PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

25
PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS Semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah. Pengetua dan Guru Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Pengetua dan Guru Besar merupakan pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan makmal dan bilik sains dalam aspek profesional dan pengurusan Penolong Kanan Pentadbiran / Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang dan Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar dalam keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains berkaitan pengendalian program kurikulum dan . kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, perlaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Setiap anggota mestilah mempunyai komitmen dan berkemahiran untuk memastikan Bidang Sains berjalan dengan lancar. 4.1 Ketua Bidang Sains dan Matematik Bidang Sains dianggotai oleh semua guru sains dan kakitangan makmal sains yang diketuai oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik. 4.1.1 Syarat Kelayakan Perlantikan Ketua Bidang Sains dan Matematik a. Dilantik dalam kalangan guru sains / matematik yang berpengalaman. b. Mempunyai pengkhususan dalam bidang sains / matematik. c. Gred jawatan DG 44. 4.1.2 Latihan yang diperlukan a. Pengurusan stok. b. Pengendalian peralatan sains.

description

PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS

Transcript of PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

Page 1: PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS

 

Semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara langsung

dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah. Pengetua dan

Guru Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan bilik

sains dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi

perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Pengetua dan Guru Besar

merupakan pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan

makmal dan bilik sains dalam aspek profesional dan pengurusan

Penolong Kanan Pentadbiran / Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang dan Ketua Bidang Sains dan

Matematik bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar dalam keseluruhan

pengurusan makmal dan bilik sains berkaitan pengendalian program kurikulum

dan .kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, perlaksanaan, penyelarasan,

penilaian dan pemantauan. Setiap anggota mestilah mempunyai komitmen dan berkemahiran

untuk memastikan Bidang Sains berjalan dengan lancar. 

4.1       Ketua Bidang Sains dan Matematik 

Bidang Sains dianggotai oleh semua guru sains dan kakitangan makmal sains yang

diketuai oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik.           

            4.1.1    Syarat Kelayakan Perlantikan Ketua Bidang Sains dan Matematik 

a.      Dilantik dalam kalangan guru sains / matematik yang

berpengalaman.

b.      Mempunyai pengkhususan dalam bidang sains / matematik.

c.      Gred jawatan DG 44.

 

            4.1.2    Latihan yang diperlukan

 

a.      Pengurusan stok.

b.      Pengendalian peralatan sains.

c.      Prosedur pelupusan bahan kimia dan peralatan sains.

d.      Pengendalian peralatan   ICT.

e.      Pengurusan dan keselamatan makmal sains.

 

4.1.4    Tugas dan Tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik

 

Page 2: PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab kepada Pengetua

dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum semua mata

pelajaran sains dan matematik di sekolah dari segi perancangan,

pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Ketua Bidang

Sains dan Matematik juga bertanggungjawab dalam memberi bimbingan

profesional kepada guru-guru sains dan kakitangan makmal sains.

Bimbingan ini adalah untuk memastikan peningkatan kemahiran mereka,

khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan

makmal melalui program perkembangan staf.

 

Tugas dan tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam pengurusan

makmal sains adalah seperti :

 

a.              Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti  sistem

bekalan elektrik, gas, air, kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan

menepati ciri-ciri keselamatan.

b.              Memastikan segala kelengkapan makmal sentiasa berada dalam

keadaan bersih dan selamat digunakan.

c.              Merancang dan menyediakan :

i.   Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasan

ii.  Peraturan keselamatan

iii. Latihan kecemasan dan kebakaran

iv. Kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraan

v.  Kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh

penggunaannya

d.              Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains

mematuhi sepenuhnya peraturan makmal.

e.              Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja

kakitangan makmal sains serta memastikan senarai dan waktu kerja tersebut

dipatuhi.

f.                  Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat

sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

g.              Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan

sains dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan.

h.              Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi

pengajaran dan pembelajaran sains serta keperluan makmal sains.

