PERANAN AGENSI KERAJAAN

download PERANAN AGENSI KERAJAAN

of 24

Transcript of PERANAN AGENSI KERAJAAN

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    1/24

    PERANAN AGENSI KERAJAAN

    Setiap negara mempunyai agensi kerajaan mereka yang tersendiri. Walaupun agensi kerajaan sering

    dikritik oleh masyarakat tetapai agensi ini masih berperanan dalam negara kita. Sememangnya agensi

    kerajaan sering menjadi kritikan masyarakat terutama apabila perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja

    kerajaan itu tidak memenuhi kehendak mereka. Namun untuk menyalahkan pekerja agensi awam

    sepenuhnya dalam memberikan perkhidmatan yang telus dan berkualiti bukanlah satu tindakan yang

    bijak. Agensi kerajaan memang mempunyai peranan yang banyak dan penting terutama dalam

    memastikan pembangunan negara berjalan mengikut jadual.

    Peranan terpenting agensi kerajaan adalah untuk memastikan semua program kerajaan berjalan dengan

    lancar. Agensi kerajaan merupakan pelaku yang paling hampir dengan rakyat. Pemimpin negara akan

    mengagih-agihkan peranan tertentu kepada agensi kerajaan untuk dijelmakan dalam bentuk program

    kepada rakyat. Pegawai-pegawai agensi kerajaan akan merangka pelbagai program berdasarkan

    harapan pemimpin negara. Jadi, tanpa agensi kerajaan perancangan yang dilakukan oleh para pmimpin

    negara akan gagal.

    Selain itu, agensi kerajaan berperanan untuk memberi penerangan dan bantuan teknikal kepada rakyat

    mengikut tugas mereka. Pekerja agensi kerajaan yang terlatih akan menyalurkan pengetahuan mereka

    kepada rakyat yang dapat merealisasikan impian negara itu. Maklumat yang diberikan oleh pekerja

    agensi kerajaan memastikan rakyat tidak melakukan kesilapan dalam menjalankan sesuatu aktiviti.

    Secara amnya, agensi kerajaan membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat di negara ini. Semua

    program yang diatur oleh agensi kerajaan berhasrat untuk memastikan taraf hidup rakyat berubah

    dengan lebih baik. Kemas berperanan membantu penduduk kampung mempunyai pendidikan awal yang

    baik dan kemahiran tambahan seperti menjahit dan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Agensi

    kerajaan bertindak sebagai pemangkin dalam memajukan rakyat di negara ini.

    Agensi kerajaan juga berperanan untuk menyebarkan manifesto kerajaan kepada rakyat. Semua dasar

    dan harapan pemimpin negara disalurkan kepada rakyat melalui agensi kerajaan. Keadaan ini

    memastikan rakyat memahami dan bersedia untuk bekerjasama menjayakan sesuatu dasar kerajaan itu.

    Tanpa bantuan rakyat usaha kerajaan akan menjadi sia-sia. Agensi kerajaan menjadi mata dan telinga

    pemimpin negara.

    Kesimpulannya, agensi kerajaan mempunyai peranan yang cukup bermakna dalam pembangunan

    negara. Agensi kerajaan memerlukan semua tenaga yang ada untuk menjayakan rancangan pemimpin

    kita. Cuma rakyat harus memberikan sedikit sokongan untuk meringankan beban mereka dalam

    menjalankan tanggungjawab berat itu. Bersatu teguh bercerai roboh harus menjadi renungan kitasemua dalam perkara ini.

    Konsep Agensi Pusat

    Salah satu komponen kecil yang penting dalam jentera pentadbiran Kerajaan Malaysia ialah agensi-

    agensi kerajaan. Agensi-agensi ini terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu :

    a. Agensi Pusat b. Agensi Mengurus

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    2/24

    Kebanyakan agensi kerajaan yang ada di negara kita terdiri daripada agensi mengurus. Agensi-agensi ini

    berperanan untuk melaksanakan perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab kerajaan bagi

    melaksanakan pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat. Untuk mempastikan agensi-agensi

    mengurus berjalan dengan licin dan cekap serta berkesan, maka agensi-agensi pusat bertanggungjawab

    menyediakan beberapa keperluan bagi mengawasi perjalan mereka.

    Agensi-agensi pusat bertanggungjawab membantu, menyelaras dan mengawal perjalanan agensi-agensi

    mengurus. Tugas-tugas dan tanggungjawab berkenaan adalah seperti berikut :

    Menggubal dasar dan perancangan ekonomi negara.

    Membekal 2 keperluan asas bagi agensi-agensi kerajaan iaitu perjawatan dan peruntukan

    kewangan.

    Memberi perkhidmatan-perkhidmatan tertentu yang diperlukan oleh agensi-agensi mengurus.

    Membentuk dasar dan perancangan mengenai 2 keperluan asas dan perkhidmatan-

    perkhidmatan lain yang diberikan kepada agensi-agensi mengurus.

    mempastikan supaya 2 keperluan asas, dasar dan perancangan yang ada digunakan atau

    dilaksanakan dengan sebaik-baiknya oleh agensi-agensi mengurus.

    Penyelarasan dan kawalan yang dibuat oleh agensi-agensi pusat ke atas agensi-agensi mengurus

    dilaksanakan menerusi beberapa kaedah :

    1.

    Pemeriksaan anggaran belanjawan tahunan.

    2.

    Pemeriksaan ke atas skim perkhidmatan, menambah atau menggredkan jawatan.

    3.

    Pemeriksaan ke atas perancangan pembangunan ekonomi tahunan dan 5 tahun.

    4.

    Menguatkuasa peraturan-peraturan kewangan dan perkhidmatan.

    5.

    Menyelaras pembentukan dasar, program, projek dan pelaksanaannya.

    6.

    Menganalisis maklumbalas mengenai pelaksanaan dasar, program dan projek-projek kerajaan

    bagi mengesan masalah.

    Jenis Agensi Pusat dan Peranannya

    Dalam pentadbiran kerajaan terdapat 6 buah agensi pusat :

    1.

    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

    2.

    Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

    3.

    Unit Perancang Ekonomi (EPU)

    4.

    Unit Pe;arasan Pelaksanaan (ICU)

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    3/24

    5.

    Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

    6.

