Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

16
Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara Seminar Indeks-Indeks Pembangunan Dari Perspektif Islam 28-29 Ogos 2004 PERANAN KERAJAAN DALAM DASAR PEMBANGUNAN NEGARA Oleh Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah Timbalan Ketua Pengarah (Makro) Unit Perancang Ekonomi I. PENGENALAN 1. Terdapat banyak pendapat atau pandangan mengenai peranan Kerajaan dalam dasar pembangunan negara. Dalam taklimat ini, saya akan menyentuh mengenai faktor-faktor yang menentukan sejauh mana peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Malaysia dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara yang mapan. Pandangan mengenai Peranan Kerajaan Dalam Pembangunan Ekonomi 2. Menurut Muhammad Asad 1 , dalam Islam, Kerajaan yang dipilih bertanggungjawab untuk: Menyediakan satu sistem pendidikan yang membolehkan setiap rakyat, lelaki dan wanita, mendapat ilmu dengan mudah. Dengan ilmu, setiap insan akan mendapat kebebasan yang sebenar daripada pelbagai sudut; dan 1 Muhammad Asad, 1980:The Principles of State and Government in Islam , Dar-Al-Andalus, Gibraltar:ms 86 dan 87 { FILENAME }

description

for free download XD

Transcript of Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Page 1: Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Seminar Indeks-Indeks Pembangunan Dari Perspektif Islam 28-29 Ogos 2004

PERANAN KERAJAAN DALAM DASAR PEMBANGUNAN

NEGARA

Oleh

Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah Timbalan Ketua Pengarah (Makro)

Unit Perancang Ekonomi

I. PENGENALAN 1. Terdapat banyak pendapat atau pandangan mengenai peranan

Kerajaan dalam dasar pembangunan negara. Dalam taklimat ini,

saya akan menyentuh mengenai faktor-faktor yang menentukan

sejauh mana peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Malaysia dalam

menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara

yang mapan.

Pandangan mengenai Peranan Kerajaan Dalam Pembangunan Ekonomi

2. Menurut Muhammad Asad1, dalam Islam, Kerajaan yang dipilih

bertanggungjawab untuk:

Menyediakan satu sistem pendidikan yang membolehkan

setiap rakyat, lelaki dan wanita, mendapat ilmu dengan

mudah. Dengan ilmu, setiap insan akan mendapat

kebebasan yang sebenar daripada pelbagai sudut; dan

1 Muhammad Asad, 1980:The Principles of State and Government in Islam, Dar-Al-Andalus, Gibraltar:ms 86 dan 87

{ FILENAME }

Page 2: Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Menyediakan kemudahan terutama peluang-peluang

ekonomi yang membolehkan setiap rakyat mencapai dan

mengekalkan kebahagiaan (happiness ) dan maruah diri

(dignity).

3. Ini bermakna, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk

memastikan kesejahteraan hidup (well-being) setiap rakyat dan

memastikan tiada di antara mereka yang taraf hidupnya di bawah

tahap dhaif. Untuk tujuan ini, Kerajaan perlu menyediakan

kemudahan di mana setiap rakyat, lelaki dan wanita dapat menikmati

sekurang-kurangnya kesejahteraan kebendaan (material well-being)

yang minimum untuk membolehkan mereka mengekalkan maruah

diri, menikmati kebebasan yang sebenar dan membangunkan

kerohanian masing-masing.

