Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

25
1.0 PENGENALAN 1.1 Sejarah Ringkas Dan Tujuan Maktab Perguruan Teknik Institut Perguruan Teknik (IPTeknik) ditubuhkan pada 17 Mei 1962 dengan nama asalnya Maktab Perguruan Teknik (MPT). Bangunan asal MPT terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur, yang merupakan bekas tapak Malay Girls College (sekarang Kolej Tunku Kurshiah di Seremban). Pada peringkat awal operasinya, MPT mendapat bantuan dalam berbagai-bagai bidang dari kerajaan Canada, termasuk kepakaran, tenaga pengajar, latihan, malah alat kelengkapan seperti jentera berat dan perkakas pertukangan. Peranan MPT menjadi bertambah penting apabila empat mata pelajaran baru diperkenalkan di peringkat sekolah menengah rendah, iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian, Perdagangan dan Sains Rumah Tangga dalam Sistem Pelajaran Aneka Jurusan mulai tahun 1965. Kampus baru MPT yang berdiri megah di Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak sekarang dibina dalam tahun itu di atas sebuah tapak seluas 22.3 hektar. MPT mula mengendalikan Kursus Pertukangan pada awal tahun 1970, apabila jabatan berkenaan di Maktab Perguruan Pertukangan di Kuantan dipindahkan ke sini. Pada tahun 1972 kursus Pengajian Perdagangan pula dimulakan apabila Jabatan Pengajian Perdagangan Maktab Perguruan Ilmu Khas dipindahkan ke maktab ini dalam usaha menggabungkan jurusan teknik dan vokasional. MPT juga telah mengendalikan latihan perguruan dalam tiga komponen kursus Kemahiran Hidup: Ekonomi Rumah Tangga, Kemahiran Manipulatif Tambahan dan Pertanian sejak 1989 sehingga kursus-kursus tersebut dipindahkan ke Maktab Perguruan Batu Pahat dalam tahun 1992. Pada tahun 2003, mata pelajaran utama di MPT ialah Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Jentera, Teknologi Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Sains Komputer, Multimedia & Animasi, ERT, Perakaunan, Matematik dan Sains.Mulai tahun 2006, MPT dinaiktarafkan dengan kemampuan menganugerakan Ijazah Perguruan

Transcript of Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

Page 1: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

1.0 PENGENALAN

1.1 Sejarah Ringkas Dan Tujuan Maktab Perguruan Teknik

Institut Perguruan Teknik (IPTeknik) ditubuhkan pada 17 Mei 1962 dengan nama

asalnya Maktab Perguruan Teknik (MPT). Bangunan asal MPT terletak di Jalan Damansara,

Kuala Lumpur, yang merupakan bekas tapak Malay Girls’ College (sekarang Kolej Tunku

Kurshiah di Seremban). Pada peringkat awal operasinya, MPT mendapat bantuan dalam

berbagai-bagai bidang dari kerajaan Canada, termasuk kepakaran, tenaga pengajar, latihan,

malah alat kelengkapan seperti jentera berat dan perkakas pertukangan.

Peranan MPT menjadi bertambah penting apabila empat mata pelajaran baru

diperkenalkan di peringkat sekolah menengah rendah, iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian,

Perdagangan dan Sains Rumah Tangga dalam Sistem Pelajaran Aneka Jurusan mulai tahun

1965. Kampus baru MPT yang berdiri megah di Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak sekarang

dibina dalam tahun itu di atas sebuah tapak seluas 22.3 hektar.

MPT mula mengendalikan Kursus Pertukangan pada awal tahun 1970, apabila jabatan

berkenaan di Maktab Perguruan Pertukangan di Kuantan dipindahkan ke sini. Pada tahun

1972 kursus Pengajian Perdagangan pula dimulakan apabila Jabatan Pengajian Perdagangan

Maktab Perguruan Ilmu Khas dipindahkan ke maktab ini dalam usaha menggabungkan

jurusan teknik dan vokasional. 

MPT  juga telah mengendalikan latihan perguruan dalam tiga komponen kursus

Kemahiran Hidup: Ekonomi Rumah Tangga, Kemahiran Manipulatif Tambahan dan

Pertanian sejak 1989 sehingga kursus-kursus tersebut dipindahkan ke Maktab Perguruan Batu

Pahat dalam tahun 1992. Pada tahun 2003, mata pelajaran utama di MPT ialah Kejuruteraan

Elektrik, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Jentera, Teknologi Kejuruteraan, Lukisan

Kejuruteraan, Sains Komputer, Multimedia & Animasi, ERT, Perakaunan, Matematik dan

Sains.Mulai tahun 2006, MPT dinaiktarafkan dengan kemampuan menganugerakan Ijazah

Perguruan kepada para pelajarnya. Ianya mula dikenali sebagai Institut Perguruan Teknik.

