PE|PUSTAKA - core.ac.uk · Pertama dan personaliti di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik...

of 24 /24

Embed Size (px)

Transcript of PE|PUSTAKA - core.ac.uk · Pertama dan personaliti di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik...

  • PE|PUSTAKAAN UTHM

    *3JQ00000210^310*

  • K O L E J U N I V E R S I T I T E K N O L O G I T U N H U S S E I N O N N

    B O R A N G P E N G E S A H A N S T A T U S T E S I S * JUDUL: G A Y A P E N G U R U S A N KONFLIK : H U B U N G A N N Y A D E N G A N FAKTOR

    JANTINA. K U R S U S DIAMBIL SEMASA IJAZAH PERTAMA D A N PERSONALITI DI K A L A N G A N PELAJAR SARJANA PENDIDIKAN TEKNIK D A N V O K A S I O N A L

    SESI P E N G A J I A N : 2006/2007

    Saya AZIYATI BINTI IBRAHIM (HURTJF B E S A R )

    mengaku membenarkan tesis ( P S M / Sarjana / Dolctor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

    1, Tesis adalah hakmilik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, 2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja, 3 . - Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

    pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (..J)

    I I SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam A K T A RAHSIA RASMI 1972)

    TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

    TIDAK TERHAD

    ( T A M J I A ^ A N G / L N PENULIS)

    Alamat Tetap: D E P A N LPP M A R A S B A T U RAKIT 21020 B A T U RAKIT K U A L A T E R E N G G A N U

    T a r i k h : a / » / C r G

    CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

    berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

    • Tesis dirnaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja larrsus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

    Disahkan oleh

    ( T A N D A T A N G A N PENYELIA)

    PM D R MAIZAM BT ALIAS

    Tarikh:

  • 1

    "Saya akui bahawa saya te lah m e m b a c a karya ini dan pada pandangan saya karya ini

    adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

    Pendidikan Teknik dan V o k a s i o n a l "

    Tandatangan

    N a n a P e n y e l i a

    Tarikh

    P M Dr. M a i z a n Binti A l i a s

  • ii

    G A Y A P E N G U R U S A N K O N F L I K : H U B U N G A N N Y A D E N G A N F A K T O R

    J A N T I N A , K U R S U S D I A M B I L S E M A S A I J A Z A H P E R T A M A D A N P E R S O N A L I T I

    DI K A L A N G A N P E L A J A R S A R J A N A P E N D I D I K A N T E K N I K D A N

    V O K A S I O N A L .

    A z i y a t i Binti Ibrahim

    Laporan projek ini d ikemukakan sebagai m e m e n u h i syarat penganugerahan Ijazah

    Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokas iona l

    Jabatan Iktisas Pendid ikan

    Fakulti Pendid ikan Teknikal

    Kole j Univers i t i T e k n o l o g i T u n Hussein Onn

    Oktober, 2 0 0 6

  • iii

    "Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecual i nuki lan dan r ingkasan y a n g

    tiap-tiap satunya telah s a y a j e l a s k a n s u m b e m y a " .

    Tandatangan

    N a m a Penul i s

    Tarikh

    Az iyat i B m t i Ibrahim

    8 / l l / O f c

  • Cebisan itmuini cfititiplign:-

    (Dan

    rreristimewa 6uat

    A h m a d Raji U z a i n i B i n M o h a m a d

    S e g a l a s e m a n g a t , d o r o n g a n s e r t a k e s a b a r a n m u m e n j a d i k e k u a t a n

    d a l a m m e n e r u s k a n p e r j u a n g a n in i . . .

    'Kjias 6uatayafi dan ema{tersayang:-

    I b r a h i m B i n M o h d A m i n d a n M a d z n a h B in t i M o h d

    H a r a p a n d a n p e n g o r b a n a n m u a k a n k u b a l a s d e n g a n s e g u n u n g

    k e j a y a a n .

    jlb~ang-ab~ang danjlarcfi{;adil0ang cfiikasifd:-

    T a u f i k A n u a r , M o h d H a z i m i n , F a r i d d a n N u r H a m i z a h

  • P E N G H A R G A A N

    Assa lamuala ikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan l impah dan k u m i a n y a dapat saya

    m e n g h a s i l k a n laporan Projek Sarjana ini dengan s e m p u m a . Alhamdul i lah , se lawat dan

    sa lam k e atas Junjungan Besar N a b i M u h a m m a d S . A . W .