    Unit Penyelidikan Ekonomi (SERU)

    Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

    Pada awalnya, tugas-tugas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dijalankan oleh Perbendaharaan. Pada

    tahun 1954, tugas-tugas ini dipindahkan menerusi penubuhan sebuah agensi baru, Pejabat Perjawatan

    Persekutuan. Selepas merdeka, pejabat ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan pada

    tahun 1970, ia menjadi Jabatan Perkhidmatan Awam.

    JPA menumpukan perhatian ke atas pembentukan perkhidmatan-perkhidmatan awam yang terlatih dan

    pengambilan kakitangan awam yang mempunyai sikap dan kecenderungan untuk membimbing rakyat

    ke arah pembangunan.

    JPA juga mempunyai peranan untuk merumus, merancang dan melaksanakan semua dasar kerajaan

    yang berkaitan dengan perkhidmatan awam, mempastikan ianya dianggotai oleh kakitangan yang cekap,

    dedikasi dan terlatih bagi memikul tanggungjawab dan melaksanakan semua dasar serta matlamatkerajaan. Bidang kuasa JPA meliputi semua proses pengurusan kakitangan yang bermula daripada

    pengambilan seseorang pegawai kerajaan sehingga bersara.

    Fungsi-fungsi JPA :

    Melaksanakan polisi berkaitan dengan aspek-aspek perkhidmatan seperti

    perlantikan, kenaikan pangkat dan disiplin.

    Bersama-sama dengan Perbendaharaan mewujudkan jawatan-jawatan dalam

    perkhidmatan awam. JPA juga mengkaji semula struktur organisasi jabatan-

    jabatan kerajaan.

    Menyediakan skim gaji, elaun dan pencen. JPA membuat bayaran pencen

    kepada semua kakitangan awam kerajaan persekutuan dan negeri, badan-badan

    berkanun dan penguasa-penguasa tempatan.

    Menyimpan rekod-rekod mengenai setiap kakitangan kerajaan.

    Menyelesaikan segala ketidakpuasan kakitangan atau persatuan-persatuan

    mereka mengenai skim gaji, elaun dan pencen serta anomali-anomali yang

    timbul darinya menerusi meja rundingan

    Menyediakan kemudahan latihan untuk kakitangan kerajaan menerusi Institut

    Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan pemberian biasiswa

    Mengisi jawatan-jawatan yang kosong bagi perkhidmatan-perkhidmatan

    gunasama.

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    4/24

    2. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

    Sejarah perkembangan INTAN bermula dalam tahun 1959. Ia bermula dengan penubuhan Pusat Latihan

    Pegawai-pegawai Kerajaan di Port Dickson yang bertujuan melengkapkan pegawai-pegawai kerajaan

    dengan pengetahuan dan kepakaran bagi menghadapi cabaran-cabaran pembangunan selepas

    kemerdekaan. Pada tahun1963, pusat ini berpindah ke kampus Jalan Ilmu, Petaling Jaya dan pada tahun

    1972, ia dijadikan institut bersesuaian dengan peranannya yang semakin meluas. Hari ini, INTAN

    mempunyai kompleks bangunan dan kampus sendiri yang terletak di Bukit Kiara, Damansara.

    INTAN bertanggungjawab menganjurkan berbagai kursus untuk semua kumpulan sektor awam samada

    kursus jangka panjang yang bertaraf diploma atau jangka pendek. INTAN juga bertindak sebagai agen

    perubahan dan pembangunan bagi mempastikan ide progresif diamalkan untuk memajukan dan

    membangunkan negara. Di samping menganjurkan kursus-kursus, INTAN juga nenganjurkan pelbagai

    seminar, bengkel dan persidangan. INTAN juga menjalankan penyelidikan dan kajian dari semasa ke

    semasa bagi mempastikan

    keberkesanan kursus dan keperluan-keperluan lain.

    3. Unit Perancang Ekonomi (EPU)

    EPU merupakan sebuah agensi pusat yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Unit ini

    mempunyai peranan untuk merancang pembangunan ekonomi negara. Ia dibahagikan kepada 2

    bahagian utama :

    i. Bahagian Perancangan Sektoral

    ii. Bahagian Perancangan Makro

    selain Seksyen Bantuan Luar dan Perkhidmatan Am yang member perkhidmatan pentadbiran serta

    kendalian urusan bantuan teknikal.

    Fungsi-fungsi Unit Perancang Ekonomi :

    Menyedia rancangan-rancangan pembangunan kebangsaan 5 tahun.

    Memeriksa belanjawan pembangunan tahunan bersama-sama dengan

    Perbendaharaan dan JPA.

    Menganalisis kedudukan ekonomi negara dan antarabangsa untuk dijadikan

    asas perancangan dan pembangunan ekonomi.

    Mengurus bantuan kewangan dan teknik untuk negara daripada kerajaan-

    kerajaan asing dan institusi antarabangsa.

    Memberi khidmat nasihat kepada kerajaan dalam masalah-masalah ekonomi

    negara.

    Mengambil dayausaha bagi menjalankan penyelidikan ekonomi dan social.

    Menyelaras perlaksanaan berbagai-bagai projek pembangunan.

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    5/24

    EPU juga bertindak sebagai Urusetia kepada Majlis Perancang Negara (MPN), Jawatankuasa Perancang

    Pembangunan Negara (JPPN) dan Jawatankuasa Pelaburan Asing dan Panel Ekonomi.

    4. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)

    Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) merupakan sebuah agensi pusat yang terletak di bawah Jabatan

    Perdana Menteri. Ditubuhkan pada tahun 1971. Disatukan dengan Unit Kemajuan Pentadbiran padatahun 1972 dan dinamakan Bahagian Penyelarasan Pelaksanaan dan Kemajuan Pentadbiran. Peranan

    Kemajuan Pentadbiran kemudian dipindahkan kepada JPA dan unit ini wujud berasingan dan dinamakan

    Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU).

    ICU berperanan untuk menentukan penyelarasan dan pelaksanaan dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi

    Daru, Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Penswastaan serta projek-projek pembangunan di peringkat

    Persekutuan, negeri dan antara jabatan. Bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, ICU mempunyai

    Pejabat Kemajuan Negeri. Di Sabah dan Sarawak pula terdapat Pejabat Pembangunan Negeri. Di

    samping itu terdapat Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera yang ditubuhkan di Pulau Pinang.