Page 2: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

Maktab ini ditubuhkan dengan tujuan :

i. Melatih guru-guru untuk sekolah menengah dalam bidang Seni Perusahaan,

Perdagangan dan Kemahiran Hidup.

ii. Melatih guru-guru untuk SMV dalam pelbagai bidang Pertukangan sebagai

persediaan untuk mencurahkan ilmu tersebut kepada pelajar.

iii. Melengkapkan pelatih-pelatih bukan sahaja dalam kemahiran vokasional tetai juga

dalam pedagogi.

iv. Melengkapkan pelatih-pelatih dengan tingkat kecekapan yang sepenuhnya dalam

aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum.

v. Memberi peluang kepada pelatih-pelatih dengan pengalaman-pengalaman yang

berkaitan dengan perindustrian.

1.2 Sejarah Ringkas Dan Tujuan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)

MLVK ditubuhkan pada 2 Mei 1989 untuk merumus, mengalakkan dan

menyelaraskan strategi serta program latihan vokasional dan perindustrian sejajar dengan

keperluan perkembangan teknologi dan pembangunan ekonomi negara. Akta Pembangunan

Kemahiran 2006 (Akta 652) atau NASDA diluluskan oleh Yang DiPertuan Agong pada 29

Jun 2006. NASDA dikuatkuasakan pada 1 September 2006. Nama MLVK ditukarkan

kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Ianya ditubuhkan melalui penyusunan

semula Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan (LLPKK).

Nama MLVK ditukarkan kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Tetapi masih

mengekalkan fungsinya. Ianya adalah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan di bawah

Kementerian Sumber Manusia.

Tujuan MLVK atau JPK adalah untuk merumus, menggalakkan dan menyelaraskan

segala program latihan vokasional. Antara fungsinya ialah:

• Menilai keperluan sumber manusia dalam bidang kemahiran

• Membangunkan, meluluskan dan menyemak Standard Kemahiran Pekerjaan

Kebangsaan (NOSS).

Page 3: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

• Melaksanakan program Pensijilan Latihan Kemahiran.

• Membantu dan meningkatkan keupayaan dan kemahiran individu.

• Mempromosi Sistem Latihan Kemahiran.

• Membimbing pembelajaran penyelidikan berkenaan latihan kemahiran.

• Membangun standard kemahiran kebangsaan

• Menjalankan program persijilan kemahiran

• Menjalankan promosi bidang kemahiran

• Membantu meningkatkan pengetahuan/kemahiran pengajar

• Menjalankan kajian latihan vokasional

• Menjalankan penilaian dan pengiktirafan terhadap program latihan

1.3 Objektif Penubuhan MLVK

Objektif penubuhan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan ialah:

1. Untuk mewujudkan satu sistem penyelarasan latihan vokasional dan perindustrian

yang menyeluruh dan bersesuaian dengan strategi dan objektif pembangunan negara

yang bercita-cita untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang

berdasarkan bidang perindustrian menjelang tahun 2020.

2. Objektif seterusnya ialah untuk mengalakkan, memperkembangkan, membantu dan

membangunkan program-program latihan vokasional dan perindustrian di peringkat

mahir dan separuh mahir. Objektif ini adalah penting ditekankan untuk memastikan

menjadi sebuah negara perindustrian maka tenaga-tenaga pekerja hendaklah

mempunyai kemahiran dan kebolehan yang tinggi dan setanding dengan tenaga pakar

seperti di negara-negara maju yang lain.

Page 4: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

3. Untuk menentukan pencapaian tahap kemahiran seimbang dengan tahap kemajuan

teknologi. Jika dilihat kepada perkembangan teknologi dunia hari ini ianya berlaku

dengan begitu cepat dan pantas sekali. Oleh yang demikian maka adalah menjadi

tanggungjawab kerajaan menyerap kemajuan yang berlaku dengan memastikan

teknologi yang dipelajari adalah selari dan seimbangan dengan pekembangan

teknologi yang berlaku.

4. Untuk menyediakan rancangan bagi menggunakkan sepenuhnya potensi latihan-

latihan di loji syarikat-syarikat yang terpilih dan di institusi-institusi latihan swasta. Ini

dilaksanakan dengan kerajaan mengadakan satu sukatan pelajaran yang khusus dalam

kemahiran vokasiaonal serta garis panduan yang perlu mereka ikuti dalam

mengendalikan program-program kemahiran samada oleh pihak swasta mahupun oleh

pihak kerajaan.

