PERANAN BAHASA MELAYU 2011

download PERANAN BAHASA MELAYU 2011

of 12

Transcript of PERANAN BAHASA MELAYU 2011

  • 8/7/2019 PERANAN BAHASA MELAYU 2011

    1/12

    PERANAN BAHASA MELAYU

    1) Asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat

    Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memainkan peranan penting menjadikan

    Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara. Sesungguhnya Perkara 152 ini telah

    mengiktiraf dan mengisytiharkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa

    rasmi negara. Perkara ini termaktub dalam Perkara 152 (1). Hal ini disebabkan menjadi satu

    kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat

    memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh difahami oleh setiap kaum.

    Lagipun peruntukan ini adalah berdasarkan penduduk asal di Malaysia iaitu orang Melayu

    yang memonopoli lebih daripada 50 peratus penduduknya. Oleh yang demikian, dengan

    termaktubnya Perkara 152 mendapati negara mempunyai asas yang kukuh untuk membina

    sebuah negara.

    2) Lambang jati diri

    Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan

    bahasa pemersatu. Hasrat ini terungkap dalam dasar bahasa dengan merujuk pada Perkara

    152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui perkara ini, Bahasa Melayu telah

    dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan kerana

    setiap negara mempunyai bahasanya sendiri. Contohnya Negara Jepun dengan hasa

    Jepunnya, Negara Jerman dengan Bahasa Jermannya dan Negara Perancis dengan Bahasa

    Perancisnya. Oleh hal demikian, Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai lambang

    Negara Malysia di persada dunia. Dengan hal demikian, bahasa Melayu berperanan sebagai

    perakuan kejatidirian bangsa Malaysia demi memenuhi maksud kemajuan mengikut acuan

    sendiri, seperti yang digariskan dalam Wawasan 2020.

    3) Bahasa perpaduan

    Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting

    dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan

    musnahlah sebuah negara beraulat. Di Malaysia ini, terapat tiga kaum utama iaitu kaumMelayu, Cina dan India. Kaum Melayu merupakan penduduk asal Malaysia dan mempunyai

    http://bp3.blogger.com/_Y6C-kW-lnGI/R84Ly1YARwI/AAAAAAAAAAU/oddamvG9Pr0/s1600-h/P2090082.JPGhttp://bp3.blogger.com/_Y6C-kW-lnGI/R84Ly1YARwI/AAAAAAAAAAU/oddamvG9Pr0/s1600-h/P2090082.JPG
  • 8/7/2019 PERANAN BAHASA MELAYU 2011

    2/12

    penduduk yang melebihi lima puluh peratus daripada keseluruhan warganegara di sini. Oleh

    sebab itulah bahasa Melayu telah dipilih berdasarkan kaum majoriti penduduk. Bahasa ini

    wajib diketahui oleh setiap kaum kerana bahasa ini menjadi bahasa utama dalam konteks

    hubungan antara kaum.Bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan

    negara, Penyata Razak dijadikan sebagai asas Ordinan Pelajaran 1957. Menurut penyata itu,

    bahasa dan pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk meningkatkan persefahaman

    perpaduan kebangsaan anatara penduduk yang berbilang kaum.

    4) Bahasa pengantar ilmu pengetahuan

    Bahsa Melayu memainkan peranan sebagai bahasa

    pengantar ilmu pengetahuan. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957

    dan tahun 1961 setelah melaksanakan syor yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak

    Rahman Talib yang seterusnya menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini bertujuan

    untuk memungkinkan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan,

    bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang

    menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju

    dan berdaulat.

