Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

56
Peranan pembesar dalam sistem politik, ekonomi dan sosial. Bincangkan. Sehingga pertengahan abad ke-19, para pembesar merupakan aset penting dalam sistem politik di Tanah Melayu. Setiap orang pembesar mempunyai peranannya dalam ekonomi, politik dan sosial masyarakat Melayu. Dari segi politik, di negeri-negeri Melayu, pembesar merupakan pentadbir tempatan sebelum kewujudn sistem kerajaan dan institusi kesultanan. Misalnya, pembesar bergelar Tun Derma Dewa dan Tun Perkasa telah mentadbir negeri Kedah sebelum kewujudan Kerajaan Kedah. Datuk Am, Tok Penggawa Permatang, Tok Klang dan Tok Naga serta Datuk Menteri telah mentadbir jajahan-jajahan Selangor sebelum Raja Lumu dilantik sebagai rajanya. Empat orang penghulu telah mengetuai pentadbiran Luak Sungai Ujong, Luak Rembau, Luak Johol dan Luak Jelebu di Negeri Sembilan. Selepas institusi kesultanan wujud, para pembesar dilantik untuk membantu raja menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri untuk melaksanakan kuasa yang diamanahkan kepada mereka. Pembesar ini mempunyai cop mohor sendiri. Pembesar- pembesar seperti Pembesar Empat Lipatan semasa Kesultanan Melayu Melaka membantu raja dalam pemerintahan dan pentadbiran kerajaan pusat. Mereka merupakan golongan yang memonopoli segala kuasa politik dalam kerajaan. Sistem Pembesar Empat Lipatan Kerajaan Melayu Melaka telah menjadi model bagi pengurusan dan pentadbiran pusat kerajaan- kerajaan awal seperti Perak, Johor dan sebagainya. Di Kelantan, Jemaah Menteri membantu Sultan dalam pentadbiran kerajaan pusat. Di Negeri Sembilan, Undang-undang, Lembaga, Buapak membantu di dalam pentadbiran kerajaan pusat. Pembesar-pembesar pusat memainkan peranan penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Sebagai contoh, Bendahara dalam Kesultanan Melayu Melaka memimpin angkatan bersenjata semasa menghadapi peperangan, Laksamana menjaga keselamatan negara di perairan dan Temenggung menjaga

Transcript of Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

Page 1: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

Peranan pembesar dalam sistem politik, ekonomi dan sosial. Bincangkan.  Sehingga pertengahan abad ke-19, para pembesar merupakan aset penting dalam sistem politik di Tanah Melayu. Setiap orang pembesar mempunyai peranannya dalam ekonomi, politik dan sosial masyarakat Melayu.  Dari segi politik, di negeri-negeri Melayu, pembesar merupakan pentadbir tempatan sebelum kewujudn sistem kerajaan dan institusi kesultanan. Misalnya, pembesar bergelar Tun Derma Dewa dan Tun Perkasa telah mentadbir negeri Kedah sebelum kewujudan Kerajaan Kedah. Datuk Am, Tok Penggawa Permatang, Tok Klang dan Tok Naga serta Datuk Menteri telah mentadbir jajahan-jajahan Selangor sebelum Raja Lumu dilantik sebagai rajanya. Empat orang penghulu telah mengetuai pentadbiran Luak Sungai Ujong, Luak Rembau, Luak Johol dan Luak Jelebu di Negeri Sembilan.  Selepas institusi kesultanan wujud, para pembesar dilantik untuk membantu raja menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri untuk melaksanakan kuasa yang diamanahkan kepada mereka. Pembesar ini mempunyai cop mohor sendiri. Pembesar-pembesar seperti Pembesar Empat Lipatan semasa Kesultanan Melayu Melaka membantu raja dalam pemerintahan dan pentadbiran kerajaan pusat. Mereka merupakan golongan yang memonopoli segala kuasa politik dalam kerajaan. Sistem Pembesar Empat Lipatan Kerajaan Melayu Melaka telah menjadi model bagi pengurusan dan pentadbiran pusat kerajaan-kerajaan awal seperti Perak, Johor dan sebagainya. Di Kelantan, Jemaah Menteri membantu Sultan dalam pentadbiran kerajaan pusat. Di Negeri Sembilan, Undang-undang, Lembaga, Buapak membantu di dalam pentadbiran kerajaan pusat.  Pembesar-pembesar pusat memainkan peranan penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Sebagai contoh, Bendahara dalam Kesultanan Melayu Melaka memimpin angkatan bersenjata semasa menghadapi peperangan, Laksamana menjaga keselamatan negara di perairan dan Temenggung menjaga keselamatan dalam negeri. Di negeri Kelantan, Jemaah Menteri bertanggungjawab mengurus hal ehwal peperangan, ketenteraan dan sebagainya.  Para pembesar juga menjadi ahli dalam Jemaah Penasihat Sultan. Sebagai contoh, Bendahara menasihati Sultan dalam soal pentadbiran negara dan perhubungan luar. Pembesar-pembesar yang lain pula bertanggungjawab dalam bidang masing-masing.  Para pembesar juga membantu raja untuk mentadbir di luar wilayah yang dipanggil pegangan yang merupakan anugerah Sultan kerana jasa dan perkhidmatan cemerlang mereka. Bendahara Melaka telah memegang kawasan Muar dan Bintan merupakan salah satu contoh daripadanya. Di tanah jajahan atau daerah, pembesar yang bergelar Mandulika memainkan peranan penting

Page 2: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

dalam pentadbiran. Di peringkat kampung pula, Penghulu atau Penggawa pula mentadbir peringkat kampung. Pembesar ini akan memastikan penduduk di bawah jajahannya sentiasa taat setia terhadap Sultan dan kerajaan. Mereka membekalkan tenaga ketenteraan untuk mempertahankan negara dan untuk ekspedisi memperluaskan empayar jika perlu. Mereka ini ibarat “jambatan menghubungkan rakyat jelata dengan pemerintah”.  Adakalanya, pembesar-pembesar ini juga mempengaruhi pentadbiran raja ataupun Sultan. Sebagai contoh, di Melaka, peranan Bendahara Tun Perak sebagai “The King Maker” dan di negeri Perak, pembesar memainkan peranan penting dalam perlantikan Sultan mengikut sistem penggantian raja.  Pembesar seterusnya juga memainkan peranan dalam menentukan perhubungan antarabangsa, contohnya Bendahara Melaka memainkan perana penting dalam hal ini.  Dari segi ekonomi, pembesar memainkan peranan penting dalam pengutipan cukai. Sebagai contoh, Syahbandar mengutip cukai dari pedagang-pedagang dan pembesar daerah atau penggawa memungut cukai di kawasan pemakanannya. Pembesar pusat pula mengutip cukai dari kawasan pegangannya. Daripada hasil tersebut, sebahagiannya akan diserahkan kepada raja yang memerintah.  Pembesar-pembesar bertanggungjawab memastikan urusan perdagangan berjalan dengan licin. Sebagai contoh, Temenggung bertanggungjawab menentukan timbangan dan sukatan yang betul dan mengawasi saudagar-saudagar daripada kepulauan Melayu. Laksamana pula menjaga pencerobohan orang asing ke kawasan perairan kerajaannya. Syahbandar pula bertanggungjawab menjaga pelabuhan, hal ehwal pedagang asing serta mengaturkan tempat perniagaan dan menyediakan gudang untuk menyimpan barang.  Dari segi sosial, pembesar memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan anak buahnya. Di kawasan pegangannya, pembesar ini bertanggungjawab membina balai raya, pondok dan segala kemudahan awam yang akan digunakan oleh semua anak buahnya. Semasa pembinaan benda berkenaan, pembesar ini akan mengarah anak buahnya untuk melakukan kerja tersebut.  Pembesar juga memainkan peranan penting dalam mengawasi keamanan dan kesejahteraan di kawasan pentadbirannya. Sebagai contoh, pembesar ini telah menjadi hakim dalam perbicaraan di kawasan pegangannya. Seseorang yang bersalah akan dijatuhkan hukuman yang selaras dengan kesalahan yang dilakukan. Namun begitu, hukuman mati perlu mendapat keizinan daripada Sultan yang memerintah terlebih dahulu. 

Page 3: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

Pembesar juga bertanggungjawab mengetuai kerja-kerja sosial seperti pembinaan surau, masjid, balai raya, jambatan dan sebagainya. Semasa pembinaan bangunan ini dilakukan, pembesar ini akan mengarahkan anak buahnya melakukannya dan menetapkan seseorang yang bertanggungjawab mengetuai pembinaan sesuatu bahagian bangunan tersebut.  Selain itu, pembesar juga bertanggungjawab mengawasi adat dan tradisi supaya dapat diteruskan dari saru generasi ke generasi yang lain. Seseorang yang didapati melanggar adat akan dijatuhkan hukuman. Tujuannya adalah supaya adat dan tradisi dapat dijalankan tanpa gangguan dan sebagainya. oleh SP Star

Bincangkan pengaruh agama Islam dalam masyarakat Melayu tradisional.  Agama Islam mula tersebar di Asia Tenggara pada abad ke-7. Walau bagaimanapun, pernyataan ini tidak mempunyai bukti yang sahih. Menurut Sejarah Melayu, negeri Champa mulai menerima Islam pada abad ke-15 tetapi dalam Sejarah China, Islam dikatakan wujud di Sumatera pada abad ke-13. Namun begitu, Islam mula dibawa masuk ke Tanah Melayu khasnya Melaka hanya selepas penghujung abad ke-14. Pemerintah Melaka yang pertama menganuti Islam ialah Sultan Mahkota Iskandar Syah. Penerimaan agama Islam oleh masyarakat tradisional bukan sahaja membawa pengaruh kepada akidah, tetapi ia juga membawa pengaruh terhadap aspek kehidupan yang lain.  Dari segi pentadbiran, Islam telah mempengaruhi pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka, kerajaan-kerajaan lain seperti Kedah, Johor dan Terengganu. Ciri-ciri kerajaan ini berubah menjadi sama seperti ciri-ciri pentadbiran kerajaan di Timur Tengah seperti Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Konsep dewaraja telah diambil alih oleh konsep Sultan yang menganggap Sultan sebagai zul-illahi-fil-alam iaitu pegangan bahawa Sultan itu adalah amanah Allah s.w.t. di muka bumi. Sultan juga dianggap sebagai Aminul Mukminin iaitu ketua kepada umat Islam. Dalam sektor agama, Sultan menjadi ketua agama Islam dan baginda bertanggungjawab memerintah dengan adil dan menjaga kebajikan rakyat jelatanya. Selain daripada peranan Sultan, ahli-ahli sufi dan ulama-ulama juga menjadi penasihat tentang agama Islam kepada raja. Kini, agama Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi.  Dari segi undang-undang, undang-undang Islam memainkan peranan dalam kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu. Para ulama memainkan peranan yang penting dalam perundangan Islam. Perundangan Islam telah menjadi tunjang kepada undang-undang bertulis seperti Hukum Kanun Melaka. Hal ini pula diwarisi oleh negeri-negeri Melayu yang lain pada hari kemudian. Sebagai contoh, Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Pahang. Selain itu,

Page 4: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

undang-undnag syariah yang meliputi pelbagai perkara seperti hukum kesalahan jenayah (mencuri, membunuh dan sebagainya), jual beli, hal-ehwal perkahwinan dan pembahagian harta pusaka juga diperkenalkan. Tokoh-tokoh yang akan memelihara undang-undang ini terdiri daripada hakim dan kadi. Walaupun hakim dan kadi menjadi tokoh yang memelihara undang-undang, tetapi rajalah yang akan menjatuhkan hukuman. Baginda akan menjatuhkan hukuman mengikut hukum adat dan bukan hukum Islam.  Dari segi kehidupan masyarakat, kehadiran agama Islam telah mengubah cara hidup mereka. Kepercayaan asal iaitu animisme, Hindu dan Buddha telah berubah menjadi agama Islam. Agama Islam telah mengubah cara pemikiran orang Melayu. Mengikut agama Islam, ia menyuruh umatnya berfikir untuk menerapkan unsur-unsur rasionalisme dalam pemikiran mereka. Selain itu, unsur-unsur metafizik telah terterap ke dalam nilai hidup msyarakat tempatan. Kini, masyarakat Melayu mempunyai pandangan dan falsafah hidup yang berkaitan dengan unsur-unsur Islam seperti mencari rezeki yang halal, kewajipan mencari ilmu pengetahuan dan sebagainya.  Islam juga membawa pengaruh kepada adat resam masyarakat tempatan. Agama Islam telah membawa sistem nilai sosial yang berbeza dengan sebelumnya. Masyarakat Melayu telah membuat penyesuaian antara unsur-unsur Hindu dan Islam untuk mengelakkan amalan yang diamalkan pada dahulu kala bertentangan dengan ajaran Islam. Agama Islam telah menghapuskan sistem nilai sosial yang berasaskan perbezaan taraf atau sistem kasta. Mengikut agama Islam, semua umat Islam merupakan stu gagasan. Mereka haruslah sentiasa beriman dan bersaudara dan menjadikannya sebagai prinsip ke arah perpaduan masyarakat. mereka juga menganggap orang asing yang beragama Islam adalah saudara mereka. Antara adat resam yang banyak dipengaruhi oleh Islam ialah adat bercukur, adat perkahwinan dan sebagainya. Selain itu, aspek Islam yang baru juga diamalkan, contohnya membayar zakat, bekerjasama, bergotong-royong dan kekeluargaan.  Islam juga memberi pengaruh yang kuat dari segi pendidikan masyarakat Melayu tradisional. Pendidikan formal mula wujud sejak Kesultanan Melayu Melaka dengan kedatangan pada pendakwah dan alim ulama agama Islam. Istana telah dijadikan pusat pendidikan, pusat kegiatan intelektual dan menjadi tumpuan alim ulama dari negara-negara Arab, India dan Parsi. Di sini, mereka akan berbincang tentang hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. Istana juga menjadi khazanah hikayat yang memberi pengajaran agama bertemakan kisah para nabi, contohnya, Hikayat Abu Samah dan Hikayat Nabi Yusof. Mereka mengadakan pendidikan Islam dengan tujuan melahirkan pelajar-pelajar yang tahu tentang agama Islam, memupuk akhlak mulia dan sebagainya.  Para ibu bapa sangat mementingkan pendidikan anak-anak mereka. Mereka menghantar anak-anak mereka ke rumah tok guru untuk menerima pelajaran agama. Pada peringkat pertama, mereka akan belajar tentang muqaddam dan