Program atau aktiviti utama yang dilaksanakan oleh Majlis Latihan Vokasional

Kebangsaan (MLVK) atau JPK ialah:

i. Pembangunan NOSS

ii. Pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia (Pentauliahan Pusat/PPT/Ujian)

iii. Pelaksanaan “National Dual Training System”

iv. Perakuan Kemahiran Pekerja Asing

v. Program pembangunan Pengajar (Crash Program JPA)

vi. Pembangunan Pakar Industri

vii. Promosi

MLVK dipertanggungjawabkan untuk merumus, menggalak dan menyelaraskan

starategi latihan vokasional dan program pembangunan sumber manusia. Piagam pelanggan

MLVK dengan jelas menyatakan bahawa Malaysia:

1. Membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan dalam tempoh empat

bulan untuk setiap bidang pekerjaan yang dipohon.

Page 5: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

2. Mengeluarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi setiap pelajar bertauliah dalam

tempoh tiga bulan setelah pemeriksaan kemahiran dijalankan.

3. Memberi layanan yang mesra dan perkhidmatan yang cekap.

2.0 SISTEM DAN LATIHAN DALAM MAKTAB PERGURUAN TEKNIK DAN

MAJLIS LATIHAN VOKASIONAL NEGARA (MLVK)

2.1 LATIHAN DALAM MAKTAB PERGURUAN TEKNIK

Di Malaysia, maktab perguruan merupakan sebuah organisasi formal yang mempunyai

peranan tersendiri untuk melahirkan guru-guru yang professional. Hari ini peranan maktab

perguruan adalah semakin mencabar kerana ia diberi tanggungjawab yang lebih untuk

mengendalikan pelbagai kursus pendidikan guru seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

(KPLI), Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Kursus Perguruan Khas Satu Tahun

(KSPK), dan Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Perkembangan

yang terkini ialah kerajaan telah menaikkan taraf maktab-maktab perguruan kepada Insititut

Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan ijazah kepada para pelajar. Untuk itu,

maktab perlu mempunyai budaya organisasi yang kukuh kerana budaya organisasi

mempunyai kaitan dengan prestasi kerja (Peters & Waterman, 1982)

2.1.1 Objektif Latihan Dalam Maktab Perguruan

Objektif Latihan dalam Maktab ialah:

Page 6: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

i. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang pedagogi dan strategi

pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat menghadapi perubahan semasa

dalam sistemnpendidikan di Negara ini.

ii. Mendedahkan peserta-peserta kursus kepada perkembangan-perkembangan semasa

yang berkaitan dengan pendidikan sekolah menengah dan sekolah rendah.

iii. Melengkapkan peserta-peserta kursus dengan pendekatan terkini tentang kemahiran

berfikir dan kemahiran menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan lagi mutu

profesionalisme supaya menjadi seorang guru yang berdedikasi, inovatif, kreatif, dan

berkebolehan dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

2.1.2 Senarai Maktab Perguruan Di Malaysia

Dahulunya maktab perguruan dikenali sebagai Maktab Perguruan tetapi setelah

dinaiktaraf maktab dikenali sebagai Institut Perguruan

1. Maktab Perguruan Gaya , Sabah (Institut Perguruan Gaya)

2. Maktab Perguruan Keningau, Sabah (Institut Perguruan Keningau)

3. Maktab Perguruan Kent, Sabah (Institut Perguruan Kent)

4. Maktab Perguruan Sandakan (Institut Perguruan Sandakan)

5. Maktab Perguruan Batu Lintang , Sarawak (Institut Perguruan Batu Lintang)

6. Maktab Perguruan Sarawak, Miri (Institut Perguruan Sarawak)

7. Maktab Perguruan Sains Bintulu (Institut Perguruan Sains Bintulu)

8. Maktab Perguruan Rajang, Sarawak (Institut Perguruan Rajang)

9. Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (Institut Perguruan Temenggong

Ibrahim)

10. Maktab Perguruan Batu Pahat (Institut Perguruan Tun Hussein Onn)

11. Maktab Perguruan Raja Melewar , Seremban (Institut Perguruan Raja Melewar)

12. Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan , Kuantan

(Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan)

Page 7: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

13. Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka (Institut Perguruan Perempuan

Melayu)

14. Maktab Institut Bahasa (Institut Perguruan Bahasa

Antarabangsa)

15. Maktab Perguruan Ilmu Khas , Kuala Lumpur (Institut Perguruan Ilmu Khas)

16. Maktab Perguruan Islam Bangi (Institut Perguruan Islam)

17. Maktab Perguruan Teknik, Cheras (Institut Perguruan Teknik)

18. Maktab Perguruan Kinta, Ipoh (Institut Perguruan Ipoh)

19. Maktab Perguruan Kuala Terengganu (Institut Perguruan Kuala Terengganu)

20. Maktab Perguruan Besut (Institut Perguruan Sultan Mizan)

21. Maktab Perguruan Kota Bharu (Institut Perguruan Kota Bharu)

22. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang (Institut Perguruan Persekutuan

P.Pinang)

23. Maktab Perguruan Tuanku Bainun (Institut Perguruan Tengku Bainum)

24. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim (Institut Perguruan Sultan Abdul Halim)

