PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 2
-
Upload
muhammad-rafi -
Category
Documents
-
view
232 -
download
4
description
Transcript of PEPERIKSAAN PERTENGAHAN PENGGAL 2
Bahagian A
[60 markah]
Jawab semua soalan dalam bahagian ini.
1. Rajah dibawah menunjukkan pembaris digunakan untuk mengukur diameter tiub kaca.
blok kayuwooden
1 2 3 4 5 6 7 8 cm
Berdasarkan rajah jawab soalan-soalan berikut. (a) Nyatakan kuantiti fizikal yang sedang diukur.
[1 markah]
(b) Apakah diameter luar satu tabung uji?
[1 markah]
(c) Namakan alat pengukur yang lebih jitu untuk mengukur diameter luar satu tabung uji.
[1 markah]
(d) Namakan satu jenis ralat yang perlu dielakkan semasa mengambil bacaan.
[1 markah]
2. Rajah di bawah menunjukkan sebuah kereta berjisim 1500 kg sedang bergerak sepanjang jalan yang rata.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan berat?
[1 markah]
1
(b) Hitungkan berat kereta itu?
[2 markah]
(c) Apakah akan berlaku kepada penumpang apabila kereta tiba-tiba berhenti?
[1 markah]
(d) Namakan prinsip fizik yang terlibat dalam (c).
[1 markah]
3. Rajah (a) menunjukkan sehelai pelepah burung dan sebiji bola plastik dilepaskan dari ketinggian yang sama.
Bola plastikPlastic ball
Pelepah burungFeather
Rajah (3a)
Graf halaju melawan masa untuk kedua-dua objek tersebut adalah seperti Rajah (b).
Pelepah burungFeather
Bola plastikPlastic ball
Halaju, v/ ms -1
Velocity, v/ ms -1
Masa, t/sTime, t/s
Rajah (3b)
(a) Namakan dua daya yang bertindak ke atas pelepah burung dan bola plastik tersebut.
[2 markah]
(b) Menggunakan graf dalam rajah.
2
(i) Jelaskan pergerakan kedua-dua objek.
[1 markah]
(ii) Nyatakan objek yang akan sampai dahulu ke tanah.
[1 markah]
(c) Jelaskan jawapan anda di (b)(ii).
[1 markah]
(d) Pelepah burung dan bola plastik dilepaskan di dalam vakum. Bandingkan pergerakan kedua-dua objek tersebut?
[1 markah]
4. Rajah di bawah menunjukkan suatu keratan rentas bagi sayap sebuah pesawat udara yang sedang bergerak. Sayap pesawat udara itu mengalami daya angkat.
(a) Namakan bentuk keratan rentas dalam rajah di atas.
[1 markah]
(b) Pada rajah di atas,(i) Lukis dan labelkan arah aliran udara.
[1 markah](ii) Labelkan kawasan tekanan udara tinggi dan rendah.
[1 markah](iii)
Menggunakan anak panah, tunjukkan arah daya angkat F.
[1 markah]
(c) Rajah di bawah menunjukkan sebuah penunu Bunsen menyala dengan nyalaan kuning.
3
Yellow flameNyalaan kuning
Air flowAliran udara
OrificeLubang udara
JetJet
GasGas
Gas tubeTiub gas
Air
Berdasarkan rajah di atas,(i) Terangkan bagaimana nyalaan biru dapat dihasilkan.
[3 markah](ii) Cadangkan satu pengubahsuaian kepada penunu itu untuk menghasilkan
nyalaan yang lebih besar. Jelaskan jawapan anda.
[2 markah](iii)
Nyatakan prinsip fizik yang digunakan dalam penunu Bunsen.
[1 markah]
5. Rajah A menunjukkan air memancut keluar dari lubang di tepi sebuah bekas.
4
Jet of waterPancutan air2.0 m
WaterAir
h1
x1
Rajah B menunjukkan air memancut keluar dari lubang di tepi sebuah bekas yang lain.
Jet of waterPancutan air
2.0 m
WaterAir
h2
x2
(a) Apakah maksud tekanan?
[1 markah]
(b) Perhatikan rajah A dan rajah B.(i) Bandingkan kedalaman lubang itu dari permukaan air.
[1 markah]
(ii) Bandingkan jarak ufuk yang dilalui oleh pancutan air itu.
[1 markah]
(iii) Hubungkaitkan jarak ufuk dalam (b)(ii) dengan tekanan air pada lubang itu.
[1 markah]
5
(iv) Hubungkaitkan tekanan air dengan kedalaman air.
[1 markah]
(c) Nyatakan dua lagi faktor yang mempengaruhi tekanan cecair.
[2 markah]
(d) Terangkan mengapa seorang penyelam tidak dapat bernafas dengan normal apabila ia berada di laut yang dalam.
[1 markah]
6. Dua biji epal dengan saiz dan jisim yang sama, sebiji dari setiap epal tersebut dicelupkan ke dalam minyak dan air secara berasingan. Buah epal tersebut terendam pada aras yang berbeza di dalam kedua-dua cecair tersebut. Ketumpatan minyak adalah 800 kg m-3 dan ketumpatan air ialah 1000 kg m-3.