    5) Menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia

    Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara

    bangsa Malaysia. Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut. Pengguna

    bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengn cemerlang selaras

    dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan

    dihormati daripada bahasa yang dipinjam semata-mata untuk menunjukkkan status

    penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendir. Oleh

    hal demikian, penduduk di negara bangsa Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan

    apabila mengunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada

    antarabangsa.

    http://bp0.blogger.com/_Y6C-kW-lnGI/R84NCFYARxI/AAAAAAAAAAc/o7Sdhwggjeo/s1600-h/pgrm+bbm+023.jpg
  • 8/7/2019 PERANAN BAHASA MELAYU 2011

    3/12

    6) Menampakkan penggunaannya dalam pelbagai perisian dan kesantunan

    Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa kebangsaan yang mencerminkan

    pengunaannya dalam pelbagai perisiannya dan kesantunanya. Tingkat ilmu dan tingkat

    keperisian itu dapat diukur melalui laras bahasanya manakala nilai estetika keluwesan bahasaini menjadi pengukur kesantunannya. Bahasa Melayu memiliki peribai yang istimewa selain

    terkenal dengan ciri-ciri ketimuran, seperti lemah lembut, beradab, dan berbudi bahasa. Oleh

    sebab itu, bangsa Malaysia harus menggunakan bahasa Melayu yang baku dan yang

    mempunyai nilai estetika dan nilai kesantunan.

    7) Wahana politik dalam menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya

    Bahasa Melayu sebgai bahasa kebangsaan berperanan sebgagai wahana politik dalam

    menentukan kualiti penggunaan bahasa negara bangsanya. Bahasa yang dapat membina

    neara bangsanya seharusnya dapat juga melahirkan pengguna bahasa yang brkualiti,

    berkuasa dan berketerampilan. Maka, lebih banyak kumpulan enutur yang berkuasa dalam

    penggunaan bahasa Melayu perlu dipupuk. Mereka ialah yang terdiri daripada ahli politik,

    ahli korporat, golongan professional, pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta,

    pelajar sekolah, dan ali masyarakat. Kehadiran kumpulan inidapat mengembangkan bahasa

    itu dengan terancang, meliputi pelbgai bidang. Contonya, jika ali politik dan ahli profesional

    mempunyai daya ungkapan yang tinggi dan bermutu melalui bahasa Melayu, bahsa itu akan

    dilihat sebagai berkuasa dalam arenanya.

    8) Menggambarkan bangsa yang berkuasa

    Bahasa yang berkuasa menggambarkan bangsa yang berkuasa. Ungkapan Bahasa Jiwa

    Bangsa menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu dapat maju jika bangsa itu pun maju.

    Namun begitu, untuk mengetengahkan bahsa Melayu, bahasa lain tidak perlu ditolak. Dalam

    era globalisasi, pengetahuan tantang bahasa lain amat perlu dan tidak merugikan bangsa.

    Bangsa itu akan maju dengan mempelajari ilmu pengetahuan daripada bahasa lain, lalu

    disebarkan ilmu kepada bangsanya melalui pengetahuan yang sudah dialih ke dalam bahasa

    Melayu melalui usha penerbitan bahan bacaan.

    Bahasa Jiwa Bangsa.

    Cintailah Bahasa Kita!Sumber : Kerja Kursus Sosiolinguistik, Dr. Awang Sariyan, 2006.

    P O S T E D B Y A B D U L L A H I B N I A B U B A K A R A T 6 : 4 8 P M

    http://cari-cari-carilah.blogspot.com/2008/03/peranan-bahasa-melayu.htmlhttp://cari-cari-carilah.blogspot.com/2008/03/peranan-bahasa-melayu.html
  • 8/7/2019 PERANAN BAHASA MELAYU 2011

    4/12

    Yang kurik kundi

    Yang merah saga

    Yang cantik budi

    Yang indah bahasa

    Indahnya Bahasa Melayu, begitu halus sehingga menusuk kalbu. Daripada

    banyak faktor, bahasa muncul sebagai faktor yang dominan dan daripada begitu

    banyak bahasa, Bahasa Melayu yang terpilih sebagai bahasa kebangsaan dan

    seterusnya menjadi wahana perpaduan masyarakat majmuk di negara Malaysia.

    Melihat kepada pengiktirafan yang diberi kepada Bahasa Melayu tentunya

    Bahasa Melayu memiliki keistimewaan tersendiri sehingga berupaya mengangkat

    bahasa ini sebagai Teras Perpaduan Bangsa .

