Per i Bahasa

5
1. Bagai ayam disambat helang Maksud: Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa. 2. Bagai minyak dengan air Maksud: Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu.

description

u

Transcript of Per i Bahasa

1. Bagai ayam disambat helang Maksud: Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang berkuasa.

2. Bagai minyak dengan airMaksud: Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu.

3. Bagai kaca terhempas ke batu Maksud: Sangat sedih.

4. Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat Maksud: Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.

5. Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung Maksud: Mematuhi peraturan di tempat yang didiami.

6. Seperti api dalam sekam Maksud: Sesuatu yang berlaku diam-diam.

7. Sediakan paying sebelum hujanMaksud: Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik.

8. Bagai kacang lupakan kulitMaksud: Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telah menolongnya) setelah menikmati kesenangan.

9. Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnyaMaksud: Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi.

10. Terdengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan Maksud: Kerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti, barang yang tersedia dilepaskan.