PERANAN FELDA

13
PERANAN FELDA DALAM MEMBANTU PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN KAWASAN LUAR BANDAR Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah Pembangunan rancangan FELDA adalah merupakan pembangunan tanah secara terkawal dan berkelompok. Fungsi utama FELDA ialah untuk mengalakkan dan membantu kajian ,perancangan dan perlaksanaan tanah dalam Persekutuan. Kerajaan negeri telah menyerahkan kawasan tanah rancangan FELDA untuk dimajukan dan diwartakan mengikut peruntukan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 sebagai Kawasan Pembangunan atau “Development Area”. Tujuan pembangunan tanah mengikut peruntukan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 ialah supaya pulangan ekonomi dinikmati oleh peneroka melalui perkhidmatan yang disediakan oleh FELDA. FELDA telah dilantik sebagai Pihak Berkuasa Pembangunan atau “Development Authority” yang berperanan untuk memaju dan mentadbirkan kawasan rancangan. Antara tugas yang dilaksanakan oleh Felda dalam membangunkan kawasan luar bandar adalah mengenal pasti kawasan yang akan dimajukan,membangunkan kawasan rancangan kepada kawasan pertanian ( Rural Settlement Area ) dan kawasan perkampungan (Urban Settlement Area ). Felda juga berperanan dalam menyediakan “ By-Laws” mengenai penggunaan tanah kawasan pertanian yang tidak sesuai di tanam dengan tanaman utama dan kawasan perkampungan yang belum digunakan bagi tujuan pembangunan. FELDA juga berperanan untuk membuka dan memajukan tanah bagi tujuan kawasan perladangan dan menempatkan rakyat yang tidak memiliki tanah dengan tujuan untuk meningkatkan taraf hidup sosiol ekonomi peneroka. Melalui permukaan tanah baru, golongan miskin dipindahkan ke skim pembangunan tanah baru. FELDA memberi jaminan mana-mana peneroka yang tidak memiliki tanah memperoleh tanah

description

PERANAN FELDA

Transcript of PERANAN FELDA

Page 1: PERANAN FELDA

PERANAN FELDA DALAM MEMBANTU PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN KAWASAN

LUAR BANDAR

Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah

Pembangunan rancangan FELDA adalah merupakan pembangunan tanah secara terkawal

dan berkelompok. Fungsi utama FELDA ialah untuk mengalakkan dan membantu

kajian ,perancangan dan perlaksanaan tanah dalam Persekutuan. Kerajaan negeri telah

menyerahkan kawasan tanah rancangan FELDA untuk dimajukan dan diwartakan mengikut

peruntukan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 sebagai Kawasan

Pembangunan atau “Development Area”. Tujuan pembangunan tanah mengikut peruntukan

Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 ialah supaya pulangan ekonomi

dinikmati oleh peneroka melalui perkhidmatan yang disediakan oleh FELDA. FELDA telah

dilantik sebagai Pihak Berkuasa Pembangunan atau “Development Authority” yang

berperanan untuk memaju dan mentadbirkan kawasan rancangan. Antara tugas yang

dilaksanakan oleh Felda dalam membangunkan kawasan luar bandar adalah mengenal

pasti kawasan yang akan dimajukan,membangunkan kawasan rancangan kepada kawasan

pertanian ( Rural Settlement Area ) dan kawasan perkampungan (Urban Settlement Area ).

Felda juga berperanan dalam menyediakan “ By-Laws” mengenai penggunaan tanah

kawasan pertanian yang tidak sesuai di tanam dengan tanaman utama dan kawasan

perkampungan yang belum digunakan bagi tujuan pembangunan.

FELDA juga berperanan untuk membuka dan memajukan tanah bagi tujuan kawasan

perladangan dan menempatkan rakyat yang tidak memiliki tanah dengan tujuan untuk

meningkatkan taraf hidup sosiol ekonomi peneroka. Melalui permukaan tanah baru,

golongan miskin dipindahkan ke skim pembangunan tanah baru. FELDA memberi jaminan

mana-mana peneroka yang tidak memiliki tanah memperoleh tanah melalui skim tanah

berkelompok yang ditawarkan dan kehidupan yang lebih sempurna melalui aktiviti sosial

ekonomi yang dirancang. Projek ini melibatkan eksplotasi tanah secara besar-besaran

seperti skim pertanian kelapa sawit dan getah oleh FELDA. Sebagai contoh felda telah

membangunkan dan menanam kira-kira 400 ribu hektar tanah baru dan menempatkan

semula 41288 keluarga dan kini felda telah menjadi salah satu agensi m=pembangunan

tanah yang paling besar di Malaysia. Walau bagaimanapun, berdasarkan Ordianan

Pembanguan Tanah 1957 telah menetapkan bahawa felda tidak akan mengalakkan,

melaksanakan ,membantu atau menyertai sebarang projek pembangunan tanah dalam

man-mana negeri sebelum ia dirunding atau dijemput oleh Lembaga-lembaga Tempatan

yang bertanggungjawab bagi penubuhan dan pentadbiran rancangan itu.

