Peranan Guru Pendidikan Moral Terhadap Wawasan 2020

7
1.0 Peranan guru Pendidikan Moral Terhadap Wawasan 2020 Sebagai seorang guru pendidikan moral di sekolah, terhadap tanggung jawab yang perlu digalas dan direalisasikan seperti merealisasikan wawasan 2020. Wawasan 2020 adalah satu visi Negara yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991. Tujuan visi ini adalah menjadikan Negara yang maju dan beretika. Terdapat sembilan cabaran yang perlu diikuti dan dijadikan landasan dalam mencapai wawasan 2020. Cabaran pertama ialah mewujudkan Negara Malaysia yang bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Guru perlu sentiasa menerapkan ke dalam diri anak murid agar bersatu padu sesama kaum dan tidak berpecahbelah. Cabaran kedua ialah guru pendidikan moral perlu memastikan murid-murid mempunyai jiwa yang bebas, tenteram dan maju. Guru perlu menerapkan keyakinan diri murid-murid bagi meningkatkan jati diri, yakin terhadap diri sendiri, dan mempunyai visi dalam mencapai kejayaan terhadap pelajaran yang mereka pelajari di sekolah. Cabaran ketiga ialah guru perlu menerapkan perasaan cinta terhadap Negara dan kerajaan yang sedang memimpin Negara. Taat setia dan sentiasa mengaalkan demokrasi yang matang iaitu tidak melakukan perkara-perkara yang menyalahi dan mengancam keselamatan Negara.

description

GURU PENDIDIKAN MORAL

Transcript of Peranan Guru Pendidikan Moral Terhadap Wawasan 2020

1.0 Peranan guru Pendidikan Moral Terhadap Wawasan 2020

Sebagai seorang guru pendidikan moral di sekolah, terhadap tanggung jawab yang perlu digalas dan direalisasikan seperti merealisasikan wawasan 2020. Wawasan 2020 adalah satu visi Negara yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1991. Tujuan visi ini adalah menjadikan Negara yang maju dan beretika. Terdapat sembilan cabaran yang perlu diikuti dan dijadikan landasan dalam mencapai wawasan 2020. Cabaran pertama ialah mewujudkan Negara Malaysia yang bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Guru perlu sentiasa menerapkan ke dalam diri anak murid agar bersatu padu sesama kaum dan tidak berpecahbelah. Cabaran kedua ialah guru pendidikan moral perlu memastikan murid-murid mempunyai jiwa yang bebas, tenteram dan maju. Guru perlu menerapkan keyakinan diri murid-murid bagi meningkatkan jati diri, yakin terhadap diri sendiri, dan mempunyai visi dalam mencapai kejayaan terhadap pelajaran yang mereka pelajari di sekolah.Cabaran ketiga ialah guru perlu menerapkan perasaan cinta terhadap Negara dan kerajaan yang sedang memimpin Negara. Taat setia dan sentiasa mengaalkan demokrasi yang matang iaitu tidak melakukan perkara-perkara yang menyalahi dan mengancam keselamatan Negara.Cabaran keempat ialah mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika dan mengamalkan agama yang kukuh. Guru pendidikan moral perlu memastikan dan menerapkan murid-murid sentiasa hormat menghormati antara satu sama lain dan bertolak ansur dalam pergaulan seharian. Tidak menyingggung perasaan sesame rakan, menghormati ibu bapa dan guru. Cabaran yang kelima ialah mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dalam konteks rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama tetapi setia pada Negara. Guru pendidikan moral perlu memastikan murid-murid faham agar tidak terjebak dan melakukan sesuatu yang tidak sewajarnya. Mengikuti peraturan sekolah dan belajar dengan bersungguh-sungguh terhadap pembelajaran seharian.Cabaran yang keenam ialah mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Guru pendidikan moral perlu menerapkan kemahiran teknologi maklumat kepada murid-murid. Murid perlu dididik agar minat dan celik kepada teknolgi maklumat. Cabaran ketujuh ialah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayang iaitu sistem social yang member keutamaan kepada kepentingan masyarakat daripada diri sendiri. Murid-murid perlu diterapkan tentang sifat kasih sayang terhadap diri sendiri, rakan-rakan, guru-guru, ibu bapa, Negara. Cabaran kelapan ialah mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan Negara secara adil dan saksama. Murid-murid perlu diterapkan sifat yang baik, tidak tamak dan mementingkan diri sendiri. Bumi Malaysia adalah sangat luas dan tidak perlu berebut-rebut dalam mencapainya. Hasil bumi Malaysia perlu diagihkan secara adil dan saksama. Cabaran kesembilan ialah mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. Murid-murid perlu diterapkan sifat yang sentiasa bersaing secara sihat sewaktu disekolah. Guru pendidikan perlu menerangkan dengan jelas dengan menggunakan segala alatan bahan bantu mengajar yang memungkinkan kepada pencapaian objektif.Kesembilan cabaran di atas perlu dijadikan panduan oleh kesemua guru pendidikan moral bagi memastikan kepada pencapaian wawasan 2020. Guru perlu menggunakan segala bahan yang bersesuaian sehingga kepada pencapaian objektif.