    ICU bertanggungjawab mengesan, menganalisis dan menyelaras pelaksanaan rancangan pembangunan

    negara menerusi 5 program utama :

    Program Membasmi Kemiskinan yang mempunyai matlamat meninggikan

    pendapatan golongan miskin.

    Program menyusun semula masyarakat melalui penglibatan bumiputera dalam

    bidang perdagangan dan perindustrian.

    Program infrastruktur untuk meneliti dan mengawasi segala pembinaan bagi

    menambah, meninggikan taraf dan membaiki jalan-jalan utama di Semenanjung

    Malaysia.

    Pembangunan sosial untuk mengendalikan program-program sosial yang besar

    seperti program-program perumahan, kesihatan, kebajikan masyarakat dan lain-

    lain.

    Pengesanan projek untuk mewujudkan sistem maklumat pengurusan dan

    menyelaras sistem komputer yang mengeluarkan maklumat mengenai

    perancangan dan program-program pembangunan.

    Unit Penyelarasan Pelaksanaan juga bertanggungjawab bagi perkara-perkara :

    Pengawalan perbadanan-perbadanan awam supaya menjalankan kegiatan

    selaras dengan kehendak kerajaan.

    Pembangunan masyarakat bagi mengesan dan mengemaskinikan

    perkembangan projek-projek pembangunan masyarakat, rancangan amalan

    makanan dan pemakanan dan Rancangan Buku Hijau.

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    6/24

    Penyelarasan penyertaan Bimuputera dalam sektor perdagangan dan

    perindustrian iaitu memproses rayuan-rayuan daripada peniaga-peniaga

    Bumiputera dan menyelaraskan usaha-usaha Jawatankuasa Penyelarasan

    Bumiputera di negeri-negeri.

    ICU juga adalah urusetia kepada Majlis Tindakan Negara dan bertanggungjawab mengendalikan BilikGerakan Negara.

    5. Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

    MAMPU merupakan sebuah agensi pusat yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri. Bermula

    dengan khidmat perundingan untuk agensi-agensi Kerajaan pada tahun 1949 iaitu dengan penubuhan

    Bahagian Organisasi dan Metode/Kaedah di Perbendaharaan. Pada tahun 1967, khidmat ini

    diperluaskan dengan penubuhan Unit Kemajuan Pentadbiran di Jabatan Perdana Menteri. Ia

    kemudiannya dicantumkan sebagai Bahagian Penyelarasan, Pelaksanaan dan Kemajuan Pentadbiran

    tetapi tugas kemajuan pentadbiran dipindahkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1977, Unit

    Pemodenan Tadbiran Malaysia atau MAMPU ditubuhkan sebagai satu agensi khusus untuk

    menumpukan perhatian ke atas pemodenan tadbiran.

    Secara am, MAMPU mempunyai peranan untuk memodenkan system pentadbiran kerajaan dan

    memberi perkhidmatan perundingan pengurusan kepada oranisasi kerajaan.

    MAMPU mempunyai objektif-objektif seperti berikut :

    mengukuhkan struktur pentadbiran dan perancangan tenaga manusia dalam

    jentera pembangunan di peringkat Kerajaan Persekutuan, Negeri dan tempatan.

    memperbaiki dan memodenkan sistem dan tatacara tadbiran di peringkatoperasi menerusi kajian-kajian sistem dan pengurusan khususnya untuk

    mempercepatkan proses pelaksanaan pembangunan.

    memperkenalkan teknik dan inovasi baru dalam jentera pentadbiran kerajaan

    bagi meningkatkan keberkesanan system pengurusan bahan atau sumber dan

    program-program di semua peringkat kerajaan.

    memperkenalkan sistem yang lebih efektif dalam usaha ke arah perancangan

    dan kemajuan tenaga manusia dapat dibuat untuk pembangunan ekonomi

    mengawal dan menyelaras pembelian serta penggunaan alat-alat pemprosesandata automatik oleh agensi-agensi kerajaan

    MAMPU juga mempunyai cawangan di Sabah dan Sarawak dan bertindak sebagai Urusetia kepada

    beberapa jawatankuasa seperti Jawatankuasa Pemprosesan Data Negara dan Panel Etika Perkhidmatan

    Awam.

    6. Unit Penyelidikan Sosio-ekonomi (SERU)

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    7/24

    Ditubuhkan pada tahun1980. Merupakan percantuman 2 agensi penyelidikan iaitu Unit Penyelidikan

    Sosio-ekonomi dan Perancangan Am, dan Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia. Percantuman ini

    merupakan suatu usaha ke arah mengembelingkan semua kepakaran penyelidikan sosio-ekonomi bagi

    memberi sumbangan yang lebih besar kepada proses pembangunan negara.

    Secara umum unit ini berfungsi untuk menilai kesan dasar dan program-program pembangunan ke atasrakyat bagi maksud pembekalan maklumat yang dapat menyumbang kepada perancangan dan

    pelaksanaan program-program yang lebih efektif.

    SERU mempunyai objektif-objektif berikut :

    mengesan keperluan dan menjalankan penyelidikan impak sosio-ekonomi

    terhadap usaha-usaha pembangunan negara bagi kepentingan perancangan dan

    pelaksanaan yang lebih efektif.

    mengesan, menyelaras dan mengawal usaha-usaha penyelidikan sosio-ekonomi

    daripada dalam dan luar negara oleh agensi-agensi supaya hasil penyelidikandapat memberi sumbangan terbaik kepada proses pembangunan masyarakat

    dan negara.

    memberi bantuan tenaga dan kerjasama dalam penyelidikan sosio-ekonomi

    kepada agensi-agensi lain dalam bidang penilaian, kesan rancangan dan projek-

    projek yang telah, sedang atau yang akan diselenggarakan.

    mewujudkan forum perbincangan mengenai masalah-masalah pembangunan

    sosio-ekonomi menerusi seminar-seminar, pengumpulan maklumat dan analisis

    di peringkat tempatan, kebangsaan dan juga di peringkat antarabangsa bagi

    kepentingan negara.

    Peranan penyelarasan penyelidikan unit ini adalah penting untuk mengelakkan usaha-usaha

    penyelidikan yang bertindih dan bagi mempastikan penyelidikan ditumpukan kepada perkara-perkara

    penting supaya ia memberi hasil yang terbaik seperti yang dirancangkan.

    Perbendaharaan Malaysia,Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

    Malaysia Treasury, Ministry of Finance

    Perbendaharaan Malaysia terletak dibawah Kementerian Kewangan. Peranan Perbendaharaan ialah

    merumus, merancang dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan belanjawan Kerajaan Persekutuan.

