Menulis di Media Massa - research.ui.ac.id · keinginan pengalaman ... rangkuman argumen. Tips
PERANAN MEDIA MASSA KONTEMPORARI DALAM · PDF fileKata kunci : media massa kontemporari, TV...
Transcript of PERANAN MEDIA MASSA KONTEMPORARI DALAM · PDF fileKata kunci : media massa kontemporari, TV...
285
PERANAN MEDIA MASSA KONTEMPORARI
DALAM PENDIDIKAN FITRAH INSANIAH
Ahmed S.A Al-Qodsi, Sharifah Norshah Bani Binti Syed Bidin
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu
ABSTRAK
Kajian ini memilih televisyen sebagai media massa kontemporari yang memberikan kesan secara langsung
atau tidak langsung kepada segenap lapisan masyarakat. Sepanjang kemunculan televisyen selama 53 tahun
di Malaysia, iaitu bermula 28 Disember 1963 dengan RTM1, kini dunia penyiaran telah diserikan dengan
saluran-saluran yang lebih menitikberatkan rancangan-rancangan Islamik. Hal ini menunjukkan
perkembangan yang amat positif kerana televisyen (TV) adalah merupakan medium dakwah dan
pendidikan yang amat penting kepada massa. Selain peranan utamanya untuk menyebarkan maklumat, TV
juga berperanan sebagai agen mendidik, membujuk dan menghibur. Peranan ini merupakan komponen
penting yang boleh memberi kesan mendalam kepada jiwa manusia yang secara fitrahnya memerlukan
unsur-unsur ini. Pendidikan fitrah insaniah yang sejahtera adalah amat penting agar dapat mewujudkan
suasana masyarakat yang mementingkan ilmu yang dapat membangunkan akal dan akhlak, bukan
masyarakat yang hanya mengutamakan hiburan semata-mata. Fitrah Insaniah merujuk kepada pengakuan
setiap insan tentang ketauhidan Allah s.w.t, dan penciptaan mereka dengan fitrah kehambaan yang sama.
Ini bererti, seorang individu yang mempunyai fitrah insaniah yang sejahtera adalah yang sentiasa berusaha
memelihara norma-norma perilakunya mengikut ketetapan wahyu. Justeru, artikel ini bertujuan untuk
mengkaji peranan media massa kontemporari, iaitu televisyen berkonsepkan Islam dalam pendidikan fitrah
insaniah. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang berdasarkan kepada analisis dokumen, iaitu rancangan-
rancangan TV al-Hijrah yang dipilih sebagai sampel kajian. Rancangan-rancangan TV al-Hijrah dipilih
untuk dikaji kerana ia merupakan pelopor yang mewarnai dunia penyiaran dengan berkonsepkan Islam.
Seterusnya, kajian juga menganalisis keselarian rancangan-rancangan yang ditayangkan di TV al-Hijrah
dengan pendidikan Islam yang diasaskan atas pemuliharaan fitrah insaniah dan pembentukan generasi
rabbani. Hasil kajian menunjukkan bahawa dalam tempoh 7 hari bersiaran bermula jam 12.00 a.m sehingga
9.30 p.m terdapat 49 rancangan berkonsepkan agama yang ditayangkan kepada masyarakat, 10 (20.4%)
daripadanya adalah rancangan khusus untuk kanak-kanak. Kesemua rancangan ini adalah berkonsepkan
pemupukan akidah, ibadah dan akhlak yang merupakan prinsip-prinsip dalam pemuliharaan fitrah insaniah
dan selari dengan pendidikan Islam. Kajian ini mencadangkan kepada massa khususnya ibubapa agar lebih
prihatin dalam memantau rancangan-rancangan televisyen yang mampu menyuburkan fitrah yang sejahtera
dalam diri anak-anak.
Kata kunci : media massa kontemporari, TV al-Hijrah, rancangan televisyen Islam, medium dakwah dan
pendidikan Islam, fitrah insaniah
ABSTRACT
This study chose television as mass media contemporary impact directly or indirectly to all walks of life.