Page 2: PERANAN FELDA

Memaju,memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan

di dalam pelbagai sektor di kawasan dimana FELDA diberikan kuasa melaksanakan

projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.

Pembangunan dan pengurusan yang dilaksanakan adalah meliputi pelbagai sektor seperti

ekonomi,sosial,pertanian,penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan

yang lain. Sistem pentadbiran, khidmat pentadbiran, kemudahan ,institusi sosial yang

disediakan oleh FELDA dapat meningkatkan kualiti hidup peneroka. Terdapat tiga jenis guna

tanah industri yang dirancangkan di kebanyakkan kampung FELDA iaitu untuk industri

ringan dan perkhidmatan. Antaranya industri ringan dan perkhidmatan yang dibangunkan di

pusat kampung, di tapak yang terpisah daripada pusat membeli belah. Selain itu, ia juga

melibatkan projek perancangan pembangunan kilang kelapa sawit atau kilang getah yang

disediakan di kampung yang mempunyai saiz penduduk yang besar. Projek pembangunan

ini biasanya terletak di kawasan pinggir kampung untuk mengurangkan gangguan dan

kesan-kesan yang tidak diingini kepada penduduk kampung. Pengasingan kawasan industri

daripada projek pembangunan adalah selaras dengan prinsip dan amalan perancangan

yang bertujuan untuk mengurangkan pencemaran bunyi,air dan udara ,serta gangguan lalu

lintas. Di samping itu, pembinaan tapak kilang yang dilakukan oleh FELDA di pilih di kwasan

tanah datar dan mempunyai hubungan jalan raya yang baik.

FELDA juga memainkan peranan dalam pembangunan komuniti luar Bandar.

Kemudahan komuniti boleh dibahagikaan kepada dua jenis iaitu kemudahan komuniti pusat

dan kemudahan komuniti bukan pusat. Kemudahan pusat ditempatkan dan dikelompokkan

di pusat kampung. Pusat kampung yang selalunya terletak di kawasan terdapatnya lembah

semula jadi dengan sungai yang mengalir deras atau anak sungai yang kecil yang dapat

memberikan satu pemandangan yang indah adalah satu kawasan tumpuan bagi sesuatu

komuniti dan dipusat kampung itulah segala kegiatan penting, seperti pernigaan,

sosial,budaya, agama, perkhidmatan dan pentadbiran tertumpu. FELDA berperanan

menyediakan tapak untuk setiap kemudahan komuniti pusat di pusat kampung seperti

Dewan orang ramai, tempat letak kereta, pos telekomunikasi, perhentian bas, pondok

polis ,pusat kesihatan, masjid dan sebagainya. Selain itu, bagi melengkapkan pembangunan

di kawasan luar Bandar FELDA juga menyediakan peruntukan dalaman mengikut

kemampuan kewangan semasa untuk membiayai beberapa projek yang difikirkan sesuai.

Projek yang dijalankan ini termasuklah projek pembinaan kemudahan asas yang utama

seperti sekolah, klinik, penambahbaikkan sistem perparitan, penyediaan ruang perniagaan

dan kemudahan yang diperlukan oleh masyarakat rancangan. Selain itu, FELDA juga

mengambil pendekatan wilayah di dalam pembangunan kawasan luar Bandar yang

melibatkan pembinaan Bandar baru di kawasan desa. Sebagai contoh rancangan Jengka

Page 3: PERANAN FELDA

Tiga Segi yang dibangunkan bertujuan sebagai pusat wilayah atau pusat perkhidmatan

tempatan yang mengadakan perkhidmatan peringkat tinggi kepada pusat petempatan yang

lain. FELDA juga berperanan dalam menyediakan banyak kemudahan kehidupan moden

kepada komuniti peneroka supaya kehidupan mereka menjadi lebih selesa. Kemudahan

komuniti, perkhidmatan awam dan utiliti awam dirancang disetiap kampung. Ini adalah

langkah-langkah fizikal yang diambil untuk membangukan kawasan luar Bandar bagi

mewujudkan persekitaran yang sesuai supaya perubahan –perubahan sosial dan ekonomi

dapat dicetuskan dalam setiap komuniti FELDA.