    Maka dalam tulisan ini saya ingin membuktikan kepada pembaca mengapa dan

    bagaimana Bahasa Melayu mampu menjadi teras atau tunjang kepada

    perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.Di akhirnya pula saya akan

    menuliskan beberapa ancaman ke atas Bahasa Melayu dalam kedudukannya

    untuk bertahan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan.

    Secara konseptual Bahasa Melayu Teras Perpaduan Bangsa Malaysia bolehlahdidefinisikan sebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan

    bahasa perantaraan berupaya menjadi tunjang atau nadi kepada penyatuan

    pelbagai kaum di negara ini.

    Mengapakah Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan?

    Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua

    franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka

    pada abad ke-15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang

    perdagangan dan hubungan diplomatik.

    Dalam Kitab Sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus

    lumus mempelajari Bahasa Melayu dan menguasainya bagi memudahkan mereka

    berurusan dengan pemimpin dan masyarakat setempat yang telah lama

    menggunakan bahasa itu.

    Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan dokumen

  • 8/7/2019 PERANAN BAHASA MELAYU 2011

    5/12

    perjanjian turut menggunakan Bahasa Melayu bertulis jawi. Ini membuktikan

    bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak British. Kalau

    mereka tidak mengerti pun ada munsyi atau guru Bahasa Melayu yang akan

    mengajar mereka.

    Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri

    Melayu telah menggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sebagai medium.

    Semua ini membuktikan kepada kita betapa Bahasa Melayu pernah mencapai

    tahap yang tertinggi dan diguna sehingga ke peringkat antarabangsa.

    Memandangkan Bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa rasmi

    dan basahan, sebagai bahasa komunikasi dan persuratan maka Bahasa Melayu

    telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di

    negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang

    merdeka pada tahun 1957.

    Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk dokumen

    tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang termuat dalam

    Perkara 152, para 1 sebagai bahasa bagi persekutuan Tanah Melayu atau

    Malaysia yang merdeka.

    Maka sejak itu Bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya termasuk

    menjadi bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi di

    semua agensi kerajaan termasuk di mahkamah.

    Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa

    utama dan dapat digunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan.

    Bagaimanakah Bahasa Melayu Boleh Berfungsi Secara Berterusan sebagai

    Bahasa perpaduan?

    Bahasa Melayu yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia ialah

    Bahasa Melayu yang digunakan secara bersama dan meluas. Bahasa melayu

    bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa basahan, namun bahasa rasmi dan tidak

    rasmi.

  • 8/7/2019 PERANAN BAHASA MELAYU 2011

    6/12

    Bahasa ini bukan sahaja dijadikan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan

    universiti tetapi penggunaannya menjangkau ke peringkat antarabangsa.

    Buktinya DS Mohd Najib telah bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya di

    sebuah Universiti di China semasa lawatan beliau ke sana baru-baru ini.

    Ini bererti Bahasa Melayu yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang standard

    dan mengikut struktur bahasa Melayu baku dan mempunyai sistem yang sama

    untuk semua.

    Slanga atau loghat mungkin sesuai untuk orang Melayu di negeri-negeri

    tertentu, tetapi apabila bertutur dengan bangsa Melayu dari kawasan atau

    negeri yang lain dan dengan orang bukan Melayu, Bahasa Melayu yang standard

    wajar digunakan. Inilah bahasa yang diajar dan digunakan di sekolah, dalam

    buku teks, buku-buku dan majalah serta dalam dokumen rasmi yang lain.

    Selain itu, Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan utama mempunyai masa

    depan yang cerah kerana Bahasa Melayu bersikap terbuka kepada bahasa lain.

    Kita sedar sesuatu bahasa yang terlalu rigid, terpencil dan statik tidak akan

    mampu mengadaptasikan dirinya dengan perubahan semasa.

    Dunia semakin berkembang, masyakaratnya semakin maju dan berpengetahuan,

    maka begitulah juga halnya dengan bahasa Melayu Sejak dahulu Bahasa Melayu

    dilihat mempunyai tahap keterbukaan dan toleransi yang begitu tinggi,kepada

    kemasukan isitilah-istilah baru dan kata asing. Dinamika bahasa ini amat

    diperlukan untuk memastikan Bahasa Melayu tidak terkubur seperti yang

    berlaku kepada bahasa Sanskreta.

