Per Bah as An

download Per Bah as An

of 1

Transcript of Per Bah as An

Perbahasan : Tajuk : Perubatan Tradisional Mendatangkan Kesan yang Buruk kepada Pengguna. Sediakan hujah-hujah untuk membahas tajuk ini. Yang berusaha tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, pihak pembangkang, dan hadirin yang saya hormati sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berdirinya saya di sini adalah sebagai pembangkang bagi membangkang tajuk perbahasan hari ini iaitu Perubatan Tradisional Mendatangkan Kesan yang Buruk kepada Pengguna Hadirin yang saya hormati sekalian, Sebelum saya memulakan hujah saya, eloklah kita memahami maksud tajuk tersebut. Perubatan tradisional bermaksud cara berubat menggunakan bahan semulajadi tanpa bahan kimia. Perubatan tradisional juga boleh diertikan sebagai perubatan rakyat atau warisan. Kesan buruk pula bermaksud memudaratkan kesihatan seseorang. Pengguna pula bermaksud sesiapa sahaja yang menggunakan perubatan tersebut. Saya selaku pembangkang, membangkang secara keras tajuk perbahasan hari ini. Hujah saya yang pertama ialah perubatan tradisional masih mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Masyarakat masih percaya akan perubatan tradisional dan masih mengamalkan perubatan tradisional bagi penyakit-penyakit tertentu yang kadang kala tidak dapat diubati dengan cara perubatan moden. Perubatan tradisional lazimnya menggunakan akar kayu, rempah-ratus, dan herba yang diproses secara tradisional tanpa bahan kimia. Sesungguhnya, perubatan tradisional hanya mendatangkan kesan baik kepada pengguna. Hujah saya yang kedua ialah kajian menunjukkan ubat-ubatan tradisional lebih mujarab dan berkhasiat daripada ubat-ubatan moden. Di samping itu, perubatan tradisional juga mempunyai antibiotik semula jadi. Penggunaan antibiotik semula jadi ini telah menjadi semakin penting pada zaman ini kerana antibiotik perubatan moden dikhuatiri boleh menimbulkan kesan buruk kepada pengguna. Hujah saya yang seterusnya ialah penggunaan ubat-ubatan tradisional secara berlebihan masih tidak mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna. Pengambilan akar kayu sebagai ubat tidak menjejaskan kesihatan pengguna walaupun diambil secara berlebihan. Sebaliknya, ubat-ubatan moden boleh menjejaskan kesihatan pengguna sekiranya diambil secara berlebihan. Hadirin sekalian, Hujah-hujah yang saya utarakan ini jelas membuktikan bahawa perubatan tradisional tidak mendatangkan kesan buruk kepada pengguna. Malahan, para pengguna sembuh dan sejahtera menggunakan perubatan tradisional. Perjuangan saya akan diteruskan oleh rakan-rakan saya yang lain. Sebelum saya mengundurkan diri, izinkan saya tegaskan sekali lagi bahawa perubatan tradisional tidak mendatangkan kesan buruk kepada pengguna. Sekian, terima kasih