3.0Peranan dan Tanggungjawab Guru Pendidikan Moral Terhadap Rukun NegaraPendidikan merupakan medium yang mampu merealisasikan aspirasi Negara.Perkembangan pendidikan perlu seiring dengan era globalisasi masa kini.Oleh yang demikian peranan guru amat besar dan mencabar.Untuk membentuk dan membina modal insan yang dihasratkan maka guru memainkan peranan yang penting serta memikul tanggungjawab yang berat.Guru pendidikan Moral memainkan peranan penting kerana mereka mengajar nilai murni dan nilai patriotik di sekolah.Guru Pendidikan Moral perlu menekankan prinsip Rukun Negara dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.Prinsip Rukun Negara yang pertama ialah Kepercayaan kepada Tuhan.Dari segi kerohanian, guru pendidikan Moral perlu membina kekuatan dalaman murid dan meningkatkan kepercayaan murid-murid kepada Tuhan dan agama. Penekanan dari segi agama hendaklah menjadi perkara utama dalam diri indiviu seorangi guru.Apabila kerohanian dalam jiwa murid-murid telah mantap maka akan terbentuk akal yang sihat, jasmani yang cergas serta akhlak yang terpuji.Kesetiaan kepada raja dan Negara bermaksud bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah Negara tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang DiPertuan Agong. Oleh itu, guru perlu menyampaikan ilmu dan membimbing murid membuat peta minda tentang peranan dan fungsi raja dalam pemerintahan Negara supaya murid-murid dapat mengenali dan menghormati raja.Prinsip ketiga ialah keluhuran perlembagaan.Guru pendidikan Moral perlu menjelaskan kepada murid-murid maksud perlembagaan iaitu undang-undang sesebuah kerajaan.Guru Pendidikan Moral perlu menegaskan kepentingan hidup bersatu padu antara pelbagai kaum agar kita dapat hidup dalam aman dan harmoni.Bahasa Melayu boleh digunakan dalam usaha merapatkan hubungan antara murid pelbagai kaum dalam bilk darjah.Prinsip ke empat pula ialah Kedaulatan Undang-undang yang bermaksud setiap rakyat sama taraf disisi undang-undang.Untuk itu Guru pendidikan Moral boleh menggalakkan murid-murid mengikuti peraturan dan disiplin sekolah.Guru perlu meningkatkan pengetahuan tentang teknik dan pengajaran yang pelbagai supaya pengajaran tidak membosankan dan menarik perhatian murid untuk ke sekolah di samping itu dapat mengelakkan masalah ponteng sekolah.Prinsip kelima ialah Kesopanan dan Kesusilaan.Guru menjadi role model dan sentiasa menjadi perhatian. Oleh itu guru seharusnya mengajar adab, budi pekerti serta nilai-nilai yang baik dan mengamalkannya.Penerapan adab, budi pekerti boleh di lakukan melalui aktiviti main peranan. Contohnya cara dan adab-adab menghormati orang yang lebih tua, cara meminta maaf dan sebagainya.Setiap prinsip dalam Rukun Negara menjadi panduan cara hidup kita semua yang berkaitan dengan nilai-nilai murni yang unggul. Guru Pendidikan Moral mesti membimbing dan menerapkan nilai- nilai yang tersirat dalam Rukun Negara supaya dapat melahirkan rakyatn sepertimana yang dihasratkan.

5.0Peranan Guru Moral Terhadap Kod Etika PerguruanGuru pendidikan Moral perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod Etika Perguruan penting kerana ia menyediakan garis panduan tingkah laku dalam profesion perguruan yang perlu dirujuk dan diamalkan oleh guru pendidikan Moral.Tanggungjawab guru pendidikan Moral adalah sebagai pemegang amanah dalam bidang pendidikan yang mana tugas hakiki guru menekankan dua amanah penting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan.Kecemerlangan sesuatu profesion dapat dilihat jika guru mengamalkan etika perguruan. Menerusi kod etika guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan secara rasmi. Ini dapat membuka mata masyarakat untuk mengetahui dan memahami tanggungjawab guru yang berat supaya mereka dapat menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan Negara.Pengamalan etika perguruan dapat memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru pendidikan Moral serta memupuk tanggungjawab bersama serta mengeratkan hubungan antara guru.Guru mesti menunjukkan imej berpakaian, pertuturan, tingkahlaku yang dapat dijadikan contoh oleh pelajar.Oleh yang demikian, setiap guru pendidikan Moral wajib memahami kod etika perguruan sebagai panduan daan landasan yang betul demi membangunkan Negara bangsa.