PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN...

27
SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor 24 & 25 Disember, 2016 PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN SENIBINA MALAYSIA : GARAPAN DARI TERAS SENIBINA WARISAN MELAYU Mastor bin Surat (Ar. PhD) Jabatan Senibina Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Malaysia Malaysia [email protected] Abstrak Permasalahan dalam pentafsiran identiti senibina Malaysia merupakan perkara yang masih kabur walaupun ianya telah lama diwacanakan. Pencarian kepada gagasan identiti senibina tersebut berlaku hampir kepada semua negara-negara yang baru merdeka setelah penjajah memporak perandakan bentuk pembangunan di negara berkenaan termasuklah Malaysia. Sebelum zaman penjajahan Barat, orang Melayu telah berjaya membangunkan senibina yang cukup bitara. Setiap daerah mempunyai gaya, perwatakan dan peranan senibina tersendiri yang menjadi identiti kepada kedaerahan tersebut sehinggakan masyarakat pendatang termasuk penjajah Inggeris diperingkat awal telah membangunkan senibina mengikuti rentak perwatakan senibina dimana binaan tersebut dibangunkan. Kecelaruan senibina di Malaysia sebenarnya adalah rentetan dari kecelaruan dalam pendekatan senibina di Eropah yang telah dibawa oleh penjajah Inggeris semenjak di akhir kurun ke 19 hingga diawal kurun ke 20. Dalam tempoh tersebut, banyak negara- negara yang baru merdeka daripada penjajahan Romawi telah cuba untuk mengembalikan identiti senibina mereka melalui pendekatan Neo-Classicism, Gothic Revivalism dan Eclecticism. Gerakan Modernism dan diikuti dengan pemikiran Post-Modernism telah membantu masyarakat Eropah dalam membangunkan gagasan senibina di tempat mereka sehingga terbawa-bawa ke daerah tanah pendudukan mereka termasuklah di Malaysia yang turut menggunakan pendekatan yang sama. Gagasan identiti Malaysia dalam senibina telah mula diwacanakan di Malaysia sebaik sahaja kita bebas dari cengkaman penjajah. Pendekatan yang paling mudah dan umum diketika itu ialah dengan mengembalikan semula gaya dan perwatakan senibina rumah warisan Melayu atau gabungan dari pelbagai perwatakan senibina dari Timur Tengah, Timur Jauh, Asia Tengah atau India Utara. Walaupun telah pelbagai percubaan yang telah dilakukan, namun sehingga kini kita masih mencari-cari jawapannya kerana tiada siapa yang sanggup tampil untuk memberikan susunan (schema) jawapannya. Untuk itu, dalam usaha pencarian ke arah gagasan senibina identiti Malaysia, pemerhatian dan pencerakinan dasar pemikiran senibina warisan Melayu boleh dijadikan sebagai pilihan dan diharap dapat dijadikan panduan dalam merekabentuk bangunan masakini bagi mendapatkan gaya, perwatakan dan peranannya yang dapat menzahirkan identiti senibina Malaysia, disamping keselesaan hawa serta berupaya menangani pelbagai permasalahan kesan dari iklim dan persekitaran di Malaysia. Pembangunan senibina diambang abad ke 21 telah memperlihatkan kepelbagaian pendekatan yang semakin menjurus kepada gagasan senibina identiti Malaysia terutama yang menggunakan pendekatan ‘hijau’ atau lestari. Selain membincangkan senario wacana dan pendekatan senibina yang telah dilakukan di Malaysia, tulisan ini juga bertujuan untuk membincangkan tentang faedah yang bakal diperolehi dari sudut ekonomi, teknologi hijau dan penggunaan bahan tempatan jika menggunakan pendekatan senibina warisan Melayu dalam pencarian ke arah identiti senibina yang dihasratkan melalui pendekatan senibina masakini. Kata kunci: dasar pemikiran (principle), senibina warisan Melayu, senibina identiti Malaysia.

Transcript of PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN...

Page 1: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

24 & 25 Disember, 2016

PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN SENIBINA MALAYSIA : GARAPAN DARI TERAS

SENIBINA WARISAN MELAYU

Mastor bin Surat (Ar. PhD)

Jabatan Senibina

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Universiti Malaysia Malaysia

[email protected]

Abstrak

Permasalahan dalam pentafsiran identiti senibina Malaysia merupakan perkara yang masih kabur

walaupun ianya telah lama diwacanakan. Pencarian kepada gagasan identiti senibina tersebut

berlaku hampir kepada semua negara-negara yang baru merdeka setelah penjajah memporak

perandakan bentuk pembangunan di negara berkenaan termasuklah Malaysia. Sebelum zaman

penjajahan Barat, orang Melayu telah berjaya membangunkan senibina yang cukup bitara. Setiap

daerah mempunyai gaya, perwatakan dan peranan senibina tersendiri yang menjadi identiti

kepada kedaerahan tersebut sehinggakan masyarakat pendatang termasuk penjajah Inggeris

diperingkat awal telah membangunkan senibina mengikuti rentak perwatakan senibina dimana

binaan tersebut dibangunkan. Kecelaruan senibina di Malaysia sebenarnya adalah rentetan dari

kecelaruan dalam pendekatan senibina di Eropah yang telah dibawa oleh penjajah Inggeris

semenjak di akhir kurun ke 19 hingga diawal kurun ke 20. Dalam tempoh tersebut, banyak negara-

negara yang baru merdeka daripada penjajahan Romawi telah cuba untuk mengembalikan

identiti senibina mereka melalui pendekatan Neo-Classicism, Gothic Revivalism dan Eclecticism.

Gerakan Modernism dan diikuti dengan pemikiran Post-Modernism telah membantu masyarakat

Eropah dalam membangunkan gagasan senibina di tempat mereka sehingga terbawa-bawa ke

daerah tanah pendudukan mereka termasuklah di Malaysia yang turut menggunakan pendekatan

yang sama. Gagasan identiti Malaysia dalam senibina telah mula diwacanakan di Malaysia sebaik

sahaja kita bebas dari cengkaman penjajah. Pendekatan yang paling mudah dan umum diketika

itu ialah dengan mengembalikan semula gaya dan perwatakan senibina rumah warisan Melayu

atau gabungan dari pelbagai perwatakan senibina dari Timur Tengah, Timur Jauh, Asia Tengah

atau India Utara. Walaupun telah pelbagai percubaan yang telah dilakukan, namun sehingga kini

kita masih mencari-cari jawapannya kerana tiada siapa yang sanggup tampil untuk memberikan

susunan (schema) jawapannya. Untuk itu, dalam usaha pencarian ke arah gagasan senibina

identiti Malaysia, pemerhatian dan pencerakinan dasar pemikiran senibina warisan Melayu boleh

dijadikan sebagai pilihan dan diharap dapat dijadikan panduan dalam merekabentuk bangunan

masakini bagi mendapatkan gaya, perwatakan dan peranannya yang dapat menzahirkan identiti

senibina Malaysia, disamping keselesaan hawa serta berupaya menangani pelbagai

permasalahan kesan dari iklim dan persekitaran di Malaysia. Pembangunan senibina diambang

abad ke 21 telah memperlihatkan kepelbagaian pendekatan yang semakin menjurus kepada

gagasan senibina identiti Malaysia terutama yang menggunakan pendekatan ‘hijau’ atau lestari.

Selain membincangkan senario wacana dan pendekatan senibina yang telah dilakukan di

Malaysia, tulisan ini juga bertujuan untuk membincangkan tentang faedah yang bakal diperolehi

dari sudut ekonomi, teknologi hijau dan penggunaan bahan tempatan jika menggunakan

pendekatan senibina warisan Melayu dalam pencarian ke arah identiti senibina yang dihasratkan

melalui pendekatan senibina masakini.

Kata kunci: dasar pemikiran (principle), senibina warisan Melayu, senibina identiti Malaysia.

Page 2: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

2

PENGENALAN

Secara dasarnya, pembangunan sesuatu

senibina dipengaruhi oleh budaya bangsa,

persekitaran dan iklim. Persekitaran yang

berbagai-bagai dipengaruhi oleh perbezaan

iklim dan perbezaan budaya bangsa pula

dipengaruhi oleh persekitaran dan iklim yang

berbagai-bagai. Dengan pelbagai

perbezaan budaya, pesekitaran dan iklim

tersebut, maka pembangunan senibina juga

akan menjadi pelbagai kerana rekabentuk

senibina yang baik perlu disesuaikan dengan

budaya bangsa, persekitaran dan iklim

dimana senibina tersebut dibangunkan. Oleh

itu setiap gaya dan perwatakan senibina

akan memberikan identiti tempatan kepada

kedaerahan tersebut yang juga menjadi

lambang kepada masyarakat yang

membangunkan senibina tersebut.

Keserlahan Identiti dan jati diri

masyarakat sesebuah negara boleh digarap

dan dihayati dalam pelbagai landasan dan

pemeragaaan unsur budaya bangsa seperti

bahasa, sastera, muzik, makanan, pakaian,

alam semulajadi, rupabentuk bandar

termasuklah senibina. Sifat sayang kepada

negara tercinta yang terbit dalam sanubari

setiap anggota masyarakat perlu dizahirkan

secara menyeluruh dalam bentuk

perkongsian citarasa, rujukan tampak, dan

tatapan gambaran berhasrat dan terus

dipupuk supaya kekal segar, mekar, dan

semarak.

Senibina adalah bentuk penzahiran

unsur budaya bangsa yang paling unggul

yang mudah ditatap dan sentiasa hadir di

hadapan mata serta dihayati suasana

ruangnya oleh anggota masyarakat dan

para pengunjung. Menerusi senibina perihal

budaya, jiwa setempat dan semangat

Malaysia boleh dipaparkan secara amat

berkesan. Penghasilan usaha senibina perlu

dilaksanakan secara sedar dan berpelarasan

ke arah usaha memperkasakan identiti

Malaysia untuk tanahair tercinta.

Dalam hubungan gagasan demokrasi

matlamat murni ke aras mengolah,

merancang, membentuk, membangun, dan

mengekalkan identiti senibina Malaysia yang

diterbitkan di negara ini perlulah digembling

secara tersusun, teratur, dan terarah. Kesan

yang bakal terhasil dari usaha gigih ini adalah

kemegahan dan kebanggaan rakyat

terhadap harta budaya yang dimiliki, lalu

membangkitkan rasa sayang dan cinta

kepada bangsa dan negara. Sejarah dan

lekatan ingatan keatas setiap paparan

perbandaran, prasarana dan bangunan

bakal menyemat dalam hati dan fikiran

rakyat akan jiwa dan semangat tempat yang

mereka kunjungi.

Perbincangan yang melibatkan

persoalan senibina Malaysia sebelum ini

seringkali dilibatkan dengan persoalan

mengenai faedah, ekonomi, teknologi hijau

dan penggunaan bahan binaan tempatan.

Persoalan tersebut bukanlah sesuatu yang

mudah untuk diperbincangkan kerana ianya

terlalu subjektif dan pelbagai. Kepelbagaian

pendekatan dalam penzahiran senibina

Malaysia merupakan penyebab kepada

pelbagai kemungkinan tentang keempat-

empat persoalan diatas. Bagi lebih

memudahkan pemahaman terhadap

perkara yang akan dibincangkan selanjutnya,

adalah lebih baik jika kita memahami terlebih

dahulu serba sedikit mengenai kemelut

senibina yang telah dipertontonkan oleh

penjajah barat seterusnya oleh anak watan

yang mewarisi pemikiran mereka. Kesemua itu

dilakukan dengan tujuan untuk

menghilangkan jatidiri bangsa yang dijajah

agar terus lemah dan dapat dikuasai

pemikiran mereka bagi meneruskan hasrat

dan perancangan mereka. Namun bangsa

Melayu tidak mudah mengaku kalah. Selepas

Negeri-negeri Selat mencapai kemerdekaan

daripada Kerajaan British dan pada tarikh

yang sama tertubuhnya Persekutuan Tanah

Melayu hasil gabungan Negeri-negeri Selat

dan Negeri-negeri yang beraja, maka bangsa

Melayu selepas itu terus memacu hasrat

mengembalikan identiti bangsa mereka

termasuklah dalam bidang senibina. Wacana

terawalnya telah disepakati dan tercatat

dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan

beberapa persidangan selepas itu. Berbagai-

bagai percobaan dan pendekatan senibina

telah dilakukan dalam mencari gagasan

senibina Malaysia yang dihasratkan. Hasrat

tersebut telah memudar sekitar akhir kurun ke

20 sehinggalah Jemaah Menteri pada tahun

2010 telah mengutarakan rasa tidak senang

mereka dengan gaya dan perwatakan

senibina yang telah kehilangan punca

berikutan kesan pensejagatan yang telah

mengikis kebanggaan, jatidiri serta rasa

Page 3: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

3

kekitaan terhadap senibina yang telah

dibangunkan.

Antara tujuan utama tulisan ini adalah

untuk menyertai wacana dalam

memperlihatkan semula hasrat Jemaah

Menteri tersebut dengan menyuarakan

persoalan utama perbincangan iaitu

penafsiran mengenai senibina Malaysia. Oleh

itu bagi memulakan perbincangan, mari kita

berkongsi pendapat mengenai kefahaman

mengenai gagasan rekabentuk Malaysia

ataupun sebelum ini dicatatkan juga sebagai

identiti senibina Malaysia yang kini telah mula

dibincangkan kembali setelah sekian lama

permasalahannya tidak diwacanakan. Jika

diperhatikan kepada pembangunan senibina

diambang abad ke 21, telah memperlihatkan

kepelbagaian pendekatan yang semakin

menjurus kepada gagasan senibina Malaysia

terutama yang menggunakan pendekatan

‘hijau’ atau lestari. Namun begitu,

permasalahan dalam penafsiran identiti

senibina Malaysia merupakan perkara yang

masih kabur walaupun ianya telah lama

diwacanakan. Pencarian kepada gagasan

identiti senibina tersebut berlaku hampir

kepada semua negara-negara yang baru

merdeka setelah penjajah memporak

perandakan bentuk pembangunan di negara

berkenaan termasuklah di Malaysia. Sebelum

zaman penjajahan Barat, orang Melayu telah

berjaya membangunkan senibina yang

cukup bitara. Setiap daerah mempunyai

gaya, perwatakan dan peranan senibina

tersendiri yang menjadi identiti kepada

kedaerahan tersebut sehinggakan

masyarakat pendatang termasuk penjajah

Inggeris diperingkat awal telah

membangunkan senibina mengikuti rentak

perwatakan senibina dimana binaan tersebut

dibangunkan sebelum mereka memporak

perandakan pembangunan senibina di

negara kita.

