Peranan Ibu Bapa Menangani Masalah Penagihan Dadah Dalam Kalangan Remaja

download Peranan Ibu Bapa Menangani Masalah Penagihan Dadah Dalam Kalangan Remaja

of 5

Transcript of Peranan Ibu Bapa Menangani Masalah Penagihan Dadah Dalam Kalangan Remaja

  • 7/29/2019 Peranan Ibu Bapa Menangani Masalah Penagihan Dadah Dalam Kalangan Remaja

    1/5

    PERANAN IBU BAPA MENANGANIMASALAH PENAGIHAN DADAH DALAMKALANGAN REMAJAKes penagihan dadah merupakan antara isu hangatdiperkatakan sejak kebelakangan ini. Ibu bapa seringdipersalahkan apabila isu ini menimpa anak-anak mereka.Bincangkan pernyataan di atas dengan menghuraikanperanan ibu bapa bagi memantau anak-anak merekadaripada terlibat dalam gejala penagihan dadah

    Saban hari cuping telinga kita dihidangkan oleh media massatentang penagihan dadah dalam kalangan remaja. Berdasarkan

    maklumat daripada laman web Buletin Agensi Anti Dadah

    Kebangsaan 2007, seramai 1207 orang menagih dadah setiap

    bulan . Hal ini amat serius dan memerlukan pengawasan yangrapi oleh semua golongan masyarakat terutamanya ibu bapa.Malah, ibu bapalah yang sering diletakkan beban kesalahan

    apabila anak-anak terjerumus ke dalam gaung jijik penagihan

    dadah. Yang tersirat di sebalik pandangan ini ialah

    tanggungjawab untuk memantau anak-anak amat besar dalam

    menangani isu penagihan dadah ini berbanding golonganmasyarakat yang lain.

    Sebenarnya , peranan ibu bapa bermula sejak anak-anak masih

    di peringkat kanak-kanak lagi. Menurut Dr Haji Zahazan

    Mohamed seorang pensyarah di Universiti Islam AntarabangsaMalaysia dalam bukunya Anakku Hebat Anakku Soleh,

    Zaman kanak-kanak ialah suatu zaman kanak-kanak itu

    mendapat pendidikan di rumah daripada ibu bapanya "

    http://cikgujana.blogspot.com/2009/09/peranan-ibu-bapa-menangani-masalah.htmlhttp://cikgujana.blogspot.com/2009/09/peranan-ibu-bapa-menangani-masalah.htmlhttp://cikgujana.blogspot.com/2009/09/peranan-ibu-bapa-menangani-masalah.htmlhttp://cikgujana.blogspot.com/2009/09/peranan-ibu-bapa-menangani-masalah.htmlhttp://cikgujana.blogspot.com/2009/09/peranan-ibu-bapa-menangani-masalah.htmlhttp://cikgujana.blogspot.com/2009/09/peranan-ibu-bapa-menangani-masalah.html
  • 7/29/2019 Peranan Ibu Bapa Menangani Masalah Penagihan Dadah Dalam Kalangan Remaja

    2/5

    Berdasarkan pandangan ini , maka tugas membimbing dan

    mendidik serta menyerapkan nilai-nilai murni merupakan

    tugasan besar ibu bapa malah tidak boleh dipikul oleh orang

    lain hatta oleh saudara mara di sekeliling. Proses pentarbiahantentang perkara-perkara positif terutamanya nilai-nilai agamaperlu dimulakan di dalam rumah. Segala kehendak baik oleh

    ugama seperti bercakap benar perlu diamalkan dalam kalangan

    ahli keluarga. Dengan kata lain, proses pemantauan dan

    pendidikan sebenarnya bermula dari rumah.

    Apabila anak-anak telah dapat menerima ajaran agama dengan

    baik dan mengalikasinya dalam setiap aktiviti harian , sudahpastilah mereka dapat mengawal diri daripada perkara negatif

    iaitui penagihan dadah.Hal ini kerana, perasaan sangat takut

    akan tuhan akan mencegah naluri anak-anak daripadamendekati najis dadah. Situasi ini juga berlaku kerana anak-

    anak dapat membezakan perlakuan yang murni dengan yang

    tidak bermoral. Oleh itu,pemantauan yang serius oleh ibu bapa

    terhadap pengamalan ugama anak-anak akan membentuk

    suatu benteng yang kukuh bagi menepis pengaruh penagihandadah kepada anak-anak.