    Sayugia diingat dalam keghairahan kita hendak mempertahankan Bahasa Melayu

    jangan sampai bahasa ini menerima nasib yang sama seperti dinossours yang

    akhirnya pupus kerana gagal untuk menyesuaikan dirinya dengan perubahan

    semasa dan persekitaran.

    Maka menyedari hakikat itu DBP telah memainkan peranan yang begitu aktif

    untuk membentuk dan menyelaraskan istilah-istilah baru dalam pelbagai bidang

    pengetahuan seperti sains dan teknologi, undang-undang, pendidikan,

    perbankan, komputer dan internet.

    Kedudukan Bahasa Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia diperkukuh

  • 8/7/2019 PERANAN BAHASA MELAYU 2011

    7/12

    apabila kehadirannya tidak pernah disangsikan oleh kaum-kaum lain. Sebabnya

    Bahasa Melayu tidak dianggap sebagai ancaman kepada mana-mana pihak dan

    kehadirannya tidak akan menyebabkan bahasa ibunda kaum masing-masing

    akan menerima nasib malang.

    Rahsia Bahasa Melayu tetap diyakini sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa

    perpaduan hingga kini ialah kerana jaminan yang diberikan dalam

    perlembagaan Malaysia yang telah menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain

    masih boleh digunakan. Keadaan ini menjadikan Bahasa Melayu akan terus

    dihormati dan tidak akan disaingi oleh bahasa-bahasa lain.

    Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang dilancarkan pada 11 Disember 1987

    membuktikan betapa seriusnya pihak kerajaan dalam mengangkat martabat

    bahasa ini sebagai bahasa komunikasi utama pelbagai kaum. Sejak itu banyak

    kegiatan kebahasaan turut melibatkan pelbagai kaum.Buktinya yang jelas ialah

    dengan adanya pertandingan Syarahan dan Ujian Bertulis (PBSUB) bagi SRJKC

    dan SRJKT dan pidato bahasa Melayu antarabangsa. Ini membuktikan bahasa

    Melayu menjadi bahasa yang boleh dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa

    sahaja.

    Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan dan bahasa perpaduanmelonjakkan bahasa ini sebagai satu identiti bagi masyarakat majmuk sehingga

    mampu menjadi model perpaduan dunia melalui penggunaan satu bahasa.

    Ancaman

    Perubahan dunia semakin pantas dan kemajuan dunia semakin cepat.

    Persekitaran lokal tiba-tiba sahaja bertukar kepada glokal dan akhirnya menuju

    global. Bumi yang dulunya terpecah kepada begitu banyak kampung yang tak

    berhubung, kini menjadi sebuah kampung besar tanpa sempadan.

    Bahasa Melayu turut menerima cabaran apabila golongan remaja hari ini lebih

    berminat menggunakan istilah dan gaya bahasa sendiri yang dikatakan lebih

    pantas dan ringkas. Ini terbukti apabila munculnya teknologi komunikasi terkini

    seperti sistem pesanan ringkas, mms, mel elektronik dan chating.

    Kata-kata yang panjang telah diringkaskan dan istilah-istilah baru tercipta.

    Surat yang dianggap ketinggalan dan lambat telah digantikan dengan mel

  • 8/7/2019 PERANAN BAHASA MELAYU 2011

    8/12

    elketronik, menelefon telah digantikan dengan SMS dan MMS.

    Bagi saya ini satu perkembangan yang menakjubkan sekali gus menunjukkan

    bahasa Melayu sentiasa berupaya menyesuaikan dirinya dengan keperluan

    semasa. Minat anak muda daripada pelbagai bangsa menggunakan bahasa ini

    menjadikan bahasa Melayu akan terus berkembang sebagai alat perpaduan

    utama. Cuma terpulanglah kepada Kementerian pelajaran dan DBP untuk

    menyelaraskan semua ini.

