Peranan Jurulatih Article

6
PERANAN JURULATIH DALAM MENGGALAKKAN ATLET TERLIBAT DALAM AKTIVITI FIZIKAL PENDAHULUAN Para jurulatih merupakan peranan yang penting dalam perkembangan atlet melalui sukan-sukan yang disertai.Jurulatih memainkan peranan ang sangat penting untuk menyediakan atlet-atlet dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk perkembangan,peningkatan dan kejayaan dalam sukan mereka(Mallet 2002). Jurulatih juga bertindak sebagai pemimpin pasukan dengan memberi keyakinan kepada atlet di bawah bimbingannya agar dapat berdaya saing semasa menyertai pertandingan. Ini bermakna gaya kepimpinan jurulatih dapat mempengaruhi pencapaian atlet dan sesebuah pasukan yang dibentuk (Patterson, Carron, & Loughead, 2005). Kajian yang berkaitan dengan gaya kepimpinan jurulatih telah banyak dijalankan di peringkat global (Beam, Serwatka, & Wilson, 2004; Chelladurai, 2007; Chelladurai, Imamura, Yamaguchi, Oinuma, & Miyauchi,1988; Horn, 2008; Jambor & Zhang, 1997; Riemer, 2007; Riemer & Chelladurai, 1995; Rui, Lopes, & Mata, 2011). Jurulatih juga memiliki pengaruh yang besar untuk mewujudkan keseronokan dan penyertaan berterusan atlet dalam sukan mereka.Jurulatih perlu menyediakan satu pengalaman sukan yang terbaik untuk semua peringkat umur,dengan tujuan untuk memastikan penyertaan berterusan dan perkembangan mereka dalam sukan yang disertai.Memulakan kerjaya kejurulatihan dengan mendapatkan latihan sebagai seorang jurulatih merupakan aspek penting untuk memastikan anda berada dalam landasan yang betul sebagai seorang jurulatih. Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekrasi, bersenam dan bersukan.Kehidupan moden dengan kemudahan yang ada menjadikan kita tidak aktif dan ini membahayakan kesihatan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes. Kita mesti mengamalkan cara hidup yang aktif.Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari; tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali). Contoh aktiviti ringan 60 minit setiap hari ialah Berjalan kaki,Aktiviti regangan,Aktiviti berkebun.Selain itu contoh aktiviti sederhana 30 minit setiap hari adalah seperti Berjalan laju,Berbasikal,Berenang,Menari,Lompat tali,Aerobik,Berlari-lari atau Turun naik tangga. Faedah aktiviti fizikal ialah dapat membina daya tahan untuk membantu jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah kekal sihat.Seterusnya, aktiviti fizikal dapat membina kelenturan untuk membantu pergerakan badan dan merelakskan otot-otot.Di samping itu,kebaikan aktiviti fizikal ialah dapat membantu tulang dan otot kita kekal kuat serta memperbaiki postur.