FELDA juga telah menjadikan sector pelancongan sebagai suatu sumber terhadap

ekonomi kumpulan FELDA. Banyak kawasan FELDA telah dijadikan tempat pelancongan

domestic dan antarabangsa. Secara tidak langsung ia dapat menjana ekonomi stempat

disamping dapat mewujudkan pembangunan serta peluang pekerjaan kepada warga

FELDA. FELDA telah mewujudkan beberapa rangkaian hotel dan resort melalui anak

syarikatnya iaitu FELDA travels dibeberapa kawasan strategic terutamanya dikawasan yang

mempunyai nilai pelancongan yang tinggi. Contohnya di FELDA Tekam (Pahang), Trolak

(Perak), Hot Spring (Perak), Kuala Terengganu (Terengganu), Sahabat (Sabah) dan

Tanjung Leman (Johor). Di samping itu, FELDA travels turut menawarkan pelbagai pakej

pelancongan yang sesuai dengan kehendak semasa pelancong. FELDA juga antara

kumpulan syarikat pertama yang memajukan kawasan pertanian sebagai cabang

pelancongan iaitu melalui Agro-Pelancongan. Ini secara jelas dapat menyasarkan kawasan

FELDA sebagai hub pelancongan tardisional seterusnya memperkenalkan budaya Malaysia

ke peringkat global.

Page 4: PERANAN FELDA

Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian

dikawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbir.

FELDA berperanan dalam membantu sektor pertanian terutamanya dalam kegiatan yang

berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan, dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan

ternakan. Peneroka turut memperolehi pendapatan melalui pelbagai aktiviti non-farm yang

dijalankan ditanah rancangan. FELDA juga turut menyediakan dana pusingan yang

dinamakan Skim Insentif Usahawan FELDA (SIUF). Skim ini diwujudkan pada tahun 2002

dengan tabungan pusingan RM50 juta. Skim ini bertujuan untuk membantu peneroka

terloibat dalam pelbagai projek yang dijalankan didalam rancangan seperti ternakan,

tanaman, akuakultur, perusahaan,perniagaan dan kraf. Melalui projek yang dijalankan,

FELDA telah memberi bantuan dalam bentuk peralatan dan input projek untuk membiayai

kos modal. Melalui bantuan modal yang diberikan pihak peneroka dapat meningkatkan lagi

produktiviti dalam sector pertanian dan dapat membangunkan sesebuah kawasan

rancangan. Ini dapat dibuktikan lagi dengan penubuhan kilang-kilang, perusahaan Industri

Kecil dan Sederhana (IKS) yang berorentasikan sumber pertanian contohnya getah dan

kelapa sawit.

FELDA juga berperanan dalam mengeksploitasikan hutan utama dan hutan

sekunder Negara yang belum diusahakan yang didapati sesuai untk pembangunan.

Penubuhan FELDA dirancang bagi meningkatkan sumber ekonomi Negara yang berkaitan

dengan pertanian melalui pasca perniagaan pada skop tertentu. Hal demikian, FELDA

ditubuhkan bagi menyuntik dana untuk meneruskan agenda pertanian seperti yang

termaktub dalam Dasar Pertanian Negara. FELDA juga diberi inisiatif baharu bagi

memperluaskan skop bidang fungsinya bagi menyediakan kerja-kerja kepada masyarakat

bumiputera yang belum mahir dalam apa jua bidang untuk bergerak bersama dengan

FELDA bagi merealisasikan hasrat kerjaan. FELDA juga telah memperkenalkan Bidang

Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah mengkhususkan bidang pertanian sebagai

satu cabang utamanya bagi meningkatkan sektor pertanian.

Page 5: PERANAN FELDA

Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-

kegiatan social, penempatan, pertanian, industry dan komersial dalam kawasan

FELDA.