Tulisan ini bertujuan untuk

membincangkan peranan budaya bangsa

dalam pembangunan senibina Malaysia.

Budaya bangsa yang dimaksudkan adalah

budaya Melayu dimana di dalam

Perlembagaan Malaysia, hanya Melayu yang

diiktiraf sebagai bangsa dan yang lainnya

adalah sebagai kaum. Budaya Melayu

tersangat bitara kerana di dalamnya

mengandungi adat iaitu kepercayaan atau

peraturan yang menjadi asas kepada

pembangunan budaya Melayu. Oleh itu

untuk lebih mengenali budaya Melayu, tulisan

ini membincangkan terlebih dahulu

mengenai usul Melayu serta peradabannya

yang membawa kepada pembentukan dan

pembangunan senibina rumah kediaman

serta bangunan-bangunan lain yang

tersangat maju kehadapan falsafah dan

kaedah binaannya. Pembangunan senibina

warisan Melayu tersebut sudah pasti

diusahakan berikutan dari peranan budaya

Melayu, persekitaran dan iklim di kedaerahan

yang dihuni oleh bangsa Melayu.

Melihat sahaja kepada senibina rumah

warisan Melayu yang mewakili senibina

warisan di Alam Melayu, kita akan

mengetahui bahawa, setiap unsur bangunan

dan ragamhias, perancangan ruang

dalaman, penyesuaian bangunan, bentuk

bumbung, kedudukan lantai, kedudukan

tingkap, reka bentuk dinding dan sebagainya

di mana kesemuanya merupakan unsur atau

alat perhubungan yang memberikan

jawapan mengapa kesemuanya dibuat

sedemikian rupa. Inilah yang dikatakan

kebenaran (fact) atau jawapan sebenar

tentang kehidupan penghuninya yang saling

berkait rapat dan mesra dengan persekitaran

dan alam semula jadi. Jika kita lihat pula

binaan warisan yang lain sama ada di Alam

Melayu atau di dunia seantero, kita akan

mendapati bahawa senibina tersebut akan

memberikan jawapan yang berbeza tetapi

masih menjadi suatu kebenaran kepada

penghuninya. Ini samalah dengan bahasa

atau ‘dialect’ yang mereka gunakan.

Walaupun memberikan bunyi yang berbeza

tetapi masih memberikan makna yang sama.

Apakah sebenarnya rupa senibina

warisan? Jawapan kepada persoalan

tersebut perlu dijawab satu per satu. Kita

mulakan dahulu dengan gagasan keindahan

(aesthetic) dalam senibina warisan Melayu.

Jika kita lihat rumah warisan Melayu dari jauh,

kita akan lihat bahagian rumahnya

membentuk garis latar langit (silhouette) yang

menunjukkan susunan ruang dalamannya

menurut tatatingkat (hierarchy) darisegi

kepentingannya. Besarnya bangunan adalah

merujuk kepada nisbah ukuran di mana

bentuk tangga, kepingan atap, pagar

musang, pintu dan tingkap yang sudah pasti

menggunakan nisbah ukuran manusia. Nisbah

ketinggian lantai, dinding dan bumbungnya

Page 4: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

4

adalah pada kadar (proportion) yang tepat

di mana akhirnya berjaya untuk memberikan

nilai keindahan yang tinggi.

Selain dari rupa senibina, rumah warisan

Melayu dan senibina kedaerahan

(vernacular) yang lain juga mengambil berat

perihal nilai kemasyarakatan dan

kepercayaan agama penghuninya yang

membawa kepada nilai kerohanian (spiritual)

dan perlambangan (symbolic). Inilah yang

dikatakan amalan (tradition) yang seterusnya

membentuk kebudayaan. Setiap bangsa dan

suku kaum di muka bumi ini mempunyai

isyarat (signs) dan lambang (symbols)

tersendiri yang memberikan makna tersendiri.

Isyarat dan lambang tersebut telah mereka

tonjolkan melalui ragam hias dalam reka

bentuk. Oleh itu peniruan ke atas ragam hias

dalam senibina tidak sepatutnya berlaku

kerana ianya boleh menimbulkan kekeliruan

di samping tidak menunjukkan reka bentuk

yang berdaya maju.

Tulisan ini juga membincangkan empat

pendekatan senibina yang telah dilakukan

dalam usaha untuk mewarnai pembangunan

di Malaysia. Tiga pendekatan yang lazimnya

dilakukan ialah pendekatan senibina

semulajadi, pendekatan senibina buatan,

pendekatan senibina paksaan. Ketiga-tiga

pendekatan ini dibincangkan melalui tajuk

Permasalahan Dalam Pembangunan

Senibina di Malaysia sebagai perbandingan

kerana pendekatan tersebut tidak begitu

membantu dalam membangunankan

gagasan senibina Malaysia. Pendekatan

yang ke empat merupakan perkara penting

dalam perbincangan ini dimana

mencadangkan agar teras senibina warisan

Melayu digunakan dalam merangka,

merancang dan merekabentuk senibina yang

bergagasan Malaysia. Di bahagian akhir

tulisan ini mencadangkan beberapa contoh

rekabentuk bangunan yang telah cuba

menerapkan teras senibina Melayu sebagai

usaha percubaan untuk usaha

pembangunan selanjutnya.

Adalah diharapkan, dalam menyertai

senibina Malaysia, semua pihak yang terlibat

dalam pembangunan senibina termasuklah

para pengukir, pembekal bahan binaan,

penaung projek, masyarakat umum dan

sebagainya perlu ‘melihat’ setiap unsur

binaan yang berupaya untuk

menggambarkan jati diri bangsa yang

dikembangkan dari unsur warisan yang

seterusnya akan menyerlahkan sesuatu yang

benar-benar milik kita yang dibangunkan

sendiri dengan tanpa membuat peniruan.

Gambar 1 : Rumah Penghulu Seman menunjukkan

contoh rumah warisan Alam Melayu yang agak

sempurna binaannya.

Gambar 2 : Istano Bandaro Kuniang menunjukkan

contoh Rumah Gadang ataupun Rumah Adat

bagi masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat

Indonesia. Rekabentuk lantainya yang bertingkat

menandakan pemilik rumah tersebut dahulunya

mengamalkan kepercayaan dan kebudayaan

terdahulu yang mengutamakan darjat dalam

kebudayaan mereka. Dua buah binaan di

hadapan rumah tersebut dipanggil Rangkiang iaitu

digunakan untuk menyimpan padi.

Page 5: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

5

PERADABAN BANGSA MELAYU

Dunia atau Alam Melayu yang terletak di

antara dua tamadun besar di sebelah timur

dan barat juga telah membangunkan

tamadunnya tersendiri yang tidak kurang

hebatnya. Walaupun peradaban bangsa

Melayu tidak dijelaskan dengan nyata di

dalam ensaiklopedia tamadun dunia, namun

Claudius Ptolemaeus (c. 90 – c.168) seorang

ahli geography Greek telah mencatatkan

peta dan beberapa penjelasan mengenai

masyarakat yang mendiami “Golden

Chersonese”. Dia mengetahui sesuatu

tentang "Golden Chersonese" atau

Semenanjung Tanah Melayu, iaitu sesuatu

seperti di China, di mana jauh ke arah utara,

dan bersempadan dengan laut timur,

terdapat kawasan yang mengandungi

sebuah bandar yang hebat yang merupakan

pengekspot sutera, sama ada mentah yang

telah diputar dan yang telah ditenun menjadi

kain selain dari rempah ratus dan emas. (M. B.

Synge , 2000-2012).

Antara perkara yang sering menjadi

perbahasan pengenai peradaban bangsa

Melayu adalah mengenai kedudukan bangsa

Melayu di Alam Melayu yang dahulunya

dikenali sebagai Bumi Sunda serta pengertian

‘Melayu’ itu sendiri dan bagaimana

perkataan tersebut mula di ungkapkan.

Mengikut Liang Liji (1996) dalam penulisan

beliau, rekod tertua dalam sumber China

terdapat catatan yang menyebut perutusan

’Mo-lo-yu’, ’Mo-lo-yeu’ atau ’Mali-yu-eul’ ke

negeri Cina buat kali ke-5 bertarikh tahun 644

M. Selain itu, menurut Chatterji (1967) dalam

buku beliau, pada tahun 435 M sudah ada

raja dari Ja-va-da, Javadvipa iaitu Sumatera

atau Pulau Jawa sekarang yang bergelar ‘Se-

li Pa-do-a-la-pa-mo’ yang jelas berbunyi

perkataan ’Sri Paduka’ yang menghantar

utusan kepada maharaja China di masa

Dinasti Sung. Menurut Liang Liji (1996) juga,

perutusan sebegini sudah berlaku berkurun-

kurun sebelum ini, malahan pada tahun 131 M

lagi sudah terdapat kerajaan yang dikenali

sebagai Ye Diao dalam tulisan Cina Purba

yakni rantau yang dikenali Jawa dan

Sumatera.

Dalam bahasa Sanskrit, ‘Malaya’

bermaksud ‘gunung’. Dalam bahasa Tamil

pula ‘malai’ bermaksud gunung dan ‘uur’

bermaksud ‘kota’. (Wan Hashim Wan Teh,

2012). Berkemungkinan perkataan ‘Melayu’

bermaksud orang yang membina kota

gunungan, berbentuk meru atau pyramid.

Oleh itu, dari perkataan ‘Melayu’ tersebut ini

bermakna bangsa Melayu adalah orang

yang telah membangunkan ‘kota gunungan’

yang telah dibangunkan oleh temurunannya

di merata tempat di seluruh dunia. Menurut

pengkaji genatik dan pemetaan mtDNA

seperti Zafarin Zainuddin (2012), Stephen

Oppenheimer (2012) dan lain-lain, bangsa

Melayu adalah antara pemegang salasilah

genetik atau pemetaan mtDNA paling lama

iaitu sehingga 200,000 tahun. Namun masih

tidak pasti sama ada tempoh tersebut adalah

sehingga ke Nabi Adam a.s. atau melebihi

umur Nabi Adam a.s.

Mengenai usul kejadian manusia,

masyarakat Islam termasuklah bangsa Melayu

percaya bahawa kejadian manusia adalah

dari seorang lelaki dan seorang perempuan

dan seterusnya menjadi pelbagai bangsa

dan keturunan (al-Quran – 49:13). Yang masih

tidak pasti ialah dari kelompok manakah asal

usul manusia moden yang mendiami muka

bumi sekarang. Orang Islam juga percaya

bahawa Nabi Adam a.s. adalah merupakan

nabi dan khalifah pertama kepada manusia

sebagaimana yang dimaklumkan dalam al

Quran (2:30) dan dalam al-Quran juga

menyatakan telah ada makhluk yang

menyerupai manusia sebelum kelahiran Nabi

Adam a.s. (al-Quran – 2:30). Masyarakat yang

menganut agama samawi juga percaya

bahawa Nabi Adam a.s. adalah bapa

kepada manusia moden, namun

kepercayaan ini tidak ada pada kebanyakan

orang yang tidak beragama di mana telah

menyebabkan penceritaan mengenai usul

kejadian manusia telah diceritakan dengan

secara tidak jelas. Jika dirujuk kepada era

ketamadunan manusia, masih belum jelas

tentang di zaman manakah roh Nabi Adam

a.s. diturunkan, sama ada pada zaman

Australopithecus, Homo habilis, Homo erectus,

Homo sapiens atau Homo sapiens sapiens.

Namun begitu, sebagai seorang Nabi dan

khalifah pertama manusia, Nabi Adam a.s.

telah dikurniakan dengan pelbagai

pengetahuan bagi menguruskan kehidupan

manusia. Jika dirujuk kepada maklumat

persejarahan, kumpulan makhluk menyerupai

manusia yang mula membangunkan

kehidupan mereka adalah kumpulan Homo

Sapiens yang seterusnya dikembangkan

Page 6: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

6

sehingga pembangunan tamadun oleh

kumpulan Homo sapiens sapiens.

Melalui kajian mtDNA Melayu Purba

(Proto Malay), Negrito-Semang dan Senoi

tidak mempunyai pertalian genetik dengan

makhluk purba terawal di Afrika atau susur

daripada makhluk purba dari tempat lain.

Kajian juga menunjukkan masyarakat terawal

Asia Tenggara adalah asal-usul kepada kaum

Arab, India, China dan lain-lain masyarakat

Asia Timur. (Stephen Openheimer, 2012).

Mungkinkah mereka adalah kumpulan Homo

sapiens terawal? Berdasarkan kepada

maklumat sejarah tersebut, kumpulan Homo

sapiens telah dikenal pasti hanya di Asia

Tenggara dan masih tidak dijumpai di Benua

Afrika dan di tempat-tempat lain. Oleh itu

besar kemungkinan Nabi Adam a.s. adalah

khalifah atau pemimpin kepada kumpulan

Homo sapiens tersebut di Asia Tenggara.

Berikutan dari itu, timbul pula persoalan

tentang kedudukan bangsa Melayu di Asia

Tenggara dan kedudukannya di kalangan

kumpulan Homo sapiens tersebut. Nabi Adam

a.s. berkemungkinan besar adalah bapa

kepada Homo sapiens dan rohnya telah

diturunkan dalam keadaan berilmu (wise

man). Beliau mungkin diturunkan semenjak

300 ribu tahun dahulu jika dirujuk kepada

salasilah 300 lebih orang rasul yang diutuskan

untuk membimbing manusia. Jumlah rasul

yang termaktub dalam al-Quran adalah 25

orang yang memakan masa dalam

lingkungan 20 ribu hingga 25 ribu tahun. Oleh

itu jika boleh dilakarkan petaan terhadap

salasilah para rasul seramai 300 orang

tersebut, besar kemungkinan Nabi Adam a.s.

telah diturunkan sejak 300 ribu tahun dahulu

atau lebih. Pendapat ini telah dikuatkan

dengan kajian terbaharu yang telah

dilakukan di mana melaporkan yang Adam

kromosom-Y hidup sekitar 338,000 tahun

dahulu (Mendez, Fernando; Krahn, Thomas;

Schrack, Bonnie; Krahn, Astrid-Maria;

Veeramah, Krishna; Woerner, August; Fomine,

Forka Leypey Mathew; Bradman, Neil dll.

(2013). "An African American paternal lineage

adds an extremely ancient root to the human

Y chromosome phylogenetic tree". American

Journal of Human Genetics 92 (3): 454.