    U c a p a n setinggi ter ima kasih khas buat penye l ia Projek Sarjana, P M Dr. M a i z a m

    Binti A l i a s kerana telah banyak m e l u a n g k a n masa untuk member ikan tunjuk ajar,

    b i m b i n g a n dan dorongan s e l a m a hampir setahun perjalanan projek ini. Tanpa segala

    teguran, nasihat dan tekanan y a n g diberikan o l e h be l iau adalah musthi l kajian ini dapat

    dihas i lkan dengan s e m p u m a d a n j a y a n y a .

    Jutaan terima k a s i h j u g a ditujukan kepada k e s e m u a pelajar Sarjana Pendidikan

    Tekn ik dan Vokas iona l y a n g sudi m e l u a n g k a n m a s a dan member ikan kerjasama sebagai

    responden. Kerjasama yang diberikan amatlah saya hargai. Tidak l u p a j u g a kepada

    rakan-rakan seperjuangan di atas sega la sokongan, dorongan dan kerjasama y a n g

    diberikan serta kepada semua y a n g terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung

    dalam m e m b a n t u melaksanakan Projek Sarjana ini. S e m o g a dengan lah imya penul isan

    ini, dapat m e m p e r k a y a k a n sumber i lmu pengetahuan dan dapat dimanfaatkan pada

    generasi kini dan se lamanya. S e s u n g g u h n y a y a n g baik itu datangnya dari A l lah dan

    y a n g buruk itu adalah dari diri saya sendiri.

    aatkan bersama.

  • vi

    ABSTRAK

    Gaya pengurusan konflik yang berkesan di kalangan pelajar amatlah penting

    kerana gaya pengurusan konflik yang tidak sesuai dengan situasi konflik akan terbawa-

    bawa hingga ke alam pekerjaan dan ini akan menjejaskan kualiti dan produktiviti kerja.

    Kajian lalu menunjukkan bahawa jantina, personaliti dan pengalaman lalu seseorang

    mempengaruhi gaya pengurusan mereka. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengkaji

    perkaitan antara gaya pengurusan konflik dengan faktor jantina, kursus semasa Ijazah

    Pertama dan personaliti di kalangan pelajar Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional

    (PTV). Kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan telah digunakan dengan 200 orang pelajar

    Sarjana PTV di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn daripada semester satu,

    dua dan tiga yang dipilih secara rawak. Satu set soal selidik gaya pengurusan konflik

    adaptasi daripada Thomas Kilmann Conflict Mode Instrument (T-KCMI) dan soal selidik

    personaliti adaptasi Myers Briggs Type Indicator (MBTI) telah digunakan bagi

    mendapat data gaya pengurusan konflik dan personaliti. Data dianalisis dengan

    menggunakan frekuensi, min dan ujian Khi Kuasa dua. Secara amnya hasil kajian

    menunjukkan bahawa semua gaya pengurusan konflik digunakan oleh pelajar dalam

    menguruskan konflik. Dapatan pertama menunjukkan tidak terdapat perbezaan taburan

    gaya pengurusan konflik antara pelajar lelaki dan perempuan (p=0.O52). Dapatan kedua

    menunjukkan tidak terdapat perbezaan taburan gaya pengurusan konflik antara pelajar

    berlainan kursus Ijazah Pertama dalam menguruskan konflik (p=0.69). Akhir sekali,

    dapatan menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan antara gaya pengurusan

    konflik dengan jenis personaliti responden (p=0.01). Kesimpulannya, pelajar Sarjana

    PTV mengamalkan semua gaya pengurusan konflik dan jenis personaliti menentukan

    pemilihan gaya pengurusan konflik.

  • vii

    ABSTRACT

    Effective conflict management style among students is very important because

    inappropriate conflict management style for a conflict situation can be carried over into

    work practice to negatively impact work quality and productivity. Previous research

    findings indicate that gender, personality and experiences influence a person conflict

    management style. Therefore, the purpose of this study was to determine the

    relationships between conflict management style, gender, undergraduate degree and

    personality among students in the Master of Technical and Vocational Education

    (MTVE) program. A survey method was used with a sample of 200, randomly chosen

    from the first, second and third semester of the MTVE program at Kolej Universiti

