Peranan Malaysia Baru

7
6.0 Peranan dan Penglibatan Malaysia dalam Konflik Berkaitan Selatan Filipina Perlibatan Malaysia tidak asing lagi apabila berjaya menyelesaikan konflik dan masalah-masalah yang berlaku di negara- negara luar dalam proses pendamaian dan penyatuan rundingan kesefahaman. Maka tidak hairanlah, konflik yang berlaku di selatan Filipina turut sama melibatkan Malaysia dalam proses pendamaian negara terbabit. Proses pendamaiaan yang berlaku diantara Mindanao dan kerajaan Filipina telah berlaku hampir 40 tahun yang mana konflik telah bermula sejak abad ke-16 lagi semasa era penjajahan Barat. 6.1 Peranan sebagai Fasilitator Presiden Gloria Macapagal Arroyo yang merupakan presiden Filipina pada masa itu telah meminta bantuan negara Malaysia sebagai fasilitator dalam proses pendamaian berkaitan dengan selatan Filipina seterusnya, pemilihan ini adalah disebabkan Malaysia telah dilihat sebagai sebuah negara jiran yang dihormati oleh kedua-dua belah pihak serta sebuah negara Islam yang mempunyai keupayaan untuk mengajak kelompok MILF ke arah pendamaian. (Utusan Malaysia, 2012). Proses pendamaian yang bermula kembali pada tahun 2001 telah membuahkan hasil dengan berlaku genjatan senjata bagi kedua-dua belah pihak. Peranan Malaysia sebagai Fasilitator juga memperlihatkan kedua belah pihak membuat persetujuan bersama untuk meningkatkan keadaan sosioekonomi penduduk

description

peranan malaysia baru

Transcript of Peranan Malaysia Baru

Page 1: Peranan Malaysia Baru

6.0 Peranan dan Penglibatan Malaysia dalam Konflik Berkaitan Selatan Filipina

Perlibatan Malaysia tidak asing lagi apabila berjaya menyelesaikan konflik dan masalah-masalah

yang berlaku di negara-negara luar dalam proses pendamaian dan penyatuan rundingan

kesefahaman. Maka tidak hairanlah, konflik yang berlaku di selatan Filipina turut sama

melibatkan Malaysia dalam proses pendamaian negara terbabit. Proses pendamaiaan yang

berlaku diantara Mindanao dan kerajaan Filipina telah berlaku hampir 40 tahun yang mana

konflik telah bermula sejak abad ke-16 lagi semasa era penjajahan Barat.

6.1 Peranan sebagai Fasilitator

Presiden Gloria Macapagal Arroyo yang merupakan presiden Filipina pada masa itu telah

meminta bantuan negara Malaysia sebagai fasilitator dalam proses pendamaian berkaitan

dengan selatan Filipina seterusnya, pemilihan ini adalah disebabkan Malaysia telah

dilihat sebagai sebuah negara jiran yang dihormati oleh kedua-dua belah pihak serta

sebuah negara Islam yang mempunyai keupayaan untuk mengajak kelompok MILF ke

arah pendamaian. (Utusan Malaysia, 2012).

Proses pendamaian yang bermula kembali pada tahun 2001 telah membuahkan

hasil dengan berlaku genjatan senjata bagi kedua-dua belah pihak. Peranan Malaysia

sebagai Fasilitator juga memperlihatkan kedua belah pihak membuat persetujuan bersama

untuk meningkatkan keadaan sosioekonomi penduduk Mindanao di kawasan selatan

dengan penubuhan Agensi Pembangunan Bangsamoro. (Utusan Malaysia, 2013)

6.2 Memimpin Pasukan Pemantau Antarabangsa

Proses rundingan seterusnya yang berlaku pada tahun 2004 memperlihatkan kedua-dua

belah pihak bersetuju untuk menerima pasukan pemantau antarabangsa yang dipimpin

oleh Malaysia dengan nama International Monitoring Team (IMT) yang pertama. IMT

ini juga turut melibatkan negara-negara lain seperti Brunei dan Libya sebelum disertai

oleh Jepun pada tahun 2007. Di bawah pimpinan Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain

yang merupakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia telah berjaya mengurangkan

insiden keganasan dan pertempuran antara kelompok bersenjata Mindanao.

