Peranan Agama Dalam Mempersatukan Pelbagai Rakyat Di Malaysia

8
Pemupukan negara bangsa, yakni rakyat yang bersatu dan pembinaan negara itu sendiri agar terus maju dalam masyarakat berbilang kaum perlu didorong oleh satu matlamat murni yang menjangkaui kepentingan mana-mana kaum. Untuk ini, beberapa tema diutarakan bagi mendukung peranan penyatuan dalam pembangunan negara. Bangsa dan bahasa adalah dua tema yang didapati mampu menyatukan pelbagai unsur dalam sesebuah negara majmuk. Di Malaysia, bangsa digunakan untuk mewujudkan bangsa Malaysia, iaitu pemikiran bahawa semua kaum memiliki takdir sama, justeru kita harus bersatu. Bahasa Melayu pula dijadikan bahasa kebangsaan, yakni bahasa negara yang bukan sahaja mewakili semua kaum, tetapi yang digunakan untuk menyatukan kita semua. Agama sebagai tema penting dalam ideology penyatuan negara, Khususnya dalam negara majmuk, sering dianggap sebagai sesuatu yang tidak realistik. Hal ini adalah kerana, walaupun yang dianuti bersama, didapati boleh membawa kepada perpecahan dalam kalangan penganutnya. Oleh itu, apatah lagi cadangan untuk menggunakannya, lebih-lebih lagi fahaman kepelbagaian agama sebagai ideologi penyatuan dalam negara majmuk. Ia dianggap bukan saja tidak berpijak di bumi nyata, tetapi akhirnya boleh mengundang kepada konflik agama. Sesungguhnya hal sebegini tidak semestinya berlaku. Malah, ia boleh dilaksanakan dan Malaysia boleh membuktikannya. Hal ini antaranya adalah kerana Rukun Negara, yakni ideologi nasional mengenai cara negara berdaulat ini diurus tadbir selain menjadi amalan hidup rakyatnya, boleh dimanfaatkan sebagai alat penyatuan negara. Prinsip pertamanya, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, digubal atas dasar kesedaran bahawa agama dan kepercayaan kepada Tuhan adalah perkara penting dalam kehidupan manusia.

Transcript of Peranan Agama Dalam Mempersatukan Pelbagai Rakyat Di Malaysia

Page 1: Peranan Agama Dalam Mempersatukan Pelbagai Rakyat Di Malaysia

Pemupukan negara bangsa, yakni rakyat yang bersatu dan pembinaan negara itu sendiri agar terus maju dalam masyarakat berbilang kaum perlu didorong oleh satu matlamat murni yang menjangkaui kepentingan mana-mana kaum. Untuk ini, beberapa tema diutarakan bagi mendukung peranan penyatuan dalam pembangunan negara. Bangsa dan bahasa adalah dua tema yang didapati mampu menyatukan pelbagai unsur dalam sesebuah negara majmuk. Di Malaysia, bangsa digunakan untuk mewujudkan bangsa Malaysia, iaitu pemikiran bahawa semua kaum memiliki takdir sama, justeru kita harus bersatu. Bahasa Melayu pula dijadikan bahasa kebangsaan, yakni bahasa negara yang bukan sahaja mewakili semua kaum, tetapi yang digunakan untuk menyatukan kita semua. Agama sebagai tema penting dalam ideology penyatuan negara, Khususnya dalam negara majmuk, sering dianggap sebagai sesuatu yang tidak realistik. Hal ini adalah kerana, walaupun yang dianuti bersama, didapati boleh membawa kepada perpecahan dalam kalangan penganutnya.

Oleh itu, apatah lagi cadangan untuk menggunakannya, lebih-lebih lagi fahaman kepelbagaian agama sebagai ideologi penyatuan dalam negara majmuk. Ia dianggap bukan saja tidak berpijak di bumi nyata, tetapi akhirnya boleh mengundang kepada konflik agama. Sesungguhnya hal sebegini tidak semestinya berlaku. Malah, ia boleh dilaksanakan dan Malaysia boleh membuktikannya. Hal ini antaranya adalah kerana Rukun Negara, yakni ideologi nasional mengenai cara negara berdaulat ini diurus tadbir selain menjadi amalan hidup rakyatnya, boleh dimanfaatkan sebagai alat penyatuan negara. Prinsip pertamanya, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, digubal atas dasar kesedaran bahawa agama dan kepercayaan kepada Tuhan adalah perkara penting dalam kehidupan manusia.

Dengan ini, walau apapun juga agama, sistem kepercayaan dan kuasa ajaib yang kita semua anuti, percayai dan yakini, boleh dikatakn bahawa sudah wujud asas teguh kerohanian dalam jiwa rakyat Malaysia. Oleh sebab inilah, prinsip pertama dalam Rukun Negara disusun untuk dipromosikan bukan saja sebagai satu asas mengurus tadbir negara, tetapi yang lebih penting ialah untuk rakyat Malaysia agar lebih bermakna lagi dari segi rohaniah.

