Peranan Akauntan Sektor Awam Sebagai Pemangkin · PDF filePeranan Akauntan Sektor Awam Sebagai...

5
Ucapan Oleh YB. Senator Datuk Dr. Awang Adek Bin Hussin Timbalan Menteri Kewangan II Peranan Akauntan Sektor Awam Sebagai Pemangkin Kecekapan Pengurusan Kewangan Negara Di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan 28 Julai 2009 _______________________________________________________ Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Tuan-tuan dan puan-puan, peserta persidangan yang dihormati sekalian 1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat Nya, pada pagi yang mulia ini dapat kita berkumpul di Persidangan Akauntan Sektor Awam ke 24 ini. Terima kasih diucapkan kepada Y. Bhg. Dato’ Mohd Salleh bin Mahmud yang telah sudi menjemput saya merasmikan persidangan dwi tahunan ini. Tahniah dan syabas juga kepada Jawatankuasa Persidangan, PERASAMA dan JANM Negeri Kelantan di atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan bagi bersama-sama menjayakan persidangan ini. 2. Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Persidangan Akauntan Sektor Awam ke 24 ini. Sesungguhnya saya amat berbangga kerana persidangan ini telah mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan daripada para akauntan yang berkhidmat dalam sektor awam yang mewakili pelbagai agensi kerajaan. Tuan-tuan dan puan-puan, 3. Pemilihan tema Akauntan Pragmatik Pemacu Kecemerlangan bagi persidangan kali ini amat bertepatan dan bersesuaian sekali

Transcript of Peranan Akauntan Sektor Awam Sebagai Pemangkin · PDF filePeranan Akauntan Sektor Awam Sebagai...

Page 1: Peranan Akauntan Sektor Awam Sebagai Pemangkin · PDF filePeranan Akauntan Sektor Awam Sebagai Pemangkin Kecekapan ... pengurus kewangan, ... utama yang mana ianya boleh menghasilkan

Ucapan Oleh YB. Senator Datuk Dr. Awang Adek Bin Hussin

Timbalan Menteri Kewangan II

Peranan Akauntan Sektor Awam Sebagai Pemangkin Kecekapan Pengurusan Kewangan Negara

Di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan 28 Julai 2009

_______________________________________________________ Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Tuan-tuan dan puan-puan, peserta persidangan yang dihormati sekalian 1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat Nya, pada pagi yang mulia ini dapat kita berkumpul di Persidangan Akauntan Sektor Awam ke 24 ini. Terima kasih diucapkan kepada Y. Bhg. Dato’ Mohd Salleh bin Mahmud yang telah sudi menjemput saya merasmikan persidangan dwi tahunan ini. Tahniah dan syabas juga kepada Jawatankuasa Persidangan, PERASAMA dan JANM Negeri Kelantan di atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan bagi bersama-sama menjayakan persidangan ini. 2. Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Persidangan Akauntan Sektor Awam ke 24 ini. Sesungguhnya saya amat berbangga kerana persidangan ini telah mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan daripada para akauntan yang berkhidmat dalam sektor awam yang mewakili pelbagai agensi kerajaan. Tuan-tuan dan puan-puan, 3. Pemilihan tema Akauntan Pragmatik Pemacu Kecemerlangan bagi persidangan kali ini amat bertepatan dan bersesuaian sekali

Page 2: Peranan Akauntan Sektor Awam Sebagai Pemangkin · PDF filePeranan Akauntan Sektor Awam Sebagai Pemangkin Kecekapan ... pengurus kewangan, ... utama yang mana ianya boleh menghasilkan

dalam keadaan semasa dengan hasrat dan aspirasi kerajaan. Pragmatik yang bermaksud kebolehan seseorang itu bekerja dengan penuh rasional dan mempunyai pandangan yang realistik amat penting bagi Akauntan Sektor Awam menjalankan tugas-tugas seharian. Oleh yang demikian, seorang akauntan yang sentiasa mengamalkan pragmatisme, akan lebih memahami daripada orang lain bahawa persekitarannya tidak pernah statik di mana cabaran demi cabaran perlu dilalui dan di atasi sebaik mungkin. Justeru, sifat keserbabolehan (versatility) dan keupayaan menyesuaikan diri dengan keadaan (flexibility) merupakan dua prasyarat penting bagi Akauntan menangani cabaran masa kini. 4. Jika kita lihat sekali lagi kepada tema persidangan kali ini, “Akauntan Pragmatik Pemacu Kecemerlangan”, ianya amat bertepatan kerana para akauntan sektor awam perlu mengutamakan kecekapan dan keberkesanan dalam aspek pengurusan kewangan kerajaan. Apatah lagi semasa dunia menghadapi senario kelembapan pertumbuhan ekonomi, ianya memerlukan satu tindakan yang pragmatik dan berhemah. Tidak syak lagi ia menjadi pemacu dalam merealisasikan aspirasi kerajaan. Tuan-tuan dan puan-puan, 5. Selaras dengan senario dan keadaan semasa, pada era globalisasi ini, saya menyeru perkhidmatan perakaunan agar mempertingkatkan daya saing seperti perkhidmatan awam yang lain agar perkhidmatan awam Malaysia khususnya dan Negara Malaysi amnya, menjadi lebih kompetitif dan resilience dalam situasi yang cukup mencabar. Apatah lagi dengan konsep yang dibawa oleh Perdana Menteri kita, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, “Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”, telah membuka satu dimensi baru, terutamanya bagi perkhidmatan awam, dalam memikul tanggungjawab melaksanakan program kerajaan agar impaknya dapat dirasai oleh rakyat jelata dengan prestasi yang membanggakan. 6. Selaku akauntan yang dipertanggungjawabkan sebagai pengurus kewangan, konsep Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan perlu kita dalami dan hayati sebaiknya. Konsep yang diutarakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul

Page 3: Peranan Akauntan Sektor Awam Sebagai Pemangkin · PDF filePeranan Akauntan Sektor Awam Sebagai Pemangkin Kecekapan ... pengurus kewangan, ... utama yang mana ianya boleh menghasilkan

Razak, Perdana Menteri Malaysia, membawa makna yang amat mendalam. Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai satu bangsa Malaysia, One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan, tidak kira perbezaan etnik, fahaman atau kepentingan: yang tinggal dalam Negara Malaysia yang kita cintai. 7. Di bawah konsep Satu Malaysia ini setiap rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan bantuan serta pertolongan akan kita kita bantu. Tidak akan ada mana-mana pihak yang akan dicicirkan. Sesungguhnya lagi janganlah mana-mana pihak menganggap mereka adalah warganegara kelas dua di Negara tercinta ini, kerana setiap anak Malaysia adalah merupakan modal insan yang berpotensi dan aset penting kepada Negara, setiap mereka perlu dimanfaatkan sebaiknya. Tuan-tuan dan puan-puan, 8. Di bawah konsep ini juga, terdapat lapan nilai yang boleh diterapkan dan mempunyai kaitan rapat dengan tugas para Akauntan, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Di sini saya tidak berhajat untuk mengupas satu persatu nilai-nilai tersebut, memadailah sekadar menyentuh satu dua nilai tersebut. 9. Merujuk kepada Konsep Satu Malaysia ini, saya tertarik dengan nilai murni pengamalan budaya cemerlang yang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan dan pencapaian sesuatu Negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan. 10. Prinsip ketepatan yang dituntut menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan dalam mengendalikan dan melaksanakan program kerajaan amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan rakyat terhadap kerajaan. Bahkan Public Delivery System yang cekap dan berkesan akan memberi impak yang positif kepada orang awam dan juga orang asing terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak dari luar Negara. Ketepatan

Page 4: Peranan Akauntan Sektor Awam Sebagai Pemangkin · PDF filePeranan Akauntan Sektor Awam Sebagai Pemangkin Kecekapan ... pengurus kewangan, ... utama yang mana ianya boleh menghasilkan

pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan. 11. Manakala nilai kedua yang diketengahkan iaitu integriti, adalah amat penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan ini boleh diraih melalui nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak dari peringkat atasan, iaitu pemimpin, sehinggalah ke peringkat akar umbi tanpa mengira kedudukan. Dalam konteks perkhidmatan awam, nilai tadbir urus yang baik menjadi keperluan utama yang mana ianya boleh menghasilkan persepsi yang positif di kalangan masyarakat akan ketelusan dan kejujuran kerajaan. 12. Kita juga tidak harus lupa dengan prinsip menepati janji dan masa yang dituntut dalam agama Islam. Sebagai seorang penjawat awam, kita juga tidak boleh lari dengan kritikan dan teguran oleh pihak atasan. Kritikan dan teguran ini perlu diterima dengan hati yang terbuka dan dijadikan iktibar walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Di samping itu, kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah. Kita juga perlu mengenepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan dan mengutamakan kepentingan Negara. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi. Tuan-tuan dan puan-puan, 13. Saya amat berbesar hati bertemu dengan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya berharap melalui penganjuran persidangan yang diadakan setiap 2 tahun ini dengan melihat beberapa kertas kerja yang akan dibentangkan dalam masa dua hari ini, ia akan menjadi medan pertemuan untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan, pendapat dan idea, di samping mengeratkan hubungan silaturrahim tuan-tuan dan puan-puan dalam perkhidmatan perakaunan sektor awam. Saya menyeru agar pengisian persidangan perlulah dihayati sebaiknya dan dijadikan pengalaman berguna untuk tuan-tuan dan puan-puan serta dapat dipraktikkan apabila kembali berkhidmat di Kementerian/Jabatan masing-masing.

Page 5: Peranan Akauntan Sektor Awam Sebagai Pemangkin · PDF filePeranan Akauntan Sektor Awam Sebagai Pemangkin Kecekapan ... pengurus kewangan, ... utama yang mana ianya boleh menghasilkan

14. Saya sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas jemputan Y.Bhg. Dato’ Mohd Salleh bin Mahmud untuk saya merasmikan Persidangan Akauntan Sektor Awam ke 24 ini. Harapan saya agar tuan-tuan dan puan-puan sekalian dapat menghayati, mengamal dan seterusnya membudayakan tema persidangan: Akauntan Pragmatik Pemacu Kecemerlangan, agar perkhidmatan perakaunan terus unggul, berkesan, dan penting dalam perkhidmatan awam. Akhir kata, saya mengucapkan selamat bersidang kepada semua peserta persidangan. 15. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Akauntan Sektor Awam Ke 24. Sekian. Wabillahi Taufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.