Page 3: PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

i.                   Mengenal pasti dan menguruskan perolehan peralatan dan bahan

sains mengikut Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling yang

berkuatkuasa.

j.                   Menguruskan dan memeriksa peralatan dan bahan sains yang

baru dibeli dan yang baru diterima mengikut bilangan dan spesifikasinya.

k.               Mengurus dan mengelola persediaan dan pelaksanaan Pentaksiran

Kerja Amali Sains (PEKA Sains).

l.                   Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains.

m.         Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program atau aktiviti

perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan kakitangan makmal.

n.              Memastikan tugas penyelenggaraan komputer dalam makmal sains

dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.

o.              Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal dan

peralatan supaya menepati ciri-ciri keselamatan.

p.              Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke

semasa.

 

 

4.2      Ketua Panitia Sains

 

Panitia bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar serta Ketua Bidang

Sains dan Matematik dalam perancangan,perlaksanaan, penyelarasan dan penilaian

daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan makmal dan bilik

sains sekolah. Panitia sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains terdiri daripada guru-

guru yang bertanggungjawab mengajar mata pelajaran sains seperti Sains, Sains

Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.

Panitia Sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains yang dilantik oleh Pengetua dan

Guru Besar secara rasmi untuk memimpin guru-guru mata pelajaran sains di bawah

tanggungjawabnya. Ketua Panitia Sains secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa

Kurikulum Sekolah. Bagi memastikan semua tugas dapat dilaksanakan oleh panitia,

Ketua Panitia bertanggungjawab untuk memastikan tugas panitia dilaksanakan dengan

berkesan.

                4.2.1       Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Sains

                Tugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti

berikut :

 

Page 4: PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

a.              Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan

peralatan dan bahan sains.

b.              Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi

keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.

c.              Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk

tujuan hapus kira dan pelupusan.

d.              Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan

manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.

 

e.              Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik

sains seperti berikut :

                                         i.   Pesanan peralatan dan bahan sains

                                        ii.   Stok makmal sains

                                             iii.   Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan

sains

                                              iv.   Kerosakan dan kehilangan

                                             v.   Penyelenggaraan dan pemeriksaan

                                              vi.   Kemalangan

                                             vii.   Rekod penggunaan makmal sains

f.            Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna.

g.              Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik,

air, gas, perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri

keselamatan.

h.              Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi

dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik

sains.

i.                   Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan

bilik sains.

j.                   Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan

selamat.

k.               Memberi bimbingan profesional kepada guru-guru dalam panitianya

dan kakitangan makmal  dan bilik sains.

l.                   Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi

panitianya.

m.         Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal dan bilik

sains.

Page 5: PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

n.              Merekod dan mengemaskinikan stok makmal dan bilik sains.

o.              Menyelaras penggunaan makmal dan bilik sains serta peralatan dan

bahan sains di bawah jagaannya.

p.              Membantu dalam penyelenggaraan makmal dan bilik sains.

q.              Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf untuk

guru sains dan kakitangan makmal dan bilik sains berkaitan dengan :

                                 i.     Pengurusan makmal dan bilik sains

                                ii.      Pengendalian dan penyelenggaraan peralatan

                                       iii.       Pengendalian dan penyimpanan bahan toksik, radioaktif dan

bahan berbahaya yang lain

r.                 Membantu merancang dan melaksanakan arahan dan peraturan

yang berkaitan dengan makmal dan bilik sains.

s.              Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok

tahunan.

t.                  Merancang dan mengendalikan PEKA Sains.

u.              Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru

Besar dari masa ke semasa.

 

  

4.3          Guru Sains

 

Guru sains secara automatik menjadi anggota Panitia Sains. Tugas guru sains dalam

pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut :

                                    

a.              Mematuhi jadual penggunaan makmal  dan bilik sains.

b.              Melaksanakan PEKA Sains.

c.              Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan

makmal dan bilik sains.

d.              Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.

e.              Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan

dalam kerja amali serta mengisi borang atau buku pesanan untuk tindakan

kakitangan makmal dan bilik sains.

f.                  Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan

dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan.

g.              Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua Panitia merekod,

menyemak dan mengemas kini stok.