4. Amalan khalifah Umar juga boleh dijadikan panduan mengenai

peranan Kerajaan dalam memastikan setiap rakyat menikmati

faedah pembangunan secara saksama2. Di masa pemerintahannya,

Saidina Umar r.a. telah menubuhkan satu jabatan yang dinamakan

dĩwãn untuk menjalankan bancian penduduk. Berasaskan maklumat

bancian tersebut, Kerajaan di bawah pimpinan Saidina Umar r.a.

telah mewujudkan satu skim pencen tahunan dan diberikan kepada

golongan yang memerlukan, terutama (a) wanita yang kematian

suami dan anak yatim, (b) mereka yang berjuang kerana Islam di

mulai dengan wanita yang kematian suami dalam perang

menegakkan kepentingan Islam dan (c) mereka yang cacat anggota,

sakit dan orang tua. Malah Saidina Umar r.a. pernah berkata bahawa 2 Muhammad Asad, 1980:The Principles of State and Government in Islam, Dar-Al-Andalus, Gibraltar:ms 92

{ FILENAME } {PAGE }

Page 3: Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

jika umur beliau panjang, beliau akan menyediakan peruntukan

kewangan untuk gembala kambing yang tinggal di gunung-ganang

supaya mereka juga dapat menikmati sebahagian daripada

kekayaan negara. Ini bermakna, Kerajaan perlu memastikan setiap

rakyat menikmati kekayaan negara secara saksama. Bagi mereka

yang tidak berkemampuan, bantuan secara langsung merupakan

satu pendekatan yang boleh digunapakai untuk tujuan ini.

5. Islam sangat prihatin dengan pembangunan ekonomi di mana

perkara ini dilihat sebagai sebahagian penting daripada masalah

yang lebih besar iaitu pembangunan insani. Fungsi utama Islam

ialah untuk memandu pembangunan manusia berlandaskan asas

arah tuju yang betul. Justeru, kerangka pembangunan ekonomi

Islam mempunyai cirri-ciri yang komprehensif yang meliputi aspek-

aspek pembangunan moral, kerohanian dan kebendaan (material).

Pembangunan menjadi aktiviti yang berorentasikan matlamat dan

nilai, yang ditumpukan kepada mengoptimumkan kemaslahatan

manusia dari semua segi. Dengan kata lain, pembangunan dalam

Islam bermaksud pembangunan manusia dan sekitaran fisikal dan

sosio-budayanya.

6. Jika dibandingkan pandangan barat dengan Islam mengenai

peranan Kerajaan, kita akan dapati tiada banyak perbezaan di antara

mereka. Umpamanya, Musgrave3 memberikan tiga fungsi utama

Kerajaan iaitu fungsi peruntukan (allocation), agihan (distribution),

dan kestabilan (stabilization). Fungsi peruntukan bertujuan untuk

menyediakan kemudahan awam bagi keperluan rakyat. Fungsi

3 Richard A, Musgrave and Peggy B. Musgrave; 1973 Public Finance in Theory and Practice, McGraw Hill.

{ FILENAME } {PAGE }

Page 4: Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

agihan bertujuan untuk memastikan semua rakyat menikmati

kekayaan negara. Akhir sekali, fungsi kestabilan untuk memastikan

agar semua rakyat yang ingin bekerja diberi peluang pekerjaan dan

menentukan supaya paras harga berada di paras stabil.

7. Menurut Osborne dan Gaebler4, Kerajaan boleh menjadi lebih

cekap dan berkesan jika mengubah daripada pendekatan tradisi

kepada:

Catalytic Government –Steering rather than rowing;

Community-owned – Empowering rather than serving;

Competitive – Injecting Competition into service delivery;

Mission-driven – Transforming Rule- Driven organization;

Results-oriented – Funding outcome not input;

Customer-driven – meeting the needs of the customer, not

the bureaucracy;

Enterprising – earning rather the spending;

Anticipatory – prevention rather than cure;

Decentralized – from hierarchy to participation and

teamwork;

Market- oriented – leveraging change through the market.

II. PENDEKATAN DAN PERANAN KERAJAAN MALAYSIA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

8. Pembangunan ekonomi Islam memerlukan perubahan-

perubahan dari segi kuantitatif dan kualitatif. Di antara prinsip

dinamik pembangunan ekonomi Islam ialah pertamanya, 4 David Osborne and Ted Gaebler; 1993 Reinventing Government: How The Entrepreneurial Spirit Is Transforming The Public Sector, A Plume Book.