25. Institut Perguruan Darul Aman (Institut Perguruan Darul Aman)

26. Maktab Perguruan Teruntum, Kuantan (Institut Perguruan )

27. Maktab Perguruan Sri Kota

28. Maktab Perguruan Sri Pinang

29. Maktab Perguruan Sandakan

30. Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bharu

31. Maktab Perguruan Sultan Idris (Institut Perguruan Sultan Idris,Tanjung Malim)

2.2 LATIHAN DALAM MAJLIS LATIHAN VOKASIONAL KEBANGSAAN

(MLVK)

Sistem latihan Majlis Latihan Vokasional diwujudkan bagi memberi kelayakan

kebangsaan yang lebih responsif dan berupaya memenuhi keperluan alam pekerjaan pihak

industri. Pada Disember 1992, MLVK merangka satu sistem standard dan pensijilan

Page 8: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

kemahiran bagi meningkatkan kualiti dan meningkatkan produktiviti tenaga kerja negara

seterusnya memperbaiki daya saing industri negara. Sistem ini menyelaraskan aktiviti latihan

kemahiran yang pelbagai dan mengarahkan latihan kepada keperluan industri yang

sebenarnya. Teras utama dalam struktur ini ialah:

1. Menerapkan konsep “Latihan Berasaskan Keterampilan”

(Competency Based Training, CPT) dalam system latihan kemahiran negara.

2. Menjadikan Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia lebih

fleksibel dan relevan.

2.2.1 Latihan Berasaskan Keterampilan (Competency Based Training,CPT)

Konsep ini bertujuan untuk mengubah system latihan daripada ‘instructor-centered’

kepada ‘trainee-centered’. Konsep ini diperkenalkan dengan mengenalpasti keterampilan yang

diperlukan dalam alam pekerjaan dan menumpukan kepada pencapaian sebenar dalam menilai

keterampilan. Berdasarkan konsep ini, MLVK menjalankan sistem latihan kemahiran yang

mengandungi kriteria berikut:

i. Keterampilan yang perlu dicapai atau diperoleh dalam latihan bagi sesuatu pekerjaan

adalah dikenalpasti oleh pakar dan pekerja mahir dinyatakan dalam Standard

Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skill Standard, NOSS).

Keterampilan dikelompokkan dalam satu modul dinamakan ‘duties’ dalam NOSS

supaya sistem penyampaian latihan dapat dijalankan dengan lebih fleksibel. Tiap-tiap

duties mengandungi sekumpulan tugasan. Pengrekodan tugasan-tugasan adalah

mengikut ciri berikut :

Ia mengandungi kata perbuatan (action verb) dan objek yang menerima

perbuatan tersebut,

Ia mestilah jelas dan tepat,

Ia boleh mengandungi satu atau lebih “qualifier

ii. Penilaian keterampilan menekankan kepada pencapaian sebenar berasaskan criteria

yang lebih spesifik.

iii. Kaedah pembelajaran sendiri (self-placed learning) menjadi amalan dalam latihan iaitu

kemajuan pelatih adalah berdasarkan pencapaian individu dan bukan diarah oleh

pengajar atau ditentukan kumpulan.

Page 9: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

iv. Konsep pembelajaran sendiri (self-directed learning) menjadi elemen utama latihan,

iaitu pelatih lebih bertanggungjawab ke atas pembelajarannya manakala pengajar

bertindak sebagai fasilitator.

2.2.2 Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS)

Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau National Occupational Skills

Standard (NOSS) ialah satu dokumen Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang

menggariskan ketrampilan yang perlu ada pada seseorang pekerja yang bekerja di Malaysia

pada satu-satu tahap dan bidang pekerjaan. Dokumen ini dibangunkan oleh pekerja mahir

serta tenaga pengajar di dalam sesuatu bidang pekerjaan.

JPK adalah Jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab di dalam memastikan pembangunan

dokumen ini adalah mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan.

2.2.3 Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)

Persijilan Kemahiran Malaysia telah diperkenal oleh Jabatan Pembangunan

Kemahiran (JPK) pada tahun 1993 dengan berstrukturkan lima (5) tahap seperti berikut :-

i. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1

ii. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2

iii. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3

iv. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4

v. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5

Page 10: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

Persijilan Kemahiran Malaysia dilaksanakan dengan berteraskan Standard Kemahiran

Pekerjaan Kebangsaan – SKPK (National Occupational Skill Standard – NOSS), dimana

setiap calon akan dinilai dan disahkan memenuhi keperluan NOSS sebelum dianugerahkan

dengan Persijilan Kemahiran Malaysia.