Page 6: PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

h.              Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.

i.                   Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru

Besar dari masa ke semasa.

 

 

4.4          Pembantu Makmal

 

                4.4.1       Syarat Kelayakan Lantikan Pembantu Makmal

 

a.              Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.

b.              Lulus dalam mata pelajaran matematik atau salah satu daripada

mata pelajaran sains.

c.              Lulus Bahasa Melayu.

 

4.4.2       Keperluan Latihan Pembantu Makmal

 

a.              Kemahiran melabel bahan kimia dan kepekatan larutan (kemolaran).

b.              Kemahiran menyediakan larutan piawai.

c.              Kemahiran mengendalikan bahan kimia terutamanya bahan toksik.

d.              Kemahiran mengendalikan eksperimen yang berkaitan dengan

mikroorganisma.

e.              Kemahiran mengendalikan bahan mudah berkulat, berkarat dan

mudah teroksida.

f.                  Kemahiran mengendalikan keadaan kecemasan, seperti

tumpahan bahan organik, bahan mengkakis, rejatan elektrik dan

seumpamanya.

g.              Kemahiran mengendalikan stok dan penyimpanan alat atau bahan

sains yang sistematik.

h.              Kemahiran mengendalikan komputer.

i.                   Kemahiran membaiki kerosakan kecil sistem pendawaian dan

sistem paip air.

j.                   Kemahiran menguruskan stok.

k.               Kemahiran mengendalikan peralatan sains terutama yang

memerlukan kejituan seperti dalam pengukuran dan timbangan.

l.                   Kemahiran menyelenggarakan peralatan sains mengikut

prosedur.

Page 7: PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

m.         Kemahiran melupuskan bahan-bahan kimia dan peralatan sains.

 

4.4.3       Tugas-tugas Pembantu Makmal

 

                4.4.3.1    Tugas Harian

 

a.               Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal

sains sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu

makmal apabila sesi pembelajaran makmal berakhir.

b.              Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar

sentiasa dalam keadaan bersih.

c.              Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.

d.              Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang

dipesan oleh guru sains dalam buku penyediaan alat / radas atau

borang pesanan.

e.              Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi

sebelum kerja amali dijalankan.

f.                  Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang

diperlukan untuk kerja amali.

g.              Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam

mengendalikan peralatan dan bahan sains.

h.              Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang

kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan.

i.                   Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke

tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.

j.                   Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air,

kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali.

k.               Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains

termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas.

l.                   Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid

mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali.

m.         Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang

terakhir pada setiap hari :

                                                               i.            Membersih bekas dan sisa bahan sains

yang telah digunakan

Page 8: PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

                                                   ii.            Menutup bekalan gas, air dan elektrik

 

                                                        iii.            Menutup tingkap, mengunci pintu bilik

persediaan dan pintu makmal sains

                                                       iv.            Menyimpan kunci bilik makmal sains mengikut

arahan pengetua

n.              Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan

segera sebarang kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru

sains, Ketua Panitia, Ketua Bidang Sains dan Matematik atau

Pengetua.

o.              Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains

seperti mengemaskini stok dan sebagainya.

p.              Mencuci peralatan sains yang kotor.

q.              Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan

menerima bahan-bahan serta radas daripada pihak pembekal.

r.                 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh

Pengetua dari masa ke semasa.

 

4.4.3.2    Tugas Semasa Cuti sekolah

 

a.              Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dan guru

sains mengemas kini rekod stok.

b.              Menyediakan reagen kimia, larutan penunjuk dan sebagainya

seperti yang diperlukan untuk kerja amali.

c.              Menokoktambahkan kandungan botol reagen dengan larutan

kimia yang berkenaan dan mengganti label pada botol reagen jika

perlu.

d.              Mengubah suai dan membuat inovasi daripada bahan

terpakai supaya boleh digunakan di makmal sains.

e.              Menghasilkan air suling.

f.                  Membantu membaik pulih kerosakan kecil peralatan sains.

g.              Mengecas dan discas akumulator.

h.              Menyelenggarakan mikroskop, kanta, neraca, slaid, carta,

model, alat timbang dan sebagainya.

i.                   Menyusun peralatan dan bahan sains dengan selamat dan

bersistem.