    Dalam memberi perhatian kepada anak-anak, sikap pilih kasih

    antara anak-anak perlu dihindari. Perilaku ini mampu

    melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan anak-anak.Perbezaan layanan akan mewujudkan tekanan perasaan, sakit

    hati , benci dan cemburu sesama anak-anak. Implikasinya ,anak-anak yang berasa tidak mendapat layanan istimewa akan

    bertindak melakukan apa-apa sahaja untuk menarik perhatian

    ibu bapa seperti melibatkan diri dalam dunia penagihan dadah.

    Intihanya, perhatian yang sama rata dan adil perlu menjadikeutamaan untuk menghindari pengaruh buruk dadah.

    Selain itu, hubungan kekeluargaan yang erat juga mampu

    membendung serangan penagihan dadah dari menerobos

    masuk ke dalam keluarga. Hubungan erat dengan keluarga

  • 7/29/2019 Peranan Ibu Bapa Menangani Masalah Penagihan Dadah Dalam Kalangan Remaja

    3/5

    kembangan seperti datuk, nenek, ibu saudara, bapa saudara

    dan sepupu-sepupu akan melahirkan ikatan yang intim.

    Keadaan ini dapat membantu ibu bapa memantau kelakuan

    anak-anak kerana kebiasaannya anak-anak akan lebih mudahmeluahkan isi hati kepada orang lain berbanding ibu bapasendiri. Oleh itu , dalam usaha mengawal perilaku anak-anak

    dari terjebak dengan penagihan dadah, ibu bapa perlu sentiasa

    berhubung dan menziarahi kaum keluarga kembangan agar

    anak-anak berasa diri mereka sentiasa disayangi diberi

    perhatian oleh semua kaum keluarga. Akibatnya, anak-anakakan berhati-hati dalam setiap tindak tanduk yang ingin

    dilakukan. Hal ini dapat membantu ibu bapa memantau fiilanak-anak lalu menghalang anak-anak daripada terjerumus ke

    dalam kancah dadah yang kotor itu. Intihanya, ibu bapa mesti

    menguatkan ikatan ukhwah dengan saudara-mara yang lainsupaya mereka boleh menjadi mata-mata yang bersedia

    memerhati tindak- tanduk anak-anak seterusnya dapat

    mengawal anak-anak dari terlibat dengan najis dadah.

    Dalam mendidik anak-anak pada awal zaman remaja, ibu bapaperlu menjadi rakan kepada anak-anak. Sebagai contoh, pakar

    motivasi terkenal, Dr. Fadzilah Kamsah dalam sebuah

    rancangan motivasi stesen televesen TV3 pernah menyarankan

    agar seorang bapa bertukar menjadi kanak-kanak lelaki untuk

    memainkan watak raksasa melawan anak lelakinya yangmenjadi watak ultraman.Bagi Dr. Fadzilah Kamsah ,

    perlakuan ini amat penting bagi perkembangan mental danemosi anak-anak kerana dapat mewujudkan hubungan yang

    erat dalam keluarga. Dalam erti kata lain ibu bapa perlu

    memahami naluri anak-anak tentang kegemaran dan

    kecenderungan mereka dalam sesuatu bidang. Jika ada anak-anak remaja,ibu bapa boleh melibatkan diri bersama-sama

    dalam aktiviti yang digemari oleh anak-anak seperti mendaki

    gunung. Dengan cara ini, anak-anak akan berasa dihargai dan

    disayangi seterusnya berasa yakin dan selamat jika bersama-

  • 7/29/2019 Peranan Ibu Bapa Menangani Masalah Penagihan Dadah Dalam Kalangan Remaja

    4/5

    sama keluarga . Natijahnya , anak-anak akan lebih gemar

    bersama-sama keluarga berbanding rakan-rakan di luar rumah.