Persijilan Kemahiran Malaysia boleh didapati melalui (3) kaedah, iaitu :

i. Pentauliahan Melalui Institusi Latihan Yang Diiktiraf (Pusat Bertauliah)

Kaedah melalui program latihan kemahiran di pusat-pusat bertauliah JPK bagi bidang

& tahap kemahiran yang tertentu dan telah ditauliahkan.

ii. Pentauliahan Melalui Industri (SLDN)

Kaedah latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang

dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.

iii. Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Kaedah mendapatkan Persijilan Kemahiran Malaysia melalui pengalaman lalu (kerja

atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian. Calon dikehendaki mengemukakan bukti-

bukti keterampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan

oleh Pegawai Pengesah Luaran yang di lantik JPK.

2.3 SUKATAN LATIHAN DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM.

Untuk melaksanakan program-program yang telah dirancang satu sukatan latihan telah

disediakan untuk membantu agensi latihan menyeragamkan latihan kemahiran mengikut

keperluaan industri, di mana teknologinya berubah mengikuti pemintaan ke atas pasaran

semasa. Ini memungkin satu sukatan latihan yang seragam perlu dilaksanakan mengikut

perkembangan dan pemintaan semasa. Dalam menyeragamkan program yang dilaksanakan

satu Piawaian Ketukangan Kebangsaan ditubuhkan. Penubuhannya adalah selaras dengan

keperluan industri. Ia menetapkan kemahiran yang patut dimiliki oleh seseorang pekerja

Page 11: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

dalam bidang berkenaan. Pakar-pakar dalam bidang ketukangan yang berkaitan dari industri

dan agensi latihan untuk menduduki Jawatankuasa Piawaian Ketukangan. Piawaian

ketukangan berkenaan merangkumi sembilan kumpulan ketukangan seperti berikut:

i. Automotif

ii. Bangunan

iii. Kerja Kayu

iv. Elektrik dan elektronik

v. Mekanikal

vi. Percetakan

vii. Jahitan.

viii. Pengujian dan Pemeriksaan

ix. Lukisan Pelan.

3.0 PERANAN MAKTAB PERGURUAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

3.1 PENTAULIAHAN MAKTAB PERGURUAN TEKNIK

3.1.1 Keperluan Guru Teknik dan Vokasional

Keperluan tenaga pengajar siswazah (aliran teknikal) di SMT/SMV adalah mencukupi

dan tidak kritikal bagi tempoh 2002-2006. Namun begitu, jumlah kekurangan tenaga pengajar

Page 12: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

terlatih dalam bidang vokasional (ketukangan dan kemahiran) dijangkakan meningkat kepada

791 orang di sepanjang tempoh tersebut. Kekurangan ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor

berikut:

a) Kebanyakan guru-guru terlatih berpengalaman telah dan akan menyertai program

PKPG.

b) Ketiadaan bekalan baru guru-guru terlatih di bidang tersebut yang sebelum ini di latih

di Maktab Perguruan Teknik.

Kekosongan yang disebabkan oleh kenaikan pangkat guru-guru berpengalaman atau

telah bersara disamping tempoh 2002-2006, seramai 3885 orang tenaga pengajar terlatih

diperlukan di Politeknik seluruh negara. Jumlah ini termasuklah seramai 2863 tenaga pengajar

(siswazah) terlatih dan 1148 orang tenaga pengajar (bukan siswazah) terlatih.

Keperluan tenaga pengajar siswazah dan bukan siswazah di kolej Komuniti (Projek

Rintis) adalah kritikal bagi tempoh 2002-2006. Seramai 890 orang tenaga pengajar terlatih

diperlukan oleh Kolej Komuniti seluruh negara. Kekurangan tenaga pengajar (siswazah)

terlatih dijangkakan seramai 740 orang manakala tenaga pengajar (bukan siswazah) terlatih

dijangkakan seramai 740 orang manakala tenaga pengajar (bukan siswazah) terlatih

dijangkakan seramai 150 orang.

3.1.2 Penilaian Pelatih-pelatih

a) Penilaian dibuat secara berterusan.

b) Penilaian kerja kursus dijalankan sepanjang Semester 1, 2, 3, 4, 5, dan 6.

c) Penilaian peperiksaan diadakan pada akhir Semester 2, Semester 4 dan Semester

6.

d) Penilaian Latihan Mengajar dijalankan selama 12 minggu dalam semester 6.

e) Konsep penilaian berterusan akan diamalkan untuk penilaian kerja kursus. Kerja

kursus boleh ditakrifkan sebagai kerja-kerja yang dilakukan atau dihasilkan

dengan sesuatu latihan untuk membina pengetahuan dan sahsiah diri pelajar.