Didalam membangunkan kawasan luar Bandar, terdapat satu lagi projek penting iaitu

program pembangunan social yang bertujuan untuk menyediakan keperluan asas kepada

masyarakat luar Bandar terutamanya dalam bidang pendidikan, kesihatan, serta bekalan air

dan elektrik. Selain kemudahan asas social ini, masayrakat luar bandar juga diperkenalkan

kepada rancangan kemajuan masayarakt, antara lain rancangan ini bertujuan memupuk

nilai-nilai positif kepada masyarakat luar bandar. Berdasarkan konsep pembangunan social

yang sebenar, matlamat ini adalah bersesuaian dengan kehendak rancangan pembangunan

pertanian kerana ianya merangkumi konsep pembangunan sumber manusia masyarakat

luar Bandar. Hal ini kerana peningkatan taraf hidup masyarakat bukan sahaja bergantung

kepada pembolehubah-pembolehubah ekonomi semata-mata tetapi juga terhadap factor

pembangunan sosial. Oleh itu, FELDA telah memainkan peranan dalam menyediakan

kemudahan pendidikan asas, kesihatan, perancangan keluarga, perumahan dan

sebagainya.

Selain itu, FELDA bukan sahaja berperanan sebagai egen pemodenan tetapi juga

sebagai agen pembandaran. Petempatan FELDA mempunyai taraf pembandaran yang lebih

tinggi daripada kampung tradisional dan petempatan FELDA ini juga dikenali sebagai

Bandar didesa. Peranan FELDA sebagai agen pembandaran dikawasan luar Bandar

bermula sejak akhir tahun 1960- an, apabila rancangan Jengka Tiga Segi dilaksnakan di

Pahang. FELDA juga menumpukan perhatian kepada pembinaan Bandar-bandar baru

dalam rancangannya dan beberapa buah perkampungan telah digabungkan untuk

membentuk sebuah petempatan Bandar. Petempatan-petempatan Bandar yang dibina oleh

FELDA, telah membolehkan FELDA menyediakan kemudahan dan perkhidmatan Bandar

yang ;ebih baik daripada unit perkampungan tunggal. Rancangan petempatan FELDA

adalah berdasarkan konsep bahawa ia adalah satu komuniti baru yang cukup keperluan

sendiri dan berdikari. Sebagai satu komuniti baru, petempatan-petempatan ini dibina

dikawasan baru yang belum lagi diteroka dan terpisah daripada masyarakat sedia ada.

Tapak yang dipilih untuk pembangunan ini adalah kawasan yang mempunyai tanag yang

sesuai untuk pembangunan pertanian moden, sebagai asas ekonomi utama dan juga

keluasan yang cukup besar untuk mengagihkan tanah pertanian itu mengikut suatu saiz

yang ekonomis kepada semua ketua keluarga.

Page 6: PERANAN FELDA

FELDA juga berperanan dalam memberikan bimbingan dan latihan kemahiran

kepada generasi baru FELDA. Program Latihan Kemahiran Generasi Baru dilaksnakan

mulai tahun 2005 khusus untuk generasi baru peneroka lepasan SPM yang belum

mempunyai pekerjaan tetap dan masih berada di rancangan. Program ini bertujuan untuk

melatih generasi baru dalam pelbagai bidang latihan kemahiran dengan harapan generasi

baru peneroka mendapat peluang pekerjaan yang sesuai selepas menamatkan latihan.

Pelbagai bidang latihan kemahiran yang berdaya maju dan kompetitif disediakan mengikut

keperluan semasa. Melalui program ini ia member peluang kepada generasi baru FELDA

untuk menyambung pelajaran diperingkat yang lebih tinggi lagi serta mampu menyambung

kepada peningkatan ekonomi keluarga peneroka FELDA. Terdapat tiga peringkat latihan

disediakan iaitu peringkat sijil kemahiran Malaysia (SKM), peringkat diploma dan peringkat

kursus profil tinggi. Pusat-pusat industri juga dibangunkan dipusat petempatan FELDA

seperti penubuhan industry ringan dan industri berasaskan pertanian. Antara beberapa

kegiatan industry yang dijalankan adalah membaiki basikal, radio, televisyen kereta dan

perusahaan kotej. Manakala industry yang berasakan pertanian adalah kilang getah dan

kelapa sawit, tetapi tidak semua kawasan mempunyai kilang tersebut kerana ia memerlukan

pelaburan modal yang banyak. Walaupun begitu, FELDA menggalakkan penubuhan industri

kecil yang berasaskan pertanian supaya peluang pekerjaan dalam sesebuah komuniti dapat

dipelbagaikan dan sebab itulah kebanyakan petempatan FELDA mempunyai tanah rizab

untuk tapak perindustrian.