{ FILENAME } {PAGE }

Page 5: Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

mengoptimumkan penggunaan sumber yang Allah S.W.T. telah

kurniakan kepada manusia dan sekitaran fisikalnya. Kedua, Islam

menuntut penggunaan dan pembahagian sumber-sumber tersebut

secara saksama serta meningkatkan hubungan manusia berasaskan

hak dan keadilan. Dalam hubungan ini, Islam sangat-sangat

menuntut nilai syukur dan keadilan dan melarang keras sifat-sifat keji

seperti kufur dan zalim.

9. Di Malaysia, jika dianalisa dengan teliti pendekatan

pembangunan negara sejak merdeka, ia adalah sejajar dengan

prinsip pembangunan ekonomi dalam Islam. Sejaun mana Kerajaan

sendiri memainkan peranan aktif bagi mencapai sesuatu matlamat

sosio-ekonomi Kerajaan bergantung kepada pendekatan yang

diamalkan. Oleh itu, saya ingin menjelaskan secara ringkas asas

dan falsafah pembangunan negara dan pendekatan Kerajaan bagi

mencapai matlamat sosio-ekonomi negara.

Asas dan Falsafah Pembangunan Negara 10. Faktor-faktor yang menjadi asas kepada penggubalan dasar

dan strategi pembangunan ialah:

• kedudukan ekonomi yang terbuka;

• sistem ekonomi campuran;

• Masyarakat berbilang kaum; dan

• Kerajaan Persekutuan.

11. Oleh itu, setiap dasar dan strategi yang diperkenalkan oleh

Kerajaan biasanya menjurus ke arah menggalakkan perdagangan

{ FILENAME } {PAGE }

Page 6: Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

antarabangsa, membuka peluang yang luas kepada sektor swasta

untuk menerajui pembangunan ekonomi, menjaga kepentingan

masyarakat berbilang kaum dan memenuhi peranan Kerajaan

Persekutuan dan Negeri seperti ditetapkan dalam Perlembagaan

Persekutuan.

12. Falsafah pengurusan ekonomi Malaysia ialah sistem ekonomi

campuran di mana sektor swasta diberi peranan utama menerajui

pembangunan ekonomi mengikut kaedah dan pendekatan yang

sesuai dengan keperluan masing-masing sambil menyokong dasar

dan strategi pembangunan Kerajaan. Sektor awam pula akan

menetapkan teras pembangunan secara umum dan arah

pembangunan ekonomi keseluruhan serta memastikan pencapaian

matlamat sosio-ekonomi.

13. Teras pembangunan dan matlamat sosio-ekonomi negara

ditetapkan melalui Pelan Rancangan Jangka Panjang, Sederhana

dan Pendek. Pelan Rancangan Jangka Panjang dan Sederhana

disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi manakala Kementerian

Kewangan menyediakan perancangan jangka pendek. Namun

begitu, perlu dimaklumkan bahawa Pelan-pelan tersebut ini tidak

disediakan secara berasingan tetapi melalui satu jawatankuasa

yang dinamakan Kumpulan Perancangan Antara Jabatan (Inter-

agency Planning Group) yang terdiri daripada wakil-wakil Unit

Perancang Ekonomi, Kementerian Kewangan, Bank Negara

Malaysia, Jabatan Perangkaan dan mana-mana

Kementerian/Jabatan yang sesuai dengan perkara yang

dibincangkan.

{ FILENAME } {PAGE }

Page 7: Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

14. Selain daripada Kementerian/Jabatan Kerajaan, penyertaan

pihak swasta dan badan-badan bukan Kerajaan juga digalakkan. Ini

biasanya dilakukan melalui sesi dialog dan percambahan fikiran

(brainstorming) terutama jika dasar atau strategi yang hendak

diperkenalkan mempunyai implikasi ke atas sektor mereka. Sesi-sesi

ini juga digunakan untuk mendapat pandangan pihak-pihak yang

berkepentingan mengenai keperluan untuk meningkatkan lagi

sumbangan sektor-sektor mereka kepada pertumbuhan ekonomi.