    Akhirnya marilah kita menyahut cabaran 1Malaysia cetusan idea YAB DS Mohd

    Najib Tun Abdul Razak. Gagasan ini bukan sahaja mengajak kita berkongsi

    sebuah negara, iaitu Malaysia tetapi juga berkongsi satu bahasa, iaitu Bahasa

    Melayu yang telah terbukti mampu menjadi teras Perpaduan Bangsa Malaysia

    Sumber : http://gurubashid.com/

    Dicatat oleh Cikgu Taufiq di 09:56

    Label: RENCANA PILIHAN

    Penutup

    Usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa

    rasmi, bahasa ilmu dan bahasaranah-ranah lain di negara berdaulat ini hendaklah

    dilihat sebagai amanah besar yang perlu dilaksanakanoleh semua warganegara.

    Yang paling utama ialah ketekalan sikap dan pendirian para pemimpin

    negaraagar peranan bahasa Melayu sebagai salah satu pancang pembinaan

    negara bangsa terus ditingkatkan dandiperkukuh. Bahasa kebangsaan, yang

    diungkapkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama,Almarhum Yang

    Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera sebagai roh bangsa dan negara

    yangmerdeka tidak seharusnya dikorbankan atas nama pembangunan dan

    kemajuan, kerana kemajuan yang

    hakiki turut meliputi keupayaan kita maju dalam bahasa dan landasan budaya

    kita sendiri.

    http://www.find-docs.com/bahasa-kebangsaan-sebagai-bahasa-perpaduan.html

    Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melakukansegala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolongdi kalangan orang yang mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Sempena sambutanBulan Bahasa Kebangsaan, mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk:BAHASA WAHANA PERPADUAN NEGARA.

    http://abihulwa.blogspot.com/2009/07/yang-kurik-kundi-yang-merah-saga-yang.htmlhttp://abihulwa.blogspot.com/search/label/RENCANA%20PILIHANhttp://www.find-docs.com/bahasa-kebangsaan-sebagai-bahasa-perpaduan.htmlhttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=4139606500779531867&postID=992480088384127973http://abihulwa.blogspot.com/2009/07/yang-kurik-kundi-yang-merah-saga-yang.htmlhttp://abihulwa.blogspot.com/search/label/RENCANA%20PILIHANhttp://www.find-docs.com/bahasa-kebangsaan-sebagai-bahasa-perpaduan.html
  • 8/7/2019 PERANAN BAHASA MELAYU 2011

    9/12

    Muslimin Yang di Rahmati Allah,

    Di antara tanda kebesaran Allah SWT ialah menciptakan manusia berbagai-bagai bangsadan bahasa. Setiap bangsa dikurniakan bahasa sebagai alat untuk berurusan di antara satusama lain demi mencapai kesejahteraan hidup. Bahasa mempunyai medan yang luas untukdigunakan, sama ada untuk kebaikan atau kejahatan dan berperanan utama dalam

    pembinaan tamadun sesuatu bangsa. Kerana itulah masyarakat Melayu menganggapbahawa bahasa itu merupakan jiwa kepada sesuatu bangsa dan telah di ungkapkan dalampepatah masyarakat Melayu seperti, Bahasa menunjukkan bangsa, Bahasa jiwabangsa.

    Agama Islam menyarankan umatnya berbahasa dengan bahasa yang terbaik kerana iamencerminkan tahap keimanan dan ketakwaan seseorang. Firman Allah SWT dalam surahIbrahim ayat 24-25:

    Maksudnya: Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan,iaitu kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang akar tunjangnyatetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit Ia mengeluarkan buahnya padasetiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah membuat perbandingan itu untuk manusia,supaya mereka beringat.

    Dalam sejarah perkembangan tamadun Melayu-Islam, bahasa Melayu berfungsi sebagaitonggak dalam proses pembudayaan semula masyarakat. Walaupun sumber ajaran agamaIslam dalam bahasa Arab namun, proses penyebaran ajaran Islam kepada masyarakatMelayu tidak menggunakan bahasa Arab. Dakwah Islamiah ke rantau alam Melayumenggunakan bahasa Melayu sebagai alat pengantara penyebaran ajaran Islam.