Page 5: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

al-Quran mengikut tajwid yang betul. Pada peringkat kedua, mereka akan belajar tentang fardu ain dan akhlak mulia. Pelajar-pelajar ini tidak dikenakan bayaran tetapi ibu bapa akan memberi penghargaan dengan menghantar padi, beras, ubi sebagai membalas budi tok guru. Selepas peringkat ini, mereka akan melanjutkan pelajaran ke masjid atau surau untuk melanjutkan pelajaran tentang ilmu agama. Di sini, mereka terus mempelajari tentang al-Quran, mendalami fardu ain pada siang pagi. Kaedah hafalan digunakan dalam pembelajaran, iaitu seseorang itu menghadapi kesulitan untuk memahami sesuatu kitab, mereka akan hafalkannya sahaja. Walaupun pendidikan ini berbentuk formal, namun ia adalah kurang teratur kerana bilangan murid yang tidak terhad dan gurunya berkhidmat secara sukarela.  Selain itu, sistem pengajian madrasah juga merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan di Tanah Melayu selepas kedatangan Islam. Ia merupakan lanjutan daripada sistem pendidikan di masjid dan surau. Di madrasah, kitab bahasa Arab atau kitab bahasa Melayu yang ditulis ikut struktur Bahasa Arab digunakan. Kitab mereka dipegang atau diletak di atas lantai dan kemudian tok gurulah yang akan menjelaskan pengertiannya dengan menggunakan kaedah menadah kitab.  Seterusnya, sekolah pondok merupakan pusat pengajian tertinggi di Tanah Melayu. Ramai ibu bapa tidak mampu menghantar anak mereka ke sekolah pondok kerana kesempitan wang. Sekolah pondok ini amat terkenal di negeri Kelantan sehingga negeri ini digelar sebagai “Serambi Mekah”. Sekolah pondok juga wujud di Kedah, Perlis, Terengganu dan Melaka. Sekolah ini didirikan oleh seorang guru atau ulama yang kepakaran dalam ilmu agama yang dipelajari dari Mekah. Sebuah sekolah madrasah akan dibina dan pondok-pondok kecil akan dibina juga oleh Pelajar. Mereka tinggal secara berkongsi. Guru besar sekolah pondok dipanggil Mudir dan ketokohannya amat dihormati oleh masyarakat. Mereka menekankan aspek agama dan matapelajaran seperti saraf, tafsir, wujudiah diajar. Selepas 10 tahun, pelajar boleh melanjutkan pelajarannya di Mekah atau berkhidmat sebagai guru dipondoknya juga sekiranya ia lulus.  Walaupun pengaruh Islam memberi kesan yang kuat dalam pelbagai aspek kehidupan, namun setelah kedatangan British, pengaruh Islam semakin luntur. British telah menggantikan atau memperkenalkan kaedah baru dala pentadbiran dan perundangan, kehidupan seharian dan pendidikan. Semuanya ini telah menjadi asas kehidupan masyarakat sehinggalah apa yang wujud pada hari ini. oleh SP Star

Page 6: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

Corak pemerintahan dan pentadbiran di negeri-negeri Melayu mempengaruhi pembentukan susun lapis masyarakatnya. Bincangkan susun lapis masyarakat Melayu tradisional.  Sistem pemerintahan dan pentadbiran yang diamalkan oleh kerajaan awal di Tanah Melayu telah mempengaruhi kepada pembentukan susun lapis masyarakat. setiap lapisan masyarakat ini mempunyai peranannya yang masing-masing. Secara amnya, susun lapis masyarakat Melayu lama ini dapat dikategorikan kepada 2 kumpulan, iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah.  Golongan pemerintah menduduki bahagian teratas susun lapis masyarakat. raja atau Sultan merupakan orang yang menduduki tempat yang tertinggi dalam kategori ini. Baginda di pandang mulia. Baginda mempunyai kuasa mutlak bagi melakukan apa-apa sahaja. Sebagai contoh, baginda berkuasa menggubal undang-undang untuk memperkukuhkan kedudukannya. Baginda merupakan tunggak menyatupadukan rakyat. Mengikut konsep dewa raja, segala perintah haruslah diikuti oleh rakyat jelata tanpa dipersoalkan. Baginda juga berhak memiliki hak-hak keistimewaan seperti penggunaan bahasa dalaman, penggunaan warna kuning dan sebagainya. Baginda juga dianggap sebagai seorang yang daulat dan apabila baginda mangkat, tempatnya akan diwarisi oleh puteranya melalui adat pertabalan.  Kerabat diraja pula menduduki tempat selepas raja. Mereka merupakan ahli daripada keluarga di raja yang mempunyai pertalian darah dengan raja yang sedang memerintah. Golongan kerabat diraja ini dibenarkan menggunakan bahasa dalaman, warna kuning dan sebagainya. Semuanya ini merupakan hak istimewa mereka tetapi hak istimewa yang dimiliki oleh mereka, tidak boleh melebihi hak istimewa yang dimiliki oleh raja yang sedang memerintah.  Golongan bangsawan, pembesar dan ulama menduduki tempat selepas golongan kerabat diraja. Golongan ini dikenali sebagai anak baik-baik. mereka boleh terdiri daripada kerabat diraja dan juga kerabat raja. Taraf mereka adalah sentiasa kekal. Mereka mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan pembesar dan rakyat. Mereka juga memainkan peranan yang penting dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran. Bagi mengekalkan identiti mereka, golongan bangsawan dibenarkan menggunakan bahasa dalaman.  Pembesar pula merupakan orang yang memainkan peranan yang penting dalam sektor pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Mereka merupakan golongan yang paling menghampiri raja atau Sultan yang memerintah. Jawatan pembesar ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Sebagai contoh, Bendahara Melaka di negeri Melaka diwarisi oleh keluarga Tun Perak secara turun-temurun.  Golongan ulama pula merupakan orang yang menjadi pemimpin agama. Mereka merupakan orang mahir atau pakar dalam bidang keagamaan, kesenian,

Page 7: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

kesusasteraan dan sebagainya. Mereka juga menjadi penasihat atau perujuk kepada Sultan khasnya dalam soal keagamaan. Biasanya, golongan ulama ini menjadi penulis atau perawi diraja juga. Mereka dikenali sebagai khatib, mufti dan kadi dan memakai gelaran yang dianugerahkan oleh Sultan seperti Maharaja Kadi dan sebagainya.  Golongan diperintah pula terdiri daripada 2 golongan utama manusia. Salah satunya ialah rakyat. Golongan rakyat ini pula dapat dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu rakyat biasa dan orang asing. Rakyat biasa merupakan rakyat yang bermastautin secara tetap dalam kerajaan itu. Mereka terlibat dalam aktiviti perniagaan dan perdagangan. Biasanya, aktiviti perniagaan atau perdagangan yang dijalankan oleh mereka merupakan milikan para pembesar. Mereka yang terlibat ini dikenali sebagai orang kiwi. Selain itu, terdapat juga orang yang mahir dalam sesuatu bidang seperti tukang kayu, tukang jahit dan mereka dikenali sebagai orang menderhaka. Golongan rakyat biasa ini juga menjadi pengikut atau penyokong kepada seseorang pembesar yang memegang kawasan mereka menetap.  Orang asing pula merupakan sebahagian daripada golongan rakyat. Mereka ini lebih dikenali sebagai orang dagang. Selain itu, penerokawan juga merupakan orang asing. Biasanya, orang asing datang ke sini untuk menuntut, berniaga dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga mereka yang menjadi tentera upahan di kerajaan-kerajaan Melayu awal. Orang asing ini dapat dibahagikan kepada 2 golongan, iaitu mereka yang mengunjungi sekali-sekala dan mereka yang menetap terus di kawasan kerajaan tersebut. Dari golongan yang menetap terus, ada kalangan mereka telah menukarkan identiti mereka supaya sama dengan masyarakat tempatan; ada juga dikalangan mereka yang masih mengekalkan identiti asal mereka. Walaupun begitu, mereka tetap tidak terlepas daripada hukum adat seperti Hukum Kanun Melaka.  Golongan hamba pula merupakan golongan yang menduduki tempat paling rendah dalam hierarki organisasi sosial. Golongan hamba ini juga dapat dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu hamba diraja, hamba berhutang dan hamba biasa. Hamba diraja ini merupakan orang yang secara sukarela menjadi hamba bagi raja yang memerintah. Mereka bertanggungjawab melakukan apa-apa saja yang dititah oleh Sultan. Mereka juga mempunyai status yang lebih tinggi daripada golongan hamba yang lain.  Hamba berhutang pula terdiri daripada mereka yang tidak mampu membayar hutang kepada pemiutangnya dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka ini disebut sebagai masuk hulan. Mereka ini terpaksa bersama isteri dan anak-anaknya tinggal dengan si pemiutang dan bekerja sehingga hutangnya dibayar. Mereka boleh diperjual beli kepada/daripada pembesar-pembesar lain. Walau bagaimanapun, mereka boleh menjadi rakyat biasa semula apabila ia setelah selesai berkhidmat kepada si pemiutang dalam tempoh yang dijanjikan. 

Page 8: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

Hamba biasa pula menjadi hamba seumur hidup kepada pemiliknya secara turun-temurun. Mereka ini dapat digolongkan kepada 3 jenis iaitu hamba abdi yang membuat kerja-kerja berat dan kasar, dengan yang merupakan hamba yang dibeli dan biduanda yang merupakan orang suruhan yang selalunya dimiliki oleh raja.  Setelah British hadir ke Tanah Melayu, struktur/organisasi sosial telah mengalami perubahan yang mendadak. Kini, golongan raja tidak lagi berkuasa seperti dahulu, kuasa mereka telah diambilalih oleh Residen. Sistem perhambaan juga mengalami kemerosotan dan akhirnya pupus. Akhirnya, satu struktur organisasi sosial yang lebih unik telah diwujudkan dan hak-hak setiap orang telah diperakui dan dilindungi. oleh SP Star

Bincangkan hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke-19 dan nyatakan perbezaan di antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung.  Pengenalan Pada dasarnya undang-undang dibentuk dengan tujuan untuk memelihara keamanan, keselamatan dan ketertiban masyarakatnya. Walaupun kini undang-undang Malaysia berdasarkan undang-undang British, namun undang-undang tradisional telah memainkan peranan tersendiri di kalangan masyarakat Melayu. Undang-undang tradisional tidak dianggap sebagai undnag-undang bertulis, namun ia diamalkan dan diterima pakai. Ia dibentuk berdasarkan kepercayaan serta adat-istiadat dan amalan hidup orang Melayu.  Isi           Hukum adat merupakan satu bentuk amalan dan peraturan yang diwarisi

sejak turun-temurun.

Page 9: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

           Masyarakat Melayu sangat kuat berpegang kepada hukum adat sehingga lahirnya pepatah “biar mati anak, jangan mati adat”.

           Hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu mempunyai pengaruh keagamaan yang sangat jelas, misalnya pengaruh Hindu-Buddha dan pengaruh Islam.

           Antara hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu adalah berdasarkan kepada Adat Perpatih dan Adat Temenggung.

           Adat Perpatih merupakan amalan masyarakat Melayu keturunan Minangkabau.

           Adat Temenggung mula dikesan sejak zaman Melaka dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri-negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan.

           Adat khusus merupakan amalan yang diamalkan dalam sesuatu majlis atau upacara tertentu seperti adat melenggang perut, adat bersalin, adat perkahwinan, adat pertabalan raja dan sebagainya.

  Perbezaan Adat Perpatih dengan Adat Temenggung           Adat Perpatih disusun oleh Dato Perpatih Nan Sebatang, sementara Adat

Temenggung disusun oleh Dato Ketemenggungan.           Adat Perpatih diamalkan khusus oleh orang Melayu keturunan

Minangkabau dan boleh dilihat dibeberapa kawasan terutamanya di Negeri Sembilan dan Naning. Sementara itu, Adat Temenggung diamalkan disemua negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan dan Naning.

           Dalam sistem pemerintahan, Adat Perpatih mementingkan prinsip demokrasi iaitu kuasa pemerintahan tidak berada di tangan seorang sahaja dan kerjasama di dalam masyarakat keseluruhannya. Pemerintah tidak mempunyai kuasa mutlak di mana ketua pelbagai peringkat dipilih dari peringkat bawah ke atas. Contohnya, anak buah memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang memilih Yamtuan Besar. Sementara itu, Adat Temenggung lebih mengutamakan kedudukan istimewa dan kebesaran pemerintah. Mengikut Adat Temenggung, raja adalah pemerintah tertinggi dan berkuasa mutlak atau autokratik. Tempat baginda akan diwarisi oleh putero sulung atau adik lelaki selepas kemangkatan baginda. Raja mempunyai kuasa melantik pembesar untuk membantu mengendalikan tugas baginda.

           Dalam sistem kekeluargaan, Adat Perpatih mementingkan pihak sebelah perempuan. Hal ini dapat dilihat dalam soal pembahagian harta dan jurai keturunan yang merujuk kepada golongan sebelah perempuan. Perempuan menjadi ketua keluarga dan harta pusaka akan diturunkan daripada ibu kepada anak perempuan. Suami dikehendaki tinggal bersama keluarga isterinya. Perkahwinan sesama suku adalah dilarang. Sementara itu, Adat Temenggung pula mementingkan pihak sebelah lelaki dalam soal pembahagian harta, pemegang kuasa dan lain-lain. Gelaran dan pangkat akan disalurkan daripada ayah kepada anak lelaki. Lelaki menjadi ketua dan keturunan keluarga. Dalam soal perkahwinan, isteri dikehendaki tinggal bersama dengan keluarga lelaki. Dalam Adat Temenggung, perkahwinan dibenarkan selagi tidak melanggar hukum syarak.

Page 10: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

           Pembahagian harta mengikut Adat Perpatih, harta daripada sesebuah keluarga akan diwarisi oleh anak perempuan sahaja. Tanah hanya dimiliki oleh anak perempuan. Harta akan diwarisi oleh ibu kepada anak perempuan. Harta pusaka turun-temurun adalah milik suku. Sementara itu, dalam Adat Temenggung, pewarisan harta pusaka lebih kepada mengikut hukum syarak. Di dalam hukum syarak, harta yang diwarisi oleh anak lelaki lebih banyak daripada harta yang diwarisi oleh anak perempuan.