Pelan Rancangan Jangka Panjang, Sederhana dan Pendek

15. Dasar, Strategi dan Matlamat pembangunan negara jelas

dinyatakan di dalam Pelan Rancangan Jangka Panjang, Sederhana

dan Pendek. Pelan-Pelan ini merupakan perancangan indicative

yang digunakan oleh semua pihak untuk merancang program

pembangunan masing-masing. Setakat ini Kerajaan telah

mengeluarkan 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang, 10

Rancangan Lima tahun dan 10 Kajian Semula Rancangan Lima

Tahun. Pada setiap tahun pula, Kerajaan akan membentangkan

bajet tahunan yang didalamnya terdapat dasar dan strategi jangka

pendek untuk menggalakkan pembangunan ekonomi. Selain

daripada Pelan-Pelan ini, Kerajaan juga telah melancarkan

Wawasan 2020 (1991-2020) yang di dalamnya terkandung matlamat

pembangunan yang hendak dicapai menjelang tahun 2020.

Dasar Ekonomi Baru (DEB), 1971-1990

16. Dasar Ekonomi Baru ini termaktub di dalam Rangka

Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1). Matlamat utama

{ FILENAME } {PAGE }

Page 8: Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

DEB adalah perpaduan nasional. Teras utama RRJP1 ialah

Pertumbuhan dengan pengagihan dan integrasi nasional. Dua

strategi utama bagi mencapai matlamat tersebut ialah membasmi

kemiskinan dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan

ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.

17. Dalam tempoh DEB, ekonomi berkembang pada paras 6.7

peratus. Rajah 1 menunjukkan kejayaan Malaysia mengurangkan

kadar kemiskinan daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada

16.5 peratus pada tahun 1990. Jadual 1 pula menunjukkan

pegangan ekuiti bumiputera telah meningkat daripada 2.4 peratus

pada tahun 1970 kepada 19.3 peratus 1990.

Rajah 1: Pencapaian pembasmian kemiskinan yang menggalakkan dan

peralihan tumpuan kepada kelompok kecil kemiskinan

{ EMBED PowerPoint.Slide.8 }

Jadual 1: Pemilikan Ekuiti Sektor Korporat (% daripada Jumlah)

{PAGE }

{ EMBED PowerPoint.Slide.8 }

Dasar Pembangunan Nasional (DPN), 1991-2000

18. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) termaktub di dalam

Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2). Teras RRJP2

ialah pembangunan seimbang yang bertujuan untuk membina

masyarakat bersatu dan adil. Dalam tempoh ini, ekonomi negara

berkembang pada paras yang tinggi iaitu 7.0 peratus walaupun pada

{ FILENAME }

Page 9: Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

tahun 1997/98, ekonomi telah mengalami penguncupan yang ketara

kerana kelembapan ekonomi serantau akibat krisis kewangan.

Kadar kemiskinan terus mencatatkan kekurangan kepada 7.5

peratus pada tahun 1999 manakala, ekuiti bumiputera mencatatkan

kekurangan kepada 18.9 pada tahun 2000.

Dasar Wawasan Negara (DWN), 2001-2010

19. Dasar Wawasan Negara (DWN) termaktub di dalam Rangka

Rancangan Jangka panjang ketiga (RRJP3). Teras RRJP3 ialah

meningkatkan resilience dan daya saing ekonomi bagi menangani

kesan teruk yang dialami semasa krisis kewangan serantau 1997/98.

Rancangan Malaysia Ke-lapan merupakan peringkat pertama ke

arah pencapaian matlamat DWN. Setakat 2001 hingga 2005, kadar

pertumbuhan ekonomi dijangka sederhana kerana masalah seperti

serangan pengganas di New York, SARS, Selsema burung,

kenaikan harga minyak akibat perang Afghanistan dan Iraq telah

memberi implikasi kepada pertumbuhan ekonomi.