Page 2: Peranan Malaysia Baru

6.3 Pendamaian Semula Selatan Filipina

Sewaktu Malaysia menjadi perantaran perundingan damai yang bermula semula dari 2

hingga 7 Oktober 2012 setelah perlantikan presiden baru iaitu Aquino III pada tahun

2010. Perdana menteri Malaysia telah menyatakan kesedian dalam memastikan kerangka

pendamaian perjanjian damai yang telah disepakati akan berjalan lancar dan memberi

jaminan Kuala Lumpur setia bertindak sebagai rakan dalam membantu merealisasikan

sepenuhnya perjanjian berkenaan. (Utusan Malaysia, 2013)

Kerajaan Malaysia juga akan menawarkan bantuan untuk membantu di wilayah

selatan Filipina dengan menawarkan latihan dan pendidikan dengan membangunkan

infrasuktur supaya kanak-kanak di wilayah Selatan dapat masa depan mereka dengan

membina impian masing-masing tanpa perlu lagi berjuang seperti ibu bapa mereka

sekarang. (Sinar Harian, 2012)

7.0 Malaysia Akhiri Misi Pemantau Antarabangsa di Filipina

Malaysia melalui menteri luar Datuk Seri Dr Rais Yatim telah mengesahkan bakal

mengakhiri misi pemantau antarabangsa di Filipina selepas mandat yang sedia ada akan

berakhir pada September 2008. Perkara ini berlaku berikutan hanya satu pihak yang

melaksanakan usahanya untuk berdamai dan tidak berlaku perkembangan dalam rundingan

damai yang telah berusia 7 tahun bermula tahun 2001 setelah gagal pada ketika dahulu yang

mana menggunakan Malaysia sebagai orang tengah dalam proses tersebut. Namun, Malaysia

akan meneruskan kembali usaha damai bagi kedua belah pihak jika masing-masing berusaha

untuk mempersetujui pelan kerjasama yang dilaksanakan bersama dalam rundingan pertama

pada tahun 2001. (The Star, 2008)

Pelantikan Presiden Aquino dalam tahun 2010 telah menjadikan perdamaian di Mindanao

sebagai tumpuan utama dalam pentadbirannya dan Malaysia terlibat kembali dalam proses

rundingan damai antara kedua belah pihak ini pada tahun 2012.

Page 3: Peranan Malaysia Baru

8.0 Kepentingan Penglibatan Malaysia dalam Menangani Konflik Selatan Filipina

Dalam proses penyelesaian konflik di selatan Filipina, secara tidak langsung, Malaysia akan

turut sama memperolehi faedah hasil daripada bantuan yang telah diberikan bagi proses

pendamaian antara kedua belah pihak. Pandangan terhadap kerajaan Malaysia adalaah tinggi

kerana berjaya dalam proses penyatuan ini.

8.1 Penerimaan bangsa Moro Sebagai Penduduk Filipina

Hasil proses pendamaian antara kedua belah pihak, perjuangan Bangsamoro yang

telah memperjuangkan hak mereka akhirnya dapat membina entiti politik yang baru

dan ianya berhak untuk mendapat nama yang mengambar dan menghormati

perjuangan nenek moyang mereka di Mindanao dan meraihkan sejarah di dalam

negara Filipina semasa menentang penjajah.

Penerimaan Bangsamoro sebagai masyarakat Filipina telah mengembalikan

identiti berdaulat jika sebelum ini dianggap sebagai pendatang di Filipina semenjak

empat dekad yang lepas sehingga berlaku ketengangan antara sesama penduduk

negara Filipina.

8.2 Penyelesaian Masalah Kebanjiran Pendatang Asing dan Pelarian Selatan

Filipina di Sabah

Hasil daripada lawatan rasmi presiden Filipina ke Malaysia selama dua hari telah

digunakan bagi menyelesaikan masalah kebanjiraan pendatang warga Filipina dari

selatan negara berkenaan ke Sabah dengan membincangkan beberapa langkah

proaktif bagi menyelesaikan masalah tersebut. Hal ini penting bagi mewujudkan

kesetian rakyat selatan Filipina kepada negaranya dalam menerima segala bentuk

undang-undang yang dilaksanakan.