           Dari segi jenayah, hukuman yang dilaksanakan oleh Adat Perpatih adalah bersifat timbang rasa dan peri kemanusiaan. Undang-undang jenayah berunsur pemulihan atau memperbaiki keadaan dan berdasarkan kerjasama serta jalinan kekeluargaan yang rapat. Adat Perpatih percaya bahawa orang yang melakukan jenayah boleh memperbaiki perangainya dan pulih menjadi seorang yang baik. Sementara undang-undang jenayah Adat Temenggung sangat ketat dan keras serta berpegang kepada prinsip pembalasan. Undang-undangnya bertujuan untuk menghukum.

           Adat Perpatih tidak dipengaruhi oleh unsur pengaruh luar. Sementara itu, Adat Temenggung mempunyai unsur pengaruh agama Hindu-Buddha dan kemudiannya agama Islam.

 oleh SP Star

Golongan pembesar dikatakan memonopoli segala kuasa politik dalam kerajaan sebelum campur tangan British di negeri-negeri Melayu. Bincangkan peranan pembesar dari segi politik, ekonomi dan sosial.  Pengenalan            Sistem pembesar di negeri-negeri Melayu adalah warisan Kesultanan

Melayu Melaka.           Sistem pembesar empat lipatan Kesultanan Melayu Melaka telah menjadi

model bagi pengurusan dan pentadbiran kerajaan-kerajaan di negeri-negeri Melayu.

Page 11: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

           Sehingga pertengahan abad ke-19, para pembesar merupakan aset terpenting dalam sistem politik di Tanah Melayu.

           Setiap orang pembesar mempunyai peranannya dalam politik, ekonomi dan sosial dalam masyarakat Melayu.

  Politik            Peranan utama pembesar ialah dalam bidang politik.           Mereka merupakan golongan yang memonopoli segala kuasa politik dalam

kerajaan.           Ada kalanya, golongan pembesar mempunyai kuasa untuk melantik raja.

Misalnya, empat orang Undang (Undang Jelebu, Undang Sungai Ujong, Undang Rembau dan Undang Hohol) akan melantik Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

           Dalam keadaan biasa, pembesar membantu raja dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri.

           Untuk melaksanakan kuasa yang diamanahkan kepada mereka, para pembesar ini mempunyai cop mohornya sendiri.

           Para pembesar menjadi penasihat atau menjadi ahli Jemaah Penasihat Sultan.

           Misalnya, pada tahun 1800, Sultan Muhammad I (Sultan Kelantan) telah melantik seramai 7 orang pembesar untuk memudahkan dan melicinkan lagi jentera pentadbirannya.

           Sultan Muhammad II telah melantik 8 orang Jemaah Menteri.           Sultan Abu Bakar (1862-1895) telah melantik Jemaah Menteri untuk

menasihati Sultan (Johor).           Pembesar juga membantu raja mentadbir kawasan-kawasan tertentu di

luar wilayah dipanggil “pegangan” yang merupakan anugerah Sultan kerana jasa dan perkhidmatan semerlang mereka atau menjadi pentadbir daerah/jajahan. Misalnya, Dato’ Bahaman menguasai kawasan Semantan dengan gelaran Orang Kaya Semantan; Tok Gajah mentadbir Pulau Tawar; Ngah Ibrahim menguasai Larut.

           Para pembesar juga memainkan peranan penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Misalnya, Jemaah Menteri Peperangan di Kelantan menguruskan hal-ehwal peperangan, ketenteraan, pertahanan dan keamanan; Lembaga di Negeri Sembilan menjaga keselamatan dan keamanan.

           Sebagai pentadbir kawasan atau daerah/jajahan, para pembesar memastikan penduduk di bawah jagaannya taat setia kepada pemerintah.

           Menyediakan dan membekalkan tenaga ketenteraan untuk mempertahankan negara dan juga untuk ekspedisi memperluaskan empayar (jika ada).

           Para pembesar ibarat “jambatan” menghubungkan rakyat jelata dengan pemerintah.

  Ekonomi            Para pembesar memainkan peranan penting dalam pengutipan cukai.

Page 12: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

           Pembesar di pelabuhan (Shah Bandar) mengutip cukai daripada pedagang-pedagang.

           Pembesar daerah/jajahan mengutip cukai daripada rakyat di kawasannya dengan bantuan Penghulu.

           Pembesar menguasai sumber ekonomi seperti lombong bijih timah dan juga hasil eksport lain.

           Menggunakan sistem kerah dan sistem serah untuk dapatkan hasilan.           Hasil pendapatannya lebih lumayan dan ini kadang-kala menyebabkan

mereka lebih kaya daripada Sultan. Contoh: Long Jaafar dan Ngah Ibrahim yang menguasai Larut.

           Pembesar juga melibatkan diri dalam perdagangan.           Mereka menjadi pengeluar modal.           Perniagaan dan perdagangan pembesar diuruskan oleh wakil-wakilnya.           Para pembesar juga memastikan urusan perdagangan dalam negeri

berjalan licin.           Menentukan timbangan dan sukatan yang betul.           Menjaga perairan daripada pencerobohan lanun.           Mengawasi pedagang-pedagang; menjaga hal-ehwal pedagang asing;

mengaturkan tempat perniagaan dan menyediakan gudang untuk menyimpan barang-barang.

  Sosial           Kebajikan anak buahnya adalah tanggungjawab para pembesar.           Memastikan kewujudan keamanan.           Menjadi hakim dalam sesuatu perbicaraan dan meleraikan perselisihan.           Mengetuai kerja-kerja sosial seperti pembinaan surau, masjid, balai raya,

jambatan dan sebagainya.  Kesimpulan            Golongan pembesar memainkan peranan penting sebagai “penggerak”

dalam sistem pemerintahan di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British.

           Cmapur tangan British dan pengenalan Sistem Residen menjelang tahun 1870-an, menjejaskan kedudukan politik, ekonomi dan sosial pembesar Melayu.

           Perkhidmatan sebahagian para pembesar Melayu, kemudiannya digunakan oleh British untuk membantu pegawai-pegawai British.

 oleh SP Star

Page 13: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

Analisakan penentangan pribumi terhadap campur tangan British di Tanah Melayu.  1.         Terdapat 3 ciri yang membezakan penentangan pribumi di Tanah Melayu:

a.         Penentangan yang dipimpin oleh golongan atasan atau pembesar;b.         Penentangan yang dipimpin oleh golongan ulama;c.         Penentangan oleh rakyat biasa.

2.         Sebab penentangan:a.         Adat – tindakan British campur tangan dalam hal-hal adat/tradisional di

Tanah Melayu.b.         Agama – tindakan berperang dengan penjajah dilihat sebagai jihad

kerana menentang kafir.c.         Peribadi – penentangan untuk kepentingan darjat dan kewibawaan

seseorang pembesar atau raja.d.         Ekonomi – tindakan penjajah kegiatan sosial ekonomi orang Melayu.

  Adat1.         Larangan ke atas pembesar Perak untuk memungut cukai bercanggah

dengan nilai-nilai tradisi pembesar yang bebas memungut cukai di mana cukai telah menjadi sumber pendapatan mereka.

2.         J.W.W. Birch cuba menghapuskan amalan perhambaan di Perak – memberi perlindungan kepada hamba – menghasut hamba melarikan diri dari tuannya. Dengan ini, melanggar amalan tradisi.

3.         Ketidakhadiran Dato’ Kelana dalam upacara pertabalan Tengku Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti; mengakui hak ke atas Terachi dan melantik seorang penghulu di Terachi.

  Agama1.         Unsur agama menjadi asas perjuangan iaitu ajaran yang menegaskan

bahawa sesiapa yang mematuhi peraturan baru yang diperkenalkan oleh British adalah menyebelahi orang kafir dan segala peraturan yang diperkenalkan itu adalah undang-undang kafir – ini merupakan ajaran Haji Musa bin Abdul Ghani di Terengganu.

2.         Haji Abdul Rahman Limbong seorang ulama telah memimpin penentangan di Terengganu. Beliau menegaskan bahawa tanah adalah hal Allah dan pihak British tidak berhak untuk memungut cukai ke atas tanah tersebut. Rakyat jelata memberi sokongan padu kepada pemimpin agama kerana seorang yang alim dalam ilmu agama dianggap sebagai pemimpin masyarakat.

  Peribadi/Kewibawaan1.         Desakan-desakan ke atas raja dan pembesar mencabar kewibawaan

mereka, misalnya di Perak. J.W.W. Birch mendesak Sultan Abdullah menandatangani surat perjanjian pengisytiharaan penyerahan kuasa pentadbiran. Beliau juga mengugut akan menyerahkan takhta Perak kepada Raja Ismail sekiranya Raja Abdullah tidak mahu menandatanganinya.

Page 14: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

2.         Di Pahang, kewibawaan pembesar dicabar oleh British apabila British memperkenalkan jawatan-jawatan baru untuk mengambilalih tugas pembesar Melayu, contohnya jajahan Temerloh diletakkan di bawah E.A. Wise – mencabar kewibawaan Engku Besar Jeram kerana jajahan Temerloh ialah di bawah kuasanya – penentangan dilakukan oleh Dato’ Bahaman.

  Ekonomi1.         Residen-residen British menubuhkan pusat pemungutan cukai yang

diletakkan di bawah kawalan pegawai-pegawai British.2.         Cukai disusun semula seperti cukai-cukai pajak, candu, arak, judi, permit

balak, cukai perahu, cukai senjata, cukai padi dan juga cukai untuk memotong atap (pungutan hasil hutan).

3.         Di Perak, tindakan J.W.W. Birch disedari oleh Sultan dan pembesar bahawa kehadiran Residen bukanlah sekadar untuk menasihati Sultan tetapi mahu merampas kuasa pemerintahan mereka. Bila menyedari hakikat ini, Sultan Abdullah kembali berbaik-baik dengan Raja Ismail dan Dato’ Maharaja Lela membina kubu pertahanan di Pasir Salak untuk menghadapi sebarang kemungkinan percubaan Britisk memperkenalkan peraturan-peraturan baru di sana.

4.         Perang Naning (1831-1832) adalah satu lagi bukti penentangan masyarakat tempatan – diketuai oleh Dol Said (Penghulu Naning). Sebabnya: dilihat mempunyai perkaitan dengan pengenalan dasar British terutamanya dari sudut pembayaran cukai – mendesak Naning menghantar 1/10 hasil padi ke Melaka setiap tahun. Tindakan ini membebankan penduduk Naning. Naning sebenarnya bukan berada di bawah Melaka tetapi sebuah negeri yang merdeka. Maka, cukai yang dituntut oleh British adalah satu paksaan – wujudkan ketidakpuasan hati dan mencetuskan peperangan.

 oleh SP Star

Page 15: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

Bincangkan kesan-kesan campur tangan British di Tanah Melayu menjelang tahun 1870-an.  Sebelum tahun 1874, British mengamalkan polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Pegawai British juga diarahkan supaya hanya menumpukan perhatian di Negeri-negeri Selat. Tujuannya adalah untuk mengelakkan permusuhan dengan Siam kerana Negeri-negeri Melayu, khasnya Negeri-negeri Melayu Utara diakui sebagai negeri naungan Siam. Selain itu, penglibatan mereka dalam Perang Naning (1831-1832) yang menyebabkan mereka mengalami kerugian $100 ribu juga menyedarkan mereka supaya tidak campur tangan. Tetapi selepas tahun 1874, akibat beberapa faktor seperti faktor ekonomi, kebimbangan terhadap kuasa asing yang lain, keselamatan Negeri-negeri Selat, faktor kemanusiaan, perubahan pegawai dan tindakan Sir Andrew Clarke telah menyebabkan campur tangan British. Campur tangan British ini telah meninggalkan banyak kesan di Tanah Melayu, Borneo sama ada dari segi ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya.  Kesan utama campur tangan British di Tanah Melayu ialah kewujudan msayarakat majmuk atau masyarakat berbilang kaum. Apabila British datang ke Tanah Melayu, tujuan utama mereka adalah memperolehi sumber bahan mentah seperti bijih timah bagi perusahaan mereka di Eropah. Akibat Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah, permintaan terhadap bijih timah semakin meningkat sehingga akhirnya pengeluaran tidak dapat menampung permintaan. Kelebihan permintaan timah mendorong British menggalakkan para pengeluar untuk mengeluarkan lebih banyak bijih timah kerana perdagangan bijih timah ini amat menguntungkan. Tetapi masalah telah ditemui apabila para pelombong Melayu enggan bekerjasama dengan pihak British. British dengan initiatifnya telah membawa orang Cina dari China untuk bekerja di tapak perlombongan untuk mengatasi masalah kekurangan buruh di samping meningkatkan pengeluaran. Selain perusahaan bijih timah, perusahaan getah juga menjadi semakin giat pada abad ke-19. Ladang telah dibuka secara besar-besaran dan permintaan terhadap tenaga buruh untuk bekerja di ladang getah juga semakin meningkat. Orang Melayu di Tanah Melayu enggan bekerjasama dengan British dalam hal ini menyebabkan British terpaksa membawa masuk orang India ke Tanah Melayu untuk mengusahakan ladang getah. Orang Cina dan orang India yang datang membawa masuk bahasa, agama dan budaya mereka yang tersendiri. Mereka melibatkan diri dalam perusahaan yang berbeza. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak bergaul kecuali di pasar untuk membeli-belah.  Campur tangan British di Tanah Melayu juga menyebabkan masyarakat tempatan menentang kedatangan mereka terutamanya apabila tindakan mereka yang telah mengancam kepentingan mereka. Di Sungai Ujong, tindakan British yang melantik Dato’ Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong ditentang kuat oleh Dato’ Syahbandar. Sebagai balasan, Dato’ Syahbandar melancarkan serangan terhadap Dato’ Kelana. Tetapi, atas bantuan British, Dato’ Syahbandar