Ini adalah satu lagi pemikiran yang

mungkin boleh diwacanakan iaitu sama ada

genetik bangsa Melayu terawal adalah lebih

dahulu daripada Nabi Adam a.s. dimana

Nabi Adam a.s. diturunkan untuk menjadi

khalifah. Menurut perkiraan akal, khalifah

mistilah ada masyarakatnya yang hendak

dipimpin dan mungkinkah itu adalah orang

Melayu yang asalnya dari Asia Tenggara atau

Alam Melayu di mana dahulunya dikenali

sebagai Benua Sunda dan telah berhijrah ke

serata dunia semenjak 30 ribu tahun dahulu

dan melahirkan pelbagai kumpulan bangsa

Homo sapiens sapiens. Ini adalah kerana

pemikiran ini ada kaitannya dengan

kenyataan yang mengatakan bahawa orang

Melayu adalah 'Mother of All Races' dan di

Benua Sundalah telah berlakunya 'cradle of

human civilisation' atau Pengasas Tamadun

Dunia. Orang Melayu dikatakan sebagai

'Mother of All Races' kerana di dalam

pemetaan mtDNA Orang Melayu

mengandungi genetik dari pelbagai bangsa

seluruh dunia (Stephen Oppenheimer, 2012)

sementara jolokan 'cradle of human

civilisation' berikutan maklumat tertua

ketamadunan manusia yang telah dijumpai di

Asia Tenggara.

Setakat ini ahli sejarah dunia hanya

berjaya mengumpulkan maklumat tentang

persejarahan manusia moden bermula pada

10,000 sm atau 12 ribu tahun dahulu (Anita

Ganeri, Hazel Mary Martell, Brian Williams,

2010). Melalui maklumat tersebut peradaban

dalam pertanian dan penternakan telah mula

berlaku di Asia Tenggara sementara tembaga

telah mula digunakan sejak 7- 8 ribu tahun

dahulu oleh masyarakat di Asia dan Amerika

Utara. Namun begitu tiada sejarawan yang

telah menjelaskan peradaban masyarakat

yang telah membangunkan tamadun terawal

tersebut secara lebih lanjut mungkin kerana

masih kekurangan bukti ataupun mereka

enggan untuk mendedahkan perkara yang

sebenar. Kebanyakan maklumat sejarah telah

menyatakan tentang ketamadunan terawal

manusia yang telah dibangunkan di

Mesopotamia (3500 sm), Mesir (3000 sm) dan

Indus (2500 sm) melalui jumpaan runtuhan

bandar dan bangunan. Setelah itu diwar-

warkan pula peradaban masyarakat Babylon

di Mesopotamia, greek dan China di sekitar

tahun 2000 sm. Maklumat mengenai jumpaan

binaan gunungan, meru atau pyramid yang

turut dijumpai di dalamnya tulisan rencong

dan keris di dasar laut selatan Okinawa yang

dianggarkan telah dibangunkan sekitar 8000

sm atau telah berumur 10 ribu tahun masih

belum diwar-warkan. Malah lebih banyak lagi

Page 7: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

7

jumpaan gunungan di China, India, Bosnia,

Jawa, Tanah Melayu dan sebagainya yang

terus dipendamkan dari diketahui ramai.

Yang nyata di kebanyakan binaan gunungan

tersebut telah dijumpai keris dan tulisan

rencong yang sememangnya hanya bangsa

Melayu sahaja yang layak untuk menuntut

bahawa keris dan tulisan rencong tersebut

adalah hasil usaha nenek moyang mereka

terdahulu. Timbul pula persoalan tentang

binaan gunungan tersebut, sama ada ia juga

adalah hasil usaha bangsa Melayu terdahulu.

Perkara tersebut masih begitu sukar untuk

dijelaskan kerana kurangnya peluang untuk

melakukan pengkajian selanjutnya berikutan

kawalan ketat yang telah diberikan kepada

binaan tersebut di seluruh dunia. Yang nyata,

binaan gunungan tersebut banyak terdapat

di Asia Tenggara atau di Alam Melayu secara

amnya seperti yang boleh dilihat di Lembah

Bujang, Kedah (1 sm), Borobudur di Jawa (750

– 850 m), Candi Muara Takus (11-12 m) di Riau

Sumatera dan sebagainya. Jika diperhatikan,

sehingga kini hanya Orang Melayu yang

masih meneruskan dengan binaan

gunungan, meru atau pyramid tersebut

melalui binaan masjid.

Melalui bukti dari penemuan arkeologi,

masyarakat di Benua Sunda merupakan

perintis penanaman padi pertama di dunia di

mana turut menjinakkan lembu liar menjadi

lembu ternakan. ‘Pembaharuan’ tersebut

bermula di Semenanjung Tanah Melayu diikuti

Sumatera dan Jawa yang telah berlaku lebih

14,000 tahun dahulu. Penanaman padi bukan

hanya sebagai memenuhi keperluan

makanan asasi tetapi sebagai pelantar

kepada akar kebudayaan dan peradaban

atau ketamadunan orang Melayu.

Peradaban tersebut merupakan 10,000 tahun

lebih awal dari yang telah berlaku di China,

India, Mesir dan Palestine. (Zaharah Sulaiman,

2012) Melalui pelbagai penemuan arkeologi

dan kandungan catatan dalam naskhah

Melayu, sejarawan barat telah menganggap

Benua Sunda sebagai ‘Cradle of Human

Civilization’ atau ‘Pengasas Peradaban

Dunia’. (Zaharah Sulaiman, 2012)

Agak mendukacitakan bagi bangsa

Melayu kerana telah tiada simpanan naskhah

purba (manuscript) yang ditulis sendiri oleh

bangsa Melayu yang berada di tangan

mereka bagi membuktikan peradaban

bangsa Melayu terdahulu. Ini adalah kerana

kebanyakan naskhah purba Melayu tersebut

telah dibawa keluar oleh para penjajah

Portugis, Belanda dan Inggeris, malah Orang

Cina juga telah banyak membawa keluar

manuskrip Melayu sebagaimana yang

dicatatkan oleh I-Tsing pada kurun ke 7.

Namun mungkin kita masih boleh melihat-lihat

catatan yang telah ditulis oleh Orang Cina

bagi mengetahui serba sedikit mengenai

peradaban bangsa Melayu. Catatan sejarah

dari Dinasti Yin pada tahun 17-11 SM yang

menyebut adanya orang Cina datang ke

Dunia Melayu untuk mendapatkan kulit kura-

kura dan kulit binatang tenuk (Ma Lai Mo).

Terdapat juga catatan di zaman Dinasti Han

pada kurun ke-2 yang menceritakan

penjelajahan orang Cina ke Dungun (Du

Yuan, Qu Du Kun/ Quan/ Qian dan Du Qun ),

Pulau Pisang ( Pi Zhong ), Kedah (Du Yuan). Di

zaman Tiga Kerajaan (220-280 M), kerajaan

Wu yang berpusat di sebelah selatan China

pula memiliki kapal besar Cina dinamai ’Po’

yang dipercayai pinjaman daripada

perkataan Melayu purba yang bermaksud

kapal. Di zaman ini juga sudah terdapat

kerajaan Melayu kuno iaitu kerajaan Funan

yang berpusat di Kemboja sekarang.

Kemuncak keagungan empayar ini adalah

sekitar kurun ke-6 M dan mulai jatuh sehingga

kurun ke-15. Keagungan kerajaan Funan

dapat dilihat pada senibina pada Wat

Angkor yang dibina pada kurun ke-9 M lagi.

Peradaban Orang Melayu semenjak 5

ribu tahun hingga 10 ribu tahun mungkin

boleh dilihat pada binaan piramid yang telah

dijumpai di dasar laut Okinawa dan yang

terkini adalah sebagaimana yang dijumpai di

Bosnia dimana terkandung di dalamnya

tulisan rencong iaitu merupakan tulisan

pertama Orang Melayu sebelum bertukar ke

palava, kawi, jawi dan rumi. Berkemungkinan

besar, piramid yang ada di Mesir juga telah

dibangunkan oleh leluhur Melayu dimana kita

boleh melihat buktinya melalui gambar

orang-orang yang terdapat di piramid

tersebut ada yang menyematkan keris di

pinggang mereka. Sehingga kini, bangsa

yang masih membina piramid adalah Orang

Melayu sebagaimana yang boleh dilihat

pada binaan tempat ibadat di banyak

tempat di Jawa, Muara Takus di Sumatera,

Lembah Bujang di Kedah dan sebagainya.

Setelah bangsa Melayu menukar

kepercayaan atau syariat terdahulu kepada

Islam, mereka telah membina piramid

Page 8: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

8

sebagai binaan di atas masjid sebagaimana

yang banyak terdapat di Semenanjung

Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Kalimantan

dan sebagainya.

Dalam menggunakan bahasa

perhubungan, bangsa Melayu dikatakan

meminjam lebih dari 70% perkataan Sanskrit

sebagai bahasa pertuturan dan yang

selebihnya adalah sama seperti bahasa-

bahasa Arab, Parsi, Tamil dan Mandarin.

(Doug Cooper at CRCL). Bahasa Sanskrit

dikatakan bahasa tertua dan kini telah

semakin pupus di India. Kini hanya lebih

kurang antara 400 – 500 orang sahaja yang

boleh berbahasa Sanskrit untuk tujuan

mantera. Namun begitu sehingga kini lebih

kurang 400 juta orang di Alam Melayu masih

menuturkan bahasa Sanskrit dan terus

mengembangkannya sebagai bahasa

akademik. Sebagaimana yang telah

diperkatakan bahawa bangsa Melayu

adalah ‘ibu segala bangsa’, maka

dicadangkan bahawa bahasa Arab, Parsi,

Tamil, Hindi, Mandrin dan sebagainya adalah

pinjaman dari bahasa pertuturan bangsa

Melayu iaitu Sanskrit dan bukan sebaliknya.

Maklumat mengenai bahasa Sanskrit

sebagai bahasa pertuturan bangsa Melayu

adalah tersangat penting kerana ia akan

membuka satu lembaran baru mengenai

andaian ke atas agama bangsa Melayu

sebelum hadirnya syariat Islam. Sebagaimana

yang telah diketahui umum bahawa kitab

Weda adalah berbahasa Sanskrit dan ditulis

dengan tulisan Pallava. Satyamev Satya Dev

(April, 5, 2012) memaklumkan bahawa telah

100 % terbukti bahawa kitab Weda bukanlah

naskhah Hindu dan Sanskrit adalah bukan

bahasa untuk kepercayaan Hindu. Jaanbaz

12 pula mengatakan bahawa bahasa Tamil

merupakan bahasa utama di India dan ia

tidak dikembangkan dari bahasa Sanskrit.

Beliau juga mengatakan bahawa kitab Weda

adalah kitab yang paling suci dikalangan

kitab-kitab Hindu dan setiap kitab Hindi

sangat berbeza dengan kitab Weda. Dalam

beberapa ulasan yang telah diberikan oleh

Zakir Abdul Karim Naik, Terdapat bab dalam

kitab WEDA menyamai kandungan Surah al

Ikhlas mengenai Allah swt. Beliau juga

mengatakan perihal Nabi Muhammad saw

banyak dinyatakan di dalam kandungan

kitab WEDA sebagaimana dalam kitab Taurat

dan Injil. Kandungan kitab WEDA juga

terdapat pencegahan minum arak, zina dan

perkara buruk yang lain. Kenyataan tersebut

memberi petanda baik kepada bangsa

Melayu kerana mereka boleh membuat

andaian bahawa kitab Weda adalah kitab

wahyu yang menjadi pegangan atau syariat

kepada bangsa Melayu. Jika merujuk kepada

al Quran, Ibrahim (14) : 4 , Allah swt berfirman

bermaksud “Dan Kami tidak utuskan seorang

Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya

supaya ia menjelaskan hukum-hukum Allah

kepada mereka. Maka Allah menyesatkan

sesiapa yang Dia kehendaki, dan menunjuki

sesiapa yang Dia kehendakiNya; dan Dia lah

Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”.

Melalui ayat tersebut dapatkah diandaikan

bahawa bangsa Melayu telah mempunyai

kitab tauhid sebagai panduan hidup dan

untuk perlakuan keagamaan. Jika kita

merujuk pada candi yang menjadi tempat

penyembahan orang Bali di Indonesia,

mereka tidak menyembah berhala sebaliknya

menyembah ‘Sang Yang Widi’ bermaksud Dia

Yang Tunggal dan kitab mereka bernama

Weda. Menurut bukti pensejarahan orang Bali

tersebut adalah berasal dari Daerah Jawa

Tengah di mana terdapatnya banyak candi

berbentuk pyramid dan pyramid potong.

Mereka telah dihalau oleh pemerintah

Kerajaan Demak kerana enggan untuk

mengubah syariat kepada Islam. Berdasarkan

kenyataan di atas, bolehlah diandaikan

bahawa pegangan hidup atau kepercayaan

bangsa Melayu terdahulu adalah ke atas ‘Dia

Yang Satu’ di mana kenyataan ini juga terus

menafikan bahawa kepercayaan bangsa

Melayu terdahulu bukan kepada Hindu dan

Buddha. Melalui kepercayaan kepada Dia

Yang Satu itulah bangsa Melayu

membangunkan adat istiadat yang turut

diterapkan dalam pembangunan budaya

dan seterusnya membangunkan peradaban

mereka.

Sehingga kini bangsa Melayu masih

terus membangunkan peradaban mereka

yang boleh diperhatikan melalui penulisan,

pertanian, makanan, pakaian, persenjataan

dan binaan rumah mereka yang telah

dibangunkan dengan cara tersendiri dan

cukup bitara bagi menyerlahkan kehadiran

mereka di muka bumi ini dalam tempoh yang

amat lama. Rumah lantai berpanggung yang

masih dibangunkan di Alam Melayu dan

masih boleh dilihat di Yunan & Ghuangxi di

China serta di Korea Selatan & Jepun adalah

Page 9: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

9

antara tanda perantauan leluhur mereka.

Rumah lantai berpanggung juga masih

diteruskan binaannya di beberapa tempat di

Australia seperti di Perth, Brisbane dan

sebagainya.

Oleh itu bangsa Melayu sepatutnya

berbangga dengan pencapaian dalam

peradaban yang telah dibangunkan oleh

leluhur mereka terdahulu dan diteruskan oleh

temurunannya sehingga kini. Walaupun

pernah diganggu perjalanan peradabannya

selama lebih 400 tahun oleh kumpulan

penjajah, namun bangsa Melayu masih

mempertahankan agama tauhid yang

mereka anuti melalui kerajaan beraja yang

turut dipertahankan sehingga kini. Mereka

masih mengekalkan dan terus

membangunkan budaya kehidupan mereka

walaupun telah cuba untuk diruntuhkan oleh

penjajah dalam tempoh yang agak lama.