20. Namun begitu, ekonomi negara telah mula mencatatkan

pertumbuhan yang lebih baik pada tahun 2004. Pada suku pertama

tahun ini, ekonomi mencatatkan pertumbuhan pada kadar 7.6

peratus. Pada suku kedua pula, ekonomi berkembang pada kadar

8.0 peratus. Ini merupakan satu pencapaian yang amat

memberansangkan. Jika prestasi ini dapat dikekalkan pada separuh

kedua tahun ini, ekonomi dijangka boleh mencapai pertumbuhan

yang lebih tinggi daripada anggaran awal di antara 6.0-6.5 peratus.

Wawasan 2020, 1991-2020

{ FILENAME } {PAGE }

Page 10: Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

21. Wawasan 2020 dilancarkan pada tahun 1991. Teras utama

dasar ini ialah pembangunan menyeluruh dengan memberi

keutamaan kepada perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia.

Matlamat Wawasan ialah untuk menjadikan Malaysia negara maju

menjelang tahun 2020.

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

22. Walaupun sektor swasta telah diberi peranan untuk menerajui

pertumbuhan ekonomi negara, namun Kerajaan perlu memainkan

peranan penting dalam bidang-bidang berkaitan pembangunan

sosial dan keselamatan. Ini kerana sektor swasta mengutamakan

keuntungan dan akan melabur di dalam sektor-sektor yang

menghasilkan pulangan tinggi. Sebaliknya sektor-sektor yang

pulangannya rendah seperti sektor pertanian dan yang pulangannya

mengambil masa lama seperti infrastruktur termasuk infrastruktur

sosial dan keselamatan, biasanya tidak mampu menarik pelaburan

swasta. Tambahan pula, penyediaan infrastruktur berkenaan

merupakan tanggungjawab tradisi Kerajaan. Ketidakseimbangan

akan berlaku jika Kerajaan tidak memenuhi tanggungjawab ini.

Penyertaan sektor swasta dalam bidang-bidang tradisi Kerajaan

boleh digalakkan dengan menyediakan persekitaran atau insentif

yang bersesuaian. Namun begitu, jika insentif yang disediakan masih

tidak dapat menarik pelaburan swasta, atas kepentingan negara,

Kerajaan sendiri perlu berperanan aktif dan melabur dalam bidang-

bidang berkenaan.

{ FILENAME } {PAGE }

Page 11: Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

23. Jika dianalisa peranan Kerajaan Malaysia membangunkan

ekonomi negara sejak tahun 1960, kita boleh membahagikannya

kepada tiga fasa utama seperti berikut:

Fasa pertama : pendekatan pembangunan berasaskan pasaran 1960-70

24. Rajah 2 menunjukkan struktur ekonomi Malaysia bagi tempoh

1960-2005. Bagi Tempoh 1960-70, sektor pertanian merupakan

penyumbang utama pertumbuhan ekonomi. Getah dan bijih timah

merupakan komoditi utama dan sumbangannya kepada eksport

mencapai tahap 53 peratus. Kedua-dua komoditi ini juga merupakan

penyumbang utama hasil Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak 28

peratus dan gunatenaga 36 peratus.

Rajah 2: Struktur Pengeluaran, 1960-2005

{PAGE }

{EMBED MSGraph.Chart.8 \s}

25. Dalam tempoh ini, Kerajaan telah menggunakan dua

pendekatan kepada pembangunan. Bagi sektor perindustrian dan

perdagangan, Kerajaan telah meneruskan dasar laissez-faire yang

diperkenalkan oleh penjajah British. Bagi sektor luar bandar dan

penyediaan infrastruktur sosial dan fizikal, Kerajaan telah

memainkan peranan yang aktif bagi memastikan faedah

{ FILENAME }

Page 12: Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

pembangunan turut dinikmati oleh penduduk di luar bandar. Ini

dapat dilihat daripada jumlah perbelanjaan sektor awam yang

memberi keutamaan kepada penyediaan infrastruktur dan keperluan

asas (rujuk rajah 3).