Page 16: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

dikalahkan oleh Dato’ Kelana dan terpaksa berundur ke Selangor. Dato’ Syahbandar dipaksa mengaku salah kemudian, pihak British menetapkannya di Singapura. Di Seri Menanti, Tengku Antah membantah perlantikan Kapten Tatham sebagai penolong Residen di Sungai Ujong. Dato’ Kelana di Sungan Ujong pula tidak mengiktiraf perlantikan Tengku Antah sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti. Perselisihan menjadi hebat apabila Dato’ Kelana menuntut kawasan Terachi. Pertempuran di antara mereka telah berlaku dan Tengku Antah telah dikalahkan oleh Dato’ Kelana yang dibantu oleh pihak British. Tengku Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus tetapi kawasan ini akhirnya juga ditawan oleh British. Atas usaha Maharaja Abu Bakar di Johor, pada bulan Disember 1876, perundingan telah diadakan di antara British dengan Tengku Antah dan satu perjanjian damai telah ditandatangani bagi menyelesaikan masalah ini.  Di Perak pula, tindakan J.W.W. Birch telah menyebabkan masyarakat Melayu di Perak tidak senang hati. Pembaharuan Birch telah bercanggah dengan amalan tradisi Melayu seperti pembasmian hamba adbi dan pembatalan hak pajakan. Keadaan ini telah menyebabkan hubungan Birch dan Sultan Abdullah menjadi tegang. Tambahan pula, tindakan Sir William Jervols seterusnya menyebabkan keadaan menjadi semakin teruk. Maka, Sultan Abdullah telah mengadakan persidangan dengan pembesarnya di Durian Sebatang dan mengamanahkan Dato’ Maharaja Lela untuk membunuh Birch. Pada 2 November 1875, Birch ditikam oleh orang suruhan Dato’ Maharaja Lela di Sungai Pasir Salak. Peristiwa ini menggempakan British. British dengan segera mendapat bantuan dari India dan Hong Kong dan menawan Pasir Salak, Kota Lama dan kawasan di sekitar. Dato’ Maharaja Lela dan Pandak Induk serta Dato’ Sagor dihukum mati dan yang lain do buang negeri ke Pulau Seychelles termasuk Sultan Abdullah. Raja Ismail diarahkan pergi ke Johor dan Raja Yusof dilantik sebagai Sultan.  Di Pahang, campur tangan British tidak disenangi oleh pembesar-pembesar seperti Dato’ Bahaman dan Tok Gajah. Apabila J.P. Rodger dilantik sebagai Residen di Pahang, beliau mengambil langkah terburu-buru untuk memperkenalkan peraturan baru yang bercanggah dengan sistem tradisional Pahang. Tindakan ini menyebabkan Dato’ Bahaman melancarkan tentangan terhadap pentadbiran baru yang diwujudkan. Beliau melancarkan beberapa serangan dengan bantuan Mat Kilau dan pengikut-pengikutnya. Tetapi British telah berjaya mematahkan serangan ini, malah Dato’ Bahaman dan Mat Kilau terpaksa berundur ke Terengganu. Walaupun serangan balas dilakukan tetapi akhirnya semua menemui kegagalan sehinggalah Dato’ Bahaman terpaks berundur ke Siam dan menetap di situ.  Di Kelantan, peraturan baru yang diperkenalkan oleh W.A. Graham menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Kelantan. Tambahan pula, tindakan British yang menggunakan pegawai-pegawai Melayu dari luar negeri Kelantan untuk melaksanakan peraturan-peraturan tersebut juga tidak disukai oleh pembesar di Kelantan. Tindakan British ini telah mencetuskan kebangkitan di

Page 17: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

daerah Pasir Putih, Kelantan pada tahun 1915. Kebangkitan ini adalah dibawah pimpinan Tok Janggut dan berjaya buat sementara mengundurkan kakitangan kerajaan yang bertugas di Kota Bharu. Namun, kebangkitan ini telah gagal mempertahankan kejayaannya. Pasukan British balas dengan cepat dan berjaya mematahkan kebangkitan dan Tok Janggut sendiri terkorban dalam pertempuran.  Dari segi pentadbiran, campur tangan British telah membuat penyesuaian baru dalam sistem pemerintahan tradisional. Satu sistem yang dipanggil sebagai Sistem Residen telah diperkenalkan di negeri Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Sistem ini adalah berdasarkan konsep pemerintahan secara tidak langsung di mana Kerajaan British memerintah tanpa sebarang tanggungjawab yang berat. Menurut sistem ini, Sultan dan pembesar Melayu dapat mengekalkan kedudukannya. Seorang Residen British dilantik untuk menasihati Sultan dalam semua perkara kecuali adat istiadat Melayu dan agama Islam. Di bawah sistem ini, Sultan tidak lagi berkuasa penuh dalam pentadbiran dan terpaksa menerima nasihat Residen. Sistem ini telah ditamatkan pada tahun 1895 dan digantikan dengan sistem pentadbiran berasaskan persekutuan.  Dari segi ekonomi, ekonomi yang bercorak pertanian sara diri telah berubah menjadi ekonomi komersil atau ekonomi perdagangan. Perkembangan yang dapat dilihat adalah dalam sektor pertanian niaga dan perlombongan. Dalam sektor perlombongan, perusahaan bijih timah menjadi semakin maju. Ramai orang Cina telah dibawa masuk ke daerah Lukut, Ampang, Klang dan Kuala Lumpur untuk mengusahakan kawasan lombong bijih timah. Kedatangan orang Cina telah membekalkan tenaga buruh yang mencukupi. Seterusnya, pelbagai cara baru juga diperkenalkan untuk melombong dengan lebih berkesan. Antaranya ialah lombong dedah dan cara pam. Penggunaan teknik baru ini telah menyebabkan hasil lombong bijih timah meningkat berlipat ganda. Dalam sektor pertanian juga, getah telah diperkenalkan. Penanaman getah adalah hasil usaha Sir Henry Wickham. Pada tahun 1876, beliau pergi ke Brazil untuk mendapatkan benih getah dan menanamnya di Taman Kew di London. Pada tahun 1877, 22 anak pokok dihantar ke Singapura. Beberapa daripadanya ditanam di Taman Bunga Singapura dan yang lain dihantar ke Kuala Kangsar. Pada mulanya, sambutannya tidak begitu baik dan hanya dijalankan oleh pengusaha Inggeris. Peladang-peladang tempatan lebih suka menanam kopi yang mempunyai harga tinggi di pasaran dunia. Namun demikian, penanaman getah telah berkembang dengan pesat pada awal abad ke-20 kerana permintaan tinggi bagi getah dalam pasaran dunia.  Dari segi pendidikan, dasar pendidikan British mewujudkan 5 jenis sistem persekolahan yang berasingan antara satu sama lain telah menyebabkan sekolah-sekolah tersebut terpisah. Setiap sekolah khusus untuk sesuatu kaum tertentu sahaja seperti sekolah Melayu untuk orang Melayu, sekolah Cina untuk orang Cina dan sebagainya. Selain itu, bahasa pengantar yang digunakan juga berbeza. Kurikulum yang digunakan oleh setiap sekolah turut mengikut sukatan

Page 18: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

pelajaran di sekolah-sekolah negara asal. Perbezaan yang ketara ini wujud kerana penjajah British telah mengabaikan pengawalan dan perancangan pendidikan di negara kita. Malah, penjajah British juga tidak berminat untuk membangunkan rakyat melalui pendidikan.  Selepas tahun 1870-an, campur tangan British semakin meluas dan pengaruhnya semakin kukuh di Tanah Melayu. Selepas semua penentangan masyarakat tempatan dipatahkan, British pun dapat memerintah dan mentadbir Negeri-negeri Melayu dengan lancar. Pelbagai pembaharuan telah dilakukan dalam pelbagai aspek sehinggalah akhirnya terbentuk Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. oleh SP Star

Bincangkan kewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu mulai pertengahan abad ke-19.  Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu. Tanah Melayu bukan sahaja mengalami perubahan politik tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Selain orang Cina dan India, terdapat satu lagi kumpulan imigran di Tanah Melayu iaitu orang Indonesia. Kedatangan imigran ini seterusnya bersama orang Melayu tempatan membentuk masyarakat yang berbilang kaum.  Sebelum pemerintahan Inggeris, orang Indonesia telah berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka terdiri daripada orang Bugis, orang Jawa dan orang Minangkabau. Pada penghujung abad ke-19, penghijrahan masuk orang Indonesia ke Tanah Melayu semakin meningkat. Kesemuanya ini disebabkan masalah politik, ekonomi dan sosial yang berlaku di Indonesia. Dari segi sosial, penduduk Indonesia terutama dari Pulau Jawa dan Sumatera telah bertambah dengan pesat menyebabkan kemiskinan, kebuluran dan kemerosotan taraf hidup rakyat Indonesia. Sementara itu, tekanan politik oleh pihak penjajah iaitu Belanda telah mendorong kemasukan orang-orang Indonesia ke Tanah Melayu. Sebagai contoh, Sistem Kultur (1830-1870) yang dikenakan terhadap orang Jawa menyebabkan rasa kurang senang hati orang Jawa menyebabkan mereka berhijrah ke Tanah Melayu. Dari segi ekonomi, pelbagai cukai seperti cukai tanah, cukai kepala dan cukai tol telah menambahkan lagi kesenangan hidup.  Bagi orang Cina, sebenarnya mereka telah pun datang ke Tanah Melayu sejak abad ke-15. Mereka datang ke Tanah Melayu adalah untuk berdagang. Menjelang awal abad ke-19, penghijrahan orang Cina semakin bertambah.

Page 19: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

Penghijrahan orang Cina ini adalah disebabkan oleh 2 faktor iaitu faktor penolak dan faktor penarik.  Keadaan politik dan sosial di negeri China merupakan faktor penolak. Keadaan politk di China yang tidak stabil menggalakkan kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. Dinasti Manchu yang menguasai China sejak tahun 1644 mengamalkan sikap diskriminasi terhadap penduduk Cina tempatan. Orang-orang Cina yang tidak berpuas hati sering melancarkan pemberontakan untuk menggulingkan Kerajaan Manchu. Oleh itu, kerajaan bertindak lebih tegas dan kejam untuk memadamkan perasaan tidak puas hati rakyat dan pemberontak. Oleh itu, ramai orang Cina terpaksa melarikan diri daripada menjadi mangsa kekejaman Kerajaan Manchu. Mereka mula berhijrah ke seberang laut seperti Korea, Jepun dan negara-negara di Asia Tenggara seperti Tanah Melayu, Filipina, Indonesia dan lain-lain.  Selain faktor penolak, faktor penarik juga menyebabkan penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu. Faktor penarik ini telah berlaku di Tanah Melayu. Dari segi ekonomi, peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh bagi menjayakan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu adalah salah satu faktor disamping peluang-peluang perniagaan yang banyak di kawasan bandar dan kawasan perlombongan. Peluang untuk menjalankan pertanian seperti di bawah Sistem Kangchu (Johor) juga menggalakkan lagi penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu. Di bawah Sistem Kangchu, orang Cina diberi tanah untuk mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam.  Dari segi politik, hasil daripada pemerintahan British yang liberal telah mewujudkan keadaan politik yang stabil. British juga menggalakkan kedatangan orang Cina dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti subsidi tambang dan sebagainya. Pembesar-pembesar tempatan pula menggalakkan kemasukan buruh Cina untuk mengerjakan perusahaan bijih timah.  Orang India pula mulai datang ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama. Mereka menamai Tanah Melayu sebagai “Suvarnabumi” atau “Tanah Emas”. Namun begitu, mereka hanya berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu pada penghujung abad ke-19 akibat perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Faktor yang menggalakkan penghijrahan orang India juga terdiri daripada faktor penolak dan faktor penarik.  Perkembangan perusahaan getah dan galakan daripada Kerajaan British merupakan faktor penarik yang menarik orang India datang ke Tanah Melayu. Peluang ekonomi di Tanah Melayu terutamanya dalam perusahaan getah telah menggalakkan kedatangan orang India ke Tanah Melayu. Peluang ekonomi yang wujud dalam sektor ini adalah disebabkan oleh keengganan orang Melayu untuk bekerja di ladang getah. Selain itu, dua buah perkhidmatan awam yang paling banyak menggunakan tenaga buruh India ialah Jabatan Keretapi dan Jabatan

Page 20: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

Kerja Raya juga menarik kehadiran orang India ke Tanah Melayu. Seterusnya, peluang pekerjaan bagi golongan menengah di Tanah Melayu turut dipenuhi oleh orang India. Pada tahun 1920-an, kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan orang India. Di samping itu, adanya koordinasi di antara Kerajaan British di Tanah Melayu dengan Kerajaan British di India telah memudahkan lagi kemasukan India ke Tanah Melayu. Kejayaan orang India yang lebih awal datang ke Tanah Melayu juga telah mendorong kepada kemsukan lebih ramai orang India.  Setelah meninjau sebab kedatangan imigran orang Indonesia, orang Cina dan orang India dalam pembentukan masyarakat majmuk, biarlah kita meneliti cara atau sistem kemasukan mereka.  Bagi orang Indonesia, tidak ada satu sistem yang tertentu yang dilalui untuk datang ke Tanah Melayu. Mereka datang ke sini dengan berusaha sendiri.  Bagi orang Cina, terdapat 3 cara mereka datang ke Tanah Melayu, iaitu melalui sistem tiket kredit, melalui cara bersendirian dan melalui Sistem Kangchu. Bagi orang yang datang dengan cara sistem tiket kredit, mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa sehingga hutang mereka dijelaskan. Sementara itu, orang yang datang melalui cara persendirian adalah dibantu oleh rakan atau ahli keluarga ataupun dengan perbelanjaan sendiri. Melalui Sistem Kangchu pula, orang Cina berpindah dan menetap kekal di Johor dam membuka ladang-ladang lada hitam, gambir, kopi, teh dan sebagainya.  Bagi orang India, imigrasi mereka dijalankan melalui sistem buruh kontrak (1820-1910) dan Sistem Kangani (1898-1938). Melalui sistem buruh kontrak, pemilik ladang akan membuat pesanan bagi buruh melalui seorang ejen di India. Ejen ini akan pergi ke kampung-kampung untuk mengumpulkan buruh India. Tambang pelayaran mereka dibiayai oleh majikan yang membuat pesanan. Setelah sampai di Tanah Melayu, mereka akan menandatangani kontrak untuk bekerja selama 5 tahun dengan gaji yang ditetapkan. Pekerja-pekerja ini biasanya dilayan dengan buruk. Melalui Sistem Kangani, majikan yang ingin mendapat buruh dari India akan menghantar seorang Kangani dari ladangnya ke India untuk mendapatkan buruh dari kampung halaman Kangani itu. Kangani itu akan dibayar mengikut bilangan pekerja yang diambil dan dia sendiri pula dikehendaki membayar tambang dan perbelanjaan lain bagi buruh-buruh itu sehingga ketibaan mereka di ladang. Biasanya pekerja dilayan dengan baik.  Kedatangan imigran ini bukan sahaja mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu, namun mereka juga memberikan banyak sumbangan terhadap pelbagai sektor terutamanya sektor ekonomi di Tanah Melayu.  Orang Indonesia telah menyumbangkan tenaga dalam perusahaan getah dan bijih timah di samping dalam pertanian seperti padi, kelapa, dusun buah-buahan dan sebagainya. Kecenderungan dalam mengusahakan pertanian yang sama