    Tugas-tugas ini dilaksanakan bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat dan pembahagian

    pendapatan yang lebih seimbang selaras dengan dasar kerajaan menerusi Dasar Ekonomi Baru.

    Perbendaharaan berfungsi seperti berikut :

    Mengkaji kedudukan kewangan dan ekonomi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan

    Negeri dan Badan-badan Berkanun.

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    8/24

    Mengkaji dan meninjau kemajuan ekonomi keseluruhan dan membuat unjuran

    bagi keseluruhan pembangunan ekonomi bagi penggubal-penggubal dasar.

    Mengkaji dan meramal permintaan dan penawaran serta aliran-aliran harga

    jangka pendek dan panjang berbagai barangan buatan Malaysia dan juga

    membuat anggaran hasil daripada barangan berkenaan.

    Mengkaji kesan-kesan perkembangan dan pembaharuan system kewangan dan

    perkembangan pertukaran wang antarabangsa ke atas ekonomi negara ini.

    Menganalisis dasar-dasar perdagangan antarabangsa.

    Mengadakan dasar dan penyelarasan dalam perhubungan dengan institusi

    kewangan antarabangsa.

    Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia(MARDI)

    MARDI telah diluluskan penubuhannya oleh Parlimen pada tahun 1969. MARDI ditubuhkan dengan

    matlamat memajukan dan megiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri

    pertanian di Malaysia. Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan keberkesanan, dengan itu

    memodenkan sektor pertanian selain meningkatkan pulangan petani. Akta Parliament 1969 membuka

    jalan untuk penubuhan MARDI pada 28 Oktober pada tahun yang sama. Akta MARDI membenarkan

    MARDI berfunsi secara bebas bagi menggalakkan penyelidikan produktiviti. MARDI mula beroperasi

    pada tahun 1971.

    Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau juga dikenali sebagai Malaysian Agricultural

    Research and Development Institute (MARDI) ialah sebuah badan berkanun yang diamanah untuk

    menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian dan industri asas tani di Malaysia.Usaha penyelidikan MARDI selama hampir 40 tahun telah menghasilkan pelbagai varieti dan klon

    tanamanbaru, baka ternakan baru dan kaedah pengurusannya. Teknologi terkini telah juga dihasilkan

    dalam bidang pemprosesan makanan dan pengendalian lepas tuai bagi produk hortikultur dan ternakan.

    Teknologi ICT dimanfaatkan dalam pengurusan dan pengendalian ladang seperti teknologi pertanian

    tepat bagi tanaman padi serta penganggaran hasil tanaman menerusi teknik pengimejan. Teknik-teknik

    baru juga dimajukan untuk pengurusan alam sekitar dan sumber pertanian terutamanya air, tanah dan

    sumber genetik dengan lebih cekap.

    Selain melaksanakan projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) secara kontrak, Institut juga

    menyediakan khidmat teknikal dan pembangunan usahawan dalam bidang makanan, pertanian dankhidmat lain dalam industri berkenaan. Khidmat teknikal adalah dalam bentuk khidmat nasihat,

    perundingan, latihan teknikal, khidmat makmal dan pengesahan mutu, pembangunan produk dan

    proses serta peningkatan teknologi.

    Petani dan usahawan yang menerima pakai teknologi MARDI telah berjaya menyumbangkan kepada

    kemajuan sektor makanan, pertanian dan industri asas tani negara. Ini telah membantu memampankan

    sektor pertanian sebagai penyumbang kepada ekonomi Malaysia. Sebagai sebuah organisasi yang

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    9/24

    menjalankan urusan teras penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi, MARDI menyediakan

    kumpulan pakar dalam bidang-bidang yang dikenalpasti diperlukan, serta memberi sumbangan berkesan

    terhadap korpus ilmu secara global.

    Segala maklumat, penemuan saintifik dan ilmu pertanian yang diperolehi dari aktiviti R&D disalurkan

    melalui bahan penerbitan serta persidangan dan pameran peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bagimemastikan MARDI tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi dalam bidang makanan dan

    pertanian di peringkat global, perhubungan rapat dengan beberapa institut penyelidikan, universiti dan

    kumpulan jaringan di peringkat nasional dan antarabangsa sentiasa diperkembangkan.

    Majlis Amanah Rakyat(MARA)

    Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah,

    ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada

    resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya. Adalah menjadi kewajipan

    Majlis bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan

    kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

    Organisasi

    MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

    Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan sembilan orang anggota lain,

    tiga daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Kemajuan Luar

    Bandar Dan Wilayah.

    Ketua Eksekutif ialah Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh tiga orang Timbalan Ketua Pengarah.

    Bahagian-bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit

    melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14 Pejabat MARA

    Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, dan pejabat-pejabat MARA Daerah.

    MARA juga beroperasi di London, Washington D.C., Jakarta, Dublin, Frankfurt dan New South Wales.

    VISI KORPORAT

    Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa

    MISI KORPORAT

    Menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera

    OBJEKTIF Membangunkan usahawan berjaya dan inovatif

    Melahirkan modal insan global dan berintegriti

    Menyumbang kepada pemilikan ekuiti

    Memudahkan sistem penyampaian

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    10/24

    PIAGAM PELANGGAN

    Sesungguhnya kami warga MARA akan sentiasa komited kepada pengeluaran berkualiti dan

    perkhidmatan yang berkesan. Kami juga berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah

    diamanahkan, menerusi program dan aktiviti berikut :

    Berusaha untuk menambah bilangan gunatenaga Bumiputera yang terlatihdalam bidang profesional dan teknikal ke tahap 30% daripada keperluan negara

    Semua permohonan pinjaman perniagaan dan pelajaran yang lengkap akan

    diputuskan dalam masa tidak lebih daripada 50 hari

    Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

    Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau Rubber Industry Smallholders

    Development Authority, RISDA ialah sebuah badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian

    Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia (KKLW) yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973. Penubuhan

    ini mengikut Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972.

    Tanggungjawab

    Mentadbir kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanam Semula) yang di tubuhkan di bawah Seksyen 3

    Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman semula 1952). Mengurus dan mengendali

    sehingga berjaya rancangan-rancangan yang diluluskan dibawah peruntukan bahagian Ordinan

    Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula 1952 dan Merancang dan melaksanakan segala

    pembaharuan penyelidikan dalam sektor pekebun kecil.