Page 9: PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

j.                   Menyemak dan memastikan bahan beracun dan bahan

berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.

k.               Memeriksa dan memastikan kit pertolongan cemas serta alat

mencegah kebakaran sentiasa lengkap, berfungsi dan tidak luput

tarikh.

 

l.                   Mengecat permukaan meja makmal sains dan peralatan

sains jika perlu.

m.         Menyemak dan melaporkan bahan-bahan sains yang telah

luput tarikh kepada guru sains untuk tindakan seterusnya.

n.              Mengemaskinikan butir-butir dalam kad stok berdasarkan

rekod invois bagi peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi

yang baru diterima.

o.              Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam kerja

hapus kira dan pelupusan.

p.              Menyelia dan membantu kerja membaik pulih perabot

makmal sains.

q.              Memastikan bahawa semua peralatan sains, bahan kimia

dan bahan biologi disusun dengan teratur.

r.                 Memeriksa, menyelenggara kemudahan makmal termasuk

perabot, bekalan elektrik, air dan gas. Jika berlaku sebarang

kerosakan atau kebakaran, laporkan perkara ini dengan segera

kepada pihak sekolah.

s.              Menyemak semula dan memastikan bahan yang beracun

serta berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.

t.                  Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik membuat

anggaran belanjawan.

 

4.4.3.3    Tugas-tugas Lain

 

a.              Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh guru sains

dan meminta sebut harga dari syarikat-syarikat yang tertentu pada

awal tahun (sebelum penggal persekolahan).

b.              Membantu menulis pesanan dalam borang pesanan. Semua

pesanan mestilah dibuat melalui Pengetua / Ketua Bidang Sains dan

Matematik / Ketua Panitia.

Page 10: PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

c.              Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya

semua berkeadaan baik dan mengikut kehendak guru sains sebaik

sahaja diterima daripada pembekal.

d.              Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas.

e.              Menyediakan carta-carta, model, slaid mikroskop, CD dan

alat bantu mengajar lain yang diperlukan untuk pengajaran sains.

f.                  Membantu mengurus buku stok / inventori.

g.              Menerima dan menyemak radas dan bahan kimia yang baru

dibeli serta memasukkan ke stor dan mencatat dalam buku stok

utama dan kad stok.

h.              Menyenaraikan radas dan bahan utama yang kurang dalam

borang pesanan.

i.                   Memasang klip buaya pada dawai.

j.                   Menyediakan radas dan bahan kimia untuk pameran

sains, kem sains dan sebagainya.

k.               Menajamkan alat-alat  pemotong.

l.                   Merekod radas rosak atau pecah semasa amali.

m.         Mencuci kit sejuk, akuarium dan tempat-tempat pemeliharaan

binatang jika ada

n.              Membantu melakukan pembelian runcit bahan untuk amali.

o.              Membantu mengadakan kursus dalaman kepada kakitangan

baru.

p.              Membuat catatan dalam buku kerosakan  atau pecah,

kemalangan, pinjaman dan lain-lain yang berkaitan.

q.              Berada dalam bilik makmal atau bilik persediaan supaya

dapat dihubungi oleh guru sains apabila pertolongan diperlukan.