    Teknologi Tun Hussein Onn. Set of conflict management style questionnaire adapted

    from Thomas Kilmann Conflict Mode Instrument (T-KCMI) and a personality

    questionnaire adapted from Myers Briggs Type Indicator (MBTI) was used to get data

    on conflict management styles and personality. The data were analyzed using

    frequency, mean and Chi-Square test. Overall the results of the study showed that

    students use all range of conflict management styles. The first result showed that there

    was no difference in the distribution of conflict management styles between male and

    female (p=0.052). The second result, there was no difference in the distribution of

    conflict management styles between students of differences undergraduate degree

    (p=0.069). Finally, the third result showed that there is a statistical significant

    relationship between conflict management styles and personality (p=O.Ol). As a

    conclusion, all conflict management styles are practiced by MTVE students and the type

    of personality determines the choice of conflict management styles.

  • v i i i

    K A N D U N G A N

    B A B P E R K A R A M U K A S U R A T

    P E N G A K U A N P E N Y E L I A

    J U D U L ii

    P E N G A K U A N P E N G K A J I i i i

    A B S T R A K i v

    K A N D U N G A N v i i i

    S E N A R A I J A D U A L x i

    S E N A R A I R A J A H x i i i

    S E N A R A I R I N G K A S A N x i v

    S E N A R A I L A M P I R A N x v

    I P E N G E N A L A N

    1.1 Pengenalan 1

    1.2 Latar Belakang Masalah 2

    1.3 Pemyataan Masalah 4

    1.4 Matlamat Kajian 5

    1.5 Objektif Kajian 5

    1.6 Persoalan Kajian 6

    1.7 Hipotesis Kajian 6

    1.8 Kepentingan Kajian 7

    1.9 Kerangka Teori 7

    1.10 Skop Kajian 8

    1.11 Batasan Kajian 9

  • 1.12 Definisi Istilah 9

    II KAJIAN LITERATUR

    2.1 Pengenalan 11

    2.2 Konflik 13

    2.3 Jenis-jenis Konflik 14

    2.4 Faktor penyumbang kepada konflik individu 16

    2.5 Gaya-gaya pengurusan konflik 21

    2.6 Pengaruh faktor konflik individu terhadap 31

    gaya pengurusan konflik

    2.7 Rumusan 34

    III M E T O D O L O G I

    3.1 Pengenalan 35

    3.2 Rekabentuk Kajian 36

    3.3 Populasi dan Sampel Kajian 36

    3.4 Pengumpulan Data 37

    3.5 Instrumen Kajian 37

    3.6 Kajian Rintis 40

    3.7 Pengumpulan Data 42

    3.8 Andaian Kajian 45

    3.9 Kerangka Operasi 45

    3.10 Rumusan 47

    IV ANALISIS D A T A

    4.1 Pengenalan 4 8

    4.2 Latar Belakang Responden 48

    4.2.1 Jantina 4 9

  • x

    4.2.2 Kursus diambil semasa Ijazah Pertama 50

    4.2.3 Jenis-jenis personaliti 51

    4.3 Dapatan Kajian 53

    4.3.1 Gaya Pengurusan Konflik 53

    4.3.2 Perbezaan antara gaya mengikut jantina 61

    4.3.3 Perbezaan antara gaya rnnegikut kursus 63

    yang berlainan semasa Ijazah Pertama

    4.3.4 Perkaitan antara gaya denganjenis 64

    personaliti

    4.4 Rumusan 67

    V PERBINCANGAN, C A D A N G A N DAN

    KESIMPULAN

    5.1 Pendahuluan 68

    5.2 Perbincangan 68

    5.2.1 Latar belakang 69

    5.2.2 Gaya pengurusan konflik 70

    5.2.3 Perbezaan antara gaya mengikutjant ina 73

    5.2.4 Perbezaan antara gaya mengikut kursus 74

    berlainan semasa Ijazah Pertama

    5.2.5 Perkaitan antara gaya dengan jenis 75

    personaliti

    5.3 Cadangan dan saranan 76

    5.4 Kesimpulan 7 8

    RUJUKAN

    L A M P I R A N

  • SENARAI JADUAL

    NO. TAJUK M U K A

    J A D U A L SURAT

    2.1 Jenis personaliti mengikut MBIT dan cirinya 18

    2.2 Jenis-jenis personaliti hasil gabungan empat 19

    dimensi personaliti

    2.3 Ciri-ciri setiap jenis personaliti 19