    Tugas

    Melaksana segala pembaruan pertanian yang diperolehi dari penyelidikan Berkerjasama dan berhubung

    dengan semua agensi kerajaan lain yang bertanggungjawab dalam penyelidikan, pengembangan,

    pinjaman pertanian, pemerosesan dan pemasaran getah demi mewujudkan dan mempercepatkan

    permodenan sektor pekebun kecil Menjalankan penanaman semula dan penanaman baru bagi sektor

    pekebun kecil dengan benih-benih yang mengeluarkan hasil yang tinggi mengikut cara yang disyorkan

    dan sistematik Memastikan bahawa sektor pekebun kecil dapat dimodenkan dari segala aepek bagi

    meningkatkan pendapatan pekebun kecil Mendapatkan dan meyimpan perangkaan-perangkaan yang

    perlu berhubung dengan sektor pekebun kecil

    Visi

    Menjadi agensi PENERAJU KEMAJUAN PEKEBUN KECIL

    Misi

    Membentuk masyarakat pekebun kecil yang progresif dan sejahtera melalui aktiviti perladangan dan

    komersial

    Objektif

    Pekebun kecil memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM2500.00 sebulan sekeluarga menjelang

    akhir tahun 2015.

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    11/24

    Kumpulan sasar

    Kumpulan Sasar seramai 425,739 pekebun kecil getah dan kelapa sawit di Semenanjung Malaysia.

    Jumlah keseluruhan 959,661 orang merangkumi ahli isi rumah termasuk isteri dan anak yang bakal

    menjadi generasi kedua RISDA melaksanakan strategi pembangunan seperti berikut:

    Menumpukan aktiviti pembangunan kepada pekebun kecil pemilik pengusahaseramai 201,057 orang

    Memberi keutamaan kepada pembangunan secara berkumpulan

    Memberi peluang kepada pekebun kecil yang progresif membangunkan ladang

    secara individu

    Melaksanakn projek ekonomi onfarm berasaskan kehendak pasaran untuk

    menambah pendapatan

    Melaksanakan program pembangunan insan melalui pendidikan yang

    berterusan bagi melahirkan pekebun kecil yang berinisiatif, berdaya maju dan

    memiliki budaya kerja yang cemerlang dan,

    Mendekatkan RISDA kepada kumpulan sasar melalui penubuhan pejabat-

    pejabat cawangan di kawasan tumpuan pekebun kecil

    Mewujudkan saluran pemasaran yang lebih cekap untuk hasil keluaran pekebun

    kecil.

    Takrifan pekebun kecil dan estet

    Pekebun kecil didefinisikan sebagai pemilik tanah getah yang memiliki kurang daripada 40.4686 hektar

    (100 ekar). Estet didefinasikan sebagai satu entiti yang memiliki tanah bertanam getah yang berkeluasan

    40.4686 hektar atau lebih.

    Bidang penghasilan utama RISDA (RKRA)

    RKRA 1Meningkatkan Pencapaian Tanam Semula di peringkat pembangunan

    tanah

    RKRA 2Meningkatkan produktiviti kebun getah / sawit pekebun kecil

    RKRA 3Meningkatkan perolehan harga komuniti di peringkat ladang (framgate

    price)

    RKRA 4Meningkatkan Modal Insan Pekebun Kecil melalui program latihan dan

    pengdampingan

    RKRA 5Meningkatkan pendapatan pekebun kecil

    Piagam pelanggan

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    12/24

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    13/24

    Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian

    Pertanian dan Industri Asas Tani yang diperbadankan menurut Akta 49, Akta Lembaga Kemajuan Ikan

    Malaysia 1971. Akta ini berkuatkuasa bagi negeri-negeri di Semenanjung pada 1 November 1971; di

    Sarawak pada 1 Julai 1973; dan di Sabah pada 1 Ogos 1995.

    VisiLKIM bertekad untuk menjadi organisasi yang berkualiti dan sentiasa bersedia serta mampu memberi

    perkhidmatan yang bermutu tinggi. Kesejahteraan nelayan dan kemajuan industri perikanan negara

    adalah menjadi komitmen setiap anggota LKIM.

    Misi

    Membentuk masyarakat nelayan yang maju, gigih dan mampu bergerak selari dengan arus

    pembangunan negara serta mewujudkan industri perikanan yang moden.

    Objektif

    Memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan dengan penumpuan kepadapeningkatan pendapatan.

    Memperkembang dan memajukan perusahaan perikanan negara.

    PEMBANGUNAN INDUSTRI ASAS TANI

    A. Program/Aktiviti Seksyen Pembangunan Usahawan dan Pemerosesan

    Bantuan Peralatan

    Bantuan Naik Taraf Premis

    Geran Pemadanan

    B. Program/Aktiviti Seksyen Peningkatan Kualiti dan Pengkomersilan Produk

    Bantuan Khidmat Nasihat

    Membantu Mempromosikan Produk

    Perantara dengan agensi kerajaan yang berkaitan

    C. Program/Aktiviti Peningkatan Kemahiran Usahawan

    Memberi Kursus dan bimbingan

    Lawatan

    Akuakultur

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    14/24

    Jabatan Pertanian

    Jabatan Pertanian telah ditubuhkan dalam tahun 1905. Tugas utama Jabatan Pertanian pada masa itu

    adalah untuk melaksanakan dasar-dasar pertanian yang telah digariskan oleh kerajaan. Di bawah

    panduan Jabatan Pertanian beberapa Enakmen telah diluluskan untuk mempercepatkan pembangunan

    dan pemeliharaan hak-hak tanah. Ini termasuk yang bersangkutan dengan (1) Pemansuhan buruh

    berkontrak, (2) Mengkhususkan tanah untuk kaum bumiputra, (3) Penyekatan kemasukan musuh-

    musuh yang merbahaya, dan (4) Pemberian tanah kurang daripada 10 ekar kepada petani-petani sejati

    bagi tujuan bertani.

    Di dalam Perjanjian Persekutuan Malaysia (1974), selaras dengan penubuhan kerajaan-kerajaan negeri,

    peruntukan telah juga dibuat bagi membolehkan penubuhan Jabatan Pertanian Negeri di tiap-tiap

    negeri. Jabatan Pertanian di setiap negeri telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program

    pengembangan bagi memajukan sektor pekebun kecil.