Page 13: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

f) Penilaian kerja kursus boleh dilakukan melalui pelbagai cara iaitu dalam bentuk

kerja amali, praktikum, seminar, kajian luar, perbincangan, lawatan, ujian pendek

dan laporan. Tugasan bertulis atau lisan dan lain-lain lagi. Semua kerja kursus ini

perlu dirancang selaras dengan objektif pendidikan guru.

g) Penilaian peperiksaan boleh dibuat dengan pelbagai cara seperti ujian bertulis

yang berbentuk esei atau objektif atau tugasan atau ujian amali.

h) Penilaian dan peperiksaan ini adalah berdasarkan:

i. Penilaian latihan mengajar/praktikum

Latihan mengajar/praktikum dijalankan selama 12 minggu dalam Semester

6.

ii. Penilaian latihan perindustrian

Latihan perindustrian dijalankan mulai akhir Semester 4 hingga

pertengahan Semester 5 selama 14 minggu.

iii. Penilaian gerak kerja kokurikulum

Penilaian bidang ini dibuat secara berterusan dan berasaskan tiga

komponen iaitu;

Unit beruniform

Persatuan dan kelab

Sukan dan permainan

3.1.3 Kelayakan Calon Menduduki Peperiksaan

Hanya calon-calon yang didaftarkan dengan maktab perguruan sahaja dibenarkan

menduduki peperiksaan maktab. Calon-calon yang hadir semasa kuliah, mengikuti gerak kerja

kokurikulum dan menjalani kesemua aktiviti yang dijadualkan oleh maktab yang mendapat

markah kurang daripada 100% tanpa sebab-sebab yang munasabah tidak dibenarkan

mengambil peperiksaan kecuali dengan kebenaran khas daripada Pengarah Pendidikan Guru.

Page 14: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

Hanya calon yang menyempurnakan kerja kursus setiap semester sahaja dibenarkan

mengambil peperiksaan. Calon-calon boleh menduduki peperiksaan dengan bantahan setelah

mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua Maktab.

3.1.4 Penilaian Setiap Semester

Penilaian dibahagikan seperti berikut:

a. Mata pelajaran yang diuji dalam peperiksaan pada akhir Semester 2, Semester 4 dan

Semester 6 dan penilaian kerja kursus sepanjang semester.

b. Mata pelajaran yang dinilai secara berterusan.

3.1.5 Syarat-syarat Lulus

Untuk lulus setiap peperiksaan, calon mesti lulus kesemua mata pelajaran kecuali mata

pelajaran Penyuburan Diri dan Bahasa Inggeris Khas.

3.1.6 Markah dan Gred

Setiap mata pelajaran yang diuji diberi abjad gred berdasarkan markah yang diperolehi

dalam penilaian dan peperiksaan. Markah abjad gred, mata gred dan peringkat pencapaian

adalah seperti berikut:

Page 15: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

MarkahAbjad

GredMata Gred Peringkat

80 - 00 A 5.0 Lulus

75 - 79 B+ 4.5 Lulus

70 - 74 B 4.0 Lulus

65 - 69 C+ 3.5 Lulus

60 - 64 C 3.0 Lulus

55 - 59 D+ 2.5 Lulus

50 - 54 D 2.0 Lulus

30 - 49 E 1.0 Gagal

0 - 29 F 0.0 Gagal

3.1.7 Pangkat Pensijilan

Calon yang tamat latihan perguruan dan lulus semua peperiksaan akan dianugerahkan

sijil Pangkat CEMERLANG atau KEPUJIAN atau LULUS berdasarkan Purata Mata Gred

Terkumpul (PMGT) dalam peperiksaan dan Penilaian.

PMGT bagi semua mata pelajaran untuk menentukan pangkat sijil adalah seperti

berikut:

4.20 – 5.00 CEMERLANG

3.60 – 4.19 KEPUJIAN

2.00 – 3.59 LULUS

Untuk melayakkan diri bagi pangkat CEMERLANG, calon dikehendaki mendapat

PMGT 4.20 ke atas dan mencapai sekurang-kurangnya Gred B dalam Pengkhususan, Latihan

Mengajar. Dan Gerak Kerja Korikulum

Page 16: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

Untuk melayakkan diri bagi pangkat KEPUJIAN calon dikehendaki mendapat PMGT

3.60 – 4.19 dan mencapai sekurang-kurangnya Gred C+ dalam Pengkhususan Latihan

Mengajar dan Gerak Kerja Korikulum.

Untuk melayakkan diri bagi pangkat LULUS calon dikehendaki mendapat PMGT

2.0 – 3.59 dan lulus dalam Pengkhususan, Latihan Mengajar dan Gerak Kerja Korikulum.