description

ggjk

Transcript of Peranan Jurulatih Article

Page 1: Peranan Jurulatih Article

PERANAN JURULATIH DALAM MENGGALAKKAN ATLET TERLIBAT DALAM AKTIVITI FIZIKAL

PENDAHULUAN

Para jurulatih merupakan peranan yang penting dalam perkembangan atlet melalui sukan-sukan yang disertai.Jurulatih memainkan peranan ang sangat penting untuk menyediakan atlet-atlet dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk perkembangan,peningkatan dan kejayaan dalam sukan mereka(Mallet 2002). Jurulatih juga bertindak sebagai pemimpin pasukan dengan memberi keyakinan kepada atlet di bawah bimbingannya agar dapat berdaya saing semasa menyertai pertandingan. Ini bermakna gaya kepimpinan jurulatih dapat mempengaruhi pencapaian atlet dan sesebuah pasukan yang dibentuk (Patterson, Carron, & Loughead, 2005). Kajian yang berkaitan dengan gaya kepimpinan jurulatih telah banyak dijalankan di peringkat global (Beam, Serwatka, & Wilson, 2004; Chelladurai, 2007; Chelladurai, Imamura, Yamaguchi, Oinuma, & Miyauchi,1988; Horn, 2008; Jambor & Zhang, 1997; Riemer, 2007; Riemer & Chelladurai, 1995; Rui, Lopes, & Mata, 2011). Jurulatih juga memiliki pengaruh yang besar untuk mewujudkan keseronokan dan penyertaan berterusan atlet dalam sukan mereka.Jurulatih perlu menyediakan satu pengalaman sukan yang terbaik untuk semua peringkat umur,dengan tujuan untuk memastikan penyertaan berterusan dan perkembangan mereka dalam sukan yang disertai.Memulakan kerjaya kejurulatihan dengan mendapatkan latihan sebagai seorang jurulatih merupakan aspek penting untuk memastikan anda berada dalam landasan yang betul sebagai seorang jurulatih.

Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekrasi, bersenam dan bersukan.Kehidupan moden dengan kemudahan yang ada menjadikan kita tidak aktif dan ini membahayakan kesihatan. Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan diabetes. Kita mesti mengamalkan cara hidup yang aktif.Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari; tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali). Contoh aktiviti ringan 60 minit setiap hari ialah Berjalan kaki,Aktiviti regangan,Aktiviti berkebun.Selain itu contoh aktiviti sederhana 30 minit setiap hari adalah seperti Berjalan laju,Berbasikal,Berenang,Menari,Lompat tali,Aerobik,Berlari-lari atau Turun naik tangga. Faedah aktiviti fizikal ialah dapat membina daya tahan untuk membantu jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah kekal sihat.Seterusnya, aktiviti fizikal dapat membina kelenturan untuk membantu pergerakan badan dan merelakskan otot-otot.Di samping itu,kebaikan aktiviti fizikal ialah dapat membantu tulang dan otot kita kekal kuat serta memperbaiki postur.

Page 2: Peranan Jurulatih Article

Dalam sesebuah organisasi,ciri-ciri jurulatih memainkan peranan yang penting dalam proses menjadi seorang jurulatih yang baik(Cook, 1999).Jurulatih yang baik adalah positif,bersemangat,sentiasa memberi sokongan,berpengetahuan,pemerhati yang baik,hormat-menghormati dan sabar .Tugas jurulatih bukan untuk memperbetulkan kesalahan,mencari kesalahan dan menyalahkan atlet.Sebaliknya,jurulatih bertanggungjawab untuk mencapai matlamat prestasi terbaik atletnya dan berusaha ke arah mencapai matlamat tersebut dengan lebih positif.Jurulatih adalah seorang ketua dalam sesi latihannya.Sebagai ketua mereka menentukan persekitaran latihan .Sikap jurulatih perlu menarik dan berpengaruh.Jurulatih yang membawa suasana yang ceria dan bersemangat akan mengekalkan suasana latihan yang kondusif dan berkesan.Seterusnya,jurulatih hendaklah sentiasa memberi sokongan kepada atlet-atlet.Memberi sokongan membawa makna yang luas dan bukan hanya dalam bentuk kata-kata galakan dan memberi tepukan di bahu sahaja.Jurulatih harus bertanggungjawab memastikan atletnya melakukan latihan dengan baik,menyediakan dan menggunakan peralatan yang terbaik dan mencukupi.Di samping itu,Jurulatih perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam sukan yang dilatih dari segi kemahiran,taktikal,teknikal,strategi,undang-undang dan peralatan yang digunakan.Tambahan pula,Jurulatih yang baik berupaya untuk memerhati dan mengenal pasti masalah,kelemahan,kekuatan dan keperluan atlet.Jurulatih juga perlu mempunyai kesabaran yang tinggi dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan.Ini boleh membantu jurulatih daripada melakukan kesilapan yang boleh memberi tekanan kepada atlet.Justeru,Jurulatih perlu menghormati semua individu sekelilingnya.Jurulatih perlu memahami individu yang mempunyai latar belakang pendidikan,sosioekonomi,budaya,agama dan kebolehan yang berbeza.Ini mengelakkan sebarang konflik dan memberi kesan yang positif kepada hubungan jurulatih dengan atlet.