    Di peringkat awalnya, usaha Jabatan pertanian tertumpu hanya kepada penyelidikan tanaman,

    menyediakan pakar-pakar teknikal kepada pengusaha-pengusaha ladang, dan perkhidmatan

    pengembangan kepada pekebun-pekebun kecil. Walaupun Jabatan Pertanian bertanggungjawab

    memajukan semua tanaman ekonomi yang berpotensi, Jabatan juga turut menjalankan aktiviti penting

    iaitu membangunkan perusahaan getah. Bagaimanapun, menyedari adanya peningkatan permintaan

    dari industri getah, kerajaan merasakan perlu diletakkan aktiviti penyelidikan getah ini dibawah satu

    bumbung yang berasingan. Dengan itu Institut Penyelidikan Getah Malaya (RRIM) telah ditubuhkan

    dalam tahun 1926.

    Selepas negara mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, Jabatan pertanian telah berkembang dengan

    pesat dan diperkukuhkan. Ia terlibat sepenuhnya dalam bidang penyelidikan, menyediakan khidmat

    pengembangan dan pemasaran serta pembangunan pertubuhan-pertubuhan peladang. Bagaimanapun,

    dengan tertubuhnya Lembaga Pemasaran Pertanian PersekutuanFAMA (1965), Institut penyelidikan

    dan Pembangunan PertanianMARDI (1970), Lembaga Pertubuhan PeladangLPP (1973), Jabatan

    Pertanian telah disusun semula dan menumpukan peranannya dalam memberikan khidmat

    pengembangan terutamanya kepada petani-petani.

    Peranan yang dimainkan oleh Jabatan Pertanian masa kini adalah seperti berikut:

    Mempercepatkan transformasi pertanian kepada sektor masa kini sektor yang

    moden, dinamik dan komersial.

    Membangunkan industri tanaman makanan dan bunga-bungaan.

    Memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal.

    Melindungi industri pertanian negara.

    Menjamin keselamatan makanan dan alam sekitar.

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    15/24

    Bergiat dalam forum-forum, hubungan dua hala, dan kerjasama teknikal

    antarabangsa.

    Mempertingkatkan pembangunan sumber manusia.

    VISI JABATAN PERTANIAN

    Ke arah mewujudkan industri pertanian yang berdaya saing, pengeluaran produk berkualiti, selamat dan

    mesra alam serta berorientasi eksport.

    MISI JABATAN PERTANIAN

    Memberi perkhidmatan berkualiti dan berkesan kepada pengusaha-pengusaha pertanian melalui

    pengamalan teknologi terkini dan khidmat regulatori pertanian untuk meningkatkan daya pengeluaran

    serta memastikan keselamatan sektor pertanian negara.

    PERKHIDMATAN TERAS

    Memberi khidmat pengembangan pertanian dalam pengeluaran bahan yang mencukupi, berkualiti dan

    selamat dimakan.

    Menguatkuasa akta-akta yang menjaga keselamatan, kualiti dan melindungi industri pertanian negara

    dari ancaman perosak dan penyakit luar serta memudahkan perdagangan antarabangsa.

    MISI PERKHIDMATAN PELANGGAN

    ANDA KAMI UTAMAKAN

    OBJEKTIF JABATAN PERTANIAN

    Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat

    yang profesional dalam pelbagai bidang Pertanian khususnya tanaman makanan

    dan industri hiliran bagi menentukan pengeluaran makanan yang mencukupi

    untuk keperluan negara.

    Membimbing dan mewujudkan pengusaha pertanian yang progresif bagi

    meningkatkan produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian negara.

    Mewujudkan kumpulan tenaga terlatih yang terlatih dan mahir untuk keperluan

    industri pertanian.

    Melindungi tanaman-tanaman (tanaman industri dan makanan) daripada

    ancaman perosak dan penyakit melalui program perlindungan tanaman danperkhidmatan kuarantin.

    Menentukan keluaran hasil-hasil tanaman makanan yang selamat dan

    mengawal pencemaran alam sekitar.

    Mengawal bahan-bahan tanaman dan bahan janaplasma negara daripada

    dibawa keluar negara dan terancam pupus.

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    16/24

    FUNGSI JABATAN PERTANIAN

    Menilai, mengubahsuai serta merumus pakej teknologi daripada agensi/badan

    penyelidikan mengikut keadaan setempat dan seterusnya menyampaikannya

    kepada pengusaha-pengusaha pertanian.

    Memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal secara pakej kepada

    usahawan, swasta dan agensi pembangunan pertanian.

    Membangunkan Sumber Maklumat Tanaman Makanan dan Tanah untuk

    kegunaan perancangan dan pelaksanaan pembangunan sektor pertanian.

    Menjalankan latihan di Institut / Pusat Latihan Pertanian bagi memenuhi

    keperluan tenaga mahir dalam sektor pertanian.

    Mengawalselia mutu bahan / benih tanaman negara

    Melaksanakan penguatkuasaan Akta Racun Mahluk Perosak 1974 untuk

    memastikan racun yang diimport, dikeluarkan dan dijual dalam negara adalah

    yang berkualiti dan penggunaannya tidak akan mendatangkan mudarat kepada

    pengguna, ternakan, tanaman makanan dan alam sekitar.

    Melaksanakan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 untuk

    mencegah kemasukkan perosak-perosak asing yang berbahaya dalam negara

    dan memudahkan pengeksportan hasil-hasil tanaman negara untuk memenuhi

    peraturan kuarantin negara pengimport.

    Melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport)

    1988 dan peraturan CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Bagi Spesis-

    spesis Haiwan dan Tumbuhan Liar Yang Terancam Pupus) untuk memastikan

    bahawa bahan-bahan tanaman dan janaplasma tidak terancam pupus.

    Melaksanakan penguatkuasaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhn 2004

    (Akta 634) untuk melindungi hak intelek bagi varieti-varieti tempatan seperti

    baka-baka yang baik terutama kelapa sawit, getah, koko, kelapa dan bunga-

    bungaan.

    Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan organisasi-organisasi di sektor

    awam dan swasta dalam/luar negara yang terlibat dalam pembangunan,penguatkuasaan dan perdagangan antarabangsa.

    Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

    Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditubuhkan pada 14 Februari tahun 1973 melalui penggubalan

    Akta LPP 1973 (Akta 110), Akta Lembaga Pertubuhan Peladang. Penubuhan LPP adalah bertujuan untuk

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    17/24

    memikul tanggungjawab membantu mempertingkat ekonomi dan sosial masyarakat tani di bawah satu

    badan yang berperanan khusus.

    Akta 109, Akta Pertubuhan Peladang 1973 pula digubal khusus untuk menyusun semula persatuan-

    persatuan peladang dan koperasi yang berasaskan pertanian. Di bawah Akta ini, persatuan-persatuan

    peladang dimansuhkan dan didaftar semula sebagai pertubuhan peladang, manakala koperasi yangberasaskan pertanian menjadi unit ahli kepada PP. Pada masa ini terdapat 1531 buah koperasi

    berasaskan pertanian dan 119 persatuan peladang yang berkhidmat untuk masyarakat tani di luar

    bandar.

    VISI

    Lembaga Pertubuhan Peladang menjadi peneraju pembangunan Pertubuhan Peladan yang unggul dan

    cemerang.

    MISI

    Membangunkan Pertubuhan Peladang sebagai pemberi perkhidmatan yang berkesan kearah ahli

    peladang komersil.

    Fungsi LPP seperti yang termaktub di dalam Akta, adalah seperti berikut :-

    Untuk menggalak, mempergiat dan mengusaha kemajuan ekonomi dan sosial

    Pertubuhan-pertubuhan peladang.

    Untuk mendaftar, mengawal dan menyelia Pertubuhan-pertubuhan Peladang

    dan mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

    Jika satu pengisytiharan telah dibuat melalui pengumuman di bawah seksyan

    10, untuk merancang dan melaksanan sesuatu pembangunan pertanian didalam Pertubuhan Peladang Kawasan berkenaan: dan

    Untuk mengawal dan menyelaras pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut.

    LPP melaksanakan semua aktiviti ini yang boleh dikumpulkan dalam tiga fungsi

    utama iaitu : fungsi sebagai Pendaftar: fungsi sebagai Agen Pengurusan : dan

    Fungsi sebagai agen Pembangunan.

    i. Fungsi Pendaftar

    Ketua Pengarah LPP ialah Pendaftar bagi Pertubuhan Peladang (PP) dan koperasi berasaskan pertanian

    dan bertanggungjawab untuk mendaftar, menyelia dan mengawal termasuk pengauditan akaun semuaPP dan koperasi yang berasaskan pertanian. Kuasa dan tugas agensi dan pendaftar adalah berhubungan

    dengan :

    Pendaftar PP dan koperasi berasaskan pertanian

    Menyelia dan mengawal semua aktiviti PP dan koperasi berasaskan pertanian.

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    18/24

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    19/24

    Membangunkan ekonomi yang berteraskan pengetahuan ( K-Ekonomi ),

    Pengukuhan Pembangunan Sumber Manusia,

    Pembangunan yang menjaga alam sekitar

    b) Dasar Pertanian Negara Ketiga ( NAP 3 ) 1998-2010

    Di bawah NAP 3. Halatuju, strategi dan makanisma pelaksanaan dasar baru diletakkan keperihatiannya

    kepada pembangunan pertanian dan ekonomi secara keseluruhannya. Penumpuan terhadap sekurti

    makanan, produktiviti, inflasi, pelaburan sektor swasta didalam pertanian, pengalakan eksport dan

    pengurangan import yang tidak produktif serta pemuliharaan dan penggunaan sumber asli secara wajar.

    Lima fungsi utama LPP di bawah dari Pelan Korporat LPP (2000-2005) dan Dasar Pertanian Negara

    adalah seperti berikut:

    Mengerakkan dan mengatur peladang-peladang untuk menceburi projek

    pertanian yang berasaskan kesesuaian iklim, tanah, kehendak pasaran dan

    kebolehupayaan.

    Mengukuhkan institusi peladang sejajar dengan Dasar Pertanian Kebangsaan

    Ketiga yang mana untuk mengubah PP menjadi pertubuhan yang berorentasikan

    perniagaaan.

    Meningkatkan pembangunan peladang usahawan.

    Meningkatkan pembangunan sumber Manusia.

    Melengkapi PP dengan kemudahan IT bagi mengupayakannya menjadi agensisetempat di sektor luar bandar.

    Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan(FELDA)

    Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah

    Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance) 1956. Fungsi FELDA yang diperuntukkan di

    bawah Akta (Pindaan 1991) adalah seperti berikut :

    Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.

    Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan

    perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan

    komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi

    kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki

    oleh FELDA dan syarikatnya.

    Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian

    di kawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    20/24

    yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil

    keluaran pertanian dan ternakan.

    Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-

    kegiatan sosial penempatan, pertanian, industri dan komersial dalam kawasan

    FELDA.

    Mulai bulan April 2004, FELDA diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri

    dan menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA ialah Y.A.B. Dato Sri Mohd

    Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

    Visi :

    FELDA sebagai peneraju industri sawit dan warga peneroka berpendapatan tinggi.

    Misi :

    Meningkatkan kesejahteraan hidup warga peneroka FELDA melalui:

    Penghasilan kebun yang tinggi.

    Menyediakan kemudahan dan infrastruktur moden.

    Meningkatkan potensi dan kualiti modal insan.

    Mewujudkan budaya inovasi dan kreativiti.

    Mempelbagaikan sumber ekonomi bagi menjana pendapatan tinggi.

    Memantapkan pengurusan FELDA bertaraf dunia.

    Memupuk budaya kecemerlangan.

    5 Teras FELDA :

    Komuniti FELDA menjadi komuniti contoh luar bandar.

    Warga peneroka menjadi golongan berpendapatan tinggi.

    FELDA menjadi pelaku global.

    Membangunkan potensi generasi baru.

    Memperkukuhkan budaya FELDA sebagai institusi.

    Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK)

    Pada 17 Februari 1996, Kabinet telah meluluskan penubuhan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK)

    dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan

    (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi AntiDadah

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    21/24

    Kebangsaan adalah urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) yang dipengerusikan oleh Y.B.

    Menteri Dalam Negeri dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah negara.

    Peranan AADK

    Untuk menentukan segala usaha negara memerangi ancaman dadah berjalan secara terancang, berarah

    dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah.