Gambar 3 : menunjukkan ruang anjung rumah

warisan Melayu Perak yang boleh dijadikan

sebagai ruang serbaguna terutama sebagai ruang

untuk majlis kenduri dan sebagainya.

Sumber : Mastor Surat

Gambar 4 : menunjukkan ruang kolong di bawah

lantai rumah warisan Melayu Perak yang boleh

dijadikan sebagai ruang serbaguna terutama

sebagai ruang persediaan ketika majlis kenduri dan

sebagainya.

Sumber : Mastor Surat

KETERAMPILAN BUDAYA BANGSA MELAYU

Budaya berasal dari perkataan ‘budi’ dan

‘daya’. Budi bermaksud kebijaksanaan yand

letaknya di hati atau akal sementara daya

terletak pada kelakuan, perbuatan atau

tindakan. Dengan itu budaya bermaksud

tatacara berkelakuan. Budaya bangsa

Melayu adalah berasaskan kepada adat.

Adat adalah peraturan kehidupan yang telah

dilakukan turun temurun. Sebelum kehadiran

Syariat Islam, bangsa Melayu telah

mengamalkan adat yang berlandaskan

kepada mentauhidkan Allah swt. Setelah

kehadiran Islam bangsa Melayu berpegang

kepada syariat Islam di mana hati adalah

penentu kepada nilai kehidupan dan

perlakuan masyarakatnya. Oleh itu budaya

bagi bangsa Melayu merupakan suatu cara

hidup yang lahir dan menjelma daripada

keimanan dan ketakwaan dan di luar

daripada ini bukanlah kebudayaan Melayu.

Dengan sebab itulah budaya bangsa Melayu

tersangat berbeza dengan budaya kaum-

kaum lain. Oleh sebab budaya berperanan

dalam mencorakkan senibina, maka kita

dapat lihat tentang bagaimana budaya

Melayu telah membentuk senibina warisan

Melayu yang sangat bitara dan berbeza

dengan senibina yang dibangunkan oleh

bangsa-bangsa lain di dunia ini.

Budaya adalah suatu yang ‘hidup’ atau

bergerak dengan cergas (dynamics). Oleh itu

senibina Malaysia yang dibangunkan juga

perlu kepada sifat bergerak dengan cergas

bagi menampilkan jatidiri budaya bangsa

yang berdaya maju. Jati diri sesuatu budaya

bangsa secara fitrahnya diterampilkan

(manifestation) secara ketara (tangible)

dalam rekabentuk senibina dan rupabentuk

perbandaran (urbanscape). Kesesuaian

(harmony) budaya dalam rekabentuk

senibina dan alam bina menyumbang

kepada kehebatan peradaban yang dipacu

oleh kemakmuran ekonomi dan ketinggian

tahap pemikiran. Sehingga kini belum ada

satu dasar dan garispanduan yang menerajui

peranan ini secara berwibawa (authoritative),

tersusun (structural) dan terancang (strategic)

dalam mewujudkan satu hala tuju ke arah

kecemerlangan rekabentuk terbilang yang

bakal menjadi pusaka warisan negara. Puisi

Melayu lama, “kalau hendak tahu orang

berbangsa, tengok kepada budi dan

bahasanya” menjunjung betapa pentingnya

Page 10: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

10

kesantunan dalam berpekerti. Kelekaan

dalam melaksanakan kewajipan

menegakkan hati budi (psyche) budaya

bangsa akan mencelarukan kerukunan dan

senibina Malaysia :

Tegak rumah kerana sendi

Runtuh sendi rumah binasa

Tegak bangsa kerana budi

Runtuh budi hilanglah bangsa.

Ungkapan terkenal, “we shape our buildings,

and afterwards our buildings shape us” patut

dijadikan renungan dalam usaha

membangunkan senibina Malaysia. Secara

tidak langsung dan menerusi pemikiran

bawah sedar (subconscousness mind)

temurunan akan datang bakal terbentuk oleh

prasarana fizikal yang melatari kehidupan

mereka.

KEPERLUAN SENIBINA BERIDENTITI MALAYSIA

Senibina beridentiti Malaysia akan

mencerminkan nilai serta cara hidup

masyarakat, iklim dan persekitaran setempat.

Proses pembentukan identiti ini akan

mendorong ke arah menghasilkan

kecemerlangan senibina Malaysia melalui

penampilan rekabentuk alam bina yang

berciri setempat, asli serta dalam keadaanya

yang bitara. Senibina sedemikian memiliki jati

diri dan mempunyai keunggulannya yang

tersendiri sebagai pengenalan kepada

budaya bangsa yang bermaruah.

Mempertahankan matra kewilayahan

(regionalism) dalam senibina adalah sejajar

dengan fenomena dan fitrah alam yang

dinyatakan dalam Al-Qur’an:

Dan di antara tanda-tanda yang

membuktikan kekuasaanNya dan

kebijaksanaanNya ialah kejadian langit

dan bumi, dan perbezaan bahasa

kamu dan warna kulit kamu.

Sesungguhnya yang demikian itu

mengandungi keterangan-keterangan

bagi orang-orang yang

berpengetahuan. (Ar-Rum, 30:22)

Pendekatan kesejagatan (internationalisme)

dan pengaruh luaran yang melunturkan

identiti kewilayahan dan tidak mendokong

pembinaan senibina berjiwa setempat mesti

dihindari. Gagasan identiti senibina boleh

dikatakan telah menjadi suatu kemestian

kepada negara-negara yang baru merdeka

dari penjajahan.

“Biasanya bagi sesebuah negara,

identitinya boleh dikenal apabila kita

melihat bandar dan kampung di negara

itu buat kali pertamanya. Ada sahaja

bentuk istimewa yang boleh dikenalkan

sebagai kebudayaan bangsa dan

negara itu. Senibina bukan sahaja

memberi bentuk yang mudah dikenal

tetapi menunjuk juga nilai dan

pencapaian negara itu dalam

tamadunnya” (Datuk Seri Dr. Mahathir

Muhammad)

Kenyataan di atas merupakan sebahagian

daripada ucapan Timbalan Perdana Menteri,

Dato Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan

seminar Ke arah Mewujudkan Identiti Seni Bina

Nasional Di Hotel Merlin, Kuala Lumpur pada

20 Januari 1981, jam 9.30 pagi. Kebiasaannya

para pemimpin negara-negara yang baru

merdeka akan melihat dan memilih kumpulan

bangsa terbesar yang mendiami negara

mereka untuk dijadikan sebagai rujukan

dalam pembentukan gagasan tersebut.

Terdapat pelbagai pemikiran telah

dikemukakan oleh pemikir tempatan sebagai

panduan kepada arkitek, pereka bentuk

dalaman dan pengukir tempatan dalam

usaha untuk menjahirkan identity senibina

tempatan. Antara kenyataan yang telah

dikeluarkan adalah sebagaimana berikut.

“Pemerhatian ke atas produk

peninggalan masyarakat lampau

merupakan salah satu pendekatan

yang sering digunapakai dalam

penafsiran dan penghasilan sesuatu

senibina. Namun begitu, pendekatan

tersebut lebih kepada peniruan gaya

dan perwatakan berikutan dari ketidak

fahaman tentang falsafah masyarakat,

tempat dan waktu yang menjadi latar

kepada pembentukan sesuatu produk

peninggalan tersebut”. (Mastor 2004)

“Senibina adalah hasil dari

pembentukan kemajuan sesuatu

masyarakat di dalam semulajadinya. Ini

adalah hasil dari pengalaman hidup

dan melambangkan kehidupan sesuatu

Page 11: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

11

masyarakat itu. Rupabentuk senibina

adalah hasil dari pengaruh cara

kehidupan harian, kepercayaan,

kebudayaan, sejarah, alam sekitar dan

kebolehan teknikal. Cara binaan

dipengaruhi oleh keadaan alam

sekeliling dan kegunaan bahan-bahan

tempatan. Secara umum, pensejarahan

senibina adalah selaras dengan sejarah

sesuatu masyarakat itu. Ini dapat dikaji

daripada perkembangan tamadun

masyarakat itu dari dahulu sehingga

sekarang” (Ikmal Hisham Albakri)

“Architecture is one of man’s highest

achievements, reflecting the culture of

the time”. (Paul Rudolph)

Melalui kenyataan-kenyataan di atas,

senibina sering dikaitkan dengan kemajuan

budaya. Budaya adalah sesuatu yang

bersifat kemajuan dan bukannya peralihan

atau peniruan. Oleh itu kerja-kerja ragam hias

dan ukiran juga perlu bersifat kemajuan dan

bukannya bersifat peniruan dari budaya

lampau. Spiro Kostof dengan jelas menolak

penggunaan perkataan ‘senibina’ kepada

bangunan yang tidak merujuk kepada unsur

budaya sebagaimana kenyataan beliau

berikut.

“Architecture is something that related

to culture. For those buildings do not

referring to culture, it cannot be called

as ‘architecture’; it just merely a

building”. (Spiro Kostof, 1977)

Identiti senibina juga perlu melihat

kepada unsur kedaerahan seperti iklim dan

persekitaran dalam pembangunan senibina

yang bergagasan identiti Malaysia. Pendapat

seorang arkitek/jurutera/penulis Romawi yang

terkenal iaitu Vitruvious mungkin boleh

dipertimbangkan semasa beliau mengulas

tentang senibina kuil Doric atau ironic yang

tidak merujuk kepada pengertian Classical,

sebaliknya telah merujuk kepada senibina

kedaerahan dan membezakan gaya dan

perwatakan senibina di seluruh dunia atas

sebab keadaan iklim dan telah merumuskan

bahawa reka bentuk bangunan sewajarnya

dipengaruhi oleh persekitaran tempatan dan

iklim tempatan di mana bangunan tersebut

dibangunkan.

Untuk semua hasilkerja kesenian dan

teknologi, hasilkerja senibina adalah

merupakan perkara utama yang sering

diperkatakan. Kebiasaannya kesukaran yang

sering dihadapi oleh kebanyakan negara

dalam gagasan senibina Malaysia ialah

apabila rakyatnya terdiri dari pelbagai

bangsa (multi – cultural nation). Lukman Z.

Mohammad (2001) menyatakan bahawa

setiap orang lazimnya membawa tiga jenis

identity iaitu identity perseorangan, identity

kaum dan identity Malaysia. Bila seseorang

berada dalam kumpulan kaumnya, ia akan

menonjolkan identity dirinya. Bila seseorang

berada di dalam kumpulan yang

mengandungi pelbagai kaum, ia akan

menonjolkan identity kaumnya dan apabila

seseorang berada diperingkat sejagat, ia

akan menonjolkan identi Malaysianya. Oleh

itu, pembangunan senibina juga boleh di

lakukan menurut sikap atau perwatakan

manusia dalam menonjolkan identitinya

bergantung pada jenis pembangunan serta

tempat di mana sesuatu bangunan tersebut

dibangunkan.

Pencarian terhadap sesuatu yang

istimewa bukanlah sesuatu tugas yang

mudah, tetapi ianya boleh dilakukan dengan

menggunakan pelbagai pendekatan dan

wacana yang dibuat dengan cara

bersungguh-sungguh.

KEMELUT DALAM PEMBANGUNAN SENIBINA DI

MALAYSIA

Kecelaruan senibina di Malaysia khususnya di

Tanah Melayu sebenarnya adalah rentetan

dari kecelaruan dalam pendekatan senibina

di Eropah yang telah dibawa oleh penjajah

Inggeris semenjak di akhir kurun ke 19 hingga

diawal kurun ke 20. Dalam tempoh tersebut,

banyak negara-negara yang baru merdeka

daripada penjajahan Romawi telah cuba

untuk mengembalikan identiti senibina

mereka melalui pendekatan Neo-Classicism,

Gothic Revivalism, Orientalism dan

Eclecticism. Gerakan Modernism diperingkat

awal telah membantu masyarakat Eropah

dalam membangunkan gagasan senibina di

tempat mereka sehingga terbawa-bawa ke

daerah tanah yang mereka duduki

termasuklah Malaysia dan di Alam Melayu

umumnya yang turut menggunakan

pendekatan yang sama.

Page 12: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

12

Penjajahan Romawi membawa

bersama fahaman mereka yang bermazhab

Roman Katholik dengan gagasan ketuhan

Trinity atau ‘tiga dalam satu’. Bangunan-

bangunan yang dibangunkan oleh orang

Romawi juga banyak ragamhias yang

dipengaruhi oleh perlambangan

kepercayaan mereka. Pergerakan senibina

Modern di Eropah telah membantu

masyarakat Eropah keluar dari kemelut

senibina yang melanda pemikiran mereka,

namun bagi masyarakat di Alam Melayu ini,

sebarang pergerakan senibina tidak pernah

berlaku. Ini adalah kerana pemikiran

masyarakat di Alam Melayu ini telah dijajah

begitu lama serta kurangnya kekuatan dari

sudut ekonomi dan prasarana bagi memacu

pembangunan modal insan yang akan

menggerakkan pembangunan senibina dan

prasarana.

Bahana dari kekeliruan yang telah

dialami oleh masyarakat di Eropah pada

kurun ke 19M, sebenarnya telah menular ke

Tanah Melayu iaitu semasa di bawah

kekuasaan dan penjajahan Inggeris. Orang-

orang Inggeris juga telah menggunakan

pendekatan yang sama dalam

membangunkan senibina di Tanah Melayu

melalui bantuan dari The British India

Company yang berpusat di India di ketika itu.

Diantara unsur-unsur senibina yang telah

diterapkan oleh orang-orang Inggeris pada

bangunan untuk institusi-institusi berkenaan

adalah sebagaimana berikut.

i. Bangunan masjid menggunakan

pendekatan Senibina Neo-Mogul, Neo-

Klasik

ii. Bangunan untuk tujuan riadah dan

pusat peranginan Senibina Neo-Tudor

iii. Bangunan sekolah menggunakan

pendekatan Senibina Neo-Klasik ,

Gothic Revival

iv. Bangunan pejabat menggunakan

pendekatan Senibina Neo-Klasik

v. Bangunan Gereja Katholik

menggunakan pendekatan Senibina

Gothic Revival

vi. Rumah Kediaman menggunakan

pendekatan Senibina Neo-Klasik, Neo-

Tudor

vii. Stesyen Keretapi menggunakan

pendekatan Senibina Neo-Mogul, Neo

Klasik

viii. Balai Polis menggunakan pendekatan

Senibina Neo-Klasik

ix. Istana menggunakan pendekatan

Senibina Neo-Klasik

Gambar 5 : Masjid Jamek, Kuala LUmpur

Gambar 6 : Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

Gambar 7 : Bangunan Kelab Selangor, KL

Gambar 8 : Stesyen Keretapi KL

Page 13: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

13

Sehingga kini kebanyakan rakyat

Malaysia masih tidak menyedari hakikat

kekeliruan tersebut dan menganggap ia

adalah semata-mata pemikiran dari penjajah

Inggeris berkenaan. Oleh itu seluruh rakyat

Malaysia sepatutnya menyedari hakikat

tersebut dan sama-sama memperbaiki

keadaan yang telah berlaku dalam usaha

untuk membangunkan semangat jati diri dan

identiti sendiri terutama dalam senibina.