    Kita amat menghargai perjuangan tokoh-tokoh ilmuwan dan agamawan Melayu tersohorseperti Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Syamsuddin al-Sumaterani, Abdul Rauf Singkel,Abdul Samad al-Falambani, Sheikh Daud al-Fatani, Arshad a-Banjari, Tun Sri Lanang, RajaAli Haji, Abdullah Munsyi dan lain-lain lagi yang telah mengarang dan menyebarkanpemikiran agama dengan menggunakan bahasa Melayu.

    Kitab-kitab karangan mereka ini, kini telah menjadi sumber khazanah pemikiran umat Melayu-Islam. Hal ini jelas membuktikan betapa tahap dan kualiti pemikiran yang telah berjayadicapai telah menjadikan bahasa Melayu sebagai wahana penyebarannya. Peranan merekadalam usaha mengungkapkan pemikiran dan ajaran Islam menggunakan wahana bahasaMelayu merupakan sumbangan teragung dalam pembentukan tamadun umat Melayu yangunik dan utuh hingga kini.

    Muslimin Yang di Rahmati Allah,

    Setelah 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan usaha untuk memperkasakan bahasaMelayu disempurnakan melalui penggubalan undang-undang. Dalam perkara 152mencatatkan bahawa Perlembagaan bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara kita.Malah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 bahasa Melayu ialah bahasa rasmi danhendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi kerajaan. Dalam Akta Pendidikan pulamenyatakan bahasa Melayu ialah bahasa pengantar utama di institusi pendidikan.

    Apabila undang-undang telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama di institusi pendidikan maka tugas untukmemperkasakannya hendaklah sama-sama kita dukung dengan mengambil langkah seperti

  • 8/7/2019 PERANAN BAHASA MELAYU 2011

    10/12

    berikut:

    Pertama: Setiap warganegara Malaysia hendaklah menggunakan bahasa Melayu denganbaik dan betul bersesuaian dengan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi,bahasa ilmu dan bahasa budaya tinggi. Kita hendaklah menjauhkan dari menggunakanbahasa rojak atau sekerat bahasa Melayu dan sekerat bahasa Inggeris.

    Kedua: Bahasa Melayu hendaklah digunakan secara meluas di semua peringkat sepertiurusan surat-menyurat, majlis-majlis rasmi dan mesyuarat hendaklah diadakan dalam bahasaMelayu. Semua papan tanda, iklan dan nama-nama kawasan perumahan juga hendaklahmenggunakan bahasa Melayu.

    Kita merasa bangga kerana bahasa Melayu telah dituturkan oleh lebih daripada 250 jutamanusia dan telah menjadi salah satu bahasa yang ditawarkan untuk dipelajari di 118 institusipengajian tinggi di dunia. Tujuan utama dasarMemartabatkan Bahasa Melayu adalahuntuk masyarakat menguasai bahasa Melayu pada tahap yang baik sehinggakan mereka iniboleh menggunakan bahasa tersebut untuk segala maksud bersesuaian dengan perananbahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasaperhubungan utama warga Malaysia dan bahasa ilmu. Mereka yang mahir berbahasa Melayu

    inilah yang akan memartabatkan bahasa Melayu dan memacu pembinaan sebuah negarabangsa yang bercitrakan 1Malaysia .

    Muslimin Yang di Rahmati Allah,

    Dalam membina tamadun ummah bahasa berperanan besar antaranya sebagai alatpenyebaran agama dan dakwah, alat perpaduan, alat ekonomi dan alat pendidikan sertabudaya. Sejarah membuktikan bahawa bahasa berperanan dalam penyebaran danpengukuhan agama. Rasulullah SAW menganjurkan kepada para ilmuwan dan agamawanagar dalam usaha menyampaikan ajaran agama Islam kepada masyarakat, makapengungkapannya hendaklah setimpal dengan kadar kemampuan berfikir masyarakatsetempat. Tentulah, kadar kemampuan tersebut meliputi juga tahap dan keupayaanberbahasa.

