Peranan Guru Sebagai Pembina Modal Insan

3
Sesungguhnya, cabaran sistem pendidikan semasa dan gejala sosial yang kian meruncing di kalangan pelajar memerlukan kesediaan pemantapan rohani yang kuat dan kesabaran yang tinggi di kalangan pendidik. Sesungguhnya, guru adalah ’agen’ perubahan masyarakat. Gurulah insan yang suatu ketika dahulu berada di barisan hadapan dalam meniupkan kesedaran untuk mencapai ’kemerdekaan’ tanah air. Gurulah yang membentuk ’jiwa dan minda merdeka’ dari segala belenggu pemikiran negatif di kalangan masyarakat suatu ketika dahulu. Melihat kembali kepada falsafah pendidikan iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Merealisasikan falsafah ini memerlukan satu usaha yang menyeluruh dan kerjaya sebagai seorang pendidik ini memerlukan individu yang ikhlas dalam menyebarkan ilmu. Perjuangan para guru dalam merealisasikan pendidik berjiwa rabbani amat penting demi kelangsungan generasi masa hadapan.Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat . Pelajar-pelajar akan menjadi warganegara yang berfikiran global dengan tidak mengesampingkan ciri-ciri tempatan

Transcript of Peranan Guru Sebagai Pembina Modal Insan

Page 1: Peranan Guru Sebagai Pembina Modal Insan

Sesungguhnya, cabaran sistem pendidikan semasa dan gejala sosial yang kian meruncing di

kalangan pelajar memerlukan kesediaan pemantapan rohani yang kuat dan kesabaran yang tinggi

di kalangan pendidik. Sesungguhnya, guru adalah ’agen’ perubahan masyarakat. Gurulah insan

yang suatu ketika dahulu berada di barisan hadapan dalam meniupkan kesedaran untuk mencapai

’kemerdekaan’ tanah air. Gurulah yang membentuk ’jiwa dan minda merdeka’ dari segala

belenggu pemikiran negatif di kalangan masyarakat suatu ketika dahulu.

Melihat kembali kepada falsafah pendidikan iaitu untuk melahirkan individu yang seimbang dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Merealisasikan falsafah ini memerlukan satu usaha yang

menyeluruh dan kerjaya sebagai seorang pendidik ini memerlukan individu yang ikhlas dalam

menyebarkan ilmu. Perjuangan para guru dalam merealisasikan pendidik berjiwa rabbani amat

penting demi kelangsungan generasi masa hadapan.Guru menjadi harapan bagi memastikan

pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang

teguh kepada agama dan nilai sejagat . Pelajar-pelajar akan menjadi warganegara yang berfikiran

global dengan tidak mengesampingkan ciri-ciri tempatan justeru mampu bersaing dengan

kepesatan dan 'kesesakan' dunia luar. Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi

sistem pendidikan mampu membina negara bangsa yang berjaya. Guru bertanggungjawab

memastikan bahawa ilmu yang memuncak tanpa iman dan hidayah llahi boleh mendorong

manusia menjadi makhluk pintar tetapi perosak dan berbahaya. lnsan yang berkemahiran dan

berakhlak mulia adalah insan yang diharapkan mampu memanfaatkan ciptaan Allah untuk

kepentingan manusia sejagat. Pada hakikatnya kecemerlangan sahsiah manusia adalah

berasaskan kepada kesepaduan ilmu, amal dan iman.

Guru mesti sedia berkorban untuk meningkatkan darjat pendidikan anak bangsa selain

melaksanakan kewajipan terhadap anak muridnya. Semasa pelajar berada di sekolah, menjadi

Page 2: Peranan Guru Sebagai Pembina Modal Insan

tanggungjawab guru melatih, mengajar dan memupuk nilai-nilai murni termasuk hubungan

kekeluargaan, kemesraan dan keikhlasan dalam diri pelajar yang semakin terhakis. Adalah

menjadi harapan semua, agar golongan pendidik melaksanakan tanggungjawab dengan penuh

dedikasi dan amanah dengan semangat memartabatkan profesion keguruan dan meningkatkan

kualiti perkhidmatan pendidikan yang diberikan kepada rakyat selaras dengan gagasan

1Malaysia yang menekankan ideologi rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Penerapan

konsep 1Malaysia harus dipupuk di peringkat sekolah kerana pembentukan sahsiah dan karakter

remaja adalah ketika di alam persekolahan.

Guru-guru mempunyai peranan yang utama lagi mulia dalam memindahkan dan

mentransformasikan ilmu yang baik, meninggikan adab, serta sikap murni yang diredhai Allah,

memberi petunjuk ke arah jalan yang benar dan sebagai pemudahcara proses pembelajaran.