Saban hari juga kita diperlihatkan dan

diperdengarkan dengan pelbagai

permasalahan yang berkaitan dengan alam

bina seperti, bangunan runtuh, tanah runtuh,

banjir kilat, orang terjatuh dari bangunan,

bumbung diterbangkan angin, senibina yang

menyakitkan mata, masalah keselesaan

terma, masalah kejiranan, peniruan gayarupa

bangunan, membunuh diri akibat

kemurungan dan sebagainya. Sebagaimana

yang kita ketahui, peranan dalam

membangunkan alam bina tidak hanya

terbelenggu kepada ahli teknokrat semata-

mata seperti arkitek, perancang bandar,

jurutera, jurukur bahan dan sebagainya,

tetapi juga melibatkan golongan birokrat

yang menjadi pemaju atau penaung kepada

sesuatu projek pembangunan tersebut.

Kebisaannya, suara mereka adalah lebih

’besar’ dalam mengeluarkan keputusan

berbanding dengan suara ’Orang Yang

Berkelayakan’1. Telah menjadi gejala

pembangunan alam bina masa kini dimana

suara atau peranan ’Orang Yang

Berkelayakan’ telah menjadi semakin ’kecil’

kerana projek pembangunan telah menjadi

’bahan dagangan’ untuk tujuan ekonomi.

Mungkin mereka tiada kekuatan untuk

mempertahankan hak mereka dalam

menjalankan amalan berikutan dari kesan

pendidikan yang diterima di universiti ataupun

para pemaju dan patron tersebut yang tidak

memahami tentang gagasan pembangunan

alam bina yang sebenarnya atau mereka

telah ’kelabu mata’ dan hanya memikirkan

keuntungan sendiri sahaja samaada darisegi

ekonomi atau kedudukan.

Permasalahan di atas merupakan

permasalahan utama yang akan berterusan

kepada temurunan akan datang yang bakal

1 Menurut pengertian dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984, Orang Yang Berkelayakan adalah samaada arkitek, jurutera atau pelukis bangunan berdaftar yang merekabentuk, mengawasi pembangunan projek dan bertanggung jawab sepenuhnya sekiranya berlaku kemungkiran keatas projek pembangunan tersebut.

terus menerima pembangunan alam bina

yang rendah nilainya atau tidak bernilai

langsung. Pembangunan alam bina yang

sepatutnya mementingkan nilai kemanusiaan

telah bertukar kepada nilai kebendaan.

Permasalahan mengenai kecelaruan dalam

halatuju senibina telah dibincangkan oleh

penulis dalam bukunya ’Krisis Profesyen

Senibina – Profesionalisme, Etika dan

Halatuju’2 telah mengariskan empat cabang

permasalahan utama iaitu halatuju senibina

melalui pengisian identitinya, wacana

senibina yang menjadi pembimbing gerakan,

peranan arkitek dalam kerjaya senibina dan

perihal pengurusan dimana kegiatan senibina

berkembang. Keempat-empat cabang

permasalahan senibina tersebut membentuk

rantaian yang saling berkait. Tiada suatu

perihal yang berdiri sendiri sebagai punca

utama kecelaruan, tetapi umumnya berlaku

akibat ketiadaan suatu nilai yang kukuh

sebagai landasan, seterusnya membentuk

sikap yang menyumbang kepada

pembarahan kecelaruan tersebut.

Setelah lebih 50 tahun negara Malaysia

ditubuhkan, pembangunan alam bina

khususnya senibina dilihat telah mengalami

pengisian dalam perkembangan yang tidak

semakin baik malah dilihat sebagai lesu dan

hampir menghilangkan kaitan kerjaya arkitek

dalam peranannya kepada masyarakat.

Sebab pertama ialah kedangkalan wacana

dalam pembangunan alam bina dan

senibina yang kemudiannya menyebabkan

ketiadaan arah dalam pengisian keidentitian.

Gayarupa, perancangan dan pembentukan

keidentitian hanyalan berpandukan wacana

yang cetek dan tidak menjurus. Maka

pendekatan yang diambil lebih bersifat

peniruan unsur senibina samaada dari unsur

senibina silam dari dalam atau luar negara

atau juga perwatakan dan gayarupa

senibina luaran terutama dari barat sebagai

peraga ikutan. Jika adapun landasan yang

bersifat tempatan seperti perihal iklim dan

budaya tetapi hanya berupa pendekatan

berbentuk penerapan dan penyesuaian dari

rangka pemikiran yang rapuh.

Pengisian wacana senibina yang cetek

ini dilihat antara lain berpunca dari sikap

penggiat alam bina dari kalangan

2 Sila lihat Mastor Surat, Rosdan Abdul Manan & Mohammad Tajuddin Mohd Rasdi (2007), Krisis Profesion Senibina : Professionalisme, Etika & Halatuju, Serendah, Saahifah Global Resources.

Page 14: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

14

profesional, ahli akademik, patron dan juga

pihak penguasa yang tidak begitu melihat

kehadapan. Kecelaruan dalam kerjaya lebih

menjurus kepada mengejar kebendaan

sementara kepada golongan akademik pula

lebih kepada pengisian tugas tanpa suatu

wawasan yang jelas. Adalah lebih buruk lagi

apabila patron dan pihak penguasa

menjadikan projek pembangunan alam bina

sebagai umpan politik dan dipihak yang

menjalankan penguasaan pula hanya

merujuk kepada perundangan yang lapuk

tanpa melihat aturan pembangunan sebagai

suatu yang berubah yang memerlukan

penyelarasan undang-undang setiap masa.

Selain dari permasalahan di atas, wujud

lagi percikan sengketa yang berpunca dari

sikap kemanusiaan. Unsur seperti rasuah,

pecah amanah, penyalahgunaan kuasa,

kelalaian, ketidakcekapan, sikap memihak,

pakatan rahsia (collusion) dan sebagainya

telah menjadi asam garam industri

pembangunan alam bina masakini. Perihal

kemungkiran seperti ini sering diabaikan

kerana ia hanya dilihat sebagai kelemahan

manusia dan tidak dilihat sebagai suatu

persengkitaan budaya yang parah. Ia telah

membarah secara perlahan dan telah pula

diterima sebagai suatu budaya tanpa

memikirkan jalan penyelesaian. Ini lah yang

dimaksudkan sebagai kecelaruan dalam

kerjaya dan yang akan menerima akibatnya

adalah pengguna yang mendiami atau

menghuni sesuatu pembangunan yang

dicadangkan. Matlamat sesuatu

pembangunan yang sepatutnya memihak

kepada keperluan budaya bangsa dan

kehidupan penghuninya telah semakin tidak

dihiraukan. Yang lebih menyedihkan apabila

pengguna juga jahil untuk menilai hasil kerja

yang baik dan yang sepatutnya mereka

terima berbanding dengan jumlah wang

yang telah mereka keluarkan. Lazimnya

pembangunan alam bina yang tidak

menepati budaya penghuninya, kehendak

alam persekitaran dan keadaan sezaman

semasa ianya dibangunkan, pembangunan

tersebut akan mengalami kegagalan

samaada kegagalan dari segi senibinanya,

strukturnya ataupun gagal untuk memberikan

keselesaan, keselamatan dan ketenteraman

penghuni dalam membangunkan sistem

sosialnya.

Permasalahan utama yang dirasakan

menjadi penyebab kepada permasalahan

tersebut adalah berpunca dari hilangnya

penghargaan manusia terhadap budaya

bangsa dan kehidupan. Dalam kehidupan

masyarakat terdahulu, tukang, patron dan

masyarakat memahami nilai budaya dan

kehendak iklim setempat dalam

membangunkan sesuatu bentuk alam bina

kerana mereka datangnya dari tempat dan

budaya yang sama. Pada zaman moden,

arkitek, para ahli teknokrat, patron dan

masyarakat masing-masing tidak memahami

budaya dan nilai kehidupan sesuatu bangsa

serta tidak mempertimbangkan iklim dan

persekitaran dalam pembangunan alam bina

kerana kerjaya telah disifatkan sebagai

perkara sejagat. Para ahli teknokrat, patron

dan masyarakat tidak mengetahui nilai dan

amalan sebangsa dengannya kerana mereka

melalui sistem pendidikan yang berbeza dan

perihal darjat dalam masyarakat. Oleh itu

antara jalan untuk mengatasi permasalahan

tersebut ialah menjadikan program

pembangunan alam bina sebagai program

asas dalam semua program pendidikan

supaya setiap dari masyarakat benar-benar

memahami budaya alam bina lebih-lebih lagi

budaya senibina yang lebih bitara dan

perbagai.

Dalam pembangunan senibina

masakini, terlalu banyak kecelaruan yang

telah berlaku sehingga hasrat untuk menuju

ke arah senibina beridentiti tempatan telah

dilihat sebagai suatu yang kurang

diutamakan. Diantara bentuk kecelaruan

senibina yang telah dikenalpasti adalah

sebagaimana berikut.

i. Kecelaruan Dalam Menentukan Arah

Tujuan

ii Kecelaruan Dalam Penampilan Senibina

Melayu Progresif

iii Kecelaruan Dalam Pembangunan

Budaya

iv. Kecelaruan Dalam Keseimbangan Alam

v. Kecelaruan Dalam Pembangunan

Kemanusiaan dan Kemasyarakatan.

Setelah mengetahui dan memahami

segala kecelaruan yang telah berlaku, semua

pihak yang terlibat dengan pembangunan

senibina dan alam bina khususnya para

arkitek perlulah mencari jalan penyelesaian

demi membangunkan senibina dan alam

Page 15: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

15

bina yang bermanfaat dalam memberikan

nilai kesejahteraan kepada penghuninya.

Diantara pendekatan yang dirasakan amat

penting untuk diberikan perhatian ialah

dengan melihat pendekatan dalam

menggagaskan senibina yang beridentitikan

tempatan dalam usaha untuk meningkatkan

jatidiri masyarakat dalam pemeliharaan

budaya bangsa mereka.

Gambar 9 : kejadian tanah runtuh yang berlaku di

Bukit Antarabangsa, Hulu Klang.

Sumber : The Star Oleh Abdul Rahman Senin

Rajah 10 : menunjukkan pendekatan senibina

yang hanya kepada peniruan bentuk semata-

mata tanpa memahami budaya yang

membangunkan senibina tersebut. Akibat

kekeliruan sebegini maka bumbung bergonjong ini

hilang simbol penghormatannya apabila

rekabentuknya digunakan dimana-mana seperti di

tandas awam, pencawang elektrik dan

sebagainya

Sumber : Mastor Surat

GAGASAN IDENTITI SENIBINA MALAYSIA

Gagasan identiti Malaysia dalam senibina

telah mula diwacanakan di Malaysia sebaik

sahaja kita bebas dari pendudukan penjajah.

Pendekatan yang paling mudah dan umum

diketika itu ialah dengan mengembalikan

semula gaya dan perwatakan senibina rumah

warisan Melayu atau gabungan dari pelbagai

perwatakan senibina dari Timur Tengah, Timur

Jauh, Asia Tengah atau India Utara

sebagaimana pendekatan yang telah

digunapakai oleh gerakan Modenism

diperingkat awal.

Walaupun terdapat pelbagai

percubaan yang telah dilakukan, namun

sehingga kini kita masih mencari-cari

jawapannya kerana tidak ramai yang

sanggup tampil untuk memberikan susunan

(schema) jawapannya. Jika kita perhatikan

dan merujuk kepada pelbagai pendekatan

dalam menghasilkan senibina Malaysia,

secara dasarnya ia dapat dibahagikan

kepada tiga jenis pendekatan iaitu:

i. pendekatan senibina semulajadi,

ii. pendekatan senibina buatan,

iii. pendekatan senibina paksaan.

Pendekatan senibina semulajadi

mementingkan alam dan persekitaran dalam

rekabentuknya dimana hasil senibinanya

mempunyai semangat jiwa sezaman (spirit of

time) dan semangat jiwa setempat (spirit of

place) yang menjurus kepada sifat mesra

alam. Pendekatan senibina ini boleh

dipecahkan pula kepada tiga jenis

bergantung kepada penekanan yang

diberikan. Pertama memberikan penekanan

yang lebih kepada nilai sezaman

sebagaimana yang dilakukan oleh Frank

Lloyd Wright, Le Corbusier, Charles Correa,

Geofrey Bawa dan lain-lain serta pengikut

fahaman mereka. Maka lahirlah bentuk

senibina yang berfahaman Modern

Regionalisme, New Venacularisme, Purisme,

Organic dan sebagainya. Diantara contoh

bangunan di Malaysia yang menggunakan

pendekatan ini adalah Tanarimba Visitor’s

Centre (Janda Baik), Sasanarakkha Buddhist

Sanctuary (Cameron Highland), Sinurambi

(kaki gunung Kinabalu), Rumah Enderong

(Janda Baik) dan sebagainya. Penekanan

Page 16: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

16

kedua lebih kepada nilai setempat

sebagaimana yang dimaksudkan oleh

Charles Jencks, Michael Graves dan lain-lain.

Penekanan kepada nilai setempat pula

dipecahkan kepada dua iaitu pertama yang

cenderong kepada iklim dan persekitaran

setempat sebagaimana yang dilakukan oleh

Ken Yeang dan lain-lain sementara yang

kedua cenderong kepada bentuk mukabumi

dan lanskap tempatan sebagaimana yang

dilakukan oleh Rudolf Schindler dan lain-lain.

Diantara contoh bangunan di Malaysia yang

menggunakan pendekatan ini adalah

Bangunan Mesiniaga (Subang Jaya), Universiti

Teknologi Petronas (Sri Iskandar), Bangunan

Kementerian Sumber Tenaga dan

Persekitaran (Putra Jaya) dan lain-lain.