Page 21: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

dengan tempat asal mereka adalah pendorong kepada kedatangan mereka ke Tanah Melayu.  Kedatangan orang Cina pula menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu terutamanya di kawasan Larut, Kinta, Lembah Klang dan Sungai Ujong. Buktinya, eksport bijih timah Tanah Melayu telah meningkat secara berterusan dari tahun 1850 dengan jumlah eksport 6500 tan kepada 77 ribu tan pada tahun 1937. Dari segi perniagaan pula, banyak kedai di buka oleh orang Cina terutamanya di bandar yang terletak di kawasan perlombongan. Kegiatan penanaman lada hitam juga berkembang hasil daripada Sistem Kangchu.  Kemasukan orang India telah menyebabkan pembukaan lebih banyak kawasan ladang getah. Buktinya, pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar ladang getah di Tanah Melayu tetapi pada tahun 1940, angka ini telah meningkat menjadi 3.5 juta ekar. Di samping itu, dalam bidang professional, orang India telah menyumbangkan tenaga mereka dengan menjadi guru, doctor, kerana dan sebagainya.  Imigran Cina, dan Indonesia yang masih tinggal membentuk satu masyarakat majmuk. Kaum-kaum ini berpisah bukan sahaja dari segi bangsa tetapi juga bahasa, agama, kepercayaan, tempat kediaman dan sebagainya. Walau bagaimanapun, mereka masih dapat hidup dengan aman damai dan keadaan ini telah menggalakkan perkembangan ekonomi di Tanah Melayu. oleh SP Star

Page 22: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

Bincangkan tindak balas pribumi terhadap campur tangan British di Pahang, Kelantan dan Terengganu.  Sebelum tahun 1874, British mengamalkan polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Pegawai-pegawai British diarahkan supaya hanya menumpukan perhatian di Negeri-negeri Selat. Tujuannya ialah untuk mengelakkan permusuhan dengan Siam kerana Negeri-negeri Melayu khususnya Negeri-negeri Melayu Utara yang diakui sebagai negeri-negeri naungan Siam. Tetapi selepas tahun 1874, British mula mengubah polisinya terhadap Negeri-negeri Melayu dari dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan. Pada mula-mulanya, British campur tangan di Perak, Selangor, Sungai Ujong dan Pahang. Seterusnya, campur tangan mereka merebak ke negeri Kelantan dan Terengganu selepas Perjanjian Bangkok 1909 ditandatangani. Campur tangan mereka di negeri-negeri tersebut telah membawa kepada perubahan pelbagai aspek dalam negeri tersebut. Keadaan ini telah menjejaskan kepentingan penduduk pribumi dan akhirnya mereka bangun bertindak untuk menentang pemerintahan British.  Di Pahang, perlantikan J.P. Rodger sebagai Residen Inggeris pertama amat tidak disenangi oleh pembesar-pembesar terutamanya Dato’ Bahaman dan Tok Gajah. Mereka ini pernah membantu Wan Ahmad dalam Perang Saudara (1857-1863) untuk merebut takhta kerajaan daripada abangnya, Wan Mutahir. Sebagai balasan, pmbesar-pembesar itu dianugerahi gelaran oleh Sultan Ahmad. Dato’ Bahaman dilantik sebagai Orang Kaya Semantan, Tok Gajah dilantik sebagai Orang Besar Raja. Apabila J.P. Rodger dilantik sebagai Residen Pahang pada bulan Oktober 1888, beliau mengambil langkah terburu-buru untuk memperkenalkan peraturan baru yang bercanggah dengan sistem tradisional Pahang. Keadaan inilah yang menjadi punca kepada tercetusnya peristiwa penentangan yang dipimpin oleh Daro’ Bahaman dan dibantu oleh Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau.  Pada bulan Disember 1891, orang Melayu Pahang di bawah pimpinan Dato’ Bahaman melancarkan tentangan terhadap pentadbiran baru yang diwujudkan oleh Inggeris. Beliau mendapat sokongan daripada Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau. Dato’ Bahaman melancarkan serangan ke atas rombongan C.E.B. Desborough yang menawan dan enggan menyerahkan tiga orang pengikut Dato’ Bahaman yang dituduh mengutip cukai secara haram. Dato’ Bahaman dan pengikut-pengikutnya datang ke Bentong berjumpa dengan Penghulu di situ untuk melancarkan serangan ke atas balai polis di Bentong. Pada awal tahun 1892, Sultan Ahmad dan pembesar-pembesar Pahang mengadakan perjumpaan sulit di Pulau Tawar. Sultan Ahmad berjanji akan mengekalkan kedudukan tradisi pembesar. Sementara itu, para pembesar akan merujuk kepada Sultan terlebih dahulu sebelum menghubungi Residen Inggeris. Pada bulan Mac 1892, Dato’ Bahaman melancarkan serangan ke atas Lubuk Trua dan berjaya menawan bandar Temerloh. Pasukan Inggeris di bawah pimpinan Hugh Low dan E.A. Wise bersama angkatan Tengku Ali membuat serangan balas ke atas Dato’ Bahaman

Page 23: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

di Temerloh dan pertahanannya dimusnahkan. Beliau dan pengikut-pengikutnya sempat mengundurkan diri ke dalam hutan. Pada bulan April 1892, Panglima Muda Jempul menyerang Pekan. Beliau telah membunuh dua orang pegawai Inggeris iaitu Harris dan Steward. Pada 8 Mei 1892, berlaku pertempuran di Batu Hampar. Dato’ Bahaman dikalahkan dan anaknya Awang Hamat terbunuh sementara Mat Lela pula cedera. Seterusnya, pengikut-pengikut Mat Kilau melancarkan serangan terhadap Inggeris dan menyebabkan beberapa orang Cina dan polis Sikh terbunuh pada awal bulan Mei 1892. Apabila Inggeris membuat serangan bebas, Dato’ Bahaman, Mat Kilau dan pengikut-pengikutnya berundur ke Kuala Ceka tetapi mereka diserang di situ oleh tentera Inggeris. Akibatnya, Dato’ Bahaman dan pengikut-pengikutnya terpaksa berundur ke Terengganu. Pada bulan Ogos 1892, Tok Gajah dan keluarganya berundur ke Kuala Tembeling dan bergabung dengan gerakan menentang Inggeris. Akhirnya, menjelang bulan September 1892, para pejuang Pahang mengundurkan diri ke Kelantan dan Terengganu. Inggeris memujuk Dato’ Bahaman dan Tok Gajah supaya menyerahkan diri dan dijaminkan pengampunan. Namun demikian, mereka enggan menyerah diri.  Ketika bersembunyi di Terengganu, para pejuang Pahang mendapat perangsang dari seorang ulama bernama Tokku Paloh. Tokku Paloh menanam semangat perang jihad dan menghadiahkan sebilah pedang bertulis ayat al-Quran. Pada bulan Jun 1894, Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau serta pengikut-pengikutnya melancarkan serangan ke atas balai polis di Kuala Tembeling. Lima orang polis terbunuh. Kemudian mereka menyerang dan menawan Kubu Jeram Ampai untuk mempertahankan kedudukan mereka. Pasukan Inggeris dengan bantuan orang Pahang telah melancarkan tindak balas. Pertempuran berlaku di Jeram Ampai dan pihak Inggeris menawan kubu itu. Para pejuang Pahang sekali lagi terpaksa mengundurkan diri ke Kelantan dan Terengganu. Hugh Clifford mengetuai sepasukan askar untuk memberkas mereka tetapi tidak berjaya kerana Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu tidak memberi kerjasama yang diharapkan. Pada bulan November 1895, beberapa orang pembesar termasuk Dato’ Bahaman berundur ke Siam dan menetap di situ. Pembesar-pembesar lain seperti Tok Gajah dan Mat Kilau diwartakan meninggal dunia. Keseluruhannya perjuangan orang Melayu Pahang pada tahun 1891 hingga tahun 1895 mengalami kegagalan.  Di Kelantan pula, kebangkitan menentang British bermuka sejak termeterainya Pengisytiharaan Inggeris-Siam 1902. Menurutnya, seorang Inggeris bernama William Amstrong Graham dilantik sebagai penasihat dan Pesuruhjaya Siam di Kelantan pada bulan Julai 1903. Beliau telah memperkenalkan pelbagai peraturan baru dan ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Kelantan. Kebangkitan ini semakin hebat apabila Perjanjian Bangkok 1909 ditandatangani antara British dengan Siam. Penglibatan British dalam pentadbiran Kelantan menimbulkan rasa tidak puas hati sehingga tercetusnya kebangkitan di daerah Pasir Putih pada tahun 1915 yang diketuai oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut).

Page 24: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

  Tok Janggut yang mendapat sokongan daripada Engku Besar Jeram Tun Ahmad dan disokonh oleh Haji Said, Che Ishak, Penghulu Adam, Tok Husin, Tok Abas, Tok Laboh dan Tok Deraman telah menjalankan kempen mempengaruhi penduduk Pasir Putih menentang peraturan baru serta menentang Inggeris. Pad 28 April 1915, Encik Abdul Latiff, Pegawai Daerah Jajahan Pasir Putih mendapat berita yang Tok Janggut dan pengikutnya bermesyuarat di Kampung Jeram. Pada 29 April 1915, beliau menghantar Sarjan Che Wan dan beberapa orang anggota polis untuk menangkap Tok Janggut atas tuduhan tidak membayar cukai. Dalam pertengkaran yang berlaku, Sarjan Che Wan ditikam oleh Tok Janggut dan anggota polis yang lain dapat menyelamatkan diri dan membuat laporan kepada Encik Latiff. Peristiwa pembunuhan itu mencetuskan penentangan bersenjata rakyat Kelantan terhadap Inggeris di Jeram. Encik Latiff cuba mengambil tindak balas dengan menghantar 7 orang polis untuk menangkap Tok Janggut. Apabila pasukan polis tiba di Kampung Kelubi, mereka diberitahu bahawa Tok Janggut dan pengikutnya sedang mara hendak menyerang Pasir Putih. Dengan itu, Encik Abdul Latiff bersama kakitangannya berundur ke Kota Bharu dengan bot melalui Kuala Semerak. Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu Adam dan Che Ishak Merbol melancarkan serangan tiga penjuru ke atas Pasir Putih kira-kira pukul 4 petang pada 29 April 1915 dan mendudukinya selama 3 hari. Mereka membakar pejabat-pejabat kerajaan, menawan balai polis dan membebaskan orang tahanan. Mereka kemudian menubuhkan kerajaan sementara di Pasir Putih. Engku Besar Jeram sebagai Raja Jeram dna Tok Janggut sebagai Perdana Menteri. Penasihat Inggeris, W. Longham Carter menerima berita ke atas serangan Pasir Putih pada 30 April 1915. Beliau menasihati Sultan Muhammad IV supaya menguatkan pertahanan Kota Bharu. Penasihat Inggeris meminta bantuan dari Singapura. Pada 5 Mei 1915, bantuan dari Singapura tiba di Tumpat dengan Kapal H.M.S. Cadmus yang terdiri daripada 239 orang di bawah pimpinan Kolonel C.W. Brownlow. Pada 9 Mei 1915, pasukan Inggeris tiba di Pasir Putih tetapi gagal menangkap pemimpin yang terlibat. Kebanyakan pemimpin telah melarikan diri ke dalam hutan dan juga ke Besut. Hadiah $500 ditawarkan kepada sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut atau Engku Besar. Penghulu Adam telah menyerah diri. Rumah Tok Janggut, Che Ishak Merbol dan Haji Said dibakar. Pada 23 Mei 1915, Tok Janggut sekali lagi melancarkan serangan ke atas Pasir Putih. Hal ini memaksa Major Borton bersama 50 orang polis Sikh dan 7 orang Eropah datang ke Jeram pada 24 Mei 1915 untuk menjejaki kedudukan Tok Janggut dan pengikutnya. Tok Janggut dan pengikutnya yang berkubu di Kampung Dalam Pupuh akhirnya bertempur dengan pasukan Inggeris. Dalam pertempuran ini, Engku Besar Jeram Tun Ahmad telah mengalami kecederaan dan diselamatkan oleh Awang Deraman ke Reman, Negeri Thai. Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bhasa. Setelah diarak, mayat beliau digantungkan dengan kepala di bawah di Padang Bank atau Padang Merdeka, Kota Bharu selama satu jam sebelum dimakamkan di Pasir Putih. Kebangkitan ini berjaya buat sementara sahaja dan mengalami kegagalan pada akhirnya disebabkan tindak balas British yang cepat dan handal.