    2.4 Penyesuaian penggunaan gaya pengurusan 24

    konflik Thomas Kilmann

    3.1 Skala Likert empat tahap persetujuan 39

    3.2 Skala Likert lima tahap persetujuan 40

    3.3 Kebolehpercayaan jenis personaliti kajian rintis 41

    pertama

    3.4 Kebolehpercayaan jenis personaliti kajian rintis 41

    kedua

    3.5 Kebolehpercayaan gaya pengurusan konflik 42

    kajian rintis pertama

    3.6 Kebolehpercayaan gaya pengurusan konflik 42

    kajian rintis kedua

    3.7 Kedudukan skor bagi setiap gaya pengurusan 43

    konflik

    4.1 Taburan responden mengikut jantina 49

    4.2 Taburan responden mengikt kursus diambil 50

    semasa Ijazah Pertama

  • 4.3 Taburan responden mengikut jenis personaliti 52

    di kalangan responden

    4.4 Skor setiap item gaya pengurusan kolaborasi 54

    4.5 Skor setiap item gaya pengurusan kompromi 55

    4.6 Skor setiap item gaya pengurusan mengelak 56

    4.7 Skor setiap item gaya pengurusan akomodasi 57

    4.8 Skor setiap item gaya pengurusan persaingan 58

    4.9 Min skor lima gaya pengurusan konflik 59

    4.10 Taburan frekuensi lelaki dan perempuan 61

    melawan gaya pengurusan konflik

    4.11 Hasil analisis ujian Khi Kuasa Dua 62

    4.12 Taburan frekuensi kursus diambil semasa Ijazah 63

    Pertama melawan gaya pengurusan konflik

    4.13 Hasil analisis ujian Khi Kuasa Dua 64

    4.14 Taburan frekuensi jenis personaliti melawan 65

    gaya pengurusan konflik (tidak memenuhi

    syarat)

    4.15 Taburan frekuensi jenis personaliti melawan 66

    gaya pengurusan konflik

    4.16 Hasil analisis ujian Khi Kuasa Dua 67

  • xiii

    SENARAI RAJAH

    NO. RAJAH T A J U K M U K A SURAT

    1.1 Kerangka teori

    2.1 Perkaitan antara konflik dan gaya

    pengurusan konflik

    2.2 Lima gaya pengurusan konflik serta

    hubungannya dengan dimensi ketegasan dan

    kerjasama

    2.3 Model tiga faktor

    2.4 Hubungan antara personaliti fikiran-

    perasaan dan personaliti ektrovert-introvert

    dengan gaya pengurusan konflik

    3.1 Kedudukan skor bagi setiap gaya

    pengurusan konflik berdasarkan T-KCMI

    3.2 Kerangka operasi

    4.1 Kedudukan min skor setiap gaya

    pengurusan konflik berdasarkan kedudukan

    skor T-KCMI

    8

    12

    23

    30

    33

    44

    46

    60

  • xiv

    SENARAI RINGKASAN

    T - K C M I

    MBTI

    Thomas Kilmann Conflict Mode Instrument

    Myers Briggs Type Indicator

  • XV

    S E N A R A I L A M P I R A N

    L A M P I R A N T A J U K

    A Borang Soal Sel idik

    B Kajian rintis

    C Borang S e m a k a n Soal Sel idik

    D Jadual Kerjei , R .V dan Morgan, D . W

    E Borang Kebenaran Menjalankan Kajian

  • x v

    S E N A R A I L A M P I R A N

    L A M P I R A N T A J T J K

    A Borang Soal Sel idik

    B Kajian rintis

    C B o r a n g S e m a k a n Soal Sel idik

    D Jadual Kerjei , R . V dan Morgan, D . W

    E B o r a n g Kebenaran Menjalankan Kajian

  • B A B I

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Pembangunan sumber manusia perlu digilap kerana ianya elemen terpenting

    dalam memastikan negara terus berdaya saing dan berdaya tahan, lebih-lebih lagi dalam

    zaman ekonomi sejagat yang berlandaskan pengetahuan, serta bertunjangkan sains dan

    teknologi. Oleh itu, kualiti pendidikan akan diutamakan supaya warga Malaysia

    dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai mumi untuk menjadi tenaga kerja

    yang menghayati budaya keija berprestasi tinggi. Pendidikan berkualiti akan juga

    memastikan mereka kekal relevan dengan kehendak pasaran semasa dan dengan itu,

    mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian

    meningkat.