Selain itu, pendamaian itu juga penting dalam menyelesaikan masalah kebanjiran

pelarian Filipina dari menduduki Sabah tanpa kebenaran yang sah bagi mendapatkan

perlindungan akibat krisis yang melanda selatan Filipina. Malaysia dengan tangan

terbuka akan membenarkan pelarian Filipina ini untuk bekerja di Sabah dan Wilayah

Persekutuan Labuan dan tidak memaksa pelarian ini untuk pulang ke negaranya

Page 4: Peranan Malaysia Baru

sehingga menimbulkan tanggapan kurang senang kerajaan Filipina terhadap

Malaysia. (Utusan Malaysia, 2013),

8.3 Penyelesaian Keselamatan Dua Negara

Selepas sesi sidang media antara kedua-dua pemimpin yang berlangsung di Bangunan

Perdana Putra, Putrajaya pada 28 Febuari tahun 2014, kerajaan Malaysia turut

menyuarakan pendapat mahu mewujudkan hubungan Hotline antara pasukan

keselamatan kedua negara. (Utusan Malaysia, 2014),

Hubungan ini meliputi aspek pertukaran maklumat risikan. Hal ini penting untuk

mengetahui bentuk-bentuk serangan yang bakal melanda keatas kedua-dua buah

negara. Bagi Malaysia, hal ini amat penting bagi memastikan isu seperti

pencerobohan Lahad Datu tidak akan berulang sehingga mengorbankan 11 nyawa

pasukan keselamatan negara jika kedua-dua buah negara dapat mengadakan

persefahaman bagi menyelesaikan masalah ini.

9.0 Usaha Kerajaan Filipina dalam Membangunkan Kawasan Selatan

9.1 Mewujudkan Wilayah Autonomi Selatan Filipina

Selepas proses pendamaian, kerajaan Filipina bakal melaksanakan wilayah autonomi

di selatan Filipina yang mana bakal memberi ruang kepada penduduk Islam dan

bukan Islam di selatan unruk merasai suasana dan arus pembangunan. Dengan

pelaksanaan wilayah autonomi ini, kerajaan Filipina mengharapkan ianya akan

menarik pelabur dari dalam dan luar negara akan melabur di Mindanao khususnya

yang berpotensi besar sebagai pust pelaburan penting di Asia Tenggara sekali gus

dapat meningkatkan modal insan kepada penduduk untuk berubah ke arah yang lebih

baik.

9.2 Rancangan Pembangunan Bangsa Moro

Rancangan pembangunan Bangsamoro atau dikenali sebagai BDP iaitu Bangsamoro

development plan. Pelan tindakan berkenaan akan mengenalpasti program-program

yang boleh dilaksana dengan bekerjasama dengan negara luar yang lain seperti

Malaysia dan negara sekitar. Perancangan BDP ini telah dibiayai oleh geran daripada

Page 5: Peranan Malaysia Baru

kumpulan wang Amanah Mindanao, (MTF) yang ditakbir oleh bank dunia. Sejak

tahun 2006, sebanyak 26 juta telah didermakan bagi menyokong ekonomi dan

pemulihan sosial serta menggalakkan takbir urus yang menyeluruh dan berkesan di

kawasan konflik yang terjejas di selatan Filipina terutam kawasan Mindanao. Usaha

ini penting bagi meningkatkan keyakinan kedua belah pihak terhadap kesungguhan

proses damai di selatan Filipina.

9.3 Menggalakkan Badan Kerajaan Untuk Membantu

Kerajaan Filipina juga telah mengalakkan badan-badan pertubuhan di bawah kerajaan

baagi turut sama membantu dengan memberi sokongan pelan pembangunan

Bangsamoro agar dapat merealisasikan usaha pembangunan bagi menyakinkan proses

pendamaian adalah berjaya. Badan-badan yang telah terlibat dalam usaha ini ialah

Pejabat Presiden Penolong Prose Damai, Lembaga ekonomi dan Pembangunan

Negara, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan Jabatan kerajaan yang lain