Peranan Guru Sebagai Pengurus Bilik Darjah

download Peranan Guru Sebagai Pengurus Bilik Darjah

of 6

description

Peranan Guru Sebagai Pengurus Bilik Darjah

Transcript of Peranan Guru Sebagai Pengurus Bilik Darjah

Peranan Guru Sebagai Pengurus bilik darjah.

Peranan Guru Sebagai Pengurus bilik darjah.

Menurut Ee Ah Meng (2001), peranan guru adalah begitu rumit. Peranan guru di dalam darjah adalah amat meluas. Secara ringkasnya Guru sebagai seorang pengurus bilik darjah berperanan atau bertanggungjawab untuk memberikan panduan dan galakan kepada anak-anak didiknya, menjadi pengajar atau pakar mata pelajaran, menetukan peraturan dan rutin di dalam bilik darjah, memberikan contoh teladan yang baik (role model) kepada murid dan juga menjadi pengawal disiplin serta agen pengubah tingkah laku murid-murid.

Selain itu, guru juga berperanan sebagai kerani iaitu menyelia kerja-kerja pengurusan murid-murid di dalam bilik darjah. Guru juga berperanan sebagai kaunselor kepada murid-muridnya. Guru perlu bersedia untuk mendengar dan berkongsi masalah yang diutarakan oleh murid. Di sekolah, guru adalah pengganti kepada ibu bapa anak muridnya. Guru juga perlu mewujudkan hubungan yang baik antara ibu bapa dan masyarakat. Ini penting kerana dengan terbinanya hubungan yang baik antara ibu bapa dan guru, secara tidak langsung seorang guru itu dapat lebih memahami akan keadaan kendiri murid tersebut bagi memudahkan seseorang guru itu dapat menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai kepada muridnya. Seterusnya, guru juga berperanan sebagai penghubung kepada masyarakat setempat.

Di dalam bilik darjah , Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah adalah berdasarkan kepada elemen elemen berdasarkan rajah berikut :

Guru Sebagai Perancang. Kejayaan guru sebagai pergajar bergantung kepada perancangan mengajarnya. Di dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, elemen-elemen berikut perlulah dilaksanakan iaitu berdasarkan kepada rajah berikut :

Guru perlu merancang pembelajarannya secara sistematik sebelum memasuki ke bilik darjah. Perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru perlu menimbangkan tentang objektif pelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan pembelajaran dan pengurusan kemudahan. Kemahiran merancang merupakan prasyarat untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi menjamin kejayaan bagi proses tersebut. Objektif pelajaran haruslah ditentukan semasa membuat perancangan pembelajaran. Penentuan objektif pelajaran haruslah berdasarkan kepada sasaran sukatan pelajaran, pengetahuan sedia ada murid dan kebolehan mereka. Objektif pelajaran biasanya disediakan berdasarkan prinsip bertingkah laku, iaitu perubahan tingkah laku murid dapat dikesan secara eksplisit selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah selesai dijalankan. Pemilihan isi pelajaran yang telah dipilih untuk disampaikan hendaklah boleh membantu murid- murid mencapai objektif pelajaran mereka. Pemilhan strategi dan kaedah megajar pula berkait rapat dengan pencapaian objektif pelajaran. Strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai membolehkan guru merancang isi pelajaran secara sistematik dan menarik, memastikan murid-murid mencapai objektif pelajaran yang dikehendaki. Aktiviti merancang pengajaran jaga meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan-bahan pelajaran untuk digunakan oleh guru atau murid-muridnya. Dengan adanya bahan-bahan pengajaran ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi menarik , lebih bermakna dan lebih berkesan. Kerja merancang pengajaran pula meliputi pengurusan kemudahan. Kemudahan dalam bilik darjah, misalnya menyusun kerusi-meja dalam bentuk yang sesuai dengan strategi dan kaedah mengajar dalam sesuatu pelajaran. Nordin Tahir (IPIP, 2014) menggariskan beberapa ciri kemahiran merancang seperti berikut :i. Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplinsit yg ditentu berdasarkan sukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid.ii. Isi pelajaran dalam rancangan mengajar disusun dari mudah ke kompleks, bermakna, relevan dan menarik.iii. Rancangan mengajar harus memasukkan penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM).iv. Utamakan pendekatan berpusatkan murid.v. Rancangan mengajar harus disusun mengikut langkah yang lengkap.vi. Strategi / kaedah mengajar harus dapat meningkatkan keberkesanan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Perlakuan mengajar guru dalam segala proses perancangan adalah penting dari segi pencapaian objektif pelajaran yang ditentukan. Sekiranya perancangan guru adalah sesuai dan sistematik, ia akan melicinkan proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang positif justerunya mencapai objektif pelajaran yang diharapkan.Guru Sebagai Pengelola.Tujuan utama mengajar ialah wujudkan aktiviti pembelajaran. Sebagai pengelola pembelajaran, tugas guru adalah mempersiapkan, melaksanakan dan mengevolusi perjalanan proses pembelajaran (Mulyana A.Z, 2010). Ini bermakna, Keberkesanan pengajaran bergantung kepada kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang dinamik dan memudahkan aktiviti pembelajaran.Guru perlu menggunakan aktiviti pengajaran yang boleh merangsang dan menggalakkan murid-murid untuk belajar. Terdapat dua fungsi utama pengajran iaitu merangsang pembelajaran dan mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan. Rajah berikut menunjukkan proses tugas seorang pengajar yang mampu merangsang dalam diri murid untuk belajar.