    Dalam perencanaan pendidikan berkualiti juga, sistem pendidikan negara

    diorientasikan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Kini, dunia pendidikan telah

    mengalami banyak perubahan pesat yang dibawa oleh kesan globalisasi,

    pendekmorasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi berasaskan

    pengetahuan, persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan

    bertaraf dunia (Tamil, 2005). Perubahan yang berlaku boleh menyebabkan

    kecenderungan berlakunya konflik (Ramli, 2000). Kebiasaanya perlaksanaan perubahan

    akan menimbulkan banyak konflik sama ada di kalangan penerima perubahan atau

  • 2

    dalam diri pembawa perubahan itu sendiri (Turin, 1995). Dengan kata lain, konflik

    boleh wujud di mana-mana sahaja dan tidak boleh dielakkan lebih-Iebih lagi apabila

    terdapat sesuatu kerja atau aktiviti yang memerlukan penglibatan lebih daripada

    seseorang (Haszminy, 1999).

    1.2 Latar belakang masalah

    Sebagai sebuah institusi yang berperanan mengurus manusia dan sering

    mengalami perubahan, institusi pendidikan tidak boleh lari daripada fenomena

    kewujudan konflik. Konflik di dalam institusi pendidikan boleh dibahagikan kepada

    empat jenis iaitu konflik matlamat, konflik kognitif, konflik afektif dan konflik ge1agat

    (Heaney, 2001). Menurut Heaney (2001), konflik matlamat ialah konflik yang berlaku

    apabila kehendak individu dan kumpulan di dalam organisasi berbeza dengan kehendak

    individu dan kumpulan lain. Konflik kognitif pula timbul apabila pendapat dan idea

    individu dan kumpulan dengan organisasi tidak selari dengan individu dan kumpulan

    lain dalam organisasi yang sama. Seterusnya konflik afektif terjadi apabila sikap dan

    perasaan individu dan kumpulan tidak bersesuaian dengan individu dan kumpulan.

    Akhir sekali iaitu konflik gelagat berlaku di mana gelagat individu dan kumpulan dalam

    organisasi tidak dapat diterima oleh individu dan kumpulan yang lain.

    Memandangkan konflik boleh berlaku kepada semua kelompok sama ada pada

    individu, kumpulan, organisasi atau masyarakat (Darling, 2001) maka pelajar sebagai

    individu dalam institusi pendidikan juga tidak terlepas daripada mengalami konflik.

    Tambahan pula, dalam memenuhi kehendak semua pihak yang inginkan pelajar yang

    berkualiti dan mampu merealisasikan visi dan misi mereka, pelajar banyak terdedah

    dengan konflik. Terdapat pelbagai punca konflik di kalangan pelajar antaranya persepsi

    yang berbeza, matlamat yang berbeza dan persekitaran yang berbeza (Rahim, 2000).

    Persepsi yang berbeza boleh menyebabkan konflik berlaku di kalangan pelajar kerana

    setiap pelajar mempunyai pendapat atau pandangan yang berbeza terhadap semua situasi

  • 3

    atau perkara. Pelajar juga mengalami konflik apabila mempunyai matlamat yang

    berbeza dan ini adalah disebabkan sesuatu yang ingin dicapai oleh pelajar adalah

    berlainan antara satu dengan yang lain. Selain itu, konflik pada pelajar juga boleh

    berpunca daripada persekitaran yang berbeza dengan persekitaran asal. Sebagai contoh,

    pelajar yang terpaksa menyambung pelajaran ke luar negara mungkin menghadapi

    konflik kerana persekitaran yang berbeza di antara dua tempat ini. Secara umumnya,

    punca-punca konflik inilah yang menyebabkan pelbagai jenis konflik berlaku di

    kalangan pelajar.

    Dalam menguruskan kehidupan seharian, konflik intrapersonal atau konflik

    dalam diri adalah konflik yang paling kerap berlaku di kalangan pelajar (Darling,2001).

    Bebanan tugasan sehingga pelajar tiada kepuasan dalam diri boleh menyebabkan konflik

    intrapersonal berlaku. Selain itu, Elnie (2003) menyatakan kebanyakan pelatih kursus

    perguruan lepasan Ijazah (KPLI) juga mengalami konflik intrapersonal kerana terpaksa

    memilih profesion perguruan sebagai altematif yang terakhir (occupation of the last

    resort) dan memilih profesion ini bukan dengan kerelaan hati. Konflik intrapersonal

    yang timbul ini sedikit sebanyak akan menjejaskan mutu dan kualiti dalam organisasi

    pendidikan sekiranya konflik tidak ditangani dengan baik (Elnie, 2003).