Peranan jurulatih ialah sebagai seorang konsultan melakukan analisis prestasi organisasi untuk mengetahui keperluan latihan semasa, dalam rangkanya menyediakan pelan latihan organisasi berkenaan. Analisis yang dilakukannya itu lebih luas manfaatnya jika melepasi sempadan kepentingan latihan dan pembangunan, malah boleh mengeluarkan cadangan-cadangan penyelesaian yang bersifat bukan latihan, seperti pengambilan tenaga kerja tambahan dan sebagainya. Di sinilah sebenarnya seseorang jurulatih itu memainkan peranan konsultan, yang akan melihat dan menganalisis situasi organisasi dari pelbagai sudut, serta mencari jalan terbaik untuk memperbaiki pencapaian. Seseorang jurulatih yang mengambil perspektif konsultan dalam menilai prestasi organisasi akan memberikannya kelebihan dalam membuat cadangan penyelesaian yang tepat terhadap permasalahan yang dihadapi oleh organisasi.

Seseorang jurulatih juga berperanan sebagai pengurus kerana definisi global yang menamakan pengurus sebagai “person who leads or directs all or part of an organisation, through the deployment and manipulation of resources (human, financial, material, intelectual

Page 3: Peranan Jurulatih Article

or intangible)”. Kerja-kerja mengurus dan menyelaras individu, kemudahan, bahan-bahan terbitan, membuat jadual kerja untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan, semuanya adalah kerja mengurus yang dilakukan oleh seseorang jurulatih.

Seterusnya,jurulatih juga boleh berperanan sebagai pembimbing. Bagi menjadi seorang pembimbing yang baik, jurulatih tersebut perlu mempunyai kriteria yang berkualiti. Antara cara terbaik untuk membangunkan sumber manusia ialah melalui cara bimbingan di tempat kerja. Seseorang jurulatih bertindak sebagai pembimbing yang membantu individu-individu dalam organisasi untuk mengenal pasti sasaran dan objektif yang perlu mereka capai, membantu mereka mencari jalan membaiki kemahiran teknik, memberikan sokongan dan galakan berterusan.

Selain itu,Jurulatih juga berperanan sebagai pakar pembangunan prestasi dan peranan ini menggabungkan antara tiga peranan di atas. Seperti konsultan, pakar pembangunan prestasi seharusnya mempunyai gambaran menyeluruh tentang organisasi untuk mengenal pasti punca-punca kelemahan dan mencadangkan jalan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang ada. Ia tidak hanya melihat sudut latihan sebagai pendekatan penyelesaian masalah. Dalam masa yang sama ia mampu mencadangkan latihan, jika perlu, untuk meningkatkan lagi prestasi pekerja.

Peranan yang dimainkan oleh jurulatih yang seterusnya ialah sebagai seorang pakar teknologi. Ia tidak bermaksud mempunyai kepakaran mengendalikan semua jenis peralatan teknologi canggih masa kini. Sebaliknya seseorang jurulatih harus tahu menilai kaedah penyampaian berasaskan teknologi yang sesuai untuk sesuatu situasi. Dalam masa yang sama, ia seharusnya mampu menilai kemampuan teknologi sesebuah organisasi, sama ada dari sudut kemampuan individu atau peralatan yang dimiliki. Peranan ini memudahkan seseorang jurulatih untuk membantu organisasi dengan lebih berkesan. Selain daripada peranan global ini, terdapat beberapa peranan yang bersifat spesifik, berdasarkan tanggungjawab yang biasa dijalankan oleh seseorang jurulatih berkaitan sesuatu latihan yang diadakan.