Dapat dilihat di sini bahawa dalam bilik darjah tugas pengajar adalah membekalkan motivasi untuk merangsang, menimbulkan dan mengerakkan murid untuk pelajar. Terdapat elemen pengurusan mengelola dengan pelbagai aktiviti pengurusan bilik darjah. Elemen-elemen tersebut adalah :i. Mengurus rutin bilik darjah.ii. Mengurus aktiviti murid-murid.iii. Mengurus bahan pelajaran.iv. Mengurus disiplin bilik darjahv. Mengurus aktiviti kumpulanvi. Mengurus keadaan fizikal dan kemudahanvii. Mengurus aktiviti penilaian. Guru berperanan mengurus rutin bilik darjah. Rutin membawa maksud pekerjaan atau cara melakukan sesuatu yang telah menjadi kelaziman dan tidak berubah (Kamus Dewan Edisi Keempat). Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2013) pula menyatakan rutin di bilik darjah ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid dalam aktviti yang spesifik mereka di dalam bilik darjah. Guru perlu memastikan rutin ini dipatuhi oleh murid. Rutin yang sistematik akan mewujudkan bilik darjah yang kondusif, semangat kekitaan, menjimatkan masa, memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dan tenaga guru. Terdapat beberapa jenis rutin iaitu :i. Rutin Kelas (bukan akademik). Seorang guru perlu mewujudkan persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif dan membuat beberapa peraturan dan prosedur asas bilik darjah untuk memudahkan proses pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pengurusan peraturan dan kebersihan bilik darjah juga bertujuan untuk mengurangkan masalah disiplin dan memastikan bilik darjah berada dalam suasana yang kondusif. Contohnya ialah jadual bertugas harian, beratur sebelum masuk ke kelas, memberikan salam atau ucapan selamat kepada guru apabila guru masuk ke kelas, membaca doa sebelum mula belajar dan sebelum pulang dan lain-lain.ii. Rutin Pentadbiran. Adalah penting bagi seorang guru mengurus pentadbiran bilik darjah secara berkesan kerana ini akan membantu murid-murid belajar dalam suasana yang selesa dan tenteram. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga guru serta murid. Ini boleh memberi manfaat kepada pembelajaran murid. Murid akan lebih berasa selamat dan berdisiplin. Contoh rutin pentadbiran ialah mengambil kehadiran murid, memungut yuran (seperti yuran peperiksaan, derma PIBG), menyediakan laporan kemajuan murid dan rekod kesihatan murid.iii. Rutin Pergerakan Murid. Murid perlu tahu prosedur pergerakan dari satu aktiviti atau bilik darjah kepada yang lain. Contohnya kebanyakan sekolah memerlukan murid untuk beratur sebelum pergi ke makmal sains dan komputer, bengkel kemahiran hidup dan Sains Rumahtangga. Ini bertujuan untuk melatih murid agar lebih berdisiplin sewaktu bergerak ke makmal atau mengikuti aktiviti luar. Antara contoh rutin pergerakan murid ialah ialah murid bergerak dar aktiviti dalam ke aktiviti luar, aktiviti kelas kepada aktiviti kumpulan dan kelas ke makmal komputer.iv. Rutin Pengurusan Tugasan. Rutin jenis ini termasuklah persediaan guru terhadap tugasan, aktiviti sumber pengajaran dan pembelajaran dan membina pusat aktiviti. Untuk memastikan kelicinan dalam mengimplementasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memberitahu murid tentang hasil pembelajaran yang diharapkan, apa yang perlu mereka lakukan dan cara mereka mengetahui pencapaian hasil pembelajaran mereka. Guru juga perlu memantau aktiviti bilik darjah dan menilai pencapaian murid.v. Rutin Pembelajaran. Rutin jenis ini berlaku dalam pada setiap hari dan ini membantu menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Prosedur yang betul sewaktu menjalankan rutin adalah penting dan murid harus melibatkan diri secara langsung di mana perlu. Contoh rutin pembelajaran ialah memungut buku latihan, menanda latihan, mengagihkan sumber dan buku.vi. Rutin Interaksi. Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menekankan aktiviti yang berfokuskan murid. Interaksi seperti interaksi murid-murid dan guru-murid adalah digalakkan. Murid perlu tahu prosedur bertanya atau menjawab, perkara yang diharapkan semasa berada di pusat pembelajaran semasa menjalankan perbincangan dan aktiviti bilik darjah yang lain. Contoh rutin interaksi ialah Perbincangan kelas dan kumpulan kecil, membuat ujikaji makmal, aktiviti kumpulan seperti main peranan dan projek.Guru Sebagai Pengarah. Seorang guru perlu mempunyai kemahiran untuk mengarah murid. Guru perlu berupaya untuk mengarah murid menjawab soalan, mengarahkan murid untuk mendengar, membaca, menulis & mengira dan membentuk kumpulan. Ahmad Subki Miskon dan Syed Ismail Syed Mustafa (2011). Guru juga perlu mewujudkan kemampuan untuk menguruskan tugasan harian bilik darjah agar dipatuhi oleh murid seperti yang telah ditetapkan. Selain itu, guru juga perlu memastikan perjalanan aktiviti pembelajaran yang baik. Guru juga perlu memastikan murid-murid supaya mematuhi peraturan, disiplin bilik darjah dan sebagainya. Menurut Mulyana A.Z (2010), guru juga adalah sebagai pengarah pembelajaran (Director Of Learning). Ini bermaksud, guru sebagai pendamping pembelajaran bagi murid-murid sangat penting agar potensi murid-murid dapat dikembangkan dengan sebaik-baiknya.Guru Sebagai Pengawal. Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yg baik dan keadaan kelas yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mewujudkan suasana & keadaan yang membolehkan murid-murid mengikut pelajaran tanpa sebarang gangguan begitu juga dalam mempersembahkan pengajaran, guru hendaklah dapat mengawal gerak geri mereka.