Rajah 3: Perbelanjaan Pembangunan Mengikut Sektor, 1961-2005

{EMBED MSGraph.Chart.8 \s}

26. Pendekatan ini berjaya menyumbang kepada kemajuan

ekonomi negara. Dalam tempoh tersebut, ekonomi Malaysia

berkembang pada kadar purata 6 peratus setahun (rujuk jadual 2).

Namun daripada segi sosial, masalah pengangguran dan kemiskinan

(rujuk rajah 1) dan ketidakseimbangan pendapatan dan wilayah

terutama pendapatan antara kaum menimbulkan masalah

ketidakpuasan masyarakat yang membawa kepada berlakunya

rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Jadual 2: Prestasi Pertumbuhan 1960 - 2004

Purata 1960an 6.0 % Purata 1970an 7.5 % Purata 1980an 5.8 % Purata 1990an 7.1 % 2000 8.9 % 2001 0.3 % 2002 4.1 % 2003 5.3 %

{ FILENAME } {PAGE }

Page 13: Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Fasa Kedua : Pembangunan Yang Oleh Diterajui Kerajaan , 1971-83

27. Rusuhan kaum yang berlaku menjadi titik tolak kepada

Kerajaan untuk menimbang semula kesesuaian pendekatan

pembangunan laissez-faire. Kerajaan juga menyedari pentingnya

keseimbangan dan agihan sama rata hasil pembangunan.

Pendekatan baru telah digunakan untuk memastikan kaum

Bumiputera juga menikmati faedah daripada pembangunan ekonomi

selaras dengan matlamat DEB.

28. Dalam tempoh ini, Kerajaan telah meluaskan lagi peranannya

daripada pembangunan luar bandar kepada peranan yang pro-aktif

dan secara lansung dalam pembangunan dan agihan ekonomi. Ini

dapat dilihat daripada jumlah perbelanjaan Kerajaan (rujuk Jadual 3)

dan penubuhan banyak Perusahaan Awam Bukan Kewangan

(PABK).

Jadual 3 : Peratus Perbelanjaan Sektor1Kerajaan Kepada Keluaran Dalam

Negeri Kasar, 1966-2005

Tahun Belanja

Mengurus Belanja

Pembangunan 1966 16.6 6.6 1970 20.0 7.9 1980 28.1 15.2 1990 26.2 12.2 2000 18.8 14.7 2005 20.4 16.0

Nota: 1 Sektor Kerajaan merujuk kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan

Tempatan

{ FILENAME } {PAGE }

Page 14: Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

29. Peranan aktif Kerajaan telah menghasilkan pertumbuhan yang

tinggi iatu pada kadar purata 7.5 peratus setahun dalam tahun

1970an. Namun, akibat kelembapan ekonomi dunia yang

berpanjangan pada tahun 1980an, pertumbuhan ekonomi negara

turut terjejas dan mencatatkan pertumbuhan pada kadar purata 5.8

peratus sahaja. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu,

peranan aktif Kerajaan bukan sahaja membebankan daripada segi

kewangan tetapi menimbulkan masalah ‘crowding out’ sektor swasta

akibat daripada kedudukan sumber yang terhad.

Fasa Ketiga: Persyarikatan Malaysia - Pendekatan Kerjasama Sektor Awam dan Swasta

30. Peranan aktif Kerajaan memberi tekanan kepada kedudukkan

kewangannya. Ditambah pula dengan masalah yang dihadapi oleh

setengah-setengah PABK membawa kepada pelancaran konsep

Persyarikatan Malaysia oleh Kerajaan Malaysia. Ianya bertujuan

untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan sektor swasta

terutama Bumiputera dalam pembangunan negara selaras dengan

matlamat DEB. Program penswastaan menjadi strategi bagi tujuan

ini. Pendekatan ini masih digunapakai sehingga kini.