 

4.4.4       Norma Perjawatan Pembantu Makmal di Sekolah Menengah

(diluluskan mulai tahun 2009)

 

Norma Perjawatan Perakuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Formula pengiraan kelayakan bagi :

 

a.              Pembantu Makmal Gred C17

Page 11: PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

 

 

 

 

b.              Pembantu Makmal Gred C22

 

Sekolah Menengah (SM) yang mempunyai sekurang-kurangnya dua buah

kelas Tingkatan Enam Sains adalah layak diwujudkan satu jawatan

Pembantu Makmal C22. Dalam pelaksanaan KUP, akan wujud perjawatan

C22 di sekolah harian biasa. (Rujuk Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan

Awam JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2 (11) bertarikh 14 Mei 2009.

 

Jawatan ini termasuk dalam perkiraan formula berikut :

 

 

                 

 c.              Pembantu Makmal Gred C26

 

Norma ini turut terpakai di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tetapi jawatan

Pembantu Makmal Gred C22 diganti dengan jawatan Pembantu Makmal

gred C26

4.5               Cadangan

 

Pembantu Makmal yang baru dilantik wajib menghadiri kursus asas berkaitan kerja-kerja

di makmal sains sebelum penempatan dilakukan.

  

 

Lampiran 4.1

 

Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C17)

 

 

Page 12: PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

1.      Merancang dan mengawal operasi makmal.

 

2.      Menyediakan dan mengendalikan bahan.

 

3.      Menyediakan, menyenggara dan mengendalikan peralatan.

 

4.      Membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.

 

5.      Menguruskan pentadbiran makmal.

 

 

Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C17) 

 

1.      Merancang dan Mengawal Operasi Makmal

 

(a)   Menyediakan jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan

dilaksanakan.

(b)   Menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal/amali di makmal.

(c)   Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang

mengutamakan keselamatan dan kebersihan.

(d)   Menjalankan pengagihan kerja mengikut kesesuaian makmal yang

digunakan.

(e)   Menyediakan peraturan-peraturan penggunaan makmal serta papan-papan

tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang menggunakan makmal.

(f)     Mengawasi penggunaan makmal oleh pelajar agar mematuhi peraturan-

peraturan ketika berada di makmal.

(g)   Memastikan kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran makmal

(dalam dan luar) serta kesesuaian susun atur perabot di makmal.

 

 

2.      Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

 

(a)   Menklasifikasikan bahan-bahan di makmal.

(b)   Menerima dan menyimpan bahan / spesimen / sampel mengikut

kesesuaian. (Contohnya menyimpan di  tempat kering, menyimpan di tempat

bersuhu rendah)

Page 13: PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

(c)   Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan

diuruskan dengan baik dan berhati-hati.

 

 

3.      Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

 

(a)   Mengklasifikasikan peralatan makmal.

(b)   Menerima dan menyimpan peralatan mengikut kesesuaian. (Contohnya di

tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada sumber haba)

(c)   Menguji dan mengesahkan peralatan berfungsi dengan sempurna.

(d)   Menyediakan peralatan untuk kegunaan P&P (amali).

(e)   Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan

diuruskan dengan baik dan berhati-hati.

(f)     Membersih dan menyenggara peralatan sains. (Contohnya kanta

pembesar, mikroskop)

(g)   Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.

 

 

4.      Membantu dalam Urusan Praktikal / Eksperimen

 

(a)   Berada di makmal sains / bilik persediaan sains semasa amali berlangsung

supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan.

(b)   Mengawasi pelajar ketika menjalankan ekperimen agar prosedur

keselamatan dan kebersihan dipatuhi.

(c)   Memastikan peralatan yang digunakan mencukupi dan berkeadaan baik

sebelum dan selepas digunakan.

(d)   Memastikan radas yang telah selesai digunakan dibersihkan dengan

sempurna mengikut prosedur tertentu. (Contohnya membersihkan radas

menggunakan air suling)

(e)   Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan

kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.

(f)     Memastikan sisa bahan eksperimen dan lebihan bahan disimpan /

dilupuskan mengikut prosedur yang ditetapkan.

 

 

5.      Menguruskan Pentadbiran Makmal

Page 14: PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

 

(a)   Membantu pihak pentadbir menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk

kegunaan makmal.