Kepelbagaian kelompok etnik di negara ini diterima oleh semua dan ia merupakan sumber kekuatan . Satu aspek penting yang

Page 2: Peranan Agama Dalam Mempersatukan Pelbagai Rakyat Di Malaysia

menjadi penanda jati diri masyarakat Malaysia ialah agama. Kepelbagaian agama di kalangan pelbagai penduduk Malaysia merencamkan pola perbezaan jati diri yang sedia ada seperti bahasa, warna kulit, adat resam dan lain-lain lagi. Agama memainkan peranan yang penting dan merupakan penanda jati diri yang kuat oleh pemimpin kita sejak awal lagi. Contohnya prinsip Rukun Negara yang pertama telah menegaskan bahawa “Kepercayaan Kepada Tuhan” ialah sebahagian daripada cara hidup rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agamanya. Para penggubal Perlembagaan Malaysia telah mengutarakan dengan jelas perihal mengamal agama masing-masing. Perkara 3 Ceraian (1) telah menegaskan agama islam sebagai agama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di Negara ini. Masyarakat yang menjunjung dan mengamalkan agama ialah masyarakat yang diharapkan mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi.

Hubungan etnik yang utuh lagi jitu akan dapat dibina sekiranya ia dijalin berteraskan kepada ajaran agama disertai dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t . Islam sebagai Al-Din telah secara holistik mengintegrasikan hubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan termasuk komuniti dan hubungan etnik. Justeru itu, hubungan kemanusiaan soaial sudah terkandung dalam ajaran agama islam yang mementingkan perpaduan, perdamaian, keharmonian dan keamanan tanpa mengira bangsa, ras, kaum dan etnik. Islam mewajibkan penganutnya menjalin dan memelihara hubungan baik dan beradap sesame manusia walaupun dengan bukan islam kerana ia adalah ajaran Islam yang mengajar umatnya agar menghindari diri daripada permusuhan, perseteruan, perselisihan faham yang negatif dan fitnah.

Nilai-nilai murni yang bersifat universal bermanfaat kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang agama dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Nilai-nilai universal seperti ini terdapat juga dalam agama-agama lain yang di amalkan di Malaysia. Kitab Veda agama Hindu yang tertua, iaitu Rig Veda mengungkapkan sebagai Loka Samastha Sukino Bhavantu yang bermaksud “ Semoga semua makhluk di dunia hidup bergembira dan bebas” dan ayat ini di ucapkan oleh penganut Hindu ketika mereka beribadat. Petikan ini menunjukkan betapa universalnya penghargaan agama-agama utama dunia terhadap keamanan. Malah keuniversalan ini bukannya satu kebetulan kerana istilah “Islam” dari segi entiologinya bermaksud

Page 3: Peranan Agama Dalam Mempersatukan Pelbagai Rakyat Di Malaysia

“keamanan”. Para penganut agama yang menghayati agama akan menjadi insane yang mencintai keamanan dan nilai-nilai universal yang lain seperti bantu-membantu satu sama lain, sikap bermaaf-maafan, membanteras kemiskinan, menghormati ilmu pengetahuan dan mencintai keadilan sosial adalah sebahagian daripada nilai sejagat yang dikongsi bersama oleh agama-agama utama di Malaysia.

Selain itu, antara peranan agama dalam mempersatukan pelbagai masyarakat di Malaysia ialah, agama menetapkan pelbagai jenis kelakuan sama ada sebagai baik atau sebaliknya. Dalam konteks ini, kita dapat lihat bahawa semua agama mempunyai fungsi dan tujuan yang sama iaitu mendidik manusia untuk melakukan perkara yang baik. Tidak ada agama yang mendidik penganutnya untuk melakukan perkara yang jahat atau bertentangan dengan ajaran masing-masing. Sekiranya semua rakyat tanpa mengira bangsa mematuhi ajaran yang ditetapkan dalam agama masing-masing, maka tidak mustahil bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, aman damai dan harmoni. Agama Islam misalnya mendidik dan melarang penganutnya untuk menimbulkan kucar-kacir, jenayah dan sebagainya. Begitu juga dengan agama-agama lain. Masing-masing percaya bahawa setiap perbuatan jahat yang dilakukan pasti ada balasan di kemudian hari kerana melakukan suatu perbuatan dosa yang melanggar agama.