3.1.8 Penempatan

Setelah tamat berkursus, pelatih-pelatih ini akan ditempatkan di SMV dan mengajar

mata pelajaran berdasarkan pengkhususan masing-masing:

i. Pelatih-pelatih Kursus Pertukangan akan ditempatkan di SMV (Tingkatan 4 dan 5,

gred 10 dan 11) dan di politeknik-politeknik sebagai guru. Mereka dijangkakan

mengajar mata pelajaran pertukangan yang berkaitan.

ii. Pelatih-pelatih kursus Seni Perusahaan akan ditempatkan di sekolah-sekolah

menengah biasa. Mereka dijangka mengajar Seni Perusahaan di peringkat menengah

rendah (Tingkatan 1 hingga 3, Gred 7 hingga 9).

iii. Pelatih-pelatih Perdagangan akan ditempatkan di sekolah-sekolah menengah biasa

untuk mengajar mata pelajaran Perdagangan di peringkat menengah rendah (Tingkatan

1 hingga 3, Gred 7 hingga 9).

iv. Pelatih-pelatih yang menghadiri Kursus Perdagangan Khas akan ditempatkan di

sekolah-sekolah menengah biasa untuk mengajar Perdagangan di peringkat menengah

atas (Tingkatan 4 dan 5, Gred 10 hingga 11).

v. Pelatih-pelatih KHB akan ditempatkan di sekolah menengah biasa untuk mengajar

mata pelajaran KHB peringkat menengah rendah.

3.2 PENTAULIAHAN MAJLIS LATIHAN VOKASIONAL KEBANGSAAN

(MLVK)

Page 17: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

Dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia. “pertauliahan” ditakrifkan sebagai:

“ Suatu prosedur di mana Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) sebagai Badan

Penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), menilai dan meluluskan organisasi

sebagai Pusat Bertauliah bagi menjalankan latihan dan penilaian bagi tujuan penganugerahan

Sijil Kemahiran Malaysia”.

(MLVK, 2001)

3.2.1 Permohonan Sebagai Pusat Bertauliah MLVK

Sesuatu organisasi boleh memohon sebagai Pusat Bertauliah MLVK jika memenuhi

kriteria-kriteria berikut:

i. Ditubuhkan secara sah mengikut undang-undang Malaysia.

ii. Mempunyai atau boleh menyediakan kemudahan fizikal tempat, kelengkapan dan

peralatan di organisasi lain yang dapat memenuhi kesemua kehendak Standard

Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau NOSS.

iii. Mempunyai atau boleh menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan dan

mencukupi untuk melatih, membimbing dan mendorong pelatih-pelatih bagi

memenuhi kehendak NOSS untuk bidang dan tahap tertentu.

iv. Menyediakan sistem jaminan mutu seperti yang dikehendaki, termasuk melantik

Pegawai Penilai dan Pegawai Pengesah Dalaman daripada kalangan mereka yang

ditauliahkan oleh MLVK untuk melaksanakan aktiviti penilaian dan pengesahan

terhadap ketrampilan calon-calon.

v. Boleh menyediakan khidmat sokongan seperti pusat sumber dan kaunseling untuk

menjayakan latihan dan penilaian.

Page 18: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

Bagi mengekalkan kredibiliti dan penerimaan SKM, sistem Persijilan Kemahiran

Malaysia memperkenalkan suatu prosedur kawalan dan jaminan mutu yang ketat. Sistem ini

melibatkan tiga peringkat personel iaitu Pegawai Penilai (PP), Pegawai Pengesahan Dalaman

(PPD), dan Pegawai Pengesah Luaran (PPL). PP dan PPd adalah dilantik oleh Pusat

Bertauliah daripada kalangan pegawai latihan dan pengajar yang telah ditauliahkan oleh

MLVK melalui Kursus Induksi PP/PPD. Mereka menjalankan penilaian dan verifikasi

dalaman berpandukan prosedur yang ditetapkan oleh MLVK.

3.2.2 Ujian Ketukangan Kebangsaan

Dalam mengendalikan ujian ketukangan kebangsaan, ia berpandukan pada piawaian

ketukangan kebangsaan untuk mengesahkan kemahiran seseorang, sijil kecekapan ketukangan

akan diberikan kepada pelatih-pelatih yang mampu menunjukkan kemahiran masing-masing

menurut tahap yang diperakui. Ujian ketukangan kebangsaan MLVK diadakan dua kali

setahun iaitu pada sesi Mei dan November. Ia meliputi ujian teori dan kemahiran amali.

Ujian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan yang dikendalikan oleh MLVK

dibahagikan kepada tiga peringkat seperti Peringkat Asas, Peringkat Pertengahan dan

Peringkat Tinggi. Semua ujian mengandungi dua kertas iaitu kertas ujian amali dan kertas

ujian teori. Sijil MLVK akan diberikan kepada calon-calon yang lulus dalam kedua-dua kertas

yang disebutkan. Bagi calon yang lulus dalam ujian amali dan gagal dalam ujian teori,

keputusan muktamadnya ialah Mengulang Teori (MT). Calon tersebut dikehendaki

menduduki semula kertas ujian teori sahaja dan sekiranya lulus ujian barulah keputusan

muktamadnya lulus. Bagi calon yang lulus dalam ujian teori dan gagal dalam ujian amali,

keputusan muktamadnya gagal. Selain itu, calon-calon yang gagal dalam ujian pada sesuatu

peringkat dibolehkan mengulang di peringkat yang sama hanya selepas enam bulan daripada

tarikh ujian. Pemohon hanya dibenarkan memohon satu bidang ketukangan dan satu peringkat

ujian sahaja.