31. Terbaharu, Kerajaan telah memperkenalkan Konsep Islam

Hadhari dalam usaha meneruskan agenda pembangunan negara.

Konsep ini memberi penekanan kepada pembangunan manusia,

masyarakat dan negara. Dengan pengenalan Konsep ini,

perlaksanaan program dan pencapaian matlamat pembangunan

negara dapat ditambahbaik dengan ciri-ciri seperti tadbir urus yang

baik, pengukuhan institusi keluarga, keutuhan integriti dan

peningkatan kualiti hidup. Malah, Konsep ini juga dapat menjelaskan

{ FILENAME } {PAGE }

Page 15: Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

lagi apa yang dimaksudkan dengan pembangunan menyeluruh yang

menjadi teras Wawasan 2020 terutama daripada segi keseimbangan

pembangunan kebendaan dengan kerohaniah.

32. Dari sudut individu pula, Islam Hadhari memberi penekanan

kepada melahirkan individu yang mempunyai kekuatan rohani,

intelektual dan kebendaan; mampu berdikari, berdaya saing dan

inovatif serta cekap menangani cabaran dengan bijak, rasional dan

praktikal. Ini merupakan ciri-ciri peniaga Bumiputera yang ingin

dilahirkan oleh DEB.

KESIMPULAN DAN PENUTUP

Berasaskan di atas, dapat di simpulkan bahawa peranan Kerajaan

dalam pembangunan negara adalah penting. Walau pun tidak perlu

memainkan peranan sebagai peneraju dan bersaing dengan sektor

swasta, Kerajaan perlu melaksanakan tugas tradisinya termasuk

menjaga keselamatan negara, menguatkuasakan undang-undang,

menyediakan infrastruktur sosial seperti kemudahan kesihatan dan

pendidikan serta mengawalselia perjalanan perniagaan supaya

orang awam mendapat manfaat yang maksimum.

Namun begitu, dalam keadaan tertentu, terutama apabila sektor

swasta tidak mampu memainkan peranannya dengan berkesan atau

terdapat bidang-bidang penting tetapi sektor swasta tidak berminat

untuk menceburinya, Kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih

aktif. Umpamanya, apabila pelaburan swasta masih rendah akibat

ketidaktentuan yang berlaku pada dalam ekonomi dunia sekarang,

Kerajaan berperanan untuk menampung penguncupan ini dengan

{ FILENAME } {PAGE }

Page 16: Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

Peranan Kerajaan Dalam Dasar Pembangunan Negara

meningkatkan pelaburan awam untuk memastikan ekonomi negara

terus berkembang dan kualiti hidup rakyat tidak terjejas.

Selain daripada itu, dalam Islam adalah penting bagi sesebuah

Kerajaan memastikan setiap rakyat mendapat pendidikan yang

sewajarnya. Ini merupakan bidang yang sangat diberi keutamaan

oleh Kerajaan sejak merdeka lagi kerana ilmu dapat membawa

rakyat keluar daripada kancah kemiskinan. Ternyata usaha-usaha

yang dilaksanakan sekarang ini telah menunjukkan hasil yang baik.

Tahap kemiskinan Malaysia rendah berbanding dengan banyak

negara lain. Namun masih banyak yang perlu dilakukan bagi

mengatasi ketidakseimbangan di antara penduduk bandar dan luar

bandar.

Akhir sekali, saya ingin menekankan di sini bahawa program

pembangunan yang kita laksanakan selama ini adalah selaras

dengan ajaran Islam dan menepati apa yang disarankan oleh Al-

Quran dan As-Sunnah. Peranan yang dimainkan oleh Kerajaan juga

selaras dengan ajaran Islam kerana matlamat yang ingin dicapai

ialah untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat supaya

mereka dapat menikmati kehidupan yang harmoni daripada segi

kebendaan dan kerohaniah.

{ FILENAME } {PAGE }