    Bidang Tugas AADK

    Bidang tugas Agensi AntiDadah Kebangsaan adalah seperti berkut :-

    Melaksanakan program pencegahan

    Melaksanakan program rawatan dan pemulihan Meningkatkan sistem

    maklumat dadah dan menilai keberkesanan program anti dadah negara

    Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam usaha memerangi

    ancaman dadah

    Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan

    Agensi AntiDadah Kebangsaan juga ditubuhkan di peringkat Negeri, dan Daerah. Pengarah ADK Negeri

    adalah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah ADK manakala Pegawai ADK Daerah

    bertanggungjawab kepada Pengarah ADK Negeri.

    VISI

    Masyarakat Malaysia Bebas Dari Dadah

    MISI

    Agensi Utama Memerangi Dadah

    OBJEKTIF

    Mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah

    Merawat dan memulih penagih dadah

    Mencegah penagihan semula

    Membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah

    STRATEGIK

    Menghapuskan permintaan dan bekalan dadah dalam negara melalui:

    Pencegahan

    Rawatan dan Pemulihan

    Penguatkuasaan

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    22/24

    Kerjasama Antarabangsa

    KOD ETIKA

    Mendukung visi dan misi Agensi Antidadah Kebangsaan sebagai satu amanah

    Menolong penagih dadah secara profesional berlandaskan keperluan sebagai

    insan yang mempunyai maruah dan harga diri

    Peka terhadap perkembangan masalah dadah semasa dan memastikan

    pembangunan diri secara berterusan

    Berkerjasama dan berurusan secara profesional dan

    Menghormati dan mematuhi arahan dengan jujur dan ikhlas

    Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

    Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) bertanggungjawab untuk memandu dan mengawasi perkembangan

    Sains Angkasa di Malaysia melalui usaha-usaha berikut :

    Memberi kepimpinan dalam aspek pendidikan dan penyelidikan Sains Angkasa

    Membantu kerajaan merumus dan melaksankan Dasar Angkasa Negara

    Memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan untuk mencapai

    matlamat di atas.

    VISI

    Memanfaatkan angkasa sebagai wadah bagi penjanaan ilmu, kemakmuran negara, dan kesejahteraan

    masyarakat.

    MISI

    Membangunkan keupayaan negara dalam sektor angkasa untuk menyokong pembangunan ekonomi

    baru, menjana ilmu, dan memperkukuhkan infrastruktur keselamatan negara.

    ANGKASA (Agensi Angkasa Negara) mengandungi empat bahagian:

    1.

    Bahagian Khidmat Pengurusan & Sumber Manusia, berpusat di Ibu Pejabat

    Putrajaya

    2.

    Bahagian Pendidikan & Sains Angkasa, berpusat di Planetarium Negara, Kuala

    Lumpur

    3.

    Bahagian Pengoperasian & Sistem Angkasa, berpusat di Pusat Angkasa Malaysia,

    Banting

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    23/24

    4.

    Bahagian Pembangunan Teknologi & Aplikasi Angkasa, berpusat di Ibu Pejabat

    Putrajaya

    Piagam Pelanggan

    Meningkat, merangsang dan memupuk keupayaan negara dalam bidang

    angkasa melalui usaha yang terkamir dan terselaras bagi membangun serta

    mengaplikasi teknologi angkasa untuk manfaat negara;

    Menyokong dan menambah nilai kepada dasar-dasar negara;

    Mempromosi kerjasama antarabangsa; dan

    Memajukan ilmu pengetahuan untuk manfaat kemanusiaan amnya dan rakyat

    Malaysia khususnya.

    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

    Jabatan PERHILITAN dahulunya dikenali dengan nama Jabatan Mergastua. Pada tahun 1896 undang-

    undang pertama mengenai hidupan liar telah diwujudkan. Dalam tahun 1902 rezab hidupan liar yang

    pertama iaitu Rezab Hidupan Liar Chior telah diwartakan. Usaha-usaha untuk menubuhkan satu agensi

    pusat untuk menyelaraskan aktiviti pemuliharaan habitat dan spesies hidupan liar telah bermula pada

    tahun 1930, dengan pelantikan En. T.R. Hubback, bekas Pelindung Mergastua (Game Warden) Negeri

    Pahang, sebagai ketua kepada Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya.

    Hasil daripada Laporan Suruhanjaya Hidupan Liar Malaya Tahun 1932, dua tindakan susulan telah

    diambil oleh kerajaan pada masa tersebut:

    penubuhan Ibu Pejabat Jabatan Mergastua pada tahun 1937 dengan pelantikan

    Captain Ritchie sebagai Ketua Pelindung Mergastua yang pertama; dan

    penubuhan King George V National Parks yang merangkumi kawasan seluas

    kira-kira 4,343 km persegi di sempadan Pahang, Kelantan dan Terengganu pada

    tahun 1938/1939.

    Pada tahun 1955, satu perundangan baru, The Wild Animals and Wild Birds Protection Ordinance

    telah diwujudkan untuk menyelaraskan penguatkuasaan terhadap perlindungan hidupan liar di seluruh

    Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun, pentadbiran Jabatan masih di bawah Kerajaan-kerajaan

    Negeri yang berkaitan. Antara tahun 1972 dan 1976, Kerajaan Persekutuan selepas berbincang denganKerajaan-kerajaan Negeri telah mengambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua Negeri di

    Semenanjung Malaysia berikutan penguatkuasaan Akta Perlindungan Hidupan Liar Tahun 1972, Akta 76.

    Jabatan Mergastua kemudiannya dinamakan sebagai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman

    Negara atau ringkasnya Jabatan PERHILITAN.

  • 8/10/2019 PERANAN AGENSI KERAJAAN

    24/24

    VISI

    Menjadi institusi yang cemerlang dalam konservasi dan pengurusan lestari biodiversiti ke arah

    pencapaian wawasan Negara.

    MISI

    Menerajui integrasi dan pelaksanaan program konservasi dan pengurusan lestari biodiversiti negarasecara cekap dan berkesan.

    OBJEKTIF

    Perlindungan, pengurusan serta pengekalan biodiversiti untuk penghasilan faedah yang

    optimum

    Perlindungan dan pembangunan kawasan-kawasan perlindungan untuk tujuan

    penyelidikan, pendidikan, ekonomi, estatik, rekreasi dan ekologi

    Peningkatan pengetahuan, kesedaran dan sokongan orang ramai mengenai keperluan

    untuk kepentingan konservasi biodiversity.