During a television appearance for 53 years, starting December 28, 1963, by RTM 1, now the world of
broadcasting has been graced with the channels which emphasize on the Islamic programs. It showed a
very positive development for television (TV) is a medium of da`wah and education are very important to
the masses. In addition to its primary role of disseminating information, the TV also acts as an agent to
educate, persuade and entertain. This role is an important component that can profoundly affect the human
psyche which naturally requires these kinds of elements. Human nature education is very important in
order to create a conscious society environment that can develop the good mind and morals, not the
hedonism society. Human nature refers to the recognition of every human being on the oneness of Allah,
and the nature of their creation with the same servitude. This means, an individual who has a prosperous
286
human nature is constantly striving to maintain the norms of behavior in accordance with provisions of
revelation. Thus, this article aims to examine the role of Islamic television program to educate the human
nature This study is a qualitative study based on analysis of documents, namely the program schedules of
al-Hijrah TV which are selected as the sample. The program schedules of TV Al-Hijrah were selected for
the study because it is a precursor to the broadcasting with the concept of Islam. Next, the study also
analyzed the parallelism of the programs aired on TV Al-Hijrah with the Islamic education which is based
on the cultivation of human nature and the formation of rabbani generation. The results showed that within
7 days broadcast from 12.00 am until 9.30 pm there are 49 religious Islamic program concept prepared to
the public, 10 (20.4%) of them are the special program for children. All these programs show the concept
of nurturing faith, worship, and moral principles which constitute the cultivation of human nature and
Islamic education. This study suggests to the masses, especially the parents to be more attentive in
monitoring the television programs that can nourish the good nature in the soul dan spirit of the children.
Keywords: Contemporary Mass Media, TV Al-Hijrah, Islamic television programs, Medium of Da`wah
and Islamic Education, Human Nature
PENDAHULUAN
Media massa mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan seharian manusia, lebih-lebih lagi dengan
perkembangan sains dan teknologi dewasa ini menjadikan media massa bukan hanya sebagai perantaraan
yang memindahkan maklumat semasa kepada sesama manusia tetapi juga berfungsi untuk memindahkan
ilmu pengetahuan yang berguna, juga maklumat-maklumat yang mungkin meninggalkan kesan yang
negatif . Dengan konsep media massa yang boleh ‘menemui’ semua pembaca, pendengar, penonton di
segenap lapisan dan ceruk rantau, maka kehadiran dan penerimaannya dalam masyarakat menjadi suatu
perkara yang wajar diberi perhatian bagi memastikan kandungan yang dibawa dan dipertontonkan selari
dengan asas-asas pendidikan dalam Islam yang menjurus kepada melahirkan insan rabbani yang selari
dengan acuan yang diteapkan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam perbahasan ini, penulis memilih
televisyen sebagai salah satu media yang cukup berpengaruh dan digunakan hampir dalam setiap rumah
di Malaysia. Justeru, adalah perlu ditonjolkan kriteria program-program televisyen yang boleh membantu
untuk memupuk sifat yang baik dan selari dengan fitrah yang Allah tetapkan dalam diri manusia, agar
kewujudan televisyen bukan sekadar ‘kotak bercakap ’ yang boleh menghilangkan kebosanan, malah lebih
daripada itu ia mampu menjadi ‘guru’ yang baik untuk masyarakat.
Menyorot sejarah kemunculan televisyen pertama di Malaysia, ia bermula pada tahun 1963
dalam hitam putih. Lima belas tahun kemudian, iaitu 28 November 1978 televisyen Malaysia bertukar
wajah dari hitam putih ke tatawarna sehinggalah sekarang (Mohd Nordin Abdul Rahman,2004 : 67 & 69).