Untuk tujuan penyatuan negara khususnya fahaman kepelbagaian agama sebagai temanya, prinsip Rukun Negara yang pertama ini iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan perlu disemat untuk terus diterokai bagi dimanfaatkan dalam kita mencari formula keharmonian kaum di Malaysia. Malangnya, sudah lama Rukun Negara tidak dipromosikan, sama ada secara agresif mahupun sebaliknya. Walaupun ramai pihak menyebutnya, rujukan kepada Rukun Negara adalah sebagai formality semata-mata. Sudah masanya untuk kita meneliti semula semua prinsip Rukun Negara, untuk dipupuk di kalangan golongan muda agar mereka bukan sahaja lebih bersatu tetapi lebih penting lagi ialah mereka bersama-sama membangunkan negara melalui satu identiti unik, yakni bersatu dalam kepelbagaian sebagai amalan hidup rakyat Malaysia yang istimewa sifatnya.

Walaupun agama berkenaan dengan akidah, prinsip kepercayaan kepada Tuhan ini boleh kita terus manfaatkan dari segi

Page 4: Peranan Agama Dalam Mempersatukan Pelbagai Rakyat Di Malaysia

peranan agama dalam masyarakat, khususnya yang majmuk. Sehubungan itu, agama perlu banyak dibicarakan dari sudut fungsi yang dapat dimainkan dalam kehidupan manusia. Antara yang terpenting adalah kesan agama, sama ada ajaran mahupun amalanynnya, dalam kehidupan manusia. Hal ini boleh diteliti dari segi pelbagai fungsi yang dimainkan oleh semua agama. Sesungguhnya, banyak fungsi ini didapati sama. Persamaan inilah yang diangkat dan dianjurkan dalam pencarian formula keharmonian kaum di Malaysia.

Seterusnya, semua agama didapati mempunyai peranan untuk memenuhi beberapa keperluan psikologi dan sosial yang penting. Antaranya ialah agama dapat memberi ketenangan kepada manusia ketika berlakunya krisis. Agama juga menetapkan pelbagai jenis kelakuan manusia, sama ada sebagai baik atau sebaliknya. Yang paling penting dalam perbincangan ini adalah, agama mempunyai peranan memupuk dan mengekalkan solidariti sosial. Peranan ini berkaitan dengan tindakan membantu antara satu sama lain atas asas kita semua tanpa mengira kaum adalah makhluk Tuhan, yang diciptaNya untuk saling menyokong antara satu sama lain. Dalam konteks sebagai bangsa Malaysia, solidarity ini adalah pemilikan perasaan, pandangan dan tujuan bersama. Dengan kata lain, kita semua sebagai bangsa Malaysia mempunyai takdir ini sama di bumi Malaysia. Sehubungan ini, kuasa agama yang mampu membawa integrasi sosial perlu dieksploitasi secara positif untuk membolehkan rakyat Malaysia yang berlainan agama, memahami keadaan unik di Malaysia, khususnya dari segi kerohanian. Hal ini dapat dilakukan berdasarkan nilai, kepercayaan dan norma yang dipelajari daripada setiap agama sebagai pegangan pengabutnya.

Selain itu, agama juga berperanan dalam mempersatukan masyarakat pelbagai di Malaysia melalui perayaan yang dianjurkan oleh setiap agama pada setiap tahun. Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri daripada kaum yang kaya dengan pelbagai kebudayaan, adat resam dan perayaan. Setiap perayaan yang disambut oleh setiap kaum di Malaysia mempunyai tujuan dan acara sambutan yan tersendiri. Perayaan tersebut merangkumi perayaan yang berunsur kemenangan dan keagamaan. Contoh perayaan kemenangan bagi umat islam ialah hari raya aidilfitri sementara bagi masyarakat india ialah deepavali. Dalam perayaan yang berunsurkan kemenangan, pada kebiasaannya, perayaan

Page 5: Peranan Agama Dalam Mempersatukan Pelbagai Rakyat Di Malaysia

tersebut bukan sahaja disambut oleh masyarakat dalam kaum itu sendiri, malah turut juga disambut oleh semua kaum. Contohnya, dalam masyarakat Melayu, Hari Raya Aidilfitri merupakan sebuah perayaan yang disambut oleh umat islam sebagai tanda kemenangan setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan. Sebelum sambutan perayaan itu sendiri terdapat suasana kemeriahan di mana terdapat pelbagai jualan juadah berbuka puasa di setiap taman perumahan atau di pusat-pusat membeli belah diadakan. Aktiviti-aktiviti seperti jualan juadah berbuka puasa ini secara tidak langsung dapat mengeratkan dan merapatkan hubungan antara kaum kerana mereka turut serta tanpa menghiraukan latar belakang agama, politik dan sosial. Hal ini kerana masyarakat lain terutamanya kaum india dan cina juga turut serta membeli dan merasai masakan masyarakat Melayu yang sesetengah daripadanya tidak terdapat di luar bulan berkenaan. Keadaan ini dapat menimbulkan suasana yang meriah di kalangan umat islam malah ia merupakan satu aktiviti yang ditungu-tunggu oleh masyarakat india dan cina. Keadaan ini seterusnya mewujudkan semangat integrity yang tinggi antara kaum di Malaysia.