    Walaupun bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi agama Islam menggalakkanumatnya menguasai bahasa asing. Dalam kitab Sahih Bukhari ada menyebut, setelahRasulullah SAW berhijrah ke Madinah, baginda memerintah Saidina Zaid bin Thabit supayamempelajari dua bahasa iaitu bahasa Sirianiah dan Ibriah( bahasa kitab Injil dan Taurat ).Saidina Zaid bin Thabit mempelajari kedua-dua bahasa tersebut dalam masa 12 hari sahaja.Sabda Rasulullah SAW :

    Maksudnya: Dan telah memerintahkan Nabi SAW Zaid bin Thabit supaya mempelajaribahasa Suryani.(Riwayat Iman Ahmad)

    Persoalannya kenapa Rasulullah SAW memerintahkan sedemikian? Ini kerana RasulullahSAW mahu melihat dari kalangan umat Islam cendekiawan-cendekiawan yang dapatmenguasai bidang-bidang ilmu lain yang menjadi nadi kekuatan umat. Keupayaan menguasaibanyak bahasa menentukan umat Islam dapat mengelak dari tertipu dan terpedaya denganumat-umat lain. Baginda ada bersabda kepada Zaid bin Thabit RA, Wahai Zaid, pelajarilahtulisan Yahudi untukku, kerana sesungguhnya aku tidak mempercayai Yahudi itu untukmenulis suratku.Zaid berkata, Lalu aku mempelajarinya.

    Demikianlah juga kata-kata hukama: 'Barangsiapa menguasai bahasa sesuatu kaum itu,

    maka dia akan terselamat dari tipu daya mereka'. Diriwayatkan juga bahawa Abdullah IbnZubair mempunyai 100 orang khadam yang berlainan bahasa, dan beliau berbicara dengan

  • 8/7/2019 PERANAN BAHASA MELAYU 2011

    11/12

    mereka dalam bahasa setiap seorang dari mereka.

    Al-Quran telah menggunakan bahasa sebagai wasilah dakwah. Allah SWT menerapkanpenggunaan bahasa yang agung dalam menyentuh hati manusia. Mereka yang mempelajaripendidikan al-Quran dan as-Sunnah tentang ayat Makkiyyah dan Madaniyyah tentunyamemahami hakikat ini. Ayat al-Quran Makkiyyah menggunakan ayat-ayat pendek dan

    bersastera kerana penduduk Mekah kebanyakannya mahir berbahasa dan mampumenangkap maksud ayat yang diturunkan. Penduduk Madinah pula tidak sehebat pendudukMekah dalam berbahasa maka ayat al-Quran Madaniyyah menggunakan ayat yang panjang-panjang untuk menerangkan sesuatu serta menggunakan bahasa jelas pada maksudnya.Penggunaan bahasa yang hebat ini bukan sahaja membuatkan manusia mudah menerimaIslam, tetapi turut merangsang perkembangan pemikiran sehingga menjadi pemangkinkemajuan umat Islam.

    Muslimin Yang di Rahmati Allah,

    Mengakhiri khutbah ini marilah kita menginsafi bahawa perjuangan memartabatkan bahasaMelayu sebagai bahasa kebangsaan adalah tanggungjawab bersama. Justeru mimbarmenyeru kepada semua pihak agar menyumbang tenaga dan fikiran untuk terus mengangkat

    martabat bahasa melayu ini agar ia menjadi bahasa agama, bahasa ilmu, bahasa ekonomidan bahasa budaya kita. Dengan menerima bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negaradan tidak menghalang bahasa ibunda setiap kaum dituturkan serta tidak pula menyekatpenggunaan bahasa lain, ia akan menghasilkan sebuah negara yang makmur, sejahteraserta disegani kawan dan lawan. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah dalam surahAli- Imran ayat 7:

    Maksudnya: Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalamilmu-ilmu agama berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datang dari sisi Tuhankami. Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang yangberfikiran.

    http://islam.dunyahalal.com/index.php?id=216&mnu=216

    http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?

    k=bahasa+kebangsaan+wahana+perpaduan&d=10

    http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php

    Menurut Kamus Dewan (2006), istilah fungsi bolehlah didefinisikan

    sebagai tugas atau peranan. Manakala maksud bahasa pula ialah

    satu sistem lambang-lambang yang arbitrari, mempunyai makna

    dan difahami maknanya, dan digunakan oleh sekelompok

    masyarakat dalam komunikasi mereka. Daripada maksud tersebut

    dapat dirumuskan bahawa bahasa ialah alat komunikasi yang ada

    makna dan difahami oleh semua anggota dalam masyarakatnya.