(b)   Menguruskan inventori bahan / peralatan serta pengendalian stor mengikut

prosedur.

(c)   Menguruskan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal.

(d)   Membantu pihak pentadbir menguruskan pelupusan peeralatan yang rosak

dan tidak dapat dibaiki.

(e)   Menerima dan mengumpul aduan kerosakan bahan / peralatan untuk

dilaporkan kepada pihak pentadbir agar diambil tindakan.

 

 

Lampiran 4.2

 

Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)

 

 

1.      Menyelaras dan menyelia operasi makmal.

 

2.      Menyediakan dan mengendalikan bahan.

 

3.      Menyediakan, menyenggara dan mengendalikan peralatan.

 

4.      Membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.

 

5.      Menguruskan pentadbiran makmal.

 

6.      Menjalankan urusan penyeliaan dan pemantauan berhubung hal ehwal urus tadbir

makmal sains.

 

 

Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)

 

 

1.      Menyelaras dan Menyelia Operasi Makmal

 

Page 15: PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

(a)   Menyelaras jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan.

(b)   Menyelaras dan menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal /

amali di makmal.

(c)   Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang

mengutamakan keselamatan dan kebersihan.

(d)   Menyelaras dan melaksanakan pengagihan kerja mengikut kesesuaian

makmal yang digunakan.

(e)   Merangka dan melaksanakan peraturan-peraturan penggunaan makmal

serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang

menggunakan makmal.

(f)     Menyelia kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran (dalam dan

luar makmal).

 

 2.      Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

 

(a)   Memastikan klasifikasi bahan-bahan di makmal dilakukan dengan tersusun

dan betul.

(b)   Memastikan penerimaan dan penyimpanan bahan / spesimen / sampel

mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di tempat kering, menyimpan

di tempat bersuhu rendah)

(c)   Memproses / menyediakan bahan keperluan makmal yang lebih kompleks

dan memerlukan ketelitian (contohnya campuran tindak balas, elektrolisis)

sebelum digunakan untuk P&P (amali).

(d)   Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur bahan

diuruskan dengan baik dan berhati-hati.

 

 

3.      Menyediakan, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

 

(a)   Menyemak dan memastikan klasifikasi peralatan makmal dilakukan dengan

tersusun dan betul.

(b)   Memastikan peralatan yang diterima disimpan mengikut kesesuaian.

(Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada sumber haba)

(c)   Memastikan peralatan diuji untuk mengesahkan bahawa ia dapat berfungsi

dengan sempurna.

Page 16: PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

(d)   Menyediakan peralatan yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian

untuk kegunaan P&P (amali).

(e)   Memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur peralatan

diuruskan dengan baik dan berhati-hati.

(f)     Memastikan peralatan sains (contohnya kanta pembesar, mikroskop)

sentiasa dibersihkan dengan disenggara dengan baik dan berhati-hati.

(g)   Membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.

 

 

4.      Membantu dalam Urusan Praktikal / Eksperimen

 

(a)   Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam pengendalian dan urusan

praktikal / eksperimen yang kompleks dan merbahaya.

(b)   Memantau pengendalian dan perjalanan amali semasa ia berlangsung

supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan.

(c)   Memastikan urusan praktikal / eksperimen yang dilakukan sentiasa

mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan.

(d)   Memastikan lebihan bahan / sisa eksperimen / peralatan yang digunakan

diuruskan mengikut prosedur sebelum dan selepas digunakan.

(e)   Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan

kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.

 

  

5.      Menguruskan Pentadbiran Makmal

 

(a)   Menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal.

(b)   Menguruskan inventori bahan / peralatan di makmal.

(c)   Menguruskan stor bahan / peralatan mengikut prosedur yang betul.

(d)   Menguruskan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal.

(e)   Menguruskan pelupusan peralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki.

(f)     Mengambil tindakan susulan ke atas aduan kerosakan bahan / peralatan

yang telah dilaporkan kepada pihak pentadbir.