Penekanan yang ketiga adalah

gabungan antara kedua-dua nilai sezaman

dan setempat dimana rekabentuknya lebih

bersifat malarhijau (evergreen) dimana ia

kekal sepanjang zaman. Diantara contoh

bangunan di Malaysia yang menggunakan

pendekatan ini adalah Masjid Negara (Kuala

Lumpur), Bangunan Royal Yacth Club

(Langkawi) dan sebagainya. Jika kita merujuk

semula kepada persoalan tentang faedah,

ekonomi, teknologi hijau dan bahan binaan

tempatan dan kaitanya dengan senibina

Malaysia sudah pasti kita akan mendapat

jawapan yang berbeza jika kita rujuk kepada

ketiga-tiga pendekatan di atas dengan

mencerakinkannya satu demi satu.

Pendekatan senibina semulajadi adalah

antara contoh senibina yang telah

berperanan dengan baik terhadap

kehidupan manusia disamping telah

menyesuaikan rekabentuknya dengan alam

dan persekitaran dimana ianya dibangunkan.

Bentuk senibina yang bersepadu dengan

alam dan tidak menentang aturan alam

sudah pasti tidak menghadapi banyak

permasalahan kepada penghuninya

disamping tidak merosakkan alam dan

persekitaran. Pendekatan sebegini juga

berusaha untuk menggunakan bahan

semulajadi yang boleh diperolehi dikawasan

dimana bangunan tersebut dibangunkan dan

sudah pasti bentuk senibina sebegini layak

untuk digelar senibina berteknologi hijau.

Namun begitu pendekatan sebegini sering

gagal untuk menampilkan jatidiri dan budaya

bangsa Malaysia.

Pendekatan senibina buatan yang

dimaksudkan di sini adalah sama dengan

maksud ‘manufactured architecture’

sebagaimana yang telah dinyatakan oleh

William Jr. Curtis. Pendekatan ini lebih kepada

penghasilan gaya dan perwatakan senibina

terdahulu yang lebih kepada tampalan

mukaan atau dari gayarupa bahan atau

unsur warisan yang dibentuk menjadi

bangunan atau yang banyak dilakukan

melalui kaedah solekan (cosmetic). Diantara

langkah yang telah dilakukan bagi

menghasilkan senibina jenis ini adalah

menggunakan kaedah metaphore,

functionalisme machine, regionalisme

primitive, modernistic expressionisme,

revivalisme dan sebagainya. Diantara contoh

bangunan di Malaysia yang menggunakan

pendekatan ini adalah Bangunan Pusat

Dagangan Dunia Putra (Kuala Lumpur),

Perpustakaan Negara (Kuala Lumpur),

Muzium Losong (Kuala Terengganu), Menara

Chulan (Kuala Lumpur), Bangunan Bank

Bumiputera (Kuala Lumpur), Menara Telekom

(Kuala Lumpur), Menara Tabung Haji (Kuala

Lumpur) dan sebagainya. Pendekatan

senibina buatan lazimnya hanya mengambil

mukaan luaran bangunan lama iaitu dengan

penggunaan bahan atau unsur warisan

terdahulu untuk cuba dizahirkan semula

tanpa mengambilkira peranan bangunan

serta persekitaran dimana bangunan tersebut

dibangunkan. Pendekatan yang lebih

berbentuk solekan ini tidak memberikan

faedah dan yang lebih buruk lagi apabila

memberikan kesukarannya kepada

penggunanya. Tidak memberikan faedah

kerana mukaan luarnya tidak mengambarkan

peranan sebenar serta persekitaran asal

sesuatu bangunan tersebut umpamanya

mukaan untuk rumah orang di Kelantan tetapi

digunakan untuk dewan dan ruang pameran

yang begitu besar untuk orang di Kuala

Lumpur sebagaimana yang berlaku pada

Bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra di

Kuala Lumpur. Antara contoh lain ialah

rekabentuk Lapangan Terbang Sultan

Mahmud Kuala Terengganu dan Bangunan

Bank Bumiputra di Kuala Lumpur yang

mengembalikan semula rekabentuk istana

silam. Pendekatan sebegini terkeluar dari

pendapat yang mengatakan ‘perwatakan

bangunan sepatutnya menggambarkan

peranannya’ sebagaimana cogankata

masyhur yang diutarakan oleh Luis Sullivan

iaitu ‘form follow function’. Oleh itu

Page 17: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

17

perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk

kerja-kerja solekan terhadap bangunan

tersebut boleh dianggap sia-sia dan sudah

pasti pendekatan sebegini agak terkeluar dari

pemikiran ke arah gagasan teknologi hijau.

Telah menjadi kelaziman, pendekatan

sebegini telah tidak lagi menggunakan

bahan binaan semulajadi sebagaimana

bangunan yang ditiru sebaliknya

menggunakan bahan binaan baru seperti

Glass Reinforced Concrete (GRC), plastik,

logam dan sebagainya terutama untuk kerja

ragamhias yang tidak memberikan makna

sebenar ragamhias tersebut yang telah

dihasilkan melalui kaedah peniruan.

Walaupun pendekatan sebegini berupaya

untuk menampilkan gaya dan perwatakan

tempatan, tetapi ia dibuat seumpama

‘melepaskan batok di tangga’ kerana kurang

berhati-hati dalam menggunakan

perwatakan senibina setempat, tidak

berdaya maju dan tidak menghiraukan

falsafah senibina yang telah disepakati.

Gambar 11 : Mahkamah Persekutuan Kuala

Lumpur. Bangunan tersebut ’dipakaikan’ dengan

busana kuil Panthion Roman purba dan

’bermahkotakan’ kubah Mughal dari India Utara

yang telah menampakkan bangunan tersebut

kelihatan seperti ’badut’ yang berperanan untuk

berjenaka. Pendekatan senibina yang telah

digunakan boleh dianggap mempersendakan

peranan bangunan tersebut sebagai sebuah

institusi kehakiman negara yang unggul.

Sumber : Mastor Surat

Gambar 12 : Sebuah pangsapuri di Kuala Lumpur

menggambarkan salah satu kegagalan dalam

mencerminkan budaya setempat. Perwatakan

senibina Partenon Greek digunakan yang ternyata

tiada kaitan dengan budaya masyarakat

setempat.

Sumber : Mastor Surat

Gambar 13 : Muzium Losong Terengganu yang

menggunakan pendekatan Revivalisme Warisan

Melayu yang dibuat secara mudah dengan

mengembangkan ukuran rumah warisan

Terengganu tanpa memikirkan budaya dan

peranan rumah tersebut.

Sumber : Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi

Pendekatan senibina paksaan merujuk

dan terikat kepada benda atau bentuk

luaran daripada hasilkerja masyarakat silam

yang diluar dari ruanglingkup budaya dan

persekitarannya. Walaupun kaedah ini sering

membataskan daripada penyesuaian

terhadap waktu dan tempat dimana sering

memberikan permasalahan dalam

penyesuaian dengan perubahan zaman dan

kawasan pembangunannya, tetapi kaedah

ini merupakan usaha penampilan senibina

yang masyhur. Namun begitu, telah timbul

Page 18: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

18

pelbagai masalah dalam pendekatan

sebegini berikutan dari ketiadaan akar

pemikiran yang kuat kerana ia tidak lahir

melalui proses pemikiran dan perbincangan

yang mantap tetapi lebih kepada peniruan

daripada bentuk dan gaya bangunan

rujukannya. Peniruan tersebut seringkali tidak

berasaskan kepada suatu pemahaman

terhadap falsafah daripada masyarakat yang

membangunkan senibina tersebut, tempat

dan waktu yang menjadi latar kepada

pembentukannya. Diantara contoh

bangunan di Malaysia yang menggunakan

pendekatan ini adalah Masjid Wilayah

Persekutuan (Kuala Lumpur) yang mirip

kepada Hyagia Sophia di Turki, Bangunan

Mahkamah Persekutuan (Kuala Lumpur) yang

menggabungkan pemikiran senibina

Monggol dari India Utara dan Panthion dari

Rom, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri

Perlis (Kangar) yang mirip kepada senibina

Monggol di India Utara dan sebagainya.

Pendekatan senibina paksaan yang

menggunakan kaedah ‘memakaikan busana

asing’ kepada bangunan tempatan

kadangkala menjadikan sesebuah bangunan

tersebut kelihatan seperti ‘badut’ dimana

kehadiranya hanya untuk dijadikan sebagai

bahan ketawa. Pemilik atau penaung

bangunan tersebut mungkin beranggapan

bahawa bangunannya akan kelihatan segak

apabila dipakaikan busana pilihannya namun

telah menjadi bahan jenaka kerana busana

tersebut kelihatan begitu janggal, asing dan

sudah tidak dipakai lagi oleh masyarakat

sekarang walaupun di tempat asal dimana

busana tersebut dihasilkan. Antara contoh

bangunan tersebut adalah sebagaimana

yang berlaku pada bangunan Mahkamah

Persekutuan di Kuala Lumpur. Bangunan

mahkamah tersebut telah dipakaikan dengan

pakaian untuk Kuil Panthion orang Rom di Itali

tetapi bertopikan bangunan orang Monggol

di India Utara. Jika diperhatikan,

sememangnya bangunan tersebut kelihatan

seperti ‘badut’ kerana ‘dipakaikan dan

disolekkan’ dengan perwatakan yang begitu

asing dan terkeluar dari arus pemikiran

semasa, gaya dan perwatakan senibina

masakini. Jika dilihat pada faedah kepada

pengguna, pendekatan sebegini tidak

memberikan permasalahan asalkan

perancangan ruangnya menepati peranan

bangunan tersebut namun jika dilihat pada

nilai ekonomi, mungkin boleh dikatakan

berlakunya pembaziran berikutan gaya dan

perwatakan yang tidak menepati peranan

dan zaman semasa bangunan tersebut

dibangunkan. Pendekatan sebegini juga

sememangnya terkeluar dari gagasan

teknologi hijau yang sering dibicarakan

masakini dan lazimnya menggunakan bahan

binaan tiruan atau ciptajadi untuk

kemasannya serta tidak mengambarkan

jatidiri dan budaya bangsa Malaysia.

TERAS SENIBINA WARISAN MELAYU SEBAGAI

PENDEKATAN DALAM PEMBANGUNAN

SENIBINA MALAYSIA

Pendekatan yang melihat kepada nilai

senibina warisan Melayu merupakan

pendekatan yang keempat di mana sering

juga digunakan ketika merekabentuk

bangunan bagi cuba untuk menzahirkan

senibina bergagaskan identiti Malaysia.

Terdapat lebih daripada 30 nilai senibina

warisan Melayu yang telah dikenalpasti

sebagaimana yang telah diterbitkan didalam

Majalah Milenia Muslim. Sila rujuk Mastor

Surat, 2007, Istana Tengku Putri – Warisan

Senibina Melayu dan Kesinambungan Dalam

Pembangunan Senibina Masa Kini, Dalam

Milenia Muslim, September 2007 Thn 5 Bil 61,

m.s. 64 – 67. Pemikiran mengenai pendekatan

senibina tersebut telah juga diterbitkan

melalui Design + Built Jurnal – Volume 2,

Disember 2009 terbitan Jabatan Seni Bina,

UKM. Kertaskerja bertajuk “Pendekatan Dasar

Pemikiran Seni Bina Warisan Melayu Bagi

Mendapatkan Keselesaan Hawa Serta

Penyelesaian Masalah Iklim Dan Persekitaran

Dalam Seni Bina Masa Kini” telah juga

dibentangkan dalam Seminar On

Architectural Identity of the East Coast

Region: Issues and Directions di Universiti

Malaysia Kelantan pada Disember 2009 di

bawah tajuk Asas pemikiran senibina warisan

Melayu Sebagai Wahana Gagasan Senibina

Identiti Malaysia.

Teras senibina warisan Melayu perlu

difahami dari segi falsafahnya serta peranan

setiap satunya bagi tujuan garapan untuk

diterapkan dalam rekabentuk senibina

semasa bagi hasrat pembangunan senibina

Malaysia. Pendekatan ini tidak mengambil

atau mengembalikan gaya rupa unsur

warisan tetapi sebaliknya mengambil nilai

unsur warisan tersebut untuk dijadikan

gagasan dan pemikiran dalam pencarian

Page 19: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

19

senibina Malaysia. Berikut adalah butiran teras

senibina warisan Melayu yang telah

dikenalpasti berupaya untuk dicerakin dan

dicernakan nilainya masing-masing. Teras

tersebut merupakan budaya bangsa Melayu

yang telah dinukilkan ke dalam bentuk

senibina yang telah dibahagikan kepada

empat kumpulan iaitu pertama yang

berkaitan dengan mesra alam atau

kelestarian hijau, kedua yang berkaitan

dengan peradaban atau amalan lazim,

ketiga berkaitan dengan persekitaran serta

keadaan tempatan dan keempat berkaitan

dengan kearifan watan.

a. Teras Mesra Alam.

Diantara dasar-dasar senibina warisan Melayu

yang berkaitan dengan Teras Mesra Alam

adalah seperti berikut :

i. Lantai berpanggung.

Lantai yang ditinggikan dari aras tanah

dapat mengatasi masalah banjir dan

memberi perlindungan dari gangguan

binatang buas dan binatang yang

merayap di atas tanah. Binaan lantai

berpanggung juga boleh

menggalakkan penggudaraan silang

secara semulajadi dimana

kebiasaannya laluan angin di paras

bumi sering mendapat halangan dari

tumbuhan atau binaan rendah di

permukaan bumi. Lantai berpanggung

biasanya lebih bersih dan lebih mudah

untuk dibersihkan. Kedudukan ruang

huni yang lebih tinggi dari aras tanah

dapat juga memberikan nilai

kebersendirian atau ’privacy’ kepada

penghuninya.

ii. Lantai jarang

Lantai jarang membenarkan laluan

angin memasuki ruang dalaman dan

mudah mengalirkan air takungan dan

air hujan dari permukaan lantai

khususnya ruang serambi, jemuran,

selang dan sebagainya. Lantai jarang

juga disediakan di dalam bilik atau di

Rumah Ibu bagi tujuan untuk kegunaan

memandikan orang bersalin, orang sakit

dan memandikan jenazah.

iii. Dinding bernafas

Dinding rumah orang Melayu diperbuat

samada dari buluh yang dianyam

jarang-jarang atau kepingan papan

berlubang dan berkekis bagi

menghasilkan lubang angin. Disamping

itu dinding tersebut dapat memberikan

sedikit kemasukan cahaya dan memberi

perlindungan dari ancaman cuaca.