Page 25: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

  Usaha British meluaskan kuasa di Terengganu turut menyebabkan kebangkitan rakyat menentang British antara tahun 1922 hingga 1928. Punca kebangkitan ini juga disebabkan oleh tindakan British yang memperkenalkan peraturan yang mencabul kepentingan penduduk pribumi Terengganu dan peraturan yang bercanggah dengan agama Islam.  Penentangan terhadap British yang pertama berlaku pada tahun 1922 di Hulu Telemong. Penentangan bermula apabila 43 orang rakyat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membersihkan tanah dan bercucuk tanam tanpa mendapatkan pas kebenaran daripada Kerajaan Inggeris. Mereka dibela oleh Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau berjaya membebaskan mereka dari tuduhan dengan menitikberatkan undang-undang Islam.  Pada tahun 1925, satu lagi kebangkitan menentang campur tangan British berlaku di Kuala Telemong. Kebangkitan ini disebabkan oleh beberapa orang yang telah membersihkan tanah kepunyaan Tengku Haji Nik dan tanah kerajaan yang terbiar untuk bercucuk tanam tanpa meminta pas kebenaran. Kebangkitan ini telah mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat Terengganu. Walau bagaimanapun, tidak berlaku sebarang kejadian buruk dalam kebangkitan tersebut.  Peristiwa kebangkitan rakyat Terengganu di Hulu Telemong dan Kuala Telemong menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap British. Semangat kebangkitan rakyat Terengganu sampai ke kemuncaknya pada tahun 1928 di Kuala Berang. Penduduk Kuala Berang, Kampung Pelam, Tersat dan Dungun telah membuka tanah untuk bercucuk tanam tanpa mengambil pasa kebenaran daripada pihak Inggeris. British mengancam hendak mengambil tindakan ke atas penduduk yang terlibat. Berikutan dengan ancaman itu, penduduk dari kawasan-kawasan tersebut telah berhimpun beramai-ramai untuk bangkit menentang British. Pada 23 Mei 1928, penduduk yang berhimpun di Kuala Berang telah menguasai pejabat kerajaan dan memusnahkan balai polis di situ. Pegawai-pegawai Inggeris di Kuala Berang telah berundur ke Kuala Terengganu. Setelah kemenangan awal itu, pejuang-pejuang itu telah menuju ke arah Kuala Terengganu untuk mengadu masalah mereka kepada Sultan Sulaiman. Pada masa itu, Kerajaan Inggeris telah menghantar sepasukan polis di bawah pimpinan Datuk Seri Lela Diraja dari Kuala Terengganu ke Kuala Berang untuk mengawal keadaan. Pasukan polis telah bertempur dengan rakyat yang sedang mara di Padang Kachong. Di situ, Datuk Seri Lela Diraja telah memberi amaran kepada rakyat supaya berhenti dan tidak meneruskan pergerakan. Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka tidak menghiraukan amaran tersebut dan pasukan polis telah melepaskan tembakan. Dengan bantuan polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu, kebangkitan rakyat Terengganu dipadamkan. Semua pemimpin ditangkap dan dipenjarakan. Mereka ialah Haji Zakaria (7 tahun), Abu Bakar Chinting (10 tahun), Abdullah Juru Kaka (10 tahun), Mat Tok Pitas (5 tahun) dan Lebai Hassan (5 tahun). Penghulu Salleh Pasir Nyior telah

Page 26: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

dibebaskan. Haji Abdul Rahman Limbong dibuang negeri ke Makkah kerana beliau sangat berpengaruh. British takut hukuman penjara akan meningkatkan lagi semangat kebangkitan. Selain itu, beliau sendiri juga meminta British supaya menghantarnya ke Makkah untuk mendalami dan mengajar agama Islam.  Penentangan pribumi terhadap pemerintahan British mengingatkan British supaya jangan melaksanakan sesuatu peraturan baru dengan terburu-buru. Peraturan baru haruslah diperkenalkan langkah demi langkah agar penduduk tempatan dapat menyesuaikan diri mereka dengan peraturan baru ini. Dengan itu, pada masa yang seterusnya, British telah mengambil sesuatu keputusan dengan berhati-hati agar tidak menimbulkan ketidakpuasan penduduk pribumi yang seterusnya mencetuskan penentangan. oleh SP Star

Bincangkan perubahan-perubahan sistem pentadbiran Tanah Melayu dari tahun 1874 sehingga 1896.  Pada tahun 1860-an dan 1870-an, berlaku pelbagai kekacauan di Perak, Selangor, Pahang dan Sungai Ujong. Antara kekacauan itu ialah perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan di antara pelombong Cina dan sebagainya. Kekacauan tersebut telah dijadikan alasan oleh British untuk campur tangan. Hasil usaha daripada Sir Andrew Clarke, dasar campur tangan bermula di Perak, kemudian Selangor, Sungai Ujong dan Pahang. Berikutan dasar campur tangan, Sistem Residen telah diperkenalkan di negeri-negeri tersebut. Di bawah Sistem Residen, Sultan menerima seorang Residen sebagai penasihat bagi menasihatinya dalam segala hal kecuali hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat resam orang Melayu.  Pengenalan Sistem Residen ini telah mewujudkan satu jawatan baru selepas Sultan iaitu Residen. Residen ini dilantik untuk menasihati Sultan-sultan dalam urusan-urusan pentadbiran kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat resam orang Melayu. Beliau bertanggungjawab mengekalkan ketenteraman dan menegakkan peraturan serta undang-undang di wilayah pemerintahannya. Segala tindakan hendaklah jangan menggunakan paksaan. Beliau juga bertugas membentuk sebuah sistem cukai yang berkesan serta merancang dan membangunkan kawasan-kawasan bandar. Selain itu, beliau juga dikehendaki memperbaiki sistem perhubungan.  Di peringkat negeri, pemerintahan secara tidak langsung dan nasihat Residen kepada Sultan dijalankan melalui pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri. Tujuan utama majlis ini ialah untuk membolehkan para pegawai British berunding dengan para pembesar tempatan tentang segala hal yang berhubung dengan kepentingan masyarakat Melayu. Majlis ini mula-mulanya ditubuhkan sebagai

Page 27: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

penasihat sahaja. Kemudian, tugas-tugasnya termasuk juga membuat undang-undang, menjadi mahkamah rayuan tertinggi dan menjadi badan kerajaan utama yang menguruskan perubahan dalam struktur cukai, pencen kepada orang Melayu dan perlantikan ketua tempatan, pegawai kerajaan dan kadi. Pada amnya semua perkara yang berkaitan dengan kerajaan tempatan diuruskan oleh majlis ini kecuali urusan mengawal hasil-hasil yang berada di bawah Residen. Seluruh Mesyuarat Negeri ini dijalankan dalam Bahasa Melayu dan segala perkara yang berkaitan dengan pentadbiran, ekonomi dan sosial dibincangkan dalam majlis ini. Semua cadangan dan usul Residen harus dibahaskan dan diundi sebelum diluluskan menjadi undang-undang. Semua rang undang-undang harus mempunyai tandatangan Sultan tetapi mestilah terlebih dahulu mendapat keizinan Gabenor yang mempunyai kuasa pembatal. Sungguhpun majlis ini amat berguna untuk membincangkan pendapat mengenai perkara-perkara yang menyentuh orang Melayu tetapi sebenarnya, majlis ini tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas. Lagipun, apabila pentadbiran menjadi semakin rumit, fungsi perundangan majlis ini diabaikan. Lama-kelamaan, majlis ini hanya meluluskan keputusan yang sudah dibuat.  Di peringkat daerah, pentadbirannya diserah di bawah jagaan seorang pegawai daerah British. Pada peringkat awal, pegawai daerah dikenali sebagai “Pemungut Cukai dan Majlistret” kerana beliau berfungsi sebagai pemungut cukai dan menjadi majlistret di peringkat daerah. Pegawai daerah juga bertanggungjawab menjaga perbandaharaan daerah dan memungut cukai. Beberapa cawangan jabatan seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Polis dan Jabatan Perubatan ditubuhkan di bawah Ketua Pegawai Eropah dan Pegawai Daerah bertugas untuk mengawasi ketua jabatan itu.  Setiap daerah ini dibahagikan kepada beberapa mukim pula. Seorang pembesar dilantik untuk menjadi Ketua Mukim dengan gelaran Penghulu. Anak raja dilantik menjadi Penghulu kerana beliau mempunyai pengaruh yang kuat. Selain itu, British juga berhasrat melibatkan mereka dalam pentadbiran British. Mereka ini juga lebih memahami sikap dan perasaan rakyat jelata dan mempunyai pendidikan yang diperlukan untuk menjalankan tugas. Tugas mereka termasuklah memungut hasil tanah, mentadbir undang-undang tempatan, menjaga keamanan dan keselamatan, mengadakan hubungan erat dengan rakyat jelata, menyampaikan dasar dan usaha kerajaan kepada rakyat jelata, menyampaikan maklumat balas rakyat kepada kerajaan dan menyimpan kira-kira dan membuat laporan bertulis.  Seterusnya, di peringkat kampung, ia diketuai oleh Ketua Kampung. Biasanya, mereka terdiri daripada orang tua yang dihormati oleh penduduk sesebuah kampung. Ketua Kampung bekerjasama dengan Penghulu di mukim dan mendapat pengiktirafan daripada Sultan negeri-negeri masing-masing. Selain Penghulu dan Ketua Kampung, terdapat lagi Kapitan Cina dan Penghulu Dagang. 

Page 28: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

Pada awal tahun 1890-an, sebuah Lembaga Kesihatan telah ditubuhkan bagi mentadbir bandar Kuala Lumpur. Tugas lembaga ini adalah untuk mengeluarkan lesen peniaga dan penjaja, meluluskan pelan bangunan dan menjaga kebersihan bandar. Ahli-ahli lembaga ini terdiri daripada jurutera di Jabatan Kerja Raya, Ketua Polis Daerah dan individu yang dilantik oleh Residen.  Pada tahun 1892, Frank Swettenham memperkenalkan idea penubuhan persekutuan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat, Cecil Smith. Pada tahun 1893, Cecil Clementi menghantarkan cadangan ini kepada Pejabat Tanah Jajahan. Frank Swettenham dengan initiatifnya mendapat persetujuan dari Raja-raja Melayu. Akihirnya, pada 1 Julai 1895, Raja-raja Melayu menandatangani Perjanjian Persekutuan dan perjanjian ini berkuatkuasa pada 1 Julai 1896 di mana persekutuan yang dinamakan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan.  Di bawah sistem persekutuan ini, pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral telah berlaku. Sudahpun diketahui, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) bukan merupakan persekutuan dalam erti kata yang sebenarnya tetapi satu kesatuan politik. Kuasa pentadbiran dipusatkan dalam tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur yang menjadi ibu negeri persekutuan. Semua keputusan penting berkaitan dengan keempat-empat Negeri-negeri Melayu berkenaan dibuat di Kuala Lumpur. Tiada terdapat pengagihan kuasa pentadbiran di antara negeri-negeri dan kerajaan pusat. Beberapa jabatan persekutuan seperti Jabatan Keretapi, Jabatan Polis, Jabatan Hutan, Jabatan Hal-ehwal Cina, Malay States Guides dan Jabatan Kewangan ditubuhkan. Residen Jeneral mempunyai kuasa atas perkara kewangan. Punca utama hasil, iaitu duti-duti atas eksport, berada di bawah kawalan kerajaan pusat. Sir Frank Swettenham dilantik sebagai Residen Jeneral yang pertama bagi NNMB. Pemusatan kuasa ini mengakibatkan Sultan-sultan Melayu, Residen-residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa.  Di bawah persekutuan juga, Persidangan Raja-raja Melayu (DURBAR) ditubuhkan. DURBAR membolehkan Sultan-sultan membincangkan kepentingan mereka bersama dengan pegawai-pegawai British. Persidangan ini dijalankan dalam Bahasa Melayu. Persidangan Raja-raja Melayu yang pertama diadakan pada tahun 1897 di Kuala Lumpur. Sultan Idris dari Perak mengkritik pemusatan kuasa pentadbiran di tangan Residen Jeneral. Baginda menggesa Kerajaan British untuk melaksanakan pengagihan kuasa. Baginda juga menggesa Kerajaan British untuk menambahkan bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan.  Penubuhan NNMB telah menyebabkan kuasa Sultan-sultan, Residen-residen dan Majlis Mesyuarat Negeri kehilangan kuasa. Sultan Idris dari Perak selalu mengkritik Kerajaan British atas tindakan ini dan mendesak Kerajaan British untuk melaksanakan pengagihan kuasa atau desentralisasi. Hasil usaha dari John Anderson, desentralisasi peringkat pertama dimulakan pada tahun 1904. Pada peringkat ini, Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan pada tahun 1909.

Page 29: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

Selepas John Anderson, Guillemard dan Sir Cecil Clementi juga melaksanakan dasar desentralisasi masing-masing pada tahun 1920 dan 1930. oleh SP Star

Jelaskan pengertian imperialisme dan huraikan proses imperialisme British di Negeri-negeri Melayu sehingga tahun 1874.  Pendahuluan Nyatakan secara ringkas kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Timur dan juga faktor yang mendorong mereka berbuat demikian secara umum.  Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan pengertian imperialisme. Imperialisme boleh ditakrif sebagai kegiatan sesebuah negara meluaskan wilayahnya dengan menguasai dan menjajah negara lain dari segi ekonomi, sosial dan politik.  Proses imperialisme British di Negeri-negeri Melayu sehingga tahun 1874 Melalui perjanjian           Perjanjian Pengambilan Seberang Perai dengan Sultan Kedah, 1800.

Seberang Perai sebagai kawasan pertanian bagi bekalkan makanan kepada Pulau Pinang.

           Perjanjian Pengambilan Singapura pada tahun 1819 antara Raffles dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman (6 Februari 1819).

           Perjanjian Inggeris-Belanda, 1824 yang memisahkan kepulauan Melayu kepada dua bahagian, iaitu bahagian British dan Belanda.

           Perjanjian Burney, 1826 antara Inggeris dengan Siam, Negeri-negeri Melayu Utara iaitu Kedah, Perak, Terengganu dan juga Kelantan sedikit demi sedikit jatuh dalam pengaruh British.

           Perjanjian Pangkor pada tahun 1874 antara British dengan Sultan Abdullah di Perak. Hal ini merupakan perjanjian yang boleh dikatakan sebagai “turning point” kepada proses perluasan kuasa British secara menyeluruh di Tanah Melayu.

  Melalui peperangan            Perang Naning, 1831-1832.           Konflik timbul apabila gabenor Robert Fullerton dan Dol Said bertelagah

tentang tuntutan bayaran sebanyak 10% daripada hasil Naning serta cadangan Inggeris melantik pembesar-pembesar Naning sebagai pengutip cukai atau membayar pencen sebagai bayaran ganti rugi.

           Dol Said tewas dan dibuang negeri ke Melaka.           British kuasa Naning. 