FELDA juga telah melaksanakan Perumahan Warga FELDA (PWF) sebagai

memenuhi permintaan anak-anak peneroka yang tinggal di rancangan yang memerlukan

rumah kediaman. Projek PWF ini menekankan aspek mampu milik disamping dapat member

keselesaan dengan menyediakan kemudahan infrasuktur yang lebih baik kepada generasi

peneroka FELDA. Dalam melaksanakan projek perumahan ini, FELDA mengambil kira

keluasan tanah yang sesuai untuk projek perumahan. Kawasan yang sesuai ialah sekurang-

kurangnya 30 hektar bagi menampung jualan unit rumah dan kos infrasuktur. Tujuan

penubuhan PWF ialah memajukan tanah kosong yang sesuai dan mempertingkatkan

kualitim hidup masyarakat yang berpendapatan rendah supaya berpeluang memiliki rumah

kediaman dengan kualiti yang terjamin. Disamping itu, member peluang kepada anak-anak

peneroka untuk terus menetap di rancangan dan membantu pertumbuhan ekonomi.

Page 7: PERANAN FELDA

Menggalakkan dan membantu penyiasatan, perancangan dan pelaksanaan projek-

projek bagi pembangunan dan petempatan tanah Persekutuan.

Dalam pembangunan petempatan FELDA kemudahan infrasuktur dan utiliti disediakan oleh

berbagai-bagai kementerian dan jabatan kerajaan berdasarkan konsep kerjasama. Cara

pendekatan yang digunakan dalam pembangunan FELDA ialah peneroka ditempatkan

kedalam rancangan setelah rumah mereka dan jalan raya siap dibina, kemudahan social,

kebudayaan dan agama dan utility awam telah disediakan serta tanaman telah ditanam.

Petempatan FELDA disediakan dengan infrasuktur yang sesuai untuk kesejahteraan

ekonomi dan social para peneroka (Jamaluddin Lamin, 1976). Unit-unit petempatan ini,

mempunyai jalan raya dan bekalan air untuk kesenangan para peneroka, sekolah untuk

pendidikan anak mereka, pusat kesihatan untuk kesejahteraan fizikal, masjid untuk

kesejahteraan rohaniah, kemudahan komuniti untuk perkembangan mental, kedai untuk

memenuhi keperluan harian, dan bekalan elektrik untuk rumah dan jalan raya. Penyediaan

infrasuktur di petempatan FELDA menggambarkan usaha untuk membawa modenisasi ke

kawasan desa, iaitu berasaskan kepercayaan bahawa perubahan sosioekonomi tidak dapat

dicapai jika pusat-pusat petempatan ini tidak disertakan dengan pembangunan fizikal.

Perancangan petempatan FELDA adalah berdasarkan konsep bahawa reka

bentuknya mestilah mengabungkan ciri-ciri bandar dan desa. Pembangunan dikawasan

FELDA dirancang berselang-seli dengan guna tanah lain-lain dipusat petempatan.

Penyediaan ruang terbuka adalah sebahagian daripada seluruh pelan guna tanah kampong

atau bandar. Ia digunakan sebagai zon penampanan untuk mengasingkan kawasan

kediaman dengan kawasan kediaman yang lain, kawasan kediaman dengan pusat kampung

atau bandar dan kawasan kediaman dengan kegunaan industri

Page 8: PERANAN FELDA

SUMBANGAN FELDA

Sejak penubuhan FELDA pada tahun 1956, terdapat banyak sumbangan yang telah

diberikan oleh FELDA kepada Negara. Sumbangn FELDA telah memberi pelbagai manfaat

kepada penduduk luar Bandar samada dari segi ekonomi atau social. Antara sumbangan

FELDA ialah:

FELDA telah membelanjakan sejumlah RM 10.4 bilion bagi perbelanjaan

pembangunan rancangan, perbelanjaan infrasuktur, perbelnjaan tanam semula

kebun peneroka, pembiayaan sosioekonomi, perbelnjaan asset tetap dan lain-lain.

FELDA juga memperutukkan sejumlah RM 5.433 juta untuk proses menaik taraf dan

pembaikkan masjid, surau, taska dan sekolah agama serta lain-lain.

FELDA telah membina sebanyak 65 buah dewan baru jenis A dan B dikawasan

rancangan dengan kos RM 37.01 juta.