    Oleh itu, kesefahaman antara ibu bapa dan anak-anak amat

    perlu, agar anak-anak tidak berasa terpinggir danmenghabiskan masa bersama-sama rakan sebaya yang bolehmenarik mereka ke lembah penagihan dadah.

    Akan tetapi, ibu bapa tidak boleh menyekat sepenuhnya

    pergaulan anak-anak di luar rumah. Lebih-lebih lagi, jika anak-

    anak sudah mula menapak kaki ke dalam alam persekolahan.Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlu memberi perhatian

    terhadap rakan-rakan yang menjadi sahabat anak-anak. Hal inikerana ,kebanyakan penagih mendakwa mereka menjadi

    penagih kerana terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan.

    Malah, di peringkat remaja, pengaruh rakan sebaya lebih besarberbanding ibu bapa. Sehubungan dengan itu, latar belakang

    rakan-rakan anak-anak perlu diselidik dengan teliti. Adalah

    sangat baik jika ibu bapa menjalinkan hubungan persahabatan

    dengan ibu bapa kepada rakan-rakan anak-anak. Jalinan

    hubungan yang baik ini akan melahirkan rasa tanggungjawabyang ikhlas untuk saling memantau gerak-geri anak-anak

    masing-masing. Seterusnya, dapat meyelamatkan anak-anak

    daripada fenomena negatif ini menular dalam kehidupan

    keluarga.

    Selain menjalinkan ikatan persahabatan antara ibu bapa,

    kerjasama yang erat juga amat penting dijalinkan dengan pihaksekolah tempat anak-anak belajar. Keprihatinan ibu bapa

    tentang hal ehwal disiplin dan pencapaian akademik anak-anak

    di sekolah dapat menyekat anak-anak dari terus leka dan tidak

    menumpukan perhatian pada pelajaran. Maklumat tentanganak-anak daripada pihak sekolah perlu diberi perhatian positif.

    Hal ini kerana, sebahagian besar waktu siang anak-anak

    dihabiskan di kawasan sekolah ,iaitu lebih kurang lima jam

    sehari. Apatah lagi, jika anak-anak tinggal di asrama ; mereka

  • 7/29/2019 Peranan Ibu Bapa Menangani Masalah Penagihan Dadah Dalam Kalangan Remaja

    5/5

    hanya bertemu keluarga pada setiap hujung minggu sahaja.

    Maka , ibu bapa perlu memberi kepercayaan kepada pihak

    sekolah untuk bersama-sama mengawal disiplin dan tingkah

    laku anak-anak mereka. Melalui tindakan ini, anak-anak akanberasa sentiasa diawasi dan tiada peluang untuk melakukanhal-hal yang kurang baik seperti merokok di kawasan sekolah.

    Hal ini kerana, punca awal penagihan dadah datangnya

    daripada kegemaran merokok. Kesimpulannya, jalinan

    kerjasama antara ibu bapa dan sekolah juga mampu mengelak

    unsur buruk ini menyusup masuk ke dalam kehidupan anak-anak dan memporak- perandakan kebahagian keluarga.

    Secara tuntasnya, pencegahan penagihan dadah dalam

    kalangan anak-anak memang terletak di bahu ibu bapa Namun

    begitu, ibu bapa tidak dapat bergerak sendirian bagimenanganinya. Permuafakatan dengan masyarakat amat

    penting. Masyarakat tidak boleh bersikap seperti enau dalam

    belukar melepaskan pucuk masing-masing dan hanya

    menuding jari kepada ibu bapa yang terbabit. Hal ini kerana,

    wabak dan najis dadah boleh menyusup masuk ke dalam setiapkeluarga jika tidak diawasi bersama-sama. Sikap prihatin perlu

    ada, umpama peribahasa Melayu, cubit paha kanan, paha kiri

    terasa. Oleh itu, semua ibu bapa yang merupakan salah satu

    entiti dalam masyarakat perlu saling membahu untuk

    membanteras isu negatif ini daripada terus memburu anak-anak mereka lalu membarah dalam komuniti.