Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial

8
Peranan Ibu Bapa dalam Mengurangkan Gejala Sosial Naveen Segaran JO5SAP13F024 SAP3A Penilaian Akhir Kemahiran insaniah 2 PN ZARIYANI BINTI TUKIRAN

Transcript of Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial

Page 1: Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial

Peranan Ibu Bapa dalam Mengurangkan Gejala

Sosial

Naveen SegaranJO5SAP13F024

SAP3A

Penilaian AkhirKemahiran insaniah 2

PN ZARIYANI BINTI TUKIRAN

Page 2: Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial

PendahuluanLaungan Malaysia Boleh semakin gah menggegarkan pentas sarwajagat.

Kejayaan Malaysia menerokai alam teknologi maklumat memungkinkan ibu pertiwi kita mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan gergasi-gergasi barat.

Namun ironisnya, maruah Malaysia terjejas disebabkan gejala sosial iaitu rempit, dadah dan pelbagai salah laku remaja yang merimaskan semua pihak.

Persoalannya, adakah pembangunan negara terpaksa mengorbankan akhlak remajanya? Apakah peranan ibu bapa dalam mengatasi kemelut ini?

Page 3: Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial

Dalam menelusuri isu yang serius ini, ibu bapa menggalas tanggungjawab untuk berkomunikasi dan curah kasih sayang terhadap anak.

apakah perasaan anak sekiranya dibiarkan bersendirian di rumah sementara ibu bapa begitu serakah memburu kekayaan?

Kekecewaan dan kekosongan jiwa yang menyelubungi hati remaja sudah pasti akan mengheret mereka ke lembah durjana.

Walaupun sibuk dengan tugasan kerja yang menggunung, ibu bapa perlulah meluangkan masa untuk berkomuikasi dengan anak.

mereka perlulah sabar mendengar masalah dan luahan hati remaja.

Dengan ini, pelajar tidak berasa tersisih dan seterusnya terjerumus dalam lembah kehinaan (gejala negative).

Kasih Sayang

Page 4: Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial

Ibu bapa juga memikul tanggungjawab dalam memberi didikan agama/moral dan memupuk nilai murni dalam diri remaja.

didikan agama yang kukuh akan menjadi tombak perisai yang ampuh membentengi remaja daripada sebarang anasir negatif.

ibu bapa hendaklah membuka fikiran seluas padang pasir dan agar hati seputih salju bahawa agama merupakan senjata ampuh untuk mengelakkan modal insan terjerumus ke dalam kancah masalah sosial pada masa kini.

Didikan Agama dan Moral

Page 5: Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial

Sudah terang lagi bersuluh, ibu bapa perlu mengikuti perkembangan anak-anak.

Ibu bapa harus berhubung dengan pihak sekolah untuk mengetahui tentang pekembangan anak-anak mereka.

anak-anak yang bebas dalam dunia tanpa sempadan ini akan menjahanamkan keturunan

ibu bapa mengikuti harus perkembangan anaknya untuk melahirkan generasi yang berketerampilan.

Bertanggungjawab Terhadap Kebajikan Anak

Page 6: Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial

ibu bapa harus menjadi suri teladan yang menampikan sikap, perlakuan dan pertuturan yang sopan dan mulia kepada anak-anak mereka.

Dalam konteks ini, anak-anak akan menjejaki langkah ibu bapa yang menjadi idola dan ikon mereka dalam kehidupan seharian.

Maka, anak-anak akan berbudi bahasa, berhemah tinggi dan berakhlak mulia seperti ibu bapa kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Contoh Peranan “Role model”

Page 7: Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial

Natijahnya, semua pihak terutama keluarga memainkan peranan yang signifikan dalam mendepani masalah dalam dunia yang mencabar ini.

Dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa ibu bapa sayugia memulakan komunikasi sihat dengan anak.

Selaini itu, didikan agama, kasih sayang dan pemantauan adalah perlu untuk memastikan remaja terlindung daripada ombak gejala negatif.

Sesungghnya, remaja merupakan pelapis jentera pentadbiran dan aset negara yang paling berharga. Suatu hari nanti mereka akan mewarisi tampuk pemerintahan negara

Kesimpulan

Page 8: Peranan ibu bapa dalam mengurangkan gejala sosial

TERIMA KASIH