Peruntukkan berjumlah RM 188.8 juta telah dibelanjakan untuk member latihan

kemahiran dan kursus kepada generasi baru. Sejumlah RM 9.85 juta disediakan bagi

tahun 2010. Disamping itu, peruntukkan berjumlah RM 11.8 juta disediakan bagi

Skim Tuisyen FELDA (STF) pada tahun 2010. Matlamat STF adalah untuk

meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar di rancangan FELDA dalam

peperiksaan awam iaitu UPSR, PMR dan SPM. Guru pakar dari sekolah luar turut

disediakan untuk Tuisyen Bahasa Inggeris bagi menigkatkan penguasaan bahasa

tersebut di kalangan anak-anak peneroka.

Pembinaan Maktab Rendah Sains MARA FELDA di Trolak, Perak yang terbesar dan

termoden dengan kos RM 123 juta adalah untuk kemudahan generasi baru FELDA

mendapat pendidikan yang sempurna. Peruntukkan tahunan adalah berjumlah 10

juta disediakan bagi membiayai pendidikan generasi baru yang tinggal di tiga buah

asrama FELDA di Kuantan, Johor Bahru dan Kuala Lumpur serta Maktab Rendah

Sains MARA FELDA.

Menjayakan program hadiah biasiswa pelajar cemerlang untuk ditawarkan kepada

pelajar generasi baru melanjutkan pelajaran dalam bidang professional di universiti

luar Negara. Bidang pengajian yang ditaja oleh FELDA adalah dalam bidang sains

dan teknologi, teknologi makanan, bioteknologi dan perladangan, kejuruteraan, sains

computer dan ICT, perakaunan, perundangan dan perubatan.

FELDA memberikan bantuan pelajaran tinggi kepada generasi FELDA yang layak

dan Berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA)

atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Bantuan ini bertujuan untuk

meringankan beban kewangan serta menggalakkan generasi FELDA meneruskan

pengajian keperingkat yang lebih tinggi. Pemohon yang Berjaya memasuki IPTA dan

Page 9: PERANAN FELDA

IPTS samaada dalam peringkat diploma, ijazah atau luar Negara hendaklah menigsi

maklumat diri melalui system SKB-SIAP dirancangan. Status kelayakan pemohon

akan disemak oleh Pengurus rancangan sebelum dihantar ke Jabatan Inovasi dan

Pembangunan Generasi Baru, ibu pejabat FELDA untuk kelulusan bayaran.

FELDA juga telah melaksanakan Skim Bantuan Pembaikan Rumah Peneroka yang

didapati daif dan perlu diperbaiki bagi memastikan peneroka dan keluarga tinggal

dalam keadaan sempurna.

Mewujudkan tabung bentuan kebajikan peneroka untuk membantu warga peneroka

yang menghidapi penyakit kronik yang memerlukan alat bantuan kesihatan dan

bencana alam. Sumbangan ini diberikan bagi meringankan beban tanggungan yang

terpaksa dipikul oleh peneroka. Disamping itu, antara tabungan yang lain diwujudkan

sebagai tanda keperihatinan FELDA dan konglomerat kebajikan FELDA adalah

Tabung Pinjaman Perumahan Peneroka, Skim Pinjaman Pembelian Saham Koperasi

Permodalan FELDA (KPF), Skim Pinjaman Komouter Peneroka dan sebagainya.

FELDA telah memperkenalkan Pelaburan Dalam Koperasi Permodalan FELDA

Berhad (KPF) untuk menjalankan kegiatan pelaburan dan kewangan.. KPF

menguasai 51% pemilikan dalam FELDA Global Ventures (FGV) dan segala

keuntungan dipulangkan kepada peneroka dalam bentuk dividen. FGVH telah

ditubuhkan pada 19 Disember 2007 bertujuan menguruskan pelaburan FELDA diluar

Negara dan melancarkan urusan pentadbiran, operasi serta pematuhan kepada

keperluan perundangan.

Peruntukkan berjumlah RM 7 juta disediakan bagi menjalankan projek pertanian dan

penternakan sebagai printis dan model untuk dikembangkan dan dilaksanakan

secara komersial oleh peneroka seluruh Negara. Diantara projek perintis yang

dijalankan ialah lembu fidlot, kambing boer, pembiakan lermbu, burung walet,

tanaman vanila, betik, pisang, jagung nelson, serai peha ayam, nangka madu, OPF

dan lain-lain.