 

 

6.      Menjalankan Urusan Penyeliaan dan Pemantauan Berhubung Hal Ehwal Urus

Tadbir Makmal Sains

Page 17: PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

 

(a)   Menjalankan penyeliaan, semakan serta kawalan terhadap operasi makmal

yang dijalankan oleh Pembantu Makmal di bawah seliaannya.

(b)   Memberi khidmat nasihat, panduan dan tunjuk ajar dalam pelbagai bidang

tugas berkaitan Pembantu Makmal.

(c)   Membantu pihak pentadbir memantau, menyelia, memperakui dan

mengesahkan perkhidmatan dan bekalan daripada pihak luar agar

dilaksanakan dengan baik dan mengikut prosedur.

(d)   Membantu pihak pentadbir menyediakan skop dan spesifikasi kerja

pembaikan / penyenggaraan di makmal apabila diperlukan.

(e)   Menyediakan laporan penambahbaikan terhadap operasi dan pengurusan

makmal sekiranya diperlukan untuk perhatian dan tindakan pihak pentadbir.

(f)     Memastikan semua amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dipatuhi.

(g)   Mengganti / menyelaras pengganti bagi Pembantu Makmal yang bercuti

atas kelulusan rasmi.

 

 Lampiran 4.3

 

Skop Bidang Tugas Pembantu Makmal (Gred C26)

 

 

1.      Menyelaras dan menyelia operasi makmal.

 

2.      Menyelia dalam urusan menyediakan dan mengendalikan bahan.

 

3.      Menyelia dalam urusan menyedia, menyenggara dan mengendalikan peralatan.

 

4.      Menyelia dan membantu dalam urusan praktikal / eksperimen.

 

5.      Menguruskan pentadbiran makmal.

 

6.      Menjalankan urusan penyeliaan dan pemantauan berhubung hal ehwal urus tadbir

makmal sains.

 

 

Senarai Tugas Pembantu Makmal (Gred C22)

Page 18: PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

 

 

1.      Menyelaras dan Menyelia Operasi Makmal

 

(a)   Menyelaras jadual kerja (harian/bulanan/tahunan) yang akan dilaksanakan.

(b)   Menyelaras dan menyusun keutamaan aktiviti-aktiviti pengurusan makmal /

amali di makmal.

(c)   Memastikan sebarang tugas yang dijalankan mengikut prosedur yang

mengutamakan keselamatan dan kebersihan.

(d)   Menyelaras dan melaksanakan pengagihan kerja mengikut kesesuaian

makmal yang digunakan.

(e)   Merangka dan melaksanakan peraturan-peraturan penggunaan makmal

serta papan-papan tanda yang perlu sebagai panduan pelajar yang

menggunakan makmal.

(f)     Menyelia kebersihan, keselamatan dan keceriaan persekitaran (dalam dan

luar makmal).

 

 

2.      Menyelia dalam Urusan Menyediakan dan Mengendalikan Bahan

 

(a)   Menyemak dan memastikan klasifikasi bahan-bahan di makmal dilakukan

dengan tersusun dan betul.

(b)   Memantau dan memastikan penerimaan dan penyimpanan bahan /

spesimen / sampel mengikut kesesuaian. (Contohnya menyimpan di tempat

kering, menyimpan di tempat bersuhu rendah)

(c)   Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung dengan urusan

memproses / menyediakan bahan keperluan makmal yang lebih kompleks

dan memerlukan ketelitian (contohnya campuran tindak balas, elektrolisis)

sebelum digunakan untuk P&P (amali).

(d)   Memantau dan memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur

bahan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.

 

 

3.      Menyelia dalam Urusan Menyedia, Menyenggara dan Mengendalikan Peralatan

 

Page 19: PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

(a)   Menyemak dan memastikan klasifikasi peralatan makmal dilakukan dengan

tersusun dan betul.