    Oleh itu, pengurusan konflik merupakan satu aspek penting dalam kehidupan

    seseorang pelajar. Terdapat pelbagai gaya pengurusan konflik dalam menguruskan

    konflik. Stail atau gaya pengurusan konflik yang dipilih akan menentukan kesan konflik

    tersebut dalam diri seseorang iaitu sama ada kesan positif atau negatif (Mohd Foad,

    2005). Umumnya, kesan konflik sama ada positif atau negatif bergantung pada gaya

    seseorang menguruskan konflik. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi

    gaya pengurusan konflik seseorang pelajar. Antaranya adalah perbezaan latarbelakang

    pendidikan, jantina, pengalaman dan latihan yang boleh membentuk personaliti yang

    unik dengan nilai-nilai yang tertentu yang mempengaruhi gaya pengurusan konflik

    seseorang pelajar. Faktor yang mempengaruhinya mungkin wujud secara langsung

    ataupun tidak langsung. Tetapi daripada kajian-kajian yang telah dijalankan ciri-ciri

    demografi, personaliti, sosioekonomi malah budaya mempunyai hubungan signifikan

  • 4

    dengan gaya pengurusan konflik (Ramli, 2000). Untuk itu, pelajar perlulah mempunyai

    pengetahuan tentang gaya pengurusan konflik kerana sedikit sebanyak akan

    memudahkan proses menangani konflik dengan baik.

    1.3 Penyataan Masalah

    Walaupun pengurusan konflik merupakan satu aspek penting dalam kehidupan

    seseorang pelajar namun terdapat sedikit sahaja kajian yang telah dijalankan

    mengenainya (Edward dan Walton, 2000). Bradley (2002) juga mengharapkan kajian ini

    dapat diperkembangkan lagi. Kebanyakan kajian konflik adalah mengenai pengurusan

    konflik individu dalam sesebuah organisasi dan bukannya konflik individu pada pelajar

    dalam institusi pendidikan. Kajian mengenai konflik di kalangan pelajar amatlah

    penting kerana kesan pengurusan konflik yang tidak sesuai dengan situasi konflik akan

    terbawa-bawa hingga ke alam pekerjaan dan ini akan menjejaskan kualiti dan

    produktiviti kerja

    Tujuan projek ini adalah untuk mengkaji tentang gaya-gaya pengurusan konflik

    di kalangan pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV)) di Kolej Universiti

    Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) serta perkaitannya dengan faktor jantina,

    kursus diambil semasa Ijazah Pertama dan personaliti. Memahami gaya pengurusan

    konflik di kalangan pelajar PTV adalah penting supaya langkah susulan boleh diambil

    oleh pihak KUiTTHO kerana mereka adalah bakal guru teknikal yang akan

    membangunkan sumber manusia bagi memenuhi keperluan guna tenaga negara.

  • 5

    1.4 Matlamat kajian

    Matlarnat projek ini adalah untuk mengenalpasti perkaitan di antara faktor jantina, kursus diarnbil semasa Ijazah Pertarna dan personaliti dengan gaya pengurusan konflik di kalangan pelajar PTV di KUiTTHO.

    1.5 Objektif kajian

    Secara khususnya, kajian ini dijalankan berpandukan kepada objektif-objektif berikut:-

    (i) Mengenalpasti gaya pengurusan konflik iaitu sarna ada persaingan, kolaborasi, kompromi, mengelak dan akomodasi di kalangan pelajar Sarjana PTV.

    (ii) Mengenalpasti perbezaan di antara taburan gaya pengurusan konflik di kalangan pelajar Sarjana PTV mengikut jantina.

    (iii) Mengenalpasti perkaitan di antara gaya pengurusan konflik di kalangan pelajar Sarjana PTVmengikut kursus diarnbil semasa Ijazah Pertarna

    (iv) Mengenalpasti jenis personaliti iaitu sarna ada ekstavert atau introvert, sensing atau intuisi, fikiran atau perasaan dan pemutusan atau pengarnatan di kalangan pelajar Sarjana PTV.

    (v) Mengenalpasti hubungan di antara gaya pengurusan konflik dengan jenis personaliti di kalangan pelajar sarjana PTV.