sebaiknya.

Setelah selesai, duduk di kerusi hadapan dan tunggu dipanggil oleh pemeriksa. Jangan menuju ke tempat pemeriksa selagi belum dipanggil.

Semasa peperiksaan

Page 7: PEPERIKSAAN LISAN 2013

Setelah dipanggil, ucapkan selamat petang dan duduk. Mula membaca setelah diberitahu oleh pemeriksa.

Sekiranya kamu tidak mendengar soalan yang dikemukakan oleh guru, suruhlah pemeriksa itu mengulanginya. Gunakan nada hormat.

Setelah selesai, ucapkan terima kasih.

Semasa peperiksaan

Page 8: PEPERIKSAAN LISAN 2013

Sekiranya kamu selesai peperiksaan sebelum jam 3 petang, kamu tidak boleh meninggalkan dewan/bilik peperiksaan (biasanya orang yang pertama hingga ketiga). Kamu dikehendaki menunggu di satu sudut. Jangan berbual pada masa itu.

Setelah diberikan arahan oleh pegawai yang bertugas, kamu dikehendaki mengambil beg dan telefon bimbit lalu keluar terus dari dewan/bilik peperiksaan.

Semasa peperiksaan

Page 9: PEPERIKSAAN LISAN 2013

Bagi pelajar yang selesai selepas jam 3 petang, kamu akan diarahkan untuk mengambil beg dan telefon bimbit dan boleh terus keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

Jangan cuba berbual dengan calon lain yang belum menduduki peperiksaan.

Semasa peperiksaan

Page 10: PEPERIKSAAN LISAN 2013

Kamu dikehendaki berpakaian seragam sekolah dengan kemas. Kamu tidak dibenarkan memakai kemeja-t. Tali leher harus dipakai.

Rambut juga harus kelihatan kemas.

Penampilan diri amat penting.

Cara berpakaian

Page 11: PEPERIKSAAN LISAN 2013

Pada hari peperiksaan, sekiranya kamu tidak hadir, kamu harus memberitahu guru (CM,guru bahasa Melayu, dan teman-teman). Nyatakan bahawa kamu ada peperiksaan lisan tetapi tidak dapat hadir.

Keesokannya, kamu perlu memberi MC/sijil kematian kepada guru kamu. Hanya alasan yang sesuai boleh diterima oleh pihak sekolah.

Sekiranya kamu tidak hadir

Page 12: PEPERIKSAAN LISAN 2013

Sekiranya pemeriksa masih berada di sekolah/pusat peperiksaan yang sama pada keesokan hari, kamu boleh mengambil peperiksaan tersebut pada keesokan harinya. Sekiranya tidak, kamu harus menunggu hari lain untuk mengambil peperiksaan lisan di Pusat Peperiksaan Tiong Bahru.

Peringkat O – 26 Julai Peringkat N – 14 Ogos Peringkat B – 14 Oktober

Sekiranya kamu tidak hadir

Page 13: PEPERIKSAAN LISAN 2013

Sekiranya kamu datang selepas jam 3 petang, lapor diri kepada pegawai yang bertugas. Jangan terus duduk di tempat yang dikhususkan untuk calon. Kamu akan diberitahu sama ada kamu boleh mengambil peperiksaan pada hari tersebut atau tidak.

Sekiranya kamu terlambat

Page 14: PEPERIKSAAN LISAN 2013

Pastikan barang-barang elektronik dan nota tidak ada pada kamu semasa kamu menduduki peperiksaan. Sekiranya barang-barang tersebut ada pada kamu, kamu boleh dituduh cuba menipu. Kamu perlu mengisi borang untuk menjelaskan perkara tersebut.

Pastikan kamu datang awal. Sekiranya kawan kamu masih tidak kelihatan setelah jam 2 petang, beritahu pegawai yang bertugas.

Peringatan penting

Page 15: PEPERIKSAAN LISAN 2013

Semoga berjaya.

Akhir kata