Selain stesen televisyen yang telah sedia dikenali seperti RTM, TV3, NTV7, Astro, 8TV, Channel 9, TV
Pendidikan (Mohd Nordin Abdul Rahman,2004 : 69), pada tahun 2009 muncul satu lagi inovasi baru dalam
lanskap dunia penyiaran Islam, iaitu penubuhan stsesn TV AlHijrah dan mewarnai dunia penyiaran dengan
berkonsepkan Islamik. Selari dengan konsep al-thabat(tetap) dan murunah(fleksibel) yang dianjurkan oleh
Islam, penubuhan media penyiaran yang berkonsepkan Islam dilihat sebagai satu perubahan yang mengikut
peredaran masa dan sesuai di alaf 21 ini( Zulkiple Abd Ghani, 2012 : 427) Pada bulan Mei 2016, TV
AlHijrah telah melancarkan slogan baharunya “ Islam Is First
Class”(https://ms.wikipedia.org/wiki/TV_AlHijrah : 30.12.2016). Melalui siaran rancangan yang
berkonsepkan agama oleh TV AlHijrah, ia boleh menjadi medium dakwah dan tarbiah fitrah kepada
audien. Ini kerana, rancangan-rancangan ini akan dapat memberi kefahaman mengenai Islam dengan lebih
mendalam dan mudah melalui bentuk audiovisual.
287
TELEVISYEN SEBAGAI MEDIUM DAKWAH DAN PENDIDIKAN FITRAH INSANIAH
Media dari segi bahasa didefinisikan sebagai alat atau perantara komunikasi(perhubungan) seperti
radio, televisyen dan akhbar (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=media+/21.12.2016). Pendidikan
pula adalah suatu proses berterusan yang berlaku seawal kejadian setiap insan di dalam rahim ibunya
hinggalah ke hembusan nafasnya yang terakhir. Pendidikan ini berlaku secara langsung dan formal atau
secara tidak langsung atau non formal.
Dalam kaitan di antara media massa dan pendidikan fitrah insaniah, kedua-dua keadaan ini
berlaku. Justeru, tidak hairanlah jika dikatakan bahawa media massa, secara khususnya televisyen adalah
merupakan medium dakwah dan pembentuk akhlak dan pemikiran masyarakat. Peranan utama televisyen
dalam konteks dakwah dan pendidikan fitrah insaniah dapat disimpulkan dalam empat(4) perkara iaitu,
pertama sebagai pendidik. Ia bermaksud televisyen berperanan sebagai pendidik kepada masyarakat agar
melaksanakan segala perintah yang datang daripada Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Tugas
pendidik yang dipikul oleh mereka haruslah berlandaskan syariat dan ajaran Islam yang syumul. Kedua,
sebagai agen informasi iaitu menjadi penghalang dalam menangkis maklumat yang sering disalah tafsirkan
oleh pihak orientalis Barat dalam memutarbelitkan fakta Islam kepada masyarakat. Oleh itu, ia sebagai
agen informasi dalam menyampaikan maklumat yang benar tentang Islam dan bertanggungjawab
meningkatkan masyarakat tentang kefahaman Islam. Ketiga, sebagai penyatu yang mana harus mampu
menjadi jambatan yang menyatupadukan umat Islam. Dalam keadaan masyarakat yang tidak bersatu padu,
mereka ini mampu membina kembali hubungan di antara kedua belah pihak yang bertelagah. Keempat,
sebagai pejuang iaitu berjuang dan membela Islam. Pengamal penyiaran televisyen seharusnya bekerja
keras membentuk pendapat umum yang mendorong tertegaknya nilai-nilai Islam.
Keadaan inilah yang dimaksudkan oleh Md Rozalfari Johor,2014: 245, adalah menjadi asas sejak
TV diwujudkan di negara ini, selain telah banyak membantu mendidik, membujuk, menghibur,
membentuk, malah turut merosakkan pemikiran khalayaknya. Justeru, televisyen dilihat sebagai
serampang dua mata yang boleh berfungsi sebagai teman dan guru, juga berfungsi sebagai musuh dan
pembunuh.