Di samping itu,Jurulatih juga berperanan sebagai pereka latihan. Reka bentuk latihan semestinya menepati kesesuaian sesebuah organisasi dan keperluan yang bersifat relatif. Di sinilah letaknya peranan jurulatih untuk membuat analisis dan menyediakan reka bentuk latihan yang dapat membantu secara langsung memajukan prestasi organisasi.

Jurulatih juga berperanan sebagai pembangun latihan dengan menyediakan pra sarana untuk sesuatu latihan berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dan dipersetujui. Prasarana itu seperti nota peserta, panduan kepada penyampai, bahan-bahan penyampaian yang berbentuk audio visual dan sebagainya.

Tambahan pula, jurulatih bertanggungjawab memainkan peranan sebagai seorang pemasar. Secara umumnya, tujuan latihan ialah untuk melakukan perubahan. Kebanyakan

Page 4: Peranan Jurulatih Article

manusia tidak suka kepada perubahan. Di sinilah perlunya seseorang jurulatih mempunyai kemahiran untuk menjual idea dan memasarkan kepentingan latihan dan pembangunan kepada kumpulan sasaran, sama ada pihak pengurusan mahu pun para pekerja.

Justeru,jurulatih juga berperanan sebagai pengurus kemudahan latihan.Tanggungjawab ini biasa diberikan kepada jurulatih kerana kemudahan bilik seminar atau bengkel perlu dipastikan sentiasa berada dalam keadaan sedia digunakan, dengan segala peralatannya seperti pen marker, papan putih, pemadam, flip chart dan sebagainya

Seterusnya,Jurulatih berperanan sebagai penilai.Oleh kerana sesebuah organisasi akan membelanjakan wang dan masa untuk memenuhi keperluan latihan, maka persoalan mengenai nilai pulangan yang diberikan oleh latihan tersebut perlu dijawab dengan mantap. Selepas sesuatu latihan, jurulatih perlu melakukan penilaian menyeluruh bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh pihak atasan atau pelanggan. Kemahiran menilai ini amat perlu agar jurulatih dapat mengemukakan hujah dan bukti nyata akan nilai pulangan sesuatu latihan itu.

Akhir sekali, Jurulatih berperanan sebagai pendidik untuk memberi maklumat berkaitan isu- isu sukan kepada atlet. Selain itu jurulatih juga bertanggungjawab dalam mengarahkan atlit untuk melakukan sesuatu selain membantu menyelesaikan masalah yang melanda atlit.Jurulatih juga sebagai pelatih.Jurulatih berperanan melatih atlet mencapai tahap prestasi terunggul dan berperanan meningkatkan kecergasan atlet.

Kesan Penglibatan Atlit dalam Aktiviti Fizikal

Kesan atlet-atlet terlibat dalam aktiviti fizikal ialah dapat membentuk fikiran dan sasiah yang positif.Aktiviti fizikal mempengaruhi suasana dan sikap atlet terhadap beban tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan lagi kepuasan dan prestasi atlet sendiri. Situasi ini berlaku kerana adanya interaksi antara jurulatih dengan atlet. Menurut Fouss dan Troppman (1981), interaksi antara jurulatih dan atlet merupakan kriteria yang penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu program latihan. Interaksi ini selalunya berkadar terus, iaitu hubungan yang baik antara jurulatih dan atlet akan membawa kejayaan kepada atlet; dan sebaliknya, jika berlaku hubungan yang tidak baik antara jurulatih atau pengurus dengan atlet, maka prestasi atlet akan menurun dan gagal mencapai kejayaan dalam pertandingan yang disertainya.