Apabila dinding papan digunakan,

sering juga disertakan dengan kekisi

kayu atau kepingan kayu berukiran

tebuk yang dipasangkan di bawah

alang dan tutup tiang terutama di

bahagian tebar layar, diatas tingkap,

pintu dan dinding pembahagi ruang

dalaman. Binaan dinding yang

sedemikian dapat memasukkan udara

luar ke dalam rumah dan mengeluarkan

udara panas ke luar rumah.

iv. Bukaan tingkap luas.

Pembukaan tingkap biasanya akan

diteruskan sehingga ke paras lantai bagi

memberikan kedudukan aras

penglihatan yang selesa semasa duduk

disamping menggalakkan

pengudaraan semulajadi sehingga ke

paras lantai pada keseluruhan ruang

rumah. Terdapat juga tingkap yang

diperbuat dari kekisi kayu boleh laras

bagi menggalakkan pengudaraan

semulajadi tetapi berupaya juga untuk

memberikan perlindungan tampak dan

dari pancaran terus cahaya matahari

sekiranya diperlukan.

v. Bumbung curam

Permukaan bumbung curam dapat

mengalirkan air hujan dengan cepat.

Bentuk bumbung juga membentuk

tipologi khusus keatas senibina rumah

warisan Melayu.

vi. Kemasan bumbung.

Atap rumbia, nipah, kayu & tanah liat

dapat memberikan penebat haba dari

memasuki ruang disamping melindungi

dari air hujan. Apabila dibasahi air hujan

dan embun, bahan-bahan organic

tersebut akan menyerap sedikit air

tersebut dan akan menyejukkan ruang

dalaman disamping menjadi penebat

kepada pancaran cahaya matahari

sebelum menjadi kering semula.

Kepingan bumbung yang berasaskan

dari bahan organik juga tidak

membalikkan haba dari bumbung bagi

mengurangkan sumbangan kepada

Page 20: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

20

pembentukan ’kubah haba’. Bahan-

bahan organik tersebut juga mudah

diperolehi dan mampu untuk disediakan

dengan menggunakan tahap

kemahiran yang minimum.

vii. Cucur atap lebar.

Cucur atap yang lebar bagi mengatasi

masalah tempias air hujan dan sebagai

pelindung kepada dinding dari

pancaran terus matahari.

viii. Bukaan bumbung

Pembukaan pada aras bumbung

berperanan untuk mengalirkan keluar

haba yang dapat melepasi lapisan

bumbung iaitu melalui kekisi pada tebar

layer atau melalui ruang antara

tetingkat bumbung.

ix. Telaga udara.

Telaga udara atau jemuran bertujuan

untuk menggalakkan pencahayaan

tidak langsung dan pengudaraan silang

semulajadi. Jemuran juga dipanggil

‘selang’ sebagai ruang perantaraan

antara module atau unit rumah.

Jemuran juga dijadikan tempat untuk

menjemur bahan makanan dan

pakaian dan juga sebagai tempat untuk

menadah air hujan dari bumbung.

x. Pokok kelapa

Pokok kelapa sering ditanam disekeliling

rumah warisan Melayu. Ia berbatang

tinggi dan berpayung lebar; selain

dapat memberikan teduh ia masih

membenarkan laluan angin

melepasinya. Tidak seperti pohon

rimbun, walaupun dapat memberi

peneduhan tetapi ia menghalang

laluan angin. Pokok kelapa juga

memberikan pelbagai faedah kepada

orang Melayu samaada batang, daun,

lidi, seludang, buah dan sebagainya.

xi. Tuaian air hujan.

Air hujan dituai untuk kegunaan harian.

b. Teras Peradaban.

Diantara dasar-dasar senibina warisan Melayu

yang berkaitan dengan Teras Peradaban

adalah seperti berikut :

i. Pangkin.

Lazimnya rumah warisan Melayu

mempunyai pangkin di bawah rumah

atau di bawah pokok di hadapan

rumah untuk kegunaan berehat atau

menerima tetamu di waktu siang hari.

ii. Ruang dalam terbuka.

Ruang dalaman terbuka dapat

menjadikannya sebagai ruang pelbagai

guna yang akan berfungsi mengikut

keadaan dan berupaya untuk

menggalakkan pengudaraan

semulajadi ke dalam ruang.

iii. Sanitari orang sakit.

Di dalam salah satu module disediakan

kemudahan sanitari untuk orang sakit

dengan cara menebuk lantai.

iv. Beza aras lantai.

Perbezaan aras lantai bertujuan untuk

membezakan darjat ruang dan bagi

menggalakkan pengudaraan

semulajadi.

v. Binaan sesebuah (modular).

Rumah warisan Melayu dibangunan

secara modular. Setiap modular

dipanggil rumah; dan diantaranya

dipanggil Rumah Ibu, Rumah Balai,

Rumah Tengah, Rumah Tepi, Rumah

Dapur, Anjung, Serambi, Kelek Anak dan

sebagainya. Rumah Ibu adalah module

yang terpenting dan disitulah tuan

rumah tinggal. Tiang seri yang

merupakan unsur binaan terpenting

adalah terletak di dalam Rumah Ibu.

Diantara module-module atau rumah-

rumah tersebut didirikan lantai

penghubung yang berketinggian lebih

rendah dari lantai rumah. Lantai

penghubung tersebut juga dipanggil

Jemuran, Selang, Pelancar, Kelek Anak

atau sebagainya. Sistem modular

dibangunkan bagi membezakan

martabat atau taraf ruang dan untuk

tujuan tambahan dan pengurangan

rumah sekiranya diperlukan.

vi. Pintu masuk module.

Setiap module rumah dipasankan pintu

bagi tujuan keselamatan tersendiri bagi

setiap module tersebut

Page 21: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

21

vii. Susunan module rumah.

Lazimnya Rumah Ibu terletak pada arah

matahari naik sementara Rumah Dapur

terletak pada arah matahari jatuh.

viii. Dua tangga dan pintu masuk utama.

Lazimnya dua tangga dan pintu masuk

utama disediakan bagi memisahkan

kemasukan tetamu lelaki dan wanita.

c. Teras Persekitaran serta Keadaan

Tempatan.

Diantara dasar-dasar senibina warisan Melayu

yang berkaitan dengan Teras Persekitaran

serta Keadaan Tempatan adalah seperti

berikut :

i. Sentuhan sedikit pada permukaan bumi

Lantai berpanggung telah membuatkan

sedikit sahaja keratan tiang yang

menyentuh permukaan bumi. Binaan

tersebut lebih bersifat toleransi dimana

tidak menyekat pergerakan makhluk-

makhluk lain yang membolehkan

mereka terus bebas bergerak di bawah

bangunan di samping penghuninya

bebas melakukan kegiatan mereka di

atas rumah.

ii. Talaan rumah

Rumah Warisan Melayu lazimnya

ditalakan Rumah Ibunya selari dengan

arah Kiblat

iii. Pohon buah-buahan

Lazimnya Orang Melayu tidak

memanam pokok buah buahan di

halaman rumah kerana dipercayai ada

sesetengah pokok buah buahan yang

suka dihinggapi oleh makhluk halus.

iv. Pohon herba dan bungaan

Tumbuhan herba dan bunga-bungan

dipihih sebagai unsur landskap untuk

keperluan harian dan keharmonian nilai

tampak.

v. Halaman dan landskap

Halaman dan lanskap yang

dibangunkan oleh orang Melayu adalah

berkaitan dengan faktor keselamatan,

kesendirian, kemudahan harian, faktor

kemasyarakatan dan sebagainya.

Pokok berduri untuk tujuan keselamatan,

pokok herba untuk tujuan pemakanan,

pokok bunga untuk tujuan keindahan

sementara parit, kolam atau takungan

air yang dibuat disekeliling rumah orang

Melayu adalah bertujuan untuk tebatan

banjir disamping juga untuk tujuan

keselamatan.

vi. Bahan binaan alami.

Rumah warisan Melayu pada

keseluruhannya diperbuat dari bahan

semulajadi yang terdapat di

persekitaran tapak seperti kayu, buluh,

atap nipah, rembia, nibung, tanah liat,

lalang, batu dan sebagainya; sehingga

besi dan paku amat jarang digunakan

walaupun telah terdapat peralatan dari

besi ketika itu. Rumah yang paling asas

hanya diperbuat dari batang dan

ranting kayu, buluh, rotan, dedaun

pokok dan sebagainya yang terdapat

di sekitar tapak. Bahan organik lebih

bersifat mesra alam dan kurang

memberi kesan kepada pembentukan

‘kubah udara’.

vii. Warna asli bahan binaan

Mewarnakan binaan jarang sekali

dilakukan pada senibina warisan Melayu

yang asli. Perhiasan berbentuk ukiran

pada dinding, pintu, tingkap dan unsur-

unsur struktur dibuat dengan begitu rapi

dan coraknya adalah menepati konsep

keseluruhan binaan.

d. Teras Kearifan Watan.

Diantara dasar-dasar senibina warisan Melayu

yang berkaitan dengan Teras Kearifan Watan

adalah seperti berikut :

i. Rumah Ibu.

Lazimnya Rumah Ibu adalah ibu ruang

yang mempunyai darjat ketinggian

lantai yang paling tinggi

ii. Tiang Seri.

Lazimnya rumah warisan Melayu

mempunyai Tiang Seri sebagai

‘Penghulu Tiang’ bagi mengikat

kerangka binaan serta rujukan dalam

sistem binaan.

Page 22: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

22

iii. Ukuran binaan

Ukuran rumah warisan Melayu lazimnya

diambil dari ukuran badan wanita

pertama kepada rumah tersebut

iv. Binaan pasang siap

Kaedah binaan pasang siap merupakan

antara kecirian utama senibina rumah

warisan Melayu. Unsur bangunan

disediakan di tempat penyediaan atau

dibengkel sebelum dipindahkan ke

tapak binaan. Kerja-kerja menaikkan

struktur utamanya dilakukan secara

bergotong royong bagi mengeratkan

system sosial masyarakatnya.

v. Lambang peradaban tempatan

Rumah warisan Melayu adalah lambang

kearifan watan yang menjadi bukti

peradaban masyarakat Melayu.

vi. Ragamhias

Setiap binaan biasanya mempunyai

corak dengan motif yang berbeza bagi

menimbulkan ‘originality’ bagi

memberikan amanat yang tersendiri.

Oleh itu, ragamhias biasanya adalah

bersifat tersendiri dan tidak berlaku

peniruan.

vii. Tanggam warisan

Sistem tanggam digunakan bagi tujuan

untuk menyambungkan setiap unsur

binaan. Buatannya begitu unik dan

berbeza mengikut kemahiran setiap

tukang. Kekuatan sistem tanggam

adalah bergantung kepada banyaknya

permukaan yang bersentuhan antara

unsur yang disambungkan dan

kedudukan lurah dan lidahnya yang

saling mengunci. Sistem tanggam

tersebut dikukuhkan dengan

menggunakan cemat penetap atau

puting yang juga diperbuat dari kayu.

Cemat penetap perlu dikeluarkan

terlebih dahulu untuk menanggalkan

tanggam sekiranya binaan rumah

tersebut perlu dibuka semula. Oleh

kerana rumah warisan Melayu dibuat

supaya boleh dibuka semula, sistem

tanggam tersebut merupakan

pendekatan yang tepat untuk tujuan

tersebut. Sistem tangggam juga dibuat

bagi membolehkan setiap unsur

kerangka utama mengimbangi struktur

bangunan agar tidak terlalu tegas (rigid)

sekiranya berlaku gegaran akibat ribut,

arus deras, hentaman, gempa bumi dan

sebagainya.

Gambar 14 : Rumah warisan Melayu Langkawi

menunjukkan cucur atap yang lebar serta

bumbung curam.

Sumber : Mastor Surat

Gambar 15 : kecirian rekabentuk rumah warisan

melayu yang berpanggung dapat mengatasi

masalah banjir kilat dan banjir musim yang

melanda dari dahulu sehingga sekarang.

Gambar 16 : sifat semulajadi pokok kelapa yang

membenarkan laluan angin dan tidak menyekat

penglihatan tetapi berupaya memberikan

peneduhan disamping nilai ekonominya yang

tinggi telah menjadi pilihan orang Melayu dalam

menjadikannya unsur landskap terpenting.

Sumber : Mastor Surat

Page 23: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

23

ALASAN PENGGUNAAN TERAS SENIBINA

WARISAN MELAYU.

Di antara alasan tentang mengapa senibina

warisan Melayu dijadikan panduan dalam

reka bentuk adalah sebagaimana berikut:

i. Senibina warisan Melayu merupakan

suatu penghasilan senibina terbaik yang

benar benar memiliki sifat jiwa sezaman

dan jiwa setempat. Penciptaannya

begitu secocok dengan keperluan

teknologi, budaya dan ekonomi

sewaktu di zamanya.

ii. Pada hakikatnya kita seharusnya berasa

bangga terhadap segala sesuatu yang

sebenar-benarnya ‘milik kita sendiri’ ;

sesuatu yang melambangkan tamadun,

masa, tempat dan corak hidup

masyarakat kita.

iii. Senibina warisan Melayu wujud dalam

satu simbiosis serta bersatu untuk

menyerlahkan identiti yang cukup bitara

dan keadaan tersebut tidak sepatutnya

berhenti begitu sahaja.

iv. Senibina warisan Melayu bukan hanya

sekadar untuk dilihat sahaja, tetapi perlu

belajar darinya secara cerakinan bukan

hanya sekadar perbandingan.