TV ALHIJRAH SEBAGAI MODEL STESEN TELEVISYEN BERKONSEPKAN ISLAM
Misi penubuhan TV AlHijrah adalah untuk menjadi stesen TV berkonsep Islam pertama dan terunggul di
Malaysia, menyiarkan kandungan yang berkualiti dan kreatif yang mengajak masyarkat melakukan
penghijrahan berterusan ke arah kebaikan dalam semua bidang kehidupan. Misi ini akan dicapai melalui :
1. Penyediaan kandungan berbentuk majalah, dokumentari, darama, berita ehwal semasa, hiburan
dan riadah berlandaskan prinsip Islam dan nilai sejagat.
2. Memastikan kandungan menarik, bermaklumat serta sesuai untuk semua lapisan masyarakat
3. Menggunakan teknologi transmisi, penyiaran dan IT yang terkini serta menyalurkan kandungan
dalam pelbagai platform
4. Pengurusan yang professional, berakhlak, telus, berintegriti, dinamik dan kreatif
5. Polisi, prosedur dan proses kerja yang efisien, efektif dan menepati amalan “best practices”
6. Pembangunan modal insan yang berterusan bagi mengharungi industry media yang dinamik
7. Perikatan strategic dengan pelbagai pihak dengan konsep “win-win”
8. Memeperkenalkan sistem prestasi syarikat yang memberi ganjaran dan imbuhan kepada
kakitangan yang cemerlang (www.alhijrahmedia.com/21.12.2016).
Manakala dari segi intipati program pula, TV AlHijrah menawarkan kandungan yang segar serta
program yang memenuhi keperluan penonton masa kini. Setiap kandungan diteliti dan dikembangkan
bukan sahaja untuk menarik perhatian penonton melalui penerbitan yang kreatif, tetapi mengutamakan
288
citarasa semasa yang berlandaskan Islam. Paling penting semua kandungan yang disiarkan berdasarkan
nilai-nilai Islam yang berpaksi kepada :
1. Kejujuran . Tegas berpegang kepada ajaran dan prinsip Islam, pada masa yang sama menghormati
budaya dan tradisi setempat yang tdak menyalahi agama, sekaligus berpegang pada ketinggian
akhlak dan nilai-nilai murni sejagat
2. Keterbukaan. Meraikan ilmu dan idea berinovasi dan juga menghormati kepelbagaian pandangan.
Mengutamakan perpaduan dan mencari penyelesaian melalui ilmu dan maklumat. Al-Quran dan
Hadis sebagai rujukan utama.
3. Progresif. Menggalakkan perbandingan idea yang mampuu mengangkat paradigm dan
penyerapan teknologi baharu terutamanya dalam bidang penyiaran. Menawarkan inovasi dalam
medium multi platform dan media baru
4. Relevan. Kekal terkini dengan tren baharu di peringkat tempatan dan antarabangsa. Memiliki
kandungan yang relevan dengan perkembangan semasa dan situasi dengan menggunakan
pendekatan yang mesra dan interaktif. (www.alhijrahmedia.com/21.12.2016).