Seterusnya,seseorang atlet melibatkan diri dalam aktiviti fizikal juga dapat membaiki dan meningkatkan komponen-komponen dalam kecergasan dan dapat mengelakkan diri daripada mengalami kecederaan. Peluang untuk tercedera hanya dapat dikurangkan apabila atlet mempunyai koordinasi otot saraf yang baik, otot rangka yang kuat serta imbangan badan

Page 5: Peranan Jurulatih Article

yang stabil dan tidak cepat lesu apabila menjalani aktiviti fizikal. Atlet yang terlibat dalam aktiviti fizikal yang dirancang dan dijalankan dengan bersistematik dapat membantu mereka meningkatkan prestasi. Semasa menjalani aktiviti fizikal atlet-atlet haruslah mengetahui secara mendalam prinsip-prinsip aktiviti fizikal supaya apa yang dilaksanakan nanti berkesan dan bermanfaat pada diri sendiri.

Selain itu,kesan baik seseorang atlet melibatkan diri dalam aktiviti fizikal ialah dapat meningkatkan disiplin atlet. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya setiap pemain dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turuk membentuk disiplin atlet tersebut.

Tambahan pula, kesan baik seseorang atlet melibatkan diri dalam aktiviti fizikal juga penting bagi melahirkan seseorang murid yang sihat. Hal ini dikatakan demikian kerana bersukan boleh menguatkan otot dan tulang serta menyihatkan badan. Misalnya, seseorang murid yang bersukan pada setiap petang sudah banyak berpeluh. Oleh itu murid yang aktif bersukan jarang mendapat demam dan selesema berbanding dengan rakan-rakannya yang tidak bersukan

Di samping itu,seseorang yang aktif dalam kegiatan aktiviti fizikal akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Hal ini dikatakan demikian kerana murid tersebut akan menentukan masa yang sesuai untuk memberikan tumpuan terhadap sukan dan masa untuknya belajar. Contohnya, seseorang murid yang menyertai pasukan sekolah mesti ada jadual latihan sukan dan jadual belajar. Oleh itu, seseorang murid yang aktif dalam sukan juga berjaya dalam pelajaran.

Akhir sekali, kesan baik seseorang atlet melibatkan diri dalam aktiviti fizikal ialah dapat menggunakan masa lapang mereka dengan lebih bermanfaat. Hal ini dikatakan demikian kerana biasanya atlet yang aktif dalam bidang sukan tidak berminat bermain ‘computer game’ dan tidak akan menghabiskan masanya untuk berplesiran di pusat beli-belah, menonton televisyen, dan seumpamanya. Oleh itu, sudah pasti mereka akan menghabiskan masa dengan lebih bermanfaat.

Kesimpulannya,jurulatih dapat dilihat sebagai satu aspek yang penting menggalakkan atlet terlibat dalam aktiviti fizikal serta meningkatkan kualiti atlet.Jurulatih yang memiliki kemahiran pengurusan kejurulatih ini akan membentuk persekitaran sesi latihan yang berkualiti dan lebih efektif.Jurulatih terdapat pelbagai peranan dan tugas dalam mempengaruhi atlet terlibat dlam aktiviti fizikal.Oleh itu,Atlet-atlet haruslah berusaha dan bersemangat untuk melibatkan sendiri dalam aktiviti fizikal yang telah dirancangkan secara sukarela untuk

Page 6: Peranan Jurulatih Article

mengharumkan imej negara dan meningkatkan mutu sukan negara ke tahap yang lcemerlang,germilang dan terbilang.

Bibliograf

http://kebajikan-selangor.tripod.com/id11.html.

(PENGURUSAN SUKAN APLIKASINYA DI MALAYSIA, MOHD SALLEH AMAN)

http://latihpimpin.wordpress.com/2011/12/22/peranan-dan-tanggungjawab-jurulatih-yang-berkesan/

http://latihpimpin.wordpress.com/2011/12/22/peranan-dan-tanggungjawab-jurulatih-yang-berkesan/

http://www.slideshare.net/youlimnny/kecergasan-fizikal

http://guruselamanya.wordpress.com/2012/09/07/faedah-faedah-melibatkan-diri-dalam-aktiviti-sukan/