Jika kita hanya memperbandingkannya

diantara satu sama lain, kita hanya akan

melihat luarannya sahaja dan tidak

akan menjumpai kejujuran sebenarnya

serta tidak dapat mempelajari sesuatu

yang baru.

v. Sejarah Melayu mempunyai

kesinambungan dan masih kekal

sehingga kini walaupun telah beberapa

kali diganggu oleh orang-orang Portugis,

Belanda, Sepanyol, Inggeris, Jepun,

Komunis dan sebagainya. Walaupun

dengan kehadiran orang-orang Cina

dan India, namun sejarah orang Melayu

tetap berterusan dan ada

kesinambungannya. Oleh itu sejarah

dan senibina orang Melayu perlu

diteruskan dengan cara yang sihat.

vi. Dengan pengantungan secara

langsung keatas sumber alam bagi

penggunaan bahan binaannya dan

pengetahuan yang tinggi ke atas

keseimbangan ekologi (ecological

balances), rumah warisan Melayu telah

direkabentuk dengan begitu rapi bagi

disesuaikan dengan pelbagai kehendak

bagi mengatasi permasalahan iklim

tempatan.

vii. Senibina rumah etnik immigrant Cina,

India dan Siam yang dibangunkan oleh

para masyarakat etnik immigrant

tersebut yang masih boleh didapati di

kawasan luar bandar dan di dalam

bandar serta senibina colonial hybrid

dan senibina colonial yang

dibangunkan oleh para penjajah

merupakan contoh-contoh yang baik

untuk dianalisis tentang bagaimana

mereka membangunkan senibina

kediaman mereka ataupun untuk

kegunaan institusi tertentu di

persekitaran yang dikelilingi oleh

masyarakat Melayu dengan keadaan

iklim dan alam semulajadi yang

berlainan dengan di tempat asal

mereka. Mereka sebenarnya telah

berjaya menghasilkan senibina yang

dapat memenuhi kehendak kehidupan

dan budaya mereka dan dalam masa

yang sama telah berjaya membuat

penyesuaian dengan keadaan

tempatan.

viii. Para arkitek dan perekabentuk

bangunan perlu belajar dari mereka

tentang bagaimana mereka

menggunakan bahan-bahan binaan

yang diimport dan asing kepada orang

Melayu, tetapi telah berjaya

menghasilkan senibina yang benar-

benar ‘berfungsi’ untuk kehidupan

mereka dan dalam masa yang sama

telah meletakkan nilai senibina mereka

setanding dengan kemajuan senibina di

negara lain di seluruh dunia di ketika itu.

Inilah senibina yang dikatakan telah

menepati faktor jiwa setempat dan

faktor jiwa sezaman yang perlu

dicontohi; tetapi bukan ke atas bentuk

senibinanya tetapi ke atas falsafah

senibinanya

Page 24: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

24

PENERAPAN TERAS SENIBINA WARISAN

KEDALAM PEMBANGUNAN SENIBINA SEMASA

DI MALAYSIA

Diantara contoh bangunan di Malaysia yang

telah di terapkan dengan pendekatan ini

adalah Boh Visiting Centre (Cameron

Highland), Blok Tambahan Sekolah Malaysia

Teluk Mas (Melaka), Dataran Niaga UKM

(Bangi) dan Penaiktarafan Puri Pujangga UKM

(Bangi), Point 92 KL dan sebagainya.

Pendekatan sebegini telah juga

diamalkan oleh Glen Markut dan Renzo Piano

terutama dalam rekabentuk senibina untuk

masyarakat perbumi di tempat masing-

masing. Pendekatan di atas adalah antara

usaha lain dalam pencarian ke arah gagasan

senibina Malaysia. Pemerhatian dan

pencerakinan dasar pemikiran senibina

warisan Melayu boleh dijadikan sebagai

pilihan dan diharap dapat dijadikan panduan

dalam merekabentuk bangunan masakini

bagi mendapatkan gaya, perwatakan dan

peranannya yang dapat menzahirkan identiti

senibina Malaysia, disamping keselesaan

hawa serta berupaya menangani pelbagai

permasalahan kesan dari iklim dan

persekitaran di Malaysia. Pendekatan yang

melihat kepada nilai senibina warisan Melayu

seiring juga dengan pendekatan senibina

semulajadi yang cuba untuk menyesuaikan

perancangan ruang dan senibina dengan

perkembangan budaya masyarakat

penggunanya serta alam dan persekitaran

dimana bangunan tersebut dibangunkan.

Sudah pastilah pendekatan sebegini begitu

berfaedah kepada pengguna dan tidak

janggal apabila berada di persekitarannya.

Pendekatan sebegini juga mengambilkira

gagasan teknologi hijau dalam

rekabentuknya disamping menggunakan

bahan binaan yang dimajukan dan

diperbaharui.

Darisegi penilaian tentang ekonomi,

pendekatan sebegini berupaya memberikan

kebaikan semasa pembinaan dan untuk

jangkamasa panjang. Bahan binaan yang

digunakan sering merujuk kepada bahan asas

termasuk yang diperbaharui dan tidak

menggunakan bahan kemasan bersifat

solekan. Oleh itu tidak berlaku pembaziran

kerana tidak menggunakan bahan binaan

dan kemasan yang tidak diperlukan. Untuk

jangkamasa panjang pendekatan sebegini

mampu untuk menjimatkan tenaga dan air

disamping berupaya untuk memberikan kualiti

udara dalaman yang bermutu.

Gambar 17 : menunjukkan pandangan luaran

bangunan Boh Visiting Center yang memperolehi

pencahayaan dan pengudaraan semulajadi.

Penggunaan bahan kemasan semulajadi ke atas

dinding bernafas telah memberikan jalinan

kemasan dinding dan membentuk bayang

bercorak di atas lantai yang menarik.

Sumber : Mastor Surat & ZLG Design Sdn Bhd

Gambar 18 : menunjukkan pandangan dalaman

bangunan Boh Visiting Center yang memperolehi

pencahayaan dan pengudaraan semulajadi.

Penggunaan bahan kemasan semulajadi ke atas

dinding bernafas telah memberikan jalinan

kemasan dinding dan membentuk bayang

bercorak di atas lantai yang menarik.

Sumber : Mastor Surat & ZLG Design Sdn Bhd

Gambar 19 : menunjukkan kiosk eko-niaga yang

terdapat di kampus UKM Bangi. Pembangunan

kiosk tersebut merupakan percubaan dalam

mengenengahkan gagasan rekabentuk senibina

lestari dengan menyinambungkan wahana

senibina warisan Melayu.

Sumber : Mastor Surat

Page 25: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

25

Gambar 20 : menunjukkan rupabentuk luaran blok

tambahan Sekolah Kebangsaan Teluk Mas Melaka

Sumber : Mastor Surat & UKM Perunding

Kejuruteraan dan Arkitek Sdn.Bhd.

Gambar 21 : menunjukkan pandangan dalam

blok tambahan Sekolah Kebangsaan Teluk Mas

Melaka

Sumber : Mastor Surat & UKM Perunding

Kejuruteraan dan Arkitek Sdn.Bhd.

Gambar 22 : pemandangan luaran Blok

Penginapan Puri Pujangga UKM menunjukkan

cucur atap yang lebar bagi melindungi dinding

luaran dari pancaran terus cahaya matahari.

Bahan binaan semulajadi cuba digunakan pada

rekabentuknya bagi mengimbangi kehadirannya

terhadap alam sekitar. Gambar 28(a) menunjukkan

Selang yang menjadi ruang perantaraan antara

Blok Penginapan sedia ada dengan Blok

Penginapan yang baru. Selang tersebut

menggunakan dinding keselamatan luaran yang

bernafas dari jaringan besi.

Sumber : Mastor Surat & UKM Perunding

Kejuruteraan dan Arkitek Sdn.Bhd.

Gambar 23 : pemandangan luaran Blok Banquet

dan Persidangan Puri Pujangga UKM menunjukkan

cucur atap yang lebar bagi melindungi dinding

luaran dari pancaran terus cahaya matahari.

Bahan binaan dan kemasan yang digunakan

menggunakan pendekatan ’purity’ yang

memberikan nilai tampak langsung kepada bahan

binaan yang digunakan sebagaimana

penggunaan bahan pada rumah warisan Alam

Melayu

Sumber : Mastor Surat & UKM Perunding

Kejuruteraan dan Arkitek Sdn.Bhd.

Gambar 24 : merupakan pemandangan luaran

blok pejabat Point 92

Sumber : Mastor Surat & ZLG Design Sdn.Bhd.

Page 26: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

26

Gambar 25 : adalah pemandangan pada

serambi diluar restoran di Tingkat 6 blok pejabat

Point 92

Sumber : Mastor Surat & ZLG Design Sdn.Bhd.

Gambar 35 : menunjukkan kemasan dari kepingan

kayu dari papan lapis yang dipotong dan disusun

bagi membentuk permukaan seni pada dinding

dan unsur gantungan.

Sumber : Mastor Surat & ZLG Design Sdn.Bhd.

PENUTUP

Setiap senibina yang dibangunkan wajar

mengambilkira perihal kesesuaian pengguna

dari segi peranan kegunaan dan latar

belakang budaya serta cara hidup

pengguna setempat dan mengambilkira reka

bentuk umum (universal) khususnya untuk

golongan kurang upaya. Pembangunan zahir

juga perlu mengambilkira kesesuaian

keadaan persekitaran masyarakat setempat,

sosio-ekonomi, budaya dan keagamaan.

Contohnya, dalam reka bentuk dan

perancangan tempat solat (masjid atau

surau) perlulah mengambil kira perihal

kesucian di samping ruang yang mencukupi

dan ditempatkan di kedudukan yang

melambangkan penghormatan terhadap

agama Islam.

Amalan kehidupan, budaya dan

hubungan kemasyarakatan semasa juga

perlu diambil kira dalam pembangunan

Senibina Identiti Malaysia. Pelbagai persoalan

semasa masyarakat seperti perihal

keselamatan, kesihatan, keselesaan dan

keadaan bersendiri atau bersunyian (privacy)

perlu diberi perhatian sewajarnya dalam

perancangan rekabentuk senibina di

Malaysia pada masa hadapan.

Pembangunan zahir Senibina Identiti

Malaysia perlu memahami dan

mengambilkira kewujudan pelbagai peringkat

golongan masyarakat darisegi

kependudukan (demography) dan alam

yang dihuni (geography). Perihal

kependudukan merangkumi perkara yang

berkaitan dengan kemasyarakatan (social),

suku kaum, jantina, taraf ekonomi, umur, taraf

pendidikan, tahap keupayaan zahir dan

pelbagai perihal berkaitan. Perihal alam yang

diduduki pula boleh dibahagikan kepada

peringkat Malaysia, negeri, daerah, mukim,

kampung dan sebagainya.

Senibina Identiti Malaysia turut

mengamalkan perkongsian pengalaman

yang terpakai di sekitar alam dan gugusan

rumpun Alam Melayu. Penerapan peradaban

dan pengaruh budaya lain (atau

antarabangsa) dalam Senibina Identiti

Malaysia perlu disesuaikan dengan keadaan

tempatan.

Page 27: PERANAN BUDAYA BANGSA DALAM PEMBANGUNAN …ppfpm.org.my/.../2018/07/SFST2-Makalah-Mastor-Surat.pdf · 2018-07-26 · SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II Institut Penyelidikan Anwar

SEMINAR FALSAFAH SAINS TEKNOLOGI II

Institut Penyelidikan Anwar Ibrahim, Kajang Selangor

27

RUJUKAN

Abdul Halim Nasir & Wan Hashim Wan The

(1996) The Traditional Malay House. Shah

Alam. Penerbit Fajar Bakti.

Chris Abel, (2000). Architecture And Identity.

Architectural Press, Oxford.

Josef Prijotomo, (1992). Ideas And Forms Of

Javanese Architecture. Gajah Mada.

University Press.

Kamaduddin Md. Ali, (1983). A Vanishing

Heritage : The Old Traditional Malay

House. Master Thesis. University of York.

Ken Yeang, (1992). The Architecture Of

Malaysia. The Pepin Press. Kuala Lumpur.

Lim Jee Yuan, (1987). The Malay House :

Rediscovering Malaysia’s Indigenous

Shelter System. Pulau Pinang. Institut

Masyarakat.

Mastor Surat, (1987). Sistem Tanggam Tradisi:

Penggunaannya Pada Senibina Rumah

Tiang Duabelas. Thesis. Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai.

Mizan Hitam & Anuar Talib, (2005), The

Malaysian Mosque : Evolution, Elements

& Meaning, Built Environment Journal,

Number 2, January 2005. Universiti

Teknologi Mara, Shah Alam.

Mohamad Tajuddin Mohd Rasdi, (1999),

Senibina Di Malaysia – Kritikan Tentang

Senibina Islam, Identiti Nasional &

Pendidikan. Pusat Bandar Sungai Buluh.

Design Modular Sdn. Bhd.

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi,

Kamaruddin Mohd Ali, Syed Ahmad

Iskandar Syed Ariffin, Ra’alah Mohamad

& Gurupiah Mursib, (2004). Warisan

Senibina Rumah-Rumah Tradisional.

Skudai, Johor. Universiti Teknologi

Malaysia.

Mohamad Zamri Abdul Malik, (2001). Masjid

Kayu Terindah. Bangi, Selangor. Universiti

Malaysia Malaysia.

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman,

(1998). The Encyclopedia Of Malaysia :

Early History - Volume 4. Kuala Lumpur.

Archipelago Press.

Phillip Gibbs, Yahya Abdul Rahman & Zamani

Kassim, (1987). Building A Malay House.

Singapore. Oxford University Press.

Wulf Killmann, Tom Sickinger & Hong Lay

Thong, (1994). Restoring &

Reconstructing The Malay Timber House.

Kuala Lumpur. Forest Research Institute

Malaysia (FRIM).

Peter Davey, (1980). Art And Craft

Architecture: The Search for Earthly

Paradise, Architectural Press : London

Elizebeth Cumming dan Wendy Kaplan,

(1995). The Art And Craft Movement,

Thames and Hudson.

Henry-Russel Hitchcock, (1971). The Pelican

History of Art, Penguin Books.

Bauhaus archiv (1990). Magdalena Droste,

Bauhaus 1919 – 1933, Benedikt Taschen.

Adolf Loos (1982). Spoken into the Void:

Collected Essay 1897-1900, The MIT Press.

Eugene Raskin, (1954). Architecturally

Speaking, Reinhold Publishing

Corporation.

Louis H. Sullivan, (1967). A System In

Architectural Ornament : According with

a Philosophy of Man’s Powers, The Eakins

Press New York Publishers.

Chan Chee Yong, (1987). Post-Merdeka

Architecture : Malaysia 1957-1987,

Pertubuhan Akitek Malaysia.

Chen Voon Fee (1999). The Encyclopedia Of

Malaysia Architecture, Archipelago

Press.

Mohd Tajuddin Mohd Rasdi, (August 2003)

Housing Crisis In Malaysi : Back To A

Humanistic Agenda, The KALAM

Papers,Pusat Kajian Alam Melayu, FAB,

UTM.

Nik Mohd Azmi b. Nik Daud, (Ogos 1987).Seni

Bina Tradisional Dan Masa depan seni

Bina Di Malaysia, Kementerian

Kebudayaan Dan Pelancongan.

James C. Collins, Jerry I. Porras, (1997). Built To

Last: Succesful Habits Of Visionary

Companies, Harper Business.

Robert Rosen, Patricia Digh, Marshall Singer

and Carl Philips,( 2000).Global Literacies :

The Twenty – First Centuries Leadership

Competency, Simon & Shuster.

Spiro Kostof, (1977). The Architect: Chapter in

the History of the Prefession, New York :

Oxford University Press.