Page 19: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

4.0 CARTA ORGANISASI

4.1 CARTA ORGANISASI MAKTAB PERGURUAN TEKNIK

4.2 CARTA ORGANISASI MAJLIS LATIHAN VOKASIONAL KEBANGSAAN

(MLVK) / JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK)

4.2.1 Carta Organisasi Keahlian Majlis JPK

Page 20: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

Carta Organisasi Keahlian Majlis JPK

Perwakilan Kuasa Majlis

Perwakilan Majlis Latihan Vokasional Malaysia adalah tertakluk kepada mana-mana

syarat, had atau sekatan yang difikirkannya perlu, Majlis ini boleh mewakilkan kuasanya

kepada Pengerusi atau mana-mana Jawatankuasa yang diwujudkan oleh Majlis atau orang

perseorangan untuk menjalankan sesuatu tindakan atau tugas bagi pihaknya mengenai

sebarang kewajipan atau tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Majlis menurut

Perlembagaan ini sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis dan apa-apa kuasa atau tugas

yang diwakilkan demikian itu boleh dijalankan atau dilaksanakan atas nama dan bagi pihak

majlis. Oleh yang demikian fungsi Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan adalah untuk

mengawal dan menyelaraskan program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mahapun yang

dilaksanakan oleh pihak swasta.

Jika dilihat kepada carta organisasi Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan terdapat

satu badan atau jawatankuasa yang bertindak sebagai penasihat ketukangan dan jawatankusa

piawaian dan persijilan. Dimana kedua-dua jawatankuasa ini mempunyai bidang kuasa yang

telah diperuntukkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan untuk mengawas dan

mengendalikan program yang telah dirancangkan. Antara bidang kuasa Jawatankuasa

penasihat ketukangan ialah menasihati Majlis kepada perkara-perkara berikut:

i. Keperluan latihan bagi sesuatu ketukangan dalam sektor perindustrian.

ii. Piawaian ketukangan untuk tujuan ujian dan persijilan.

iii. Struktur dan kurikulum kursus iaitu setiap jawatankuasa penasihat ketukangan

dianggotai oleh pakar-pakar yang mempunyai kebolehan teknikal dalam bidang-

bidang ketukangannya dan mengetahui akan keperluan industri.

Page 21: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

Semantara itu Jawatankuasa Piawaian dan Persijilan pula bertanggungjawab untuk

meluluskan piawaian ketukangan dan tahap persijilan sesuatu kemahiran. Ianya dianggotai

oleh tiga orang ahli Majlis yang dipilih, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ketukangan dan

wakil-wakil dari jabatan dan agensi kerajaan. Jawatankuasa ini juga berhak menjemput pakar-

pakar dari sektor swasta dan awam untuk meminta pandangan, nasihat dan membantunya

dalam bidang-bidang ketukangan. Disamping itu terdapat satu lagi bahagian yang baru

dibentuk bagi menentukan perkembangan latihan vokasional di negara ini selaras dengan

perkembangan teknologi semasa. Ia bertanggungjawab merancang, menilai serta menyelaras

program-program latihan vokasional di negara ini. Antara aktiviti-aktiviti yang

dipertanggungjawabkan ialah:

i. Menilai keperluan dan program latihan.

ii. Mengikuti perkembangan teknologi di bidang perindustrian.

iii. Menggubal dasar latihan

iv. Menyelaraskan dan menilai program latihan vokasional.

v. Merancang program latihan.

vi. Menilai dan memajukan latihan di loji.

vii. Menyediakan maklumat mengenai latihan vokasional.

viii. Menyediakan maklumat mengenai latihan vokasional.

ix. Mewujudkan rangkaian maklumat.

Ahli-ahli majlis terdiri daripada:

i. Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Manusia sebagai Pengerusi (ex-officio)

ii. 10 Wakil Kerajaan

iii. 10 Wakil Swasta

iv. 2 Ahli Tambahan

Jumlah 23 + 1 Setiausaha Kerja

Page 22: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

(Perlantikan ahli majlis oleh Y.B. Menteri )

4.2.2 Carta Organisasi Urusetia JPK

Carta Organisasi Urusetia JPK

Page 23: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

4.2.3 Carta Organisasi JPK Mengikut Bahagian

Carta Organisasi JPK Mengikut Bahagian

Page 24: Peranan Maktab Perguruan Teknik Dan Vokasional

5.0 SENARAI PERKAITAN DENGAN MLVK/JPK