(b)   Memantau dan memastikan peralatan yang diterima disimpan mengikut

kesesuaian. (Contohnya di tempat yang tidak merbahaya dan jauh daripada

sumber haba)

(c)   Memantau dan memastikan peralatan diuji untuk mengesahkan bahawa ia

dapat berfungsi dengan sempurna.

(d)   Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung urusan

menyediakan peralatan yang lebih kompleks dan memerlukan ketelitian untuk

kegunaan P&P (amali).

(e)   Memantau dan memastikan aspek keselamatan, kebersihan dan susun atur

peralatan diuruskan dengan baik dan berhati-hati.

(f)     Memantau dan memastikan peralatan sains (contohnya kanta pembesar,

mikroskop) sentiasa dibersihkan dengan disenggara dengan baik dan berhati-

hati.

(g)   Memberi khidmat nasihat / panduan / tunjuk ajar berhubung urusan

membaiki kerosakan kecil pada peralatan sains.

 

 

4.      Menyelia dan Memantau dalam Urusan Praktikal / Eksperimen

 

(a)   Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam pengendalian dan urusan

praktikal / eksperimen yang kompleks dan merbahaya.

(b)   Memantau pengendalian dan perjalanan amali semasa ia berlangsung

supaya dapat membantu guru / pensyarah apabila diperlukan.

(c)   Memastikan urusan praktikal / eksperimen yang dilakukan sentiasa

mengikut prosedur keselamatan dan kebersihan.

(d)   Memastikan lebihan bahan / sisa eksperimen / peralatan yang digunakan

diuruskan mengikut prosedur sebelum dan selepas digunakan.

(e)   Memastikan bahan yang disediakan mencukupi dan bersesuaian dengan

kehendak eksperimen sebelum sesi bermula.

 

 

5.      Menguruskan Pentadbiran Makmal

 

(a)   Menguruskan perolehan bahan / peralatan untuk kegunaan makmal.

Page 20: PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

(b)   Menguruskan inventori bahan / peralatan di makmal.

(c)   Menguruskan stor bahan / peralatan mengikut prosedur yang betul.

(d)   Menyelia urusan pelupusan sisa bahan dengan selamat dan terkawal.

(e)   Menyelia urusan pelupusan peralatan yang rosak dan tidak dapat dibaiki.

(f)     Mengambil tindakan susulan ke atas aduan kerosakan bahan / peralatan

yang telah dilaporkan kepada pihak pentadbir.

 

 

6.      Menjalankan Urusan Penyeliaan dan Pemantauan Berhubung Hal Ehwal Urus

Tadbir Makmal Sains

 

(a)   Menjalankan penyeliaan, semakan serta kawalan terhadap operasi makmal

yang dijalankan oleh Pembantu Makmal di bawah seliaannya.

(b)   Memberi khidmat nasihat, panduan dan tunjuk ajar dalam pelbagai bidang

tugas berkaitan Pembantu Makmal.

(c)   Membantu pihak pentadbir memantau, menyelia, memperakui dan

mengesahkan perkhidmatan dan bekalan daripada pihak luar agar

dilaksanakan dengan baik dan mengikut prosedur.

(d)   Membantu pihak pentadbir menyediakan skop dan spesifikasi kerja

pembaikan / penyenggaraan di makmal apabila diperlukan.

(e)   Menyediakan laporan penambahbaikan terhadap operasi dan pengurusan

makmal sekiranya diperlukan untuk perhatian dan tindakan pihak pentadbir.

(f)     Memantau dan memastikan semua amalan keselamatan dan kesihatan

pekerjaan dipatuhi.

(g)   Menyelaras pengganti bagi Pembantu Makmal yang bercuti atas kelulusan

rasmi.

 

   Bibliografi 1.    Kementerian Pelajaran Malaysia (1999). Pengurusan Dan Keselamatan                Makmal Sains Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala                Lumpur 2.     Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2         bertarikh 14 Mei 2009  

Page 21: PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS.docx

3.     Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)(BPO)253/2/11-6          Klt.27(36) bertarikh 30 Disember 2008