    Merujuk negara Malaysia, penggunaan bahasa Melayu dalam

    pelbagai bidang dapat difahami oleh setiap orang, dan lebih-lebih

    lagi, mereka yang berstatus warganegara Malaysia.

    http://islam.dunyahalal.com/index.php?id=216&mnu=216http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bahasa+kebangsaan+wahana+perpaduan&d=10http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bahasa+kebangsaan+wahana+perpaduan&d=10http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.phphttp://islam.dunyahalal.com/index.php?id=216&mnu=216http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bahasa+kebangsaan+wahana+perpaduan&d=10http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bahasa+kebangsaan+wahana+perpaduan&d=10http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php
  • 8/7/2019 PERANAN BAHASA MELAYU 2011

    12/12

    Wacana saya yang ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa

    perpaduan rakyat Malaysia. Bahasa perpaduan bermaksud bahasa

    yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan antara anggotamasyarakat, sama ada dalam kalangan satu etnik mahupun antara

    etnik. Hal ini kerana, masyarakat kita adalah masyarakat majmuk

    yang berbeza kepercayaan, amalan, budaya, agama dan bahasa.

    Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai penyatu

    kepelbagaian tersebut melalui penggunaan bersama, atau satu

    bahasa untuk satu negara. Kerajaan menggalakkan rakyat

    menggunakan bahasa Melayu dalam semua komunikasi awam dan

    terbuka agar tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain.

    Apabila penggunaan bersama bahasa Melayu di tempat terbukasudah menjadi amalan, maka akan wujud kemesraan, kepercayaan,

    hormat dan rasa selamat. Rasa kemesraan, rasa kepercayaan, rasa

    hormat dan rasa selamat merupakan antara faktor yang membina

    perpaduan antara kaum. Dengan itu, dapatlah kita melahirkan

    bangsa yang bersatu dan menganggap Malaysia sebagai negara

    milik bersama.

    Pemilihan satu bahasa kebangsaan bertujuan mencari suatu

    lambang penyatuan atau perpaduan. Ia memainkan perananmengurangkan jurang perkauman, mengeratkan hubungan setiap

    lapisan masyarakat dalam segala bidang, bukan hanya dari segi

    politik, agama, perindustrian, ekonomi, kesukanan, perubatan,

    pendidikan malahan juga dalam komunikasi awam. Tugas bahasa

    Melayu sebagai bahasa perpaduan akan dapat diperkasakan melalui

    perlembagaan negara, sistem pendidikan, dasar-dasar yang

    dilaksanakan dan pelbagai aktiviti kempen. Justeru, ayuh, mari kita

    terus perjuangan yang telah lama digerakkan oleh pemimpin

    terdahulu demi mengangkat darjat bahasa Melayu sebagai bahasalingua franca, bahasa yang menyatupadukan rakyat peJbagai kaum

    dalam semua bidang, bak kata perpatah, di mana bumi dipijak, di

    situ langit dijunjung, atau berat sama dipikul, ringan sama

    dijinjing.

    http://retibasa.blogspot.com/2010/03/fungsi-bahasa-melayu-dalam-komunikasi.html

    Alang-alang menyeluk pekasam,

    Biar sampai ke pangkal lengan;

    AJang-alang ba hasa dijulang,

    Biar kekal sepanjang zaman.

    http://retibasa.blogspot.com/2010/03/fungsi-bahasa-melayu-dalam-komunikasi.htmlhttp://retibasa.blogspot.com/2010/03/fungsi-bahasa-melayu-dalam-komunikasi.html