Pada perayaan aidilfitri itu sendiri, hubungan antara etnik diaplikasikan sepenuhnya elemen-elemen kebudayaan dan dihimpunkan dalam satu majlis. Contohnya, dalam aspek pakaian, mereka memakai pakaian yang melambangkan identity kemelayuan, dari segi makanan pula, mereka cuba menikmati pelbagai juadah yang disajikan seperti ketupat, rending, kuih-muih dimana sesetengah juadah tersebut hanya masyarakat melayu sahaj yang memiliki kepakaran untuk menyediakannya. Selain daripada itu, semangat muhibah dapat diterapkan antara kaum kerana mereka saling ziarah-menziarahi antara satu sama lain tanpa mengira kaum. Budaya bermaaf-maafan semasa sambutan aidilfitri dapat meleraikan persengketaan antara mereka tanpa mengira bangsa yang seterusnya boleh mencetuskan keharmonian dan kesejahteraan.

Di samping itu, peranan agama dalam mempersatukan masyarakat majmuk di Malaysia ini juga dapat dilihat melalui amalan ziarah-menziarahi atau dengan maksud lain kunjung-mengunjungi ataupun lawat-melawati. Ia merupakan satu amalan yang dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesame jiran tetangga dan juga sanak saudara. Kita hendaklah menjaga adab semasa hendak mengunjungi seseorang. Hal ini bersesuaian dengan sebuah hadith di mana Rasulullah s. a. w telah bersabdah yang maksudnya:”Janganlah

Page 6: Peranan Agama Dalam Mempersatukan Pelbagai Rakyat Di Malaysia

kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya, tetapi datanglah dari bahagian tepinya dan mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau tidak, baliklah.”(At-Tabrani). Daripada hadith ini dapatlah dihuraikan bahawa semulia-mulia manusia adalah mereka yang beradab dan tahu tata tertib setiap perkara yang dilakukannya, agama mengambil kira segala hal yang bersangkutan dengan kehidupan manusia termasuklah aspek hubungan sosial mereka dan mengajarkan adab-adab yang tertentu demi mewujudkan suasana masyarakat yang aman dan harmoni.

Lantaran itu, dalam konteks masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama, institusi agama merupakan pemangkin kea rah membina integrity individu, masyarakat dan negara. Pembinaan integrity ini dapat diterapkan dalam pengurusan pelbagai institusi lain termasuk pendidikan, media, ekonomi, politik, dan pentadbiran dengan berlandaskan nilai-nilai murni sejagat yang dikongsi bersama dalam setiap agama seperti Islam, Kristian, Buddhisme, Hinduisme, Sikhisme, Taoisme dan fahaman Konfusianisme. Hal ini bertujuan untuk memantapkan lagi keharmonian antara etnik melalui pemahaman terhadap nilai-nilai sejagat di Malaysia di samping nilai-nilai murni yang dikongsi bersama seperti amanah,jujur,ikhlas, keadilan dan keharmonian. Iklan TV3 “ Ikan di laut, asam di darat” membuktikan bahawa rakyat Malaysia berbilang kaum boleh menjalin hubungan baik dan bersatu padu. Media massa adalah mekanisme paling berkesan untuk memupuk perasaan muhibah dan hubungan etnik yang positif. Perumpamaan, “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat” menggambarkan signifikan kerjasama berkumpulan, bermesyuwarah dan saling memahami serta tolong-menolong. Tanpa muafakat, terlalu banyak persengketaan akan menyebabkan negara kita mudah ditewaskan oleh musuh. Dalam Islam, orang yang mempertahankan agama dan negara diberi penghormatan tinggi oleh Allah.

Kesimpulannya, di Malaysia agama merupakan satu institusi yang cukup penting dalam kehidupan setiap rakyatnya. Agama bukan sahaj menjadi pegangan kerohanian dan spirituality untuk semua rakyat Malaysia yang beragama tetapi merupakan faktor yang menentukan jati diri sesuatu kaum. Contohnya, setiap kaum etnik Melayu dari segi Perlembagaan Persekutuan ialah penganut agama Islam, majority etnik India beragama Hindu dan sebagainya. Agama

Page 7: Peranan Agama Dalam Mempersatukan Pelbagai Rakyat Di Malaysia

Islam ialah agama rasmi Persekutuan tetapi kedudukan agama-agama lain diperakukan dan mempunyai tempatnya tersendiri.