Berdasarkan analisis kepada rancangan-rancangan yang disiarkan oleh TV AlHijrah, terdapat 49
rancangan bercorak agama dan memberi manfaat kepada masyarakat. Rancangan-rancangan tersebut
adalah sebagaimana berikut:
Bil. Rancangan Kekerapan
(kali/semingg
u)
Tempoh Siaran
(minit)
1. Kembara Asyraf 2 30 minit x 2 =
60 minit
2. Malam D’Hijrah 8 180 minit x 8 = 1,440
minit
3. Panggilan Agung 26 30 minit x 26 = 780
minit
4. Cinta Ilmu Fiqh Wanita 2016 2 55 minit x 2 = 110 minit
5. Klinik D’Hijrah 7 60 minit x 7 = 420 minit
6. Maahad al-Amin 3 55 minit x 3 = 165 minit
7. Ejen Halal (SS4) 1 30 minit
8. Sahabat Kita 1 30 minit
9. Sekolah Saya Hebat 2 25 minit x 2 = 50 minit
10. Apa Cerita Kome 4 30 minit x 4 = 120 minit
289
11. Malam Cinta Rasul – Masjid
Tanah Melaka 2015
1 120 minit
12. Al-Quran & Sains 1 30 minit
13. Cinta Ilmu Akidah dan Falsafah
2016
4 60 minit x 4 = 240 minit
14. U Turn 1 30 minit
15. Aiman Kembara 1 30 minit
16. Kembara Ilmu 1 30 minit
17. Reflection 2016 3 30 minit
18. Keluarga Adab 6 30 minit x 6 = 180 minit
19. Tetamu Masjid 1 30 minit
20. Impian Remi 1 30 minit
21. Chef Kecil 4 25 minit x 4 = 100 minit
22. Taman Syurga Bersama Habib Ali
2016
4 30 minit x 4 = 120 minit
23. Passport Ziarah 2 30 minit x 2 = 60 minit
24. Tonight With Dr. Zakir Naik 1 60 minit
25. Syamsul Debat : Transformasi
Keluarga Bahagia
3 30 minit x 3 = 90 minit
26. Cinta Ilmu Fiqh Syariah 2016 4 60 minit x 4 = 240 minit
27. Al-Cuit Sikit 1 30 minit
28. Finding Him – with Aliza Kim 1 15 minit
29. Queen of The Deen – with Mizz
Nina
1 15 minit
30. Green Nature 1 60 minit
31. Tatarstan Permata Islam di Russia 1 30 minit
32. Ayat Riwayat (SS3) 3 30 minit x 3 = 90 minit
33. Atlas Quran 1 30 minit
34. Aqil Story 1 30 minit
35. Dapur Chef Ammar 1 30 minit
36. Solat Jumaat 2016 1 30 minit
37. Info Taqwa Mizz Nina 2 60 minit x 2 = 120 minit
38. Tijan Annour 1 25 minit
290
39. Way His Way With Mufti Naik 1 30 minit
40. 30 minit bersama Usatz Don
Danial 2016
1 60 minit
41. The Straight Paith 2016 : Major
Obstacles
1 60 minit
42. Cinta Ilmu Celik Hadis 2016 2 55 minit x 2 = 110 minit
43. Misi Ady 1 30 minit
44. Zon Aulad SS 5 1 25 minit
45. The Truth Islam in Anatolia 1 30 minit
46. Cinta Ilmu Medan Fatwa 2016 2 60 minit x 2 = 120 minit
47. Al-Furqan@Ustaz Nasa 1 30 minit
48. Al-Wildan 2016 1 25 minit
49. Dikir Zikir (SS9) 1 30 minit
Jumlah Keseluruhan ( Jam/Minit) 94 jam 15 minit
Sumber : Rancangan-rancangan TV ALHijrah Seminggu (Ahad hingga Sabtu Disember 2016)
Jadual di atas menunjukkan rancangan-rancangan berkonsepkan agama yang disiarkan di TV
ALHijrah sepanjang seminggu, yang berjumlah 94 jam 15 minit. Ini bererti sekiranya diandaikan ada
seorang penonton yang menonton semua rancangan yang disiarkan ini dalam tempoh seminggu, bermakna
penonton tersebut telah menghabiskan 56% daripada 168jam masanya seminggu. Daripada 94 jam
tersebut, sebanyak 6 jam 25 minit adalah rancangan khusus untuk kanak-kanak. Jumlah jam ini mewakili
6.6% masa yang dihabiskan oleh kanak-kanak yang menonton rancangan yang disiarkan ini dalam
seminggu. Peratus yang besar ini memberi maksud bahawa TV AlHijrah memikul tanggungjawab yang
berat dalam menyediakan rancangan-rancangan yang membawa mesej Islam kepada penonton.