700
500
300
100
OilMinyak
AppleEpal
700
500
300
100
WaterAir
AppleEpal
Rajah (6a) Rajah (6b)
Rajah (6a) dan rajah (6b) menggambarkan situasi buah-buah epal itu di dalam minyak dan air.(a) Apakah yang dimaksudkan dengan jisim?
[1 markah]
(b) Berdasarkan rajah (6a) dan rajah (6b) :(i) Bandingkan aras epal di dalam minyak dan di dalam air.
[1 markah]
(ii) Bandingkan isipadu cecair yang disesarkan oleh epal itu di dalam minyak dan di dalam air.
[1 markah]
(iii) Bandingkan ketumpatan minyak dan air.
[1 markah]
6
(c) (i) Hubungkaitkan isipadu cecair yang disesarkan dengan ketumpatan cecair.
[1 markah]
(ii) Nyatakan hubungan di antara berat epal dengan berat cecair yang tersesar.
[1 markah]
(d) Namakan satu prinsip fizik yang menerangkan situasi di atas.
[1 markah]
(e) Kapal selam boleh belayar di permukaan laut dan di bawah permukaan laut menggunakan prinsip yang anda namakan dalam (d). Bagaimanakah kapal selam di dasar laut boleh terapung di permukaan laut?
[1 markah]
7. Rajah (7a) dan Rajah (7b) menunjukkan dua susunan radas untuk menentukan muatan haba tentu bagi bongkah aluminium.
ThermometerThermometer
Aluminium blockBongkah aluminium
Aluminium foilKerajang aluminium
HoleLubang
WaterAir
Copper plateKepingan kuprum
Immersion heaterPemanas rendam
Power supplyBekalan kuasa
Rajah 7(a)
7
Felt clothKain felt
OilMinyak
Polystyrene plateKepingan polisterin
ThermometerThermometer
Aluminium blockBongkah aluminium
HoleLubang
Immersion heaterPemanas rendam
Power supplyBekalan kuasa
Rajah 7(b)
(a) Apakah maksud muatan haba tentu?
[1 markah]
(b) Berdasarkan Rajah(7a) dan Rajah7(b), nyatakan ciri-ciri yang sesuai bagi susunan radas untuk menentukan muatan haba tentu bagi block aluminium.
Berikan sebab untuk kesesuaian ciri-ciri itu.(i) Jenis plat yang digunakan sebagai tapak.
Sebab
[2 markah](ii) Jenis cecair yang dituang ke dalam lubang
Sebab
[2 markah]
(iii) Bahan yang digunakan untuk membalut blok aluminium.
Sebab
[2 markah]
8
(c) Blok aluminium dalam kedua-dua rajah berjisim 1 kg dan dipanaskan dengan menggunakan pemanas elektrik berkuasa 200 W selama 4 minit.Peningkatan suhu dalam Rajah (7a) ialah 30oC manakala dalam Rajah (7b) ialah 50oC.Hitungkan muatan haba tentu bagi blok aluminium dalam:(i) Rajah(7a)
[2 markah]
(ii) Rajah(7b)
[2 markah](d) Tentukan radas yang paling sesuai yang boleh memberi keputusan yang lebih
tepat untuk menentukan muatan haba tentu blok aluminium.
[1 markah]
8. Rajah di bawah menunjukkan gambar sebuah kereta mainan bergerak yang diambil dengan menggunakan stroboskop.
A B C
(a) Terangkan jenis pergerakan kereta dari A ke B dan B ke C dalam Rajah di atas.
[1 markah]
(b) Apakah pecutan kereta mainan itu dari A hingga B?Jelaskan jawapan anda.
[2 markah]
(c) Jarak diantara A ke B adalah 6 meter dan kereta mainan itu mengambil 20 saat untuk sampai ke B. Jisim kereta mainan itu ialah 0.5 kg.
(i) Hitungkan halaju kereta mainan itu dari A ke B.
[2 markah]
(ii) Hitungkan momentum kereta mainan itu.
9
[2 markah]
Bahagian B
[20 markah]
Jawab semua soalan bahagian ini.
9. (a) Rajah (9a) menunjukkan dua kuali M dan N yang diperbuat daripada bahan yang berbeza, dengan muatan haba tentu yang berbeza, digunakan untuk mendidihkan air yang sama isipadu.Rajah (9b) menunjukkan masa yang digunakan untuk mendidihkan air. Ketika air mendidih, kuali dan air berada dalam keseimbangan terma.[Anggap saiz dan ketebalan bagi kuali M dan kuali N adalah sama.]