Page 30: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

Penutup Inggeris berjaya meluaskan pengaruhnya/imperialismenya ke negeri-negeri Melayu melalui dua cara, iaitu melalui perjanjian dan juga peperangan. Imperialisme cara peperangan dijalankan oleh British dalam usaha menguasai Tanah Melayu. Imperialisme British di negeri-negeri Melayu oleh British kerana British bimbang kuasa Barat yang lain akan masuk ke Tanah Melayu jika mereka tidak berbuat demikian. oleh SP Star

Perihalkan kewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada abad ke-19.  Pengenalan Selepas campur tangan British di negeri-negeri Melayu, kestabilan politik yang wujud membolehkan eksploitasi ekonomi dan politik sepenuhnya. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menyebabkan kemasukan orang Cina dan Indis secara beramai-ramai. Penghijrahan kaum imigran mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.  Faktor-faktor kewujudan masyarakat majmuk1.         Kesengsaraan sosial dan ekonomi di negara asal

           Pertambahan penduduk melebihi pertambahan hasil tanah pertanian menyebabkan hidup rakyat menderita. Oleh itu, mereka berhijrah mencari penghidupan baru.

           Kerajaan Manchu mengenakan pelbagai cukai, petani terpaksa menjual tanah dan akhirnya mereka kehilangan tanah.

           Bertambah sengsara, kerap kali berlaku bencana alam.           Pengangguran berleluasa, mereka terpaksa cari pekerjaan di Tanah

Melayu terutama orang Cina bahagian Selatan.           Di India, penduduk ramai tidak dapat menampung sumber makanan.           Hidup petani menderita, terpaksa jual tanah.           Amalan sistem kasta penghalang kepada mobiliti sosial dan ekonomi.

Orang kasta rendah berhijrah ke Tanah Melayu.           Indonesia, keadaan yang serupa, taraf hidup petani rendah malah

Belanda gagal tingkat taraf hidup mereka. Mengenakan pelbagai cukai seperti buruh, tanah, kepala – menambahkan kesengsaraan rakyat.

2.         Perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu           Kemajuan pertanian dan perusahaan bijih timah dan getah

menggalakkan kemasukan kaum imigran.           1840-an, banyak lombong dibuka di Larut, Lembah Kinta. Tambahan

pula, permintaan bijih timah bertambah di pasaran dunia akibat Revolusi Perindustrian di Eropah.

           Perusahaan getah memerlukan tenaga buruh yang ramai.

Page 31: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

           Kemasukan orang India bertambah lebih-lebih lagi ketika harga getah meningkat.

           Perkembangan perusahaan ini dan pertanian ladang yang lain wujud peluang pekerjaan. Hal ini mendorong orang Indonesia juga berhijrah ke sini.

3.         Kestabilan politik dan galakkan kerajaan           Campur tangan Inggeris 1874 memberi jaminan keamanan terutama di

negeri yang kaya dengan bijih timah dan hasil ekonomi yang lain. Hal ini menjadi daya tarikan kemasukan modal Eropah.

           Kemasukan imigran membekalkan tenaga buruh.           Kerajaan juga mengamalkan dasar penghijrahan yang longgar

sehingga tahun 1929, tidak kenakan sekatan kerana perlu tenaga buruh yang murah dan banyak.

           Orang India Selatan bekerja di ladang dan gaji rendah.           Orang Punjabi dan Sikh berkhidmat dalam polis dan tentera.           Orang Tamil yang berpendidikan Inggeris berkhidmat dalam

perkhidmatan perkeranian dan teknikal.           Menurut A.R. Rathborne, faktor pemerintahan British menjamin

keamanan dan ketenteraman awam telah mendorong penduduk Indonesia untuk berhijrah ke Tanah Melayu.

4.         Pergolakan dan korupsi politik di negara asal           Politik yang tidak stabil terutama bahagian China dan India.           Wilayah Kwangtung dan Kwangsi sering timbul pemberontakan untuk

menggulingkan Manchu. Contohnya, Pemberontakan Taiping.           Untuk elak tekanan kerajaan, melarikan diri ke negara lain.           Manchu amal rasuah dan kenakan pelbagai cukai yang tinggi.           Indonesia – pergolakan politik, tekanan daripada Belanda

menyebabkan penghijrahan orang Bugis dan Sumatera.5.         Sifat mengembara dan perniagaan

           Terutama bagi penduduk Kwangtung dan Fukien.           Menurut Azizi Haji Muda, sifat pengembaraan, pelayaran dan

pengembaraan ini yang ada pada orang Bugis merupakan faktor penggalak proses migrasi di Tanah Melayu.

           Orang Minangkabau, keadaan sosial mempengaruhi penghijrahan mereka, sistem kekeluargaan matrilincal (Adat Perpatih) melahirkan konsep merantau kerana wanita berperanan besar pemilikan harta pusaka.

  Kesan migrasi1.         Wujud masyarakat majmuk di Tanah Melayu

           Membentuk organisasi sosial dan budaya yang berbeza.           Furnival mendefinisikan masyarakat majmuk sebagai pelbagai bangsa

yang berbeza wujud dalam satu kawasan politik tertentu iaitu wujud berdampingan tetapi berasingan.

Page 32: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

           Kaum-kaum imigran berpisah bukan sahaja kerana bangsa tetapi agama, bahasa, budaya, adat resam, kegiatan ekonomi, tempat tinggal dan taraf hidup.

2.         Pertambahan bilangan penduduk           Peringkat awal kebanyakan imigran tidak menetap, untuk mencari

kekayaan tetapi akhirnya ada yang berkahwin dengan orang tempatan dan menetap kekal.

           Orang India melebihi 30000 orang pada tahun 1870 dan bertambah melebihi 120000 orang pada tahun 1901.

3.         Lahir satu kebudayaan yang unik           Setiap kaum mengekalkan agama dan kepercayaan masing-masing.           Melayu – agama Islam, Cina – Buddha dan India – Hindu.           Bahasa, ketiga kaum bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.

4.         Segi ekonomi – setiap kaum mengikut kegiatan tertentu           Melayu – bidang pertanian dan penangkapan ikan.           Cina – perlombongan dan perdagangan.           India – ladang getah dan perladangan lain.

5.         Kegiatan ekonomi – terpisah tempat kediaman           Melayu – kampung berhampiran kawasan pertanian dan pinggir laut.           Cina – perlombongan dan bandar pusat perniagaan.           India – di estet-estet dan kelapa sawit.           Taraf kemajuan ketiga-tiga kaum berbeza mengikut jenis pekerjaan.

  PenutupKeseluruhannya, faktor penolak seperti sosial, ekonomi dan politik negara asal serta faktor penarik seperti perkembangan ekonomi dan politik yang pesat mendorong penghijrahan imigran ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. oleh SP Star

Page 33: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

Sistem pemerintahan Dinasti Brooke pada abad ke-19 di Sarawak merupakan suatu bentuk pemerintahan baru berbanding pemerintahan tradisional. Bincangkan.  Sarawak asalnya wilayah pegangan atau hak Kesultanan Brunei. Namun begitu, pada tahun 1836, telah berlaku pemberontakan di Sarawak. Sultan Brunei waktu itu, Sultan Omar Ali Saifuddin gagal untuk menyelesaikan krisis tersebut. Fenomena inilah yang menyebabkan baginda meminta bantuan daripada James Brooke pada tahun 1839 yang kebetulan berada di sana. Atas bantuan James Brooke pada masa itu, krisis tersebut diselesaikan, beliau telah dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarawak pada 24 November 1841. Akhirnya, pada tahun 1846, Sultan Brunei telah mengakui sepenuh James Brooke dan penggantinya sebagai pemerintah bebas di Sarawak.  James Brooke mentadbir Sarawak mengikut asas pentadbiran British. Beliau telah memperkenalkan satu kod undang-undang keamanan di Sarawak. Namun begitu, bagi jenayah-jenayah berat, hukumannya masih berpandukan kepada undang-undang tradisi Brunei. Pada tahun 1855, James Brooke telah menubuhkan sebuah Majlis Tertinggi yang berperanan sebagai penasihatnya dalam pentadbiran. Majlis ini terdiri daripada Charles Brooke dan 4 orang Datu daripada orang Melayu. Selain itu, beliau juga memperkenalkan sistem perdagangan bebas kecuali bagi dagangan antimoni dan candu.  James Brooke juga telah menghapuskan amalan tradisi masyarakat pribumi iaitu perburuan kepala dan sistem perhambaan. Pada tahun 1840-an ini juga, beliau cuba menghapuskan aktiviti pelanunan yang selama ini mengganggu keamanan di perairan Sarawak. Beberapa kubu lanun berjaya dimusnahkan seperti di Saribas, Padeh, Teluk Marudu, Dayak Laut dan Batang Muru. Selain daripada usaha-usaha pentadbiran James Brooke di atas, beliau juga berjaya memperluas wilayah Sarawak itu sendiri. Kawasan asal Sarawak yang diperolehinya dari Sultan Brunei hanyalah kawasan antara Tanjung Datu dan Sungai Samarahan. Pada tahun 1853, Sultan Brunei, Sultan Abdul Mumin telah menyerahkan kawasan di sekitar Sungai Sadong, Batang Lupar, Saribas dan Kalaka. Sultan Brunei telah menerima bayaran tahunan sebanyak 1000 paun atas penyerahan ini. Pada tahun 1861 pula, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan pantai di antara Sungai Rajang dan Tanjung Kindurong dan Sultan menerima bayaran tahunan sebanyak 4500 paun atas penyerahan ini.  Pada September 1865, James Brooke telah menyerahkan tampuk pemerintahan Sarawak kepada anak saudara beliau Charles Brooke. Charles Brooke turut mengambil beberapa langkah untuk mengemaskinikan sistem pemerintahan

Page 34: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

Sarawak. Pada tahun 1865, beliau telah menubuhkan sebuah Majlis Negeri. Penubuhan majlis ini untuk memberi peluang kepada suku-suku kaum tempatan terlibat dalam pentadbiran. Di antara ahli-ahlinya ialah, ahli Majlis Tertinggi, ketua-ketua suku daerah, pegawai kanan Eropah dan Residen Eropah. Oleh sebab wilayah Sarawak semakin besar, beliau membahagikan Sarawak kepada 3 bahagian yang diketuai oleh Residen Eropah setiap satu. Residen ini dibantu oleh penolong Residen dan pegawai rendah. Di bawah Residen ini pula ditubuhkan Majlis Bahagian yang bertanggungjawab sebagai penasihat kepada Residen tadi. Sementara itu, di peringkat Kampung, ketua-ketua kampung masih dipegang oleh ketua suku kaum di kawasan berkenaan.  Di dalam soal kehakiman, hukuman masih berasaskan undang-undang tradisional suku kaum pribumi. Namun, sekiranya terdapat sebarang hukum yang diragui, undang-undang British akan digunakan. Pada tahun 1883, Charles Brooke telah memperkenalkan rang undang-undang untuk membebaskan semua hamba di Sarawak dalam masa 5 tahun. Sebagai mana bapa saudaranya, Charles Brooke turut berusaha memperluaskan wilayah Sarawak. Pada tahun 1890, misalnya, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan Limbang kepada Brooke. Pada tahun 1905 pula, Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah menyerahkan kawasan Sungai Lawas kepada Brooke.  Charles Brooke turut membuat beberapa pembaharuan dan usaha untuk memajukan ekonomi Sarawak. Contohnya, pada tahun 1876, beliau telah menggubal dasar yang menggalakkan kemasukan orang Cina dari Singapura ke Sarawak untuk mengerjakan tanaman lada hitam. Pada tahun 1885, Sarawak berjaya mengeksport lada hitam sehingga berjumlah 392 tan. Getah pula mula ditanam di Sarawak pada tahun 1905. Untuk itu, buruh-buruh Jawa telah diimport untuk mengerjakan ladang-ladang getah. Sagu turut diusahakan dan kemudian salah satu tanaman eksport yang diusahakan oleh orang Malanau. Selain hasil pertanian, kegiatan ekonomi turut pesat dalam aktiviti perlombongan. Antara sumber galian yang dilombong di Sarawak ialah antimoni, raksa dan arang batu.  Pemerintahan Charles Brooke ini kemudian berakhir apabila beliau diganti oleh anaknya Vyner Brooke pada 24 Mei 1917. Vyner Brooke banyak menyambung usaha-usaha yang dilakukan oleh bapanya. Pada tahun 1924, beliau telah memperkenal satu kanun jenayah Sarawak. Kanun ini amnya berasaskan kepada Kanun Jenayah India. Pada tahun 1923 pula, beliau telah memperkenalkan jawatan Ketua Setiausaha. Selain itu, beliau juga telah mewujudkan jawatan Peseruhjaya Hakim yang sebelum ini dikenali sebagai Ketua Hakim. Pada tahun 1929, beliau telah melantik seorang Setiausaha Hal-Ehwal Orang Cina. Jawatan ini berfungsi untuk menguruskan perkara yang berkaitan dengan orang Cina. Pada 24 September 1941 pula, Vyner Brooke telah memperkenalkan sebuah perlembagaan baru untuk Sarawak. Perlembagaan ini merupakan langkah pertamanya ke arah pemerintahan sendiri. Intipati kepada perlembagaan ini, Raja Sarawak memerintah dengan nasihat

Page 35: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

Majlis Tertinggi. Majlis Negeri dikekalkan dengan keanggotaan seramai 25 orang ahli yang bertindak sebagai badan perundangan.  Vyner Brooke turut berusaha untuk meningkatkan aktiviti ekonomi di Sarawak. Getah kini menjadi eksport terpenting Sarawak dengan keluasan ladangnya yang kian bertambah. Petroleum telah ditemui di Miri dan ia menjadi pengeluaran utama bagi negeri Sarawak. Perusahaan kayu balak turut dimulakan. Perkembangan infrastruktur juga turut bertambah dengan lebih banyak pembinaan jalan raya dan keretapi. Namun, pengangkutan air masih merupakan pengangkutan utama di Sarawak.  Pemerintahan Vyner Brooke berhenti seketika apabila berlaku Perang Dunia Kedua dan jatuhnya Sarawak ke tangan Jepun. Vyner Brooke mengambilalih semula Sarawak selepas Perang Dunia Kedua. Namun begitu, pada 1 Julai 1946, Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak ke bawah pentadbiran Kerajaan British. Hal ini disebabkan beliau tidak mempunyai waris dan beliau tidak cukup wang untuk membangunkan semula Sarawak selepas mengalami kemusnahan teruk semasa Perang Dunia Kedua. Justeru itu, tahun 1946 ini, berakhirlah pentadbiran Dinasti Brooke di Sarawak. oleh SP Star

Bincangkan transformasi ekonomi di tanah melayu selepas campur tangan british sehingga Perang Dunia Kedua.  Masyarakat tradisional Melayu telahpun melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi sara diri sebelum kedatangan pihak atau penjajah British. Antara, kegiatan-kegiatan yang telah dijadikan asas sistem ekonomi sebelum kedatangan pihak British adalah seperti kegiatan ekonomi sara diri, kegiatan perlombongan, kegiatan pertukangan, sistem berjaja di pasar-pasar dan sebagainya. Dengan adanya sistem ekonomi yang kukuh sebelum kedatangan pihak Inggeris dan perintis kepada pihak Inggeris dalam membuka Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Maka terdapatnya penghijrahan beramai-ramai kaum asing seperti kaum cina, India dan Melayu di bawah pengawasan pembesar-pembesar di Tanah Melayu. Penguasaaan kaum-kaum ini terutamanya kaum Cina dalam perusahaan lombong bijih timah dalam ekonomi Tanah Melayu telah sekaligus membangunkan ekonomi di Tanah Melayu. Namun demikian, hasil dari tuntutan, tekanan-tekanan dan keadaan kacau bilau oleh penduduk di Tanah Melayu telah menyebabkan pihak British telah campur tangan dalam Tanah Melayu yang sebelum ini mengamalkan dasar ‘tidak campur tangan’ dalam hal elwal politik di negeri-negeri Melayu sehingga September 1873.  