Jika diteliti kepada sinopsis rancangan-rancangan kanak-kanak, didapati ia mengandungi usaha
penerapan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, setia kawan dan usaha keras. Selain itu, rancangan-
rancangan ini turut dimuatkan dengan kisah tauladan dari al-Quran dan hadis, nyanyian berunsur nasihat,
pertandingan membaca al-Quran yang dapat memupuk perasaan cintakan al-Quran dalam jiwa kanak-
kanak. Hal ini sekaligus, akan membawa kanak-kanak mengenal dunia dalam konteks kehidupan Islam.
Rancangan-rancangan lain yang bersifat umum pula, juga mempunyai konsep yang sama iaitu selaras
dengan konsep amar makruf nahi munkar yang dituntut dalam Islam, sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
Oleh itu, TV Alhijrah adalah merupakan medium dakwah dan pendidikan fitrah insaniah yang
amat relevan buat masa ini dan penubuhannya adalah satu idea yang realistik untuk maslahah semua.
Meskipun TV berkonsepkan Islam ini hanya berjaya menarik rating penonton beragama Islam, tetapi tidak
mustahil ia juga turut mengetuk hati penonton non muslim yang mula berjinak-jinak untuk mengenali
Islam.
291
PENUTUP
Cabaran usaha dakwah dan pendidikan di zaman globalisasi dan langit terbuka dengan pelbagai media
massa ini memerlukan kerjasama dari semua pihak. Bagi membolehkan media massa kontemporari
berfungsi sebagai medium dakwah dan pendidikan yang selari dengan Islam yang boleh mendekatkan
seorang hamba dengan Tuhannya, ibu bapa perlu lebih peka dalam memilih rancangan yang sesuai dengan
anak-anak khususnya di awal usia mereka yang seumpama kain putih yang boleh dicorakkan dengan
pelbagai warna dan bentuk. Pengamal penyiaran juga perlu ada kesedaran untuk menghidangkan kepada
massa dengan rancangan yang membantu mereka untuk belajar dan menambah maklumat yang berguna
untuk kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Dalam konteks ini, penubuhan TV AlHijrah adalah suatu
usaha yang tepat pada masanya dan amat patut dipuji. Visi, misi dan slogan “ Islam Is First” TV AlHijrah
akan menjadi realiti sekiranya falsafah penubuhannya benar-benar disokong dan dihayati.
RUJUKAN
Mohd Nordin Abd Rahman. 2004. Catatan Media Elektronik di Malaysia : Suatu Catatan Sejarah Ringkas Jurnal Skrin Malaysia. Pusat Penerbitan Universiti, UTM.
Mohd Rozalafri Johori & Megat al-Imran Yasin. 2014. Menyubur Fikrah Islam Penerbit Rancangan TV
Islamik : Suatu Sorotan Pandangan Dunia dan Falsafah Universiti, E-Proceeding of Conference on
Management and Muamalah (CoMM), 26-27 May 2014.
Monika@Munirah Abd Razzak & Nik Mohd Zaim Ab Rahim. 2014. Aplikasi Media Elektronik Sebagai
Medium Pembelajaran al-Quran : Kajian Terhadap Televisyen Islam di Malaysia. Tajdid in Quranic
Studies.Penerbit : Jabatan al-Quran dan Hadith, Universiti Malaya.
Zulkiple Abd Ghani et.al. 2012. TV ALHijrah : Inovasi Baru dalam Landskap Dunia Penyiaran Islam.
Prosiding International Conference on Islamic Leadership-2 (ICIL) pada 26-27 September 2012.
www.alhijrahmedia.com/info korporat/21.12.2016
www.alhijrahmedia.com/ jadual rancangan/ 21.12.2016
www.rtm.gov.my/ms/mengenai - kami/latar - belakang?tmpt=component&print=18page=/21.12.2016
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=media+/21.12.2016