Kuali N diperbuat dari besidengan muatan haba tentu452 Jkg-1 °C-1
Friying pan N made of ironwith specific heat capacity of452 Jkg-1°C-1
Kuali M diperbuat dari aluminiumdengan muatan haba tentu900 Jkg-1 °C-1
Friying pan M made of aluminiumwith specific heat capacity of900 Jkg-1°C-1
Rajah (9a)
10
Kuali MFriying pan M
Air mendidih selepas 10 minitWater boils after 10 minutes
Kuali NFriying pan N
Air mendidih selepas 5 minitWater boils after 5 minutes
Rajah 9(b)
(i) Apakah maksud keseimbangan terma?[1 markah]
(ii) Menggunakan rajah (9a) dan rajah (9b), bandingkan muatan haba tentu kuali, masa yang diambil oleh air untuk mendidih dan perubahan dalam kenaikan suhu.Hubungkaitkan muatan haba tentu kuali dengan masa yang diambil oleh air untuk mendidih.Buat kesimpulan tentang hubungan antara muatan haba tentu kuali dengan kadar kenaikan suhu bagi kuali.
[5 markah]
(b) Jumlah haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1 kilogram air sebanyak 1°C bagi kuali N adalah masing-masing Q1 and Q2.(i) Bandingkan Q1 dan Q2.
Beri satu sebab bagi jawapan ini.
[2 markah]
(ii) Berdasarkan rajah (9a) dan rajah (9b), namakan dua jenis haba yang terlibat ketika pemanasan dan pendidihan.
[2 markah]
(c) Rajah di bawah menunjukkan keratan rentas sebuah periuk tekanan.
11
Kebocoran stimLeakage of steam
PemegangHandle
MakananFood
Dasar periukBase of the pot
AirWater
Dining periukWall of the pot
Mulut periukRim
PenutupLid
Injap pelepas tekananPressure released valve
Anda dikehendaki memberi beberapa cadangan untuk mereka bentuk sebuah periuk tekanan yang boleh memasak makanan dalam masa yang lebih singkat. Menggunakan pengetahuan tentang haba, tekanan dan sifat-sifat bahan, terangkan cadangan itu berdasarkan aspek-aspek berikut:(i) Bahan yang digunakan untuk dasar periuk.
[2 markah](ii) Bahan yang digunakan untuk pemegang periuk.
[2 markah](iii)
Ketebalan dinding periuk.
[2 markah](iv) Keselamatan periuk tekanan.
[2 markah](v) Cara untuk mencegah kebocoran stim.
[2 markah]
Bahagian C
[20 markah]
Jawab semua soalan bahagian ini.
10. Rajah di bawah menunjukkan sebiji bola plastisin dijatuhkan ke atas sebuah bongkah logam. Bola plasticin berubah bentuk selepas hentaman.
12
SebelumBefore
Bola plastisinPlasticine Ball
Bola plastisinPlasticine Ball
AfterSelepas
Bongkah logam
(a) (i) Namakan daya yang terlibat semasa hentaman. [1 markah]
(ii) Terangkan kenapa bola plastisin berubah bentuk selepas hentaman. [3 markah]
(iii)
Beri satu cadangan bagaimana untuk mengelak bola plastisin daripada berubah bentuk apabila dijatuhkan pada ketinggian yang sama.
[1 markah]
(b) Rajah menunjukkan empat susunan sistem cerucuk P, Q, R dan S yang digunakan untuk memasukkan suatu cerucuk ke dalam tanah.
Susunan sistem cerucuk P
Pile drivePelantak cerucuk
W = 120 kg
h = 15m
Steel pileCerucuk keluli
GroundTanah
13
Susunan sistem cerucuk Q
W = 100 kg
h = 20m
Pile drivePelantak cerucuk
Steel pileCerucuk keluli
Ground
Susunan sistem cerucuk R
W = 100 kg
h = 15m
Pile drivePelantak cerucuk
Concrete pileCerucuk konkrit
Ground
14
Susunan sistem cerucuk S
W = 80 kg
h = 20m
Pile drivePelantak cerucuk
Concrete pileCerucuk konkrit
Ground
Kaji spesifikasi keempat-empat susunan sistem cerucuk berdasarkan aspek-aspek berikut: (i) Jisim pelantak cerucuk yang digunakan untuk menolak cerucuk ke dalam
tanah. [2 markah]
(ii) Ketinggian pelantak cerucuk [2 markah]
(iii)
Bahan cerucuk
[2 markah](iv) Bentuk pada dasar cerucuk
[2 markah]
Terangkan kesesuaian setiap aspek dan seterusnya tentukan sistem cerucuk yang paling sesuai digunakan untuk memasukkan cerucuk dengan cekap. Beri sebab untuk pilihan anda.
[2 markah]
(c) Satu bongkah logam berjisim 50 kg dijatuhkan ke atas satu cerucuk untuk membina sebuah bangunan tinggi. Tinggi blok logam dari cerucuk ialah 20 m. Hitungkan: (i) Berat bongkah logam.
[1 markah]
(ii) Halaju bongkah logam sejurus sebelum menghentam cerucuk. [2 markah]
(iii)
Daya impuls yang bertindak ke atas cerucuk sekiranya masa hentaman ialah 0.5 s.
15
[2 markah]
16