Page 36: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

Dengan adanya campur tangan oleh British dalam Tanah Melayu, maka ini telah mendorong pihak British dalam menguasai ekonomi dalam Tanah Melayu khususnya dalam perusahaan bijih timah, getah dan sebagainya. Transformasi atau perubahan yang dibawa oleh pihak British tidak dapat dinafikan memang telah membawa banyak kemajuan dan pembangunan dalam negeri-negeri Melayu. Sebelum kedatangan pihak British, perusahaan lombong bijih timah ini telah dimonopoli oleh saudagar-saudagar Cina hampir setengah abad lamanya. Sejak pertengahan abad yang ke-18 hinggalah akhir abad tersebut hampir seluruh perusahaan lombong bijih timah di Tanah Melayu dimiliki oleh orang-orang Cina, sementara hampir seluruh pekerjanya juga terdiri daripada orang-orang Cina. Namun demikian mulai akhir abad yang ke-19 terdapatnya pula pemodal-pemodal Inggeris yang melaburkan modal mereka di beberapa buah lombong di Tanah Melayu ini.  Lombong-lombong yang mereka usahakan itu mula-mulanya terdiri di Lembah Kinta, iaitu suatu kawasan yang amat kaya dengan bijih timah di dunia. Kemunculan Kinta sebagai kawasan perlombongan yang terpenting sekali bermula dari awal tahun-tahun 1890an lagi, dan sejak itu pula Larut tidak lagi merupakan kawasan perlombongan yang utama yang sebelum ini dibuka oleh Long Jaafar.   Akibat dari pembukaan lombong bijih timah ini dan akibat daripada kemasukan pelombong-pelombong Cina itu maka banyaklah bandar baru telah muncul terutama di sekitar kawasan-kawasan perlombongan itu. Jalanraya-jalanraya dan jalan-jalan keretapi juga telah dibina bagi memudahkan lagi proses mengeluar dan mengeksport bijih timah itu.   Penglibatan orang-orang Eropah secara besar-besaran di dalam perusahaan melombong bijih timah ini bermula di awal abad yang keduapuluh, terutama selepas mula diperkenalkan cara melombong yang lebih moden dalam tahun 1913, iaitu dengan menggunakan kapal korek (dredges) yang diperkenalkan oleh Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak. Kapal korek yang pertama telah digunakan di Selangor pada tahun 1918.   Melombong dengan kapal korek ini memerlukan modal yang besar dan hanya pelombong-pelombong Eropah sahajalah yang mampu. Bagaimanapun, perlombongan menggunakan kapal korek ini telah dapat menghasilkan jumlah bijih timah yang banyak dan sebab itu telah dapat memberikan keuntungan yang lebih besar kepada pengusaha-pengusahanya dan seterusnya menambahkan lagi ekonomi Tanah Melayu. Justeru, pihak British dengan bantuan syarikat-syarikat Eropah telah mula bertinak membuka kilang-kilang melebur bijih timah. Contohnya, Straits Trading Company yang telahpun mendirikan dua buah kilang melebur di Pulau Brani, Singapura(1887) dan di Butterworth(1897).   Pengeluaran bijih timah dari Tanah Melayu pda mulanya tidak mendapat saingan dari lain-lain negara. Dalam tahun 1904, misalnya jumlah pengeluaran bijih timah

Page 37: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

Tanah Melayu ialah sebanyak 51733 tan, iaitu lebih kurang separuh daripada jumlah pengeluaran bijih tmah dunia seluruhnya pada masa itu.   Justeru, bolehlah dikatakan bahawa bijih timah yang memulakan sejarah Tanah Melayu moden. Ini adalah sebab bijih timahlah yang menyediakan pendapatan bagi membangunkan dan memodenkan negeri ini. Seterusnya bijih timahlah yang memberikan industrinya yang pertama iaitu industri melebur bijih timah. Kilang-kilang melebur dan memproses bijih timah yang dikeluarkan di Tanah Melayu telah didirikan di Singapura dan Pulau Pinang dan ini telah menambahkan lagi jumlah pekerjaan di negara ini di samping memurahkan lagi belanja memprosesnya.   Perusahaan getah juga merupakan satu perusahaan yang amat penting di Tanah Melayu khususnya selepas kedatangan pihak British. Getah berasal dari Brazil (di Amerika Selatan). Kebetulaanya penemuan getah ini sejajar pula dengan kemajuan perusahaan membuat kereta dan alat-alat yang lain yang menggunakan getah sebagai salah satu bahan penting dalam ciptaan-ciptaan tersebut. Sejak itu maka permintaan terhadap getah telah bertambah.   Tetapi selama beberapa tahun pokok-pokok getah yang mula-mula ditanam itu tidak dihiraukan. Ini adalah kerana pada masa itu pihak pemerintah dan peladang-peladang di Tanah Melayu lebih mengutamakan perusahaan menanam kopi dan tebu.   Dalam tahun 1888, Ridley dilantik oleh pemerintah Inggeris menjadi Pengarah di Botanical Garden, Singapura. Semasa beliau bertugas di Botanical Garden inilah beliau membuat kajian-kajian dan penyiasatan-penyiasatan berhubung dengan kegunaan dan faedah getah. Beliau sangat berkeyakinan terhadap kejayaan getah di Tanah Melayu. Kebetulan perusahaan menanam kopi di Tanah Melayu pada akhir abad yang ke-19 sedang menghadapi dua ancaman besar. Pertama, ialah kejatuhan harga kopi akibat saingan yang hebat dari pengeluaran kopi di negeri-negeri lain. Kedua, pokok-pokok kopi itu pada masa itu banyak yang diserang oleh sejenis serangga hingga membunuh pokok-pokok itu.   Apabila Ridley berkunjung ke Tanah Melayu di akhir abad tersebut, beliau telah mengesyorkan supaya peladang-peladang itu cuba pula menanam pokok getah. Waktu ini permintaan getah telah menjadi semakin bertambah akibat perkembangan perusahaan-perusahaan membuat kereta dan sebagainya di Amerika dan Eropah.   Pada tahun 1897, peladang-peladang atau penanam-penanam getah itu jua telah mengambil faedah daripada kaedah menoreh getah sejalur nipis kulit dari getah itu mengikut corak tulang ikan dan membiarkan getahnya mengalir masuk ke dalam sebuah mangkuk kecil, membolehkan pokok getah itu ditoreh setiap hari selama beberapa tahun tanpa mengurangkan hasilnya. Kaedah Ridley ini

Page 38: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

adalah suatu kaedah yang saintifik dan lebih dikenali sebagai sistem ibedem atau istem tulang ikan herring. Ia boleh menjamin setiap pokok akan mengeluarkan hasil yang setinggi-tingginya.   Di bawah pemerintahan dan pengawasan pihak Britsh, kemajuan dan pembangunan yang dicapai hasil daripada perusahaan getah telah menampakkan kejayaan. Kerajaan British juga bertindak dalam memperkenalkan dan menubuhkan Institut Penyelidikan Getah pada tahun 1926 di Kuala Lumpur untuk menjalankan penyelidikan teknik bagi memajukan perusahaan getah. Telah diketahui permintaan terhadap getah oleh negara-negara lain dari Tanah Melayu juga meningkat bahkan kawasan penanaman getah telah bertambah beratus-ratus ganda jika dibandingkan dengan kawasan penanaman getah sebelum kedatangan British. Kemajuan sedemikian telah mendorong kemasukan beramai-ramai tenaga-tenaga pekerja dari India yang telah dianggap sebagai buruh-buruh ladang.   Apabila negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu masuk ke dalam pengawasan Inggeris dengan Perjanjian Bangkok tahun 1909, perusahaan menanam getah ini telah diperluaskan pula ke negeri-negeri tersebut. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa, penanaman getah secara besar-besaran ini didorong oleh pendapatan yang lumayan darinya berikutan dengan harag yang mahal. Antara tahun 1910 hingga 1912, misalnya, harga getah telah mencapai kemuncak yang paling tinggi dalam sejarah perusahaan itu, iaitu hampir lima ringgit bagi setiap paun.   Peluasan penananam getah yang demikian pesat itu telah memberi sumber hasil yang besar kepada rakyat dan pemerintah negeri ini di bawah pengawasan dan perancangan pihak British. Penghasilan itu telah menyediakan wang yang diperlukan oleh pemerintah untuk mengadakan banyak kemudahan bagi pemodenan negara. Pembukaan ladang-ladang getah oleh pihak Inggeris yang dijalankan secara besar-besaran ini juga membuka kawasan hutan rimba dengan luasnya.   Selain daripada perkembangan dan kemajuan kegiatan perusahaan bijih timah dan getah, pihak Inggeris juga membawa banyak perubahan dan transformasi terhadao sistem ekonomi yang lain. Contohnya, sistem ekonomi komersil. Sistem ekonomi komersial di Tanah Melayu bukanlah hanya wujud setelah kehadiran penjajah British dan akab ke-19 itu tetapi telah wujud semenjak daripada Kesultanan Melayu Malaka lagi. Walau bagaimanapun kita tidak dapat menafikan juga bahawa dengan kahadiran penjajah British telah mempergiat lagi bentuk ekonomi tersebut memandangkan mereka mempunyai teknologi yang lebih maju. Satu perkembangan yang nyata semasa pemerintahan penjajah Inggeris pada abad ke-19 ialah pembangunan pesat industri perlombongan terutamanya bijih timah dan getah sehingga meletakkan Semenanjung Tanh Melayu sebagai negara terkemuka dalam pengeluaran dan eksport bahan-bahan mentah tersebut. Selain itu, perusahaan-perusahaan lain seperti perlombongan

Page 39: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik

emas, perlombongan arang batu, perlombongan bijih besi dan sebagainya dapat diperinci sebagai berikut.   Pada tahun 1889, sebuah syarikat perlombongan emas Australia iaitu Raub Australian Gold Mining Company telah ditubuhkan di Raub, Pahang. Ia merupakan syarikat perlombongan emas yang terpenting dan berjaya di Tanah Melayu. Syarikat tersebut telah mengeluarkan 24700 gram emas dalam tempoh 50 tahun sejak pengeluaran dimulakan.   Dengan adanya kedatangan pihak British, perlombongan arang batu telah giat dijalankan di Batu Arang, Selangor dan Enggor, Perak. Kegiatan perlombongan tersebut dijalankan oleh Syarikat Malayan Colloeries semenjak tahun 1915. Arang batu keluaran lombong-lombong berkenaan telah dijual dalam pasaran tempatan iaitu kepada Kereta Api Tanah Melayu, stesen-stesen kuasa dan lombong-lombong bijih timah. Jelasnya, perusahaan perlombongan arang batu di Tanah Melayu hanyalah merupakan sampingan sahaja iaitu menjadi pemangkin kepada perusahaan lain dan pengeluarannya hanya untuk kegunaan tempatan sahaja. Umpamanya untuk bahan api kepada kereta api sebahagian sistem pengangkutan utama selepas perusahaan bijih timah semakin meningkat di Tanah Melayu.   Ekonomi perdagangan juga giat dijalankan semasa British campur tangan dalam Tanah Melayu. Kegiatan perdagangan di Tanah Melayu telah dikembangkan oleh pihak British memandangkan terdapatnya banyak bahan-bahan mentah di Tanah Melayu. Keuntungan yang diperoleh selepas pihak British bertindak dalam mengeksport bahan-bahan mantah ini adalah besar. Contohnya, pertambahan eksport bijih timah pada 1870an telah menguntungkan pihak penjajah. Dalam tahun 1879 umpamanya, pendapatan cukai terhadap perlombongan bijih timah dari negeri Perak dan Selangor masing-masing berjumlah $281 823 daripada jumlah hasil $388 372 dan $107 558 daripada jumlah hasil $184 387.   Kesimpulaanya, akibat daripada kemajuan ekonomi yang telah dicapai di Tanah Melayu di bawah pengaruh pihak British terutamanya perusahaan bijih timah dan getah telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Tambahan pula, kemajuan ekonomi juga telah membawa kesan-kesan yang menguntungkan kerana adanya kemajuan seperti sistem perhubungan, munculnya bandar-bandar baru dan juga menambahkan pendapatan Tanah Melayu hasil daripada keluaran. Kewujudan masyarakat majmuk telah membawa kepada perubahan keadaan sosial yang besar di Tanah Melayu. Contohnya, pengekalan identiti kaum masing-masing dan kurangnya pergaulan telah mewujudkan banyak masalah sosial sehingga munculnya kebudayaan, persatuan-persatuan, kongsi-kongsi gelap kaum masing-masing. Perpaduan kaum kurang dirasai di kalangan penduduk antara kaum yang punca utamanya adalah disebabkan kaum masing-masing mengusahakan kegiatan ekonomi yang berlainan. oleh SP Star

Page 40: Peranan Pembesar Dalam Sistem Politik